You are on page 1of 23

Busar Asas Recurve (sesuai untuk kategori 15 tahun dan kebawah) Busar Recurve mempunyai panjang yang berbeza

iaitu 48 inci - 70 inci. Kebanyakan busar yang digunakan dalam pertandingan Target Archery biasanya adalah 66 inci. Sebagai panduan asas untuk memilih panjang busar yang sesuai, individu yang mempunyai jarak tarikan penuh yang kurang dari 28 inci boleh menggunakan busar antara 62 - 66 inci sementara individu yang mempunyai tarikan penuh melebihi 28 inci boleh menggunakan busar antara 66 - 70 inci. Kekuatan busar biasanya tertulis di belakang lengan bawah busar. Kekuatan busar berdasarkan kepada panjang limb. Kekuatan sesebuah busar dutulis dalam paun (lbs). Contohnya busar yang mempunyai kekuatan 28 paun dan panjang 28 inci ditulis seperti berikut: #20 @ 28. Ini bermaksud tenaga yang diperlukan bagi tarikan penuh (28 inci) ialah 20 paun. Pemanah baru patut menggunakan busar yang mempunyai kekuatan 15-20 lb (kanak-kanak) dan 20-25 lb. bagi orang dewasa. Kebanyakan busar asas diperbuat daripada kayu berlapis. Pemegang dan lengan dilapisi oleh fiberglass untuk ketahanan limbs. Busar yang di kenali sebagai "TakeDown Recurve" mempunyai poket di atas dan di bawah pemegang bertujuan untuk melekatkan limb busar. Jenis ini boleh di pisahkan supaya senang untuk dibawa kemana-mana. Limbs yang dipisahkan boleh diganti dengan limbs yang sesuai untuk pemanah.

Advanced Recurve Bow (untuk kategori 15 tahun ke atas) Contoh busar recurve seperti ditunjukkan di sebelah. Pemegangnya diperbuat dengan aluminium yang di mesin untuk mengurangkan berat dan mengkalkan kesimbangan geometri. Limbs adalah selari dengan tepat. Pemeganya juga mempunyai poket untuk memasukkan limbs. Ia juga mempunya poket untuk pressure button dan clicker. Tempat pemegang boleh ditanggalkan dan boleh diganti mengikut kesesuaian.

finger tab

Anak Panah

Anak panah biasanya diperbuat daripada kayu, fiberglass, aluminium dan karbon graphite. Anak panah aluminium mempunyai ukur lilit dan ketebalan yang tepat. Setiap anak panah ditanda dengan nombor contonya 2013 yang bermaksud anak panah tersebut mempunyai ukur lilit 20/64th inci dan ketebalan dindingnya adalah 13/1000th inci ( semasa pertandingan ). Anak panah yang digunakan dalam pertandingan ialah jenis Easton Jass, Platinum Plus (bawah 12 tahun), A/C/C, A/C Navigator, Navigator FMJ, A/C/E, Protour dan X10. Anak panah patut dipotong bersesuaian dengan tarikan penuh seseorang pemanah. Keseuaian anak panah untuk setiap pemanah boleh ditentukan dengan merujuk kepada carta pemilihan anak panah Easton.

Jazz Navigator Full Metal Jacket


KEMAHIRAN ASAS MEMANAH DAN AKTIVITI SOKONGAN A. KEMAHIRAN ASAS 10 langkah asas dalam aktiviti asas memanah adalah seperti berikut: 1. Stance (cara berdiri) 2. Nocking the Arrow ( memasukkan anak panah) 3. Drawing Hand (tangan penarik ) dan Bow Hand (tangan pemegang busar) 4. Bow Arm and PreDraw 5. Drawing the Bow 6. Anchoring 7. Holding and Aiming 8. The Release 9. Follow Through 10. Relaxing

X10

1. Stance (Dirian)

Pemanah berdiri tegak dengan keadaan selesa dan relaks. Kedudukan kaki pemanah hendaklah mengangkangi garisan panahan. Kaki pemanah sepatutnya lebih kurang sama jarak dengan bahu pemanah di mana berat pemanah sepatutnya ditanggung oleh kedua-dua belah kaki dengan nisbah yang lebih kurang sama, berat tersebut hendaklah ditanggung oleh tumit dan hujung kaki pemanah. Ini dapat membantu keseimbangan dan menjadikan badan pemanah lebih stabil. Semasa memanah secara berturutan, kedudukan badan mestilah dikekalkan dalam keadaan stabil dimana tidak ada perubahan berat akibat dari bongkokkan badan.Sekiranya terdapat masalah dengan tali panah semasa pelepasan anak panah,pemanah harus menukar cara berdir kepada open stance. Apabila cara berdiri yang sesuai telah diperolehi, pemanah harus mengekalkan kedudukan ini bagi setiap panahan.

2. Nocking the Arrow (memasukan anak panah)

Anak panah dimasukkan ke tali panah dengan cara meletakkan nock anak panah ke tali panah di bawah penanda nocking. Pastikan Index Fletch menghala ke arah pemanah dan tolakkan ianya dengan lembut ke tali panah. Kemudian letakkan anak panah pada atas arrow rest.

3. Drawing Hand and Bow Hand (tangan menarik dan tangan memegang)

Kebiasaanya tiga jari digunakan untuk tujuan menarik tali panah iaitu jari telunjuk, jari hantu dan jari manis. Jari telunjuk diletakkan di sebelah atas anak panah sementara jari hantu dan jari manis disebelah bawah. Bengkokkan jari supaya sendi ketiga-tiga jari tersebut sebaris dengan tali panah. Berikan sedikit ruang antara jari telunjuk dan jari hantu supaya kedua-dua jari tersebut tidak menyentuh anak panah. (Ini untuk mengelakkan dari anak panah itu dicubit (pinching)) Biarkan belakang tangan serata yang boleh.Bengkokkan ibu jari ketapak tangan supaya dapat diletakkan pada pipi semasa tarikan penuh. Tarik sedikit tali panah untuk menyediakan jari-jari tersebut untuk tarikan penuh.Semasa menarik tali panah, tekanan hendaklah dibahagikan samarata kepada ketiga-tiga jari tersebut.

Letakkan tangan pemegang bow pada tempat pemegang dengan garis tengah berkedudukan diantara ibu jari dan jari telunjuk sebaris dengan pusat busar seperti yang dipaparkan dalam rajah diatas. Tapak otot ibu jari hendaklah diletakkan pada garis tengah pemegang busar. Semasa menarik, tekanan sepatutnya diterima oleh otot ibu jari dan terus kepada pergelangan tangan (Kedudukan pergelangan tangan rendah). Jari dan ibu jari patut dibiarkan dalam keadaan relax.Sekiranya pengikat jari atau pengikat busar tidak digunakan, hujung jari hendaklah dibengkokkan sedikit supaya menyentuh busar dengan lembut.Ini akan menghalang busar daripada terlepas semasa anak panah dilepaskan. Kedudukan tangan pada pemengang busar hendaklah konsisten pada setiap kali panahan dilakukan.

4. Predraw

Luruskan lengan pemegang busar untuk mendapatkan kedudukan tangan pada tempat pemegang busar. Kemudian angkat lengan pemegang busar dan lengan penarik tali serentak pada kedudukan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Kekalkan bahu hadapan pada kedudukan rendah. (Bahu tidak oleh dibiarkan bergerak ke hadapan atau kebelakang kerana ini akan mengubah jaraktarikan) Kekalkan siku lengan penarik pada kedudukan separas mata kerana ini akan membantu menggerakkan otot belakang menarik pada tarikan penuh.

5. Fulldraw (menarik busar)

Pada kedudukan sebelum menarik ( Pre-Draw position), gunakan otot belikat untuk menarik siku lengan penarik kebelakang dalam satu tarikan yang licin sehinggalah tangan penarik terkena dagu pemanah. Kedudukan kepala dan badan tidak boleh bergerak. (Tarik tali ke arah muka, bukan muka bergerak kepada tali) Daya tolakan pada busar dan daya tarikan pada lengan penarik akan memberikan keseimbangan pada badan.

10

6. Anchor (Hold)

Istilah anchor ialah apabila tangan penarik diletakkan pada tulang dagu dan tali panah menyentuh muka.Adalah sangat penting jari telunjuk menyentuh rahang dengan lembut, ibu jari dibengkokkan kedalam tapak tangan supaya senang untuk menyentuh leher dan tali panah menyentuh dagu (dan hidung sekiranya boleh). Kaitan antara kedudukan-kedudukan ini adalah penting kerana ianya bertindak sebagai pandangan dari belakang,jadi adalah penting untuk mengekalkan kedudukan-kedudukan tersebut dengan konsistan.Ia juga untuk mendapatkan tarikan penuh yang konsisten. Sebarang perubahan terhadap kedudukan-kedudukan tersebut akan mangubah tenaga yang digunakan seterusnya mempengaruhi penerbangan anak panah.

11

7. Holding (menahan) and Aiming (membidik)

Istilah holding (menahan) ialah apabila tekanan ditanggung oleh otot beakang (belikat) dan apabila tangan yang memegang panah digerakkan selari dengan sight (tempat membidik) dan ditengah-tengah sasaran. Semasa sight digerakkan kearah tengah sasaran keselarian tali panah patut diperiksa. Keselarian tali panah, seperti yang di tunjukkan di dalam gambar, tali panah adalah selari dengan dengan busar dan pin sight. Apabila busar dipegang dengan betul pada kedudukan menegak tali panah dan hujung busar akan kelihatan selari. Terdapat beberapa langkah yang perlu diperiksa untuk memastikan semuanya berada dikedudukan yang betul. Sekiranya sebarang bahagian badan dirasakan tidak betul,adalah lebih baik berhenti dahulu, turunkan busar dan mula semula. Apabila membidik ke tengah sasaran , adalah pekara biasa apabila pandangan sight pin itu seperti berputar disekitar nya. Dengan melakukan banyak latihan, pekara ini akan berkurangan.Apabila sight pin digerakkan ke atas, anak panah akan ke bawah, sight pin ke bawah, anak panah akan bergerak ke atas.

12

8. Release (Pelepasan)

Melepaskan tali panah adalah langkah yang paling penting semasa memanah.Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, semua langkah yang telah diambil sebelum itu adalah sia-sia. Untuk melepaskan anak panah dengan betul, tali panah yang dipegang hendaklah dibenarkan mengelongsor (slip) dari jari.Ketiga-tiga jari mesti melepaskan tali panah dengan serentak.Ini hendaklah dilakukan dengan biasan yang sedikit. Apabila pelepasan anak panah dilakukan dengan baik, tangan penarik sepatutnya bergerak ke belakang keran otot belakang (belikat) akan menarik tangan penarik ke belakang dan jari-jari sepatutnya berada di belakang leher

13

9. Follow Through (Ikut lajak)

Ikut lajak (follow through) ialah mengekalkan kedudukan lengan pemegang busar pada kedudukan pelepasan anak panah sehinggalah anak panah mengenai sasaran. Sebarang pergerakkan semasa pelepasan anak panah akan mempengaruhi cara penerbanganya.Kedudukan kepala dan badan patut dikekalkan, dan tangan penarik hendaklah digerakkan ke belakang semasa pelepasan anak panah. Adalah penting untuk tidak menjatuhkan tangan pemegang busar selepas pelepasan anak panah, ia akan menyebabkan anak panah mendarat rendah daripada sasaran. Menggerakkan kepala ke kiri atau kekanan untuk melihat anak panah juga akan menyebabkan tangan pemegang busar bergerak ke kiri atau kanan.

14

10. Relaxing (Rehat)

Pemanah mesti merehatkan diri selepas setiap panahan dibuat supaya otot-otot dapat pulih daripada kerja yang dilakukan sebelumnya. Rehat dalam tempoh 20 hingga 30 saat adalah mencukupi untuk otot-otot bersedia bagi panahan seterusnya. Sekiranya otot-otot tidak mendapat rehat yang secukupnya, ia akan menjadi kebas selepas beberapa panahan yang berterusan. Memanah dalam keadaan otot-otot yang letih akan menyebabkan panahan menjadi tidak konsisten.Masa rehat juga digunakan untuk manganalisa keputusan panahan sebelumnya dan memikirkan cara-cara membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Adalah penting untuk memeriksa kesemua 10 langkah asas bagi setiap kali panahan dibuat. Sekiranya sati daripada 10 langkah itu mempunyai kecacatan, maka pamanah tidak akan dapat menghasilkan panahan yang persis dan jitu.

15

1. Bersedia dengan posisi yang betul. 2. Garisan Shooting Line berada di antara kedua-dua kaki.

CHECKLIST

1. Berdiri dengan posisi yang betul. 2. Nock anak panah.

1. Set tangan busar 2. Set draw hand & hook 3. Angkat bow & draw 4. Anchor (Hold) 5. Membidik (Sight & Aim)

1. Ketatkan otot belakang. 2. Relaks tangan tarikan untuk melepaskan anak panah. 3. Pastikan lengan busar tidak bergerak

16

MEMBETULKAN PIN MEMBIDIK

1. Gerak bowsight ke atas jika anak panah berkumpul (group) di sebelah atas bulls-eye. 2. Gerak bowsight ke bawah jika anak panah berkumpul di sebelah bawah bulls-eye. 3. Gerak bowsight ke kiri jika anak panah berkumpul di sebelah kiri bulls-eye. (lawan jam) 4. Gerak bowsight ke kanan jika anak panah berkumpul di sebelah kanan bulls-eye. (pusingan jam)

17

ELAKKAN KESILAPAN BERIKUT: KESILAPAN DIRIAN

Badan membongkok

Posisi kaki tidak betul

Bahu tidak lurus

Bahu terlalu tinggi

Badan ke hadapan

18

KESILAPAN SEMASA ANCHOR (HOLD)

Mulut terbuka

Tali melepasi hidung

Kepala berpusing

KESILAPAN MEMEGANG BUSAR

Lengan bengkok ke kiri

Lengan bengkok ke kanan

Menekan ke bawah

19

KESILAPAN MENARIK

Tarikan tidak penuh.

Membengkok lengan

KESILAPAN MELEPAS (RELEASE)

Petik anak panah

Draw arm bergerak ke depan

Menjatuhkan siku

20

KESILAPAN FOLLOW THROUGH

Melihat anak panah

Menjatuhkan lengan busar

Petik tali (plucking)

21

LANGKAH KESELAMATAN

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil : 1. Peralatan peribadi Pastikan peralatan memanah anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Anda perlu selalu mengawal anak panah anda dan jangan sesekali hilang kawalan dari segi langkah-langkah keselamatan. Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu dipatuhi: 1. JANGAN SAMA SEKALI : a. MELAKUKAN DRY FIRE ( Panahan tanpa anak panah).Ini akan menyebabkan kerosakkan kepada busar. b. MENARIK DAN MENGHALAKAN BUSAR ATAU MELAKUKAN PANAHAN KETIKA TERDAPAT SASARAN BERGERAK DI HADAPAN (busar hanya boleh diarahkan kepada target butt sahaja). c. MELAKUKAN PANAHAN KE UDARA. d. BERGURAU SENDA ATAU BERMAIN-MAIN DENGAN PERALATAN MEMANAH. PERHATIAN : Pemanah-pemanah yang melakukan kesalahan di atas boleh disingkirkan dari pertandingan . 2. Periksa peralatan anda selalu. Pastikan ianya dililin dan tidak rosak. Baiki sebarang kerosakkan sekiranya perlu. 3. Periksa samada nocking point berada di kedudukan yang betul. Anda sepatutnya tahu bagaimana untuk menggantikan knocking point yang telah rosak. 4. Periksa nock dan mata panah. 5. Pastikan batang anak panah adalah lurus. 6. Pastikan semua peralatan seperti finger tab, arm guard dan lain-lain dalam keadaan yang baik , selamat dan sesuai untuk digunakan.

II. Padang dan peralatan padang 1. Pastikan rumput padang dalam keadaan pendek supaya senang mencari anak panah yang hilang. 2. Penanda padang dan garisan mestilah jelas dan kekal. 3. Pastikan target stand dalam keadaan yang baik dan selamat. Panahan yang kerap boleh melemahkan kaki target stand. 4. Sekiranya target butt menjadi lembut dan anak panah boleh menembusinya, gantikan dengan lebih baik.

22

5. Gunakan whistle yang kuat atau beri arahan dengan jelas dan kuat supaya semua orang dengar dengan jelas dan faham.

III. Ajar teknik memanah yang betul dan pastikan pelajar patuh 1. Kecederaan yang biasa dalam sukan memanah ialah apabila lengan dilibas oleh tali panah.Punca utama kecederaan berlaku ialah kerana mereka membuat kesilapan semasa memanah. 2. Sekiranya anak panah jatuh ke atas tanah berdekatan dengan shooting line, JANGAN AMBIL ANAK PANAH TERSEBUT, kecuali selepas semua pemanah menghabiskan panahan. 3. Semasa mencari anak panah yang hilang , pastikan anda MEMANDANG KEDEPAN supaya anda tidak tertikam oleh anak panah sendiri atau orang lain punya . 4. Anak panah yang tercacak pada sasaran adalah sama bahaya dengan anak panah yang sedang terbang. Semasa mencabut anak panah dari sasaran, letakkan sebelah tapak tangan ke sasaran dan sebelah lagi memegang anak panah. Tarik dengan cara memusingkan anak panah tersebut.Anda boleh menggunakan alatan mencabut anak panah .Pastikan muka anda dan pemanah lain tidak berada dibelakang anak panah kerana ia mungkin anak terkena muka atau mata semasa cabutan dilakukan .

Target Face

9KNN[9 QPI
SK All Saints 20.0.608

23