Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing

1) Menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi sosial emosi akademik perkembangan mental dan akhlak. 2) Menolong murid dalam pelajaran mereka • • • • • • Memperkenalkan sistem pendidikan Matlamat pelajaran Cara belajar Situasi persekitaran Peraturan sekolah Kepentingan mata-mata pelajaran

3) Menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan , minat dan perkembangan masing-masing. 4) Memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran. 5) Menolong murid dalam proses menyelesaikan maslah pembelajaran. 6) Menolong murid dalam membuat keputusan yang rasional. 7) Menolong murid membuat tabiat kerja yang baik menghargai kerja dan membina sifat-sifat personality yang sempurna. 8) Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar. 9) Mengisi KOD 001(rekod persekolahan) dan Kod 002 (rekod peribadi) 10) Bekerjasama dengan mengendalikan program. guru bimbingan dan kaunseling dalam

11) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. 12) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang murid yang memerlukan pertolongan profesional.

Konsep Guru Biasa & Guru Bimbingan
KONSEP GURU BIASA Guru biasa ialah guru yang tidak mendapat latihan khusus dalam bimbingan dan kaunseling Seperti : -Guru mata pelajaran akademik. -Guru non akademik KONSEP GURU Guru yang mendapat latihan khusus

BIMBINGAN

dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/peranan-guru-biasasebagai-guru.html

Salam semua pembaca blog yg entah apa2 ni.. hihiks :) ader ke pembaca ? ;p whatever..! yg penting saya bahagia menulis! Bertugas sebagai guru.. memang best! nikmat.. susah nak digambarkan dengan kata-kata.. saya suka jadi cikgu... Kalo ada cikgu2 yang rasa bosan bertugas sebagai guru tu... tak tau la nak cakap apa... baik tukar profession segera.. tak baik paksa diri.. :) tp, bagi saya.. saya seronok jadi cikgu... dah 2 tahun kot pengalaman.. termasuk semasa zaman2 jadi GSTT dulu.. :) mcm2 orang saya dah jumpa.... mcm2 perangai students yang saya lihat...! Mcm mana nak handle masalah, semua dah saya pelajari...! Memang tension masa mula-mula .. tp sentiasa ingatkan hati, semua itu akan mengajar dan memberi kita PENGALAMAN!!!! Pergi mana-mana pun... ada saja yang menegur... agaknya sapa2 jadi cikgu ni... senang nak tengok gaya dan personaliti.... Melalui butir percakapan pun orang ramai boleh agak dah.. "dia ni mesti cikgu niiii...." .. kan best tu..!! :) Rasa cam glemer la plak kan.... kekekekeke :) Itu sebagai guru biasa... Bagaimana pula kalau guru yang merangkap kaunselor??????? atau guru kaunseling? (sigh) ** Pada waktu ini, saya sepatutnya sedang sibuk menghias bilik kaunseling saya.. Sama seperti rakan-rakan seperjuangan yang lain.. Mengemaskini fail pengurusan kaunseling, mengecat bilik... mencantikkan bilik untuk pertandingan bilik kaunseling .. atau mungkin sibuk dengan Pertandingan Model Kerjaya atau menguruskan program-program untuk sekolah... Tapi, malangnya semua itu terpaksa saya lupakan... ! Kerana saya bukan kaunselor sepenuh masa... Cemburu ! ya.. saya jeles dengan kawan2 yang jadi kaunselor sepenuh masa.. Sepatutnya sekarang, saya bersama-sama mereka.. bertukar idea, bertukar2 kertas kerja program dan bersembang mengenai program-program.. Itu cita2 saya... saya nak jadi KAUNSELOR sepenuh masa!

tak mustahil klien akan sudi menceritakan masalahnya... Kaunselor adalah orang yang dipercayai oleh orang lain. antara dia dan klien saja yang tahu....... tapi.. bukan semua orang boleh menjaga rahsia dengan baik..:( Kenapa seronok jadi kaunselor??? Sebab. Segalanya rahsia... Masalah diselesaikan oleh klien sendiri... seorang kaunselor yang baik. Best kan jadi kaunselor!!!!! RINDUNYA. Kaunselor tidak menyelesaikan masalah. rindu nak bersesi kaunseling!!!!!!!! Whatever! sekarang semua berjalan dengan baik. Kaunselor hanya membimbing dan memberi cadangan jalan yang terbaik.! Bukan mudah untuk menjaga rahsia... jika kaunselor pandai main peranan. KERAHSIAAN. Kaunselor banyak simpan rahsia!!! Betapa pentingnya peranan kaunselor dalam kehidupan kita... kaunseling ni sesuatu yang unik. tidak akan mendedahkan segalanya! Bukan mudah untuk orang menceritakan masalah mereka dengan orang yang kurang dikenali..... Kadangkala iman diuji.!!! Saya gembira dan bahagia di tempat posting pertama saya!!! :) Seorang kawan baik yang juga seorang kaunselor dapat merasakan ..... tetapi. Kaunselor menjadi bahu dan telinga bagi klien-klien yang memerlukan moral support..... dan pemberi semangat kepada mereka yang hilang semangat! Kaunselor memberi jalan terbaik kepada setiap masalah.!! Seorang kaunselor harus pegang etika kaunseling.

usm. (Suradi Salim. keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.com/2010/10/guru-biasa-vs-kaunselor.betapa gembiranya kehidupan saya melalui gambar yang saya upload! Kaunselor yang hebat! good luck utk beliau yang sedang sibuk menghias bilik kaunseling utk Pertandingan Bilik Kaunseling!! Saya yakin dia mampu melakukannya!!! Good luck sahabatku!!! http://greatteacheronboard. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai.html http://eprints. Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara sukarela. Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan seseorang itu. • • • NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaran BIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu KAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling Terdapat beberapa salah tanggapan masyarakat terhadap definisi atau pengertian .my/8856/1/AMALAN_NILAI_MURNI_DI_KALANGAN_GURU_BIMBING AN_DAN_KAUNSELING_DALAM_PERKHIDMATAN_BIMBINGAN_DAN_KAUNSELING_SEK OLAH_MENENGAH. • • • • • • • • PENGENALAN KEPADA KAUNSELING Tiga istilah yang sering dikelirukan . 1996) Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan. 1996) Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. (DBP) Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka.pdf UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 1 Written by Angriani DEFINISI BIMBINGAN • Perbuatan membimbing. mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas. memberi petunjuk. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.blogspot. (Suradi Salim. Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.

~ Pertolongan yang profesional ~ Perhubungan dan interaksi dua hala ~ Pembelajaran semula ~ Memahami diri dan alam sekeliling ke arah perubahan kendiri positif Kaunselor beranggapan bahawa manusia sama sahaja. Antaranya • • • • • • • • • • Kaunseling adalah nasihat Kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja Kaunseling adalah untuk pelajar IPT sahaja Kaunseling adalah berbual-bual sahaja Kaunseling boleh ‘mengubati’ semua masalah tingkah laku Kaunseling untuk orang kaya sahaja Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja Klien di’psiko’ apabila jumpa kaunselor Apabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselor Habis terbongkar semua rahsia DEFINISI KAUNSELING • • • Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris “Counseling”. tidak ada yang baik dan tidak ada • • • • PANDANGAN TERHADAP TABIAT MANUSIA • . kaunseling ialah suatu proses . Di samping itu. ~ Memahami dirinya yang sebenar ~ Mengetahui kelebihan dan kekurangan ~ Apa yang boleh dilakukan dengan mudah ~ Apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah ~ Apa yang tidak boleh dilakukan langsung Secara ringkasnya.KAUNSELING. Proses ini akan memberi celik akal kepada klien dalam menentukan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup sehingga dapat memastikan tidakan yang wajar untuk masa depan. Kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor profesional untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat. kaunseling adalah suatu proses interaksi dua hala yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya. tetapi kaunseling sebenarnya menolong klien . Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi.

TUJUAN KAUNSELING Memberi Maklumat • • • Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran) Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya Di samping itu. tidak ada yang sepenuh-penuhnya jahat atau sepenuh-penuhnya baik. ~ Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa. Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak) Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Slide 12 .} • • Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti kepada kaunseling tingkah laku itu sendiri.O {font-size:149%. ~ Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru. kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah. tetapi adalah sebagai organisma berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku. ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi. masing-masing mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat. Menggalakkan Celik Akal • • • • Memberi Sokongan • Penyelesaian Konflik • • Memperbaiki hubunan klien dengan masyarakat • • .yang jahat. ~ Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri. • Semasa lahirnya mereka adalah saksama. ~ Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri.

MATLAMAT KAUNSELING • • • • • • Menolong mengubah tingkah laku Membantu membuat keputusan Membentuk kemahiran daya-tindak Mempercepatkan seseorang menjadi rasional Memperbaiki hubungan interpersonal Memahami dan mengelolakan kecemasan KESIMPULAN Secara umumnya. terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan. • • • • • • Memahami diri dan situasinya Mengenal pasti keperluanya Menerima realiti hidupnya Membuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya. perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien. Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. boleh disimpulkan bahawa kaunseling menolong seseorang klien . Di dalam konteks kaunseling. gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. • • • • Kemahiran Membina Hubungan • . Selain dari tutur kata. kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 2 Written by Angriani KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran Mendengar • • • Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Dalam hal ini.

Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental. nada suara. penampilan diri. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri . * PENYEDIAAN DAN KEMASUKAN * PENJELASAN * PENSTRUKTURAN * PERHUBUNGAN * PENEROKAAN * PENGUKUHAN * PENGUKUHAN * PENAMATAN • • Terdapat tiga peringkat asas yang utama dalam proses kaunseling individu ataupun kelompok. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling. ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. komunikasi lisan dan bukan lisannya. muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. Setiap peringkat ini merupakan suatu proses yang progresif di mana ia melibatkan perhubungan yang unik di antara kaunselor dan klien. saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Sebagai satu indikator untuk memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. suasana terapeutik.3 PERINGKAT-PERINGKAT PROSES KAUNSELING • Secara umum aktiviti-aktiviti berikut berlaku dalam proses kaunseling . emosi. tingkah laku. pergerakan tangan dan kaki. Peringkat Permulaan 1.• Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra. senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling. Dalam sesi kaunseling. adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata. ekspresi muka. Oleh itu. 2. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. • • • • • • 1. kontak mata. kedutan dahi. ruang untuk berkomunikasi.

Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan: • Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu. saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien. . Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya. Di peringkat ini juga. b) Kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong untuk menyelesaikan konflik. kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu Peringkat Pertengahan 1. Antaranya ialah : a) Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. 2. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian. Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen.1 DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU Terdapat pelbagai definisi kaunseling individu yang telah dihuraikan oleh beberapa pakar kaunseling. 3. • • UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 3 (A) Written by Angriani 1. 3.4 KAUNSELING INDIVIDU 1.Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) - . Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor.perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.4. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien. atau pertikaian yang belum diselesaikan. Peringkat Penamatan 1.

iii) Kaunseling pemulihan. . kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi kepuasan yang lebih. -Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan. asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun luar negara. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan.Oleh itu.Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat. individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan minat mereka. bakat. .Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat. Menurut Holland dalam Gibson & Mitchell (1981).Muhd Mansur Abdullah (1993) 1.c) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi. Selain daripada itu. . ii) Kaunseling kerjaya . membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri. huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenisjenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta. -Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan rawatan pemulihan. 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu . .4.Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu. keupayaan dan pencapaian mereka.2 JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU i) Kaunseling akademik .(Stone. keupayaan dan pencapaian akademik.

Kaunseling kelompok merupakan intervensi yg sesuai bg memenuhi keperluan ramai dan mementingkan perhubungan individu. Menurut Trotzer (1977). Tujuan utama – mencegah dan mengubat. hormat-menghormati. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.5 KAUNSELING KELOMPOK • • Kaunseling kelompok terdiri drpd seorang kaunselor dan 8-10 org ahli yg membincangkan persoalan yg sama. kemesraan. komunikasi dan pemahaman. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri. memahami dan melaksanakan cara-cara utk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana. Fokus utama – perbincangan mengenai perasaan.Kaunseling peribadi merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien. Hubungan dlm kaunseling kelompok mempunyai ciri-ciri spt kepercayaan. penerimaan. membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. iv) Kaunseling peribadi . k.-Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. pengalaman dan pendapat supaya dapat membantu ahli mencari kekuatan dan kelemahan diri. . UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 3 (B) Written by Angriani 1.Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Proses teraputik dlm suasana demokratik Penyertaan sukarela Objektif kelompok sblm penubuhan kelompok Tanggungjawab peserta Keahlian • • • • IRI-CIRI KAUNSELING KELOMPOK • • • • • . kelompok membolehkan ahli saling bantumembantu utk menghadapi masalah-masalah hidup serta mencari. iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat.

.4 KAUNSELING KELOMPOK 1. Menurut beliau.1 DEFINISI KAUNSELING KELOMPOK Menurut beberapa orang pakar kaunseling. penerimaan.Zuraidah (1996.Hansen. pendekatan ini mempunyai objektif yang sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi interaksi kaunselor dengan lebih individu. Warner dan Smith (1980) c) Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. a) Kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian yang normal dalam satu jangka masa yang sama.4. Nilai terapinya terletak pada suasana perasaan saling percaya dan mempercayai. Mereka juga berpendapat bahawa kaunseling kelompok juga boleh menjadi agen pencegahan atau pengubatan bagi seseorang. kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai . . faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran.• • • • • • • • • • • • • • • Kekerapan dan jangka masa perjumpaan Keberkesanan kelompok dan peranan setiap ahli Kerahsiaan Kemahiran membina hubungan Perasaan hormat-menghormati Persamaan taraf antara ahli dan kaunselor Hak utk memberikan dan menerima pertolongan Kebebasan self-expression Kebebasan bersuara --> suasana demokratik Keperluan psikologikal Sumbangan positif kepada rakan sebaya Suasana menerima sokongan dan galakan Kebebasan utk bersuara atau berdiam diri Peluang menguji idea sendiri dan menerima maklum balas jujur Menjadi terapi dalam usaha membantu antara satu sama lain NILAI KAUNSELING KELOMPOK UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 4 Written by Angriani 1. Mereka juga berpendapat bahawa faedah terapi akan dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang ahlinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain.2004) b) Kaunseling kelompok merupakan proses perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang ahli. .

Tumpuan kepada perkembangan individu. buat keputusan dan menyelesaikan masalah. Contohnya: maklumat pendidikan. Selain itu. membina kemahiran komunikasi dan membuat keputusan.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=66 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Dr Sapora Sipon Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) PENGENALAN Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa .4.Ahli kelompok mestilah terdiri daripada ahli-ahli yang normal dan tidak memerlukan perubahan personaliti yang mendesak. vokasional atau kerjaya dan bantuan peribadi ssperti menyediakan rancangan hidup dan kekeluargaan ii) KELOMPOK KAUNSELING Perkongsian masalah peribadi yang hampir sama bagi setiap ahli. Contohnya seorang ahli yang pendiam diajar berkomunikasi iv) KELOMPOK ‘T’ Kelompok latihan atau bengkel. v) KELOMPOK ASSERTIF Membina tegas diri di kalangan ahli yang takut untuk bercakap atau bertindak dan yang suka bertindak agresif tanpa memikirkan hak-hak sendiri dan hak-hak orang lain vi) KELOMPOK KERJAYA Penumpuan kepada pelbagai aspek kerjaya termasuk meneroka minat kerjaya. Ducan dan Meadows (1967) dalam Zuraidah (2004) 1. . Menekankan kemahiran hubungan manusia seperti membuat ujikaji.2 JENIS-JENIS KAUNSELING KELOMPOK i) KELOMPOK BIMBINGAN Merupakan sesi memberi maklumat atau penerangan. ujian personaliti. cubaan idea baru. iii) KELOMPOK TUGAS Ahli bersama-sama cuba menyelesaikan masalah kebanyakan ahli. ujian minat dan membuat keputusan untuk kerjaya http://angrianiworld. ahli juga dapat berinteraksi dengan individu lain dalam kumpulan itu untuk menambahkan rasa kefahaman dan juga penerimaan nilai serta matlamat hidup sendiri di samping menerima atau membuang sikap dan kelakuan yang tidak diingini.com/ubk/index.Gazda.

kemahiran memberi maklumat. Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan. Ini termasuklah perasaan hatinya. kaunselor haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. kemahiran parafrasa. Dalam hal ini. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya. Selain dari tutur kata. kemahiran melakukan dorongan minima. kemahiran membuat klarifikasi. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien. Jika tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif. kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi. Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya. kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas. gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama.kemahiran-kemahiran asas kaunseling/membantu. kemahiran pemfokusan. kemahiran berkomunikasi. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain itu. Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar. kemahiran penstrukturan. kemahiran menghadapi kesenyapan. kemahiran menyoal. kemahiran mendengar. sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. kemahiran membalas. kemahiran meninjau klien. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. kemahiran berempati. Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. kemahiran membuat interpretasi. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien. kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Di dalam konteks kaunseling. kemahiran menggalakkan klien bercakap. kemahiran memimpin secara langsung. kemahiran mencabar. terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar . pemikiran mental dan fizikalnya. kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. kemahiran merumus. kemahiran membuat refleksi perasaan. kemahiran meneroka. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Sebelum sesi kaunseling dimulakan. kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien.

Oleh yang demikian. . kaunselor perlulah menggunakan perkataannya sendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar faham dan mendengar percakapan klien tadi. kaunselor perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan. amat penting bagi kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka.gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri. Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpa berbelah bahagi. ini bererti kita menyediakan diri untuk mendengar. sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti berikut . Memberikan respons Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif . • Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan. mata untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan. • Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal. Dengan berbuat demikian. Secara tidak langsung. • Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ • Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci. hidung juga turut menghidu bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagai bersalaman dan sebagainya. Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti dinyatakan di bawah. Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor.iaitu isi kandungan yang diperkatakan. mata untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan. perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. tindakan ini dapat menunjukkan kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan. 3. Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Menggambarkan semula Kaunselor akan memfokus pada isi kandungan serta perasaan klien. Menyatakan semula Kaunselor menyebut semula apa yang telah dikatakan oleh kliennya dengan tepat 2. barulah kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih sempurna. hidung juga turut menghidu bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagai bersalaman dan sebagainya. Akan tetapi. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan.

pergerakan tangan dan kaki. ruang untuk berkomunikasi. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling. ia bertujuan untuk memperbetulkan dalih ataupun ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien. Kemahiran 6: Parafrasa Kemahiran 7: Membuat refleksi perasaan Kemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualan Kemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awal Kemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan Kemahiran Membina Perhubungan Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra. Namun. Ini adalah kerana klien itu tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang. Kemahiran 1: Memiliki sifat menghormati dan menerima Kemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klien Kemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baik Kemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baik Kemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka.  membina suasana alam sekeliling  suasana terapeutik  ruang untuk berkomunikasi  penampilan diri  ekspresi muka . ganjaran dan soalan terbuka. Dalam erti kata lain. emosi. penampilan diri. tingkah laku. tetapi bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan yang diberikannya. senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling. kontak mata. kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia menghadapi konfrontasi. beberapa perkara perlu diambilkira iaitu. klien itu akan merasakan bahawa dirinya terancam. suasana terapeutik. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. komunikasi lisan dan bukan lisannya. ekspresi muka. nada suara. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental. Dalam membina kemahiran perhubungan. saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang.iaitu seperti di bawah.

* NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaran * BIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu . * Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara sukarela. 1996) * Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan. (Suradi Salim. memberi petunjuk. * Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar. 1996) * Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.com/doc/4657380/Kemahiran-Asas-kaunseling KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 1 PDF Print E-mail Written by Angriani DEFINISI BIMBINGAN * Perbuatan membimbing.scribd. * Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas. * Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai. (Suradi Salim. * Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan seseorang itu. PENGENALAN KEPADA KAUNSELING Tiga istilah yang sering dikelirukan . kontak mata  cara duduk dalam sesi kaunseling  pergerakan tangan dan kaki  senyuman  nada suara  menggalakkan klien bercakap http://www. (DBP) * Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka.

* Di samping itu.* KAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling Terdapat beberapa salah tanggapan masyarakat terhadap definisi atau pengertian KAUNSELING. kaunseling adalah suatu proses interaksi dua hala yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya. * Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat. Antaranya * * * * * * * * * * Kaunseling adalah nasihat Kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja Kaunseling adalah untuk pelajar IPT sahaja Kaunseling adalah berbual-bual sahaja Kaunseling boleh ‘mengubati’ semua masalah tingkah laku Kaunseling untuk orang kaya sahaja Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja Klien di’psiko’ apabila jumpa kaunselor Apabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselor Habis terbongkar semua rahsia DEFINISI KAUNSELING * Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris “Counseling”. * Kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor profesional untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. ~ Pertolongan yang profesional ~ Perhubungan dan interaksi dua hala ~ Pembelajaran semula ~ Memahami diri dan alam sekeliling ke arah perubahan kendiri positif PANDANGAN TERHADAP TABIAT MANUSIA . tetapi kaunseling sebenarnya menolong klien . ~ Memahami dirinya yang sebenar ~ Mengetahui kelebihan dan kekurangan ~ Apa yang boleh dilakukan dengan mudah ~ Apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah ~ Apa yang tidak boleh dilakukan langsung * Secara ringkasnya. kaunseling ialah suatu proses . * Proses ini akan memberi celik akal kepada klien dalam menentukan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup sehingga dapat memastikan tidakan yang wajar untuk masa depan. * Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi.

* Kaunselor beranggapan bahawa manusia sama sahaja. masing-masing mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat. tidak ada yang baik dan tidak ada yang jahat. ~ Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa. TUJUAN KAUNSELING Memberi Maklumat * Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat * Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor * Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya Menggalakkan Celik Akal * Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran) * Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya * Di samping itu. ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien * Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya Memberi Sokongan * Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi. ~ Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri. . kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah. tetapi adalah sebagai organisma berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku. * Slide 12 . * Semasa lahirnya mereka adalah saksama. ~ Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri.O {font-size:149%. ~ Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru. tidak ada yang sepenuh-penuhnya jahat atau sepenuh-penuhnya baik.} • Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti kepada kaunseling tingkah laku itu sendiri.

seorang guru kaunseling perlulah seorang yang jujur.Penyelesaian Konflik * Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak) * Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan Memperbaiki hubunan klien dengan masyarakat * Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain * Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. jujur dan bertaqwa. boleh disimpulkan bahawa kaunseling menolong seseorang klien . . MATLAMAT KAUNSELING * * * * * * Menolong mengubah tingkah laku Membantu membuat keputusan Membentuk kemahiran daya-tindak Mempercepatkan seseorang menjadi rasional Memperbaiki hubungan interpersonal Memahami dan mengelolakan kecemasan KESIMPULAN Secara umumnya. mempunyai akhlak yang mulia. lebih-lebih lagi guru bimbingan dan kaunseling merupakan “roll model” kepada murid-murid mereka. Jujur. Ehsan SPPK: Sekadar info bersama 1. 2. Ramai murid-murid yang mengatakan seorang guru kaunselor perlulah seorang yang beriman. Ciri-ciri seorang kaunselor Ciri-ciri seorang kaunselor yang berkesan mengikut persepsi murid-murid dan guru. Ini kerana setiap guru. * * * * * * Memahami diri dan situasinya Mengenal pasti keperluanya Menerima realiti hidupnya Membuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Ini kerana dari sifat tersebut. Berwajah tenang dan ceria. dari aspek pakaian. Pakaian. rambut perlu kemas dan rapi. Sentiasa mesra apabila berbincang dan tidak mengedepankan perasaan apabila buntu menghadapi permasalahan yang sangat sulit.saya perlu berpakaian kemas. Menyayangi. 11. setiap orang tentunya ingin mencurahkan segala perasaan dan masalah kehidupannya kepada orang yang boleh dipercayai. sifat kasih-sayang yang sangat menonjol adalah perlu. 7. murid akan hilang kepercayaan dan nilai kepatuhan kepadanya akan berkurang. Personaliti ini akan menjadikan klien lebih mempunyai perasaan yakin dalam usaha mendapatkan bimbingan dan kaunseling tentang masalah yang dihadapinya. Penampilan. tetapi ketika berada di kantin. Sabar menghadapi apa jua keadaan. 5. ii. Sebagai seorang guru Bimbingan dan Kaunseling. Sentiasa lengkap dengan perlengkapan seperti pen. 9. 10. 8. tali leher. Penampilan menarik. Benar kata-katanya. kemas dan rapi. 6. suka menegur setiap orang yang ditemui dengan ramah-tamah dan kasih-sayang.3. i. serta baju kemeja berlengan panjang . Sentiasa mewujudkan suasana persekitaran dan hubungan yang mesra dan ceria. Dengan itu ia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurang atau membuang bebanan mental yang sedang dipikul oleh sang klien. 4. ini kerana banyak masalah dan persoalan hidup orang lain yang akan diselami oleh guru-guru kaunseling dan banyak pula masalah dari keluarga orang lain yang akan menjadi sebahagian dari hidupnya. rapi dan bersih. Bukannya menampakkan kebengisan atau ketidakceriaan. benar-benar ingin menolong dan membantu setiap orang yang ia temui dan datang bertemu dengannya. dengan memakain tali leher setiap hari. Setiap orang akan menilai orang lain pada pandangan kali pertama apabila bertemu adalah pada pakaian dan penampilannya. tidak panjang. boleh menyimpan rahsia dan memberikan rasa keamanan kepada klien. tergambarlah sang guru tadi. guru kaunseling perlu ikhlas di dalam memberi pertolongan kepada murid-muridnya dengan tidak mengharap apa-apa imbalan dari jasa dan perkhidmatannya tersebut. jam. Ikhlas. Pakaian guru ini haruslah kemas. seorang guru ketika di dalam kelas melarang anak muridnya dari merokok. tetapi pendek dan kemas. berstoking dan sebagainya. guru itu pula telah melanggar kata-katanya tadi. tepatnya sikap penyabar amat perlu dan penting bagi guru-guru kaunseling. Boleh dipercayai. penampilan diri saya sebagai guru kaunseling perlulah menepati cita-rasa sebagai seorang kaunselor.

Syed Khairul Azwi Syed Mokhtar. bilik guru kaunseling perlu bersih.Guru kaunseling harus menyempatkan diri untuk berbual dengan guru-guru sama ada di kantin maupun dalam bilik guru untuk berbincang perkara-perkara berrkaitan pendidikan dan sebagainya. iv. mencuri. Rasa ketidakpuasan pelajar membuatkan naluri pelajar memberontak dan mengambil tindakan yang mengikut perasaan. berkata kegagalan guru disiplin dan kaunselor menangani disiplin pelajar bukan . saya harus ramah dan menegur semua orang ketika bertemu dengan nada yang sopan. kredibiliti mereka dipertikaikan kerana gagal membentuk disiplin dan sahsiah pelajar. Kebebasan memanglah perlu dan ia adalah hak setiap individu tetapi ia juga harus disekat dan dijaga supaya tidak terjadinya perkara yang tidak diingini. Pihak yang paling teruk menerima kritikan ialah guru disiplin dan kaunselor yang sebelum ini dikatakan mampu membantu mencorakkan imej positif dan menyelesaikan masalah sahsiah pelajar. adakah mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna atau apakah kekangan yang menyebabkan mereka gagal bertindak mengikut keperluan semasa? Naib Pengerusi Disiplin Sekolah Zon Sentul. pelajar bukan sahaja berani melanggar disiplin sekolah malahan ada di antara mereka yang terlibat dengan kegiatan jenayah seperti menagih dadah.iii. Kebersihan. apakah fungsi guru disiplin dan kaunselor selama ini. secara spontan kita akan tertumpu kepada golongan pelajar. menyebabkan mereka tidak dapat melakukan sesuatu dengan bebas. Kegagalan itu menimbulkan persoalan.html Disiplin? Adakah disiplin itu penting dalam kehidupan manusia? Disiplin boleh ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang agar berkelakuan baik. apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihkannya kembali dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan disiplin di kalangan pelajar merosot. cintakan ilmu dan sentiasa menimba ilmu pengetahuan melalui pembacaan berkenaan psikologi. Ekoran daripada itulah. Mereka merasakan diri mereka telah sempurna dan tidak perlu lagi diperbetulkan dan tidak mahu mengikut kata orang lain. Kuala Lumpur. Berilmu. moral dan akhlak yang tinggi di kalangan para pelajar agar dapat menjadi teraju pemimpin suatu hari nanti. apa yang disekat itulah yang paling suka dicuba. Setiap hari ada sahaja masalah disiplin membabitkan pelajar sekolah dilaporkan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menanganinya.com/2010/01/kemahiran-asas-kaunseling. Adakah disiplin di kalangan pelajar hari ini telah merosot? Jikalau ianya benar. Masalah itu meninggalkan kesan terhadap institusi pendidikan dan guru. Disiplin itu sangat penting dalam membentuk peribadi. dewasa ini. kaunseling dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Sudah lumrah alam. http://sebandile. Berkomunikasi. Kebanyakan pelajar menganggap peraturan-peraturan dan disiplin yamg ketat di sekolah adalah hukuman bagi mereka. ceria dan mewujudkan suasana bahagia ketika berbual. Jangan kerana mahukan kebebasan yang lebih. Inilah yang dikatakan sikap ego pelajar yang mengatasi rasa hormat pada orang lain mahupun diri-sendiri. Namun. rapi dan teratur. dengan kemahuan dan kemampuan yang ada pada mereka. Sentiasa kita dengar dari mulut para pelajar yang menyatakan mereka tidak tahan dikongkong oleh disiplin yang ketat di sekolah.blogspot. bertumbuk dan menghisap rokok. Jelas terbayang di fikiran kita pelajar ponteng sekolah. hidup merana akhirnya. peras ugut serta menjadi anggota kongsi gelap. berlakunya perkara yang tidak diingini. Ini menggambarkan ketenangan yang dimiliki olehnya. Apabila kita menyentuh tentang kemerosotan disiplin.

pembabitan pelajar sekolah dalam kes jenayah semakin serius.15 cedera parah akibat dibelasah oleh kira-kira 10 orang lelaki kerana enggan menyertai kumpulan samseng. Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mendapati. Sebanyak 1. “Tidak adil menuding jari pada kami semata-mata kerana masalah disiplin memerlukan pemantauan luas. • 25 Julai 2002: Seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di Nilai dimasukkan di Wad Rawatan Rapi (ICU). merokok. • 21 September 2003: Seorang pelajar lelaki Kolej Matrikulasi. iaitu seorang penuntut Universiti Utara Mlaysia (UUM). Alor gajah. Jika gagal. Berikut adalah kronologi beberapa kejadian serius yang dilaporkan kepada pihak berkuasa sekitar tahun 2002-2004: • 29 Mac 2002: Seorang pelajar sekolah swasta di Johor Bharu.2 peratus di sekolah rendah dan 41. • 29 Ogos 2003: Seramai 20 orang pelaajr Sekolah Tunku Abdul Rahman.disebabkan kelemahan mereka. Menurutnya. Sebagai contoh. • 23 Mei 2003: Seorang pelajar Tingkatan Dua cedera di bahagian belakang pinggang dan kaki setelah dibelasah oleh lima orang pelajar lain di hadapan surau sekolah tersebut. Sintok meninggal dunia setelah dipercayai meminum racun rumpai kerana kecewa dengan teman lelakinya. Melaka dibelasah teruk oleh 12 orang pelajar lain kerana dikatakan membocorkan “rahsia besar” kegiatan mereka ‘menceroboh’ dan ‘mengintai’ di asrama perempuan.” kata beliau. Perak disingkirkan kerana cuba menghidupkan kembali budaya samaseng yang dikenali sebagai “High council” di sekolah asrama penuh itu. “Tanggung jawab mendidik pelajar bukan tugas satu pihak saja. Terdapat kira-kira 327. . selamanya pandangan masyarakat terhadap fungsi guru disiplin dan kaunselor negatif. Kuantan. “Selagi skeptikal itu tidak diubah. Ipoh. Gan Bo Teek. malah membabitkan semua pihak terutama ibu bapa. dekat Masjid Tanah. natijahnya akan diterima guru dan institusi persekolahan. Antara masalah disiplin pelajar lelaki di sekolah ialah pergaduhan. Mohd Hafizi Jamhari kehilangan buah pinggang akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Lima sekolah berkenaan. kes yang berlaku pada 10 Mei 2003.3 juta orang di seluruh negara pada tahun lalu. Hospital Seremban setelah dibelasah oleh seorang pelajar lain. Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. masyarakat hanya menyerahkan tugas membentuk sahsiah pelajar kepada guru padahal ibu bapa sepatutnya mengambil tanggung jawab lebih besar.000 guru di negara ini iaitu 58. • 14 Ogos 2003: Seorang pelajar Tingkatan Empat. ponteng dan buli manakala perempuan lebih berkaitan emosi seperti teman lelaki.996 pelajar ditahan kerana terbabit dalam 881 kes jenayah bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2003. tetapi sikap lepas tangan segelintir pihak. “Dengan jumlah guru disiplin dan kaunselor yang kecil tentu sukar melaksanakan tanggung jawab menangani disiplin pelajar.8 peratus di sekolah menengah sedangkan jumlah pelajar ialah 6. yang meminta untuk memutuskan hubungan mereka.

keluarga dan faktor sekolah itu sendiri. patah rusuk kanan sehingga mencederakan paru-parunya selepas dipercayai dipukul oleh kira-kira 30 orang pelajar di asrama lelaki sekolah itu. Insiden ini juga perlu menyedarkan dan membuka mata semua pihak bahawa masalah disiplin di sekolah merupakan satu masalah yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. • 27 Julai 2004: Seorang pelajar sekolah dekat Seri Rusa. • 31 Oktober 2003: Seorang pelajar.• 23 Oktober 2003: Seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Jalan Jelutong. Faridah (1989). • 18 Novenber 2003: Seorang pelajar cedera selepas dibelasah oleh 20 orang pelajar lain dalam pergaduhan sejurus selepas mengambil kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah di Kuala Terengganu. lokasi sekolah. Negeri Sembilan. rakan sebaya. Port Dickson.15 maut selepas tiga hari koma di Hospital Port Dickson akibat dipukul oleh sekumpulan pelajar dengan objek tumpul di kepalanya. membahagikan faktor-faktor ini kepada dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor kekeluargaan banyak mempengarui disiplin anak-anak. Hubungan antara faktor dalaman dan luaran adalah saling mempengaruhi ke atas tingkah laku disiplin pelajar. Pulau Pinang cedera di bahagian muka selepas dibelasah oleh 10 orang pelajar dalam satu pergaduhan. • 28 Mac 2004: Seorang pelajar Muhammad Farid Ibrahim dari Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor di Negeri Sembilan meninggal dunia akibat dibelasah teruk oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Lima sekolah berkenaan. Ahmad Firdaus Zakaria. Banyak faktor yang mendorong pelanggaran disiplin di kalangan pelajar sekolah. Dengan didikan agama yang sempurna. Didikan agama yang sempurna daripada ibu bapa secara langsung dapat membentuk peribadi dan disiplin anak-anak. di kawasan sekolah tersebut. anak-anak akan tahu tentang perkara-perkara yang . • 9 November 2003: Lima pelajar Kolej Yayasan Melaka (KYM) yang tinggal di Asrama Pantai Feringgi. Jika kita lihat pada hari ini. Faktor luaran yang berkecenderungan mempengaruhi kes-kes pelanggaran disiplin ialah faktor status sosioekonomi. masyarakat. begitu banyak insiden-insiden yang berlaku di kalangan pelajar dan telah mengejutkan banyak pihak. Melaka cedera akibat dibelasah oleh lapan orang pelajar yang marah kerana ditegur bermain mercun berhampiran asrama itu.

masalah ini mendapat perhatian serius pada 1997 dan menjadi polemik hangat ketika itu. Memilih kawan adalah faktor yang penting. memukul guru. jika ynag berdisplin dipilih. Proses pembesaran anak-anak yang melibatkan perubahan aspek fizikal dan mental akan menjadi lebih sempurna dengan memiliki pegangan agama yang kukuh. berupaya membentuk disiplin anak-anak dengan sempurna. Kajian yang dilakukan oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan itu menyiapkan laporannya pada 1997.disuruh dan yang ditegah oleh agama. Seorang pelajar dapat membentuk disiplin yang baik dalam diri rakannya melalui memberi nasihat. faktor pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin para pelajar. Seperti biasa. satu pertiga daripada bilangan sekolah harian di . maka kita juga akan mempengaruhinya. Oleh yang demikin pemberian kasih sayang haruslah mempunyai batasnya dalam hal membentuk disiplin anak-anak. ibu bapa dan guru dilihat sebagai instrumen penting bagi mengatasi masalah ini daripada terus merebak. Bukan calang-calang jenayah yang dilakukan oleh pelajar kerana ia melibatkan pembunuhan. penglibatan masyarakat. Ibu bapa harus sedar. akan timbullah perkara-perkara negatif yang menjadikan anak-anak ‘naik tocong’. Seriusnya masalah ini telah mendorong Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia membiayai Kementerian Pendidikan menghasilkan laporan `Kajian Gangsterisme Di Sekolah Menengah Harian’. masalah gangsterisme. menonton video lucah dan sebagainya. Di samping didikan agama yang sempurna. pengedaran dan penagihan dadah. maka kita juga akan berdisiplin. beriman dan sedar akan tanggungjawab diri sudah pasti akan mewujudkan satu situasi yang harmonis lagi tenteram. samseng dan disiplin pelajar dibangkitkan semula. Selain itu. jika kasih sayang yang diberi kepada anak-anak melebihi hadnya. rogol. Sebaliknya pelajar yang tidak berdisiplin. Tiada cadangan luar biasa yang dikemukakan oleh laporan ini bagi menyelesaikan masalah gangsterisme di sekolah selain mengingatkan kembali betapa perlunya kita kembali berpegang kepada peraturan-peraturan yang sedia ada. Gejala gangsterisme dikatakan bersarang di beberapa sekolah menengah di negara ini. ‘DEMAM’ masalah disiplin pelajar ini seolah-olah berlaku secara berkala tiga tahun sekali.782. Jika yang tidak berdisiplin dipilih. Kajian melibatkan 329 buah sekolah mengikut zon dan melibatkan kos pembiayaan penyelidikan RM41. serta tunjuk ajar kepada rakannya itu.40. Pelajar yang beriesiplin. mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran anak-anak dan seumpamanya. Tiga tahun selepas itu iaitu pada tahun 2000. Menurut kajian.perandakan kehidupan mereka sendiri. Jika anda masih ingat. Melalui cara-cara tersebut anak-anak akan merasakan diri mereka disayangi dan bagi terus merasai sifat tersebut mereka harus patuh kepada didikan ibu bapa mereka. memberikan kasih sayang yang secukupnya. bermoral rendah dan bersikap negatif sudah pasti akan menyusahkan orang ramai malah memporak.

Unsur-unsur mendidik seolah-olah tidak berkesan lagi dalam berhadapan dengan pelajarpelajar yang bermasalah. Ketika itu. guru disiplin diberi kuasa polis tambahan (AP) mengikut Seksyen 8. sekali lagi. pihak Kementerian Pendidikan khususnya lebih melihat perkara masalah ini sengaja dibesar-besarkan oleh media walaupun pada masa yang kementerian tersebut mengakui 76. masalah disiplin pelajar menjadi tumpuan. AP dirasakan sangat perlu kerana berlembut nampaknya bukan lagi pendekatan terbaik. Azizan bukan sahaja terhadap pelajar. bagi golongan pendidik dan mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi persekolahan tidak bersetuju dengan pendekatan `enforcement’ ini. Bagi beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Seri Petaling berkata. AP dikhuatiri menghakis fungsi sekolah sebagai institusi yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk pelajar menjadi manusia yang berguna. tanggungjawab membendung masalah disiplin pelajar ini tidak harusnya dibebankan di bahu guru disiplin atau guru kaunseling semata-mata. adalah lebih sesuai pendekatan mendidik digunakan dalam menangani masalah ini. iaitu mereka yang memiliki kuasa AP mempunyai bidang kuasa yang sama seperti anggota polis lain. Bagaimanapun. Kementerian Pendidikan melihatnya sebagai tidak serius. Mengikut cadangan itu. tetapi juga semua pihak. masyarakat akan lebih melihat seseorang pelajar itu `dihukum polis’ dan bukan dihukum guru. cadangan paling popular selain cadangan-cadangan lain yang lebih bersifat retorik ialah memberikan kuasa polis tambahan atau Auxilliary Police Power (AP) kepada guru. Kehadiran `polis’ walaupun hanya dalam bentuk kuasa dilihat sebagai satu pendekatan menghukum dan dikhuatiri membawa impak psikologi negatif kepada pelajar yang dikenakan tindakan. Lebih membimbangkan. Mungkinkah kita perlu nekad untuk menggunakan AP bagi membendung masalah ini daripada terus berulang. Kejadian di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh dan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) benar-benar mencemar imej sekolah berasrama penuh di negara ini. Akta Polis 1967. Bagaimanapun tiadanya unsur-unsur `menghukum’ ini dilihat sebagai menjadi punca kepada berulangnya masalah ini tahun ini. Seperti sebelum ini. Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM). kes-kes yang dilaporkan tahun ini berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) yang selama ini menjadi sanjungan dan dihormati masyarakat sebagai sekolah untuk pelajar terpilih. Ini membawa impak psikologi yang negatif kepada seseorang pelajar. Selain itu bagi Dr. Buktinya. adalah lebih baik tumpuan sekarang diberikan kepada perubahan sikap. Hampir semua sekolah mempunyai guru kaunselingnya yang mempunyai bilik khas dan tidak dibebankan dengan tugas mengajar. Bagi pelajar. mereka perlu mereka perlu sentiasa dididik dengan nilai-nilai murni dan disedarkan betapa perlunya mereka menghindari gejala-gejala yang tidak sihat.negara ini terdedah kepada bahaya kegiatan samseng atau gangsterisme. Perubahan sikap itu pula bagi Dr. Melihatkan kepada tahap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar ini. Mungkin apabila dilihat dalam bentuk peratus iaitu kira-kira hanya 1. Kerana kuasa polis yang diberikan kepada seseorang guru. Azizan. Mereka mempunyai kelulusan khas dalam bidang kaunseling dan psikologi manusia. tahun ini. Jika kita lihat persekitaran sekolah kini. Azizan Asmuni yang melihat AP sebagai satu pendekatan `enforcement’ berkata. Wujudnya jawatan khas guru kaunseling yang ditugaskan sepenuh masa untuk menguruskan hal-hal ehwal pelajar ini seolah-olah mewujudkan tembok pemisah antara guru biasa dengan guru kaunseling.300 pelajar terbabit dengan masalah disiplin. Dr. Keadaan ini mungkin . apa yang dibimbangi oleh Dr. Cadangan itu bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan kerana tiadanya sokongan daripada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).09 peratus berbanding tujuh juta pelajar di negara ini. Azizan ini ada betulnya.

com/2008/02/22/ni-feature-akudulukemerosotan-disiplin-pelajar-hari-ini/ . kerjasama dan perhatian yang sepenuhnya dari semua pihak adalah perlu tidak kira sama ada pihak pengetua.wordpress. pelajar yang bermasalah bukan di bawah tanggungjawab mereka. guru-guru. Negara memerlukan bakal pemimpin yang mempunyai keperibadian yang mulia untuk merealisasikan Wawasan 2020. Para pelajar sekalian. Dengan itu. jadi marilah kita sama-sama pastikan zaman remaja kita adalah zaman yang bermakna dalam hidup dan pastikan diri kita berada dalam kategori remaja yang berdisiplin. adil. Menganggap masalah disiplin pelajar hanya tugas guru kaunseling dan guru disiplin perlu dikikis.” kata Dr. Insya Allah. Ini penting jika sekolah mahu terus mempertahankan peranan dan fungsinya sebagai sebuah institusi mendidik. ingatlah. progresif dan bertatasusila. Pendidikan moral dan nilai-nilai murni bukan hanya tugas guru kaunseling dan guru Pendidikan Moral. Remaja hanya sekali dalam hidup dan ianya tidak akan berulang untuk kali kedua. Azizan. rakan-rakan . Serah sahaja kepada guru kaunseling. zaman remaja adalah zaman yang penuh cabaran dan rintangan yang berlaku. Justeru itu. masyarakat sekeliling dan pelajar itu sendidri. liberal. http://rozzuwanimohamad. Tidak ada jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah disiplin selain daripada keinsafan yang lahir daripada hati pelajar yang benar-benar ikhlas. Ia tugas hakiki semua yang bergelar guru. marilah kita sama-sama meningkatkan prestasi kita dalam semua perkara. masalah pelanggaran disiplin sekolah di kalangan pelajar adalah perkara yang perlu difikirkan secara serius dan terperinci memandangkan mereka merupakan bakal pemimpin negara. Untuk melahirkan disipin yang baik di kalangan pelajar. Semangat guru yang tugasnya membentuk keperibadian murni di kalangan pelajarnya tidak harus dibatasi kepada apa mata pelajaran yang diajarnya. Tanpa disiplin yang baik sudah pasti pelajar-pelajar akan terkandas di tengah jalan.mewujudkan satu situasi di mana guru-guru biasa akan menganggap. Disiplin diri dikalangan pelajar adalah juga bertujuan untuk menjadi satu masyarakat yang bersatu padu. ibu bapa. “Seharusnya semua guru di sekolah perlu bekerjasama memantau pelajarnya terutamanya pelajar-pelajar yang dikesan bermasalah dan bukannya dilepaskan kepada guru kaunseling atau guru disiplin semata-mata. demokratik.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful