You are on page 1of 77

KAJIAN TENTANG MASALAH PENGGUNAAN TANDA BACA DALAM KALANGAN MURID CINA TAHUN 4 DI SJK(C) KWONG HON,SUNGAI

BESI

TESIS YANG DIKEMUKAKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MENCAPAI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN.

MOHD NAZARI BIN MT RASID 720120115170

INSTITUT PENDIDIKAN BAHASA ANTARA BANGSA

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan nukilan setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

13.JULAI 2009

MOHD NAZARI BIN MT RASID 720120-11-5095

Diterima dan diperiksa oleh,

………………………………… ( EN. MOHD ROSLE BIN SAID) Tutor Penyelia Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan.

KAJIAN TENTANG MASALAH PENGGUNAAN TANDA KOMA, NOKTAH, TANDA TANYA DAN TANDA SERUAN DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 DI SJK(C) KWONG HON,SUNGAI BESI Oleh MOHD NAZARI BIN MT.RASID SJK(C) KWONG HON SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Murid-murid bukan Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina/ Tamil sering menghadapi masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu kerana mereka tidak menguasai aspek tatabahasa terutamanya kemahiran tanda baca dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kemahiran tanda baca ini penting dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini merupakan asas dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam aspek tanda baca. Seramai 30 orang murid dari tahun 4 telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan kelemahan mereka dalam aspek tanda baca. Instrumen kajian terdiri daripada Ujian pra dan Ujian pasca mengenai empat aspek tanda baca yang terpilih iaitu noktah,koma,,tanda tanya dan tanda seruan. Latihan-latihan seperti membetulkan kesalahan, mengisi tempat kosong dan menyalin

comma. The skill in punctuation must be masterad by pupils for it is the foundation to composition writing in bahasa Melayu. . prizes are awarded to successful pupils with the high score. interest pupils because they are easy. The aim of the research is to enhance the pupils skill in punctuation. ABSTRACT Non-Malay pupils in SJK Cina / Tamil school frequently face problems in the learning of bahasa Melayu because they have not acquired thorough knowledge on the grammar aspect epecially the punctuation marks and .petikan yang didengar menarik minat murid kerana ianya senang dan hadiah-hadiah disediakan bagi murid-murid yang berjaya mendapat markah yang tertinggi. Exercises on correcting errors. question mark and exclamation mark. filling in the blanks and re-writing passage heard. The research instruments consists of the pre-test and futher test based on the four aspects of punctuation marks chosen which are dot.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkankan kepada pihak sekolah yang bekerjasama dan membantu dalam menjalankan soal selidik. Untuk isteri tercinta Pn. En. Kepada Pensyarah Penyelia Encik Mohd Rosle bin Said dan Tutor HBEF 2503.PENGHARGAAN Melalui kesempatan ini. Rakan-rakan sejawat di SJK(C) Kwong Hon yang banyak membantu dengan memberi komen yang membina dan berbincang untuk memperbaiki penulisan ini dengan lebih baik lagi. samada secara langsung mahupun sebaliknya. Ramlan Abd. kadang kala sukar untuk diluahkan secara realiti. dipanjangkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan memberi galakan dalam menyiapkan penulisan ilmiah ini. Terima kasih di atas kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan selama ini.Razmi bt Mamat dan anak-anak tersayang. tiada kata yang mampu yang diucapkan kerana apa yang wujud di dalam hati.Manaf yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyelesaikan penulisan ilmiah ini sekalung penghargaan diberikan. .

2 1.3 BAB 3 3.1 1.5 1.2 3.7 BAB 2 2.1 3.1 2.2 2.3 3.3 1.6 1.KANDUNGAN Muka surat PENGAKUAN ABSTRAK BAB 1 1.4 PENDAHULUAN Pengenalan Latar Belakang Kajian Soalan Penyelidikan atau Kajian Objektif Penyelidikan atau Kajian Batasan Kajian Difinisi Tatabahasa Kepentingan Kajian KAJIAN LITERATUR Pendahuluan Kajian Berkaitan Rumusan METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk Kajian Populasi dan Sampel Instrumen Kajian Kajian Rintis Kebolehpercayaan/ Keesahan 25 26 27 28 7 7 23 1 1 2 3 3 4 5 ii iii .4 1.

3 Profil Responden Analisis-Soal Selidik Kajian Tindakan Analisis Ujian Pra dan Pasca Kesimpulan BAB 5 5.3.4 5.2 4.2 5. RUMUSAN.6 BAB 4 Prosedur Pengumpulan Data Cara Penganalisan Data ANALISIS DATA Pengenalan 28 28 30 31 32 34 43 4.1 5.5 3. CADANGAN Pendahuluan Ringkasan Kajian Perbincangan Dapatan Kajian Cadangan Kajian Cadangan Kajian Lanjutan Kesimpulan 44 44 44 45 49 50 51 Rujukan Lampiran Hasi kerja murid .5 PERBINCANGAN.1 4.3 5.

Justeru guru-guru bahasa Melayu perlu menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran baru yang boleh meningkatkan penguasaan murid dalam bidang tanda baca dan penulisan. koma. Penguasaan kemahiran tatabahasa diperingkat sekolah rendah amat penting sebagai asas utama dalam penulisan karangan Jika tidak. Bagi guru-guru yang mengajar bahasa Melayu terutama di sekolah jenis kebangsaan Cina / Tamil berasa tercabar dan kerap menghadapi masalah dalam pengajaran bahasa Melayu kerana murid-murid agar sukar untuk memahami penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu walaupun penggunaan tanda baca seperti koma dan noktah banyak digunakan dalam bahasa Cina. Murid-murid di sekolah saya sering mengabaikan penggunaan empat aspek tatabahasa ini. . tanda soal dan tanda seruan merupakan perkara penting dalam sesuatu karangan. mereka akan menghadapi masalah dalam penulisan karangan sehingga ke peringkat menengah dan universiti. Kesalahan-kesalahan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan markah karangan mereka. Pengenalan Penggunaan tanda baca dalam ayat atau karangan penting kerana tanda baca seperti penggunaan noktah.BAB 1 1. Murid-murid perlu mahir menguasai tatabahasa supaya dapat menghasilkan penulisan yang baik.

Dalam peperiksaan PKSR. Perubahan sukatan pelajaran terutama isi kandungan buku teks yang semakin mencabar kebolehan murid menyebabkan timbul kesukaran bagi murid-murid untuk memahaminya. soalan-soalan yang menyentuh tentang penggunaan tanda baca mesti disentuh oleh yang membina soalan kerana soalan-soalan seperti ‘Isi tempat kosong dengan tanda baca yang betul’ atau ‘Tulis semula ayat dengan menggunakan tanda baca yang betul’ amat penting untuk menguji kemahiran murid mengenai tanda baca terutama bagi murid tahap satu. Latar Belakang Kajian Saya sudah mempunyai 13 tahun pengalaman mengajar di sekolah jenis kebangsaan Cina membuatkan saya masak dengan masalah yang dihadapi oleh muridmurid berbangsa Cina semasa pembelajaran bahasa Melayu. Dalam kajian saya kali ini saya telah memilih penggunaan tanda baca koma. noktah. tanda soal dan tanda seruan boleh menjejaskan markah mereka kerana setiap kesalahan akan dipotong markah. noktah. . tanda tanya dan tanda seru kerana semua aspek tanda baca tersebut telah diajar pada tahun 2 dan tahun 3. Kesalahan murid-murid semasa memasukkan tanda baca seperti koma. Walaupun telah mempelajari penggunaan tanda baca koma.2.

noktah. Soalan-Soalan Kajian 3. . tanda tanya dan tanda seru bagi murid-murid tahun 4. Oleh itu. tanda tanya dan tanda seru pada tahun 3 dan 2. 3. masih terdapat banyak kesalahan penggunaan tanda baca koma.6 Apakah cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut? 4.noktah.3 Sejauh manakah kefahaman dan minat murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ? 3. Mengenal pasti dan menyenaraikan kelemahan pelajar-pelajar tahun 4 dalam aspek tanda baca.2 Apakah kesukaran yang dihadapi oeh murid-murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua? 3.5 Apakah pandangan ibu bapa tentang kepentingan bahasa Melayu? Apakah masalah yang dihadapi oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Objektif Kajian 1. 2.1 Bagaimanakah sikap dan penerimaan murid-murid di SJKC/T terhadap bahasa Melayu? 3.4 3. Masalah ini mungkin kerana kurangnya latihan atau sikap cuai murid-murid semasa menulis. saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.

3. Mendapatkan kerjasama ibu-bapa dalam memastikan murid-murid dapat menguasai Bahasa Melayu sebagai sebagai bahasa utama di Malaysia. 4.2. 5. Kuala Lumpur. Sungai Besi. Batasan Kajian Saya telah menjalankan kajian saya ini di sekolah tempat saya mengajar iaitu di SJK(C) Kwong Hon. Menambah latihan-latihan tatabahasa untuk menarik minat murid terhadap penggunaan tanda baca dalam karangan. Menyenarai masalah-masalah murid dalam penggunaan tanda baca dan mencari jalan penyelesaian. 6. Hampir kesemua murid-murid di kelas ini menghadapi masalah untuk menguasai Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang penulisan sama ada membina ayat atau membuat karangan. Mendapatkan laporan penilaian guru tentang keberkesanan penggunaan pelbagai aktiviti tanda baca yang telah disediakan oleh Panitia Bahasa Melayu. Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid berbangsa Cina dan 6 orang Murid yang berbangsa Melayu. Merangka tindakan pembaikan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam tanda baca Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan ke atas murid Tahun 4K iaitu murid dari kumpulan sederhana yang terdiri daripada murid-murid yang sederhana keputusan peperiksaannya. 5. Walaubagaimana pun beberapa orang murid Melayu di kelas ini .

Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian bahasa ( penghuraian ) bahasa. Justeru bagi mereka tatabahasa mestilah preskriptif sifatnaya. Perkataan grammar ini berasal daripada perkataan Greek.peraturan atau undang-undang bahasa yang dijadikan . Dengan bantuan kawan-kawan sejawat yang lain saya harap kajian ini akan dapat menyelesaikan beberapa masalah yang kami hadapi.maka saya telah memilih Kelas 4K untuk untuk menjalankan kajian saya. Mereka tidak menekankan bahawa pertuturan adalah aspek bahasa yang diucapkan berdasarkan kepada undang-undang atau tatabahasa. Makna asalmya ialah “Satu seni bacaan dan penulisan”. Lyons (1971) dalam artikelnya “ Structural Organization of Language-Grammar’ menyatakan pada mulanya kajian tatabahasa menumpukan perhatiannya kepada bahasa kesusasteraan dan perhatian yang kecil sahaja diberikan kepada aspek lisan. iaitu tatabahasa mestilah merupakan peraturan. 6. Tatabahasa merupakan aspek bahasa yang mesti diajar secara formal di sekolahsekolah sebagaimana kemahiran menulis dan membaca . Difinisi Tatabahasa.) Tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan grammar.boleh menguasai kemahiran tatabahasa terutama dari aspek tanda baca dengan baik. Menyedari hakikat ini. Ini bermakna pengajaran guru berjaya untuk murid berbangsa Melayu tetapi kurang berjaya bagi murid-murid berbangsa Cina. (Tanda baca.

. Ahli-ahli tatabahasa mestilah menjalankan tugas mencipta undang-undang bagi pengucapan dan penulisan yang betul. 2. sedih. sakit. Salah satu aspek penting dalam tatabahasa ialah aspek tanda bacaan. Berdasarkan sudut tinjauan deskriptif.pada singkatan nama orang.jawatan. .gelaran. ) Penggunaan . Menurut Lyons lagi. tatabahasa tidaklah harus ditinjau dari sudut pandangan tersebut (sudut preskriptif) kerana tatabahasa juga boleh ditinjau dari dari sudut deskriptif atau huraian. Pangkat. Tanda tanya ( ? ) -pada akhir ayat tanya. Berikut ialah penerangan tentang empat aspek bahasa yang dipilih : Bil. bukan “apa yang sepatutnya dituturkan orang. tatabahasa adalah satu kajian dalam bentuk huraian terhadap apa yang sebenarnya dipertuturkan orang. dan sebagainya. 1 Tanda baca titik (.dan tempat. koma (. -untuk menandakan tempat berhenti sebentar dalam sesuatu 3 4 ayat yang panjang.) -bagi mengasingkan perkataan yang berturut-turut dalam sesuatu ayat. Tanda seru (! ) -digunakan untuk menggambarkan perasaan seperti kagum.pada akhir ayat yang lengkap .pegangan di dalam penguasaan bahasa.hairan.

1 Meningkat peratus kelulusan Bahasa Melayu dalam UPSR pada tahun-tahun yang akan datang.4. Rakyat Malaysia semakin ramai suka menggunakan bahasa Inggeris dalam segala urusan.7. Peranan Bahasa Melayu semakin hari semakin terhakis kerana terdapat saingan daripada Bahasabahasa lain seperti bahasa Inggeris. 6. saya berharap dengan adanya kajian ini akan dapat menyelesaikan beberapa masalah yang di hadapi oleh guru. Sebagai seorang guru. Justeru. saya dapati masih ramai murid-murid yang menghadapi masalah untuk menguasai tatabahasa bahasa Melayu.2 Memudahkan guru-guru merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti tatabahasa. 6. Di antara kepentingan-kepentingannya ialah : 6.3 Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kepentingan kajian Bahasa Melayu merupakan bahasa utama penggunaannya di Malaysia. BAB 2 . Menarik minat pelajar untuk mempelajari dan menggunakan tanda baca di tempat yang betul. 6.

Di samping itu. kupasan daripada bab ini juga dijadikan panduan kepada pengkaji. Di . Selain itu. Kajian yang berkaitan dengan tatabahasa bahasa Melayu ini sememangnya banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Hal ini akan menyumbang kepada maklumat yang lebih kepada pengkaji dan secara tidak langsung akan menjadikan kajian yang dilakukan adalah lebih telus dan sempurna. kajian ini hanya lebih menumpukan kepada penggunaan tatabahasa dan kesannya terhadap pengembangan bahasa Melayu.0 Pengenalan Bab ini mengulas dengan lebih lanjut berkaitan kajian dan penulisan yang pernah dilakukan oleh pengkaji – pengkaji terdahulu tentang tatabahasa dan proses pengajaran dan pembelajarannya. 2. Selain ini. Pengkaji-pengkaji terdahulu ini terdiri daripada beberapa orang tokoh bahasa mahupun dari dalam dan luar negara. Terdapat kajian terdahulu yang dapat dijadikan panduan kepada pengkaji dalam mengupas dengan lebih teliti berkaitan tajuk kajian. bab ini mengungkapkan kajian-kajian daripada beberapa orang ahli bahasa yang sebelum ini telah meneliti tentang aspek-aspek penggunaan tatabahasa dalam bahasa Melayu.1 Kajian Berkaitan. kajian daripada pengkaji-pengkaji terdahulu juga banyak berkaitan aspek penggunaan bahasa di sekolah-sekolah.Tinjauan Literatur 2. Namun begitu.

Pengajaran tatabahasa: 1) membolehkan kanak-kanak bertutur dengan lancar. Terdapat dua pendapat tentang pengajaran tatabahasa iaitu pendapat lama dan pendapat baharu: . 5) Ia berguna kepada orang-orang dewasa atau pelajar-pelajar pada peringkat tinggi. terdapat kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji lain yang merupakan kajian ilmiah tertentu.undang atau peraturan tertentu. Tatabahasa merupakan aspek yang sangat penting pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. terang dan mudah difahami orang lain. 3) Ia boleh menentukan samada sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut peraturan tatabahasa atau resam bahasa itu.samping itu. 2) Membolehkan kanak-kanak dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya. 4) Ia penting untuk peperiksaan kerana dalam soalan-soalan bahasa biasanya terkandung juga tatabahasa. Kemahiran tatabahasa membolehkan seseorang itu menguasai bahasa dengan sempurna. terutama bangsa asing kerana mereka lebih suka belajar menerusi undang.

jika tidak sesorang itu tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. ii) Mempelajari tatabahasa tidak dengan menghafal peraturan dan undangundangnya tetapi menerusi memberi contoh-contoh yang sesuai. Tatabahasa diperkenal sebelum kanak-kanak mahir atau boleh berbahasa dengan baik. Dengan perkataan lain penggunaannya yang yang dipentingkan. ii) iii) Mempelajari tatabahasa dengan menghafaz peraturan dan undang-undang. Pendapat baru mengatakan: i) Tatabahasa perlu juga dipelajari untuk menolong seseorang itu mempelajari bahasa. iv) Kepintaran seseorang itu berbahasa bukanlah bergantung kepada kecekapannya dalam undang-undang tatabahasa.Pendapat lama mengatakan : i) Tatabahasa sangat perlu dipelajari. iii) Tatabahasa diperkenalkan setelah kanak-kanak boleh menggunakan bahasa yang baik. Penguasaan bahasa kedua: .

W.Berbeza dengan pembelajaran bahasa pertama. memerlukan banyak latihan dan pengulangan hingga menjadi satu tabiat. Moulton. Kelima-lima prinsip ini menekankan : a) Kemahiran lisan dalam pembelajaran bahasa. d) Penggunaan bahan-bahan seperti makmal bahasa. W. Ini dilakukan dalam keadaan yang lebih formal.M. b) Penggunaan ajukan dan menghafal. penguasaan bahasa kedua bukanlah didapati melalui pemerolehan tetapi dikuasai melalui pembelajaran. (1960) telah menyenaraikan perinsip-prinsip mengajar bahasa kedua dan beliau telah memanggilnya sebagai “lima cogan kata” mengajar bahasa. c) Untuk melatih bentuk-bentuk bahasa agar menjadi tabiat digunakan latihanlatihan pola.. (1964) pula telah membincangkan beberapa tanggapan yang menjadi teori pendekatan pengajaran bahasa yang dinamakan ‘pendekatan dengar dan sebut`.C. . e) Mengadakan rancangan.rancangan pembelajaran kendiri untuk membantu pembelajaran serta (mendapatkan kesan ‘ransangan gerak balas’) Rivers.

Proses pembelajarannya menetapkan jika sering kali berjaya dilakukan dengan memuaskan maka ia akan dapat diulangi seterusnya secara automatik. Latih tubi menggalakkan kebolehan ini berfungsi. maka adalah wajar apabila sebahagian daripada kobolehan akan menolong dalam mempelajari bahasa asing. seperti belajar menaip. nyatalah bahawa proses pembelajaran bahasa kedua itu adalah merupakan satu proses mekanikal. berenang . b) Analogi memberi asas yang lebih kukuh terhadap pembelajaran bahasa asing daripada analisa. Menurut pendekatan kognitif (Chomsky) mempelajari bahasa ialah satu proses menguasai dengan cara sedar akan pola-pola fonologi sintaksis dan leksikal satu-satu . Daripada teori di atas. memandu kereta dan lain-lain.Mengikut pendekatan ini: a) Pembelajaran bahasa asing (kedua) pada asasnya merupakan satu proses mekanikal membentuk tabiat. Cara penguasaannya bolehlah disamakan dengan proses-proses pembentukan tabiat yang lain. Brooks (1964) pula menyatakan bahawa setiap orang yang bertutur telah menguasai bahasa ibundanya melalui ajukan dan analogi tanpa sebarang pertolongan daripada pada analisa.

kesenangan mempelajari akan berkembang secara automatik dengan menggunakan bahasa itu dalam situasi –situasi bermakna. Masalah-masalah ini tidak harus dibiarkan demi kebaikan pelajar dan mengelakkan masalah-masalah itu berlanjutan. . Aziz Abd. jenis-jenis ayat. Masalah ini tidak hanya tertumpu kepada pihak pelajar bahkan kepada sebilangan besar guru bahasa sendiri kerana melalui observasi yang pernah penulis lakukan kebanyakan guru bahasa lebih berminat menggunakan bahasa dialek dari BMS sepanjang sesi pengajaran. ayat tunggal. khasnya apabila pelajar itu hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan pengajaran karangan di sekolah-sekolah di negara ini. Talib (2000). faktor sikap kurang prihatin guru terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan pelajar juga perlu diambil perhatian seperti kesalahan menggunakan tandatanda baca. cara membuat ayat yang betul. Dia menganggap bahawa jika murid –murid mempunyai satu darjah penguasaan kognitif akan struktur-struktur bahasa tersebut. kelemahan isi dan teknik mengarang merupakan kelemahan teknikal. Teori ini menekankan kepentingan pemahaman murid akan struktur-struktur bahasa asing. ayat majmuk dan sebagainya. tatabahasa . dan tidak begitu berkaitan dengan aspek bahasa. Menurut Abd. Selain itu. Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa dialek dan inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya kesalahan-kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu Standard (BMS) dengan betul.bahasa itu.

Sandrasegaran. Dengan cara demikian. ayat pasif sering menjadi masalah khususnya kepada pelajar bukan melayu. 1989). Justeru. Penggunaan bantuk-bantuk ayat pasif merupakan satu kelebihan bagi pelajarpelajar bahasa Melayu. dan merupakan masalah yang perlu diatasi sekiranya guru menginginkan murid-muridnya menulis karangan dengan baik dan bermutu. kebolehan menghasilkan penulisan ayat yang kompleks sehingga menjadi perenggan dan karangan memerlukan latihan menulis. Dengan itu. murid-murid mendapat input dan kemahiran secara tersusun dan terbimbing. maka tidak akan wujud lagi masalah. Semua kelemahan itu ialah kelemahan bahasa dalam bentuk penulisan. Masalah ini amat nyata dalam kalangan pelajar bukan Melayu yang datang dari sekolah Cina dan Tamil (V. Beliau berpendapat bahawa jika pelajar-pelajar bahasa Melayu memahami konsep pembentukan ayat pasif dengan baik. Kemampuan ini membolehkan mereka mengujarkan dan menulis ayat-ayat yang bervariasi. Penggunaan ayat pasif yang betul menandakan bahawa seseorang itu dapat menguasai satu aspek bahasa Melayu dengan baik. mutu bahasa yang digunakan akan menjadi lebih baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan.Kelemahan murid-murid yang lebih berkaitan dengan aspek bahasa adalah pelbagai. Sungguhpun demikian. pelajar perlu diberikan latihan sistematik di samping guru perlu menguasai teknik yang sesuai bagi melatih kemahiran tersebut. Untuk tujuan tersebut. pencapaian mereka akan turut . Selain itu.

Menurut Abdul Hamid Mahmud (1992) walaupun agak banyak penulisan yang dilakukan terhadap struktur pasif bahasa Melayu.A. Lutif Abas.T. Raja Mukhtarudin Dain. klausa dan frasa itu sebagai kajian sintaksis dan aspek penghuraian kata dan morfem sebagai kajian morfologi. al (2004) bagi mengkaji dapatan ini.A Mess (1969) telah merumuskan ayat pasif sebanyak empat bentuk sedangkan Asmah Haji Omar (1970) telah menggolongkan kepada dua golongan utama iaitu Pasif Jati dan Pasif Semu. ASraf. hal ini jelas kelihatan pada perbezaan rumusan tentang ayat pasif yang dilakukan oleh Zaba dengan yang dilakukan oleh S. Terdapat pelbagai teori yang digunakan bagi menganalisis ayat pasif. sedangkan S. tetapi didapati jumlah struktur pasif yang dibicarakan oleh penulis tidak sama. Menurut Nik Safiah Karim (dlm Awang Mohamad Amin 1992: 46) menamakan ayat.T Alishjahbana (1963) memberikan hanya tiga bentuk sahaja. Seterusnya beliau menamakan kajian terhadap semua aspek bahasa sebagai . dan Arbak Othman. Tambahan pula. akan menggunakan rumus yang diguna pakai oleh Nik Safiah et. Zaaba (1947) dan Slametmuljana (1969) masing-masing telah menyatakan bahawa ayat-ayat pasif bahasa Melayu terdiri daripada lima bentuk. sebaliknya. C. kata dan morfem sebagai 'aspek-aspek bahasa'. Mees. Bagaimanapun. pengkaji tidak bertujuan untuk membuat sebarang perbandingan. frasa. Beliau juga menamakan sintaksis dan aspek-aspek penghuraian ayat. Menurut Abdul Hamid Mahmud lagi. Asmah Haji Omar. Alisjahbana.meningkat. penggunaan ayat-ayat pasif dalam tulisan memperlihatkan kreativiti bahasa seseorang itu. C. klausa.

Ini menyebabkan berlaku kelewahan frasa yang tidak sepatutnya. kesalahan banyak berlaku dalam pemilihan frasa dan binaan antara frasa. Berdasarkan analisis yang dilakukan. Dari segi kesalahan sintaksis pula. pemberitaan. pelajar terlalu banyak bermain dengan kata ganda ataupun kata yang membawa maksud jamak khususnya dalam binaan ayat kompleks atau ayat majmuk.kajian morfologi sintaksis. kesalahan morfologi berkait rapat dengan penguasaan dan kemahiran pelajar menggunakan imbuhan ataupun bentuk kata terbitan. Situasi ini menyebabkan idea pada pada perenggan berikutnya tidak berkembang malah sering kali pula frasa yang disebut pada perenggan sebelumnya diulang kembali pada perenggan berikutnya. Yang lebih mendukacitakan ialah tautan antara satu frasa tidak berkohesi. . Di samping itu. Pada hakikatnya kata beliau adalah bahasa standard yang biasa digunakan sebagai bahasa persuratan. Pelajar sebenarnya mempunyai banyak idea tetapi mereka menggabungkan beberapa idea itu dalam satu perenggan sekali gus. bapa ataupun suami. Kata ini merujuk kepada kata ganti nama orang ketiga (pronomina persona tunggal hormat). pengucapan dan sebagainya. Pelajar juga diganggu dengan bahasa ibunda mereka berhubung dengan penggunaan bahasa sapaan atau rujukan kata ganti nama bagi orang ketiga misalnya makna kata beliau. Pelajar mungkin beranggapan bahawa kata beliau hanya dimiliki oleh DMB sahaja dan kata rujukan ini biasanya digunakan sebagai bahasa bahasa untuk merujuk orang tua.

Di rumah mereka hanya menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri kerana pergaulan mereka hanya terbatas di antara mereka sahaja. . Mengapa Murid Kurang Berminat? Salah satu punca kurangnya minat murid-murid di sekolah jenis kebangsaan ialah mereka kurang bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun. Banyak masalah yang perlu diambil kira oleh seseorang guru selain daripada masalah penggunaan tanda baca itu sendiri seperti faktor sikap. Penguasaan kosa kata yang kurang juga sering menghalang murid-murid berkomunikasi dalam bahasa Melayu.Penggunaan tanda baca dalam penulisan di SJKC/T amat lemah kerana beberapa faktor yang saling berkaitan antara satu sama lain. Masalah ini bukan sahaja bagi bahasa Melayu tetapi juga bagi bahasa Inggeris. Untuk menghasilkan karangan yang baik perlulah dimulakan daripada penghasilan ayat. Penggunaan bahasa Melayu hanyalah ketika guru-guru bahasa Melayu masuk mengajar bahasa Melayu. pandangan guru serta pengaruh bahasa ibunda sendiri. Apabila tiba di sekolah. ada ramai murid-murid bukan Melayu yang dapat menguasai kemahiran – kemahiran penulisan karangan ini dan berjaya menghasilkan penulisan karangan yang baik pada peringkat UPSR hinggalah ke peringkat STPM. Masalah ini timbul mungkin kerana kurangnya minat membaca buku-buku bahasa Melayu dikalangan mereka. baik di rumah atau di sekolah. mereka juga menggunakan bahasa ibunda untuk berkomunikasi.

menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk mendapatkan peraturan dan bunyi yang tertentu. fonetik melibatkan pengumpulan keteranganketerangan tentang bunyi-bunyi bahasa dari segi sifat-sifat fisiologi dan fizikal. serta menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia. semantara fonologi menggunakan kriteria-kriteria linguistik untuk pembahagian dan penjenisan bahan-bahan yang diambil dalam bidang fonetik. Siti Hajar dalam bukunya tatabahasa Bahasa Malayu (perkataan). . mengatakan tatabahasa termasuk dalam bidang linguistik deskriptif. Bidang fonetik menumpukan kajian pada aspek-aspek bunyi atau pertuturan manusia sejagat tetapi bidang fonologi mengkaji system-sistem bunyi pertuturan tertentu bagi sesuatu bahasa. menghalusi variasi-variasinya. Bidang yang termasuk dalam kajian ini ialah fonologi. Kesemua bidang ini dikaji secara saintifik dan kemudian dibuat peraturan-peraturan tertentu yang merupakan peraturan khusus atau undang-undang bahasa itu. iaitu bidang yang menghuraikan bahasa mengikut cara-cara saintifik. Bidang fonologi berfungsi untuk merumuskan. Bidang fonetik tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Dengan perkataan lain. Terdapat perbezaan antara bidang fonetik dan fonologi.Morfologi dan Sintaksis. Bidang ini disebut juga sebagai fonetik. Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa secara am. morfologi dan sintaksis.Bidang Fonologi.

Perbezaan ini wujud apabila terdapat perubahan pada bentuk kata akar atau kata dasarnya. Perbincangan tentang ayat. Morfem ialah unit gramatikal terkecil yang mempunyai makna semantara kata pula ialah unit terkecil yang mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri. dalam bahasa melayu ada perkataan rumah yang dapat menerbitkan perkataan-perkataan lain seperti ke rumah. Sintaksis sebagai sebahagian daripada ilmu linguistik yang berusaha menjelaskan unsur-unsur sesuatu satuan serta hubungan antara unsur-unsur itu sama ada dari segi fungsi atau hubungan makna. Misalnya. Sintaksis pula ialah bahagian atau cabang daripada tatabahasa yang membicarakan selok-belok frasa. Ini bermakna. sintaksis berbeza daripada morfologi yang membicarakan selok-belok morfem dan kata. Oleh itu. morfologi mengkaji selok-belok kata dan fungsi gramatik atau makna perubahan bentuk kata itu. rumah tangga dan rumah kongsi. Lufti Abas dalam buku Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu menyatakan bahawa Linguistik deskriptif (studi sinkronik) adalah satu daripada cabang . frasa dan hubungan antara ayat-ayat pada peringkat wacana termasuk dalam bidang kajian sintaksis. bidang yang dikaji dalam morfologi ialah morfem dan kata. klausa. klausa. Setiap contoh tersebut mempunyai makna yang berbeza akibat penggabungan morfem dengan morfem terikat atau morfem bebas yang lain. perumah. iaitu kemungkinan adanya perubahan kata. rumah-rumah. Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan. golongan kata dan makna kata. ayat dan wacana. Dengan perkataann lain.Morfologi ialah satu bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.

dalam tahun 1812 dan sumbangannya itu telah ditulis dalam bukunya yang berjudul ‘Grammar of the Malay Language’. Sarjana-sarjana lain selepas Marsden yang mengkaji tentang tatabahasa bahasa Melayu ialah Crawford (1852) dan Maxwell (1881). bahasa dapat diertikan sebagai system lambang-lambang yang diajarkan oleh manusia dengan menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat pada mereka. Bebepapa penulisan tentang . dan cara-cara pembentukan mereka. Lambanglambang yang diujarkan itu mengandungi makna-makna tertentu berdasarkan lingkungkan masyarakat yang menuturkannya. Buku ini dipercayai merupakan penulisan tatabahasa Melayu yang pertama sekali. Sarjana-sarjana linguistik komparatif berpendapat bahawa bahasa Melayu berasal daripada Rumpun Bahasa Austronesia atau Melayu-Polynesia. 3) Sintaksis iaitu mempelajari ayat-ayat dan frasa-frasa.linguistik yang mempelajari satu bahawa pada satu waktu tertentu dan seterusnya terbahagi menjadi: 1) Fonologi. Pada umumnya. Bahasa Melayu mempunyai pengertian yang amat luas. 2) Morfimik iaitu mempelajari morfim-morfim dan cara-cara penyatuan mereka menjadi kata-kata. Kebanyakan ahli bahasa dan linguistik memberikan pengertian dan konsep bahasa yang hampir sama antara satu sama yang lain. mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia yang terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonimik. Tatabahasa bahasa Malayu mula dikaji oleh Marsden.

pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Kemahiran Lisan (Mendengar dan Bertutur) Sebahagian besar daripada kalangan pakar berpendapat bahawa kemahiran lisan ( mendengar dan bertutur ) sebagai asas penting bagi kemahiran lain seperti menulis dan membaca. bercerita tentang gambar bersiri. murid-murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis. ( Abdul Aziz Abdul Talib. 1993 ).tatabahasa Melayu yang lebih baru telah dilakukan oleh Winstedt pada tahun 1927. Heaton seterusnya menambah pengujian kemahiran lisan dianggap lengkap dan seimbang jika pengujian itu mengandungi bahagian seperti berikut : . Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Mengikut Mohd Hilmy ( 1982 ). Beliau seterusnya menyatakan. melalui bukunya Malay Grammar yang dianggap lebih ‘comprehensive’ dalam tatabahasa Melayu. temu bual dan bercakap tentang sesuatu tajuk yang diberikan. mencadangkan teknik membaca secara kuat. fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis. Sementara itu dari segi pengujian lisan pula. kemahiran menghasilkan bahasa yang betul dalam pertuturan sudah tentu akan mempengaruhi kemahiran menghasilkan bahasa melalui penulisan. Heaton ( 1979 ). Selanjutnya beliau menambah.

Teknikteknik pengajaran bahasa kedua patutlah sebanyak mungkin mewujudkan secara simulasi situasi-situasi sewajarnya dan merangsang penutur asli menggunakannya atau seperti ditegaskan oleh Mackey ( 1965 ). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua pula seharusnya agak berbeza sedikit berbanding pendekatan yang diambil untuk bahasa pengantar. Mengikut Boon. 2.i) Temubual (mengandungi 60% daripada markah penilaian ) ii ) Bacaan secara kuat ( 20% ) iii) Bercerita tentang gambar atau gambar bersiri ( 20% ) Merujuk kepada pengujian kemahiran bercakap menggunakan kaedah “ berucap menurut topik atau tema” Abdul Aziz Abdul Talib ( 1993 ). menjelaskan bahawa muridmurid akan diberi pilihan beberapa topik yang sesuai dan menarik. guru bahasa kedua seharusnya memotivasikan pelajar dengan mengeksploitasikan keperluan yang sedia ada dan menimbulkan keperluan baru. Seorang murid akan memilih satu topik daripada pilihan yang diberikan dan diberi masa satu atau dua hari bagi menyediakan ucapan pendeknya berkaitan dengan topik-topik yang dipilih (topiktopik dipilih adalah mudah dan sesuai dengan tahap dan kebolehan pelajar ).1 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Kedua.Koh ( 1981 ). K. Beliau menjelaskan lagi bahawa seseorang guru bahasa kedua mestilah cekap memainkan peranannya sebagai “motivator” yang dapat menggunakan minat dan keinginan pelajar untuk belajar bahasa kedua. . menghasilkan semula situasi-situasi dalam mana pelajar itu akan memerlukan bahasa itu.

Ramli (1994). . dan fasilitator kepada pernbinaan dan penggunaan pengetahuan latar pelajar terhadap pembelajaran mereka (Brown. pencabar kemahuan konvensional. Prinsip Asas Dalam Pengajaran Bahasa. guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk menjadi guru yang baik. Guru juga mestilah bersedia melaksanakan perinsip-perinsip asas dalam pengajaran bahasa di sekolah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran bahasa bukan sahaja melibatkan pengajaran teknik membaca dan menulis serta penggunaan tatabahasa yang betul di kalangan pelajar di sekolah.Mengikut Mohd. 1994). pencipta konflik konsep. Ini ternyata apabila pelajar dikehendaki membuat rujukan dan mencari serta mencatat maklumat sebagai persediaan sebelum sesi simulasi dan main peranan itu dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Justeru. bahawa teknik simulasi dan main peranan sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa para pelajar. Selain kemahiran mendengar dan bertutur simulasi dan main peranan juga dapat membantu para pelajar meningkatkan lagi kemahiran membaca dan menulis. Pengajaran bahasa merangkumi falsafah pendidikan yang menjadikan guru berperanan sebagai moderator. guru memainkan peranan yang penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya. Guru-guru perlulah menggunakan pelbagai teknik dan pendekatan untuk menarik minat murid-murid. Dahalan Mohd. terutamanya dalam kemahiran mendengar dan bertutur.

dan daya ekspresi pelajar yang kurang terkongkong oleh jawapan atau persembahan yang diharapkan guru. Terdapat lima prinsip asas yang perlu diketahui oleh guru bahasa bagi menjalankan program pendidikan bahasa yang berkesan dalam bilik darjah. dan apakah bentuk persembahan bahasa yang boleh diIakukan oleh pelajar.Dalam persekitaran ini. 1994). dan bila mereka perlu melakukan persembahan bahasa tersebut (Brown. pendidikan bahasa perlu mendidik pelajar menjadi ahli masyarakat yang berfikiran kritis. melibatkan diri dalam proses refleksi. Mereka tidak lagi menentukan apa yang perlu dipertuturkan oleh pelajar berdasarkan jawapan yang telah disediakan terlebih dahulu atau berdasarkan bahasa yang "betul" seperti yang dikehendaki. iaitu: 1. Guru tidak semata-mata berfungsi sebagai penentu apa yang perlu pelajar lakukan. guru perlu menyediakan suasana yang spontan. pelajar menggunakan bahasa yang mereka rasakan selesa. Bagi membolehkan penguasaan bahasa berlaku dengan lancar. beberapa perkara perlu dikawal oleh guru sebagai moderator terutama dalam perancangan pengajaran. persembahkan. Issues in Education. Walaupun demikian. bila masanya pelajar perlu bercakap. dan pengajaran bagi menjadi pengguna bahasa yang lebih berkesan. Guru sebagai moderator Tugas sebagai "moderator" ini memang diperlukan dalam pendidikan bahasa yang moden. Volume 24. penyelidikan. Malah mereka perlu menerima apa yang pelajar mahu tuturkan. Antaranya adalah apakah teknik yang sesuai . 2001104.

menentukan arah yang akan dicapai bagi setiap pengajaran. Sebagai seorang pengurus yang berjaya. 2. Ketika pelajar beraksi. dan masa bagi setiap kandungan yang akan diliputi. Matlamat akhir pengarahan yang sedernikian ialah bagi membolehkan pelajar terlibat dalam drama improvasi daripada kehidupan yang sebenar kerana setiap peristiwa komunikasi yang dialami pelajar menambah pengalaman penggunaan bahasa yang baru. Tugas sebagai seorang pengurus ialah menentukan arah tuju sesuatu pengajaran bahasa yang te1ah dirancangkan terlebih dahu1u. Seperti dalam mana-mana perlakuan dalam hidup. Guru dalam kelas bahasa perlu berperanan sebagai pengarah yang menggerakkan aksi pe1ajar di dalam bilik darjahnya (Brown. 1994). 3. 1994). atau kelas. tugas guru ialah mengarahkan lakonan mereka bergerak lancar dari satu babak ke satu babak yang lain. guru perlu mempunyai keupayaan . Guru serba sedikit perlulah mengawal agar pengajaran dapat dijalankan dengan sempuma. Guru sebagai pengarah.digunakan bagi meransang pe1ajar supaya berupaya berinteraksi. modul. kelas bahasa juga merupakan satu pentas tempat pelajar bahasa melakonkan aksi yang berhubung penggunaan bahasa yang dipe1ajari. Guru mengatur perancangan aktiviti pelajar yang juga menentukan bahawa pelajar bergerak pada lingkungan parameter kandungan bahasa yang ingin dicapai oleh pelajarnya (Brown. Guru sebagai pengurus Guru sebagai seorang pengurus yang bertanggungjawab untuk merancang sesuatu pengajaran.

2001/105. Pelajar harus belajar menerusi pengalaman menggunakan bahasa dan membuat kesilapan yang akhirnya mereka sedar akan kesilapan tersebut.membawa orang yang di bawah pengurusannya mencapai objektif dan akhirnya mencapai matlamat kandungan bahasa yang ingin dikuasai. Pelajar akan datang kepada guru untuk membuat rujukan atau mendapat ‘nasihat’ bagi memperkukuhkan keyakinan mereka dalam menggunakan bahasa yang dipelajarinya (Ab Rahman Ab Rashid & Yap Kim Fatt.Guru sebagai fasilitator Guru dalam sebuah bilik darjah bahasa yang progresif bukan seorang pengajar yang menyampaikan maklumat atau memberikan arahan kepada pelajar melakukan sesuatu tindakan semata-mata (Ab Rahman Ab Rashid & Yap Kim Fatt. Guru sebagai pakar rujuk. Namun demikian. 5. Guru perlu melepaskan tugas menunjukkan arah yang perlu dituju oleh pelajar dan bertindak sebagai pemandu yang berjalan di belakang sambil memberikan sedikit klu agar pelajar mencari jalannya sendiri menerusi kaedah eksplorasi. Masalah Pendidikan. Guru menjadi pakar rujuk dalam bilik darjah bahasa yang mengamalkan proses pembelajaran yang aktif.(1995). Guru secara literalnya akan bertindak sebagai kamus bergerak atau buku rujukan tatabahasa setiap kali pelajar menghadapi masalah semantik atau sintaksis. Cara belajar begini lebih besar kesannya dan lebih lama diingati oleh pelajar daripada belajar secara pasif.Jilid 24. 1995). lalu membetulkannya. 4. guru juga berperanan sebagai pakar pedagogi yang akan .

2001106. 2. Sebagai sumber rujukan. Laporan jawatankuasa yang dikenal sebagai Laporan Razak telah dijadikan landasan bagi membentuk Ordinan Pelajaran 1957 yang telah menjadi panduan kepada . atau buku pedagogi. buku rujukan tatabahasa. Pada tahun 1956 satu jawatankuasa telah dibentuk oleh Kementerian Pe1ajaran bagi mengkaji sistem pendidikan yang wujud di Petsekutuan Tanah Melayu yang akan mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957. Volume 24. Hussein. Sehingga sekarang masih ramai orang-orang bukan Melayu yang masih tidak dapat bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu walaupun kita sudah lebih 50 tahun merdeka.6 Perkembangan Pendidikan Kebangsaan Selepas Merdeka.mengawal. merancang. Issues in Education. Sejarah Malaysia bertoleransi antara kaum-kaum di Malaysia telah mewujudkan pelbagai sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sendiri telah sedikit sebanyak menyebabkan penggunaan bahasa Melayu agak terbatas. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pendidikan pda masa itu iaitu Allahyarham Dato' Abdul Razak bin Hj. tugas guru menjadi lebih mencabar kerana guru seolah-olah menggantikan kamus. Satu dasar pendidikan yang berasaskan keputusan bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang baru merdeka di samping mengekalkan bahasa dan kebudayaan kaum lain yang tinggal di persekutuan Tanah Melayu ini perlu digubal. dan mengurus bilik kuliah agar proses pembelajaran bergerak ke arah yang ditentukan dalam objektif pelajaran atau matlamat kursus.

serta untuk menjadikan bahasa Me1ayu sebagi bahasa kebangsaan sambil rnenjamin perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain. Tugas ini memanglah tidak mudah untuk dicapai kerana setiap kaum mempunyai sejarah dan amalan budaya dan bahasa yang tersendiri dan mereka terus mahu mengekalkan amalan yang mereka warisi daripada nenek moyang sejak zaman berzaman di negara yang baru ini. 2. Jawatan kuasa ini juga bermatlamat menggubal satu dasar pendidikan yang: .pembentukan dasar pendidikan kebangsaaan kemudiannya (UNESCO. serta dapat rnemuaskan keperluan-keperluan dan rnemperkembangkan penyuburan kebudayaan. 1956). kemasyarkatan.7 Suruhanjaya Pelajaran Kebangsan ini mempunyai matlamat untuk: Menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu yang ada dan untuk rnengusulkan sebarang pindaan atau menyesuaikan yang perlu untuk rnernbina sistem pendidikan kebangsaan yang dapat diterima oleh rakyat persekutuan pada keseluruhannya.Issues in Education. ekonomi dan politik mereka sebagai satu bangsa. perpaduan boleh dipupuk dengan meletakkan semua penduduk yang berasal dati pelbagai keturuanan ini ke dalam satu acuan kesedaran sivik dan ketatanegaraan yang sama. 1991). Menerusi pendidikan. Oleh kerana Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang baru merdeka pada masa itu ialah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelagai keturunan kaum. 2001102. (Laporan Jawatan Kuasa Pe1ajaran. tumpuan yang perlu diberi keutamaan jawatan kuasa pembentukan dasar pendidikan ialah isu perpaduan dan intergrasi kebangsaan. Volume 24.

(Laporan Jawatan Kuasa Pelajaran.Tujuan dasar pendidikan elit dalam negara ini adalah untuk menyatukan semua budakbudak daripada semua bangsa dalam negara ini dengan menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama dengan cara beransur-ansur. semua sekolah-sekolah jenis kebangsaan Inggeris yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar akan dialihkan secara berperingkat-peringkat ke sekolah kebangsaan Melayu mulai tahun tersebut. Cina dan Tamil sebagai bahasa penghantar di sekolah masing-masing sehinggalah satu Program Pengalihan Bahasa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran tahun 1970 dilaksanakan.sekolah kebangsaan dan dijadikan sebagai satu mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Berdasarkan program ini. penggunaan . Proses peralihan ini berjalan sehinggalah tamat semua peringkat persekolahan bagi sekolahsekolah jenis kebangsaan Inggeris peringkat sekolah rendah. Bahasa ini juga telah dijadikan bahasa penghantar di sekolah. Bagi sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula. 1956) Bahasa Melayu dijadikan sebagai faktor penyatu dan te1ah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam segala urusan pentadbiran kerajaan. Sekolah-sekolah jenis kebangsan ini boleh terus menggunakan bahasa Inggeris. menengah dan tinggi menjadi sekolah kebangsaan sepenuhnya dengan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pada tahun 1982.

Perkaitan antara sejarah dan prinsip dalam pelaksanaan pendidikan Bahasa Melayu dalam bilik darjah amat rapat hubungannya. tetapi mereka perlu mengikuti sukatan pe1ajaran yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian pelajaran bagi mata pelajaran utama yang diajar di bilik darjah (Platt & Weber 1980). Di samping itu.kedua-dua bahasa ini sebagai bahasa penghantar masih dikekalkan. Namun demikian. Masalah Pendidikan. Jilid 2001 103. Artikel ini telah memberikan satu perspektif yang baru bagi memberikan guru pelbagai pilihan untuk melaksanakan proses pengajaran dan . Sejak itulah pengajaran bahasa di bilik darjah berdasarkan Falsafah Pendidikan yang berteraskan amalan demokrasi dan berpandukan peranan pendidikan sebagai penggerak penyatuan rakyat diamalkan di negara ini sehinggalah ke hari ini. sejarah juga telah banyak mempengaruhi pembinaan kurikulum dan bentuk penilaian dalam pendidikan bahasa ini supaya bersesuaian dengan kedudukan bahasa ini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. dalam menentukan pendekatan dan teknik pengajaran mata pelajaaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Rumusan Artikel ini telah meninjau sejarah dan prinsip dalam pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. guru perlulah mengambil kira kesesuaiannya dengan kandungan penduduk negara ini yang berasal dari pelbagai keturunan kaum yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri di luar bilik darjah. Sejarah telah memberikan banyak ruang bagi membina dasar bagi menentukan status kedudukan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN .pembelajaran bahasa ini dengan lebih berkesan di bilik darjah.

Antara aspek-aspek yang diterangkan adalah berkaitan dengan Reka Bentuk Kajian.1 Reka Bentuk Penyelidikan Saya telah memilih beberapa reka bentuk penyelidikan. metadologi ini memainkan peranan penting dalam menentukan kejituan maklumat yang diperoleh.3. Bab ini merangkumi beberapa bahagian penting berkaitan aspek –aspek yang yang dikaji dan dinilai oleh pengkaji berdasarkan beberapa skop yang tertentu. 3. hasil daripada gabungan . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1030) `metadologi` ditakrifkan sebagai sistem yang merangkumi kaedah dan perinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan. Populasi dan Sampel Kajian. Prosedur Penganalisisan Kajian dan Kesimpulan daripada keseluruhan metadologi kajian. Prosedur Pengumpulan Data Kajian. Selain itu. Instrumen Kajian. dan sebagainaya. Kesemua aspek ini menjadi satu panduan kepada pengkaji dalam mengumpul data-data berkaitan kajian serta memudahkan proses perlaksanaan kajian dilakukan.0 Pengenalan Bab ini menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk melaksanakan kajian serta memperoleh data yang berkaitan dengan kajian . disiplin.

anak mereka menyebabkan kurangnya motivasi di kalangan murid-murid. Ada juga ibu bapa yang tidak mahir dalam bahasa Melayu menyebabkan mereka tidak dapat membantu anak-anak mereka belajar membaca atau menyiapkan kerja rumah yang senang.reka bentuk kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk kajian yang saya jalankan adalah seperti berikut:- 1 ) Eksperimen Sikap ibu bapa atau penjaga yang kurang memberi perhatian terhadap kepentingan penggunaan bahasa Melayu di kalangan anak. Ada murid yang kurang faham dengan apa yang dicakapkan oleh guru. 2 ) Pemerhatian Daripada pemerhatian. Mereka juga gagal membaca arahan yang diberikan dengan baik. ada juga ibu bapa yang berada dalam kategori berpendidikan yang sedar akan kepentingan bahasa Melayu. Mereka cuai ketika menjawab soalansoalan yang diberikan. Walau bagaimanapun. Mereka selalu datang berjumpa dengan guru untuk berbincang mengenai pencapaian anak-anak mereka. Sikap sambil lewa ketika menjawab soalan juga berlaku ketika guru mengajar. saya dapati ramai murid yang tidak mengambil berat tentang penggunaan tanda baca dalam karangan. 3 ) Ujian Pengesanan .

Ujian ini diberikan kepada murid-murid sebanyak dua kali. Ujian pra diberikan kepada murid pada peringkat awal kajian iaitu pada 6 Julai 2009 dan ujian pasca dijalankan selepas tindakan-tindakan diambil iaitu pada 16 Julai 2009. Ujian ini bertujuan untuk mengesan penggunaan tanda baca seperti koma,noktah,tanda soal dan tanda seru dalam Bahasa Melayu.

4 ) Tindak Balas Murid Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Setiap orang murid akan menunjuk minat yang pelbagai semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang aktif akan sentiasa menumpukan perhatian dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan manakala murid lemah sebaliknya. Ada diantara muridmurid yang tidak memberi kerjasama kepada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga gemar bermain-main dengan kawan-kawan dan alatan yang dibawa.

b ) Populasi dan Sample Kajian

Saya telah menjalankan kajian saya ke atas murid-murid di SJK(C) Kwong Hon,Sungai Besi, Kuala Lumpur. Sekolah ini terletak di Pekan Sungai Besi dan terdapat tiga lagi sekolah yang berada berhampiran iaitu SK. Sungai Besi, SJK(T) Sungai Besi dan SMK Sungai Besi. Sekolah ini mempunyai kira-kira 1750 orang murid dan pembelajaran satu sesi.

Saya telah memilih tahun empat sebagai sampel kajian saya kerana saya sendiri mengajar tahun empat dan mengetahui tahap kebolehan murid terutama bagi kelas yang saya ajar. Daripada 197 orang murid tahun 4 di sekolah, saya telah memilih seramai 36 orang murid daripada kelas 4K sebagai bahan kajian saya. Kelas ini adalah terdiri daripada murid yang sederhana kebolehannya. Walau bagaimanapun ada juga murid yang telah menguasai tanda baca dengan baik terutamanya murid-murid yang berbangsa Melayu.

c ) INSTRUMEN Saya telah menjalan tiga jenis instrumen untuk menguji tahap pencapaian murid. Murid- murid dikehendaki :1) Mengisi Borang Soal Selidik Borang Soal Selidik ini dibuat oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu berpandukan pengalaman mereka dengan masalah murid. Soalan-soalannya sangat mudah dijawab dan tidak memerlukan masa yang lama. Murid dikehendaki mengisi borang dengan menanda (Ya/ Tidak) secara jujur tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak.

2) Menyalin semula ayat-ayat dengan memasukkan tanda baca noktah, koma, tanda soal dan tanda seruan. Soalan ini soalan yang biasa dimasukkan dalam ujian bulanan dan peperiksaan semester. Saya telah membina soalan-soalan ini dengan bantuan guru-guru yang

mengajar tahun empat yang lain. Murid boleh menulis tanda baca dengan menggunakan pensel warna untuk mewujudkan kefahaman tentang tanda baca yang ditulis.

3) Menyalin semula perenggan yang dibaca oleh guru dengan tanda baca yang betul. Ujian ini agar sukar dan murid yang mahir sahaja yang dapat menulis dengan betul. Kemahiran mendengar dan menulis diperlukan untuk mengesan tanda bacaan yang dibaca oleh guru dengan intonansi yang betul. Guru akan membaca petikan sebanyak tiga kali sahaja.

d ) Kajian Rintis –Kebolehpercayaan / Keesahan Sebelum ujian pra dan ujian pasca dijalankan, saya telah membuat kajian rintis tentang pelan tindakan yang dijalankan oleh saya dan kawan-kawan yang lain. Borang Soal Selidik telah diedarkan kepada murid-murid yang terpilih. Kajian rintis ini penting untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan kertas ujian serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin akan berlaku semasa ujian sebenar dijalankan.

Ujian yang dijalankan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi kerana kesemua soalan mengandungi aspek tatabahasa yang hendak diuji dan telah diajar kepada murid. Murid –murid telah diajar dengan pelbagai teknik tentang penggunaan tanda baca sebelum mengambil ujian ini.

Semak sekali lagi markah serta masukkan gred ( A. 3. (A-Z) 5. 2. menyedia dan menyusun data untuk dianalisa. Guru akan menyemak kertas ujian dengan teliti berpandukan skima atau jawapan yang telah disediakan. menafsirkan dapatan kajian.e ) Prosedur Pengumpulan Data Pengumpulan data amat penting untuk tujuan pemarkahan.D dan F) 6. 4. 4. Markah yang telah diperolehi akan dimasukkan kedalam borang nama mengikut urutan abjad. proses pemberian markah dijalankan dengan teliti. guru akan mengumpulkan kertas ujian mengikut susunan yang betul. Masukkan markah ke dalam sistem pemarkahan sekolah. . f ) CARA PENGANALISAAN DATA Data dianalisis dengan menggunakan langkah-langkah berikut:1. mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian. 2. 3. melaporkan dapatan kajian. menghurai dan membina tema daripada data.B C. 5. Prosedur Pengumpulan data adalah seperti berikut : 1) Setelah siap ujian. Setelah selesai menyemak.

noktah. Kemudian.BAB 4 Pengenalan ANALISIS DATA Bahagian analisis data ini akan membincangkan berkaitan hasil dapatan daripada borang kaji selidik yang telah diedarkan. Data-data tersebut telah dikumpul dan diproses untuk memperlihatkan keputusan kajian. membincangkan berkaitan data dapatan bagi menilai persepsi tentang masalah penggunaan tanda koma. jadual yang dibina memperlihatkan hasil dapatan data berdasarkan kajian yang dilakukan. tanda tanya dan tanda seruan dalam penulisan Bahasa Melayu di SJK(C) Kwong Hon. Hal ini sekaligus menunjukkan tentang masalah penggunaan tanda koma. Statistik data kajian ini akan dimasukkan dan disimpan di dalam komputer sekolah. Seterusnya. Hasil dapatan kajian ini akan dianalisis satu persatu mengikut mengikut bahagian soalan yang terdapat dalam borang kaji selidik. Seterusnya. tanda tanya dan tanda seruan dalam penulisan Bahasa Melayu di SJK(C). Bahagian yang pertama ialah Bahagian A yang berkaitan dengan latar belakang responden. keputusan kajian akan dibentangkan dalam kaedah statistic deskriptif. perbincangan dalam bab ini akan menjurus kepada tiga soalan. . Tujuan menggunakan kaedah statistik adalah untuk melihat frekuensi dan peratusan dapatan kajian. Bahagian B pula adalah berkaitan dengan data dapatan bagi menilai tahap pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pasca sementara Bahagian C. noktah.

2.1 Profil Responden Bahagian ini memperlihatkan hasil dapatan mengenai latar belakang sampel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dari segi jantina. sampel yang dipilih terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan.1. Di dalam kelas ini tidak ada . Kelas 4K merupakan salah kelas yang kedua terbaik prestasinya selepas Kelas 4M dan berpotensi untuk maju dalam pelajaran. Kesemua sampel berjumlah 36 orang.45 100 Berdasarkan Jadual 4.55 44.2 Latar Belakang Sampel Mengikut Kaum / Bangsa Bangsa Melayu 6 orang Kelas 4K Cina 30 orang India - Lain-lain - Berdasarkan jadual 4. Pelajarpelajar ini telah dipilih dan ditempatkan ke dalam kelas-kelas mengikut keputusan peperiksaan akhir tahun yang lalu. Jadual 4. Jadual 4. kaum .1 Latar belakang Sampel Mengikut Jantina Bil 1 2 Jantina Lelaki Perempuan JUMLAH Bilangan 20 16 36 Petatus 55.1.1. sampel yang terpilih terdiri daripada 30 orang murid yang berbangsa Cina dan 6 orang yang berbangsa Melayu.1.Bahagian A 4.dan lain-lain.1.

Ujian ini dijalankan dengan menggunakan Borang Soal Selidik Kajian Tindakan yang digubal bersama dengan beberapa orang guru lain. Soal selidik kajian tindakan di bawah telah diberikan kepada murid-murid sebelum ujian pra dijalankan. Murid-murid India tiada ada kerana adanya sekolah SJK(T) Sungai Besi di sebelah sekolah yang dipilih. .2 Analisis Soal Selidik Kajian Tindakan BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN TAHUN 4K 2009 ARAHAN: Sila Jawab Soalan-Soalan di Bawah Dengan Jujur. 4. Murid-murid yang berbangsa Melayu pula kebanyakannya berasal daripada keluarga yang berkahwin campur antara bangsa Melayu dengan Cina atau daripada latar belakang ibu bapa yang berpendidikan Cina.murid daripada bangsa lain.

BIL Soalan-Soalan Ya / Tidak 8 orang Peratus % 22 % = ya 78 % = tidak 16 % = ya 84 % = tidak 46% = ya 54% = tidak 43% = ya 57% = tidak 39% = ya 61% = tidak 56% = ya 44% = tidak 72% = ya 28% = tidak 45% = ya 55%= tidak 34% = ya 66% = tidak 39% = ya 61% = tidak 32% = ya 68% = tidak 40% = ya 60% = tidak 1. Percakapan cikgu terlalu laju Cikgu memberi tumpuan kepada saya. 2. Kerja sekolah yang diberikan mudah. Saya minat mata pelajaran bahasa Melayu. Saya faham arahan cikgu. 28 orang 6 orang 30 orang 17 orang 19 orang 15 orang 21 orang 14 orang 22 orang 20 orang 16 orang 26 orang 10 orang 15 orang 21 orang 12 orang 24 orang 14 orang 8 9 10 Bimbingan yang cikgu berikan mencukupi. 3 3 4 5 5 6 7 Saya suka membaca buku bahasa Melayu Saya suka menulis bahasa Melayu Saya mahu belajar bahasa Melayu Saya berasa seronok belajar bahasa Melayu Pengajaran cikgu menyeronokkan. 22 orang 11 orang 25 orang 13 orang 23 orang . Keluarga memberi bimbingan di rumah.

di mana soalan nombor 2 menunjukkan hanya 16 % atau 6 orang sahaja yang suka menulis dalam bahasa Melayu dan 84 % atau 30 orang tidak berminat.3 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Jadual 1: Keputusan Ujian Pra Jumlah Peratus Bilangan 0-20 21-39 40-59 60-79 80-100 Pelajar . Soalan-soalan yang lain seperti minat murid masih boleh dikira memuaskan dan boleh dipupuk dari semasa ke semasa dengan memberi galakan atau ganjaran kepada murid yang menunjukkan peningkatan dalam kemahiran berbahasa Melayu. Daripada keputusan ujian. masih ramai murid yang suka mempelajari bahasa Melayu dan dengan sedikit usaha daripada guru-guru mungkin dapat menarik minat murid-murid untuk belajar bahasa Melayu. Walau bagaimanapun. Murid-murid juga tidak suka membaca bahasa Melayu di mana 22 % atau 8 orang saja yang menyatakan suka membaca bahan bahasa Melayu manakala 78 % atau 28 orang tidak suka membaca bahan bahasa Melayu. Murid-murid menjawab soalansoalan yang dengan jujur kerana mereka tidak perlu menulis nama atau nombor kelas dan semua maklumat adalah rahsia.Keputusan ujian ini amat mengejutkan guru-guru. 4. didapati murid-murid tidak berminat dengan bahasa Melayu.

Keputusan ini amat mengecewakan bagi sebuah kelas yang sederhana kebolehannya. Selepas ujian ini pasca.11%) gagal. Murid-murid memberikan pelbagai riaksi dan pandangan tentang pendekatan yang dijalankan oleh guru. Ada yang gembira dan seronok dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dan ada juga yang tidak menunjukkan minat yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Jadual di atas menunjukkan seramai 18 orang ( 50%) gagal dalam ujian tatabahasa yang dijalankan. Seramai 18(50%) murid telah mendapat A dan seramai 11 (30. Jadual 1 menunjukkan tentang keputusan ujian pra.55%) mendapat B dan hanya 3(8. guru-guru bahasa Melayu telah melaksanakan pelbagai langkah-langkah tindakan seperti yang telah dirancangkan.Markah lulus ialah 40%.88%) orang murid telah berjaya lulus manakala hanya 4 ( 11. Jadual 2 : Keputusan Ujian Pasca Jumlah Peratus Bilangan Pelajar 0-20 0 21-39 4 40-59 3 60-79 11 80-100 18 Pelajar 36 Dari keputusan di atas didapati 32 (88.Pelajar 4 14 3 5 10 36 Ujian Pra telah dijalankan pada 6 Julai 2009. Keputusan ini amat .33%) mendapat C.

langkah tindakan amatlah singkat. 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 NAMA MURID AL-HAKIM B ARIFFINCHEONG PEI SICHEW SIN YIE – CHINTZE THUNG WONG WEI XUNENG MAY XIN WINNIEHARMI DANIEL HAKIMIP WEI HONGKHOR JIUN HORNGLAI MEI SAN LAM WEI SHENGLEE HUI YINGLEE KAH CHUN LEE MING HUI LEE PUI YEE- UJIAN PRA L 80 P 38 L 56 P 64 L 32 P 86 L 86 L 34 L 72 P 20 P 38 L 50 L 36 L 50 P 70 UJIAN PASCA 92 46 82 86 62 94 96 60 86 36 54 80 62 90 82 BEZA MARKAH 12 8 26 22 30 8 10 26 14 16 16 30 26 40 12 . Jika diberikan masa yang lebih lama.membanggakan kerana masa yang diperuntukkan untuk menjalankan langkah.1 2. saya percaya semua murid akan berjaya lulus dengan cemerlang. Analisis Data Jadual 3 : Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca (Kelas 4K) BIL .

keputusannya amat memuaskan. Keputusan . Ini menunjukkan 50% murid gagal dalam ujian pra.16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 32 33 34 35 36 LEE WILLIAM L LEOW JUN THONG L LEOW YAN ZU L LIM JIN WEI L LOUIS CHAI CHENRN JIN L LOWTECK YONG L MOK YEN BIN P MUHAMMADIZZAT P NG BOON HAO L NG JUIN YOUNG L NG SI YING L NG WEI LIANG L NOR SYAMIRA NATASYA P NURHAZWANI P NURUL HAKIMAH MOHD HAKIM P TAN WEI CHEE P TAN YOON SHIN P WONG SZE MIN P YONG JUN PANG P YUKI TANG THIAN ZHI L 34 32 34 58 80 36 18 82 36 38 64 16 88 86 82 34 20 80 62 38 64 64 60 80 92 58 34 94 66 62 88 32 96 94 90 60 34 88 80 66 30 32 26 22 12 22 16 12 30 24 24 16 8 8 8 26 14 8 18 28 Jadual 3 menunjukkan perbezaan keputusan ujian pra dan ujian pasca. Dalam ujian pra didapati 18 orang iaitu (50%) gagal dan hanya 18 orang (50%) pula lulus dengan pangkat A seramai 10 orang (28%). Untuk mengatasi masalah ini guru-guru bahasa Melayu bertungkus lumus dan berganding bahu mencari masalah-masalah dan mengambil tindakan membuat beberapa kajian dan aktiviti untuk meningkatkan kefahaman tatabahasa murid kelas 4K. Selepas ujian pasca diadakan. Walau bagaimanapun terdapat 4 orang murid yang gagal. Seramai 18 orang murid (50%) mendapat A. 11 orang (30%) murid mendapat B dan seramai 3 orang (8%) murid mendapat C. pangkat B seramai 5 orang (14%) dan 3 orang mendapat pangkat C (8%).

Selepas itu. mereka beratur panjang sebelum masuk ke dalam stadium hang jebat Jawapan soalan 1 1. Soalan 1 1.ini memberi gambaran bahawa murid-murid boleh maju dalam pengetahuan tatabahasa sekiranya mendapat banyak latihan daripada guru-guru dan usaha keras yang mereka lakukan semasa guru-guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ada juga murid yang tidak memahami soalan dengan baik seperti tidak mengetahui tentang adanya Stadium Hang Jebat atau pun tidak pernah mendengar nama Hang Jebat. Bahagian B Bahagian ini membincangkan tentang soalan-soalan pra dan pasca yang digunakan untuk menilai kebolehan murid menulis jawapan yang betul. Soalan Ujian Pra.Mereka beratur panjang sebelum masuk ke dalam Stadium Hang Jebat. Soalan ini mempunyai lima kesalahan tanda baca yang perlu dibetulkan. Hanya 8 orang pelajar yang berjaya menjawab dengan betul. Ini berlaku kerana kelemahan murid menguasai tatabahasa terutama penggunaan huruf besar pada kata nama khas. Soalan 2 dia menyimpan baju seluar dan stoking ke dalam almari Jawapan soalan 2 . Dalam ujian pra ujian ramai murid yang boleh menjawab dengan tepat pada permulaan ayat (mereka) tetapi ramai yang membuat kesalahan pada perkataan (Stadium Hang Jebat). huraian keputusan jawapan yang berjaya diperolehi.

Dia menyimpan baju. Ramai pelajar yang melakukan kesalahan tanda koma kerana kurangnya penerangan tentang penggunaan tanda koma di tengah-tengah ayat. Soalan 4 adik suka membaca cerita ‘sang kancil dengan sang bedal’ yang baru dibelinya Jawapan Adik suka membaca cerita ‘Sang Kancil dengan Sang Bedal’ yang baru dibelinya. Soalan 3 semasa di mersing kami sekeluarga berpeluang pergi ke pulau tioman Jawapan soalan 3 Semasa di Mersing. Soalan ini tidak begitu mencabar tetapi ada juga yang melakukan kesalahan mungkin kerana sikap cuai ketika menjawab soalan. . Soalan ketiga mempunyai enam tanda baca iaitu empat huruf besar. satu tanda koma dan dan satu penggunaan. Soalan ini begitu mencabar kebolehan murid terutama penggunaan tanda koma di tengah ayat. Soalan ini terdapat tiga kesalahan yang perlu dibetulkan iaitu penggunaan huruf besar. seluar dan stoking ke dalam almari. Justeru ramai yang tidak dapat menjawab dengan baik bagi soalan ini. Murid mudah memahami soalan dan perkataan yang digunakan. kami sekeluarga berpeluang pergi ke Pulau Tioman. tanda koma dan tanda noktah diakhir ayat. Kebanyakan pelajar Berjaya menjawab soalan yang kedua ini dengan baik kerana ianya melibatkan penggunaan tanda baca yang senang sahaja. Ada juga murid yang tidak tahu apa itu Mersing.

Seramai 24 orang murid berjaya menjawab menjawab soalan ini dengan betul. Kebanyakan murid tidak membubuh huruf besar pada perkataan Sang Kancil dan Sang bedal kerana mereka tidak tahu tentang kegunaan.dan noktah. Soalan ini mempunyai empat tanda baca yang perlu dibetulkan. Soalan 5 mempunyai 4 kesalahan tanda baca iaitu tanda noktah Soalan ini agak susah kerana adanya tanda tanya yang perlu diletakkan di dalam pengikat kata. Seramai 16 orang berjaya menjawab dengan betul Soalan 6 lai meng bertanya di mana sofia menjumpai jam tangan itu Jawapan Lai Meng bertanya di mana Sofia menjumpai jam tangan itu. Soalan 5 “kamu sudah makan” tanya roland Jawapan “Kamu sudah makan?” tanya Roland. Seramai 26 orang murid berjaya menjawab dengan betul. Murid tidak tahu di mana hendak meletakkan tanda tanya sama ada di dalam atau di luar pengikat kata. ambillah buku cerita ini’ kata ah seng kepada muthu . Soalan 7 “nah.Soalan 4 ini mempunyai enam tempat tanda baca yang perlu dibetulkan iaitu huruf besar. Ramai murid yang berjaya menjawab soalan ini dengan baik kerana hanya tanda baca noktah dan huruf besar sahaja yang diuji.

Soalan ni agak susah kerana ianya melibatkan pelbagai tanda bahasa seperti tanda koma. awak belum pulang lagi! Soalan ini mengandungi tiga tanda baca sahaja dan agak mudah bagi murid-murid menjawab. ambillah buku cerita ini!” kata Ah Seng kepada Muthu. Soalan-Soalan Ujian Pasca . Seramai 26 orang murid berjaya menulis dengan betul. kata seru dan huruf besar. Hanya 13 orang murid sahaja yang berjaya menjawab dengan betul.Jawapan “Nah. Soalan 8 eh awak belum pulang lagi Jawapan Eh. Jika murid-murid menjawab dengan lebih teliti keputusan mungkin akan menjadi bertambah baik. noktah . Terdapat 6 tanda baca yang perlu diletakkan oleh murid.

Soalan 2 Soalan 2 Jawapan “cis.berani kamu datang ke rumah aku” marah pak abu “Cis. Murid – murid berjaya menjawab dengan baik soalan ini setelah diberi bimbingan daripada guruguru. tanda seru dan juga huruf besar. Walaubagaimana pun seramai 8 orang murid tidak memperoleh markah penuh kerana kesalahan tidak meletakkan tanda tanya ditempat yang betul. berani kamu datang ke rumah aku!” marah Pak Abu. Soalan ini mempunyai 4 tanda baca yang perlu dibetulkan. Jawapan “siapakah yang mengambil buku saya di atas meja itu ” tanya aznah “Siapakah yang mengambil buku saya di atas meja itu?”tanya Aznah.Soalan 1 Soalan 1. Seramai 28 orang murid berjaya menjawab dengan betul soalan ini. Ini mungkin disebabkan keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru dan murid-mirid. Soalan 3 semasa dalam perjalanan pulang ke rumah ah meng bertemu dengan Soalan 3 Jawapan kawannya ali Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Soalan ini agak sukar kerana mempunyai pelbagai tanda baca yang perlu dibetulkan seperti tanda koma. Ada juga murid yang tidak berjaya meletakkan tanda seruan ditempat yang betul. Ah Meng bertemu dengan . Seramai 25 orang murid berjaya menjawab dengan betul soalan ini walaupun soalan ini agak susah. tanda koma.

Ada juga pelajar yang meletakkan huruf besar di awal perkataan kereta. Soalan ini agak panjang dan terdapat enam kesalahan ejaan yang perlu dibetulkan. dan huruf besar. Seramai 29 orang pelajar berjaya menjawab dengan betul bagi soalan ini. noktah. Ramai murid tidak meletakkan huruf besar pada perkataan Proton.kawannya. Soalan 5 Soalan 5 Bagaimanakah keadaan kesihatan datuk kamu selepas menjalani rawatan di hospital Jawapan Bagaimanakah keadaan kesihatan datuk kamu selepas menjalani rawatan di hospital? . Walaupun soalannya panjang tetepi penggunaan tanda bacanya agak senang iaitu tanda koma. Kebanyakan pelajar membuat kesalahan kerana tidak meletakkan tanda koma di tengah tengah ayat selepas perkataan `rumah`. Soalan 4 Soalan ini agak sukar kerana ada dua kata nama am yang perlu dibetulkan. Ali. ini menyebabkan seramai tiga orang murid tidak mendapat markah penuh. Soalan 4 ayah membeli sebuah kereta proton waja pada hari isnin yang lepas Jawapan Ayah membeli sebuah kereta Proton Waja pada hari Isnin yang lepas. Seramai 27 orang murid sahaja yang berjaya menjawab dengan tepat.

Seramai 33 orang murid menjawab soalan ini dengan Soalan 7 Jawapan “wah besarnya rumah awak” kata joshua “Wah. Murid yang lain melakukan kesalahan kerana meletakkan tanda noktah sahaja. Soalan 6 Seramai 31 orang berjaya menjawab soalan ini dengan betul. Kelemahan murid ialah menggunakan semua huruf besar pada perkataan Kwong Hon Soalan 6 Jawapan sukan tahunan SJK(C) kwong hon telah diadakan di stadium yang besar itu Sukan Tahunan SJK(C) Kwong Hon telah diadakan di stadium yang besar itu (contoh : KWONG HON). betul. Soalan 7 Soalan 7 merupakan soalan untuk menguji tanda seru dan noktah.Soalan ini agak senang kerana hanya satu kesalahan sahaja yang perlu dibetulkan iaitu tanda tanya di akhir perkataan. Masalah ini sering berlaku di sekolah ini walaupun telah diberitahu oleh guru-guru dari semasa ke semasa. Soalan ini agak senang kerana ianya banyak melibatkan penggunaan huruf besar dan tanda noktah.besarnya rumah awak!” kata Joshua. Murid sangat berminat untuk mempelajari penggunaan tanda seru kerana ianya merupakan pengucapan yang .

menggambarkan perasaan seseorang. Kajian ini mendapat kejayaan yang baik berdasarkan ujan-ujian yang dijalankan. Soalan ini untuk menguji penggunaan huruf besar dan noktah. Kajian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pendidikan seperti ibu bapa. Kajian ini juga berjaya menjawab segala persoalan-persoalan yang dinyatakan pada awal kajian. Kesalahan ini mungkin berlaku kerana sikap cuai murid ketika menjawab soalan. Kesimpulan Kajian ini telah berjaya memberikan kefahaman kepada murid-murid tentang aspek-aspek penggunaan tatabahasa dalam penulisan. Soalan 8 Soalan 8 Jawapan emak siti pergi ke kuala lumpur dengan menaiki bas Emak Siti pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. guru-guru. 34 orang murid berjaya menjawab soalan ini dengan betul manakala dua orang lagi. Selain itu kajian ini berjaya menarik minat murid-murid untuk mempelajari bahasa Melayu. meletakkan tanda seru selepas kata seru. pentadbir sekolah. Murid banyak melakukan kesalahan dengan tidak meletakkan huruf besar pada perkataan Kuala Lumpur. Seramai 29 orang murid berjaya menjawab soalan ini dengan betul. Justeru. pejabat pendidikan daerah dan lain-lain supaya dapat dijadikan rujukan dan panduan mengatasi masalah penggunaan tatabahasa dalam penulisan terutamanya di sekolh jenis kebangsaan yang mempelajari .

Murid-murid perlu diberi bimbingan dan tunjuk ajar supaya mereka berjaya menguasai bahasa Melayu yang akan mereka gunakan pada masa akan datang. noktah. Sesungguhnya bahasa Melayu amat penting sebagai alat perpaduan antara kaum di Malaysia. Sealain itu. 5. Kajian yang telah dilakukan ini adalah berdasarkan penyataan-penyataan masalah yang telah dinyatakan dalam Bab 1 dahulu.1 Pendahuluan Kajian ini telah berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang dirancangkan. tanda tanya dan tanda seruan dalam penulisan bahasa Melayu Tahun 4 di SJK(C) Kwong Hon.bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. kajian ini diharap dapat membantu bakal-bakal guru bahasa Melayu supaya mencari alternatif bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu dikalangan murid-murid sekolah. BAB 5 PERBINCANGAN.Sungai Besi. RUMUSAN DAN CADANGAN Bab ini mengungkapkan kesimpulan atau rumusan daripada keseluruhan cadangan daripada hasil dapatan data dan perbincangan berkaitan dengan kajian tentang masalah penggunaan tanda koma. Guru-guru mata pelajaran bahasa Melayu telah memberikan sepenuh tumpuan untuk .

para pelajar telah diberikan ujian pra terlebih dahulu untuk menilai tahap kemahiran mereka. Setelah sebulan.menjayakan tugasan ini.2 Ringkasan Kajian Kajian ini dilakukan bagi melihat peningkatan kemahiran murid dalam bidang tatabahasa terutamanya dari aspek tanda noktah. pelajar-pelajar ini diberikan ujian pasca untuk menguji keberkesanan segala aktiviti dan . Selain itu. guru-guru telah mengadakan pelbagai aktiviti dan latihan seperti memberi nota dan penerangan. Kajian ini dilakukan di SJK(C) Kwong Hon. Sampel kajian diambil daripada satu kelas bagi memastikan keputusan pencapaian yang dibuat setara. Kami juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pengerusan sekolah yang juga mahu melihat keberkesanan kajian yang dilakukan. Saya telah berbincang dengan penyelia kajian ini mengenai item-item soalan pra dan pasca yang dibuat. tanda koma. menyalin perkataan yang didengar (imlak). Sungai Besi. murid-murd juga menunjukkan minat dengan aktiviti-aktiviti yang rancang oleh guru. Guru-guru telah menyediakan ujian pra dan pasca secara perbincangan untuk memastikan spesifikasi ujian terpelihara. Selepas itu. membetulkan kesalahan-kesalahan murid. Responden kajian ini ialah pelajar Tahun 4K di sekolah tersebut. Selepas itu. tanda tanya dan tanda seru dalam ujian atau peperiksaan. 5. Intrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca. Guruguru mata pelajaran lain juga berminat dan menyatakan minat untuk mencuba kajian yang dibuat. Kuala Lumpur. Kerjasama daripada semua pihak ini yang banyak membantu menjayakan kajian ini.

Tujuan kajan ini adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan masalah murid. Datadata diukur dengan menggunakan ukuran serakan iaitu membezakan keputusan ujian pra dengan ujian pasca. 5. Berdasarkan markah-markah yang diperolehi menunjukkan keputusan yang meningkat di mana 83% telah bejaya lulus dengan 50 orang mendapat A. . Dalam ujian pra menunjukkan 50% murid gagal. minat dan pandangan mereka terhadap mata pelajaran bahasa Melayu.3 Perbincangan Dapatan Kajian Berdasarkan ujian pra dan ujian pasca yang telah dibuat menunjukkan peningkatan kelulusan yang tinggi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa kajian ini dijalankan. Perbezaan diantara markah maksima dan minimum. Borang soal selidik ini juga telah dirujuk kepada penyelia kajian terlebih dalulu untuk mendapatkan pengesahan. manakala 11 orang mendapat B dan 3 orang mendapat C. terdapat 4 orang murid yang mendapat D (gagal). Murid-murid mendapat peningkatan markah diantara 8 hingga 40 markah pada ujian pasca. Selain itu. Instrument kajian yang digunakan terdiri daripada ujian pra dan pasca. Walau bagaimanapun. Di akhir kajian telah murid-murid telah menjalani ujian pasca.latihan yang diberikan. saya juga telah menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui persepsi pelajar dari segi sikap. membaiki kelemahan murid dan memastikan murid meningkat dari segi kemahiran tatabahasa.

teka silang kata. 5. sikap murid-murid itu sendiri merupakan faktor utama yang menghalang proses pembelajaran bahasa Melayu. tatabahasa. Aspek tatabahasa seperti tanda noktah. tanda seru. Sekiranya kajian ini dilakukan kepada murid-murid yang lain juga akan menunjukkan kemajuan yang sama atau pun mungkin menjadi lebih baik.2 Kesukaran Murid-murid Mempelajari Bahasa Melayu Berdasarkan soal selidik yang dijalankan.3. Aktivitiaktiviti seperti kuiz. guru-guru telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Selain itu. Murid-murid yang berbangsa Cina terutamanya menghadapi masalah kerana bahasa Cina dan bahasa Melayu mempunyai banyak perbezaan dari segi sebutan. Perbezaan diantara kedua-dua bahasa ini amat ketara dan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran.5. tulisan dan lain-lain lagi.3. tanda tanya dan tanda seruan merupakan aspek yang menarik untuk dipelajari dan dengan sedikit galakan daripada guru-guru. pasti akan dapat menggalakkan muridmurid mempelajari bahasa Melayu dengan lebih seronok.1 Sikap dan Penerimaan Murid Terhadap Bahasa Melayu Analisis kajian mengenai sikap dan penerimaan murid di Kelas 4K terutamanya adalah positif. teka teki dan sebagainya telah meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu. Ada murid yang tidak berapa faham apa yang dicakapkan oleh guru kerana tahap penguasaan bahasa Melayu mereka amat .

Murid-murid yang tidak berminat akan sentiasa bermain dan tidak menumpukan perhatiaan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid murid dapat memahami pengajaran guru maka akan timbullah minat untuk mempelajari bahasa Melayu. Bagi ibu bapa yang berkemampuan .3 Kefahaman dan Minat Murid Minat dan kefahaman murid-murid berbangsa Cina terhadap pelajaran bahasa Melayu juga amat kurang. Ibu bapa yang mahir atau boleh berbahasa Melayu akan dapat membantu anak-anak mereka menguasai bahasa Melayu dengan cara berbual-bual dengan bahasa Melayu atau membantu anak-anak mereka menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Guru-guru perlu memastikan murid-murid memahami pengajaran yang disampaikan. Persekitaran tempat tinggal juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bahasa Melayu murid-murid seperti murid-murid yang tinggal di kejiranan yang terdapatnya orang Melayu akan lebih mahir berbahasa Melayu kerana mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan mereka seharian. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kejayaan anak-anak mereka. Murid-murid tersebut perlu digalakkan berbual dengan guruguru dan kawan-kawan dengan menggunakan bahasa Melayu.3.rendah. Minat dan kefahaman mempunyai kaitan yang rapat. Sikap murid-murid ini boleh diubah tetapi perlu memakan masa yang lama. Muridmurid ini perlu diberikan peluang dan tunjuk ajar semasa proses pembelajaran. 5. Murid-murid berbangsa Cina biasanya hanya menggunakan bahasa Cina ketika di rumah dan sangat jarang menggunakan bahasa Melayu kerana tidak ada keperluan untuk bercakap dalam bahasa Melayu.

Selain itu. 5. Mereka amat menitik beratkan pencapaian anak-anak mereka dalam semua aspek termasuklah kemahiran berbahasa Melayu. Kebanyakan ibu bapa dari golongan ini berpendidikan tinggi dan berpandangan terbuka. mereka terpaksa menggunakan pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris atau bahasa Cina untuk menerangkan sesuatu perkara.4 Pandangan Ibu Bapa Para ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza tentang kepentingan bahasa Melayu. ada juga ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang penguasaan bahasa Melayu di kalangan anak-anak mereka. Ramai yang sedar tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan antara kaum di Malaysia. Walaubagaimana pun.pula. Mereka tidak mendapat galakan dan sokongan daripada ibu bapa mereka.3. mereka akan menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan untuk meningkatkan penguasaan anak-anak mereka dalam bahasa Melayu.3. Anak-anak hanya terdedah kepada bahasa Melayu ketika berada di sekolah atau di kawasan tempat tinggal mereka. 5. kebanyakan . Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina biasanya menghadapi masalah yang sama dalam proses pemgajaran dan pebelajaran bahasa Melayu. Masalah utama ialah untuk memberikan kefahaman kepada murid mengenai perkara yang diajar.5 Masalah Guru Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Ada murid yang tidak faham apa yang diajar oleh guru terutamanya jika guru tersebut ialah guru yang berbangsa Melayu. Daripada soal selidik ke atas guru-guru tersebut.

ada yang tidak dapat menguasai proses pengajaran dan pembelajarn dengan baik. Guru-guru perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada muridmurid yang lemah disamping memberi galakan dan pengayaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bahasa Melayu.6 Penyelesaian Masalah Sesungguhnya bukan mudah untuk mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah jenis kebangsaan. Ada juga ABM tersebut yang tidak memenuhi tahap pencapaian murid. Mereka tidak mempunyai pendedahan atau latihan yang mencukupi untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan.3. Guru-guru pula. Walau bagaimanapun guru-guru berbangsa Cina perlu menggunakan banyak bahasa Melayu semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid biasa menggunakan bahasa Melayu.alat bantu mengajar tidak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang berbangsa Cina perlulah mengajar murid Tahun 1 dan 2 kerana muridmurid ini perlu diajar bahasa Melayu dengan penerangan dalam bahasa ibunda untuk meningkatkan kefahaman mereka. Melalui kajian yang telah saya lakukan. Guru-guru perlu berusaha dengan lebih keras dan tidak mudah putus asa. murid untuk . 5. saya dapati aktiviti-aktiviti yang melibatkan permainan dapat meningkatkan minat mempelajari bahasa Melayu.

Panitia bahasa Melayu juga perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian murid-murid. Justeru. ini sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid. Pihak sekolah juga menghadapi masalah ketiadaan guru pemulihan untuk mata pelajaran bahasa Melayu. tulisan kursif. 5. berpantun. beberapa cadangan ingin dikemukakan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan murid-murid. Kajian ini boleh dijalankan kepada murid-murid lain tetapi aras soalansoalan ujiannya perlu ditukar bergantung kepada tahap kemahiran murid. syarahan. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan bercerita. Bagi kumpulan . nyanyian. Sekolah jenis kebangsaan biasanya menghadapi masalah kekurangan guru terutamanya guru bahasa Melayu. ABM yang dipilih perlu digunakan dengan sepenuhnya dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Guru-guru dengan kerjasama pihak sekolah perlulah memastikan aktiviti pemulihan ini dijalankan juga supaya murid-murid yang lemah tidak akan terus tercicir dalam mata pelajaran bahasa Melayu. teka silang kata. ejaan dan sebagainya boleh diadakan sepanjang tahun sebagai aktiviti panitia.4 Cadangan Kajian Berdasarkan dapatan analisis kajian yang telah dibincangkan.Guru-guru juga perlu pandai mengubah suai ABM yang sedia ada supaya ianya sesuai dengan tahap pencapaian murid.

Selain daripada bahasa Melayu . dilakukan pada sampel yang kecil dalam masa kajian yang terhad. aspek-aspek berikut dapat dipertimbangkan sebagai satu bahan kajian lanjutan. Sains dan bahasa Inggeris. kajian ini juga boleh dijalankan bagi mata pelajaran lain seperti Matematik. Guru juga perlu menyediakan idea-idea yang baik. Kajian ini merupakan kajian yang berasaskan sekolah. Kajian yang dijalankan ini boleh juga digunakan untuk menguji kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran bacaan dan tulisan. kajian ini boleh dilakukan terhadap murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR.murid yang lemah soalan-soalan yang lebih senang diperlukan sebaliknya bagi muridmurid yang pandai hendaklah diberikan soalan-soalan yang agak susah. tanda tanya dan tanya seru dalam penulisan bahasa Melayu. guru-guru perlu menyediakan ABM yang baik dan berkesan penggunaannya.5 Cadangan Kajian Lanjutan Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian yang bersifat deskriptif bagi mengenal pasti keberkesanan kajian tatabahasa terutamanya dari aspek tanda koma. untuk dijadikan . Oleh itu. Kajian yang dijalankan menunjukkan banyak kesan positif daripada kefahaman dan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu. 5. Selain itu. Selain itu. tanda koma.

Kajian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pendidikan seperti ibu bapa. Kajian ini mendapat kejayaan yang baik berdasarkan ujan-ujian yang dijalankan. Selain itu kajian ini berjaya menarik minat murid-murid untuk mempelajari bahasa Melayu. Langkah ini mungkin memerlukan bantuan daripada guru-guru lain. pejabat pendidikan daerah dan lain-lain supaya dapat dijadikan rujukan dan panduan mengatasi masalah penggunaan tatabahasa dalam penulisan terutamanya di sekolh jenis kebangsaan yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.Kajian ini boleh diperluaskan lagi ke satu kelas yang lain atau pun boleh diperluaskan kepada satu tahun sahaja. diharap semakin banyak kajian yang akan dilakukan selepas ini. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan mengenai penggunaan tatabahasa tetapi kajian tehadap sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua masih berkurangan. Kesimpulan Kajian ini telah berjaya memberikan kefahaman kepada murid-murid tentang aspek-aspek penggunaan tatabahasa dalam penulisan. Kajian ini mungkin memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. Murid-murid perlu diberi bimbingan dan tunjuk . Walaubagaimana pun penggunaan soalan-soalan yang sama bagi murid yang yang berlainan tahap tidak akan mendapatkan satu jawapan yang betul. Kajian ini juga berjaya menjawab segala persoalan-persoalan yang dinyatakan pada awal kajian. Maka. guru-guru.murid daripada sekolahsekolah yang berlainan untuk mengetahui perbezaan dan persamaan masalah bagi setiap sekolah. pentadbir sekolah. Guru-guru juga boleh membuat kajian terhadap murid.

(1985). Rashid.com Ab. Petaling Jaya: Longman. Pengajian Melayu I.httm http://tatabahasabm. Rahim Selamat. Kamus dwibahasa bahasa Inggerisbahasa Melayu.ajar supaya mereka berjaya menguasai bahasa Melayu yang akan mereka gunakan pada masa akan datang. Kamus dewan (edisi ketiga). Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. Rahman Ab.com/tata/index. Yap Kim Fatt & Ab. RUJUKAN http://www. Sesungguhnya bahasa Melayu amat penting sebagai alat perpaduan antara kaum di Malaysia.tutur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.excite.com. (1994).my/tutur/stpm/indeks. (1997). Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. .htm http://www.tripod. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sealain itu. kajian ini diharap dapat membantu bakal-bakal guru bahasa Melayu supaya mencari alternatif bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu dikalangan murid-murid sekolah.

Massachussets: Allyn and Bacon.) [Kondisi pembelajaran dan teori pengajaran (edisi keempat)]. M. Bangi. Sharifah Alwiah Alsagoff. C. Sabran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.my/sphsp/muka22. Designing qualitative research (2nd ed. & Rossman. Ilmu pendidikan pedagogi. Sharbi Ali. Inc. Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu.Evans. Seman Salleh. (1983). Kuala Lumpur: Heinemann Asia. M. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis doktor falsafah yang belum diterbitkan. (1990). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1993). Gagne. G. R. daripada http://www. Raminah Hj. & Brueckner. (1983). J.kpm. Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. B. M. Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu (KOMSAS) dalam mata pelajaran bahasa Melayu.ppk. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. M. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. (1985). 2005. The conditions of learning and theory of instruction (4th ed. Elementary social studies teaching for today and tomorrow [Pengajaran pengajian sosial asas untuk kini dan kemudian hari]. New York: CBS College Publishing. (2001). Diperoleh September 12. Sukatan pelajaran sekolah rendah bahasa Malaysia. Marshall. (2005). (2005). (1995).) [Mereka penyelidikan kualitatif (edisi kedua)]. CA: Sage Publication. htm . Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM].

2. Jantina dan Bangsa Jantina Bangsa .1 Bilangan Murid Mengikut Kelas.Lampiran LAMPIRAN 1 Jadual 3.

Kelas L 4M 17 4K 4B 4H 4U JUMLAH 20 17 17 21 87 27 16 18 18 6 90 44 36 35 35 27 177 44 30 31 32 22 159 6 1 3 3 13 3 2 5 P Jumlah Cina Melayu India Lain-Lain LAMPIRAN 2 BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN TAHUN 4K 2009 ARAHAN: Sila Jawab Soalan-Soalan di Bawah Dengan Jujur. BIL Soalan-Soalan Ya (√)/ Tidak(X) .

koma (. mereka beratur panjang sebelum masuk ke dalam stadium hang jebat ___________________________________________________________________ . Pengajaran cikgu menyeronokkan. Bimbingan yang cikgu berikan mencukupi. tanda tanya (?) dan tanda seru (!)) ditempat yang betul. Saya minat mata pelajaran bahasa Melayu. 2. Kerja sekolah yang diberikan mudah. Saya faham arahan cikgu. LAMPIRAN 3 UJIAN PENGESANAN 1 ARAHAN: Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan memasukkan tanda baca (noktah (. Percakapan cikgu terlalu laju Cikgu memberi tumpuan kepada saya. 3 3 4 5 5 6 7 8 9 10 Saya suka membaca buku bahasa Melayu Saya suka menulis bahasa Melayu Saya belajar bahasa Melayu Saya berasa seronok belajar.). Keluarga memberi bimbingan di rumah.). 1.1.

tanda tanya (?) dan tanda seruan (!) di tempat yang betul. adik suka membaca cerita “sang kancil dengan sang bedal” yang baru dibelinya ___________________________________________________________________ 5. eh awak belum pulang lagi ___________________________________________________________________ (40 markah) LAMPIRAN 4 UJIAN PASCA Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan memasukkan tanda baca noktah (. “siapakah yang mengambil buku saya di atas meja itu ” tanya aznah _______________________________________________________________________ _ 2.2. tanda koma (. 1. “cis berani kamu datang ke rumah aku ” marah pak abu . “ kamu sudah makan” tanya roland __________________________________________________________________ 6. “nah ambillah buku cerita ini .). lai meng bertanya “ di manakah sofia menjumpai jam tangan ini ” __________________________________________________________________ 7.). dia menyimpan baju seluar dan stoking ke dalam almari ____________________________________________________________________ 3.” kata ah seng kepeda muthu ___________________________________________________________________ 8. semasa di mersing kami sekeluarga berpeluang pergi ke pulau tioman ___________________________________________________________________ 4.

ayah membeli sebuah kereta proton waja pada hari isnin yang lepas _____________________________________________________________________ 5. semasa dalam perjalanan pulang ke rumah ah meng bertemu dengan kawannya ali _______________________________________________________________________ 4. Bagaimanakah keadaan kesihatan datuk kamu selepas menjalani rawatan di hospital _______________________________________________________________________ 6. “wah besarnya rumah awak ” kata joshua _______________________________________________________________________ 8. emak siti pergi ke kuala Lumpur dengan menaiki bas ( 40 markah) . sukan tahunan SJK( C) kwong hon telah diadakan di stadium yang besar itu _______________________________________________________________________ _ 7.3._______________________________________________________________________ _ .