PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

TAJUK 1

KEMAHIRAN MEMBACA

SINOPSIS Tajuk 1 dalam modul ini membantu anda memahami kemahiran membaca membaca, yang merangkumi dalam definisi dan konsep membaca, kesediaan membaca, faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran masalah membaca, dan kaedah-kaedah menanganinya. HASIL PEMBELAJARAN 1. 2. 3. 4. Menjelaskan beberapa definisi dan konsep membaca Menghuraikan definisi dan konsep kesediaan membaca Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi dan menghalang kesediaan membaca Membincangkan aspek-aspek kemahiran kesediaan membaca

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KEMAHIRAN MEMBACA

DEFINISI DAN KONSEP MEMBACA

KESEDIAAN MEMBACA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MEMBACA 1

MASALAH DALAM MEMBACA

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

1.0 1.1

KEMAHIRAN MEMBACA Definisi dan Konsep Membaca Definisi Membaca Menurut Frank Smith (1971), dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010), membaca adalah satu operasi psycholinousitic. Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan yang diterima. Atan Long (1976) mendefinisikan membaca sebagai proses kebalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Menurut Abu Basar (1981) pula, membaca didefinisikan sebagai gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya. Menurut John Everatt dalam Mastuti Isa (2008), membaca ialah pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa. Kesimpulannya, membaca merupakan proses memindahkan lambanglambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid. Konsep Membaca Menurut Kamarudin Hj. Husin (248: 1998), mengikut fahaman dahulu, membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu, pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca 2

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran, dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana murid itu membaca mengikut bahasanya sendiri. Mengikut fahaman sekarang, membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dikira pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca.

1.2 1.2.1

Kesediaan Membaca Definisi dan Konsep Kesediaan Membaca Definisi Kesediaan Membaca

Situasi yang wujud dalam diri seseorang individu yang memungkinkannya untuk belajar atau mungkin melibatkan ciri-ciri yang menghalang pembelajarannya. Konsep Kesediaan Membaca

Kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi, dan fizikal. Mengikut Bruner (1966), kesediaan belajar merujuk pada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangan.

3

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Piaget

(1966),

mengaitkan

kesediaan

belajar kognitif

dengan

peringkat iaitu

pembelajaran

mengikut

perkembangan

kanak-kanak,

peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-6 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun), dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun).

Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada pada peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.

Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi, dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas.

1.2.2

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca Kematangan

Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan boleh merupakan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial, dan kematangan emosi. Kesemua sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya. Pengalaman

4

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung pada kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran tertentu.

Persekitaran

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah pada pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca, dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama. Keadaan Fizikal

Keadaan fizikal merujuk pada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna. Emosi, Motivasi, dan Sahsiah

Keadaan

rumah

tangga

dan

cara

asuhan

akan

mempengaruhi

perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

5

Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.3 Faktor-faktor yang Menghalang Kesediaan Membaca Kematangan Mental 6 . Penguasaan Bahasa Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran. kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyibunyi huruf.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Kecerdasan Kecerdasan dan perkembangan kognitif sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Pengamatan Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat.2. iaitu daya diskriminasi penglihatan dan pendengaran. 1. dan sebagainya semasa berkomunikasi. perasaan. Semasa membaca. kehendak.

1.2. Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat. 7 . iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran.3. 1.1 Kognitif Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.4 Aspek Kemahiran Kesediaan Membaca Bagi kanak-kanak yang belum didedahkan pada aktiviti bacaan. o Kebolehan emosi Minatnya terhadap bahan-bahan bacaan terutama buku cerita dan akan mendengarnya. o Kebolehan mental Keupayaannya mengingat apa-apa yang akan diberitahu. o Kebolehan fizikal Keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. kesediaan membaca mereka merangkumi.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Gangguan kepada mental akan mengakibatkan masalah kepada kebolehan membaca kanak-kanak.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Membaca 1.

Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa. kehendak. ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka. Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi. 8 . secara tidak langsung mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Misalnya mendengar cerita. Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menguasai kemahiran membaca. kanak-kanak yang lebih mahir dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran membacanya. motivasi. perasaan.3.2 Persekitaran Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca serta meningkatkan kemahiran membaca mereka. Oleh itu. 1.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran. dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. dan sebagainya. Dengan ini. dan sebagainya semasa berkomunikasi. lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku.

dan komunikasi ke atas pembelajaran. Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. Oleh itu. makanan. Dorongan f. Dengan ini. corak interaksi. aktiviti membaca. rumah yang diisi dengan majalah. Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi kemahiran membaca murid. 9 . 1. ini memberikan respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas. kestabilan sosioekonomi. Pemilihan bahan b. Pengukuhan yang digunakan. Jenis soalan yang ditanya c. Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya. pendapatan. surat khabar dan buku mempunyai dorongan untuk meningkatkan kemahiran membaca anak-anak. Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua merupakan role model dalam membina tingkah laku. Jenis maklum balas yang diberi d.3 Budaya Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan kebudayaan yang dihasilkan oleh kumpulan budaya itu seperti seni. termasuklah : a. muzik. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca dan meningkatkan kemahiran membaca. bahasa.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 kegiatan sosio budaya. tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak. mereka dapat menguasai kemahiran membaca.3. dan sebagainya. Suasana pembelajaran e.

Keadaan ini menyebabkan kanakkanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. Semua ini dapat meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.2 Meninggalkan Huruf 10 .4. memberi tuisyen.4 Sosioekonomi Sosioekonomi lebih ditujukan kepada tanggungjawab ibu bapa.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Pihak sekolah yang menitikberatkan budaya membaca dapat mempengaruhi kemahiran membaca murid-murid. 1. Sememangnya.1 Masalah dalam Membaca Tidak Kenal Huruf Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanakkanak gagal membaca dengan baik.3. keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca anak mereka. Misalnya. 1. Pendapatan ibu bapa berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak termasuklah kemahiran membaca mereka. prasarana dan suasana yang selesa untuk membaca. guru mengalakkan murid membaca bahan bacaan dan semakin lama budaya ini boleh mempengaruhi kemahiran membaca murid. 1. Misalnya.4. setiap hari pada waktu 10 minit sebelum kelas bermula. membeli alat elektronik yang mengajar pembacaan.4 1. dan seumpamanya. membeli buku rujukan. Budaya ini diamalkan oleh setiap guru dan murid agar peningkatan berlaku.

4.5 Teragak-agak 11 . rajah. ”Buku itu sangat tebal ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”. ”kering” disebut ”kerin”. vi) Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca. sekejap. v) Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca. ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya. dan sebagainya. misalnya dalam ayat “Panjatlah lagi pokok itu” yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok. vii) Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta.4. pagi.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca. sudah. graf.4. dan sebagainya dalam buku. 1. peta. 1. seperti. misalnya ”buah” disebut ’uah”.3 Meninggalkan Perkataan Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca. iv) Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca. 1. iii) Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca. ii) Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi.4 i) Tidak Memahami Apa yang dibaca Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas. sebelum.

teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya. guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. 1. mengerut dahi. iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar. membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan. dan tidak boleh membaca langsung. kedudukan mata dekat dengan cuba mengelak daripada aktiviti membaca. menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca. Selain itu.6 Salah Sebutan Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.4. Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. dan sebagainya. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah yang berikut: a) b) c) e) f) g) h) i) j) k) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan. tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata. bacaan. menggeleng-geleng kepada.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Teragak-agak (hesitation) . membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak. 12 . Suara terlalu perlahan terlalu dan tidak jelas atau bahan ”blurring”. bacaan tersekat-sekat.

1. c.8 Semakin lemah daya ingatan/ lupa Gagal mengenal pasti objek Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati Hilang kemampuan jasmani Tidak mengendahkan kebersihan diri Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan Menambah Perkataan Murid-murid sering menambah perkataan semasa membaca seperti ’bulan-bulan’ disebut ’bulang-bulang’. b.4.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.9 Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition) Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap. f. 1. e.4.4. 1. d. ’ikan-ikan’ disebut ’ikang-ikang’ dan seumpamanya. Ini mungkin disebabkan oleh kecederaan yang pernah dialami oleh pesakit sama ada kemalangan ataupun kecederaan akibat terhantuk benda yang keras.7 Lemah Daya Ingatan Ingatan pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak tidak dapat berhubung antara satu sama lain. g. Simptom: a. 13 .

Kemajuan pembacaan yang lemah Bincangkan kaedah yang sesuai untuk menangani masalah membaca dalam kalangan murid-murid pemulihan. kemudian diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu. Kaedah ini menekankan tentang hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.10 Mengeja Semasa Membaca a. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. 1. Berikan cadangan anda untuk aktiviti pengayaan dan pengukuhan kepada murid-murid pemulihan yang sudah boleh membaca. Menurut kaedah fonik. d. dan begitulah bagi huruf-huruf 14 . Dalam bidang fonetik.5. b. huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan. Contohnya huruf ‘a’ disebut sebagai [ a ].1 Kaedah Membaca Kaedah Bunyi/Fonik Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 1.5 1. Teragak-agak semasa membaca Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca Tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana was-was dan kurang yakin salah atau betul.4. c.

dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ ( bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai). Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaa. Melalui kaedah asosiasi.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 dan suku kata yang lain. bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sehubungan itu. Sila dapatkan siri cepat membaca ’Bacalah Anakku’ yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu.. cepat dan berkekalan. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sebagai contoh. anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. dengan teknik yang betul anakanak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus cukup sekadar beberapa bunyi asas terlebih dahulu. panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap. Oleh itu. ‘ba’ + ‘ta’ terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. apabila anak-anak melihat perkataan ‘ani’. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini 15 . wajarlah bunyibunyi ‘a i u’ diperkenalkan terlebih dahulu. [ beh ] + [ a ] = [ ba ] [ teh ] + [ a ] = [ ta ] [ beh + a = ba] + [teh + a = ta ] = [ bata ] Kanak-kanak seawal usia tiga tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk. Dengan mengikut susunan siri ini. Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik..

u Menggabungkan huruf konsonan dan vokal . contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. bu Membentuk perkataan daripada suku kata . i. Selepas itu.ba.2 Kaedah Abjad Menurut Azman Wan Chik (1993). o. 3.z 1. u. 2. dengan berpandukan siri cepat membaca ’Bacalah Anakku’. e. bi. tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi huruf ‘a’). Melalui kaedah fonetik. Memperkenalkan huruf vokal a. au. tidak juga menghafal suku kata ‘ba’. bo. kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu. anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” . i. e.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 lebih senang disebut oleh kanak-kanak.ba + ju Membina rangkai kata – baju biru Membina ayat mudah – Ini baju biru Abu baju 16 . huruf-huruf konsonan. Contoh: Memperkenalkan huruf a . 4. 5. be. Muridmurid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari a hingga z. 1. o. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu .5. contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’. huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. oi. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kemudian kanak-kanak diajar mengenali hurufhuruf vokal a. iaitu huruf a hingga z. ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan . dan diftong ai. Seterusnya.

Kemudian. 1. 17 . Kaedah ini juga disebut sebagai Kaedah Pandang dan Sebut. guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Selepas itu. murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad pada papan tulis berdasarkan apa yang disebut oleh guru.5. namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam bahasa Melayu. Teknik pengajaran boleh juga dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca.3 Kaedah Seluruh/Pandang dan Sebut Kaedah seluruh kata sangat popular dalam mengajar bacaan dalam Bahasa Inggeris. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. Seterusnya. sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Selain itu. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataanperkataan baharu yang belum dipelajarinya. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.

Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar. minum. Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa. kopi. bapa. 18 . Guru akan memperkenalkan berulang-ulang. Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu. dan sebagainya. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan. Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Contohnya. menyebutnya Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar secara pandang (visual) dan mengecam perkataan. iaitu menyebut keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan tersebut. iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]. sepak. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu. beberapa perkataan dahulu dan membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Melalui kaedah ini. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. bola emak. Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan gambar. Misalnya bagi perkataan ”rumah”. perkataan “bunga” ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. kawan. guru digalakkan menggunakan fonik atau bunyi huruf. adik. pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataanperkataan yang biasa diguna seharian yang abang. guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r”.

5. Murid-murid hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua. ba bi bu be bo ban bin bun ben bon (untuk 2 huruf) (untuk 3 huruf) ejaan.visual (penglihatan) A – audio (pendengaran) K .taktil ( sentuhan) Kaedah ini berpegang pada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran.4 Kaedah Suku Kata Kaedah suku kata ini tidak memerlukan murid-murid untuk mengeja atau membatangkan menyebut terus.5.5 Kaedah Pelbagai Deria/VAKT Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud. 19 . tiga atau empat huruf lalu bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf) 1. Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”. Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu.kinestetik ( pergerakan ) T . Contohnya. V . Langkah-langkah pengajaran adalah seperti yang berikut: • • • Kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 1.

1. viii.(1943. Gillingham. iii.5. 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. i. Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.1 Kaedah Fernald Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G. vii.M. Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT. lihat huruf (V) dengar guru sebut huruf (A) menyebut huruf (A) dengar huruf yang disebut (A) rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K) rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T) lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A) Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald. v.5. iv.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan. mewarna dengan jari. vi. huruf dibuat daripada kertas pasir. huruf timbul yang besar dan seumpamanya. dan Helen. iaitu: 20 . ii.K. murid hendaklah . Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald. dan tokoh yang lain. B. menggunakan talam berpasir/lumpur.

Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan (V) . menyebut. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 i. iv. tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis. Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan. 21 . dan menulis perkataan tersebut. Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh. iii. Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari. Pelajar menyurih huruf-huruf dengan jari (T – K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A). Peringkat 2: Pelajar tidak perlu menyurih setiap perkataan. Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti yang berikut: Peringkat 1: Guru menulis perkataan bersaiz besar menggunakan krayon di atas kertas. ii. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi. dan Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi.

keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan. menyebut. murid pemulihan. Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku. ii. Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca. dan hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Peringkat 3: Pelajar belajar perkataan baharu dengan melihat. 22 . Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi. Kesimpulannya. iaitu: i. iii. kaedah Fernald menggunakan pengalaman perkataan yang bahasa murid dan kaedah VAKT. dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks). kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan. dan murid PKBP. Peringkat 4: Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baharu berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak atau bahagian-bahagian sudah dipelajari.

Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.5. iii. Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf-huruf. V-A (Visual-Auditory). 23 . iaitu bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat. A-V (Auditory-Visual).2 Kaedah Gillingham Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-an dan difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanakkanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu. iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama (minimum). Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya. ii.5. Enam kesatuan asas itu adalah: i. A-K (Auditory-Kinesthetic). iaitu perkataan yang ditulis dan dua tahun huruf-huruf dihubungkan dengan bunyinya.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 1. iaitu bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual.

Apabila sudah mahir. iaitu huruf cetak dan perkataan dikaitkan bertutur dan menulis. guru membunyikan mengikut huruf. vi. K-A (Kinesthetic-Auditory).PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 iv. Langkah 1: Dengan menggunakan kad latih tubi. iaitu pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf. Soalan guru . “Berikan nama huruf yang bunyinya [ č ] . v. Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru. V-K (Visual-Kinesthetic). guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya . Langkah-langkah pengajaran. K-V dengan pergerakan otot semasa (Kinesthetic-Visual). iaitu tangan murid dibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut. Soalan guru. “Apakah bunyi huruf ini?” Langkah 2: Tanpa menggunakan kad latih tubi. tunjuk satu huruf kepada murid. Guru menggunakan strategi ejaan lisan Langkah 3: 24 .

pandang. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. dan membunyikan huruf itu. - Guru mula memperkenalkan tulisan sambung. dengar.6 Kaedah Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana murid berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. Murid menyurih ikut tulisan guru. mengenal pasti punca masalah.huruf menjadi perkataan. Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal). dan berusaha membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 - Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya. semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan murid-muridnya. 1. Sebagai rumusan.5. 25 . mereka mengadun huruf. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran untuk Pembelajaran Masteri: 1.

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 2. 3. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. menarik. Yang berikut ialah kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru. huraian Perbincangan Inkuiri penemuan Bacaan Sumbang saran Demostrasi oleh murid Kerja amali Eksperimen Projek Kuiz Penyelesaian masalah Reka cipta Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan 26 . guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran murid anda. iaitu murid yang melakukannya ialah: • • • • • • • • • • • • • • • • • Soal jawab Latih tubi Bercerita Membuat latihan Penerangan. penjelasan. Oleh itu. 4. iaitu guru yang melakukannya: • Syarahan Penerangan Penjelasan Huraian Demonstrasi Bercerita Pembacaan Memberi nota 5. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada murid. dan menyeronokkan.

27 menulis . Selepas itu. Contoh. v.7 Main peranan Lakonan Simulasi Membuat nota sendiri Lawatan Pengajaran berprogram Pembelajaran berbantukan computer PAK (Pembelajaran Akses Kendiri) Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Murid menyebut nama huruf tersebut.5. membina suku kata dan seterusnya perkataan. Kaedah Lain yang Sesuai 1. menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid huruf-huruf. ii. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf. iii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 • • • • • • • • 6. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.1 Kaedah Gabungan Bunyi–Kata Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron. 1. Kaedah ini memerlukan guru mengajar murid langkah demi langkah. i. iv.7. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensori).5. Guru menunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. bermula dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf.

Ada yang menggunakan penujuan sintetik. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. i. (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar). dan sintetik-analitik. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan). analitik. Setelah murid biasa dengan nama. Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. bunyi. dan bentuk huruf. ialah seolah-olah mereka memikirkan kaedah 28 .5.2 Kaedah Eklektik Kaedah ini adalah kaedah campuran. iaitu membunyikan huruf. Hubungan antara nama. kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja). iaitu campuran kaedahkaedah mengikut kesesuaian murid. Murid membaca apa yang telah ditulisnya. ii. situasi bilik darjah. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula. Bagi bahasa Melayu.7.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 vi. guru boleh teruskan dengan latih tubi yang berikut. vii. bunyi. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu. 1. dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. dan bahanbahan bacaan yang digunakan.

dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu pada pihak yang lain. Pemeringkatannya adalah seperti yang berikut: Diperkenalkan perkataan yang disertakan dengan gambarnya sekali. kita harus mencipta Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dan seharusnya sistematik.5. kerap kali kaedah ini menjadi kaedah cacamarba. agak banyak yang mengajar kurang sistematik. Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar ‘eklektik’ tetapi sistematik. Kemudian. jika diperhatikan betul-betul cara kaedah ini diterapkan. yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu. struktur suku katanya.7. Contoh: atau buk u buku 29 .3 Kaedah Pandang dan Sebut Kaedah ini mengunakan pendekatan yang memperkenalkan seluruh perkataan kepada murid-murid.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita. kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan. dan tatabahasanya pada suatu pihak. 1. Maksudnya. Oleh itu.

Di samping itu.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Mula-mula. dimasukkan perkataan baharu. murid ditunjukkan gambar kemudian beralih kepada perkataan. Buku Abu. Contoh: Ini buku. 2.0 KEMAHIRAN KEFAHAMAN 30 . mmmerah. Buku merah. Murid-murid dilatih membaca ayat-ayat pendek dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh mereka. Murid-murid diperkenalkan dengan dua perkataan yang mudahmudah. Biasanya murid-murid menunjuk perkataan ‘buku’ dengan jarinya dari b-u-k-u sambil berkata ‘buku’. Contoh: Ini buku. Buku ini merah. Ini buku Abu. Abu ada buku merah. Buku Abu merah.

taakulan. dan membuat telahan atau kesimpulan maka kanak-kanak tersebut jelas mempunyai masalah dalam pemikiran khususnya kefahaman dalam bacaan. dan proses kognitif. Seseorang yang boleh membaca perlu memahami isi-isi bacaan yang sesuai dengan kematangannya untuk faedah diri sendiri atau untuk orang lain sama ada untuk mendapatkan maklumat. menginterpretasi idea. Kefahaman dalam konteks ini dapat diberi pengertian sebagai kebolehan membuat penghuraian atau menginterpretasi idea dan makna bahan yang dibaca. kesan. Kefahaman tentang isi-isi bacaan itu akan lebih bermakna sekiranya dapat dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada bagi memudahkan seseorang membuat telahan. Proses kognitif dalam konteks kefahaman melibatkan perkara-perkara yang berikut: i. keupayaan membuat perkaitan. dan akibat. pengetahuan atau hiburan. Jika seseorang kanak-kanak itu menterjemahkan lambang-lambang kepada bunyi-bunyi bahasa dengan intonasi yang betul tetapi masih gagal untuk memahami idea.1 Definisi Kefahaman Lamberg & Lamb (1980) mendefinisikan kefahaman sebagai kebolehan menterjemah idea daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain. 31 kepada . Kefahaman melibatkan bahasa.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 2. Proses kognitif adalah asas utama dalam bacaan dan kefahaman. mengaitkan sesuatu fakta. dan kesimpulan. pengalaman.

betul-salah. Seperti mana yang telah dibincangkan. bacaan dan kefahaman melibatkan proses kognitif. pemindahan pembelajaran. mengisi tempat kosong. Proses kefahaman dalam bacaan terbahagi kepada beberapa tahap seperti yang berikut: 2. Bagi kanak-kanak pemulihan yang sebahagian besarnya mempunyai daya ingatan yang lemah. 2. Kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan.2 mengetahui perkaitan atau perhubungan. 32 . latihan ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan mestilah diberi penekanan.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 ii. Sejauh mana kefahaman seseorang murid terhadap apa yang dibaca akan dapat diketahui atau dikesan melalui ujian-ujian seperti menjawab soalan aneka pilihan. iii.1 Memahami Maksud Perkataan dan Ayat Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman literal. Proses kognitif yang paling rendah ialah mengingat kembali. Oleh sebab membaca merupakan proses penguasaan bahasa dan bahasa pula sebagai alat komunikasi maka bacaan itu tidak akan lengkap tanpa kefahaman. suaikan. membuat telahan atau inferensss serta menilai dan menghayati Tahap Kefahaman Kefahaman adalah matlamat terakhir dalam membaca.2. iv. dan sebagainya. Kefahaman seseorang murid akan terserlah berdasarkan hasil keputusan ujian tersebut. v.

Contoh soalan jenis mengisi tempat kosong: i. Ini buku Abu. 2. Ini ______ Abu. 33 .PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Bahan bacaan yang disediakan untuk memahami maksud perkataan dan ayat hendaklah bermula dengan jumlah bilangan perkataan yang kecil pada satu-satu masa. menaakul.2 Membuat Urutan Idea Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman inferens. ii. Buku Abu biru. v. iii. Soalan-soalan yang diajukan juga haruslah disediakan dalam bentuk objektif manakala jawapan kepada soalansoalan itu boleh didapati terus daripada teks bacaan berkenaan. membuat perkaitan atau perhubungan. iv. Contoh teks bacaan: Ini buku.2. dan membuat telahan. Buku _______ biru. Ini ______________. Ini buku __________. Tahap ini memerlukan murid menginterpretasi. Buku Abu _________.

guru perlu menyediakan soalan-soalan yang berstruktur serta petunjuk-petunjuk lisan ke arah menampakkan kepada murid-murid isi-isi berkaitan agar mereka dapat menginterpretasi maklumat yang dibaca. Oleh itu.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Keupayaan seseorang murid berfikir serta melakukan operasi kognitif tersebut akan mempengaruhi keupayaannya membuat urutan idea dari bahan yang dibaca. 34 . Kanak-kanak pemulihan memang sering menghadapi masalah untuk berfikir secara abstrak. Untuk membantu perkembangan kefahaman ini. guru pemulihan perlu membiasakan murid-murid dengan latihan-latihan kefahaman inferens ini secara lisan sebelum kefahaman inferens secara bacaan dilaksanakan.

_______ kakak Ali. 2. Ani kakak Abu. Siti adik Ali. ii. Contoh soalan jenis mengisi tempat kosong: i. Ali adik Abu. Adik beradik Abu ada _______ orang. iii. Abu ada kakak. Tahap kefahaman yang agak tinggi ini memerlukan murid membuat 35 . Ani ada ______ orang adik.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Contoh teks bacaan: Ini Abu. Abu ada adik.3 Hubungan Sebab dan Akibat Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kritis.2.

dan membuat andaian serta tafsiran sehingga mampu membina situasi baharu berasaskan andaian dan tafsiran tersebut. murid-murid pemulihan mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan proses kognitif ini. Kefahaman pada peringkat ini juga perlu dilatih dan diperkembangkan secara lisan dahulu. 36 . membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah. Jika dilihat dan dikaji dengan teliti tahap ini merupakan hasil daripada pencapaian murid-murid dalam tahaptahap sebelumnya. Terdapat pakar-pakar pengajaran bacaan menyatukan tahap kefahaman ini dengan tahap kefahaman kritis.4 Membuat Tafsiran/Andaian Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kreatif. 2. Mereka juga membuat hubungan sebab dan akibat. Murid-murid memerlukan bantuan dalam menentukan perkara-perkara yang mereka baca sama ada benar atau tidak. guru-guru pemulihan masih boleh membantu mereka untuk maju dengan membiasakan mereka dengan soalan-soalan berdasarkan siri-siri cerita yang mereka baca. Namun.2. Muridmurid juga perlu dibantu supaya mereka dapat membuat penaakulan dan meramal kemungkinan serta membuat penghakiman berasaskan hubungan sebab dan akibat. Seseorang yang telah sampai ke tahap kefahaman kreatif ini sudah mampu menghayati bahan-bahan yang dibacanya. Tahap kefahaman kreatif merupakan tahap kefahaman tertinggi.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 hubungan sebab dan akibat serta mampu membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah. Oleh sebab keupayaan proses kognitif yang terhad.

Pentaksiran bermaksud ‘memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem’. marah. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai pengujian. ii.0 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM KEMAHIRAN LISAN. Kesimpulannya.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Kefahaman pada peringkat ini juga akan menjadikan seseorang itu bertindak balas terhadap bahan yang dibacanya dengan menunjukkan emosinya seperti gembira. Membaca dan Kefahaman. pilu. i. MEMBACA. Antara perkara yang 37 . bertindak balas dengan menunjukkan emosinya. Contohnya. seseorang yang telah mencapai tahap kefahaman kreatif ini seharusnya telah dapat. Kefahaman pada peringkat ini juga akan menjadikan seseorang itu kreatif sehingga mereka berjaya menghasilkan bentuk-bentuk penulisan yang boleh dinikmati oleh orang lain pula. terharu. menangis. DAN KEFAHAMAN 3.1 Kepentingan Mentaksir dan Menilai Kemahiran Lisan. sedih. dan sebagainya. ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi dalam suatu borang. menggunakan butir-butir yang diperoleh dari pembacaannya untuk menghasilkan daya kreatifnya. 3.

darjah. Ringkasnya. Penilaian membantu guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri sendiri dan muridnya. Ujian dan penilaian membantu guru untuk memperbaik pengajarannya. Penilaian formatif bertujuan untuk mengesan perkembangan atau kemajuan murid dalam pembelajaran. pengukuran pengukuran oleh Stevens (1951). Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk nombor. bagaimanapun. Mengikut Stevens. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan sebagai pentaksiran .PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 mungkin ditanya ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. 38 . memilih strategi-strategi baharu yang sesuai untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran demi mengatasi kelemahan-kelemahan murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar. pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah. Pentaksiran Walau biasanya melibatkan dalam dalam bilik pengukuran. bacaan atau kefahaman sudah tentu guru ingin mengetahui keberkesanan pengajarannya dan menilai sama ada murid-murid telah atau belum menguasai kemahiran-kemahiran yang telah diajar. pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan.2 Jenis Penilaian Dua jenis penilaian yang sering digunakan oleh guru ialah penilaian formatif dan penilaian sumatif. 3. Selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada lisan. nombor pengukuran dirujuk dalam biasanya definisi melibatkan pemberian Penggunaan markah kepada maklumat yang diperoleh.

Kategori dan Jenis Pentaksiran. SPM. • • Ujian ini dijalankan dengan kerap Ujian yang merumuskan pencapaian murid setelah satu unit Ujian Sumatif 39 . Tidak melibatkan kemahiran atau unit tertentu Dibina oleh guru Tidak mempunyai arahan atau prosedur Dijalankan dalam kumpulan semasa pengajaran dan pembelajaran Boleh dalam bentuk formal atau tidak formal Tiada arahan tertentu Dijalankan secara individu dalam pengajaran dan pembelajaran Tiada arahan tertentu Soalan dibina oleh guru UPSR.STPM Ujian yang dijalankan berdasarkan kandungan kurikulum yang Ujian Formal Tidak • • • • • • • • • • • • • • Ujian Kumpulan Ujian Individu Ujian Berdasarkan Kurikulum Ujian Formatif digunakan di sekolah • Untuk mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid setelah sesuatu kemahiran diajar. PMR. Istilah Ujian Standard atau Formal • • Maksud Ujian yang telah disiap bina Ujian mempunyai skor yang perlu dicapai oleh pelajar dan guru untuk perbandingan prestasi Dijalankan pada bila-bila masa mengikut keperluan Dijalankan secara individu atau kumpulan. Lisan atau kumpulan.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Penilaian formatif dijalankan secara berterusan dalam setiap pengajaran oleh guru dan direkodkan supaya kelemahan dan kekuatan murid dalam sesuatu unit atau kemahiran dapat dilihat dengan jelas dan dapat dibaiki.

Contohnya. tulisan. bacaan Tidak formal Kekuatan murid menguasai sesuatu kemahiran. laporan Ujian ‘Power’ 3. 40 . jenis. dan ciri masalah yang Ujian ‘Speed’ dihadapi pelajar dapat diketahui. • • • • • • • Contohnya : ejaan. menulis karangan. Maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan dalam pelaksanaan program pemulihan boleh didapati daripada pelbagai sumber. Kekuatan ingatan tentang sesuatu topik yang telah dipelajari. Biasanya item agak sukar sedikit. • Dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah dalam pembelajaran yang dihadapi oleh murid • Selepas ujian diagnostik dijalankan.3 Instrumen Pentaksiran dan Penilaian Seorang guru pemulihan khas perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan. Ujian yang menggunakan masa yang agak lama untuk dihabiskan.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 pengajaran dijalankan • • Satu gred diberikan sebagai tanda tahap pencapaian murid Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti murid-murid yang berisiko menghadapi masalah pembelajaran. • Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad. • Ujian Diagnostik Ditadbirkan kepada semua murid termasuk murid normal (jika Ujian Saringan perlu).

Laporan-laporan mengenai 41 . Pengujian o o o o o o 4. Skala pengkadaran 8. Temu bual 3. Senarai semak 7. Pentaksiran portfolio 5. o o o o Latar belakang keluarga Rekod kesihatan Prestasi akademik terdahulu Minat murid Analisis ralat Kualiti kerja Ujian rujukan norma Ujian rujukan criteria Intervensi tidak formal Kuiz Probe – menyiasat Analisis tugasan 2. Sampel kerja o o 3.4 Pelaksanaan Penilaian Rekod dan Laporan • Seseorang murid pemulihan telah menjalani pelbagai jenis maklumat murid dan persepsi pembelajaran boleh pentaksiran semasa dia berada dalam kelas KBSR. Rekod dan laporan berkaitan.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Sumber tersebut termasuklah : 1. Pemerhatian 6.

Sampel Kerja • Salah satu sumber maklumat sedia ada berkaitan sampel-sampel kerja yang dihasilkan murid dalam mata pelajaran yang dipelajarinya. Kuiz : • Ujian yang dijalankan sebaik sahaja untuk mengetahui sama ada murid tersebut memahami apa yang diajar. • Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikut tujuan guru : Ujian Rujukan Kriteria : tujuan ujian ini adalah untuk mengumpul sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 digunakan oleh guru pemulihan khas untuk mendapat satu gambaran yang menyeluruh berkaitan murid tersebut. • Untuk mendapat maklumat yang berfaedah. Ujian Rujukan Norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian murid-murid lain yang telah mengambil ujian yang sama. 42 . guru perlu mambuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari. Ujian • Guru boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbir ujian-ujian kepada murid.

43 . • Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian. atau rakan sebaya murid. Ujian Rujukan Kriteria • URK merupakan satu ujian yang direka oleh guru pemulihan untuk menilai setakat mana kemahiran yang telah diajar kepada murid dalam satu tempoh tertentu.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Probe/Penyelidikan: • Kalau seseorang guru ingin tahu sama ada seseorang murid boleh menjalankan sesuatu tugasan dalam keadaan yang lain. Temu Bual : • Guru boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemu bual ibu bapa. guru sebenarnya telah menjalankan ‘probe’ atau penyelidikan. dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan. guru-guru yang lain. Pemerhatian : • Merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional untuk mengumpul maklumat khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid. • Biasanya kemahiran yang diuji biasanya hanya tertumpu pada satu aspek sahaja • Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-satu kemahiran diajar kepada murid dalam masa yang tertentu.

murid dapat membaca dengan tepat tujuh daripada 10 perkataan yang ditunjukkan • Guru mula menguji dengan memberi murid 10 perkataan KVKV dan murid membaca perkataan. guru menulis ‘apabila didedahkan kepada 10 patah perkataan KVKV yang pernah diajar.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 • Tujuannya adalah untuk menilai sama ada murid telah menguasai kemahiran tersebut. • Kalau murid berjaya membaca tujuh perkataan atau lebih dengan tepat. • Untuk menentukan penguasaan. • Guru akan menyediakan sepuluh perkataan KVKV yang pernah diajar untuk menguji murid. • Dalam borang catatan. Contoh : Menguji kebolehan membaca KVKV • Selepas membaca perkataan KVKV selama 3 minggu guru menguji sama ada murid telah menguasai kemahiran yang telah diajar dalam tempoh berkenaan. guru biasanya akan menetapkan kriteria pencapaian. • Maka guru bolehlah mengajar kemahiran yang baharu. guru akan jadikan sebagai bukti bahawa kemahiran telah dikuasai. iaitu jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap peratus (%) yang ditentukan oleh guru. Contoh. 70 peratus hingga 80 peratus. Analisis Tugasan 44 .

Sebelum menguasai tugasan yang diberikan. • Untuk mengajar murid menjalankan tugasan dengan jayanya. • Murid pemulihan mungkin hanya boleh melakukan sebahagian daripada kemahiran kecil tersebut. guru harus mengkaji ralat yang terdapat dalam kerja latihan murid untuk mengenal pasti kemahiran yang harus diajar. • Oleh sebab itu. mereka tidak dapat menyiapkan dengan sempurna. Analisis Ralat • Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya. kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu diajar. 3.5 Tindakan susulan Hasil penilaian/ujian-ujian yang telah dilaksanakan hendaklah dianalisis oleh guru. Ini disebabkan sebarang tugasan yang dilakukan sebenarnya terdiri daripada satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan dengan jayanya. • Murid akan kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang masih belum dikuasainya. guru perlu mengenal pasti apakah kemahiran kecil yang terdapat dalam satu kemahiran dan kemudian membantu murid menjalankan tugasan tersebut.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 • Murid pemulihan apabila diberi sesuatu tugasan. Analisis tersebut akan menjadi penentu sama ada murid-murid menghadapi masalah yang perlu dibantu dengan segera atau menjadi 45 .

1 Kepentingan Bahan Mengikut Charles F. Bina alatan ujian yang sesuai mengikut aras kognitif murid untuk mentaksir dan menilai kebolehan membaca dalam kalangan muridmurid pemulihan. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBB bolehlah dirumuskan seperti yang berikut: a) b) c) d) BBB menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar e) Dapat membina pemikiran yang berterusan. f) Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.0 BAHAN BANTU BELAJAR (BBB) 4.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 panduan kepada guru untuk mengubah suai tindakannya agar sesuatu yang dilaksanakan memberi kesan positif kepada perkembangan muridmurid. 4. seperti melalui filem bergerak. James D. Hoban. 46 .

BBB adalah sangat penting kerana dapat: a) b) Menjimatkan masa Dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti murid-murid 47 . c) Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. e) Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepat perkembangan perbendaharaan kata. Sebagai rumusannya. Husin ( 1988: 242) merumuskan kepentingan BBB seperti yang berikut: a) b) Memberi rangsangan dan minat murid-muird. f) Ini mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 g) Boleh memberi pengalaman baharu dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. d) Menyediakan pengalaman baharu yang tidak diperoleh dengan mudah oleh cara-cara lain. Kamarudin Hj. menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.

4. 4. iaitu murid-murid dan guru itu sendiri. bahan teknologi maklumat. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak. Menerusi penggunaan bahan-bahan ini. Dengan cara ini juga.2 Jenis-jenis Bahan Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Semua jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama.2. murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru.1 Bahan Maujud Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. dan bahan maujud. iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber pengajaran dan pembelajaran sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta 48 . Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada dalam lingkungan alam.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 c) Menyeronokkan murid-murid. baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan.

Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Bahan maujud terbahagi kepada 3 jenis. Manakala dari segi sumber pengajaran dan pembelajaran pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya 49 . Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun.2. Realia asli terbahagi kepada dua. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi. iaitu realia asli. alat tulis.2 Pelbagai Media Bahan cetak Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. 4. dan perkakas sains. rasa. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan. pendengaran. iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Kebiasaannya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. realia awet. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Spesimen ialah sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. OHP. sentuhan dan baubauan murid-murid. Contohnya cacing tanah. gambaran atau kenyataan sebenar. dan spesimen.

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. 4. buku teks. bahan ini kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain ialah mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan. Namun begitu. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. jurnal. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar dan mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman. kamus. ensiklopedia. terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. kad katalog. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan bercetak meliputi buku.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 50 . majalah. dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Selain itu. Semuanya dihasilkan oleh penulispenulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing.2. Isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. surat khabar. Jadi sukar untuk dibawa kerana berat juga sukar disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman. Bahan ini murah dan senang didapati di manamana.

Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu. internet dan intranet. Pada masa kini. Secara keseluruhannya. guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain itu.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada muridmurid. penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru. guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisianperisian yang percuma disediakan oleh kerajaan. Oleh itu. Banyak kelebihan bahan ini jika digunakan dengan betul. mereka boleh menggunakan portal pendidikan. Walau bagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan. murid-murid mudah untuk mengulang kaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. 51 . Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kandungan perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. Kelebihan bahan ini ialah murid-murid mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini. Bagi guru yang menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran ini.

dapat digelapkan. dan sebagainya. bahasa. seperti sama ada elektrik. kandungan dan pengalaman murid-murid.3.1 Kesesuaian a. Sesuai dari segi tajuk. sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah.3 Ciri-ciri Bahan 4. f. d.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 4. Sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak Saiz bahan bantu belajar yang direka adalah sesuai digunakan di dalam bilik darjah untuk kelihatan semua murid. 52 . c. Sesuai dengan isi pelajaran murid-murid Harus membawa manfaat kepada guru dan murid-murid. e. b. plug.

b.2 Pelbagai Kegunaan a. Bahasa Melayu dengan Matematik. masa atau sebagainya dalam pengajaran dan pembelajaran. Boleh digunakan dalam beberapa subjek.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 g. Contoh: Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam komputer dan ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan untuk menyediakan BBB. Contohnya.3. c. kos. selamat digunakan oleh murid-murid supaya tidak mendatangkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. 53 . Ini dapat menjimatkan tenaga. 4.

54 . Ini memberi peluang kepada murid belajar dengan lebih berkesan. difahami.3. b. dan dimudah alih oleh guru mahupun murid-murid. Senang dibawa. 4. Menyenangkan guru untuk menyimpan. Sediakan satu contoh Rancangan Pembelajaran Harian untuk mengajar membaca bagi murid-murid pemulihan. Senang digunakan semasa di dalam bilik darjah. Bina Bahan Bantu Belajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan. Senaraikan kekuatan dan kelemahan Bahan Bantu Belajar yang telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. c.PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 d. Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagi mengkukuhkan ilmu mereka.3 Mudah Alih a.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful