« akan ‘terbit’ di pasaran… RAHSIA Surah Al-Fatihah – sebuah penelitian metamatika »

RAHSIA DI SEBALIK NOMBOR – PERSEPSI & VERSI ISLAMIK “Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”
(Q.S. Ar-Ra’du 13 : 8 ) Kata ‘ukuran’ membawa kita kepada pengiraan. Manakala di dalam ilmu pengiraan kita akan bertemu dengan simbol nombor atau angka. Tidak kiralah apa bentuk ‘bahasa’ sesuatu angka itu tertulis, setiap simbol angka ini merujuk kepada sejumlah

bilangannya. Tidak kiralah ‘bahasa’ apa sebutan yang digunakan untuk memanggil angka ini, ia merujuk kepada ‘perkara’ (jumlah) yang sama. Samada anda menamakan ia SATU atau WAHIDUN atau ONE atau EIN (bahasa Jerman) atau UNO (bahasa Itali), UNE (bahasa Perancis) atau berbagai bahasa-bahasa lainya yang ada dalam dunia ini; ia merujuk kepada maksud bilangan jumlah yang sama iaitu 1 (satu). Ia adalah simbol universal. Ia adalah BAHASA ALAM.

Maha hebat penciptaan ALLAH, simbol ini TERTULIS pada alam dalam berbagai ragam ‘wajah’ atau bentuknya. Wajah-wajah Allah ada yang tertulis dalam kitab suci Al Quran sebagai ayat-ayat yang nyata dan terselindung (tersirat), dan ada pula yang tidak

satu leher. iaitu yang terbentang di seluruh jagat raya. Apabila disengaja. Lihat pula bintang-bintang. bukan merupakan sesuatu yang kebetulan. satu unit kepala. tetapi mungkin juga penafsiran itu tidak atau belum mencapai makna sebenarnya. Ayat 8 dari surat ke-13 di atas menjelaskan bahwa Allah menciptakan segala sesuatu dengan kadar ukuran yang telah ditetapkan. Sebagian besar ulama menafsirkan bahawa tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah surat Al Fatihah. Dengan kata lain. kening dan berbagai bulu-bulu lagi pada diri. Semuanya sudah direncanakan. Yang tak terhitung pula. diperhitungkan.” (Q. rambut. Dua telinga.S. dua tangan. tidak ada ‘wajah’ atau ayat Allah. satu kemaluan dan sebagainya.” (Q. Di saat sesuatu itu mampu difahami dari berbagai penafsiran. Ada yang jelas bentuk rupanya namun ada juga yang tersembunyi atau RAHSIA. Begitu jugalah ‘sesuatu pada sisi-Nya’ yang bersifat UKURAN iaitu NOMBOR. Lihat juga jumlah bulan. Al Hijr 15: 87). Hakikatnya memang benar. Terhitungkan jumlahnya? Tidak perlu terlalu jauh. Malah ada yang memiliki yang tersurat dan tersiratnya. Hanya yang maha tahu yang tahu. Ada ‘wajah’ atau ayat yang mampu difahami secara tersurat namun ada juga yang memerlukan penafsiran untuk merungkai yang tersirat. Benarlah firmanNya yang bermaksud: “Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya) kepada orang-orang yang mengetahui. dua kaki. tanpa disengaja. dan diatur oleh-Nya. tentu ada maksud dan tujuannya. Yunus 10: 5) RAHSIA Surah Al-Fatihah “Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung. Satu mulut dengan satu lidahnya.S. Lihatlah jumlah matahari yang ada di langit.tertulis di dalamnya. baik yang tertulis maupun yang terbentang itu ada atau terjadi begitu saja. manusia memang diperintahkan untuk terus menelaah dan mengkaji ‘wajah-wajah’ atau ayat-ayat Allah. bulu roma. Malah yang ‘terbina’ di dalam tubuh juga ada jumlah-jumlah bilangannya. 7 ayat dalam surat Al Fatihah ini memang . 20 jari jemari. Ada yang mampu ‘terlihat’ dan jelas terbentang namun ada juga yang tersembunyi dan harus direnungi dan dihayati makna yang tersembunyi. Allah ‘berbicara’ tentang nombor secara jelas (tersurat) dan tersembunyi (tersirat) melalui kalam-Nya di dalam Al-Quran. lihat sahaja yang terbentang pada alam diri. makna sebenarnya dari ayat-ayat Allah itu mula tersingkap. Bukankah jumlahnya 1. satu dubur. Satu hidung dengan dua lubangnya. Namun yang pasti. Ada yang terhitung dan ada yang tidak.

diulang-ulang baca oleh seluruh umat Islam ketika melakukan solat. ia adalah ayat pertama di surah pertama ini. Surah inilah yang dibaca ketika berdoa. Jika diamati.” . walaupun sejarah menyatakan bahawa ayat 1-5 surah AL-ALAQ merupakan WAHYU PERTAMA untuk rasulullah SAW namun di dalam penyusunan Al-Quran. Umumnya. Walaupun kita bakal bertemu kalam Bismillah di permulaan seluruh surah (kecuali surah Al-Taubah). Tidak membacanya bermaksud gugurlah surah (tidak lengkap) yang seterusnya akan mengugurlah ibadah yang didirikan (contohnya solat). ia bukanlah sebahagian dari ayat-ayat dalam surah-surah yang diawalinya. Surah inilah yang dibaca di majlis-majlis. AlFatihah dijadikan UMMUL QURAN atau sebagai PEMBUKA Al-Quran. Ia adalah ‘adab’ membaca ayat-ayat AlQuran. Adakah fenomena ini kebetulan atau ada ‘ilmu’ yang tersirat di sebaliknya? Mengapa Bismillah di surah Al-Fatihah ini bertanda ‘ayat 1’ manakala Bismillah pada awal surah yang lain tidak bertanda?? “Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya. Berbeza dengan Bismillah di surah Al-Fatihah. Ini bermaksud. Surah inilah yang bakal ditemui oleh sesiapa juga yang memulakan bacaan kitab Al-Quran ini. namun Bismillah tersebut bukanlah ayat yang bertanda. “Surah ke 1 jumlah ayat 7 dibaca 17 kali” Allah mengajar ILMU NOMBOR kepada kita di dalam SURAH PERTAMA (Al-Fatihah) ini. Hakikatnya juga ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah ini diulang-ulang baca dalam 17 rakaat pada 5 kali solat sehari semalam. surah ini nyata unik dan berbeza dengan surah-surah yang lain dimana ayat pertamanya adalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Allah seolah memberi PERTUNJUK PERTAMA di AYAT PERTAMA dalam SURAH PERTAMA ini. walaupun ianya mudah dilihat ketiadaannya disurah 9 (ianya disebut dua kali didalam surah 27) & menjadikan 114 =19 x 6. penemuan-penemuan oleh mereka yang mengkaji al-Quran telah menemui berbagai Rahsia Keajaiban yang membukti ALLAH adalah GURU METAMATIK melalui kitabnya Al-Quran. Bukankah ayat Bismillah merupakan AYAT PERTAMA (SATU) yang tersusun di dalam Al-Quran??!. 7. 8 dan 9. Tatkala diteliti kalimah Bismillah di dalam susunan huruf-huruf arab. Maka. Antaranya: • • AL-QURAN mengandungi 114 surah iaitu 19X6 Ada 6346 rangkap ayat (termasuk 112 Bismillah yg tidak bertanda iaitu 19X334 (menariknya 6+3+4+6 = 19) • BISMILLAH disebut 114 kali. 4. Fenomena angka 19 dan kelipatannya di dalam Al Quran memang sudah cukup lama dibicarakan namun tidak semua ‘minda muslim’ mahu melihatnya dan menghayatinya. 2. MESEJ ALLAH melalui kod metamatik 19 huruf yang membina kalimah Bismillah ini seolah menggambarkan SEGALANYA DI ANTARA 1 dan 9. Menariknya. pengkaji-pengkaji ilmu nombor rata-rata bersetuju bahawa SIMBOL NOMBOR hanya ada Sembilan Angka kesemuanya iaitu 1. 5. 3. • Dari surah 9 yang tidak ada Bismillah sampai kesurah 27 yang mempunyai ekstra Bismillah. Tidak cukup dengan itu. 6. jaraknya genap 19 surah surah. . yakni “DIALAH YANG AWAL DAN YANG AKHIR” sejajar dengan firmannya dalam surah Al-Hadid ayat 3 yang bermaksud: “Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ia terbina dengan 19 huruf. Dimulai dengan simbol angka 1 dan di akhiri dengan simbol angka 9. Jika dicampurkan angka yang kelihatan ini (iaitu 1 dan 9) ia akan membawa kita ke satu nilai akhir iaitu SATU (1+9 = 10 seterusnya 1+0= 1).” QS 57:3 Kod metamatika 19 pada Bismillah ini juga memperlihatkan suatu formula metamatik agung yang membuktikan MUKJIZAT Al-Quran yang dipenuhi dengan KERANGKA KEKUNCI METAMATIKA ULUNG yang tak mampu dicipta oleh manusia.

jumlah ruas tulang tersebut adalah 19 x 4 = 76. Rahsia di sebalik Nombor di dalam ISLAM ternyata mampu memberi MAKNA dalam pengibadatan sekiranya dihayati dan difahami. AL-HAYAH (HIDUP) AN NAF’ (MANFAAT) AL HAR (PANAS) AS SHALIHAT (KEBAJIKAN) 145XMAWT (MATI) 50X AL MADHARRAH (MUDARAT) 4X AL BARD (DINGIN) 167XAS SAYYI’AT (KEBURUKAN) AL THUMA’NINAH (KETENANGAN) 13X AL DHIQ (KESEMPITAN) AR RAHBAH (CEMAS) AL KUFR (KEKUFURAN) 8X AL RAGHBAH (HARAP) 17X AL IMAN (KEIMANAN) Jumlah yang seimbang di atas menggambarkan suatu kerangka kekunci metamatik yang begitu unik. Al Baqarah 2: 29) Di dalam ayat tersebut. apabila kita menghitung ruas tulang jari-jari tangan dan kaki kita maka masing-masing memiliki 19 ruas tulang.• dan banyak lagi…. apabila kita perhatikan kembali fenomena al-Fatihah dengan 7 ayat yang akan di baca berulang-ulang kali. lalu dijadikan-Nya tujuh langit.S. Ia juga BUKTI bahawa Al-Quran bukanlah dogengan Rasulullah SAW seperti yang dituduh oleh kaum Quraisy pada masa hayat baginda. Adapun surat ke-76 di dalam Al-Quran adalah Surah Al Insan yang bererti manusia. Banyak lagi contoh yang lain. Contoh lain pula. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Contoh lainnya adalah. Semuanya ini akan membukakan JENDELA PEMAHAMAN bahawa Al-Quran juga memiliki ILMU METAMATIKA yang tinggi. Contohnya. Allah menyebut tentang adanya tujuh langit. kita akan bertemu dengan RAHSIA 7 lainnya. Adakah ini kebetulan atau “BERADA DALAM UKURAN-NYA”??. yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit. “Dia-lah Allah. Banyak pertunjuk-pertunjuk lain yang jelas dan tersembunyi. RAHSIA METAMATIKA DALAM AL-QURAN KERANGKA KEKUNCI METAMATIK ini tidak habis hanya pada angka 19. perkataanperkataan yang memiliki maksud yang berlawanan di bawah ini ditemui dalam alQuran pada JUMLAH YANG SAMA. Kita memiliki dua tangan dan dua kaki.” (Q. Dan ternyata ayat yang membicarakan tentang tujuh langit di dalam Al Quran jumlahnya juga tujuh ayat iaitu dalam surah: .

Al Baqarah 2: 29. 5. Fushshilat 41: 12. . 6. 2. 3. Al Mulk 67: 3. Islam diwarnai dengan ILMU NOMBOR. Ath-Thalaq 65: 12. Al Mukminuun 23: 17. Nuh 71: 15. An Naba’ 78: 12. Lihat sahaja contoh-contoh ini: • • • • • • • • • • • • • • • • • 5 Rukun Islam 6 Rukun Iman 5 Rukun Umrah 6 Rukun Haji 5 X Solat 7 X tawaf 7 X larian Sa’ie 30 Juzuk 114 Surah 17 Rakaat 17 X Ruku 34 X Sujud 4 Kitab Allah 99 Nama Allah 99 Nama Rasul 20 Sifat Allah 25 Rasul dan sebagainya… • Cabaran untuk kita adalah untuk terus membongkar rahsia-rahsia tersebut demi mencapai MAKSUD & MAKNA dalam pengabdian kepada yang SATU. Persoalan RAHSIA NOMBOR dalam Islam tidak hanya terhenti dalam meneliti ayat-ayat Al-Quran. 4.1. dan 7.

Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat. Lalu. 4 untuk Zohor. sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua kali sujud. beliau menjelaskan bahawa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat. Di dalam buku Metamatika Islam karangan KH. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemukan TITIK AKHIR dengan awalannya. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh. Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Pada setiap rakaat. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua sujud. Bukankah solah itu membentuk KESEMPURNAAN. . Fahmi Basya. 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 lingkaran penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi. melalui lingkaran yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. PENUH bermaksud SEMPURNA.Ruku’ & Sujud Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu lingkaran penuh.RAHSIA DI SEBALIK SOLAT . angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1+7=8) dan 8 adalah satusatunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk diantaranya. Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi. Sedangkan saat sujud kita membentuk sudut 90°+45°=135° dari posisi tegak. Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Saat ruku kita membentuk sudut 90° posisi berdiri tegak.

. Aisyah r. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat. sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI.” (Q. BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS.Rasullullah sebagai UTUSAN ilmu-ilmu ALLAH. Maka Rasulullah saw. perputaran dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut: Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º Maka. “Pada masa Rasulullah saw. Menariknya untuk kita renungi lagi. kita disunatkan melakukan Solat Gerhana.” (Sahih Muslim) Kembali ke kajian tentang ruku dan sujud di atas tadi. Rasulullah saw. berkata. dan bulan membentuk satu garis lurus. Setelah mereka berkumpul. Manakala. Ar-Ra’du 13 : 8 ). 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. “Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya. bumi.S. menyuruh orang banyak solat berjamaah. Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari.a. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari.

” Dan bacaan doa selepas takbir ke empat: “Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman. Sifat-sifat ini memampukan seseorang untuk mentafsir. Solat jenazah adalah himpunan doa-doa yang dilakukan secara berjemaah untuk dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan doa selepas takbir ketiga iaitu: “Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Setiap satu digit nombor memiliki MAKNA DAN NILAI. bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka. maka kaedah solat jenazah ini menggambarkan tiadanya lagi PENJANAAN ENERGI berlaku kerana hakikatnya roh si mati telahpun meninggalkan tubuhnya. Ini adalah kerana tiada posisi ruku’ dan sujud yang dilakukan.” NOMBOR DAN TARIKH ISLAM Ilmu Numerologi (ilmu nombor) adalah ilmu yang membicarakan tentang nombor (angka) dan makna-makna kehadirannya. . kita akan mendapati TIADA LINGKARAN PENUH atau PUSARAN LENGKAP terbentuk. Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Makna ini hadir dari kajian tentang SIFAT-SIFAT yang disandarkan pada digit nombor tersebut. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun.Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang tiada ruku’ dan sujud melalui diskusi kaedah di atas. Jika lingkaran penuh ini dikaitkan dengan penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP (roh).

‘PROGRAM’ ini terhad hanya tujuan itu. Aplikasinya tidaklah semaksima kalendar masihi. Manakala set bilangan bulan adalah antara 1 hingga 12 bulan. Ringkasnya susunan tarikh akan ditulis sebagai: HH / BB / TTTT.Maka. Tarikh adalah PENGUKURAN PEREDARAN MASA. Ini kerana tarikh adalah susunan nombor-nombor. Manakala bagi tahun adalah jumlah penggiraan bilangan tahun yang berlalu sejak tahun 1 sesuatu kalendar dimulakan (dicatatkan penggiraannya). Bermula dari TARIKH KELAHIRAN yang dicatatkan dalam Sijil Kelahiran kita hinggalah penetapan untuk segala agenda hidup kita adalah berpandukan KALENDAR MASIHI. Perhitungan kalendar inilah yang kita ‘sandar’ dan gunakan untuk penetapan perjalanan hidup seharian kita. Tarikh adalah PENANDA PEREDARAN MASA (kalendar). PUN BEGITU. Kita juga maklum set bilangan hari adalah antara 1 hingga 28 atau 29 atau 30 atau 31 hari. Sebagai orang Islam. kita juga didedahkan kepada perhitungan KALENDAR HIJRAH yang merujuk kepada PEREDARAN BULAN. Susunan tarikh dimulakan dengan bilangan hari diikuti dengan bilangan bulan dan diakhiri dengan bilangan tahun. Tarikh adalah JUMLAH PEREDARAN MASA. . Zaman ini. kita telah diperkenalkan sejak seawal usia lagi akan KALENDAR MASIHI yang merujuk kepada PEREDARAN MATAHARI. Kira turut aplikasikannya untuk pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Islam termasuk di dalam soal ibadat. sejumlah nombor umpama sejumlah skrip cerita yang mampu diolah dan difahami. Malah kita terlalu bergantung kepadanya!! Dalam masa yang sama kita sedia maklum akan kehadiran KALENDAR HIJRAH yang merujuk kepada kalendar ISLAM. Kita di’program’kan dengannya dan kita mengaplikasikannya secara terus dalam hidup kita. Ilmu Numerologi amat berkaitan dengan TARIKH KELAHIRAN.

syurga – neraka. MENGAPA TARIKH ISLAM dipinggirkan aplikasinya dalam hidup kita??. lelaki – perempuan.MENGAPA HARUS BEGITU??? “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apaapa yang mereka tidak ketahui. kebaikkan – kejahatan. Begitulah halnya dengan MATAHARI – BULAN! Bukankah ia berpasangan! Siang dengan mataharinya dan malam dengan kehadiran bulannya. Malah ibadah adalah PEMBENTUKKAN DAN PENJANAAN ENERGI (ROH) HIDUP untuk menentukan kualiti kehidupan kita. kiri – kanan dan sebagainya lagi. Justeru itu.” (QS 36:36) Hakikatnya kita menerima bahawa setiap sesuatu ALLAH jadikan BERPASANG- PASANGAN. Dan ibadah kita adalah PENGUKUR kedudukan kita sebagai abdi-Nya. Sedarkah kita bahawa kita menggunakan KALENDAR HIJRAH untuk: • • • • • • • • • • • JUGA… • • • Memahami tarikh PERISTIWA SIRAH RASUL Mengetahui tarikh TURUNNYA AL-QURAN Mengetahui tarikh ‘ISRA’ MIKRAJ’ Sambut Awal Muharam Maulidul Rasul Hari Nisfu Syaaban Nuzul Al-Quran Berpuasa di bulan Ramadhan Hari Raya Eidul Fitri – Zakat Fitrah Hari Raya Eidul Adha – Ibadah Qurban Menentukan WAKTU-WAKTU SOLAT Menentukan tarikh mula PUASA Menentukan tarikh HARI RAYA Eidul Fitri Menentukan Hari Wukuf di Arafah . Mengapa hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu?? Cuma ambil kisah dan tahu bila perlu?? Sedarkah kita bahawa KALENDAR HIJRAH memainkan PERANAN BESAR dalam IBADAH kita. Siang – malam.

Tak kenal maka tak cinta. Ini kerana. Lebih malang jika segala langkah mencipta kejayaan berlangsung dalam kekelaman. Seminar besarbesaran dianjurkan untuk mengajar ILMU NUMEROLOGI dan RAHSIA TARIKH LAHIR bagi membongkar POTENSI DIRI. kita BELUMPUN MELIHAT TARIKH KELAHIRAN KITA mengikut KAEDAH NUMEROLOGI ISLAMIK yang terasnya berpandukan KALENDAR HIJRAH. RAHSIA yang ditemui barulah SEPARUH dari segenap POTENSI yang sememangnya SEDIA ADA pada alam diri kita. Melalui tarikh lahir. malah ia amat PERLU dan BERGUNA. Hipotesis ini tiada salahnya. Bolehkah kita hanya nak terima apa yang kita rasa nak terima sahaja semata-mata ketololan kita sendiri?? . Atau mungkin kita ‘ambil tahu’ tarikh-tarikh hijrah semata-mata nak tahu bila nak CUTI UMUM sedangkan ia tidak terkesan (memberi bekas) pada penghayatan dalam ibadah kita. Tak cinta maka tiadalah PENGHASILANNYA atau kadang-kala menjadi sia-sia. kalendar hijrah tidak wujud??? Umpama menafikan adanya sang bulan di tarikh tersebut. Umpama ilmu mengenal diri!. Tatkala formula kejayaan tidak dibongkar akibat tidak mengenal potensi yang ada.• Mencari malam LAILATUL QADAR dan sebagainya lagi… • MAMPUKAH KITA MENAFIKANNYA. Namun. Yang berlaku hanyalah kemalangan atau bertemu tembok penghalang. Apakah ibadah (agama) itu terpisah dengan realiti kita di bumi ini?? Atau apakah ini suatu HELAH atau PERDAYA yang telah secara sulitnya diatur untuk MELEMAHKAN MINDA MUSLIM??? Ayuh renung dan fikirkan… MENGAPA ISU INI PENTING?? APA KAITANNYA DENGAN KITA??? Dewasa ini BICARA RAHSIA TARIKH LAHIR menjadi TOPIK HANGAT. Hanya menerima aplikasinya untuk tujuan tertentu sedangkan di masa yang lain kita membiarkan diri (minda) ‘diikat’ dengan ‘software’ kalendar masihi. Ia mampu mengajar kita akan sesuatu yang sedia ada namun masih tersembunyi untuk minda kita tafsirkan atau hayati. maka kejayaan tidak berhasil atau tidak maksima. banyak rahsia diri dapat dibongkarkan. sedarkah kita BAHAWA ADA BAHAGIAN DIRI YANG MASIH BELUM HABIS DIBONGKAR kerana KETERBATASAN KAEDAH dan PEMAHAMAN (ILMU) untuk MEMBONGKARNYA. Jika KAEDAH RAHSIA TARIKH LAHIR kita sandarkan pada tarikh mengikut KALENDAR MASIHI. Bolehkah kita menafikan bahawa pada tarikh kita dilahirkan.

..” (QS 30:22) JIKA ANDA BENAR-BENAR SERIUS MENCARI JAWAPAN INI. Dapatkan jadualnya dengan menghubungi 017-333 2349. segala persoalan bakal terjawab (masa yang . adakah anda TAHU (INGAT) TARIKH HIJRAH HARI INI?? Bulan Islam keberapakah bulan ini?? Tahun Hijrah keberapakah tahun ini?? Soalnya kini. apakah MAKNA NOMBOR-NOMBOR YANG TERBINA pada tarikh lahir Hijrah anda ini? Bagaimana mahu mentafsirkannya?? Adakah cara menganalisanya sama seperti ilmu tarikh lahir Masihi?? Apakah kelebihan-kelebihan yang anda miliki?? Apakah ada kaitannya dengan nombor-nombor dalam Islam?? Apakah pula nilai GEMATRIKAL ISLAMIK pada tarikh lahir dan nama anda?? Bagaimana mahu mencarinya?? Apakah kaitannya dengan ibadah?? Apakah ada kaitannya dengan asma ALLAH dan RASUL?? “Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi. kita harus MENELAN HAKIKAT INI PERLAHAN-LAHAN.a Master G Islamic Numerology Analysis System – Founder & Coach PS: SESI ADALAH TERHAD!! Tempat adalah TERHAD!! Penyampaian SECARA INTERPERSONAL. bagaimana mahu mencarinya?? Sesudah itu. adakah anda TAHU (INGAT) TARIKH LAHIR HIJRAH ANDA?? (jawaplah secara jujur… janganlah menipu diri sendiri) Jika tak tahu atau tak pernah ambil tahu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang mengetahui.Tentulah tidak. Salam Aura Kedamaian… Mir Hazil Azran Ramli a. Seperti mana kita tak dapat menafikan bahawa ENERGI HIDUP (roh) kita berjiwakan ISLAM. Dan setiap bahagian ini memiliki pengkhususannya sendiri iaitu ada yang mempengaruhi urusan fizikal (jasmaniah) dan minda kita serta ada yang mempengaruhi aspek emosi dan spiritual (roh) kita. anda adalah antara mereka-mereka yang TERPILIH UNTUK MEMBONGKAR POTENSI DIRI SECARA TOTAL melalui RAHSIA TARIKH LAHIR MASIHI & HIJRAH (ISLAMIK).k. Kita harus belajar untuk menerima. seperti itulah juga kita tak dapat menafikan bahawa KALENDAR HIJRAH itu adalah NADI ISLAM. Soalnya kini. Untuk itu anda dijemput ke MAJLIS ILMU NUMEROLOGI saya. apa yang ada di tarikh kelahiran kalendar masihi kita adalahBARU SEBAHAGIAN dari RAHSIA POTENSI KITA. Maka. Ada bahagian yang masih TERSIMPAN dan TERSEMBUNYI namunMENANTI UNTUK DIBONGKAR. “ONE to ONE”. justeru itu. Sekian perkongsian kita untuk kali ini. dan perbedaan bahasamu dan warna kulitmu.

2. Shuha (IQBC) Says: June 16. Hubungi IQBC 03-58804349 /Master Luthfi 017-3332349 / Master Ismi 017-3002349. ortrackback from your own site. Luth Says: June 16. jam 9. This entry was posted on June 16. Shah Alam. best. Like Be the first to like this post.. . Awas dengan model pengajian yang berorentasikan keuntungan semata-mata. 2009 at 10:17 am Wah.30pg – 5.00ptg bertempat di IQBC Training Center. Ingat!! Jika ilmu RAHSIA disampai secara AWAM (ramai). KUNCI MENGENAL DIRI !!! Daftar Segera : Yuran hanya RM770 sahaja (Diskaun 30% dari RM1100) 7 peserta yang terawal layak mengikuti KURSUS ULANGAN SECARA PERCUMA bernilai RM200.. Kuasai & Hijrah Diri melalui Rahsia Numerologi Hijrah & Masihi anda. Rahsia Tarikh Lahir .cukup). 2009 at 2:58 am and is filed under Ilmu Nombor. You can follow any responses to this entry through the RSS 2. Panjangnya artikel. 2009 at 9:46 am Kursus Numerologi Islamik & I-Ching akan diadakan pada 27 & 28 Jun 2009. 23 Responses to “RAHSIA DI SEBALIK NOMBOR – PERSEPSI & VERSI ISLAMIK” 1. Contoh penggiraan untuk setiap aspek diberikan secara khusus untuk setiap peserta. Pn. ia bukanlah KAEDAH ASAL PENGAJIAN ILMU SEBEGINI. Pengkhususan dalam berkongsi ILMU..0 feed You can leave a response. kata shifoo.

3. farhana Says: August 7.. 2009 at 11:43 pm Best …. Fadzli Nordin Says: June 22. 2009 at 8:57 pm hijab. 7. panjangkanlah lg artikel ini. mastershifoo Says: July 25.. 2009 at 1:08 am . taufek Says: July 6. MOHAMMAD AZLAN BIN SARPON Says: November 16.. 9. lama tak baca artikel sebegini ….!!! 6. 2009 at 2:13 pm cite la lg. 2009 at 8:57 pm Mbok yo ojo dowo2 aku males moco. norizan@mohd arif bin dahlan Says: July 25.. 2009 at 2:47 pm apa nombornya?kata ada rahsia disebalik nombor. menarik sangat2.. 2009 at 2:42 pm bnyak yg perlu sy tau lg. 4.. 5. SMADA NGAWI Says: July 22. oh hijab… 8.

ade rezki saya memang teruja sgt2 najk mengikuti kelas cikgu 10. 2010 at 4:54 pm Saya tertarik dengan banyak artikel yang diberikan. mariam Says: March 23. Saya juga masih mencari arah kejayaan dan kekayaan. 2010 at 3:39 pm Salam. Child Moeslim Says: March 29. . salina Says: March 12. 2010 at 11:39 pm Maha Suci Allah dengan segala yang ada padaNYA. Artikel yg menarik dan berguna utk sy.com 13. Bolehkah saya memohon bantuan saudara? 12. sila email – masterhazil@yahoo.salam cikgu hazil. Nur Jannah binti Mohd ZIn Says: February 6. mastershifoo Says: March 12. 14. 2010 at 5:33 pm ilmu yang jarang2 diketahui…. 2010 at 6:52 pm boleh… insyaAllah. TQ 11. mengandung semua unsur Ilmu dan berbagai pernik kehidupan. Kalau kita bijak Al-Quran adalah gudangnya ilmu yang tidak habis dikaji hingga akhir zaman.

aliff lam lam ha…jgn di lupa juga hu. Mohamad Uzuman Bin Nordin Ali Says: September 7.bila nyawa bersatu roh…4 awal 4 akhir…4+4 = 8…8 tidak pernah kenal erti mati…krn kita hidup tak mengenal mati…angka 7 alam zahir mesti juga BERGANDING dgn alam bathin.kerana ia yg meghidupkan yg hidup…. ada kelainan .ternyata anda memilki akal fikiran serta berkeinginan pd kebenaran….menampakkan ciri2 keupayaan menyingkap rahsia kejadian [ciptaan Allah]… lantas lihatlah pd perjalanan anbia sebelum mereka berada pd landasan kenabian….. Patut dipelajari untuk mengenali potensi diri dan berusaha mencapai kejayaan.. 2010 at 9:53 pm Bagus. mohd zawawi mohd Says: May 20. 16. Bila kursus sebegin akan diadakan lagi? 18.renungi setiap ungkapan mereka yg terpahat melalui Quran…angka 4 melambangkan Zat . 2010 at 2:57 am salam…. kembara Says: June 14. 2010 at 5:43 pm banyak lagi yg.. 1+4 = 5… br sempurna ISLAM kita…waulahhua’lam… .sya kena blajar…………..15.. Sifat .hebat saudara kembara….br terbentuk 7+7 = 14.ya teruskan…wasalam 17. Asma dan Af’al …. 2010 at 2:31 am salam…. hakiki Says: September 20.angka 7 melambangkan DIRI manusia yg terbina di alam nyata [alam zahir]….

20. semoga ada kebaikan bersama. bolehkah saya copy paste kan artikel ini ke blog saya dgn memberi kredit kepada blog saudara ini ini? Ini ilmu yang bernilai. hamba ALLAH Says: January 29. 2011 at 11:35 am Salam silakan. Saya tidak berani berkongsi dgn orang lain tanpa kebenaran. saya ingin memberitahu bahawa ILMU ALLAH TIDAK TIADA JUAL BELI. mastershifoo Says: January 11. jadi di sini saya ingin maklumkan. maaf jika apa yang saya katakan ini akan menyingung saudara & saudari. sedangkan ALLAH LAGI MAHA PEMURAH ini kan kita hamba NYA yang tiada apa apa hanya untuk DIA. . rafikasastras Says: January 11. 2011 at 10:47 am Salam saudara. rafikasastras Says: January 11. 21..19. maaf kan lah hamba-MU ini jika hamba-MU ini telah membuat saudara saudara ISLAM ini tersinggung dengan kata kata hamba. jadi lah hamba ALLAH yang pemurah dan ikhlas. 2011 at 4:35 pm terima kasih 22. YA ALLAH. ALLAH MAHA ESA. 2011 at 8:57 am BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Mohd Razib Says: April 9.23. 2011 at 1:28 pm .