Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK

)
(copyright) Profesor Isahak Haron 2006

Modul 1: Pengenalan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK): Latar belakang dan Prinsip
Objektif:
y y

supaya guru mengetahui latar belakang dan prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai alternatif kepada kaedah abjad/fonik dan kaedah Seluruh Perkataan. Guru dapat menggunanya dalam modul-modul 6 ± 8.

Seperti yang dihuraikan dalam Modul 2, 3 dan 4, terdapat dua mazhab dan pendekatan besar dalam pengajaran awal membaca bahasa Inggeris, iaitu pendekatan fonik dan pendekatan seluruh perkataan. Pendekatan fonik bermula dengan mengajar kanak-kanak huruf abjad dan bunyinya, kemudian baru membaca perkataan. Pendekatan seluruh perkataan pula terbalik: ia bermula dari mengajar µperkataan¶ kemudian µanalisis perkataan¶ supaya murid tahu suku kata, huruf dan bunyinya. Salah satu sebab pengajaran awal membaca dan menulis tidak mudah ialah kerana sistem ejaannya celaru dan tidak fonemik. Jadi sebenarnya terdapat sekumpulan perkataan yang mudah diajar dalam kaedah fonik, dan sekumpulan lagi lebih berkesan diajar secara seluruh perkataan melalui µpandang dan sebut¶. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan µpendekatan fonik/abjad¶ atau µseluruh perkataan¶ dalam bahasa Inggeris. KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu, yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Cina. a) Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, di mana terdapat dua bunyi. Misalnya, huruf a bunyinya µaa¶, huruf b bunyinya µbh¶, c bunyinya µch¶, d bunyinya µdh¶, m bunyi µmm¶ dan sebagainya. Hanya e mempunyai dua bunyi, iaitu e taling seperti dalam perkataan µemak¶, µenam¶ dan e pepet seperti dalam µekor¶ dan µelok¶. Untuk mengetahui lebih lanjut sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk, Dewan Bahasa dan Pustaka (1991), Pedoman umum ejaan rumi Bahasa

kam pung¶. µbu nga¶. jika ia tidak tahu membacanya. dan b) terus membaca perkataan mudah µbaba. iaitu mengabung µbunyi¶ dengan terus membentuk perkataan dan membacanya. µka kak¶. b) Suku kata Bahasa Melayu jelas. ubi. Dalam kaedah ini murid diberi asas kemahiran untuk a) mengesan (attack) sesuatu perkataan. dalam satu atau dua pelajaran saja. untuk membentuk bunyi suku kata µba bi bu¶. untuk menyatakan perbezaan waktu (past tense. misalnya bunyi µb¶. Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak (atau kepada sesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) boleh dibuat dengan menggabungkan a) pengajaran µbunyi¶ asas (fonem) beberapa huruf vokal µa i u¶ dan bunyi satu atau dua huruf konsonan. misalnya µba tu¶. b) membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu pelajaran. µibu abu¶ yang bermakna. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender (laki. Dewan Bahasa dan Pustaka. µi tu¶. kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran. Dengan ini mereka mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna. baca. kita sudah mengguna apa yang dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK). present tense) seperti dalam bahasa Inggeris. µma kan¶. µse ko lah¶. bibi. µta nya¶ µpe nyu¶ µsu ngai¶ µpan tai¶. ibu abu¶. Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK). c) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Kuala Lumpur. dan frasa seperti µbubu baba¶.µka ki¶.Melayu. Ini penting untuk memberi kemahiran atau kecekapan mereka membaca sendiri perkataan baru. Misalnya setelah murid boleh membaca suku kata µba bi buµ dan µca ci cu¶ dan boleh membaca perkataan µcucu. µjam ba tan¶. µper ja la nan¶ dan sebagainya. dengan melihat bunyi hurufnya dan suku katanya. cuci¶ mereka sendiri akan boleh membaca µcuba¶ dan µbucu¶. Bila kita gabungkan bahagian (a) dan (b) di atas. bubu. Dalam KGBK .laki atau perempuan) untuk menyatakan µbanyak¶ (plural). µbunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi µperkataan¶ dan dibaca. µi tik¶. Kajian kami menunjukkan kebanyakan murid bermotivasi untuk mencuba lagi membaca setelah mereka mula tahu membaca beberapa patah perkataan begini.

µbu kit¶ atau kvk+kv) seperti µlam pu¶ µlembu¶ dan sebagainya. Murid juga tidak perlu diajar semua suku kata terbua seperti ba bi bu be be bo. b. di mana pelajaran yang lalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru. Setiap unit baru berkembang berasaskan unit sebelumnya. Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu. Misalnya. 2. setelah murid belajar membaca µb dan ba bi bu¶ dan perkataan-perkataan daripada suku kata ini seperti µibu baba. Fasa berikutnya murid belajar jenis-jenis perkataan suku katanya diftong (seperti sungai. Ini mengambil masa panjang (2. z seperti dalam kaedah abjad/fonik. y. melawan¶ dan sebagainya. Jika dicantum pula dengan suku kata µba bi bu¶ yang dipelajari sebelumnya.1. murid boleh membina dan membaca perkataan dan ayat seperti µbuku abu. sebelum murid boleh diajar membaca perkataan dan ayat. ca ci cu ce ce co. murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a. abu buka buku¶. kemudian µcerakin¶ perkataan untuk mengenal huruf dan bunyi huruf. Fasa pertama kanak-kanak menguasai membina dan membaca perktaan suku kata terbuka. dsb¶ yang mengambil masa sebulan lagi. murid boleh disambung berikutnya untuk belajar bunyi konsonan µk¶ pula. mem seperti µberjalan¶. 3. Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara sistematik berturutan (sequential) berkembang. seperti dalam kaedah seluruh perkataan. 3 bulan di setengah sekolah). 4. c sampai x. ubi abu¶. . membentuk dan membunyikan suku kata µka ki ku¶ dan terus membaca perkataan atau frasa µkuku kaki aki¶. µmemberi¶. fasa kedua membina perkataan suku kata tertutup (kv +kvk seperti µka sut¶. Dalam KGBK kanak-kanak terus µmembina¶ dan µmembaca perkataan¶ berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pelajaran itu. murid tidak perlu diajar µmengecam seluruh perkataan¶ (pandang dan sebut perkataan) dan menghafal bentuknya. pulau) dan imbuhan seperti ber me.

Langkah-langkah asas dalam pengajaran membaca dan menulis KGBK. 1. 3. suku kata dan perkataan. Bina perkataan dari suku kata (kv + kv). Pendekatan ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dan peningkatan kemahiran membaca dibuat secara berturutan (sequential) dan berkembang (developmental). supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya. untuk membina lagi perkataan seperti baca bucu cuba 6. Fajar Bakti. 5. Bina rangkai kata atau ayat. dan cara menulisnya 2. Bina frasa atau ayat seperti cucu aci. dan buku Bahasa Malaysia. Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya 3. 1990. kerana dalam satu set pengajaranpembelajaran. beserta Panduan Guru. . 5. Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata. ibu¶ 5. diberi dalam Modul 4. Ini didapati lebih mudah dan cepat untuk murid belajar membaca dan menulis. Contohnya adalah seperti dalam buku saya Mari Membaca. Ini bererti unsur µmembunyikan¶ huruf dengan membina dan µmembaca perkataan¶ boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. 2. Murid salin apa yang dibaca. dan Mudah Membaca Bahasa Melayu. Pelajaran berikutnya 1. 4. dan buku Ceria 2M terbitan Ilmu Bakti. µbunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi µperkataan¶ dan dibaca. 2003. seperti µbaba bibi bubu babu. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya. frasa atau ayat bermakna. Utusan Publications. 4. Pada akhir setiap pelajaran kanak-kanak µboleh¶ membaca µperkataan¶. Murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajar membaca. iaitu murid menulis apa yang dibaca. ibu cuci ubi. Perkenalkan bunyi vokal mudah a i u. Fajar Bakti. Murid menulis menyalin apa yang mereka baca: huruf. Semua langkah di atas dibuat dalam satu atau dua pelajaran saja. 6 dan 7. untuk pra sekolah. seperti µibu abu. misalnya µc¶ Bina suku kata ca ci cu Bina perkataan kvkv seperti µcaca cucu cuci aci acu¶ Guna suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu. dsb 7. siri Genius. Ulang pelajaran unit yang lalu Perkenalkan huruf konsonan baru. Contoh langkah-langkah pengajaran KGBK secara terperinci seterusnya. 1982. babu baba¶ 6.

tetapi ibu bapa masih tidak puas hati dan mahu anak mereka diajar a b c. kumulatif dan sistematik ini memudahkan guru mengajar 2M dan memudah murid belajar 2M bahasa Melayu. atau µpendekatan eklektik¶ yang diguna sekarang untuk mengajar Bahasa Inggeris.. Ini menyusahkan dan melambatkan kebolehan kanak-kanak membaca . Pendekatan KGBK ini juga tidak memulakan pengajaran membaca dengan memperkenalkan µperkataan¶ (whole word) dahulu dan kemudian µmencerakinkannya¶ menjadi suku kata dan µbunyi¶ setiap huruf. c . Kemahiran murid mendengar dan bertutur terselit secara informal semasa guru dan murid. supaya mereka mudah membaca.. µpendekatan seluruh perkataan¶.. Kepercayaan ini didasarkan kepada pengalaman mereka diajar dan belajar membaca di zaman kanak-kanak dahulu. lima hari seminggu mengikut susunan KGBK dalam buku itu. Ini juga melambatkan dan menyusahkan setengah murid dan mereka akan tercicir.. sampai. murid itu tidak boleh diajar membaca Bahasa Melayu. Guru tentu sekali harus mengajar murid menyebut sesuatu perkataan itu dengan sebutan standard. atau menyanyi semasa mengajar 2M. ada kaedah dan teknik tertentu khusus untuk mengajar kanak-kanak ¶membaca dan menulis¶ pada peringkat permulaan. dan menokok tambah aktiviti untuk . Nota: Ada guru mengguna kaedah dan buku Awal Membaca Siri Genius Fajar Bakti 2006 atau buku yang umpama dalam pengajaran mereka.x y z mengikut susunan dalam abjad. Ibu bapa juga percaya anak-anak hendaklah diajar a b c dahulu sebelum boleh diajar membaca. b. Maka kadang-kadang timbul konflik di antara guru tadika yang mengajar kanak-kanak membaca mengguna KGBK (dan kanak-kanak itu boleh membaca ). Dalam kaedah abajd / fonik.. Nota Dalam pengajaran 2M kita perlu juga mengajar kemahiran berbahasa lain. Ramai guru masih percaya kuat bahawa kalau murid µtidak kenal huruf abjad. murid perlu belajar dahulu nama huruf dan bunyi semua huruf a b c«sampai «x y z sebelum mereka diajar membaca perkataan. Begitu juga guru yang mengajar Bahasa Inggeris. mendengar dan bercakap. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) digubal secara sistematik untuk mengajar kanak-kanak 2M. z dahulu sebelum membaca. jika diajar sejam sehari. Pendekatan µgabungan¶ dan susunan bahan secara kumulatif seperti dalam KGBK ini tidak mungkin berlaku dalam µpendekatan abjad/fonik¶. supaya murid seronok belajar. Dari pemerhatian dan laporan guru. Pendekatan KGBK menyatakan bahawa tidak perlu dipisahkan µsequence¶ antara mengenal µbunyi-huruf¶ dengan membina-dan-membaca µperkataan¶. murid dan murid berbual. murid boleh membaca dengan lancar µcerita mudah¶ dalam tempoh kurang dari tiga bulan.x. y. susunan bahan pengajaran-pembelajaran secara berturutan (sequential) dan µdevelopmental¶. frasa atau ayat. Walau pun terdapat pendekatan gabung jalin sebagai µpendekatan am¶ untuk mengajar bahasa.Dari kajian kami. iaitu mendengar dan bertutur. Guru hendaklah membina keempat-empat kemahiran berbahasa ini. Guru hendaklah juga selang selikan aktiviti pengajaran membaca dengan membaca kuat (read aloud) buku kepada murid. iaitu mengenal huruf abjad a.

ia akan menjadi bekalan dan asas untuk µpendidikan sepanjang hayat¶. dan murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah. dalam tahun 1979. dan tatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebih kompleks dalam Bahasa Inggeris. dan kanak-kanak terus membaca perkataan. dan memperkenalkan Kaedah . terutama di Sekolah Kebangsaan yang tidak boleh membaca. Setelah asas awal membaca dikuasai oleh murid. dan buku pilihan. puisi. maka fasa seterusnya ialah murid diberi dorongan dan peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita. dan kurang latihan. Saya berpendapat mungkin salah satu sebeb kenapa ramai murid tidak boleh membaca ialah kerana kaedah pengajaran 2M yang kurang berkesan. Kertas bertajuk ³Beberapa Kaedah Mengajar MuridMurid Membaca Bahasa Malaysia di Peringkat Awal. ada pengarang yang mengarang dan menerbitkan buku berdasarkan pendekatan ini. Dari tijauan saya saya dapati kebanyakan guru mengguna µkaedah abjad¶. Pada 8 ± 10 Disember 1979 saya membentang satu kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan. saya pun berfikir bagaimanakah ini boleh terjadi.´ . supaya mereka terus membaca sendiri. Maka dengan mengguna pengetahuan teori dan amalan pengajaran Bahasa Melayu yang saya ada untuk menggubal satu kaedah yang boleh menggabung pendekatan µfonik¶ (berasaskan bunyi) dan pendekatan µseluruh perkataan¶. dan dakwaan orang lain yang mereka mencipta atau menggubah kaedah KGBK ini. Sejak kebelakangan ini. Sedikit tentang latar belakang dan sejarah KGBK: Bila dan bagaimanakah KGBK digubal? Untuk mengelak daripada kekeliruan tentang sejarah dan asal usul Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini. iaitu kaedah seluruh perkataan yang popular di kalangan guru yang mengajar bahasa Inggeris di peringkat awal. Ini amat digalakkan.memperkayakan pembelajaran. Ringkasnya Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita boleh menggabungkan proses mengajar µmengenal bunyi-huruf¶ dengan µmembina-dan-membaca perkataan¶ dalam satu atau dua pelajaran. suku katanya jelas. dengan memberi berbagai nama untuknya. saya perturunkan sedikit sejarah pembinaan kaedah ini dan penerbitan buku-buku saya tentang kaedah ini. frasa atau ayat. Jika ini berlaku. Sebahagian kecil mengguna kaedah µpandang dan sebut¶ (look and say). dan tertanam tabiat dan minat membaca. Dalam kertas ini saya meninjau beberapa kaedah mengajar membaca BM di peringkat awal. bahawa 30 .40% murid di sekolah rendah. Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasa pertama untuk memudahkan murid mula belajar membaca. kerana pada pendapat saya bahasa Melayu sangat mudah untuk diajar membaca dan menulisnya. terutama huruf tulisan rumi. Setelah membaca laporan dalam akhbar. di mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik. Ia digubal atas keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu.

sebagai lanjutan kepada buku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia di atas. untuk murid Tahun 1. ‡ Kertas kerja ini diterbit dalam Jurnal Dewan Bahasa Jilid 24 Bil. Julai 1980. Kaedah ini dianggap berguna dan dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam Buku Panduan Am. * Kaedah Gabungan Bunyi-Kata dijadikan asas untuk Panduan Guru Bahasa Malaysia KBSR Tahun I (Jun 1981) untuk SRJK Cina dan SRJK Tamil. Kaedah yang menjadi pegangan ialah µ Kaedah Cerakin¶ (yang dianggap sebagai kaedah PPK) dan Kaedah Abjad. 63 ± 69. ( lihat Lampiran 1). 7. sebagai panduan guru mengajar.Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai cadangan untuk mengatasi ramai murid di sekolah rendah. ‡ 1982 Utusan Publications menerbitkan buku saya µMari Membaca¶ yang mengguna kaedah KGBK ini (lihat contoh Lampiran 2). ms. juga diterbitkan oleh Fajar Bakti * 2003 buku Bahasa Malaysia 1 ± 6 Siri Genius (beserta Panduan Guru) diterbitkan oleh Fajar Bakti. 1981. ‡ 1990 buku Mudah Membaca Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Fajar Bakti. Buku ini banyak diguna di tadika swasta di bandar-bandar. * 2001 buku Ujian Membaca dan Menulis 1 & 2 yang diedit dari buku asal pada 1990. Pemerhatian rambang guru mendapati kaedah ini berkesan. Buku ini digunakan di setengah Sekolah SRJK Cina dan Tamil. * 2001 buku di atas telah diedit semula dan diterbit oleh Fajar Bakti dalam siri Tadika Fajar Bakti. terutama di Sekolah Kebangsaan. ‡ Tetapi Panduan Guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun 1 (1981) bagi Sekolah Kebangsaan tidak mengguna KGBK untuk mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1. di Jalan Duta. (Lihat contoh Lampiran 3). untuk membina bahan pengajaran/pembelajaran mengguna kaedah ini. dengan jodol Mudah Membaca dan Menulis 1 & 2. * 1986 Fajar Bakti menerbitkan buku saya Kegiatan Tadika 2: Mari Membaca untuk tadika. yang tidak boleh membaca. untuk dicuba di sekolah kebangsaan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah. (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia. ‡ Bulan April 1980 Kaedah ini dibentang di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). untuk prasekolah (Lihat Lampiran 4) . ‡ Pada Februari 1980 satu bengkel diadakan bersama guru-guru sekolah kebangsaan di Kuala Terengganu. Guru mendapati ia mudah diguna. dan murid mudah belajar 2M.

Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu: Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata untuk Prasekolah dan untuk Pemulihan (2004) Abstrak Kajian ini menyemukakan pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) untuk pengajaran-pembelajaran membaca dan menulis Bahasa Melayu peringkat awal (early reading and writing). Pendekatan KGBK menyatakan bahawa pengajaran membaca BM boleh dibuat dengan mengajar kanak-kanak µbunyi¶ beberapa huruf vokal dan konsonan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelajar boleh merujuk artikel dan buku-buku di atas untuk melihat contoh-contoh bahan p & p dan alat ujian. Kajian juga dibuat di UPSI misalnya kajian (Laporan. menjadikannya suku kata dan terus membina dan membaca µperkataan¶ atau frasa atau ayat. sebagai alternatif kepada model atau pendektan µAbjad/Fonik¶ dan pendekatan µSeluruh Perkataan¶ ( whole word). kemajuan kebolehan membaca 326 orang murid di tadika ini agak ketara. yang bertajuk dan abstraknya di bawah. Kanak-kanak prasekolah dan murid µpemulihan¶ dengan mudah boleh diajar membaca Bahasa Melayu dalam jangka masa yang pendek. Dalam Safiah Osman (ed). Membaca : Satu Pengenalan.* 1996 Dewan Bahasa dan Pustaka terbitkan buku saya µBahasa Malaysia¶ Tahun 1. suku kata perkataan bahasa Melayu yang jelas. dalam satu dua pelajaran saja. untuk menguji keberkesanan model atau pendektan KGBK. Berita Publishing. dan tatabahasa Melayu agak mudah berbanding dengan sistem ejaan dan tatabahasa bahasa Inggeris. Kuala Lumpur. konteks pengajaran kanak-kanak prasekolah di 12 tadika Kemas di Hulu Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka (1991). Kajian empirikal. dibuat dalam dua konteks: pertama. menggunakan kaedah ini. 2004). Mengajar Membaca Peringkat Awal. Beberapa kajian dibuat tentang keberkesanan kaedah KGBK (untuk huruf rumi dan jawi) oleh pelajar disertasi sarjana pendidikan. iaitu sistem ejaannya fonemik (terdapat hubungan yang jelas antara bunyi dan simbol (huruf) (sound-simbol relationship). yang banyak diperkatakan dalam pengajaran membaca Bahasa Inggeris sejak lebih lima puluh tahun lalu. Rujukan tambahan * Isahak Haron (1990). Setelah tiga bulan guru tadika Kemas mengajar kanak-kanak membaca dan menulis mengguna KGBK. Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu. KGBK ini diasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Untuk mengetahui sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk. Konteks kedua ialah di mana KGBK digunakan oleh guru-guru pendidikan khas untuk µmemulihkan¶ murid sekolah rendah di Perak dan Pulau Pinang yang µtidak boleh¶ membaca atau .

dapatan kajian keberkesanan KGBK ini µmenolak¶ anggapan bahawa terdapat µkonflik¶ antara kaedah µfonik¶ dan kaedah µseluruh perkataan¶ seperti yang terdapat dalam pengajaran awal membaca Bahasa Inggeris. berbanding dengan golongan guru yang mengguna µseparuh saja¶ Kaedah ini. Dipos oleh Siti Salamah Mohd Yusof pada pukul 12:35 PM E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook . dan untuk µmemulihkan¶ masalah µtidak boleh membaca¶ pelajar sekolah rendah dengan berkesan.lemah membaca. atau untuk mengajar µmemulih¶ murid yang µtidak boleh¶ atau lemah membaca BM di sekolah rendah. Dapatan dari kajian penggunaan KGBK di kedua-dua konteks menunjukkan yang KGBK berkesan sebagai kaedah alternatif kepada kaedah yang guru amalkan sekarang untuk mengajar murid prasekolah membaca. KGBK merupakan model Ketiga dan pendekatan alternatif yang berasas dan µviable¶ untuk pengajaran awal membaca Bahasa Melayu atau bahasa-bahasa yang seumpama Bahasa Melayu. Aplikasi praktikal dapatan kajian ini ialah KGBK boleh diguna untuk mengajar kanak-kanak prasekolah dan Tahun 1 membaca dan menulis Bahasa Malaysia dengan lebih mudah dan cepat. Soalselidik survey digunakan untuk mendapat repons dan penilaian tentang keberkesanan KGBK daripada sampel 75 orang guru pendidikan khas sekolah rendah di tiga daerah pendidikan: PPD Hilir Perak. Dapatan menunjukkan kumpulan guru yang mengguna µsepenuhnya atau sebahagian besar¶ KGBK mendapati Kaedah ini mudah dan berkesan untuk µmemulih¶ murid membaca dan menimbulkan minat mereka membaca. Dari segi sumbangan kepada teori atau model pengajaran awal membaca. PPD Kerian dan PPD Timur Laut Pulau Pinang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful