1.

0

Pendahuluan Malaysia terkenal sebagai sebuah negara berbilang kaum. Keunikan Malaysia

dapat dilihat hasil daripada perpaduan penduduknya yang memiliki dan memelihara warisan kebudayaan masing-masing terutamanya di kalangan masyarakat pribumi seperti Orang Asli.

Masyarakat dari perspektif sosiologi adalah merangkumi di dalamnya individu atau kelompok manusia yang berinteraksi antara satu sama lain. Berkongsi satu kebudayaan yang sama, tinggal dalam stu kawasan tertentu dan merasa bersatu di dalam kumpulan dan melihat diri mereka berlainan daripada orang lain atau kumpulan lain. Dari sudut Islam ia berkait rapat dengan keagamaan dan menjadi tuntutan dalam setiap kehidupan sosial yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.Kewujudan masyarakat inilah yang membentuk budaya yang melibatkan keseluruhan cara hidup seperti pengetahuan , kepercayaan, seni, sikap, undang-undang, adat resam dan perlakuan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Secara umumnya, peribumi atau indigenous merupakan istilah rujukan bagi kumpulan-kumpulan etnik yang menjadi penduduk asal sesebuah wilayah atau negara. Kumpulan-kumpulan etnik ini telah wujud di wilayah atau negara tersebut sebelum sesebuah kerajaan itu ditubuhkan.Istilah pribumi di Malaysia adalah merujuk kepada penduduk asal di Malaysia sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat. Mereka terdiri daripada kelompok atau kumpulan orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, dan pelbagai etnik pribumi di Sabah dan Sarawak.

1

Orang Asli mendiami di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis dan Pulau Pinang ( Aishah Edris. ( Hanapi Dollah . Suku Senoi dan Negrito .1 Pengenalan Masyarakat Orang Asli merupakan sebahagian daripada penduduk pribumi di negara ini . khasnya Orang Asli . Namun demikian adakah perlu Orang-orang Asli turut terlibat dalam arus pemodenan atau terus terpinggir dalam lingkungan tradisi yang masih sebati Dilema inilah yang perlu dikupas dan diselidiki 1. Senoi dan Melayu Asli . Malaysia tidak pernah mengabaikan tentang hak setiap warganegara . Orang Asli mendiami kawasan yang sukar dihubungi . Kesukaran itu berpunca daripada tempat kediaman yang tidak tetap. lokasi penempatan mereka adalah kawasan yang sukar dihubungi dengan jalan darat seperti di Hulu Perak dan pedalaman Kelantan. sosial dan ekonomi tetapi bukan faktor biologi dan budaya . Secara rasminya masyarakat Orang Asli dibahagi kepada tiga kumpulan terbesar iaitu Negrito . Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu : 3 Jun 2004 ) Seiring dengan kepesatan pembangunan negara yang menuju ke arah negara maju menjelang 2020.Azizah Othman . Masing-masing dianggotai oleh enam suku kecil manakala Melayu Asli mempunyai tujuh suku Melayu Asli . Dalam kes orang Negrito.Pengklasifikasian sesebuah kelompok pribumi atau bumiputera sebagai Orang Asli lebih berasaskan faktor lokasi . Sri Rahayu Ismail :Tamadun Asia : 44 ) 2 . Dari segi lokasi .

sosial. 1. Adat sebagai hukum alam merujuk kepada perkara-perkara yang berlaku mengikut aturan semulajadi makluk-makhluk yang wujud di dunia ini manakala adat sebagai cara hidup ialah di kalangan orang Asli.3 Kaedah Untuk menghasilkan kertas kerja ini pengkaji menggunakan sumber dari perpustakaan .4 Batasan Kertas kerja ini membincangkan tentang pengaruh adat dan pantang larang dalam pembentukan . Menjelaskan nilai-nilai tradisi masyarakat Orang Asli dari aspek politik .1.2 Objektif Dalam kertas kerja ini pengkaji akan dapat :1. keseluruhan aspek kehidupan mereka seperti kepimpinan. ekonomi. 1. Mengenalpasti tentang pemodenan yang telah dan akan dihadapi oleh masyarakat Orang Asli. 2.5 Definisi Konsep Dua pengertian umum masyarakat pribumi iaitu adat sebagai hukum alam dan adat sebagai cara hidup. dan kepercayaan berkait rapat 3 . 1. ekonomi dan sosial. 3.pandangan semesta masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia atau pribumi Sabah dan Sarawak. pusat sumber dan melayari laman-laman web. Membincangkan tentang dilema yang dialami oleh masyarakat Orang Asli sama ada mengekalkan cara hidup tradisi atau cara hidup moden .

Bajau . Jabatan tersebut secara khusus ditugaskan untuk mengendalikan segala urusan berkaitan dengan penduduk pribumi atau bumiputera berkenaan . Kayan . Melanau . Iban . Istilah pribumi atau bumiputera merangkumi semua etnik yang menduduki kawasan Kepulauan Melayu semenjak Zaman Paleolitik sehingga kini seperti Melayu. Bugis . Jawa . Batak termasuklah Orang Asli . Banjar . Istilah Orang Asli telah digunakan sebagai pentakrifan etnik yang rasmi semenjak tahun 1950-an iaitu selepas Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1953. Istilah Orang Asli yang diguna pakai di Malaysia pula merupakan istilah yang baru.antara satu sama lain. Kadazan-Dusun . Aceh . Semua pihak 4 . Namun .Tugas itu dianggap penting kerana ketika itu kerajaan berdepan dengan perang gerila yang dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). 1978:5 ) melihat etnik sebagai suatu penyatuan tidk formal sesebuah kelompok berdasarkan persamaan budaya anggotanya yang berbeza-beza berbanding dengan anggota kelompok yang lain . Sesuatu kegiatan ekonomi tidak dapat dijalankan tanpa di sokong oleh upacara-upacara keagamaan. istilah dan pentakrifan Orang Asli itu pada mulanya lebih berasakan urusan pentadbiran dan bukan berdasarkan ciri etnik yang jelas ( Golomb . Minang . Ringkasnya . Kenyah . Kelompok yang menerima Islam pula dikenali sebagai Melayu. istilah Orang Asli digunakan untuk merujuk kepada peribumi atau bumiputera di Semenanjung Malaysia yang tidak menerima Islam semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar abad ke 15 dan 16 . Istilah tersebut mempunyai makna yang khusus dan berbeza daripada istilah pribumi atau bumiputera .

( Jasman Ahmad dan Rosni Ramli . 1976 ). anak lelaki yang sulung akan mengambil alih tugas bapa. 5 . Orang Asli suku Melayu Asli diketuai oleh seorang penghulu atau dikenali sebagai Tok Batin serta dibantu oleh beberapa pembantu .2 Kegiatan ekonomi Sumber ekonomi masyarakat Orang Asli berkait rapat dengan penempatan mereka. Jika ketua meninggal dunia . Mereka juga berburu dan menangkap ikan untuk mendapatkan makanan sampingan.0 Nilai-nilai Tradisi Masyarakat Orang Asli 2.1 Sistem pentadbiran ( politik ) Dari segi pentadbiran . Dalam masyarakat Senoi dan Negrito pula kebiasaannya penghulu terdiri daripada lelaki tertua yang mengetahui selok-belok kehidupan suku tersebut . 2. Masyarakat Orang Asli . ( Carey .mengakui bahawa terdapat perbezaan yang sangat ketara antara kelompok-kelompok pribumi yang dikategorikan sebagi Orang Asli. 1997 : 3 0 ) 2. Segala keputusan penghulu adalah muktamad . Tanggungjawab ketua adalah memastikan keadaan anak buahnya baik. Mereka mengamalkan pertanian pindah kecuali suku kaum Mah Meri. pembantu boleh mempengaruhi ketua untuk kebaikan anak buah. Namun begitu . Suku Senoi biasanya menanam pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran yang hidup di kawasan suhu yang sejuk dan berbukit-bukau.

2.3. amalan perkongsian dari segi ekonomi dikawal oleh konsep kempunan ( punan atau 6 . babi hutan.3. Suku Melayu Asli pula menjalani kehidupan yang mirip cara hidup orang Melayu. " kalau tidak ada warga tua. Selain itu . Kewajipan ini ditunjangi oleh falsafah . Mereka hidup menjalankan kegiatan pertanian pindah dan bersifat sara diri. Mereka juga mahir mencari madu. di antaranya . tupai dan memungut buahbuahan.1 Menghormati Warga Tua Merupakan nilai utama . buluh . tanggungjawab dan seumpamanya. warga muda tidak wujud " atau "Orang tua lebih dahulu makan garam" 2. binatang buruan. Di kalangan masyarakat Semai. Mereka yang tinggal di kawasan pantai biasanya menjadi nelayan dan bergantung hidup dengan hasil tangkapan dari laut . buah-buah hutan dan ulam-ulaman seperti petai .Suku Negrito pula merupakan golongan nomad yang sentiasa berpindah-randah. khususnya dalam menjaga hubungan baik antara sesama masyarakat. hasil-hasil hutan. Sistem Sosial 2.2 Amalan Perkongsian Orang Asli berkongsi semua sumber kehidupan seperti tanah.3. kerdas atau jering dijual kepada orang tengah. Masyarakat orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman yang dilingkari hutan menjadikan rotan. kayu cendana dan akar kayu sebagai sumber pendapatan. Mereka memburu binatang seperti monyet.

Mangsa puhnan akan ditimpa kemalangan seperti dipatuk ular. 2. Kumpulan pertama terdiri daripada kumpulan yang menginap di tengah-tengah hutan dan tidak mempunyai rumah yang tetap. 2. Mereka tinggal tetap dan membina petempatan yang sama seperti rumah-rumah kampung orang Melayu. dibaham binatang buas atau jatuh dari pokok.3 Bekerjasama Contohnya . Mereka membuat rumah daripada pokok-pokok hutan dan menutup dengan daun-daun.4 Petempatan Masyarakat Orang Asli dikategorikan kepada empat pengkelasan berdasarkan cara hidup mereka dan tempat kediaman.Amalan bekerjasama juga dilaksanakan melalui konsep " berderau " iaitu menyiapkan pekerjaan secara bergilirgilir. Kumpulan ketiga pula ialah masyarakat Orang Asli yang tinggal di luar hutan iaitu kawasan perkampungan .puhnan). manakala kumpulan keempat merupakan kumpulan masyarakat Melayu Asli yang telah menjadi sebahagian daripada masyarakat Melayu.3. Mereka mengamalkan kehidupan primitif.3.sekiranya ada keluarfa yang kurang bernasib baik kerana rumah mereka dipukul ribut. Kumpulan kedua tinggal di pinggir hutan dan mendirikan tempat kediaman yang lebih baik daripada mereka yang tinggal di tengah hutan. 7 . Puhnan ialah gejala atau kemalangan yang berlaku apabila seseorang itu gagal memenuhihasratnya untuk menikmati sejenis makanan.anggota-anggota masyarakat yang lain akan bergabung tenaga dan membina rumah keluarga yang kurang bernasib baik itu.

3.Contohnya . batu-batan. sungai. 8 .5 Sistem kepercayaan Susur galur masyarakat pribumi Malaysia yang hidup dalam dunia yang mempunyai sistem ekologi hutan hujan tropika yang di dalamnya mengandungi tumbuh-tumbuhan. Suku Negrito misalnya mempercayai kewujudan dewa. Hal ini kerana mereka akan sentiasa berpindah randah jika kawasan tersebut sudah tidak subur.Masarakat pribumi mentafsir alam mereka melalui pengalaman-pengalaman dan mereka menekankan proses perseimbangan antara semua makhluk yang wujud. Mereka berkongsi seluruh kandungan hutan dengan organisme bukan manusia. dan ribuan makhluk lain. Di bahagian tengah pula disediakan laluan dan kawasan tengah dikhaskan untuk upacara . ubi kayu .Jenis rumah yang dibina pula berbeza mengikut suku . tarian dan aktiviti berkumpulan. 2. Bahan yang digunakan hanyalah dari bahan-bahan asas seperti kayu dan daun-daun. serangga. Suku Temiar pula memilih rumah panjang sebagai tempat kediaman. mereka akan menyediakan hidangan berupa makanan seperti nasi . Tingginya 3 meter dari bumi dan panjang antara 40 hingga 50 meter. Setiap rumah akan mempunyai bilik-bilik untuk setiap keluarga. Antara dewa yang dipercayai boleh menjaga kebajikan atau menurunkan bencana seperti Chinoi dan Halak. jagung dan buahbuahan supaya tidak ditimpa bencana. haiwan. suku Negrito hanya membina bangsal yang berbentuk melengkung seperti ladam dan diletakkan unggun api di tengah-tengahnya . Oleh itu. jeram. Umumnya masyarakat Orang Asli masih menganut fahaman animisme yang mempercayai setiap benda hidup atau makhluk mempunyai roh.

Selepas menangis . batu-batu . mereka akan membaca mantera sebelum dibawa ke kawasan perkuburan seperti di bawah pokok besar. Adat kematian . sungai dan sebagainya. Hanya sebahagian daripada mereka yang masih mengamalkan kepercayaan animisme dan mempercayai kuasa-kuasa ghaib seperti penunggu dan hantu. lalu meletakkannya di tengah rumah untuk diratapi kematiannya oleh keluarga simati. 2. dan sebagainya hampir serupa. Mengikut kepercayaan mereka dewa . Mereka juga mempercayai kewujudan jin yang bertugas menjaga gunung .6 Adat dan pantang-larang Masyarakat suku Melayu Asli yang menerima ajaran Islam biasanya melalui kehidupan seharian berlandaskan amalan masyarakat Islam . atau busut. Selepas itu . sirih dan sebagainya sebagai penghormatan terakhir.3. Karei . batu besar.dewa akan berlaku adil dengan menghukum sesiapa yang melanggar adat manakala mereka yang berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan juga. mereka akan berpindah ke tempat lain kerana bimbang roh si mati akan mengacau mereka. 9 . perkahwinan .Suku Senoi pula mempercayai kewujudan empat dewa iaitu Engu . Ada juga di kalangan mereka yang memakaikan pakaian yang cantik untuk si mati. Mereka membersihkan si mati . Hilok dan Hiwoh. Kebanyakan mereka mengamalkan cara hidup berlandaskan Islam. Bagi suku Negrito dan Senoi pula mempunyai adat berlainan contohnya adat kematian . gua . Mereka juga membekalkan simati dengan benda-benda yang disukai semasa simati hidup seperti rokok . pokok-pokok besar. Suku Melayu Asli pula sudah hampir 85% telah menganut agama Islam .

Radzi:http:/www/fssk. Mereka juga ditegah memuji kanak-kanak yang baru lahir atau bermain-main dengan pepatung .htm ) . pisang dan lain-lain . Alat-alat muzik biasanya dimainkan oleh orang lelaki untuk mengiring upacara kematian . Pengantin dihias dengan aksesori yang dibuat seperti gelang . Masyarakat orang Asli mempunyai pelbagai jenis tarian yang dikenali sebagai sewang dalam bahasa mereka. Mereka tidak boleh ditegur 10 . Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu.genggong . Selepas acara persandingan pengantin akan dimandikan sebagai tanda mempelai selamat dikahwinkan. Mereka juga menyediakan juadah untuk diagih dan dijamu kepada tetamu dan wakil kedua-dua pihak. ( Shaiful Bahri Md. Semasa itulah mereka berpeluang mencari jodoh. Antara pantang larang yang masih diamalkan pula termasuklah melarang ibu hamil makan binatang seperti rusa .Semasa adat perkahwinan pula pengantin akan berpakaian mengikut pakaian tradisional masing-masing. Alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian seperti seruling .ukm. semut atau burung . durian . Pakaian penari bergantung pada musim dan akan diselitkan dengan daun atau padi jika musim menuai padi. Semasa majlis perkahwinan pula.my/esumber/art010103. tarian yang lebih rancak akan ditarikan seperti Tarian Jooh.. Tarian akan diadakan sempena menyambut sesuatu musim seperti musim menuai . tidak boleh membawa cermin dan menamakan haiwan dengan nama khusus untuk mengelakkan diserang oleh haiwan itu. keramaian dan sebagainya . dan gong. lilitan di kepala yang diperbuat dari manik-manik atau daun kelapa. Mereka juga akan menyelitkan daun kayu atau rumput di telinga untuk mengelakkan hujan turun semasa dalam perjalanan.

Panah pula diperbuat daripada kayu yang melengkung dan diikat dengan kayu dan tali pada bahagian hujung. Tombak diperbuat daripada kayu lurus yang kecil dan dilekatkan sejenis logam seperti pisau di hujungnya. 2. Tombak digunakan untuk membunuh . pengikat kepala dan diwarnakan supaya nampak menarik. Anak panah pula diperbuat daripada buluh yang diraut halus dan ditajamkan pada bahagian hujung . kaum Mah Meri juga mahir menghasilkan ukiran kayu seperti topeng dan ukiran dewa-dewa. tombak dan sebagainya. Barangan ini dihasilkan daripada pokok manik. manik-manik . beg . penampi dan topi.7 Seni kraf dan peralatan tradisional Seni kraf yang diwarisi oleh oleh masyarakat Orang Asli termasuklah anyaman . Bahagian hujung yang tajam direndam ke dalam getah ipoh. pokok tasbih atau daripada biji-biji buah hutan . Buluh juga dibuat peralatan senjata seperti anak panah . sumpit dan parang . Anyaman rotan dan buluh juga dibuat untuk dijadikan lantai rumah yang diikat dengan rotan. Jenis kayu yang biasa digunakan ialah kayu Pulai iaitu sejenis kayu lampung yang diambil banir lalu diukir mengikut daya imaginasi dan kreativiti mereka. Manik-manik pula merupakan aksesori bagi kaum wanita. Kehidupan tradisional memaksa orang Asli menggunakan alat-alat senjata yang dihasilkan sendiri seperti tombak . Manik-manik dibuat gelang tangan kalung . Antara anyaman yang popular termasuklah tikar.3. raga . dan pertukangan kayu. panah . kayu dan sebagainya. 11 . Selain itu .jika membawa alat tangkapan seperti sumpit untuk memburu kerana bimbang hasil tangkapan tidak diperolehi atau membawa sial.

Tok Batin diberi motivasi dan bengkel untuk mentadbir anak-anak buah mereka. rusa . Hujung damak juga direndam dengan pokok ipoh iaitu sejenis pokok menjalar yang beracun.rancangan FELDA . biawak atau ikan antara binatang yang menjadi buruan mereka. Pihak kerajaan telah memperkenalkan tanaman ladang kepada mereka untuk menggantikan kegiatan tanaman sara diri. Sumpit . kerajaan telah melaksanakan program agar sama-sama menikmati pembangunan dan kemajuan negara.tombak dan panah hanya digunakan untuk memburu haiwan yang kecil tetapi perangkap dan jerat akan digunakan untuk menangkap binatang yang lebih besar pula. Beberapa pusat kesihatan kecil juga ditubuhkan untuk menjaga kesihatan mereka. Rumah-rumah yang lebih selesa dibina menggantikan rumah yang telah uzur. Mereka juga digalakkan menyertai rancangan. 3. Binatang seperti babi hutan . Damak digunakan untuk sumpitan pula diperbuat daripada lidi pertama atau buluh yang diracik halus. Struktur kehidupan mereka disusun semula supaya mempunyai pentadbiran yang lebih baik dan melalui sistem kelompok . Dalam usaha pihak kerajaan membasmi buta huruf banyak insentif telah disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli seperti bantuan peralatan sekolah . Selain itu .0 Masyarakat Orang Asli dan pemodenan Sebagai sebahagian beberapa daripada masyarakat mereka Malaysia dapat . Pelbagai program untuk golongan muda termasuklah penanaman 12 . pelanduk . FELCRA dan sebagainya.Sumpit pula diperbuat daripada buluh jenis Sewor. pakaian dan biasisiwa.

secara moden . Daripada jumlah itu. Mereka membeli barang keluaran hutan dengan harga yang rendah. Secara sosialnya Orang Asli berada di pihak yang terbiar dan tertindas. sampai bilakah mereka harus terus bergantung kepada pihak berkenaan ? Orang Asli juga merupakan golongan yang mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah . Orang Laut hanya berjumlah lebih kurang 2500 orang ( Nicholas . Para pembesar dan pedagang mengambil kesempatan terhadap kedudukan taraf sosioekonomi yang daif. Beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). KEMAS dan FELCRA turut terlibat untuk membangunkan mereka. Kesemua pecahan suku itu pula mempunyai bilangan anggota yang sangat sedikit. 2000 :11) Memandangkan jumlah yang sedikit bermakna suara untuk mendapat hak mereka sebagai bumiputera berkubur begitu juga . terdapat lebih kurang 18 pecahan suku.5 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini. Umpamanya . Beberapa jawatan penting dalam pentadbiran negara juga telah diberi sebagai langkah untuk menarik minat mereka turut serta dalam masyarakat lain di Malaysia. Orang Asli secara keseluruhan hanya berjumlah 0. ( Hanapi Dollah : Orang Laut dan Kenangan Masa Lalu : Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu : 3 Jun 2004 ) Namun . Segala masalah urusan harian mereka khasnya terlalu bergantung kepada JHEOA. 4. 13 . terkebelakang dan terpinggir berbanding dengan orang Melayu. perniagaan dan latihan kemahiran disediakan untuk menyediakan mereka ke arah kehdupan yang lebih baik.0 Dilema : Antara tradisi dan pemodenan Dari segi saiz populasi .

sampai bilakah mereka mampu bertahan ? Pembangunan demi pembangunan seperti penerokaan tanah untuk pertanian .Orang Asli merupakan kelompok yang tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam hubungan dengan pihak luar . Sri Rahayu Ismai l:Tamadun Asia : 44 ) . Sebenarnya itulah strategi mereka untuk mengelakkan penindasan terhadap mereka. Mereka memilih untuk menetap di kawasan yang masih belum diteroka dan cuba mengekalkan cara hidup tradisi. namun masalah seperti pembalakan haram masih berterusan 14 . Rentetan dengan itu bilangan haiwan yang diburu juga semakin pupus ditambah dengan masalah pencemaran sungai dan sebagainya menjadikan dilema masyarakat Orang Asli lebih parah. Sebagai masyarakat yang sinonim dengan kehidupan yang di kelilingi alam semulajadi adalah agak sukar masyarakat Orang Asli mengubah cara hidup mereka secara terus dan mendadak.Azizah Othman . Masih ramai lagi di kalangan mereka yang enggan menerima pembaharuan dan semakin terus menghindari dari pembangunan. malah pihak luar pula yang sentiasa memberi tekanan kepada mereka. pembinaaan lebuh raya . Nilai pampasan yang diberikan pula kerapkali menjadi isu perbalahan antara mereka dan pemaju projek sehingga kini belum terdapat undang-undang yang kuat memberikan perlindungan kepada tanah milik warga pribumi. pembinaan lapangan terbang dan aktiviti pembalakan menjadikan kawasan yang boleh dijadikan penempatan masayarakat ini semakin sempit (Aishah Edris . Persoalannya . empangan . Walaupun pihak kerajaaan cuba untuk mengawal dengan memperkenalkan pelbagai undang-undang dan akta seperti hutan simpan dan perlindungan haiwan liar . Tanggapan yang mengatakan Orang Asli cuba mengelak daripada bertembung dengan orang luar kerana mereka pemalu barangkali tidak benar.

bahasa yang digunakan oleh Orang Asli juga makin menghampiri kepupusan. Golongan ini sering mendapat publisiti dan nasib mereka kerapkali diperjuangkan oleh badan bukan kerajaan ( NGO ) dan media massa . kes masyarakat Penan di Sarawak .dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi cara hidup masyarakat Orang Asli yang seolaholah dipaksa menerima pemodenan. 15 . Arus globalisasi yang berlaku telah ‘ mengecilkan ’ dunia masyarakat Orang Asli dan ia juga telah diperkatakan akan membawa masyarakat kita ke arah dunia tanpa sempadan ( borderless world ). bahasa Orang Asli seperti ‘ Teoi ’ bermaksud sungai dan ‘ tarok ’ bermaksud lembing telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu . Januari 2005 : 58 ) 5. Contohnya . Contohnya . masyarakat Orang Asli semakin kehilangan tradisinya . Dalam ucapan Yang Berhormat Senator Osman bin Bongsu semasa menyampaikan teks ucapannya dalam Perhimpunan Umno Ke 56 di PWTC baru-baru ini telah mengandaikan bahawa tradisi masyarakat Orang Asli semakin terhakis dalam mengejar pembangunan . Secara perlahan-lahan komuniti manusia diheret ke dalam apa yang dipanggil komuniti ‘ perkampungan global ’ ( global village ) yang sering disebutkan . Di samping pelbagai pemodenan yang dibawa . Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) telah mengistiharkan tahun tersebut sebagai Tahun Warga Pribumi Sedunia . Masyarakat Orang Asli tidak terkecuali dalam peristiharan oleh PBB ini . ( Armin Azhari Saleh : Dewan Bahasa .0 Penutup Masyarakat Orang Asli tidak dapat tidak terpaksa berdepan dengan arus globalisasi masa kini yang bergerak begitu pantas . Pada tahun 1993 .

kerajaan kita ketika ini sedang merangka ‘ Dasar Pemilikan Tanah ’ bagi masyarakat Orang Asli dalam usaha membawa mereka dalam pembangunan arus perdana agar tidak terpinggir dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ) ( Berita Harian : Isnin – 8 Ogos 2005 : B6 ). Apa yang diharapkan supaya persidangan-persidangan seperti ini akan menjadi pemangkin dan dapat membela hak serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negara kita . Bangunan Puspanitapuri . Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin baru-baru ini .telah menarik perhatian dunia yang kemudiannya telah menimbulkan tekanan kepada Kerajaan Malaysia . terdapat juga pengaruh-pengaruh negatif yang bukan sahaja memusnahkan identiti warga pribumi . Cadangan tentang ‘ Dasar Pemilikan Tanah Masyarakat Orang Asli ’ telah disuarakan dalam perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-15 Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia ( POASM ) di Dewan Seri Endon . Namun begitu . malah mendedahkan mereka kepada kepentingan dan tujuan politik peribadi ataupun politik antarabangsa semata-mata . Kira-kira 1000 Orang Asli dari seluruh negara telah menghadiri persidangan ini . Industri pelancongan di negara kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempromosikan budaya dan gaya hidup masyarakat tempatan termasuklah kaum Orang Asli . bagi menjaga kepentingan dan hak masyarakat Orang Asli . Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah . Sehubungan itu . telah mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( JHEOA ) supaya mengemukakan cadangan tentang dasar dilaksanakan itu yang akan secepat mungkin . 16 . Presint 10 di Putrajaya . Proses globalisasi telah juga mendedahkan masyarakat Orang Asli kepada berbagai-bagai pengaruh yang boleh memperbaiki imej mereka .

UPM : Pro-Office Shoppe Sdn Bhd .Bibliografi Aishah Edris . Pantun Cinta Mah Meri : Pusat Pengajian Bahasa . Berita Harian . Tamadun Asia .thm Pusat Perkembangan Kurikulum .Kuala Lumpur : Percetakan. Saiful Bahri Md. Budaya .htm 17 . Kajang. http://www. Selangor Prof . 2003 .magickriver. 1997 . net/oa. 2004 . 8 Ogos 2005 : Dasar Tanah Orang Asli Colin Nicholas . Rosnah Ramli . Kesusasteraan dan Kebudayaan . Siri Kebudayaan Masyarakat Malaysia . Radzi . Sri Rahayu Ismail . Bhd. Hanafi Dollah . //www. Isnin . 1998 . MELAYU Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu http ://www. Azizah Othman . Haji Jantan Sdn. Madya Dr. Fakulti Ekologi Manusia . Masyarakat Orang Asli : Percetakan LC Marketing .net/oa.my/esumber/art 010103.fssk. UKM.htm Jasman Ahmad . Pantang Larang dan Amalan Kesihatan Orang Asli Semenanjung Malaysia . The Orang Asli Of Peninsular Malaysia : http. Kementerian Pendidikan Malaysia & Kerjasama United Nations Childrens Fund ( UNICEF ) .ukm. 2004 .magickriver.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful