KONSEP TASKA DAN KURIKULUM PERMATA

NURULAINI MAMAT SYAZWANI ABDUL MALIK ZALEHA MD SAAD FARIDA DAUD MOHAMMAD SYAMMIL ISHAK

JABATAN KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TARIKH : 20 OKTOBER 2010

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai konsep TASKA dan kurikulum PERMATA yang telah dijalankan di dalam serta luar Negara. Aspek yang dikaji adalah definisi TASKA serta latar belakang kurikulum PERMATA. Selain itu, terdapat juga kajian mengenai perbandingan konsep TASKA di Malaysia dan di luar negara. Kajian yang terdapat di dalam dan luar negara berkaitan TASKA turut dinyatakan dalam kajian ini. Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (PERMATA) dianggap sebagai usaha dan bukti agresif kerajaan dalam melahirkan modal insan terbaik yang bermula dari pendidikan awal dengan mendokumenkan garis panduan untuk kurikulum PERMATA bagi menyeragamkan aktiviti dan kualiti pembelajaran yang disediakan kepada kanak-kanak. PENGENALAN Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS atau dikenali dengan nama Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat. Objektif utama penubuhan TASKA ialah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa. Ianya juga menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Selain itu, taska menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan

kurikulum ini menekankan penglibatan ibu bapa secara Di Pusat Asuhan Di rumah . Elemen-elemen yang terdapat dalam Program Surestart di Pen Green ialah rekabentuk kurikulum dan pedagogi meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah sebagai keutamaan yang menghubungkan Pusat Pendidikan dan Asuhan (nursery) dengan rumah. Mereka juga telah melawat dan menghadiri beberapa seminar dan persidangan. (Jabatan Kemajuan Masyarakat. 2008). Seterusnya menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan. TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak. minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun. (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Penerapan nilainilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkan sejak kecil. Oleh itu. taska di tempat kerja dan taska komuniti. Ahli jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan tempoh masa ini mengikut kesesuaian waktu bekerja ibu bapa dan masyarakat setempat. Corby. 2009).00 tengahari sahaja yang berjumlah 5 hari seminggu. Taska di rumah suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.30 pagi hingga 1. Terdapat juga perkhidmatan TASKA. Tempoh masa pengasuhan sehari pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7. Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. DEFINISI TASKA TASKA membawa maksud mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Taska di institusi pula ialah suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih. kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.00 petang berjumlah 6 hari seminggu.30 pagi hingga 5. Kementerian Pendidikan Malaysia. TASKA terbahagi kepada empat jenis iaitu taska di rumah. LATAR BELAKANG KURIKULUM PERMATA Kurikulum PERMATA telah dibentuk oleh sekumpulan pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti setelah mengkaji pelbagai kurikulum sedia ada yang digunapakai di seluruh dunia. Aktiviti dilaksanakan mengikut kebolehan. terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7. taska di institusi. Taska di tempat kerja ialah suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih. Di antara model program pendidikan awal kanakkanak yang didapati paling sesuai dirujuk ialah Program ‘Surestart’ dari Pen Green Center. United Kingdom.perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat. ( Aminah Ayob et al. Manakala taska komuniti suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri. 2009). dan mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak yang berkaitan untuk mendapatkan idea terbaik bagi menyediakan kurikulum ini.

komunikasi dan literasi awal. Kurikulum PERMATA menggabungkan semua aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya setiap individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik. Rangka teori yang menjadi asas kepada Kurikulum PERMATA ini adalah unik dan tidak ada dalam mana-mana kaedah pendidikan awal kanak-kanak lain. Perkembangan daya kreativiti dan estetika. koordinasi motor dan pengurusan diri. Penilaian dan pentaksiran pembelajaran adalah berasaskan enam bidang pembelajaran ini. tidak ada kaedah yang menggunakannya kecuali di Pen Green Corby. Kitaran ini dipanggil “Pen Green Loop” atau singkatannya “PG Loop” seperti pada rajah dibawah. manakala Kurikulum PERMATA telah diperkayakan dengan tema-tema berciri kebudayaan Malaysia. 3. Kurikulum PERMATA mempunyai enam bidang pembelajaran iaitu : 1. 2. rohani dan sosial. Perkembangan bahasa. Isi kandungan kurikulum PERMATA adalah sama seperti yang digunakan di Pen Green iaitu berasaskan konsep skema Piaget dan beberapa asas teori yang lain seperti : . 5. Dokumentasi perkembangan kanak-kanak ini bertujuan menilai keberkesanan program dan untuk pendidik merancang intrevensi atau pembelajaran lanjutan bagi membantu perkembangan kanak-kanak. bukan sebagai penguasaan kemahiran akademik semata-mata. 6. Perkembangan fizikal. Perkembangan pra matematik dan pemikiran logik.aktif. Ini bermaksud. Perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Guru beri maklumbalas kepada ibupaba KANAK-KANAK Ibubapa beri maklumbalas kepada guru Program di rumah Program di Pusat Asuhan ‘PG Loop’ : Kitaran hubungan rumah dan taska. Model asal kurikulum Pen Green tidak mempunyai tema atau topik tertentu. 4. Kurikulum PERMATA melihat perkembangan kognitif sebagai perkembangan deria dan pengetahuan tentang dunia. Perkembangan emosi.

Jean Piaget (1980) menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. nilai-nilai mulia dan kefahaman antara budaya adalah amat penting dibina dari peringkat awal. Konsep ‘Well-being’ – oleh Laevar’s (1997) 3. seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson (1994) berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri . Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. Di Malaysia. Justeru itu. Mastura badzis ( 2008 ) menyatakan pendapat bahawa hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak. berfikir dan pra matematik perlu dikembangkan melalui pembelajaran awal. PERBANDINGAN KONSEP TASKA DI MALAYSIA DAN DI LUAR NEGARA.85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Pendidikan dan asuhan perlu bermula dari awal/lahir. Konsep ‘Involvement’ – oleh Laevar’s (1997) 2.1. diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Oleh sebab itu. Konsep ‘Holding and containment’ – oleh Winnicot (1965) Bion (1962) Falsafah Kurikulum PERMATA menekankan bahawa setiap anak umpama permata. Mereka adalah modal insan masa hadapan dan memastikan perkembangan secara holistik sejajar Falsafah Pendidikan Negara. Kebolehan bahasa. Umur 3 tahun pertama paling penting dalam perkembangan kanak-kanak yang cemerlang. Di samping itu juga. Konsep ‘Attachment’ – oleh Bowlby (1969) 4. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya. Di luar negara. Selain itu. aspek-aspek kerohanian. Semua kanak-kanak berhak mendapat akses pendidikan dan asuhan yang sama dan berkualiti yang disediakan oleh kerajaan. kanakkanak yang dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Kanak-kanak membentuk kefahaman dengan berinteraksi dengan orang lain dalam persekitaran yang ceria. boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang. Prof Madya Dr. kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80 . Konsep Taska di Malaysia dan di luar negara mempunyai persamaan perbezaaan yang tersendiri.

Nilai pekali kebolehpercayaan item soal selidik faktor yang mempengaruhi asuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah 0. 2003 ) Selain itu. Sebaliknya. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. fizikal dan intelektual yang ceria dan gembira akan memberi impak ke atas perkembangan otak kanak-kanak melalui pembentukan lebih banyak sinaps yang seterusnya akan berkekalan. perhatian dan kasih sayang. sekolah. awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Jika keadaan ini dibiarkan berlanjutan. pertuturan dan bahasa ketika kanak-kanak tersebut dewasa kelak. BINCANGKAN KAJIAN YANG TERDAPAT DI DALAM DAN LUAR NEGARA BERKAITAN TASKA. Tiga faktor yang ditentukan adalah faktor kemudahan di TASKA. jika tidak. kanak. kajian rintis telah dilakukan ke atas 15 orang pengasuh Taska Az-Dzilal. faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh dan faktor diri pengasuh. Pendapat Ini bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap mempunyai perkembangan tertentu. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan.( Noorazleen. Pelbagai kajian di Malaysia mengenai perkembangan awal kanak-kanak di TASKA khususnya di bawah umur 4 tahun yang menjelaskan bahawa otak kanak-kanak mengandungi 100 bilion sel saraf (neuron) yang mana akan membina perhubungan (sinaps) apabila sel-sel dirangsang. ia mengikut kaedah dan matlamat masing-masing. Hampir 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku dengan pantas semasa mereka berumur di bawah 4 tahun. dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. remaja. bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak memberangsangkannya. di samping persekitaran emosi. Kajian ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh pengkaji sendiri. Dari segi kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran di taska-taska kerajaan dan swasta kini amat berbeza tertakluk kepada keupayaan TASKA berkenaan. Perbezaan ini memberi kesan kepada pembangunan potensi kanak-kanak berkembang dengan optimum. zaman bermain.sebagai contoh. Ini membuktikan bahawa peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah tempoh formatif dan merangkumi detik-detik kritikal dalam pembangunan seseorang individu.kanak. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Seramai 30 orang responden telah dipilih .berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi. Perkembangan ini akan mempengaruhi pembangunan ilmu kognitif. minum. Jurulatih yang menjalankan kursus ini juga mempunyai kelayakan yang pelbagai.7. kemahiran sosial. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. kajian yang telah dijalankan juga adalah untuk meninjau persepsi pengasuh-pengasuh TASKA Nuri di Malaysia terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi asuhan dan perkembangan kanak-kanak. ia tidak akan membantu usaha kerajaan untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara ini. Lanjutan dari pendedahan kursus yang pelbagai kaedah dan pendekatan ini. Pengalaman pembelajaran yang positif. Melalui perbezaan latihan dan kelayakan tenaga pendidik bagi TASKA kerajaan dan swasta. Kanak-kanak mendapat pendidikan pra sekolah yang pelbagai juga.

garis panduan yang dimaksudkan ialah Garis Panduan Peralatan Luar. ( Noorazleen. Ini adalah bersesuaian untuk membentuk personaliti anak yang seimbang. yakin diri. Kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RM3. Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak Permata dan beberapa dokumen lain yang akan menjadi prosedur operasi standard (SOP) PERMATA. bijak bergaul dan ini juga adalah penting untuk pembangunan modal insan yang cemerlang.secara rawak daripada 3 cawangan Taska Nuri. Sehubungan itu. Pembacaan yang diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan bacaan tersebut akan menanam minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan. PERMATA juga telah menyediakan peluang kepada pendidik untuk mengikuti Kursus Asas PERMATA selama enam minggu. faktor diri pengasuh dan faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan positif daripada segi mental. ULASAN UMUM BERKAITAN KURIKULUM PERMATA Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (PERMATA) dianggap sebagai usaha dan bukti agresif kerajaan dalam melahirkan modal insan terbaik yang bermula dari pendidikan awal dengan mendokumenkan garis panduan untuk kurikulum Permata bagi menyeragamkan aktiviti dan kualiti pembelajaran yang disediakan kepada kanak-kanak. 2003 ) Kajian yang dijalankan oleh Pullen dan Justice (2003) pula menekankan peranan prasekolah dan TASKA adalah salah satu faktor penunjuk bagi pencapaian pembacaan murid di sekolah ialah bilangan jam mereka dibacakan buku semasa di TASKA. . sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam kancah gejala sosial apabila mereka dewasa. Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program PERMATA Y. Bhg. Datin Seri Paduka Rosmah Mansor berkata. program PERMATA telah menunjukkan perkembangan pesat dengan penubuhan 427 Taska PERMATA di seluruh negara dengan penyertaan 17.A. penglibatan ibu bapa dan komuniti.. Min peratus digunakan untuk mengenalpasti sama ada faktor-faktor kemudahan di TASKA. Tahun lalu sahaja. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Morrow (Mcquillan & Au.2010 ) PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan. Bagi memastikan teknik pembelajaran mengikut kurikulum PERMATA dapat disampaikan dengan lebih berkesan. adalah disarankan supaya semua pengusaha TASKA dapat menekankan faktor yang mempengaruhi asuhan seperti faktor kemudahan di TASKA. faktor diri pengasuh dan faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh mempengaruhi asuhan dan perkembangan kanak-kanak di TASKA. kesihatan. fizikal dan emosi.64 juta kepada semua kerajaan negeri untuk memperluaskan pelaksanaan program PERMATA tahun ini. 2001) terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses kepada buku di dalam bilik darjah disertai aktiviti kesusasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawa kepada peningkatan pembacaan serta peningkatan tahap pembacaan kanak-kanak. Bilangan Taska PERMATA di seluruh negara dijangka meningkat kepada 647 buah dalam tempoh dua tahun sejak penubuhannya pada 2008. Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga faktor yang dikenalpasti telah memberi kesan kepada asuhan dan perkembangan kanakkanak.000 kanak-kanak berusia antara satu hingga 4 tahun (Rosmah Mansor.

ceria. berkongsi mainan. teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti pembinaan hubungan emosi. belajar melalui percubaan dan penerokaan . Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanakkanak dengan kaedah meneroka. Maka sekiranya rangsangan yang betul diberikan dalam keadaan ceria dan gembira. Dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan dari segi perkembangan emosi didapati 84% kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik berbanding 42% kanak-kanak bukan PERMATA. kasih sayang. Program PERMATA didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang dan terkawal. . mesra. Dari segi pengurusan diri pula menunjukkan 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding 60% kanak-kanak bukan PERMATA. penyayang dan berkeyakinan diri (Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC):UPSI. kurikulum PERMATA digubal berbeza dari kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang ada di Negara ini. mudah bergaul dan berkawan. mendorong kebolehan dan potensi kanakkanak serta belajar melalui bermain. memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas. otak akan berkembang segar. Hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan mereka memainkan peranan penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang.2008). Perkembangan bahasa dan komunikasi pula mendapai 80% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak bukan PERMATA.2008 ). perkembangan sosial pula mendapati 80% kanak-kanak PERMATA bersifat mesra. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik seperti kasih sayang dan belaian . rasa selamat dan yakin diri. melalui berkawan dan sosial . perkembangan intelek menunjukkan 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% kanak-kanak bukan PERMATA manakala perkembangan rohani menunjukkan kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak bukan PERMATA (Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC):UPSI. stabil. Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara memfokuskan pada kumpulan sasaran atau segmen tertentu dimana kumpulan sasaran PERMATA ialah kanak-kanak berumur antara 1 hingga 4 tahun dengan tumpuan di kawasan bandar dan luar bandar. interaksi dan komunikasi . Atas dasar ini. aman dan penyayang. Ini dikira rasional berdasarkan bukti dari kajian neurosains yang menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan.Dalam usaha merealisasikan objektif program PERMATA. membina minat membaca dan berfikir sejak awal serta merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik. melalui sentuhan dan belaian . Oleh itu. pemikiran dan bacaan . Kemahiran berkomunikasi menunjukkan bahawa 72% kanakkanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak bukan PERMATA. mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan PERMATA (Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC):UPSI.2008 ).

Selain itu. Azizah Lebai Nordin. Mahani Razali (2008).com.pdf Rosmah Mansor (2010). perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. Mastura Badzis. Rohani Abdullah.php? option=com_content&view=article&id=236%3Ajenistaska&catid=178%3Ataska&Itemid=502&lang=ms Jean piaget (1980). Strategi yang dilaksanakan oleh program taska ialah taska diwujudkan di kawasan luar bandar. Kurikulum PERMATA Didokumen diperoleh pada 25 Ogos 2010 daripada http://www. Selain itu. Kurikulum Permata Negara.org/publications/ThinkersPdf/piagete .gov. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.nndb. penyeliaan teknikal dan ikhtisas oleh Penyelia Prasekolah di peringkat Parlimen.KESIMPULAN Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan. Perlaksanaan Program TASKA berkonsepkan ‘Kasih Sayang.permata.my/articles/KurikulumPERMATAdidokumen/Article/ Eric Erikson (1994). Secara keseluruhannya. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan kerjasama KEMAS.jkm. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC):UPSI Dasar Pendidikan Dan Asuhan Kanak-kanak Diperoleh pada September 3. Perbandingan Konsep Taska Di Malaysia Dan Luar Negara diperolehi pada 21 0gos 2010 daripada www. BIBLIOGRAFI Aminah Ayob. Melalui program ini kanak-kanak diasuh di tempat dan persekitaran yang selamat. KEMAS melatih dua orang Pengasuh bagi setiap TASKA terdiri dari masyarakat setempat di institusi latihan KEMAS.my/jkm/index.ibe.jpm.unesco. Panduan Pendidikan. Bangunan taska dibina dan diselarakan oleh Bahagian Pembasmian Kemiskinan. Ahli Jawatankuasa yang dilantik dari kalangan ibu bapa dan masyarakat setempat bertanggungjawab dalam TASKA.my/gedung %20multimedia/Dasar_Asuhan_dan %20Didikan_Awal_Kanak_Kanak_Kebangsaan. penuh kasih sayang dan galakan yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang sempurna. Diperolehi pada 25 Ogos 2010 daripada .com/people/151/000097857/ Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2009).http://www. Awal KanakKanak 0-4 Tahun. Konsep Taska Di Luar Negara diperolehi pada 11 0gos 210 Diperolehi daripada www. Kemesraan dan Galakan’. bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.bharian. menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. 2010 daripada http://www. pendidikan prasekolah membolehkan murid mempunyai peribadi.

Boston: Pearson.my/gedung%20multimedia/Dasar_Asuhan_dan %20Didikan_Awal_Kanak_Kanak_Kebangsaan. and oral language skills in preschool children. P.com/.com Perbandingan konsep TASKA di Malaysia dan luar negara diperolehi pada 15 ogos 2010 daripada mpreschoolteacha. Invention in School and Clinic. PERMATA Negara Usaha Lahirkan Khazanah Masa Depan Malaysia Diperolehi pada 18 September 2010 daripada http://cpintrass. (2003). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Morrow. Universiti teknologi malaysia Perbandingan konsep TASKA di Malaysia dan luar negara diperolehi pada 23 ogos 2010 daripada www.my/content/view/186/2/. L.scribd. . print awareness. Diperolehi pada 15 Januari 2010 daripada http://www. (2005). 87-98.html Pullen. M. M. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Noorazleen Muslim (2003).com/blog/informasi/permatanegara-usaha-lahirkan-khazanah-masa-depan-malaysia/. Literacy development in the early years: Helping childrenread and write (5th ed. 34(2).blogspot.Konsep Taska di Malaysia diperolehi pada 2 ogos 2010 daripada http://www.jpm.my/7 Kurikulum Permata Diperolehi pada 20 September 2010 daripada http://www..).gov. C. & Justice.pdf Mastura Bazdis (2008). L. Malaysia.mindamadani..permata.kemas. Enhancing phonological awareness. Persepsi Pengasuh Terhadap Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Asuhan Dan Perkembangan Kanak-kanak Di Taska Nuri. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful