1.

0

PENGENALAN

Definisi:

Kepimpinan

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998).

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997).

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan adalah keupayaan memimpin melalui teladan. Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi mencapai matlamat kumpulan atau organisasi.

Ralph M. Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang berkaitan dengan tugas.
1

Secara umumnya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial yang mana ahlinya akan melakukan aktiviti bersama dan saling bergantungan dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.¶ James D. perbadanan dan lain-lain) untuk tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya).Barnard telah memberi definisi yang mudah tentang maksud organisasi ± µorganisasi adalah sistem kerja yang dianggotai oleh dua orang atau lebih. Mooney mentakrifkan organisasi sebagai sebarang bentuk permuafakatan atau kerjasama untuk mencapai tujuan bersama. Chester I.Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan definisi ini dipersetujui bersama oleh Cyril O¶Donnel. 2 . Organisasi Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 mendefinisikan organisasi sebagai satu kesatuan yang terdiri dari bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan. Irving R. Weschler dan Fred Massarik melihat kepimpinan sebagai satu pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas. Manakala Robert Tannenbaum. Manakala Max Weber pula mendefinisikan organisasi sebagai satu pendekatan bagi perhubungan sosial yang bersifat tertutup dan tidak terbuka secara meluas kepada semua orang untuk menganggotainya melalui peraturan keanggotaan yang telah digariskan terlebih dahulu.

Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberanian dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah dimana sekolah merupakan suatu institusi sosial formal moden. Apabila seseorang itu berjaya memimpin. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal 3 . kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Selain itu. terdapat beberapa pendekatan yang digariskan dalam membuat penilaian ke atas ciri-ciri pemimpin. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988). kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua. Sejak dari awal kajian dibuat tentang sains pengurusan. Kepemimpinan membawa kuasa.Kepemimpinan menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya. beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama. ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. pemimpin juga membawa maksud seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain". Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin. dalam bukunya µAsas Pentadbiran Pendidikan¶.

kepastian. keselamatan. mereka yang memimpin organisasi sekolah adalah pengetua atau guru besar. Dalam situasi sekolah. Selain itu guru berperanan sebagai pemimpin aktiviti-aktiviti akademik serta kokurikulum seperti persatuan. 4 . minit. penting bagi kita untuk melihat bahawa kepimpinan sekolah tidak terbatas kepada pengetua semata-mata. Formaliti mempunyai kelebihan dan kekurangan tertentu.menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Guru-guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam kontek masing-masing. Sebagai organisasi formal sekolah mempunyai struktur kepimpinannya tersendiri. (Dr Robiah Sidin (1988). masyarakat setempat. deskripsi tugas. sekolah mempunyai cirri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciriciri organisasi moden seperti yang dinyatakan oleh Weber. status jawatan. para penjaga. pihak polis dan sebagainya. kawalan dan keadilan. Kelebihannya adalah seperti mempunyai dasar-dasar yang jelas. menghalang perubahan atau inovasi dan kongkongan. kakitangan am dan para pelajar. Kelemahannya pula ialah seperti ia boleh mengurangkan inisiatif. sukan dan unit beruniform. carta organisasi. diari dan lain-lain. Pengetua juga bertanggungjawab terhadap hubungan dengan luar sekolah seperti dengan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan. kepantasan. Pengetua khususnya bertanggungjawab memimpin guru-guru. 2. Peringkat yang paling asas ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. jawatankuasa. fail. Sekolah juga sering dirujuk sebagai organisasi formal. memorandum. kecekapan. prosedur. Disamping itu. Antara perkara-perkara yang menunjukkan formaliti sekolah ialah wujudnya peraturan.0 KEPIMPINAN SEKOLAH Sebagai institusi sosial.

Pada asasnya sesuatu keputusan dicapai bersama atas dasar persetujuan majoriti. kurus. Sesorang pengetua yang demokratik akan banyak berbincang. Pandangan-pandangan guru diterima tanpa banyak soal. Kepimpinan lasses-faire adalah bertentangan dengan gaya kepimpinan autokratik. Walaubagaimanapun selalunya kepimpinan akan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin. 3. Pengetua lebih berperanan sebagai pemerhati senyap dan membiarkan guru-guru menjalani aktiviti mengikut inisiatif masing-masing. mempunyai kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberikan pandangan. Ia kurang mengambil bahagian dalam aktivitiaktiviti pelaksaan.Kepimpinan merupakan suatu aktiviti yang kompleks dan telah didefinisikan dengan berbagai-bagai cara. Kepimpinan jenis ini menggalakkan percambahan minda apabila yang dipimpin mempunyai peluang memberikan idea-idea mereka.0 GAYA KEPIMPINAN Gaya kepimpinan demokratik lebih liberal berbanding dengan gaya kepimpinan birokratik. rendah atau tinggi tidak boleh dihubungkan dengan gaya kepimpinan. Ia boleh jadi positif apabila misalnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak 5 . Kepimpinan jenis ini banyak memberikan kebebasan. Maksudnya sifat-sifat gemuk. Apa yang diutamakan ialah meneliti ciri-ciri interaksi sosial mereka dalam memimpin organisasi sekolah. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu gaya-gaya kepimpinan birokratik. Guru-guru mungkin berasa lebih dihargai apabila pandangan mereka diambil perhatian oleh pihak pengurusan sekolah. menerima dan memberi pandangan. laissez-faire dan kepimpinan-kepimpinan kontigensi atau mengikut situasi. Dalam siosologi ditegaskan bahawa tiada hubungan antara trait-trait personal dengan kepimpinan. Kepimpinan jenis ini mempunyai kesan positif dan kesan negatif tersendiri.

Personaliti berikut ialah. ‡ Keyakinan kendiri Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan pertimbangan.0 CIRI-CIRI PERSONALITI YANG DIKAITKAN DENGAN SEORANG PEMIMPIN Terdapat beberapa personaliti yang sering dikaitka dengan seorang pemimpin. Pemimpin yang berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri. keupayaan dan kemahirannya. 4. punca-punca masalah selalunya adalah berkaitan dengan interaksi pihak atasan dengan pihak bawahan. Gaya kepimpinan berubah mengikut situasi dan mempunyai kaitan dengan faktor-faktor persekitaran. Sebaik-baiknya pemimpin dan yang dipimpin saling melayan antara satu sama lain. Seseorang pemimpin tidak akan mudah mencapai matlamat organisasiny tanpa kerjasama yang baik daripada pengikut-pengikutnya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan.bawahan memang baik dan mendatangkan faedah kepada sekolah. Maka faktor interaksi perlu diambil kita untuk menjalankan pengurusan yang berkesan. Oleh itu kepimpinan perlu berdasarkan penganalisaan terhadap kepentingan dan keperluan-keperluan mengikut sesuatu keadaan. Pihak-pihak berkenaan mungkin mempunyai interpretasi yang berbeza mengenai organisasi mereka. 6 . Namun dalam keadaan lain ia mungkin tidak sesuai terutamanya jika mereka yang diamanahkan mengambil kesempatan daripada kebebasan yang diberikan. teknologi dan orang-orang yang terlibat. Kepimpinan kontigensi berpendapat bahawa tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah. Dalam analisi kepimpinan.

‡ Bertanggungjawab Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorang pemimpin. dan sopan. Orang seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain. Individu seperti ini cenderung bekerja keras. mesra. ‡ Berorientasi Pencapaian Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan tugas dengan jayanya kerana individu ini akan hanya berasa puas jika ia beroleh kejayaan. mudah bekerjasama. dan sukar bekerjasama dengan orang lain. dan kekecewaan. Manakala sifat orang yang sukar diterima. ‡ Dapat diterima Merujuk kepada sifat amanah. ‡ Penyesuaian Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan. Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesan berbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan tertekan ‡ Suka bergaul/ramah Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan kerana orang yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-orang dalam organisasinya. konflik. bercita-cita tinggi dan suka persaingan. biasanya tidak sabar. Manakala orang yang 7 . syak wasangka. muram.

Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. suka dengan keadaan yang sedia ada. Ianya juga perlu mempunyai ilmu agama yang tinggi. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar arahan para ilmuan tersebut. Hal ini kerana supaya seorang pemimpin tersebut tidak melanggar undang-undang yang telah digariskan dalam Islam ataupun tidak terpesong 8 . Menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang pemimpin perlulah seorang yang hidupnya dengan cara sederhana tidak terlalu membazir dengan harta yang dimiliki olehnya. (Ahmad Ibrahim Abu Sin. 5. Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang tanpa merungut dengan pekerjaan yang dilakukannya. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi secara tidak langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan perkara yang mungkar dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai anggota badan yang sempurna supaya boleh menguruskan pekerjaannya dengan sempurna. kecuali jika ia dijanjikan ganjaran ekstrinsik. (1991). Seorang pemimpin juga menurut Imam Al-Ghazali perlulah mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab besar jawatannya. dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit.rendah orientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi. Dia juga harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak melanggar undang-undang dan peraturan.0 CIRI-CIRI YANG BAIK MENGIKUT PADANGAN TOKOH TERKEMUKA Mengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga menurut Al Mawardi perlulah berpancaindera yang sempurna.

0 PERANAN PEMIMPIN Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Daud. (1996). Begitu juga dengan kecerdasan yang terlalu tinggi atau kecerdasan yang terlalu rendah akan mengurangkan keberkesanan memimpin. mempunyai harta sebagai modal supaya seorang pemimpin tersebut dapat menguruskan organisasinya dengan baik. Pemimpin dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat 9 . (1996). Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli menyatakan bahawa seorang pemimpin perlulah mempunyai sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri. agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin. (Mustafa Hj. seorang pemimpin perlulah bersifat kecerdasan dan kemampuan juga bijak. seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian iaitu dimana berkebolehan. Stogdill. 6. menurut pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph M. Daud. kemampuan berkomunikasi dan berkebolehan untuk bermasyarakat. Selain itu. (Mustafa Hj. Seorang pemimpin juga perlu adanya sifat sosial iaitu dimana mempunyai daya kerjasama.daripada landasan agama Islam yang telah ditetapkan oleh syarak. (Mustafa Hj. (1996). (1991). (Ahmad Ibrahim Abu Sin. Tanpa sifat kesungguhan dan keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah organisasi tidak akan berjalan dengan baik. Daud. Selain itu. matang.

penyelaras. Belajar memahami potensi dan bakat. Oleh itu pemimpin harus luas pembacaannya. 6. antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas. 10 . konflik antara ahli-ahli pemimpin berperanan sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. 6. tingkah laku dan kebolehan yang boleh diteladani. 6. Bersikap adil dan tidak condong(bias) kepada mana-mana pihak. mempunyai hubungan yang luas.5 Jurucakap/jurubicara: peranan ini menyerupai peranan ³pegawai perhubungan awam´. Iaitu berperanan sebagai jurucakap atau wakil organisasi dalam perhubungan dengan pihakpihak luar.2 Model: sebagai model atau contoh.6 Orang tengah: jika berlaku perbezaan pendapat. Oleh itu jelas seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara serentak. mentor.3 Pendorong: pemimpin juga harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan rakanrakan sepimpinannya untuk membangun diri. meningkatkan komitmen dan terus gigih memberikan khidmat serta subangan untuk kebaikan bersama. Perananperanan berikut adalah seperti. penilai dan sebagainya.membantu organisasi. menyokong dan membolehkan ahli berperanan dengan aktif. sentiasa mengikuti perkembangan. banyak pengalaman dan rajin belajar 6. 6. pemimpin memperlihatkan sifat-sifat. ideologi. di dalam sesuatu keadaan tertentu pemimpin juga turut berperanan sebagai pakar (berdasarkan kemahiran dan pengelaman yang dimilikinya) guru. kaunselor.4 Pembimbing: selaku pembimbing pemimpin turut mendidik. minat dan kecenderungan. serta kekuatan dan kelemahan ahli dan membantu mereka untuk menjadi ahli yang aktif dan menyumbang. 6.1 Sumber rujukan: pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea kepada ahliahli apabila diperlukan.

7) Penulisan. cara-cara yang sesuai dan berkesan untuk menggerakkan tenaga-tenaga di dalam pertubuhan serta mendapatkan sokongan masyarakat. Dapat berfikir dengan menggunakan berbagai-bagai teknik(kreatif/kritikal/lateral) 3) Pengorganisasian/Penyusunan/Penggemblengan Tenaga. Boleh berhubung dan bekerja dengan orang. Tahu bagaimana melakukan penyelidikan asas. merangka belanjawan dan menguruskan dana. mendengar pandangan.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG HARUS DIMILIKI PEMIMPIN Setiap pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dan beberapa kemahiran asas. faham kegunaan 11 .7. merangsang ahli-ahli. Dapat menyampaikan sesuatu denganbaik. lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan tugasnya dalam sesebuah organisasi. Tahu bagaimana mendapatkan wang yang diperlukan pertubuhan. 1) Bekerja Dengan Orang. berbincang. Memahami bagaimana organisasi beroperasi. 4) Komunikasi. Menguruskan mesyuarat dengan berkesan. Tahu tentang kewujudan pelbagai sumber di dalam dan di sekitar organisas (individu. berhujah dengan meyakinkan dan merangsang ahli.agama). menyediakan cadangan dan laporan.budaya. kumpulan. Boleh menulis ucapan. 2) Kebolehan Menganalisis. 8) Kewangan. kenyataan media. sedar tentang pelbagai institusi dan pertubuhan di sekeliling dan dapat bekerjasama dengan mereka. menggalakkan ahli mengambil inisiatif dan menyerlahkan bakat dan potensi mereka. Pengetahuan dan kemahiran yang dimaksudkan ialah pelbagai dan antaranya ialah. 9) Kajian/Penyelidikan. Kemampuan memahami dan menghuraikan sesuatu isu/persoalan dari pelbagai sudut serta merumusnya. 6) Mesyuarat. 5) Penggunaan Sumber.

pembinaan kontrak dan lain-lain. Secara keseluruhan. tidak menzalimi dan tidak memilih kasih dalam memberi layanan dan hak kepada orang lain. penyalahgunaan kuasa dan 12 . 13) Alat-alat Komunikasi. Walaupun kemahiran-kemahiran yang dinyatakan agak banyak. peranan dan bidang kerja tertentu kepada ahliahlinya. apatah lagi dengan melaksanakan keadilan mencegah penindasan. Tahu akan keperluan latihan-latihan untuk organisasi dan dapat mengendalikan latihan. 10) Isu.0 MENGELAK PILIH KASIH Kepimpinan menuntut pemimpin berlaku adil dalam segala hal. penyelewengan. 11) Latihan. Justeru. Tahu menggunakan teknologi yang sesuai dan terkini bagi memudahkan kerja. persidangan media. kepimpinan menekankan keadilan dalam segala urusannya. Dapat mengenal pasti isu-isu penting dan dapat menilai potensi sesuatu isu bagi kepentingan organisasi. 12) Penggunaan Teknologi. ini tidak bererti seseorang pemimpin itu harus menguasainya. Dalam pada itu pemimpin juga seharusnya berkemahiran mengagihkan sesuatu tugas. kesaksamaan dan pemberian hak kepada mereka yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. tidak ada berkepentingan. Pandai menggunakan alat-alat komunikasi yang asas untuk pelbagai tugasan seperti internet. Namun mereka harus berusaha menguasainya untuk kepentingan bersama terutamanya diri sendiri. Takrifan keadilan dalam merangkumi keseimbangan. keadilan bermakna tidak berlaku penindasan. 8.maklumat dan bagaimana mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

perkara bertentangan nilai murni. keadilan dalam kebajikan pekerja perlu diberikan perhatian sewajarnya. Contohnya. Bayaran gaji dan imbuhan yang setimpal juga perlu dibuat secara adil dan setimpal dengan kelayakan. Kontrak keadilan penting bagi mengelak sesuatu tidak diingini berlaku antara majikan dan pekerja. Baginda SAW mengemukakan soalan sejauh mana kelayakan Mu'adh untuk menjawat jawatan berkenaan dan sama ada beliau mampu menangani permasalahan yang mungkin timbul kelak. kesihatan dan 13 . pelantikan dan pemilihan calon yang tepat menyebabkan organisasi berjalan lancar dan berkesan. Majikan perlu melantik calon berkelayakan dan berkebolehan. pelantikan dan pemilihan pekerja secara adil bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya. Apa yang dapat kita perhatikan. Bagi mengelak penipuan dan diskriminasi dalam organisasi. Sebagai majikan. Di samping itu. Tuntutan ini memerlukan kepemimpinan yang bertanggungjawab serta mempunyai kekuatan moral serta kejujuran yang tinggi. Baginda yang melakukan temuduga itu. Sejarah tamadun Islam menunjukkan contoh keadilan dilakukan Rasulullah SAW antaranya ketika pelantikan Mu'adh Jabal sebagai Gabenor Syam. mereka perlu adil dalam kebajikan terutama dari segi. memilih orang yang layak memegang tugas diamanahkan. Cara itu terbukti berkesan dan adil bagi mengelak salah pilih pekerja. wajib diwujudkan kontrak yang adil antara pekerja dan majikan. Hal berkaitan keadilan turut dituntut dalam pengurusan organisasi. Hal ini menggambarkan kepada kita. taraf hidup serta keadaan setempat. Keadilan dalam pengurusan organisasi bermula daripada proses pelantikan jawatan. sesi temuduga ialah alternatif yang diamalkan sehingga hari ini.

Natijahnya seorang pemimpin organisasi yang baik bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang 14 . bertindak dengan cara-cara tertentu. Pengabaian majikan terhadap kebajikan pekerja menyebabkan produktiviti pekerja menurun. kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya. disiplin diri yang tinggi. kecekalan. menjejaskan matlamat organisasi.keselamatan. Contohnya. majikan perlu bertindak adil dengan memberi ruang dan peluang kepada pekerja untuk kenaikan pangkat. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran. latihan meningkatkan kemahiran dan insentif serta pengiktirafan kepada yang layak atau yang lama berkhidmat. Secara tidak langsung. sikap cintakan ilmu. merasa.0 PENUTUP Kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir. penguasaan pelbagai kemahiran. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan. Sebarang hukuman dikenakan tanpa bukti yang sahih menggambarkan ketidakadilan berlaku ke atas pekerja itu. Begitu juga bebanan tugas dan tanggungjawab yang diberikan perlu adil serta saksama supaya tiada penganiayaan dalam apa juga bentuk termasuk pembahagian tugas. pembahagian beban tugas antara pegawai atasan dan bawahan perlu berpadanan dengan imbuhan diberikan. Walaupun kepimpinan boleh dipelajari. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. 9. pembelajaran yang berterusan. Majikan perlu memastikan hanya pekerja yang benar-benar melakukan kesalahan dan jenayah diberhentikan atau dikenakan tindakan disiplin. Dari segi pengembangan kerjaya. tapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin yang baik.

tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik. 15 .

Bil 11:97-114 Mustafa Hj. demokrasi dan tradisi. Pengurusan Strategik. (2009).wordpress. Weber. Bhd. (1996). (1997).my/baca. Kepimpinan. Yusof (1990). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemimpin Mengikut Pandangan Tokoh Barat.J. The Sociology of Religion. Kuala Lumpur: AMW Comunications Management. Azizan Bahari.org/wiki/Cyril.1963. Boston:Beacon Zainal Abidin Mohamad. Kepimpinan. Hubungan Nilai Kerja. Asas Pentadbiran Pendidikan. M. (1984). http://mukmin.O¶Donnel http://uniprof. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Putaka. Dr Robiah Sidin (1988). Petaling Jaya: Qarya Sdn. Menjadi pemimpin.php?id=568&kategori=12 http://wikipedia. (1998). Prestasi Kerja dan Kualiti Kehidupan Bekerja di Kalangan Pekerja Sektor Awam & Swasta. Alias Mohamed.RUJUKAN Aminudin Moh. Daud. Jurnal Psikologi Manusia. Kuala Lumpur: Utusan Distribution and Publication.com/208/04/08pengurusan 16 . (Terjemahan). Fatimah Wati Halim & Iran Herman.com. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd.

KURSUS INDUKSI SSM K1 SESI 16/2011 TAJUK: A) JELASKAN CIRI-CIRI BAHAWA SEORANG KETUA DALAM SESEBUAH ORGANISASI ITU DAPAT MEMBERIKAN KEPIMPINAN YANG BERKESAN. B) HURAIKAN CARA-CARA UNTUK MENGELAKKAN PERBUATAN PILIH KASIH DALAM TINDAKAN-TINDAKAN DI KALANGAN PEMIMPIN/KETUA ORGANISASI/JABATAN. NAMA: KAD PENGENALAN: DITUJUKAN: ROZALINA BINTI ABDULLAH 610118-08-5336 UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAF JABATAN NEGERI PERAK 17 .

0 PENGENALAN 2.0 PERANAN PEMIMPIN 7.0 CIRI-CIRI YANG BAIK MENGIKUT PADANGAN TOKOH TERKEMUKA 6.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG HARUS DIMILIKI PEMIMPIN 8.0 PENUTUP 1 4 5 6 8 11 12 14 18 .ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 MENGELAK PILIH KASIH 9.0 KEPIMPINAN SEKOLAH 3.0 GAYA KEPIMPINAN 4.0 CIRI-CIRI PERSONALITI YANG DIKAITKAN DENGAN SEORANG PEMIMPIN 5.

19 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful