Artikel Jurnal Institut Pengetua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Jilid 1, Bilangan 1 , Februari 2001.

[ * Penulis-penulis dalam jurnal ini telah berjaya menamatkan pengajian dan telah memperolehi Ijazah Sarjana Kepengetuaan buat pertama kalinya ditawarkan oleh universiti tempatan ]

Pengetua Sebagai Pemimpin Perubahan oleh Abd Razak Wahid*
Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan selaras dengan kemajuan ekonomi, sosial dan politik. Pelbagai dasar dan program seperti KBSR, KBSM, Falsafah Pendidikan Negara dan sebagainya telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. Sesuatu perubahan yang dilaksanakan di sekolah perlulah dirancang dengan rapi supaya ia boleh diterima dan mendatangkan hasil yang positif. Ia seharusnya melibatkan semua warga sekolah dan masyarakat sekitar. Sejauhmana sesuatu perubahan itu berjaya dan berkesan bergantung kepada pelbagai faktor. Mengikut Fullan (1982), Pengetua adalah orang yang paling penting dalam membuat perubahan di sekolah. Pengetua boleh dianggap sebagai goal-setter, advocator, initiator, communicator, suporter, coordinator, coach, evaluator, manager, information provider dan role model dalam melaksanakan perubahan di sekolah. Terdapat pelbagai gelaran yang diberikan kepada Pengetua dalam membuat perubahan di sekolah. Hall dan Hord (Huseein, 1993 : 53) mengatakan Pengetua sebagai pemudah cara perubahan yang mengandungi tingkah laku yang dinamik dan produktif. Pengetua jenis ini menganggap peranan mereka ialah memberi sokongan dan bimbingan kepada guru-guru. Ada juga yang mengatakan Pengetua sebagai penjaga perubahan yang mempunyai tingkah laku yang pasif dan reaktif. Pengetua sebagai pemudah cara perubahan dikatakan mempunyai tiga gaya tingkah laku iaitu sebagai responder, pengurus dan perintis. Gaya responder ialah gaya memberi peluang kepada staf untuk memimpin misalnya mereka diberi peluang mengemukakan pendapat sebelum keputusan dibuat. Gaya pengurus pula ialah tingkah laku yang responsif terhadap situasi atau orang di mana pengurus atau Pengetua memulakan tindakan dengan menyokong dan menyediakan kemudahan. Biasanya mereka hanya melibatkan diri berdasarkan apa yang telah ditetapkan sahaja. Perintis pula ialah gaya Pengetua yang mempunyai wawasan, dasar dan matlamat yang jelas. Gaya ini melibatkan Pengetua percaya apa yang dilakukannya adalah yang terbaik untuk pelajarnya. Pengetua dikatakan tegas, mempunyai pengharapan yang tinggi dan menjelaskan kepada guru bagaimana matlamat boleh dicapai. Ia juga tidak menerima sesuatu program itu tanpa melihat kesesuaiannya dengan keperluan sekolah. Sesuatu program akan dibincangkan bersama staf dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada matlamat sekolah. (Rutherford, 1984).

Beberapa kajian yang dijalankan mendapati Pengetua gaya perintis adalah lebih berjaya dalam melaksanakan perubahan berbanding Pengetua yang mengamalkan gaya responder atau pengurus. Misalnya kajian oleh Hord dan Hall (Huseein, 1993 : 56). Kajian oleh Rutherford (1984) pula mendapati Pengetua yang mengamalkan gaya pemula lebih berjaya melaksanakan perubahan berbanding dengan Pengetua yang mengamalkan gaya responder atau pengurus. Perbandingan ini dibuat berdasarkan enam dimensi tingkah laku iaitu penetapan wawasan dan matlamat sekolah, menstruktur sekolah sebagai tempat bekerja, mengurus perubahan bekerjasama dan menurunkan kuasa, membuat keputusan membimbing dan memberi sokongan dan menstruktur semula peranan kepimpinan mereka. Berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian di atas jelas bahawa Pengetua perlu memainkan pelbagai peranan dari mula hinggalah ke akhir program perubahan tersebut. Melalui kepimpinan yang dinamik dan proaktif, sesuatu perubahan, pembaharuan dan inovasi dapat dilaksanakan secara berkesan. Definisi dan Konsep Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan (change). Mengikut Jaafar Muhamad (1999 : 463), dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan adalah hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru. Mengikut Carzo dan Yanouzas (Jaafar, 1999 : 464), "Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan atau situasi yang stabil kepada pola perlakuan dan status stabil yang lain." Perubahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi seperti sekolah haruslah melibatkan ciri-ciri yang berterusan (Kaizen), berlaku secara beransur-ansur serta menyeluruh ke arah yang lebih baik atau penambahbaikan. Perubahan juga dikaitkan dengan memperkenalkan sesuatu tingkahlaku baru atau amalan-amalan baru yang diharap akan dapat memperbaiki amalan atau keadaaan yang sedia ada di sekolah. Oleh itu perubahan tidak dapat dipisahkan daripada konsep "transfomasi", "inovasi" dan penambahbaikan. Mengikut James A. F Stoner dan Charles Winkel (1989 : 439), agen perubahan sebagai individu yang bertanggungjawab memegang peranan kepimpinan dan mengurus proses perubahan terhadap sistem klien (individu, kumpulan atau organisasi). Agen perubahan ini boleh terdiri dari anggota di dalam atau di luar organisasi. Walau bagaimanapun agen dari luar tidak berkepentingan dipercayai lebih mudah diterima berbanding agen dari dalam organisasi berkenaan. Rusinah Sirun (1999 : 254) pula menyatakan agen perubahan sebagai: "Change agents are individuals group that take responsibility for changing the existing pattern of behavior of a person or social system". Mengikut Shahril (2000), Pengetua sebagai agen perubahan bermaksud orang atau individu yang pertama atau utama yang membuat modifikasi dalam organisasi sekolah. Justeru itu sebagai agen perubahan, Pengetua haruslah membuat penyesuaian serta perubahan dalam bidang tertentu agar ia sesuai dengan perubahan persekitaran supaya sekolah sebagai sebuah institusi sosial dapat terus hidup dan berfungsi. Persoalannya mampukah Pengetua yang dibebani dengan tugas sebagai pentadbir, pemimpin pengajaran dapat melaksanakan perubahan secara berkesan? Mengapakah Sekolah Memerlukan Perubahan

Perubahan tidak dapat dielakkan dalam sesebuah organisasi termasuk sekolah. Ini kerana persekitaran yang turut berubah. Oleh itu jika kita hendak terus hidup dan berfungsi kita tidak boleh lari dari melakukan perubahan. Keadaan ini seperti memetik kata-kata Charles Handy (Hussein, 1993 : 223), "If you put a frog in water and slowly heat it, the frog will eventually let itself be boiled to death. We to, wiil not survive if we don’t respond to the radical way in which the world is changing". Perubahan dalam bentuk sesebuah organisasi berlaku disebabkan oleh desakan luaran dan dorongan dalaman. Mengikut Stoner J.A.F (1989), desakan luaran yang mendesak kepada perubahan ialah kenaikan kos, kekurangan sumber, kemajuan teknologi, permintaan dari luar (pengguna) dan kekurangan peruntukan kewangan dari kerajaan. Keadaan ini menyebabkan sesebuah organisasi itu terpaksa mengubah struktur, matlamat dan kaedah-kaedah operasinya. Manakala desakan dalaman pula terdiri dari strategi baru, teknologi, sikap dan tingkah laku. Walau bagaimanapun kedua-dua penggerak luaran dan dalaman ini saling berkait. Mengikut Jaafar Muhammad (1999 : 464), terdapat beberapa objektif perubahan dilakukan dalam sesebuah organisasi termasuk sekolah. Antara objektif tersebut ialah : • • Meningkatkan motivasi – iaitu perubahan sebagai alat untuk menarik dan meningkatkan minat kerja di kalangan kakitangan dan pelajar. Meningkatkan daya pengeluaran – perubahan sebagai cara untuk meningkatkan daya pengeluaran dari segi kualiti dan kuantiti. Contoh di sekolah ialah meningkatkan penghasilan kerja guru dan pencapaian pelajar melalui pelbagai pendekatan. Mengurangkan konflik – dalam sesebuah organisasi yang terdiri dari bahagian dan unit. Perbezaan dari segi tugas, kebolehan, kepentingan, latar belakang, ekonomi, sosial, politik dan teknologi, matlamat individu dengan organisasi juga akan mewujudkan konflik. Dalam keadaan seperti ini perubahan perlu dilakukan untuk mengurangkan konflik. Sebagai Pengetua yang bijak, ia harus menggunakan kesempatan dari konflik yang wujud untuk mengukuhkan lagi kepimpinan.

Desakan Luaran Beberapa tekanan luaran (external force) terhadap perubahan yang dikenalpasti ialah : kerajaan pusat, kementerian, kehendak masyarakat dan ibu bapa, perubahan teknologi, permintaan saham buruh dan perubahan ekonomi negara (Shahril, 2000).Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pendidikan berpusat, segala dasar dan undang-undang berkaitan dengan pendidikan telah ditentukan oleh kerajaan pusat dan Kementerian Pendidikan yang merupakan "stackholder". Salah satu tugas Pengetua di sekolah ialah memastikan segala dasar dan undang-undang tersebut dipatuhi. Pengetua sebagai pemimpin seolah mempunyai kuasa yang terbatas. Ini bermakna Pengetua harus melaksanakan segala dasar-dasar baru yang diarahkan kepadanya oleh pihak atasan berdasarkan kebijaksanaannya, misalnya perlaksanakan KBSR, KBSM, Sekolah Bistari, Sekolah Berkesan dan sebagainya. Sekolah adalah institusi sosial yang menyediakan perkhidmtan pendidikan kepada klien yang terdiri daripada pelajar, masyarakat dan ibu bapa. Kepada klien, sudah tentu mereka mengharapkan sesuatu yang terbaik diberikan kepada anak-anak mereka. Oleh itu mereka dikatakan mempunyai kuasa secara tidak langsung untuk mendesak dan menggerak perubahan dilakukan di sekolah. Peranan badan-badan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru amat penting dalam membantu dan memberi sokongan kepada Pengetua melaksanakan perubahan sekolah. Mengikut Wyant Et Al

bergaduh semakin meningkat. pelajar dan masyarakat. 1999 : 8). kemahiran serta kuasa kepakaran (expertise power) yang tinggi (Al Ramaiah. directed and made to accur. to change is to creat" (Handy C. kakitangan bukan guru. Perubahan dalam organisasi sekolah juga berpunca dari situasi dalam organisasi sekolah itu sendiri. Oleh itu untuk menjadikan kepimpinan Pengetua lebih berkesan. Antara beberapa sumber desakan dalaman ialah kepimpinan dalam organisasi. Dalam konteks ini Pengetua harus peka dengan keperluan dan permintaan tenaga buruh negara. Terdapat pelbagai bentuk perubahan yang boleh dilakukan dalam sesebuah organisasi sekolah. Di sekolah Pengetua sebagai pemimpin pentadbiran dan pengajaran. Perkembangan terkini dalam dunia pendidikan yang menekankan penggunaan multimedia seperti Sekolah Bistari mendesak supaya perubahan dilasanakan di sekolah. inovatif. gengsterisme. komunikasi. Penggunaan alatan moden di sekolah seperti komputer. Terdapat banyak sebab berlakunya ketidaksampaian maklumat tersebut. Komunikasi perlu harus melibatkan pelbagai hala bukan dari atas ke bawah meja sahaja. mencuri. tidak menghormati guru. satu perubahan komunikasi perlu dilakukan di sekolah. Ini menunjukkan bahawa terdapat aspek-aspek tertentu berkaitan dengan disiplin perlu dikaji dan dibuat perubahan. membuat keputusan dan strategi motivasi kurang berkesan. Biasanya perubahan di sekolah dikaitkan dengan konsep penambahbaikan iaitu satu bentuk perubahan yang terancang secara berterusan. Pengetua haruslah seorang yang kreatif. Salah satu matlamat pendidikan negara ini ialah menyediakan pendidikan kepada rakyat agar dapat memenuhi keperluan tenaga buruh bagi membangunkan ekonomi negara dalam pelbagai sektor. Untuk melaksanakan perubahan ini sudah tentu memerlukan Pengetua yang memiliki pengetahuan. Sesuatu perubahan itu boleh berlaku akibat desakan dalaman iaitu dari Pengetua itu sendiri sebagai pemimpin. mengugut. Semua tuntutan ini mendesak dan menghendaki Pengetua memikirkan semua hal-hal berkaitan dengan mata pelajaran dan pengaliran (streaming) pelajar disekolahnya sesuai dengan keperluan negara. 1993 : 262) . Salah satu sebab kepimpinan Pengetua kurang berkesan berpunca dari "miskomunikasi" iaitu banyak maklumat tidak sampai terus kepada guru. Perubahan terancang bermaksud: ‘That the change is acticipated. Bentuk-bentuk Perubahan di Sekolah. mesin dan jentera serta teknik-teknik baru dalam pentadbiran. Untuk menjadi perintis perubahan. Hanya Pengetua yang dinamik dan proaktif yang boleh melaksanakan perubahan dengan berkesan. 1989). sekolah yang berjaya melaksanakan perubahan ialah yang dibiayai oleh badan-badan luar selain daripada penglibatan Pengetua sendiri. proaktif dan berwawasan. Desakan Dalaman.The and product of the succesful planed changed effort is the atainment of a predetermined objectives (Hussein. 1993 : 54). "To learn is to change. perkembangan teknologi begitu pantas bergerak. Perubahan juga perlu dilakukan apabila wujudnya pelbagai masalah di kalangan anggota organisasi. misalnya masalah guru dan Kalangan pelajar seperti melanggar peraturan sekolah. pengajaran dan pembelajaran akan membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah. Di sekolah peranan teknologi amat penting. Dalam dunia moden. Pengetua juga perlu melakukan perubahan untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan. Kegagalan pihak sekolah berkembang selaras dengan kemajuan teknologi akan menghalang kepada kecemerlangan pendidikan.(Hussein.

kepakaran. Untuk meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja. A. Keadaan yang sama juga sepatutnya dilakukan oleh pengetua apabila melaksanakan perubahan di sekolah. sikap. Ia akan menilai dan memastikan bahawa setiap perubahan yang dilakukan adalah tepat dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. kumpulan . Pengetua boleh melakukan perubahan tingkahlaku.Pernyataan di atas bermaksud perubahan terancang bertujuan untuk mengubah keadaan yang kurang memuaskan pada masa kini. masalah disiplin dan prestasi pelajar. Pengetua haruslah mengkaji kelemahan dan sebab-sebabnya bagi membolehkan penyusunan semula tugas dilakukan. Dalam konteks sekolah. Perubahan ini perlu dilakukan apabila keadaan organisasi sudah tidak atau kurang berfungsi. aliran kerja atau hierarki pengurusannya. Dalam konteks industri yang menekankan pengeluaran barangan perubahan teknologi amat penting. faktor-faktor seperti minat. Keadaan kurang memuaskan itu wujud akibat amalan dan pengurusan bilik darjah secara yang tidak berkesan. darjah pemusatan dan merekabentuk semula tugas. teknik dan model-model pengajaran dan pembelajaran moden akan memudahkan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Contohnya dalam pemilihan guru-guru untuk mengajar kelas dan dalam matapelajaran tertentu. seseorang pengurus yang peka dan bertanggungjawab akan membuat sesuatu untuk memelihara keutuhan organisasinya apabila berlaku tekanan untuk perubahan. Mengubah struktur organisasi melibatkan usaha-usaha menyusun semula sistem-sistem dalamannya seperti garisan-garisan komunikasi. tinjauan maklum balas. Mengikut Jaafar Muhamad (1999 : 487). proses perundingan. disiplin dan sebagainya. Mengikut Harold J. audio visual. Pengetua boleh memerlukan perubahan dengan mengadakan penyusunan struktur tugas guruguru dan kakitangannya mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing selaras dengan matlamat organisasi. Kelakuan manusia adalah sukar diubah. Mengikut Stoner J. teknologi dan manusia. pembentukan jawatankuasa kurikulum. penyatuan mekanisma. sesebuah organissi boleh diubah dengan menukarkan tiga perkara iaitu struktur. menerusi Teori Pengurusan Sainstifik di mana ia mengatakan perubahan teknologi yang canggih boleh meningkatkan produktiviti dan mendatangkan kesan positif kepada organisasi. pertukaran guru. Matlamat perubahan terancang di sekolah adalah untuk mendapatkan perseimbangan antara apa yang diharapkan (ideal) dengan apa yang tercapai (real). Di sekolah perubahan teknologi yang melibatkan pengurusan sekolah secara saintifik akan meningkatkan lagi keberkesanan perjalanan dan operasi kerja. hubungan pihak yang berkuasa. Leavitt ( Stoner. Pada masa yang sama teknologi moden ini dapat mewujudkan iklim pembelajaran lebih menarik. Terdapat pelbagai teknik untuk mengubah dan memandu individu dan kumpulan untuk bekerja lebih berkesan. tanggapan dan pengharapan guru-guru dan kakitangan sama ada secara individu. contohnya pemilihan guru di sekolah. Penggunaan alatan moden seperti mesin fotostat. kenaikan pangkat dan sebagainya. proses dan teknik penyelidikan dan kaedah pengeluarannya. Walau bagaimanapun dalam aspek tertentu kuasa Pengetua adalah terbatas. antara teknik yang digunakan ialah latihan sensitiviti. kemahiran guru perlu diambil kira dalam menstrukturkan tugas guru-guru. Dalam konteks sekolah. Apabila ada kakitangan yang kurang berkesan. Perubahan manusia bermaksud perubahan kepada subordinat dalam aspek kemahiran. membina pasukan dan perkembangan antara kumpulan. Manusia secara keseluruhannya tidak menentang semua perubahan tetapi mereka akan menentang apa yang mereka anggap boleh menggugat kedudukan mereka. jangkaan tanggapan dan kelakuan manusia. Pendekatan bentuk ini telah diasaskan oleh Federick Taylor (Stoner. bermotivasi dan tidak membosankan. 1989 : 448). Satu bentuk perubahan lagi ialah perubahan manusia. F (1989 : 454). Kaedah pemancaran juga sering digunakan iaitu dengan mewujudkan beberapa pasukan atau jawatankuasa kecil supaya tugas dan aktiviti dapat dijalankan dengan licin. komputer. Mengubah teknologi organisasi bererti menukarkan kelengkapan. 1989 : 446). Secara umumnya perubahan terancang di sekolah memerlukan strategi dan pelan tindakan Antara strategi termasuklah pembangunan organisasi seperti meningkatkan keupayaan dan kebolehan ahli seperti guru-guru dan kakitangan bukan guru di sekolah.

iii. Prestasi yang muncul merupakan penyesuaian bagi kedua-dua set daya penggerak itu. Walau bagaimanapun penggunaan model-model tersebut adalah bergantung kepada keadaan sesebuah organisasi atau sekolah. proses dan keadaan. membuat keputusan di sekolah melibatkan sama ada Pengetua memilih untuk menyelesaikan masalah secara sendiri atau secara bersama-sama. Proses perubahan dianggap sebagai satu sistem di mana jika salah satu faktor tersebut berubah. Perubahan juga boleh melibatkan budaya sekolah. Dalam hal ini Pengetua haruslah menggunakan pendekatan yang fleksibel dan sesuai yang melibatkan kemahiran kemanusiaan yang tinggi. Biasanya pendekatan ini merujuk kepada usaha membangunkan organisasi secara menyeluruh dengan memfokus kepada sifat serta kualiti hubungan kerja mereka. Daya penggerak tolakan mendorong ke satu arah. Peningkatan daya penggerak tolakan mungkin akan meningkatkan prestasi atau sebaliknya. Perubahan baru. teknologi. yakni melibatkan semua subordinatnya. Mungkin melalui pendekatan yang betul dan terancang boleh mengubah kepercayaan dalaman. Antara kaedah yang biasa digunakan ialah proses-proses penyelesaian masalah. Sebagai contoh Pengetua menukarkan atau mengeluarkan guru-guru yang sering menimbulkan masalah yang merumitkan seperti kesukaran mendapat guru ganti. Teori dan model ini boleh dijadikan asas dan panduan kepada pemimpin organisasi termasuk Pengetua dalam melaksanakan sesuatu perubahan. Tindakan ini mungkin boleh menyebabkan kebencian dan sikap memberontak yang boleh mengurangkan tahap kerajinan dan kreativiti seseorang guru. iaitu berlaku peningkatan daya penggerak menghalang. ( Jaafar Muhamad. maka faktor lain juga turut berubah. Contohnya apabila Pengetua meminta guru-guru bertugas di luar kemampuan dengan andaian akan meningkatkan kualiti kerja. Ia meliputi perubahan pola-pola aktiviti. perubahan struktur organisasi. Pembentukan semula. nilai sikap dan perasaan yang wujud di sekolah. interaksi. Teori Bidang Daya Penggerak Teori ini dikemukakan oleh Kurt Lewin (1952). .atau keseluruhan organisasi sekolah. Lampiran 1 boleh menjelaskan Teori Bidang Daya Penggerak oleh Kurt Lewin. Peringkat pencarian. manakala daya penggerak penghalang mendorong ke arah yang lain. ii. Ada juga bentuk perubahan yang dilaksanakan di sekolah secara jangka panjang. guru-guru akan sukarela melaksanakan perubahan dengan lebih efisyen. 1999: 470 ) Teori Dan Model Perubahan Terdapat pelbagai teori dan model perubahan yang dikemukakan oleh ramai pengkaji. lebih-lebih lagi jika ia melibatkan guru pakar dan berpengalaman. Mengikut teori ini sebarang tingkahlaku adalah akibat keseimbangan antara daya penggerak tolakan dan daya penggerak penghalang. Ini penting kerana jika tersalah pilih ia akan menimbulkan tentangan dan tidak diterima oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Biasanya model ini berkait rapat dengan gaya pengurusan dan kepimpinan sesebuah sekolah dan cara Pengetua membuat keputusan. Pengetua sebagai pemimpin sebaiknya melakukan perubahan melalui penglibatan dan perkongsian kuasa dengan subordinatnya bukan secara autoriti. Dalam proses perubahan budaya ini Pengetua haruslah mengenalpasti apa budaya yang tidak diperlukan dan apa budaya yang patut dikekalkan. norma. Teori ini menjelaskan perubahan organisasi boleh dipengaruhi oleh perubahan manusia. Ia menjelaskan perubahan perlakuan berlaku hasil dari tiga peringkat perubahan iaitu : i.

1993 : 264 – 266) Model ini terdiri dari tujuh peringkat proses iaitu: i. Seterusnya peringkat latihan staf di mana perkembangan staf dijalankan. Peringkat budaya baru. Pada masa yang sama segala pandangan dan pengalaman guru diambil kira. Model Perubahan Autokratik Model ini percaya bahawa pengurusan yang berkesan ialah melalui kuasa. Usaha yang dijalankan untuk memulihkan "The dyfunctions of the school organization" seperti masalah disiplin . maklumat dapatan kajian dan bahan-bahan penulisan dirujuk. vii. biasanya subordinat diberi autoriti untuk menjalankan perubahan di bahagian atau unit masing-masing yang difikirkan sesuai asalkan tindakan mereka selaras dengan komitmen mereka dan untuk kebaikan sekolah. Peringkat pertama ialah menetapkan matlamat dan arah tuju sekolah. gaya kepimpinan. ii. sikap dan perilaku yang baru melalui peroses-proses pengenalpastian dan penjiwan. Dalam konteks sekolah gaya perubahan kawalan. Mereka percaya kejayaan melaksanakan perubahan dalam sekolah ialah dengan menggunakan kuasa yang ada pada Pengetua. Peringkat matlamat. Peringkat percubaan. Peringkat tranformasi. Dalam hal in Pengetua tidak akan bertolak ansur dalam melaksanakan perubahan di sekolahnya. dasar dan prosedur. Peringkat terakhir iaitu pembekuan semula bererti memantapkan pola perilaku yang baru itu dengan bantuan alat-alat sokongan. Dalam merangka matlamat dan arah tuju. iv. iii. Subordinat terpaksa mengikut apa yang diarahkan dari masa ke semasa. sistem dan proses pengajaran dan pembelajaran serta pembahagian tugas guru-guru. Pada peringkat ini mungkin berlaku pengubahsuaian atau penstrukturan sekolah seperti falsafah. Peringkat perancangan pula ialah peringkat di mana sekolah membuat perancangan secara menyeluruh dari segi kaedah dan strategi perlaksanaannya. Para anggota organisasi mengenalpasti nilai. kumpulan atau organisasi dapat melihat atau menerimanya dengan baik. Mereka percaya bahawa terdapat dua bentuk gaya perubahan iaitu gaya perubahan kawalan dan gaya panduan logik. Peringkat penilaian. Peringkat kedua iaitu penilaian merujuk kepada segala amalan. v. perhubungan manusia dalam sekolah dan kaedah pengajaran guru (Hussein. Model ini menekankan betapa pentingnya teori pendidikan dan dapatan kajian atau penyelidikan sebagai sumber untuk melaksanakan reformasi sekolah. Pendekatan utama model ini adalah mengubah amalan yang wujud di sekolah yang didapati tidak produktif atau tidak berkesan bagi mencapai wawasan atau matlamat sekolah.Peringkat pencairan melibatkan tindakan menjadikan keperluan bagi perubahan begitu ketara sehinggakan individu. misi sekolah. Peringkat latihan staf. Peringkat perancangan. sikap dan perilaku yang di bawa oleh agen perubahan dan menjiwainya apabila mereka telah melihat keberkesanannya. Latihan ini bertujuan supaya mereka dapat memahami aspek-aspek . vi. dasar dan prosedur yang terdapat di sekolah dinilai nagi mendapatkan norma untuk dibuat perbandingan dalam melaksanakan strategi dan tindakan yang patut diambil. supaya ia menjadi norma yang baru. Model Perkembangan dan Perubahan Terancang Salah satu model ialah Model Hubungan atau Linkage Model. Perubahan baru memerlukan seorang agen perubahan yang terlatih untuk memupuk nilai. prestasi peperiksaan .

1993 : 289). Peringkat percubaan pula memperlihatkan bagaimana guru mencuba amalan baru. moral dan staf dari pihak tersebut. Di peringkat ini pembentukan projek dan penambahbaikan sekolah. Perlaksaan program. Penilaian kemajuan dan masalah dilakukan selepas program itu dilaksanakan beberapa ketika. vi. menilai amalan yang ada sekarang dan menetapkan pengharapan serta menentukan jangka masa perlaksanaannya. iaitu masalah yang dihadapi. Penyedian untuk perlaksaan. Model ini menyarankan tujuh langkah atau tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah dalam menambahbaikan sekolah tersebut. penentuan harus dibuat terhadap apakah hasilan yang hendak dicapai dan apakah peranan yang dimainkan oleh "initiator". mencari dari mana sumber boleh diperolehi. Dalam peringkat penyediaan (unfreezing) untuk perlaksanaan. Halangan dan Cabaran Yang Dihadapai Oleh Pengetua Dalam Melaksanakan Perubahan Setiap perubahan yang dilakukan tidak dapat lari dari menempuh pelbagai halangan dan cabaran. Peringkat yang kedua iaitu penilaian dan penetapan matlamat pula memberi tumpuan kepada dari manakah proses penambahbaikan harus dimulakan. iii. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah perbengkelan. Sebarang masalah yang timbul perlu di atasi segera dan pengukuhan yang positif perlu diberikan kepada guru-guru. sokongan kewangan. apakah bukti dan sebabnya dan apakah matlamat jika masalah itu dapat diatasi. Model Loucks Horsley dan Herget (1985) Dalam model ini idea program untuk perubahan datang dari pihak luar dengan melibatkan persetujuan pihak bertanggungjawab dalam sistem pendidikan. Peringkat pengenalpastian kaedah penyelesaian pula melibatkan mengenalpasti sumber yang ada.pembaikan sekolah. Penyelengaraan dan institutionnalization. Model ini menyarankan agar perubahan dimulakan dari ketidakpuasan hati. iv. siapakah yang terlibat. (Huseein. jenis masalah. Peringkat terakhir ialah memastikan tindakan penyelesaian masalah tersebut menjadi norma dan amalan sekolah yang perlu diikuti secara berterusan (refreezing). menubuhkan kriteria kaedah penyelesaian. pelaksanaan dipilih. seminar dan percambahan fikiran. Pembentukan projek penambahbaikan sekolah Penilaian dan penerapan matlamat Pengenalpastian kaedah penyelasaian yang ideal. Peringkat tranformasi pula dikatakan berlaku apabila amalan baru lebih berkesan mula diamalkan oleh semua guru secara menyeluruh dan pada masa yang sama proses pengubahsuaian terus berlaku terhadap mana-mana amalan dan strategi yang kurang berkesan. Ini bertujuan bagi mendapatkan kebenaran. Walau bagaimanapun bagi seorang Pengetua yang berkesan ia harus boleh menjangka apakah halangan yang bakal dihadapainya sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. membuat keputusan dan mengubahsuaikan kaedah itu kepada amalan-amalan di dalam bilik darjah. Peringkat terakhir ialah peringkat membina dan memperkukuhkan budaya baru sekolah yang lebih produktif. Ia boleh dijalankan di peringkat sekolah. penerapan nilai-nilai baru dan pembinaan keyakinan diri terhadap perubahan tersebut. Penelitian kemajuan dan masalah. kesedaran dibina. Padanya halangan . Selepas itu baru Pengetua berunding dengan pihak yang berkaitan untuk mengemukakan idea program. vii. v. ii. Langkah-langkah tersebut ialah: i. Pada peringkat ini barulah terbentuknya wawasan. Peringkat yang seterusnya ialah peringkat perlaksanaan program (moving) iaitu mengadakan latihan staf dan sokongan serta pengawasan oleh Pengetua.

Ketidakselesaan. Mereka menggangap dengan pengurangan kuasa tersebut akan menjejaskan kepentingan. Oleh itu kekurangan sokongan dan komitmen daripada kakitangan terhadap perubahan akan berlaku (Nona A. iv. Kekurangan sumber kewangan. Cadangan Untuk Mengurangkan Penentangan Terhadap Perubahan. Ketidakpercayaan kepada pemimpin yang membuat perubahan. Menambahkan beban kerja. Prestine (1991). Mengikut Jaafar Muhammad (1999 : 496) dan Stoner (1989). vii. vi. Kehilagan kuasa individu. Ketidaktentuan masa depan. Prestine.bukan sebagai masalah tetapi ia adalah cabaran yang harus di atasinya. Penentangan oleh kumpulan tertentu. beberapa taktik yang boleh digunakan ialah: . 1989). Terdapat kelemahan dalam apa sahaja perubahan dan pembaharuan yang bakal dilaksanakan. Pengalaman kegagalan masa lalu akan mempengaruhi anggapan mereka bahawa kegagalan yang sama akan berulang lagi. Ketidakpercayaan ini mungkin berpunca dari kelemahan pemimpin Pengetua itu sendiri yang tidak yakin samada perubahan itu boleh membawa kejayaan atau kegagalan. ii. Satu halangan yang peting kepada sebarang perubahan ialah kekurangan sumber. sosio eonomi dan politik. Misalnya pertukaran mata pelajaran dan kelas yang diajar serta penambahan waktu mengajar dan aktiviti kelas tambahan agak kurang digemari oleh guru. Setiap perubahan yang dilaksanakan sukar diterima jika ia melibatkan penambahan beban kerja terhadap kakitangan. iii. Banyak pendapat dan cadangan yang diberikan untuk mengatasi atau mengurangkan halangan atau penentangan terhadap perubahan dalam sesebuah organisasi. faktor-faktor yang menghalang perubahan dilaksanakan dalam sesebuah organisasi termasuk sekolah ialah: i. satu faktor yang menghalang dalam perubahan ialah kekurangan stabiliti. ii. Wujudnya perasaan tidak percaya terhadap pemimpin atau Pengetua yang membuat perubahan juga boleh menjadi penghalang kepada perubahan. Pengurangan kuasa dan tanggungjawab. iv. Kehilangan sumber ekonomi. kedudukan dan keselesaan mereka dalam organisasi berkenaan. Tidak yakin dengan kejayaan. Faktor Agama. Kekurangan stabiliti meliputi kekurangan kepakaran atau maklumat penting dalam sesuatu perubahan dan kekurangan sumber kewangan. Masalah ini juga dihadapi di sekolah di mana selain dari menggunakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan. Pengetua juga terpaksa mencari sumber dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi menjayakan beberapa program sekolah seperti kelas tambahan dan sebagainya. Ada juga pekerja yang menentang perubahan kerana mereka sendiri tidak dijelaskan tentang matlamat dan sebabsebab perubahan dilakukan. Mengikut Nona A. Pada mereka apa akan berlaku pada masa hadapan masih belum jelas (Stoner. Pengurangan kuasa dan tanggungjawab berlaku apabila pekerja yang terlibat dengan perubahan merasa takut kehilangan kuasa dan tangggungjawab mereka akan berkurangan dalam organisasi. 1991). Mengikut Jaafar Muhamad (1999 : 43). v. iii. v. Antara sebab-sebab berlakunya penentangan terhadap perubahan mengikut Shahril (2000) ialah: i.

Manipulasi. iv. Taktik lain yang boleh digunakan ialah manipulasi (Stoner. Satu keadaan yang perlu diingat ialah perubahan perlulah dilaksanakan secara beransur-ansur bukannya sekali gus. Pengetua harus memahami dan menganalisis apa perubahan yang hendak dilaksanakan. Rumusan Daripada perbincangan di atas. Pengetua haruslah bersifat terbuka dalam menerima pandangan dan idea daripada guru-gurunya. 1989). iii.i. Terdapat pelbagai cara untuk menyampaikan maklumat kepada kakitangan di sekolah. Walau bagaimanapun taktik ini merupakan taktik yang kurang berkesan kerana ia bersifat mengarah bukannya memimpin. Tujuan manipulasi ialah untuk mendapat sokongan dari kakitangan. jelaslah bahawa perubahan dalam sesebuah organisasi termasuk sekolah amat penting dilaksanakan. 1989). v. Penglibatan bersama. Pengetua juga haruslah memberi sokongan. bila dan siapa yang akan melaksanakan perubahan tersebut. vi. Komunikasi dan pendidikan bermaksud semua kakitangan haruslah diberi penerangan dan maklumat yang jelas tentang matlamat perubahan. misalnya melalui memo. seperti pertukaran guru-guru. laporan. Ia bermaksud pengurus atau Pengetua boleh mengamalkan kaedah memutarbelitkan fakta supaya ia kelihatan menarik. Sebagai pemimpin sekolah dan agen perubahan. Satu lagi cara yang boleh digunakan ialah melalui taktik penglibatan. Sebagai contoh Pengetua boleh menonjolkan perubahan dan kejayaan-kejayaan yang dicapai dan menyembunyikan kelemahan hasil perubahan yang dilaksanakan. Namun untuk melaksanakan perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Pengetahuan mengenai . matlamat. Penggunaan kuasa. Semua kakitangan juga haruslah dilibatkan dalam perbincangan dan membuat sebarang keputusan mengenai perubahan. tujuan. bagaimana. Dengan cara ini diharap ketua kumpulan akan berpihak kepada pihak pengurusan atau Pengetua dan cuba mempengaruhi ahli yang lan agar menerima perubahan. Kemudahan kaunseling dan latihan juga perlu dipertingkatkan untuk memupuk keyakinan diri di kalangan guru-guru dalam menghadapi perubahan. Perundingan. Tanpa perubahan sesebuah organisasi itu tidak akan mencapai kecemerlangan. Biasanya seseorang yang terlibat dalam proses memberi pandangan dan membuat keputusan tentang perubahan akan menyokong perubahan. ii. Bagi mengurangkan halangan terhadap perubahan kemudahan dan peralatan perlulah disediakan. Kemudahan dan peralatan. galakan dan dorongan terhadap sebarang perubahan yang hendak dilakukan. pekeliling dan mesyuarat. Ini telah dibuktikan oleh kajian Coch dan French (1948) yang mendapati terdapat kolerasi yang rapat antara penglibatan dengan kejayaan perubahan yang diperkenalkan. Pendidikan dan komunikasi. Sebarang keputusan yang hendak diambil haruslah melibatkan guru-guru dan kakitangan lain. Ia memerlukan pertimbangan dan penglibatan semua pihak supaya perubahan tersebut dapat dilaksanakan secara berkesan. Taktik yang terakhir ialah dengan menggunakan kuasanya untuk mengugut dan mendesak secara asplisit dan implisit (Stoner. tidak menyokong kenaikan pangkat dan penilaian prestasi kepada guru-guru dan kakitangan yang enggan menerima perubahan. Peralatan baru yang disediakan juga haruslah mampu menunjukkan ia lebih baik daripada yang sedia ada. Guru-guru dan kakitangan haruslah diberi kursus dan latihan supaya mereka meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu program yang hendak dilaksanakan. Cara manipulasi lain yang boleh digunakan ialah dengan memberi sogokan atau menjanjikan ganjaran yang baik kepada ketua kumpulan yang menghalang kepada perubahan.

Kepimpinan Pendidikan. 17 (1) Stoner J. Kelakuan Organisasi. Share Decision Making In Restructing Essantial School : The Role of Prinsipal. Kuala Lumpur : Leeds Publications. Kuala Lumpur : IBSB Buku Sdn. Kuala Lumpur.. (1989). Rusinah Siron.A. Rutherford W. Kuala Lumpur : AMIZA. M (1982). No. (1991). Vol. _______________________________________________________________________________ _______________________________ Bibliografi Fullan. (1999). P. 22. Bhd. Hussein Mahmood. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ Lampiran 1 Daya Penggerak Bagi Perubahan (Daya Penggerak Tolakan) Teknologi Baru Input Yang Lebih Persaingan Dari Kumpulan Lain Tekanan Penyelia Daya Penggerak Bagi Mengekalkan Statu (Daya Penggerak Menghalang) Norma-norma Prestasi Kumpulan Kebimbangan Terhadap Perubahan Rasa Kepuasan Anggota Kemahiran Yang Dikuasai . Style and Behaviour of Elementary Scholl Principals. The Meaning of Educational Change. Principle of Management. Ini penting supaya perubahan yang dilaksanakan itu boleh meningkatkan pencapaian organisasi dan pada masa yang sama ia boleh diterima oleh kakitangan tanpa menimbulkan pelbagai halangan. Illinois University : College of University. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. New York : Teacher Colege Press. L. Cabaran Masa Kini. Ramaiah A. (1999). Pengurusan. L.F. Jaafar Muhamad. (1999). 3/4. their Relationship to School Improvement : Education and Urban Society. Nona A. (Edisi Terjemahan). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Journal of Planning ang Changing.asas teori dan model perubahan juga amat penting untuk dijadikan panduan. (1993). (1984).

laporan kemajuan pelajar has a greater potential for interpreting the school program. for securing cooperation between home and school. pengetua perlu memastikan kaedah yang berkesan dalam melaporkan kemajuan pelajar (Hussein.Tingkat Prestasi Semasa Tingkat Prestasi Yang Lebih Tinggi Bidang Daya Penggerak (Disesuaikan dari James A. laporan kemajuan pelajar mempunyai fungsi motivating kerana ia mampu mengubah tingkah laku dan prestasi seseorang pelajar. Gibson. US Department of Education. matlamat. Menurut beliau. 1994). Menurut National Education Association (dalam Reid. membolehkan pelajar mengetahui akan keupayaan dan kemajuannya "as a person". F Stoner : 41) Laporan Kemajuan Pelajar : Satu Kajian Literatur oleh Abu Mansor Sathri*. 1995). . Melaporkan kemajuan pelajar merupakan salah satu aktiviti pengetua yang berkait dengan kurikulum dan pengajaran. 1997). Menurut Griffin dan Nix (1991). konsep ini seharusnya diperluaskan dan menyatakan bahawa pelaporan adalah satu proses transmitting maklumat kepada stakeholders untuk mewujudkan kesedaran. Ia merupakan salah satu kaedah memaklumkan ibubapa tentang kemajuan anak mereka di sekolah (Lunenburg. Menurut Glatthorn (1997). polisi. Reid juga berpendapat. merupakan wahana untuk memaklumkan ibubapa tentang kemajuan anak mereka. recording and communicating to stakeholders. Definisi Laporan Kemajuan Pelajar Istilah "pelaporan" sering dikaitkan dengan prosedur formal dalam sekolah di mana guru menyediakan pernyataan bertulis tentang pencapaian pelajar (Dimmock dan O’Donoghue. with bad report the seemingly stronger stimulus. Sebagai seorang pemimpin pengajaran. minat. Laporan kemajuan pelajar pada hemat mereka adalah the purposeful process of gathering. 1984). Pengenalan Laporan kemajuan pelajar merupakan satu bentuk akauntabiliti pihak sekolah yang lebih khusus kepada ibubapa (Dimmock dan O’Donoghue. Ini penting kerana kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibubapa memberi impak positif dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dan sekolah (Hoover-Dempsey dan Sandler. guru dan komuniti sekolah secara umum. fungsi informing ini tambah beliau. 1995. peluang dalam peperiksaan awam. 1988. laporan yang "good and bad" effective in producing a resolution to work harder. Involving merupakan fungsi terakhir laporan kemajuan pelajar pada pandangan Reid di mana ia adalah berkait dengan penglibatan ibubapa dalam proses pendidikan. Ini kerana ibubapa mempunyai hak serta keperluan untuk mengetahui tentang kemajuan pendidikan anak mereka (Eissenberg dan Rudner. Fungsi Laporan Kemajuan Pelajar Laporan kemajuan pelajar menurut Reid (1984). berkomunikasi secara berkesan dengan ibubapa adalah berkait dengan tugas pentadbiran yang merupakan salah satu dari dua rol utama seorang guru. Di samping itu. and for promoting development. 1997). pendidikan masa depan dan career possibilities. interpreting. pelajar. maklumat tentang kemajuan pelajar hasil daripada pengajaran dan pembelajaran. operasi dan pencapaian sekolah. 1984). 1997).

1969). mereka mencadangkan agar ibubapa dilibatkan secara langsung in the design of documents. Pertama ialah kesan halo. Menurut Woolfolk (1998). ibubapa melihat pelaporan as a summative record of achievement and than as a plan of action. Gred juga mestilah jelas dan mudah difahami to communicate useful information to parents (Seyfarth. Menurut Wiggins (1994) dan Hall (1990). Kesan ini hendaklah dielakkan kerana penilaian guru terhadap pelajar adalah tidak realistik. di samping mengenal pasti format laporan yang hendak digunakan. Perbezaan antara gred B dan C mungkin disebabkan oleh satu atau dua markah. blame others. sikap kendirinya negatif. pelaporan tidak membebankan guru kerana the more reports teachers had to complete. dan gred card. ibubapa dan pihak lain yang berminat tentang pencapaian pelajar dan to serve as a substitute for pay. markah atau peratus has always been a controversial area (Macbeth. 1969). masa penyerahan yang sesuai dan akhirnya kekaburan pelaporan kerana jika ia kurang jelas "fog rating" adalah tinggi (Broadfoot. Sebagai alat komunikasi. pelajar yang menerima low grades are more likely to withdraw. tetapi the effect of the difference can be large for a student (Woolfolk. misinterpret and do not grasp its significance atau kurang maklumat iaitu tidak menambah apa yang telah diketahui oleh ibubapa. Ada kemungkinan pelajar akan meniru dalam peperiksaan untuk meningkatkan markahnya kerana gred encourage cheating (Glasser. Kajian Goacher dan Reid (1985). Gred sepatutnya berperanan untuk merangsang pelajar agar berusaha dan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh and to stimulate his parents to see that he does so serta bukanlah the be-all and end-all of education (Glasser. mereka juga dan tidak begitu faham bagaimana asas-asas penggredan ditetapkan. . dan putus asa untuk berusaha. the less time they spent on each (Reid. or feel responsible for the low grade but helpless to make improvements. 1998). pula menunjukkan bahawa di samping ibubapa merasakan maklumat pelaporan tidak lengkap. kesan halo adalah merujuk kepada kecenderungan untuk melihat aspek-aspek tertentu pelajar berdasarkan gambaran keseluruhan sama ada positif atau negatif. Tambah mereka. 1990). Mereka juga berpendapat. maklumat pencapaian pelajar yang ditunjukkan melalui sistem gred tidak lengkap untuk difahami dan ditafsirkan oleh ibubapa mahupun para pelajar tentang perkembangan pembelajaran mereka. terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. slip report. Sebaliknya ia hendaklah membuka ruang dan peluang kepada ibubapa agar dapat memainkan peranan yang lebih bermakna dalam pendidikan anak-anak mereka. Sistem Markah/Gred Maklumat pencapaian dalam kad kemajuan pelajar sering ditunjukkan melalui sistem markah dan/atau gred. simbol. tujuan utama sistem gred digunakan ialah untuk memberi maklumat kepada pelajar. Menurut Davies dan Skinner (1992). dan mempunyai self fulfilling prophecy yang positif.Format Laporan Kemajuan Pelajar Dimmock dan O’Donoghue (1997) menyatakan. Pelajar yang mendapat markah/gred yang baik akan merasa dihargai. Kedua. Pertentangan antara pihak sekolah dengan para ibubapa juga boleh berlaku dan akhirnya mereka menarik diri kerana penglibatan ibubapa dalam aktiviti-aktiviti sekolah adalah dipengruhi oleh the grade level of their children (Gettinger dan Guetschow. 1998). 1990). walau apapun format pelaporan yang dipilih. Ketiga. Menurut Woolfolk (1998). 1984). Penggunaan sistem markah/gred dalam pelaporan menimbulkan beberapa implikasi. ia mestilah tidak terlalu banyak maklumat sehingga ibubapa overwhelmed. letter report. Penilaian berdasarkan gred. inferior. Menurut Glasser (1998). ……. terdapat lima format laporan kemajuan pelajar yang biasa digunakan iaitu single sheet. report book. 1999). Bagi pelajar di mana markah/gred pelaporannya rendah.

Apakah kekuatan pelajar yang wajar diiktiraf dan dinyatakan? Parent-Teacher Conference Bagi Melaporkan Kemajuan Pelajar Parent-teacher confrence merupakan another means of communicating with parents (Seyfarth. Apakah kelemahan utama pelajar?. 2. 1998). Kemahiran komunikasi adalah penting di sini kerana the more skilled teachers are at communicating. 3.1998). Bagi memberi panduan kepada guru untuk menulis komen dalam laporan kemajuan pelajar soalansoalan yang diutarakan oleh Elawar dan Corno (1985) berikut boleh digunakan. iaitu: .Komen Dalam Laporan Kemajuan Pelajar Komen guru dan pengetua sekolah dalam laporan kemajuan pelajar adalah penting kerana komen bertulis guru kepada tugasan pelajar boleh meningkatkan pencapaiannya (Page. Plan ahead. Establish a partnership. 3. Listen actively. 5. 1985). Ia merupakan sesi perjumpaan di antara pihak guru dengan ibubapa bagi melaporkan kemajuan pelajar. ia hendaklah diimbangi dengan cadangan-cadangan yang boleh membantu pelajar (Butler dan Nisan. Plan follow-up contacts. Begin with a positive statement. 6. Lantaran pentingnya komen guru dan pengetua dalam laporan kemajuan pelajar. 1999). mereka mencadangkan cara-cara berikut kepada pentadbir sekolah. Elawar dan Corno. Komen secara bertulis adalah sangat membantu when they a personalized and when they provide constructive criticism (Woolfolk. bukanlah hanya masalah yang melibatkan pihak guru dan ibubapa semata-mata sebaliknya it is a whole-school issue with significant managerial and organizational implications. Sesuatu komen yang dibuat. Rumusan Laporan kemajuan pelajar menurut Dimmock dan O’Donoghue (1997). menurut Docking (1984). Di samping itu. the more effective they will be at conducting confrences with parents (Woolfolk. 1958) dan memberi penjelasan lanjut tentang perkembangan pembelajaran seseorang pelajar (Brualdi. 4. Di antara garis panduan yang boleh diikuti bagi menjayakan pertemuan guruibubapa (lihat Rajah 2 di Lampiran) ialah: 1. Bagaimanakah guru boleh membantu pelajar supaya kelemahan tersebut tidak diulangi?. di samping menjurus kepada aspek-aspek yang perlu dilakukan penambah baikkan. iaitu: 1. we should not forget the "second audience" of a report. Apakah punca kelemahan tersebut?. 1986. namely. dan 4. Bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi prosedur pelaporan kemajuan pelajar kepada ibubapa. 1998). 2. ia hendaklah ditulis dengan berhemat dan berhati-hati agar mencapai matlamatnya. dan End with a positive statement. other teachers.

Pastikan semua pihak yang terlibat have sufficient time for the delivery of a quality 4. Parental Involvement in Schools: Parent and Teacher Perception of Roles. Dimmock. Vol. Vol. .A. Gettinger. T. _______________________________________________________________________________ ____ reporting process. L. Washington DC. (1998). Bibliografi Broadfoot.M. Teacher-Parent Communication – Holbein. V. Glasser. Writing School Report. 5. K. Task-Related Comments. ERIC Clearinghouse on Test Measurement and Evaluation. & Nisan. Teacher Comments on Report Cards. M. Educational Research. (ED 423309). 10(4). Explaining Test Results to Parents. 32(1). (1990).A. Washington DC.C. (ED 302559). 162-173.1. & Rudner. T. Davies. Menilai kepentingan pelaporan dan to contextualize it in relation to other forms of school accountability.A. Inc... Butler. M. Vo. Effects of No Feedback. Eissenberg. School Without Failure. American Institutes for Research. Dalam Goulding et al. 117-131. R.D.W. (1969). & Corno. R. Vol. R. (1997). Reporting to Parents on Student Achievement: The UK Experience.E. Unicorn.. & O’Donoghue. and Grades on Intrinsic Motivation and Performance. 38-52. Vol. 34(2). Brualdi. M. and Opportunities. Journal of Educational Psychology. Latihan dalam perkhidmatan diberi kepada para guru. 210-224.). Elawar. (1985).J. Mendefinisikan semula tujuan pelaporan dan reconceptualizing its place within a 3. 11. & Guetschow. Case Studies in Educational Management. International Journal of Educational Management. (Eds. (1984). (1988). 77. New York: Harper & Row. London: Paul Chapman/Oxford University Press. ERIC Clearinghouse on Asessment and Evaluation. Parental Responses to Records of Achievement: A Primary School Case Study. Menyediakan sistem teknologi komputer yang sesuai bagi memudahkan prosedur pelaporan yang berkualiti dibuat. J. Mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli komuniti sekolah untuk mengetahui 2. dan 6. (1998). A Factorial Experiment in Teachers’ Written Feedback on Student Homework: Changing Teacher Behavior a Little Rather Than a Lot. (1986).. 2. curriculum context. L. A. Gibson. laporan kemajuan pelajar yang memenuhi hasrat mereka. C. Managerial Imperatives for the Improvement of School Reporting to Parents. 78. P. (1992). Docking. (1984). Working Papers on Public Education. & Skinner. Vol. Efficacy. Journal of Research and Development in Education.. Journal of Educational Psychology. M. 332-348.

A. M. K. (1997). Inc. Vol. Educational Psychology. (1999). 310-331. 28-37. Vol. School Reports to Parents. Vol.New York: HarperCollins Publishers. Macbeth. & Nix. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Parental Involvement in Children’s Education: Why Does it Make a Difference? Teacher College Record.). A. M. Virginia:ASCD. Pengurusan Pengajaran Tatabahasa Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Secara Berkesan oleh Mohd Zaki bin Zakaria*[Lulus Sarjana Kepengetuaan dengan cemerlang] 1. Goacher. Differentiated Supervision (2nd ed. Washington DC: Author. (1997).B. 52(2). (1985). School Reports to Parents: A Study of Policy and Practice in the Secondary School. Seyfarth.I. Toward Better Report Cards. Glatthorn. Wiggins..Englewood Cliffs. Teacher Comments and Student Performances: A 74 Classroom Experiment in School Motivation. B. (1958).E. 173-181. Inc. Woolfolk. Lunenberg. (1995).T. F. Journal of Educational Psychology. & Sandler..C. Educational Leadership. (1991). G. M.S. Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Windsor: NFER-Nelson. A. (1994). Determining the Success of Narrative Report Cards. (1990). & Reid. 26(2). Vol. J.. 95. Griffin.Glasser. Involving Parents – Effective Parent-Teacher Relations. (1998). U. Strong Families. Hoover-Dempsey. K. P. London: Heinemann. (1994). (1998). 12-87. The Principal: New Leadership for New Challenges. Reid. (1995).0 Pendahuluan . MFOI/PC03. New Jersey: Prentice Hall.D. Needham Heights. Educational Research.V. A. (1990). EDRS. P. The Principalship: Concepts and Applications. Hussien Mahmood. Educational Assessment and Reporting: A New Approach. H. (1984). Strong School: Building Community Partnership for Learning. Page.M. 49. Hall. E. MA: Allyn and Bacon. Sydney: Harcourt Brace Jovanovich. Department of Education.I. The Quality School: Managing Students Without Coercion. New Jersey: PrenticeHall. Alexandria.

(Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Anggapan guru-guru bahawa konsep ‘tidak formal’ itu membawa maksud unsur tatabahasa hanya diajar jika perkara ini timbul dalam bahan yang tidak dirancang. dan membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks dengan betul. iaitu ‘unsurunsur tatabahasa mestilah diajarkan secara tidak formal’. 12). v. Pada bahagian tatabahasa. m. Mmengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul. Oleh yang demikian. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyemak semula Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. tepat dan gramatis. menggunakan ayat dengan betul. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengutarakan bahawa pengajaran tatabahasa bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah menitikberatkan penggunaannya dalam konteks. mukadimahnya menyatakan bahawa tatabahasa perlu diajarkan secara terancang dalam konteks yang sesuai. seperti yang dinyatakan sebelum ini bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul ini pihak Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendapati ada sebilangan guru yang langsung tidak mengajar tatabahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Banyak tafsiran yang telah dibuat daripada kenyataan tersebut.s. . Sebenarnya. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dahulunya lebih dikenali dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1991. Saranan ini ditegaskan lagi apabila Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah disemak semula mulai tahun 1991. tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan. Pengajaran tatabahasa bertujuan supaya murid dapat : i. Dalam satu kajian oleh pihak Pusat Perkembangan Kurikulum. sukatan pelajaran yang telah disemak semula telah diterbitkan.Pusat Perkembangan Kurikulum. ii. tatabahasa perlu diajarkan secara terancang dalam konteks yang sesuai. Tujuan Pengajaran Tatabahasa Kemahiran bahasa berdasarkan tatabahasa yang betul perlu dikuasai murid dan pelajar. 1995. Pada peringkat sekolah rendah mahupun menengah pengajaran tatabahasa hendaklah menitikberatkan penggunaan. menggunakan frasa yang betul iv. Oleh itu. menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks iii. Dalam tahun 1995. Pada peringkat ini ada guru yang tidak sedar bahawa tatabahasa mesti diajar setiap waktu pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. telah timbul kekeliruan daripada penyataan tentang pengajaran dan pembelajaran tatabahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahun 1983.

3. iv. Aspek-aspek pengajaran tatabahasa yang terancang biasanya diketemui ketika guru menyampaikan pelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.0 Organisasi Kandungan Tatabahasa bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah terdiri daripada dua bahagian iaitu morfologi dan sintaksis cuma di sekolah menengah ditambah dengan bahagian sebutan dan intonasi. 1. Konsep Pengajaran Tatabahasa Secara Berkesan Berdasarkan falsafah dan kebijaksanaan yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahun 1995 dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah tahun 1987. bahan atau konteks yang bermakna iii. bahan bantu mengajar yang berkesan. 2. Buku Rekod Pengajaran seseorang guru juga akan menunjukkan perancangan pengajaran tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. ayat penyata biasa ayat tanya ayat perintah ayat terbalik atau songsang. ii. Kementerian Pendidikan . Rujukan bagi aspek tatabahasa adalah berdasarkan buku tatabahasa pegangan iaitu Tatabahasa Dewan. pemeringkatan kandungan ilmu ii. iii. Pemeringkatan Kandungan Ilmu Pemeringkatan kandungan ilmu tatabahasa bermaksud membuat pemeringkatan kandungan ilmu mengikut aras kesukaran dari mudah ke susah atau mengikut hirarki pembelajaran. Guru yang merancang pelajarannya akan sedar dan tahu kandungan ilmu tatabahasa yang sepatutnya diajarkan pada hari itu atau hari selepasnya. strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai iv. pengajaran tatabahasa yang berkesan semestinya disusun dan diolah secara terancang mengikut perkara-perkara berikut :i. Sebutan yang dimaksudkan di sini ialah sebutan Bahasa Melayu baku manakala intonasi yang dimaksudkan pula ialah intonasi ayat Bahasa Melayu mengikut polapola ayat yang berikut :i. Pusat Perkembangan Kurikulum.

sejarah. Sebagai contoh. Konsep pemeringkatan kandungan amat penting dalam pengajaran tatabahasa yang terancang dalam konteks yang sesuai. bahagian morfologi. Bahan Dan Konteks Yang Bermakna Bahan dan konteks ialah isi pelajaran yang akan digunakan bagi pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. tidak dibuat-buat (artificial). Pemeringkatan juga dibuat dan dijelaskan pada contoh-contoh ilmu di atas. Guru akan sedar dan jelas penggunaan bahan. guru boleh membina ayat seperti ini ‘Air mengandungi oksigen dan hidrogen’. kandungan ilmu seperti kata nama am dan kata nama khas dan sebagainya seperti di atas akan muncul semula pada Tahun 2 tetapi dengan contoh dan huraian yang berlainan yang lebih sukar daripada Tahun 1. begitu juga bagi sekolah menengah. sastera dan sebagainya dan dalam pelbagai bentuk bahan seperti bahan bacaan dan bahan grafik. kata nama khas dan kata ganti nama di bawah kandungan golongan kata. Antara asas pertimbangan di atas ialah kemampuan murid dan pelajar. bersahaja dan berkesan sesuai dengan konsep menitikberatkan penggunaannya. Untuk memasukkan aspek tatabahasa dalam isi pelajaran (bahan dan konteks) memerlukan perancangan yang amat teliti. mengikut pemeringkatan ilmu yang dicadangkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dan konsep penggunaan tatabahasa yang betul. lancar. pengajaran tatabahasa akan lebih berkesan. Sebagai contoh. kesesuaian isi pelajaran. Dengan demikian. iaitu dari Tingkatan I hingga Tingkatan V. Melalui pemeringkatan kandungan ilmu tatabahasa guru akan mudah membuat perancangan pengajaran dari aspek bahan. Buku Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini telah membahagikan kandungan ilmu tatabahasa mengikut tahun pembelajaran iaitu dari Tahun 1 hinggalah ke Tahun 6.3 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Sesuai . konteks dan isi pelajaran yang paling sesuai untuk dimasukkan kandungan ilmu tatabahasa tadi. 4. Guru mesti kreatif dan inovatif dalam memasukkan kandungan ilmu tatabahasa dalam bahan dan konteks yang digunakan. geografi. Isi pelajaran boleh terdiri daripada pelbagai jenis ilmu seperti sains dan teknologi. kandungan ilmu tatabahasa bagi Tahun 1 di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dimulakan dengan kata nama iaitu kata nama am. Ayat ini mengandungi ilmu sains dan pada masa yang sama murid dan pelajar tahu bahawa ayat tersebut ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan dua predikat. Seterusnya diikuti dengan kata kerja. 2. Ini akan menjadikan pengajaran tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu lebih menyeronokkan.Malaysia telah mengambil daya usaha membantu guru dalam hal pemeringkatan kandungan ilmu tatabahasa dengan menghasilkan buku Huraian Sukatan Pelajaran. kata adjektif dan sebagainya sehinggalah ke bahagian sintaksis. Beberapa pertimbangan mesti difikirkan terlebih dahulu sebelum memasukkan kandungan ilmu tatabahasa yang diajarkan kepada murid dan pelajar. Oleh yang demikian. guru hendak mengajar ayat satu subjek dan dua predikat. konteks atau isi pelajaran yang sesuai mengikut kemampuan murid dan pelajar.

pendekatan dan teknik yang digunakan. Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu penggabungjalinan. penjodoh bilangan dan perbendaharaan kata. jika guru hanya mengajar aspek kemahiran berbahasa sahaja tanpa menggabungjalinkannya dengan aspek tatabahasa atau aspek bahasa yang lain maka murid dan pelajar hanya dapat berbahasa melayu sahaja tetapi tidak tahu penggunaan tatabahasa yang betul. Di samping itu. Seseorang pelajar tidak dapat menulis dengan baik tanpa menguasai tatabahasa. membaca dan penulisan yang asas perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum mempelajari aspek tatabahasa dengan sepenuhnya. Bahan bantu mengajar berkait rapat dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan malah ada yang mengatakan ia adalah sebahagian daripada kaedah. 3. 5. tatabahasa perlu diajarkan secara terancang dalam konteks yang sesuai. Sudah tentu bagi pengajaran yang berkesan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu semestinya menggabungjalinkan antara aspek kemahiran berbahasa iaitu lisan (mendengar dan bertutur). strategi pengajaran dan pembelajaran juga bermaksud bagaimana guru menggunakan kaedah. Oleh itu. pemulihan dan pengayaan. pendekatan. Bahan bantu mengajar akan menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar. Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan Bahan bantu mengajar yang dirancang dengan baik dapat membantu guru menerangkan sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan. Jika tiada penggabungjalinan antara aspek-aspek yang dikatakan tadi pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu tidak lengkap dan akan menjejaskan keberkesanan pengajaran guru. teknik dan aktiviti yang berkesan dan paling sesuai dalam pengajaran tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. penyerapan. Kesimpulan Tatabahasa adalah salah satu aspek bahasa yang sangat penting. Oleh itu. aspek-aspek kemahiran berbahasa seperti lisan (mendengar dan bertutur). adalah amat penting untuk menentukan bahan bantu mengajar yang paling sesuai dan berkesan kepada pelajar agar pengajaran tatabahasa dapat disampaikan melalui saluran yang tepat sekali. Pengajaran tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan lebih menarik dan bermakna. Penyerapan membantu guru menimbulkan aspek ilmu dan nilai dalam sesuatu pengajaran dan ini akan menjadikan pengajaran tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu lebih bermakna dan berkesan. Pada peringkat sekolah rendah dan menengah. . Ini sebenarnya. menyimpang dari konsep pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu itu sendiri. Sebagai contoh. membaca dan penulisan dengan aspek kemahiran bahasa iaitu tatabahasa sendiri. pengajaran tatabahasa hendaklah menitikberatkan penggunaan. peribahasa.Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam konteks ini ialah konsep 5 P yang diutarakan dan disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Walau bagaimanapun. penilaian. Penilaian pula membantu guru membuat analisis tentang aspek tatabahasa yang manakah patut diberi pemulihan dan pengayaan seterusnya. Seperti kata-kata Edgar Dale (1964) dalam teorinya ‘cone of experience’ mengatakan bahawa proses pembelajaran bermula dengan menanggap objek-objek konkrit dan beransur-ansur menanggap aspek semi-abstrak hingga akhirnya kepada yang lebih abstrak.

xix) . Konsep kepemimpinan membawa berbagai pengertian kepada orang-orang berlainan. as well. Tidak perlu lagi diperkatakan betapa banyaknya perubahan yang berlaku diakhir-akhir ini. yang memerlukan manusia berfikir dan membuat keputusan pantas untuk kekal "on course". Walaupun mungkin tidak semua akan menjadi pengetua. intellectual. kepada perutusan melalui e-mail. Pengarah. Di kalangan pensyarahpenyarah kita hari ini. Kuala Lumpur. atau istilah hari ini "snail mail") kepada cara perhubungan serentak melalui percakapan telefon.cabaran dunia siber . 1996] Kepemimpinan Sekolah Dalam Menghadapi Millennium Baru oleh Rahimah Haji Ahmad. kepemimpinan di zaman ini memerlukan kemahiran dan keupayaan yang berlainan daripada kepemimpinan di masa lepas. Mengikut Schlechty (1990). Dunia di mana struktur sukar untuk dikekalkan – dunia di mana institusi sekolah dan pendidikan benarbenar mengambil rupa "cecair". tatabahasa hendaklah disepadukan dengan kemahiran asas berbahasa melalui bahan ilmu yang menjadi isi pelajaran yang dirancang oleh guru. pemeringkatan dan pemilihan aspek tatabahasa ini perlu dibuat dengan begitu teliti yang mengambil kira tahap keupayaan pelajar.Aspek tatabahasa sangat luas. Universiti Malaya. Institut Pengetua. serta sifat peribadi kita sendiri. Namun tidak boleh kita pertikaikan bahawa setiap orang daripada kita ingin menjadi pemimpin yang baik. " A leader is a person who is in a position to influence others to act and who has. adalah diandaikan semuanya berpotensi dan berupaya untuk memimpin. khususnya dalam dekad terakhir abad ke20.dan boleh digolongkan ke dalam kumpulan yang secara sedar ingin menjadi pemimpin. berbanding dengan yang berlaku dalam 100 tahun sebelumnya. and social skills required to take advantage of that position". ada yang menyempurnakan pemeriksaan tesis /disertasi melalui konferensi telefon – viva vocenya melalui telefon dan "video-conferencing". dapat disaksikan umpamanya sistem komunikasi yang mengambil masa satu bulan (melalui surat. Kertas kerja ini diilhamkan atas andaian bahawa calon-calon Sarjana Kepengetuaan mengikuti program ini kerana ingin meningkatkan diri . landasannya ialah kepemimpinan itu adalah untuk perubahan dalam menghadapi cabaran-cabaran milleniuim baru . Dalam jangka hayat kita sahaja. dan semuanya ini boleh dirangkum sebagai cabaran menghadapi dunia yang tidak menentu perkembangannya. dan juga telefon bergambar.Dalam pengajaran dan pembelajaran. the moral. Oleh yang demikian. (hal. Mungkin pengertian itu berbeza di antara kita – berasaskan pemahaman kita masing-masing dan kerangka keteorian dan skema pemikiran kita sebelum ini. Pengenalan Dalam memperkatakan tajuk ini. Sudah semestinya. Fakulti Pendidikan. [Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR.yang perlu mengubah dan mengambil rupa bentuk yang diacukan oleh masyarakat. Pusat Perkembangan Kurikulum. atau memegang jawatan pentadbiran dalam masa terdekat. dan konferensi beramai serta "chat room"nya.

atau yang mempunyai potensi boleh mempengaruhi orang lain sanggup menggunakan keupayaan mereka dan sama ada organisasi itu menggalakkan mereka menggunakan keupayaan tersebut. supervisors. penyelia. tidak kira apakah kedudukan kita. dan sosial. dan akhir sekali adanya sifat keperihatinan terhadap orang lain (caring and compassion for others) Persolan kita hari ini ialah pemimpin sekolah untuk masa depan – sama ada pemimpin masa depan (future leaders) atau pemimpin untuk sekolah masa depan (leaders for schools of the future) dan pemimpin yang mempunyai pandangan ke hadapan (futuristic leaders) kerana untuk meneroka masa depan itu memerlukan kepemimpinan. dan Potensi kepemimpinan berada di semua tahap hiraki dalam organisasi. Semua yang terlibat dalam profesion pendidikan perlu menjadi leaders of the future – kerana apabila seseorang itu berkecimpung dalam alam pendidikan. sebagai pegawai. pemimpin program pendidikan. politicians. seseorang itu mengajar anak-anak yang akan menjadi orang dewasa di masa depan. administrators. change agents. leaders of the educational programmes. Stoll dan Fink (1996) dalam bukunya Changing our schools menyatakan tidak ada persoalan lagi bahawa kepemimpinan yang berkesan ialah penentu (key determinant) dalam menggerakkan perubahan yang positif di sekolah atau dalam sistem persekolahan. Maka adalah tanggungjawab kita semua. bahawa pemimpin adalah seseorang yang boleh mempengaruhi orang lain bertindak. Ada yang mempunyai autoroti terhad tetapi mempunyai keupayaan untuk memimpin. atau (" for a cause beyond oneself). Maka persoalan kepemimpinan sekolah adalah persoalan semua yang terlibat. Isunya adalah sama ada mereka yang mempunyai keupayaan memimpin (leadership capacity). intelektual. Namun yang masih kurang jelas persetujuannya ialah apakah itu kepemimpinan berkesan? • • Adakah pemimpin yang baik menekankan daya kesinambungan atau perubahan? (Do good leaders attend primarily to forces of continuity or change?) Adakah pemimpin itu pengurus yang berkesan. semua literatur dalam bidang kepemimpinan memberi ciri-ciri penting kepemimpinan – dan di akhir-akhir ini nampaknya persetujuannya jelas bahawa keberkesanan memerlukan kepemimpinan – iaitu mereka yang berkedudukan yang boleh mempengaruhi orang lain: • • • mengetahui kemana mereka hendak tuju (dalam bahasa canggihnya. vision). menangani isu-isu dan tugasnya dengan bersunguh-sungguh ( with passion and persistence) – dan perjuangan yang melebihi keperluan diri sendiri . . facilitators. seseorang itu membantu memimpin dan memudahcarakan perkembangan anak-anak untuk masa depan. pemudahcara. Sebagai guru. mengikut keadaan" Rata-rata.101) • Jawapannya ialah mungkin "Ya. tetapi harus juga diingat bahawa: • • • Bukan semua yang menduduki jawatan-jawatan tertentu itu mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi orang lain – melainkan melalui penggunaan kuasa autoriti jawatan. pentadbir atau pihak berkuasa? ( Are leaders effective managers. agar kita memberi panduan dan kepemimpinan yang berlandaskan kemahiran moral.Walaupun kita akui bahawa mereka yang menduduki jawatan lebih tinggi mempunyai lebih banyak peluang untuk memimpin. agen perubahan. Ini selaras dengan kata-kata Schleschty tadi. ia terlibat dengan pendidikan anak bangsa untuk masa depan. tidak kira apa peranan rasminya. moral authorities?) Adakah pemimpin yang baik berkongsi kepemimpinannya dengban orang lain? (Do good leaders share leadership with others?) (hal. atau ahli politik.

Sekolah dan pengajaran ialah sesuatu yang paling kompleks – kerana organisasi sekolah adalah sepenuhnya organisasi manusia. Pendidikan tidak sama dengan perubatan – di mana bila satu-satu diagnosis dibuat. Maka apa yang berkesan di masa lepas. Sekali lagi saya memetik Stoll dan Fink (1990) yang menyatakan. . diagnosis tidak semuanya tepat. Rata-rata program penyediaan guru berpegang kepada kurikulum yang sedikit sahaja berubah. which suggests that traditional descriptions of leadership which tend to sort leaders into categories or typologies are inappropriate for the post-modern age and the challenges it brings to educational leaders". dan memang sudah cukup baik di sepanjang masa. malah kembar sekali pun. dan juga menjalankan kerja-kerja perkeranian dan pentadbiran. 10 tahun dahulu – sedangkan kita ketahui perubahan dalam 5 tahun akhir inipun jauh lebih banyak daripada perubahan 20 tahun sebelumnya. Implikasinya di sini ialah kita perlu juga mengubah paradigma sekolah dan kepemimpinan sekolah. Preskripsi tidak ada tempat dalam alam pendidikan di masa depan. dibina atas yang kita ada di masa lepas – tetapi dengan kesedaran bahawa ianya perlu disesuaikan dengan perubahan masa kini dan keadaan di masa depan.101) Realiti keadaan di sekolah hari ini – ialah imej kepemimpinan tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya kepada sekolah. pengasih dan di masa yang sama tekal dan cekal. tetapi keberkesanan itu adalah untuk sekolah di masa lepas. maka diikuti oleh preskripsi ubatnya. mereka harus bersifat visionary. Hanya kini kita perlu prihatin ianya perlu ditambah baik kerana masa sudah banyak berubah dan keperluan berubah. malah apa yang berkesan hari ini mungkin tidak sebegitu berkesan di masa depan – 5 tahun dari sekarang. secara amnya. harus kita teliti. Namun. memfokuskan kepada pedagogi penghajaran – seolah-olah memberi preskripsi. (hal. Semuanya dalam kekangan masa dan syarat serta peraturan birokrasi moden. Dalam pendidikan. mempunyai pemikiran terbuka dengan ibu bapa dan komuniti. • • • • perlu memenuhi keperluan pelajar. mengambil kira kebajikan tenaga pengajarnya.Keberkesanan dan ketidak berkesanan sekolah seringkali dipersoalkan. baik personal maupun professional. yang diperlukan ialah jangkaan untuk menambah baik. kerana sebenarnya – sekolah kita sudahpun "berkesan" secara umumnya. sebagai pemimpin. Tidak perlu dihuraikan betapa kompleksnya manusia – Allah swt tidak memberi kita keupayaan untuk membaca minda orang lain. ialah pemimpin sekolah hari ini berhadapan dengan keadaan yang memerlukan banyak hal. however. Allah juga tidak mencipta manusia serupa – walaupun ada yang seiras rupa. setiap individu itu unik. Jangkaan ini perlu dibuat berlandaskan masa lepas. Persoalan kita ialah kita sekian lama menyediakan guru berasaskan amalan dan ilmu yang sedia ada. Bukannya sekolah tidak berkesan. dan rata-rata ramai yang menyalahkan guru kerana gurulah merupakan orang terpenting di sekolah. We have arrived at a place in our own thinking. lebih-lebih lagi di dekad akan datang. Tambahan pula. Tidak akan sampai masanya kita boleh memahami setiap individu. sekolah kita memang sudah lama menjadi instrumen pembangunan masyarakat. termasuk diri kita sendiri sepenuhnya – tidak kiralah apa yang diteorikan oleh "Johari Window" Apa yang realitinya.

selain daripada yang selalu dilaung-laungkan tentang vision dan mission. transaksional dan transformasional. mempunyai iklim dan budayanya sendiri . seolah-olah menyatakan pengurus itu hanya memastikan kerja-kerja berjalan dengan baik. kebanyakan masa pengetua dan guru besar dihabiskan untuk memenuhi tuntutan-tuntutan pentadbiran. " Managers are people who do things right. Pemimpin sekolah memerlukan kemahiran memimpin untuk menentukan wujudnya perubahan dan penambahbaikan dan juga penyesuaian dengan keadaan. Untuk ini kepemimpinan memerlukan (1) optimisme. Kedua-dua ini mengutarakan bahawa dalam proses kepemimpinan semua ahli seharusnya ‘menjemput’ atau ‘menerima’ penyertaan ahli. (3) mempunyai kepercayaan terhadap integeriti orang lain.berkesan di sebuah sekolah tidak semestinya berkesan di sekolah lain. berjalan sebaik mungkin dan sentiasa bertambah baik. (2) penghormatan. kerana setiap organisasi itu unik. kesinambungan dan perubahan – bertindak sebagai pengurus dan pemimpin. dan perlu menjalankan tugas dengan baik. iaitu menekankan dan menentukan ‘pengajaran" (yang merupakan ‘core business’ sekolah). sama dengan setiap individu itu unik. Diaplikasikan kepada pendidikan. pemimpin pendidikan walaupun ingin mementingkan kepemipinan pengajaran – masih tidak dapat melepaskan diri daripada tugas pengurusan. dan (4) secara terang dan ikhlas menjemput. iaitu optimis dan mempunyai ekspektasi tinggi terhadap keupayaan orang lain. beliau tidak dapat melarikan diri daripada "paper work" dan yang penting sekali mesyuarat-mesyuarat yang perlu dikendalikan dan dihadiri. Lucas dan MacMahon (1998) menggunakan konsep "inclusive". objektif dan lain-lain lagi. maka kepemimpinan pendidikan seharusnya mementingkan "yang terbaik" iaitu memastikan pengajaran berlaku dengan baik. . menerima dan menggalakkan penyertaan orang lain dalam prosesnya. adalah dikatakan kepemimpinan harus bersifat "relational" iaitu berlandaskan hubungan antara pemimpin dan ahli organisasi yang menggalak dan memastikan penyertaan sebenar semua ahli. " Leadership is about communicating invitational messages to individuals and groups with whom leaders interact in order to build and act on a shared and evolving vision of enhanced educational experiences for pupils " (hal 109). Walaupun pengetua ingin sepenuhnya menumpukan perhatian kepada kurikulum dan perkembangan staf di sekolah ataupun penyeliaan pengajaran yang membantu guru. dan menyempurnakan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Stoll dan Fink (1996) menggunakan konsep "invitational" sementara Komives. dan dengan realiti sekolah dalam alam perubahan di masa depan. iaitu penghorman terhadap keindividualan orang lain dan dengan itu tindakan adalah dengan sopan dan tertib dalam semua interaksi. perlu perihatin kepada kedua-dua struktur dan budaya. Mengikut Stoll dan Fink (1996). dan kemahiran pengurusan untuk menentukan semuanya berjalan lancar. Lagipun. menghadiri dan mempenguruiskan mesyuarat yang tidak berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran secara langsung.Walaupun kita ketahui peranan pengetua sebagai pemimpin sekolah yang terpenting ialah sebagai pemimpin pengajaran. and leaders are people who do the right things" . dan pemimpin itu memstikan tugasnya dijalankan dengan betul. Dalam memperkatakan kepemimpinan di zaman pasca moden ini. Pemimpin pendidikan yang berkesan. menyokong dan membina iklim yang menggalakkan perkembangan maksimum. mungkin tidak akan ada model yang sesuai bagi semua keadaan di setiap masa. dan gangguan-gangguannya seperti telefon. Tetapi dalam keadaan realitinya. Ini realitinya. . iaitu mempercayai orang lain akan bertindak mengikut lunas yang diharapkan. Bennis dan Nanus (1986) membezakan antara pengurusan dan kepemimpinan dengan ungkapan. Maka tidak ada satu model sedia ada yang paling sesuai. Realiti ini perlu diambil kira oleh pemimpin futuristic.

" A meaningful life is not a matter of speed or efficiency. Lambert. Perubahan dan daya sosial yang sentiasa berubah. Untuk itu kita perlu mengenali apakah yang penting bagi kita. dan memberi tuju hala. menghormati setiap individu dan perihatin bahawa penyertaan yang bermakna dari semua pihak . Hanya dengan cara ini sahaja pemimpin itu adalah seimbang antara dirinya sebagai individu dan dirinya sebagai ahli profesional yang menjalankan tugas profesionalnya. (eds). Kompas ini seharusnya menjadi halatuju yang perlu diikut dan dibuat setelah kita mencapai imbangan apakah sebenarnya kita hendak dalam hidup kita . Akhir kata. dan MacMahon. L. First things first: Coping with ever increasing demands of the workplace. San Francisco. Exploring leadership: For college studentss who want to make a difference. bersifat terbuka menghadapi segala-galanya. and Nanus. San Francisco. mennggalakkan keupayaan kepemimpinan di kalangan semua ahli. 1998. Ini melibatkan kesabaran mendengar dan mengamal secara reflektif. Bennis. memerlukan stail kepemimpinan yang agak berbeza daripada yang selama ini dipromosikan . . London. T. ASCD . dan mengikut terminologi Stoll dan Fink (1996) lagi. Mengikut Corvey lagi. Loader. Va. ini akan mengecilkan jurang antara " the clock" iaitu jadual kerjanya.R. W. Komives. saya meminjam kata-kata Corvey (1994). D. yang membentuk struktur masyarakat dan pendidikan.R. Simon Schuster UK Ltd. perlu memfokuskan kepada aspek kemanusiaan. Jossey Bass. David Fulton Publsihers lnc. Setelah itu. dan sebagai penting kepada kita sebagai seorang profesional – professionally important. Sebagai akhir kata. maka kita imbangkan. untuk mencapai semua ini.Pada asasnya. dan " the compass" iaitu perkara yang menjadi petunjuk bagi dirinya. yang menggalakkan penyertaan semua dalam proses kepemimpinan. N. London. sebagai individu dan personal iaitu "personally important". Jossey Bass. The inner principal. dan Harrison. Corvey.kepemimpinan kolaboratif seebnar. B. Leaders: The strategies for taking charge. Vision and values in managing education: Successful leadership principals and practice. Bibliografi Bell. London.R. The Falmer Press.T. dalam buku barunya. dan kepemimpinan kini haruslah mementingkan pembelajaran untuk mengenali diri sendiri dan keadaan serta persekitaran agar dapat menangani kepelbagaian dalam organisasi itu sendiri. Corvey menggunakan istilah "personal leadership" dan untuk itu. 1998. menjemput dirinya secara personal dan professional. It is a matter of what you do and why you do it. 1986. pemimpin di zaman pasca moden ini. 1994. Lucas. serta menjemput orang lain secara personal dan profesional – ringkasnya. pembuatan keputusan yang sebenar-benarnya partisipatif. untuk mengenali diri sendiri. rather than how fast you can get it done". S. 1997. Alexandria. S. 1995. Building leadership capacity. dan tentukan prioritinya – untuk bertindak supaya segala yang berlaku dijalankan mengikut perspektif yang betul. B.kita perlu fokuskan kepada "doing the right things" dengan panduan kompas kita – apa yang kita ketahui terbaik setelah kita mengimbangkan keperluan diri kita dan keperluan profesional kita. J. maka adalah penting pemimpin itu memahami dirinya sendiri. memahami orang lain di sekelilingnnya.

Selain itu. Pengurus sekolah perlu proaktif dan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk melindungi diri sendiri serta guru-guru daripada dakwaan (litigation). Paul Chapman Publishing. (eds). kegagalan melaksanakan tanggungjawab. PENGENALAN Pengurus (pengetua) sekolah. P. Tindakan-tindakan mahkamah yang diambil terhadap sekolah sudah tentu akan memberi kesan yang serius kepada sekolah dan mesti dielakkan. Schlechty. Changing our schools : Linking school effectiveness and school improvement. guru-guru dan kakitangan lain sekolah terdedah kepada dakwaan (litigation) atas berbagai tuduhan seperti kegagalan melaksanakan tanggungjawab. Semua sekolah bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan keselamatan para pekerja dan anak muridnya. Effective school leadership: responding to change. 1990. Misalnya. Jossey Bass. Yang rugi tentunya adalah para pelajar sekolah kita. Punca-punca tersebut di atas akan dihuraikan dengan lebih lanjut di bawah dan langakah-langkah yang boleh diambil oleh pengurus untuk mengelakkan dakwaan dibincangkan. Kertas ini membincangkan punca-punca yang mungkin memyebabkan pihak sekolah.C. kegagalan menepati kehendak undang-undang (akta dan peraturan-peraturan). . J. Kegagalan memenuhi "kewajiban berjaga-jaga" (duty of care). pihak sekolah perlu memberi pendidikan kepada anak murid kita seperti mana dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan-pertauran yang sedia ada. penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang mungkin berlaku. Buckingham. penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. dan kegagalan mematuhi arahan serta peraturan boleh mengakibatkan pihak sekolah menghadapi dakwaan sivil atau pun jenayah (civil or criminal suit). kegagalan melaksanakan tanggungjawab. iaitu. London. kecuaian.MacBeath. kecuaian merupakan bidang yang amat luas dan pihak sekolah paling berkemungkinan didakwa atas tuduhan ini. kajian menunjukan bahawa banyak sekolah telah mengetepikan beberapa program (seperti membatalkan lawatan) untuk mengelakkan berbagai dakwaan (Natt. PUNCA-PUNCA YANG BOLEH MENGAKIBATKAN SEKOLAH DIDAKWA DAN LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKANNYA Punca-punca utama yang menyebabkan pihak sekolah didakwa ke mahkamah termasuk kecuaian(negligence). Stoll. Open University Press. 1996. pengurus. J. 1999) yang mungkin dibawa terhadap mereka. 2. Melindungi Pihak Sekolah Daripada Dakwaan oleh Ling Kee Eng * [Lulus Sarjana Kepengetuaan dengan cemerlang] 1.G. Barangkali kes-kes dakwaan ini tidak dapat dihapuskan sama sekali tetapi ianya boleh dikurangkan ke tahap minimum. L dan Fink. Schools for the 21st Century : Leadership imperatives for educational reform. San Francisco.. guru-guru dan kakitangan lain didakwa. D. Di antara punca-punca dakwaan tersebut. 1998.

c. "Negligence is the omission to do something which a reasonable man. b. Secara amnya. Kecuaian (Negligence) Kecuaian (negligence) dikaitkan dengan "kewajiban berjaga-jaga" (duty of care). Setakat manakah tahap berjaga-jaga (standard of care) yang perlu diambil oleh pihak sekolah supaya tidak dianggap sebagai cuai dalam menjalankan tugas-tugasnya? Mengikut keputusan hakim mahkamah dalam kes Blyth v." Beberapa faktor yang akan diambil kira oleh mahkamah untuk menentukan kelakuan yang munasabah termasuk : a. (1856). tetapi mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan kepada "balance of probabilities". Defenden mempunyai tanggungjawab "kewajiban berjaga-jaga" ( requirement to exercise duty of care) terhadap plaintif.1. which ordinarily regulate the conduct of human affairs. bukti bahawa defenden telah cuai tidak perlu "beyond reasonable doubt" dalam tuntutan sivil (contoh tuntutan terdadap kecuaian). Birmingham Waterworks Co. jika pengetua telah mematuhi segala arahan serta peraturan semasa menjalankan tugas-tugas harian dan melaksanakan "kewajiban berjaga-jaga" (duty of care) yang wajar. ii. "tahap berjaga-jaga munasabah" yang akan diambil oleh seseorang dalam situasi berkenaan adalah memadai. Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian (damage has occurred) akibat dari kegagalan defenden melakukan kewajibannya. Ini termasuk mengambil langkah-langkah untuk mengenal pasti dan seterusnya mengurangkan risiko-risiko yang boleh dijangka (forseeable risks) daripada berlaku. guided upon those circumstances. Langkah-langkah berikut boleh dijadikan rujukan dan panduan. Semua sekolah mempunyai kewajiban berjaga-jaga (owe a duty of care) kepada pekerja-pekerja dan anak-anak muridnya. Ini bermakna pengurus sekolah atau pengetua perlu melindungi kesihatan dan keselamatan para guru dan muridnya. Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan amalan yang biasa (common practice)? f. maka beliau harus selamat dan telah dilindungi dari sebarang dakwaan yang mungkin berlaku. d. Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan sesuatu yang memenuhi kewajiban untuk mengambil risiko yang lebih tinggi (neccessity to take greater risks)? Untuk meminimumkan kemungkinan pihak sekolah didakwa kerana kecuaian. Perbuatan seseorang (defenden) boleh dikatakan cuai oleh mahkamah apabila ketiga-tiga syarat berikut dipenuhi: i. Defenden telah tidak melakukan "kewajiban berjaga-jaga" (failure to exercise duty of care) dan. iii. Walau bagaimana pun. or doing something which a prudent and reasonable man would not do. Adakah sesuatu kejadian boleh dijangka akan berlaku (forseeability)? Adakah sesuatu kejadian mungkin mengakibatkan kecederaan (likelihood of harm)? Apakah keseriusan kecederaan jika ianya dijangka berlaku (seriousness of accident)? Setakat manakah langkah-langkah pencegahan boleh diambil secara praktik (practicality of precautions)? e. pengurus sekolah mesti memahami konsep kecuaian dan bagaimana beliau boleh dipersalahkan. . would do. Pengetua juga perlu mahir mendapat kerjasama dan melibatkan pihak ibu-bapa untuk menyelesaikan masalah sebelum ianya dibawa ke mahkamah.

Contohnya tangga dan serambi bangunan mesti mempunyai pelindung yang sesuai dan kukuh untuk memastikan tiada murid berkemungkinan terjatuh ke bawah. Jadi keadaan fizikal sekolah hendaklah sentiasa diselenggarakan dengan baik kerana segalah kerosakan dan ketidaksempurnaan yang terdapat pada kemudahan fizikal tidak selamat untuk digunakan oleh semua pihak. mengikut undang-undang common law. Tetapi selepas rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan. Memastikan Keselamatan Struktur Fizikal Sekolah Undang-undang menghendaki tuan punya premis (bangunan dan kawasan tanah) memastikan premisnya adalah selamat digunakan atau didiami oleh semua pihak yang mempunyai hak menggunakannya atau berada di situ. 2. peraturan yang sama mengatakan bahawa pengetua bertanggungjawab membenarkan pihak-pihak yang berhak sahaja untuk menggunakan premis sekolah. Selain daripada itu. iaitu di antaranya. Pengetua perlu memastikan peraturan tersebut dipatuhi untuk mengelak dakwaan kerana kecuaian. pengudaraan.1. sekolah dikehendaki memastikan bilik-bilik darjah memenuhi syarat-syarat. bilangan maksimum murid yang dibenarkan dalam setiap bilik dan lain-lain lagi. wayar elektrik uzur. ketinggian siling. kerusi lama dan lain-lain perlu diperiksa dari masa untuk memastikan keselamatan penggunaannya. Dalam kes Carmarthenshire County Council v. 1950. spesifikasi keluasan. pihak sekolah dipersalahkan kerana guru tidak mengawasi murid dan sekolah juga dipersalahkan (vicariously liable) kerana gagal mengunci pintu masuk sekolah.. Siling yang setengah terjatuh dan bumbung yang bocor mesti dibaiki dengan kadar segera. Jumat Bin Mahmud & Anor. seorang murid berumur empat tahun telah ditinggalkan seketika oleh gurunya. kipas. dan ruang yang mencukupi untuk setiap murid. Lewis [1995]. dikehendaki membuat penyeliaan yang munasabah (reasonable degree of supervision) ke atas murid-murid di bawah jagaannya sewaktu kelas berjalan. Kecuaian untuk memastikan keadaan sekolah selamat telah menyebabkan pihak sekoah didakwa. Semaksemak panjang di kawasan sekolah mesti di tebas untuk mengelak segala bentuk bahaya seperti menjadi tempat perlindungan ular yang boleh mendatangkan kemudaratan. tingkap. Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa pihak guru telah cuai dalam penyeliaannya. Schools (General) Regulations. Akhirnya. Suis dan soket yang rosak mesti diganti. cahaya yang cukup terang. Pokok juga boleh mendatangkan bahaya sekiranya ianya tumbang ditiup angin. Dalam bilik darjah. Memastikan Keselamatan Sewaktu Kelas Guru. plaintif asal telah tercedera akibat perbuatan nakal kawannya sehingga akhirnnya menjadi buta pada sebelah mata. Dalam kes Government of Malaysia & Ors. v. Dalam The Registration of Schools Ordinance. Murid tersebut keluar dari kawasan sekolah dan menyebabkan suatu kemalangan jalanraya terjadi di mana seorang pemandu lori mati. didapati bahawa guru berkenaan tidak boleh dipersalahkan kerana kecederaan yang . Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan beliau didakwa jika murid tercedera akibat kecuaiannya.

suis. seorang murid telah patah tangannya akibat terjatuh sewaktu kelas muzik(amali). keadaan bilik-bilik makmal. pencegahan kebakaran. Pengetua dengan bantuan Guru Kanan Sains harus menapis rancangan kerja guru-guru tersebut bagi kerja amali (Surat Pekeliling Ikhtisas No. guru-guru mesti memberi amaran terlebih dahulu kepada murid-muirid sebelum sebarang tunjukcara atau percubaan dijalankan dalam mana terdapat kemungkinan punca letupan atau bahaya. Dalam kes Mohamed Raihan Bin Ibrahim & Anor. v. kelengkapan memadam api. 3.. paip dan saluran gas. Dalam kes Kamarulzaman Mohd Ali v. dan lain-lain) adalah diberi dengan lengkap dan jelas dalam Surat Pekeliling Ikhtisas No. alat dan penghubung elektrik. Sains Pertanian. 1/1974. Pengetua mesti memastikan semua guru sains mengetahui kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas berkenaan dan mematuhi semua arahan dan panduan yang diberikan demi keselamatan semua pihak. Ini bermakna beliau telah gagal melaksanakan "kewajiban berjaga-berjaga" yang munasabah terhadap anak-anak muridnya. Guru kelas tersebut telah didapati bersalah kerana tidak memberi arahan dengan jelas kepada murid dan tidak menyelia perjalanan kerja dengan munasabah. Langkah-langkah keselamatan yang lanjut dalam semua aspek pengurusan makmal (misalnya pengendalian silinder. Kelas-kelas amali atau kelas praktikal hanya boleh dikendalikan oleh guru-guru terlatih dalam mata pelajaran yang berkenaan sahaja.dialami oleh murid adalah akibat dari kemalangan yang tidak dapat diduga (not reasonably forseeable) oleh seseorang dalam keadaan yang biasa. penyimpanan bahan-bahan berbahaya.pula. Muzik. Guru didapati tidak bersalah kerana beliau memang terlatih mengajar muzik dan telah pun menyelia muridmuridnya dengan munasabah. palintif pertama (seorang murid kelas Sains Pertanian) telah pun dicederakan oleh cangkul yang digunakan oleh kawan kelasnya sewaktu mereka sedang menjalankan kelas amali menyediakan batas sayur. Beliau juga didapati mengajar seperti yang . Government of Malaysia & Ors. pengetua mesti memastikan bahawa mereka tidak melakukan atau menyuruh pelajar melakukan percubaan-percubaan yang ‘berbahaya’. bertarikh 8 Julai 1974). Louis Marie Neube Rt Ambrose J Ambrose & Anor. Sewaktu kelas amali dijalankan. Buku-buku panduan penyelenggaraan makmal (Lampiran A) yang berkaitan juga perlu difahami dan diguna sebagai panduan guru setiap masa. Peraturan-peraturan tersebut juga perlu dipamerkan pada papan kenyataan setiap makmal atau bengkel dan diingatkan kepada murid dari semasa ke semasa. Peraturan tersebut perlu diterangkan kepada murid oleh guru dengan jelas sehingga mereka betulbetul faham akannya. 1/1974. latihan kecemasan api. Jika terdapat guru sementara. guru-guru mesti menyelia dan mengawasi aktiviti murid-murid dengan rapi untuk memastikan keselamatan dijaga ke tahap munasabah di samping membantu menjayakan percubaan mereka. Selain daripada itu. Sains Rumah Tangga) Semua makmal dan bengkel kerja amali mesti mempunyai peraturan bertulis yang diedarkan kepada setiap murid pada hari pertama mereka menggunakan makmal atau bengkel tersebut. Teknil. Vokasional. Memastikan Keselamatan Sewaktu Kelas Yang Menjalankan Amali dan Ketukangan (Sains.

vi. Jika ada murid perempuan. Government of Malaysia seorang murid terjatuh kerana tersandung batu selepas turun dari bermain jongkang-jongkit. iv. memastikan semua alat sukan dan permainan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan. kawasan tersebut perlu dipagari dan dijadikan kawasan larangan. Ianya merupakan satu kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian murid sendiri. mengambil kira faktor cuaca/ musim supaya aktiviti yang dijalankan tidak mendatangkan bahaya. 1/1995). maka guru pengiring perempuan mesti ada bersama. v. Menggalakkan pelajar mengadakan skim perlindungan insurans yang sesuai. 4. Selain daripada itu. vii. Pengetua hendaklah memeriksa dan memastikan bahawa segala kemudahan sukan dan permainan adalah dalam keadaan sempurna dan selamat untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum tersebut dijalankan. dan lain-lain (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. iii. Murid yang cedera. Dalam kes Silvadurai v. Ini menunjukkan dengan jelasnya alat sukan tersebut tidak selamat digunakan dan mesti diganti dengan segera. kesihatan dan kebajikan murid diberi keutamaan seperti makanan dan minuman dan lain-lain lagi. gelanggang. dan alat-alat sukan yang baik dan sempurna sahaja digunakan semasa menjalankan aktiviti. Melaporkan segala kemalangan yang berlaku kepada pengetua dengan segera untuk tindakan selanjutnya. viii. guru juga hendaklah i. Murid mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan pengetua untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti kokurikulum di luar sekolah dan mesti diiringi oleh guru. Dalam kes di mana tiang gol mudah alih terjatuh. Murid-murid perlu diberitahu tentang bahaya di kawasan tersebut. ix. Memastikan keselamatan. nyawa murid terkorban (belum dibicarakan lagi di mahkamah). Walaupun guru dan pihak sekolah tidak dipertanggungjawabkan. . bertanggungjawab mengeluar. Memastikan Keselamatan Kemudahan Sukan dan Kegiatan Kokurikulum Sukan dan kegiatan ko-kurikulum merupakan satu lagi punca kemalangan mungkin berlaku. Murid-murid juga perlu diberitahu tentang segala peraturan dan arahan tentang langkah-langkah menjaga keselamatan yang perlu diambil pada setiap masa. Jika kerja pembinaan sedang dijalankan atau terdapat bahan pembinaan yang dilonggokkan. 9/2000. Stor sukan mesti diselenggarakan dengan sempurna dan selamat mengikut segala arahan dan peraturan yang ada kerana alat-alat sukan dianggap berbahaya. mengguna dan menyimpan alat-alat sukan walaupun boleh dibantu oleh murid. ii. Penjagaan rapi diperlukan semasa aktiviti diadakan untuk mengelakkan insiden-insiden yang serius seperti pelajar terlanggar tiang gol. terjatuh dalam lubang. Hakim mahkamah memutuskan guru dan pihak sekolah tidak bersalah kerana pelajar telah selalu dinasihati tentang bahaya bermain jongkang-jongkit dan kecederaan yang diakibatkan oleh murid berkenaan sebenarnya bukan disebabkan oleh permainan jongkang-jongkit. Guru-guru mesti memastikan bahawa padang. terkena lontaran peluru. Murid-murid hendaklah diajar dengan teliti supaya mereka tahu menggunakan alat-alat dengan betul dan selamat. Kawasan dan kemudahan yang berbahaya seperti dewan gymn dan kolam renang mesti dikawal penggunaannya dengan ketat. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. lelah dan berpenyakit kronik tidak dipaksa dibenarkan/dipaksa mengambil bahagian.telah dirancangkan dalam buku rekod mengajar dan bertindak segera dengan sewajarnya apabila kemalangan telah berlaku . tetapi kita mesti mengambil iktibar dari kes ini dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kawasan berhampiran kemudahan sukan dan permainan adalah bebas dari kemungkinan berlakunya kecederaan kepada murid-murid. Murid tersebut akhirnya mati akibat kemalangan tersebut.

2. Bil.7/1977. khasnya para pelajar. Maka adalah baik sekiranya semua kenderaan ibu bapa dan bas sekolah dilarang masuk ke kawasan sekolah. Semua penghuni sekolah mesti tahu serta bersedia menangani masalah apabila kes kebakaran berlaku. The Registration of Schols Ordinance. Schools (Geneeral) Regulations. Keputusan hakim mahkamah menyalahkan pemandu bas dan pihak sekolah juga dipertanggung-jawabkan bersama (vicariously liable) kerana membenarkan bas tersebut memasuki kawasan sekolah tersebut. Headmaster. Kebakaran yang berlaku di sekolah boleh mengakibatkan kerugian harta benda sekolah dan kehilangan nyawa. dan. Dalam kes Headmistress. 1. perbuatan jenayah (arson). dan penglibatan aktiviti-aktiviti anjuran agensi kerajaan dan swasta hendaklah diikuti bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar dijaga dan memastikan persekolahan pelajar-pelajar tidak terjejas. kerja-kerja amali di makmal atau bengkel. sebuah bas sekolah telah melanggar seorang murid dalam kawasan sekolah yang mana jalanjalannya adalah sempit. 1950). Langkah-langkah persediaan menangani keebakaran termasuk memastikan alat-alat pemadam api dan pencegahan kebakaran dalam keadaan baik dan boleh berfungsi pada setiap masa. Methodist Girls School & Ors. guru serta kakitangan sekolah (Rule 49. Selain daripada itu. Ini bermakna pengetua perlu mengambil langkahlangkah yang wajar untuk memastikan bahawa keadaan trafik di kawasan sekolahnya adalah selamat untuk semua pihak. menyediakan pelan keselamatan kebakaran di sekolah. Mereka dikehendaki mengambil pelajar-pelajar di suatu tempat yang sesuai di luar kawasan sekolah. Terutamanya pada masa sebelum kelas bermula dan masa selepas kelas baru tamat setiap hari. Kawasan sekolah biasanya terhad untuk membenarkan semua kenderaan ibu bapa masuk ke dalamnya apabila menghantar dan membawa pulang anak-anak mereka dari sekolah. 24/1998 berkenaan aktiviti kebudayaan. kecuaian dan lain-lain lagi. Memastikan Keselamatan Kebakaran Sentiasa Dijaga Kebakaran sekolah boleh diakibatkan oleh litar pintas. membuat pemeriksaan rapi terhadap sistem pendawaian elektrik. mengadakan hari/minggu pencegahan kebakaran. dan memastikan guruguru makmal dan bengkel mematuhi prosedur pencegahan kebakaran di makmal dan bengkel masing-masing. Anglo-Chinese Primary School & Anor.Peraturan-peraturan dan panduan yang diberi dalam Surat Pekeliling 3/1984. pengetua perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan berlakunya kebakaran seperti menubuhkan Jawatankuasa Pencegahan kebakaran sekolah. ramai pelajar akan berkeliaran di merata tempat sekolah. mengadakan demonstrasi memadam kebakaran dan mangadakan fire drill dengan melibatkan semua murid. 7/1988. v. Untuk mengelakkan dari dakwaan berhubung dengan kebakaran sekolah. pihak sekolah mesti mengawasi sekolah dengan rapi selepas waktu sekolah untuk menghalang penceroboh masuk yang mungkin mengakibatkan kebakaran sekolah. Memastikan Keselamatan Trafik di Kawasan Sekolah Pelajar-pelajar sentiasa berada di kawasan sekolah dan mesti dilindungi dari kemalangan jalan raya. Bil 8/1995 dan Bil. . penyertaan dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Menengah(MSSM). "walkaton". Bil. Pengetua perlu mengadakan satu sistem pergerakan trafik yang cekap dan sistem pengawasan yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan berlaku..

Selain dari itu. The Registration of Schools Ordinance. Jika lawatan itu diadakan di luar negeri asal sekolah. Jelas dilihat bahawa Pengetua bertanggungjawab untuk memastikan guru-guru tidak cuai dalam penyeliaan aktiviti-aktiviti pelajar semasa lawatan diadakan. dan lainlain. Memastikan pelajar dan ibu bapa telah memberi segala maklumat yang penting (misalnya keadaan kesihatan pelajar) kepada sekolah sebelum lawatan diadakan. Pelajar-pelajar membuat persetujuan bertulis untuk berdisiplin baik sewaktu lawatan diadakan. Kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan pengetua untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti lawatan mesti diperolehi sebelum ianya diadakan. pengetua harus memastikan guru-guru dan murid-murid sekolahnya mematuhi segala undang-undang dan peraturan (Schols (Tours) Regulations. Jika ada murid perempuan yang menyertai lawatan tersebut. Banyak kemalangan seperti terjatuh. keceriaan dan kesihatan guru-guru. v. maka rombongan tersebut mesti menpunyai guru pengiring perempuan. 1957. viii. 7/2000 hendaklah difahami dan dipatuhi oleh pengetua sekolah. Chong Voon Pin. Semua lawatan pelajar mesti diiringi oleh guru. Dalam kes Chen Soon Lee v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Jika perjalanan melibatkan penggunaan kenderaan. ii. 3. vii. Pihak sekolah mesti meminta maklumat tersebut daripada setiap ibu bapa pelajar secara bertulis. iii. Bil. Makanan dan minuman yang disediakan .Arahan-arahan dan panduan yang diberi dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. ix. x. Segala langkah pencegahan berlakunya tradegi mesti diambil untuk melindungi pelajar-pelajar semasa lawatan diadakan. Maklumat dan arahan-arahan bertulis yang diedarkan kepada pelajar dan ibu-bapa harus teliti dan jelas. Memastikan Kebersihan Makanan dan Kesihatan Murid Dijaga Peraturan Schools (General) Regulations. Pihak sekolah mesti bersedia untuk mengatasi segala kemalangan yang mungkin berlaku. Di antara langkah-langkah pencegahan dakwaan yang boleh diambil oleh pihak sekolah adalah seperti berikut: i. murid-murid dan kemudahan-kemudahan fizikal sekolah. iv. 1. 9/2000. Memastikan Keselamatan Sewaktu Membuat Lawatan Lawatan adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan seorang pelajar. Pelajar-pelajar diberitahu bahawa mereka perlu bawa keperluan persendirian yang mencukupi seperti minuman. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1950 menghendaki pihak sekolah mementingkan aspek kebersihan. Memberi taklimat kepada pelajar dan ibu-bapa tentang lawatan yang akan diadakan. Malangnya risiko yang terlibat dalam lawatan adalah tinggi juga.1/1995) berhubung dengan lawatan untuk mengelakkan daripada dakwaan dan melindungi pihak sekolah sekiranya tuduhan dibawa juga ke mahkamah sekiranya sesuatu kemalangan berlaku. tuduhan kecuaian tersebut ditolak oleh hakim Mahkamah Tinggi Miri. maka kebenaran dari Pendaftar mesti diperolehi sebelum lawatan tersebut diadakan. Pengawasan oleh guru yang munasabah perlu dibuat sepanjang masa lawatan diadakan. makanan. vi. Oleh kerana guru besar dan guru-guru yang berada bersama mereka telah mengambil langkah-langkah pengawasan yang rapi (beyond reasonable care) pada masa itu. 12/1989 dan Bil. 8/1978. kemalangan jalan raya dan mati lemas telah pun terjadi semasa pelajar-pelajar mengadakan lawatan. Terutamanya risiko yang terlibat mesti jelas dinyatakan. pelajar-pelajar mesti diarah untuk memasangkan tali pinggang keledar pada setiap masa. alat perlindungan dari cahaya matahari. seorang murid sekolah telah mati lemas sewaktu rombongan murid sedang bermain bola dalam air di tepi laut.

Education Ordinance. Schools (Courses of Studies) Regulations. Pengetua mesti memastikan bahawa tiada sebarang bentuk pengajaran ekstrimis diadakan di sekolah. rekod pengajaran guru mesti disediakan dengan sempurna pada sepanjang tahun demi melindungi guru dari dakwaan. 1957. 5/1988 dan 2/1983 adalah berkaitan. Pelajar-pelajar perlu dinasihatkan tentang amalan kebersihan yang perlu untuk menjaga kesihatan diri sendiri. 1957. pengetua hendaklah memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan berkenaan dipatuhi oleh semua pihak supaya dilindungi dari apa jua bentuk dakwaan yang dihadapi. Bil. Selain daripada itu. 1956. Pekerja dan pembekal makanan juga perlu mengamalkan kebersihan diri. Bil. pihak sekolah diingatkan. Apabila melaksanakan tugas mengawal disiplin dan mengenakan tindakan disiplin terhadap salah laku pelajar. keganasan yang berleluasa dan ancaman berbagai rupa akan menghasilkan sekolah yang tidak selamat. dan Bil. Surat-surat Pekeliling Bil. Jika pelajar-pelajar berdisiplin baik. The Education Ordinance. Pengetua sekolah perlu memastikan makanan di sekolah selamat digunakan oleh semua pihak supaya tidak medatangkan masalah kesihatan seperti keracunan makanan. Bil. 1959. Bil. 1952. Sebaliknya disiplin yang teruk. 1/1972. 1. pengetua mesti memastikan bahawa tindakan-tindakan yang diambil tersebut adalah berdasarkan kuasa dan peraturan-peraturan yang diperuntukkan dalam dalam Akta Pendidikan 1996(Perkara 3. alat-alat dan perkakasan makanan. . Bil. Education (Schol Discipline) Regulations. 4/1996. Melaksanakan Tanggungjawab dan Menepati Kehendak Undang-undang. sama ada di kantin. 7.atau dibekalkan di kawasan sekolah. 9/1975. di antara lain. 8). 1952 dan Peraturan 18. bahawa bukubuku teks yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan wajib digunakan di semua sekolah kerajaan. maka suasana selamat dan kondusif dapat diwujudkan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 8/1988. mesti bersih dan sesuai bagi menjaga kesihatan semua pihak. 2. Akta Pendidikan 1996 telah menetapkan mata-mata pelajaran dan kurikulum yang perlu diikuti. Akta serta Peraturan Sistem persekolahan di Negara kita dikawal secara pusat oleh Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Ordinans-ordinans Pelajaran 1950. 5/1995. 3/1993. 1. Bil. 1959. di dapur sekolah atau pun makanan yang dibekalkan dalam Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah. Menjaga Disiplin dan Mengenakan Tindakan Disiplin Terhadap Pelajar Mengikut Peraturan Menjaga dan mengawal disiplin pelajar merupakan tanggungjawab pihak sekolah yang penting. Apabila melaksanakan tugas-tugas harian di sekolah. bangunan dan kemudahan yang digunakan untuk menyediakan makanan. Dalam Surat Pekeliling 12/1999. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Melaksanakan Kurikulum Kebangsaan Satu Kewajiban Kurikulum Kebangsaan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan hendaklah digunakan di semua sekolah. Kecuaian pengetua sekolah memastikan langkahlangkah kebersihan diambil boleh mengakibatkan dakwaan yang tidak diingini. 4/1991. 8/1983.

Wright. 1959. 1/1972 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. pihak sekolah telah pun memotong lengan panjang sekumpulan pelajar selepas mereka masih mamakai baju berlengang panjang walaupun dilarang oleh sekolah. Anandarajan & Others (1973) pula. maka a) pelajar mesti diberi peluang untuk membela diri dan. adalah didakwa bahawa pelajar-pelajar perempuan telah dijatuhkan maruah mereka semasa proses pemotongan lengan dilakukan. kerana bertindak mengikut prosedur yang tepat.Sekolah dikehendaki mengadakan peraturan-peraturan disiplin sendiri tetapi peraturan-peraturan tersebut tidak boleh bercanggah dengan bidang kuasa dan peraturan-peraturan yang diberikan dalam Akta. pengetua perlu memastikan i) Prinsip Natural Justice. v. ii) prosedur tindakan yang tepat dan direkodkan dan. Dalam kes Meor Atiqul Rahman Ishak & Ors. Persoalannya ialah adakah pihak sekolah telah bertindak mengikut kuasa yang diberi dan peraturan yang sedang berkuatkuasa? Dalam kes Mahadevan N v. Oleh itu. 1957. tiga orang murid telah dikenakan tindakan buang sekolah kerana tidak mematuhi arahan pengetua dan terus memakai serban ke sekolah walaupun telah banyak kali ditegur. Prinsip Natural Justice memerlukan pihak sekolah memastikan bahawa apabila membuat pertimbangan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas pelajar. setimpal. pengetua dan kerajaan Malaysia dipersalahkan dan dikehendaki membayar ganti rugi kerana telah dua tahun tiga pelajar tersebut tidak dibenarkan ke sekolah semasa menunggu keputusan mahkamah.8/1983 hendaklah diikuti oleh pihak sekolah. Fatimah Sihi & Ors. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Isu Hak Cipta dan Isu-isu Lain . Dalam satu lagi kes yang berlaku baru-baru ini (tidak dibawa ke mahkamah lagi). iii) jenis hukuman yang berpatutuan dan bersifat pendidikan (Ingraham v. Education Ordinance. Mahadevan (plaintif) telah dibuang sekolah oleh pengetua kerana salah laku yang serius dan setelah pertimbangan yang wajar. semasa mengambil tindakan disiplin dan untuk melindungi pihak sekolah daripada didakwa. Hakim-hakim Privy Council memutuskan bahawa pengetua tersebut telah pun bertindak mengikut undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu. Ordinans dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang sedia ada. Semua pelajar hendaklah diberikan dan dijelaskan segala peraturan disiplin bertulis yang berkuatkuasa di sekolah. Apabila mengambil tindakan Corporal Punishment dan membuang pelajar dari sekolah kerana salah laku pelajar. tatacara yang diberikan dalam Education (ScholDiscipline) Regulations. Tetapi Hakim mahkamah telah memutuskan bahawa pengetua telah bertindak luar dari peraturan yang ada. Ringkasnya. dan bersifat pendidikan. Yang penting di sini adalah pengetua berkenaan dapat dilindungi.) sahaja boleh dikenakan. Prosedur hukuman yang dikenakan harus tepat dan jenis hukuman hendaklah adil. b) tindakan disiplin mesti dikenakan tanpa bias atau pilih kasih (no bias or prejudice). Selain itu. walaupun didakwa. Kes-kes disiplin yang serius dan berbentuk jenayah mesti dilaporkan kepada pihak polis. 3.

Pengetua juga perlu memastikan bahawa semua prosedur dan peraturan dalam Arahan Perbendaharaan dipatuhi. sekolahnya telah mengenalpasti segala aspek/tugas yang mereka bertanggungjawab untuk laksanakan(identify areas of duty of care). Hadiah dari luar negeri mesti diluluskan oleh Kementerian Pendidikan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. pengetua perlu memastikan a. 2. jujur dan amanah supaya dapat melindungi sendiri dan kakitangan berkaitan dengan urusan kewangan dari dakwaan jenayah. Untuk melindungi pihak sekolah dari dakwaan tersebut. Sistem tersebut perlu didokumentasikan dan difahami oelh semua pihak yang berkenaan. Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan Dalam kes Tan Tek Seng v. 1958. Pematuhan prosedur-prosedur adalah untuk mengelakkan sebarang jenis penyelewengan yang mungkin berlaku.00 kepada seorang tukang kebun yang telah tidak hadir bekerja selama beberapa bulan. Prosedur pembelian.School (Magazines) Regulations. pengetua hendaklah mewujudkan suatu sistem pengurusan kewangan yang lengkah. 1. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Anor. tidak diserahkan kepada penerima yang sah. peraturan-peraturan yang harus diikuti adalah termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1977. Sistem kutipan wang daripada pelajar hendaklah jelas diketahui oleh semua guru dan kakitangan kewangan lain. bahawa beliau sendiri. beliau telah menyimpan duit tersebut sendiri. dan mampu mengelakkan segala kemungkinan penyelewengan berlaku untuk diguna pakai oleh sekolah. Education Ordinance. appellant adalah seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah dan beliau telah ditugaskan untuk menyerahkan duit gaji sebanyak RM3. 1957 menggariskan peraturan-peraturan yang hendak dipatuhi oleh pihak sekolah dalam hal penghasilan majalah sekolah. Pengetua mesti mengamalkan sikap tegas. iaitu. 7/1993.6/1992). penyimpanan stok. Ordinans dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan. prosedur dan arahan yang terkandung dalam Akta. Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang boleh mengakibatkan dakwaan sivil dalam pengurusan kewangan sekolah. Pengetua hendaklah memastikan peraturan tersebut diikuti dan menentukan pelajar-pelajar dan guru-gurunya tidak melanggar undang-undang berkaitan dengan hak cipta. perakaunan dan pengauditan hendaklah sistematik. Daripada kes ini. Akhirnya beliau didapati bersalah dan dibuang kerja. guru-guru dan staf sokongan lain mengetahui dan mematuhi segala peraturan. pembayaran. Pengetua perlu melindungi para pelajar dan guru dari ancaman penceroboh dan pelawat yang tidak berhak berada di kawasan sekolah mengikut undang-undang yang ada. jelas bahawa akibat yang perlu ditanggung oleh sesorang pegawai yang menyeleweng adalah sangat serius. Tetapi. Bil 6/1988 dan Bil. Apabila aktiviti atau program diadakan untuk mengutip derma dan tajaan. KESIMPULAN Pihak sekolah boleh didakwa ke mahkamah atas tuduhan kecuaian yang menyebabkan murid tercedera akibat kemalangan yang berlaku di sekolah. Pelajar-pelajar harus juga dilarang terlibat dalam sebarang kegiatan politik. teratur. .. Belaiu kemudiannya didakwa ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah (criminal breach of trust). b.179.

California. K.. M. Kuala Lumpur. Rujukan ____ (1992). Sekiranya semua langkah telah diambil untuk menjamin keselamatan murid-murid di sekolah dari aspek fizikal. (1999).1. Syepela Grafik Sdn. Panduan Keselamatan Makmal Sains. 79. The Star .org/ln/lnews/10-21-98law. U.V.aasa. "Educator's Attitudes and Related Copyright Issues in Education: A Review of Selected Research 1980-1992". emosi dan rohani dalam usaha mewujudkan sekolah selamat. H dan Zaiton A. semua pihak tahu prosedur dan sentiasa bersedia untuk menangani kemalangan yang berlaku..W.. American Association of School Administrators(AASA)http://www. Keselamatan Makmal.the people's paper.. "Civil Liability of Schools. E. Oct 1999. School Guide for State of California. Vol.K. pengetua perlu memastikan bahawa segala tindakan disiplin yang dikenakan ke atas salah laku murid dilakukan mengikut peraturan. T.pdkintl. Chase. http://thestar.. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 16 Julai 2000. Phi Delta Kappan.buffalo. Jenkins.A. Goldman.htm Halim. Percetakan Nasional Malaysia Bhd. (1977). (1998). "Written Policy is Best Prescription for Avoiding Suits About Medication".E. U. A Safety Handbook for Science Teachers. Kuala Lumpur Halimaton.E. http://wings. (1980). "School Crime A Global Problem". O. merekodkan peristiwa-peristiwa dan segala insiden yang berlaku dengan tepat dan sempurna. The Jurnal of Academic Media Librarianship. saya berpendapat semua bentuk dakwaan harus dapat diselesaikan sebelum dibawa ke mahkamah. (1993). (1998).edu/publication/mcjrnl/v1n1/chase. semua pihak mengambil langkah-langkah "kewajiban berjaga-jaga" yang munasabah (exercise reasonable care) untuk mengelakkan segala kemalangan yang dapat dijangkakan. Perundangan Persekolahan di Malaysia (1950-1997). Spring 1993: 19. Teachers and Pupils for Careless Behaviour".htm Kementerian Kewangan Malaysia (1998). R.my/ Horn.org/kappan/kvan9804. pp. 365-374 Evert. No. "Keeping Children Safe".8 http://www. Vol.html David Wenham (1999). Kuala Lumpur Kementerian Pelajaran (1977). Bhd. Dahlan. Educational Management and Administration. Arahan Perbendaharaan.com. Langkah-langkah juga perlu diambil untuk mengelakkan segala bentuk penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan supaya pihak sekolah dapat dilindungi dari dakwaan sivil atau jenayah. e. mental. . 27(4). J.c. Dewan Bahasa dan Pustaka.S. Selain daripada itu. 1. No. John Murayu Publisher Ltd. Saeramento. Hariati Azizan (2000). d.M.

(1999).S. 80. Early Warning. U. A Safety Handbook for Science Teachers. "Keeping Pupils Safe and Staff Secure". . K. (2000).air. Jenkins. Teknik-teknik Asas Dan Keselamatan Makmal.W. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran (1977). Kuala Lumpur. No. U. (1998). Hazardous Chemicals – A Manual For Schools and Colleges. M (2000). http://www.G. (1999). Cynthia Warger of Warger. http://ceep. American Association of School Administrators(AASA). Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www. No. Lampiran A Senarai Buku-buku Panduan Keselamatan Makmal Evert. Kuala Lumpur.A Guide to Safe Schools. American Association of School Administrators(AASA) Online. "Keeping Schools from Being Sued".aasa. Centre for Effective Collaboration and Practice. Halimaton. (1999). et. Murallitharan.htm Talib. Vol. John Murayu Publisher Ltd.. "Safety first in schools". Drug Free and Effective Schools for All Students: What Work.htm Quiun. Natt. Keselamatan Makmal.org/guide/guidetext.M.K.K. R. E. Vol. A Division of Longman Group Ltd. and Peterson.. Syarikat Mukmin Enterprise.htm Sherman. American Association of School Administrators(AASA). C.org/ln/Misc/5-26-99law.G.htm Prettyman. Oliver Boyd. University of Malaya Press. R. Kuala Lumpur. 1. Dewan Bahasa dan Pustaka. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (1989). (1977). M. Jabatan Perdana Menteri. Vol. Garis Panduan Perakaunan dan Kewangan.org/ln/Misc/6-9-99law.aasa. 8. No. H dan Zaiton A. April 2000 Skiba. "The Dark Side of Zero Tolerance: Can Punishment Lead to Safe School?".aasa. N. Mac 2000.htm Wong Heng Hung (19 ). http://www. (1997). J. (1980).M. D. Panduan Bagi Pengendalikan Bahan Radioaktif Dalam Pengajian Sains Di Sekolah-sekolah Menengah. "Student Searches: What You Need to Know".org/ln/Misc/9-8-99tort. Semple. ERIC: ED430364 Scottish Schools Science Equipment Research Centre (1980). M. J (2000). Jurnal of The College of Teachers Education Today. 50.org/kappan/kskl9901. U. 65. Dewan Bahasa Dan Pustaka.5. al. Eavy and Associates. Panduan Keselamatan Makmal Sains. Torts in Malaysia. Safe.Kementerian Pendidikan Malaysia (1994).S. Department of Education (1998). (1999). News Straits Times. The Educational Digest. Phi Delta Kappan. "Preventing Violence in Schools".pdkintl. "Schools Eliminating Some Programmes for Fear of Lawsuits".. Kibble. Timely Response . http://www.E.

[1984] 1 M. Panduan Bagi Pengendalikan Bahan Radioaktif Dalam Pengajian Sains Di Sekolah-seko Menengah. 261-308 Lampiran C Melindungi Pihak Sekolah Dari Dakwaan Satu Panduan Pentadbiran (An Administrative Guide) 1. Mahkamah Tinggi Malaya. Lampiran B Senarai Kes Mahkamah Yang Dirujuk Blyth v. Guaman Sivil No.. .. Wright. 27-28 Silvadurai a/l Kunnary v. [1981] 2 M. S. Chen Soon Lee v.. 11 Ex 781. 1 All England Law Reports 565. Government of Malaysia & Ors. 103-105 Headmistress. Federal Court Civil Appeal No.J. Birmingham Waterworks Co. v. Anglo-Chinese Primary School & Anor. S521-47-1988 Mahaderan N v.. Oliver B A Division of Longman Group Ltd. J. 179 of 1979. Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur – Federal Court Civil Appeal No. 430.J. 1973 Meor Atiqul Rahman Ishak & Ors.Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (1989). Wong Heng Hung (19 ). 784 Carmarthenshire County Council v.. Surat Perkhidmatan Pendidikan dan Arahan Perbendaharaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan atau Kementerian Kewangan. Syarikat Mukmin Enterprise. Headmaster. v. Kuala Lumpur. L. Scottish Schools Science Equipment Research Centre (1980). Anandarajan & Others.. 293-294 Ingraham v. 264-267 Government of Malaysia & Ors. Teknik-teknik Asas Dan Keselamatan Makmal. 651 [1997] Kamarulzaman Mohd Ali v. v. [1966] 2 M. pp. v. [1966] 1 Malayan Law Jurnal. Methodist Girls School & Ors. U. 2. ordinans dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pendidikan. [1856]. Lewis [1995]. Dapatkan semua Surat-surat Pekeliling Ikhtisas.J. Tan Tek Seng v Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Anor.L. Government of Malaysia & Ors. [1977] 2 M. Chong Voon Pin & Ors. 147 of 1976. Louis Marie Neube Rt Ambrose J Ambrose & Anor.L. Fatimah Sihi & Ors Mohamed Raihan Bin Ibrahim & Anor. Kuala Lumpur.L.. Dapatkan semua undang-undang. Hazardous Chemicals – A Manual For Schools and Colleges. Jumat Bin Mahmud & Anor. akta.

akta. Bidang/aspek yang perlu diambil perhatian adalah kurikulum. 2. Peraturan. 10. ibu-bapa dan ambil langkahlangkah untuk menjelaskannya kepada mereka. berenang tidak dibenarkan sama sekali.Tours) 1. 12. The Schools (Tours) Regulations. peserta dan guru pengiring terlibat dalam lawatan sebelum meluluskan lawatan. makmal sains. 9/2000 Education Act (Extension to Sarawak) Order.3. Wujudkan peraturan-peraturan sekolah secara bertulis tentang disiplin. dan lain-lain berdasarkan undang-undang. langkah-langkah keselamatan serta segala maklumat berkaitan yang bertulis diedarkan dan dijelaskan kepada semua murid sebelum lawatan. dan 2. Wujudkan prosedur yang diketahui semua pihak untuk menangani kemalangan atau krisis yang berlaku. Tiada kecuaian(negligence) berlaku. Laporan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan. Berusaha untuk mendidik semua staf dan kakitangan lain tentang aspek perundangan pendidikan (misalnya melalui program perkembangan staf berterusan). Pengetua harus meneliti tempat. Permohonan kepada Pendaftar 6 minggu sebelum lawatan jika ke luar negeri.In loco parentis. 1975 8. Laporkan segala insiden atau kemalangan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Kebenaran bertulis dari ibu bapa setiap murid mesti diperolehi sebelum lawatan. Rekod kejadian. Lawatan diluluskan oleh Pengetua. kokurikulum. Pelajar tidak dibenarkan berenang tanpa kebenaran guru. 9. hak cipta. 1/1995 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Ambil langkah-langkah pencegahan kemalangan pada setiap masa untuk mengelakkan kemalangan dan laksanakan kewajiban berjaga-jaga yang munasabah tanpa kecuaian. . pelajar. ordinans dan surat-surat pekeliling yang sedia ada. Peraturan-praturan yang berkaitan adalah diberi dalam berikut:The Education Ordinance 1957. Guru-guru mengambil reasonable care untuk menjaga keselamatan dan mengelak segala kemalangan yang forseeable. 4. 6. Ibu-bapa atau penjaga juga diberi keterangan tersebut melalui surat. Rekodkan segala insiden atau kemalangan dengan teliti dan sempurna. i. v. kokurikulum. 3. kemudahan dan peralatan sukan dan permainan. di atas di Pejabat dan satu salinan lagi di Perpustakaan untuk rujukan semua pihak. Ada orang dikalangan rombongan lawatan tahu dan ditugaskan menggunakannya. bengkel ketukangan (vokasional/teknik/sains pertanian/sains rumahtangga). 4. 11. Prosedur menangani kemalangan diketahui dan diikuti oleh guru-guru. 7. 6. hendaklah dibuat dengan teliti dan sempurna dan disimpan. Alat-alat pertolongan cemas disediakan. 7. 8. 5. disiplin. Pastikan semua staf mematuhi segala peraturan apabila mengambil apa pun jenis tindakan. 1957 Surat Kementerian Pendidikan bertarikh 12 Julai 1986 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. iv. ii. 9. 12. termasuk saksi-saksi yang ada. kemudahan fizikal dan bangunan sekolah. Letakkan satu salinan bahan dalam 1. 5. 10. Jika tiada penyelamat nyawa yang berpingat emas daripada Royal Life Saving Society. dan lain-lain lagi. iii. Ada guru-guru mengiringi dan menjaga murid-murid seperti mana mereka menjaga anak diri sendiri . Lampiran D Panduan Pentadbiran Pengurusan Lawatan (Administrative Guide . Edarkan peraturan-peraturan sekolah kepada semua guru. kebakaran. tarikh. kewangan. 11. pemakanan dan kesihatan.

Perubahan peranan pengetua berlaku kerana desakan daripada Kementerian Pendidikan. Madya Dr. Oleh yang demikian. pengetua/guru besar berperanan sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran. Peranan Pengetua/Guru Besar Sebagai Pemimpin Pentadbiran dan Pengajaran Di sekolah. 1982: 6) Pernyataan di atas menunjukkan terdapat perubahan tugas utama pengetua/guru besar iaitu daripada pemimpin pentadbiran kepada pemimpin pengajaran. Pendahuluan Kecemerlangan atau kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh kepimpinan pengetua/guru besar yang berkesan. (Kementerian Pendidikan Mlaaysia. Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di bilik mengeluarkan arahan dan surat-surat arahan dan suratsurat siaran. if students are performing to the best of their ability one can almost always point to the principals leadership as the key to success. pengetua atau guru besarlah yang dapat menggerakkan sekolah itu maju ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan ko-kurikulum atau mundur kebelakang sebagai sekolah yang tidak berkesan. peranan pengetua yang hanya menjalankan peranan sebagai pemimpin pentadbiran sahaja tidak sesuai lagi bagi mencapai matlamat pendidikan pada alaf baru ini dan juga bagi menghadapi cabarancabaran dan harapan-harapan pada masa akan datang ini. Dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pentadbiran dan pengajaran. (Sergiovani. telah menyarankan bahawa peranan utama kepemimpinan pengetua/guru besar mestilah: … cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolahsekolah. Oleh itu. 2. Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah supaya pihak sekolah dapat mewujudkan sekolah berkesan atau kecemerlangan dalam pencapaian akademik. … if a school is a vibrant. Oleh itu. Ini bermakna. 1995: 83). penasihat dan koordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah. dalam kontek untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan pada alaf baru ini. peranan . Apatah lagi dalam konteks pembangunan sumber manusia yang memberi penekanan dalam bidang sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020 yang menuntut pelbagai perubahan dalam sektor pendidikan. the level of professionalism and morale of teacher and the degree of concern for what students may or may not become. child-centred place. … it is his leadership that sets the tone of the school. if it has a reputation for excellence in teaching.Ciri-Ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar Berkesan Yang Dapat Menghadapi Cabaran dan Harapan Pada Abad Ke 21 Ini oleh Prof. dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktivitiaktiviti profesional guru dan pelajar. In many ways the school principal is the most important and influential individual in any school. bertindak sebagai pakar runding. the climate for learning. pengetua/guru besar perlu mempunyai dua peranan atau fungsi utama secara serentak iaitu sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran. Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan. innovative. Shahril @ Charil bin Marzuki 1.

mengurus perbelanjaan sekolah. Memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik. dan menjalin hubungan antara sekolah dan pelbagai badan/awam di luar (Zaidatul Akmaliah. memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar. Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran. pembelajaran murid. Menyedia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah (Iklim sekolah). Melaksanakan rancangan pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. iv. Beberapa kajian dibuat di Amerika Syarikat menyenaraikan tugas pengetua/guru besar sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran seperti berikut: (i) kurikulum dan pengajaran (ii) perundingan (iii) kemudahan fizikal (iv) kewangan dan perniagaan (v) pemilihan. kemudahan fizikal. Mengawas dan membimbing guru-guru di sekolah untuk menjamin pengajaranpembelajaran berjalan dengan baik. Wellish. kewangan dan pengurusan perniagaan (viii) hubungan sekolah-masyarakat. Kepemimpinan Pengetua/Guru Besar Di Sekolah Yang Berkesan Kebanyakan penulis dan penyelidik dalam pendidikan mengakui bahawa kebanyakan pengetua/guru besar yang dapat mewujudkan sekolah yang berkesan atau sekolah cemerlang berfungsi atau berperanan sebagai pemimpin pengajaran. kerja-kerja amal dan sebagainya. Weber (1971). iii. pengelolaan. 1991: 20). Menurut Wellish. et al. Manakala Hanafi Kamal (1980: 245) mengariskan tugas pengetua/guru besar ialah: (i) kepimpinan (ii) kebajikan dan disiplin (iii) staf sekolah (iv) perancangan. memastikan kemudahan dan harta benda sekolah digunakan sebaiknya. Ciri-ciri pengetua/guru besar itu ialah: i. membuat keputusan. Levine dan Lessotte (1981). persatuan. surat menyurat. Hussein Mahmood (1993). iv. Di antara penulis-penulis tersebut ialah Sweeney (1982). mengumpul dan menyusun data. (1978). et al. Robiah Sidin (1989: 37) pula menyatakan terdapat enam bidang tugas pengetua/guru besar iaitu: (i) perhubungan sekolah-masyarakat (ii) perkembangan kurikulum dan pengajaran (iii) pengurusan murid (vi) pengurusan kakitangan (v) pengurusan bangunan dan kemudahan-kemudahan lain (vi) pengurusan kewangan. Mengadakan perhubungan yang baik dan berkesan dengan pihak luar. v. Menurut Sweeney (1982).pengetua / guru besar menjalankan tugas seperti mengatur dan melaksanakan jadual waktu dan kalendar sekolah. ii. terdapat enam ciri kepemimpinan pengetua/guru besar yang berkait dengan kepimpinan pengajaran di sekolah berkesan. iii. Menyelaras program pengajaran. Kerap menilai pencapaian akademik pelajar. 1991: 319). Bagi Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989: 64) mengatakan tugas pengetua/guru besar secara umumnya boleh disenaraikan dalam empat bidang sahaja iaitu: i. ii. Rutter (1979). (1978). Membantu dan memberi semangat kepada para guru. vi. pengetua di sekolah berkesan adalah: . Edmonds (1979). dan Shahril Marzuki (1997). (1978) menegaskan ada empat perbezaan antara kepimpinan sekolah yang berkesan dengan kepimpinan sekolah Tidak Berkesan. 1. Mengawas dan menyelia disiplin. pengambilan dan pembuangan pekerja (vi) perhubungan awam (Hoy dan Miskel. Wellish et al. kegiatan sukan. mengagih dan mengawasi kerja-kerja kerani. penyelarasan dan perhubungan (v) kurikulum dan pengajaran (vi) kualliti diri (vii) pejabat sekolah. mengawai SPBT.

i. ii. iii. iv.

Mempunyai kepakaran yang jelas terhadap peranannya dalam kepimpinan pengajaran dan matlamat yang ingin dicapai. Selalu menilai kembali kemajuan guru dan berusaha untuk memperbaikinya supaya dapat menghasilkan pencapaian akademik yang baik di kalangan pelajarnya. Mengambil tanggungjawab yang lebih dalam membuat keputusan berhubung dengan pengajaran. Memilih dengan teliti perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan perancangan program pendidikan dengan bantuan guru-gurunya untuk kejayaan sekolahnya.

Manakala Shahril @ Charil Marzuki (1997:74) mengatakan bahawa peranan pengetua/guru besar dalam kepimpinan pengajaran adalah meliputi: menyelia, membuat cerapan dan memotivasikan guru-guru dalam pengajaran, bertindak sebagai pakar rujuk, membimbing dan tunjuk ajar kepada guru-guru dalam pengajaran, kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan pengurusan kelas, dan pencapaian matlamat dan misi sekolah. Ini telah disokong oleh Hussein Mahmood (1993: 36) yang mengatakan: Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan falsafah sekolah, mengadakan matlamat dan objektif sekolah, membimbing para guru supaya kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat dipertingkatkan. Di samping itu juga, guru besar seharusnya melaksanakan program perkembangan staf, menyelaras segala aktiviti pendidikan serta lain-lain usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah. Namun begitu terdapat beberapa penyelidik dan penulis yang berbeza pendapat tentang peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran dan sebaliknya. Antara penulis-penulis yang tidak bersetuju bahawa pengetua mesti berperanan penting sebagai pemimpin pengajaran ialah Fullon (1979), Krajewski (1977), Smyth (1983), Weldy (1979), Wirsig (1980), dan Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989). Fullon (1979) mengatakan bahawa pengetua berperanan sebagai pemimpin pengajaran hanyalah merupakan satu dongengan sahaja. Dalam mempertahankan pendapat ini, beliau menegaskan bahawa terdapat beberapa bukti yang jelas menunjukkan pengetua tidak boleh menjadi pemimpin pengajaran. Antara bukti tersebut ialah:i. ii. iii. iv. Pengetua tidak diberi latihan untuk menjadi pemimpin pengajaran di peringkat sekolahnya. Pengetua banyak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan am sekolah yang lain. Pengetua tidak mempunyai masa yang banyak untuk menjadi pemimpin pengajaran. Pengetahuan seseorang pengetua tidak pelbagai dan kepandaian mereka dalam kepimpinan pengajaran amat terhad. Oleh itu, mereka tidak mampu menjadi pemimpin pengajaran.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989), mendapati pengetua-pengetua di Malaysia adalah faham dan jelas tentang tugas mereka dalam kepemimpinan pengajaran, namun tugas mereka itu tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana beban tugas yang lain adalah berat dan pelbagai. Oleh itu, pengetua-pengetua menyerahkan tugas-tugas kepimpinan pengajaran di sekolah-sekolah mereka kepada guru kanan mata pelajaran tanpa garis panduan yang jelas dan mereka juga amat kekurangan masa bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran dengan guru-guru secara profesional.

Menurut Smyth (1983), penyelidikan yang dilakukan di Australia dan di lain-lain tempat menunjukkan bahawa pengetua hari ini adalah bukan sebenarnya pemimpin pengajaran di sekolahnya. Ini disebabkan: i. ii. iii. Kekurangan masa kerana mereka terpaksa mengambil bahagian dalam aktiviti lain dari tugas pengajaran dalam masa persekolahan. Mereka tidak mahu mencampuri autonomi yang dipunyai oleh guru-guru di bilik darjah. Mereka takut kerana kekurangan kepakaran.

Namun begitu, pendapat di atas telah disangkal oleh Wirsig (1980), yang mengatakan bahawa walaupun pengetua kelihatan tidak mengambil berat terhadap tugas pengajaran tetapi mereka sebenarnya mahu beraksi sebagai pemimpin pengajaran, dalam keupayaan yang mereka ada. Daripada perbincangan di atas adalah nyata bahawa peranan utama pengetua/guru besar di sekolah-sekolah adalah sebagai pemimpin pentadbiran dari pemimpin pengajaran. Ini jelas berdasarkan Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pindaan 1982) yang menegaskan bahawa pengetua/guru besar dikehendaki mengajar dalam bilik darjah sekurang-kurangnya lima waktu seminggu. Dalam menjalankan tugas mengajar ini, pengetua/guru besar mestilah peka dengan perubahan-perubahan dalam kurikulum, kaedah pengajaran-pembelajaran dan penggunaan alat bantu pengajaran-pembelajaran yang terkini seperti penggunaan komputer atau teknologi maklumat (IT) dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Dari segi profesionalismenya pula, penglibatan pengetua/guru besar dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran akan mendorong dirinya untuk mengemaskinikan pengetahuan, menerokai bidang dan pengetahuan baru selari dengan perkembangan semua. Namun begitu, bagi menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke 21 ini, peranan pengetua/guru besar tidak terbatas hanya sebagai kepemimpinan pentadbiran dan pemimpin pengajaran sahaja, tetapi lebih daripada itu.

1. Ciri-Ciri Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Yang Berkesan Pada Masa Depan
Sebenarnya adalah sukar untuk menentukan ciri-ciri pengetua/guru besar yang berkesan pada masa depan, kerana seseorang pengetua yang berjaya menjadi pemimpin yang baik di sesebuah sekolah pada hari ini belum tentu akan berjaya menjadi pemimpin yang baik di sekolah lain pada masa depan. Mengikut Stoner (1989: 552), seseorang individu yang merupakan pemimpin yang efektif dalam satu situasi mungkin berprestasi paling buruk dalam satu situasi yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pendapat tentang ciri-ciri pengetua berkesan atau cemerlang. Menurut Abas Awang (1999), pengetua yang berkesan memiliki ciri-ciri profesional seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Mengenali penyakit (masalah persekolahan). Mengenal pasti ubatnya (penyelesaian masalah). Mengetahui tempoh memerlukan rawatan (jangka masa masalah dapat ditangani). Mempunyai etika yang tinggi. Memahami teori-teori yang berkaitan dengan kerjanya. Berilmu. Berkemahiran dalam bidang tugasnya. Bersikap positif dan yakin.

Beliau seterusnya mengutarakan pelbagai kemahiran yang perlu ada pada seseorang pengetua yang berkesan iaitu kepimpinan pengajaran yang berkesan, pengurusan kurikulum, ko-kurikulum, sumber dan kewangan, perancangan strategik, kemahiran berkomunikasi, memotivasi, pemantauan, penilaian, membuat keputusan, TQM dan ISO 9000.

Melalui kemahiran-kemahiran ini, pengetua akan mempunyai piawai dalam pengurusannya dan ada fokus untuk dilaksanakan. Manakala mengikut Institut Aminuddin Baki (1998), berdasarkan (mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan pada 5 Mac 1998) mengatakan bahawa ciri-ciri pengetua/guru besar yang berkesan mengikut model Malaysia adalah seperti berikut:a. b. c. d. e. f. g. h. i. Mengamalkan cara berkomunikasi yang cekap. Prihatin terhadap hubungan kemanusiaan. Prihatin dan peka tentang perbezaan budaya dan adat resam masyarakat. Mempunyai wawasan yang jelas. Berjaya mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik. Menerima tugas sebagai satu profesion. Membuat keputusan secara konsensus. Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat Ketrampilan lain

(i) Ketrampilan pentadbiran o o o menganalisis masalah secara berkesan membuat pertimbangan yang saksama mengurus dan membuat keputusan

(ii) Ketrampilan peribadi o o o menilai pendidikan secara jelas mempunyai minat dan motivasi yang tinggi menjaga perawakan diri

Bagi menghadapi cabaran-cabaran dan harapan pada masa depan, di mana dunia pendidikan akan terus berubah sesuai dengan kemajuan zaman dan dunia tanpa sempadan, ‘langit terbuka’, penggunaan komputer dan teknologi maklumat di sekolah, ditambah pula dengan seribu satu macam kerenah pentadbiran, guru dan masalah pelajar, maka pengetua yang berkesan pada masa depan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Mempunyai kualiti kepimpinan. Mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan, pendidikan, budaya dan simbolik. Berwawasan, kreatif dan inovatif. Mempunyai kemahiran komunikasi dan motivasi. Mempunyai kemahiran membuat keputusan dan penyelesaian masalah. Mempunyai kecergasan fizikal dan kestabilan emosi Beriman dan bermoral.

4.1 Kepimpinan Yang Berkualiti Pengetua/guru besar yang berkesan perlu mempunyai kepimpinan yang berkualiti. Menurut Azmi Zakaria (1996), pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri kualiti kepimpinan seperti berikut: i. ii. Kemahuan yang tinggi untuk memimpin dan tabah bertindak menghadapi cabaran. Pintar dan berinisiatif tinggi.

Ia perlu cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan untuk menjamin keberkesanan yang maksimum dan optimum dalam menyelesaikan masalah seperti pengajaran-pembelajaran. guru dengan guru. ibu bapa dan pelajar yang terdapat di sekolah. Mengetahui batasan kepimpinan formal dan tidak formal seperti kemahiran interpersonal. ii. wujudnya masalah seperti kurang komitmen. Oleh itu. iv. v. menggalakkan serta melibatkan stafnya dalam membuat keputusan. masa. kepimpinan pengetua yang berkesan membolehkan "principals can make difference". iv. seseorang pengetua yang berkesan perlu mempunyai lima kemahiran iaitu: i. Kemahiran simbolik. Kemahiran teknikal bermaksud pengetua boleh memainkan peranan sebagai jurutera pengurusan (management engineer) (Sergiovani. Bagi menangani masalah ini. Mengikut Edmonds (1979). Kemahiran manusia. 1995: 93). Berwawasan dan mempunyai matlamat yang jelas mengenai organisasi dan pengajaran. penjadualan (schedule dan penyelarasan (coordinating). kekurangan komitmen guru dan sebagainya. Memberi peluang kepada guru menonjolkan kepimpinan mereka. Manakala Mortimore (1995). Proaktif dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas. mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia seperti perhubungan individu dan mampu memotivasikan stafnya. Kepemimpinan profesional juga menekankan keunggulan pengetua itu sendiri sebagai pemimpin untuk menangani pelbagai masalah di sekolah. vii. pengelolaan (organizing). iii.iii. dan guru dengan pelajar. ketidakhadiran bertugas dan perasaan ‘burn out’ di kalangan guru-guru juga menggambarkan pengetua kurang berjaya dalam memotivasi guru-gurunya. Bekerja keras dan menjadi contoh yang baik kepada staf yang lain. tentang takwim. vi. dan organisasi sekolah. Kemahiran pendidikan. 1995: 93). Selain itu. ramah dan baik hati. pengetua yang berkesan pada masa depan boleh menghadapi cabaran dan masalahmasalah sekolah secara profesional dan berkesan. Kemahiran teknikal. disiplin pelajar. Ketrampilan ini boleh membantu pengetua menangani cabaran-cabaran dan harapan-harapan yang diminta oleh majikan. Ini bermakna pengetua perlu mempunyai kemahiran kemanusiaan yang tinggi. Berkemahiran dan Berketrampilan (Competent Leader) Pengetua yang berkesan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan ketrampilan supaya dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah yang berkesan. Ia juga mengamalkan pendekatan bersama dan permuafakatan rumahsekolah seperti dalam soal-soal pembelajaran pelajar dan membuat keputusan. mengatakan salah satu faktor sekolah berkesan ialah pengetua yang mempunyai kepemimpinan profesional (professional leadership) iaitu pengetua yang mempunyai sikap yang tegas dan bermatlamat. Kemahiran ini termasuklah kemahiran merancang (planning). 2. . pengetua perlu mempunyai kemahiran motivasi untuk membina dan mengekalkan moral yang tinggi di kalangan staf dengan memberi penghargaan. Salah satu masalah yang dihadapi di sekolah pada masa kini ialah kurangnya wujud hubungan baik dan mesra antara pengetua dengan guru. Mengikut Sergiovani (1995: 85). v. Kemahiran budaya. sokongan. Kemahiran manusia bermaksud pengetua berkesan berperanan sebagai jurutera manusia (human engineer) (Sergiovani.

Melalui kemahiran ini. arah hala dan keutamaan yang mendorong dan memberi tenaga kepada guru dan pelajar untuk mendapat hasilan yang dicitacitakan. membuat ‘rondaan’ di kawasan sekolah. Pengetua yang berkesan juga perlu menjelaskan kepada guru dan staf lain serta pelajar. 1995: 93). 2. 1995: 93). kreatif dan inovatif serta inginkan perubahan. wawasan itu tidak disampai dan dijelaskan kepada guru dan pelajarnya. penilaian dan membuat pencerapan pengajaran guru dalam kelas. Jika adapun. seseorang pengetua adalah memainkan peranan sebagai ‘high priest’ (Sergiovani. kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadi sekolah berkesan. diagnosis keperluan. Mengikut Hussein (1993: 163). ibu bapa dan masyarakat sekitar tentang matlamat dan wawasan sekolahnya. Salah satu sebab sekolah kurang berkesan dan timbulnya pelbagai masalah di kalangan guru dan pelajarnya ialah kerana pengetua tidak mempunyai wawasan. Kemahiran simbolik bermaksud pengetua sebagai ketua atau ‘chief’ (Sergiovani. Kemahiran Berkomunikasi dan Bermotivasi . 1995: 93). seseorang pengetua adalah menjadi pemimpin atau pengamal klinik "Clinical Practitioner’ (Sergiovani. Melalui kemahiran ini pengetua dapat mewujudkan budaya sekolah atau sekolah berwatak yang perlu diikuti oleh guru-guru dan pelajar-pelajar bagi menangani masalah disiplin pelajar. Peranan pengetua termasuklah mewujudkan visi dan misi sekolah. Ini bermakna pengetua perlu mencari. Untuk membolehkan seseorang pengetua itu merealisasikan wawasannya. pengetua dapat menangani masalah yang berlaku di sekolah seperti masalah dalam bilik darjah. melawat bilik darjah. mewujudkan perpaduan bagi mencapai visi dan misi sekolah. Ini bermakna seseorang pengetua yang berkesan mesti pakar dalam pendidikan. masalah kurangnya hubungan. mewujudkan sosiolisasi di antara guru dengan pelajar. di mana pengetua yang berkesan akan berada di sekolah sepanjang masa. mengenali dan mengetahui masalah pelajar. dan mengadakan upacara memberi hadiah atau penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah mencapai kejayaan. sokongan dan komitmen daripada guru. Ia meliputi rasional. ia perlu sentiasa dinamik. masalah disiplin pelajar dan kelakuan yang tidak sihat. penggunaan alat bantu mengajar. Berwawasan.Kemahiran pendidikan bermaksud. mentafsir dan memperkukuhkan nilai. wawasan dikatakan sebagai gambaran mental masa depan yang hendak dicapai. Kemahiran budaya bermaksud. pengajaran-pembelajaran. Kemahiran ini penting bagi menangani masalah berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran guru dan pelajar dan pengetua sepatutnya bertindak sebagai ‘super teacher’ kepada guru dan pelajarnya. 3. Dengan cara ini. pelajar dan masyarakat terhadap sekolah dapat ditangani dengan mudah dan berkesan. Ia bertindak sebagai pakar rujuk dalam kurikulum. mewujudkan simbol-simbol sekolah. matlamat. mengetuai upacara rasmi di sekolah. Kreatif dan Inovatif Seorang pengetua yang berkesan mestilah mempunyai wawasan dan sanggup mengambil risiko terhadap tindakannya.

pengetua perlu melibatkan guru dan pelajar dalam membuat keputusan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah. Mengenal pasti alternatif. v. pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciriciri sebagai seorang’motivator’ dan kaunselor di sekolah. masalah jurang komunikasi antara pengetua dengan pelajar dan masyarakat dapat dikurangkan. seseorang pengetua yang mahir dalam proses komunikasi adalah pengetua yang sedar serta peka terhadap pelbagai halangan kepada komunikasi. 2. pelajar. Mengikut A. Melaksanakan keputusan. Sebarang masalah yang dihadapi sama ada yang melibatkan guru. Kemahiran motivasi penting bagi membolehkan pengetua berhadapan dengan pelbagai masalah guru dan pelajar di sekolah. manakala Hussein Mahmood (1993: 1124) penglibatan para guru dalam membuat keputusan mempunyai kaitan yang signifikan dengan rasa puas hati bekerja.L. ii. sekolah dengan agensi luar seperti masyarakat kerana komunikasi tidak jelas dan pendekatan yang digunakan oleh pengetua kurang sesuai. Mengikut Lunenburg (1995: 116). iaitu untuk menjadi sekolah berkesan. tanggapan positif di kalangan guru terhadap kepimpinan pengetua dan pencapaian akademik yang tinggi. pola dan saluran komunikasi yang betul supaya maklumat dapat disampaikan dan diterima oleh guru. Memilih alternatif yang sesuai.Pengetua yang berkesan harus mempunyai kemahiran berkomunikasi dan motivasi. pelajar dan ibu bapa. Oleh itu. dan sebagai pemberi maklum balas yang mahir. proses. pengetua perlu memahami. masyarakat dan pihak berkuasa pendidikan memerlukan penyelesaian masalah yang cepat dan betul. Menilai alternatif. vi. Menilai keberkesanan keputusan yang telah dibuat. 4. Selain itu. kurangnya komitmen dari guru dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Kemahiran Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri yang perlu dimiliki oleh pengetua yang berkesan dalam menangani pelbagai masalah di sekolah. Pengetua yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik akan dapat menangani pelbagai masalah ketidakjelasan matlamat. proses membuat keputusan di sekolah melibatkan enam peringkat iaitu: i. Ramaiah (1999: 115). Motivasi boleh didefinisikan sebagai penggerak atau pendorong untuk sesuatu tingkah laku supaya menjadi bertenaga dan bertujuan (Zaidatul Akmaliah. iv. Mengikut Lunenburg (1995) lagi. Mengenal pasti masalah. iii. 1999: 108). Berlakunya beberapa masalah di kalangan guru dan pelajar. Biasanya masalah yang dihadapi oleh pengetua di sekolah ialah bagaimana untuk mempengaruhi dan memotivasi pekerja supaya bekerjasama dalam usaha mencapai visi sekolah. Kecergasan Fizikal dan Kestabilan Emosi . Selain kemahiran berkomunikasi. sentiasa bertindak mendengar secara aktif.

Manakala pengetua yang stabil emosinya lebih mudah diajak berunding dan cenderung mengamalkan gaya kepimpinan demokratik. Pengetua juga perlu mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi dan kecerdasan emosi yang seimbang (EQ Test). keikhlasan. pengetua perlu mempunyai rasa bertanggungjawab dan amanah terhadap tugas yang diberikan kepada mereka. Oleh itu. Kajian yang dijalankan untuk melihat stres dan kepuasan kerja di kalangan guru-guru di negara ini mendapati bahawa pengetua adalah antara golongan yang mengalami stres pekerjaan berbanding dengan profesion lain. Ketinggian moral dan akhlak sewajarnya dijadikan budaya sekolah di samping mensepadukan kurikulum dan agama. Mereka lebih cenderung mengamalkan gaya kepimpinan autokratik. Kecergasan fizikal yang terganggu dan ketidakstabilan emosi akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengetua terhadap tugas dan gaya kepimpinannya. moral dan akhlak. Sebagai pemimpin sekolah. Ia perlu mengamalkan konsep syura iaitu setiap pengetua perlu menerima pandangan orang lain atau kakitangannya dengan berlapang dada dan berhati terbuka dalam membuat keputusan. 1. Beriman dan Bermoral Ciri-ciri pengetua yang berkesan tidak akan lengkap jika tidak mengambil kira dari sudut keagamaan. Mengikut Keith Davis lagi. pengetua akan dapat menangani masalah di sekolah dalam keadaan menang-menang (win-win). Perkara ini juga selaras dengan Steven Covey (1990) yang mengatakan pemimpin bermoral ialah pemimpin yang lebih menenangkan hati mereka secara perbincangan moral dan rasional. Ciri ini penting bagi membolehkan pengetua menangani masalah yang dihadapi secara rasional. Cadangan dan Saranan Untuk Pemilihan dan Lantikan Jawatan Pengetua/Guru Besar Pada Abad Ke 21 Ini Di bawah ini adalah cadangan dan saranan untuk memperbaiki pemilihan dan lantikan pengetua/guru besar sekolah dan dicadangkan juga jawatan pengetua dinaikkan taraf sesuai dengan beban tugas dan tanggungjawab pengetua di sekolah pada abad ini.Pengetua yang berkesan juga perlu mempunyai personaliti yang sesuai iaitu dari segi fizikal dan emosi. Dari perspektif Islam. pemimpin (pengetua) juga perlu mempunyai kematangan sosial iaitu matang dan stabil dari segi emosi serta mempunyai konsep kendiri yang boleh diteladani dan disanjung. tidak cacat dan cergas. sebagai pengetua sebarang tindakan yang diambil untuk menangani masalah haruslah berdasarkan kepada nilai-nilai kejujuran. keunggulan seseorang pemimpin atau pengetua seharusnya melibatkan ketinggian komitmen. keadilan dan amanah terhadap tugas dan tanggungjawab. Pengetua yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik didapati sukar menjalankan tugasnya dengan berkesan. Dengan mempunyai ciri-ciri ini. Kenyataan ini disokong oleh Keith Davis (1972) yang mengatakan pemimpin (pengetua) hendaklah mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi daripada kecerdasan standard kakitangannya. Selain daripada mempunyai kemahiran seperti yang telah dihuraikan sebelum ini. . 3. Pengetua yang terlalu emosional didapati lebih mudah mengalami stres dan sukar diajak berunding. pengetua juga perlu mempunyai "character" atau keperibadian dan akhlak yang baik sehinga boleh dijadikan "uswatun hasanah" (model terbaik). Dari segi fizikal ia perlu mempunyai tubuh badan yang sihat.

Universiti Malaya.D. beriman dan bermoral.5:1 Semua sekolah menengah Gred A. dalam perlantikan jawatan Pengetua DG1. pengalaman. 5:4 Jawatan Guru Besar Gred A di sekolah rendah seharusnya dipegang oleh guru-guru siswazah yang telah menghadiri kursus NPQH. dengan diberi elaun tanggungan kerja.).D. Walau bagaimanapun. (Artikel yang tidak diterbitkan). jika ada kekosongan jawatan dan tanpa menunggu kekananan jawatan. Peranan Pengetua Dalam Kepimpinan Pengajaran. Ini disebabkan latihan-latihan yang diberikan kepada mereka ini tidak akan dapat diamalkan di sekolah sebagai pengetua/guru besar jika tidak terus dilantik. Fakulti Pendidikan. Ini untuk membezakan gaji dan beban tugas pengetua DG2 dengan guru-guru biasa DG2 (lantikan melalui time base). kerana mereka ini masih bertenaga. 6. seharusnya disandang oleh pengetua berjawatan DG2. bagi menjalankan tugas-tugas sebagai pengetua. Bibliografi Abd. Jawatan Pengetua seharusnya dipegang oleh mereka yang mempunyai keluusan Master atau Ph. (Artikel yang tidak diterbitkan). pendidikan.Ed. mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam bidang teknikal. Walau bagaimanapun. seharus dinaikkan pangkat daripada Jawatan Pengetua DG2 kepada Jawatan Pengetua DG1 selaras dengan beban tugas yang dijalankan oleh pengetua pada hari ini. hendaklah berdasarkan kepada kelulusan (Masters dan Ph. Universiti Malaya. yang tidak diterbitkan). Hamid (1989). Ahmad Tajuddin bin Abd. Ciri-Ciri Pengetua Yang Unggul Bagi Menangani Masalah-Masalah Yang Terdapat Di Sekolah Menengah Di Malaysia. Kesimpulan Dalam menangani permasalahan yang semakin kompleks di sekolah-sekolah pada abad ke 21 ini. Jawatan Guru Besar di sekolah rendah Gred B seharusnya dipegang oleh guru-guru DG4 atau DG5. berinovatif dan kreatif dalam mengubah dan memajukan sekolah untuk menjadi sekolah berkesan. Kementerian Pendidikan seharusnya memberikan ganjaran yang setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang semakin kompleks yang dipikul oleh pengetua pada abad ke 21 ini. serta telah menghadiri kursus NPQH di IAB. berkemahiran dalam komunikasi. Razak Wahid (2000). . seharusnya diberi elaun tanggung kerja di antara RM450 – RM650. motivasi. kemanusiaan. 5:2 Bagi sekolah menengah Gred B. Selain itu. dan ciri-ciri pengetua yang berkesan seperti yang dicadangkan di atas. membuat keputusan dan penyelesaian masalah. hendaklah terus dilantik ke jawatan Pengetua/Guru Besar di sekolah menengah Gred B atau rendah Gred A dengan elaun tanggungan kerja. 5:3 Bakal-bakal pengetua/guru besar yang telah menghadiri Kursus National Professional Qualification Headship (NPQH) dari IAB dan dari Institut Pengetua. 5:5 Pengetua/guru besar yang dilantik dan yang memegang jawatan di sekolah hendaklah terdiri daripada mereka yang berumur 35 – 45 tahun. Fakulti Pendidikan. Alias bin Ngah (2000). Ciri-Ciri Pengetua Yang Unggul Bagi Menangani Masalah-Masalah Yang Terdapat Di Sekolah Menengah Di Malaysia. ia mesti mempunyai kecergasan fizikal dan kestabilan emosi. budaya dan simbolik. pengetua/guru besar seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti: mempunyai kualiti kepimpinan. (Disertasi M. Walau bagaimanapun.

Sammons. (1995). yang tidak diterbitkan). WI: The National Center for Effective Schools Research and Development. Somerset. Phi Delta Kappan. (1986). (1990).. 3 – 17. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 52 (3). The Principalship. 37 (1). Genting Highland: Institut Aminuddin Baki. Open Books. Institut Aminuddin Baki (1998). R.G. Hussein Mahmood (1993).B. Dwyer (ed. Levine. Fadzilah bin Hj. dan Ecob. Changes in School Characteristics Coincident with Changes in Student Achievement. dan Miskel. Understanding the Principal’s Contribution to Instruction dalam D. Review of Educational Research. Jurnal Pendidikan. Theory Research and Practice. (1982). Madison.K. Krajewski. Englewood Cliffs: Prentice Hall. Edmond. 15 – 27. R.W.. Tingkah Laku Pentadbiran dan Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah di Pahang. L. (1988). 53 – 58. Effective Schools for the Urban Poor dalam Educational Leadership. S.Ed. Peabody Journal of Education. dan Lezotte. (Tesis kedoktoran yang tidak diterbitkan). (1990).C. University Ohio. "Indikator Pemimpin Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan". Mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan. Principle-Centered Leadership.Azizah bte. P. W. Mortimore. (1977). School Matters: The Junior Years. Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Noor (1990). D. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolah-Sekolah. New York: Fireside. S. C.. L. C.. (1979). W. Unusually Effective Schools. R. "The Role of The Elementary School Principal In Program Improvement". Educational Administration. Simon & Schuster. Stoll. (Tidak diterbitkan).). Covey. dan Lezotte. Apakah Pengetua-Pengetua di Malaysia Menjalankan Tugas Sebagai Pemimpin Pengajaran atau Pemimpin Pentadbir? (Artikel yang tidak diterbitkan). L. D. Universiti Malaya. Md. Leithwood dan Montgemery. The Principal as Instructional Leader. (1979). hlm. Singapore: McGraw-Hill. Lunenburg.J. Brookover. Hanafi Kamal (1980). Fakulti Pendidikan. East Lansing: Michigan State University: College of Urban Development. Azmi Zakaria (1996). Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan Menurut Model Malaysia. Lewis. Hoy. An Identification for the Desirable Behavioral Domains of the Secondary School Principalship in Malaysia. Isa (2000). Kementerian Pendidikan Malaysia (1982).C. 5 Mac 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. . hlm.F. 63 (1). "Secondary Principals Want to be Instructional Leader". (1991).. (Disertasi M. hlm. Dwyer. P.

(Tesis kedoktoran tidak diterbitkan). Bidang pendidikan telah banyak dikaji secara saintifik dan empirikal.. J. . B. Malahan idea lama boleh dibuat penambahbaikan melalui penggabungan dengan idea dan dapatan terkini. T. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. P. Maughan.. pengetua memainkan peranan yang penting. Universiti Kebangsaan Malaysia. 39 (5). Cambridge MA: Harvard University Press. J. M. (1984). Educational Leadership. Dalam usaha ke arah keberkesanan sekolah. Penambahbaikan "Outcome-Based Education" Melalui Penggabungan dengan Konsep Kepimpinan Berwawasan untuk Membentuk Sekolah Berkesan oleh Anand Baharuddin * [Lulus Sarjana Kepengetuaan dengan cemerlang] Pengenalan Setelah Mortimore menggariskan 11 prinsip sekolah berkesan dalam tahun 1995. Fakulti Pendidikan. (1982). "Research Synthesis on Effective School Leadership". J. A.J. F. (1989). 41 (5).. dan Smith. (1995). perbincangan tentang konsep sekolah berkesan di negara kita telah banyak berkembang. "Leadership and Excellent in Schooling". Sergiovani. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Rutter. Educational Leadership. Zaidatul Akmaliah (1999). Kuala Lumpur:Fajar Bakti. (1979). T. Salah satu ciri penting yang perlu ada pada seseorang pengetua berkesan ialah pengetua berwawasan. Menurut Bass dan Seltzer (1990). Kertas dibentangkan pada seminar Sekolah Efektif. Stoner. A. Konsep model ini masih lagi dipraktikkan oleh pendidik masa kini. Sergiovani. Robiah Sidin (1994). Banyak teori dan model telah dikemukakan. 35 (9). Pendidikan Di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan.Peter Mortimore. (1995). Idea lama tidak seharusnya diketepikan. Ouston. Kuala Lumpur: AMIZA. Boston: Allyn and Bacon. Fifteen Thousand Hours: Secondary School and Their Effects on Children. Salah satu daripadanya ialah model "Outcome-Based Education" (OBE) yang telah dipeloporkan sekitar tahun 70an. "Ten Principles of Quality Leadership". "Key Characteristics of Effective School".J. Kajian Sekolah Berkesan Di Malaysia: Model Lima Faktor.. T. hlm. "The Principalship: A Reflective Practice Perspective". Educational Leadership. Sweeney. Pentadbiran Pendidikan. 346 – 352. Sergiovani.J. (1982). Shahril @ Charil Marzuki (1997). Pengurusan (edisi terjemahan). Mortimore. sifat berwawasan adalah ciri seorang pemimpin transformasional di mana pengetua berupaya memotivasikan pengikut-pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi dan membawa diri ke tahap "self-actualization" dan bukan hanya untuk memenuhi kehendak individu sekadar mencapai tahap selamat dan selesa.

Ini tidak bermakna beliau tiada kepimpinan berwawasan. Adakah ini bermakna pemimpin pendidikan dahulu tidak berwawasan? Martin Luther King. salah seorang pemimpin ulung abad ke-20. . tetapi tahu juga bila ia perlu bersabar untuk stafnya menemui laluan yang selesa. Bagaimana wawasan tersebut dibentuk adalah kurang penting. Kesimpulannya. apa yang diharapkan untuk dicapai oleh sekolah dalam jangka masa ke hadapan dinyatakan sebagai "goal" (matlamat) ataupun "outcome" (hasil). menghargai kejayaan di samping menerima kegagalan. Ini boleh dicapai dengan berfikiran optimistik. dikhuatiri pihak bawahan mentafsirnya berlainan daripada maksud sebenar (Wincek. Peranan pemimpin berwawasan bukan setakat melafadzkan wawasan sahaja. Pengetua haruslah membuat tindakan. Seorang pemimpin berwawasan perlulah mewujudkan iklim dan budaya yang bersedia menghadapi perubahan. penggunaan "wawasan" mula berkembang setelah "Wawasan 2020" dicetuskan. Conley (1996) melihat ini sebagai satu "kompas dalaman". pengetua yang berkepimpinan berwawasan ialah seorang pemimpin yang tahu bila untuk bersikap tegas untuk menggerakkan stafnya beberapa langkah ke hadapan. Whitaker dan Moses (1994) melihat wawasan sebagai satu impian yang diiringi oleh satu senario yang jelas tentang bagaimana impian tersebut boleh dicapai. Hasil yang diharapkan ialah penambahbaikan ke atas satu model lama berdasarkan pemikiran semasa untuk mewujudkan sekolah berkesan dan kepimpinan efektif. dan berpendirian teguh dalam menangani apa jua cabaran. Matlamat dan "Outcome" "Outcome-based education" (OBE) adalah satu model pendidikan yang dipelopori dalam tahun 70an dan masih digunakan hari ini. Kepimpinan Berwawasan Wawasan wujud dalam sesuatu organisasi apabila semua ahli mempunyai persefahaman tentang nilai. kepercayaan.Wawasan yang dijelmakan hasil kolaborasi berbagai pihak adalah lebih baik daripada wawasan yang dicetuskan oleh pengetua seorang sahaja. Perbezaan terdapat dalam istilah tetapi secara praktiknya terdapat persamaan. Yang nyata. 1994). ini tidak bermakna bahawa kepimpinan pendidikan dahulu tidak berwawasan. serta dikaitkan dengan ciri-ciri Sekolah Berkesan oleh Mortimore (1995). Tetapi jika ianya terlalu "bottom-up".Walau pun kepimpinan berwawasan adalah salah satu corak kepimpinan di bawah payung kepimpinan transformasional. ahli organisasi mungkin "berbincang" lebih dari "bertindak" (Conley. Wawasan. tujuan dan matlamat yang dapat membimbing tindakan mereka.Tujuan penulisan ini ialah untuk meninjau aspek OBE yang boleh ditingkatkan dengan mengambil kira idea baru yang diperkenalkan melalui kepimpinan berwawasan. menggunakan frasa "I dream" dalam menyampaikan harapan masa depannya. Sekiranya wawasan itu terlalu "top-down" dalam pembentukannya. Walau apapun. 1995). Fritz (1996) berpendapat bahawa apa yang penting ialah sesuatu wawasan itu dapat dihayati oleh setiap ahli organisasi. Melihat kembali laporan tentang OBE (Furman. 1996) walaupun diakui bahawa ahli adalah golongan yang akan mengimplementasikannya di dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Wawasan yang bermutu ialah satu impian yang mencabar yang dapat menggerakkan potensi sepenuhnya semua warga sekolah. Terminologi "vision" tidak digunakan. penilaian dan refleksi yang berterusan.Lashway (1997) menyatakan bahawa "vision" adalah "buzzword" 90-an. Dalam konteks Malaysia. setiap ahli organisasi perlulah yakin bahawa sesuatu yang mustahil masih boleh menjadi kenyataan.

pembentukan wawasan yang boleh dihayati oleh semua pihak. iaitu "pemprosesan" input kepada output. melaksanakan tindakan dan memantau semua aktiviti berkaitan. dan pendidik – guru dan pihak pengurusan – adalah dipertanggungjawabkan untuk mencapainya. Cara autokratik yang paling mudah ialah melalui arahan untuk diserahkan maklumat bertulis.Di peringkat ketiga ialah langkah menjajarkan ("align") aspek peringkat pertama dan aspek peringkat kedua dengan amalan pengajaran-pembelajaran dan penilaian (aspek peringkat . semua amalan pengajaran dan pembelajaran akan dijuruskan ke arah pencapaian tahap hasil muktamad tersebut. terutamanya dalam peringkat kedua. Dalam konteks pendidikan. Apabila tahap hasil muktamad telah dikenalpasti. Melalui kepimpinan berwawasan yang menggalakkan pengetua untuk "turun ke padang" bersama guru dalam perbincangan. Ketiga-tiga peringkat ini boleh juga dilihat sebagai satu rangkaian sebegini : input – proses – output. Pada masa kini ledakan maklumat dan peningkatan penggunaan teknologi membuka satu lagi dimensi dalam kepimpinan berwawasan. Satu lagi aspek penting ialah penekanan ke atas kebertanggungjawapan ("accountability") dalam usaha untuk mencapai keputusan yang diharapkan. maklumat yang diperolehi adalah lebih authentik. tahap hasil muktamad ditentukan. dan dalam berbagai-bagai bentuk. Mahathir Mohamad pernah menyebut: "Pemimpin yang menguasai maklumat adalah pemimpin yang mampu menguasai dunia". Ini tidak semestinya cara yang paling baik. tiga langkah digariskan (Spady. kepimpinan berwawasan bolehlah dibahagikan kepada tiga peringkat umum: 1. laporan dan masalah dari pihak bawahan tidak perlu melalui berbagai-bagai tahap (guru – Ketua Panitia – Guru Kanan – Penolong Kanan – Pengetua) untuk disampaikan "Outcome-based Education" (OBE) "Outcome-based Education" (OBE) atau boleh ditafsirkan sebagai "Pendidikan Berasaskan Hasil" ialah satu kaedah ke arah peningkatan prestasi pendidikan. Premis asas kaedah ini ialah: peningkatan prestasi pendidikan bergantung kepada perubahan fokus daripada input kepada hasil muktamad ("outcome"). dan 3. Pertama. pengetua yang sentiasa boleh memperolehi maklumat tentang status pelaksanaan aktiviti berkaitan dengan tugas-tugas utama pendidikan adalah pengetua yang boleh menjamin keberkesanan sekolah. Maklumat boleh diperolehi dengan berbagai-bagai cara. Pemimpin berwawasan haruslah mengasimilasikan dirinya dengan perkembangan-perkembangan semasa yang berlaku di sekelilingnya. Tahap ini adalah jangkaan masa hadapan untuk menyediakan pelajar menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi (Spady & Marshall. Di peringkat pelaksanaan OBE. dan lebih ikhlas. Maklumat-maklumat "first hand" yang boleh diterima juga akan banyak membantu dalam pembuatan keputusan. Idea. menilai. membuat refleksi dan membuat penambahbaikan berdasarkan tahap pencapaian objektif.Langkah kedua ialah membuat modifikasi ke atas kurikulum bersesuaian dengan tahap hasil muktamad yang ditetapkan. 2. 1991). 1988).Dato’ Seri Dr.Pengumpulan Maklumat Dalam Kepimpinan Berwawasan Secara amnya.

Ini juga adalah tindakan merentasi "Theory One" di mana pengetua menjangkau amalan biasa dan tidak terikat dengan cara lama atau tradisi. Kedua-dua ciri ini membawa erti bahawa strategi pentadbiran yang berkesan. Pengetua bertindak sebagai agen perubahan dan peranannya ialah sebagai pemimpin instruksional. Aktiviti utama adalah "teaming" (Vickery. kepimpinan yang berwibawa dan pengurusan pentadbiran sekolah adalah bidang yang perlu dikuasai oleh seorang pengetua berwawasan. satu model adalah dirangka untuk menunjukkan pertalian antara ketiga-tiga langkah yang berkaitan: Penjelasan Langkah-Langkah Dalam OBE Serta Faedah-Faedahnya Langkah pertama yang berkaitan dengan peringkat "menetapkan ‘outcome’" ada kaitan dengan pembentukan wawasan. Untuk menjelaskan konsep OBE. dan ini pula dijajarkan dengan amalan pengajaran-pembelajaran serta penilaian. minat dan keperluan murid. Usaha ini menepati dua ciri konsep Sekolah Berkesan oleh Mortimore. misalannya). "target" telah ditetapkan (misalannya. iaitu: o o kepimpinan profesional. dan perkongsian matlamat dan visi. berdasarkan matlamat yang ditetapkan. . Dari awal lagi. Dalam ertikata lain. sekurang-kurangnya sekali seminggu. Melalui perjumpaan ini guruguru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti instruksional serta berkongsi maklumat tentang perkembangan-perkembangan menarik kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diperolehi melalui ledakan teknologi maklumat ("ERIC Lesson Plans".ketiga). Guru juga boleh bersama-sama membuat ulasan artikel atau ulasan buku yang berkaitan dengan pendidikan. 1988) dan guru akan sentiasa memikir dan mencuba pelbagai kaedah. kurikulum perlulah mencabar keintelektualan pelajar. Melalui "teaming". berdasarkan blueprint atau wawasan sekolah. Pengetua selaku pengerusi Unit Jadual Waktu pengajaran dan pembelajaran merangka satu jadual yang membolehkan semua ahli setiap panitia berkumpul dan berbincang. Usaha pengetua mewujudkan peluang untuk "teaming" adalah mirip kepada pelaksanaan "Quality Control Circle" (QCC) dalam Total Quality Management. 1988) atau kerja berpasukan. tiga ciri-ciri berikut adalah berkaitan: o Pengajaran bermatlamat : Kurikulum direkabentuk dengan membuat beberapa pengubahsuaian. semangat "collegiality" akan wujud (Vickery. termasuk kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran. dalam konteks pencapaian akademik dalam peperiksaan awam: Sekolah akan mencapai kelulusan 100% dalam PMR Tahun 20xx) dan semua tindakan akan menjurus ke arah tersebut. tahap hasil muktamad atau "outcome" yang telah ditetapkan hendaklah dijajarkan dengan kurikulum yang telah disusun semula. Apabila dikaitkan dengan ciri konsep Sekolah Berkesan oleh Mortimore. Tinggi jangkauan : kurikulum perlulah mengambil kira tahap tertinggi yang mampu dicapai oleh pelajar supaya potensi individu dapat dicetuskan sepenuhnya. Langkah kedua adalah peringkat yang penting dalam OBE. Pengukuhan positif : penguasaan minima perlulah dikuasai oleh semua pelajar. dan perlu juga kurikulum yang dapat o o menggalakkan pelajar maju mengikut kadar pembelajaran tersendiri dengan mengambilkira keupayaan.

o Kesimpulan Gabungan kepimpinan berwawasan dalam OBE boleh memanfaatkan guru dari segi semangat kerja berpasukan dengan profesional ("professional collegiality") yang dapat diwujudkan. Pengetua yang telah memahami perkembangan setiap panitia melalui penglibatannya dalam perbincangan kumpulan akan dapat membuat penyeliaan pengajaran yang lebih objektif. Dalam masa yang sama guru akan merasa kurang tertekan kerana penglibatan pengetua telah bermula di peringkat yang lebih awal lagi. Tetapi dalam kerangka kepimpinan berwawasan. dan di samping itu kemahiran belajar.Gabungan OBE dengan kepimpinan berwawasan. Salah satu proses yang terlibat ialah penyeliaan pengajaran. pengetua akan mendapat banyak input atau maklumat tentang amalan proses pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan oleh guru serta kecenderungan mereka ke arah kaedah-kaedah tertentu. Pertama. Penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran – masa pengajaran dimanfaatkan sepenuhnya. Oleh yang demikian penilaian ke atas pelajar. pada permukaannya dapat dilihat bahawa pengetua berperanan besar dalam langkah pertama (penubuhan wawasan). kemahiran pengurusan masalah. Penglibatan langsung pengetua dalam langkah ketiga akan dapat memberikan gambaran sebenar tentang tahap implementasi proses instruksional atau pengajaran dan pembelajaran. didapati ciri-ciri berikut adalah berkaitan: o Mewujudkan suasana pembelajaran – matlamat yang jelas difahami oleh semua pihak yang terlibat boleh membantu mewujudkan iklim yang kondusif. Di sudut pengetua pula. Faedah yang ketiga adalah berkaitan dengan proses penyeliaan pengajaran. atau dalam ertikata lain. Dengan itu guru akan sentiasa yakin bahawa apa yang dilaksanakan oleh panitia adalah sejajar dengan matlamat dan wawasan sekolah. Apabila dikaitkan dengan ciri-ciri Sekolah Berkesan Mortimore. Penglibatan pengetua secara langsung membawa banyak manfaat.Jika dibandingkan peranan pengetua di dalam kedua-dua langkah di atas. peranan . Seterusnya. manakala di dalam langkah kedua peranan guru nampaknya lebih dominan. Keyakinan guru terhadap pihak atasan juga akan meningkat. Faedah ini bertambah lebih ketara di dalam bidang atau matapelajaran yang bukan opsyen pengetua.Pengetua yang mengamalkan kepimpinan berwawasan akan menyertai perbincangan kumpulan panitia. peranan pengetua tidaklah sekecil seperti yang dijangkakan. penilaiaan ke atas guru dan penilaian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna serta lebih objektif. kemahiran menggunakan teknologi dan kemahiran menganalisis data dan maklumat dikongsi sesama guru dan seterusnya disebarkan kepada pelajar. Faedah keempat dan terakhir ialah perbincangan dapat mewujudkan satu forum untuk pengetua menyumbang secara langsung dalam proses membuat keputusan berkaitan dengan kurikulum. dan ini telahpun diterangkan di atas. kemahiran berfikir. Langkah ketiga dalam model pelaksanaan OBE ialah "menjajarkan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian". pengetua dapat membuat anggaran tentang peringkat perkembangan pelajar ke arah matlamat yang telah ditetapkan – samada kadarnya mengikut jadual atau sebaliknya. di dalam langkah kedua (menyusun semula kurikulum) akan dapat membentuk seorang pengetua yang lebih yakin tentang kepimpinan instruksionalnya. bidang di mana pengetua mempunyai kemahiran yang sedikit. dan guru akan mempunyai tanggapan yang positif tentang pemimpin mereka. Penglibatan dalam perbincangan kumpulan membuka ruang untuk pengetua meningkatkan pengetahuannya.

Part I. Kedua-dua pihak – guru dan pengetua – dapat menjelmakan dan seterusnya mengamalkan kebertanggungjawapan profesional ("professional accountability") di mana pendidik adalah bertanggungjawab ke atas piawai pendidikan yang harus disampaikan.J. K. 48 (9). J. Vol. & Snyder.pengetua sebagai agen perubahan dan sebagai ahli kumpulan perbincangan membuka ruang kepada pengetua untuk mempraktikkan kepimpinan transformasional. (1996). 26 (4).) The changing contexts of teaching. Bukankah ini antara matlamat utama pendidikan? _______________________________________________________________________________ __________________________ Bibliografi Bass. D. Kuala Lumpur. (ed. 46 (2). 417-437. 692-699. & Seltzer. Fritz. 4-8. W. G. (1988). semua ini akan memberikan kesan yang positif kepada proses pembelajaran pelajar. Darling-Hammond. Vol. Outcome-based education and accountability. IAB. 52-56. Journal of Management 4. 29-35. R. Thousand Oaks.G.T. parents. Reframing accountability: creating learner-centred schools. hlm. Lashway. Spady. (1995). L. 45 (5). W. Nyland. and community members.R. Key characteristics of effective school. Educational Leadership. & Marshall. L. Vol. hlm. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Sekolah Efektif. hlm. J. Are you ready to restructure? A guidebook for educators. . in Lieberman. 67-72. (1996). B. Vol. Education and Urban Society. P. Educational Leadership. Learning from an outcomes-driven school district. Beyond outcome-based education. hlm. (1988).G.C. (1994). (1991). Visionary leadership. hlm. 1992). Chicago: National Society for the Study of Education. Vickery. (1991). Transformational leadership: beyond initiation and consideration. (1990). Paling menarik sekali. The School Administrator. Spady. San Francisco: Berrett-Koehler. bukan bertanggungjawab terhadap peraturan dan undang-undang birokratik semata-mata (Darling-Hammond & Snyder. California: Corwin Press. Educational Leadership. Ninety-first yearbook of the national society for the study of education. Conley. ERIC Digest 110 Mortimore. Furman. (1992). Corporate tides: the inescapable laws of organisational structure. T. hlm. One district’s journey to success with outcome-based education. A. Organizing for results: the basis of authentic restructuring and reform. L. (1997). Vol. 49 (2).

konsep ini telah berkembang dengan pesat dalam tahun-tahun 1980-an seiring dengan wujudnya kesedaran pihak masyarakat dunia tentang kepentingan kualiti dalam kehidupan. bila mana kaedah statistik digunakan dalam pengawalan kualiti di kilang-kilang di Amerika Syarikat. Oleh kerana pendekatan konsep TQM ini telah berjaya menunjukkan keberkesanannya dalam sektor industri.S. Negotiating the maze of school reform: how metaphor shapes culture in a new magnet school. Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh ini adalah satu konsep yang telah mula diperkenalkan sejak tahun 1920-an. J. The restructuring handbook: a guide to school revitalization. Seterusnya. New York: Teachers College Press. pengurus dalam sektor pendidikan telah mula beralih kepada TQM yang dipercayai dapat membantu ke arah kecemerlangan prestasi organisasi sekolah khususnya. keadaan persekitaran yang semakin kompleks dan tidak menentu juga seolah-olah menuntut perubahan dalam sistem pengurusan pendidikan agar mampu untuk terus ‘survive’ serta berupaya menghadapi persaingan dalam dunia era globalisasi. Konsep Bidang pengurusan pendidikan kini dianggap sebagai satu bidang yang semakin mencabar dan sering menjadi tumpuan pihak masyarakat terutamanya di kalangan golongan ibubapa. . Tidak ketinggalan juga. M. ekonomi. (1995). ‘Pelanggan Dalaman’: Konsep Dan Pendekatannya Dalam Pengurusan 'TQM' Di Sekolah oleh Abdul Aziz Abdul Jalil*[Lulus Sarjana Kepengetuaan dengan cemerlang] Pendahuluan 1. Selain dari itu. secara tidak langsung telah menarik minat dan menukar pandangan serta sikap para pengurus di sektor awam dan swasta tentang cara mereka menguruskan kualiti. (1994). politik serta teknologi seakan memaksa pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan pendidikan untuk cuba menyesuaikan setiap perkembangan yang berlaku tersebut dengan perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan itu sendiri. Perkembangan-perkembangan pesat yang berlaku samada dari aspek sosial. K.Whitaker. Pendekatan TQM yang lebih berorientasikan pelanggan serta berjalan secara berterusan juga sebenarnya adalah sangat sesuai dengan ciri-ciri pengurusan dalam pendidikan. Salah satu kaedah atau pendekatan yang dianggap boleh membantu sistem pengurusan pendidikan bagi menghadapi cabaran-cabaran ini adalah sistem Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau ‘Total Quality Management’ (TQM). & Moses. Konsep ini kemudiannya diaplikasikan oleh pengurus-pengurus korporat di negara Jepun mulai tahun 1950an yang ketika itu sedang giat membangunkan semula sektor industrinya yang terjejas akibat Perang Dunia. Wincek.C. Boston: Allyn and Bacon.

1991. 1992. Leonard. berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam organisasi. Taylor dan Hill (1993) pula berpendapat bahawa TQM adalah berkaitan dengan usaha peningkatan organisasi yang berfokuskan pelanggan. Menurut Crawford dan Shutler (1999). (1999) lagi. Oleh itu TQM dapat dilihat sebagai satu proses transformasi budaya. 1990. TQM dinyatakan sebagai bertujuan untuk peningkatan kualiti dalam sistem pengeluaran dalam usaha menghasilkan produk yang berkualiti dengan matlamat ‘zero defects’. Namun begitu. AASA. 1991. struktur organisasi dan sebagainya. 1990. Proses ini bertujuan untuk membawa perubahan yang menyeluruh ke arah melahirkan budaya organisasi yang cemerlang. 1991. produk dan pelanggan.Adakah Pengurusan Kualiti Menyeluruh ini sesuai untuk diaplikasikan dalam pendidikan? Terdapat beberapa pandangan tentang persoalan ini. 1993. Pallas dan Neuman. Penulisan ini akan cuba membincangkan tentang pendekatan konsep TQM yang dilaksanakan di sekolah dan secara khususnya pula akan membincangkan tentang konsep pelanggan dalam konteks pengurusan TQM di sekolah. Menurut Besterfield et al. amalan-amalan operasi. 1994). Definisi TQM mempunyai beberapa definisi serta tafsiran yang tertentu. sistem dan prosedur. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (1992) telah menyebut bahawa TQM ialah satu proses pengurusan kualiti yang berorientasiikan pelanggan. Spencer. dan ianya boleh dicapai melalui aktiviti-aktiviti sekumpulan pekerja dari berbagai peringkat dan struktur organisasi tersebut. 1993). 1992). TQM memerlukan enam konsep asas seperti yang berikut: . Ciri-ciri itu meliputi sikap dan nilai. Manakala Besterfield et al. 1991. Ianya adalah terdiri dari beberapa aplikasi kaedah kuantitatif dan sumber manusia bagi memperbaiki proses dalam organisasi untuk memenuhi keperluan pelanggan bagi masa sekarang dan masa akan datang. ditukar atau diperkukuhkan lagi dengan ciri-ciri baru yang lebih baik. masih terdapat beberapa pengkaji lain yang berpandangan sebaliknya (Capper dan Jamison. Meany. dan Bostingl. manakala sebahagian yang lain berpendapat bahawa hanya konsep TQM dari pendekatan Deming sahaja yang sesuai bagi bidang pendidikan (Scherkenbach. Rhodes. Sehubungan dengan perbezaan tafsiran seperti yang dinyatakan. (1999) mendefinisikan TQM sebagai satu falsafah dan juga senarai prinsip-prinsip yang boleh menjadi panduan bagi mewujudkan asas penambahbaikan berterusan sesebuah organisasi. penulisan ini akan cuba membawa perbincangan berkenaan siapakah ‘pelanggan’ yang sebenarnya di sekolah dan apakah implikasi yang mungkin timbul apabila berlakunya perbezaan tafsiran ‘pelanggan’ tersebut. 1991. Setiap perbezaan tafsiran konsep yang diberikan akan pula membawa kepada pendekatan yang berbeza oleh para pengurus sekolah iaitu pengetua dalam mengaplikasikan TQM. Pelaksanaan TQM dalam bidang pendidikan juga memerlukan beberapa penjelasan berkenaan aspek-aspek yang terkandung dalam konsep TQM seperti aspek proses. Berbagai-bagai definisi telah diberikan oleh para penyelidik dalam bidang pendidikan berkenaan dengan konsep pelanggan dalam konteks pengurusan TQM di sekolah. AASA. Para pengurus pendidikan mula menaruh keyakinan bahawa prinsip-prinsip TQM adalah sesuai digunakan di sekolah (Glaub. melalui mana ciri-ciri budaya yang sedia ada akan diubahsuai.

Terdapat dua jenis pelanggan yang dikenalpasti oleh Besterfield et al. Manakala Lunenberg dan Ornstein (1996) pula mengkategorikan pelanggan kepada dua iaitu: • • Pelanggan ‘primary’. maka penulisan ini akan menjelaskan pula maksud konsep pelanggan seperti mana yang dilihat dalam TQM. Tidak dapat dinafikan bahawa faktor pelanggan menjadi faktor yang penting dalam konsep TQM. Penggunaan serta penglibatan yang efektif keseluruhan tenaga kerja. samada pelanggan luaran atau dalaman. luaran. Sebagai contohnya. Pelanggan boleh didefinisikan sebagai pihak yang menerima sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.. pekerja-pekerja yang berada di bahagian pemasaran adalah menjadi pelanggan dalaman kepada pekerja-pekerja di bahagian . Seperti yang dinyatakan di atas. serta Tribus (1993).Memandangkan peranan pelanggan yang dianggap begitu penting dalam konsep TQM. Ini selaras dengan pendapat Lunenberg dan Ornstein (1996) yang menyatakan bahawa antara empat teras utama yang mendokong TQM termasuklah yang menyebut bahawa sesuatu organisasi itu hendaklah menjadikan pembekal dan pelanggannya sebagai fokus utama. Pembekal dianggap sebagai rakan kongsi. Memfokuskan kepada keutamaan pelanggan. dan Pelanggan Dalaman atau ‘Internal Customers’. ‘primary’ dan juga ‘secondary’? Ini adalah antara persoalan-persoalan penting yang perlu dijelaskan bagi memastikan pelaksanaan TQM berjalan lancar dalam setiap organisasi terutamanya organisasi sekolah. Siapakah pula yang dianggap sebagai pelanggan tersebut? Atau siapakah pelanggan dalaman. Konsep pelanggan yang terdiri dari dua jenis iaitu pelanggan ‘luaran’ dan ‘dalaman’ ini juga telah dinyatakan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (1992). (1999) iaitu: • • Pelanggan Luaran atau ‘External Customers’. Manakala pelanggan dalaman atau ‘internal customers’ pula adalah merupakan setiap individu (pekerja) yang terlibat dalam sesuatu proses pengeluaran atau penyediaan perkhidmatan bagi sesuatu organisasi (Besterfield et al. 1999). dan Mewujudkan sistem pengukuran pencapaian bagi setiap proses. kebanyakan definisi TQM dikaitkan dengan keutamaan kepada kepuasan atau memenuhi keperluan pelanggan. Penambahbaikan yang berterusan dalam proses pengeluaran.• • • • • • Pengurusan yang komited bagi menyokong keperluan jangka panjang keseluruhan organisasi. ‘External customers’ atau pelanggan luaran didefinisikan sebagai pelanggan yang berada di luar organisasi yang akan menerima atau memperolehi produk ataupun perkhidmatan yang disediakan. oleh Taylor dan Hill (1993). Malahan Taylor dan Hill (1993) juga turut menyatakan bahawa definisi kualiti yang paling bermakna sekali adalah kualiti dari persepsi para pelanggan. dan Pelanggan ‘secondary’.

maka pendekatan pengetua berkenaan tentu sekali akan berbeza dengan pendekatan seorang pengetua lain yang berpendapat bahawa para pelajar itu adalah ‘produk’ manakala pelanggan yang sebenarnya ialah ibubapa pelajar tersebut. Lunenberg dan Ornstein (1996) pula menyatakan para pelajar sebagai ‘primary customers’ bagi setiap organisasi sekolah manakala para ibubapa. Jika pengetua tersebut berpendapat bahawa para pelajar adalah ‘pelanggan’ dalam konsep TQM yang difahaminya. Dalam organisasi sekolah pula. 1994). para pelajar tadi dilihat sebagai pelanggan dalaman kerana kesemua proses penyediaan dan penerimaan produk perkhidmatan berlaku dalam organisasi sekolah. Kumpulan guru yang kedua ini dianggap sebagai pelanggan dalaman bagi organisasi sekolah tersebut (Taylor dan Hill. Para pengetua yang berpegang kepada kefahaman yang sebegini akan membuat perancanganperancangan tertentu selaras dengan peranannya sebagai pemimpin pengajaran bagi memastikan para pelajar sekolahnya (pelanggan) menerima perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti. hasil dari proses TQM yang diamalkan juga akan turut berbeza.Isu yang akan menjadi perbincangan dalam penulisan ini adalah berkenaan dengan konsep ‘internal customers’ atau pelanggan dalaman di mana ianya dianggap penulis amat berkait rapat dengan gaya pengurusan yang diamalkan oleh pengurus sesebuah organisasi sekolah. bukan setakat pelanggan ataupun produk. Apatah lagi jika terdapat pengetua yang menganggap para pelajar mereka sebagai sebahagian dari pekerja (Helms dan Key. 1993). perancangan serta pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku akan dibuat berdasarkan pendekatan yang berbeza dari kefahaman golongan pengetua yang pertama yang disebutkan sebelum ini. amatlah penting bagi para pengetua untuk benar-benar memahami apakah yang dimaksudkan dengan konsep pelanggan dalam TQM agar gaya pengurusan yang . Dalam konteks ini. boleh dikatakan bahawa semua guru yang terlibat bagi mengajar sekumpulan pelajar di sesuatu tingkatan akan menjadi pembekal kepada guru-guru yang akan menerima serta mengajar kumpulan pelajar yang sama bagi tahun berikutnya. situasi pengurusan pendidikan di negara Malaysia dengan pelaksanaan TQMnya dilihat lebih cenderung untuk menganggap para pelajar sebagai sebagai pelanggan dengan mengandaikan bahawa mereka menerima perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang disedia atau diberikan oleh pihak sekolah.pengeluaran kerana mereka menerima hasil produk dari bahagian tersebut untuk dipasarkan. Dalam hal ini. Bagaimana pula situasinya jika para pengetua berpendapat bahawa pelanggan dalaman itu bukanlah hanya pelajar-pelajar sahaja bahkan guru-guru yang mengajar juga boleh dikategorikan sebagai pelanggan dalaman atau ‘internal customers’ (Taylor dan Hill. Sudah semestinya. ‘stake-holders’ pula dianggap sebagai ‘secondary customers’. pembayar cukai. Walau bagaimanapun. komuniti. Latar Belakang Isu Pendekatan TQM dilaksanakan di sekolah dengan berbagai-bagai persepsi di mana ianya bergantung kepada kefahaman yang ada dalam pemikiran seseorang pengetua sekolah berkenaan (Crawford dan Shutler. 1993). 1999). Setiap perbezaan kefahaman ini akan menghasilkan pendekatan yang berlainan dan sudah semestinya juga. Begitu juga dengan perjalanan organisasi yang dilihat dari aspek komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru juga akan turut berbeza.

Dalam konteks sekolah. definisi ‘internal customers’ di sini merujuk kepada guruguru yang menerima hasil (para pelajar) dari proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh guru-guru yang terdahulu. Pengetua boleh menetapkan menurut kefahaman pengurusan TQM yang diamalkannya. 1986). 1997). Sehubungan dengan itu. Seperti yang telah dijelaskan dalam bab sebelum ini. menurut konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau TQM. Guru Sebagai ‘Internal customers’: Satu Cadangan Pendekatan Dalam organisasi sekolah. 1. selain dari pengetua. 1993). berdedikasi ke arah penambahbaikan yang berterusan untuk organisasi tersebut. Sebagai contoh.. Konsep rantaian ‘supplier-customer’ ini walaupun kelihatan begitu ‘simple’ tetapi sebenarnya memberikan ‘impact’ yang amat berkesan seandainya ia dilaksanakan di sekolah (Taylor dan Hill. para kakitangan sokongan bahkan para pelajar juga sebenarnya berperanan dalam memberikan komitmen bagi memastikan kejayaan sekolah berkenaan. Cadangan ini akan dibincangkan secara lebih lanjut dalam bab berikutnya.akan dilaksanakan oleh pengetua itu benar-benar menghasilkan ‘output’ serta ‘outcome’ yang berkualiti. bahawa guru-guru adalah merupakan pelanggan dalaman yang boleh menjadi aspek paling penting bagi pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. menurut proses pendekatan TQM. Peranan seseorang pengetua yang mencakupi sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran di sekolah juga sering dikaitkan dengan bagaimana berkesannya atau berkualitinya organisasi yang dipimpin. Ini adalah kerana konsep ini boleh menjadi satu faktor yang dapat mengukuhkan lagi sikap guru-guru ke arah pencapaian matlamat secara . seorang guru yang mengajar matapelajaran Matematik bagi para pelajar di Tingkatan Lima adalah dianggap sebagai pelanggan (‘internal customers’) kepada guru yang telah mengajar kumpulan pelajar ini semasa mereka berada di Tingkatan Empat. Walaubagaimanapun. Dalam ertikata lain. kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi itu tidak boleh didasarkan semata-mata kepada seorang individu sahaja (pengetua). guru yang mengajar Matematik bagi pelajar Tingkatan Empat adalah pembekal kepada guru yang mengajar Matematik di Tingkatan Lima. Ini bererti bahawa para pengetua dilihat sebagai punca masalah atau pihak yang menimbulkan masalah atau sebagai penyelesai masalah dalam pelaksanaan sesuatu program pendidikan (Navarro et al. guru-guru. Penulisan ini akan membincangkan secara khusus akan peranan guru-guru di sekolah menurut konsep ‘internal customers’ atau pelanggan dalaman dalam pendekatan TQM. Ini adalah kerana setiap individu dalam sesuatu organisasi sebenarnya memainkan peranan yang sama penting untuk bersamasama memberikan sumbangan. Penulis berpandangan bahawa konsep pelanggan seperti yang disarankan oleh Taylor dan Hill (1993) serta Lunenberg dan Ornstein (1996) adalah sesuai sebagai pendekatan yang boleh diaplikasikan oleh para pengetua iaitu dengan menganggap guruguru sebagai pelanggan dalaman atau ‘internal customers’. kepimpinan pengetua sering dilihat sebagai fokus utama (Hussein Mahmood. guru yang berperanan sebagai pembekal tersebut adalah bertanggungjawab dengan ‘produk’ yang dihasilkannya serta perlu memastikan bahawa ‘produk’ itu telah mencapai tahap kualiti yang sepatutnya.

menanam perasaan bangga dalam setiap tugas yang dihasilkan serta memupuk sikap akauntabiliti individu. proses penyampaian perkhidmatan ini adalah proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Implikasi Keberkesanan konsep atau pendekatan TQM yang dilaksanakan di sekolah adalah bergantung kepada bagaimana para pengetua sekolah berkenaan memahami dan mengadaptasikan konsep tersebut dengan situasi dan kesesuaian di sekolahnya. Tambahan pula. Dengan menjadikan guru-guru sebagai pelanggan atau lebih tepat lagi sebagai pelanggan dalaman (‘internal customers’). Pengurusan TQM yang diamalkan di sektor industri juga mempunyai berbagai-bagai pendekatan bergantung kepada anutan kefahaman TQM yang dipegang olah para pengurus organisasi yang terlibat (Crawford dan Shutler. masih terdapat satu aspek lain yang juga tidak kurang peranannya dalam menjayakan keberkesanan konsep TQM ini. guru-guru yang bertanggungjawab mengajar sesuatu matapelajaran bagi sesuatu tingkatan atau kelas ditugaskan pula untuk mengajar tingkatan atau kelas yang sama bagi tahun berikutnya. walaupun pihak kerajaan telah berusaha mengeluarkan edaran berkaitan dengan konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh ini (Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam. seandainya pengetua mengambil keputusan untuk menetapkan bahawa ‘supplier’ itu kelak akan menjadi ‘customer’. penulis mengambil satu pendekatan dengan membuat cadangan yang dipercayai boleh membantu para pengetua untuk menentukan arah panduan bagi mereka ketika melaksanakan proses pengurusan bercirikan TQM. Proses penyampaian perkhidmatan juga perlu diberikan penekanan yang sewajarnya apabila berbincang tentang mengutamakan pelanggan. 1985) dan Juran (1988. 1999). semasa atau selepas perkhidmatan diberikan. Menyedari hal ini. Di sini. Walaubagaimanapun. Di negara Malaysia sebagai contoh.bersama. Maksudnya di sini. 1984). para pengetua haruslah memainkan peranan sebagai pemimpin pengajaran ketika berinteraksi dengan guru-guru yang kemudiannya akan menyampaikan proses pengajaran kepada para pelajar di bilik darjah. sudah pasti guru-guru yang terlibat akan memastikan bahawa setiap proses . Ishikawa (1983. Dalam hal ini. Apatah lagi apabila meyentuh sesuatu perkara yang lebih rumit dan terperinci iaitu yang berkaitan dengan konsep pelanggan seperti yang telah dibincangkan dalam penulisan ini. 1992) namun masih terdapat pemahaman yang berbeza-beza dalam proses pelaksanaannya. Fahaman TQM yang dibawa oleh Deming (1986) yang terkenal dengan ’14 Prinsip’ adalah berbeza dengan fahaman yang dibawa oleh Crosby (1979. Begitu juga keadaannya dengan situasi yang berlaku dalam sektor pengurusan pendidikan. 1989). Menyentuh soal perkhidmatan ini juga. Dalam konteks sekolah. selain dari rantaian ‘supplier-customer’ yang menjadi aspek penting dalam konsep ‘internal customers’. 2. penulis percaya bahawa para pengetua sekolah akan boleh mewujudkan satu sistem kawalan kualiti di mana setiap proses yang berlaku akan melalui tahap rantaian ‘suppliercustomer’. pendekatan konsep TQM yang dilaksanakan di sekolah perlu mengambil kira setiap proses penyampaian yang berlaku samada ketika sebelum.

recognising that every person and every activity affects. every department. Manakala di dalam organisasi. 3. Tallahassee. For an organization to be truly effective. Kate Sullivan Elementary School. Sesuai dengan konsep TQM yang mengutamakan kehendak pelanggan. _______________________________________________________________________________ _____________________________ Bibliografi . pemahaman yang tidak seragam telah mewujudkan pendekatan yang juga pelbagai di kalangan para pengurus organisasi pendidikan. Ini sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh Oakland (1989): ‘Total Quality Management is an approach to improving the effectiveness and flexibility of businesses as a whole. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (1992) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri sedikit sebanyak telah membantu untuk menyelaraskan segala ketidakseragaman yang berlaku.. and in turn is affected by. each part of it must work properly together. Walau bagaimanapun. It is essentially a way of organising and involving the whole organization. dan di Richmond County School. The Brown Barge Middle School. ‘Win-win situation’ telah berlaku. Florida. sistem pengurusan di sekolah yang merupakan satu sistem sosial juga sebenarnya mempunyai pendekatan yang serupa iaitu untuk memenuhi keperluan para pelajar. Augusta. pernyataan di atas jelas menunjukkan bahawa peranan rantaian ‘supplier-customer’ dalam konsep ‘internal customers’ adalah sangat berkesan bagi menentukan proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru-guru kepada para pelajar agar sentiasa terjamin kualitinya. Swift House of Williston Central School. Georgia (Massaro et al. di luar organisasi ia berperanan untuk menyesuaikan pula dengan keperluan pelanggan luaran atau ‘external customers’. Terpulanglah kepada peranan kepimpinan pengajaran organisasi sekolah tersebut iaitu pengetua untuk memastikan samada harapan tersebut boleh dijadikan kenyataan. 1993). Edgecumbe High School. Deer Lake Middle School. Vermont. Tallahassee. Alaska. Pensacola. Pada dasarnya. guru-guru dan pengetua telah mendapat manfaat hasil proses tersebut.’ Dalam konteks organisasi sekolah. ibubapa. TQM adalah satu konsep pengurusan yang amat baik dan telah terbukti keberkesanan pelaksanaannya dalam organisasi sekolah di beberapa tempat seperti di Mt. TQM juga merupakan satu sistem pengurusan yang menjadikan peranan setiap ahli dalam organisasi itu sebagai penting. di mana semua pihak yang terdiri daripada para pelajar. masyarakat dan juga guru-guru sendiri. others. Kesimpulan Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau ‘Total Quality Management’ (TQM) yang pada peringkat awalnya hanya menjadi amalan di sektor-sektor industri telah mula diterima sebagai salah satu dari konsep pendekatan pengurusan di sektor perkhidmatan khususnya dalam organisasi pendidikan. Williston. every single person at every level.pengajaran dan pembelajaran yang berlaku itu akan disampaikan denagn baik dan berkualiti kerana meraka sendiri yang akan menerima hasil (para pelajar) itu kemudiannya. Sitka. every activity. TQM memberikan penekanan kepada kepuasan hati pelanggan dalaman atau ‘internal customers’.

Michna.Besterfield. L. (1992) Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam.. Columbus... D. W. L. Effective Schools: Judgements and Their Histories.. USA. ASQC.R. Wadsworth Publishing Co. Vol. Journal for Quality and Participation... no.K. 1. D. New Jersey. Kepimpinan Strategik : Satu Dimansi Baru Dalam Kepimpinan Kepengetuaan oleh Abdul Rashid Abdul Samad * Kepimpinan . Bayless. J. C. Wiltshire. Hoy.E. USA.. Miskel. 1. N. (1999) Total Quality Management in Education: Problems and Issues for the Classroom Teacher. Prentice Hall International Inc. USA.. Quality Progress. C. Hill.C. W. G. Taylor. USA. (1996) Educational Administration: Theory. Englewood Cliffs... Key. (1993) Quality Management in Schools.. Quality Progress. Lunenberg. (1996) Educational Administration: Concepts and Practices.E... (1993) Transforming Schools. (1999) Total Quality Management.H. Research and Practice.G. Silver... Hailey. F. M. Milwaukee.. USA.. H. Kuala Lumpur. A. Hussein Mahmood... C.D. Prentice Hall. Issue 2. Ohio. Helms... Vol. USA. Lunenberg.. G. M. N. New Jersey.C. Sacre. Mann.. Dewan Bahasa dan Pustaka. F. Los Angeles.. (1993) Educational Reform and Quality. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam. The Keys to excellence: The story of the Deming Philosophy. Roche. F. MCB University Press. Jabatan Perdana Menteri. MCB.. WI. P. 13. USA. Journal for Quality and Participation. A. Quality Assurance in Education.B. McGraw-Hill Inc. S. S. (1995) The Principalship: Concepts and Applications. Crawford.A. Jilid 2. (1993) Quality Management in Education. Rubach. International Journal of Educational Management.. Kuala Lumpur. Redwood Books. The Quality Yearbook. Ornstein..B. (1994) Are students more than customers in the classroom?.H. Leddick. Massaro. (1994) Good Schools. Horrine. Shutler. (1997) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Besterfield. Prestwick Books. Tribus.H. (1993) Quality Management in Education. USA..C.

Kesemua contoh di atas menunjukkan kehebatan seseorang pemimpin tidak mempunyai formula yang tetap. ‘Leadership is sharing a vision about the company’s mission and objectives. Aspek pengurusan sumber manusia adalah faktor kritikal dalam kejayaan sesebuah organisasi. b. K. Belgium.Kepimpinan. Seorang tokoh tentera. Field Marshall William Slim pula mengaplikasikan aspek-aspek kepimpinan yang dipelajari dalam tentera ke dalam bidang perniagaan yang diceburi dan berjaya. Ramaiah (1999) melihat kepimpinan sebagai satu fenomena proses manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya. Manusia sebagai satu sumber manusia dilihat sebagai satu faktor penting dalam organisasi sekolah di samping ciri-ciri lain seperti kewangan. Warren Bennis. Yang pastinya. namun diri yang berkarismatik dan berilmu menjadi faktor utama dalam kejayaan kepimpinan. One should essentially try to be oneself and to be well prepared. Kepimpinan Sekolah Kepimpinan sekolah atau dalam kata lain. selecting the right people and implementing with stamina all necessary steps. Visi yang jelas. Ini melibatkan keupayaan. satu aspek penting dalam pengurusan organisasi adalah satu isu yang hangat diperkatakan dewasa ini. Kemampuan yang menyatakan visi dengan jelas supaya pengikut dapat memahami. kemudahan fizikal dan iklim untuk mencapai matlamat sekolah yang ditetapkan.’ Francois Cornelis-President of Petrofina. mengarah. mendorong atau mempengaruhi pengikut-pengikut di bawahnya. applying good knowledge of its competitive forces to its strategic plan. . kebolehan dan kebijaksanaan seseorang itu memerintah. Kennedy dan Abraham Lincoln. namun tidak ramai yang berjaya dalam menemui resepi yang benar-benar dapat melahirkan seorang pemimpin. Gandhi lebih mempercayai kesedarhanaan dan toleransi dalam menyelesaikan satu-satu isu yang melibatkan persengketaan penduduk-penduduk Islam dan Hindu. Machiavelli tidak mempercayai ‘empowerment’ dalam melaksanakan tugas. Semua peringkat pemimpin ingin memiliki kepakaran kepimpinan seperti Gandhi.’ ‘There are as many styles of leadership as there are leaders. Kepimpinan berkait rapat dengan soal-soal kemanusiaan. dalam kajiannya tentang 90 orang pemimpin yang paling efektif dan berjaya mendapati empat jenis ketrampilan yang perlu ada pada seseorang pemimpin:a. c. Fokus pada visi. Tugas utama Pengetua sebagai agen perubahan ialah memastikan sekolah mencapai matlamat melalui penggunaan semua sumber yang ada. There isn’t a single way to lead. Kita sedia maklum pemimpin yang berjaya memiliki keistimewaan tersendiri untuk dijadikan sandaran. Pengetua dilihat sebagai pemimpin sesebuah sekolah yang bertanggungjawab kepada seorang lebih individu. Bagaimana seseorang manusia berinteraksi dengan manusia yan lain sehingga tidak menimbulkan masalah antara mereka adalah ciri unggul kepimpinan. Ciri-ciri kepimpinan berubah-ubah dari masa ke semasa bergantung kepada keadaan dan persekitaran seperti yang disarankan oleh Hersey dan Blanchard dalam The Situational Leadership. Mengenalpasti kekuatan sendiri dan organisasi. d. Kesemua situasi kepimpinan melibatkan manusia. J. seorang pemimpin mesti mampu memiliki kualiti peribadi yang unggul sebelum menerokai dimensi-demensi lain dalam kepimpinan.

Pengetua memainkan peranan sebagai ‘clinical practioner’ iaitu menyumbang kepakaran dalam bidang pendidikan dan persekolahan. Pengetua sebagai pemimpin budaya . Pengetua dapat menjalankan peranan menerusi usaha-usahanya mencari. to command. mentafsir dan memperkukuhkan nilai.Pengetua sebagai pemimpin sekolah mempunyai peranan yang besar dalam membawa sekolah ke era kejayaan. Pengetua sebagai pemimpin simbolik-Pengetua memainkan peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan yang hendak dicapai. b. Pendekatan Strategik Dalam Kepimpinan Kepengetuaan 1. "To manage is to forecast and plan. Henry Fayol Kedatangan alaf baru turut menerima ketibaan pelbagai cabaran dan permasalahan yang perlu ditangani dengan bijak.Pengetua memainkan peranan sebagai ‘high priest’. Pengetua sebagai pemimpin manusia . to organize. Hussein (1993) melihat lima dimensi utama untuk seseorang Pengetua berjaya iaitu:a. d. Leading and Controlling) dalam pengurusan kerjaya mereka. Kepimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum. Less Bell (1998) dalam jurnalnya ‘From Symphony to Jazz : The Concept of Strategy in Education’ mengkaji penggunaan konsep strategik dalam pengurusan oeganisasi. kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik. Teori dan segala amalan kepimpinan akan digunakan semaksima mungkin dalam menerajui sesebuah organisasi sekolah. Perancangan dan pengurusan proaktif seseorang Pengetua perlu dalam mengatasi segala kelemahan yang wujud. Schendel dan Hofer (1979) mendefinasikan pengurusan yang mengguanakan pendekatan strategik sebagai:- . kepimpinan manusia dan kepimpinan pendidikan sebagai aspek-aspek penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Konsep strategik yang diasaskan dari perkataan Greek ini membawa maksud kepimpinan ‘generalship’ ketenteraan. to coordinate and to control’. Pengetua seringkali menggunakan model POLC(Planning. Visi disampaikan melalui cara ini. Sergiovanni (1984) melihat kepimpinan teknikal. Pengetua sebagai pemimpin pendidikan . Kemahiran seperti ini mengutamakan pembangunan tenaga manusia yang ada di sekolah itu.Pengetua memainkan peranan jurutera manusia yakni dalam perhubungan sesama manusia. Tinjauan Literatur Brent Davies & Linda Ellison (1998) dalam School Leadership & Management melihat sejauh mana perancangan dan pengurusan strategik dapat meningkatkan hasil kerja dan memantapkan halatuju sesebuah organisasi ke arah mencapai visi sekolah. e. Esei ini akan mengupas secara terperinci tinjauan literatur serta pendekatan strategik dalam kepimpinan Pengetua khususnya dalam membentuk rangka kerja ke arah mengangkat martabat sekolah. Pengetua sebagai pemimpin teknikal yang seharusnya memainkan peranan sebagai jentera pengurusan. Peranan ini mencakupi kepimpinan pengajaran. c. Dalam kepimpinan pentadbiran. Organizing.

within the context of its values and its resources potential’ Dalam kajian. Ini adalah yang paling ideal dalam konteks sekolah.‘…the enterpreneurial work of the organization. d. with organization renewal and growth. c. ‘Strategy Planning’ – Kefahaman di peringkat organisasi adalah rendah disertakan dengan gangguan yang sedikit. a winner or a survivor. Intrapreneurship – Terdapat gangguan yang tinggi pada sistem dan organisasi tidak dapat melakukan adaptasi pada peringkat tertinggi. ‘Emergant strategy’. Keadaan ini berlaku untuk persekitaran yang stabil dan kekekuatan terletak pada adaptasi segera yang perlu dilakukan. Thomos (1993) memberikan satu pandangan yang lebih menyeluruh berkaitan strategi:‘Something the organization needs or uses in order to win. or establish its legitimacy in the world of competetive rivalry…Strategy is what makes a firm unique. Mereka beranggapan perlu ada cara baru untuk sesebuah sekolah berdepan dengan cabaran kepimpinan dan pengurusan alaf baru. Pada tahap apakah prestasi sekolah itu masa kini? Apakah perubahan-perubahan yang diperlukan? Bagaimana mengendalikan perubahan-perubahan ini? Bagaimana dapat kita ketahui perubahan-perubahan ini berjaya atau tidak? Brent Davies dan Linda Ellison (1998) dalam jurnal berjudul ‘Strategic Planning in School : An Oxymoron?’ mempertikaikan pendekatan tradisional dalam mengurus sesebuah sekolah tidak lagi praktikal dan pendekatan strategik dicadangakan.Perubahan dapat dilakukan serta merta pada strategi apabila berlaku sesuatu perubahan pada organisasi. kemudiannya dipindahkan ke sektor persekolahan yang tidak berteraskan keuntungan. a. Davies & Ellison (1998) mencadangkan sekolah perlu peka pada keperluan jangka panjang dan perlu melihat pada kesan persekitaran yang akan menganggu pencapaian sasaran tersebut. mengenalpasti kekangan dan adaptasi kepada perubahan dalam persekitaran dapat menentukan hasil yang disasarkan pada masa akan datang. c. Perancangan jangka panjang dapat dibuat untuk 3 hingga 5 bulan. Adaptasi dapat dilakukan pada peringkat perancangan disebabkan gangguan persekitaran yang tidak mendadak. ‘Strategy Intent’ – Satu kaedah yang ‘powerful’ untuk menhubungkan pemikiran .with developing and utilising the strategy… to guide the organization operations’.’ Konsep strategik yang pada asalnya digunakan dalam sektor perniagaan berorientasikan keuntungan. d. Model Boisot (1995) menjelaskan jenis-jenis strategi yang boleh dirancang dalam pengurusan strategik(Lampiran 1). Jadi. Davies dan Ellison (1997) menyatakan strategik sebagai :‘… the systematic analysis of the school and its environment and the formulation of a set of key strategic objectives to enable the school to realise its vision.’ Hargreaves (1989) mengajak Pengetua merangka empat persoalan utama dalam penguursan strategik mereka iaitu:a.…. drawing together institutional values and goals and providing a framework for the quality of provision and the development of resources. Preedy (1997) menyatakan strategi sebagai :‘ a key management process. Strategi yang menggunakan perancangan jangka panjang. b. adaptasi perlu dilakukan pada peringkat unit-unit di dalam organisasi selaras dengan perubahan dan turbulen yang berlaku. b.

b. Berdasarkan analisis kepada kesan-kesan ini.Vision comes later because the process of merging personal and shared vision takes time’. e. creating environments that generate positive feelings of your own. Beliau menggunakan Model Davies (Lampiran 2) yang diubahsuai dalam perlaksanaan strategi di sekolahnya. Trend politik Trend sosial Ternd ekonomi Perubahan teknologi Perubahan pendidikan Masyarakat setempat Demografi tempatan Keinginan ibubapa pelajar-pelajar berpotensi . Perancangan jangka panjang adalah intipati pengurusan strategik (Johnson & Schooles.action. Terlalu idealistik dan amat sesuai digunakan dalam sektor perniagaan.. Melihat kepada sekolah sebagai mudah puas hati dengan kejayaan dan ini akan menimbulkan rasa puas hati dan stagnasi dalam mutu kerja. h. emosi dan dimensi perilaku perlu diambil kira dalam mencapai visi yang dinyatakan. menilai dan mengubal tindakan yang paling sesuai (strategic choice) dan pelaksanaan pelan tersebut (strategic implementation). 1993) Komunikasi yang berkesan adalah vital dalam merealisasikan visi kepada aksi. John Forshow (1998) dalam jurnalnya berjudul ‘Establishing a Planning Framework For Rhyddings School for the year 2000 and Beyond’ melihat kepada pelaksanaan strategi dalam pengurusan sekolah. c. Mengambil kira keadaan semasa dan masa depan resos-resos yang ada (Fiedler. Proses merangka pelan strategik bermula dengan analisa situasi semasa (strategic analysis). Visi dianggap sebagai hero yang membawa seluruh organisasi ke arah matlamat yang dikongsi bersama. et. pelaksanaannya dan keberkesanan pengurusan strategik. Pengetua-Pengetua dapat memahami mengapa perlunya pengurusan strategik dengan melihat kepada masalah-masalah yang timbul tanpa pengurusan strategik. more than it presedes. definasi pengurusan strategik. al. g. f. d. namun karakter individu. ‘Vision emerges from. kajian beliau berpendapat pengurusan strategik diperlukan supaya sikap puas hati ini tidak timbul. (Fuller. 1996) Pendekatan strategik yang digunakan melihat kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam aspek-aspek berikut:a.masa depan dengan strategi. Mengambilkira trend pendidikan masa depan di luar kawasan sekolah c. Untuk jangka panjang b.’ Brian Fidler (1998) dalam jurnalnya berjudul ‘How can a successful school avoid failure?: Strategic Management in School’. 1997) dan ciri-ciri pengurusan strategik adalah:a. Visi bukanlah satu istilah baru tetapi penambahan ‘futures thinking’ menambahkan satu dimensi baru dalam perancangan pembangunan sekolah. and knowing how to avoid and deal with negative ones. Sepertimana yang dinyatakan oleh Hargeaves (1997) :‘… … …understanding other people’s.

budaya dan iklim. Menetapkan matlamat. Caldwell (1998) dalam jurnalnya berjudul ‘Strategic leadership. Pemantauan hanya dibuat apabila pelanggan menunjukkan sikap tidak minat pada barangan. Pembentukan polisi yang bersesuaian dengan peredaran masa. d. fizikal. paling tidak untuk sementara waktu. Membina etos sekolah dan persekitaran pembelajaran. ‘Insularity’ – Sesebuah organisasi yang berjaya biasanya terlindung daripada kesan perubahan persekitaran. c. c. Miller (1994) dalam kajiannya ke atas 36 buah organisasi yang berjaya (purata keuntungan syarikat empat tahun berturut-turut) mendapati 4 masalah utama yang timbul akibat kejayaan yang dicapai :a. prestasi dan perkembangan staf. ketidakpastian dan keinginan kepelbagaian dalam produk. Australia) ialah :a. h. b. Castetter (1996) dalam bukunya berjudul ‘The Human Resource Function in Educational Administration’ menggariskan beberapa aspek penting dalam perancangan strategik. Lapan bidang utama yang perlu Pengetua laksanakan dalam alaf baru (hasil dapatan Pengetua-Pengetua Sekolah-sekolah Masa Depan di Victoria. Immoderasi – Amalan seharian membuatkan mereka tidak agresif dan ini membuat tidak ada saingan di antara unit-unit dalam organisasi. Visi dan halatuju masa depan. Menggerakkan sistem pengurusan yang sedia ada kepada pengurusan yang diinginkan. . Peranan Pengetua masa kini dibandingkan dengan peranan Pengetua tahun 70an dan perbezaan ketara adalah sistem pendidikan yang tidak terpusat masa kini. Brian J. e. f. William B. b. Melaksanakan matlamat ikut keutamaan. a. Mengutarakan persoalan asas berkenaan pengstrukturan yang perlu dibuat untuk membentuk halatuju dan generasi masa depan untuk pendidikan. Penubuhan badan bebas yang memantau struktur organisasi dan pencapaiannya. Pengubahsuaian kurikulum dan pemantauan hasil pelajar. Penggunaan sumber-sumber seperti manusia. Pemilihan guru. Ini menunjukkan organisasi biasanya terperangkap dalam ilusi kejayaan yang pernah dikecapi. Ford (1995) telah mendapatkan satu maklumat komprehensif tentang peranan baru PengetuaPengetua. objektif yang perlu dicapai dan pelan-pelan taktikal (tindakan operasional) yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi. resource management and effective school reform’ adalah berkaitan pengurusan sekolah yang tidak terpusat di peringkat sekolah yang melibatkan autoriti. tanggungjawab dan akauntabiliti. aktiviti dan perkhidmatan. Ketidaktumpuan (Inattention) – Sebuah organisasi yang berjaya tidak akan menghadapi tekanan dan ini membuatkan mereka tidak sensitif kepada perubahan persekitaran. Fiedler juga mengenalpasti beberapa masalah yang perlu diberikan perhatian oleh Pengetua dalam merangka pelan strategik mereka. Tiada tumpuan khususnya kepada adaptasi yang perlu dibuat.Resos-resos dalaman yang menjadi kekuatan kepada berjayanya pelaksanaan sesuatu strategi juga dikenalpasti. Inertia – pemimpin tidak tertekan memandangkan kejayaan telah dicapai. c. Pengetua bertanggungjawab menentukan halatuju sekolah dan ini secara langsung menjadikan organisasi sekolah perlu memikirkan cara yang strategik dan dinamik dalam proses menguruskan sekolah. d. Mudah puas hati dan proses kerja rutin berjalan seperti biasa tanpa mengambil kira perubahan persekitaran. g. b. Antaranya pengurusan sumber manusia yang menjadi elemen penting dalam berjayanya pelaksanaan strategik di sesebuah sekolah.

pada masa. g. the critical success factors and strategies for an organization. Mengadakan satu had (measurable) dimana ianya akan digunakan sebagai rujukan pencapaian. Sybouts. (1992) menyatakan :‘Strategic planning is fundamentally a discipline that involves stakeholders working collectively to review selected basic considerations or conduct a strategic analysis. Dua aspek penting yang akan diberikan penekanan dalam esei ini iaitu perancangan dan pengurusan strategik akan meneroka kepentingan dan semua fakta penting dalam perlaksanaannya. and action leading to the achievement of consistent and planned results. Morrisey & Accomb (1988) menyatakan:‘A strategic plan is a framework for carring strategic thinking. matlamat. irection. Definisi a. polisi dan nilai sumber manusia. select strategies to move toward goal and operationalize the strategic goals into working plans. e. Membentuk pelan taktikal dalam batasan misi. f. kos dan orang yang betul pada kali pertama melakukan.clarify mission and goals. This startegic process is carried out by taking into considerations the internal strengths and weakness of a corporation and the challenges in the external environment. Bagi seorang pengurus dan pemimpin yang berjaya. bagaimana.pemahaman tentang apakah itu kepimpinan strategik dan memiliki kemahiran mengurusnya adalah amat penting terutama bagi menyediakan sekolah dalam menghadapi perubahan dan memimpin perubahan pada alaf baru ini. sumber manusia. Menghubungkan matlamat masa kini (contohnya program pendidikan.d. Kepimpinan Strategik Kepengetuaan Kepimpinan strategik pada masa kini telah digunakan secara meluas sebagai satu pendekatan baru bagi meningkatkan prestasi dan mengekalkan prestasi sekolah.’ . Mengkaji semua faktor luaran yang mungkin mempengaruhi perancangan strategik seperti politik. tempat. siapa yang akan menerima fungsi tersebut dan bila ianya akan tercapai. Setiap orang Pengetua ingin membuat keputusan bijak dengan melakukan perkara yang betul. ekonomi. Perancangan Strategik Perancangan strategik adalah merupakan tahap perancangan tertinggi dalam tahap perancangan yang melihat arahtuju sekolah pada jangka masa panjang sekurang kurangnya 3 hingga 5 tahun kehadapan dalam skop yang lebih luas dan umum dengan menyoal dan mencari jawapan tentang apakah yang akan dilakukan pada masa hadapan. logistik dan perhubungan luar) dengan matlamat visi. objevtives.’ Below. W.’ Victor Tan (1995) mendefinisikan perancangan strategik sebagai:‘Strategic planning is a formal process of defining business including the vision. pendidikan dan sensitiviti masyarakat luar.

making it the backbone and focus of every organizational activity.b. yet others have taken the view that it is rathera process of doing than of planning to do. a. apakah yang anda harapkan daripadanya? -Gibson. on going progress of the organization. directing. implementasi dan penilaian tindakan-tindakan yang akan memastikan sekolah mencapai objektifnya.(David. Pengurusan strategik .’ Hor (1992) dalam bukunya Sun Tze & Management berpendapat :‘Strategic management is mainly planning. R.dan mampukah ia mengadaptasi kepada perubahan? Apakah yang anda telah pelajari dari peristiwa sama ada yang berjaya atau gagal? Apakah keputusan yang sangat penting yang perlu anda buat dalam tempoh tiga hingga lima tahun yang akan datang? Jika anda dapat menentukan masa depan urusan anda. Pengurusan Strategik Pengurusan strategik adalah satu proses formulasi. • • • • • • • • • • Apakah urusan-urusan yang perlu ditumpukan untuk peningkatan kualiti sekolah? Apakah prestasi sekolah masa kini? Kemana halatuju sekolah anda? Bagaimanakah cara anda cadangkan untuk mencapainya? Apakah isu-isu kritikal yang sekolah anda hadapi sekarang ini? Jika ianya berjalan lancar. Perancangan Strategik. It’s involves the planning.albeit a high level one with long term significance. organizing and controlling of a company’s strategy-related decisions and actions.1986) Haines & McCoy (1995) menyatakan :‘Strategic management on the hand is a new way to run your business day to day. Kepentingan perancangan strategik akan menjawab persoalan-persoalan berikut untuk seseorang Pengetua merangka halatuju sekolahnya. bagaimana isu ini di atasi? Apakah budaya/iklim sekolah anda sekarang dan bagaimana nanti jika ia berubah.’ Pearce & Robinson (1997) berpendapat :‘Strategic management is defined as the set ofdecisions and action that results in the formulation and implementations of plan designed to achieve a company’s objectives. (1993) a.’ Kepentingan Kepimpinan Strategik Persoalan di atas akan dilihat pada dua aspek yang dibincangkan dalam esei ini. In incoporates strategic planning and thinking into the everyday.

Namun. Komponen-komponen utama yamg terdapat pada model kepimpinan strategik ialah:o o o o o o o o Persetujuan dari pihak pengurusan atasan. Model yang digunakan dalam perbincangan ini ialah oleh David. Faktor kritikal kejayaan. arahan kerja yang jelas. Pemahaman tentang model-model ini perlu untuk mendapatkan gambaran yang jelas dalam membina satu kerangka kepimpinan startegik. Pembinaan. Visi.misi dan objektif sekolah kini.Kepentingan pengurusan strategik khususnya bagi menghasilkan sebuah sekolah berkesan adalah seperti berikut :o Sebagai satu kerangka kerja yang tersusun dan sistematik untuk menghasilkan sekolah yang berkesan. Pengurusan strategik menyediakan peluang penglibatan pelbagai lapisan pengurusan dalam proses pemikiran dan mengurangkan tekanan serta tentangan kepada sebarang perubahan yang dicadangkan. fikirkan situasi menang-menang (win-win situation). Kerangka kerja ini akan menjelaskan dan menghubungkan dengan keputusan antara lain yang melibatkan kurikulum. Pengurusan strategik akan membantu seseorang pemimpin memiliki tujuh tabiat orang yang berkesan seperti yang dinyatakan oleh Stephen Covey (1996) iaitu proaktif. Pengurusan strategik boleh membantu meningkatkan semangat kerja berpasukan. ekonomi.F. mula dengan mengingati matlamat. Sebagai panduan untuk menuju kepimpinan yang cemerlang iaitu melakukan sesuatu yang betul dengan cara yang betul. Ia akan menjadikan sekolah bertindak secara proaktif bagi menghadapi sebarang perubahan dan seterusnya pula pemimpin perubahan dan bukannya sebagai pengikut dalam perubahan tersebut. Keputusan yang dibuat pada hari ini penting untuk hari esok dan masa depan.(1986). memotivasikan staf dan menjalinkan kemersaan di antara semua staf melalui wujudnya pemahaman yang jelas tentang matlamat. menggunakan orang yang betul pada tempat dan masa yang betul serta belanjawan yang betul. bersinergi dan tajamkan pemikiran. . pada setiap model terdapat elemenelemen yang sama dan diubahsuaikan mengikut kehendak sekolah masing-masing. hasil yang diinginkan jelas. teknologi dan sosial masa kini dan masa depan secara sistematik dan startegik. penilaian dan pemilihan strategi.R. pembangunan staf. Ia perlu diterapkan dalam set minda setiap warga ahli sekolah. pengurusan sumber dan perhubungan luar. Analisis dan diagnosis persekitaran sekolah (opportunities and threats) Analisis dan disgnosis faktor dalaman sekolah (strength and weaknesses) Pembinaan objektif. arah tujuan yamg satu. cuba memahami dan difahami. dan mengambilkira semua aspek dalam pelaksanaan termasuk soal kemanusiaan. buat perkara yang pertama dahulu (set priority). Nilai-nilai sekolah kini. Sebagai satu alat percubaan untuk memahami tentang tekanan-tekanan dan perubahan-perubahan pada persekitaran terutama dalam aspek politik. Sebagai peta panduan (road map) untuk membuat keputusan bagi menuju kepada satu destinasi yang diinginkan. o o o o o Model Pengurusan Dan Perancangan Strategik Terdapat banyak model dalam kepimpinan strategik.

Penambahbaikan (kaizen). Coyle (1997) berpendapat wawasan ialah :‘Vivid image. credible. Pembinaan plan kontingensi. ideal future and future orientation.’ Cowley & Comb (1997) menyatakan wawasan adalah gambaran pemikiran yang jelas tentang hasrat masa depan yang diinginkan seperti yang diungkapkan pada kata-kata ini:‘A vision is a statement (or a picture)of an ideal state of being or existance in thr future that is inspiring and empowering for the stakeholders of the organization. Mendorong pekerja supaya memberikan pencapaian cemerlang. Kepentingan Wawasan Kepada Sekolah Yang Cemerlang a) diinginkan) b) c) d) e) Mewujudkan perasaan mampu mengawal keadaan lebih positif dan ‘inspiring’. Pemimpin yang berjaya dan hebat masa kikipun dilihat terdiri dari mereka yang mempunyai wawasan yang hebat. Sesuatu yang bukan ‘real’ tetapi yang diimaginasikan. Memberikan arah tuju kepada sekolah (menerangkan masa depan yang . stuktur dan stail Kepimpinan.o o o o o Visi (Wawasan) Analisis jurang (gap) atau pemadanan dengan polisi. Thornberry (1997) menggambarkan wawasan sebagai gambaran atau pandangan tentang masa depan.’ 2. Pembinaan visi yang ideal dan kreatif adalah satu elemen yang penting dalam proses kerja kepimpinan strategik.attractive future for the organisation’. Membuat sekolah berkedudukan kukuh dan mampu bersaing. 1. Menyediakan dorongan untuk perubahan. Gambaran yang jelas tentang apakah bentuk masa depan yang diinginkan adalah titik tolak ke arah kecemerlangan. Pemimpin ini akan dilihat sebagai seorang yang mempunyai agenda perjuangan seperti Bill Gates yang wawasannya ialah satu rumah satu komputer. Definisi Wawasan Burt Nanus (1994) mendefinisikan wawasan sebagai :‘A vision is a realistic. Implementasi dan pengurusan perubahan. Kepimpinan yang berwawasan adalah merupakan ciri terpenting dalam membina sebuah sekolah yang berkesan.

Wawasan itu mestilah berasaskan kepada realiti situasi semasa sekolah. Communicable – is easy to communicate. Pengetua mesti bijak berkomunikasi dengan subordinat dan dapat menyatakan dengan jelas visi tersebut supaya visi itu dikongsi bersama oleh semua warga sekolah itu.. Mengandungi rangka umum jawapan kepada persoalan apa. 5. Flexible – Is general enough to allow individual initiative and alternative responses in light of changing conditions. Wawasan dengan tindakan boleh mengubah dunia. Pihak stakeholder kepada sekolah mesti boleh melihat kepentingan mereka dalam wawasan itu. Desirable – Appeals to the long term interest of employee.f) Menyatupadukan sekolah. mendorong. mengapa dan bagaimana (serta bila) visi itu tercapai.. objektif pula dibentuk. reasonable dan time-frame. sekolah perlu melihat kemampuan atau potensi resos-resos yang ada khususnya sumber manusia kerana tanpa pengurusan sumber manusia yang baik. 2. 4. sepatutnya dapat menunjukkan dengan jelas cabaran yang dihadapi sekarang bagi menghadapi masa depan yang ideal. Pembentukan objektif ada hubungkait dengan pernyataan SMART iaitu ‘specific. can be succesfully explained within five minutes. ciri-ciri wawasan yang baik adalah seperti berikut :1. siapa. measurable. 3. Kotter (1996) dalam buku ‘Leading Change’ berpendapat. hubungan wawasan dengan prestasi masa kini . Bagi memilih objektif yang paling utama kepentingannya. memberi inspirasi kepada orang lain untuk bekerjasama mencapai hasilnya. customers.. 3. Cowley & Comb (1996) dalam buku Beyond Strategic Vision menyatakan :1. You do businness. Ia sepatutnya hasil dari integrasi pemikiran pihak pasukan pengurusan daripada koleksi pandangan individu. Imaginable – Conveys a picture of what the future will look like. tidak akan tercapai visi yang dihaarapkan. Feasible – Comprises realistic. Ini dipanggil sebagai ‘shared vision’. dalam membina wawasan yang baik. Ia lebih bersifat operasional. Tempoh masa pencapaian objektif ialah dalam masa setahun satau kurang. attainable goals. 5. Objektif adalah satu pernyataan tindakan. Would fundamentally change the way. attainable. 2. stakeholders and others. 4. Wawasan yang tidak diiringi dengan tindakan adalah impian semata-mata. Ciri-Ciri Wawasan Yang Baik. 6. Maka. Wawasan itu sepatutnya berupaya untuk menarik. Joel Arthur Baker menyatakan: ‘What is imposible to do today……But if it could be done. Tindakan tanpa wawasan sekadar mengisi masa.. Focused – Is clear enough to provide guidance in decision making.’ Objektif Selepas pembentukan wawasan.

Analisis KLAP ini bertujuan menolong sekolah untuk merangka objektif yang lebih realistik berdasrkan pada keempat-empat aspek yang . b. Contoh pernyataan objektif :Kurikulum : Penilaian Menengah Rendah Mencapai kelulusan 99% dalam Peperiksaan PMR tahun 2000. iaitu ditumpukan khususnya kepada aspek kekuatan dan kelemahan (Strength and Weakness). hubungan dan simbol sekolah. Analisis struktur. iii. sekarang atau masa depan yang boleh menjadi asas untuk perancangn strategik. ko-kurikulum. Penilaian kendiri sekolah terhadap sumber-sumber dalamannya. Ekonomi. Pengetua bolehlah menyatakan objektif mengikut bidang-bidang utama yang terdapat seperti kurikulum. (Kesemua pernyataan memenuhi kenyataan SMART). 35 orang pelajar mendapat 7A dan hanya 5 orang pelajar yang gagal dalam semua mata pelajaran. Analisis ini meliputi keseluruhan aspek pengurusan sekolah. Pihak pengurusan perlu mendapatkan idea tentang sejauh manakah jurang yang memisahkan keadaan masa depan yang diinginkan dari realiti semasa. peluang dan ancaman atau dalam bahasa Inggerisnya SWOT iaitu Strength.adalah dikaji. iv. Analisis ini amat penting dalam merangka objektif kerana semua peluang dan ancaman ini dapat dikenalpasti untuk tindakan susulan. Bagi setiap bidang ini pula. Dalam aspek pengurusan sekolah. maka adalah lebih baik terlebih dahulu untuk mengadakan satu penilaian atau pengauditan terhadap situasi / persekitaran semasa samada dari aspek dalaman atau luaran sekolah. Analisis dalaman ini ialah seperti berikut :i. Analisis situasi ini merujuk kepada analisis data samada yang lepas. Analisis Profil Sekolah (Dalaman) Dan Analisis Persekitaran (Luaran) Sebelum sesebuah sekolah itu mula membina pelan tindakan atau objektifnya. hal ehwal murid. komuniti dan sebagainya. 3. Seramai 24 orang pelajar mendapat 8A. politik. kecerian. Analisis nilai-nilai dalam sekolah. Penyemakkan persekitaran (luaran) iaitu secara khususnya melihat tentang peluang dan ancaman (Opportunities and Threats). Weakness. Ini kadangkala dipanggil analisis PEST (politik. contohnya kurikulum bolehlah dinyatakan objektif bagi pencapaian Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan untuk melakukan analisis persekitaran iaitu :a. Sosial dan Teknologi). Opportunities and Threats. Analisis ini meliputi keseluruhan aspek dalam pengurusan sekolah. Analisis KLAP (SWOT) KLAP adalah akronim untuk kekuatan. Analisis kualiti perkhidmatan. Analisis sekolah (Aspek Pengurusan) ii.

Business result Customer satisfaction People satisfaction Impact on society Process People management Resources Strategy and policy Leadership Kesimpulan Kepimpinan strategik ada banyak persamaannya dengan budaya kerja korporat. c. Apa yang diutarakan di sini adalah satu alternatif kepada stail kepimpinan Pengetua dalam melaksanakan tugas kepimpinan alaf baru. Bell L. i. Dari tinjauan literatur yang dibuat. b. _______________________________________________________________________________ __________________________ Bibliografi Al Ramaiah (1999). Bhd. ‘environmental scanning’ dan pengurusan sumber manusia yang berkesan. (1998). Bagaimana anda tahu anda sedang menuju kepada masalah? 3. e. Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Kaedah sumbangsaran boleh mendapatkan maklumat untuk keempat-empat jenis analisa itu. Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. Bagaimana anda tahu jika anda telah berjaya? 2. No. (1995) telah mendefinisikan Fkk sebagai :‘Key success factors are the quantifiable outcome measurement of an organization’s vision. f. Haines S. Pg 449-460. Jika anda terkeluar dari perancangan asal. visi yang dikongsi bersama. School Leadership & Management. d. ternyata langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mencapai kejayaan bermula dengan pernyataan visi yang jelas. ensuring continual improvement towards achieving your ideal future vision’ Soalan-soalan berikut boleh digunakan oleh seseorang Pengetua untuk menyemak FKK dalam implementasi pelan strategiknya :1.4. g. apakah tindakan pembetulan yang perlu anda lakukan untuk kembali mencapai matlamat dan wawasan anda? Haines & Mc Coy (1995) telah menggariskan sembilan faktor yang sering menjadi faktor kritikal kejayaan iaitu :a. . Vol 18. Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal (Kay Success Factors) Faktor-faktor kejayaan kritikal (FKK) adalah faktor yang mentukan perancangan sesebuah sekolah berjaya ataupun tidak. h.dianalisa tadi. & Mc Coy K.

"Dalam banyak hal. inovatif. Vol 36. New York : Free Press. Vol. No.5. (1995). Kuala Lumpur : Times Book International. No.al. Kepimpinannyalah yang menetapkan nada sekolah. (1998). Riches C.5. (1998). Hussein Mahmood (1993). Tan V. The Human Resource Function in Educational Administration. Times Bool International. (1986). Fundamental of Strategic Management. Castetter F.. New Jersey : Prentice Hall. Dia ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Seseorang akan mengatakan kepemimpinan pengetualah yang menyebabkan sekolah itu berjaya. The Principal Concepts And Applications. Begitulah salah satu saranan kuat tentang betapa pentingnya peranan pengetua dalam bidang pengajaran ini telah dikemukakan oleh The Select Committee on Equal Education Opportunity of the United State's Senate pada tahun 1979. No. Davies B. Vol 36. pengetua sekolah ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Vol 18. Rusinah Siron (1999). Davies B.6. & Morgan C. Ohio : A Bell & Howell Company. Forshaw J. L. pg 461-473. : 2-3). Principles of Management. (1998). Pg 485-442. Kuala Lumpur. Adakah Pengetua-Pengetua Di Malaysia Menjalankan Tugas Sebagai Pemimpin Pengajaran Atau Pemimpin Pentadbiran Atau Kedua-Duanya Sekali oleh Azizah Md. School Leadership & Management. Journal of Educational Administration. Kepimpinan Keberkesanan Sekolah. No. (1994). Pg 445-461.Caldwell B. Mintzberg H. Great Britain : Biddles Ltd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Journal of Educational Administration. (1998). S. Change To Win. Lunenburg F. New Jersey : Prntice Hall. et. J. David F. R. C. (1998). & Ellison L. & Ellison L. tahap profesionalisme dan moral serta darjat keprihatinan terhadap masa depan para pelajar. terkenal kerana kecemerlangan dalam pembelajaran dan terdapat pelajar yang gigih mengikut kebolehan masing-masing" (Rosenblum. Human Resource Management in Education. tempat tumpuan para pelajar. Pg 421-442. (1994). School Leadership & Management. Pengetua juga adalah penghubung utama antara sekolah dengan kominiti dan cara dia menjalankan tugas dalam konteks ini menentukan sikap para ibu bapa dan pelajar terhadap sekolah. Di negara kita juga terdapat sikap dan pandangan . R. 18.4. (1989).4. The Rise And Fall of Strategic Planning. No. Vol 18. pg 447-448. (1996). iklim pembelajaran. Isa* Peranan Pengetua Dan Kepimpinan : Satu Tinjauan. School Leadership & Management. Fidler F.

kata Rosenblum et. Walter (1981).. 6). Perubahan peranan pengetua berlaku kerana keperluan daripada pelbagai usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk mencapai kecemerlangan pendidikan. tugas pentadbiran sekolah tidak seberat tugas pengajaran. Ini dinyatakan oleh ahli-ahli dalam bidang ini seperti Fullan dan Pomfret (1977).al. 1980). Oleh itu. bertindak sebagai pakar runding. Saiz sekolah yang bertambah besar kerana gabungan sekolah-sekolah kecil (seperti di England kerana pelaksanaan sistem sekolah komprehensif).al. perkembangan sistem pendidikan yang pesat tiga dekat yang lalu kerana peningkatan bilangan pelajar seterusnya menjadikan pengurusan sekolah besar di Malaysia bertambah sukar. peranan pengetua yang hanya menjalankan pentadiran sekolah (supaya sekolah dapat berjalan) kini tidak lagi dianggap sesuai bagi mencapai matlamat pendidikan bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020. penasihat dan koordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kesemua dapatan nampaknya menunjukkan bahawa tanpa sokongan kuat dan persetujuan penuh daripada pihak pengetua. Peranan pengetua turut berubah bersesuaian dengan perubahan saiz sekolah menjadikan pengetua kini lebih menumpukan kepada pengurusan sekolah berbanding dengan peranan mereka berhubung dengan pengajaran. hampir semua usaha yang dilakukan oleh pihak luar untuk membuat perubahan di sekolah akan menemui kegagalan (h.seumpama itu.Walau bagaimana pun. Jawatankuasa ini yang dinamakan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolahsekolah. Ekoran daripada itu. Peranan pengetua diiktiraf sebagai amat penting dalam kejayaan atau kegagalan sebarang pelaksanaan program pendidikan. dalam konteks untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Oleh itu. mereka perlulah cekap … dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah. Menurut Philip Loh (1974). telah melaporkan bahawa para pengetua bertanggungjawab terhadap pencapaian pelajar di sekolah mereka. pemimpin pengajaran yang disegani dan dalam kekurangan guru-guru yang terlatih. Pernyataan ini jelas menunjukkan terdapatnya peralihan tugas utama pengetua iaitu daripada pentadbir sekolah kepada pemimpin pengajaran.al. dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar. untuk mengkaji taraf pendidikan di sekolahsekolah.. para pengetua perlu memainkan dua fungsi utama secara serentak. iaitu mengurus sekolah dan memberi kepemimpinan dalam pengajaran atau dalam pelaksanaan perubahan yang dirancangkan (Rosenblum et. sebahagian besar masa kerja pengetua adalah untuk pengajaran. Satu cadangan telah dikemukakan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1982. Pengetua-pengetua dahulu bertugas di sekolah yang sama sepanjang hayatnya. Leithwood dan Montgomery (1982) dan Hord dan Leslie (1986). pengetua sekolah adalah orang yang paling penting dalam sistem sekolah dan biasanya sesebuah sekolah pada masa itu boleh dikaitkan dengan personaliti pengetuanya. Mereka adalah guru yang dihormati. mengikut pendapat jawatankuasa ini. banyak usaha untuk melaksanakan inovasi pendidikan di sekolah dikatakan tidak atau kurang berjaya dalam pencapaian objektif yang ditetapkan. (1980). atau projek pendidikan ataupun program kemajuan (pendidikan) di sekolah. Berman dan McLaughlin (1976).(1980) malah pernah berkata bahawa: Penyelidikan yang telah dijalankan selama sedekat telah memberikan maklumat penting tentang proses perubahan di sekolah-sekolah. merujuk kepada keadaan sekolah sebelum tahun 1957. dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di dalam biliknya mengeluarkan arahan dan surat-surat arahan dan surat-surat siaran (h. keadaan itu telah pun berubah dengan .. Oleh yang demikian dari segi teorinya. yang menuntut pelbagai perubahan dalam sektor pendidikan. Oleh itu. Pada ketika itu. mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan. mereka turut menjadi jurulatih guru untuk mengisi kekurangan guru di sekolah masing-masing. Pihak ini termasuklah Jabatan Pendidikan Negeri dan pelbagai Bahagian Kementerian Pendidikan. 8-9). Wyant et.

pengetahuan asas tentang konsep dan fungsi pengurusannya adalah penting. yang juga disebut organisasi sosial. Ramaiah. Ini disebabkan konsep kepemimpinan mengandungi kedua-dua tugasan tersebut dan pengetua harus menangani kedua-dua tugasan yang saling bertindih ini. Perana pengetua dalam bidang ini ialah memberi kepemimpinan. maka satu corak pentadbiran yang tersusun dan teratur diperlukan untuk memudahkan pengetua membimbing mereka bagi mempertingkatkan mutu pengajaran-pembelajaran. amat sukar untuk membezakan kepemimpinan pentadbiran dan kepemimpinan pengajaran. kepemimpinan pentadbiran dianggapkan sebagai kebolehan seseorang pengetua itu menyelenggara sekolahnya. dari segi teori. Kedua. Dalam hal ini pengetua seharusnya menentukan sekolahnya berkebolehan membina/mewujudkan kesesuaian sekolahnya itu dengan persekitarannya Sergiovanni. Oleh kerana guru-guru dan kakitangan am merupakan sumber utama dalam sistem pentadbiran sekolah. malahan ada pengetua yang tidak mengajar langsung dan hampir seratus peratus masa kerja mereka adalah untuk hal-hal pengurusan sekolah (AL. Peranan ini termasuklah mengenalpasti staf baru. 1999). membuat perhubungan dengan komuniti serta menggunakan sumber yang terdapat dalam komuniti itu dengan berkesan. penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti di sekolah. dan tingkah laku mereka mempengaruhi keberkesanan sekolah. Drake dan Roe (1980) pula mempunyai pandangan bahawa perana pengetua adalah functionallydualistic. Dalam hubungan ini. Jika dilihat dari satu perspektif. 1977). Dalam organisasi sekolah. pengetua dikatakan sebagai pentadbir atau pengurus sekolah dan menumpukan peranannya untuk memajukan sekolah. Dalam bidang ini. terdapat perbezaan antara kedua-dua tugasan ini. Walau bagaimanapun. serentak dengan perubahan keadaan sosiopolitik dan ekonomi beberapa dekat yang lalu. Selain itu tugas pentadbiran menjadi bertambah berat berbanding dengan tugas pengajaran. pengetua juga perlu melibatkan diri dalam perkhidmatan pelajar. seseorang pengetua sekolah itu perlu berfungsi dalam lima bidang.perkembangan sistem pendidikan. Peranan ini mencakupi hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan pelajar. Kepemimpinan seumpama ini dicirikan dengan kerja rutin . Mentadbir Atau Memimpin Atau Kedua-duanya Sekali? Untuk memahami sistem sesebuah sekolah. ialah bidang kewangan dan kemudahan sekolah. dengan tujuan matlamat sekolah dapat dicapai. dan sekolah-sekolah tidak boleh dikaitkan personaliti pengetua lagi. pengetua harus peka tentang komuniti sekolahnya. pengetua ini harus berusaha memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran sosial yang sihat dan memberangsangkan pengajaran-pembelajaran di sekolah itu. Menurut Lipham dan Hoeh (1974). Dimensi pertama ialah penekanan pentadbiran-pengurusan iaitu pengetua menjalankan tugas-tugas mentadbir dan mengurus sekolah. Pengetua sekarang sering berpindah dari sebuah sekolah ke sekolah yang lain. supaya sekolah itu lebih maju. Dimensi kedua ialah dimensi kepemimpinan pendidikan-pengajaran. Peranan ini termasuklah mentafsir dan perancang program di sekolah. penglibatan pengetua dalam bidang perkembangan staf. Pertama. mengadakan orientasi dan mengagihkan tugas staf serta melaksanakan program kemajuan dan penilaian staf. Mereka melihat peranan pengetua itu dari dua dimensi. Keempat. Dalam konteks ini pengetua perlu membuat perancangan tentang anggaran belanjawan. galakan dan sokongan kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Peranan ini berhubungan dengan kelicinan perjalanan sesebuah sekolah itu. Konsep jawatan pengetua sebagai pentadbir sekolah berubah. Kelima. penglibatan pengetua dalam bidang kemajuan pengajaran. mentadbir kewangan dan kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah. Dalam masa yang sama. penglibatan pengetua dalam bidang perhubungan sekolah dengan komuniti. Dalam konteks ini dikatakan sebagai pemimpin pendidikan-pengajaran. Ketiga. bimbingan dan kerjaya. Pengetahuan ini dapat membimbing pengetua sekolah memainkan peranannya sebagai seorang pentadbir dan pengurus sesebuah sekolah.

penolong pengetua dua dan penyelia petang (Kementerian Pendidikan Negeri. Unit pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah boleh dikatakan dinamik kerana di peringkat inilah pentadbir pendidikan dan kakitangan pendidikan berinteraksi terus dengan pelanggannya (murid. Pengetua Dalam Pentadbiran. kegiatan sukan. ibu bapa dan komuniti). Di peringkat sekolah. 1987). kakitangan. kewangan. bangunan. Kebijaksanaan. Maju mundurnya sesebuah sekolah itu bergantung banyak kepada peranan pentadbiran dan pengurusan sekolah serta tingkah laku dan corak kepimpinan pengetua itu (Jurnal PKPSM. 1967. Oleh itu peranan yang dimainkan oleh pengetua adalah sangat penting di dalam menjayakan sistem pendidikan kita. Pengetua dibantu oleh penolong pengetua satu. alat-alat persekolahan sekitar sekolah. pengetua dibantu oleh dua orang penolong kanan dan seorang penyelia petang (sekolah dua sesi) dalam menjalankan tugas pentadbiran sekolah berkenaan. dan sememangnya adalah sukar untuk beliau menyempurnakan peranan dan tugasnya tanpa sebarang bantuan. 1984). 1980-1981). di samping menyelesaikan gangguan-gangguan pembelajaran tang wujud hampir setiap hari di sekolah (Bridges. pengetua atau guru besar bertindak sebagai pemimpin profesional dan pemimpin pentadbiran. bertindak balas terhadap masalah dari dalam dan luar sekolah. Mengadakan hubungan baik dan berkesan dengan ibi bapa dan orang ramai melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) serta Jemaah (h. Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencapai matlamat . 3. Ramaiah. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) juga menyenaraikan tugas pengetua seperti berikut: 1.(Dwyer. ekonomi. 1999). pengetua bertanggungjawab untuk menguruskan sekolah dalam banyak aspek seperti kurikulum. 4. 1984). sosio-politik dan faktor pendidikan. Di peringkat sekolah. Sepertimana biasanya diperkatakan "… terdapat pengetua yang 'baik' di sekolah yang bagus. guru-guru. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat. Mengawas dan menyelia murid-murid dalam pelajaran mereka dan dalam hal seperti disiplin. geografi. Brightman. Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk berdasarkan sistem politik dan pentadbiran negara. kokurikulum. pengambilan kakitangan dan pengubalan dasar. Sistem Pentadbiran Pendidikan Di Malaysia. kerja-kerja amal dan sebagainya. pejabat. struktur pentadbiran pendidikan juga berpusat di mana ia berkaitan hal kurikulum. Mengawas dan membimbing guru-guru di sekolah untuk menjamin mutu pengajaran-pembelajaran di sekolah. jarang ada pengetua yang 'baik' duduk di sekolah yang 'teruk' (AL. 142) Dengan itu jelaslah bahawa tugas dan peranan seorang pengetua adalah bersifat kepelbagaian. sistem fail. keberkesanan dan kebolehan kepemimpinan pengetua diuji sepenuhnya. persatuan. Pada amnya. Wujudnya amalan pentadbiran berpusat ini dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor misalnya faktor sejarah. murid-murid. Melaksanakan semua rancangan pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Jabatan Pendidikan Negeri. 2. dengan itu.

Sebagaimana diterangkan oleh Fred Fiedler tentang teori dan konsep kepimpinan yang terdapat dalam buku Educational Administration. politik dan budaya. Selain daripada tingkah laku dan peranan pentadbiran yang harus dilakukan oleh pengetua untuk membentuk iklim sekolah yang menarik dan menyeronokkan. pengetua harus memainkan peranan sebagai pemimpin. Jabatan Pendidikan Negeri. ada pengetua yang dilabelkan sebagai berkesan atau bagus dan ada pula yang dikatakan tidak berkesan atau tidak bagus. Pengetua Dalam Kepimpinan Pengajaran. Theory and Practice oleh Hoy dan Miskel (1987) menyatakan: "That leadership style is determine by the needs the individual seeks to satisfy in the leadership situation and that the effectiveness of the group's performance is contingent upon the appropriate matching of leadership style and the degree of favourableness of leadership situation for the leader that is the degree to which the situation provides the leader which influence his workers". (1962) menggambarkan pengetua yang berkesan sebagai seorang yang bekerja keras dan sentiasa berhubung dengan guru. Proses reformasi dan perubahan yang berlaku sememangnya memerlukan perubahan dan pengubahsuaian dari segi struktur organisasi pentadbiran serta corak pentadbiran pendidikan supaya menjadikannya lebih efektif dalam menghadapi cabaran reformasi dan perubahan. Apakah yang membezakan antara pengetua yang berkesan dengan yang kurang berkesan? Adakah ini bergantung pada kelulusannya atau kerajinannya? Dalam hubungan ini. Kementerian Pelajaran. juga menjadikan sistem pendidikan lebih bertanggungjawab. murid-murid. mengawasi guru dan kakitangan bukan guru serta murid-murid. pengetua menjalankan tugasnya sesuai dengan dasar kerajaan iaitu berdasarkan pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan dalam bidang akademik dan bukan akademik. politik serta pengaruh asing. Pengetua mestilah berusaha untuk memahami pekeliling.sekolahnya dan matlamat pendidikan pada keseluruhannya. PKPSM. Gross dan Herriot (1965) melaporkan bahawa pengetua berkesan ialah yang memberi galakan dan sokongan kepada staf.al. Untuk mendapat kepimpinan yang berkesan seseorang pengetua harus mengetahui tentang teori-teori kepimpinan dan seterusnya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. kemudahan-kemudahan asas yang lain serta perbelanjaan sekolah dan seterusnya membuat 'budgeting' dan perancangan yang rapi (Jurnal. daripada memberi arahan. undang-undang dan peraturan serta prosedur yang dihantar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. serta yang mengutamakan . kakitangan. Kepimpinan pengetua terhadap guru-guru. Senario Di Malaysia Reformasi pendidikan berlaku secara berterusan di seluruh dunia kerana desakan perubahan keadaan sosioekonomi. pengetua juga bertanggungjawab mentadbirkan dengan baik bangunan sekolah. menjadikannya lebih efektif dalam mengurus dan mentadbir perubahan. Bersama itu. 1980-1981). Hemphil. Limpham dan Hoeh (1974) misalnya telah mengatakan bahawa. sama ada yang berkaitan dengan halhal profesional dan sebagainya (Malaysia. Disebabkan oleh sistem berpusat.1969-1978) Dalam kajian dan penulisan tentang sekolah efektif. et. pendidikan negara turut berubah dengan pesat sebagai respons kepada perubahan sosioekonomi. Di samping menjalankan pentadbiran.. yang membezakan antara pengetua yang berkesan dengan yang tidak berkesan ialah gaya kepemimpinannya. Pejabat Pendidikan Daerah dan agensi kerajaan yang lain. ibu bapa dan masyarakat sekeliling hendaklah berkesan supaya ia dapat menunjukkan kecemerlangan sekolah.

Di Malaysia. menuntut seseorang pengetua itu meluangkan banyak masa untuk mengadakan perbincangan secara interaktif dengan guru. Berasaskan andaian bahawa tingkah laku pengetua tidak mempunyai kesan secara langsung ke atas pembelajaran pelajar.. Sudah pastilah cara begini. Wirsig (1980). 1981). Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengetua sekolah mempunyai kerja yang banyak. 1989) menunjukkan sekolah yang efektif dipimpin oleh pengetua yang berkesan. Hanya terdapat perbezaan di antara mereka ialah di peringkat penekanan sahaja. Kepemimpinan adalah faktor penting yang membezakan antara pengetua yang berkesan dengan tidak berkesan. Murphy et. penglibatan pengetua dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh mendorong dirinya untuk mengemaskinikan pengetahuan dan kemahirannya dalam kaedah pengajaran dan maklumat lain mengikut perkembangan semasa. wujudnya satu paradigma teori mengenai hubungan kepemimpinan pengetua dengan kemajuan atau kejayaan pelajar. Pandangan ini diperkukuhkan pula dengan dapatan Rasmussen (1976) dan Ogawa dan Hart (1985) Lethwood Montgomery (1986) yang mengatakan bahawa terdapat pertalian signifikan antara tingkah laku kepemimpinan pengetua dengan prestasi pelajar. Turner (1977). pengetua boleh mempengaruhi prestasi pelajar melalui interaksi dengan guru.kepemimpinan yang berkesan. Tersirat dalam dapatan ini. Ini menyebabkan peranan mereka dalam memimpin pengajaran kurang diberi perhatian. Sebab itulah agaknya Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri tidak menentukan masa khusus untuk pengetua datang atau pulang dari sekolah (Hassan. pengetua mestilah peka dengan perubahan-perubahan terutama berkaitan dengan kaedah mengajar dan masalahmasalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam bilik darjah. Melalui interaksi ini. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Nor Azizan (1998) mengenai persepsi guru terhadap peranan pengetua berhubung dengan pencapaian akademik telah berjaya menunjukkan bahawa . Seperti yang dinyatakan lebih awal. Kenanyakan penulis dan penyelidik dalam pendidikan mengakui bahawa pengetua sekolah hendaklah berfungsi sebagai pemimpin pengajaran di peringkat sekolah masing-masing. tetapi secara tidak langsung. Ini merupakan satu cara bagi mereka untuk menyelesaikan kerja yang bertimbun-timbun kadangkala terpaksa diselesaikan di luar waktu pejabat (Vetter.al. dan menggunakan gain scores untuk perbincangan seterusnya. Dengan kesedaran ini. manakala sekolah yang kurang efektif pula dipimpin oleh para pengetua yang kurang berkesan dan kurang berminat untuk memajukan diri dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka. 1979). Spalding (1982). Brown (1981) dan ramai lagi. Kajian sekolah efektif pula tidak menyatakan dengan jelas bagaimana kepemimpinan pengetua memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar. pengetua dapat bertindak segera untuk memperbaiki kelemahan yang ada bagi meningkatkan operasi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sehubungan dengan itu. Ini jelas berdasarkan Pekeliling Pentadbiran 3/67 (pindaan 1982) menegaskan bahawa pengetua dikehendaki mengajar dalam bilik darjah sekurang-kurangnya lima waktu seminggu. Dari segi profesionalismenya pula. seorang pengetua seharusnya memainkan peranannya sebagai guru di bilik darjah. pengetua mestilah menentukan jadualnya sendiri untuk mengajar. kajian telah mendedahkan pelaksanaan inovasi pendidikan dan juga pembelajaran pelajar. mereka boleh berkongsi maklumat mengenai pencapaian para pelajar. Antara penulis-penulis tersebut ialah seperti Zechman (1977). Dalam hubungan ini. Mengikut model teori Glasman dan Neidermeyer. Maknanya kesan tingkah laku pengetua terhadap pembelajaran pelajar disalurkan melalui intermediate variables. Satu kajian yang telah dijalankan (Hussein. (1983) telah mengemukakan teori bahawa pengetua masih boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar dan pencapaian akademik mereka. Ramai pengetua yang bekerja keras dan mengambil banyak masa untuk mengatasi peranan dan beban kerja. ada pihak yang mengatakan pengaruh pengetua terhadap pembelajaran pelajar tidak berlaku secara terus.

Dalam membahaskan persoalan ini. Ini termasuklah menggunakan keputusan ujian dan peperiksaan untuk menilai kemajuan ke arah pencapaian matlamat sekolah. Tingkah laku kepimpinan pengetua bergantung kepada gred sekolah untuk sekolah-sekolah di kawasan bandar. Kepimpinan pengajaran adalah merupakan tanggungjawab yang paling utama sekali dilakukan oleh pengetua (Wood. hanyalah merupakan sayu dongengan sahaja. Sepertimana kata Bowles (1968). Amerika Syarikat. Zechman (1977). Antara bukti-buktinya ialah: i. Ada penulis yang menyatakan bahawa pengetua semestinya mempunyai peranan sebagai pemimpin pengajaran dan di sebaliknya ada penulis yang menolak pendapat ini. terdapat beberapa perbezaan pendapat yang dikemukakan berhubung peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran. . Dalam menyokong pendapat ini. Beliau menegaskan bahawa pengetua memang boleh menunjukkan contoh yang baik dalam tugas-tugas atau perlakuan mereka di sekolah. tetapi tidak mungkin mereka boleh menunjukkan contoh yang baik dalam kepimpinan pengajaran.guru-guru mempunyai persepsi yang pengetua adalah aktif memainkan peranan mengawasi kemajuan pelajar-pelajar. telah melaksanakan dengan baik tugas mereka sebagai pemimpin pengajaran. Krajewski(1977). Pengetua banyak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan am sekolah yang lain. 1974). Menurut Weingast (1980) pula.Dapatan Fadzilah (1990) mengenai tingkah laku pentadbiran dan kepemimpin pengetua. Dalam mempertahankan pendapat ini. menentukan yang tindakan telah dibuat untuk mengenalpasti pelajar yang memerlukan pengajaran khas dan memberitahu keputusan prestasi sekolah secara bertulis kepada guru-guru. Terdapat banyak lagi penulis lain yang membincangkan persoalan dengan mendalam dan menyatakan pendapat masing-masing tentang tujuan mereka bahawa pengetua mestilah menjadi pemimpin pengajaran di peringkat sekolah mereka. Strotner(1983) dan Cawelti(1980). ii. Namun begitu konflik dan perbezaan pendapat masih timbul dalam membincangkan persoalan ini terutamanya di Amerika Syarikat (Hassan. mendapati bahawa persepsi guru-guru menghuraikan pengetua pada keseluruhannya lebih menumpukan kepada tingkah laku kepimpinan daripada tingkah laku pentadbiran di dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. 1981). Antara penulis-penulis yang tidak bersetuju menyatakan bahawa pengetua mempunyai peranan penting sebagai pemimpin pengajaran ialah. "someone has suggested that when principal discusses with a teacher the desirability of using of particular work book with several children. Smyth(1983). pengetua diempat daerah di Pensylvania. pengetua mestilah meletakkan keutamaan dalam peranannya sebagai pemimpin pengajaran di sekolah mereka dan menjalankan tugas dengan kerjasama guru-guru tanpa mengabaikan tanggungjawab pengurusan yang berkesan dalam aspek-aspek lain. dalam sistem persekolahan. beliau menegaskan bahawa terdapat beberapa bukti yang jelas menunjukkan pengetua tidak boleh menjadi pemimpin pengajaran. sebagai pemimpin pengajaran di sekolah mereka. Melalui kajian ini juga telah membuktikan bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang pengetua adalah aktif menjalankan dimensi peranan menggalakkan iklim pengajaran dan pembelajaran. Hanya satu peranan sahaja dalam dimensi ini yang dianggap oleh guru-guru kurang aktif dijalankan oleh pengetua iaitu meninjau kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar melalui perbincangan secara individu dengan guru-guru. memberitahu keputusan prestasi sekolah kepada pelajar. Fullon(1979) berpendapat bahawa. mengawasi dan menentukan yang guru kanan mata pelajaran atau guru lain yang telah diberi tanggungjawab menjalankan penyemakan terhadap hasil kerja pelajar. penulis mengemukakan alasan tersendiri dalam menentukan pendirian mereka. Fullon(1979). Hoch(1973). he ia acting as a curricular or instructional leader". Hasil kajian itu menunjukkan bahawa pengetua sekolah seharusnya memberi penekanan yang lebih kepada kepimpinan pengajaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Begitu juga persepsi pengetua-pengetua sendiri menghuraikan bahawa pengetua pada keseluruhannya lebih menumpukan kepada tingkah laku kepimpinan daripada tingkah laku pentadbiran di dalam menjalankan tugas mereka. Aftron(1974). Pengetua tidak diberi latihan untuk menjadi pemimpin pengajaran di peringkat sekolahnya. Berdasarkan kepada tinjauan bacaan yang telah dibuat.

i. iv. mendapati pengetua-pengetua di Malaysia adalah faham dan jelas tentang tugas mereka dalam kepemimpinan pengajaran. iii. Weldy (1979) menekankan bahawa pengetua adalah sesungguhnya pemimpin pengajaran di peringkat sekolahnya. maka mereka amat kekurangan masa bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran dengan guru-guru mereka secara profesional. yang perlu dilakukan oleh pengetua-pengetua sekolah di Malaysia. penyelidikan di Australia dan di lain-lain tempat telah menunjukkan bahawa pengetua hari ini adalah bukan sebenarnya pemimpin pengajaran di sekolahnya. Oleh sebab mereka sibuk dengan tugas yang berbagai. Menurut Smyth (1983). maka tumpuan sepenuhnya terhadap kurikulum pengajaran tidak dapat dilaksanakan.iii. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Tajuddin (1989). kelemahan dalam pengurusan kurikulum atau kepimpinan dalam pengajaran menunjukkan tidak akan menyebabkan seseorang . Oleh kerana beban tugas yang begitu banyak. Dalam kajiannya. Mereka tidak mahu mencampuri autonomi yang dipunyai guru-guru di bilik darjah. adalah agak keterlaluan. penyeliaan bilik darjah. sama ada mereka mahu atau tidak. Mereka tidak ada pilihan lain dalam hal ini melainkan mereka mestilah melengkapkan diri sebagai pemimpin pengajaran. Kekurangan masa kerana mereka terpaksa mengambil bahagian dalam aktiviti lain dari tugas pengajaran dalam masa persekolahan. dalam keupayaan yang mereka ada. namun tugas mereka itu tidak dapat dijalankan sepenuhnya sebagaimana sepatutnya kerana beban tugas yang lain adalah berat. perkembangan staf dan penilaian terhadap guru-guru adalah sangat kurang hanya antara sepuluh hingga dua puluh peratus daripada kerja-kerjanya mengikut jam. Mereka takut kerana kekurangan kepakaran. Pengetahuan seseorang pengetua tidak berbagai-bagai dan kepandaian mereka dalam kepimpinan pengajaran amat terhad. mereka mestilah mendapatkan masa tersebut. Turner (1974) berpendapat bahawa pengetua mempunyai peranan penting dalam mengambil keputusan dan tindakan dalam menentukan hala tuju dan perkembangan pelajaran di sekolahnya. bagaimana ia boleh menilai pengajaran seseorang guru di sekolahnya? Akan tetapi untuk meletakkan dakwaan bahawa mereka tidak boleh dan tidak layak menjadi pemimpin pengajaran. Cawelti (1980) misalnya menganggarkan masa yang digunakan oleh pengetua dalam aktiviti kepimpinan pengajaran seperti perkembangan kurikulum. Jika mereka tidak tahu mereka mestilah belajar dan jika mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi. Weldy (1979) berpendapat bahawa pengetua memang kekurangan pengetahuan tentang peranannya sebagai pemimpin kurikulum. Hasil kajiannya sendiri telah membuktikan bahawa pengetua adalah bukan pemimpin pengajaran. ii. walaupun pengetua kelihatan tidak mengambil berat terhadap tugas pengajaran tetapi mereka sebenarnya mahu beraksi sebagai pemimpin pengajaran. Sebagai pemimpin pengajaran. Pengetua-pengetua banyak menyerahkan tugas-tugas kepimpinan pengajaran di sekolah-sekolah mereka kepada guru-guru kanan mata pelajaran tanpa garis panduan yang jelas. Sebab-sebab tersebut ialah. Oleh itu mereka tidak mampu untuk menjadi pemimpin pengajaran. Jika pengetua tidak dilatih dalam bidang mata pelajaran yang tertentu. Juga berdasarkan contoh-contoh yang berlaku. Pengetua tidak mempunyai masa yang banyak untuk menjadi pemimpin pengajaran. Krajewski (1977) sendiri pernah menyatakan pendapat bahawa pengetua tidak boleh menjadi pemimpin pengajaran kerana banyak masanya digunakan untuk mengurus kerja-kerja perkeranian sehingga melalaikan tugas-tugas yang lebih penting dalam kepimpinan pengajaran itu sendiri. Menurut Wirsig (1980). tetapi ini jarang sekali berlaku. pengetua-pengetua sepatutnya menjadi pakar rujuk di sekolah-sekolah mereka.

Oleh itu. Akibatnya. perlu memainkan peranan yang banyak dalam drama kehidupan sekolahnya. Sesetengah tugasan bagi keduadua bidang itu adalah bertindan-tindih. . Ini ialah kerana banyak lagi angkubahangkubah lain yang sepatutnya turut bertanggungjawab dalam hal ini. terutamanya di sekolah-sekolah yang besar. Antaranya ialah seperti pemilihan staf. dasar-dasar yang mengawal operasi tugasnya. Sesungguhnya dalam organisasi sekolah. jelas menunjukkan yang kebanyakan pengetua di Malaysia tidak hanya menumpukan tugas sebagai pemimpin pentadbir atau pemimpin pengajaran semata-mata tetapi mereka telah cuba menggabungkan kedua-duanya sekali demi kepentingan kemajuan dan kejayaan sekolahnya walaupun terpaksa mengharungi berbagai kekangan dan cabaran. tetapi sebaliknya kelemahan dalam pengurusan-pengurusan yang lain seperti pengurusan kewangan. Berdasarkan keadaan beban tugas sekarang. keperluan murid-murid. Dapatan kajian Nor Azizan (1998) diharap dapat memberi kesedaran kepada guru mengenai beban tugas dan peranan yang dijalankan oleh pengetua sebagai pemimpin pengajaran. PKPSM 19801981). perhubungan masyarakat. adalah diharapkan guru-guru menyedari betapa kompleks tugas dan peranan seorang pengetua. Oleh itu dalam keadaan beban tugas yang banyak itu. pengetua tidaklah seharusnya dipersalahkan sepenuhnya jika pendidikan yang bermutu gagal diwujudkan di sekolah mereka. amatlah sukar bagi kita memisahkan antara kepemimpinan pentadbiran dengan kepemimpinan pengajaran. yang boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan. Ginsberg (1988) dan Kroeze (1983) pula telah menunjukkan masalah utama kepemimpinan pengajaran sebagai masalah penjelasan definasi kerana definasi yang ada dan huraian tentang tingkah laku kepemimpinan pengajaran adalah tidak jelas. Bagaimana pun untuk mewujudkan sekolah yang berkesan. 'boundary management' dan sebagainya boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan tindakan tatatertib. yang tidak operatif bagi kegunaan pelaksana. fungsi pengetua membayangkan kedua-dua tugasan tersebut. Kebanyakan kajian yang dibuat menerangkan tingkah laku kepemimpinan pengajaran para pengetua agak luas. pengetua lebih berhati-hati menjaga peranan dan tugas-tugasnya yang lebih tinggi risikonya. Ini disebabkan dari segi pratiknya. Pengetua hanya mempunyai sedikit keupayaan untuk mengawal angkubahangkubah itu. Pengetua di sekolah-sekolah Malaysia. kebanyakan pelaksana merasa ragu-ragu tentang apa yang sebenarnya mereka lakukan. supaya dengan ini mereka dapat memberi kerjasama dan sokongan yang dapat membantu pengetua melaksanakan tugas dan peranan mereka dengan lebih berkesan. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa pengetua kurang menerima latihan dan bimbingan dalam kepimpinan pengajaran.pengetua itu untuk menerima tindakan tatatertib kerana tidak dikuatkuasakan. kabur dan menggunakan istilah yang samar-samar konsepnya. Ini bukan pula bermakna pengetua-pengetua terus mengabaikan tugas-tugas kepimpinan pengajaran ini tetapi tanggungjawab ini dibebankan bersama dengan guru-guru bawahannya terutamanya guru-guru kanan mata pelajarannya. Pada hal faktor-faktor itu mempengaruhi prestasi seseorang pengetua dan selanjutnya menentukan mutu pendidikan dan pencapaian sekolah mereka (Jurnal. Terdahulu dari itu kajian oleh Ahmad Tajuddin (1989) mendapati pengetua tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada kurikulum pengajaran kerana dibebani dengan tugas-tugas yang begitu banyak. kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Daripada tinjauan literatur dan kajian-kajian yang telah dirujuk. turun pangkat atau dipindahkan serta merta ke tempat-tempat lain. tradisi dan inspirasi masyarakat. Rumusan. dan yang lebih penting lagi ialah peruntukan kewangan.

Boston : Allyn dan Bacon. Universiti Malaya. Vol. _______________________________________________________________________________ ___________________________ Bibliografi.C. Kementerian Pendidikan. Hussein Mahmood. (1989). sekolah berkesan. 1979). R.C.. Fadzilah Bin Hj. Fakulti Pendidikan. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Md. 63(1) : 19-39. dan Pomfret. Introduction To Educational Administration. Penolong Kanan Kokurikulum. "Reaserch On Curriculum And Instruction Implementation". dan Hedges. 1978. G. D. 1983.al. F. 1978. 42(6) : 92-94. A. Selangor : IBS Buku Sdn. Noor. Ramaiah. dan Nystrand. (1980).. Malaysia. (1977) "The variables of leadership". Sapone. R. Penolong Kanan 11. Dlm Dwyer. Universiti Malaya. 1978 dan Rutter. Bhd. (1979). "A Case Study Of Instructional Leadership". (1986). Thrust For Educational Leadership. "Effective Instructional Leadership Produces Greater Learning". (1985). Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur. sekolah berwatak dan sebagainya demi mengangkat martabat pendidikan di Malaysia ke arah pendidikan bertaraf dunia. 9(3) : 8-10. Brookover. Kementerian Pendidikan. Peranan Pengetua Dalam Kepimpinan Pengajaran. 1979. Fullan. E. (1977). Malaysia.F. R. D. Dwyer. kajian-kajian tentang sekolah efektif menunjukkan bahawa keberkesanan sekolah mempunyai pertalian yang kuat dengan kepemimpinan pengetua yang tidak hanya dalam pentadbiran malah juga dalam bidang oengajaran (Edmonds. Penyelia Petang dan Guru-guru Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Sesungguhnya kepimpinan pendidikan di Malaysia ini adalah menuju ke arah itu memandangkan usaha-usaha gigih pelbagai pihak termasuk penubuhan ke arah sekolah bestari. "The Principalship". Inc.al.(1992). Bridges. Campbell.seseorang pengetua itu perlulah menjalankan kedua-dua tugas itu kerana dari segi praktiknya.al. Cawelti. Ahmad Tajuddin Bin Abdul Hamid.S.. (1977). J. et. Borrow. (ed). (1999).O. (1993). Kepemimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. AL. Educational Leadership. Principal As Instructional Leader. Tingkah Laku Pentadbiran dan Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah Di Pahang. Barth. Vol. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan : Kuala Lumpur. et. (1990). Jabatan Pendidikan. Peabody Journal Of Educational. .M.. et. Review Of Educational Research. M. 47(1) : 335-397. Penolong Kanan 1. Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Wellish. Kajian Tugas Guru Besar. The Academy of Management Review 2..

Peranan pengetua adalah mengurus semua sumber. Persepsi Guru Terhadap Peranan Pengetua Berhubung Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah Daerah Petaling Jaya. 1996).. The principal's job is to help the school achieve a high level of performance through the utilization of it human and material resources. Hj.F Stoner & Wankel C. Komunikasi merupakan suatu penggerak dan proses dinamik dalam organisasi yang dapat membantu kerjasama dan kemajuan secara berkumpulan ke arah pencapaian matlamat. Komunikasi dalam organisasi merupakan unsur yang penting dalam proses pengurusan organisasi dan keberkesanan organisasi.(1990)." Ini menunjukkan manusia merupakan sumber utama di sekolah. Shah Alam. the school perform well. the school doesnt either. Pembuatan Keputusan Partisipatif Di Sekolah : Satu Tinjauan Literatur oleh Azman Adnan* [Lulus Sarjana Kepengetuaan dengan cemerlang] Model Komunikasi oleh Hassan Awang Mat* Pendahuluan Komunikasi merupakan perkara penting dalam sesebuah organisasi seperti sekolah. dicirikan oleh bentuk interaksi antara manusia dengan manusia dan manusia dengan kerjanya (Fred C. … a principal's job is to get done by working with and through other people. (1998). dan juga sebagai persuatif. iaitu agar seseorang individu itu bersedia menerima sesuatu pemahaman atau keyakinan untuk melakukan sesuatu perbuatan atau kegiatan Fred C.L. Lunenburg . Lunenburg (1995: 3) menyatakan ". di mana di dalamnya terdapat pelbagai sumber seperti alat.. termasuk manusia secara berkesan dengan komunikasi yang berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.1995). Prestasi atau kejayaan sekolah adalah bergantung kepada aktiviti manusia di dalamnya. Yusuf.If the people perform well. 1998) menyatakan komunikasi befungsi sebagai informatif. . iaitu agar seseorang individu itu mengerti dan mengetahui. bahan dan manusia. Selangor : DBP. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. Pentadbiran Pendidikan.Mendefinisikan komunikasi adalah suatu yang sukar (A. if the people dont perform well. Walau bagaimanapun di sini disenaraikan beberapa pendapat sarjana mengenai komunikasi. Ramaiah 1999) dan sentiasa mendapat kritikan daripada sarjanasarjana yang lain (James A. Komunikasi adalah penting dalam organisasi sekolah ke arah mencapai matlamat bersama yang telah dirancang. Fakulti Pendidikan : Universiti Malaya. Sekolali adalah sistem sosial. (Tuan Yacob.Nor Azizan Bt.

A.L.Ramaiah (1999) menyatakan bahawa komunikasi adalah satu proses antara perorangan yang melibatkan pertukaran idea, maklumat dan pendapat atau pun melibatkan proses penghantaran dan penerimaan simbol yang bermakna. Harold Koontz & Heinz Weihrich (1997) mendefinisikan komunikasi sebagai pemindahan maklumat daripada pengirim kepada penerima supaya maklumat dapat difahami oleh si-pemerima. Fred C. Lunenberg (1995) menyatakan komunikasi adalah satu proses pemindahan maklumat dan pemahaman daripada seseorang kepada yang lain. James .A.F Stoner & Waukel C. (1996) menakrifkan komunikasi sebagai satu proses di mana manusia mencuba mengongsi pengertian melalui penghantaran mesej-mesej secara simbolik. Menurutnya ada tiga perkara penting dalam komunikasi iaitu melibatkan manusia -memahami bagaimana manusia berhubung antara satu sama lain; komunikasi melibatkan pengertian yang dikongsi dan komunikasi adalah simbolik - isyarat, bunyi, huruf nombor dan perkataan yang menyerupai idea yang hendak disampaikan. Jaafar Muhamad (1999) menyatakan komunikasi adalah satu fenomena yang kompleks. Menurutnya komunikasi adalah satu proses pertukaran dan perpindahan maklumat serta mesej dari sesuatu sistem kerja dibentuk, dipertahankan, diubahsuai dan dilaksanakan menurut kehendak dan penyesuaian semasa kepada satu arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan bersama. Proses pertukaran dilakukan melalui media masa, peralatan perantaraan dan isyarat formal dan tidak formal yang digunakan dalam organisasi.

Model- Model Komunikasi. Model Tujuan Dan Fungsi Organisasi Komunikasi adalah suatu proses seseorang itu bertukar mesej-mesej dan mengongsikan idea-idea bermakna dan perasaan dengan orang lain (Porter & Roberts, 1976; Manning, 1992), menunjukkan bahawa proses komunikasi mempunyai tujuan yang khusus di pihak pengirim (sender) untuk difahami oleh penerima. Oleh yang demikian Harold Koontz & Heinz Weihrich (1997) telah mengemukakan satu Model Tujuan Dan Fungsi Organisasi dalam proses pengurusan. Model ini ditunjukkan dalam Lampiran l. Model di atas menunjukkan tujuan komunikasi dalam sesebuah organisasi iaitu untuk melakukan atau melaksanakan perubahan, untuk mempengaruhi tindakan ke arah kebajikan organisasi (Harold Koontz & Heinz Weibrich, 1997). Beliau juga menegaskan bahawa komunikasi tidak hanya melancarkan fungsi-fungsi pengurusan, tetapi juga sebagai menghubungkan sesebuah organisasi dengan persekitaran luarannya. Dalam konteks sekolah, model ini telah memberi satu senerio baru kepada pengetua supaya sentiasa menyiapkan diri dengan kemahiran komunikasi yang baik dan berkesan dalam melaksanakan perancangan, pengorganisasian, penstafan, pemimpinan dan pengawalan para subordinat. Komunikasi sehubungan dengan pentadbiran adalah untuk menyelaraskan dan melaksanakan sesuatu rancangan atau projek serta memotivasikan staf ke arah pencapaian objektif organisasi (A.L.Ramaiah, 1999). Komunikasi juga merupakan satujalan apabila manusia dihubungkan bersama-sama dalam sesebuah organisasi untuk mencapai tujuan bersama (Chester I. Barnad dalam Harold Koontz & Heinz Weihrich, 1997). Secara umumnya, komunikasi sangat penting dalam proses pengurusan organisasi. Harold Koontz & Heinz Weihrich (1997) menyatakan komunikasi diperlukan dalam organisasi untuk: i. Menetapkan dan menyebarluaskan matlamat organisasi. ii. Menyusun rancangan untuk mencapai matlamat organisasi. iii Mengatur suinber manusia dan sumber-sumber lain dalam cara yang paling cekap dan berkesan.

iv Memilih, membentuk dan menilai para anggota dalam organisasi. V. Memimpin, mengarah, mendorong dan mencipta iklim yang akan menerbitkan keinginan orang untuk menyumbang. vi. Mengawal prestasi ahli dalam organisasi. Dalam proses pengurusan, pengetua perlu merancang segala aktiviti sekolah dengan berpandukan matlamat dan objektif sekolah. Komunikasi mengenai strategi dan matlamat ini akan memberi maklumat mengenai target khusus yang hendak dicapai dan tingkah laku yang diharapkan. Ini memberi arah atau panduan kepada sub-ordinat dalam organisasi. Aliran komunikasi ke bawah digunakan oleh pengetua untuk memberi arahan kerja dan "rationale" bagaimana untuk melakukan tugasan yang khusus dan hubungan kerja itu dengan aktiviti-aktiviti organisasi yang lain. Sekolah perlu mengkoordinatkan objektif individu dan objektif jabatan dengan matlamat organisasi yang lebih luas. Dalam masa komunikasi, pengetua perlu menggunakan kemahiran komunikasi 'tinterpersonal" dan "Teori Hubungan Sesama Manusia" untuk menarik perhatian para staf ke arah memahami matlamat dan objektif organisasi. Dalam mengurus sesebuah organisasi, perhubungan dengan pihak luaran adalah sangat penting. Komunikasi dengan persekitaran luaran ini, membolehkan seseorang pengetua menyedari akan keperluan pelanggan, komuniti, kerajaan dan negara. Pengetua memainkan peranan dalam mengeratkan hubungan sekolah dengan komuniti kerana sekolali adalah institusi masyarakat dan pendidikan sendiri adalah kepentingan awam. Usaha-usaha perlu dipertingkatkan untuk merapatkan sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat Dato' Dr Abdul Shukur b. Abdullah, (1998).

Model Proses Komunikasi R. R. Greenbaum Harold Koontz & Heinz Weihrich (1997) mengemukakan model proses komunikasi oleh H.H.Greenbaum yang memperlihatkan hubungan antara faktor-faktor komunikasi dengan matlamat organisasi untuk mengenal pasti unsur-unsur kritis dalam komunikasi. Hubungan itu ditunjukkan dalam Lampiran 2, yang boleh digunakan oleh pengetua sebagai panduan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam organisasi. Sebelum komunikasi, pengetua perlu merancang komunikasi dengan menentukan matlamat yang hendak dicapai, memilih rangkaian komunikasi, menentukan dasar-dasar komunikasi , aktivitiaktiviti komunikasi dan kelakuan yang berkaitan dengan matlamat organisasi (Lampiran 3). Harold Koontz & Heinz Weihrich (1997) mencadangkan pendekatan yang boleh meningkatkan komunikasi dalam organisasi, iaitu membuat audit komunikasi dan penerapan teknik-teknik komunikasi, dengan tumpuan kepada hubungan antara perorangan dengan pendengaran. Audit komunikasi adalah alat yang digunakan untuk mengaudit dasar, rangkaian dan aktiviti komunikasi dalam berbagai bentuk seperti penelitian, soal selidik, temubual, dan analisis dokumen bertulis serta diikuti dengan laporan bertulis secara berkala.

Model Umum Proses Komunikasi Secara teknikalnya, proses komunikasi melibatkan interaksi yang bermakna di antara sekurangkurangnya dua orang. Dalam pendidikan, guru berhubung sesama guru, dengan pelajar, dan dengan orang lain; dan pertukaran maklumat tidak bererti kecuali kedua-dua pihak mempunyai

interpretasi yang sama terhadap maklumat itu (Hoy K. dan Miskel C.G., 1996). Fred.C.Lunenburg (1995), Harold Koontz (1997) Schramm (1965) adalam A.L.Ramaiah (1999) dan Hoy K. dan Miskel C.G. (1996) menggambarkan bahawa proses komunikasi melibatkan pengirim (sender), mesej dan penerima (receiver). Berdasarkan ini, Model Umum Proses Komunikasi telah dihasilkan, antaranya adalah Model Proses Komunikasi oleh Fred C. Lunenburg dan Model Umun Proses Komunikasi Hoy K. dan Miskel C.G. Pengirim adalah pemula kepada komunikasi. Di sekolah, pengirim adalah orang yang ingin menyampai atau berkongsi idea dengan orang lain. Pengirim akan mengkod idea dengan memilih perkataan, simbol atau gerak badan yang akan membentuk mesej. Mesej adalah hasil pengkodan dalam bentuk verbal, bukan verbal atau bahasa tulisan. Mesej akan dihantar kepada penerima melalui penghantar mesej (medium). Penerima akan nyahkodkan mesej yang diterima kepada maklumat yang bermakna. Akhimya maklum balas(feedback) terhasil apabila penerima bertindak balas terhadap mesej pengirim dan menghantarnya semula kepada pengirim. Maklum balas ini membolehkan pengirim menentukan sama ada mesej telah diterima dan difahami (Fred.C.Lunenburg; 1995). Untuk menyemak keberkesanan komunikasi, maklum balas adalah penting. Kita belum lagi dapat memastikan apakah sesuatu mesej itu telah dibentuk kodnya, dihantar, ditafsir, dan difahami sehingga mesej itu disahkan melalui maklum balas. Begitu juga, adanya maklum balas menandakan sama ada perubahan individu atau organisasi telab mengambil tempat sebagai hasil daripada komunikasi (Koontz H. & Weihrich H., 1997). Maklum balas adalah proses memberitahu orang lain bagaimana perasaan anda mengenai apa yang mereka telah lakukan. Terdapat dua jenis maklum balas iaitu "responsive feedback" dan "corrective feedback". "Responsive feedback" adalah kebolehan Pengetua (pengirim) menentukan sama ada mesej yang telah disampaikan telah ditafsirkan dengan betul oleh subordinat (penerima). Ini dapat dilakukan dengan bertanyakan subordinat supaya mengulangi maklumat yang telah diberikan. "Corrective feedback" adalah memberitahu orang lain bagaimana perasaan anda mengenai tingkahlakunya atau prestasinya. Pengetua perlu memilih aliran komunikasi ke bawah dan ke atas untuk memberi serta mendapat maklum balas daripada staf. Pengetua perlu mahir mengenai "Teori Perkembangan Sumber Manusia" dan "Teori-Teori Kemanusiaan" dalam masa berkomunikasi (maklum balas), supaya tidak menyentuh perasaan dan motivasi para staf. Maklum balas ini jika tersalah cara akan memberikan kesan yang kurang baik kepada subordinat dan menyebabkan perubahan tingkahlakunya. Komunikasi berkesan perlu dirancang. Di sekolah, pengetua perlu berkomunikasi (semasa mesyuarat, taklimat, komunikasi tidak formal dan sebagainya) supaya maklumat yang hendak disampaikan dapat diterima dan difahami matlamat mesejnya oleh para staf. Dengan ini pasukan kerja terbentuk, ke arah pencapaian objektif organisasi yang telah dirancang bersama. Sehubungan dengan itu, A.L.Ramaiah, 1999, berpendapat bahawa komunikasi yang melibatkan interaksi antara pengirim (pengetua) dan penerima (staf) serta maklum balas yang selaras antara kedua-duanya adalah komunikasi yang berkesan. Proses komunikasi dipengaruhi oleh gangguan, iaitu segala sesuatu sama ada di pihak pengirim, pada masa penghantaran, atau di pikah penerima yang menghalang komunikasi (A.L.Ramaiah, 1999, Koontz H. & Weihrich H' 1997, dan Fred C. Lunenberg, 1995). Gangguan ini boleh merupakan suatu persekitaran yang terganggu atau terbatas, misalnya bunyi bising, gangguan percakapan orang lain, dan sebagainya; pembentukan kod yang tidak sempurna kerana penggunaan simbol yang bercanggah makna, penghantaran mesej tergendala oleh keadaan saluran, contohnya sambungan telefon yang buruk; pentafsiran kod yang tidak sempurna kerana pemberian makna yang salah kepada perkataan atau simbol, prasangka dan kekhuatiran kesan perubahan terhadap tingkah laku dan organisasi.

misalnya.s. di mana dalam proses ini individu menggunakan simbol. Model Komunikasi Sehala ditunjukkan dalam Lampiran 5. dan menggambarkan perhubungan mereka. Model ini ditunjukkan dalam Lampiran 6. perundingan. memberi maklum balas . Hoy W. interactive process. Komunikasi sehala adalah satu pendekatan penyuntikan maklumat kepada orang lain (Brom and Gaumberg. Dengan cara ini. 1985). & Weihrich H. pertama. Setiap individu dalam sekolah bertukar-tukar simbol melalui bentuk verbal dan bukan verbal yang berlainan (syarahan. menyebabkan kefahaman berbeza. Aliran komunikasi ke atas adalah penting. Terdapat kelemahan dalam komunikasi sehala iaitu pengirim tidak dapat menjamin mesej yang dihantar (walaupun dengan cara berkesan). pengetua akan mendapat banyak maklum balas daripada staf untuk melakukan pembaikan program dan aktiviti sekolah. & Miskel C. murid. Oleh itu untuk memahami dengan baik keadaan di sekolah. 1997). dan sebagainya). yang menganggap komunikasi berkesan untuk menyampaikan mesej kepada stafnya. Model Komunikasi Dua Hala Untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara pengetua dan staf.K. walaupun mesej diterima dan dibina fahaman sendiri. Dalam perkembangan staf. Myers (1982) menyetakan komunikasi adalah satu proses "transactional". bentuk komunikasi yang lain diperlukan bagi mencapai matlamat. perubahan dan tujuan sosial. dan komuniti. penerima dilihat sebagai pemproses maklumat yang pasif. all participants in ihe process initiate and receive massages. Berdasarkan kajian ini adalah dicadangkan agar pengetua membenarkan guru mengemukakan idea-idea yang perlu dipertimbangkan dengan sewajamya. Model Komunikasi Sehala Michele Tolela Myers & Gail E. Clampitt (1991) menyenaraikan dua kelemahan komunikasi sehala. Kedua. Model komunkasi Sehala perlu diubah kepada Model Komunikasi Dua Hala. Hasil kajian Tuan Yacob (1998) menunjukkan bahawa Guru Besar (Pengetua) yang mengamalkan "gaya komunikasi dominan" tidak diterima oleh guru.". Model Komunikasi menyediakan satu tinjauan umum tentang proses komunikasi. Philip G. mengenalpasti pembolehubah kritis. Komunikasi sehala menjadi amalan kebanyakan pengetua. Syarahan dalam bilik darjah dan arahan oleh pengetua kepada staf adalah contoh komunikasi sehala di sekolah.. atau lebih baik lagi untuk mencegah timbulnya kesulitan (Koontz H. difahami oleh penerima sebagai mana yang diharapkan. Ia dilakukan oleh pengirim dan didengar oleh penerima (Schmuck & Runkel. 1983). Ini dapat membantu pengurus mengenalpasti masalah atan gangguan komunikasi dan mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikannya. Jenis komunikasi ini adalah "unilateral". Pengetua hendaklah mempraktikkan cara "komunikasi dua hala". 345) menyatakan "Two-way Communication mean a reciprocal. pengetua yang berfungsi sebagai fasilitator mesti mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam "Komunikasi Dua Hala" untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat dan padat tentang kurikulum. Ini menunjukkan bahawa komunikasi dua hala melibatkan pertukaran maklumat dan perubahan serta maklum balas yang berterusan antara pengurus dan staf. Komunikasi sehala terjadi apabila seseorang itu memberitahu orang lain mengenai sesuatu. m. sebenarnya adalah sebaliknya.Secara ringkasnya.G (1996. perkataan dalam mesej membawa makna yang pelbagai. dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas dengan guru-guru tanpa mengira sama ada ia sependapat atau tidak. penerangan.

3. Beliau mencadangkan supaya setiap sekolah (pengetua) boleh. 1993) Pengetua mengadakan banyak perjumpaan. dan idea-idea dapat disampaikan dengan jelas. di mana ibu bapa atau ahli-ahli komuniti boleh datang bagi mendapat lanjut mengenai sekolah. Ia adalah rangka pemikiran dan perasaan yang sentiasa mencari faedah . keperluan pelajar. Menurut Stephen R Covey (1996) "Menang-Menang" bukanlah teknik. 2. dengan memberi maklumat yang sebanyak mungkin mengenai sekolah. sekolah (Pengetua) merancang aktiviti-aktiviti yang melibatkan ibu bapa sebagai sumber "expertise" untuk topik-topik tertentu kurikulum. Murray (1974) dalam Warren L.L. Martin Hayden (1981) mencadangkan cara-cara untuk meningkatkan (keberkesanan) hubungan dan aliran komunikasi daripada sekolah (pengetua dan guru) kepada komuniti. individu-individu dalam organisasi boleh menggunakan masa yang lama untuk membincang atau berkomunikasi mengenai sesuatu perkara .mengenai pelaksanaan kurikulum di samping mengubahsuai dan mengadaptasikan keperluankeperluan kurikulum. Kelima. Mellor & P. Perjumpaan diadakan dalam suasana tidak formal. Di tambah pula dengan sistem komunikasi yang "terbuka" di mana maklumat mengalir dengan bebas tanpa apa-apa halangan. libatkan ibu bapa dan komuniti dalam perbincangan tidak formal mengenai sekolah melalui aktiviti-aktiviti sosial. Martin Hayden (1981) menyatakan maklum balas yang berterusan antara sekolah dan persekitarannya (komuniti) adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan keprihatinan komuniti terhadap sekolah. tetapi hasil dan sumbangan mereka dinilai serta diperhatikan. Keenam. Mellor & P. dan akuviti untuk meningkatkan kewangan sekolah. iaitu 1.(Peters dan Waterman. dan keputusan (peperiksaan) sekolah. 1997). nilai-nilai dan harapan komuniti dan bagaimana sekolah dapat mencapai matlamat dan objektif Kementerian Pendidikan (Cik Alice Ong Char Yee. Holleman (1975) dalam Warren L. Komunikasi dua hala yang berkesan daripada pihak sekolah (pengetua) adalah penting untuk mempastikan semua maklumat disampaikan kepada ibu bapa dan komuniti dengan saluran serta kaedah yang betul. ada yang dirancang atau dijadualkan dan kebanyakannya tidak dirancang dan tidak dijadualkan.Ramaiah. Antaranya ialah mewujudkan paradigma "MenangMenang"di sekolah. Pengetua mesti menggunakan prinsip kepimpinan "interpersonel". vandelism. menubuhkan pusat penerangan sekolah. dan guru juga boleh melawat keluarga pelajar di rumah. menjelaskan apa-apa yang berlaku di sekolah kepada ibu bapa atau komuniti melalui surat-surat rasmi. menyediakan "audio-visual packages" untuk menggambarkan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekolah. Pengetua dan guru hendaklah menggalakkan pelajar-pelajar bercakap mengenai sekolah dengan ibu bapa di rumah. Kedua. pertama. 1982 dalam A. objektif. Pengetua perlu memberi gambaran yang jelas mengenai kekuatan dan kelemahan staf. Pengetua perlu mengamalkan sistem ini untuk memastikan masalah sekolah dapat diselesaikan segera. dan stail kepemimpinan mengikut situasi yang sesuai dalam meningkatkan keberkesanan komunikasi di kalangan staf di sekolah. Ketiga. mengenai aktiviti-aktiviti dan reputasi yang baik di sekolah untuk makluman umum. melibatkan pengurus (pengetua) dan subordinat. Mengadakan perbincangan dengan komuniti seharusnya melibatkan kumpulankumpulan komuniti dan ibu bapa dalam isu-isu yang besar (contoh di Malaysia -isu gangterism. 1999). dan sebagainya). membincangkan berbagai-bagai masalah dan mencari penyelesaian. tetapi merupakan falsafah menyeluruh tentang interaksi manusia. kelemahankelemahan dalam kurikulum (yang sedang dihadapi). sumber untuk alat bantu mengajar. Keempat. menulis "handbooks" yang mengandungi maklumat terperinci mengenai matlamat. pilihan mata pelajaran (kursus-kursus). Pengetua harus menggalakkan guru berbincang dan mencari masalah berkaitan perlaksanaan program tersebut (Hussein Mahmood. menulis dalam surat khabar (sebagai mengiklankan) .

Hubungan kolaboratif adalah proses apabila guru mula bercakap tentang kerjanya dan praktis . memimpin serta mengajar. Nolan & Francis dalam Manasse A. Abdul Shukur Abdullah (1987) menggariskan lapan cara bagaimana motivasi "excellance" boleh dilahirkan oleh pengetua dalam masyarakat sekolah. initiator dan "supporter". menerangkan kebaikan dan kepentingannya kepada organisasi sekolah. masalah ini mungkin dapat diatasi. "Menang-Menang" bermakna persetujuan dan penyelesaian untuk kepentingan bersama dan kepuasan bersama.Pengetua perlu menjelaskan kepentingan dan keperluan kewujudan budaya ini kepada para staf. dan mengambil tanggung jawab hasil keputusan perundingan. iaitu suatu aspek penyempurnaan yang diperlukan bagi hubung jalin atau jaringan interaksi sesama manusia di dalam sesuatu organisasi dan di antara organisasi. pedagogi. kurikulum dan kepimpinan. .bersama dalam interaksi manusia. pengetua perlu mewujudkan situasi perundingan kolektif (collective negotiation). Dengan adanya penyelesaian "Menang-Menang". Teori Dua Faktor Herzberg). ibu bapa. Aliran komunikasi ke bawah adalah sesuai dipilih.dan Kemahiran Kemanusiaan untuk melahirkan motivasi kerja staf dalam organisasi sekolah. dan cadangan untuk penambahbaikan: mesej-mesej merupakan idea-idea untuk memperbaiki tugasan . mereka mencerap antara satu sama lain. Dalam meningkatkan komunikasi di sekolah. Sehubungan dengan itu. Menurut Little dalam Nadine Binkley (1997). supaya dapat memahami. Pengetua perlu menggnnakan kemahiran komunikasi "interpersonal" yang ada padanya. pengetua perlu memilih aliran komunikasi ke atas untuk mendapat maklum balas daripada staf mengenai masalah dan pengecualian kepada prestasi biasa untuk membolehkan pengurus berhati-hati dengan kesukaran yang dihadapi. untuk mewujudkan "culture of collegiality di kalangan warga sekolah . dan menilai kurikulum bersama dan mereka membantu antara satu sama lain mengenai pembelajaran. peraturan komunikasi. pengetua perlu mengajak guru berfikir mengenai budaya dalam bentuk "communal action": interaksi antara guru. Peranan pengetua dalam memotivasikan staf juga memerlukan komunikasi yang berkesan. Bagaimana cara pengetua berkomunikasi dan berperanan .pengetua bercakap mengenai praktis. menghayati dan mengamalkannya dalam organisasi. di samping aliran ke atas untuk mendapat maklum balas daripada staf. mereka bentuk. konflik dengan pentadbir sekolah dan hubungan guru dengan ibu bapa. Menurut Nadine Binkley (1997). Pengetua perlu melakukan perubahan budaya di sekolah dengan mewujudkan hubungan kolaboratif (collaborative relationship) dengan para subordinat. semua pihak merasa puas tentang keputusan dan mempunyai komitmen terhadap pelan tindakan sekolah. sangat mempengaruhi keberkesanan motivasi yang wujud dalam diri staf dan pelajar di sekolah. "collegiality" adalah kehadiran empat sifat di seko1ah iaitu guru . terus mendapatkan maklumat tentang perundingan kolektif. di mana pengetua perlu menggalakkan guru berkomunikasi dalam membincangkan masalah dan isu praktis secara bersama-sama. Thomes A. merancang.fokusnya kepada apa yang mereka buat dan bagaimana kesannya terhadap pembelajaran pelajar. Dengan kewujudan perundingan kolektif. antaranya adalah pengetua perlu melahirkan perhubungan yang rapat dengan masyarakat sekelilingnya.hubungan dengan prosedur-prosedur bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanannya. Pengetua perlu sentiasa menjelaskan paradigma ini dengan bahasa yang mudah difahami . Tindakan yang harus dilakukan oleh pengetua adalah melibatkan diri dalam perundingan sebanyak yang boleh. Dalam konteks ini pengetua harus memahami dan mengaplikasikan konsep serta Teori-Teori Motivasi (Teori Keperluan Maslow. Kajian Simon Veenman (1981) mendapati masalah yang dihadapi oleh guru baru dan guru berpengalaman antaranya adalah konflik sesama guru. pelajar.L (1986) menyatakan keadaan yang sama.sebagai fasilitator. Shanon (1970) menyatakan pengetua sebagai sebahagian daripada pasukan pengurusan yang berurusan dengan staf sekolah dalam situasi perundingan kolektif.

Model ini juga mengandaikan bahawa keputusan dicapai melalui persetujuan dan bukan melalui bahagian atan konflik. Rumusan . manakala gaya komunikasi ekspresif. terbuka dan suka berbincang dengan guru mempunyai hubungan yang positif dengan ketiga-tiga komitmen guru. iaitu identifikasi. Dalam membuat keputusan muktamad. komunikasi terbuka antara pengetua dengan guru amat penting. Komunikasi yang berlaku adalah "Komunikasi Terbuka".Model Collegial Organisasi yang berkesan adalah organisasi di mana pengurus dan subordinat sama-sama membuat keputusan dan berlaku "empowerment" yang baik.prinsip demokrasi. mendorong dan memberi sokongan kepada mereka. di mana model ini meliputi semua teori yang memberi tumpuan kepada kuasa dan membuat keputusan bersama setiap ahli sesebuah organisasi. 1998). Komunikasi terbuka daripada pengetua perlu dan penting dalam proses inovasi kurikulum di sekolah. Kuasa dikongsi bersama semua ahli organisasi yang dianggap mempunyai persefahaman jitu tentang objektif-objektif institusi tersebut. meluangkan masa untuk berbincang dengan guru. Model ini mengandaikan bahawa sesebuah organisasi menentukan dasar dan membuat keputusan melalui proses perbincangan yang menuju ke arah kebenaran.sesuatu keputusan yang diambil adalah berdasarkan prinsip. penglibatan dan kesetiaan guru-guru kepada sekolah. Dia harus peka terhadap perasaan guru. bentuk kumpulan membuat keputusan merupakan elemen yang penting dalam pengurusan "collegiat". Hasil kajian beliau. satu kompromi perlu dicari atau dibuat untuk mempastikan nilai-nilai dan kepercayaan yang dikongsi bersama. Dalam hubungan ini. para guru perlu diorientasikan melalui kursus dan sebagainya. Proses yang penting dalam model ini juga ialah pemimpin (pengetua) menerima nasihat sebelum membuat keputusan muktamad. Sehubungan dengan itu Tony Bush (1995) telah mengemukakan Model Collegial. model ini lebih sesuai untuk organisasi seperti sekolah dan kolej yang mempunyai staf profesional. Pengetua harus pandai menggerak dan memberangsang guru untuk menjayakan program itu. Ini menambahkan lagi komitmen guru terhadap sekolah (Tuan Yacob. ii. Pengetua perlu mengamalkan "Sistem Teori Terbuka" yang dipelopori oleh Kart & Kahn (1978) dalam komunikasi hariannya dengan guru dan staf sokongan. Pendidikan masa kini mengutamakan kaedah-kaedah profesional sebab pelajar-pelajar memerlukan pendekatan profesional. didapati gaya komunikasi Guru Besar hubungan dengan komitmen guru-guru mendapati gaya komunikasi peramah. di antara para staf dengan pengetua tanpa sebarang halangan dan interaksi berlaku di mana-mana sahaja. iii. Teori ini meletakkan komunikasi di tempat yang utama . dominan dan dramatis tidak mempunyai hubungan dalam komitmen guru. Model Collegial mempunyai beberapa bentuk seperti berikut i berorientasikan normatif . supaya mereka memahami dan menghayati kandungan kurikulum. iv. dalam penghebahan kurikulurn baru. Menurut Hussein Mahmood (1997). falsafahnya serta pendekatan pengajaran yang diperlukan dalam melaksanakan tugas mereka sejajar dengan inovasi yang diperkenalkan.

James A. "Motivasi Dalam Masyarakat Sekolah: Teori Dan Pendekatan". Harold Koontz & Heinz Weibrich (1997). Terjemahan Mohd. 1994 Fred C.Daripada perbincangan di atas. Selangor. Hoy W. Di samping itu.63. The Principalship Concepts and Applications: London. No. Vol. kemahiran berkomunikasi subordinat juga menentukan keberkesanan komunikasi dalam organisasi. dapatlah dirumuskan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah adalah hasil interaksi perorangan dalam organisasi. Kementerian Pendidikan Malaysia.I. Research and Practice (fifth Edition): McGraw Hill. Amiza Publishing Sdn. 150 . kemahiran komunikasi seorang pengetua. komunikasi juga penting dalam pembentukan budaya kerja cemerlang di sekolah.L. sistem maklum balas yang baik dan sebagainya dapat meningkatkan lagi keberkesanan komunikasi dalam organisasi. Stoner & Charles Wankel (1996). Prosiding Seminar Nasional Ke-3. "Teacher Improvement Through Staff Development : Problems and Issues". Model-model komunikasi boleh menjadi panduan kepada para pengetua untuk meningkatkan lagi keberkesanan komunikasi dalam pengurusan sekolah. Manasse. 1986. dan subordinat. Farid Faiz. Hussein Mahmood (1997). . Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Terjemahan Yaakob Ibrahim. Kuala Lumpur. Suara Pendidik. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. Jilid 16. D.173. Selangor. dengan sentiasa memastikan maklum balas sentiasa akan diamalkan dalam komunikasi. Kementerian Pendidikan Malaysia. _______________________________________________________________________________ ___________________________ Bibliografi A. Di samping itu. Komunikasi berkesan pengetua melalui sistem komunikasi terbuka. Peabody Journal Of Education. "Vision & Leadership Paying Attention To Intention".1 & 2. Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah Sheikh Omar: Dewan Bahasa Dan Pustaka. G. Pengurusan. & Miskel C.F. Kuala Lumpur Abdul Shukor bin Abdullah. Prentice Hall. L. Alice Ong Char Yee. sistem komunikasi dua hala. Pengurusan Pendidikan . Lunenburg (1995). Bhd. "Pendekatan Pembangunan Sumber Tenaga Manusia Dalam Menghadapi Cabaran Dan Keperluan Dunia Korporat Abad ke-21". Fokus Pengurusan Pendidikan.K. (1996). l997. A. Educational Administration: Theory. Pengurusan. lnc. Ramaiah (1999): Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini (edisi baru):Cetakrapi Sdn. Petaling Jaya.1993.s. Komunikasi yang berkesan dalam sekolah membantu memudahkan pembentukan pasukan kerja berkesan ke arah mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan bersama pada awalnya. Inc. 70. Bil.Bhd. Abdul Shukor bin Abdullah (1998). m. Institut Aminuddin Baki.

1. Review Of Educational Research. 54. 1995 Nadine Binkley. 1984. Journal of secondary education.2.3. Theories Of Educational Management (Second Edition): Paul Chapman Publishing Ltd.s. Thomas A. No. "Issues And Channels In Communications Between A School And Parental Environment". Petaling Jaya. Shanon. .Martin Hayden. m. Majalah CERANA Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Blanchard (1977). Grivevances and stikers". "The principal's Management Role in Collective Negotiations. Vol.1. Vol. Management Of Organizational Behavior: Utilizing Human Resources: Prentice . No. XIX.35. TuanYacob bin Raja Mohamed. The Journal Of Educational Administration.15. New Jersey. Bhd. Vol. Englewood. Mellor & P. 1997. School Organisation. February. Tony Bush (1995). "Headteacher or Manager? Implications for training and development". Somon Veenman.1. "Gaya Komunikasi Guru Besar Hubungan Dengan Komitmen Guru-Guru". 1970.Marie McHugh & Liam McMullan. Paul Hersey & Kenneth H.2. Inc. Warren L. No. Bil. Tujuh Tabiat Orang Yang Berkesan. Selangor. Journal Of Education Administration. No. "Principals' Role In Policy Change: Mediating Language Through Professional Beliefs". Terjemahan Leo Ann Mean: Prentice Hall (M) Sdn. "Perceived Problem of Beginning Teachers".45. No. Covey (1996). 56-73. 1981. 1998.Hall. Vol. Stephen R. Vol. MCB University Press.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful