You are on page 1of 3

Sejarah Lari Berpagar Dalam acara lari berpagar, pagar yang dilalui sebenarnya, merupakan pintu kandang biri-biri.

Larian pada nusa itu adalah dengan kaki hadapan bengkok. Pada tahun 1886, Arthur Crooml' daripada England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik 1990. Pada tahun 1896, acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 m. Selepas itu 100 m wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400 m pada tahun 1971. Definisi Lari Berpagar Acara lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukan satu acara lompatan. Bagi acara lari berpagar seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari.. Keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta ialah a) kelicinan berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar. b) Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Dalam acara lari berpagar, seseorang itu dikehendaki berlari seberapa pantas yang boleh di antara pagar dan melepasi halangan (pagar) itu. Masalah utama yang dihadapi oleh atlet ialah cara melepasi pagar. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan mengenai teknik lari berpagar,kekurangan kelembutan di sendi pinggul dan belakang dan rasa takut pada halangan (pagar). Untuk mencapai kejayaan dalam acara ini kelemahan-kelemahan ini hendaklah diatasi terlebih dahulu. Kemungkinan besar perkara ini sukar dicapai di kalanngan pelajar sekolah. Namun begitu, acara lari berpagar boleh diperkenalkan untuk tujuan keseronokan dan kecergasan fizikal.. Setiap peserta acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya . Badan peserta juga mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini, dia akan dapat melenturkan badannya secara automatik semasa membuat lompatan. Kesimpulannya, lari berpagar adalah memecut, melompat pagar pagar. Tujuannya ialah untuk melepasi [pagar-pagar dengan sedikit sahaja gangguan dalamritma pecutan semulajadi. Ini bermaksud, pagar-pagar hendaklah dilintasi atau dengankata lain dilompat dengan aksi langkah-lepas Dan bukannya dengan lompatan .Pergerakan atlit haruslah secara lembut sepenuhnya.Acara lompat pagar boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 110 meteruntuk lelaki Dan 100 meter untuk wanita. Manakala satu lagi ialah acara 400 meteruntuk lelaki an juga wanita. Semua acara berpagar ini dijalankan dalam lorong. Bagiacara 100 meter Dan 110 meter berpagar dijalankan dijalankan dilorong lurusmanakala dalam acara 400 meter berpagar dijalankan di balapan selekoh.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN Jarak. Berikut adalah jarak-jarak yang standard: Lelaki dan remaja lelaki : 110m, 400m Wanita dan remaja perempuan : 100m, 400m Semua larian akan mengandungi 10 set pagar yang diatur mengikut jadual di bawah: Lelaki dan Remaja Lelaki

Jarak Larian Jarak dari mula ke set pagar pertama Jarak antara set pagar Jarak dari set pagar akhir ke penamat Meter Meter Meter Meter 110 13.72 9.14 14.02 400 45.00 35.00 40.00 Wanita dan Remaja Perempuan

Jarak Larian Jarak dari mula ke set pagar pertama Jarak antara set pagar Jarak dari set pagar akhir ke penamat Meter Meter Meter Meter 100 13.00 8.50 10.50 400 45.00 35.00 40.00 Setiap pagar hendaklah diletakkan di atas sedemikian rupa supaya penopang kakinya menghala arah datangnya peserta-peserta. Ia juga hendaklah diletakkan sedemikian rupa supaya sisi palang yang menghala ke peserta selari dengan tanda garisan di balapan.

Pembinaan Pagar hendaklah diperbuat daripada logam atau bahan lain yang sesuai, berpalangkan kayu atau bahan lain yang juga sesuai. Ia hendaklah mengandungi dua penopang kaki dan dua tiang menyokong bingkai empat segi, diperkuatkan dengan satu atau palang menyilang, dan tiangnya terpasang ke penghujung setiap tapak. Pagar-pagar tersebut direka bentuk sedemikian rupa supaya hanya tekanan sekurang-kurangnya seberat 3.6kg yang diletakkan mengufuk di bahagian atas tengah-tengah palang mampu menumbangkannya. Pagar-pagar tersebut hendaklah dilaraskan ketinggiannya bagi setiap acara. Pemberatnya juga boleh dilaraskan supaya pada ketinggian tertentu hanya tekanan

sekurang-kurangnya seberat 3.6kg dan maksimumnya 4kg mampu menumbangkannya. Pemesongan mendatar maksima bahagian atas pagar (termasuk tiang-tiang) sekiranya tekanan seberat 10kg dikenakan dibahagian tengah tidak boleh melebihi35mm. Ukuran Ketinggian standard pagar-pagar ialah:

Peringatan : Disebabkan aneka pembuatan pagar hingga 1.000m juga diterima didalam 110 m Junior berpagar. Lebar pagar hendaklah dari 1.18m ke 1.20m. Panjang maksimum penopang kakinya ialah 70sm. Berat pagar mestila tidak kurang daripada 10kg. Dalam keadaan biasa, kelonggaran 3mm dibenarkan lebih atau kurang daripada ukuran ketinggian bagi menumpang ketidakseragaman pembuatannya. Lebar palang ialah 7sm. Tebalnya pula mestilah antara 1sm dan 2.5sm, dan bahagian atasnya dibulatkan. Palang ini hendaklah terpasang kukuh pada tiang dikedua-dua hujungnya. Palang juga hendaklah dicat berbelang putih dan hitam, atau warna-warna terang yang berkontras, supaya belang yang membawa warna lebih muda, yang sekurang-kurangnya selebar 22.5sm, terdapat di kedua-dua hujungnya. Semua larian mengikut lorong dan setiap peserta mesti berada di lorongnya sepanjang larian. Seseorang atlet akan dibatalkan sekiranya: a) Tidak melompat sebarang pagar b) Merewangkan kakinya di bawah satah ufuk di atas sebarang pagar semasa melepasi c) Melompat sebarang pagar bukan di dalam lorongnya, atau d) Pada pendapat Refri sengaja merebahkan sebarang pagar Kecuali yang dinyatakan diperenggan 2.7d, merebahkan pagar tidak akan menyebabkan sama ada seseorang peserta itu dibatalkan atau catatannya tidak diambil. Untuk satu Rekod Dunia, semua pagar mestilah mempunyai spesifikasi-spesifikasi yang dnyatakan dalam Peraturan ini.

You might also like