PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik merupakan cantuman dua disiplin ilmu iaitu psiokologi dan linguistik.

Mangantar Simajuntak menerangkan bahawa kata psikolinguistik adalah gabungan dua perkataan iaitu ³psikologi´ dan ³linguistik´ yang merupakan dua disiplin ilmu yang berlainan dan boleh berdiri dengan sendirinya. Psikologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji akal budi atau jiwa manusia dan tingkah laku manusia. Gleitman mengatakan bahawa psikologi merupakan satu bidang yang kadangkala ditakrifkan sebagai bidang akal budi, dan kadangkala pula sebagai ilmu tingkah laku. Menurut Mangantar Simajuntak pula, psikologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji proses akal manusia dan segala yang mengatur perilaku manusia. Dalam takrif yang diberi oleh Gleitman dan Mangantar Simanjuntak, jalas bahawa psikologi ialah disiplin ilmu yang mengkaji tentang hal-hal tentang akal budi dan tingkah laku manusia. Linguistik ialah ilmu tentang bahasa seperti yang diterangkan di bahagian Aitchison telah menegaskan bahawa linguistik dapat ditakrifkan sebagai satu penyelidikan sistematik tentang bahasa ± satu disiplin yang menghuraikan tentang bahasa dan merumuskan teori-teori tentang bagaimana bahasa berfungsi. Pandangan yang dikemukan oleh Aichison jelas menunjukkan kajian tentang bahasa yang tidak dilakukan secara empirikal atau bersistem tidak boleh dianggap sebagai kajian linguistik. Di dalam Kamus Dewan (edisi baru) memberi takrif ringkas tentang linguistik iaitu ³ilmu tentang bahasa´. Jadi dapat saya rumuskan bahawa linguistik adalah ilmu tentang bahasa dan cara bahasa berfungsi sebagai alat untuk mencapai matlamat atau hasrat dalam kehidupan seharian. Jadi psikolinguistik dapat ditakrifkan sebagai ilmu yang mengkaji apa yang dikaji di dalam psikologi dan linguistik. Secara umumnya dapatlah saya katakan bahawa psiokolinguistik satu bidang yang mengkaji mekanisme mantel dan kelakuan manusia semasa manusia berbahasa.

Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan

memahami bahasa. Penglibatan-penglibatan singkat dalam bidang ini pada mula-

diakibatkan sebahagian besarnya oleh kekurangan data-data yang padu tentang bagaimana otak manusia berfungsi. Adanya banyak subbahagian dalam bidang psikolinguistik yang mendasari komponen-komponen bahasa manusia. dan teori maklumat untuk mengkaji bagaimana otak memperoses bahasa. Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk membelajari bahasa. seperti psikologi. neurosains. sains kognitif. Adadnya beberapa subdisiplin. perkataan. dan sebagainya. serta proses-proses yang membolehkan pemahaman pernyataan. biasanya melalui kaedahkaedah uji kaji atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan bukannya pencerapan naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam penyelidikannya terhadap perkembangan kanak-kanak). Psikolinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh orang-orang daripada berbagaibagai bidang. Psikolinguistik meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayatayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa.mulanya merupakan usaha-usaha falsafah. dan linguistik. umpamanya. dengan neurolinguistik kini merupakan sebuah bidang baru pada dirinya. Penyelidikan moden mempergunakan biologi. teknik-teknik tak invasif untuk mengkaji pengerjaan neurologi otak semakin digunakan. . sains kognitif. teks.

penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyi-bunyi itu. Semantik adalah berkenaan dengan makna perkataan-perkataan dan ayatayat. y Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata. Dalam bidang psikolinguistik. y Kajian tentang pengecaman kata dan pembacaan memeriksa proses-proses yang terlibat dalam pemerolehan maklumat ortografi. semantik mengolahkan maksud ayat-ayat yang sebenar. pembentukan kata berimbuhan). y y Pragmatik adalah berkenaan dengan peranan konteks dalam pentafsiran makna. dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya. morfologi. Jika sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat. fonologi. khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait (seperti jalan dan berjalan). .y Fonetik dan fonologi adalah berkenaan dengan kajian bunyi pertuturan. dan semantik daripada pola-pola dalam teks tercetak. y Sintaksis ialah kajian pola-pola yang menetapkan bagaimana perkataanperkataan digabungkan untuk membentuk ayat.

y Pengkaji juga menetapkan golongan kata kepada kata nama. y Bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang menyelidik tabii alam. Setiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk y Tatabahasa bersifat sejagat. y y Bahasa boleh berkembang. .Teori Huraian Bahasa Yang berikut ialah empat aliran pemikiran teori huraian bahasa: a) Teori Tradisional (Panini) y Kajian bahasa dibuat terhadap bentukbentuk tulisan. kata sifat. dan kata kerja. y Ahli bahasa Arab mengkaji tulisan Al-Quran dan orang Hindu pula mengkaji tulisan Sanskrit. berasaskan tatabahasa Yunani dan Latin. y Kajian bahasa bersifat deduktifmementingkan hukum-hukum sesuatu bahasa.

y Bahasa adalah sistem tentang rumusrumus bahasa. bersistem.arbitrari. . y Bahasa bersifat sejagat dan kreatif. c) Teori Tranformasi Generatif (Chomsky) y Penutur jati boleh menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan. y Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental. y Penutur dilahirkan dengan kecekapan semula jadi. y Ayat mempunyai struktur dalaman dan permukaan. dan untuk perhubungan. y Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang dilihat. morfem dan ayat.b) Teori Struktural (Bloomfield) y Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem. y Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan.

y Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada 3 fungsi iaitu fungsi idea. y Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi. dan fungsi tekstual. y Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa. fungsi interpersonal.d) Teori Fungsional (Halliday) y Struktur bahasa ikut fungsi dalam komunikasi. .

dan merupakan tumpuan perbincangan yang berikut. dan . Pandangan kedua ini menganggap bahawa keupayaan manusia untuk memperoleh sintaksis adalah "terbina" di dalam otak. sintaksis adalah penuh dengan perbalahan. terdapat dua buah aliran fikiran tentang bagaimana kita dapat mencipta ayat-ayat sintaksis: 1. 2. dan bagaimana kita menggunakan sintaksis ² iaitu. Sebaliknya. Yang pertama antara perkara-perkara ini ² mengaitkan bunyi dengan maksud ² tidak menimbulkan begitu banyak perbalahan dan secara amnya dianggap sebagai bidang yang komunikasi haiwan dan manusia mempunyai sekurang-kurangnya sesetengah persamaan (sila lihat Komunikasi haiwan). bagaimana kita mengaitkan bunyi-bunyi (atau isyarat-isyarat) bahasa. Bahasa wujud kerana manusia mempunyai keupayaan semula jadi untuk memperoleh apa yang telah dipanggil "tatabahasa sejagat".) Keupayaan untuk menggunakan sintaksis seperti ini tidak akan wujud tanpa konsep semula jadi yang mengandungi sokong bawah untuk peraturan-peraturan tatabahasa yang menghasilkan rekursi. Pada dasarnya. dan faktor-faktor sosial yang menggalakan perkembangan bahasa pertuturan. ciri-ciri sintaksis yang rumit seperti rekursi tidak dapat difahami juga oleh makhluk-makhluk bukan manusia yang paling cerdas dan sosial. (Rekursi. antara lain. Sintaksis ialah hasil evolusi kecerdasan manusia yang semakin meningkat dengan berlalunya masa. bagaimana kita dapat menyusun perkataan-perkataan untuk menghasilkan dan memahami urutan-urutan kata yang kita panggil "ayat". dan mendakwa bahawa. kanak-kanak yang membelajari sesebuah bahasa mempunyai ruang pencarian yang luas untuk memeriksa dengan teliti antara tatabahasa-tatabahasa manusia yang mungkin.Teori-teori mengenai bagaimana bahasa bertindak dalam akal manusia mencuba menjelaskan. sebagai contoh. termasuk penggunaan ganti nama relatif untuk merujuk kembali kepada bahagian-bahagian ayat yang awal ² "Gadis itu yang keretanya menghalang pemandangan pokok yang saya tanam pada tahun lalu ialah kawan saya". umpamanya. berkata pandangan "semula jadi" Oleh itu.

Rudolf Carnap. tekaan. . kerjasama. Pandangan penyokong masih menganggap bahawa keupayaan manusia untuk menggunakan sintaksis adalah berbeza secara kualitatif daripada sebarang komunikasi haiwan. dan potensi untuk hidup. adalah yang mentakrifkan bahasa manusia dan menyebabkannya berbeza juga daripada bentuk-bentuk komunikasi haiwan yang paling canggih. Keupayaan itu mungkin dihasilkan oleh mutasi yang menggalakkan (terlalu tidak mungkin). Pandangan pertama adalah amat popular sehingga kira-kira tahun 1960. Dengan kata yang lain. ungkapan-ungkapan linguistik yang lebih baik mungkin menghasilkan kepaduan.secara logik memilih bahasa(-bahasa) yang dituturkan di dalam komuniti penuturnya. atau (lebih mungkin) oleh penyesuaian kemahiran-kemahiran yang dikembangkan untuk tujuan-tujuan yang lain. menurut sudut pandangan kedua. atau sekurang-kurangnya. Oleh itu. Aliran fikiran psikologi yang dikenali sebagai faham ketingkahlakuan (sila lihat Tingkah laku lisan (1957) oleh B. Sintaksis ini.F. Bidang psikolinguistik sejak masa itu telah ditakrifkan oleh gerak-gerak balas terhadap Chomsky. tetapi sintaksis tepat hanya dapat berkembang daripada sintaksis asas ² atau tiada sintaksis ² yang tidak mempunyai sebarang nilai hidup dan oleh itu. dan diwakili oleh teori-teori mentalisme Jean Piaget dan penyokong empirisisme. seseorang harus melihat pada kemahiran-kemahiran lain yang ciri-cirinya mungkin berguna untuk sintaksis. langsung tidak akan berkembang. Skinner) mengemukakan pandangan bahawa bahasa (termasuk sintaksis) ialah tingkah laku yang dibentuk oleh gerak belas terlazim. sintaksis tepat mungkin memenuhi keperluan-keperluan kelompok. kemahiran-kemahiran ini dikatakan "disesuaikan lebih dahulu" untuk sintaksis Apakah kemahiran-kemahiran ini yang sebenarnya merupakan tumpuan penyelidikan terkini. Ulasan itu memulakan apa yang telah diistilahkan sebagai "revolusi kognitif" dalam bidang psikologi. Dalam istilah biologi evolusi moden. Sudut pandangan kedua ² iaitu "yang semula jadi" ² boleh dikatakan secara adil sebagai bermula dengan ulasan Noam Chomsky yang amat kritis terhadap buku Skinner pada tahun 1959 di dalam halaman-halaman jurnal Bahasa [1] .

selain daripada Chomsky. termasuk sintaksis dan lain-lain. ialah artifak kebudayaan. -subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan dimintai melakukan sesuatu tugas (umpamanya. ia tidak dapat diuji. ataupun bukti bahawa bentuk-bentuk itu tidak dapat wujud atau tidak dapat dibelajari. Ahli-ahli teori sezaman. dengan kata yang lain. dan Michael Tomasello. Fakta bahawa sesuatu struktur sintaksis yang dapat difikirkan tidak wujud dalam mana-mana bahasa di dunia adalah suatu pencerapan yang memang menarik. yang mengerjakan bidang teoriteori psikolinguistik termasuk George Lakoff. .Pandangan penentang masih menganggap bahawa bahasa (termasuk sintaksis) ialah hasil daripada perkembangan kecerdasan selama beratus-ratus ribu tahun. sintaksis dalam bahasa beransur-ansur meningkatkan kepaduan kumpulan dan potensi untuk hidup. Bahasa. tetapi ia bukannya bukti tentang kekangan genetik terhadap bentuk-bentuk yang mungkin. Steven Pinker. serta interaksi manusia selama berpuluh-puluh ribu tahun. Kebanyakan perkaedahan dalam bidang psikolinguistik mengambil bentuk ujiuji kaji tingkah laku. Pandangan ini mencabar pandangan "semula jadi" kerana kebenarannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Dari sudut pandangan ini. Dalam jenis-jenis kajian ini.

"Bola itu dibaling oleh Ali kepada Ahmad". kita mungkin mendapati bahawa sesetengah orang tidak berupaya memahami ayat-ayat pasif (ini juga terbukti benar). manakala ERP mempunyai ketepatan pada peringkat milisaat). Jadi penyelidik-penyelidik dapat mengkaji cara-cara bagaimana pemahaman dan penghasilan bahasa akan dijejaskan oleh pembedahan yang drastik. penyelidik-penyelidik bahasa akan mengambil kesempatan itu untuk mengejar penyelidikan mereka.membuat pertimbangan. "air" membayangkan "minum". Umpamanya. jika patologi memerlukan pembedahan otak. "Siapakah yang membaling bola itu?" Kita mungkin akan menyimpulkan bahawa ayat-ayat aktif dapat diproses dengan lebih mudah (lebih cepat). Tugas-tugas ini mungkin termasuk meminta subjek menukarkan kata nama menjadi kata kerja. Sehingga kemunculan teknik-teknik perubatan tak invasif. pengimegan resonans magnet fungsian (fMRI). otak tidak dibedah hanya untuk mengkaji bahasa. ini telah dibuktikan benar). berbanding dengan ayat-ayat pasif (sebenarnya. Teknik-teknik pengimejan otak berbeza-beza dari segi peleraian ruang dan masaan (fMRI mempunyai peleraian sebanyak beberapa ribu neuron per piksel. dan sebagainya. pembedahan otak merupakan cara yang lebih disukai oleh penyelidik-penyelidik bahasa untuk memahami bagaimana bahasa bertindak di dalam otak. Setiap jenis perkaedahan . Bagaimanapun. Sudah tentu. keupayaan berkait peristiwa (ERP). lalu bertanya. Masa tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk mengukur prestasi. Teknik-teknik tak invasif yang lebih baru kini termasuk pengimejan otak oleh tomografi pancaran positron (PET). menghasilkan semula rangsangan. pemotongan korpus kalosum (berkas saraf yang mengaitkan kedua-dua hemisfera otak) merupakan rawatan untuk sesetengah jenis epilepsi pada suatu ketika. umpamanya. Lagi menarik. serta padanan ayat pasifnya. membaca perkataan yang dipaparkan dengan kuat). dan kita mungkin akan mengambil langkah-langkah sementaraan untuk memahami jenis-jenis kekurangan bahasa yang tertentu (secara amnya dikumpulkan ke dalam istilah afasia yang umum). Lagi satu eksperimen mungkin memberikan ayat aktif seperti "Ali membaling bola kepada Ahmad". "buku" membayangkan "menulis". serta perangsangan magnet transkranial (TMS).

Bermula dengan Tanenhaus et al. Dengan itu. dan merujuk kepada amalan membina model-model kognitif dalam bentuk atur cara boleh laku.memberikan kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan tersendiri untuk mengkaji sesuatu masalah dalam bidang psikolinguistik. Oleh sebab gerakan-gerakan mata adalah amat berkait dengan fokus perhatian terkini. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Pemodelan pengiraan merupakan lagi sejenis perkaedahan. pemprosesan bahasa boleh dikaji melalui pengawasan gerakan-gerakan mata ketika seseorang subjek diberikan input linguistik. menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Atur-atur cara ini amat berguna kerana ia mendorong ahli-ahli teori supaya mengemukakan hipotesis-hipotesis yang lebih jelas. model DRC untuk pembacaan dan pengecaman kata yang dicadangkan oleh Coltheart dan rakan-rakan sekerjanya). Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan . [3] . dan kerana atur-atur cara ini boleh dipergunakan untuk menjanakan ramalan-ramalan yang lebih tepat bagi model-model teori yang amat rumit sehingga analisis diskursif tidak boleh dipercayai (umpamanya. [2] Lebih terkini. namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik. Definisi Umum Sosiolinguistik Sosiolinguistik. mudah untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. penjejakan mata telah dipergunakan untuk mengkaji pemprosesan bahasa dalam talian. sebilangan kajian telah mula menggunakan gerakan mata sebagai alat untuk mengkaji proses-proses kognitif yang berkait dengan bahasa pertuturan.

Oleh sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati. Arab dll. perilaku bahasa dan perilaku sosial. Brunei. Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan. bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. empirikal. Singapura. kosa kata. Sebagai contoh. intim dan sebagainya). ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan. Sesungguhnya kita maklum. dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem. santai. ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia. Ia mencuba memberi pengertian-pengertian umum. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak.). walaupun tanpa disedari. Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu. Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan. Selanjutnya mari kita kaji dulu batasan kedua yang akan dipadukan ini. sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek . termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil.). Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentukbentuk lisan dan tulisan. akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968: 6). rasional. Thai Selatan. Dan bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi. ragam stailistik (rasmi.bahasa. pertembungan antara kelompok. rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982: 50). Maksud istilah masyarakat. dan rumus-rumus bahasa. perhubungan-perhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya. dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur. ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik. Kedah dll. sektor-sektor sosial. kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berlainan. dalam ilmu sosiolinguistik. fungsi kelompok. kelas tinggi dan rendah). Kelantan. Indonesia. peggolongan. termasuklah pernyataan kekecualiannya. Inggeris. yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadangkadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik).

sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama. ³tuan´. pendidikannya. buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. ³encik´. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya. 2007). bunyi-bunyi perkataan. sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat Melayu seperti ³aku´. Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberi tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. Jika ditinjau kita dapati istilah sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka. sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung. ³puan´. bagaimana ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu.ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan. ³pak cik´. ³abang´. ³engkau´. sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. cara ia menyebut perkataan. ³anda´. Di samping itu. Secara umum. ³puan sri´ dan seumpamanya. Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. kedua-dua ungkapan. (Abdullah Hassan. Kamus Dewan edisi keempat (2007). manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat. pekerjaannya. Apabila dipertalikan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut. mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam. Selanjutnya. serta jenis-jenis pebendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang diterimanya. ³adik´. kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya. ³patik´. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas. maka kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan. Jadi. sosiolinguistik dan . ³beta´. ³dato´. lebih-lebih lagi di Malaysia. Bagaimana seseorang itu bercakap. ³tan sri´. ³mak cik´. Daripada apa yang dicakapkan. seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya.

topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan Labov 1977: 183-184). sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang memuat keahlian-keahlian berbahasa. Di samping itu. sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya dengan individu lain. retorika berfokus pada fungsi persuasif bahasa.sosiologi bahasa nampaknya bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa. sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa dengan kriteria ekstralinguistik. Pada pihak lain. retorika dan sosiolinguistik. Di pihak lain. Cakupan ketiga pula sosiolinguistik mikro dan makro. sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa dalam masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia. serta memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa yang digunakan. jenis kelamin. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalam interaksinya dalam kelompok kecil dan informal. kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek. pendidikan. Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya. iaitu penekanan dan sifat kajian. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti. Walaupun membawa pengertian yang sama. sedangkan pendekatan sosiolinguistik makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih besar. Retorika bertujuan untuk menentukan metode meyakinkan yang paling baik untuk kemudian bertugas menjelaskannya. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih memerhatikan fokus dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan pendekatan diakronis. sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan yang berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. Ada beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklah dialektologi dan sosiolinguistik. Cakupan kedua. Perbezaan lain adalah. pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur. . pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events).

sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar ( setting ). yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. Gabungan antara dua perkataan iaitu sosio dan linguistik dapat ditakrifkan sebagai disiplin ilmu yang mengkaji bahasa dan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut ( Hudson 1998 ). Pertama. terdapat anggapan bahawa tidak ada hubungan antara struktur linguistik dengan struktur sosial. yakni bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi. peserta ( participant ). struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi struktur sosial. tajuk perbincangan. struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau perlakuan linguistik. Keempat. Sosiolinguistik juga merupakan salah satu cabang yang besar dalam kajian ilmu linguistik dan menjadi tumpuan kepada pengkajipengkaji ilmu linguistik dalam dan juga luar Negara. Dalam Kamus Dewan 1994:1533 ) istilah sosio dianggap sejajar dengan sosial yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. Menurut Dell Hymes (1966 ). bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri ( Nik Safiah Karim.Definisi Sosiolinguistik Mengikut Pendapat Tokoh Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksud sosial berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yang menggunakannya. pemakaian data dan analisis sosial dalam linguistik . Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). khususnya unsur yang membentuk sistem bahasa. fungsi sesuatu interaksi. Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi penggunaan bahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam disiplin lain yang berhubungan dengan kehidupan sosial. Linguistik pula merupakan disiplin yang mengkaji unsur bahasa. dua komponen utama yang sering dijadikan bahan kajian sosiolinguistik ialah bahasa dan penutur bahasa berkenaan. dan sebaliknya. Ketiga. 1981: 4 ). Dalam kata lain. pola hubungan bahasa dengan masyarakat boleh dihuraikan menerusi empat cara. Dalam hal ini. kedua-dua aspek. Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Kedua.

kajian terhadap repetoir individu yang dikaitkan dengan konteks sosial. umur. Contohnya. jenis kajian yang termasuk bawah kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topiktopik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama. seperti status sosial. Selanjutnya. Dengan perkataan lain. tingkat ekonomi dan faktor situasi. di mana. bila. . dan karakteristik pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi. tingkat pendidikan. iaitu siapa berbicara. and when. berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. Secara sosiolinguistik sebagai pembelajaran eksplisit Fishman mendefinisikan variasi bahasa. kajian kepelbagaian bahasa dan dwibahasaan komuniti bahasa. dan kajian-kajian yang sekategori. jenis kelamin. tentang karakteristik karakteristik fungsi bahasa. sehingga menyebabkan perubahan-perubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya. what language. Menurut Wolfram dan Fasold (1974.A. ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi. dengan bahasa apa. Eastman (1975. . xiii-xiv). hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna.Manakala Fishman ( 1968 ) pula mengatakan bahawa sosiolinguistik itu ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa. kepada siapa. penggunaan sebenar bahasa. bahasa dalam konteks sosialnya. Sejajar dengan pendapat di atas. dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial. dan mengenai masalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak. Fishman (dalam Suwito. sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan.115) menyatakan bahawa sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara mementingkan kajian interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. Kajian bahasa sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial. menurut J. iaitu interaksi faktor-faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar. Menerusi beliau menerusi kajian sebegini sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. to whom. 1985: 5) mendefinisikan sosiolinguistik dengan sebutan sosiologi bahasa.

Nik Safiah (1988) pula menyatakan bahawa kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. dan perancangan bahasa.Rene Appel (dalam Suwito. 1985:5) mengungkapkan bahawa sosiolinguistik menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaiannya dalam masyarakat. Tercakup dalam hubungan yang dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa. sehingga bahasa dipandang sebagai sistem sosial dan sistem komunikasi. serta merupakan bahagian dari masyarakat dan kebudayaan tertentu. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat dan mengenai lembaga-lembaga. Gabungan kedua-duanya mewujudkan ilmu sosiolinguistik yang merupakan bidang ilmu antara disiplin yang mempelajari bahasa di dalam masyarakat.3) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat digarap menggunakan tiga kajian. dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat. kerana dalam kehidupan bermasyarakat manusia tidak lagi sebagai individu melainkan sebagai masyarakat sosial. faktor sosial dan budaya. kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan. khususnya perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial). Pemakaian bahasa (language use) merupakan bentuk interaksi sosial yang terjadi dalam situasi konkrit. segala sesuatu . Rumusan sosiolinguistik menurut Appel adalah pembelajaran tentang bahasa dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan.2) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa. Abdul Chaer dan Agustina (1995:3) merumuskan sosiolinguistik sebagai gabungan dari kata sosiologi dan linguistik. Menurut Nababan lagi (1993. iaitu kajian bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Nabahan (1993. serta proses sosial yang ada di dalam masyarakat manakala linguistik adalah ilmu bahasa atau kajian tentang bahasa. Dewa Putu Wijana dan Mohammad Rohmadi (1996:7) telah merangkum semua pendapat tentang sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memandang atau menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakai bahasa di dalam masyarakat. Oleh itu. ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi.

kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada kepada dua jenis.yang dilakukan manusia dalam bertutur akan selalu dipengaruhi oleh situasi dan kondisi di sekitarnya. Kedua. Sosiolinguistik juga adalah ilmu linguistik yang mengkaji sistem ganti nama. dialektologi perbandaran moden atau sosiolinguistik tulen. termasuk faktor konteks. dalam konteks perubahan sejarah. dapatlah dikatakan bahawa. Kajian berskala besar sebegini kadang-kadang disebut sosiolinguistik kolerasi.15) lagi. analisis perbualan. bunyi-bunyi perkataan. Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topik seperti berikut: Bidang . Secara kesimpulannya. Huraian sosial sebegini kadangkala disebut pragmatik. ilmu sosiolinguistik adalah kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. kehormatan dan sebagainya. Menurut Downes (1998. sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau bahasa). jantina. semiotik sosial atau linguistik kritis. Bidang-bidang Cakupan Ilmu Sosiolinguistik Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa yang berkaitan dengan masyarakat termasuklah tentang bagaimana seseorang itu bercakap. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa dengan kategori sosial seperti kelas. Downes (1998. itu adalah diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatik yang mengkaji makna. kajian variasi. cara menyebut perkataan. kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas. Batasan kajian ilmu sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi. cakupan ilmu sosiolinguistik begitu luas untuk dikaji. sistem panggilan dan sistem gelaran dalam masyarakat Melayu. analisis wacana. geografi. iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya dalam skala yang besar. Pertama.9) juga bersetuju dengan Wolfram dan Fasold (1974) apabila beliau mendifinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memerlukan rujukan kepada faktor sosial. huraian sosial bahasa boleh dilakukan menerusi situasi pertuturan berskala kecil. etnografi komunikasi. Jika bahasa yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual. penyusunan frasa dan ayat-ayat tertentu dan sebagainya.

pidgin. bahasa rasmi. Sikap terhadap bahasa .Kesetiaan terhadap bahasa. variasi bahasa dan ragam bahasa Bahasa kebangsaan. pergeseran bahasa dan peluputan bahasa. dan kreol Bilingualisme dan multilingualisme Kesantunan bahasa Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Perancangan bahasa Laras bahasa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful