You are on page 1of 10

Jurnal: Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia dan Negara-negara Jiran _____________________________________________________________________ PENGENALAN Jurnal

yang bertajuk " Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia dan Negara-negara Jiran" adalah sebuah jurnal yang membincangkan tentang cakupan keselamatan serantau di antara Malaysia dengan negara jirannya. Rentetan daripada kedudukan Malaysia yang berada di tengah-tengah rantau Asia Tenggara dan sebagai jambatan antara Benua Asia Tenggara dengan Kepulauan Asia Tenggara serta dikelilingi oleh ketidakstabilan politik dalaman Negara jiran maka Negara Malaysia boleh terjejas dari aspek keselamatan. Keselamatan itu merujuk kepada keselamatan tradisional dan bukan tadisional yang masing-masing merujuk kepada menjelaskan bahawa keselamatan bukan tradisional yang merujuk kepada kepentingan politik antarabangsa. Justeru itu, keselamatan itu bukan sekadar merangkumi aspek ketenteraan, ianya juga merangkumi konteks lebih luas yang merujuk kepada ancaman politik, ekonomi dan sosial. Keselamatan itu juga merujuk kepada tujuan dan cara bagaimana sesebuah negara mempertahankan dirinya daripada ancaman dan kemampuannya mengekalkan nilai teras negara tersebut.

Dalam kacamata penulis jurnal, jurnal ini amat menarik kerana ia memberi ruang kepada dirinya mengupas tentang kesepakatan untuk membawa kesejahteraan sejagat melalui keselamatan bersama. Dalam hubungan kerjasama keselamatan ini, penulis mendapati Malaysia mempunyai kepentingan dan keperluan yang besar dan segera kerana negara ini adalah 'penerima' masalah. Walau bagaimanapun, malaysia masih memerlukan sokongan dan kerjasama daripada negara jiran walaupun setiap negaranegara jiran menerimanya secara berbeza-beza sama ada melalui kepentingan, komitmen, kesediaan dan semangat kejiranan.

Jurnal: Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia dan Negara-negara Jiran _____________________________________________________________________ PERBINCANGAN Jurnal ini membincangkan tentang sejauhmana aspek keselamatan Malaysia melalui kerjasama dua hala Malaysia dengan negara-negara lain. Pada hemat penulis jurnal, Malaysia dijolokkan sebagai 'penerima' masalah atas kapasiti kedudukan geografi fizikalnya yang terletak di tengah-tengah rantau ASEAN atas kesukaran mengawal sempadan maritim yang sangat luas dan kemakmuran ekonominya. Lantaran itu, Malaysia diterjemahkan sebagai negara yang mengalami kesukaran untuk mencapai kata sepakat akibat adanya 'masalah jenayah rentas sempadan' yang berkait rapat dengan jenayah siber, keganasan dan rompakan di laut serta penyeludupan sama ada barang terlarang, dadah dan manusia. Perkara ini diklasifikasikan sebagai dasar mengelak daripada berkonflik yang boleh dijadikan sebagai faktor utama dalam pengurusan keselamatan kawasan sempadan. Namun begitu, Malaysia amat memerlukan tenaga kerja dalam pembangunan negara sama ada sektor pembinaan dan pembantu rumah. Keperluan ini akhirnya mencetuskan pengimportan tenaga kerja secara sah oleh kerajaan Malaysia mahupun secara haram oleh sesetengah pihak. Akibatnya berlakunya masalah kesejahteraan masyarakat yang membawa cetusan jenayah berat mahupun ringan ataupun lambakan peniaga-peniaga kecil yang tidak berlesen. Kekangan kerjasama atas masalah ini mencetuskan penerimaan yang berbeza-beza yang mana Vietnam tidak menjadikan isu ini sebagai ancaman keselamatan melainkan tanpa dokumen sah dan tidak terkawal. Kerjasama keselamatan dua hala ini juga disentuh oleh penulis jurnal melalui persempadanan negara. Masalah yang cuba diketengahkan adalah berkisar tentang kegiatan penyeludupan, pelanunan dan rompakan laut, kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) dan serangan kumpulan sentaja terutamanya di kawasan persempadanan Utara Malaysia dengan negara-negara jirannya. Malaysia dilihat mempunyai kerapuhan kawalan keselamatan yang menimbulkan kebimbangan keselamatan yang serius kerana kekurangan

Jurnal: Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia dan Negara-negara Jiran _____________________________________________________________________ kapasiti sumber dalam pengawalan sempadan yang luas yang pada dasarnya memerlukan latihan bersama dan rondaan terkoordinasi. Masalah lain juga muncul akibat isu pulau-pulau yang dijadikan tempat-tempat persembunyian lanun yang mana lanun-lanun ini mempunyai peralatan canggih seperti botbot laju yang mempunyai injin berkuasa tinggi, senjata dan komunikasi moden serta adanya rangkaian dan kegiatan 'pasar gelap' yang akhirnya membabitkan kegiatan jenayah seperti penyeludupan senjata, penipuan, kumpulan haram dan gengsterism. Selain itu, isu yang diserapkan dalam keperluan keselamatan bersama ini dilihat melalui kesamaan etnik, kebudayaan dan kekeluargaan. Isu ini mewujudkan kesukaran dalam menjelaskan perbezaan rakyat Malaysia dengan rakyat negara jiran lainnya ditambah dengan amalan-amalan rasuah yang membawa kepada kesukaran kawalan kesalamatan dalam lambakan penambahan pendatang tanpa izin (PATI). Sehubungan dengan itu, lahirkan masalah sosial yang lain umpamanya penempatan setinggan, bebanan besar dalam mengawal dan pencegahan kesihatan dan kegagalan dari segi pengumpulan pulangan kewangan terutamanya 'levi'. Tambahan pula akan muncul pertikaian mengenai pemilikan tanah dan konflik etnik antara pendatang baru dengan penduduk asal setempat. Penulis jurnal juga cuba mengaitkan isu pencemaran laut sebagai aspek pembentukan kerjasama keselamatan bersama. Hal ini menjelaskan bahawa berlakunya pencemaran akibat kemalangan kapa-kapal laut yang membawa minyak, 'solid waste', 'sewage' dan seumpamanya. Selain itu adanya pertembungan pencemaran yang datangnya dari darat melalui sektor perindustrian yang mengalir ke lautan terutamanya di kawasan perkongsian selat atau laut. Natijahnya, proses pembersihan memerlukan kerjasama bersama sekaligus mencetuskan perkongsian kawalan keselamatan. Dalam aspek lain, penulis jurnal juga mencetuskan buah pemikirannya melalui pengurusan sempadan yang mana kerja-kerja pengukuran dan penandaan batu sempadan di darat walaupun ada pertikaian dari segi

Jurnal: Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia dan Negara-negara Jiran _____________________________________________________________________ penentuan koordinat sempadan tetap. Akibatnya berlakunya kemasukan pihak kerkuasa negara jiran ke sempadan Malaysia bagi mengatasi masalah penyeludupan. Maka adalah perlu bagi Malaysia mencetuskan persefahaman keselamatan bagi mengelakkan aktiviti dan kegiatan penyeludupan lebih berluasa terutamanya dadah dan senjata api. Apa yang menarik daripada penulis jurnal ini adalah sejauhmana Malaysia bekerjasama dalam mengatasi masalah keselamatan negara yang melibatkan hubungan dengan negara jiran. Penulis jurnal memperincikan tentang sejarah dan peristiwa kejadian diikuti dengan langkah dan operasi kerjasama yang dijalankan melibatkan badan-badan atau agensi-agensi keselamatan Malaysia dengan negara-negara jiran. Antara agensi-agensi yang diketengahkan dalam isu keselamatan ini adalah Jabatan Perikanan, Jabatan Kastam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP). Selain itu beberapa siri kerjasama telah dilaksanakan antaranya latihan bersama dalam kawalan wilayah perairan dan sempadan melalui koordinasi Angkatan Udara dan jawatankuasa Rondaan Sempadan (BPCG), 'Philippines-Malaysia Border Coordination' dan 'Malaysia-Phillipines Defence Coordination', pembentukan kawasan pembangunan ekonomi (Brunei, Indonesia, Malaysia and Phillipines East Asia Growth Area-BIMP-EAGA), kerangka penghapusan komunis dalam Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) melalui pembentukan 'General Border Committee' (GBC) dan 'Staff Planning Committee' (SPC), pembentukan satu jawatankuasa sosiao-ekonomi iaitu Kelompok Kerja SosioEkonomi (KK SOSEK), pengurusan dan pemantauan kawasan sempadan melalui 'Combined Intelligence Committee' (CIC). KRITIK Pada dasarnya penulis sangat bersetuju dengan penulisan jurnal

"Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia dan Negara-negara Jiran" namun penulis ingin menambahkan sedikit huraian

Jurnal: Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia dan Negara-negara Jiran _____________________________________________________________________ sebagai dasar kefahaman pembaca lainnya atas kewujudan peningkatan keselamatan secara bersama itu melalui dasar luar Malaysia. Perkara ini perlu diketengahkan kerana pada amnya penulis sendiri kurang memahami isi kandungan yang sebenarnya ingin disampaikan oleh penulis jurnal kerana jurnal tersebut dilihat lebih menekankan tentang masalah-masalah yang dihadapi bukannya sejauhmana masalah itu mempengaruhi peningkatan keselamatan bersama melalui kerjasama dua halanya. Oleh itu, penulis cuba mencetuskan bagaimana sesuatu masalah yang ditimbulkan dikaitkan dengan dasar luar Malaysia itu dalam aspek prinsip dan faktor yang mempengaruh dalam mencorak keberkesanan keselamatan bersama melalui kerjasama dua hala itu. Kesinambungan daripada itu, atas dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, terutamanya dalam konteks hubungan serantau, Malaysia sebenarnya cuba mendokong prinsip penyelesaian sengketa dan kewujudan bersama secara aman. Prinsip ini cuba membuktikan bahawa Malaysia berpendirian untuk menjadi negara berkecuali dan tidak terikat dengan manamana negara lain dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau kuasa-kuasa besar yang lain. Selain itu, penulis juga melihat bahawa Malaysia sentiasa menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara serta terhindar daripada penindasan. Berdasarkan prinsip ini, penulis percaya bahawa Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu penekanan terhadap keharmonian sesebuah negara semua masyarakat di dunia ini serta terhindar daripada penindasan ditambah pula sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Atas kapasiti bahawa Malaysia yang mempunyai kekayaan yang menarik dan ekonominya yang stabil serta atas landasan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses telah membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia.

Jurnal: Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia dan Negara-negara Jiran _____________________________________________________________________ Pada penulis, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasminya, Malaysia cuba diketengahkan sebagai jolokan keamanan dan kehebatan akhlaknya maka adalah tidak mustahil untuk mewujudkan jalinan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam lainnya. Maka, Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya. Penulis juga beranggapan bahawa peningkatan keselamatan bersama melalui kerjasama dua hala juga mengambil kira beberapa faktor penting demi kepentingan dan keselamatan negara antaranya: i. Kedudukan Geografi Dari sudut geografi, Malaysia juga merupakan sebuah negara yang berada dalam kedudukan strategik dan terletak di persimpangan dua jalan yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang merupakan laluan utama perdagangan. Bahkan, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses serta kaya dengan sumber galian seperti minyak. Oleh itu Malaysia melaksanakan Dasar Luar kerana ingin memelihara kepentingan ekonomi negara ini. ii. Agama Islam Menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara Islam juga merupakan perkara yang dipertimbangkan dalam pelaksanaan Dasar Luar Malaysia. Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, Malaysia cuba menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam yang lain. Ini dilakukan melalui penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam atau Organization of the Islamic Conference (OIC) pada tahun 1971 hasil cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Pertama, YTM Tunku Abdul

Jurnal: Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia dan Negara-negara Jiran _____________________________________________________________________ Rahman. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi dan memainkan peranan yang penting terhadap hubungan dengan negaranegara Islam. iii. Kepentingan Nasional Dari sudut keselamatan, Malaysia sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam hubungan luarnya dengan memastikan negara ini tidak mengadakan hubungan dengan negara-negara blok komunis. Ini adalah untuk menunjukkan sokongan Malaysia kepada negara Barat yang pada masa itu telah bersetuju untuk menjaga keselamatan penduduk di negara ini daripada ancaman komunis. Namun dari sudut ekonomi pula, Malaysia mengadakan hubungan baik dengan semua negara termasuk negaranegara komunis dan negara-negara Eropah Timur. Ini adalah untuk memastikan negara ini dapat menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara tersebut bagi meningkatkan kegiatan ekonomi yang semakin pesat membangun. iv. Dasar Berkecuali Dalam hal ini, Malaysia cuba menetapkan pendiriannya untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negara lain dan sebaliknya melalui pengisytiharan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan negara ASEAN yang lain. Ini dilakukan bagi memastikan Malaysia dan negara serantau bebas daripada campurtangan kuasa-kuasa besar yang lain. v. Prinsip Hidup Bersama Malaysia turut menekankan prinsip hidup bersama dalam Dasar Luar yang dilaksanakannya dengan membuat beberapa perubahan dan mengambil pendekatan yang lebih berani dalam usaha mendekati negara negara Dunia Ketiga seperti Afrika, Timur Tengah dan negara-negara kecil di Selatan Pasifik. Misalnya, ketegasan dalam menyuarakan pandangan tentang isu-isu seperti Dasar Aparteid di kerajaan Afrika Selatan dan

Jurnal: Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia dan Negara-negara Jiran _____________________________________________________________________ penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin akibat kekejaman Israel. Negara ini percaya bahawa setiap masyarakat di dunia ini bebas menjalani kehidupan aman serta mempunyai hak yang sama rata. vi. Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Sebagai sebuah negara anggota, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua masyarakat di dunia ini dapat hidup dengan aman dan harmoni serta terhindar daripada penindasan. Dalam hal ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO. vii. Bekas Jajahan British Sebelum merdeka dan pada awal kemerdekaan, negara ini mengalami banyak krisis dan pergolakan sama ada dalam negara atau melibatkan negara jiran. Misalnya, Kebangkitan PKM (19481960), Konfrontasi Indonesia (19631965), Krisis dengan Filipina (19631965) dan perpisahan Singapura dari Malaysia (1965). Keadaan ini menyebabkan Malaysia berada pada kedudukan berbahaya dan terancam. Oleh itu, pemimpin pada masa itu telah melaksanakan Dasar Luar untuk berbaikbaik negara-negara Komanwel yang lain melalui Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya atau Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA) yang ditandatangani pada tahun 1957 yang menyerahkan tanggungjawab mempertahankan Tanah Melayu kepada Britain, Australia dan New Zealand sekiranya Malaya diserang diancam/ diserang oleh pertubuhan atau negara yang dimaksudkan. Huraian yang diberikan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada prinsip yang dijadikan asas dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia dan juga faktor yang membawa cetusan peningkatan keselamatan bersama melalui kerjasama dua hala. Ini kerana dasar luar dan faktor mempengaruh itu sentiasa berubah mengikut dasar dan amalan pemimpin-pemimpin semasa.

Jurnal: Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia dan Negara-negara Jiran _____________________________________________________________________ Jadi dalam konteks tersebut, penulis dapat mengklasifikasikan bahawa akibat daripada beberapa penekanan prinsip itu dan faktor-faktor penentu maka Malaysia sendiri mampu memikirkan dan menetapkan sejauhmana kerjasama keselamatan dua hala yang ingin dimeterai. KESIMPULAN Kepentingan pengwujudan kedamaian dan keharmonian adalah penting dan ini terpancar dalam dasar luar Malaysia yang merupakan panduan utama dalam kesinambungan kepada dasar keselamatan bersama melalui kerjasama dua hala untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan kepentingan-kepentingan negara dan persekitaran. Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan hala-tuju hubungan Malaysia dengan negara-negara jiran lain sekaligus negara-negara lainnya. Selain daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di ambang perkembangan era komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan peranan yang semakin penting.

Sejajar dengan itu, pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara jiran melalui rundingan atau meja bulat dan menolak perdebatan sambil bersedia menjalin hubungan dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama tanpa mengira latar belakang negara berkenaan menjadikan Malaysia telah menarik ramai pelabur asing dari pelbagai negara untuk melabur modal di negara ini kerana mereka yakin pelaburan mereka selamat dan menguntungkan. Dengan keadaan politik yang stabil, asas ekonomi yang kukuh, kepimpinan yang dinamik, rakyat yang ramah dan rekod-rekod yang bersih, pelabur lebih yakin dengan negara ini.

Jurnal: Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia dan Negara-negara Jiran _____________________________________________________________________ BIBLIOGRAFI Alauiah Sikom, (1995) Malaysia Dan Politik Antarabangsa. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda (INMIND). Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan, (1997) Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra Malaysia Faridah Jaafar. (2007) Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 19572005. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Ghazali Jani, (1980) Negara Kita, Sejarah, Pentadbiran Dan Dasar-Dasar Pembangunan. Kuala Lumpur : INTAN. K.K Leong (2001), Pengajian Am (Kenegaraan Malaysia), Federal Publications Sdn Bhd. Rahimah Hj Sabran, Wong Khek Seng, Kok Meng Kee, (2010) Pengajian Am (Edisi kedua), Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd Sheela Abraham. (1993) Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti