PENERAPAN NILAI MURNI DAN ETIKA

Mengapa anggota perkhidmatan perlu ditanamkan dengan nilai-nilai yang dapat menjamin keutuhan kerajaan? OLEH MAHD ISHAK ABDUL AZIZ

P

ERUBAHAN demi perubahan menjadikan perkhidmatan awam semakin kompleks. Kemunculan pelbagai teknologi canggih selaras dengan proses globalisasi menjadikan dunia semakin kecil dari segi batasan geografi. Oleh itu dekad-dekad akan datang menjanjikan suatu keadaan yang penuh dengan pelbagai cabaran kepada perkhidmatan awam. Tanggungjawab anggota perkhidmatan awam akan menjadi semakin terhimpit. Dari satu segi mereka harus menyampaikan perkhidmatan yang cepat dan tepat kepada pelanggan masing-masing. Ini melibatkan pemberian kuasa (empowerment) kepada anggota bawahan. Pada ketika yang sama ruang untuk berlakunya penyelewengan harus ditutup serapat mungkin. Satu-satunya jalan penyelesaian terhadap persoalan yang dihadapi adalah menerusi penerapan nilai murni dan etika kerja yang positif di kalangan anggota perkhidmatan awam. Ini kerana setiap proses, undang-undang atau peraturan yang digariskan akan berakhir dengan tindakan pelaksanaan oleh individu. Dan setiap tindakan tertakluk kepada ketentuan individu. Konseptualisasi Perkataan ‘etika’ meskipun merangkumi perilaku - baik dan buruk - namun pada kebiasaannya ia sering dikaitkan dengan akhlak yang baik seperti menghargai masa, bekerja dengan tekun, berhemat, sabar dan sebagainya. Persoalan etika dapat dibahagikan pada dua bahagian iaitu: etika normatif dan etika deskriptif. Etika normatif merujuk pada sistem moral yang standard yang wujud dalam sesebuah masyarakat. la menentukan standard terhadap perilaku yang betul dan yang diperlukan oleh masyarakat. Unsur-unsur hukuman/denda terdapat dalam etika jenis ini. Dalam perkhidmatan awam, etika normatif wujud dalam bentuk akta, undang-undang atau peraturan tertentu iaitu mereka pang disabitkan kesalahan boleh didenda atau dikenakan tindakan tatatertib. Etika deskriptif pula hanya menyatakan mengenai bentuk atau ciri-ciri sistem moral/perilaku yang dikehendaki dalam sesebuah masyarakat. Etika deskriptif tidak mempunyai unsur hukuman/denda. Bagaimanapun ia tetap penting dan mempunyai fungsi tersendiri dalam pembentukan sebuah masyarakat berakhlak. Etika deskriptif harus turut diberikan perhatian yang sewajarnya dalam perkhidmatan awam. Di antara contoh yang jelas mengenai etika deskriptif yang negatif termasuklah bersikap neutral dalam menjalankan tugas, sering tidak berpuas hati dan memburuk-burukkan organisasi, ataupun tidak bertertib dalam menyampaikan perkhidmatan. Meskipun mereka yang melakukannya tidak dianggap

1

salah disisi undang-undang namun ia menjejaskan matlamat menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan. Etika kerja yang baik adalah kombinasi di antara sifat amanah, objektif dalam membuat keputusan, mempunyai pegangan dan prinsip moral yang kukuh, peribadi yang mulia, mempunyai kewibawaan dan integriti yang tidak dipersoalkan serta prestasi kerja yang berkualiti. Etika kerja yang digariskan bukan sahaja dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, malah dapat memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan di antara anggota perkhidmatan awam dan mewujudkan suasana kerja yang sihat. Peranan anggota perkhidmatan awam Peranan anggota perkhidmatan awam adalah menyeluruh dan meliputi pelbagai bidang. Dari penggubalan dasar sehinggalah ke pelaksanaan perkara kecil yang berkaitan secara langsung dengan kepentingan orang awam. Tanggungjawab yang dipikul serta kuasa yang ada pada seseorang anggota perkhidmatan awam tertakluk kepada pangkat, jawatan atau tugas yang harus dilaksanakan. la meliputi perkara seperti kutipan hasil, penguatkuasaan undang-undang menentukan peraturan dan perjalanan perdagangan dan perusahaan, pengangkutan, persediaan infrastruktur, pengeluaran lesen, dan kententeraman awam serta keselamatan negara. Di samping itu anggota perkhidmatan awam terdiri daripada mereka yang dilantik untuk berkhidmat secara tetap. Dasar-dasar negara pula adalah sesuatu yang berkesinambungan (continuity). Oleh itu hasrat serta tuntutan supaya prestasi perkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap yang oemerlang adalah suatu perkara yang mutlak. Sebuah perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan harus mampu melaksanakan sesuatu program yang digariskan dengan penuh tanggungjawab dan beretika. Justeru itu penghayatan nilai murni di kalangan anggota perkhidmatan awam seperti mengutamakan pelanggan, kesedaran terhadap kualiti, akauntabiliti, integriti dan nilai-nilai murni yang lain harus sentiasa ditekankan bagi mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang cemerlang. Adalah penting bagi anggola perkhidmatan awam untuk sentiasa bcrlaku adil dan menampakkan ‘keadilan’ kepada mata rakyat. Sebarang perilaku anggota perkhidmatan awam yang boleh ditafsirkan sebagai tidak selaras dengan nilai dan norma masyarakat bukan sahaja dianggap tidak beretika malah dapat menggugat keutuhan kerajaan. Setiap indiyidu yang memasuki sesuatu perkhidmatan tentunya mempunyai pengharapan tertentu dari sudut kemajuan dirinya, pengelahuan, gaji dan taral hidup. Ini bermakna bahawa ia membawa bersamanya nilai dan sikap tertentu mengenai sumbangannya kepada perkhidmatan dan juga negara.

2

Pihak majikan pula mempunyai tanggungjawab tertentu terhadap anggota perkhidmatan awam yang memasuki sesebuah organisasi berasaskan kepada pengetahuan, kelulusan dan kebolehan yang didapati daripada seseorang itu ia dilantik untuk bckerja dan memberi jaminan dari segi ganjaran dan juga syaratsyarat perkhidmatannya. Apabila seseorang anggota perkhidmatan awam menerima tawaran perlantikan jawatan, ia secara moral dan psikologikal adalah berjanji untuk menunaikan tangungjawab dengan penuh amanah. Seseorang yang tidak beramanah bermakna ia mempunyai nilai yang rendah terhadap dirinya. Dalam perkhidmatan awam, seseorang yang beramanah itu bermakna ia menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan tekun dan mengikut keupayaannya selaras dengan ungkapan "Berkhidmat Untuk Negara" yang mendasari setiap surat rasmi organisasi. Pemberian daripada kcrajaan adalah setimpal sebagai ganjaran jika ia menunaikan tugas dan tanggungjawabnya dengan saksama. Usaha-usaha ke arah pengwujudan perkhidmatan awam yang cemerlang Jika ditinjau usaha yang dibuat dalam memupuk dan menanam nilai-nilai murni di kalangan anggota perkhidmatan awam selama ini ternyata bahawa ia adalah sesuatu yang berterusan. Matlamatnya cuma satu iaitu untuk meningkatkan kualiti hasil kerja. Usaha kerajaan untuk meningkatkan imej dan prestasi perkhidmatan awam dimulakan semenjak awal 1960-an lagi Pendekatan yang digunakan kebanyakannya berlegar di sekitar perubahan struktur, perubahan sistem dan prosedur, peningkatan keberkesanan teknologi maklumat dan automasi pejabat serta pembangunan tenaga manusia. Walaupun usaha-usaha ini sudah membuahkan hasil namun ia masih boleh dipertingkatkan 1agi. Dalam tahun 1980-an penekanan ditumpukan kepada usaha memupuk sikap dan nilai anggota perkhidmatan awam supaya sifat-sifat ini menjadi lebih mantap. Ketika program lain masih diteruskan terdapat anggapan betapa perlu diwujudkan suatu etika perkhidmatan yang menyeluruh yang dapat memandu setiap anggota perkhidmatan awam sama ada dalam tugas harian ataupun dalam corak kehidupannya. Kesedaran ini wujud berasaskan penilaian serta orientasi baru hasil daripada beberapa program reformasi dan penilaian yang dijalankan di peringkat makro dan di peringkat agensi sendiri. Perubahan struktur, sistem, prosedur dan sebagainya diwujudkan dan dikawal oleh manusia. Ini bermakna asas prestasi pelaksanaan sesuatu tindakan itu banyak bergantung kepada sifat manusia sendiri. Untuk mengubah dan meningkatkan prestasi dan imej sesuatu perkhidmatan atau organisasi, tumpuan haruslah diberikan kepada manusia itu sendiri dari segi sikap dan nilai serta keupayaannya untuk meningkatkan pengetahuan dan

3

kemahiran. Ini memerlukan usaha mengubah sikap dan nilai anggota perkhidmatan awam. Terdapat dasar khusus yang dirangka mengenai penerapan nilai murni dan etika kerja yang positif. Antaranya ialah Teras Perkhidmatan Awam (Januari, 1979), Etika Perkhidmatan Awam dan Konsep Perkhidmatan Cemerlang (Disember. 1980). Dasar Pandang Ke Timur (Februari, 1982), Bersih, Cekap dan Amanah (April, 1982), Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran (1982), Kepimpinan Melalui Teladan (Mac, 1983) dan Gerakan Budaya Kerja Cemerlang (November, 1989). Sementara itu. Rukunegara yang menjadi teras falsafah negara juga turut menggariskan "kesopanan dan kesusilaan" sebagai salah satu prinsip utamanya. Di samping itu pemimpin-pemimpin negara pula sering membuat penekanan mengenai pembentukan sikap dan amalan nilai yang positif. Gerakan-gerakan seperti revolusi mental, revolusi hijau, berdikari dan seumpamanya jelas menunjukkan harapan pemimpin negara terhadap penerapan nilai murni dan etika kerja yang positif. Di pihak lain, pemimpin tertinggi perkhidmatan awam juga sering mengingatkan anggota perkhidmatan awam mengenai penting nya nilai murni dan etika kerja yang positif. Malah Ketua Setiausaha Negara sendiri turut mengungkapkan beberapa nilai murni yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam seperti yang termaktub dalam buku “Tonggak Dua Belas: Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan Awam.” Dari aspek yang lain usaha penerapan nilai murni ini turut menggunakan media latihan sebagai salah satu strategi pelaksanaan. Dalam hal ini kursus-kursus induksi memainkan peranan utama kerana ia adalah latihan pertama yang dihadiri oleh setiap anggota perkhidmatan awam yang baru dilantik. Selain itu, nilai-nilai yang ingin diketengahkan juga menjadi faktor penentu dalam kemajuan kerjaya seseorang anggota perkhidmatan awam seperti yang terkandung dalam Laporan Nilaian Prestasi. Antara nilai itu adalah akhlak yang baik, kebolehan berkomunikasi, perawakan, pergaulan dan sebagainya. Beberapa larangan juga dinyatakan dengan jelas melalui arahan-arahan perkhidmatan dan tatacara dari perkhidmatan tertentu. Semua ini adalah peraturan yang merangkumi tatalaku dan apa yang diharapkan dari setiap anggota perkhidmatan awam. Secara umumnya etika yang perlu menjadi pegangan dalam perkhidmatan awam ialah bersih, cekap dan amanah. la harus diterjemahkan sebagai suatu nilai bersama atau satu ‘superordinate goal.’ Pengenalan dasar dan program untuk membentuk sikap dan nilai murni di kalangan anggota perkhidmatan awam adalah selaras dengan fahaman dan amalan di kalangan pakar-pakar pengurusan organisasi dan budaya kerja organisasi masa ini. Pakar-pakar pengurusan membuktikan bahawa syarikat swasta yang cemerlang sememangnya mempunyai budaya kerja organisasi yang kukuh. Ini dibuktikan oleh syarikat-syarikat korporat yang bertaraf antarabangsa seperti IBM, SONY, Matsushita, McDonald's dan lain-lain.

4

Di atas kesedaran inilah usaha penerapan nilai murni dan etika kerja yang positif di kalangan anggota perkhidmatan awam sentiasa dipandang bcrat. Kesedaran ini lebih dirasakan perlu apabila negara meletakkan pembentukan budaya kerja cemerlang sebagai asas untuk mencapai kejayaan.
Majalah KHIDMAT, April 1995

5

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful