Apresiasi Seni

DEFINISI Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan µsubject matter¶ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan ³logical operation such as defining, valuing and explaining´ Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Menurut Chapman (1978) ³if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character´ Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar- pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961) menegaskan bahawa ³«every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration«´ Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan. OBJEKTIF a) b) c) d) Memahami dan bertindak Mengetahui pentingnya nilai Menghasilkan karya Memahami seni APRESIASI terhadap aspek seni seni dalam kehidupan (produk seni) dan hubungannya

e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN

APRESIASI

DAN

KRITIKAN

SENI

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasilhasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni. Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:

Mengikut John A. Michael dalam bukunya ³art and adolescence´ ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu: a) Pendekatan b) Pendekatan secara psiklogi secara logik

PENDEKATAN

SECARA

LOGIK

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut: Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai estetika dan pengaruh. Secara pemerhatian mengumpul gambar - Balai dan seni, pameran, menyusun filem, slaid, gambar-

Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran Secara penghasilan Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.

9. 2. gemar. Cadangan 1. menarik dan benci. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa. 4. aktiviti pendekatan secara psikologi: Secara perbincangan dan perbandingan Secara proses inkuiri penemuan (discovery) Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni Secara menyediakansetting/set induksi Secara membesarkan gambar Secara mengolah bahan-bahan sebenar Secara aktiviti permainan seni Secara lawatan/pameran Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran KAEDAH Kaedah-kaedah a) b) c) d) e) a.PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima µresponse¶ dan pendapat orang lain. 6. Penilaian ‡ ‡ ‡ dibuat secara serta merta iaitu: Pernyataan Suka/tidak Tertarik/tidak spontan Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. pernyataan perasaan. 8. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. 3. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. b. 5. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK . melihat MELIHAT seni terdiri daripada SENI kaedah: Hedonistic Kontekstualistik Organistik Normistik Elektik HEDONISTIC KAEDAH Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan. 7.

kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati. tata atur. naratif dan nilai-nilai akhlak. kesinambungan serta kepelbagaian. d. tidak menjurus kepada aspek kronologinya. c. rasa takwa. imbangan. unsur-unsur seni . kefahaman konsep. KAEDAH NORMISTIK Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat. KAEDAH ELEKTIK Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic. e. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi.Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: a) Menggambarkan b) Menganalisa . Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. hujah dan penilai karya.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya. Wajaran hanya secara baik. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah. perulangan. jalinan. agama dan budaya. sistematik dan kefahaman serta kejelasan. interaksi pemerhati. tidak ada unsure sensasi. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna. PROSES APRESIASI SENI Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah. konsepsi. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak. rentak pengkaryaan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak. sederhana dan kurang baik. menentuh intuisi dan menyenangkan. ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. KAEDAH ORGANISTIK Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. ruang dan penataan cahaya. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip. struktur organisasi dan alat dan bahan. falsafah dan prinsip rekaan. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni.

teknik campuran dan sebagainya. Teknikteknik melukis ini anda boleh rujuk dalam buku-buku rujukan seni dan internet. gubahan. Berikut adalah beberapa contoh-contoh teknik lukisan yang anda boleh aplikasi dalam folio. prinsip. rupa. simbol. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsureunsur seni. MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna. June 25. jalinan dan elemenelemen gubahan iaitu prinsip dan struktur B. sejarah serta keseniaannya. MENGANALISA i. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana iii. bentuk. TAFSIRAN i. guna warna air. unsur-unsur seni. keaagamaan dan kepercayaan. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian. D. corak dan bahan ii. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek. teknik garis silang atau ''çross-hatching''. teknik dan fungsi ii. 2011 Contoh-contoh teknik lakaran/lukisan yang boleh diaplikasi dalam folio. Ada banyak teknik melukis. prinsip dan stuktur ii. . Posted by ColourExist at 8:17 PM 0 comments Saturday.c) Tafsiran d) Penilaian A. social. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogianalogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. contohnya teknik titik-titik. garisan. PENILAIAN i. Menghauraikan stail sesuatu karya C. strktur.

.Lukisan di bawah merupakan contoh-contoh lakaran yang dihasilkan. kemudian ikutlah garisan tersebut dengan pen hitam (gel pen) atau bahan kering yang bersesuaian. Jika anda kurang mahir melukis. Anda tak perlu lagi asyik memadam kesalahan jika kadar banding lukisan anda tak betul.. Teknik mewarna untuk gambar di atas adalah teknik catan cat air.. haruslah mencuba melakar dan melukis tanpa menggunakan pemadam jika tersilap garisan supaya kita dapat melatih psikomoto dan lokomoto kita untuk lebih berhati-hati dan kuat. . Teknik menekap tidak semestinya digunakan oleh pelajar tidak mahir melukis. Lakaran di atas memerlukan anda mahir mewarna. Tak perlu kesan cahaya dan bayang.. Guna banyak air semasa mewarna bahagian yang cerah.Tetapi seelokeloknya. Cikgu selalu galakkan pelajar menekap gambar (hitamkan dahulu belakang kertas yang ada gambar yang akan bertindak sebagai carbon paper). anda hanya perlu tekap gambar yang anda inginkan ke atas kertas lukisan. Caranya. pelajar yang berbakat melukis juga boleh jimatkan masa melukis dengan cara ini. anda boleh melukis guna teknik lakaran menggunakan hanya garisan luar. Tak perlu guna warna putih.

Kalau jawab soalan rekabentuk industri seperti mereka bentuk microwave. perlu ada Lukisan Skala. anak panah berfungsi menunjukkan perubahan bentuk yang dicipta pelukis/pereka.Ini adalah lukisan mengikut skala. . atau soalan pembungkusan . Lakaran ini pula adalah contoh lakaran perkembangan idea .

internet atau ambil sendiri gambar guna kamera.Lukisan Realistik diperlukan sebagai kajian terhadap subject matter (sumber idea/motif). anda guna gambargambar fotografi daripada majalah. . Biasanya.

Jika tak pandai mewarna.Anda pilihlah teknik yang sesuai dengan kemampuan melukis dan mewarna. tak perlulah .

tunjukkan kemampuan anda melukis/mewarna di dalam folio atau hasil untuk berkaya yang lain. Yang berbakat seni tu. March 6. Sejarah pisau lukis Seni dan sebagainya. air.Aliran Seni Catan Barat Definisi catan ‡ Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan. ‡ Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18. Posted by ColourExist at 7:35 AM 1 comments Saturday. 2010 Tokoh-tokoh & Aliran-aliran Seni Barat CATAN . Media yang digunakan adalah seperti mozek dan fresko. Berjodol Liberty Leading the People (1830). tempera pemikiran tradisi. dan fresko. Catan ‡ Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. ‡ Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air. ‡ Pada kurun ke-19 dan 20. minyak linseed. kertas.mewarna dalam folio kecuali Kajian Warna. Berus. turpentin dan sebagainya.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak. . Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. muncul beberapa aliran baru yang menentang Karya Delacroix y y Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme. Kanvas. cat minyak dan cat arkrilik. air.

Art. Berjodol : Bedroom. . Aliran Impressionisme. Karya Vincent Van Gogh y y y y y y Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19. mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang.y Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik. Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat. Karya ‡ ‡ Karya ini dihasilkan Aliran pada penghujung Pop abad Warhol ke-20.

seni.‡ ‡ Gaya Berjodol umpama seni poster Marylin untuk di Monroe pengiklanan. anatomi. Aliran-aliran ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ Aliran catan Seni Pop Klasik ‡ Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula. Leonardo Da Vinci . barat Klasik Barroque Romanticisme Impressionisme Post-Impressionisme Ekspressionisme Kubisme Surelisme ‡ Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu. ‡ Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya. bangsawan. ‡ ‡ ‡ ‡ Figura Penumpuan Menggunakan Karya-karya sebagai kepada perspektif. perhatian mendapat pemusatan kadar ruang daripada banding dan tumpuan dan unsur golongan karya.

‡ Penggunaan garisan luar yang terang. kecintaan. kejatuhan gereja dan pemerintahan ‡ Warna yang digunakan ialah ‡ Warna itu menggambarkan kesengsaraan. warna yang kusam. beraja. keharmonian. ‡ Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada ‡ Mesej ‡ Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura ‡ Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik. pada pertengahan Romanticism abad ke-18. ‡ Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan. kezaliman yang berlaku pada zaman itu. suram dam kelam. Delacroix . itu.Michalengelo Aliran ‡ Istilah Romanticism telah wujud zaman karya tertumpu kepada kedamaian.

Delacroix Delacroix Goya .

Goya Aliran ‡ ‡ ‡ Zaman Karya ini dikenali kepada sebagai komposisi. renaissance warna berwarna dan Barroque tinggi. menumpukan Latar belakang ‡ Karya tertumpu kepada objek Rembrandt . cahaya. gelap ‡ Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. karya zaman aksi.

condong aliran naturalisme. ‡ Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi. bertindih-tindih. ‡ Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat. ‡ Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. cahaya kepada secara serta cahaya pada dan kesan abad objek Impressionisme ke-19. "detail".malam. petang . yang dilihat. Monet . watak-watak alam.Rembrandt Rembrandt Aliran ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ Tidak Mementingkan Aliran keserasian ini Aliran Menumpukan kaedah muncul konsep Warna melukis warna.

Monet Degas Van Gogh .

diri. bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain. ‡ melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara ‡ melukis isi sebagai yang pernyataan berkait dan simbol rapat.Renoir Aliran ‡ ‡ Realiti bukan itu meniru sentiasa bentuk baru tetapi Post-Impressionisme dan mencipta tegas bentuk. ‡ bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan. ‡ warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis. George Seurat . ‡ perspektif.

lutsinar.Cezanne Gauguin Aliran ‡ ‡ ‡ ‡ Menolak Cuba Seperti tradisi catan yang 3 mementingkan dimensi dan menimbulkan dalam satah kesan objek 2 Kubisme realiti. ‡ Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. menyelesaikan pecahan masalah kaca dan Penggunaan bentuk-bentuk ‡ Warna yang bertenaga Pablo Picasso . dimensi. geometri.

Kandinsky . dramatik jelas. ‡ Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.Duchamp Aliran ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ Seni Menolak Menolak adalah manifestasi alam ada peniruan Penggunaan Tidak ciri-ciri perasaan dan warna imej dan menyingkir tradisi keresahan subjek yang yang Ekspresionisme klasik emosi dan pelukis. objek.

pengguna. khayalan. Frued. mirip seni yang imej pop terang dan kepada pada York metos karya permukaan bersifat dengan dan semasa panggilan berbidang dan dan New yang pengiklanan yang London. besar. Realist. misteri. Lebih Pelukis Warna New teknik. terkenal ‡ Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.Pollock Aliran Surealisme ‡ Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar ‡ ‡ ‡ ‡ Terpengaruh Paparan Warna-warna dengan Imej-imej gelap minda idea bawah sunyi digunakan untuk ahli sedar dan menimbulkan falsafah dan Sigmund alam tidak seakan pelukis. ‡ Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum. . populariti. logik. Menyeramkan. Salvador Dali Aliran Seni Pop ‡ Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kota raya ‡ ‡ ‡ ‡ Tema.

Lantaran itu. 2010 Pengenalan Seni. Definisi Seni. apabila memperkatakan tentang seni visual. mahupun golongan yang lebih tua. Definisi Pendidikan & Definisi Pendidikan Seni Pengenalan Apabila membicarakan tentang seni. seni muzik dan seni lakonan ini mempunyai impak yang bukan sedikit ke atas khalayak di negara ini. namun masyarakat di Malaysia masih memandang sinis akan kepentingannya di dalam membentuk nilai-nilai kemanusiaan dan budaya bangsa. Perubahan ini turut merangkumi mata pelajaran Pendidikan Seni yang dikira akan dapat mengangkat martabat seni visual khasnya ke suatu kedudukan yang lebih baik. . mempunyai nilai-nilai norma kemasyarakatan yang luhur berpaksikan kepada Rukun Negara. Lantaran itu. Perubahan ini merangkumi pelbagai mata pelajaran di sekolah merangkumi peringkat rendah persekolahan sehinggalah ke peringkat tertinggi. baik anak kecil. masyarakat umumnya lebih tertarik dengan seni yang lebih popular seperti seni muzik mahupun seni lakonan. Walaupun kewujudan seni visual adalah seusia dengan peradaban manusia. maka perubahan demi perubahan dilakukan ke atas kurikulum pendidikan negara. namun martabatnya masih diletakkan pada tempat yang sama. Ini bertitik tolak daripada pendedahan yang meluas diterima bagi kedua-dua cabang seni tersebut. ianya seakan jauh terpinggir. Walaupun sebenarnya ia telah wujud lebih awal di kalangan masyarakat.Posted by ColourExist at 8:32 AM 0 comments Sunday. Bermula dengan lebih dikenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan/ Pekerjaan Tangan di era sebelum merdeka sehinggalah beralih kepada Seni Visual sejak kebelakangan ini. Hanya golongan tertentu sahaja yang bener-benar menghayati seni visual dalam erti kata penghayatan estetika selayaknya. kita masih merasakannya sebagai suatu cabang seni yang duduknya pada kelas kedua. Namun begitu. January 24. Nama-nama kecil dan besar yang menguasainya begitu mudah bermain di bibir masyarakat. sejajar dengan hasrat untuk membentuk warga negara yang tahu menghargai budaya.

keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. seorang filosofis Yunani. menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. biar dari sudut pandangan mana sekalipun. kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. i) Definisi Seni Apa sebenarnya yang dinamai µ seni ¶ itu sendiri? Terlalu banyak kupasan dan pendefinisian mengenai seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri. kenikmatan. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Mengikut Kamus Dewan Edisi baru. Baik kupasan berlandaskan estetika semata-mata mahupun pengertian seni yang dapat dikutip melalui kacamata agama. Ini melambangkan betapa luasnya kesenian itu sendiri lantaran manusia yang normal secara totalnya amat senang dengan sesuatu yang mempunyai nilai-nilai dan unsur seni.Di samping itu. ii) Definisi Pendidikan Pendidikan menurut Plato. Imam Muslim melalui penulisan kitabnya. Menurut Herbert Read ( buku. Dipandang daripada sudut agama. bakat. Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni. ia juga menjadi serampang dua mata sebagai uasaha membentuk minda baru masyarakat Malaysia. lukisan. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni. Secara jelasnya. pendidikan adalah suatu usaha membentuk kesempurnaan dan keindahan di . seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut. ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi. Kesimpulannya. Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kitab Al. kebolehan mencipta sesuatu yang indah.Iman. Dalam erti kata lain. baik melalui tokoh-tokoh sejagat mahupun tokoh seni tempatan. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada. Kepuasan. tidak sekadar memandang seni dari sudut estetikanya sahaja malahan mampu mengangkat darjat dan peranan seni visual di dalam pembentukan ketamadunan negara. The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan. seni didefinisikan sebagai karya ( sajak. muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat.

Berdasarkan Kamus Dewan. Secara jelasnya. Manakala penganut aliran Fungsionalisme melihat individu tidak penting dalam menentukan apa yang sesuai untuk dirinya. konsep ilmu terbahagi kepada dua. Durkheim ( 1956 ) umpamanya mendefinisikan pendidikan sebagai penerapan pengaruh generasi dewasa kepada mereka yang memasuki era baru dalam kehidupan sosial. rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu. Mereka yang dididik adalah dikehendaki mempelajari dan mempraktikkan nilai-nilai keperluan sebagaimana yang dikehendaki oleh generasi yang lebih awal. secara umumnya Durkheim menganggap fungsi pendidikan adalah untuk mengekalkan masyarakat dengan menyediakan rangka normatif dan kognitif masyarakat dalam diri invidu. Umpamanya. Ini adalah lantaran masyarakatlah yang menentukan baik dan buruknya sesuatu perkara. Oleh kerana luasnya konsep pendidikan itu disamping pertalian intimnya dengan ilmu. Quran dan Sunnah. menghormati orang tua dan sebagainya. pendidikan berasal daripada kata dasar didik yang membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Menurut beliau. supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan selamat. Pendidikan pula membawa maksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut. Pendidikan bagi mereka bukanlah untuk membentuk potensi dan kebolehan individu bagi dirinya tetapi untuk keperluan komuniti dan masyarakatnya. sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap rendah diri. John Dewey. jasmani. pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya. Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih di kenali sebagai Hamka iaitu salah seorang tokoh pendidikan Islam yang paling berpengaruh di Indonesia. Rabindranath Tagore. Aristotle di mana beliau mengungkapkan pendidikan sebagai satu usaha untuk menyediakan akal-fikiran untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan. salah seorang ahli falsafah dan penyair India yang terkemukamenyatakan pendidikan sebagai suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna. Salah seorang penganut aliran ini. di dalam Islam sendiri. iaitu ilmu akhirat ( ukhrawi ) dan ilmu keduniaan ( duniawi ). pendidikan bolehlah ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang. Pengertian ini adalah sejajar dengan apa yang diungkapkan oleh salah seorang lagi filosofis Yunani iaitu. Abdul Halim el-Muhammady mentakrifkan pendidikan daripada kacamata Pendidikan Islam sebagai suatu proses mendidik dan melatih akal.dalam diri individu. Oleh itu. Bertitik-tolak daripada kefahaman tersebut. Beliau mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik. sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan dengan tanam-tanaman. para cendikiawan seringkali memberi pendefinisian tentang pendidikan berdasarkan cabang ilmu masing-masing bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas. pengalaman salaf al-soleh serta ilmuwan muktabar dengan matlamatnya bagi melahirkan insan yang soleh. sabar. berupaya mencapai segala aspek kehidupan dengan . seorang pakar pendidikan Amerika Syarikat mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses perkembangan individu. Hj.

Timur dan Islam Tentang Seni dan Kesenian Seni dan kesenian. baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden. serta apa jua yang berkaitan dengan seni. ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. iii) Definisi Pendidikan Seni Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program pendidikan yang bersistem. pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan. telah ditetapkan secara jelas tujuan matlamat pendidikan tersebut. Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni. pendidiikan seni lebih menitik beratkan pemikiran. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. setiap individu. di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu. seni bina. Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan . Menurut beliau. Oleh itu. C) Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. mempelajari sejarah dan antropologi seni. pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing. Kesimpulannya. reka bentuk industri. garafik komputer. arca. terutamanya individu muslim. Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni. berlaku samada secara formal ataupun non-formal.penuh makna. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan. Ini adalah kerana. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya Posted by ColourExist at 6:18 AM 3 comments Pandangan Tokoh-tokoh Barat. pendidikan tidak seharusnya hanya terikat dengan buku. tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan sebenar manusia. perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkatperingkat perkembangan yang artistik.

guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak. seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. menurut barat. 1994 ) berpendapat bahawa. estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan. beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asing. Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. kebudayaan mahupun ekonomi. perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. Berdasarkan kajian beliau. Dalam kebudayaan manpun. Pada asasnya.pernyataan dirinya. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam kebudayaannya. pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial. seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan. dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. keseronokan dan kesenangan estetik. karya seni itu suatu imej mental. pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi. Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal. kebudayaan dan lainlain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya. bukan aspek kegunaannya. kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanakkanak sebaliknya. . Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam. Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni. Dalam konteks ini. di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Menurut pandangan Barat. Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut. ii) Pandangan Barat tentang kesenian Menurut Herbert Read. personaliti dan sebagainya. keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. politik. Eisner ( 1967 ). Keceriaan. Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak. Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal. Selain daripada itu. Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.

seni diberi penekanan kepada konsep kepentingan aktiviti mata dan tangan. c) Pestalozzi (1746-1827) . impressionisme dan sebagainya.Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan keceriaan. keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya.Seni alat untuk mendidik seseorang .Dikatakan dengan perlakuan. . Menurutnya.Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam pendidikan . . d) Herbert Read . riang. minat untuk belajar dan memajukan diri. : Membandingkan lukisan dengan kebenaran.Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan pembentukan diri) e) Frank Cizek ( 1865-1946) . akhlak. aktiviti bercorak praktikal. semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme.Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang hayat. kesejahteraan dan keindahan. : Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri. Demi seni. -Seni mewujudkan suasana gembira. .Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan meningkatkan perpaduan: : Lukisan dibincang dengan konsep imitasi. Pandangan Tokoh Barat a) Plato (347 SM) . Pemisahan ini wujud dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu. nilai dan moral.Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. .pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda alam. b) Aristotle (384-322SM) . suka. maka seni itu baik. kesempurnaan. seni menjadi suatu yang bebas.Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran. . . Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. .Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada berbakat atau tidak.Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran. keseronokan dan kedamaian estetik. kebaikan. kubisme.

. j) June McFee . Lantaran itu. peradaban dan kebudayaan manusia. k) Feldman . pertukangan. sosial. Lalu. maka para . Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan. h) Efland dan Laura H. sains dan teknologi. i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya.Ianya mengabungkan seni. ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan fahaman mereka.Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. teknik serta variasinya seni itu sendiri.Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharian seperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagi menghasilkan barangan harian eg. Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat.Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat warisan budaya. Kerusi. pemikiran) g) Walter Gropius . politik.Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran. . i) Lansing . aliran. kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. Chapman . sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul.meja dsb.Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysun pengalaman untuk mencerdaskannya. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre.Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia. pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat. sikap dan psikomotor.Seni adalah untuk masyarakat . Sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan. (kreativiti. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri.Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.f) John Dewey (1859 ± 1952) .

seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Jelasnya.Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah . .Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah. agama bukanlah kebudayaan. Bagi agama Islam. ketauhidan kepada Maha Pencipta.Seni tidak melampui batas kesusilaan . b) Pandangan Al-Ghazali .Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman ) c) Sidi Ghazalba . Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik.Seni menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah ) .Hasil seni itu bertunjang ³mardatillah´ ( diredhai Allah) -Seni membentuk peribadi muslim . Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama. ±Org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut. yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri. kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep µ tauhid ¶ itu sendiri. Ia merupakan penyatuan. Pandangan Tokoh Timur dan Islam a) Muslim ±Dalam kitab Al-Iman. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika sematamata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful