You are on page 1of 10

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN SOALAN 1 Bincangkan perkembangan politik di Filipina dan Thailand selepas Perang Dunia Kedua.

Ulasan soalan Calon perlu mengemukakan perkembangan politik di kedua-dua negara selepas zaman Perang Dunia Kedua. Calon perlu mengetengahkan kejayaan Filipina membentuk kerajaan republik dan perubahan kuasa di Thailand melalui rampasan kuasa oleh pihak tentera. Soalan ini berbentuk perbincangan. SKEMA JAWAPAN Pengenalan Perkembangan politik di Filipina selepas Perang Dunia Kedua bergerak secara aman atau mengikut perlembagaan. Usaha-usaha untuk mencapai kemerdekaan diteruskan melalui perjuangan parti-parti politik. Manakala di Thailand sering berlaku pertukaran kerajaan yang diterajui oleh golongan tentera. Pihak tentera memainkan peranan penting dalam politik Thailand sejak berlakunya Revolusi 1932. Isi-isi Perkembangan Politik di Filipina - Pada 27 Februari 1945, Amerika Syarikat telah membebaskan dan menyerahkan Filipina kepada Presiden Osmena. - Osmena memulihkan jentera kerajaan dengan menubuhkan beberapa agensi baru serta sebuah cabinet baru yang bertujuan untuk membicarakan pengkhianatan pada zaman Jepun. - Pada 9 Jun 1945, kongres Filipina dibuka semula. Usaha-usaha memperjuangkan kemerdekaan diteruskan seperti mana dijanjikan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebelum Perang Dunia Kedua. - Pada 6 Januari 1946, kongres Filipina bercadang mengadakan pilihan raya pada 23 April 1946. - Rang Undang-undang Perdagangan Beli dan Rang Undang-undang Tydings telah diluluskan oleh kongres Amerika Syarikat untuk memulihkan ekonomi Filipina selepas perang. - Parti Liberal di bawah Manuel A. Roxas telah mencapai kemengan. - Manuel A. Roxas dipilh sebagai Presiden. Beliau melantik ahli-ahli kongres baru dalam persiapan untuk mengisytiharkan kemerdekaan republic Filipina. - Senator Jose Aveline dilantik sebagai Presiden Senator manakala Eugene Perez dilantik sebagai Spaker Dewan Perwakilan. - Akta Tyndings memberikan bantuan kewangan kepada Filipina manakala Akta Bell menekankan perdagangan bebas antara Amerika Syarikat dan Filipina. - Pada 4 Julai 1946, republic Filipina diisytiharkan sebagai sebuah republic yang merdeka oleh Amerika Syarikat. Manuel A. Roxas dilantik sebagai Presiden yang pertama. - Presiden Roxas menghadapi masalah dalam melawan gerakan Hukbalahap dan penindasan yang dilakukan oleh tuan tanah terhadap penyewa. - Beliau telah mewujudkan undang-undang yang meluluskan penetapan perkongsian daripada tiga puluh kepada tujuh puluh antara tuan tanah dan penyewa tanah. - Usaha Presiden Roxas diteruskan oleh penggantinya Presiden Epidio Qurino. - Ramon Magsaysay yang dilantik sebagai pengarah operasi hamper berjaya menghapuskan gerakan Hubbalahap. - Pada tahun 1953, Ramon Magsaysay mewakili parti Nacionalistas dan memenangi pilihan raya seterusnya dilantik sebagai Presiden. Beliau cuba membangunkan ekonomi Filipina.

Dasar luarnya menekankan semangat Asia. Walau bagaimanapun, ia masih terikat dengan kuasa Amerika Syarikat dalam Pertubuhan SEATO. Pada awl tahun 1962, kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal tidak menerima cadangan gagasan Malaysia dan mendakwa Sabah adalah kepunyaan Filipina. Pada tahun 1965, Macapagal telah ditewaskan oleh Ferdinand Marcos.

Perkembangan Politik di Thailand Setelah kekalahan pihak Jepun, Perdana Menteri Thailand, Khuang Aphaiwong disingkirkan dan tempatnya digantikan oleh Seni Pramoj. Disebabkan tidak berpengalaman, pentadbiran yang diterajui oleh Seni Pramoj hanya bertahan sehingga Januari 1946. Semasa pentadbiran beliau, Raja Ananda Mahidol ditembak mati. Raja Bhumibol Adulyadej, adinda kepada Raja Ananda menaiki takhta kerajaan Thailand. Pada bulan Ogos 1946, Pridi melantik Thamrong hanya memerintah Thailand sehingga tahun 1947. Phibul Songgram melancarkan satu rampasan kuasa pada tahun 1947 dengan bantuan pihak tentera dan berjaya merampas kuasa daripada Thamrong Nawasawat. Phibul berjaya mewujudkan keadaan politik Thailand yang mapan dan stabil serta membentuk satu perlembagaan baru. Phibul berjanji mengadakan pilihan raya dan mengatur semula parlimen. Pada tahun 1948, pilihan raya umum yang diadakan oleh Phibul mendapat sokongan dan keprcayaan rakyat Thailand. Beliau dilantik menjadi perdana menteri Thailand dan menjalankan pemerintahan mengikut dasar dictator tentera. Dengan bantuan 2 orang sahabatnya iaitu jeneral Phao Sriyanon dan jeneral Sarit Thanarat. Beliau dapat meneguhkan kuasanya. Perlembagaan baru digubal pada tahun 1949. Melalui penggubalan ini, parlimen dibahagikan kepada 2 buah dewan, iaitu dewan rakyat dan dewan diraja. Keanggotaan ahli dewan rakyat ditentukan oleh raja. Phibul menjalinkan hubungan persahabatan dengan Amerika Syarikat dan menjalankan dasar anti-komunis. Beliau memberi kebebasan politik kepada rakyat dan membenarkan pergerakan bebas partiparti politik. Raja Bhumibol Adulyadej telah memainkan peranan secara simbolik dalam kerajaan Thailand. Pada tahun 1958, Phibul dan sahabatnya jeneral Phao telah disingkirkan oleh jeneral Sarit Thanarat yang kemudiannya memerintah secara mutlak.

Kesimpulan - Secara keseluruhannya, selepas Perang Dunia Kedua kebanyakkan Negara-negara di Asia Tenggara mengalami perubahan politik yang besar. Situasi politik di Thailand sebelum perang dan selepas perang terus dikuasai oleh pihak tentera. Filipina pula terus memperjuangkan kemerdekaan yang dijanjikan Amerika sebelum Perang Dunia Kedua meletus. Akhirnya, pada 4 Julai 1946 Filipina berjaya membentuk kerajaan republik.

SOALAN 2 Bincangkan situasi politik di China dan Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Ulasan Soalan Calon perlu membincangkan situasi politik di China dan Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Soalan berbentuk perbincangan. SKEMA JAWAPAN Pengenalan Pada September 1945 Jepun telah menyerah secara rasmi kepada Amerika Syarikat. Sejak tahun 1947 kerajaan Jepun telah berpegang kepada corak sekular dan mengamalkan demokrasi berparlimen. Pada 1 Oktober 1949 kerajaan Republik Rakyat China telah diisytiharkan oleh Parti Komunis China. Isi-isi (a) China - Parti Komunis China (PKC) adalah parti utama kerajaan China yang telah ditubuhkan pada tahun 1921. - Parti ini telah menguasai politik negara China. - Parti Komunis China ini mendapat kerjasama daripada lapan buah parti politik yang lain iaitu Jawatankuasa Revolusi Kuomintang, Liga Demokratik China, Persatuan China Demokrat, Persatuan Pembinaan Demokratik Kebangsaan China, Parti Petani dan Pekerja China, Pertubuhan China Chin Kung Tang, Persatuan Chiu San, dan Liga Kerajaan Sendiri Demokratik Taiwan. - Lapan parti tersebut adalah merupakan ahli Barisan Bersatu yang telah tubuhkan pada tahun 1948. - PKC mencadangkan Barisan Bersatu turut sama untuk tujuan penubuhan kerajaan campuran. - Kelapan-lapan parti tersebut telah menerima jemputan PKC dalam Jawatankuasa Bersama Politik Rakyat China pada September 1949. - Parti Demokratik terpaksa menerima kepimpinan PKC kerana tiada pilihan lain. (b) Jepun Pada tahun 1955 dua buah pari konservatif telah menubuhkan Parti Liberal Demokratik. - Dalam pengesahan Perjanjian Damai San Francisco, Parti Liberal Demokratik telah menghadapi masalah, akibatnya wujud kumpulan kanan dan kiri. - Namun begitu kedua-dua kumpulan ini besatu semula pada Oktober 1955. - Dalam soal-soal kebajikan Parti Sosial Jepun dan Parti Liberal Demokratik mempunyai dasar serupa. - Parti Liberal Demokratik percaya kepada pembangunan ekonomi. - Parti Sosialis pula menyeru agar sistem kapitalis disingkirkan menerusi parlimen. - Parti Sosialis mewakili kelas pekerja Jepun. - Parti Liberal Demokratik pula menyokong kerjasama dengan PBB dan Amerika Syarikat. - Pada pilihan raya umum Jun 1959 Parti Sosialis telah menerima kekalahan besar. - Akibat daripada kekalahan tersebut Parti Sosialis ini berpecah. - Pada Januari 1960 pula sebuah parti baru telah ditubuhkan iaitu Parti Demokrat Sosialis yang dipimpin oleh Suehiro Nishio.

Kesimpulan Jelas menunjukkan perkembangan poltik antarabangsa turut mempengaruhi situasi politik negaranegara di Asia tenggara dan Asia Timur selepas Perang Dunia Kedua. SOALAN 3 Bincangkan pembangunan sosioekonomi di Indonesia dan Myanmar selepas Perang Dunia Kedua. Ulasan Soalan Calon perlu mengemukakan bentuk pembangunan dalam bidang sosial dan pembangunan ekonomi yang dilihat wujud di Indonesia dan Myanmar selepas Perang Dunia Kedua. Soalan ini berbentuk langsung tetapi jawapan seharusnya membincangkan bentuk pembangunan yang dilakukan. SKEMA JAWAPAN Pengenalan Selepas Jepun menyerah kalah kepada Amerika Syarikat pada September 1945, negara-negara Asia Tenggara telah mengalami perubahan politik iaitu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Di Indonesia pembangunan sosioekonominya banyak dipengaruhi oleh kadar perningkatan penduduk manakala di Myanmar pula mengalami pemulihan dalam ekonomi seperti pembangunan infrastruktur dan teknologi moden. Isi-Isi Indonesia Pembangunan Ekonomi (a) Kesan Perang Korea - Perang Korea telah menaikkan harga barang eksport getah dan menyebabkan tabungan asing meningkat pada sekitar tahun 1949-1950. - Walau bagaimanapun, ekonomi Indonesia jatuh kerana peningkatan penduduk pada tahin 1950. (77 orang dengan kadar 2.3% setahun). - Masalah kekurangan dalam penawaran barangan ekonomi dan manakala turut dihadapi oleh Indonesia. (b) Gerakan Anti-Kapitalisme - Gerakan anti-kapitalisme Barat oleh Belanda menyebabkan usaha pembangunan ekonomi terhalang. - Pengeluaran barangan secara besar-besaran tidak dapat dijalankan kerana kekurangan kepakaran teknologi moden walaupun Indonesia kaya dengan bahan mentah. - Semangat nasionalisme rakyat Indonesia meningkat apabila kerajaan Indonesia mula menyedari bahawa rakyat asing mempunyai kedudukan ekonomi yang lumayan tetapi tidak menguntungkan Indonesia (1949-1953). - Kegiatan bank, perlombongan, dan pengeluaran dihakmiliknegarakan oleh Kerajaan Indonesia. (c) Rancangan Segera Ekonomi - Kerajaan Indonesia bertanggungjawab untuk menguruskan kilang (bidang perusahaan) berdasarkan Rancangan Segera Ekonomi Indonesia kerana kekurangan pengusaha daripada rakyat Indonesia sendir.

Pada tahun 1956, usaha ini gagal dan diabaikan kerana kekruangan kewangan dan kemahiran. Sekitar tahun 1950 hingga 1957, ekonomi Indonesia merosot kerana pelabur asing menarik modal dari Indonesia kerana peraturan atau dasar kerajaan yang terlalu ketat. Dasar luar anti-Barat yang dijalankan oleh Soekarno pada tahun 1958 hnigga 1965 masih tidak dapat memulihkan ekonomi Indonesia.

Pembangunan Sosial (a) Kebudayaan - Kesenian dan kebudayaan Indonesia menunjukkan kemajuan dan perubahan walaupun ekonomi jatuh. (b) Pendidikan - Dalam bidang pendidikan, kerajaan telah mensyaratkan semua kanak-kanak yang berumur antara 8 hingga 14 tahun pada tahun 1961 diwajibkan bersekolah. Seterusnya pendidikan di peringkat menegah dan universiti turut dimajukan. - Bahasa Indonesia diakui sebagai slah satu bahasa perantaraan dunia. - Bahasa Indonesia juga berjaya menyatupadukan penduduk dari semua wilayah dan pelusuk negar Indonesia. Myanmar Pembangunan Ekonomi (a) Ekonomi Sosialis - Ekonomi Myanmar selepas perang telah berubah daripada ekonomi colonial iaitu eksport bahan utama pertanian dan sumber alam seperti perlombongan dan balak kepada ekonomi sosialis yang bersaskan penguasaan negara ke atas sumber mentah negara (ekonomi dan sosial) seperti termaktub dalam perlembagaan 1947. - Dasar ini diimplementasikan bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Kementerian Perancangan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Dua Tahun, dan Akta Hak Milik Negara. - Pengenalan dasar ini menyebabkanpelaburan asing terhenti. Myanmar memutuskan perhubungan dengan British dan India dalam aspek pertanian, tentera, pentadbiran, perburuhan, dan Perdagangan. - Dasar memiliknegarakan kilang-kilang gagal apabila pemberontakan berlaku hingga menggugat kelancaran pentadbiran kerajaan. - Lantaran itu, kerajaan Myanmar mula menggunakan pakar-pakar dari Ameriak seperti penasihat Knappen-Tippet-Abbot (KTA) dalam membuat perancangan ekonomi. - Rancangan KTA Negara Makmur gagal dilaksanakan keseluruhannya hingga diubahsuai agar fleksibel dengan keadaan fizikal dan modal tempatan. - Kerajaan U Nu telah melakukan perubahan dengan menggalakkan kemasukan pelaburan modal swasta sekitar tahun 1955-1962 tetapi gagal. (b) Ekonomi Sosialis Cara Myanmar - Ne Win telah memperkenalkan ekonomj sosialis cara Myanmar mengikut acuan negaranya apabila tentera berjaya merampas kuasa pada tahun 1962. - Dokumen The Burnese Way to Sosialisme yang diterbitkan pada April 1962 dan The System of Correlation of Man and His Environment yang diterbitkan pada Januari 1963 menetapkan ciri-ciri ekonomi yang dikehendaki ini. - Dasara ekonomi sosialis ini dilaksanakan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat dari segi ekonomi dan soaial serta mengecilakn jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin. Pembangunan Sosial

(a) Pendidikan - Sistem pendidikan di Myanmar telah disusun semula. Kebanyakkan sekolah persendirian diletakkan di bawah kerajaan secara langsung. - Bahasa Myanmar menjadi bahasa pengantar dan bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua. (b) Kesihatan dan Pertambahan Penduduk - Jika dilihat dalam aspek pemakanan dan kesihatan, keadaan di Myanmar jauh lebih baik dari negara Thailand. - Menjelang tahun 1961-1973, kadar kematian bayi berkurangan lebih daripada 55% dan berjaya mengecilkan pendapatan rakyat dan hak milik tanah berbanding negara Asian yang lain. Kesimpulan Ekonomi Indonesia banyak dimonopoli oleh pengusaha asing. Keadaan ini telah membawa usaha kerajaan Indonesia untuk memiliknegarakan beberapa kegiatan ekonomi di bawah kawalan kerajaan. Myanmar pula telah melaksanakan satu usaha yang baik iaitu dengan merapatkan jurang pendapatan rakyat dan ini sekaligus membantu pembangunan sosioekonomi di negara tersebut.

SOALAN 4 Bagaimanakah kedatangan kuasa-kuasa imperialis telah mewujudkan system ekonomi komersial di Asia Tenggara. Bincangkan. Ulasan Soalan Calon perlu membincangkan kewujudan system ekonomi komersial kesan kedatangan kuasa imperialis di beberapa buah negara di Asia Tenggara. Soalan bersifat perbincangan. SKEMA JAWAPAN Pengenalan Kuasa penjajah seringkali menjadikan tanah jajahan mereka sebagai pusat mengaut keuntungan dan menguasai sumber ekonomi negara tanah jajahan. Isi-isi (a) Pengenalan Ekonomi Komersial - Menjelang abad ke-19 penglibatab masyarakat tempatan dalam sektor ekonomi komersial sangat terbatas. - Pemodal Barat denagn modal yang besar berjaya menceburi bidang pertanian dan - mengusahakan tanaman kontan seperti kopi, teh, dan tebu. - Pada awal abad ke-20 syarikat Eropah berjaya menguasai bidang perlombongan dengan memperkenalkan teknologi kapal korek. - Kuasa imperialis Menumpukan sasaran dan menceburi sektor ekonomi komersial kerana Benua Asia mempunyai bahan mentah dan pasaran yang luas. - Dasar ekonomi bebas atau laisser faire diperkenalkan oleh kuasa Barat dan mendorong kepada kewujudan ekonomi dual (dwi ekonomi).

Penggunaan mata wang yang meningkat telah menyebabkan perkembangan pesat terhadap keperluan dan permintaan beras, kopi, dan gula. Sistem ekonomi tradisional ketinggalan jauh dan menyaingi ekonomi komersial.

(b) Indonesia - Imperialis Barat telah menubuhkan beberapa syarikat perlombongan petroleum di Indonesia seperti Syarikat Stamdard Oil yang mempunyai konsesi di Kalimantan Timur dan Syarikat Royal Dutch yang menjadi pengeluar utama petroleum di Malaysia. - Peningkatan ekonomi komersial dipertingkatkan melalui pengenalan Sistem Kultur dan Sistem Tanama Paksa (1830-63) serta Dasar Liberal (1863-1900). - Pulau Jawa merupakan kawasan yang diberi perhatian utama oleh pemerintah Belanda. - Di bawah pelaksanaan kedua-dua system tersebut, tanaman gerah, kelapa sawit, koko diperkenalkan dan aktiviti perlombongan, petroleum, dan arang batu turut dimajukan oleh Syarikat Eropah. - Ekonomi Indonesia dalam sektor pertanian perladangan da perlombongan berkembang pesat. - Kerajaan Belanda juga mengambil langkah-langkah melupakan pengaruh hingga ke pulaupulau luar di bawah pelaksanaan Dasar Etika. (c) Vietnam - Perluasan ekonomi imperialis mempunyai kesan buruk terhadap ekonomi tradisi. - Di bawah pemerintahan Perancis, Vietnam hanya menduduki tempat ketiga antara negara pengeksport utama beras dunia. - Cholon menjadi pusat pengeluaran beras utama di Vietnam dan dimonopoli oleh orang Cina. - Galian arang batu merupakan galian paling penting di Vietnam. - Getah merupakan sumbangan Perancis yang kedua besarnya terhadap sektor ekonomi komersial Vietnam. - Perusahaan seperti menenun kain, ukiran kayu, dan logam merosot setelah Vietnam berada di bawah pemerintahan Perancis. - Di Indo-China perusahaan tradisi terpaksa bersaing dengan barangan Perancis yang jauh lebih murah dan bermutu. (d) Thailand - Raja Rama III bersetuju membuka pintu Perdagangan kepada British dan kuasa Barat yang lain. - Dasar buka pintu Thailand berlanjutan sehingga tahun 1840. Raja Rama III juga menghadkan hubungan dan mengenakan cukai tinggi kepada barangan import dan mengawal eksport Perdagangan. - Pengganti Rama III iaitu Raja Mongkut (1852-1868), telah menamatkan dasar tutup pintu bagi mengekalkan kemerdekaan Thailand. - Raja Mongkut juga menjalankan dasar pintu terbuka dan hubungan diplomasi dengan kuasa Barat yang lain. - Perjanjian Bowring telah ditandatangani Raja Mongkut dengan Sir John Bowring pada 18 April 1855. - Perjanjian ini juga menjadi titik perubahan sistem ekonomi Thailand daripada ekonomi tradisional kepada ekonomi komersial. - Thailand juga dibuka kepada Perdagangan antarabangsa dan Britain merupakan pelabur utama di Thailand. Kesimpulan Kedatangan kuasa imperialis di rantau Asia Tenggara telah berjaya mengubah corak kehidupan masyarakat tempatan. Perubahan dalam sektor ekonomi yang dibawa oleh kuasa imperialis ke negaranegara Asia Tenggara masih gagal ditandingi dan memaksa kebanyakan negara berusaha memperoleh bantuan kuasa Barat.

SOALAN 5 Bincangkan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial di China dan Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Ulasan Soalan Calon dikehendaki membincangkan aspek-aspek penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial di China dan di Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Soalan ini berbentuk perbincangan. SKEMA JAWAPAN Pengenalan Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun dan China mengalami kedudukan ekonomi dan sosial yang tenat. China mengalami zaman perang saudara antara Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC). Kemenangan telah berpihak kepada PKC. Pada tahun 1949, PKC telah membentuk sebuah kerajaan Republik Komunis China. Pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi memulihkan ekonomi dan sosial selepas perang. Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun telah ditadbir oleh Amerika Syarikat melalui Majlis Tertinggi Kuasa Berikat atau SCAP. Majlis ini berperanan membantu Jepun memulihkan ekonominya dan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sekitar tahun 1945 hingga 1952. Isi-isi Pembangunan Ekonomi China (a) Pembangunan Pertanian - Dalam bidang pertanian dasar yang sederhana diamalkan bertujuan untuk mengekalkan pengeluaran hasil pertanian serta membebaskan petani daripada kongkongan sistem pemilikan tanah feudal. - Pengeluaran bidang pertanian dimajukan dengan mengekalkan pemilikan tanah dan tuan tanah. - Para petani digalakkan menyertai syarikat kerjasama atau bergabung semasa pengeluar. - Kerjasama bercorak sosialis, syarikat kerjasama bersatu secara kolektif untuk menyusun pengeluaran pertanian. - Bermula pada tahun 1958, seramai 500 juta orang petani dikumpulkan ke dalam 24 000 commune dan setiap commune mempunyai ahli lebih daripada 20 000 orang. - Oleh itu, setiap penduduk daerah dikumpulkan dalam unit politik dan ditugaskan untuk menambahkan hasil pertanian di unit masing-masing. - Matlamat pertanian adalah untuk menghasilkan barangan keperluan bagi industri ringan serta bahan makanan kepada penduduk bandar dan dijual dengan harga minimum. - Antara hasil pertanian yang diimport ialah seperti gandum, beras, dan minyak jagung. - Antara tahun 1956 hingga 1961, kadar pengeluaran sektor pertanian telah mengalami kemerosotan kerana sektor industri telah diberi keutamaan. - Akibatnya jumlah pengeluaran pertanian telah jatuh sebanyak 24.4% dalam masa tiga tahun berturut-turut. (b) Pembangunan Perindustrian - Rancangan Lima Tahun Pertama (1953-1957) digubal bertujuan untuk memulihkan ekonomi negara kesan daripada perang saudara yang menelan perbelanjaan sebanyak 77 000 juta dengan tumpuan diberikan kepada sektor perindustrian untuk menambah pendapatan negara. - Peruntukan rancangan tersebut tertumpu kepada perusahaan dan perkilangan, pengangkutan, perhubungan, serta pembangunan.

Industri berat tertumpu di wilayah Manchuria seperti perkilangan kereta, lokomotif, dan elektronik. Pengeluaran keluli meningkat dari tahun 1952 hingga 1957 sebanyak 325% dan arang batu sebanyak 200%. Industri ringan pula tertumpu di Shanghai dan kilang tekstil banyak terdapat di Tientsin.

(c) Pembangunan Sosial - Republik Komunis China juga mengadakan pembangunan dari segi pendidikan. - Sistem pendidikan diperkenalkan bertujuan melatih rakyatnya yang buta huruf. - Kemahiran teknikal dan pendidikan sebagai alat indoktrinasi politik. Bidang sains dan teknologi ditekankan dalam pendidikan di China. - Pada tahun 1959, seramai 80 juta kanak-kanak mendapat pendidikan di sekolah dasar, 12 juta di sekolah menengah manakala 600 000 di maktab dan universiti. - Dari tahun 1949-1959 terdapat seramai 2.6 juta rakyat lepasan sekolah menengah. - Bidang pendidikan juga disasarkan kepada kaum wanita. - Pada tahun 1923, seramai 2.5% wanita mendapat pendidikan daripada maktab. - Pada tahun 1932 jumlah ini telah meningkat kepada 25% serta yang mendapat pendidikan menengah meningkat kepada 20% pada tahun 1946. - Sekolah swasta juga terlibat membekalkan pendidikan dasar. Pendidikan masa lapang disediakan oleh commune dan kilang-kilang juga menganjurkan kursus khas untuk pekerja. - Dalam bidang kesihatan pihak kerajaan juga menyediakan hospital,klinik di setiap daerah dan bandar. Doktor-doktor dilatih di 39 buah sekolah perubatan. - Sistem perhubungan dan pengairan dimajukan. - Projek janakuasa hidroelektrik juga dibina untuk membekalkan tenaga kepada kilang-kilang dan memajukan projek bandar seperti pelabuhan. - Undang-undang insuran 1951 diperkenalkan. Seramai 9 juta rakyat mendapat insuran nyawa, umur tua, sakit, dan hilang upaya. - Syarikat Kerjasama diperkenalkan yang akan menyusun rancangan pembangunan social bagi mencapai taraf sebuah Negara proletariat. Pembangunan Ekonomi Jepun (a) Pembangunan Pertanian - Pembaharuan ekonomi di Jepun bertujuan untuk menggalakkan pembahagian pendapatan yang lebih luas di kalangan penduduk. - Program bertujuan untuk menambahkan pemilikan tanah oleh petani. - Pada tahun 1946, Akta Pembaharuan Tanah telah diperkenalkan iaitu tanah kepunyaan absentee land lord akan dibeli oleh pihak berkuasa pendudukan dan akan dijual kepada petani-petani dengan harga berpatutan. - Akibatnya 3 juta petani telah dapat memiliki 5 juta ekar tanah. Kedudukan ekonomi petani luar Bandar menjadi stabil, pertanian dipelbagaikan, pengguanaan baja kimia dan kawalan serangga turut digunakan. - SCAP mengambil langkah-langkah menghapuskan monopoli golongan Zaibatsu. Sebanyak 83 buah syarikat telah dibubarkan, harta debekukan, dan eksekutif Zaibatsu disingkirkan. (b) Pembangunan Perindustrian - SCAP menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja. Pada tahun 1945, Akta Kesatuan Sekerja telah memberi hak pekerja mogok dan berunding secara kolektif. - Menjelang tahun 1949, 6.5 juta orang pekerja telah menyertai kesatuan. - Selepas tahun 1949, dasar ekonomi telah berubah akibat perang dingin dan golongan komunis tidak dibenarkan memegang jawatan dalam kesatuan sekerja. - Pembayaran ganti rugi telah dihapuskan dan Amerika Syarikat telah membantu mempergiatkan pembangunan ekonomi Jepun. - Sehingga tahun 1952, Jepun menerima bantuan sebanyak 2 juta billion yen.

Mulai tahun 1947, SCAP mengadakan perdagangan luar dan menggalakkan penyertaan pengusaha persendirian. Menjelang tahun 1950, ekonomi Jepun mulai pulih dan kota-kota besar yang musnah dapat dibina semula. Jepun berjaya mengeksport barang-barang keluarannya. Pada tahun 1950, nilai eksport sebanyak 820 juta yen. Kadar peningkatan amat jelas, 19511955 (8.6%), 1956-1960 (9.1%) dan 1963 (12.1%). Perang Korea turut membawa kejayaan kepada Jepun. Mereka mendapat pesanan untuk barang keperluan (1950-1953), bernilai 149 juta yen kepada 809 juta yen serta menghasilkan peralatan tentera berniai 4 billion yen.

(c)

Pembangunan Sosial - SCAP mengadakan perubahan dalam bidang pendidikan iaitu menyusun semula pendidikan berasaskan system pendidikan Amerika Syarikat. - Ajaran dan kepercayaan Shinto dihapuskan.Buku-buku teks ditapis dan pelajaran ditumpukan kepada pembentukan peribadi. - Kaedah pengajaran baru diperkenalkan dan penekanan kepada aspek demokrasi. - Pendidikan wajib dari 6 ke 9 tahun. - Pentadbiran pendidikan di bawah kerajaan tempatan dan beberapa universiti baru ditubuhkan. - Penubuhan Persatuan Pertahanan Diri untuk mempertahankan Jepun daripada ancaman luar bertujuan menjadi kuasa tentera. - Selepas pendudukan Amerika, ekonomi Jepun terus mencapai kemajuan. - Perkembangan ini berlaku akibat sikap rakyat Jepun, perbelanjaan ketenteraan yang rendah, kadar wang simpanan yang tinggi, perlindungan perusahaan di Jepun serta bantuan Amerika Syarikat.

Kesimpulan - Kemajuan pembangunan ekonomi dan social didapati berjaya dicapai oleh kedua-dua kerajaan. Namun demikian, Jepun dilihat lebih berjaya membangunkan negaranya berbanding dengan Negara China.Jepun telah muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi yang terbaik. Namun demikian, China juga mampu membangun dengan menekankan fahaman sosialis dengan bantuan pihak Rusia.