EKSPERIMEN 2 Tujuan : (i) (ii) Untuk menentukan haba tindak balas bagi : Na2CO3 + 2HCl NaHCO3 + HCl 2NaCl + H2O + CO2

NaCl + H2O +CO2 ¨H1 ; ¨H2 ;

dan secara tak langsung, menerusi Hukum Perjumlahan Haba Tetap Hess (Hess Law of constant heat summation), haba tindak bbalas bagi (iii) Bahan : 2NaHCO3 Na 2CO3 + CO2 +H2O ¨H3 .

EC1 ialah 2.0 moldm-3 asid hidroklorik EC2 ialah pepejal natrium karbonat kontang. EC3 ialah pepejal natrium hidrogen karbonat.

Alat radas

:

50 cm3 buret, kaki retot dan pemegang (clamp), cawan termometer 0 oC ±110oC (±0.2oC), botol pembasuh ( air suling), penimbang elektrik ( ±0.01g )

polisterina,

Prosedur

:

1. 30.00 cm3 EC1 dimasukkan ke dalam cawan polisterina dengan menggunakan buret. Cawan dan kandungannya dibiarkan untuk beberapa minit. Kemudian suhu larutan direkodkan dalam jadual berikut. 2. Satu tabung uji yang mengandungi 2.00 hingga 2.40 g EC2 ditimbang dengan tepat dan jisimnya direkodkan. 3. Seterusnya,semua EC2 dipindahkan ke dalam cawan plastic EC1. Semua pepejal dari tabung uji dipastikan masuk ke dalam cawan polisterina dan tiada cecair yang terpercik keluar. 4. Larutan dikacau dengan berhati-hati dengan menggunakan termometer, dan suhu tertinggi yang dicapai direkodkan. 5. Prosedur di atas diulang dengan menggunakan EC3 menggantikan EC2 dan EC3 ditimbang secara tepat dari 2.75g ke 3.15g.

3 g 20.0 2.3 30 34 +4 EC3 23.0 30 23 -7 .Keputusan : Semua bacaan dan timbangan direkodkan ke dalam jadual yang berikut : EC2 Jisim tabung uji + pepejal/g Jisim tabung uji kosong/g Jisim pepejal/g Suhu awal asid /oC Suhu akhir campuran /oC Perubahan suhu /oC 22.0 20.0 3.

0 (30) / 1000 0.3 x 4.0217 25006 J -25 kJ mol-1 2.3 32.64 J 542.Pengiraan : 1.3 g 30 + 2.3 g 4 °C = = = Haba tindak balas.0217 mol (terhad) Perubahan haba.3 / 106 0.0 mol dm-3 dan 30 cm3 MV / 1000 2. HCl Bil mol HCl = = = = EC2. (H1S EC1. (H1S = = = mcU 32.2 x 4 542. Na2CO3 Bil mol Na2CO3 = = = = Persamaan tindak balas Na2CO3 + 2HCl Isipadu larutan HCl = Jisim larutan = = Jisim Na2CO3 Jisim. Haba tindak balas.06 mol (berlebihan) 2.3 g dan [23(2) + 12 + 16 (3)] Jisim / JMR 2. (H . m = = = Perubahan suhu = 2NaCl + H2O + CO2 30 cm3 30 cm3 x 1 g cm-3 30 g 2.64 / 0.

06 mol (berlebihan) 3.47 J +27.2.0 (30) / 1000 0. m = = = Perubahan suhu = NaCl + H2O + CO2 30 cm3 30 cm3 x 1 g cm-3 30 g 3.2 x 7 970.0 33. (H .0357 mol (terhad) Perubahan haba.0357 27176.0 / 84 0.0 g 30 + 3. (H2S = = = mcU 33. (H2S EC1.2 kJ mol-1 2.0 g dan [23 + 1 + 12 + 16(3)] 84 Jisim / JMR 3. NaHCO3 = = Bil mol NaHCO3 = = = Persamaan tindak balas NaHCO3+ HCl Isipadu larutan HCl = Jisim larutan = = Jisim NaHCO3 Jisim.2 J 970. HCl Bil mol HCl = = = = EC3.2 / 0.0 x 4. Haba tindak balas.0 mol dm-3 dan 30 cm3 MV / 1000 2.0 g -7 °C = = = Haba tindak balas.

2 kJ 2 (27. Haba tindak balas.3. (H3S Persamaan tindak balas 2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O Haba (H1S Persamaan Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2 2NaCl + H2O + CO2 Na2CO3 + 2HCl Status -25 kJ menjadi 25 kJ mol-1 diterbalikkan menjadi (H2S NaHCO3+ HCl 2NaHCO3+ 2HCl NaCl + H2O + CO2 2NaCl + 2H2O + 2CO2 27.4 kJ mol-1 dikali dua menjadi (2x) (H3S 2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O (H1S + (H2S = (H3S (H1S + 2 ((H2S) = (H3S 25 kJ mol-1 + 54.4 kJ mol-1 = 79.5 kJ mol-1 .2 kJ) = 54.

Dalam erti lain. hal ini boleh dicapai menerusi penggunaan kalorimeter. Tenaga termodinamik atau perubahan haba di dalam sesuatu sistem ini dikenali sebagai entalpi. namun jumlah perubahan entalpi bahan kepada hasil adalah sama walaupun laluannya berlainan. namun boleh diubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Perubahan suhu disebabkan oleh pemindahan haba akan bergantung kepada muatan haba dan jisim bahan di dalam kalorimeter. (H. (H bersih. alam adalah cecair di dalam kalorimeter dan bahan kimia ialah sistem. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Hukum ini boleh digunakan untuk mendapatkan data termodinamik yang tidak boleh diukur secara langsung. Di dalam satu sistem sempurna. Di dalam makmal. aliran haba daripada tindak balas adalah bersamaan dengan aliran haba kepada cecair kalorimeter. ianya boleh dicampurkan sekali untuk memberikan tindak balas bersih. Asas penggunaan kalorimetri ialah hukum pertama termodinamik yang mengatakan bahawa terdapat jumlah tenaga tetap di dalam sesebuah sistem. Perubahan haba. kalorimeter mempunyai muatan haba yang sangat rendah dan tidak menyerap haba yang terbebas ketika tindak balas. Haba yang dibebaskan oleh sistem dianggap diserap secara keseluruhan oleh kalorimeter. Perubahan haba boleh diperhatikan dengan mengesan aliran haba antara satu sistem dengan persekitarannya. Hal ini kerana haba yang dibebaskan atau diserap semasa tindak balas kimia tidak bergantung pada peringkat atau laluan yang dilalui oleh bahan tindak balas. Hukum Hess menyatakan apabila terdapat dua atau lebih tindak balas. laluan yang diambil oleh bahan tindak balas kepada hasil tindak balas boleh merangkumi satu langkah atau beberapa siri langkah. (H = mcU . Perubahan suhu dikira dengan.Perbincangan : Perubahan kimia dan fizikal adalah boleh terjadi dengan perubahan dalam tenaga. nilai tenaga tindak balas berkenaan boleh dicampurkan sekali untuk memberi nilai perubahan entalpi. suhu akhir ± suhu awal. Justeru. Di dalam eksperimen ini. Di dalam eksperimen ini.

Nilai perubahan entalpi ialah negatif. Disebabkan suhu meningkat. haba tindak balasnya juga diterbalikkan dan menjadi positif. tindak balas pertama ialah di antara pepejal natrium karbonat kontang (2. bagi menentukan haba tindak balas bagi tindak balas ketiga yang tidak boleh diukur secara langsung.Di dalam eksperimen ini. Ianya menjadi: 2NaCl + H2O + CO2 Na2CO3 + 2HCl Persamaan ini perlu diterbalikkan kerana dalam tindak balas ketiga. pepejal natrium karbonat kontang adalah hasil tindak balas.0 mol dm-3 asid hidroklorik sebanyak 30 cm3. lebih banyak tenaga dibebaskan daripada tindak balas dan hasilnya berbanding jumlah tenaga bahan tindak balas awal. ianya tindak balas yang membebaskan tenaga dan dikira sebagai tindak balas eksotermik. persamaan asal tindak balas ini perlu diterbalikkan mengikut Hukum Hess. Tindak balas eksotermik bermaksud.3 g) dengan 2. Tindak balas keseluruhan adalah seperti berikut: Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2 Tindak balas ini meningkatkan suhu kalorimeter sebanyak 4°C yang disukat menggunakan termometer. yang boleh difahami melalui gambar rajah tenaga: tenaga Na2CO3 + 2HCl (H1S = -25 kJ mol-1 2NaCl + H2O + CO2 Walaubagaimanapun. Proses ini membebaskan haba yang kemudiannya dipindahkan kepada persekitarannya. iaitu +25 kJ. Justeru. .

Proses ini membekalkan haba kepada sistem oleh persekitarannya. Disebabkan suhu menurun.0 mol dm-3 asid hidroklorik sebanyak 30 cm3. bagi menentukan haba tindak balas bagi tindak balas ketiga yang tidak boleh diukur secara langsung. ianya tindak balas yang menyerap tenaga dan dikira sebagai tindak balas endotermik. haba tindak balasnya juga diganda dua dan menjadi +54. persamaan asal tindak balas ini perlu diganda dua mengikut Hukum Hess.4 kJ mol-1.0 g pepejal natrium hidrogen karbonat dengan 2.Tindak balas kedua pula adalah dia antara 3. Justeru. . Tindak balas endotermik bermaksud. lebih banyak tenaga diserap oleh tindak balas dan hasilnya berbanding jumlah tenaga bahan tindak balas awal. Ianya menjadi: 2NaHCO3+ 2HCl 2NaCl + 2H2O + 2CO2 Persamaan ini perlu diganda dua kerana dalam tindak balas ketiga. pepejal natrium hidrogen karbonat adalah bahan tindak balas 2 mol. Nilai perubahan entalpi ialah positif. Persamaan keseluruhan tindak balas adalah seperti berikut: NaHCO3+ HCl NaCl + H2O + CO2 Tindak balas ini menurunkan suhu kalorimeter sebanyak 7°C yang disukat menggunakan termometer. yang boleh difahami melalui gambar rajah tenaga: tenaga NaCl + H2O + CO2 (H2S = +27.2 kJ mol-1 NaHCO3+ HCl Walaubagaimanapun.

5 kJ mol-1 2NaHCO3 Ketika menjalankan eksperimen ini. dianggapkan hanya cecair kalorimeter iaitu asid hidroklorik menyerap atau membebaskan haba. jisim gas karbon dioksida.Bagi mencari haba tindak balas ketiga. ianya dicari menerusi cara tidak langsung seperti berikut: (H1S + (H2S = (H3S (H1S + 2 ((H2S) = (H3S 25 kJ mol-1 + 54. (H3S menerusi Hukum Penjumlahan Haba Tetap Hess. Rajah aras tenaga adalah seperti berikut: tenaga Na2CO3 + CO2 + H2O (H3S = +79. terdapat beberapa anggapan yang perlu dibuat. justeru dengan memanipulasi (H1S dan (H2S serta menjumlahkan keduanya. Jisim cecair kalorimeter juga adalah sama dengan jisim larutan dicampur dengan jisim pepejal bahan tindak balas.4 kJ mol-1 = +79. ketumpatan larutan yang digunakan adalah sama dengan ketumpatan air. Diperhatikan bahawa haba tindak balasnya endotermik kerana bernilai positif. Seterusnya. . Pertamanya. Keduanya. CO2 yang terbebas adalah diabaikan. iaitu 1 g cm-3. (H3S boleh dicari.5 kJ mol-1 Persamaan lengkap tindak balas adalah seperti berikut: 2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O Sodium bikarbonat yang hendak diuraikan ini tidak boleh dijalankan secara terus.

.2 J g-1 o C-1. iaitu tekanan 1 atm. Bagi meminimumkan kehilangan haba ini juga. Hal ini dapat mengurangkan impak kehilangan haba ke persekitaran. Keduanya. Larutan juga perlu dikacau dengan sekata bagi setiap kali pepejal dimasukkan ke dalam cawan. Antaranya. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor. eksperimen perlu mematuhi keadaan piawai termodinamik. diperhatikan bahawa nilai haba tindak balas yang diperolehi menerusi eksperimen adalah berlainan daripada nilai teori. muatan tentu larutan yang digunakan adalah sama dengan muatan haba tentu bagi air iaitu 4. Eksperimen juga perlu dijalankan jauh daripada kipas atau kawasan berangin bagi mengelakkan haba yang dibebaskan hilang ke persekitaran dengan lebih cepat. pepejal juga tidak dimasukkan dengan cepat dan cermat ke dalam cawan yang mengakibatkan kehilangan haba. Selain itu.Terakhirnya. kadar kacauan di set eksperimen yang berbeza adalah tidak sama. Selain itu. Namun. Cawan kalorimeter yang digunakan juga tidak dibalut dengan kain bagi meminimumkan kehilangan haba ke persekitaran. Pertamanya. memang terdapat haba yang terlepas ke persekitaran dan tidak sempat direkodkan di termometer. Radas perlu dicuci dengan air suling dengan cermat bagi memastikan tiada bendasing yang tertinggal di dalam radas dan menjejaskan kualiti eksperimen. bersuhu 25°C dan mempunyai 1 molar kepekatan bagi apa-apa larutan. mulut cawan perlu ditutup dan badannya dibalut dengan kain. Terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu dipatuhi bagi mengingkatkan ketepatan hasil eksperimen. Kemungkinan juga masih terdapat bendasing di dalam cawan yang digunakan kerana tidak dicuci dengan air suling dengan sempurna. pepejal Na2CO3 dan pepejal NaHCO3 perlu dimasukkan dengan cepat dan cermat ke dalam larutan asid hidroklorik supaya tiada pepejal yang tertumpah keluar daripada cawan polisterina dan tiada cecair yang terpercik keluar.

-1 Na2CO3 + CO2 + H2O iaitu .2 kJ mol-1. (H2S antara NaHCO3+ HCl NaCl + H2O + CO2 memberikan nilai +27.5 kJ mol . kita boleh mencari haba tindak balas(H3S antara 2NaHCO3 +79. Apabila kedua nilai dan persamaan ini dimanipulasikan dan ditambahkan mengikut Hukum Hess. (H1S antara Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2 memberikan nilai -25 kJ mol-1 manakala haba tindak balas.Kesimpulan : Haba tindak balas.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful