Faktor Peningkatan Kes Pembuangan Bayi, Satu Analisis Kajian Kes di Terengganu

1.0

PENGENALAN Jenayah merupakan satu perbuatan yang secara terang-terangan melanggar undang-

undang Negara kerana membabitkan unsur kekerasan, pembunuhan, paksaan dan sebagainya. Jenayah hari ini kerap kali di kaitkan dengan remaja-remaja yang masih menuntut di bangku sekolah lagi. Ini kerana, zaman remaja ini dikatakan zaman kebebasan dimana anak muda di usia tersebut cenderung mencuba sesuatu yang baru dan lebih suka melakukan perkara yang memberi keseronokan kepada mereka. Kebanyakan mereka yang berada dalam lingkungan belasan inilah yang terlibat dengan jenayah pembuangan bayi. Hal ini kerana, bagi mereka yang melakukan pembunuhan ataupun niat untuk membunuh adalah dianggap juga sebagai jenayah dalam konteks sebegini kerana perbuatan membuang bayi adalah satu jenayah jika bayi yang ditemui meninggal dunia. Menyentuh tentang isu pembuangan bayi ini, semua agama sama ada Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha melarang keras pembunuhan. Dikatakan bahawa jenayah pembuangan bayi ini bermula pada suku ke-3 dan ke-4 pada tahun 1993 apabila rakyat Malaysia di gemparkan oleh berita yang memeranjatkan dengan penemuan bayi di tempat pembuangan sampah, dalam tong sampah, di tepi surau, di belakang pasaraya, di dalam semak mahupun di perhentian bas. Gejala sebegini amatlah devian kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak berperi kemanusiaan dan keadaan ini sememangnya tidak boleh diterima serta melanggar norma masyarakat kita. Lebih malang lagi, kebanyakan bayi yang dibuang rata-ratanya bangsa Melayu, yang tentunya beragama Islam. Kebanyakan pemilik kepada bayi ini dikenalpasti terdiri daripada gadis-gadis remaja yang terlanjur akibat hubungan bebas. Jadi, mereka sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan membuang bayi mereka untuk menutup hubungan terlarang mereka. Banyak kajian menunjukkan kehamilan di luar nikah berpunca daripada keseronokan hidup yang berpaksikan kepada kepuasan nafsu seks semata-mata. Kita rasa sedih kerana perbuatan jahiliyah ini dilakukan oleh umat Islam sendiri yang sepatutnya membangunkan tradisi modal insan dalam usaha negara mencapai Wawasan
1

Tetapi. Jahiliyah hari ini lebih dahsyat dari Jahiliyah di zaman Rasulullah saw. ‘Kerana dosa apa mereka dibunuh (ditanam)” Surah At-Takwir : 8 Berdasarkan firman Allah di atas. mereka hanya membuang sebahagian bayi-bayi perempuan kerana takut dijadikan bahan pelepas nafsu apabila mereka besar kelak. Dizaman itu. Dia memberi peringatan sikap manusia yang menghukum makhluk ciptaan-Nya yang tidak berdosa serta peringatan kepada hamba-Nya yang membuat kezaliman diatas muka bumi ini. ia mengingatkan kita bahawa kezaliman ini merupakan tanda-tanda besar akan berlakunya hari kiamat iaitu hari perhitungan makhluk yang mendiami segenap alam ciptaan Allah Yang Maha Esa ini. walaupun dilakukan oleh segelintir manusia sahaja. malah ada yang mengepamnya di dalam lubang tandas! Bukankah itu satu perbuatan yang zalim? Ada pepatah yang mengatakan bahawa. apatah lagi manusia yang berakal. Jahiliyah dizaman itu membuang bayi dan menanamnya di padang pasir.2020. sedang Jahiliyah dizaman saya hari ini membuang bayi di dalam lubang tandas!! Sesungguhnya mereka perlu takut dengan peringatan Allah yang bermaksud: “Dan apabila (di Hari Kiamat) bayi-bayi yang ditanam bertanya. seolah-olah manusia mahu kembali ke zaman Jahiliyah yang ditafsirkan sebagai zaman Jahiliyah moden. Jahiliyah hari ini membuang bayi tanpa mengira jantina. Terdapat sesetengah bayi yang di temui masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan apa yang paling menyedihkan apabila semua bayi yang di temui dalam keadaan yang memilukan. samada anak lelaki atau anak perempuan. sedangkan haiwan sayangkan anaknya. Namun. jenis manusia bagaimanakah yang sanggup membuang bayi yang mereka kandung selama 9 bulan 10 hari itu?? Melihat kepada statistik kes pembuangan bayi yang semakin meningkat ini. Lebih parah lagi. Apabila diperhatikan fenomena-fenomena hari ini. ada yang sanggup membiarkan bayi di dalam kotak dan diletakkan di kawasan pelupusan sampah dalam keadaan dikerumuni oleh semut. Namun. Perbuatan terlarang dan terkutuk ini seolah-olah memberi label buruk kepada umat Islam. seperti adat dizaman tersebut. .

saya telah mengenalpasti beberapa punca utama yang menyebabkan individu tersebut terlibat dalam kes pembuangan bayi.Allah juga memberi peringatan kepada manusia dalam firman-Nya yang bermaksud: “…dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takutkan kemiskinan. Mereka tertekan kerana melahirkan anak tanpa nikah dan takut berdepan dengan tindakan undang-undang atau boleh jadi juga kerana pasangan mereka tidak mahu bertanggungjawab keatas zuriat berkenaan. 3 . Walaupun begitu. kebanyakan kes pembuangan bayi ini membabitkan wanita muda dan remaja yang trauma akibat ditinggalkan pasangan. Malah berdasarkan maklumat polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ). berbagai pendapat telah dikemukakan dalam menyatakan punca-punca yang menyebabkan kes pembuangan bayi ini berlaku. perbuatan membunuh dengan membuang bayi adalah perbuatan yang dilarang keras. Sesungguhnya membunuh mereka adalah satu dosa besar. Setelah kajian dibuat.” Surah Al-Isra’ : 31 Apabila kita renungkan firman Allah di atas. amat jelaslah bahawa setiap pemberian yang Allah kurniakan merupakan amanah Allah yang mesti disyukuri dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. walau apa jua alasannya. Justeru itu.

jika sekadar bimbang dan khuatir sahaja tidak mampu membendung masalah ini melainkan ibu bapa mengawal pergerakan anak mereka sama ada lelaki mahupun perempuan kerana anak perempuan boleh rosak. Keadaan ini sememangnya telah mencemarkan agama Islam yang suci.2. kita mendapati bahawa kes pembuangan bayi semakin meningkat dari setahun demi setahun. Pusat-pusat disko hari ini beroperasi sehingga awal pagi dan dipenuhi oleh remaja-remaja melayu yang berpakaian menjolok mata dan saling berpelukan dengan pasangan tanpa segan silu. 3. manakala anak lelaki boleh merosakkan. Kes sebegini juga tidak akan berakhir selagi remaja hari ini cenderung untuk bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Situasi-situasi remaja hari ini merupakan salah satu punca yang mendorong kepada seks bebas yang boleh menyebabkan kelahiran anak luar nikah.1 3. Banyak faktor risiko yang boleh merosakkan akhlak remaja hari ini dan salah satunya ialah kerana hiburan yang melampau.0 PERMASALAHAN KAJIAN Jika dilihat dengan teliti. Apa yang lebih memalukan apabila kegiatan tidak bermoral ini dipelopori oleh remaja-remaja melayu yang semestinya menganut agama Islam. Namun.0 PERSOALAN KAJIAN 3.2 Apakah faktor utama berlakunya kes pembuangan bayi? Pada kebiasaannya.3 Di tempat yang sebagaimana bayi-bayi yang tidak berdosa ini di temui? . Keadaan ini dapat membuktikan bahawa masalah seks bebas dalam kalangan remaja hari ini kian meruncing dan perlu dipandang berat oleh segenap lapisan masyarakat. berapa lingkungan umur individu yang terjebak dengan kes buang bayi ini? 3. Peningkatan statistik kes pembuangan bayi ini membimbangkan banyak pihak terutama sekali ibu bapa yang khuatir jika anak-anak remaja mereka terlibat dengan kes sebegini.

Mengenalpasti situasi yang menyebabkan individu tersebut bertindak membuang bayi mereka. Dalam usaha mencapai 5 . Buang bayi merujuk kepada satu perbuatan negatif dimana seseorang individu sama ada wanita ataupun lelaki yang bertindak membuang dan membiarkan bayi dari darah daging sendiri di merata-rata tempat.4 3. keberhasilan kajian. beberapa objektif telah dibentuk seperti : i.5 Siapakah yang patut di persalahkan jika kes sebegini berlaku? Apakah kesan buruk yang akan timbul daripada kes-kes sebegini? 4. Bayi pula merupakan zuriat yang berumur dalam lingkungan satu hari hingga 3 tahun.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan meningkatnya statistik kes pembuangan bayi.Mengenalpasti lingkungan umur individu yang terlibat dan status individu itu sama ada sudah berkahwin atau belum.Mengenalpasti apakah faktor utama yang menyebabkan kes pembuangan bayi ini meningkat setiap tahun. iv. 5. iii. ii.Mengenalpasti pandangan masyarakat tentang kes sebegini dan cara mereka mengawal anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan masalah sosial.3.0 DEFINISI KONSEPTUAL Buang atau membuang merupakan satu tindakan meletakkan atau meninggalkan benda di merata-rata tempat ataupun dibiarkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Sebaliknya apabila pegangan agama menjadi lemah dan prinsip-prinsip rasionaliti menjadi bercanggah dengan etika serta norma dalam masyarakat. sebagai manusia rasional. Faktor ini jelas disokong oleh Mohd Shatar Sabran dalam bukunya iaitu Pengenalan Kepada Masalah Sosial dan Dr Zaleha Kamaruddin dalam buku Isu-isu Kekeluargaan dan Undangundang. Saya amat memandang serius kes sebegini kerana statistik kes pembuangan bayi juga semakin meningkat dan negeri yang paling tinggi kes pembuangan bayi ialah di Selangor. 7. 6. Keadaan ini juga adalah kerana timbulnya kesedaran untuk membela nasib bayi yang malang apabila dibuang oleh ibu bapa sendiri.0 SOROTAN KAJIAN Antara faktor utama kes pembuangan bayi ialah kerana kurangnya didikan agama. segala tindakan perlulah sentiasa berpandukan kepada pegangan dan amalan agama. bayi malam merdeka dan bayi malam tahun baru. Menurut beliau.Mengenalpasti kesan pembuangan bayi ini kepada pembentukan generasi yang berakhlak mulia di masa akan datang dan kesan kes ini kepada Negara kelak. saya akan mendapatkan kepastian tentang kebenaran kenyataan ini. Ada pihak yang mengatakan bahawa bayi yang terbuang ini merupakan bayi valentines day. Agama menjadi . Kajian ini juga amat penting kerana ia berlaku setiap tahun.0 KEPENTINGAN KAJIAN Saya memilih untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi ini adalah kerana saya terpanggil untuk turut mencari punca dan cara menyelesaikan kes yang kian serius ini.v. Kedua-dua orang pengarang ini meletakkan kurangnya didikan agama sebagai faktor utama berlakunya kes pembuangan bayi. maka tindakan yang diambil oleh seseorang yang bermasalah boleh ditakrifkan sebagai salah. prinsip-prinsip etika dan rasionaliti. Melalui kajian ini.

mereka telah mengambil jalan pintas dengan membuang bayi mereka di tempat yang tidak sepatutnya. kurangnya pemahaman berkaitan pendidikan seksual juga merupakan faktor yang berkait rapat dengan faktor berlakunya kes pembuangan bayi. hubungan seks yang dilakukan selepas akil baligh boleh menyebabkan remaja itu hamil walaupun pada 2 hingga 3 tahun pertama selepas baligh. Oleh hal yang demikian. Justeru itu. ia mampu memesongkan akidah seseorang. Hubungan Bebas dan Dadah. kehamilan yang tidak dirancang juga merupakan faktor berlakunya pembuangan bayi. rata-rata remaja yang terlanjur ini mengakui bahawa mereka melakukan hubungan seks atas dasar cinta. tidak pandai memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu sekaligus serta bermacam-macam lagi alasan yang tidak masuk akal. mereka melakukan hubungan seks bebas tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal timbul. Agama yang menjadi kekuatan jati diri tidak lagi mampu menjadi benteng ketahanan nafsu dan fikiran jika manusia tidak pandai berfikir untuk membezakan antara dosa dan pahala apabila melakukan sesuatu perkara. Namun begitu. Selain itu. Seperti yang kita sedia maklum. benih haram itu hidup didalam rahim dan menyebabkan kehamilan berlaku. berlakulah perkara-perkara di luar kemahuan dan apabila tidak sanggup untuk menanggungya. Secara tidak sedar. Di samping itu. kes Keadaan ini dijelaskan oleh Mohammad Shatar Sabran dalam buku Pengenalan Kepada Masalah Sosial . namun masih ramai remaja yang kurang ilmu pengetahuan tentang seks. Alasan mereka adalah seperti tidak bersedia untuk menjadi seorang ibu. Menurut beliau. tetapi jika tidak diamalkan dan dipatuhi sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana terdapat sebilangan isteri muda yang tidak mahu lagi mempunyai anak dalam tempoh masa yang tertentu. Maka. seseorang remaja perempuan masih 7 . sejatikah cinta jika hanya berlandaskan nafsu semata-mata? Sejauhmanakah dalamnya cinta si lelaki jika dia hanya mahukan tubuh Meskipun banyak kekasihnya dan membiarkan anak dari benihnya terbiar begitu sahaja? maklumat tentang pendidikan seksual. terjadilah kes pembuangan bayi ini. Bagi golongan remaja yang belum berkahwin. Faktor ini dijelaskan oleh Mohd Syahrul Hanafi dalam karya beliau yang bertajuk Punk. termasuklah kemungkinan besar akan mengandung selepas melakukan hubungan seks walaupun baru mencecah belasan tahun. kes seperti ini melibatkan pasangan yang sudah berkahwin. bayi yang dilahirkan itu dikatakan akan membebankan hidup pasangan terbabit.panduan hidup setiap individu . Pada kebiasaannya.

0 SKOP KAJIAN Kajian ini akan dijalankan di negeri Terengganu iaitu sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. . 8. hubungan seks bebas yang dilakukan secara suka sama suka. remaja perlulah tahu tentang biologi diri mereka dan kesan buruk hubungan seks tanpa perkahwinan supaya mereka boleh mengelakkan diri dari terjebak dengan kes pembuangan bayi luar nikah. Pertama disebabkan oleh perkosaan atau dirogol sama ada oleh kenalan sendiri. fokus kajian ini lebih kepada golongan remaja yang dikatakan merupakan golongan majoriti terlibat dengan gejala yang tidak sihat ini. Kajian ini memberi fokus kepada faktor risiko yang menyebabkan seseorang individu membuang bayi mereka sendiri serta bagaimana bermulanya gejala yang tidak sihat ini. Dalam masa yang sama. ia melibatkan pasangan yang belum berkahwin yang terdiri daripada golongan remaja yang tenggelam dengan dunia cinta ciptaan syaitan laknatullah. orang yang tidak dikenali ataupun saudara sendiri. boleh dilihat bagaimana konflik itu timbul sehingga menyebabkan individu tersebut sanggup membuang bayi mereka. Dalam masa yang sama. Kedua pula. mereka bertindak membuang bayi yang tidak berdosa itu. Keseronokan yang dikecapi hanya seketika itu akhirnya akan menyebabkan mereka terjebak kearah hubungan yang tidak sah disisi agama mahupun undang-undang. Perasaan benci yang teramat kepada orang yang telah merosakkan mahkotanya sebagai wanita selalunya akan dialihkan kepada bayi yang baru dilahirkan tanpa kemahuan. Dari segi hubungan seks bebas. Akhirnya kerana ingin menutup aib sendiri. ia boleh dilihat daripada dua sudut. Oleh hal yang demikian.belum mencapai tahap kesuburan. melalui kajian ini. Pada kebiasaannya. Di samping itu. hubungan bebas juga merupakan faktor kepada berlakunya gejala pembuangan bayi. Ini dikukuhkan lagi dengan adanya bukti berdasarkan karya Mohd Shatar Sabrani di dalam buku beliau iaitu Pengenalan Kepada Masalah Sosial.

berlaku pula konflik di antara pasangan yang terlibat dalam kes ini. Apabila keadaan ini berlaku. pendidikan dan komuniti dalam sesebuah tempat. Ada juga yang mengatakan hal ini berlaku atas titik tolak kehendak masing-masing. ataupun menuduh si wanita mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Konflik dalam kes ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan antara individu. si wanita akan bertindak membuang bayi itu atas dasar ingin menutup aib. si wanita mempunyai konflik dengan keluarganya kerana keluarga tidak membenarkan perkahwinan di usia muda. Tokoh sosiologi iaitu Karl Marx agak terkenal dengan teori dari cetusan idea beliau iaitu teori konflik. Ini dapat dilihat bahawa telah berlaku konflik sebelum dan selepas wanita itu melahir dan membuang zuriat itu. Apa yang boleh dilihat. Oleh itu. Seterusnya. bimbang diketahui oleh 9 . Telah berlaku konflik disini apabila si lelaki tidak mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran mereka. kebanyakan mereka yang terlibat dengan masalah sosial ini mengatakan bahawa keadaan yang memaksa mereka bertindak sedemikian.0 PENDEKATAN TEORI Kajian ini dijalankan atas landasan bahawa masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja hari ini adalah dapatan daripada keadaan-keadaan dan persekitaran-persekitaran pada hari ini. Konflik disini tidak bermaksud sesuatu yang ganas tetapi merupakan salah satu agen perubahan dalam masyarakat. dan komuniti yang menyebabkan mereka melakukan tingkahlaku lencongan ini. Dalam kes pembuangan bayi ini. Hal ini demikian kerana. keluarga. Beliau berpendapat bahawa cara untuk menyatakan tentang sesebuah masyarakat ialah dengan membuat penganalisisan dari sudut konflik dan kuasa. Pandangan ini adalah berpandukan pendapat mereka yang sudah membuat kajian tentang punca berlakunya masalah sosial ini. si wanita mengambil jalan mudah dengan melakukan hubungan seks sebelum perkahwinan. ia juga boleh dikaitkan dengan teori konflik. Adakalanya ia mempunyai perkaitan yang rapat dengan institusi kekeluargaan.9. Hal ini berlaku apabila si lelaki bertindak meninggalkan teman wanita yang sedang mengandungkan zuriat mereka ataupun selepas melahirkan zuriat itu. Seterusnya teori ini dipopularkan oleh Mills Coser dan Dahrendof.

Konflik-konflik inilah yang menyebabkan si wanita mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah yang ditanggung olehnya iaitu dengan membuang zuriat mereka di tempat pembuangan sampah. mahupun undang-undang sivil. dan mengenepikan ilmu dan akal fikiran. Hal ini demikian kerana. Mereka yang membuat pilihan secara rasional sememangnya akan memilih keputusan yang terbaik untuk kebaikan sendiri dan oarng sekitarnya berbanding kesakitan. andaikata terdapat sikap hedonisme dalam diri. Ini kerana terdapat sesetengah keluarga yang tidak menerima kehadiran zuriat haram dari keturunan mereka. ia akan menyebabkan berlakunya huru-hara kerana perbuatan yang mereka lakukan terang-terangan bertentangan dengan undang-undang Islam. individu yang rasional juga akan berfikir tentang akibat seks sebelum berkahwin yang banyak memberikan kesan negatif serta berdosa besar. dalam kes-kes sebegini juga mempunyai perkaitan yang rapat dengan teori rational choice. Seseorang yang berfikiran rasional juga tidak akan menghukum darah dagingnya sendiri atas keterlanjuran mereka. Namun. masjid dan sebagainya. Keputusan yang tidak rasional ini diambil apabila mereka berkeputusan untuk membuang bayi mereka sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang mereka hadapi. Keadaan ini menunjukkan bahawa keluarga si wanita juga boleh dituduh bersubahat dengan kes pembuangan bayi tersebut. Oleh kerana pasangan terbabit memilih untuk melakukan zina. Jadi. manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan untuk kepentingan sendiri. Jika mereka berfikitan rasional. seterusnya membuang bayi mereka di tempat yang tidak sepatutnya. Menurut teori rational choice juga. Berlaku juga konflik antara si wanita dengan keluarganya. ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk membuat keputusan itu secara rasional ataupun sebaliknya. ataupun kerana timbulnya perasaan dendam dan marah kepada si lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab. . untuk memenuhi kehendak orang tua. Berasaskan teori ini. Dalam kes pembuangan bayi ini. Teori ini berkait rapat dengan individu yang diberikan pilihan untuk membuat keputusan berasaskan pertimbangan sendiri. si wanita bertindak membuang sahaja bayi yang dilahirkan itu. keadaan ini bolah melahirkan sikap hedonisme iaitu sikap mementingkan diri sendiri yang tidak terkawal. menunjukkan bahawa pasangan terbabit mengikut hawa nafsu dalam membuat keputusan. Seterusnnya.keluarga. Dalam masa yang sama. mereka akan memilih jalan untuk berkahwin dan sama-sama membela zuriat mereka itu sama ada dalam keadaan susah mahupun senang. pasangan yang membuat pilihan secara tidak rasional akan menyebabkan masalah lain timbul. masalah dan akibat yang bakal ditanggung kelak kerana gagal membuat keputusan yang baik.

Ini kerana bukan semua proses sosialisasi yang berlaku di antara anak-anak dengan rakan sebaya adalah baik. Hal ini demikian kerana. ibu bapa tidak bertindak menjadi agen kawalan sosial anak-anak menyebabkan anak-anak mereka mengalami proses sosialisasi yang tidak sihat. tanggungjawab. teori kawalan sosial juga amat penting dalam menghurai dan memperjelaskan tentang kes pembuangan bayi ini. kelahiran anak luar nikah dan seterusnya membawa kepada kes pembuangan bayi. kawalan tingkahlaku oleh ibu bapa serta undang-undang yang digubal oleh pihak pemerintah. Kawalan sosial ini boleh wujud dalam berbagai-bagai bentuk seperti imej yang positif. Jika keadaan sebegini tidak dikawal oleh ibu bapa. secara tidak langsung anak-anak kemungkinan besar akan mengikut cara hidup rakan-rakan mereka itu. kebanyakan ibu bapa moden kini menyerahkan seratus peratus tenggungjawab sosialisasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Kawalan sosial merupakan sesuatu yang bersifat universal dan mempunyai fungsi sosial yang positif dan berkesan. Jika anak-anak berkawan dengan remaja yang mempunyai masalah sosial. Tokoh sosiologi berpendapat bahawa masyarakat perlu ada cara-cara untuk memastikan anggota masyarakat lain mengikut norma-norma sosial bagi menjamin kewujudan masyarakat tersebut. Melalui kawalan sosial ini. Mereka melepaskan tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam mensosialisasikan dan menjadi pengawal kepada tingkahlaku anak-anak.Di samping itu. rasional. Ibu bapa yang tidak berfungsi sebagai agen kawalan sosial boleh menyebabkan anak-anak mereka mudah terpengaruh dengan masalah sosial seperti seks bebas. 11 . sememangnya akan merosakkan masa depan anak-anak. secara tidak langsung individu akan terhalang daripada melanggar peraturan dan norma masyarakat sekaligus berupaya menghindarkan masyarakat khususnya golongan remaja dari terjebak dengan masalah sosial. Dalam kes pembuangan bayi.

Penyertaan ini dapat memberi peluang kepada penyelidik untuk mendekati responden dengan lebih dekat lagi. Data yang diperolehi daripada maklumat sekunder ini boleh memberikan sedikit info berkaitan kes kajian kepada penyelidik. jurnal dan sebagainya.10.Kajian dokumen. ii. . Melalui kaedah pemerhatian ikut serta ini. penyelidik akan turun padang atau melakukan aktiviti bersama dengan responden. kaedah dan prosedur merupakan satu elemen yang penting untuk memastikan hasil atau dapatan kajian itu sahih serta berkualiti. Penyelidik akan mendapatkan responden untuk ditemubual secara langsung. Kaedah yang dipilih adalah kaedah kualitatif iaitu individu yang berada dalam kelompok tersebut dijadikan responden kepada penyelidik.Temubual. iii. Dengan ini.Pemerhatian ikut serta.0 METODOLOGI KAJIAN Dalam memulakan sesuatu proses penyelidikan. Antara kaedah yang digunakan ialah: i. Data seperti statistik kes pembuangan bayi. maklumat yang tepat dan jelas boleh diperolehi serta dapat mengelakkan berlakunya penipuan maklumat dari responden. ensiklopedia. punca-punca dan pendapat daripada golongan professional mahupun masyarakat awam ini boleh diperolehi dari majalah.

Program hiburan di pusat-pusat hiburan seluruh negara perlu patuh kepada satu garis panduan yang berdasarkan kepada Akta Hiburan Negara yang mengambil kira semua aspek. Riwayat Ibn Mas’ud dan Anas 13 . renungilah maksud hadis : “Sesiapa yang bangun pagi tanpa memberi perhatian kepada urusan orang-orang Islam. politik dan budaya wajib dijernihkan segera selama kita berhasrat untuk membangun suatu bangsa yang hadhari. gemilang dan terbilang. bukan hanya sekadar mendapatkan pulangan daripada para pelancong atau pengunjung pusatpusat berkenaan. Sebarang permasalahan dalam masyarakat sama ada dari sudut pendidikan. Pada akhirnya. cemerlang. Batasan had umur yang sesuai hendaklah ditentukan keatas para pengunjung. Pemerintah hendaklah menjadi contoh kepada rakyat yang diperintahnya.11. Ia hendaklah ditangani dengan seberapa segera menerusi perancangan yang diatur rapi dan berkesan. maka dia bukanlah dari kalangan mereka”. Isu pembuangan bayi adalah pemusnah paling berkesan yang akan mencemarkan imej Islam pada pandangan mata umum. ekonomi.0 KESIMPULAN Gejala ini tidak harus dibiarkan berlarutan.

Kuala Lumpur . 2003 : Pengenalan Kepada Masalah Sosial. Hartamas. 2005 : Memahami Remaja. Satu Kajian Sosioperundangan. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Serdang Mohd Syahrul Hanafi. PTS Professional Publishing Sdn. 1997 : Isu-Isu Kekeluargaan dan Undang-Undang. Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Dewan Bahasa dan Pustaka. Universiti Putra Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1999 : Jenayah Kanak-Kanak Menurut Undang-Undang Islam. 1991 (ACT 486). Associated Educational Distributors (M) Sdn. Hubungan Bebas dan Dadah. Kuala Lumpur Mohd Jamil Yaakob. Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia. Bhd. Bhd. 2002 : Penganiayaan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur Azlela Hanafi. Child Protection Act. 2006 : Ancaman Jenayah dan Keselamatan. Melaka Dr Zaleha Kamarudin.RUJUKAN Alwi Haji Abdul Rahman. Kuala Lumpur Legal Research Board. 2008 : Punk. Kuala Terengganu Mohd Shatar Shabran. International Book Services. Kuala Lumpur Anisah Che Ngah. Pahang Mohd Salleh Lebar.

Kuala Lumpur http://inijalanku. 2008 : Punca Terjebak Gejala Sosial. Kuala Lumpur Prof Madya Mohd Shah.html 15 .com/2007/buangbayifenomenajahiliahmoden http://www.wordpress.com/2007/buang-bayi-jahiliah-abad-21 http://intim.org/malaysia/msl/media8829.wordpress.com/letters/81961 http://www. April 2007 : Tangani Kes Buang Bayi Dengan Berkesan. 2009 : Budi Bahasa Amalan Hidup Kita. Kuala Lumpur Zalmimazura Zahari. El Publications Sdn. Hartamas. Majalah i.malaysiakini.unicef.Nasrulnizamwati Mohamed. Bhd.