PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN SATU

BERBUDI BAHASA AMALAN HIDUP MASYARAKAT KITA

DEFINISI Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
Beradab sopan Berbudi pekerti mulia

Hemah Tinggi

Pergaulan seharian

Individu yang berhemah tinggi ialah individu yang tinggi budi pekertinya. Individu ini senantiasa bersopan santun, tidak meninggikan suara, dan menghormati orang.

Bersalam ketika bertemu seseorang adalah salah satu cara orang yang berhemah tinggi. Individu yang berhemah tinggi akan menjaga adab ketika berada di semua tempat dan situasi.

Adab ketika bercakap di telefon Memberi salam seperti assalamualaikum, selamat pagi, helo, dan sebagainya. Tidak memotong percakapan orang yang sedang bercakap.

Tunjukkan anda berminat mendengar apaapa yang sedang dibualkan. Tidak menelefon lewat malam.

Adab ketika bertemu rakan baru Memberi salam. Senyum dan memandang mukanya ketika bersalam. Beramah mesra dengannya.

Adab ketika berhubungan dan berkomunikasi Mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik seseorang. Meminta izin sebelum menggunakan barang milik orang.

Mengucapkan maaf sekiranya hendak mencelah atau inginkan sesuatu daripada orang lain. Memberikan laluan kepada orang yang lebih tua.

Mengucapkan terimakasih setiap kali menerima bantuan. Tidak ketawa dengan kuat.

Adab di meja makan Basuh tangan sebelum duduk di meja makan. Tidak mengambil makanan daripada pinggan orang lain. Dahulukan orang tua dan tetamu makan.

Tidak meletakkan siku di atas meja. Tidak bercakap ketika mulut penuh dengan makanan. Meminta kebenaran untuk meninggalkan meja setelah selesai makan.

Ucapan berhemah dalam pelbagai situasi Ketika bertemu guru: “Selamat sejahtera, selamat pagi, selamat tengah hari.” Ketika menerima kunjungan pelawat: “Selamat datang ke sekolah kami.”

Adab di tempat awam / di kaunter-kaunter Memberi salam seperti “assalamualaikum”, “selamat pagi”, “helo”, dan sebagainya. Tidak memotong percakapan orang yang sedang bercakap.

Tidak ketawa dengan kuat. Memberi salam ketika berurusan di kaunter. Menggunakan bahasa yang sopan.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.