1.

Sejarah Perkembangan Pemulihan

SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan pemulihan yang merangkumi sejarah pemulihan dari luar Negara dan dalam Negara. Tajuk ini akan membincankan tentang projek khas; latihan guru; pelaksanaan program dan arahan dan surat pekeliling HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini anda akan dapat: 1. mengetahui sejarah perkembangan pemulihan di dalam dan luar negara 2. mengetahui tatacara pemilihan guru pemulihan yang sebenarnya 3. memahami latihan yang dilalui oleh guru pemulihan dan kemahiran yang dimliki oleh seorang guru pemulihan yang bertauliah 4. memahami konsep pelaksanaan program pemulihan 5. mengenal pasti tatacara bagi mewujudkan kelas pemulihan di sekolah

1. Sejarah Perkembangan Pemulihan Dalam Dan Luar Negara Dari Aspek Projek Khas, Latihan Guru, Pelaksanaan Program, Arahan dan Surat Pekeliling

1.1 Sejarah Luar Negara Secara ringkasnya dua buah negara yang terkenal kerana pendidikan pemulihannya ialah Amerika dan England. Perkembangan di Amerika berkembang pesat setelah termaktubnya PL 94-142, sementara di England pula selepas Laporan Warnock. Menurut Geof Sewell(1982) pendidikan pemulihan mula di perbincangkan lewat 1800.Perkembangannya dapat di lihat di dua buah negara: Ministry of Education (1946 &1953) ; mentakrifkan satu kategori kanak-kanak subnormal dari segi pendidikan sebagai kanak-kanak yang terencat lebih dari 20% daripada umur mereka dan gred kebolehannya tidaklah serendah dan seteruk mereka yang tidak boleh diberi pendidikan Department of Education and Science (1964) (ch.2,para.1);mencadangkan istilah “educationally subnormal” ditukar kepada “pronounced educational backwardness” dan yang selebihnya sebagai “slow learner”.Malangnya ordinan ini tidak begitu dipakai kerana kerana kebanyakkan orang berasa malu untuk menerima istilah “slow learner”kerana kategori ini tidak menerima keistimewaan seperti golongan khas lain. Oleh itu istilah yang mudah diterima ialah “pendidikan pemulihan” Menurut Geof Sewell(1982);krisis ekonomi lewat 70an dan 80an telah menjejaskan pendidikan pemulihan dengan teruk.Kekosongan jawatan guru tidak diisi dan yang sedia ada dalam perkhidmatan terancam. Snell dan Anderson (2000);The Department of Education dalam penilaiannya terhadap program pemulihan yang telah dijalankannya selama 30 tahun dan telah berbelanja lebih 120 billion mendapati bahawa program pemulihan yang dijalankan gagal menaikkan pencapaian kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Maka pada 1994,penguatkuasaan semula dari program pemulihan bercorak individu kepada pemulihan seluruh sekolah dilakukan. Model-model dibina dan penilaian keseluruhan sekolah tidak terpisah dari program-program khas.Pada awal 1990,wujud di sekolah-sekolah awam “private remedial education partnership” dengan syarikat swasta seperti Sylvan Learning Systems dan Kaplan Educational Services.

Pada 1998.2 Sejarah Dalam Negara Bermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat. Sylvan Learning System mendapat kontrak 13. anda dikehendaki membina satu carta yang menggambarkan bagaimana kedua-dua akta tersebut telah berjaya memberi peneguhan kepada program pemulihan. Soalan Latihan : Berdasarkan kepada Akta PL 94-142 Amerika dan Laporan Warnock England. seramai 9 orang guru telah mendapat latihan diluar negara.California dimana mutu pendidikan sangat rendah sehingga kerajaan negeri terpaksa ambil-alih dari daerah. menulis dan mengira menyebabkan kerajaan mengambil langkah-langkah awal yang positif Laporan Murad dari tahun 1971 hingga 1973 telah menyedarkan semula kerajaan akan pentingnya Program Pendidikan Pemulihan. 1.Penilaian awal menunjukkan pelajar di dalam program mendapat aras gred setanding selepas pengajaran selama 20 jam. Latihan 1: Fikir mengenai soalan yang diberikan. Berdasarkan Laporan Murad 1971. dari kajian yang dijalankan terhadap sekolah-sekolah tersebut didapati Program Pendidikan Pemulihan sangatlahdiperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.Program ‘Sylvan at School’ dijalankan keatas 80 000 pelajar di 850 buah sekolah tidak kira sekolah awam ataupun tidak. Pada tahun 1975 seminar yang pertama telah diadakan di Universiti Malaya. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran. Projek ini telah bermula di awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. . Program pendidikan pemulihan di Malaysia bermula sebagai “Pilot Projek” di sembilan buah Sekolah Rendah di seluruh Malaysia.8 million di Compton. Sehingga 1968. Kesedaran kerajaan terhadap peratusan keciciran murid-murid di sekolah-sekolah rendah menguasai kemahirankemahiran 3M iaitu membaca. didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Dalam tahun 1968 hingga 1974 kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guru berkursus di bidang Pendidikan Pemulihan.

Matematik dan Bahasa Inggeris. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut :i. Mereka diberi bantuan dari segi makanan tambahan. Ekoran dari itu beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara telah menyediakan kursus tersebut. iii. Walau bagaimanapun projek ini tidak berjaya kerana kanak-kanak lain yang mendapat faedah dan menyebabkan masih ada lagi kanak-kanak yang tercicir. . Projek Pendidikan Imbuhan ini lebih menekankan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan daripada status ekonomi sosial yang rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam Pendidikan Imbuhan untuk Sekolah Rendah Bawah di dua belas buah sekolah dengan menggunakan strategi pendidikan pemulihan dijalankan oleh guru kelas biasa. Peserta-peserta kursus adalah terdiri dari guru-guru terlatih dari sekolahsekolah rendah. pinjaman buku teks dan program pembangunan masyarakat.Disamping itu juga dalam tahun 1975. 2 minggu dalam cuti penggal pertama 2 minggu dalam cuti penggal kedu 4 minggu dalam cuti penggal ketiga Adalah menjadi matlamat utama kerajaan dibawah pengelolaan Jabatan Pendidikan Malaysia untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru pemulihan yang terlatih. Pada tahun yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan Kursus Dalam Cuti (KDC). ii. Muridmurid yang menghadapi masalah pembelajaran yang kompleks diserahkan kepada guru pemulihan khas. Projek ini dihentikan dan ditumpukan terus kepada Pendidikan Pemulihan Khas. Muridmurid yang terlibat dalam projek ini ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyai latihan khas jangka pendek. . Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Pada tahun 1981 Kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti penggal persekolahan hingga sekarang. Kuala Lumpur. Latihan 2 Hubung kaitkan peranan Laporan Murad 1971 dengan perkembangan program pendidikan pemulihan di Malaysia.Tahun 1975 1976 1977 1978 1979 Pusat kursus Universiti Malaya Maktab Perguruan Teknik Maktab Perguruan Teknik Maktab Perguruan Teknik Di peringkat Negeri Tempoh kursus 2 minggu 3 minggu 3 minggu 2 minggu 10 X Sabtu Pada tahun 1977 kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas.

diteliti dan diperbaiki. Projek khas ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaya. 1. Mulai Julai 2007 kursus ini telah ditawarkan sebagai kursus pra perkhidmatan bagi kursus perguruan lepas ijazah.1.5 Pelaksanaan Program Walau pun latihan guru pemulihan telah dilaksanakan secara intensif sejak tahun 80’an tetapi pelaksanaan program masih lagi tidak dapat dijalankan dengan berkesan kerana pelbagai masalah yang akan dibincangkan kemudian. 1. 1.6. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa dan juga dalam mod LPBS.6 Arahan dan Surat Pekeliling 1. Mulai tahun 2007 Kementerian Pelajaran mula memberi perhatian serius bagi menjayakan program pemulihan.1 Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5): “Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan. Pendidikan Imbuhan telah dilaksanakan.4 Latihan Guru Selama ini kursus khas pemulihan hanya dijalankan dalam bentuk kursus dalam perkhidmatan iaitu melibatkan guru-guru terlatih yang sedang berkhidmat.3 Projek Khas Dilaksanakan setelah mendapat sumbangan daripada yayasan Van De Leer dari Belanda. Kursus yang ditawarkan adalah dalam bentuk sepenuh masa dan juga dalam cuti dari dua hari hinggalah satu tahun. Antara lain perkara-perkara .

• Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.II/32 bertarikh 22 Januari 1985. Sila layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. KP(BS)8691/Jld. Malaysia. 1.. “Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah”.. “Guru Khas Pendidikan Pemulihan”. bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai.V/26 bertarikh 18 Januari 1986. KP(BS)85021/5/PK/Jld. • Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Bil. Rehat sebenar . Malaysia. saiz kelas yang lebih kecil. Bil. “Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986”. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar.6. bincangkan implikasi surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap program pendidikan pemulihan di sekolah-sekolah rendah.2 Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran: • Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Bil.. .. peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahanbahan tertentu”. sebelum anda meneruskan perbincangan Dalam kumpulan berdua.

3. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini anda akan dapat: 1. Topik ini adalah berkaitan dengan aspek pencalonan murid.. mengetahui proses pelaksanaan ujian diagnostik ke atas murid-murid pemulihan 4. proses diagnosis dan analisis ujian serta tindakan susulan.. Strategi Pelaksanaan Program Pemulihan SINOPSIS Topik ini akan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan strategi pelaksanaan program pemulihan.. mengetahui bagaimana pencalonan murid pemulihan dilaksanakan.Tajuk ini juga akan menerangkan mengenai proses-proses yang dilalui oleh seorang murid pemulihan yang terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan. 2. mengenal pasti strategi pelaksanaan program pemulihan 2. proses saringan. .Itu saja yang perlu anda lakukan. memahami bagaimana proses pemilihan murid-murid pemulihan dilakukan...SELAMAT BERJAYA..

1 Pengenalan Program pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu muridmurid yang tidak menguasai kemahiran menulis. ujian saringan.2 Proses Pelaksanaan Pemulihan Carta Alir Proses Program Pemulihan Pencalonan dan Pengumpulan Maklumat Kelas Biasa / Tindakan Susulan Ujian Saringan Sudah Menguasai 3M Belum menguasai Kemahiran 3M Ujian Diagnostik Dan Ujian Pengamatan Analisa Ujian Diagnostik Dan Ujian Pengamatan Penyediaan Rancangan Pengajaran Sudah Menguasai Kemahiran 3M Pengajaran & Pembelajaran Belum menguasai Kemahiran 3M. Dalam melaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang saling berkaitan di antara satu sama lain. 2. Meneruskan Pengajaran Pemulihan . ujian diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan.2. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid. membaca dan mengira.

dilakukan oleh : 2. membaca dan mengira).2.2. 2.2.Penilaian 2. hasil kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian bulanan.2. 2.1 Pencalonan Murid Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk ditempatkan di dalam program pemulihan.2.2 Guru Kelas Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas (menulis.4 Guru Besar Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah. semester atau ujian setiap kemahiran. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai kemahiran yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas pemulihan.3 Guru Mata Pelajaran Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan murid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan kepada pencapaian mereka.5 Ibu bapa / penjaga Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti Pencalonan murid pemulihan boleh program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka . 2.

Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M maka mereka layak dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. (iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan kelemahan murid. taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid. (iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum.6 Ujian Pelepasan KIA 2 M Murid-murid boleh dicalonkan berdasarkan kepada Ujian pelepasan KIA 2 M bagi murid Tahun 1. (b) Daripada rekod individu guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan.2. kegemaran dan perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran. (c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran- mata pelajaran asas. kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain. Masa yang paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan. ketepatan masa ke sekolah. 2.2.3 Proses Pengumpulan Maklumat (a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan memahami murid yang dicalonkan. (ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak. pemerhatian dan perhubungan. (d) Lain-lain sumber maklumat ialah :(i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid. kadar dan taraf kerja. (e) Borang Rujukan mengandungi:- .

Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima.(i) kemahiran asas membaca (ii) kemahiran asas mengira (iii) tingkah laku di bilik darjah 2. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan.1 Proses Saringan (a) Fungsi: .3. Selain daripada itu ujian akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Jenis masalah yang dihadapi oleh murid. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian. Ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas.mata pelajaran Bahasa Malaysia . Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. (b) Instrumen Ujian Saringan: (i) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) . Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa faktor antaranya ialah : Skor yang lemah.

Guru hanya perlu memilih dan merancang serta membina ujian diagnostik yang benarbenar tepat serta mencapai kriteria yang dikehendaki.(ii) (Arithmatics Screening Test). Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). . Di dalam buku panduan tersebut terdapat pelbagai kemahiran yang sedia digunakan untuk menguji tahap kelemahan murid yang terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan. Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.Mathematics 2. Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas.2 Proses Diagnosis Ujian diagnostik adalah Ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas. Fikir mengenai soalan yang diberikan. (a) Fungsi: Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPK mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengsan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.3. (b) Instrumen Ujian Diagnostik Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik.

3. Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian diagnostik tersebut . guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru kelas.3 Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi intepretasi dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. 2. guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan. Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.3. 2. Tujuannya ialah untuk . Mereka akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa.. Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Keputusan analisa ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantuguru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi. ujian saringan dan ujian diagnostik dapat membantu seorang guru melaksanakan program pemulihan di sekolah.Bagaimanakah proses pencalonan. Bincangkan.4 Tindakan Susulan Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu.

Selain daripada itu strategi pelaksanaan perlu mantap bagi melahirkan ciri-ciri pemulihan yang berkesan terhadap murid-murid yang gagal menguasai kemahiran menulis. Guru kelas dan mata pelajaran hendaklah mengenal pasti strategi. Kesimpulan Strategi pelaksanaan program pemulihan merupakan satu langkah yang penting ke arah kejayaan sesuatu program pemulihan di sekolah-sekolah. Hubung kaitkan peranan Jadual Penentu Ujian dalam membina instrumen ujian diagnostic dalam konteks pelaksanaan ujian dagnostik untuk murid-murid pemulihan. Dalam meneguhkan kemahiran yang telah dikuasai murid. maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya. membaca dan mengira.melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas biasa dalam proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid tersebut. guru kelas.Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Mereka mesti membuat perancangan yang bersesuaian untuk murid tersebut agar mereka dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas biasa. Strategi program tersebut dapat membantu guru pemulihan untuk pelaksanaan melaksanakan program pemulihan dengan lebih berkesan. Sila layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu bekerjasama di antara satu sama lain. kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang telah dipulihkan. .

Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa.. penjagaan diri. pemulihan. perkembangan kemahiran motor. Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan. 2001). emosi dan psikomotor agar perkembangan dalam aspek tersebut dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalu jauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia. Perkhidmatan ini diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut boleh diberikan bantuan dari aspek bahasa. 1989). maklumat tentang pemakanan.. bimbingan dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail. interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch.. Mengapa amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab .. sosial.Itu saja yang perlu anda lakukan. mempertingkatkan kemahiran matematik. 3..SELAMAT BERJAYA. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pemulihan dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan..1 Definisi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak Intervensi berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Pendidikan Murid Pemulihan 3.

masalah emosi mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain. 2003). kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dislek-sia] (sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan). Berehatlah sambil minum-minum. Oleh itu. Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah pemulihan dengan perkembangan lewat (delay developers) dan perlu diberi lebih banyak masa. . apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. tidak dapat membaca pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebih banyak masa. Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik. Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner. mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal. masalah pemulihan menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca. intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi tumpuan atau hiperaktif (contohnya. berikan 5 ( lima ) kepentingan melaksanakan intervensi awal kepada kanak-kanak pemulihan. Lowenthal dan Egan 2003). tidak boleh duduk diam. sebelum anda memulakan latihan kedua Bagi kebanyakan murid sekolah rendah. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran asas. Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak pemulihan. Sebaliknya. Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah. menulis dan menyelesai masalah matematik. Contohnya. murung atau sebagainya).ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia.

Dengan adanya intervensi awal yang teratur. setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanakkanak berkeperluan khas (Lerner. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Mengapa? Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak pemulihan dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Ringkasnya.2 Pentingnya Intervensi Awal Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak pemulihan. Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak. 1990). Atas sebab ini juga. intervensi awal boleh meningkatkan intelek. 2003). Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA. keperluan untuk pendidikan khas di peringkat . Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. dan mengurangkan pembinaan institusi khas. seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Contohnya. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal.3. mengurangkan tekanan kepada keluarga. mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.

3 Perlaksanaan Intervensi Awal Sama ada memilih intervensi awal secara individu. kesihatan dan pendidikan. sekumpulan kecil atau orang perseorangan. guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas.persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan. . Seperti mana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar. banding bezakan pelbagai fungsi intervensi awal dengan pelbagai kecacatan dan bagaimana ia berupaya menawarkan penjimatan kewangan. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan 3. secara kumpulan kecil atau seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Latihan 2 Dengan sokongan pengurusan grafik. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.

guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan. memberi arahan kepada anak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Harris dan Reid.3. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran. 1998).Rajah 1. 1993).1: Pendekatan intervensi awal 3. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej tentang pelajar yang berdikari. model dan demonstrasi. golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan. Oleh itu.3. pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan.1 Intervensi Berpusatkan Guru Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten. 3.2 Intervensi Berpusatkan Pelajar Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri (Graham. tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila kanak-kanak tersebut sudah dewasa. Atas sebab ini. Dalam intervensi ini. bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses .

. keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pemulihan kanak-kanak berkenaan. Itu saja yang perlu anda lakukan.pemulihan dalam kelas biasa.SELAMAT BERJAYA. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanakkanak dengan golongan dewasa.. Dalam intervensi berpusatkan pelajar. Secara tidak langsung. . Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Intervensi ini melatih pelajar untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’.3 Intervensi Berpusatkan Keluarga Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.. pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas.3. kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses intervensi.. 3.. Latihan 3 Hubung kaitkan peranan dan penglibatan personel dari pelbagai disiplin dalam usaha menjana tahap intervensi awal kanak-kanak. menentukan matlamat yang realistik..