Modul 1: Pengenalan Kaedah Gabungan BunyiKata (KGBK): Latar belakang dan Prinsip

Objektif:

supaya guru mengetahui latar belakang dan prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai alternatif kepada kaedah abjad/fonik dan kaedah Seluruh Perkataan. Guru dapat menggunanya dalam modul-modul 6 – 8.

Seperti yang dihuraikan dalam Modul 2, 3 dan 4, terdapat dua mazhab dan pendekatan besar dalam pengajaran awal membaca bahasa Inggeris, iaitu pendekatan fonik dan pendekatan seluruh perkataan. Pendekatan fonik bermula dengan mengajar kanak-kanak huruf abjad dan bunyinya, kemudian baru membaca perkataan. Pendekatan seluruh perkataan pula terbalik: ia bermula dari mengajar ‘perkataan’ kemudian ‘analisis perkataan’ supaya murid tahu suku kata, huruf dan bunyinya. Salah satu sebab pengajaran awal membaca dan menulis tidak mudah ialah kerana sistem ejaannya celaru dan tidak fonemik. Jadi sebenarnya terdapat sekumpulan perkataan yang mudah diajar dalam kaedah fonik, dan sekumpulan lagi lebih berkesan diajar secara seluruh perkataan melalui ‘pandang dan sebut’.

Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan ‘pendekatan fonik/abjad’ atau ‘seluruh perkataan’ dalam bahasa Inggeris. KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu, yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Cina.

a) Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, di mana terdapat dua bunyi. Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’, c bunyinya ‘ch’, d bunyinya ‘dh’, m bunyi ‘mm’ dan sebagainya. Hanya e mempunyai dua bunyi, iaitu e taling seperti dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e pepet seperti dalam ‘ekor’ dan ‘elok’.

Untuk mengetahui lebih lanjut sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk,

Dewan Bahasa dan Pustaka (1991). c) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. present tense) seperti dalam bahasa Inggeris. ‘ta nya’ ‘pe nyu’ ‘su ngai’ ‘pan tai’. ‘ka kak’. Dewan Bahasa dan Pustaka. ‘se ko lah’. ‘i tu’. b) Suku kata Bahasa Melayu jelas. untuk membentuk bunyi suku kata ‘ba bi bu’. Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu. misalnya bunyi ‘b’. ‘ma kan’. misalnya ‘ba tu’. kam pung’. ‘jam ba tan’. dan .laki atau perempuan) untuk menyatakan ‘banyak’ (plural).‘ka ki’. untuk menyatakan perbezaan waktu (past tense. Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak (atau kepada sesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) boleh dibuat dengan menggabungkan a) pengajaran ‘bunyi’ asas (fonem) beberapa huruf vokal ‘a i u’ dan bunyi satu atau dua huruf konsonan. Kuala Lumpur. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender (laki. ‘per ja la nan’ dan sebagainya. ‘bu nga’. ‘i tik’.

b) terus membaca perkataan mudah ‘baba. jika ia tidak tahu membacanya. Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan BunyiKata (KGBK). dalam satu atau dua pelajaran saja. ubi. Bila kita gabungkan bahagian (a) dan (b) di atas. Ini penting untuk memberi kemahiran atau kecekapan mereka membaca sendiri perkataan baru. dengan melihat bunyi hurufnya dan suku katanya. bibi. iaitu mengabung ‘bunyi’ dengan terus membentuk perkataan dan membacanya. Dalam kaedah ini murid diberi asas kemahiran untuk a) mengesan (attack) sesuatu perkataan. dan frasa seperti ‘bubu baba’. kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran. kita sudah mengguna apa yang dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK). Misalnya setelah murid boleh membaca suku kata ‘ba bi bu‘ dan ‘ca ci cu’ dan . ibu abu’. ‘ibu abu’ yang bermakna. bubu. ‘bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi ‘perkataan’ dan dibaca.

b) membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu pelajaran. murid tidak perlu diajar ‘mengecam seluruh perkataan’ (pandang dan sebut perkataan) dan menghafal bentuknya. cuci’ mereka sendiri akan boleh membaca ‘cuba’ dan ‘bucu’. sebelum murid boleh diajar membaca perkataan dan ayat.boleh membaca perkataan ‘cucu. Murid juga tidak perlu diajar semua suku kata terbua seperti ba bi bu be be bo. c sampai x. Ini mengambil masa panjang (2. Dalam KGBK kanak-kanak terus ‘membina’ dan ‘membaca perkataan’ berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pelajaran itu. dsb’ yang mengambil masa sebulan lagi. seperti dalam kaedah seluruh perkataan. ca ci cu ce ce co. Kajian kami menunjukkan kebanyakan murid bermotivasi untuk mencuba lagi membaca setelah mereka mula tahu membaca beberapa patah perkataan begini. z seperti dalam kaedah abjad/fonik. . b. y. baca. Dalam KGBK murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a. 2. Dengan ini mereka mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna. kemudian ‘cerakin’ perkataan untuk mengenal huruf dan bunyi huruf. 1. 3 bulan di setengah sekolah).

Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara sistematik berturutan (sequential) berkembang. murid boleh membina dan membaca perkataan dan ayat seperti ‘buku abu. setelah murid belajar membaca ‘b dan ba bi bu’ dan perkataan-perkataan daripada suku kata ini seperti ‘ibu baba. murid boleh disambung berikutnya untuk belajar bunyi konsonan ‘k’ pula.3. Setiap unit baru berkembang berasaskan unit sebelumnya. Jika dicantum pula dengan suku kata ‘ba bi bu’ yang dipelajari sebelumnya. abu buka buku’. ubi abu’. membentuk dan membunyikan suku kata ‘ka ki ku’ dan terus membaca perkataan atau frasa ‘kuku kaki aki’. Misalnya. . di mana pelajaran yang lalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru.

Perkenalkan bunyi vokal mudah a i u. melawan’ dan sebagainya. Langkah-langkah asas dalam pengajaran membaca dan menulis KGBK. 4. ‘memberi’. Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya . 1. Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu. ‘bu kit’ atau kvk+kv) seperti ‘lam pu’ ‘lembu’ dan sebagainya.Fasa pertama kanak-kanak menguasai membina dan membaca perktaan suku kata terbuka. dan cara menulisnya 2. fasa kedua membina perkataan suku kata tertutup (kv +kvk seperti ‘ka sut’. mem seperti ‘berjalan’. pulau) dan imbuhan seperti ber me. Fasa berikutnya murid belajar jenisjenis perkataan suku katanya diftong (seperti sungai.

suku kata dan perkataan. Murid salin apa yang dibaca. Murid menulis menyalin apa yang mereka baca: huruf. . Guna suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu.3. Bina perkataan kvkv seperti ‘caca cucu cuci aci acu’ 4. Bina rangkai kata atau ayat. ibu cuci ubi. seperti ‘baba bibi bubu babu. Perkenalkan huruf konsonan baru. untuk membina lagi perkataan seperti baca bucu cuba 5. supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya. Bina frasa atau ayat seperti cucu aci. ‘bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi ‘perkataan’ dan dibaca. Bina perkataan dari suku kata (kv + kv). dsb 6. misalnya ‘c’ 2. babu baba’ 6. Pelajaran berikutnya Ulang pelajaran unit yang lalu 1. Bina suku kata ca ci cu 3. seperti ‘ibu abu. Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan BunyiKata. ibu’ 5. 4. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya. kerana dalam satu set pengajaranpembelajaran.

dan buku Ceria 2M terbitan Ilmu Bakti. iaitu murid menulis apa yang dibaca. frasa atau ayat bermakna. Semua langkah di atas dibuat dalam satu atau dua pelajaran saja. siri Genius. 5.Contoh langkah-langkah pengajaran KGBK secara terperinci seterusnya. Ini bererti unsur ‘membunyikan’ huruf dengan membina dan ‘membaca perkataan’ boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaranpembelajaran membaca. Dari kajian kami. Pendekatan ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dan peningkatan kemahiran membaca dibuat secara berturutan (sequential) dan berkembang (developmental). Fajar Bakti. Fajar Bakti. Contohnya adalah seperti dalam buku saya Mari Membaca. untuk pra sekolah. Utusan Publications. 6 dan 7. 1990. susunan bahan pengajaranpembelajaran secara berturutan (sequential) dan ‘developmental’. 1982. diberi dalam Modul 4. Pada akhir setiap pelajaran kanak-kanak ‘boleh’ membaca ‘perkataan’. kumulatif dan sistematik ini memudahkan guru mengajar 2M dan memudah . beserta Panduan Guru. dan buku Bahasa Malaysia. Ini didapati lebih mudah dan cepat untuk murid belajar membaca dan menulis. 2003. dan Mudah Membaca Bahasa Melayu. Murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajar membaca.

jika diajar sejam sehari. Dalam kaedah abajd / fonik.murid belajar 2M bahasa Melayu. atau ‘pendekatan eklektik’ yang diguna sekarang untuk mengajar Bahasa Inggeris. frasa atau ayat. Ini menyusahkan dan melambatkan kebolehan kanak-kanak membaca . murid perlu belajar dahulu nama huruf dan bunyi semua huruf a b c…sampai …x y z sebelum mereka diajar membaca perkataan. Pendekatan ‘gabungan’ dan susunan bahan secara kumulatif seperti dalam KGBK ini tidak mungkin berlaku dalam ‘pendekatan abjad/fonik’. murid itu tidak boleh diajar membaca Bahasa Melayu. Ini juga melambatkan dan menyusahkan setengah murid dan mereka akan tercicir. lima hari seminggu mengikut susunan KGBK dalam buku itu. Begitu juga guru yang . murid boleh membaca dengan lancar ‘cerita mudah’ dalam tempoh kurang dari tiga bulan. ‘pendekatan seluruh perkataan’. Pendekatan KGBK ini juga tidak memulakan pengajaran membaca dengan memperkenalkan ‘perkataan’ (whole word) dahulu dan kemudian ‘mencerakinkannya’ menjadi suku kata dan ‘bunyi’ setiap huruf. Ramai guru masih percaya kuat bahawa kalau murid ‘tidak kenal huruf abjad. Pendekatan KGBK menyatakan bahawa tidak perlu dipisahkan ‘sequence’ antara mengenal ‘bunyihuruf’ dengan membina-dan-membaca ‘perkataan’. Dari pemerhatian dan laporan guru.

ada kaedah dan teknik tertentu khusus untuk mengajar kanak-kanak ’membaca dan menulis’ pada peringkat permulaan. z dahulu sebelum membaca. c . iaitu mengenal huruf abjad a. b.. Kemahiran murid mendengar dan bertutur terselit ..x.. y. Maka kadang-kadang timbul konflik di antara guru tadika yang mengajar kanak-kanak membaca mengguna KGBK (dan kanak-kanak itu boleh membaca ).. iaitu mendengar dan bertutur.x y z mengikut susunan dalam abjad. Guru hendaklah membina keempat-empat kemahiran berbahasa ini. Walau pun terdapat pendekatan gabung jalin sebagai ‘pendekatan am’ untuk mengajar bahasa. Nota Dalam pengajaran 2M kita perlu juga mengajar kemahiran berbahasa lain. tetapi ibu bapa masih tidak puas hati dan mahu anak mereka diajar a b c.mengajar Bahasa Inggeris. Kepercayaan ini didasarkan kepada pengalaman mereka diajar dan belajar membaca di zaman kanak-kanak dahulu. sampai. Ibu bapa juga percaya anak-anak hendaklah diajar a b c dahulu sebelum boleh diajar membaca. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) digubal secara sistematik untuk mengajar kanakkanak 2M.. supaya mereka mudah membaca.

ada pengarang yang mengarang dan menerbitkan buku berdasarkan pendekatan ini. atau menyanyi semasa mengajar 2M. murid dan murid berbual. supaya murid seronok belajar. Nota: Ada guru mengguna kaedah dan buku Awal Membaca Siri Genius Fajar Bakti 2006 atau buku yang umpama dalam pengajaran mereka. mendengar dan bercakap. dan menokok tambah aktiviti untuk memperkayakan pembelajaran. Guru tentu sekali harus mengajar murid menyebut sesuatu perkataan itu dengan sebutan standard. Ringkasnya Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita boleh menggabungkan proses mengajar ‘mengenal bunyi-huruf’ dengan ‘membina-dan-membaca perkataan’ dalam satu atau dua pelajaran. Ia digubal atas . dengan memberi berbagai nama untuknya.secara informal semasa guru dan murid. frasa atau ayat. Guru hendaklah juga selang selikan aktiviti pengajaran membaca dengan membaca kuat (read aloud) buku kepada murid. Ini amat digalakkan. Sejak kebelakangan ini. dan kanak-kanak terus membaca perkataan.

dan dakwaan orang lain yang mereka mencipta atau menggubah kaedah KGBK ini. dan tatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebih kompleks dalam Bahasa Inggeris. puisi. Sedikit tentang latar belakang dan sejarah KGBK: Bila dan bagaimanakah KGBK digubal? Untuk mengelak daripada kekeliruan tentang sejarah dan asal usul Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini. Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasa pertama untuk memudahkan murid mula belajar membaca. suku katanya jelas. dan buku pilihan. . supaya mereka terus membaca sendiri. ia akan menjadi bekalan dan asas untuk ‘pendidikan sepanjang hayat’. maka fasa seterusnya ialah murid diberi dorongan dan peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita. di mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik. dan tertanam tabiat dan minat membaca. dan murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah. saya perturunkan sedikit sejarah pembinaan kaedah ini dan penerbitan buku-buku saya tentang kaedah ini. Setelah asas awal membaca dikuasai oleh murid.keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu. Jika ini berlaku.

terutama huruf tulisan rumi. kerana pada pendapat saya bahasa Melayu sangat mudah untuk diajar membaca dan menulisnya. Sebahagian kecil mengguna kaedah ‘pandang dan sebut’ (look and say). Dari tijauan saya saya dapati kebanyakan guru mengguna ‘kaedah abjad’.” . bahawa 30 .40% murid di sekolah rendah. Maka dengan mengguna pengetahuan teori dan amalan pengajaran Bahasa Melayu yang saya ada untuk menggubal satu kaedah yang boleh menggabung pendekatan ‘fonik’ (berasaskan bunyi) dan pendekatan ‘seluruh perkataan’. saya pun berfikir bagaimanakah ini boleh terjadi. dan kurang latihan. iaitu kaedah seluruh perkataan yang popular di kalangan guru yang mengajar bahasa Inggeris di peringkat awal. Kertas bertajuk “Beberapa Kaedah Mengajar Murid-Murid Membaca Bahasa Malaysia di Peringkat Awal. Pada 8 – 10 Disember 1979 saya membentang satu kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan.Setelah membaca laporan dalam akhbar. dalam tahun 1979. Saya berpendapat mungkin salah satu sebeb kenapa ramai murid tidak boleh membaca ialah kerana kaedah pengajaran 2M yang kurang berkesan. terutama di Sekolah Kebangsaan yang tidak boleh membaca. Dalam kertas ini saya meninjau beberapa kaedah mengajar membaca BM .

7. untuk membina bahan pengajaran/pembelajaran mengguna kaedah ini. Julai 1980. Kurikulum Baru Sekolah Rendah.di peringkat awal. di Jalan Duta. terutama di Sekolah Kebangsaan. dan murid mudah belajar 2M. yang tidak boleh membaca. Guru mendapati ia mudah diguna. 1981. • Kertas kerja ini diterbit dalam Jurnal Dewan Bahasa Jilid 24 Bil. dan memperkenalkan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai cadangan untuk mengatasi ramai murid di sekolah rendah. • Pada Februari 1980 satu bengkel diadakan bersama guru-guru sekolah kebangsaan di Kuala Terengganu. ( lihat Lampiran 1). Pemerhatian rambang guru mendapati kaedah ini berkesan. 63 – 69. ms. Kaedah ini dianggap berguna dan dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam Buku Panduan Am. untuk dicuba di sekolah kebangsaan. (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia. . • Bulan April 1980 Kaedah ini dibentang di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

. sebagai lanjutan kepada buku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia di atas. Buku ini digunakan di setengah Sekolah SRJK Cina dan Tamil.* Kaedah Gabungan Bunyi-Kata dijadikan asas untuk Panduan Guru Bahasa Malaysia KBSR Tahun I (Jun 1981) untuk SRJK Cina dan SRJK Tamil. • 1990 buku Mudah Membaca Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Fajar Bakti. • 1982 Utusan Publications menerbitkan buku saya ‘Mari Membaca’ yang mengguna kaedah KGBK ini (lihat contoh Lampiran 2). Buku ini banyak diguna di tadika swasta di bandar-bandar. * 1986 Fajar Bakti menerbitkan buku saya Kegiatan Tadika 2: Mari Membaca untuk tadika. Kaedah yang menjadi pegangan ialah ‘ Kaedah Cerakin’ (yang dianggap sebagai kaedah PPK) dan Kaedah Abjad. untuk murid Tahun 1. (Lihat contoh Lampiran 3). • Tetapi Panduan Guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun 1 (1981) bagi Sekolah Kebangsaan tidak mengguna KGBK untuk mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1. sebagai panduan guru mengajar.

menggunakan kaedah ini. juga diterbitkan oleh Fajar Bakti * 2003 buku Bahasa Malaysia 1 – 6 Siri Genius (beserta Panduan Guru) diterbitkan oleh Fajar Bakti. Pelajar boleh merujuk artikel dan buku-buku di atas untuk melihat contoh-contoh bahan p & p dan alat ujian. untuk prasekolah (Lihat Lampiran 4) * 1996 Dewan Bahasa dan Pustaka terbitkan buku saya ‘Bahasa Malaysia’ Tahun 1. * 2001 buku Ujian Membaca dan Menulis 1 & 2 yang diedit dari buku asal pada 1990. . Rujukan tambahan * Isahak Haron (1990). Mengajar Membaca Peringkat Awal.* 2001 buku di atas telah diedit semula dan diterbit oleh Fajar Bakti dalam siri Tadika Fajar Bakti. Kuala Lumpur. dengan jodol Mudah Membaca dan Menulis 1 & 2. Berita Publishing. Dalam Safiah Osman (ed). Membaca : Satu Pengenalan.

Untuk mengetahui sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk. yang bertajuk dan abstraknya di bawah. Kuala Lumpur. yang banyak diperkatakan dalam pengajaran membaca Bahasa Inggeris sejak lebih . sebagai alternatif kepada model atau pendektan ‘Abjad/Fonik’ dan pendekatan ‘Seluruh Perkataan’ ( whole word). Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu: Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata untuk Prasekolah dan untuk Pemulihan (2004) Abstrak Kajian ini menyemukakan pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) untuk pengajaranpembelajaran membaca dan menulis Bahasa Melayu peringkat awal (early reading and writing). Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu. 2004). Kajian juga dibuat di UPSI misalnya kajian (Laporan. Beberapa kajian dibuat tentang keberkesanan kaedah KGBK (untuk huruf rumi dan jawi) oleh pelajar disertasi sarjana pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka (1991). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Konteks kedua ialah di mana KGBK digunakan oleh guru-guru pendidikan khas untuk ‘memulihkan’ murid sekolah rendah di Perak dan Pulau Pinang yang ‘tidak boleh’ membaca atau lemah membaca. Kanak-kanak prasekolah dan murid ‘pemulihan’ dengan mudah boleh diajar membaca Bahasa Melayu dalam jangka masa yang pendek. menjadikannya suku kata dan terus membina dan membaca ‘perkataan’ atau frasa atau ayat. dibuat dalam dua konteks: pertama. dalam satu dua pelajaran saja. Soalselidik survey digunakan untuk mendapat repons dan penilaian tentang keberkesanan KGBK daripada sampel 75 orang guru . dan tatabahasa Melayu agak mudah berbanding dengan sistem ejaan dan tatabahasa bahasa Inggeris. untuk menguji keberkesanan model atau pendektan KGBK. suku kata perkataan bahasa Melayu yang jelas.lima puluh tahun lalu. iaitu sistem ejaannya fonemik (terdapat hubungan yang jelas antara bunyi dan simbol (huruf) (sound-simbol relationship). Pendekatan KGBK menyatakan bahawa pengajaran membaca BM boleh dibuat dengan mengajar kanak-kanak ‘bunyi’ beberapa huruf vokal dan konsonan. kemajuan kebolehan membaca 326 orang murid di tadika ini agak ketara. Setelah tiga bulan guru tadika Kemas mengajar kanak-kanak membaca dan menulis mengguna KGBK. KGBK ini diasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu. konteks pengajaran kanak-kanak prasekolah di 12 tadika Kemas di Hulu Selangor. Kajian empirikal.

Dapatan dari kajian penggunaan KGBK di kedua-dua konteks menunjukkan yang KGBK berkesan sebagai kaedah alternatif kepada kaedah yang guru amalkan sekarang untuk mengajar murid prasekolah membaca. dapatan kajian keberkesanan KGBK ini ‘menolak’ anggapan bahawa terdapat ‘konflik’ antara kaedah ‘fonik’ dan kaedah ‘seluruh perkataan’ seperti yang terdapat dalam pengajaran awal membaca Bahasa Inggeris. Dari segi sumbangan kepada teori atau model pengajaran awal membaca. PPD Kerian dan PPD Timur Laut Pulau Pinang. Aplikasi praktikal dapatan kajian ini ialah KGBK boleh diguna untuk mengajar kanak-kanak prasekolah dan Tahun 1 membaca dan menulis Bahasa Malaysia dengan lebih mudah dan cepat.pendidikan khas sekolah rendah di tiga daerah pendidikan: PPD Hilir Perak. berbanding dengan golongan guru yang mengguna ‘separuh saja’ Kaedah ini. dan untuk . atau untuk mengajar ‘memulih’ murid yang ‘tidak boleh’ atau lemah membaca BM di sekolah rendah. Dapatan menunjukkan kumpulan guru yang mengguna ‘sepenuhnya atau sebahagian besar’ KGBK mendapati Kaedah ini mudah dan berkesan untuk ‘memulih’ murid membaca dan menimbulkan minat mereka membaca. KGBK merupakan model Ketiga dan pendekatan alternatif yang berasas dan ‘viable’ untuk pengajaran awal membaca Bahasa Melayu atau bahasa-bahasa yang seumpama Bahasa Melayu.

‘memulihkan’ masalah ‘tidak boleh membaca’ pelajar sekolah rendah dengan berkesan Kaedah Pengajaran Bacaan KAEDAH ABJAD 1. kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang . Menurut Azman Wan Chik (1993).

2. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku. KAEDAH SUKU KATA 1. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru. 6. Seterusnya. Selepas itu. guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. 3. 4. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z. 7. 5. …… hingga Z. sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar.digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal. 2. C. B. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. Kemudian. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan . 8.

Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata Terbuka. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna. 2. 5. emas). Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. V + VK (air. Kad gambar. Contoh : V + KV (ibu. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu: (a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar. VK + KVK (untuk. 3. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama) KAEDAH PANDANG SEBUT 1. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang . entah). 4. cuaca). dan (b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. aib). KV + V + KV (kaedah). (d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : K + V + K (b) Kata tunggal dua suku kata. Beberapa jenis suku kata : (a) Kata tunggal satu suku kata. 4. ela). V + KVK (adat.konsonan. 3. terdapat sebelas pola suku kata. dekat). kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran membaca. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan. kad huruf. KV + KVK (bukan. Contoh : KV + V + KV (biasa. VK + KV (anda. (c) Kata tunggal tiga suku kata. unda). Dalam Bahasa Melayu.

suku kata pula dibina. 4. KAEDAH FONIK 1. muridmurid sudah boleh membaca beberapa perkataan dan rangkai kata yang mudah. 4. Ini bagi mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca. Bunyi-bunyi huruf diajar. suku kata dan membaca perkataan. KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA 1. ‘batu’. beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya. “u” dibunyikan ‘uuuu…….. 3. Contohnya murid boleh membaca sendiri buku-buku cerita. 2. Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja.dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf. Misalnya. ‘ibu’ dan sebagainya. rangkai kata. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. ‘da’. 3. ‘ba’. Contoh : “a” dibunyikan ‘aaaa…. digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti ‘baba’. kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataanperkataan baharu yang mereka jumpa. Menurut Azman Wan Chik. Seterusnya. Tiap-tiap pelajaran berikutnya. ‘tu’ dan sebagainya. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya. ayat (yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran.’. Gabungan ini dibuat secara sistematik. . 2.’.

Rujukan Azman Wan Chick. Dewan Bahasa dan Pustaka. . (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful