You are on page 1of 4

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERTAAN GOLONGAN WANITA DALAM PASARAN TENAGA KERJA Pendahuluan

Satu perubahan dinamik dalam pasaran buruh di negara-negara maju dan yang sedang

membangun ialah kemasukan kaum wanita dalam pasaran buruh.

Di negara Malaysia hampir 70% guru-guru merupakan kaum wanita.

Dalam bidang professional yang lain pula kajian menunjukkan penyertaan mereka

semakin meningkat. Pelbagai faktor dikenal pasti sebagai punca berlakunya fenomina ini.

Isi-Isi Penting 1. Meningkatnya tahap pendidikan di kalangan wanita Golongan wanita sekarang semakin ramai mendapat peluang Pendidikan. Di sekolah-sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi golongan wanita merupakan golongan yang paling banyak. Mereka ingin memanfaatkan kelulusan mereka. Kaum wanita sedar akan kepentingan Pendidikan untuk meraih peluang pekerajaan yang pada suatu masa dahulu dimonopoli oleh kaum lelaki.

Pencapaian kelulusan akademik kaum wanita lebih baik daripada kaum lelaki.

2. Kesedaran kaum wanita untuk berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Wanita sekarang lebih berani, berkeyakinan diri dan ingin berdikari. Wanita berupaya menentukan hala hidup sendiri sebelum mendirikan rumahtangga dan tidak mahu terus menerus bergantung kepada ibu bapa atau suami. Mereka tidak perlu terlalu mengharapkan belas kasihan daripada pihak lain dari segi ekonomi. Kaum wanita berasa puas hati dengan pengurusan diri tanpa tunjuk ajar kaum lelaki. Kaum wanita lebih selesa dan berfikiran terbuka apabila mereka tidak dikongkong oleh sesiapa. 3. Permintaan dan harapan suami yang mahukan isteri bekerja.

Zaman sekarang kos sara hidup tinggi dan segala-galanya memerlukan wang untuk

berbelanja. Kaum wanita sedar akan tanggungjawab dan beban yang dihadapi oleh pihak suami. Suami lebih selesa jika isteri dapat membantu mengurangkan beban kewangan rumahtangga. Mereka mahukan keluarga hidup lebih senang dan tidak hidup dalam lingkungan kemiskinan.

Mahu menjamin anak-anak dalam memenuhi segala keperluan asas seperti pendidikan,

pakaian dan makan minum dengan lebih sempurna. 4. Wujudnya peluang pekerjaan yang hanya sesuai dikendalikan oleh kaum wanita sahaja

Perkembangan dalam hidup manusia menyebabkan beberapa sektor pekerjaan hanya

sesuai dikendalikan oleh kaum wanita sahaja.

Pekerjaan yang memerlukan kesabaran, ketelitian seperti jururawat, perkeranian,

setiausaha dan operator perlu memerlukan tenaga kerja wanita. Bidang kehalusan seni , fesyen dan kosmetik juga merupakan bidang yang memerlukan kepakaran wanita.

Kini sektor perkomputeran dan kerja-kerja pemprosesan maklumat juga mulai dikuasai

oleh kaum wanita. 5. Keinginan mencuba sesuatu serta menimba pengalaman baru di kalangan kaum wanita moden. Wanita dahulu hanya mementingkan kerja-kerja rumahtangga sahaja tanpa mengambil kira peluang-peluang menimba pengalaman hidup di luar. Mereka tidak dapat melahirkan generasi yang berfikiran terbuka. Kini disebabkan keterbukaan fikiran, mereka mahu menghapuskan tradisi tersebut dan mahu hidup berpengalaman. Mereka memperjuangkan hak supaya hidup sama taraf dengan golongan lelaki. Malah kini kejayaan kaum lelaki sebahagian besarnya didorong oleh kaum wanita sama ada sebagai penasihat atau sebagai pendorong. Kesimpulan Satu perkembangan yang baik dalam memenuhi permintaan pasaran buruh dan akan hilang jurang perbezaan antara kaum lelaki dengan kaum wanita.

Dijangka pasaran buruh negara akan terus dikuasai oleh kaum wanita pada masa akan

datang. AMALAN GAYA HIDUP KURANG SIHAT PENYEBAB MANUSIA MENGHIDAP PELBAGAI PENYAKIT BERBAHAYA Pendahuluan Masyarakat Malaysia kini menghadapi ancaman penyakit berbahaya seperti barah, penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Terdapat pihak yang menyatakan gaya hidup yang terlalu mewah merupakan satu punca berlakunya fenomena kurang sihat ini. Keterlaluan dalam amalan hidup inilah yang menyebabkan tahap kesihatan seseorang tidak dapat dijaga dengan baik.

Isi-Isi Penting 1. Amalan pemakanan yang kurang sihat Terpengaruh dengan amalan pemakanan yang diamalkan oleh negara barat.

Gaya hidup ultra moden mula mempengaruhi setiap aspek kehidupan manusia termasuk

amalan pemakanan di negara kita. Makan 120% bukannya berenti sebelum kenyang (80%) Sibuk dengan pekerjaan sehingga amalan makan di luar menjadi satu kebiasaan Jenis makanan dan bahan yang terkandung dalam makanan tidak diambil peduli. Makanan segera seperti Mc Donald, Pizza Hut, KFC dan sebagainya yang kurang sesuai untuk kesihatan menjadi kegemaran.

2. Kurang makan sayur dan buah-buahan. Amalan memakan ulam, sayur-sayuran dan buah-buahan yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu mula tidak digemari oleh anak-anak muda.

Makanan ini telah terbukti berkhasiat untuk mencegah penyakit-penyakit berbahaya.

Masyarakat moden menganggap makan ulam dan pucuk merupakan makanan kampong yang tidak melambangkan pemodenan. Mereka lebih mementingkan kelazatan makanan berbanding dengan khasiatnya.

3. Kurangnya amalan bersenam dan aktiviti sukan. Masyarakat moden sibuk dengan pekerjaan sehingga mengabaikan amalan bersenam dan melakukan aktiviti sukan. Amalan bersenam dianggap sebagai satu perkara remeh dan membosankan. Tiada kesedaran menjaga kesihatan melalui senaman dan aktiviti sukan. Ramai yang melakukan aktiviti tersebut hanya setelah disahkan menghidapi penyakit tertentu sahaja. 4. Pencemaran alam

Masyarakat maju suka tinggal di bandar-bandar besar yang penuh dengan kesesakan

kenderaan. Mereka lebih mementingkan keselesaan hidup berbanding dengan kesihatan. Pencemaran asap kenderaan dan kilang telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Manusia yang tinggal di kawasan tersebut mula menerima kesan sampingan yang boleh menjejaskan kesihatan.

5. Amalan menghisap rokok dan minum minuman keras

Menganggap menghisap rokok

dan minum minuman keras sebagai lambang

pemodenan dan kehebatan seseorang. Amalan merokok boleh menyebabkan seseorang itu menghidap pelbagai penyakit berjangkit. Walaupun ramai yang mengetahui amalan merokok boleh menjejaskan kesihatan , tetapi amanan ini masih belum dapat dikurangkan. Tiadanya ketahanan diri dan kurangnya kesedaran menyadi faktor perkara ini berlaku.

Kesimpulan Kesedaran menjaga kesihatan perlu digiatkan lagi dalam semua lapisan masyarakat bagi memastikan semua pihak mengambil berat mengenai penjagaan kesihatan. Semua pihak bertanggungjawab bagi memastikan kempen penjagaan kesihatan mendapat kesan yang maksimum