Topik

X

1

Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat : 1. Mengaplikasikan Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa; dan 2. Menerapkan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan.

X PENGENALAN
Sebelum anda mengajarkan bahasa di dalam bilik darjah, sangatlah penting anda ketahui dan fahami konsep huraian dan pemerolehan bahasa. Bagi seseorang guru, pemahaman tentang kedua-dua konsep tersebut merupakan sesuatu yang mencabar. Oleh itu, perbincangan dimulakan tentang perkara yang terdapat dalam disiplin psikolinguistik dengan menaakul maksud teori huraian bahasa dan pemerolehan bahasa. Sebelum itu, cuba anda jawab soalan-soalan yang berikut: (a) (b) (c) Apakah yang dimaksudkan dengan psikolinguistik? Apakah teori-teori huraian bahasa? Apakah teori-teori pemerolehan bahasa?

Perkataan psikolinguistik terbentuk daripada gabungan dua disiplin ilmu, iaitu psikologi dan linguistik. Justeru, psikolinguistik ialah ilmu yang mengkaji

2 X TOPIK 1 TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa dan akal budi manusia. 1. Seterusnya. (iii) Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang dilihat. (vii) Kajian bahasa bersifat deduktif. (iv) Setiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk. (ix) Pengkaji juga menetapkan golongan kata kepada kata nama. Berikut ialah empat aliran pemikiran teori huraian bahasa: (a) Teori Tradisional oleh Panini (i) (ii) Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Hal ini demikian kerana kita terpengaruh dengan tanggapan bahawa teori susah untuk difahami dan dikuasai. . (vi) Bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang menyelidik tabii alam. Ahli bahasa Arab mengkaji tulisan Al-Quran dan orang Hindu pula mengkaji tulisan Sanskrit. Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan. morfem dan ayat. (c) Teori Transformasi Generatif oleh Chomsky (i) Penutur jati boleh menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan. dan kata kerja. arbitrari. (iii) Bahasa boleh berkembang. dan untuk perhubungan.mementingkan hukum-hukum sesuatu (viii) bahasa. kata sifat. berasaskan tatabahasa Yunani dan Latin. telitilah pula maksud dan konsep teori huraian dan pemerolehan bahasa dengan membaca nota yang berikutnya. bersistem. (v) Tatabahasa bersifat sejagat.1 TEORI HURAIAN BAHASA TRADISIONAL Susahkah untuk memahami sesuatu teori Huraian Bahasa? Sesetengah orang menganggap teori sebagai perkara yang membosankan. (b) Teori Struktural oleh Bloomfield (i) (ii) Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem.

Dalam kajian tentang nahu pula. Mereka menumpukan kajian terhadap fonologi. De Saussure dan Otto Jespherson menyetujui bahawa bahasa adalah sistematis. Morfologi dan . satu sistem. Dalam hubungan ini. semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Konsep teori ini diikuti oleh huraian. hidup dan berubah.2 Teori Struktural Bloomfield Teori ini yang dipelopori oleh Bloomfield. (iii) Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada 3 fungsi iaitu fungsi idea. dan fungsi tekstual. Selain itu. 1. Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi. Di samping itu. (d) Teori Fungsional oleh Halliday (i) (ii) Struktur bahasa ikut fungsi dalam komunikasi. Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara fonem sebagai unit bahasa yang terkecil dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen terdekat. mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai satu sistem yang mempunyai ciri peraturan. ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. mempunyai tatabahasa sendiri. fungsi interpersonal. Pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu terjemahan.TOPIK 1 TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA W 3 (ii) Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa. (vi) Bahasa bersifat sejagat dan kreatif. 1. arbitrari dan untuk perhubungan. semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.1. Edward Sapir. (iv) Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa. (v) Penutur dilahirkan dengan kecekapan semula jadi.1. (iii) Ayat mempunyai struktur dalaman dan permukaan. (iv) Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental.1 Teori Tradisional Panini Teori Tradisional oleh Panini (tokoh fonetik India) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.

dapatan mereka ini mementingkan aspek semantik. Golongan ini berpendapat huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran.4 Teori Fungsional Halliday Teori Fungsional yang dipelopori oleh Holliday dan Wilkins berkembang pada tahun 60 70-an. Golongan struktural juga berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa tidak boleh dinafikan. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran dan struktur dalaman. Oleh yang demikian. Penteori ini mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Daripada kebolehan ini. Asas elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya sintaksis.1.4 X TOPIK 1 TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA sintaksis. Chomsky dalam kajiannya juga mendapati bahawa penguasaan bahasa adalah berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu. Di samping itu. Mereka menumpukan kajian pada bentuk dan perubahan bahasa semasa berkomunikasi. Golongan ini beranggapan bahawa pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. Terdapat beberapa variasi dalam penggunaan bahasa yang timbul akibat tekanan sosial.1. dan . Binaan ayat bisaanya mempunyai hubungan erat (antara elemen) dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. 1. mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat pertuturan (perhubungan). Aliran dan golongan ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur tetapi juga memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Ciri-ciri bahasa fungsional dapat dinyatakan adalah seperti yang berikut: (a) (b) (c) Sistem bahasa digunakan oleh masyarakat untuk berhubung atau berkomunikasi dan bukannya satu sistem yang tertutup dan statik. Penutur natif berkebolehan membentuk dan memahami pertuturan yang baru. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. 1. akan terbentuklah rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan penutur natif.3 Teori Transformasi Generatif Chomsky Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.

Golongan ini berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Cikgu Zainal memuji murid-murid yang dapat membina ayat penyata dengan betul. Dengan kata lain. iaitu dengan memperkenalkan peraturan. pendekatan. Ada pelbagai teknik. Teori ini juga berasaskan teori pelaziman klasik. AKTIVITI 1. dan menjalankan aktiviti? Bincangkan bersama rakan sekelas anda. Beliau mengajarkan muridnya tentang peraturan membina dan menulis ayat penyata. Pavlov. teori interaksionalisme dan teori konstruktivisme. . teori kognitivisme.TOPIK 1 TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA W 5 (d) Bahasa ialah alat perhubungan dan melalui bahasa penutur boleh menggambarkan fikiran dan diri atau identiti penutur yang berkenaan. Mengapakah cikgu Zainal melakukan demikian. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.1 Teori Behaviourisme Pelopor teori ini ialah Bloomfeild.2 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Dalam subtopik ini. Teori ini mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai teori pemerolehan bahasa.2. Edward Sapir. proses penguasaan bahasa melalui latihan memerlukan mekanisme yang bersistem. kaedah. Hal ini termasuk pelakuan guru. iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran. memuji. dan strategi untuk memperoleh bahasa untuk mengajarkan bahasa. kita akan membincangkan empat teori pemerolehan bahasa iaitu teori behaviourisme. Boas dan Brooks. Contohnya. Semasa pengajarannya juga beliau menjalankan aktiviti lakonan dan perbincangan sesama murid. Hull dan Thorndike. kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Fries. cikgu Zainal menyebut nama serta memberi pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul. 1.1 Cikgu Zainal mengajarkan Bahasa Melayu murid Tahun Dua. Ahli psikologinya ialah Skinner. 1.

iaitu murid-murid akan memahami apa-apa yang diajarkan oleh guru mereka. sebab itulah cikgu Zainal mengajar murid-muridnya tentang peraturan pembinaan ayat.1. implikasinya adalah sama.6 X TOPIK 1 TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa. Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan pelakuan kanak-kanak. seseorang penutur memerlukan rangsangan untuk membolehkan mereka bertutur. dan teknik latih tubi. kanakkanak tersebut akan mudah bercakap. anggukan dan sebagainya (Rajah 1. Walaupun berlaku kesalahan bahasa yang berpunca daripada kegagalan mereka membentuk biasaan bahasa.2. Sebagai contoh. 1. Hal ini demikian kerana mengikut fahaman golongan ini.1: Tingkah laku bahasa Berdasarkan Rajah 1. perkara ini boleh diperbetulkan oleh guru mereka. . pengajaran tatabahasa adalah berdasarkan penekanan induktif atau kaedah terus. dengar dan tutur. Mereka menguasai kebolehan memahami terlebih dahulu sebelum kebolehan bertutur.2 Teori Kognitivisme Pelopor teori ini ialah Chomsky. Murid cikgu Zainal dapat membina ayat selepas merumuskan apa yang disampaikan oleh cikgu Zainal. Kanak-kanak dikatakan berupaya membuat rumusan. jika ada murid gagal membuat ayat dengan betul maka guru boleh membetulkan kesalahan itu. Di samping itu. Jika mereka diberikan pendedahan yang berulang-ulang maka konsep peniruan akan wujud dan faktor ini akan mempercepatkan mereka untuk mempelajari bahasa. Analogi ini jika diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting dalam pengajaran bahasa. Rajah 1. dalam pengajaran bahasa aspek pengukuhan amat dipentingkan supaya ilmu yang diperoleh murid akan mudah diingati oleh mereka. misalnya penggunaan kata bagus. Perkembangan bahasa kanak-kanak pula mengikut tahap umur mereka. Contohnya seseorang kanak-kanak yang baru belajar bercakap jika dirangsangkan dengan pelbagai benda.1).

tatabahasa diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif. terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. 1.TOPIK 1 TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA W 7 Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Penyampaian makna juga lebih diutamakan daripada struktur bahasa. Sebagai contoh. Contoh-contoh ayat yang mungkin dibina oleh murid setelah mereka memahami konsep Êter-Â: (a) (b) Batu yang besar diangkat oleh Nizal.2. guru mengajarkan pembinaan ayat dengan menggunakan imbuhan Âter-Â. Ayat (a) dan (b) terbina hasil daripada fahaman murid tentang konsep Âter-Â yang membawa maksud mempunyai kudrat atau mempunyai tenaga hingga membolehkan Nizal mengangkat batu yang besar. Melalui interaksi. tulisan dan bacaan diutamakan. Pembinaan semula ayat ini dianggap oleh golongan konstruktivisme sebagai pembangunan semua minda untuk mencipta sesuatu yang baru atau idea yang baru. . Murid diminta oleh guru membina ayat ayat yang lain yang membawa maksud yang sama atau yang tidak mengubah maksud. cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa. Namun demikian. Selain itu. Sebagai contoh dalam pengajaran bahasa. Pembelajaran bahasa kanak-kanak pula diukur melalui kecekapan dan pencapaian mereka.2. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya.3 Teori Interaksionalisme Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan. Contoh ayat: Batu yang besar terangkat oleh Nizal. Nizal berupaya mengangkat batu yang besar. 1.4 Teori Konstruktivisme Teori ini mementingkan pembelajaran yang diperoleh murid semasa berinteksi dalam bilikk darjah sama ada dengan rakan mahu pun dengan guru.

8 X TOPIK 1 TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA SEMAK KENDIRI 1.2. 2. Hal ini dapat digambarkan seperti yang terdapat dalam Rajah 1. . teori huraian dan pemerolehan bahasa mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bezakan kesemua teori pemerolehan bahasa dan sertakan contohnya sekali.1 1. seseorang guru bahasa mestilah memahami teori huraian dan pemerolehan dengan mendalam supaya dapat mengaplikasikannya dengan berkesan sewaktu mereka berinteraksi dengan murid-murid mereka dalam bilik darjah. pembelajaran yang 1. Oleh yang demikian.3 TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Secara relatifnya. Nyatakan aktiviti pengajaran dan menggunakan kesemua teori tersebut.

kebolehan murid. Keberkesanan penggunaannya akan membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama. saiz huruf (font) dan yang terpenting ialah objektif pengajaran dan pembelajaran. Huraian sosiolinguistik. pemilihan media atau bahan bantu belajar pula haruslah difahami dan boleh di buat oleh guru. Isi pelajaran yang akan disampaikan haruslah melalui kaedah dan teknik yang betul. Bahan Bantu Belajar (BBB) hendaklah sesuai dengan isi.TOPIK 1 TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA W 9 Rajah 1. dan ilmu linguistik yang berkaitan dengan fikiran (psikolinguistik). perbandingan dan linguistik sejarah). ilmu linguistik tulin (linguistik huraian. Hal ini demikian kerana ketiga-tiga disiplin ini mempunyai kaitan dengan teori huraian dan pemerolehan bahasa. situasi bilik darjah. isi pelajaran dan huraiaan bahasa adalah bertunjangkan situasi sosiolinguistik. . Kaedah dan teknik haruslah berpunca daripada strategi pembelajaran yang bersumberkan teori pedagogi bahasa.2: Hubungan teori huraian dan pemerolehan bahasa dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Setiap guru bahasa mestilah memahami ilmu yang berkaitan dengan bahasa dan masyarakat (sosiolinguistik). Teori pedagogi bahasa pula mempunyai kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa.

x Teori Huraian Bahasa yang telah dibincangkan ialah teori tradisional oleh Panini.2 Secara berkumpulan.3 Senaraikan lima aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menunjukkan guru mengaplikasikan setiap teori Pemerolehan Bahasa.10 X TOPIK 1 TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA SEMAK KENDIRI 1. teori transformasi generatif oleh Chomsky dan juga teori fungsional oleh Halliday. silalah berikan penekanan yang spesifik terhadap teori yang dipelajari dan aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan betul. teori interaksionalisme dan teori konstruktivisme. Di samping itu. x x x . (a) Teori Behaviorisme (b) Teori Kognitivisme (c) Teori Interaksionalisme AKTIVITI 1. teori struktural oleh Bloomfield. wujudkan satu situasi di dalam bilik darjah dan jalan pembelajaran bahasa dengan menggunakan teori-teori huraian dan pemerolehan bahasa yang telah anda pelajari. Teori Pemerolehan Bahasa yang telah dibincangkan dalam topik ini ialah teori behaviourisme. teori kognitivisme. pelajar juga diberikan contoh-contoh bagaimana teoriteori tersebut diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian.

dll. Nik. Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Zulkifley Hamid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. . (1980). (1980). Bahasa (Konsep. (1992). (1986). Bhd. dan Penguasaannya oleh Penutur). Juriah Long. Fungsi. Perkaedahan pengajaran Bahasa Malaysia. Juriah Long. (1996). (1997). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Safiah. Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Perkaedahan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1992). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. dll. Kamarudin Husin.TOPIK 1 TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA W 11 Behaviourisme Interaksionalisme Kognitivisme Konstruktivisme Teori Fungsional Teori Huraian Bahasa Teori Pemerolehan Bahasa Teori Struktural Teori tradisional Teori Transformasi Generatif Abdullah Hassan. dll. Pengajian Melayu 1 (Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan. dll.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful