KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 17 _______________________________________________________________________________

UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat:

1. 2. 3.

menerangkan perkembangan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR. menghuraikan latar belakang berkaitan KBSR dan KSSR. membanding beza antara KLSR, KBSR dan KSSR.

PETA KONSEP TAJUK

Kurikulum Sekolah Rendah

KLSR

KBSR

Perbandingan

Latar Belakang

KSSR

Bolehkah anda bayangkan bagaimana keadaannya jika perkembangan daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR tidak berlaku. kurikulum sekolah rendah yang sebelumnya. orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada FPN (mulai 1996 dikenal FPK). . Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan di samping untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada 2011. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario pendidikan negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982. KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan pada 1982. Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem persekolahan adalah antara perkara yang diberi penegasan dalam pelaksanaan pendidikan selepas merdeka. KBSR selepas itu ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. KSSR dilaksanakan di sekolah rendah di negara ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan dalam abad ke-21. Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada pelaksanaan pendidikan di negara ini. Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi. dikenal sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). KBSR memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M. Apabila Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988. ISI KANDUNGAN Bagaimanakah kurikulum sekolah rendah berkembang daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR? Sebagai yang telah dimaklumi bahawa pendidikan peringkat sekolah rendah di negara ini telah mengalami perkembangan daripada Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) seterusnya kepada Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) dan kini kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Setelah negara mencapai kemerdekaan. Dari semasa ke semasa beberapa jawatankuasa dibentuk bagi mengkaji seterusnya memberi cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan sistem pendidikan negara.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 18 _______________________________________________________________________________ PENGENALAN Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman.

berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 19 _______________________________________________________________________________ Pelaksanaan KLSR berlangsung sejak selepas merdeka khususnya apabila Akta Pelajaran 1961 diwartakan. Sebanyak 305 buah sekolah rendah pada 1982 telah dipilih untuk melaksanakan percubaan sebelum KBSR dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara pada 1983. Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Setelah masa berlalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah perlu kepada semakan bagi mengenal pasti kerelevanannya merentas masa. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada 1979 atau ringkasnya dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut. Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Sebaliknya lebih bersifat akademik. menulis dan mengira. KLSR juga kurang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membaca. Pemulihan diberikan kepada murid yang lemah. Terdapat murid yang tidak dapat mengikuti isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran. KBSR pada asasnya berpegang kepada konsep bahawa murid-murid perlu memperoleh ilmu pengetahuan. Pemulihan khas juga diberi kepada murid yang berada di bawah tahap yang sewajarnya. menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung. Perkara ini seterusnya menjadi sebahagian daripada faktor yang membawa kepada keciciran murid.” Teknik hafalan yang diguna pakai dalam pengajaran kurang berkesan. Sehubungan itu penglibatan murid adalah secara aktif. manakala pengayaan diberi kepada murid cerdas pintar. KLSR tidak memberi pendidikan asas. Sehubungan itu terdapat pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh murid-murid. Kajian-kajian yang dilakukan pada masa itu mendapati sebilangan besar murid di negara ini masih belum menguasai kemahiran asas 3M walaupun mereka telah tamat persekolahan peringkat rendah. Keperluan kepada KBSR begitu ketara apabila dapat dikenal pasti terdapat kelemahan dalam KLSR. 1979). Sehubungan itu Perakuan 2a. membina persefahaman dalam pergaulan. menulis dan mengira (3M). isi pelajaran kurang dikaitkan dengan kehidupan seharian murid. Dari semasa ke semasa KLSR mengalami perkembangan dan inovasi seiring dengan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun kandungan KLSR lebih memberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet. memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain dan sebagainya. ceria dan progresif ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. “Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca. . Kurikulum ini perlu disemak semula untuk.

Di peringkat awalnya. Kesepaduan juga merujuk kepada kesepaduan dan keharmonian antara potensi intelek. rohani. Ucapan dasar Y. dilakukan penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahirankemahiran. Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta .B. sebaliknya perlu berlaku secara harmonis. sosial dan lain-lain yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa. KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih. Sehubungan itu mulai 2011 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). emosi dan jasmani tidak boleh berlaku secara berasingan. bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Kesannya ialah kepada globalisasi. perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. kemahiran dan maklumat. 2010). Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (KPM.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 20 _______________________________________________________________________________ meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep kesepaduan. dan program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab. selaras dengan usaha ke arah negara maju dengan masyarakat berilmu. penghasilan pelajar celik minda. Daripada jumlah tersebut. emosi dan jasmani.A. dan penyerapan untuk menyepadukan ilmu pengetahuan. kesepaduan merangkumi aspek antara teori dan praktik. manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih. Konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dalam abad ke-21. Sehubungan itu. dan antara yang di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar di luar bilik darjah. Perkembangan potensi intelek. Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 juga meminta supaya sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan kepada pembangunan modal insan. pembentukan warga yang menguasai ilmu. Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk. memberi penekanan yang lebih kepada mata pelajaran Sains dan unsur-unsur KBKK. Nilai-nilai juga secara sepadu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur-unsur pengetahuan. menyeluruh dan sepadu untuk melahirkan individu yang seimbang. Lanjutan daripada itu pada 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah diganti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang tertulis pada 1988. kandungan. kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan. Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010. pedagogi. dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran. Oleh yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan tersebut. peruntukan masa. organisasi. iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. rohani. kaedah pentaksiran. seiring dengan ekonomi. Selain itu.

bahan pembelajaran dan susun atur kerusi meja dipelbagaikan mengikut latar belakang murid dan mata pelajaran yang diajar. KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kaedah mengajar.1 Jelaskan rasional mengapa perubahan berikut berlaku: 1. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kepada KSSR. Penilaian bentuk formatif seperti ujian diagnostik dan . __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ 2. menulis dan mengira (3M). __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ Apakah latar belakang KBSR dan KSSR? Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah penegasan adalah kepada kemahiran asas termasuk kemahiran membaca. AKTIVITI 2. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ 3.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 21 _______________________________________________________________________________ semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1 mulai 2011. Selain melahirkan generasi ulul-albab. KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi cabaran.

pendidikan yang sama untuk semua murid. KBSR direka bentuk berasaskan tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi.1 Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Sumber: Bahagian Perkembangan Kurikulum. bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu. PENDEKATAN BERSEPADU PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH PRINSIP KBSR PENDIDIKAN YANG SAMA UNTUK SEMUA MURID PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP Rajah 2. pendekatan bersepadu. manakala murid yang lemah diberi pemulihan. iaitu bidang komunikasi. dan bidang Perkembangan Diri Individu sebagai yang dicadang dalam Perakuan 57 (a). Kementerian Pelajaran Malaysia. dan pendidikan seumur hidup. “Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan muridmurid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 22 _______________________________________________________________________________ ujian pencapaian sering digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid. bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan minat. 2010) .1 menunjukkan secara grafiknya prinsip KBSR. murid yang cerdas diberi pengayaan. Rajah 2. Susulan daripada itu.” Prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut. bidang Manusia dan Alam Kelilingnya.

Selaras dengan prinsip kurikulum bersepadu.2 Kesepaduan Dalam KBSR .‟ Dalam konteks kesepaduan KBSR. Emosi dan Jasmani Pendidikan Untuk Semua Kesepaduan Dalam KBSR Penggunaan Pengetahuan dan Kemahiran Sedia Ada Pendidikan Sepanjang Hayat Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris serta bahasa pengantar yang lain. Sehubungan itu. Rohani. Kurikulum Baru Sekolah Rendah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993. Rajah 2. pendidikan yang sama untuk semua murid. gambaran tentang sesuatu perkara dapat dilihat secara keseluruhan. kemahiran dan nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek. Walau bagaimanapun perkembangan individu secara menyeluruh. meyeluruh dan bersepadu. konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah. rohani. unsur-unsur pengetahuan. pendekatan bersepadu. pembangunan insan adalah dilihat secara seimbang. emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Melalui konsep kesepaduan. Selaras dengan hasrat FPN yang ditulis ketika itu.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 23 _______________________________________________________________________________ Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis mulai 1988 dan ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan. yang mana perkara ini lebih baik daripada melihatnya secara cebis-cebisan atau terasing antara satu dengan yang lain selaras dengan apa yang dikata sebagai „the whole is greater than the sum of the parts. dan pendidikan seumur hidup masih kekal sebagai prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. kesepaduan dalam bidang mata pelajaran telah merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni. Penekanan Kepada Nilai Murni Kesepaduan Unsur Intelek.

KPM. pendidikan yang sama untuk semua murid. KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi. pembelajaran luar bilik darjah.1 Definisi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSSR (Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum. KSSR juga mementingkan standard. Kerohanian. organisasi pedagogi. Dari segi reka bentuk. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Jadual 2. penegasan kurikulum. KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh. bermakna dan berkesan. mengembangkan daya kreativiti. . dan pendidikan seumur hidup sebagai yang terdapat dalam Rajah 2. berkesan dan menarik ke arah pembelajaran berterusan. Kemanusiaan. melakukan inkuiri penemuan. sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna pakai. pendekatan bersepadu. kemahiran dan nilai. Pada masa yang sama. Sains dan Teknologi.1 sebagai prinsipnya. Perkembangan Fizikal dan Estetika. Belajar sambil bermain. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 24 _______________________________________________________________________________ Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR yang diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dari segi reka bentuk. peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan. KPM (2011). dan Keterampilan Diri. Sikap dan Nilai. pembelajaran koperatif. Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif. mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni. 2011) Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 25 _______________________________________________________________________________ Gambar Hiasan: (Salah satu dokumen berkaitan KSSR yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia) .

fokus kurikulum. dan penilaian. proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada aspek reka bentuk kurikulum. Perbandingan antaranya boleh dibuat berkaitan reka bentuk kurikulum.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 26 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI 2. organisasi kurikulum. pelaksanaan KBSR adalah melibatkan . ----------------------------- ----------------------------- ----------------------------- INSAN SEIMBANG ----------------------------- ----------------------------- ----------------------------- Apakah persamaan atau perbezaan antara KLSR. KBSR dan KSSR? Perubahan kurikulum di peringkat sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR memperlihatkan beberapa ciri yang jelas untuk dibandingkan.2 Lengkapkan rajah berikut berkaitan enam tunjang dalam KSSR. bahan kurikulum.

2 menunjukkan perbandingan antara KLSR dengan KBSR dan KSSR. Kerohanian. Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan. rohani. Penilaian bentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid dalam menjalani proses pembelajaran mereka. penilaian bentuk formatif banyak dilakukan. Murid-murid dinilai pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun. rohani. Jadual 2. Kemahiran asas 3M adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding dalam KBSR.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 27 _______________________________________________________________________________ tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi. KBSR dan KSSR diorganisasikan mengikut tahap. Teras Tema dan Elektif. menyeluruh dan bersepadu melibatkan secara harmonis potensi intelek. bahan-bahan lain yang relevan difikir dan disediakan oleh guru sebagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu pentaksiran secara holistik melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid akan dilakukan. Selain akademik KBSR dan KSSR juga memberi penekanan kepada kokurikulum dan pembangunan insaniah selaras dengan FPK. Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul. Perkembangan Fizikal dan Estetika. emosi dan jasmani. iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa. Dalam KBSR. emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga kurang berlaku dalam KLSR.3 pula menunjukkan perbandingan antara KBSR dengan KSSR. Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. KSSR pula lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang berterusan. Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada akademik dan kokurikulum sahaja. Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak memberi tumpuan kepada yang terdapat dalam buku teks. Organisasi kurikulum dalam KSSR pula memberi tumpuan kepada Teras Asas. menjadikannya 4M. mata pelajaran Wajib dan mata pelajaran Tambahan. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan. dan Perkembangan Diri Individu. Jadual 2. selain bahan-bahan daripada buku teks. Pembangunan diri pelajar secara seimbang. Sikap dan Nilai. Reka bentuk kurikulum dalam KBSR dan KSSR adalah lebih jelas dinyata dan didokumentasi berbanding dalam KLSR. Bahan pembelajaran yang dipilih adalah untuk memperkembangkan secara harmonis potensi intelek. dan Keterampilan Diri. Manusia dan Alam Kelilingnya. fokus kepada 3M terus berlangsung. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi. Kemanusiaan. Sains dan Teknologi. Di Tahap 1 dan Tahap 2 KBSR mata pelajaran dikategori kepada mata pelajaran Teras. Dalam KBSR. . Pelaksanaan KSSR pula melibatkan pembelajaran secara modular. selain penilaian bentuk sumatif. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi. Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria (learning is fun).

Mata pelajaran yang membebankan murid dengan bidang yang kurang jelas.2 Perbandingan Antara KLSR Dengan KBSR KLSR Kurikulum bersifat umum dan lebih kepada hafalan. Perkembangan pelajaran mengikut kebolehan murid-murid. dan manusia dan alam kelilingnya. Program pemulihan kepada murid yang lemah dan pengayaan kepada yang cerdas berasaskan keputusan ujian diagnosis. KBSR Penekanan kepada kemahiran asas 3M (membaca. Proses pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran selaras dengan secara formal minat. menulis dan mengira). Silibus yang statik dan perlu diselesaikan untuk peperiksaan. Tiada pertimbangan perbezaan individu murid. Tiga bidang utama diberi penekanan dengan jelas iaitu komunikasi. Pengajaran dengan penglibatan murid secara aktif (berpusatkan murid). umur dan kebolehan muridmurid. Gabung jalin kemahiran dan penyerapan isi daripada mata pelajaran lain. Penilaian formatif juga digunakan bagi menilai perkembangan dan kemajuan murid. perkembangan diri individu. Pengajaran dalam bentuk kumpulan dan individu digunakan Pengajaran yang tidak melibatkan penyertaan aktif murid (berpusatkan guru). Penilaian berbentuk sumatif dijalankan untuk mengukur pencapaian murid-murid. Pengajaran untuk seluruh kelas dan ala kuliah digunakan. Penggunaan bahan dan alat bantu mengajar yang lebih berkesan. . Tiada program pemulihan kepada murid yang lemah dan pengayaankepada yang cerdas. Hanya bergantung kepada penggunaan buku teks.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 28 _______________________________________________________________________________ Jadual 2.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 29 _______________________________________________________________________________ Jadual 2.Perkembangan Diri Individu • Berasaskan 6 Tunjang: .Keterampilan Diri Linear • Modular Dokumen Standard Kandungan (DSK) Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) ORGANISASI KURIKULUM • Tahap 1 . Wajib & Tambahan • Tahap 1 .Mata pelajaran Teras.Mata pelajaran Teras & Elektif Elemen Kreativiti dan Inovasi. menulis.3 Perbandingan Antara KBSR Dengan KSSR KBSR REKA BENTUK KURIKULUM KSSR • Berasaskan 3 Bidang: .Komunikasi .Modul Teras Asas.Membaca.Mata pelajaran Teras.Komunikasi . mengira dan menaakul .Sains dan Teknologi .Kerohanian. Modul Teras Tema & Modul Elektif • Tahap 2 . Sikap & Nilai .Perkembangan Fizikal dan Estetika • BAHAN KURIKULUM . menulis dan mengira • 4M .Membaca. Wajib & Tambahan KEMAHIRAN BERFIKIR Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif • Tahap 2 .Kemanusiaan .Manusia dan Alam Kelilingnya . Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & ICT secara eksplisit FOKUS • 3M .

ada empat prinsip iaitu perkembangan individu secara menyeluruh. Justeru KSSR telah diperkenalkan mulai 2011 dengan misi untuk membangunkan modal insan dan pembentukan warga yang menguasai ilmu. sains dan teknologi. kemahiran dan maklumat. kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek. perkembangan fizikal dan estetika.kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan. namun apabila zaman dan cabaran berubah kurikulum yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi. kerohanian. Enam tunjang dalam KSSR iaitu komunikasi. pendidikan yang sama untuk semua murid. Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang boleh dianalisis dan dibandingbezakan antara satu dengan yang lain. KATA KUNCI Kurikulum bersepadu . standard pembelajaran dan sebagainya. kemanusiaan. sikap dan nilai. Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. dan melahirkan insan ulul al-bab. emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran. pendekatan bersepadu. rohani. Perubahan berlaku atas rasional-rasional atau alasan yang kukuh seperti yang dijelaskan terutamanya berkait dengan kehendak perubahan waktu dan keselarasan dengan cabaran semasa. dan keterampilan diri Kurikulum standard Prinsip KSSR - Standard Kandungan - Standard Pembelajaran - Tunjang KSSR - . kemahiran dan nilai. KLSR.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 30 _______________________________________________________________________________ RUMUSAN Dalam unit ini telah dijelaskan tentang perubahan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR. kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti standard kandungan. dan pendidikan seumur hidup.

IV. . 1. II. C. Hubungan yang harmonis antara guru dengan murid. Sukatan pelajaran sekolah vernakular yang beorientasikan penjajah masih diguna pakai. Tiada perkaitan yang jelas antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. D. III dan IV sahaja II. Manakah antara berikut menunjukkan terdapatnya kekurangan dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)? I. Antara suatu peringkat pembelajaran dengan peringkat pembelajaran yang berikutnya tiada kesinambungan. I dan III sahaja II dan IV sahaja I. Penekanan kepada kemahiran 3M. III dan IV sahaja 3. Berdasarkan laporan tersebut pendidikan sekolah rendah perlu memberi penegasan kepada ________________ A. D. Berpusatkan guru dan bahan pembelajaran. B. Manakah perbezaan antara KBSR dengan KLSR berikut yang benar? A. Berpusatkan murid untuk perkembangan mereka. C. KBSR Murid lebih aktif dalam proses pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran dalam KLSR adalah terpengaruh dan berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan. A. D. C. KLSR Guru bersifat autokratik dalam pengajarannya. B. Guru bertindak sebagai fasilitator di dalam bilik darjah. Dalam tahun 1979 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah diterbitkan. disiplin kemahiran 3M pencapaian akademik pembangunan sahsiah 2. III.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 31 _______________________________________________________________________________ PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. B. Penekanan kepada pengetahuan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi mengganti Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).

terdapat mata pelajaran teras. Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. A. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Bahan kurikulum dalam KBSR adalah dalam bentuk dokumen standard.(1996) Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). D. III. Apakah kelebihan KSSR berbanding KBSR? I.. menulis. Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Buku Panduan Khas. Selain membaca. C. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. elemen menaakul terdapat dalam KSSR. Reka bentuk KBSR dan KSSR adalah berasaskan kepada enam tunjang. IV. Tanjong Malim: Quantum Books. III dan IV sahaja CADANGAN JAWAPAN: 1. B. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers. Standard lebih jelas dinyatakan bagi kandungan dan pembelajaran dalam KSSR. Kuala Lumpur: KPM. D. Kuala . mengira dan menaakul. KSSR bertujuan membekali generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR berfokus kepada kemahiran membaca. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. A. (Edisi Pelancaran). D. KSSR ialah penambahbaikan daripada KBSR. Ikhsan Othman. (2005). C. Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). 4. Asas KBSR I. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Salleh. Elemen ICT tidak diintegrasikan merentas kurikulum dan pengajaran dalam KBSR. menulis dan mengira. B. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 32 _______________________________________________________________________________ 4. I dan III sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja I. 2. Manakah antara berikut benar perbandingan antara KBSR dengan KSSR? A. D RUJUKAN Akta Pendidikan 1996. Di Tahap 2 KSSR. 5. wajib. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. B. 3. C. & Norila Md. II. dan tambahan. 5.

sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Asas KBSR II. (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. . Tajul Ariffin Noordin (1993). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Perspektif falsafah dan pendidikan di Malaysia.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 33 _______________________________________________________________________________ Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Kuala Sufean Hussin.. Sejarah. 11/2010.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful