You are on page 1of 27

MODUL BIMBINGAN KELOMPOK MENINGKATKAN POTENSI DIRI DISEDIAKAN OLEH: MOHD ISKANDAR SHAH BIN KAMARUDDIN 135947 MOHD

ZAIDI BIN ABDUL RASHID 135987 BAC. PEND. BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEM 3 PENSYARAH: EN. WAN MARZUKI

ISI KANDUNGAN
BIL. PRAKATA PENGENALAN Modul aktiviti 1 Modul aktiviti 2 Modul aktiviti 3 Modul aktiviti 4 Modul aktiviti 5 Modul aktiviti 6 Modul aktiviti 7 Modul aktiviti 8 Modul aktiviti 9 Modul aktiviti 10 BIBLIOGRAFI MUKA SURAT 1 2 - 4 5 - 6 7 - 8 9 - 10 11 - 12 13 - 14 15 - 16 17 18 - 19 20 - 22 23 24 25

PRAKATA Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan kepada En. Wan Marzuki. Bersyukur kami kepada Allah kerana dengan izinNya, akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya, iaitu Pembinaan Modul Latihan Bimbingan Kelompok. Terlebih dahulu kami berdua mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat En. Wan Marzuki kerana memberi tunjuk ajar, dan nasihat yang berguna kepada kami dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Banyak halangan yang kami tempuhi dalam proses menyiapkan tugasan ini. En. Wan juga dapat membentuk Kehidupan kami sebagai pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga sahsiah. Semoga Allah merahmati dan memberkati En. Wan Marzuki dan sekeluarga. Tidak lupa kepada insan yang telah mendidik kami dari kecil lagi, iaitu ibu bapa kami, yang sentiasa doakan kejayaan kami. Terima kasih atas segalanya. Doa kami, moga Allah melindungi, merahmati dan menempatkan diri kalian di kalangan hamba-hambaNya yang diredhai. Untuk sahabat-sahabat yang banyak membantu, terima kasih atas segalanya. Sesungguhnya, perjuangan kita masih belum selesai. Wassalam.

PENGENALAN Bimbingan merupakan satu proses pembelajaran yang bertujuan untuk perkembangan potensi individu yang paling maksimum (Robert D.Myrick, Ph.D, 1987). Bimbingan boleh dilakukan secara individu atau berkelompok. Terdapat banyak program bimbingan yang dijalankan dan alat bantuan yang digunakan dalam menjalankan program bimbingan tersebut, salah satu alat bantuan ialah modul. Greager dan Murray (1985) menyatakan bahawa modul adalah satu unit pengajaran yang lengkap dan bebas dengan fokus utamanya ialah untuk mencapai beberapa objektif yang telah dinyatakan. Kamdi Kamil (1990) pula mentakrifkan modul sebagai satu pakej pengajaran dan pembelajaran atau pukal belajar sendiri yang lengkap dengan komponen-komponen pengajaran pembelajaran seperti objektif, bahan dan aktiviti pembelajaran, aktiviti penilaian serta arahan dan tatacara yang sistematik supaya pelajar dapat mengikuti langkah demi langkah bagi menguasai sesuatu unit pembelajaran dan boleh dijalankan secara individu (Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad, 2005). Terdapat beberapa jenis modul dan pendapat yang berbeza berkaitan dengan jenis modul ini. Antaranya, Amrstrong (1973) telah membahagikan modul kepada tiga jenis, iaitu modul permohonan, modul prosedur dan modul struktur. Dalam bimbingan kelompok terdapat beberapa jenis iaitu, kelompok perbincangan, kelompok maklumat, kelompok melaksanakan sesuatu tugas, kelompok latihan, kelompok kaunseling, dan kelompok psikoterapi.

Sasaran kami untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dalam modul yang dicipta ini ialah pelajar sekolah menengah kerana menyedari hakikat bahawa pelajar sekarang perlu bersaing untuk menempatkan peluang belajar di universiti. Jadi dengan ini, pelajar perlu membuktikan dengan mendapat keputusan

yang cemerlang dalam peperiksaan. Ini membuktikan dengan berbekalkan keputusan yang cemerlang dalam akademik sahaja tidak mencukupi untuk menunjukkan potensi pelajar itu berjaya di universiti atau lebih tinggi, Oleh itu, pelajar terbaik adalah cemerlang dalam akademik dan kokorikulum perlu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran komunikasi, kemahiran bekerjasama dalam kumpulan, berkepimpinan dan pelbagai kemahiran lain. Dalam modul kami ini terdapat aktiviti-aktiviti yang mengandungi kemahiran tersebut dan mampu untuk membantu pelajar sedikit sebanyak. Dalam modul ini kami memilih Modul Meningkatkan Potensi diri. Di mana pelajar-pelajar dapat membentuk personaliti yang terbaik dalam

menjalani kehidupan seharian.

OBJEKTIF MODUL Selepas, selesai mengikuti modul ini, pelajar-pelajar : 1) Meningkatkan keyakinan diri sewaktu berkomunikasi dengan orang ramai. 2) Menyedari halangan dan dugaan dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah pada masa kini. 3) Menyedarkan para peserta betapa pentingnya bekerja dalam satu kumpulan kerana apabila bersatu padu dalam satu kumpulan, maka semua masalah dapat diatasi. 4) Melatih diri untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan hidup sebagap bakal pemimpin pada masa hadapan. 5) Melatih diri supaya berfikiran kreatif dan kritis apabila berhadapan dengan sesuatu isu. 6) Mempertingkatkan keyakinan diri dan menganggap diri mereka adalah yang terbaik.

KUMPULAN SASARAN Para pelajar sekolah menengah KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Percambahan pendapat 2. Penerangan fasilitator 3. Aktiviti kumpulan

MODUL AKTIVITI 1 Nama Aktiviti Masa Bahan Objektif : Ice Breaking : 1 jam : Pen, Pensil & Kertas : 1) Mengenali serta mewujudkan hubungan yang baik antara ahli. 2) Melatih kemahiran berinteraksi secara

interpersonal di kalangan ahli kelompok. 3) Melatih diri menjadi lebih berani apabila berdepan dengan masyarakat. 4) Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar lebih baik. Prosedur : 1) Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al Fatihah bagi yang Muslim dan bagi yang bukan Muslim,

mereka diminta bertafakur sebentar. 2) Fasilitator akan memperkenalkan diri kepada ahliahli kelompok sebelum memulakan aktiviti. 3) Seterusnya fasilitator memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. 4) Selepas itu, fasilitator mengedarkan bahan-bahan aktiviti kepada setiap ahli. 5) Ahli-ahli kelompok dikehendaki melukis lambang pengenalan diri masing-masing. Setiap ahli

diperuntukkan

masa

selama

minit

dalam

menyiapkan tugasan yang diberikan. 6) Seterusnya setiap ahli diminta supaya

membentangkan hasil kerja yang dilakukan secara individu itu kepada ahli-ahli kelompok yang lain. 7) Semasa proses pembentangan dilakukan ahli-ahli kelompok yang lain bebas mengutarakan soalan mengenai diri ahli yang membuat pembentangan. 8) Setelah setiap ahli selesai membentangkan hasil tugasan masing-masing, fasilitator mengutarakan kesimpulan aktiviti tadi. 9) Fasilitator memberitahu bahawa setiap insan adalah unik dan mempunyai kesitimewaan yang tersendiri. 10)Peserta akan belajar menghormati dan

menghargai diri dan orang lain. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap ahli kelompok memberi perhatian dilakukan. 11)Fasilitator membuat konklusi aktiviti. semasa proses pembentangan

Falsafah

: Mengenali keistimewaan diri sendiri dan orang lain

seperti berada di puncak bukit,harganya tidak ternilai

MODUL AKTIVITI 2 Nama Aktiviti Masa Bahan Objektif : Diriku Seorang Bisu : 1 jam : satu bilik kosong : 1) Mempertingkatkan keyakinan diri dan

menganggap diri mereka adalah yang terbaik. 2) Mengetahui berkesan. 3) Menilai kepentingan kerjasama di dalam sesuatu kelompok. Prosedur : 1) Aktiviti dimulakan dengan membaca surah AlFatihah bagi yang muslim dan bagi yang bukan muslim mereka diminta bertafakur sebentar. 2) Fasilitator memanggil salah seorang daripada ahli kelompok yang paling kacak atau cantik. 3) Peserta yang sukarela mengaku diri mereka kacak atau cantik di kehendaki masuk ke dalam sebuah bilik yang kosong. 4) Fasilitator memberi satu ungkapan teknik-tenik komunikasi yang

peribahasa kepada peserta sukarela tersebut. Contoh, hangat-hangat tahi ayam. 5) Peserta tersebut dikehendaki menyampaikan

peribahasa tersebut kepada seorang rakan yang

lain tanpa menggunakan percakapan lisan dan hanya menggunakan gaya serta pergerakan tubuh badan sahaja. 6) Peserta yang kedua dikehendaki

menyampaikan pribahasa tersebut dengan syarat yang sama kepada peserta yang ketiga dan seterusnya secara bergilir-gilir. 7) Seorang fasilititor memantau pergerakan

peserta dalam bilik tersebut agar peserta tidak melanggar syarat aktiviti. 8) Peserta terakhir dikehendaki memberitahu

pribahasa yang diterima kepada ahli kelompok. 9) Fasilitator seterusnya mengesahkan

pribahasa yang disampaikan oleh peserta yang terakhir. Jika tidak benar, fasilitator memberitahu peribahasa yang sebenar kepada peserta. 10) Fasilitator membuat rumusan tentang

aktiviti yang telah dijalankan.

Falsafah

: Komunikasi berkesan asas perpaduan

MODUL AKTIVITI 3 Nama aktiviti Masa Bahan : Menuju ke puncak Everest : 1 jam : 2 helai kertas mahjung, 10 helai kertas A4, pita pelekat dan gunting. Objektif : 1) Menggunakan daya kreativiti dalam membuat sesuatu perancangan. 2) Menyedari hakikat kegagalan dalam mengejar cita-cita. 3) Menyedari betapa tingginya harapan ibu bapa terhadap masa depan mereka. 4) Dapat membentuk sifat kerjasama antara ahli kumpulan. 5) Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan Prosedur : 1) Aktiviti dimulakan dengan membaca surah AlFatihah bagi yang muslim dan bagi yang bukan muslim mereka diminta bertafakur sebentar. 2) Ahli kelompok dibahagikan kepada dua kumpulan. 3) Setiap kumpulan disediakan dengan sehelai kertas mahjung, 5 helai kertas A4, pita pelekat dan gunting.

4) Setiap kumpulan dikehendaki membina sebuah menara setinggi dan secantik yang mungkin serta sekukuh yang boleh. 5) Setelah selesai, fasilitator akan menguji tahap pengukuhan menara yang telah dibina dengan meniup menara tersebut. 6) Fasilitator menerang dan memprovok binaan yang telah dihasilkan oleh peserta dengan mengaitkan matlamat atau cita-cita masing-masing. 7) Seterusnya, fasilitator bertindak meroboh dan memusnahkan binaan tersebut bagi meningkatkan kemarahan peserta. 8) Peserta diberi peluang untuk meluahkan perasaan mereka apabila hasil binaan mereka diruntuhkan. 9) Fasilitator membuat rumusan dengan mengaitkan binaan yang musnah tersebut bagaikan harapan ibu bapa yang tinggi terhadap mereka tetapi mereka telah mensia-siakannya.

Falsafah

: Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih

tidak akan datang melayang.

MODUL AKTIVITI 4 Nama aktiviti Masa Bahan Objektif : Cita-cita saya : 1 jam : alat tulis dan kertas A4 : 1) Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mencapai cita-cita mereka. 2) Pelajar dapat berfikir cita-cita beliau pada masa akan datang. 3) Dapat mengatur langkah-langkah agar berjaya dengan cita-cita yang diinginkan. Prosedur : 1) Aktiviti dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah bagi yang muslim dan bagi yang bukan muslim mereka diminta bertafakur sebentar. 2) Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta. 3) Fasilitator menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh peserta. 4) Pelajar menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita tanpa pengetahuan rakanrakan. 5) Setelah selesai menyenaraikan, secara rawak pelajar membacakan kaedah-kaedah yang ditulis oleh mereka.

6) Fasilitator

menyenaraikan

semua

kaedah-kaedah

tersebut di papan tulis.

Falsafah

: Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang

betul, berterusan dan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.

MODUL AKTIVITI 5 NAMA AKTIVITI MASA BAHAN OBJEKTIF : Fantasi kejayaan : 45 minit : Tiada : 1) Supaya peserta dapat meningkatkan konsep diri. 2) Supaya peserta dapat menikmati erti dan perasaan sesuatu kejayaan. 3) Otak pelajar dapat berfikir pada masa akan datang. 4) Timbul celik akal untuk berjaya. PROSEDUR : 1) Aktiviti dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah bagi yang muslim dan bagi yang bukan muslim mereka diminta bertafakur sebentar. 2) Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan memejam mata, tarik nafas dan hembusan (beberapa kali). Cuba bertenang. 3) Cuba bayangkan suatu hari anda berasa amat gembira sekali sepanjang hidup anda. Tumpukan perhatian pada suatu kejayaan waktu itu. 4) Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia berlaku ? Adakah anda mencapainya secara

berseorangan atau dengan bantuan orang lain ? Adakah anda merancang untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan. 5) Sekarang sedarkan diri anda.

6) FALSAFAH

Minta peserta berkongsi kejayaan masing- masing

: Setiap individu perlu yakin mereka akan berjaya jika

berusaha dengan bersungguh-sungguh.

MODUL AKTIVITI 6 NAMA AKTIVITI MASA BAHAN OBJEKTIF : Rantaian Bing Bong : 45 minit : 2 kotak pencil : 1) Meningkatkan kemahiran komunikasi. 2) Memupuk semangat kerjasama diantara ahli

kumpulan 3) Mempertingkatkan kemahiran menerima

maklumat dan menyebarkan maklumat. PROSEDUR : 1) Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan duduk dalam satu bulatan besar. Fasilitator akan bertindak sebagai ketua kumpulan untuk memberikan arahan. 2) Fasilitator akan memberi kotak pensel kepada orang kanannya dengan berkata this is a bing. Ahli yang terima kotak pensil mesti bertanya what? 3) Fasilitator akan membalas A bing. Penerima akan membalas A bing, thank you sambil terima kotak pensil. 4) Pemegang kotak pensil diberikan pula pada orang kanan yang seterusnya. Mengikut putaran lawan jam. Ulang langkah 2 dan 3 tetapi pertanyaan akan

dilontarkan secara berantai kepada ketua begitu juga jawapan akan diberikan secara berantai melalui ahli. 5) Kotak pensil yang satu lagi diberikan kepada orang disebelah kiri. Mengikut putaran Dialog yang sama akan diberikan tetapi bing akan ditukarkan kepada bong. Prosuder sama seperti 2, 3, dan 4 sehingga kedua-dua kotak pensil kembali kepada ketua dengan melalui satu putaran lengkap. 6) Minta ahli berkongsi pendapat masing- masing. FALSAFAH : kecelaruan dalam penyampaian maklumat akan

menyukarkan makna yang ingin disampaikan.

Fasilitator

MODUL AKTIVITI 7 Nama aktiviti Masa Bahan Objektif : Garisan hidupku : 1 jam : alat tulis dan kertas A4 : 1) Mengingatkan kembali ahli-ahli kelompok tentang pengalaman lepas. 2) Menghargai kejayaan dan kegagalan yang dilalui 3) Menjadikan perkara yang telah dilalui sebagai

pemangkin dalam mencapai matlamat hidup. Prosedur : 1) setiap pelajar dikehendaki untuk melukiskan graf hidup berdasarkan pengalaman mereka sendiri. 2) Lajur Y mewakili perasaan bermula dari -20 hingga 20. manakala lajur X mewakili umur mereka yang bermula dengan 0 hingga umur sekarang. 3) Pelajar dikehendaki melukiskan graf tentang masam manis pengalaman yang dilalui mengikut tahun. 4) Setelah semua pelajar selesai, mereka diminta menceritakan tentang graf hidup mereka. Ahli

kelompok digalakkan bertanyakan soalan. Falsafah diri seseorang. : Segala pengalaman yang dilalui lebih mendewasakan

MODUL AKTIVITI 8 Nama aktiviti Masa Bahan Objektif : Aku bukan mat jenin : 40 Minit : Kertas A4, pensel warna, pen/pensel, : 1) Melahirkan ahli kelompok yang mampu melahirkan idea serta cadangan yang bernas dan rasional 2) Memberi peluang ahli bersuara dan memberi

pendapat,seterusnya menjana kekuatan dalaman ahli 3) Memupuk keyakinan diri di kalangan ahli kelompok Prosuder : 1) Setiap ahli kelompok akan diberi kertas A4. 2) Fasilitator meminta ahli kelompok melukis objek yang paling penting dalam kehidupan seharian. 3) Fasilitator meminta ahli kelompok menerangkan tentang lukisan masing-masing dan memberi alasan atau sebab mereka memilih objek tersebut. 4) Rakan-rakan lain diminta untuk bertanyakan soalan kepada ahli kelompok. 5) Setelah giliran untuk menerangkan tentang lukisan mereka tamat, ahli kelompok diminta untuk berbahas

dan menegakkan bahawa objek yang dipilih oleh masingmasing adalah paling penting. 6) Kaunselor akan memastikan setiap ahli bercakap dan tidak pasif

7) Kaunselor meminta ahli memberi pandangan tentang tujuan aktiviti tersebut diadakan dan apakah manfaat yang diperolehi oleh setiap ahli 8) Fasilitator membuat rumusan tentang aktiviti. Setiap ahli seharusnya mempunyai keyakinan dalam menentukan setiap kenyataan atau setiap idea yang mereka utarakan. Memupuk semangat berkerjasama di kalangan ahli kelompok. Ahli perlu sedar bahawa setiap manusia

mempunyai hak untuk bersuara.

Falsafah

: Selagi tak dipecahkan ruyungnya, bagaimana untuk

mendapatkan sagunya.

MODUL AKTIVITI 9 Nama aktiviti Masa Bahan Objektif : Seharian Dalam Kehidupan Saya : 1 jam : Kertas A4, borang pengurusan masa, pen. : Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat 1. membuka minda dan fikiran tentang pentingnya pembahagian masa mengikut kepentingan. 2. Menetapkan jadual harian yang wajib dengan mengutamakan tugasan yang segera dan penting. 3. Menguruskan kehidupan harian dengan baik dan sistematik. Prosuder : 1. Fasilitator mengedar kertas A4, pen dan boring pengurusan masa kepada setiap peserta. 2. Fasilitator memberi penerangan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan. 3. Peserta dikehendaki mengisi borang yang telah diedarkan. 4. Setelah selesai mengisi borang, setiap peserta menyampaikan kepada ahli kelompok berkaitan dengan jadual yang telah diisi. 5. Setelah setiap peserta mengambil bahagian, para peserta berbincang antara mereka berkenaan kepentingan keutamaan aktiviti seharian.

6. Peserta dikehendaki berbincang antara mereka berkenaan pengurusan masa dari sudut akademik dalam aktiviti seharian. 7. Hasil perbincangan, peserta dikendaki membuat jadual aktiviti seharian mereka. Jadual tersebut akan menjadi rujukan sepanjang kehidupan

seharian mereka. 8. Fasilitator membuat rumusan berkaitan

kepentingan pengurusan diri dan masa mengikut kepentingan-kepentingan. Falsafah : kecemerlangan pengurusan masa pembentuk peribadi unggul dalam meningkatkan potensi diri.

Lampiran : Borang pengurusan masa

SEGERA

TIDAK SEGERA

PENTING

TAK PENTING

MODUL AKTIVITI 10 Nama aktiviti Masa Bahan Objektif : Muhasabah Diri : 1 jam : kertas A4 dan pen : 1) Mengingat kembali semua aktiviti yang telah mereka lalui iaitu aktiviti pertama hingga aktiviti sembilan. 2) Kesedaran tentang peranan mereka sebagai hamba Allah yang taat, anak yang soleh dan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 3) Merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli kelompok dan fasilitator. 4) Ahli kelompok menyedari tugas mereka sebagai pelajar berat. Prosedur : 1) Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al Fatihah bagi yang Muslim dan bagi yang bukan Muslim, mereka diminta bertafakur sebentar. 2) Ahli kelompok sama-sama memberi pendapat tentang input yang telah diperolehi sepanjang sesi yang telah dijalankan sebelum ini. 3) Aktiviti diteruskan dengan refleksi diri. Dimana ahli kelompok diminta untuk menutup mata. 4) Ahli kelompok diminta untuk kosongkan fikiran, tenangkan hati, dan ikhlaskan diri dalam menjawab

soalan yang akan diutarakan oleh fasilitator. Ahli kelompok diminta untuk merenung kembali kesalahan mereka dan dosa-dosa yang pernah mereka lakukan 5) Ahli kelompok diminta untuk membuka mata 6) Seterusnya fasilitator akan memberikan ahli kelompok sehelai kertas A4 dan pen. 7) Setiap ahli kelompok diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka. 8) Setelah selesai perbentangan, fasilitator akan

merumus tentang aktiviti yang terakhir ini. 9) Aktiviti diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan surah Al-Asr bagi ahli yang beragama Islam dan bagi yang bukan Islam, diminta bertafakur sebentar 10)Fasilitator dan ahli kelompok bermaaf-maafan.

Falsafah

: Manusia Bukanlah Maksum seperti Nabi-Nabi ALLAH,

Tapi Ini Bukan Alasan Untuk Kita melakukan Kesilapan.

RUJUKAN Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Hj Muhammad Zakaria (2005) Petua Pelajar Cemerlang,Cheras, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd

Mohamed Fadzil Che Din. (2005). Modul Umum dalam Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Kelompok. Universiti Putra Malaysia.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A. Kassim (2001). Permainan kreatif untuk guru dan jurulatih, Karya Bestari Sdn. Bhd. : Shah Alam.

Sidek Mohd Noah, Jamaluddin Ahmad. 2005. Pembinaan Modul. Universiti Putra Malaysia. SERDANG: Penerbit UPM.

You might also like