You are on page 1of 28

Diskripsi Prima

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Legal Notice
Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com dan diedarkan oleh 'Muaz Hadi Global Ventures (001968529-A)' Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta. Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email admin@tipsptd.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk PTD Assessment Center dan Temuduga PTD di masa hadapan

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tips PTD dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan. Soalan-soalan yang mempunyai jawapan dalam 'Diskripsi Prima' adalah soalan edaran umum oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Team Tips PTD, Julai 2011

Edisi Pertama Januari 2010 1st revision Mac 2010 nd 2 revision Oktober 2010 3rd revision Julai 2011 Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 2

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Pendahuluan
Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD (PRPBP) diterbitkan atas dasar memberikan satu maklumat yang komprehensif sebagai wadah untuk semua calon melakukan persediaan yang rapi. Setiap tahun secara kasarnya terdapat 2 kali peperiksaan bertulis iaitu pada bulan Februari dan Ogos (kebiasaannya) dan puluhan ribu calon yang mengambil peperiksaan ini di seluruh negara. Tiadanya rujukan khusus yang boleh dijadikan persediaan sebelum menduduki peperiksaan adalah antara faktor kenapa calon GAGAL dalam peperiksaan ini dan betapa peningnya mendapat maklumat yang bercampur-baur dari internet. Kami yakin anda turut mengalaminya dan anda harus bersyukur kerana menjumpai laman tipsptd.com yang bakal mengenengahkan kepada anda bagaimana nak melakukan persediaan yang rapi dan sekaligus LULUS dengan jayanya peperiksaan bertulis PTD ini nanti. Terima kasih dan tahniah untuk anda yang memilih untuk memiliki PRPBP ini, dan jadikanlah http://tipsptd.com/blog sebagai rujukan utama untuk kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Pembelian anda ialah sebahagian dari sumbangan dalam memastikan kesinambungan maklumat percuma di blog tipsptd dan anda boleh jadikan blog tersebut sebagai rujukan masa-masa genting anda untuk PTD Assessment Center dan temuduga PTD nanti. Diharapkan juga Pakej Rujukan ini bakal membantu persediaan anda untuk LULUS dan melayakkan diri ke sesi prePAC nanti. Penghargaan kepada semua Team Tips PTD dan juga editor, saudari Afraha Baiti binti Arif yang bertungkus lumus menyiapkan PRPBP ini. Mudah-mudahan usaha ini dapat menyumbang kepada keputusan yang bagus anda semua dalam peperiksaan bertulis nanti. Anda boleh menulis dan berkongsi maklumat atau sebarang pertanyaan dengan kami melalui email admin@tipsptd.com dan kami amat mengalu-alukan feedback dari anda. Salam kejayaan untuk anda dan selamat menduduki Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik! Pastikan anda membaca setiap helaian PRPBP kerana banyak tips dan strategi yang bakal anda ketahui. Jangan lupa, mulakan dengan bahagian Apa Yang Bakal ANDA Perolehi

Team Tips PTD


Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Apa Yang Bakal anda Perolehi


Sebelum memulakan langkah persediaan anda, suka untuk kami ringkaskan apa yang bakal anda perolehi dari Pakej Rujukan ini. Ianya akan diringkaskan seperti di bawah;

Pengenalan Ringkas

Kenapa GAGAL?

Penerangan Format

Pecahan Soalan Penerangan Seksyen Strategi Persediaan

Contoh Soalan

Pelan Tindakan

Senarai Semak

Penutup & Doa

Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen adalah PERKARA penting yang kami DEDAH kan kepada anda. Anda akan tahu bentuk soalan dan bagaimana untuk anda bersedia. Link khas disediakan untuk rujukan. Sebab itu ia dinamakan DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Isi Kandungan
Tajuk Pengenalan Ringkas Kenapa GAGAL Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen A Pecahan 1 Pecahan 2 Pecahan 3 Pecahan 4 Pecahan 5 Pecahan 6 Pecahan 7 Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen B Pecahan 1 Pecahan 2 Pecahan 3 Pecahan 4 Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen C Contoh Esei Bahasa Melayu Contoh Esei Bahasa Inggeris Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen D Contoh Soalan Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen E Contoh Soalan Tips Khas: Bagaimana Menulis Esei Dengan Baik Isu-isu yang perlu diberi perhatian dalam Seksyen D dan E Ringkasan Keseluruhan seksyen Senarai Semak Kit Persediaan Senarai Isi Kandungan buku Malaysia Kita Penutup dan Doa Anda tak sepatutnya GAGAL lagi Mukasurat 6 7 10 14 17 19 20 23 26 28 29 31 34 36 39 42 43 46 47 49 50 51 54 55 57 58 59 60 62 5

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Pengenalan Ringkas
Menjadi seorang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukanlah sesuatu yang mudah. Sebab itu ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri. Proses pemilihanya kalau dinilai merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus melalui 3 peringkat ujian yang bakal menguji kemahiran dan ilmu yang ada. Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi PTD. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan PTD, mungkin ada masalah dengan kelulusan anda. Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya kerana ujian ptd menuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting. Dalam kata lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca. Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke Assessemnt Centre untuk dinilai dengan lebih dekat. Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu pre PTD Assessment Centre (prePAC). prePAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak Institut Tadbiran Negara (INTAN) membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan caloncalon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temuduga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Setelah berjaya prePAC anda akan di temuduga oleh panel PTD untuk menentukan sama ada anda betulbetul layak atau tidak menjadi seorang pegawai PTD. Interview PTD tidaklah semudah yang disangka, tapi kalau anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda! Kami tak ingin memanjangkan huraian tentang kerjaya ini kerana fokus kita dalam Pakej Rujukan ini persediaan peperiksaan bertulis. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya PTD, apa yang harus dilalui selepas menjawat jawatan keramat ini boleh terus ke laman web INTAN melalui link di bawah;

http://www.intanbk.intan.my/i-portal/en/component/content/article/28-ptd/56-lantikan.html
Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 6

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Kenapa GAGAL?
Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kegagalan calon-calon ujian bertulis PTD. Anda boleh rujuk dalam ebook PERCUMA 27 Sebab kenapa Calon GAGAL Ujian PTD. Kenalpasti sebab gagal dan anda cuba pastikan ianya tidak berlaku pada anda. Anda harus baca ebook tersebut! Untuk tindakan pantas, kami senaraikan beberapa sebab penting yang mana antara lainnya, calon gagal sebab terlalu gemuruh! Apabila terlalu gemuruh, maklumat yang ada di kepala anda hilang dan tidak keluar. Anda mungkin memandang remeh isu ini tetapi inilah hakikat yang berlaku. Seringkali ada sahaja calon yang berpeluh satu badan dan tak senang duduk semasa exam lantas pulang awal sebab tak mampu lagi meneruskan exam tersebut. Kenapa mereka gemuruh? Kalau ianya memang satu symptom kebiasaan anda, anda perlu kepada ubat. Ada beberapa ubat penenang yang anda boleh dapatkan di farmasi untuk tindakan pantas. Tapi untuk jangkamasa panjang, saya sarankan anda mengambil ubat penenang yang merupakan tissue salt dari klinik perubatan homeopathy. Perubatan homeopathy memberikan tindakbalas yang sedikit lambat, tapi jika anda mengalami masalah gemuruh, eloklah mengamalkannya dan ianya selamat serta tiada kesan sampingan berbanding ubat penenang yang dijual di farmasi. Sebab lain yang menyumbang kepada gemuruh ini ialah disebabkan kecuaian calon tersebut. Calon tersesat dan tak jumpa jalan ke tempat peperiksaan ataupun tersekat dalam traffic jam lalu lewat ke tempat peperiksaan. Ada juga lupa peralatan yang diperlukan termasuk IC dan lain-lain, tersilap masuk dewan peperiksaan, berada ditempat yang salah dan lain-lain. Semua ini perkara remeh dan tak sepatutnya berlaku kepada anda. Siapkan diri anda awal-awal, ini adalah persediaan fizikal yang perlu diselesaikan awal. Kalau boleh anda pergi melihat tempat peperiksaan sehari awal atau sebelum peperiksaan, jadi anda tak gelabah tersesat dan sebagainya. Tolong ambil perhatian perkara ini kerana ianya penting dan selalu diabaikan. Pastikan semua kelengkapan alat tulis ada, IC dan surat panggilan juga ada. Cuba tiba awal di pusat peperiksaan dan biarkan diri anda berasimilasi dengan suasana pusat peperiksaan tersebut. Amik nafas dalam-dalam dan cuba bermeditasi seketika. Bacalah doa-doa yang anda belajar untuk menenangkan diri. Kami ada kongsikan doa di blog tipsptd untuk anda amalkan sebelum peperiksaan. Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 7

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Faktor kegagalan yang lain ialah anda terperanjat dengan soalan yang ditanya. Soalan terlalu banyak, diluar jangkaan, masa terhad dan sebagainya. Dalam kata lain ianya disimpulkan sebagai calon gagal sebab tak tahu format dan bentuk soalan yang bakal ditanya. Kami yakin setelah anda membaca nota Diskripsi Prima ini, masalah terkejut ini sudah tiada harapnya sebab anda tahu apa yang bakal anda lalui. Fahami dan tahu apa skop yang bakal ditanya juga jumlah soalannya supaya anda dapat bajet masa anda untuk peperiksaan ini. Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah lebih awal, tahu format, tahu skop yang bakal ditanya dan harapnya kejayaan menanti anda. Tiada persediaan rapi adalah faktor umum kegagalan anda dalam apa bidang sekalipun. Terlalu yakin atau sekadar pergi mencuba nasib merupakan attitude yang berbeza tapi menyumbang ke satu natijah yang sama iaitu KEGAGALAN. Satu fakta yang anda kena tahu ialah, jumlah calon yang layak menduduki peperiksaan bertulis setiap tahun ialah lebih kurang antara 70 ribu ke 80 ribu orang dan calon yang dipanggil ke sesi PAC adalah sekitar 6 ribu ke 7 ribu calon sahaja. Jadi soalan yang dirangka ialah untuk menyingkirkan hampir 90% calon yang menduduki peperiksaan!! Anda akan dapati ada soalan yang tak masuk akal langsung seperti pengatahuan tentang jenis gendang kaum Penan dan sebagainya. Apa yang kami cuba sampaikan ialah tidak kiralah anda graduan kelas pertama ke kelas ketiga ke, anda tiada kelebihan masa itu. Anda perlu bersaing dengan semua orang yang dipanggil ke peperiksaan tersebut. Kebanyakan calon terlalu yakin dan pergi tanpa persediaan yang rapi. Kenapa anda harus jadi seperti mereka? Buat persediaan rapi, siapkan diri anda dengan maklumat yang diperlukan, hampir pasti anda bakal berada dalam kelompok yang bakal dipanggil ke PAC. Sekali lagi kami suka tegaskan, anda perlu bersedia, jangan pergi untuk sekadar mengambil peperiksaan sahaja, tapi pergi dengan persediaan yang rapi, ilmu penuh di dada dan untuk berjaya, bukan untuk menjadi calon kebanyakan! Faktor lain ialah, sangkut pada ujian Matematik. Tentang ujian Matematik, untuk graduan aliran Sains, tidak menjadi masalah utama, tapi untuk graduan aliran Sastera, ada sedikit masalah. Soalan bahagian ini sebenarnya tidak memerlukan anda memiliki kemahiran matematik yang tinggi, silibusnya hanya sekadar matematik tingkatan 5 yang anda lulus dengan cemerlang 5-10 tahun yang lalu. Itu yang dinyatakan oleh pihak SPA, tapi bagi kami soalan hanya mencakupi silibus tingkatan 3, (campur, tolak, darab, bahagi, pecahan) dan tambahan kepada skil penyelesaian masalah. Yang selebihnya adalah Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 8

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

analytical yang tak memerlukan anda membuat pengiraan langsung. Tak usah gelabah, anda baca soalan matematik tersebut dengan sedikit teliti dan kami pasti anda boleh menjawabnya. Jawab soalan dibahagian IQ dengan pantas dan luangkan lebih masa untuk bahagian matematik. Buatlah satu dua set ujian peperiksaan PMR dan cari beberapa soalan analytical penyelesaian masalah dari internet. Tak susah, percayalah! Anda juga boleh menjadikan contoh soalan yang kami sediakan sebagai latihan segera untuk anda. Faktor lain ialah gagal menjawab soalan esei. Ini faktor kritikal, anda harus tahu isu semasa untuk menjawab soalan esei ini. Banyakkan membaca akhbar dan ambil peduli tentang isu-isu nasional sekarang. Luangkan masa menonton berita setiap malam mulai sekarang. Penting untuk anda mengetahui isu semasa, jangan main hentam sahaja dan akhirnya anda memberikan satu gambaran yang salah tentang isu tersebut. Sebolehnya kami tak nak membebel tentang isu ini, anda seorang graduan universiti, jadi anda harus tahu apa yang perlu anda lakukan untuk memperkayakan diri anda dengan maklumat-maklumat ini. Dalam Diskripsi Prima ini dilampirkan juga bagaimana menulis esei dengan baik dan senarai tajuk-tajuk yang telah diperincikan mengikut kumpulan tertentu dan semua ini terserahlah kepada anda untuk ambil tindakan.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen

Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

10

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia


Penerangan Format
Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai paling banyak soalan. Anda diberikan masa 45 minit untuk menjawab 60 soalan. Markah yang diperuntukkan adalah 30 markah dan ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai untuk peperiksaan PTD sebelum ini. Sekali lagi formatnya; Tempoh: 45 minit Jumlah Soalan: 60 soalan Markah: 30 markah Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini. Antara skop pengkhususan soalan dalam bahagian ini ialah; Sejarah Malaysia Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat Skop Tugasan Badan dan Perjawatan Isu Nasional Dasar Pentadbiran Negara Tarikh dan Fakta Penting Lain-lain di luar skop Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 11

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Ianya adalah pecahan berdasarkan pemerhatian dan feedback yang diterima oleh kami di tipsptd.com/blog sepanjang menyalurkan maklumat kepada pembaca-pembaca yang dahagakan maklumat mengenai peperiksaan PTD. Pecahan itu adalah sebagai panduan umum untuk memudahkan anda melakukan rujukan dan persediaan rapi dalam peperiksaan peringkat ini. Ianya bukanlah sesuatu yang rasmi, tetapi lebih kepada gambaran umum kepada anda. Dengan pembahagian ini, seharusnya anda akan jadi lebih jelas dan terarah dalam melakukan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan bertulis. Ramai yang menyatakan seksyen A ini adalah satu seksyen yang sengaja diadakan untuk memerangkap calon dan ianya sama-sekali tidak masuk akal kerana skop yang dirangkumi oleh seksyen ini terlalu luas. Bahkan dalam penghuraian seksyen ini oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri mereka menyatakan yang tiada rujukan khusus untuk persediaan seksyen ini. Dalam hebahan umum SPA menyatakan;

Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembanganperkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.
Pernyataan di atas adalah hebahan dari SPA untuk seksyen ini pada tahun-tahun sebelum ini dan untuk November 2010, lebih banyak skop yang telah dikecilkan dan difokuskan menepati fungsi dan tugas PTD. Pada asasnya, tujuan penilaian tetap sama untuk menguji sejauh mana atau berapa prihatin dan sensitif calon terhadap apa yang berlaku dalam perkembangan dunia dan khususnya Malaysia. Inilah manifestasi penilaian kualiti calon dan anda harus membuktikan yang anda amat-amat berkualiti untuk diterima masuk ke jawatan hebat ini. Dan hebahan terkini ianya berbunyi seperti ini;

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

12

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

"Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia / infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lainlain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya" Tapi kami tetap berusaha untuk memudahkan anda dan kami akan tunjukkan melalui pemerhatian yang dibuat bagaimana soalan-soalan ini dibentuk sebenarnya dan bagaimana menyediakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan seksyen A ini. Kami akan huraikan satu persatu pecahan bahagian yang telah dinyatakan sebelum ini beserta contoh-contoh soalan yang menggambarkan pecahan tersebut. Dan sekali lagi diingatkan yang pecahan itu merupakan hasil pemerhatian kepada soalan-soalan yang lepas.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

13

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Huraian Seksyen A: Pecahan 1- Sejarah Malaysia


Untuk bahagian Sejarah Malaysia, apa yang anda perlukan ialah Buku Sejarah rujukan untuk PMR dan SPM. Abaikan bab-bab yang berhubungkait dengan isu-isu antarabangsa. Fokus kepada yang menjurus kepada yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia. Boleh juga mendapatkan buku Sejarah Malaysia atau Malaysia Kita untuk memantapkan persediaan anda. Maknanya silibus sejarah peradaban dunia tingkatan 4 tinggalkan! Anda tak perlu risau sangat kerana semuanya sebenarnya sudah ada dalam benak fikiran anda kerana kita pernah melaluinya zaman persekolahan dahulu dan maklumat itu sebenarnya sudah pun tersimpan dalam memori kita. Apa yang kita perlukan ialah sedikit bacaan yang boleh mengingatkan kita semula. Jadi ianya tidaklah sesusah kita mengambil peperiksaan dahulu kerana semua itu adalah baru bagi kita ketika itu. Sebab itu anda perlu smart dalam persediaan kali ini. Cari buku-buku rujukan yang ringkas (point system) yang hanya menekankan isi-isi penting sahaja. Jangan membaca rujukan yang seperti buku teks kerana ianya disediakan untuk menghuraikan dan memahamkan pembaca yang membaca untuk mengetahui fakta buat kali pertama. Situasi ini lain dengan anda, anda cuma nak mengingat kembali apa yang pernah anda faham dan tahu satu ketika dahulu. Jadi jimatkan masa dan tenaga anda, hanya cari nota-nota yang bercirikan point form dan sudah barang tentu ianya akan menjimatkan masa anda. Jadi bagaimanakah soalan yang selalu ditanya yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia? Ini adalah sebahagian soalan yang berkaitan; 1. Berikut adalah syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 yang ditandatangani oleh Francis Light setelah meneliti tawaran dari Sultan Abdullah kecuali? a. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) harus melindungi Kedah b. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 14

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

c. SHTI hendaklah membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan d. SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang musuh e. SHTI boleh mengambil sebahagian kawasan lombong jajahan Kedah 2. Ketika Sultan Abdullah menyerang untuk mengambil semula Pulau Pinang, baginda mendapat bantuan dari banyak pihak seperti; a. Temasek b. Acheh c. Riau d. Raja Thai e. British 3. Kenapa Kedah menjadi tarikan UTAMA British? a. Kedudukan strategik Kedah di laluan antara timur dan barat b. Sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun untuk perdagangan dengan China c. Banyak barang dagangan di negeri Kedah yang dibawa dari Negara luar Seperti China d. Perkembangan Kuala Kedah sebagai pelabuhan entrepot di

Kepulauan Melayu e. Untuk dijadikan Pelabuhan persinggahan dan Pengkalan tentera 4. Penentangan Mat Salleh di Sabah pada tahun 1897 adalah rentetan peristiwa percubaan berunding pada tahun 1897 dengan Gabenor

Beaufort, C.V.Creagh mengenai masalah; a. Cukai yang tidak wajar b. Pembahagian kuasa jajahan daerah yang tidak adil c. Pengambilan hak penduduk keturunan Bajau dan Suluk d. Penindasan dan kekerasan pegawai SBUB e. Penguatkuasaan lesen perhutanan yang membebankan penduduk Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 15

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

5. Penentangan Dato Bahaman adalah disebabkan faktor.. a. Perlucutan gelaran oleh Hugh Clifford yang menjatuhkan maruah beliau sebagai orang besar jajahan b. Larangan mengutip cukai di daerah Temerloh c. Pembinaan Balai Polis di Lubuk Teruap yang merupakan kawasan Dato Bahaman d. Konflik kesetiaan kepada Raja e. Sultan Ahmad seperti dikuasai oleh British dan meminta bantuan Dato Bahaman 6. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Kebangsaan? 7. Perjuangan menuntut kemerdekaan melalui mata pena juga merupakan satu firqah yang berkesan yang menyumbang kepada kebangkitan rakyat. Bagaimana ianya bermula? 8. Berikut adalah antara golongan intelektual Melayu yang menyokong gagasan kemerdekaan Tanah Melayu tetapi berlatangbelakangkan pendidikan Inggeris. 9. Dia adalah seorang yang berpengaruh dalam pakatan bersama Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan dan pernah dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1923-1934. 10. Apakah yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda Ibrahim Haji Yaakob yang akhirnya menyebabkan mereka dalam pembentukan Tanah Melayu? pimpinan tersisih

Semua 10 soalan tersebut adalah soalan contoh yang merangkumi pecahan Sejarah Malaysia dalam Seksyen A. Harus diingatkan anda diberi pilihan jawapan yang hampir dan anda perlu berhati-hati dalam memilih jawapan. Pilihan jawapan selalunya 5 (a-e). Anda harus cepat dan pantas menjawab soalan-soalan ini. Jadi sebolehnya anda sediakan diri anda dengan pengetahuan yang komprehensif meliputi Sejarah Malaysia. Biasanya ianya merangkumi 10-15 soalan mengenai sejarah.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

16

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Huraian Seksyen A: Pecahan 2 - Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat


Bahagian ini menuntut anda memahami secara umum tentang bagaimana pembahagian tugas peringkat negeri dan pusat. Pengetahuan bagaimana struktur jabatan-jabatan negeri dan bagaimana perhubungannya dengan kerajaan pusat. Di samping itu pengetahun tentang perlembagaan, bagaimana undang-undang dibuat dan proses parlimen, pengesahan dari badan eksekutif. Jika boleh diperincikan, ianya juga mencakupi sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara. Rujukan yang sesuai ialah buku Sejarah Tingkatan 5, buku Malaysia Kita dan rujukan Pengajian Am Tingkatan 6. Anda boleh rujuk manamana yang mudah diperolehi atau sumber sedia ada. Berikut adalah contoh soalan dalam bahagian ini; 1. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan dia mestilah seorang yang a. Beragama Islam b. Pernah menjadi Menteri Kabinet c. Keturunan Melayu d. Menjadi warganegara mengikut operasi undand-undang e. Menjadi warganegara secara masukan 2. Pembahagian jabatan-jabatan di peringkat negeri secara umumnya ada dua bahagian dan ianya adalah; a. Jabatan Pusat dan Jabatan Negeri b. Jabatan Negeri dan Jabatan Daerah c. Jabatan Negeri dan Kementerian d. Jabatan Negeri dan Jabatan Persekutuan e. Jabatan Jabatan Negeri dan Cawangan Jabatan Persekutuan

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

17

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

3. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai: a. Penubuhan ASEAN b. Penubuhan kawasan aman, bebas, dan berkecuali di Asia Tenggara c. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN d. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan

Kerajaan mereka ke atas Sabah e. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara Negara-negara ASEAN 4. Perlembagaan boleh dipinda dengan syarat tertentu yang antaranya sokongan 2/3 ahli dewan rakyat. Antara kepentingan pindaan

Perlembagaan yang harus dihayati: a. Mengikut kesesuaian idealogi kerajaan semasa b. Membuang mana-mana perlembagaan yang dianggap berat sebelah c. Membentuk satu pembaharuan yang menyeluruh d. Melindungi kepentingan rakyat e. Supaya tiada percanggahan dengan dasar dan polisi baru 5. Bidang pentadbiran Negara adalah yang berikut kecuali: a. Ekonomi b. Sosial c. Agama d. Keselamatan e. Pendidikan 6. Setiap kementerian di kerajaan Pusat mempunyai agensi-agensi yang mempunyai bidang kerja di bawah skop kerajaan pusat. Bagaimana pulak keadaan agensi di negeri-negeri? 7. Berikut adalah langkah carta alir dalam perlaksanaan Pilihanraya Umum yang betul.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

18

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

8. Yang manakah antara berikut merupakan tunjuk arah

yang betul

dalam penyusunan hierarki kuasa dalam badan perundangan Negara? 9. Kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai peranan yang berbeza dalam beberapa aspek tetapi juga mempunyai senarai tugasan bersama. Manakah antara berikut termasuk dalam senarai tugasan bersama? 10. Komanwel ditubuhkan berdasarkan idea yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggotai oleh Negara-negara Dunia Ketiga dan tujuan utamanya ialah: Jangan lupa juga untuk melihat kembali struktur kementerian yang dirangka di bawah pentadbiran Dato Seri Najib beserta menteri-menteri yang bertanggungjawab. Di samping itu beri perhatian yang lebih mengenai jabatan-jabatan negeri dan juga tugasan kerajaan tempatan. Apakah bidang tugas kerajaan negeri dan apakah hak eksklusif kerajaan negeri yang tidak boleh ada campur tangan dari kerajaan pusat secara umumnya. Untuk bahagian pentadbiran kerajaan pusat, ambil maklum tentang perjalanan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan bagaimana fungsi kedua-dua dewan dalam melancarkan pentadbiran.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

19

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Huraian Seksyen A: Pecahan 3 - Skop Tugasan Badan dan Perjawatan


Dalam bahagian ini sebenarnya rujukannya adalah sama dengan pecahan struktur pentadbiran Negeri dan Pusat, cuma ianya lebih berfokus kepada fungsi jabatan dan jawatan tertentu. Atau lebih mudah, soalannya terus mengenai tugas jawatan dan jabatan. Tipsnya ialah ambil tahu tugas-tugas umum jabatan kerajaan dan jawatan yang penting dalam gagasan pentadbiran kerajaan. Berikut adalah antara soalan-soalan yang akan membuatkan anda lebih faham apa yang dimaksudkan dengan pecahan bahagian ini. 1. Berikut adalah skop tugasan kawal selia yang dijalankan bersama diperingkat negeri dan pusat kecuali: a. Perkhidmatan tempatan b. Cuti negeri c. Undang-undang negeri d. Parit dan tali air e. Tanah 2. Skop tugasan Suruhanjaya Pilihanraya mencakupi semua di bawah kecuali: a. Penetapan tarikh penamaan calon b. Semakan Manifesto parti bertanding c. Pembatalan keputusan pilihanraya d. Pengumuman keputusan pilihanraya e. Sebagai badan yang memerintah sementara 3. Organization of the Islamic Conference (OIC) ditubuhkan selepas kegagalan Liga Bangsa. Apakah tujuan utama OIC ditubuhkan? 4. Apakah peranan yang dimainkan oleh Raja-raja Melayu dalam sistem peperintahan Negara? 5. Bagaimana seorang Pegawai Daerah memainkan peranan dalam

menyelesaikan masalah-masalah yang dilaporkan melalui Penghulu Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 20

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Huraian Seksyen A: Pecahan 4 - Isu Nasional


Dalam bahagian ini sebenarnya strategi persediaan tidaklah begitu spesifik. Ianya lebih berfokuskan sejauh mana anda sensitif dengan isu-isu dalam Negara seperti isu kenaikan harga gula, bencana alam dan sebagainya dan bagaimana kerajaan mengambil langkah proaktif dalam menanganinya. Jika anda seorang yang peka dan membaca akhbar secara rutin, bukanlah menjadi satu masalah untuk anda menjawab soalan berbentuk seperti ini. Jadi umumnya, persediaan untuk seksyen ini ialah, banyakkan membaca akhbar dan lazimi diri anda dengan mendengar berita setiap hari. Antara soalan yang sempat kami kumpul berkait dengan pecahan Isu Nasional ini adalah seperti di bawah; 1. Tahun 2009 menyaksikan keadaan ekonomi yang global yang berada dalam peringkat pemulihan sekaligus menyaksikan kenaikan harga barangan secara keseluruhannya. Antara yang menyumbang ke arah peningkatan harga barang adalah perkara di bawah kecuali: a. Keadaan keamanan dunia secara keseluruhannya b. Kenaikan harga minyak dunia c. Bencana alam di Negara-negara pengeluar barangan d. Kejatuhan matawang Amerika Syarikat e. Situasi inflasi dunia 2. Kenaikan harga minyak dunia memberi kesan kepada pelan subsidi minyak oleh kerajaan. Apakah langkah utama yang kerajaan dalam mengukuhkan sistem subsidi minyak? a. Memansuhkan subsidi terus kepada minyak tetapi membayar rebat b. Memperkenalkan prima c. Memperkuatkan kawalan penyeludupan minyak oleh Negara jiran d. Mengkaji semula kaedah pemberian subsidi minyak Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 21 penggunaan minyak RON95 sebagai penggunaan diambil oleh

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

e. Menggalakkan penggunaan NGV sebagai alternatif bahan bakar 3. Isu graduan menganggur adalah sesuatu yang dipandang serius oleh kerajaan bahkan kerajaan telah merangka dan melancarkan pelbagai pelan dalam menangani masalah ini. Antara berikut yang manakah bukan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah pengangguran: a. Gesaan kepada industri supaya mewujudkan skim latihan

sementara untuk meningkatkan kualiti modal insan b. Latihan keusahawanan kepada graduan c. Menggalakkan graduan menyertai industri kecil melalui

peruntukan melalui agensi-agensi seperti MARA dan TEKUN d. Mengkaji semula silibus universiti supaya melahirkan graduan yang diperlukan oleh industri e. Menyediakan kemahiran 4. Apakah tujuan utama Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 10 Mac 2009 yang lalu? 5. Antara perkara penting yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan medium penambahan nilai melalui kursus-kursus

Ekonomi ialah Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan. Apakah pakej lain yang diperkenalkan yang bersangkutan dengan pendidikan

Negara? 6. Isu H1N1 yang melanda Negara ditangani dengan baik dan dalam kawalan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah

tindakan Malaysia dalam menangani masalah ini?

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

22

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Huraian Seksyen A: Pecahan 5 - Dasar Pentadbiran Negara


Soalan yang kami klasifikasikan dalam pecahan ini merangkumi dasar-dasar kerajaan dan bagaimana kerajaan pusat khususnya menangani isu-isu dalam Negara mahupun luar Negara. Di samping itu, ianya juga memfokuskan tentang dasar-dasar baru kerajaan yang merangkumi slogan kerajaan, apa yang hendak dicapai contohnya dalam isu KPI dan sebagainya. Untuk persediaan dalam pecahan ini sebenarnya ia sama dengan persediaan pecahan Isu Semasa sebelum ini. Anda perlu peka dengan berita dan dasar-dasar baru kerajaan. Rujukan utama yang boleh disarankan ialah portal kerajaan di www.malaysia.gov.my yang mana merekodkan segala dasar-dasar baru kerajaan dan sewajarnya menjadi rujukan utama anda. Berikut adalah contoh soalan yang kami golongkan dalam pecahan Dasar Pentadbiran Negara; 1. Zon bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990 menggariskan semua di bawah perkara yang perlu dikaji terlebih dahulu sebelum

pengisytiharan zon bebas kecuali: a. Kesesuaian kawasan b. Penyediaan kemudahan infrastruktur c. Populasi penduduk d. Langkah-langkah keselamatan bagi membenteras pelarian cukai e. Menentukan Pihak Berkuasa Zon dan keperluan berkaitan 2. Pengagihan kepada 3 anggaran bahagian perbelanjaan utama iaitu persekutuan tanggungan 2009 dibahagikan 11.6%,

sebanyak

pembangunan sebanyak 25.9% dan bekalan sebanyak 62.5%. Berapakah sebenarnya angka yang dianggarkan untuk urusan ini: a. RM207,899 juta b. RM107,899 juta c. RM307,899 juta Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 23

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

d. RM97,899 juta e. RM407.899 juta 3. Menteri Kewangan mempunyai bidang kuasa menambah dan mengeluarkan lebih peruntukan di bawah akta perbekalan, tetapi kebiasaannya peruntukan awal sudah memadai bagi setiap kementerian. Antara senarai kementerian di bawah, yang manakah mendapat peruntukan yang paling tinggi pada 2009? a. Kementerian Kesihatan b. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan c. Kementerian Pelajaran d. Kementerian Pengajian Tinggi e. Kementerian Pertahanan 4. Dasar Bioteknologi Negara yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi masih diteruskan oleh Dato Seri Najib Tun Abd Razak dan ianya memfokuskan 9 Inisiatif Utama. Yang manakah antara

berikut tidak termasuk dalam 9 Perkara tersebut: a. Pembangunan Bioteknologi Pertanian b. Pembangunan Penjagaan Kesihatan Bioteknologi c. Pembangunan Modal Insaniah d. Pembangunan Bioteknologi Perangkaan Molekular e. Pembangunan Bioteknologi Industri 5. Langkah mengukuhkan integriti pentadbiran Negara dilakukan dengan begitu proaktif antaranya mengekang dan membendung gejala rasuah. Antara langkah penting yang diambil kerajaan ialah: a. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

menggantikan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) b. Penubuhan Polis Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 24 Suruhanjaya Diraja bagi menilai tahap integriti

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

c. Pelantikan anggota SPRM yang bebas dan telus yang dipersetujui oleh majoriti ahli Dewan Rakyat d. Mempercepatkan urusan siasatan yang melibatkan rasuah terutama yang berprofil tinggi e. Memberi jaminan keselamatan kepada pemberi maklumat 6. Belanjawan tahun 1998 dalam keadaan ekonomi dan politik yang

kurang stabil telah mengemukakan 4 strategi utama. Manakah antara berikut tidak termasuk dalam strategi tersebut: a. Memperteguhkan asas ekonomi dan menstabilkan pasaran kewangan b. Mengekalkan pertumbuhan mapan c. Meneruskan proses deregulasi dan liberalisasi ekonomi d. Menghentikan besar e. Meneruskan menyeluruh 7. Pelan Induk Perindustrian Negara (PIP) 1986-1995 beberapa di bawah di Dasar bawah agenda sosial bagi pembangunan yang lebih sementara projek-projek yang menelan belanja

Perindustrian kecuali: a. Menjadikan

menggariskan

matlamat

sektor

perkilangan

sebagai

pemangkin

pertumbuhan

perindustrian Negara b. Menggalakkan sepenuhnya penggunaan sumber asli Negara c. Mengukuhkan tahap penyelidikan dan pembangunan d. Penubuhan dana khas untuk merancakkan perindustrian Negara e. Pembinaan asas tenaga mahir melalui R&D

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

25

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Huraian Seksyen A: Pecahan 6 - Tarikh dan Fakta Penting


Pecahan seksyen ini merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan anda tergelincir. Anda tidak boleh menggunakan logik akal dalam pecahan ini. Ianya merupakan fakta yang harus diketahui. Selalunya ianya bersangkutan dengan tarikh-tarikh peristiwa penting yang besar dan juga fakta penting dalam Negara. Persediaan untuk pecahan ini hanyalah melalui pembacaan dan pengetahuan umum anda. Mungkin anda boleh melihat sedikit sebanyak mengenai penganjuran sukan Komanwel dan Olimpik di mana dan tahun berapa; sekadar memberi cadangan. Berikut adalah antara soalan pecahan ini yang pernah ditanya dalam soalan-soalan sesi lepas; 1. Di manakah lokasi Piala Dunia 2010 bakal diadakan? a. Afrika Selatan b. Brazil c. Copenhagen d. Perancis e. England 2. Siapakah pemenang pingat Olimpik pertama Malaysia? a. Rabuan Pit b. Razif/Jalani Sidek c. Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock d. Nicol Ann David e. Malek Noor 3. Antara berikut, siapakah yang tidak pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara a. Tun Mohamed Azmi Mohamed b. Tun Syed Sheikh Hassan Barakbah Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 26

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

c. Tun Syed Ahmad Nasir d. Tun Abdul Hamid Omar e. Tun Abdul Hamid Mohamad 4. Bilakah Malaysia menjadi tuan rumah sukan Komanwel? a. Mei, 1998 b. Jun, 1998 c. Julai, 1998 d. Ogos, 1998 e. September, 1998 5. Di manakah ibu pejabat Sekretariat ASEAN? a. Jakarta, Indonesia b. Kuala Lumpur, Malaysia c. Singapura d. Bangkok, Tahiland e. Bandar Seri Begawan, Brunei 6. Singapura bersama Tanah Melayu pada tahun 1963 ketika gabungan Sabah dan Sarawak menjadi Malaysia tetapi selepas itu keluar dari Malaysia dan menjadi Negara Republik. Tahun berapakah peristiwa itu berlaku? a. 1964 b. 1965 c. 1966 d. 1963 e. 1968

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

27

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

TAMAT PREVIEW COPY


Dapatkan Versi Penuh yang mencakupi;
Ebook Utama 'Diskripsi Prima' Sola Jawab PTD Contoh Soalan&Jawapan Seksyen A Contoh Soalan&Jawapan Seksyen B Contoh Soalan&Jawapan Seksyen C Contoh Soalan&Jawapan Seksyen D Contoh Soalan&Jawapan Seksyen E 7 Contoh Esei Bahasa Melayu 7 Contoh Esei Bahasa Inggeris 40++ Isu semasa 2010/11 180++ Soalan&Jawapan Matematik (bab khusus exam kerajaan) 400++ koleksi soalan Sahsiah & Minat di bawah sistem baru 2011, MyRecruitment .... dan banyak lagi!

Belum pernah ada rujukan selengkap ini.. Khusus untuk yang mahu LULUS, hanya di; http://tipsptd.com

Jualan akan di TUTUP pada 14 Julai 2011. Pilih untuk LULUS hanya di;

http://tipsptd.com
Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 28

You might also like