You are on page 1of 20

NEGERI SEMBILAN.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI BANDAR PORT DICKSON. KRISHNA KUMARI A/P LETCHUMANAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2006 .

.

L. A.Thibagaran.Parveen Gayesthire.Ganeswari teruskan usaha-usaha mu dalam mencapai cita-cita.Santha Kumari. semoga usaha-usaha aku dan kalian diberkati Tuhan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi R.Yogalakshimi. P.Letchumanan dan P. L. V.Krishna Veni berkat dan jasa pengorbanan kalian amat kuhargai adik beradik yang ku sayangi L. Manjula K.Vijayashamila.Kayalvizi .iii DEDIKASI ingatan khas untuk ibubapa. S.

Penghargaan juga diucapkan kepada Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan Dasar Pendidikan. tunjuk ajar serta kekuatan dalam menyempurnakan kajian sebaik yang mungkin. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana dan Sekolah Menengah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Abdul Samad dalam memberikan kerjasama disepanjang kajian.iv PENGHARGAAN Segala kesyukuran diucapkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana keberkatanNya sahajalah saya diberi kekuatan bagi menyempurnakan penulisan kajian ini. Sekian. Penghargaan turut ditujukan kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung. . 71000 Port Dickson. Jutaan terimakasih kepada penyelia dan pembimbing saya iaitu Puan Hjh Norani bte Mohd Noor yang telah memberikan saya ilmu. Negeri Sembilan. Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian in. Mudah-mudahan Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa mereka. 1792 Taman TKK. serta kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson. terima kasih Krishna Kumari A/P Letchumanan.

Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar merokok. Hasil kajian menunjukkan faktor persekitaran merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar merokok. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data-data dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan nilai frekuensi dan nilai min. Berdasarkan kepada dapatan kajian beberapa cadangan telah dibuat kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah di daerah Port Dickson. pengaruh rakan sebaya. Sebelum soal selidik digunakan ia diuji untuk melihat kebolehpercayaannya dan hasilnya menunjukkan nilai indeks kepercayaan adalah 0.v ABSTRAK Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja merokok.82. sekolah. Seterusnya berdasarkan nilai frekuensi dan peratus akan ditentukan nilai purata peratusan keseluruhan secara manual. ibu bapa. diikuti dengan faktor ibu bapa dan ketiga pula faktor rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar merokok. . media massa. Hasil kajian juga menunjukkan penguatkusaan disiplin di sekolah ada di jalankan di setiap sekolah yang dikaji. pengaruh persekitaran dan penguatkusaan disiplin di sekolah. Kajian ini meliputi empat faktor iaitu pengaruh ibu bapa. undang-undang dan pelajar. Sampel kajian ialah seramai 262 orang pelajar tingkatan 4 lelaki dan perempuan. terutamanya dikalangan pelajar-pelajar tingkatan empat telah menarik perhatian para penyelidik.

This research also shows that each school researched. Based on the research outcome. Subsequently. 262 male and female Form 4 student are the sample of this research. law and students. followed by parental factor and thirdly is peer influence. mass media. peer influence. This research covers four factors which are parental factor.82. Before the questionnaire was distributed. The research result shows that influence from the surrounding environment is the main factor contributing towards student smoking. influence from surrounding environment and the enforcement of discipline at school. the overage percentage was determined manually based on the frequency and percentage values. especially among Form 4 students. parents. The research was carried out in three secondary schools in Port Dickson. This descriptive research is aimed at identifying the factors that influence student to smoke. Questionnaires were used as the research instrument. The reliability index obtained was 0. . have attracted the attention of researchers.vi ABSTRACT The factors that influence teenagers to smoke. several suggestion have been made to the Ministry of Education. has dicipline enforcement. all data were analysed using SPSS software to obtain the frequency and mean values. it was tested for reliability. schools.

9 Kesimpulan 1 2 3 4 4 4 5 5 6 8 . Objektif Kajian 1. Persoalan Kajian 1.6 Skop Kajian 1. Definisi Istilah 1.8.3.5.2 Penyataan Masalah 1. Kepentingan Kajian 1.vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT JUDUL PENGAKUAN PENULIS DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xii xiii xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1.7.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang Masalah 1. Batasan Kajian 1.4.

0 Pengenalan 3.9 Penutup 29 29 30 30 32 32 35 36 37 39 BAB 4 ANALISIS DATA 4. Pengaruh Persekitaran Dengan Pelajar 2.viii BAB 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Rekabentuk Kajian 3.2 Kawasan Kajian 3. Pengaruh Ibu Bapa Dengan Pelajar 2.1.7. Penutup 9 9 15 18 21 25 27 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3. Analisa Data 3. Pengenalan Kepada Merokok 2.6.4. Pengenalan 2.1 Jantina 4.1.1.5 Pembinaan Soal Selidik 3.1 Bahagian A: Analisis Biodata Responden 4.3. Prosedur Kajian 3. Sampel dan Populasi 3.6 Kajian Rintis 3.2 Pengaruh Rakan Sebaya Dengan Pelajar 2.2 Bilangan Adik-Beradik 39 39 40 40 .3 Pengaruh Penguatkuasaan Disiplin Sekolah Dengan Pelajar 2.5.4 Instrumen Kajian 3.0.8.0 Pendahuluan 4.

4 Kesimpulan 56 58 53 50 47 42 42 43 43 44 45 46 46 41 BAB 5 PERBINCANGAN. Cadangan 5. KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.2 Sekolah 5. Bahagian B: Analisis Item Soalan 4.2.3.2 Pendapatan Bapa/Penjaga 4.2.3.3.3.3.3.ix 4.4 Media Massa 5.3 Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi Pelajar Merokok 4.2.0 Pengenalan 5.1 Faktor Rakan Sebaya yang Mempengaruhi Pelajar Merokok 4.3.2 Faktor Ibu Bapa Yang Mempengaruhi Pelajar Merokok 4.3.2.3 Pekerjaan Ibu 4.3.3.2 Kesimpulan 5.1 Perbincangan 5.2 Bahagian A: Latar Belakang Keluarga Responden 4.3.1 Ibu Bapa 5.2.2.4 Faktor Penguatkuasaan Disiplin Merokok Di Sekolah 4.1 Pekerjaan Bapa/Penjaga 4.6 Hubungan Ibu Bapa/Penjaga 4.5 Undang-Undang 59 59 72 73 74 75 76 76 77 .1.3 Tempat Tinggal Responden Semasa Persekolahan 4.5 Hubungan Responden dengan Penjaga 4.4 Pendapatan Ibu 4.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 5.

x 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 5.5 Penutup 78 79 BIBLIOGRAFI 80 LAMPIRAN 85 .

xi SENARAI JADUAL NO.5 3.7 4.1 Pemilihan Sampel Mengikut Sekolah-Sekolah yang Dikaji 31 3.5 4. 45 Respon Pelajar Mengikut Hubungan Ibu Bapa/ Penjaga Respon Pelajar Mengenai Faktor Rakan Sebaya Respon Pelajar Mengenai Faktor Ibu Bapa Respon Pelajar Mengenai Faktor Persekitaran Respon Pelajar Mengenai Faktor Penguatkuasaan Disiplin Sekolah 56 46 47 50 53 .1 4.2 4.4 4.10 4.6 3.3 Taburan Soalan Mengikut Setiap Pembolehubah Skala Likert Pekali Alpha Conbach Analisis Keseluruhan Mengikut Aspek Tahap Pengaruh Setiap Faktor Tahap Purata Min Respon Pelajar Mengikut Jantina Respon Pelajar Mengikut Bilangan Adik-Beradik Respon Pelajar Mengikut Tempat Tinggal Semasa Persekolahan.13 Respon Pelajar Mengikut Pekerjaan Bapa/Penjaga Respon Pelajar Mengikut Pendapatan Bapa/Penjaga Respon Pelajar Mengikut Pekerjaan Ibu Respon Pelajar Mengikut Pendapatan Ibu Respon Pelajar Mengikut Hubungan Responden dengan Penjaga.11 4.6 4.7 4.2: 3. JADUAL PERKARA MUKA SURAT 3. 34 35 36 38 38 38 40 41 41 42 43 44 45 4.12 4.3 3.9 4.8 4.4 3.

xii SENARAI RAJAH NO.1 Fasa Perkembangan Am Merokok 71 . RAJAH PERKARA MUKA SURAT 5.

xiii SENARAI SINGKATAN KPM SPM SPSS SMK WHO : : : : : Kementerian Pendidikan Malaysia Sijil Pendidikan Malaysia Statistical Packages for Social Sciences Sekolah Menengah Kebangsaan World Health Organization .

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. D Jadual Penentuan Saiz Sampel .xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN PERKARA A B Soal Selidik Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di dalam falsafah ini disebutkan dengan jelas di mana pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab (Mohd Salleh. Tingkah laku dan pengamalan akhlak yang baik sangat diharapkan oleh ibu bapa dan juga seluruh masyarakat terhadap generasi pelajar sekarang. Februari 1999). Aspek nilai ini akan diterapkan sama ada secara langsung atau tidak langsung secara bersepadu dan dilaksanakan merentasi kurikulum selain diajar melalui pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi bukan Islam (Dewan Siswa. semua sekolah adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 bagi menggantikan Akta Pendidikan 1961. Walaupun akta pendidikan berubah tetapi pendidikan di Malaysia sekarang adalah tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara.0 Pengenalan Pada era teknologi maklumat yang semakin berkembang sekarang. . Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah adalah untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu yang ada. Matlamat pendidikan pada masa sekarang juga adalah melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran disamping menerapkan aspek nilai seperti yang disebutkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Melalui pendidikan segala tingkah laku dapat berubah dan terbentuk dalam diri pelajar.BAB 1 PENDAHULUAN 1. 2000).

Kegiatan merokok adalah merupakan salah satu aktiviti yang tidak sihat yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah pada hari ini.000 dan 100. Maka terjadilah pelbagai masalah seperti ponteng sekolah. ponteng kelas. berjudi. Wawasan murni yang diharapkan kelak hanya dapat dilihat kepada keratan-keratan akhbar sahaja tanpa berlaku perubahan pada masyarakat jika sekiranya masalah sosial ini tidak diatasi dengan segera dan ditangani dengan sebaik mungkin. Remaja didedahkan dengan pelbagai perkara negatif sama ada melalui media massa.2 kematian setiap jam berpunca daripada perbuatan merokok (Utusan . di negara ini terdapat kira-kira 10.2 Sehubungan dengan itu sekolah. Menurut Mohamed Idris. 1991). Isu kemerosotan moral ini meresahkan ibu bapa yang mempunyai anak serta pihak sekolah yang melaksanakan disiplin. merokok. penagihan najis dadah. melarikan diri dari rumah. mencuri. Berdasarkan catatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara 80.000 kanak-kanak mula merokok setiap hari yang mana separuh daripadanya adalah dari Asia. negara tidak akan mencapai seperti mana yang dikehendaki dalam wawasan 2020 iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (Mahathir. 1.000 kematian yang dikaitkan dengan amalan merokok setiap tahun dan kadar tersebut semakin membimbangkan berdasarkan peningkatan kes. peras ugut serta pergaduhan sama ada secara individu atau berkumpulan. melepak. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan. gangsterisme. ibu bapa dan masyarakat perlu sehaluan dan bergabung tenaga dalam menangani masalah disiplin dan akhlak pelajar. vandalisme. rakan sebaya.1 Latar Belakang Masalah Masalah disiplin dan keruntuhan moral remaja pada hari ini menjadi satu isu yang sering diperkatakan pada hari ini. bohsia dan bohjan. Jumlah tersebut menggambarkan kepada kita terdapat 38 kematian sehari atau 1. alam sekitar serta masyarakat sendiri.

. Tabiat buruk merokok dalam kalangan remaja perlu dikekang dari sekarang kerana amalan itu didapati ketara meresap kuat dalam jiwa generasi muda di negara ini. 11 Februari 2004). Inilah menunjukkan seriusnya masalah merokok dalam kalangan pelajar sekarang. Menurut Dewan Masyarakat (Ogos 1997). media elektronik serta penyebaran poster ke sekolah-sekolah. Tindakan pelajar yang merokok tanpa menghiraukan papan-papan tanda larangan merokok sama ada di dalam kawasan sekolah atau di tempat-tempat awam amatlah ketara ketika ini. 1.3 Malaysia.2 Pernyataan Masalah Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar merokok dalam kalangan pelajar?. 31 Mei 2004). Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan pelajar menjadikan rokok sebagai pengamalan mereka setiap masa. pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan bagi mencegah remaja dari merokok dan penyingkiran pelajar dari sekolah setelah diberi amaran bukanlah tindakan baru oleh Kementerian Pendidikan.6 juta perokok di Malaysia (Berita Harian. Kempen juga dijalankan sama ada melalui media cetak. Mereka tidak takut untuk mengisap rokok terutamanya ketika berada di luar kawasan sekolah serta tempat awam. Perbuatan ini wajar dihentikan bagi membentuk golongan remaja yang sihat demi untuk pembangunan negara pada masa akan datang. Remaja khususnya pelajar pada hari ini sering dikaitkan dengan masalah rokok. Perangkaan menunjukkan antara 50 hingga 60 remaja mula merokok setiap hari dan golongan pelajar merangkumi kira-kira lapan peratus daripada 4.

4 1. (iii) Mengenal pasti pengaruh persekitaran terhadap masalah merokok di kalangan pelajar. . 1. Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini dapat: (i) Membantu pihak pentadbir sekolah menangani masalah merokok di kalangan pelajar sekolah. (iv) Mengenal pasti penguatkuasaan disiplin terhadap masalah merokok di sekolah. (ii) Mengenal pasti pengaruh keluarga terhadap masalah merokok di kalangan pelajar. beberapa persoalan dapat ditentukan seperti: (i) (ii) (iii) (iv) Bagaiamanakah rakan sebaya mempengaruhi pelajar untuk merokok? Bagaimanakah keluarga mempengaruhi pelajar untuk merokok? Bagaimanakah persekitaran mempengaruhi pelajar untuk merokok? Bagaimanakah penguatkuasaan disiplin merokok dijalankan di sekolah? 1.3 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk: (i) Mengenal pasti pengaruh rakan sebaya terhadap masalah merokok di kalangan pelajar.5 Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan dapat mengesan punca-punca yang menyebabkan pelajar merokok.4 Persoalan Kajian Berdasarkan dari objektif kajian di atas.