You are on page 1of 14

PKU 3102 Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi TAJUK 1 – MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 1.

Masalah Bahasa Definisi bahasa: Kaedah asas komunikasi melibatkan pemahaman dan penggunaan isyarat/ simbol utk mewakili idea. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Komunikasi - Proses pertukaran pengetahuan,idea, pendapat dan perasaan melalui bahasa lisan/ bukan lisan 2. Bentuk bahasa a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi. b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut.

3. Kandungan Bahasa a. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat. 4. Fungsi Bahasa a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau percakapan. 5. Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas, masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut; i. Fonologi Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink” untuk drink”. ii. Morfologi Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris). iii. Sintaksis Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks. iv. Semantik Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan. v. Pragmatik Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

1

Antara punca masalah bahasa adalah: Kelewatan bahasa Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya. Aphasia Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan. Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD) Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik. Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus adalah seperti berikut: i. mengingat kembali perkataan ii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna iv. menggunakan ayat yang betul dan lengkap v. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami vi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis vii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain viii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza 6. Masalah Pertuturan Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran. 7. Unsur-unsur pertuturan Pertuturan mempunyai empat unsur, iaitu suara, bunyi atau talun (resonance), artikulasi, dan kelancaran. a. Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu (1) pic (pitch) yang merujuk kepada tinggi rendah nada suara, (2) kekuatan, atau kenyaringan suara, dan (3) kualiti suara. b. Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring. c. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. d. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu komunikasi.

2

8. Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah artikulasi, masalah suara, dan masalah kelancaran. i. Masalah artikulasi Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut: penggantian, pengguguran, pengubahan, dan penambahan Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya “malan” untuk “makan”” wabbit” untuk “rabbit”. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanakkanak yang masih belum matang. Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya “idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-lain. Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan “sip” disebut “shlip”. Sekiranya untuk perkataan “susah”, konsonan “s” disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya “sssyusyah” Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti “bawa” disebut “bawah atau bawuah”, “animal” disebut “ ammanimal” atau “ammaminal”. a) Punca masalah artikulasi sumbing bibir atau sumbing lelangit, kecacatan lidah, penyakit ataupun kecacatan pada hidung atau tekak, kelumpuhan otak, peniruan pertuturan yang salah ketika mula belajar bercakap sewaktu kanakkanak, dan juga faktor persekitaran. Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau. kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul. Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataan dengan pelat, misalnya “nacik” untuk “nasi”, “be’ ak” untuk “berak” dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul. Faktor persekitaran misalnya persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua atau lebih bahasa , tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa sebagai model.. PERANAN DLM KEHIDUPAN • • • bermasalah menguasai komponen bahasa seperti bentuk, kandungan, dan penggunaannya, ketidakupayaan menyampaikan mesej dengan tepat dan jelas disebabkan gangguan pertuturan menyebabkan kanak-kanak berasa tertekan, malu, rendah diri, takut berhadapan dengan orang lain, dan mengasingkan diri.. 3

menjejas pencapaian akademik dan kemahiran sosial mereka.

TAJUK 2 – PROSES KOMUNIKASI Komunikasi Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat.-Sillars FUNGSI • Untuk • Untuk • Untuk • Untuk • Untuk • Untuk

memindahkan maklumat mengajar / belajar (pembelajaran) pengaruh hiburan sosialisasi perundingan

2.0 PROSES KOMUNIKASI 2.1 TUJUH PROSES KOMUNIKASI 2.1.1 Pengirim Pesanan • orang yang mempunyai idea untuk disampaikan kepada seseorang dengan harapan dapat difahami oleh orang yang menerima. • secara verbal atau non verbal. • efektif bila dikendalikan secara baik dan jelas. 2.1.2 Simbul/Isyarat • • • Membuat code atau simbol sehingga pesanannya dapat difahami. dalam bentuk kata-kata, gerakan anggota badan, (tangan, kepala, mata dan bahagian muka lainnya). Tujuan untuk mengajak, memujuk, mengubah sikap, perilaku atau menunjukkan arah tertentu.

2.1.3 Media/penghubung • Alat untuk penyampaian pesanan seperti; TV, radio surat khabar, papan pengumuman, telefon dan lainnya. 2.1.4 Menafsir code/isyarat • melalui pancaindera (telinga, mata dan seterusnya) maka si penerima pesanan harus dapat mentafsirkan simbul/code dari pesan tersebut, sehingga dapat difahami. 2.1.5 Penerima pesan • orang yang dapat memahami pesanan dari si pengirim. 2.1.6 Tindakbalas • isyarat atau tanggapan yang berinformasi kesan dari penerima pesanan. • mengandungi pemahaman atas pesanan tersebut. 2.1.7 Gangguan • hal yang merintangi atau menghambat komunikasi • membuatkan penerima salah menafsirkan pesan yang diterimanya 4

TAJUK 3 – ELEMEN-ELEMEN PERTUTURAN 1. Sebutan Menyebut perkataan mengikut sistem bunyi bahasa Melayu iaitu sebutan baku. 2. Tekanan Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Tekanan biasanya dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. 3. Mora (panjang-pendek) Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan ‘harakat’ dalam bahasa Arab. 4. Jeda (persendian) • sebagai persendian, • memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. • sebagai hentian sebentar dalam sesebuah ayat yang diucapkan. • boleh membawa makna yang berbeza apabila digunakan. 5. Intonasi • bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. • juga disebut sebagai nada suara. 6. Nada • keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata diucapkan. • Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do. • Setiap nada ini mewakili satu suku kata. • lebih ketara dalam bahasa Cina. 7. Tatabahasa • satu sistem, peraturan atau undang-undang yang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. • mempunyai kaedah dan formula tertentu. • terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis 8. Kelancaran • bermaksud kebolehan bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. • Individu tidak menghadapi masalah dan tiada gangguan semasa sesuatu perbualan berlangsung. 9. Kefasihan • kebolehan bercakap dalam bentuk yang kemas, licin, teratur dan lancer • boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat dengan jelas dan tepat. l0. Laras bahasa • Kebolehan menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. • Tujuannya supaya dapat membentuk berkomunikasi yang berkesan. TAJUK 4 – KOMPONAN-KOMPONAN DALAM BAHASA 1. Bentuk - Komponen-komponen yang menghubungkan bunyi atau simbol dengan makna - sintaksis - morfologi - fonologi Sintaksis – Sistem peraturan yang menentukan susunan perkataan di dalam ayat. Contoh : Ayah memakai kemeja yang berwarna biru. Morfologi – Peraturan yang menentukan perubahan makna pada peringkat perkataan yang dimodifikasikan dengan imbuhan dan dengan morfem-morfem yang lain seperti kata majmuk. Contoh : kerja, pekerja, pekerjaan, mengerjakan Fonologi – 5

Peraturan yang menentukan bunyi-bunyi yang boleh diletakkan bersama-sama dan juga tempat dimana bunyi itu boleh dihadirkan. Contoh: Pulau- laut, khamis- hamis, petang- pedang , rumah – lumah 2. Kandungan (Semantik) - Peraturan yang mengawal makna dan hubungannya dengan unit-unit makna bagi membantu pengguna membezakan perkataan bermakna dengan yang tidak bermakna. Merakamkan peraturan-peraturan yang menyentuh tentang makna atau kandungan perkataan. Contoh: (berjalan, berkenderaan), ( kereta, van, bas, lori), (penuh sesak ramai banyak) 3. Pragmatik - Satu set peraturan untuk penggunaan bahasa. Ia berkaitan dengan cara manusia berkomunikasi. Seperti memulakan dan menamatkan perbualan. Menguasai peranan, menyusun ayat, meramalkan keperluan pendengar dan semuanya ini terjadi secara spontan dalam komunikasi Asas dan Model Pemerolehan Bahasa 1. Fisiologikal 2. Kognitif 3. Psikososial 1. Model Fisiologikal i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama; ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ); iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. 2. Model Kognitif • perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan mental. • 18 bulan hingga 2 tahun, kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. • 2 hingga 4 tahun, peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit.i penguasaan bahasa semakin berkembang. • tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. • (7 – 12 tahun) operasi konkrit iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. • Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal. 3. Model Psikososial • Komunikasi berlandaskan konteks sosial. • Perkembangan bahasa dalam kerangka perkembangan sosial. • Kanak-kanak belajar bahasa kerana ingin berkawan. • Interaksi sosial dan perhubungan menyediakan kanak-kanak dengan asas untuk memahami dan memformulasikan kandungan dan bentuk linguistik. • Interaksi dengan persekitaran dikira sebagai desakan awal untuk mempelajari bahasa. • Tindakbalas pada peringkat early reflexive dan gerak gerinya menunjukkan bayi mula berkomunikasi. • Interaksi yang berulang-ulang memahirkan kebolehan berkomunikasi Factor-faktor yang mempengruhi perkembangan bahasa i. Faktor Genetik / Sejarah keluarga • kes-kes masalah b/p lebih kerap di keluarga tertentu risiko lebih tinggi di kalangan lelaki • ada perhubungan antara ketidaksempurnaan bilangan kromosom dengan beberapa kumpulan masalah b/p tertentu (contoh: trisomi 21) ii. Faktor neurologi • ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf, terutamanya pada bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan bahasa 6

kecederaan pada bahagian otak tertentu. Kesan kecederaan pada peringkat bayi mungkin berbeza daripada peringkat dewasa (plasticity of the brain ? ) iii. Faktor perinatal (semasa kelahiran) • lebih komplikasi semasa kelahiran, lebih tinggi risiko kanak-kanak mengalami masalah perkembangan bahasa (contoh : masa kelahiran yang panjang boleh mengakibatkan anoxia ) iv. Kehilangan pendengaran • kehilangan sensori-neural pralingual • kehilangan konduktif (contoh: infeksi otitis media yang kronik) tanpa rawatan secara medikal atau surgikal v. Kerencatan kognitif / mental • kewujudan masalah kognitif / mental bersama masalah bahasa / pertuturan merupakan dual disability yang kerap sekali dijumpai • terdapat perkaitan rapat antara bahasa dan kognisi (cognition ) vi. Faktor persekitaran / sosial • kemiskinan boleh mengakibatkan risiko biologikal • berinteraksi dengan faktor-faktor lain TAJUK 5 – TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA Teori • • • • Behavioris- Peranan Persekitaran B.F.Skinner (1938) mempelajari bahasa melalui peniruan. menekankan kepentingan persekitara berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran. • Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhan. • ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. • manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Kelemahan teori • sebutan org dewasa tidak sama disebut oleh kanak2. ‘a’ dan ‘the’ jarang ada pd kanak2. Teori • • • • Mentalis- Peranan Pewarisan Noam Chomsky (1959) kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device). Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama; • proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ); • proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut; • wujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa; • bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai. Kognitif- Peranan Environmen PIAGET,Bloom(1970), Fillmore(1968) Bahasa mengikuti pengalaman, bercakap berdasarkan apa yg telah dialami. Menggunakan bahasa sbb menyampaikan sesuatu. perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. 7

Teori • • •

melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.

TAJUK 6 – BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARANk Bermasalah Pembelajaran Faktor-faktor yang mempengaruhi bahasa 1. Keadaan fizikal 2. Kecerdasan dan perkembangan kognitif 3. Daya diskriminasi (pengamatan) 4. Pengalaman 5. Persekitaran 6. Emosi, motivasi dan sahsiah Tahap perkembangan mentel menurut Piaget 1. Sensori Motor(Dari kelahiran hingga 2 tahun) • Sebahagian besar pergerakan diransang. • Tidak boleh / tidak ada bahasa • Hanya menggunakan sedikit fikiran setelah beraksi. • Belajar mengenal objek • Akhir 2 tahun mula kenal ahli keluarga dan binatang. • Faktor masa – semasa • Faktor kawasan - persekitaran 2. Pra Operasi (2-7 tahun) • Bahasa mula berkembang • Tidak berfikir secara abstrak • Egosentrik • Tidak berfikiran inverse • Bertindak atas ransangan sendiri • Pemikiran statik • Faktor masa – masa lalu, kini, hadapan. Tempoh sangat terhad. • Faktor kawasan – rumah, jiran dan persekitaran 3. Operasi Konkrit (7-11 tahun) • Membuat operasi tambah, tolak, darab, bahagi • Menggabung • Mencerai • Mengarah • Membuang dll. • Mula berfikir secara kritis. 4. Operasi Formal (12-15 tahun) • Melahir pemikiran ‘hypothetical and propositional’ • Boleh menilai sendiri • Refleksif • Synthetizes’ • Berangan-angan • Membuat sesuatu yang abstrak • Conceptual thinking’

8

Ciri kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Lemah daya pemikiran - lemah kognitif - lemah ingatan Kurang keyakinan diri - tidak yakin - was-was - kurang perbendaharaan kata - tidak kreatif - kurang minat untuk belajar Sukar mengawal emosi - emosi tak stabil - marah - periang - suka menyendiri - sukar membeza Gangguan kesihatan - penyakit kronik - masalah disiplin - egosentrik Kesan Masalah Bahasa • Sukar memberi perhatian yang terbaik • Memerlukan perhatian dr org lain • Bimbingan utk melakukan pelbagai aktiviti • Persepsi terhadap Sesuatu yang abstrak, memberi tanggapan yang berlainan • Ingatan lemah, Sukar mengingati sesuatu, tempoh ingatan yang singkat • Kesukaran berfikir. Berfikir secara mudah.. Sukar menjawab soalan yang susah • Sukar memahami bahasa kiasan. Sukar menguasai bahasa. Konotasi dan denotasi. Memahami secara literal • Sikap dan motivasi lemah, Rendah diri, Bersikap negatif • Lambat berkembang • Berbentuk kod terhad - kurang menggunakan imbuhan - konstruksi ayat yang tidak lengkap - banyak menggunakan pergerakan - banyak dipengaruhi loghat daerah • Tidak kreatif dan pasif dalam aktiviti lisan • Perbendaharaan kata yang sangat terhad • Pemilihan diksi yang kadangkala tidak tepat • Perbualan menyeleweng dari tajuk • Gagap, pelat, sengau dll • Kurang keyakinan diri Implikasi Kepada Intervansi Bahasa • Sesi terapi secara individu atau kump kecil. • Interaksi sesama rakan melalui permainan dan perbualan. • Guna peralatan dan aktiviti yg biasa sewaktu sesi terapi spt gambar, buku, objek dan cerita utk berinteraksi dan komunikasi. • Sbg permulaan biasakan murid dgn bil frasa dan klausa yg minima. • Guna bahan bergambar yg berwarna utk merangsang penumpuan dan ingatan. • Perkenalkan perkataan baru, konsep, dr ayat mudah kpd sukar. • Mengajar perkataan asas yg biasa kpd yg lebih kompleks. 9

Menggunakan perbendaharaan kata yg biasa yg diketahui dlm pembinaan ayat.

TAJUK 7 – BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL CIRI-CIRI • Kefungsian Intelek di Bawah Purata • • • • Lemah Tingkah Laku Suaian Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak, Sehingga Usia 18 Tahun Lemah ingatan Kesukaran menyelesaikan masalah rutin harian.

• Mengambil masa yg lama utk menyiapkan kerja. MASALAH BAHASA • Mengambil masa yg lama utk memahami konsep mudah. • • perkembangan bahasa agak perlahan penguasaan bahasa yang lemah

TAJUK 8 – BAHASA KANAK-KANAK AUTISME CIRI-CIRI • Kelihatan normal sehingga 30 bulan. • • • Lambat bercakap, bermain dan berkawan Diam, pasif pd kebanyakan masa Tidak mahu perubahan-mengekalkan rutin

• Tidak mahu bertentangan mata. MASALAH BAHASA • Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung. • Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain. • Jarang menggunakan bahasa. • Sukar diajak bercakap. • Kadang-kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja. • Perkataan atau jawapan yang tidak sesuai dengan pertanyaan. • Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami. • Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya. • Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu. TAJUK 9– BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH SENSORI CIRI-CIRI Masalah pendengaran • Ringan-Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB(decibel)- memahami perbualan. • Sederhana-Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB-mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter • Teruk-Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB. Memerlukan alat bantu dengar. • Tidak berupaya menggunakan deria pendengaran untuk memproses bahasa. • Kebolehan bertutur berkaitan rapat dengan tahap kehilangan pendengaran • Hubungkait antara tahap kehilangan pendengaran dan tahap pencapaian bahasa tidak begitu jelas • Bentuk bahasa perlu diajar, ia tidak akan diperolehi secara semulajadi seperti kanak-kanak normal. Masalah Bahasa • Dipengaruhi oleh tahap dan pola kehilangan pendengaran • Lebih teruk kehilangan, lebih banyak kesilapan artikulasi • lebih bermasalah dalam sebutan bunyi konsonan daripada bunyi vokal 10

• •

lebih kerap menggugurkan bunyi konsonan di tengah perkataan-gantian (substitution ) bunyi konsonan berlaku kesilapan dalam penempatan hujung lidah.

Implikasi • Berkomunikasi melalui memek muka, sentuhan, gerak tangan, dan badan. • Menggunakan alat bantuan pendengaran • Kaedah oditori aral, • Bacaan bibir • bahasa isyarat • bahasa lisan • bahasa isyarat dan bahasa lisan Masalah penglihatan  Biasanya sukar atau tidak dapat melakukan tugasan seperti membaca atau menulis tanpa menggunakan alat bantuan khas.  Berlaku apabila penglihatan seseorang individu tidak dapat dibantu untuk mencapai tahap penglihatan normal.  Boleh disebabkan oleh penyakit yang dialami, trauma, serta masalah kongenital ataupun keturunan. Masalah bahasa  Sintaksis : panjang ujaran normal atau pendek sedikit, variasi ayat mungkin kurang  Semantik : kurang bahasa imaginatif, keliru mengenai ganti nama spt. ‘I’ dan ‘you’. - hanya sedikit perbezaan dengan kanak-kanak normal  Pragmatik : komunikasi non-verbal mungkin mengelirukan – gestur tangan, postur badan, kurang peka terhadap keperluan mengubahsuai pertuturan mengikut keadaan Implikasi  Input bahasa harus mempunyai banyak detail dan variasi  Responsif terhadap minat kanak-kanak  Melanjutkan mesej kanak-kanak  Membina persekitaran yang merangsangkan, dengan item-item yang diminati kanak-kanak  Melibatkan kanak-kanak dalam rutin harian  Memaklumkan kepada kanak-kanak mengenai apa yang dilakukan oleh orang lain Intervensi  Perkembangan vokabulari  Penggunaan komunikasi non-verbal  Modulasi suara  Penggunaan bahasa yang sesuai dalam situasi komunikasi yang berbeza-beza  Penggunaan kata ganti nama TAJUK 10– BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH TINGKAH LAKU DAN EMOSI Ciri-Ciri Masalah Bahasa • Biasanya masalah bahasa tidak dikesan sebab fokus penilaian dan intervensi adalah terhadap masalah tingkah laku. • Kekurangan dalam semua aspek bahasa, terutamanya dalam aspek kefungsian tata bahasa (grammatical functioning) • kecenderungan mengguna ayat-ayat ringkas sahaja. Bermasalah dalam interaksi sosial - kekurangan dalam melanjutkan topik - memberi respons yang tidak sesuai - kurang peka terhadap keperluan pendengar - selalu memberi maklumat yang kurang relevan Implikasi Terhadap Intervensi Bahasa •

11

• • •

Membantu murid belajar perkataan-perkataan yang boleh diguna bagi mengenalpasti atau menerangkan keadaan emosinya Membantu murid berkomunikasi dengan lebih berkesan di bilik darjah – contoh : bagaimana dapat perhatian guru, minta sesuatu diulangi atau dijelaskan, dll. Meningkatkan peluang untuk interaksi dengan rakan sebaya dalam kelas - perlu dibantu mengembangkan kemahiran dalam aspek-aspek seperti memulakan perbualan, tunggu giliran bercakap, jangan tukar topik dengan tiba-tiba, dll. memberi peranan tertentu kepada setiap murid dalam kumpulan dan menilai prestasi mengenai penglibatan murid, dll.

TAJUK 11– PENTAFSIRAN DAN PENINGKATAN TAHAP PENCAPAIAN BAHASA Dif: proses mengumpul dan menilai maklumat utk membantu pendidik memahami keperluan kanakkanak. Kaedah formal • Disediakan oleh pihak tertentu • Prosidur standard • Instrument – ujian, borang pemerhatian, skala-skala pengkadaran • Skor yg objektif • Rujukan skor telah dispesifikasikan • Mengikut arahan yg telah ditetapkan. Kelebihan - boleh membanding antara individu - mengikut format standard - telah disediakan, kemudahan utk sesiapa menggunakannya. Kekurangan - Mungkin tidak berkaitan dgn kurikulum - Mungkin tidak sesuai utk kanak2. - Mungkin disalah tafsirkan. Kaedah Bukan Formal • Menilai tahap kefungsian semasa • Dibentuk, direka, diperkembangkan. Diubahsuai oleh guru atau pihak berkaitan. • Terdiri dpd analisa sampel bahasa yg spontan. Kelebihan - Berkaitan langsung dgn kurikulum - Direka cipta mengikut keperluan individu. Kekurangan - Memerlukan banyak persediaan - Sukar utk membanding ant individu Perkara2 Yg Mempengaruhi Kesahan Pentafsiran Panjang sampel - Apakah tahap bahasa dan umur kanak2. - Kerelaannya bercakap - Masa digunakan - Kaedah analisis yg digunakan Cara merekod sampel - Melalui audio, video, catitan tangan mengenai tingkahnlaku non-verbal, mood - Perlakuan sebelum, selepas sampel dikutip Transkrip dan analisis - Apakah aspek bahasa yg hendak difokus - Masa yg diambil TAJUK 12– PEMILIHAN SASARAN INTERVENSI (tidak dapat dilengkapkan) • Pendekatan developmental (pembangunan) atau client-specific (berpusatkan murid) 12

• •

Sumbangan terhadap peningkatan kemahiran komunikasi harian Kemudahan menjalankan latihan pengkukuhan dan generlisasi.

TAJUK 13– STRATEGI-STRATEGI PENINGKATAN BAHASA Pendekatan Struktur - dikatakan lebih berkesan untuk ‘high function’ - latih tubi - latihan Pendekatan Naturalistik - persekitaran dan perkembangan natural - mengikut tahap kanak-kanak - menggunakan ransangan/galakan - respon kepada pelajar Teknik-teknik Pengajaran Bahasa 1. Teknik main peranan 2. Teknik permainan bahasa 3. Teknik latih tubi 4. Teknik bercerita 5. Teknik inkuiri 6. Teknik perbahasan 7. Teknik kuiz

8. Teknik 9. Teknik 10. Teknik 11. Teknik 12. Teknik 13. Teknik 14. Teknik

sumbangsaran soal jawab simulasi drama perbincangan forum dialog

TAJUK 14– KOMUNIKASI AUGMENTATIF DAN ALTERNATI Definisi Komunikasi Augmentatif: “Kaedah-kaedah & alatan yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi verbal yang telah sedia wujud”. Definisi Komunikasi Alternatif: “Teknik-teknik yang menggantikan komunikasi lisan bagi individu yang tidak berupaya atau tidak mampu menguasai kemahiran bahasa lisan”. Komunikasi Augmentatif & Alternatif (AAC) Definisi: Satu sistem multimodal yang mengandungi tiga komponen yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai kombinasi untuk meningkatkan komunikasi: 1. Teknik komunikasi a. Tanpa Bantuan o Tidak memerlukan alat sokongan luaran atau prosedur khas. Guna kaedah pertuturan, bahasa isyarat, gestur dan mimik muka. o Dengan Bantuan o Semudah Papan Komunikasi hingga sekompleks Alat Bantuan Pertuturan Sintetik Berkomputer. o Sama ada elektronik atau tidak dengan menggunakan prosedur pilihan & sistem simbol. o memerlukan objek fizikal, alatan atau sokongan luaran untuk membolehkan seseorang itu berkomunikasi cthnya papan komunikasi, carta dan alatan mekanikal atau elektrikal 2. Sistem simbol o Pelbagai sistem symbol dibangunkan daripada benda sebenar, gambar hinggalah kepada sistem simbol yang abstrak. o Sistem simbol yang abstrak meliputi perwakilan gambar (pictorial representations), - ideographs (idea disampaikan melalui simbol grafik), - simbol arbitrari (idea dalam bentuk konfigurasi garisan arbitrari) dan - lexigrams (simbol visual-grafik secara arbitrari melibatkan bentuk-bentuk geometrik). 3. Kemahiran komunikasi Prosedur & Alatan AAC menyediakan peluang terbaik kepada individu yang tidak boleh bertutur untuk berkomunikasi dengan orang lain. Sekiranya tidak dimanfaatkan tidak ada faedahnya 13

Faktor-Faktor dalam Pemilihan AAC • Guessability/ mudah alih • merujuk kepada tahap kesamaan dalam bentuk antara simbol dengan item yang diwakili. • Learnability/ mudah guna merujuk kepada kemudahan/ kesukaran untuk mempelajari sesuatu set simbol. • generalization/ kebolehan kanak-kanak yg pelbagai.

14