Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial 1.

0 Pengenalan

Dalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai suatu proses yang menyatukan kognitif, emosional, persekitaran pengaruh dan pengalaman untuk mendapatkan, meningkatkan atau membuat perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan dunia seseorang individu (Illeris, 2000; Ormorod, 1995). Belajar sebagai suatu proses berfokus kepada apa yang terjadi ketika pembelajaran berlangsung. Penjelasan tentang apa yang terjadi merupakan teoriteori belajar. Sebuah teori belajar adalah usaha untuk menggambarkan bagaimana manusia belajar, sehingga membantu kita memahami proses dasarnya kompleks belajar. Teori pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut Hill (2002). Salah satunya adalah dalam menyediakan kita dengan kosa kata dan rangka kerja konseptual untuk menafsirkan contoh pembelajaran yang kita amati. Yang lain adalah dalam mencadangkan kaedah bagi mencari penyelesaian untuk masalahmasalah praktikal. Teori-teori tidak memberikan kita penyelesaian, tetapi mereka mengarahkan perhatian kita kepada mencipta pembolehubah yang sangat penting dalam mencari penyelesaian.

Ada tiga kategori utama atau rangka falsafah teori-teori pembelajaran iaitu behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme hanya tertumpu kepada aspek peniruan, pemikiran dan perasaan dalam pembelajaran. Teori kognitif melihat melampaui perilaku untuk menjelaskan pembelajaran berasaskan otak manakala pandangan konstruktivisme belajar sebagai sebuah proses di mana pelajar aktif membina atau membina idea-idea baru atau konsep.

Robert M Gagne, Jerome Seymour Bruner, Albert Bandura dan Lev Vygotsky merupakan tokoh-tokoh penting yang telah mencetuskan pelbagai teori pembelajaran dan memberi sumbangan yang besar dalam dunia pendidikan. Mereka juga mengutarakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan teori masing-masing.

2.0 Hubungkait teori-teori pembelajaran dengan kepentingan penggunaan sumber-sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

i. Gagne: Bahan bercetak.

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) memperkenalkan sebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.

semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem saraf melalui deria-deria manusia. murid-murid akan didedahkan dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan. transformasi pengetahuan. Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Bahan bercetak merupakan sumber pelajaran yang paling mudah didapati dan disediakan. Hal ini sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu meliputi tiga proses kognitif. Bruner: Penggunaan Peta Minda dan Bahan Eksperimen Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Bahan-bahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar. Melalui sumber-sumber tersebut. iaitu memperoleh informasi baru.Mengikut teori. Bruner menganggap manusia sebagai pemproses. majalah dan gambar. peta dan tanda isyarat jalan raya. Dalam mempelajari manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan. Berdasarkan kepada penggunaan bahan-bahan tidak bergambar. Contoh bahan bergambar ialah surat khabar. Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber utama pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. murid akan . poster. Bahan-bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. ii. Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf. dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan. pemikir dan pencipta informasi. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Implikasinya. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian. Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas. Bandura: Relia dan Model Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura. iii. penggunaan peta minda diterapkan di dalam teori beliau. Pengetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian. peringatan.Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain. replika bangunan boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran. Hal ini kerana. pemikiran. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka. peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. mencium dan merasa. Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan. individu secara tidak langsung. iv. memegang. penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role model yang boleh dicontohi oelh murid.memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran kerana aktviti seperti eksperimen melibatkan penglibatan langsung murid-murid dan akan mendedahkan mereka kepada pengalamanpengalaman yang baru. Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / Alat .

Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. rangsangan. Bahan boleh membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar. penggerak pelbagai deira.0 Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial. Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada murid-murid. Dalam bidang pendidikan. Dengan cara ini. sumber pengalaman. Secara umum. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka. dirasa. terutamanya yang boleh dilihat. membantu murid memahami apa yang diajar. pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai. Kesemua sumber. Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan. Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai . bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. sumber ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Sumber ialah segala bahan dan alat yang terdapat di alam ini. Bahan pengajaran penting sebagai media komunikasi. Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial dengan rakan sebaya. murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan. penjelas makna. jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. dihidu dan disentuh oleh murid. Dari segi teknologi pendidikan. 3. Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Walaupun begitu persekitaran dan sistem lingkungan budaya murid membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif. didengar. apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid. unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong pengajaran terancang. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru.

Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. i. penggerak pelbagai deria. mendengar atau menyentuh objek yang menjadi ii pelajaran. Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. kemahiran atau nilai yang disampaikan. unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang. murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. ii. Bahan merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkaraperkara yang menarik. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana pembelajaran berlaku melalui penyampaian dan penerimaan maklumat. bermakna dan penting dalam pembelajaran. iii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Dengan adanya bahan rangsangan ini. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh . penjelas makna. Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut. konsep. rangsangan. terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. sumber pengalaman. Dalam pengajaran sesuatu topik. Sementara mesejnya ialah maklumat. Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas. guru bertindak sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Filem video ialah satu alat komunikasi yang boleh digunakan dengan baik di dalam bilik darjah. Media inilah yang menjadi sumber pengajaran. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Maklumat-maklumat itu disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video.media komunikasi. fakta.

kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. sentuh dan bau. iv. guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran. apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat. daunnya. Secara semulajadi. murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah. v. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid. 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat. lebih teguh pula daya ingatannya. Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui radio dan televisyen. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan tersebut. Contohnya. Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada murid. Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran. dia akan memahami dan mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ. dengar. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga. Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih jelas. Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar sahaja. buahnya dan bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untuk dipasarkan. . guru perlu menggunakan berbagai-bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-duanya sekali. di samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan tersebut. Misalnya semasa melawat ke ladang getah. lihat.

Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada.Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang lain. Misalnya pengetahuan tentang alam sekitar boleh disampaikan melalui tanyang video. video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid. Kepentingan sumber sebagai pendorong pengajaran terancang dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Dengan cara ini. vi. Misalnya. apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. murid-murid akan berasa seolah-olah mengalaminya sendiri. masa dan cara menggunakannya. mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang digunakan. Ini memberi kesan terhadap kaedah dan teknik pengajaran.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi pendidikan yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian. Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. teks bacaan atau pengalaman langsung murid. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba. kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Ini akan meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang perubahan musim yang mereka tidak pernah mengalami secara langsung. semasa menonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di negara beriklim sejuk dengan pemandangan yang berlainan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. 4. Dari segi teknologi pendidikan. tujuan. Filem. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. guru akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna. .

risalah. Anggaran kos Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Simpanan dan penyelenggaraan a. surat khabar dan nota-nota bercetak.Bahan bercetak Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan. Mobiliti d. majalah. Pencetakan bahan yang banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain. b. lukisan atau gambar. Saiz dan warna f. Tatahias dan kemasan g. Kebolehgunaan Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan bercetak yang maujud. cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan dengan cepat. Kebolehgunaan c. surat. Bahan mentah e. Anggaran kos b. Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut: a. buku kerja. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. buku fiksyen. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin sehingga murid benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid boleh menggunakannya . Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks. Bahan-bahan bercetak. berita. buku rujukan.

Pemilihan warna juga perlu diberi perhatian oleh guru. Tatahias dan kemasan Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap akan menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru. Mobiliti Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar kelas. Simpanan dan penyelenggaraan . Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan. pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca oleh murid. guru perlu memastikan lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Jika guru mencetak bahan-bahan yang mengandungi tulisan tangan. g. Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik seperti komputer. Guru juga perlu mengelakkan penggunaan lukisan yang terlalu abstrak. Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga tidak digalakkan untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh mengganggu tumpuan murid dalammencapai objektif pembelajaran yang sebenar. Walaubagaimanapun. Bahan mentah Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah. murid-murid juga boleh menggunakan pada bila bila masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru. Hal ini akan menyukarkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu. d. f.mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. ia perlu digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat dilihat. Perkara ini penting dalam menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid. c. Penggunaan kertas sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang rendah. Saiz dan warna Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran . Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran. guru mestilah memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. bahan tersebut hendaklah diperbanyakkan. e.

folder. teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. plastik menyimpan kertas dan sebagainya. Gambargambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut mengenai konsep. Contoh. PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. penyebaran. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. 5.Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak atau rosak. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan. fax. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ketiga.imej dan sebagai pengesan gerakkan. digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid. telefon. adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Kedua. telefon mudah alih. Seperti yang diketahui umum. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran. seperti disimpan di dalam fail. telegram.dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi. Penghasilan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia . pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang selamat memudahkan pengesanan semula dan menjamin ketahanan bahan tersebut. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen.

lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya (murid) dalam proses menyampaikan maklumat. b. Huruf a. Seimbang e. guru boleh mempersembahkan gambar sawah padi bagi . Sebagai contoh. guru perlu mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid. simbol-simbol.Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan Elektronik Multimedia. Simplisiti Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. lukisan. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid keluar daripada objektif pembelajaran. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual). lambang-lambang. Selain aspek grafik. Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint. Pola d. guru perlu memastikan elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid.perkataan. jika guru ingin mengajar tentang negeri Kedah. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik multimedia Powerpoint iaitu: a. Dominan c. Di dalam slaid persembahan Powerpoint. Antara perisian yang biasa digunakan ialah Microsoft Office Powerpoint. Dominan Dominan bererti pusat penumpuan atau minat. reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan elektronik multimedia Powerpoint yang dihasilkan. sesuai digunakan dalam kelas. huruf. Warna f. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar. Simplisiti b. angka.

Tatahias dan kemasan Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks. Hurufan terang yang diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya. Susunan item perlulah mematuhi urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Huruf Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia. guru menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses untuk membuat kain batik yang menjadi warisan tradisi di negeri Terengganu. Pola Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. c. warna memudahkan sesuatu item dilihat. g.menimbulkan inkuiri murid. e. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca. Seimbang Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Kedua. Warna Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting. Ketiga. Pemilihan warna yang tepat membantu keberkesanan persembahan. warna membantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan. kesan psikologi dan sebagainya kepada murid-murid. Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu pertama. Dengan yang demikian. f. Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan teratur. d. tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan slaid akan menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur. murid dapat mengekalkan minat untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya. Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuk tajuk yang pendek manakala untuk tajuk yang panjang. huruf bersaiz kecil digunakan mengikut kesesuaian. Saiz dan jenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang disampaikan oleh guru. bergetar. Sebagai contoh. gunakan empat warna sahaja dalam . sejuk. Selain itu. Guru juga perlu memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 ½ lebar huruf. Keadaan kesamaan dari segi berat. guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh penerima iaitu murid.warna mewujudkan perasaan harmoni dan melahirkan kesan tertentu seperti panas.

Antaranya ialah. Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik termasuklah persembahan elektronik multimedia. . Tatahias warna juga dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan penegasan. Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian mempunyai beberapa kelebihan. Alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat. thumb-drive dan lain-lain. Penyelenggaraan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya. papan hitam. hidu dan sebagainya. murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. isi kandungan di dalam persembahan elektronik tersebut boleh disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan keperluan semasa. mendengar. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu disimpan dalam beberapa bentuk iaitu dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan dalam bentuk perisian (soft copy). Peralatan mengajar bukan terhad kepada bukubuku teks.satu skrin/slaid.0 Rumusan Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. 6. Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk perisian juga dapat disalin ke dalam alat-alat teknologi maklumat yang lain seperti cakera padat. Contohnya slaid berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan perhatian. Selain itu. merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. rasa. Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran. kapur dan gambar-gambar sahaja.

Teknologi pendidikan pula merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media. . Kecekapan guru menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran mampu merangsang pemahaman murid ke tahap yang cemerlang. organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful