1.

0 Pendahuluan Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ‘ilmu bahasa’ atau ‘pembelajaran ilmiah mengenai bahasa’ (Matthews 1997). Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman linguistik perbandingan dan zaman linguistik moden. Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

harus siap menjelang 1000 SM. Bahasa Mantera: Zaman ini merangkumi kedua-dua mantera dan bahasa prosa Atharvaveda (Paippalada dan Shaunakiya).1 Sejarah Linguistik Peringkat Awal. baik daripada segi bahasa mahupun daripada segi kandungan. serta juga mantera Yajurveda. Oleh sebab itu Leonard Bloomfield. selain daripada buku-buku yang terbaharu (bahagian pertama dalam Jilid 1 dan kesemua bahagian dalam Jilid 10). tokoh linguistik struktural Amerika menyebut Panini sebagai One of The Greatest Monuments of The Human Intelligence. Daripada segi linguistik. Selain daripada itu.0 Perbincangan dan Huraian. teks Veda dapat dikelaskan kepada enam strata kronologi iaitu: 1. dan Samaveda Samhita (yang mengandungi sekitar 75 mantera yang tidak terdapat dalam Rigveda). teks yang digunakan untuk mengkaji linguistik ialah teks Veda . 2. tidak terdapat sebarang bukti arkeologi atau bukti linguistik yang diterima secara meluas tentang kesinambungan budaya ini dengan tamadun Lembah Indus.2. Khilani Rigveda.1. Daripada segi arkeologi. iaitu budaya Pusara H di Punjab serta budaya Tembikar Warna Oker (OCP) yang lebih jauh di sebelah timur. Teks ini mengekalkan banyak unsur Indo-Iran yang umum. Zaman Rigveda bertepatan dengan Budaya Kubur Gandhara. Banyak teks ini berasal . Rigveda: Rigveda ialah teks Veda yang paling kuno yang masih dalam keadaan baik. Penulisannya harus menelan masa beberapa abad dan. 2. Bagaimanapun. yang tidak wujud dalam manamana satu teks Veda yang lain. 2.1 Zaman India Di India pada tahun 400 SM Panini seorang sarjana Hindu membuat buku dengan judul Adtdyasi iaitu deskripsi lengkap bahasa Sansekerta yang pertama kali ada.

VadhSS). baik kerana perubahan linguistik mahupun kerana pentafsiran semula. bersama-sama dengan teks Aranyaka. 4. Jub) dan teks Shrautasutra yang tertua (BSS. dan penyebaran dasar kata kerja kuru. TS) tergolong dalam zaman ini. Chu. serta juga sesetengah teks Upanishad (misalnya Kathu. Suatu perubahan linguistik yang penting ialah kehilangan sepenuhnya injunktif. Zaman ini merupakan zaman awal Zaman Besi di barat laut India yang bertepatan dengan budaya Barang-barang Hitam dan Merah (BRW) dan kerajaan Kuru yang wujud dari kira-kira abad ke-10 SM. Bahagian Brahmana ('ulasan' bagi mantera dan ritual) di dalam teks Yajurveda Hitam (MS.[1] Videha (N. . teksUpanishad yang tertua (BAU. kecuali lima buah prosa Upanishad. dan MaitrU).sebahagian besarnya daripada Rigveda tetapi telah mengalami setakat perubahan. Daripada segi arkeologi. Bahasa Sutra: Zaman ini merupakaan lapisan terakhir Sanskrit Veda yang berlangsung sehingga kira-kira 500 SM. oleh sarva. Bihar) sebagai pusat politik ketiga diasaskan pada zaman ini. 3. "semua". dan terdiri sebahagian besarnya daripada Sutra Śrauta dan Sutra Grhya. merupakan teks pasca-agama Buddha. Kesemua itu.(untukkrno. budaya Barang-barang Kelabu Berlukis ( PGW) yang berlangsung dari kira-kira 900 SM bertepatan dengan peralihan pusat politik dari kawasan Kuru ke kawasan Panchala di Lembah Ganges.Rigveda). KS. Prosa Brahmana: Teks Brahmana yang asli dalam empat buah Veda berasal dari zaman ini. Prosa Samhita: Zaman ini menandakan permulaan pengumpulan dan pengkodifikasian daftar karya Veda. Perubahan ketara termasuk perubahan vishva. 5.

Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. serta juga bahasa Sanskrit Klasik yang diperihalkan oleh Pāṇini dianggap sebagai pasca-Veda dan wujud selepas 500 SM. Disebabkan seluruh .2 Zaman Yunani Dalam sejarah ilmu linguistik. Sumber sejarah geografi India pasca-Veda yang paling penting adalah daripadaArrian. Teks Vedanta terawal. kesultanan Islam diasaskan. budaya dan politik. golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Pada waktu yang sama. dan politik. yang menulis berdasarkan laporan Megasthenes. penyebaran Barang-barang Hitam Berkilat Utara (NBP) yang begitu pantas ke seluruh India utara bertepatan dengan zaman ini. budaya. Rekod sejarah bermula hanya selepas akhirnya zaman Veda tetapi masih jarang ditemui pada seluruh Zaman Pertengahan India. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa. Gautama Buddha. Daripada segi arkeologi. Gelombang baharu penghijarahan kasta Ahira dari Empayar Kushan bermula sejak 150 SM dan akhirnya. Keakhiran India Veda itu ditandakan oleh perubahan linguistik.6. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Sanskrit Klasik bermula. 2. duta ke Patna pada zaman Empayar Maurya. ahli sejarah Yunani abad ke-2. Tatabahasa Paṇini pula menandakan puncak terakhir dalam pengkodifikasian teks Sutra. dan dialek Prakrit Pali yang digunakan dalam kitab agama Buddha tergolong dalam zaman ini. ekonomi. Serangan Darius I ke atas Lembah Indus pada awal abad ke-6 SM menandakan permulaan pengaruh luar yang berterusan dan mempengaruhi kerajaan-kerajaan Indo-Yunani. Epik dan Sanskrit Pāṇinian: Bahasa yang digunakan dalam epik Mahabharata dan epik Ramayana.1.

. iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Bagi Plato. bahasa merupakan sesuatu yang dapat melambangkan tamadun tinggi dan dapat menerangkan kejadian alam berasaskan kajian etimologi. rhema (kata kerja) dan syndesmoi (kata hubung). iaitu onoma (kata nama) dan Rhema (kata kerja). tidak seragam iaitu mempunyai pelbagai kelainan. Aristotle mengakui wujudnya sistem kala. maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. bunyi [ r ] menunjukkan gerak. Tokoh kedua iaitu Aristotle (384-322 sm) telah memperkenalkan kata hubung dan sistem kala ‘tense’ (past tense. bahasa wujud secara konvensyen. iaitu onoma (kata nama). bersifat semula jadi.kehidupan mereka dibendung oleh falsafah. di samping memperkenalkan konsep neutral iaitu hubungan antara lambang dengan acuannya yang bersifat konvensional. Logos terbahagi kepada dua. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates. walaupun Socrates pernah mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya. Plato juga mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi memang wujud. Contohnya. Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia iaitu ciptaan Tuhan. Menurut Plato (427-437sm) iaitu tokoh linguistik dalam karyanya CRYSTALUS mempersoalkan hubungan antara lambang dengan acuanya iaitu benda dengan nama benda. ayat ialah logos yang berupa rentetan kata yang mempunyai idea yang tuntas. sama ada bersifat tabii atau kesepakatan. Mengikut ahli falsafah Yunani. present tense). manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Berbeza pula dengan golongan anomalis atau konvensenis yang dipanggil THESEI pula mengatakan bahawa bahasa bukan natural. Aristotle juga telah memisahkan kata kepada tiga jenis. regular dan logik.

Selain itu. Priscia dan Donatus. rhema (kata kerja). verbum (kata kerja). Seterusnya kaum Alexandrian memperluas kelas kata kepada lapan. mereka juga memperkenalkan perbezaan bentuk aktif dan pasif. Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani. motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan. seiring dengan kejatuhan Yunani dan munculnya kerajaan Romawi.Kemudiannya. iaitu tambahan numeralia (kata bilangan). Pengaruh bahasa Yunani telah dibawa oleh Crates dari Mallos dan kemudiannya diperkembang oleh ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti Applonius Discollus. antonymia (kata ganti). Mereka membahagikan kata kepada empat. Tambahan lagi tatabahasa Latin telah dicipta mengikut model Yunani. Semua kajian berasaskan teks kuno. Puak Stoik telah memperkenalkan penggolongan unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Inggeris (go:went:gone). iaitu nomen (kata nama). epirrhema (kata keterangan). Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani Kuno. arthron (kata sandang).3 Zaman Romawi Zaman seterusnya ialah zaman Romawi yang dianggap kesinambungan perkembangan ilmu linguistik dari zaman Yunani. M. iaitu onama (kata nama). dan syndesmoi (kata hubung). Puak Stoik beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya. dan antara kata kerja transitif dengan tak transitif. prosthesis (kata depan). Pada zaman Romawi ini. Mereka juga membezakan bentuk dan makna sesuatu kata itu. Ini bermakna pengkodifikasian pemikiran. dan arthon (kata sandang) ataupun artikel (kata ganti nama. metosche (partikel). .Terrentius Varro. kata nama khas).1. Pada zaman Romawi juga kelas kata telah ditambah daripada lapan menjadi Sembilan. Antaranya ialah syair suci Homeros yang berjudul Illiad and Odyssey. 2. telah wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh cendekiawan Romawi. syndesmoi (kata hubung).

adverbiu. Zaman Romawi tidak banyak menghasilkan karya asli. 2.Di samping itu juga. sebaliknya menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani dengan cekap dan baik. Pragma atau tungchanon: hal luaran. dan mengkategorikan penggunaan morfologi. sintaksis dan etimologi. Selain fonologi yang membincangkan mengenai huruf atau tulisan yang disebut literea terdapat juga aspek lain yang dikaji iaitu morfologi yang membahaskan mengenai diction atau kata dan sintaksis yang membicarakan mengenai oratio iaitu tata susunan kata yang selaras dan menunjukkan ayat itu selesai. praepositio. iaitu: 1. bentuk fleksi dan terbitannya mempengaruhi bunyi dan makna. situasi. verbum. Buku Institutiones Grammaticea ini telah menjadi dasar tatabahasa Latin dan filsafat zaman pertengahan. . 3. Karyanya ini dianggap baku hingga kini dan dianggap sebagai kajian tatabahasa Romawi yang representatif. Masyarakat Rom juga banyak terpengaruh dengan sifat pengkajian sarjana Yunani seperti Aristotle. Beliau juga menyatakan bahawa bahasa itu seragam secara semula jadi. kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran Stoik juga berkembang. interjection dan conjuction. Manakala Priscia pula membahagikan kelas kata kepada lapan melalui karyanya Institutiones Grammatikae iaitu nomen. participium. Senainon: tanda dan simbol. Semainomenon atau lekton: makna. Golongan Stoik membezakan tiga aspek primer bahasa.Terrentius Varro (116-27SM) dalam karyanya De Lingua Latina membahaskan masalah analogi dan anomali seperti pada zaman Stoik di Yunani. Menurut ahli tatabahasa Romawi yang dianggap paling tulen dalam bahada Latin iaitu M. pronomen.

Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Perkembangan linguistik zaman Arab ini bermula apabila bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Tambahan lagi. Pada era ini juga teori sebab musabab.0 Zaman Arab Pada Era ini. ahli pengkaji sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. . Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa.2 Sejarah Linguistik Peringkat Pertengahan 2.2. kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang.2. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful