You are on page 1of 12

50/2

MATEMATIK

BENTUK KERTAS SOALAN Matematik Kertas 2 mengandungi 20 soalan berbentuk subjektif. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 45 minit. Jawapan hendaklah dituliskan di ruang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan. Soalan yang dikemukakan berdasarkan isi kandungan Sukatan Pelajaran Matematik KBSM pada tahap penguasaan minimum. Kemahiran yang diuji ialah kemahiran asas bagi beberapa tajuk dalam Huraian Sukatan Pelajaran tingkatan 1, 2 dan 3. Jumlah markah bagi kertas ini ialah 40 markah. Soalan ini dikemukakan dalam dwibahasa iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Soalan dihalaman kiri adalah dalam bahasa Melayu manakala soalan di halaman kanan adalah yang sepadan dalam bahasa Inggeris. Calon dibenarkan menjawab keseluruhan atau sebahagian soalan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris Peruntukan markah bagi setiap soalan adalah berbeza sama ada 1, 2 atau 3 markah berdasarkan kepada tugasan dan tahap kesukaran soalan. Calon mestilah menunjukkan kerja mengira dengan jelas. Mereka mungkin kehilangan markah jika langkah penting tidak ditunjukkan dengan teratur. PRESTASI KESELURUHAN Prestasi keseluruhan adalah sederhana berbanding dengan tahun sebelumnya. Bilangan calon yang mendapat markah penuh berkurangan. Ramai calon tidak memahami kehendak beberapa soalan terutama soalan 13 dan 14. Calon juga tidak boleh menjawab dengan baik soalan 16, 17, 18, 19 dan 20 kerana tidak menguasai kemahiran asas dalam topik tersebut. Kebanyakan calon lemah dalam penggunaan alatan geometri apabila menjawab soalan tajuk pembinaan. Terdapat juga calon yang menjawab dengan tidak lengkap, tulisan yang kurang baik dan sukar untuk dikenalpasti, contohnya sama ada nombor 8 atau 6. Memandangkan kertas soalan tahun ini disediakan di dalam dwibahasa. Kebanyakan calon menjawab dalam bahasa Melayu sahaja. Sebilangan calon menjawab dalam bahasa Inggeris sahaja. Sebilangan calon lagi menjawab sebahagian dalam bahasa Inggeris dan sebahagian dalam bahasa Melayu. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Calon Dalam Kumpulan Tinggi Calon memahami kehendak atau tugasan soalan dengan mengemukakan jawapan yang tepat dan sistematik. Jawapan yang diberi oleh calon menepati peraturan pemarkahan. Mereka memahami konsep dan dapat menyelesaikan masalah dengan cemerlang. Calon Dalam Kumpulan Sederhana Calon dalam kumpulan ini menunjukkan mereka tidak memahami kehendak soalan seperti soalan-soalan 8, 13 dan 14. Calon kerap memberi jawapan yang tidak begitu tepat. Namun begitu, soalan yang mudah dapat dijawab dengan baik.
MATEMATIK

62

Laporan Prestasi PMR 2003

Jawapan yang dikemukakan calon dalam kumpulan ini sebahagiannya mematuhi peraturan pemarkahan. Walau bagaimanapun, kebanyakan calon kehilangan markah kerana cuai dan melakukan kesalahan seperti menggunakan nilai yang salah walaupun nilai sebenar telah diperoleh. Persembahan kerja calon tidak begitu kemas dan kurang teratur. Calon Dalam Kumpulan Rendah Calon dalam kumpulan ini menunjukkan mereka tidak menguasai kemahiran asas matematik. Soalan yang melibatkan penukaran unit tidak dijawab dengan baik. Jawapan yang diberi kerap tidak menepati kehendak soalan dan tidak ditunjuk langkah kerja. Sekiranya ada langkah kerja ditunjukkan, didapati ia tidak teratur dan kadang-kadang tersasar langsung daripada kehendak tugasan. Kebanyakan calon tidak mencuba soalan yang sukar. PRESTASI TERPERINCI Soalan 1 Kekuatan Calon Kebanyakan calon dapat mencari kuasa dua sesuatu nombor dengan tepat menggunakan buku sifir. Kelemahan Calon Sebilangan calon kurang mahir mengguna buku sifir. Sebilangan kecil calon mendarab terus tanpa mengguna buku sifir. Kesilapan yang Sering Kali Ditemui Calon meletakkan titik perpuluhan di tempat yang salah. Contoh: 0.9608 atau 9.608. Calon mencampurkan nilai digit akhir yang salah. Contoh: 96.04 + 4 = 100.04 atau 96.44. Calon memberi jawapan dengan mengguna kaedah pendaraban. Contoh: 9.802 x 9.802 = 96.079204. Calon tidak mahir mengguna buku sifir dan memberi jawapan sebagai 98.04, 98.07 atau 96.12

Soalan 2 Kekuatan calon Kebanyakan calon boleh melakukan operasi tambah ke atas nombor negatif. Calon boleh melakukan operasi -15 + (-4) dan menyelesaikannya.

MATEMATIK

63

Laporan Prestasi PMR 2003

Kelemahan Calon Sebilangan calon cuai dalam kerja mengira kerana tidak memahami operasi ke atas nombor negatif. Calon tidak meletak tanda negatif dan gagal melakukan operasi tambah dengan betul. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui Calon tidak meletak tanda negatif dalam jawapannya. Contoh: -15 + (-4) = 19 -15 -4 = -11 15 4 = 11 -15 + 4 = 11 Soalan 3 Kekuatan calon Kebanyakan calon boleh melakukan pertukaran unit daripada kilogram ke gram atau sebaliknya dengan baik. Calon boleh menambah nombor perpuluhan dengan baik. Kelemahan Calon Sebilangan kecil calon tidak tahu 1kg = 1000g, calon tidak mahir dalam penukaran unit atau lemah dalam asas penukaran unit. Calon tidak memberi jawapan dalam unit yang ditetapkan kerana tidak memahami tugasan soalan. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui Calon salah menukar unit: Contoh: 5.3 kg = 5kg 3g 5.3kg 5300g 5.3kg = 5kg 3000g 3.6kg + 1.7kg = 4.13 kg Calon memberi jawapan bukan dalam bentuk yang dikehendaki. Contoh: 5.3 kg atau 5300 g 4kg 1300g Soalan 4 Kekuatan calon Kebanyakan calon mematuhi prinsip pengiraan semasa melakukan operasi +, -, x, terhadap nombor perpuluhan. Calon boleh melakukan operasi bahagi ke atas nombor perpuluhan. Kelemahan Calon Sebilangan kecil calon tidak tahu prinsip pengiraan. Calon cuai dalam meletakkan tempat perpuluhan.

MATEMATIK

64

Laporan Prestasi PMR 2003

Kesilapan Yang Seringkali Ditemui 23.2 2 = 11.5 atau 115.5 atau 1.155 atau 11.05 atau 11.505 Soalan 5 Kekuatan calon Kebanyakkan calon memahami konsep gandaan sepunya dan dapat mencari Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) bagi angka 18 dan 24 melalui kaedah pembahagian berulang atau menyenaraikan gandaan dengan betul. Kelemahan Calon Sebilangan calon keliru antara konsepgandaan dengan konsep factor. Sebilangan kecil calon tidak dapat melakukan pembahagian berulang dengan sempurna atau tidak mendarabkan faktor atau salah darab untuk hasil GSTK. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui Pembahagian berulang tidak lengkap dan cuai dalam proses membahagi. Menyenaraikan gandaan tidak lengkap. Contoh: 18 = 1, 2, 3, 6, 9 24 = 1, 2, 3, 4, 6, 8, 12, 24 GSTK = 6 gandaan 18 dan 24 = 1, 2, 3. Soalan 6 Kekuatan calon Sebahagian calon tahu sifat sudut dalam segitiga kakisama dan sifat sudut sepadan pada dua garis selari. Kelemahan Calon Sebilangan calon tidak mengetahui sifat sudut pada garis selari. mengenalpasti sudut sama besar dalam segitiga sama kaki. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui Tidak membahagi 140 dengan 2. Contoh: 180 40. Mencari sudut yang salah. Contoh: Sudut DBC = Sudut DCB = 40, x = 40. Calon tidak boleh

MATEMATIK

65

Laporan Prestasi PMR 2003

Soalan 7 Kekuatan calon Kebanyakan calon boleh menyelesaikan persamaan linear dengan baik. mengumpulkan sebutan serupa dan mencari nilai anu yang dikehendaki. Kelemahan Calon Sebilangan calon tidak menukar tanda negatif dan positif dengan betul semasa pemindahan sesuatu sebutan dari kiri ke kanan persamaan dan sebaliknya. Calon tidak boleh membezakan antara sebutan dan pemalar bila melakukan operasi +/-. Sebilangan kecil calon tidak mencuba soalan ini. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui 5t = 13t t = 16 -3 -5 -5t -3t = -16; t = -2 16 = -5t-3t 8t = 16; t = 16 8 Calon tahu

Soalan 8 Kekuatan calon Sebahagian calon dapat menyatakan masa dalam sistem 24 jam. melaksanakan operasi + ke atas masa dengan baik. Kelemahan Calon Sebilangan calon tidak boleh menukar minit kepada jam atau sebaliknya. Calon tidak memahami istilah `tunda. Calon lemah dalam penukaran dari sistem 12 jam kepada 24 jam atau sebaliknya. Calon tidak biasa dengan penggunaan sistem 24 jam, tidak tahu perbezaan antara waktu dan tempoh masa. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui 1425 + 30 = 1455 1455 + 45 = 1500 1425 + 45 -30 Memberi jawapan sebagai 1540 jam. Memberi jawapan dalam sistem 12 jam iaitu 3.40pm atau 3jam 40 minit. Calon boleh

Soalan 9 Kekuatan calon Sebahagian calon dapat mengenalpasti nilai bagi sisi-sisi PQ, PR dan QR. memahami konsep tangen dan sinus dengan baik. Calon

MATEMATIK

66

Laporan Prestasi PMR 2003

Kelemahan Calon Sebilangan calon kurang memahami konsep sinus dan tangen yang melibatkan sisi yang berlainan. Calon tidak boleh menyatakan nisbah bagi tangen. Calon tidak boleh membezakan antara sisi hipotenus dan sisi bersebelahan. Calon tidak dapat mengenalpasti sudut PQR. Calon tidak boleh mencari sisi PR dengan menggunakan Teorem Pithagoras. Sebilangan calon tidak mencuba soalan ini. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui Tersilap letak ukuran sisi pada rajah. Cuai menulis 8/15 dan bukan 15/8 sebagai jawapan. Tidak mencari nisbah tangen, hanya mencari sisi sahaja.

Soalan 10 Kekuatan calon Kebanyakan calon dapat menguasai konsep peratus keuntungan dengan baik. Kelemahan Calon Sebilangan calon tidak faham konsep peratus keuntungan. Calon hanya mencari perbezaan harga sebagai keuntungan. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui 40/46 x 100 46/40 x 100 40/100 x 46 RM 46 RM 40 = RM6 6/46 x 100.

Soalan 11 Kekuatan calon Kebanyakan calon mahir menyelesaikan masalah operasi ke atas nombor pecahan. Kelemahan Calon Sebilangan kecil calon tidak memahami kehendak soalan iaitu tidak mencari baki wang. Calon cuai dalam pengiraan (lemah dalam sifir) Kesilapan Yang Seringkali Ditemui 1/3 x RM150.60 = RM50.20 150.60 50.20 = 50.40 50.60 50.60 = 100 1/3 x RM150.6 = RM5.20 1/3 x RM150.6 = RM50.60

MATEMATIK

67

Laporan Prestasi PMR 2003

Soalan 12 Kekuatan calon Sebahagian calon dapat melukis imej bagi P dengan tepat pada grid segiempat sama yang disediakan. Calon menguasai konsep penjelmaan di bawah translasi yang melibatkan pergerakan pada paksi x dan y. Kelemahan Calon Sebahagian calon dapat melakukan translasi tetapi tidak menyambungkan ketiga-tiga titik dan ada calon yang hanya menanda dua titik sahaja tanpa melengkapkan gambarajah. Calon tidak tahu maksud tandaan +/- dalam translasi menyebabkan kegagalan melukis imej bagi P dengan betul. Sebilangan kecil calon tidak mencuba soalan ini. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui Calon keliru antara translasi, pantulan dan pembesaran. Calon menggerakkan titik betul untuk satu komponen sahaja iaitu sama ada gerakkan titik untuk x atau y sahaja. Calon melakukan gerakkan titik pada arah yang berlawanan. Soalan 13 Kekuatan calon Sebilangan calon terus memberi jawapan yang tepat. menganalisa carta bar dengan baik. Kelemahan Calon Kebanyakan calon tidak memahami kehendak soalan. Contoh: i) Calon mencari pertambahan tertinggi antara hari Khamis dan Selasa, ii) Calon hanya mengambil dua hari jualan yang tertinggi dan mengabaikan perkataan berturutan, iii) Calon memberi semua pertambahan jualan atau perubahan antara dua hari. Sebilangan kecil calon tidak mencuba soalan ini. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui 600 + 500 = 1100 500 200 = 300 600 -400 = 200. Oleh itu pertambahan tertinggi diberi sebagai 300 + 200 = 500. Calon boleh membaca dan

Soalan 14 Kekuatan calon Hanya sebilangan kecill calon dapat mengguna rumus isipadu prisma dan seterusnya menyelesaikan persamaan dengan betul.

MATEMATIK

68

Laporan Prestasi PMR 2003

Kelemahan Calon Kebanyakan calon tidak mengetahui rumus prisma. Tidak boleh mengguna rumus isipadu prisma. Sebilangan calon tidak mencuba soalan ini. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui 1/3 x (8 + t) x4x3=84 x 8 x 4 x 3 = 94 1/3 (8 + t ) x 4 x 3 = 84 4 x 3 x 8 x t = 84

Soalan 15 Kekuatan calon Kebanyakan calon memahami konsep nisbah dan dapat mengira jawapan dengan tepat. Calon menguasai konsep nisbah dan kadar dengan cemerlang. Kelemahan Calon Sebilangan calon tidak dapat mengaitkan 300 keping jubin dengan nisbah yang diberi. Calon tidak mengenalpasti jawapan yang diperoleh dan tidak memahami konsep nisbah dan kadar. Mereka memberi bilangan jubin merah sebagai jawapan. Sebilangan kecil calon tidak mencuba soalan ini. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui merah: putih = 13 : 7 jumlah jubin = 300 300 20 = 280 bil jubin putih = 280/7 = 40 300 x 13 = 195 20 300- 13 x 7 = 300 -91= 209 7/13 x 300 3 : 7 = 195 : 105 300/20 = 15

Soalan 16 Kekuatan calon Kebanyakan calon boleh memplot titik U(-1, 2) dengan betul tetapi hanya sebilangan calon boleh mencari jarak UV dengan tepat samada dengan kaedah rumus jarak atau membilang petak dalam graf (UV selari dengan paksi x). Kelemahan Calon Sebilangan kecil calon salah menanda pada titik (-2,-1) atau (2,-1) sebagai jawapan. Calon mengira petak tanpa menyedari 2 petak mewakili 1 unit. Mereka membuat pengiraan yang salah semasa mengguna rumus. Calon tidak dapat mempersembahkan jawapan dalam bentuk koordinat atau nombor negatif. Calon menanda lebih daripada satu titik U.

MATEMATIK

69

Laporan Prestasi PMR 2003

Kesilapan Yang Seringkali Ditemui Calon melukis garis tanpa menanda titik. Jarak = 6 unit. Jawapan sebagai (3,0) atau (- 3,0) atau -3 unit. Calon tidak baca soalan dengan teliti sehingga tertinggal bahagian (b). Soalan 17 Kekuatan calon Sebilangan calon memahami konsep putaran serta memahami kehendak soalan dan menyatakan koordinat imej dengan betul. Kelemahan Calon Kebanyakan calon tidak boleh mencari titik imej dengan betul. Sebilangan kecil calon dapat menentukan titik imej di bawah putaran tetapi tidak menyatakan koordinatnya. Sebilangan kecil calon memberi imej di bawah pantulan bukan dibawah putaran. Sebilangan kecil calon tidak mencuba soalan ini. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui Calon cuai dengan melakukan putaran pada sudut 90o lawan arah jam pada pusat (0,0). Calon salah menulis koordinat, contoh (-3,2). Menulis koordinat dalam bentuk vektor. Soalan 18 Kekuatan calon Sebilangan calon memahami ciri sudut dalam bulatan dan boleh melakukan penyelesaian bulatan dengan cemerlang. Kelemahan Calon Sebahagian calon tidak dapat mengenalpasti hubungan sudut pada pusat dengan sudut pada lilitan bulatan yang diberi. Sebilangan kecil calon tidak mencuba soalan ini. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui x = 200 x = 180 100 = 80 x = 360 -100 = 260 x = 80/2 = 40

Soalan 19 Kekuatan calon Sebilangan calon boleh membina sudut 45o dengan mengguna prosedur yang betul sama ada melalui pembinaan sudut 60o atau pembinaan sudut 90o.

MATEMATIK

70

Laporan Prestasi PMR 2003

Kelemahan Calon Sebahagian calon tidak menggunakan kaedah yang betul untuk membina sudut 90o. Mereka membina sudut 45o dengan membahagidua sama sudut 90o dengan menggunakan jejari yang tidak sama bila membentuk persilangan lengkok binaan, begitu juga dengan binaan 90o, 30o dan 15o. Sebilangan calon membina sudut 90o tidak pada titik O. Sebilangan kecil calon membina sudut 30o. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui Membina sudut 90o mengguna jangkasudut. Calon tidak melabel sudut 45o yang dibina. Garis binaan dipadam selepas membina sudut 45o. Mereka melukis lengkok binaan dari pusat yang salah. Soalan 20 Kekuatan calon Sebilangan calon dapat mencari luas kawasan tersebut dengan betul iaitu dengan membahagi rajah yang diberi kepada beberapa bahagian. Kelemahan Calon Sebahagian calon tidak dapat mencari luas bahagian dalam rajah. Sebilangan calon mengguna rumus yang betul tetapi membuat gantian yang salah dengan nilai yang telah dilabel di tempat yang tidak berkaitan dengan rumus. Sebilangan calon tidak memahami kehendak soalan dengan mencari luas ABCDE dan bukan luas ABCD. Kesilapan Yang Seringkali Ditemui Calon buat andaian panjang AB = AC = 6cm, Luas = x 6 x 4. Calon mengguna rumus perimeter untuk mencari luas. Contoh: Luas = 10 + 8 + 6 = 24. Calon andaikan ABCD sebagai trapezium/rombus/segiempat. Contoh: Luas = x 8 x 8 Luas = (8 + 10 ) 6 Luas = 16 x 4 = 64 Luas = 6 x 10 Luas = x 8 x 6

MATEMATIK

71

Laporan Prestasi PMR 2003

Saranan Kepada Calon 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Fahami konsep asas Matematik Menegah Rendah. Hafal sifir. Perbanyakkan latihan menjawab soalan. Fahami kehendak atau tugasan soalan sebelum menjawab. Mesti jawab semua soalan. Kerap melihat dan menyelesaikan soalan tahun lepas. Tunjukkan semua langkah kerja mengira. Menulis langkah kerja mengira dengan jelas, sistematik dan teratur. Menguasai kemahiran asas dalam Matematik. Seimbangkan kefahaman konsep dengan penguasaan kemahiran. Latih diri mengguna rumus untuk mencari luas dan isipadu. Menguasai kemahiran mengguna alat-alat geometri dan buku sifir. Calon mesti mencuba soalan dalam pelbagai bentuk yang bertujuan menguji konsep yang sama. Calon yang lemah perlu mendapat khidmat bimbingan guru Matematik lebih kerap untuk mencapai tahap sederhana atau tahap pencapaian yang minimum. Calon disarankan supaya mematuhi arahan peperiksaan PMR. Calon diingatkan supaya teliti semasa membuat pengiraan, menyemak semula jawapan dan pastikan menepati kehendak soalan.

Saranan Kepada Guru 1. Mempelbagaikan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran (P & P) yang menyeronokkan seperti mengguna perisian dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Menyediakan serta memberikan banyak latihan kepada calon. Buat perbincangan dan tunjuk cara yang lebih berkesan dan cepat. Selalu gunakan bahan bantu mengajar yang lebih baik. Tanamkan sikap yakin dan percaya pada diri calon bahawa Matematik mudah dan menarik. Kenalpasti tajuk dalam kertas ini dan buat analisa soalan mengikut topik.

2. 3. 4. 5. 6.

MATEMATIK

72

Laporan Prestasi PMR 2003

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Beri perhatian kemahiran asas terutama pelajar sederhana dan lemah. Perbanyakkan latih tubi terutama soalan PMR sebenar atau soalan mirip soalan PMR sebenar. Beri penekanan dalam pengendalian operasi +, -, x, bagi nombor bulat, nombor perpuluhan, pecahan dan nombor negatif. Beri tunjuk ajar bagi mengatur langkah kerja supaya teratur, sistematik dan kemas serta tiada kerja salah atau tercicir yang boleh mengakibatkan kehilangan markah. Pastikan pelajar tahu kaedah membaca buku sifir bagi topik yang berkaitan. Pastikan pelajar dapat menguasai kemahiran mengguna alat geometri dalam tajuk pembinaan. Mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah penyelesaian dan jalan kerja yang berlainan. Memberi ujian topikal untuk melihat penguasaan kemahiran calon. Bimbing calon memahami dan mentafsir soalan-soalan berbentuk ayat. Guru perlu mendedahkan diri dalam pelbagai cara dalam P & P yang berkesan dan terkini, menggalakkan menghadiri kursus peningkatan prestasi atau motivasi dan menggalakkan membuat team-teaching dimana pengalaman boleh dikongsi bersama. Bagi pelajar yang lemah, adakan klinik matematik dan ikut sukatan minimum. Guru menasihat pelajar supaya jangan keluar dewan peperiksaan sebelum masanya kerana ia akan mempengaruhi mood calon lain.

17. 18.

MATEMATIK

73

Laporan Prestasi PMR 2003