MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

PORTFOLIO
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

KUMPULAN _________ DISEDIAKAN OLEH

NAMA MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI

NO ID D20102046348

NO TELEFON 0172553224

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________ TARIKH SERAH: ________________

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

ISI KANDUNGAN Halaman 1.0 REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN: 1.1 Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan 1.3 Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan 1.4 Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia 1.5 Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia 1.6 Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan 1.7 Reka bentuk kurikulum di Malaysia 1.8 Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan 1.9 Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia 1.10 Akta Pendidikan 1996 2.0 ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN 2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. 2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran. 3.0 FORUM E-LEARNING 3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? 3.2 Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda. 3.3 Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. 3.4 Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan. 3.5 Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

1.0 ) REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.1 TAJUK
Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara

1.Ringkasan Isi Kandungan Unit
PERKEMBANGAN PENDIDIDKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNANINSAN DAN NEGARA Sistem pendidikan di Malaysia umumnya boleh dibahagikan kepada i.Sistem pendidikan sebelum kedatangan British (1400-1786). ii.Sistem pendidikan semasa penjajahan British (bermula dari Francis Light membukaPulau Pinang 1786 mula Perang Dua Kedua). iii.Sistem pendidikan bermula dari pembentukan Malayan Union 1946 . Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 1957. iv.Sistem pendidikan awal kemerdekaan dari tempoh selepas merdeka ± pembentukanMalaysia 1963.

DASAR PENDIDIKAN NEGARA Pendahuluan Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara. Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional. Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan

Model ini merupakan satu model yang wujud dalam kitaran kehidupan kita perlu perhatian ahli politik untuk menyelesaikan masalah atau isu yang timbul. kurikulum. Dasar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi. Laporan Razak ( 1956 ) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) telah menjadi asas penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar dasar yang penting dikemukakan oleh Laporan tersebut dimaktub ke dalam Akta Pelajaran 1961. Ia memperlihatkan kepentingan sesuatu etnik sahaja.J. Oleh itu pengubalan dasar ini merupakan satu proses yang begitu kompleks. kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan. pentadbiran. Proses pengubalan dasar terbahagi kepada enam langkah Fowler ( 1990 ) mengikut urutan .MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal. Perkara pokok yang dapat dilihat disini ialah pengubalan dasar yang lama dan tidak diterima pakai digantikan yang baru bersesuaian tuntutan masa dan zaman. penyertaan dan agihan insfrastuktur. Laporan L. jenis pendidikan. Tahun tujuh puluhan hingga sembilan puluhan bolehlah dianggap sebagai era pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan serta memperolehi pendidikan berkualiti. Pendidikan agama telah berubah corak dengan penubuhan Sekolah Agama Islam yang moden dikenali dengan nama µMadrasah¶. Kedatangan penjajah pula telah banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan. Sekiranya sesuatu isu dikenalpasti dan diberi perhatian utama oleh kerajaan. penerimaan dasar ( policy adaption ) pelaksanaan ( implementation ) dan penilaian ( evalution ). Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus dan mengelakkan salah faham serta hak dan keistimewaan golongan masyarakat yang lain.undang . Rumusan Pendidikan dalam zaman sebelum pemerintahan Inggeris ia bercorak non-formal. sudah tentu ia dimasukkan ke dalam agenda dasar untuk proses pengubalan yang terkandung dasar tersebut dikemukakan dalam parlimen untuk diterima dan diperakukan seterusnya dilaksanakan diperingkat kementerian sehingalah ke peringkat akar-umbi . penyusunan agenda ( agenda setting pengubalan dasar ( policy formulation ) .Barnes ( 1951 ) merupakan komponen yang penuh kontroversi. Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem pendidikan . Adakalanya kerajaan atau pemimpin politik begitu peka isu yang dicetuskan melalui media-media tempatan . Sehingga tahun-tahun selepas kemerdekaan hingga 1970 dianggap penyusunan semula sistem pendidikan bukan sahaja di Semenanjung juga di Sabah di Sarawak.iaitu pengenalpastian isu ( issue definition ) . dasar-dasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undang.

konsep 1. 2. penjelasan 3.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 2. 4. . 3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. 5.

seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu. beradab dan bersopan. Prinsip perdana proses pelajaran dan pembelajaran (P&P) KBSR dan KBSM adalah keperluan menjadikanFalsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai rujukan asas bagi merealisasikan pencapaianFalsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah.Ringkasan Isi Kandungan Unit Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. disiplin dan kelemahan akademik dalam kalangan sebilangan besar pelajar Melayu.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merujuk 3 ideologi. bermoral (akhlak). terutamanya dari luar bandar.2 TAJUK LAMPIRAN 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan 1. berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. seorang individu yang boleh menjadi warganegara yang cukup baik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepadaFalsafah Pendidikan Kebangsaan danFalsafah Pendidikan Guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka. rohani. Ianya gabungan matlamat. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disediakan dan dilaksanakan selama ini. Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan. terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan. Namun terdapat pelbagai masalah moral. berakhlak mulia. masyarakat dan negara. bertanggungjawab. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.Dasar Ekonomi Baru ( 1971 ) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1996).dasar dan amalan-amalan pendidikan yang kekal. dan bukan hanya satu impian sahaja. . Kesimpulannya. Idea-idea tersebut seperti yang terkandung dalam Rukun Negara.jelas dan logik.

penjelasan 3. .MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. 3. 5. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. 2. 4. konsep 1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit .MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.3 TAJUK Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan LAMPIRAN 1 1.

Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. 3. 4. konsep 1. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. 5. 2. penjelasan 3.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 2. .

4 TAJUK Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia LAMPIRAN 1 1.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.Ringkasan Isi Kandungan Unit .

2. 3. konsep 1. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. penjelasan 3. . 5.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 2. 4. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.

5 TAJUK Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia LAMPIRAN 1 1.Ringkasan Isi Kandungan Unit .MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.

2. 4.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. 3. 5. konsep 1. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. . penjelasan 3.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.6 TAJUK Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan LAMPIRAN 1 1.Ringkasan Isi Kandungan Unit .

2. . konsep 1. 3. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. 5. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. penjelasan 3. 4.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 2.

7 TAJUK Reka bentuk kurikulum di Malaysia LAMPIRAN 1 1.Ringkasan Isi Kandungan Unit .MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.

. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. 2. 5. 4. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. penjelasan 3.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 2. 3.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.Ringkasan Isi Kandungan Unit .8 TAJUK Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan LAMPIRAN 1 1.

. 3. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 2. konsep 1. 2. 5. penjelasan 3. 4.

9 TAJUK Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia LAMPIRAN 1 1.Ringkasan Isi Kandungan Unit .MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.

2. .MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 2. 4. konsep 1. 5. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. 3. penjelasan 3.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.10 TAJUK Akta Pendidikan 1996 LAMPIRAN 1 1.Ringkasan Isi Kandungan Unit .

. penjelasan 3. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 2. konsep 1. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. 3. 4. 2. 5.

akauntan. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar. berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid. perniagaan dan sebagainya. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan. sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia. berketerampilan.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. 2002) Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti. guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin. konsep profesional merujuk kepada ciri ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus. terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan. kejuruteraan. Perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008. perubatan. banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. rakan sejawat dan masyarakat dan Negara.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 2. perubatan. Sama ada kita sedar atau tidak. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. kejuruteraan. perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional.0 ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN 2. profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin . Antara bidang profesional yang terlibat adalah keguruan. perundangan dan lain-lain. Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993). ibu bapa pelajar. Guru juga adalah seorang yang profesional. guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Dewasa ini. kaunseling. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman. 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Sebagai sebuah kerjaya keguruan.

bergosip. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas. esei ini akan membincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. . indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli. Sepanjang tempoh ini. kurang komitmen dalam kerja. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka. guru tidak menepati masa keluar daripada kelas. maka guru-guru menjadi lebih berani untuk masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. kurang nilai dalam kehidupan. Oleh itu. melepak di kantin. Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan. guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian. tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh -sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan. Walau bagaimanapun. Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid-murid.30 pagi hingga 1. guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook. dan etika kerja yang lemah. murid murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Pertama. berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. ber¶chatting¶. guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. terdapat dua punca utama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir.15. Apabila sikap ini wujud. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah. Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7. guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen. Di Malaysia. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah. iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini.

Jika pihak pentadbir tidak mampu. seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian. mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu. maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri. segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati . rakan sejawat. Antara contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. 2008). Sebagai contoh. guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri. Seterusnya. maka semua pihak termasuk pihak pentadbir. Selain itu. Akhirnya. Dengan cara ini. guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat . Pertama. Dengan cara ini.sifat yang ideal sebagai seorang guru. maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. Sejak akhir-akhir ini. guru guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa. Seterusnya. individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. Dengan adanya pemantauan secara berterusan. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Akhir sekali. guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk. guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung. pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah.

pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan .MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan.arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah. membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang . Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk kepentingan diri. Akhir sekali. Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Pertama. Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri. bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas. pekeliling-pekeliling dan arahan . Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir. peraturan kewangan. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Secara kesimpulannya. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan. maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Menyedari hakikat ini. guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan.undang. Seterusnya. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kejayanya. menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah. maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah.

Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di Malaysia. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bakal-bakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu. Profesion guru bukan untuk disalah guna dengan menganggap ia merupakan satu profesion yang mudah dan menyenangkan. Selain itu terdapat kes di mana guru menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. guru-guru yang bermasalah seperti ini kurangnya pendedahan agama yang kuat serta tidak mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik mereka. Mereka juga menganggap jawatan guru yang dipegangnya itu adalah sekadar unutk mengajar di dalam kelas. Jelasnya. Oleh yang demikian. masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia. Tanggungjawab dalam membentuk modal insan adalah merangkumi semua aspek kehidupan. Gejala ini haruslah dibendung demi menjaga nama baik profesion perguruan di mata masyarakat. Masalah ini adalah salah satu isu yang melanggar etika dalam profesion perguruan. Guru merupakan satu profesion mendidik dan membentuk modal insan yang cemerlang serta melahirkan satu golongan yang berjaya di masa hadapan. Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. murid-murid takut untuk melaporkan jenayah yang dilakukan oleh guru ini kerana mereka telah diugut oleh guru supaya tidak memberitahu sesiapa akan jenayah yang telah mereka lakukan. 18 September 2008). pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa. Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan. Selain itu juga. Perbuatan terkutuk ini haruslah dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat supaya profesion perguruan akan lebih terjamin dan mempunyai nama baik. Guru seharusnya . Hal ini bertentangan dengan tanggungjawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. Permasalahan yang timbul ini adalah disebabkan daripada guru itu sendiri dimana guru-guru tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri apabila memegang jawatan sebagai seorang guru. Isu pada kini yang sering dikaitkan dengan profesion guru ialah masalah pencabulan dan rogol terhadap murid di kalangan guru lelaki. Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kita juga sering mendengar di akhbar-akhbar mengenai isu ini. Kebiasaannya. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan µTatasusila Profesion Perguruan¶.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan.

kementerian pelajaran serta pihak berkuasa juga bertanggungjawab dalam membendung dan membenteras jenayah ini daripada terus berleluasa di masa akan datang dan dikalangan guru-guru di Malaysia.³Kejadian ini amat memalukan dan sudah melanggar etika profesion perguruan. sebenarnya mereka telah membuat kesilapan yang besar dengan mengambil keputusan ini. Disebabkan itu. Mengapakah perkara-perkara . Semalam. Tanpa keperluan-keperluan ini tidak mungkin seorang guru mampu mengajar dengan baik dan berkemungkinan besar gejala seperti guru stress dan sebagainya akan berlaku. KUALA LUMPUR: Perlakuan guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukup memalukan dan mencemarkan martabat profesion perguruan. Semua golongan termasuk ibu bapa. Profession perguruan merupakan profession yang sangat memcabar dan memerlukan persedian yang cukup daripada segala segi seperti jasmani. CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DALAM PROFESSION PERGURUAN:DARI PERSPEKTIF SEORANG GURU MATEMATIK Profession perguruan sering dikatakan sebagai profession yang mudah . bukan sebaliknya. ramai rakyat Malaysia kini meletakkan pekerjaan ini sebagai pilihan µbackup¶ jika mereka tidak mendapat pekerjaan yang diingini. Bagi sesiapa yang beranggap begini . guru mengalami tekanan emosi dan sebagainya. 2. jenayah rogol atau pencabulan yang dilakukan oeleh guru terhadap anak murid haruslah dibendung dan dipandang serius. oleh itu jika terbukti guru terbabit bersalah dia perlu di bawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal atas apa yang dilakukannya terhadap mangsa.emosi. Isu ini merupakan salah satu daripada isu yang melanggar etika profesion perguruan di mana isu ini merupakan satu jenayah berat dan boleh dikenakan hukuman yang berat kepada pesalah yang melakukan jenayah ini. berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru melindungi pelajar. tidak memeningkan kepala dan menjanjikan gaji yang tinggi. Jenayah berat seperti ini akan membentuk satu pandangan negatif terhadap profesion perguruan. Harian Metro melaporkan mengenai tindakan seorang guru tuisyen yang mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaan akan menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai tubuhnya.rohani dan intelek. Mari kita memikirkan sejenak apa yang dipaparkan di dada akhbar mengenai guru bermasalah. Lok Yim Peng. masyarakat. Justeru itu. bukan memberikan jalan yang gelap serta kehancuran kepada anak didik mereka.´ katanya. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 memberikan masa depan yang cerah kepada anak didiknya.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

kejuruteraan dan sebagainya dan cabaran-cabaran ini mungkin terdapat perbezaannya pada jenis dan keadaanya. Ahamad sipon berkata. cabaran utama pada masa kini adalah kecanggihan teknologi yang semakin pantas saban hari. Sehubungan ini peranan .Setiap profession mempunyai cabarannya yang tersendiri tidak kira profession kedoktoran . Maka guru juga seharusnya lebih cekap dan mengajar menggunakan strategi yang sesuai dengan zamannya. Dunia kini . Haji Ahamad Sipon berkata. dalam abad ke-21 ini. kesan globalisasi dan liberasasi menuntut kepada cabaran untuk membangunkan pekerja berilmu atau k-worker yang celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Datuk Dr.´ Kata-kata ini memang berhubungkait dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik. Setiap pendidik di mana-mana institusi pendidikan pasti dan akan menhadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Dunia semakin canggih walhal boleh kita boleh mengatakan pelajar-pelajar juga semakin pintar dalam penggunaan teknologi. sebagai guru matematik seharusnya melengkapkan diri dan meningkatkan pengetahuan tentang teknologi agar seiring dengan dunia kini dan mampu memudahcarakan proses pengajaran dan pembelajaran. kebanyakkan ibu bapa meletakkan segala kepercayaan dan tanggungjawab kepada para guru untuk mengajar anak-anak mereka supaya cemerlang dalam bidang akademik.Kenyataan di atas boleh dikatakan hanya cabaran-cabaran yang dilihat dari kanca mata kita kini atau µgeneral¶ tetapi sebenarnya masih terdapat cabaran cabaran yang lebih khusus yang dihadapi oleh seorang yang bernama guru sebagai contoh cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seorang guru dalam subjek matematik. pengkhususan akan di berikan kepada cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh para guru matematik di sekolah dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengatasinya. Tetapi alangkah malang dan sedihnya nasib seorang guru apabila seorang anak muridnya gagal di dalam peperiksaan dan turut dimarahi oleh ibu bapa pelajar yang tidak memahami. Dalam penulisan ini .kita boleh menyaksikan bahawa teknologi sentiasa di kemaskinikan atau µupdate¶dan boleh dikatakan penghasilan perisian atau teknologi baru berlaku setiap 24 jam. Saidina Omar Al-Khattab r.Profession perguruan menjurus kepada cabaran-cabaran yang di hadapi di dalam kawasan sekolah secara amnya dan cabaran di dalam pengajarannya secara khususnya. bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberasasi.a pernah berkata. perguruan. Datuk Dr. ³Didiklah anak kamu mengikut zamannya.Ketua Pengarah Pelajaran. Sebagai seorang guru matematik. Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu. Oleh itu. Begitu juga apabila di dalam kelas. teknologi memainkan satu peranan yang besar dalam pendidikan matematik dan ini telah membawa satu perubahan yang ketara dalam corak pengajaran pembelajaran matematik tradisional. Pendidik atau guru diibarat ibu bapa kedua di sekolah dan secara tidak langsung bebanan tanggungjawab menjaga pelajar ini sudah menjadi kewajiban mereka. Dalam masyarakt alaf baru ini yang berorientasi kepada teknologi komunikasi dan maklumat.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 begini berlaku ? Perkara-perkara ini berlaku berkemungkinan disebabkan pengawalan emosi yang tidak baik dan tidak mampu dan belum bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang diterima.

ratanya bersifat negatif . Seterusnya.Secara jelasnya. Proses pengajaran dan pembelajaran yang baik . dan sebagai guru pada zaman globalisasi ini seharusnya kita berusaha menghapuskan persepsi negatif pelajar kita ini dengan sentiasa berfikir secara kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. sukar untuk mencari jawapan. Pelbagai jawapan akan diberi oleh pelajar yang rata. Kenapakah mereka berkelakuan sedemikian? Kenapa pelajar fobia kepada matamatik?.Di manakah salah silapnya pelajar kita. Cabaran kedua sebagai seorang guru matematik adalah persepsi pelajar-pelajar tentang subjek matematik itu sendiri. Kepentingannya sudah terang begitu meluas digunakan dalam kehidupan seharian kita tetapi yang menghairankan kini mengapa subjek ini tidak digemari ramai pelajar dan ada mengatakan subjek ini adalah sebagai subjek µkiller¶ yang hanya mencacatkan keputusan mereka sahaja.Penggunaan bahasa ibunda kita sendiri ramai pelajar kita tidak berminat dan gagal dalam subjek ini walhal apabila digunakan dalam bahasa asing ini. Apabila kita membuat kaji selidik terhadap mata pelajaran matematik sudah pasti kita akan mendapati lebih separuh daripada pelajar akan mengatakan pelajaran matematik itu satu subjek yang membosankan.Merisaukan lagi keadaan ini. Subjek matematik dia ajar dan di masukkan di dalam kurikulum sejak kita dari bangku sekolah tadika lagi. budaya sekolah yang positif dan ketrampilan guru itu sendiri mampu menarik dan memupuk minat pelajar terhadap subjek kritikal ini.Bila difikikan secara positif .Perkataan µYes¶ dan µNo¶ sahaja yang sering kali didengari apabila guru menyoal dan menanyakan soalan kepada pelajar terutamanya bagi pelajar pelajar pedalaman. Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 telah banyak memberi impak negatif mahu pun positif dalam kurikulum sekolah . dikhuatiri keadaan seperti pada zaman 60-an akan berulang kembali apabila hanya segelintir sahaja anak melayu terutamanya yang mengambil jurusan kritikal seperti kedoktoran dan kejuruteraan di univeriti-universiti disebabkan keciciran dalam subjek ini sejak dibangku sekolah lagi. suasana kelas konduksif. Bila difikirkan impak secara negatifnya. kita fokus pula pada cabaran yang dihadapi oleh para guru atas pelaksanaan PPSMI. melihat angka-angka sahaja sudah memualkan pelajar. pelaksanaan PPSMI ini memberi kesan kepada kedua-dua belah .pengaplikasian teknologi dalm pengajaran matematik mampu menghasil generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi dan mampu merealisasikan impian negara agar Malaysia menjadi Negara maju 2020. pelaksanaan PPSMI ini telah semakin menambahkan jurang antara pelajar bandar dan pedalaman . Cabaran seperti ini sudah berlaku sejak dari zaman era pra-kemerdekaan lagi.Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa mengambil cabaran ini sebagai satu perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi mengatasinya. Cabaran yang seterusnya adalah kesinambungan cabarab sebelum ini iaitu cabaran komunikasi.MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 seorang guru matematik adalah amat penting dan dia perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sezaman supaya pengajaran dan pembelajarannya dengan menggunakan teknologi sentiasa berkesan. penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian.

Kesimpulannya.Ilmu pengetahuan dan kejayaan tidak selalu mudah dicapai dalam tempoh yang singkat dan pelbagai cabaran harus dilalui untuk menagapainya dengan memerlukan cita-cita. Cabaran ini harus diambil secara profesional oleh guru-guru dan menganggapkan bahawa cabaran ini akan memberi keuntungan kepada mereka kelak.. . kemahiran dan nilai yang berlaku secara evolusi sepanjang hayat. menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasrat kerajaan dan falsafah pendidikan negara akan terlaksana. Inilah cabaran kepada mereka berhadapan dengan perubahan kurikulum yang baru. Lazimnya sesuatu perubahan itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan dan diakomodasikan menjadi amalan biasa maka guru sebagai pelaksana utama perlu diberi latihan yang kukuh mengenai strategi pengajaran yang berkesan. Diakui terdapat guru-guru matematik dan sains kini yang lemah penggunaan bahasa Inggerisnya. pendidikan adalah proses tranmisi ilmu pengetahuan. kita perlu mengambil kira bahawa perubahan yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi .MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441 PPG UPSI SEM 2 D20102046348 pihak samada pelajar ataupun guru itu sendiri. mahu tidak mereka tetap perlu memikulnya segagah yang mungkin. strategi jangka panjang dan displin yang tinggi. Dan begitu juga dalam menangani transformasi dan cabaran-cabaran pendidikan pada masa kini kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful