You are on page 1of 8

1

Teks Tazkirah Sambutan Maulidur Rasul SKGN.


Bismillah..
Assalam..
Alhamdulillah..Yang berusaha, yang dihormati, yang disayangi..
Marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
Taala kerana dengan lipah, kurnia dan inayah-Nya, dapat kita berkumpul di bawah satu
bumbung, untuk kita bersama-sama menyambut satu hari keramat, satu hari yang terpahat,
terpahat pada jiwa setiap mukmin, bahasanya pada tanggal 12 Rabiulawal, saban tahun, kita akan
menyambut Maulidurrasul yakni sambutan hari kelahiran ataupun dalam bahasa pasar arabnya
dikatakan hari jatuh kepala. Kenapa dikatakan hari jatuh kepala? Kerana ketika kita lahir,
kebiasaannya kepala yang akan keluar dahulu. Pabila tiba saat kepala itu keluar, maka pada
ketika itu dicatatkan masa dan tarikh kelahiran. Jadi pada hari inilah kita akan menyambut hari
kelahiran Rasul s.a.w.
Dipetik daripada Surah al-Ahzab ayat 21:

) (
21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik,
Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Daripada firman Allah yang Maha Agung ini, Allah menyatakan bahawasanya Nabi Muhammad
s.a.w itu merupakan contoh terbaik yang wajar diikuti oleh kita semua. Kerana apa? Kerana kita
ini merupakan umat Muhammad s.a.w.
:


Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku
lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia.

----- Perkaitan ayat al-quran dan hadith.

Surah al-anbiya: 107:

) (

107. dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam.


2
Rasulullah membawa rahmat kepada sekalian alam. Percaya atau tidak?
Di kala Aminah melahirkan bayinya, Dunia terang bermandikan cahaya, Cahaya yang amat
kita perlukan, Petunjuk jalan kebahagian.
(Syair Al-Abbas bin Abdul Mutalib)
Keheningan pagi Isnin, 12 Rabiulawal, Tahun Gajah bersamaan 20 Ogos 570 Masihi seisi
alam Makkah al-Mukarramah dikejutkan dengan suara tangisan seorang bayi lelaki. Lahirnya
diterangi dengan cahaya petanda dirinya bakal menerangi seluruh alam sebagai Rasul terakhir.
Begitul ah istimewanya kelahiran putera Siti Aminah dan Abdullah.
Fatimah al-Thaqfiyah yang menyaksikan kelahiran nabi junjungan berkata:
Saya saksikan ketika Siti Aminah melahirkan bayi yang kemudian ternyata menjadi pemimpin
dunia. Saya lihat rumah tempat bayi itu dilahirkan bermandikan cahaya. Bintang-bintang
kelihatan sangat dekat, sehingga saya bimbang kalau-kalau bintang itu jatuh di atas kepala
saya.
Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut dengan gembira oleh keluarganya
terutamanya Abdul Muttalib. Seminggu kemudian, datuknya Abdul Muttalib mengadakan
jamuan sempena memberi nama seperti yang dimimpikan oleh Siti Aminah iaitu Muhammad
yang membawa maksud orang yang terpuji.
Oleh kerana keturunan Baginda adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isi
keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Baginda. Kaum Quraisy tidak menafikan
betapa tingginya darjat dan susur galur keturunan baginda. Ini disebabkan kemuliaan keturunan
Baginda cukup jelas kepada mereka. Banyak riwayat menceritakan Quraisy telah mencela
baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan membabitkan isu keturunan.
Nabi Muhammad kemudiannya disusui oleh jariah (hamba perempuan) Abu Lahab,
bernama Thuwaibah al-Aslamiyah. Selepas beberapa hari, Nabi Muhammad S.A.W diserahkan
pula kepada Halimatusaadiah dari perkampungan Bani Saad. Kampung itu jauhnya kira-kira 50
km dari Makkah ke arah Taif. Adat menyerahkan bayi kepada ibu susu ini merupakan kebiasaan
bangsawan Arab. Nabi Muhammad S.A.W berada di bawah jagaan Halimatusaadiah sehingga
usia nabi mencecah empat tahun.
Baginda menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di
perkampungan Bani Saad. Oleh itu Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang
sejahtera, lidah yang bersih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekali
pun masih kecil usianya. Bakat-bakat baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang
pasir di bawah kilauan pancaran matahari dan udara bersih.
Sepanjang masa Muhammad tinggal bersama-samanya, hidup Halimatusaadiah
sekeluarga menjadi senang, rezekinya bertambah, kambingnya membiak dan kebunnya menjadi.
Malah, dikisahkan Halimah sendiri merasa hairan kerana kambingnya tiba-tiba saja menjadi

3
gemuk semenjak kedatangan Muhammad. Itulah keajaiban Tuhan, memberi petanda bahawa
Muhammad itu bukan insan biasa sebaliknya bakal pembawa cahaya dan kebenaran.
Muhammad pula begitu sihat dan cerdas. Dia hidup di kalangan masyarakat yang tidak
terpengaruh dengan amalan menyembah berhala dan melakukan maksiat. Muhammad dapat
mempelajari bahasa Arab yang tulen. Dia juga dapat mempelajari cara hidup masyarakat desa
yang hidup bertani dan menternak kambing serta kaya dengan budi bahasa dan beradab.
Bahawa dia (HS) adalah ibuku selepas ibuku sendiri
Mengembala, 4 tahun bersama Halimatus Saadiah, Nabi sendiri hendak menolong, balik
ke Mekah juga baginda mengembala,ketika tinggal bersama ibunya, tapi sayang pada ketika usia
baginda 6 tahun, ibunya meninggal dunia, bukan itu sahaja, usia baginda 2 bulan dalam
kandungan, ayahnya meninggal dunia, baginda membesar sebagai anak yatim.
Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah meninggal dunia ketika
ibu baginda baru mengandungkan baginda dua bulan. Abdullah telah meninggal dunia semasa
dalam perjalanan pulang berniaga dari Syam.
Tinggallah Nabi Muhammad SAW bersama ibunya. Baginda diasuh oleh ibunya dengan
belaian kasih sayang. Apabila usianya menjangkau enam tahun ibunya membawanya pergi ke
Yathrib (Madinah) dengan tujuan menziarahi saudara maranya yang mendiami Yathrib, agar
Nabi Muhammad S.A.W dapat berkenalan dengan saudara-saudaranya. Di samping menziarahi
kubur ayahnya iaitu Abdullah yang dikebumikan di sana. Inilah kali pertama, Nabi bakal
bertemu dengan ayah yang amat dirinduinya. Meski hanya melihat tanah kuburan tetapi itu
sudah cukup bagi menghilangkan kesepian hati seorang anak yatim yang tidak pernah menerima
kasih sayang seorang ayah.
Pemergian mereka berdua turut diiringi oleh Ummu Aiman. Dalam perjalanan pulang ke
Makkah, Siti Aminah jatuh sakit dan meninggal dunia lalu dikebumikan di Abwa. Saat paling
menyedihkan sekali lagi menimpa nabi. Ibunya pula menyusul pergi menghadap Ilahi. Tiada apa
yang mampu dikatakan anak sekecil itu ketika melihat ibu sendiri menghembuskan nafas di
depan mata. Ketika sakit tenat, Aminah sempat berpesan kepada anak kesayangannya "Ya
Muhammad, kun rajullan, li annanni saamutu". (Wahai Muhammad, jadilah seorang lelaki sejati
kerana sesungguhnya aku akan mati).
Pesanan itu amat bermakna walau Nabi masih kecil untuk mengerti. Bayangkan
kesedihan yang terpaksa ditanggung oleh nabi. Usianya baru saja enam tahun, masih inginkan
pelukan manja dan perhatian sempurna daripada ibu tercinta. Apakan daya, Allah SWT nyata
ingin menguji kesabaran Nabi.
Maka pulanglah Nabi Muhammad SAW bersama Ummu Aiman ke Makkah. Nabi
Muhammad SAW kini sudah menjadi yatim piatu. Kasih ayah tidak dirasainya, kasih ibu
sebentar sahaja. Hanya kasih Allah kekal abadi terhadapnya.

4
Setelah ibunya meninggal dunia, Nabi kemudiannya dijaga oleh datuknya, Abdul
Muttalib. Kasih sayang Abdul Muttalib kepada cucunya melimpah ruah. Sangat sedih dihatinya
apabila mengenang cucu kesayangan kini sudah tiada belaian ayah dan bonda. Sayu sekali
rasanya setiap kali melihat Muhammad termenung apabila sesekali teringatkan ibunya Aminah
yang sudah pergi. Kerana itu, Abdul Muttalib sangat melebihkan Muhammad di dalam setiap
layanannya. Bagi Muttalib, Muhammadlah buah hati utama, pengarang jantung di kala suka dan
duka. Jika boleh, ingin diberinya kasih sayang yang melimpah ruah agar Muhamamad tidak
merasa kekurangan dirinya yang yatim piatu. Begitu sekali kasih sayang Abdul Muttalib kepada
Nabi Muhammad SAW.
Bagi Abdul Muttalib, Nabi Muhammad SAW adalah cucunya yang paling istimewa
sehinggakan Nabi Muhammad SAW diberi tempat yang terhormat dalam majlis-majlis yang
diadakan. Pernah Abdul Muttalib menyuruh anak-anaknya memberikan tempat duduk mereka
kepada Nabi Muhammad SAW.
Kamu mesti mendudukkan Muhammad semula ke tempatnya, di tengah-tengah. Muhammad
buah hati, belahan jiwaku,beritahu Abdul Muttalib.
Keunggulan baginda telah dikatakan sejak kecil lagi. Tampak pada raut wajahnya tanda-
tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat baginda. Apabila
Nabi datang ke majlis datuknya semasa kanak-kanaknya, baginda duduk di atas tilam datuknya.
Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada seorang anak-anaknya (bapa saudara nabi)
akan duduk di atasnya. Oleh itu bapa saudara baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut.
Lantas Abdul Muttalib berkata ,"Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan."
Semasa di bawah asuhan datuknya, Nabi Muhammad menunjukkan sikap terpujinya. Dia
pernah membantu orang yang lapar dan miskin mendapatkan bantuan daripada datuknya,
walapun orang itu memasuki rumahnya (ibunya) tanpa izin. Malahan baginya orang itu
dianggapnya sebagai tetamunya.
Nabi Muhammad SAW tidak terpengaruh dengan cara hidup orang Makkah yang suka
berpesta dan berfoya-foya. Dia hanya menghargai sesuatu yang bermutu misalnya pidato Qis.
Dalam pidato itu Qis memperingatkan orang akan erti hidup dan mati.
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Begitu juga dengan Abdul Muttalib yang
sudah tua. Bimbang sekali hatinya memikirkan bagaimana nasib Muhammad setelah
ketiadaannya. Cepat-cepat Abdul Muttalib menyampaikan wasiat kepada Abu Talib agar kelak
dapat menjaga Muhammad. Akhirnya perpisahan itu tiba juga. Abdul Muttalib meninggal dunia
ketika berusia 95 tahun. Ketika itu Nabi Muhammad S.A.W berusia lapan tahun. Sekali lagi
perpisahan dengan orang tersayang dirasai Nabi. Kesedihannya terpaksa ditanggung sendiri.
Datuk yang selama ini menatangnya bagai minyak yang penuh juga sudah pergi.
Dada Rasulullah Dibedah Jibril a.s
Tempoh dua tahun telah berlalu, tiba sudah saat Baginda dikembalikan kepada Siti
Aminah. Namun berat sekali rasanya untuk Halimatusaadiah melepas anak susuannya pergi.

5
Lantas dipujuk Siti Aminah agar dapat memberi keizinan memelihara Nabi barang setahun dua
lagi. Tambahan pula, rasa kasih pada Muhammad sudah melebihi anak sendiri. Akhirnya,
Halimatusaadiah berjaya memujuk Siti Aminah untuk terus memelihara walaupun anak
susuannya itu telah habis tempoh penyusuannya, iaitu dua tahun.
Dikatakan ketika baginda berusia dalam lingkungan empat atau lima tahun maka
berlakulah peristiwa ajaib iaitu dada baginda dibedah oleh malaikat.
Muslim meriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah pernah didatangi malaikat Jibril
ketika baginda masih kanak-kanak dan sedang bermain dengan kanak-kanak sebaya yang lain.
Jibril yang lazimnya muncul dalam rupa seperti manusia telah menangkap baginda lalu
tanpa membuang masa, dada Nabi Muhammad telah dibelah terutama di bahagian organ hati lalu
dikeluarkan organ itu.
Daripada organ itu, Jibril telah mengeluarkan sebuku darah, sesetengah riwayat
mengatakan sebuku darah itu berwarna hitam lalu mereka berkata:
"Inilah bahagian syaitan yang ada padamu!"
Lalu organ hati itu dimasukkan ke dalam sebuah tembikar emas lalu dibasuhkan hati itu
dengan air zam zam. Hati yang telah dicuci bersih itu kemudiannya dikembalikan semula ke
tempat asalnya dan dada Rasulullah dicantumkan semula. Rasulullah SAW dikatakan terpinga-
pinga dengan kejadian yang menimpa baginda itu.
Tetapi berbeza dengan mereka yang menyaksikan bagaimana Nabi Muhammad telah
ditangkap dan dibedah dadanya itu.
Belum sempat mereka menyaksikan kejadian itu sehingga habis dan Jibrail hilang dari
pandangan, dalam serba ketakutan rakan-rakan Rasulullah itu kemudiannya berlari kepada ibu
susu baginda, Halimah dan memberitahu bahawa Nabi Muhammad telah dibunuh oleh seorang
lelaki. Mereka berkata dengan cemas: "Muhammad telah dibunuh! Muhammad telah dibunuh!"
Lalu apabila mereka kembali semula ke tempat kejadian, didapati Nabi Muhammad
berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Kejadian yang penuh makna itu,
bagaimanapun telah menimbulkan kebimbangan di hati Halimah. Beliau begitu bimbangkan
mengenai soal keselamatan Nabi Muhammad dan jika terjadi sebarang yang tidak diingini tentu
sahaja beliau tidak dapat melindungi anak yatim itu.
Ini menyebabkan Halimah merasakan sudah tiba masanya beliau terpaksa juga berpisah
dengan Rasulullah demi kebaikan anak itu sendiri. Walaupun perpisahan itu bakal mencalarkan
kebahagiaan beliau selama ini kerana dapat membesarkan seorang anak yang sebaik Rasulullah.
Namun beliau sedar anak susuannya perlu kembali ke tempat asal usulnya di mana baginda
dilahirkan dahulu.

6
Mulianya tingkah laku Nabi Muhammad S.A.W seawal kecil sudah jelas terpancar
apabila dia pernah menolong budak yang diusik oleh budak-budak nakal dan diajaknya ke rumah
ibu susunya. Dia merelakan bajunya diberikan kepada budak yang malang itu. Ketika usianya
lima tahun dia dikembalikan kepada ibunya, Siti Aminah.
Berpisahlah Halimatul Saadiah dengan anak susuan yang selama ini menjadi penyeri
hatinya. Sudah bertaut kasih dan sayang di hatinya terhadap Muhammad sehingga kalau boleh
tidak ingin lagi mereka terpisah. Bagi Nabi Muhammad, jasa ibu susuannya itu tetap dikenang
sehingga baginda pernah bersabda yang bermaksud;
"Bahawa dia (Halimatus Saadiah) adalah ibuku setelah ibuku sendiri"
---- Abu Talib.
Terdapat sekian banyak dalil yang membuktikan bahawa akhlak yang mulia merupakan
ciri-ciri seorang Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Di antaranya adalah firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala berkenaan ciri-ciri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
f, P[V VC1 6@

4. dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.(Qalam: 4)
Mulianya akhlak Rasulullah SAW ini telah ditunjukkan oleh baginda di sepanjang
kehidupannya samada melalui percakapannya, perbuatannya mahupun melalui sikapnya.
Baginda sendiri telah memberikan pengakuan melalui sebuah dengan sabdanya,

"Sesungguhnya Aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia". (Riwayat
Ahmad dan Al-Hakim)

Inilah yang seharusnya diikuti dan diteladani oleh setiap umat Islam yang mengaku
beriman dengan Rasulullah SAW. Sekalipun Baginda telah meninggalkan kita lebih seribu empat
ratus tahun yang lalu, namun setiap gerak laku dan tutur katanya boleh dilaksanakankan pada
masa kini, malahan amat bersesuaian dengan fitrah manusia yang inginkan kebahagiaan.

Seterusnya Allah menyuruh kita meneladani akhlak Rasulullah. (Ahzab: 21)

Antara tujuan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam diutuskan adalah
menyempurnakan akhlak yang shalih:

Sesungguhnya aku diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak yang shalih.
[1]


Akhlak yang mulia mencerminkan kesempurnaan iman:
Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya.
[2]


7

Akhlak yang mulia merupakan ibadah yang paling memberatkan timbangan amal:
Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada Hari Akhirat) berbanding akhlak yang
baik.
[3]

Orang yang memiliki akhlak yang mulia menjadi orang yang dicintai oleh Allah:
Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut dalam segala urusan.
[4]


Dalam riwayat yang lain, para sahabat radhiallahu anhum pernah bertanya:
Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menjawab: Orang yang paling baik akhlaknya.
[5]


Orang yang memiliki akhlak yang mulia juga menjadi orang yang dicintai oleh
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan menduduki tempat yang hampir dengan baginda di
Hari Akhirat:
Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling hampir tempat
duduknya dengan aku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dan
sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai dan paling jauh tempat duduknya dari aku
pada Hari Kiamat adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong.
[6]


Berselawatlah sepanjang masa dan tempat sebagaimana yang dianjurkan antaranya
:
) (
Maksudnya : Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali maka Allah berselawat (iaitu memberi
rahmat dan gandaan ganjaran) ke atasnya sepuluh kali.
:

Maksudnya : Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang berlegar-legar di muka bumi.
Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku.

Bagi selawat ada 3 pengertian yang berbeza iaitu Pertama selawat daripada Allah bererti
rahmat, keredaan, kemuliaan, kepujian serta ketinggian kepadanya.Kedua selawat daripada
Malaikat bermakna istighfar memohon keampunan Allah buat baginda. Manakala
yang ketiga selawat daripada manusia bermaksud berdoa agar kita mendapat rahmat yang penuh
mahabbah dan kasih sayang Allah.

Nabi diikuti negara diberkati, cara hidup nabi dilaksana umat bahagia. Firman Allah
dalam ayat 7 surah al-Hasyru :

Maksudnya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah

8
laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab
seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)




Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang
kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku

Ya Rasulullah, sungguh mulia engkau. Kemuliaanmu Allah dan malaikat
menselawatkanmu. Wahai orang mukmin selawatkanlah ke atasnya. Engkau
akan mendapat syafaat di Akhirat nanti. Wahai Nabi engkau adalah cahaya
daripada segala cahaya. Engkau adalah rahsia daripada segala rahsia.
Engkau adalah penawar segala penyakit lahir dan batin. Engkau juga anak
kunci segala kemudahan. Engkau adalah Rasul pilihan. Pilihan Rasul yang
awal dan akhir. Engkau adalah penyelamat umat. Engkau membawa rahmat
dan berkat. Ibadahmu membayangkan kehambaanmu. Akhlakmu
membayangkan kebersihan hatimu. Pemurahmu membayangkan dunia tidak
ada di dalam hatimu. Sabarmu membayangkan ketahanan jiwamu.
Keberanianmu membayangkan tawakalmu dengan Allah. Orang yang
menentangmu engkau doakan hidayah. Engkau adalah manusia luar biasa
ikutan semua. Pemimpin yang dikehendaki adalah bayangan peribadimu.

You might also like