You are on page 1of 4

LAPORAN PERTAMA LAPORAN SEBELUM PERTANDINGAN PING PONG AHLI JAWATANKUASA SIJIL, CENDERAMATA & JEMPUTAN

Pada 18 Januari 2012 bersamaan pada hari Rabu, bertempat di kelas D3.3 jam 1.30 petang, telah diadakan satu mesyuarat yang melibatkan 23 orang pelajar kelas PISMP 5D bagi membincangkan tentang tugasan bagi subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PPJ) di bawah bimbingan pensyarah Jabatan PJ iaitu En.Selvaratnam A/L Navaratnam. Mesyuarat buat kali pertama ini telah dipengerusikan oleh Nur Athirah Binti Abd.Aziz selaku ketua kelas PISMP 5D. Mesyuarat buat kali pertama ini bertujuan untuk membentuk ahli jawatankuasa induk bagi pertandingan sukan yang bakal diadakan untuk memenuhi tugasan bagi subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PPJ) pada semester kali ini. Perlantikan ahli jawatankuasa dimulakan dengan perlantikan ahli jawatankuasa tertinggi iaitu Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, dan Bendahari. Setelah beberapa nama dicadangkan, ahli mesyuarat telah mencapai kata sepakat bahawa Pengerusi bagi pertandingan sukan pada kali ini dipegang oleh Muhammad Aminuddin Bin Husaini. Beliau seterusnya mempengerusikan mesyuarat untuk melantik ahli jawatankuasa tertinggi yang lain. Naib Pengerusi disandang oleh Saadah Binti Mah Hassan, Setiausaha diamanahkan kepada Fathin Binti Jeffry, Naib Setiausaha dipegang oleh Nurul Izzati binti Zulkifli dan Bendahari dipertanggungjawabkan kepada Mohammad Hakim Bin Jasmani. Mesyuarat diteruskan lagi dengan perlantikan ahli-ahli jawatankuasa kecil iaitu ajk pertandingan, ajk teknikal, ajk kepegawaian, ajk sijil, cenderamata dan jemputan, ajk peralatan dan ajk dokumentasi dan buku program. Ahli mesyuarat telah mempersetujui Mohammad Syazwi Bin Roslan, Adibatul Izzah Binti Mohd Sirat dan Nur Adnin Binti Shahruddin memegang jawatankuasa pertandingan manakala Wong Chiew Peng dan Nur Hidayah Binti Mohamed memegang jawatankuasa teknikal. Seterusnya diikuti oleh Norafnie Adira Binti Makhtar, Nurhidayati Binti Abdullah, Nur Athirah Binti Abd.Aziz dan Izzuddin Shah Bin Muzaffar Shah memegang jawatankuasa kepegawaian. Jawatankuasa sijil, cenderamata dan jemputan pula dipegang oleh Noor Ain Binti Mohd Yusoff, Nur Aisyah Binti Ghazali dan Siti Nurain Farahiyah Binti Sallehuddin. Nur Azizah Binti Abd.Halim dan Nur Jihan Binti Alias memegang jawatankuasa peralatan seterusnya Siti Noor Fatiah Binti Mohammed Yusoff dan Hasniza Binti Jamain memegang jawatankuasa dokumentasi dan buku program.

Pada mesyuarat kali pertama ini juga telah dibincangkan berkaitan dengan pemilihan pertandingan sukan yang bakal dikendalikan. Perbincangan ini diadakan bertujuan bagi mengelakkan pemilihan sukan yang sama dengan kelas-kelas lain yang mana juga perlu melaksanakan tugas yang sama. Hasil perbincangan telah mendapat beberapa cadangan nama permainan iaitu futsal, badminton dan ping pong. Pada mesyuarat yang seterusnya, telah diisytiharkan oleh Pengerusi bahawa kelas PISMP 5D akan mengendalikan sukan permainan ping pong setelah undian yang dibuat antara kelas-kelas yang terlibat mencapai kata sepakat. Muhammad Aminuddin Bin Husaini selaku Pengerusi telah membacakan bidang-bidang tugas bagi setiap ahli jawatankuasa bagi melancarkan perjalanan pertandingan sukan permainan yang bakal diadakan dalam jangkaan masa bulan mac. Bagi ahli jawatankuasa sijil, cenderamata dan jemputan, bidang tugas yang perlu dilaksanakan dengan segera ialah merancang aturcara majlis pembukaan dan penutupan, membuat senarai hadiah dan sijil yang diperlukan, jenis perhiasan meja yang diperlukan, senarai pemenang dan ajk yang terlibat, menyimpan hadiah dan sijil jika berlaku sebarang ketidakhadiran, dan membuat anggaran perbelanjaan bagi keseluruhan ajk sijil, cenderamata dan jemputan. Pengerusi, Muhammad Aminuddin Bin Husaini menamatkan mesyuarat selepas menyampaikan maklumat terbaru kepada ahli-ahli mesyuarat. Mesyuarat kali pertama ditangguhkan dan tamat pada jam 2.00 petang. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh : _____________________________ (NUR AISYAH BINTI GHAZALI) AJK Sijil,Cenderamata Dan Jemputan.

LAPORAN KEDUA LAPORAN SEMASA PERTANDINGAN PING PONG AJK SIJIL, CENDERAMATA DAN JEMPUTAN

Pada 30 Januari 2012 bersamaan hari Isnin jam 1 petang, mesyuarat kali kedua bagi sukan ping pong diadakan di Blok D Bilik 3.3D. Mesyuarat pada kali ini diadakan bagi mengetahui perkembangan semasa persiapan bagi menjayakan sukan ping pong. AJK hadiah, sijil dan jemputan telah membentangkan perkembangan semasa mengenai dokumen yang harus disiapkan bagi mendapatkan sijil dari pihak pentadbiran. Selain itu, bajet untuk pembelian hadiah turut dikemukakan oleh AJK sijil. hadiah dan jemputan. Bagi pengurusan sijil, pihak AJK hadiah, sijil dan jemputan telah mengemukakan senarai keseluruhan peserta yang akan terlibat semasa sukan dijalankan kelak. Pada mesyuarat tersebut AJK sijil. hadiah dan jemputan telah meminta pihak pertandingan membuat kepastian jumlah peserta kerana pihak AJK sijil , hadiah dan jemputan telah diberi maklumat bahawa untuk pemberian sijil, ia akan diberikan kepada 18 orang peserta, 5 hakim, 23 ajk, dan 6 pemenang. Bagi mengelakkan sebarang masalah, pihak AJK sijil, hadiah dan jemputan telah berjanji akan cuba mendapatkan sijil tersebut secepat mungkin. Secara keseluruhannya, pada mesyuarat kedua, jumlah sijil yang akan didapatkan ialah 52 keping sijil. Selain itu, pihak AJK sijil, hadiah dan jemputan juga telah menegaskan supaya kertas kerja disiapkan secepat mungkin bagi memudahkan proses mendapatkan sijil untuk sukan ping pong yang akan dijalankan pada 3 Mac 2012. Bagi pengurusan hadiah, pihak AJK sijil, hadiah dan jemputan telah membentangkan bajet yang akan digunakan bagi pembelian hadiah untuk pemenang dan tetamu jemputan. Untuk mesyuarat pada kali kedua ini, bajet untuk cenderamata penyertaan adalah RM 3.00 untuk seorang peserta manakala RM10.00 dibajetkan kepada 6 pemenang utama bagi sukan ping pong yang bakal berlangsung kelak. Bagi memeriahkan majlis, terdapat 3 orang tetamu jemputan dan bajet untuk cenderamata tetamu jemputan adalah RM 20.00 seorang.

Setelah beberapa pemantauan harga barangan dilakukan, bagi cenderamata peserta, AJK sijil, hadian dan jemputan telah menyarankan beberapa barangan yang sesuai dengan kos seperti klip buku kartun, gelas dan pemegang kunci ( keychain ) . Selain daripada itu, pihak AJK sijil, hadiah dan jemputan turut meminta pendapat ahli-

ahli ajk lain sekiranya mereka mempunyai cadangan lain tetapi cadangan AJK sijil, hadiah dan jemputan telah dipersetujui. Ajk ajk lain sebulat suara menyerahkan mandat kepada AJK sijil, hadiah dan jemputan untuk memilih cenderamata yang bersesuaian dengan bajet yang telah dibentangkan. Untuk hadiah 6 pemenang utama, hadiah perlu dipilih dengan tepat sesuai kerana terdapat dua kategori pertandingan iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Memandangkan bajet yang diperuntukkan ialah RM 10.00, pihak AJK sijil, hadiah dan jemputan telah memberi cadangan untuk menggunakan pingat sebagai hadiah kepada 6 pemenang tersebut. Namun demikian , terdapat beberapa bangkangan daripada ajkajk lain yang tidak bersetuju dengan pemberian pingat sebagai hadiah kepada 6 pemenang tersebut dan telah menyarankan beberapa hadiah lain sebagai ganti kepada AJK sijil, hadiah dan jemputan contohnya seperti pemberian hamper makanan dan sebagainya. Namun demikian, setelah dijelaskan kepada ajk ajk lain bahawa pensyarah pembimbing menginginkan pihak pengelola pertandingan memberikan suatu hadiah yang melambangkan sukan, mereka bersetuju dengan pemberian pingat sebagai hadiah namun pihak AJK sijil, hadiah dan jemputan berjanji akan cuba mendapatkan hadiah yang terbaik bersesuain dengan bajet yang diberikan. Bagi cenderamata tetamu jemputan pula, semua ahli mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk memberikan hamper buah bernilai RM 20.00 seorang kepada 3 tetamu jemputan selaras dengan konsep Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat . Bagi bahagian jemputan pula, AJK sijil, hadiah dan cenderamata telah mendapat tentatif awal program. Walaupun tentatif tersebut mungkin diubah, namun ianya sedikit sebanyak ia membantu pihak AJK sijil, hadiah dan jemputan untuk menyediakan kad jemputan lebih awal supaya sebarang perubahan tidak mendatangkan masalah kepada AJK sijil, hadiah dan jemputan kelak. Untuk rekabentuk kad jemputan pula, AJK sijil, hadiah dan jemputan masih menunggu lakaran daripada pihak pertandingan bagi melihat keselarasan dan rekabentuk untuk memastikan hasil kad jemputan adalah pada tahap yang terbaik dan membanggakan. Selain itu, ahli mesyuarat turut membincangkan siapakah tetamu jemputan yang harus dijemput bagi memastikan tiada pertindihan jadual dengan kelas lain yang turut melangsungkan sukan pada 1 Mac berlaku. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, ___________________ NOOR AIN BT MOHD YUSOFF (Ajk sijil, hadiah dan jemputan)