SULIT

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Sukatan Pelajaran
Bahasa Arab
KBSR

UNIT KURIKULUM BAHASA ARAB BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
JULAI 2007 / REJAB 1428

1

SULIT

SULIT

1.0

TAJUK Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR. DIKEMUKAKAN OLEH Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0

3.0

TUJUAN Kertas ini bertujuan memaklumkan kepada Kursus Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu mengenai Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR menggantikan Sukatan Pelajaran sedia ada yang akan digunakan mulai tahun 2008 dan seterusnya.

4.0

LATAR BELAKANG 4.1 Susulan daripada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia dan resolusi Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) peringkat kebangsaan , Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan Program j-QAF di 1221 buah SK pada tahun 2005 kepada murid Tahun 1. Program ini dilaksanakan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain. 4.2 Model Perluasan Pelaksanaan BAK dijalankan bersama modelmodel Program j-QAF yang lain seperti mana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004 (No Rujukan: KP (BS) 8591/ Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004. 4.3 Sebagai lanjutan dari lawatan YAB Perdana Menteri ke Kementerian telah Pelajaran Malaysia JAPIM
2

pada

25

April

2005,

Mesyuarat Hal-hal Profesional mencadangkan

Bil 3/2005 pada 25 Mei 2005 supaya menubuhkan

Jawatankuasa Bertindak bagi melaksanakan Bahasa Arab.
SULIT

SULIT

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil 3/2005 yang diadakan pada 29 Jun 2005 telah meluluskan pertukaran nama Bahasa Arab Komunikasi kepada Bahasa Arab. Proses pertukaran nama ini dimulakan untuk percetakan buku teks Bahasa Arab Tahun 4 2006 dan perubahan menyeluruh yang melibatkan nama mata pelajaran, kandungan kurikulum, pendekatan pengajaran dan lain-lain akan dibuat pada 2008 dicadangkan bagi tahun satu dan tingkatan satu. Selain itu, JAPIM dikehendaki mengambil langkah jangka panjang dengan membuat perubahan dan penambahbaikan kepada kandungan pelaksanaan kurikulum Bahasa Arab sesuai dengan pendekatan pengajaran kurikulum Bahasa Arab peringkat rendah. 4.4 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil 1/2006 yang diadakan pada 25 Januari 2006 telah meluluskan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR untuk digunakan bermula pada tahun 2008. Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR hendaklah dilaksanakan secara rintis pada tahun 2007. Mesyuarat juga telah mengesyorkan supaya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab KBSR menggunakan pendekatan fleksi dengan kerjasama UPSI. 5.0 RASIONAL 5.1 Kurikulum Perdana Bahasa Menteri Arab Malaysia perlu yang digubal semula kerana Arab mempertimbangkan saranan yang telah diberikan oleh YAB mahukan Bahasa Komunikasi ditukar kepada istilah yang lebih sesuai seperti Bahasa Arab Ibtidaiyyah, Bahasa Arab I’dadiyyah dan Bahasa Arab Thanawiyyah. Saranan beliau ini boleh difahami agar Bahasa Arab diajar menggunakan pendekatan tradisional iaitu pendekatan yang memberi penekanan terhadap komponen-

3

SULIT

SULIT

komponen Bahasa Arab seperti tatabahasa, muthalaah, insya’, mahfuzat dan lain-lain. 5.2 Kurikulum ini digubal dengan mengambil kira idea serta saranan daripada Jawatankuasa Bertindak bagi melaksanakan Bahasa Arab yang ditubuhkan berdasarkan keputusan Mesyuarat Hal-hal Profesional Bil 3 2005 supaya ianya selari dan menepati dengan saranan yang telah dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri. 5.3 JAPIM Bahasa 3/2005. 5.4 Perubahan-perubahan yang dibuat dalam huraian sukatan ini dipertimbang berdasarkan huraian sukatan Bahasa Arab Komunikasi tahun 2003, sukatan-sukatan Bahasa Arab di sekolah-sekolah agama negeri, sukatan Bahasa Arab di Timur Tengah serta perkembangan dan keperluan semasa dalam pendidikan. Di samping itu, perubahan huraian sukatan ini telah melibatkan pakar-pakar Bahasa Arab di IPTA dan maktab-maktab perguruan. Saranan dan idea yang diberikan oleh mereka dipertimbang dan diambil kira dalam penggubalan sukatan ini. 6.0 PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUM 6.1 Di dalam sukatan ini terdapat beberapa perubahan yang diberi penekanan dari segi penyusunan semula beberapa elemen utama dalam sukatan Bahasa Arab, iaitu memasukkan dan mengagihkan secara seimbang dan munasabah unsurunsur tatabahasa, muthalaah, insya’ dan penetapan kata-kata hikmat dan perumpamaan sukatan pelajaran ini
4

telah Arab

mengadakan yang

mesyuarat

bagi

melihat yang

dan telah

mengkaji perubahan-perubahan dalam isi kandungan sukatan digubal sebagaimana disarankan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil

Bahasa Arab. Selain itu, huraian melibatkan pengagihan semula
SULIT

SULIT

perbendaharaan 6.2

kata

untuk

setiap

tahun

disamping

mengekalkan aspek kemahiran bahasa. Dokumen sukatan pelajaran ini mengandungi pendahuluan, matlamat, objektif, organisasi kurikulum yang terdiri daripada kemahiran bahasa, tema, aspek bahasa yang merangkumi sistem bunyi, tatabahasa, perumpamaan, perbendaharaan kata dan pengisian kurikulum serta penilaian. 6.3 Pendahuluan : Di dalam Pendahuluan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ini diperjelaskan status mata pelajaran ini iaitu sebagai bahasa tambahan seperti Bahasa Tamil dan Bahasa Cina. Sehubungan dengan itu, usaha yang yang telah dilaksanakan ini adalah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Islam iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek. 6.4 Matlamat : Matlamat Bahasa Arab sekolah rendah ialah untuk memberikan kepada murid empat kemahiran bahasa serta membolehkan mereka menggunakan bahasa Arab dalam penulisan dan percakapan samada di sekolah atau di luar sekolah. 6.5 Objektif : Sukatan Pelajaran ini telah mengariskan objektif yang perlu dicapai iaitu: 6.5.1 Mendengar dan memahami sebutan huruf, perkataan, ayat serta petikan; 6.5.2 Menyebut huruf dan perkataan dengan sebutan yang betul; 6.5.3 Bertutur dan memahami tema yang tertentu; Bahasa Arab dalam tema-

5

SULIT

SULIT

6.5.4 Membaca dengan betul dan memahami perkataan, ayat serta petikan; 6.5.5 Menulis dengan betul dan memahami huruf, perkataan, ayat dan petikan; 6.5.6 Mengetahui asas tatabahasa Arab; 6.5.7 Menggunakan Bahasa Arab Fushah yang mengandungi perbendaharaan kata, struktur tulisan dan serta kaedah morfologi dan sintaksis mendengar, bertutur, membaca dan menulis; 6.5.8 Menghafal Mahfuzat terpilih serta asas morfologi dan memperdengarkannya; 6.5.9 Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan. Bagi merealisasikan objektif ini, bahasa Arab mesti digunakan sepenuhnya 6.7 dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian, ujian dan peperiksaan awam. Organisasi Kurikulum. Organisasi Kurikulum Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ini merangkumi 6.8 kemahiran berbahasa, tema, aspek-aspek bahasa, perbendaharaan kata dan pengisian kurikulum. Kemahiran bahasa; Kemahiran Asas Berbahasa merupakan tonggak utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Murid yang menguasai asas kemahiran berbahasa adalah murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kejayaan murid menguasai empat kemahiran ini meningkatkan kesediaannya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran datang. 6.9 Tema: sekaligus membuka ruang kepadanya mempelajari ilmu-ilmu agama dan moden pada masa akan sebutan semasa

6

SULIT

SULIT

Pemilihan tema untuk murid sekolah rendah adalah mengikut tajuk yang berkaitan dengan murid serta bahan-bahan yang berada di sekeliling mereka. Semua tajuk ini berhubung kait dengan dunia pelajar di rumah dan di sekolah serta alam permainan dan cita-cita murid yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan semasa seperti sains dan teknologi. Ia juga memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan patriotisme untuk mengukuhkan cinta kepada negara bertujuan membentuk bangsa Malaysia yang sedar dan bersedia mempertahankan bangsa, agama dan negara. Tematema tersebut ialah: 6.9. 1 Di sekolah; 6.9.8 Peralatan pembelajaran, peralatan di dalam kelas, tempat-tempat di sekitar sekolah, jenis-jenis permainan sukan, hari sukan. Dunia murid; 6.9.9 Anggota badan dan pakaian Nombor dan bilangan; 6.9.1 0 Warna, bentuk , arah dan 6.9.1 lokasi; 1 Di rumah ; 6.9.1 Ruangan, peralatan dan 2 anggota keluarga. Makanan dan minuman; 6.9.1 3 Buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuh-tumbuhandan bungabungaan; Haiwan;

6.9. 2 6.9. 3 6.9. 4 6.9. 5 6.9. 6 6.9. 7

Pengangkut an; Sains dan teknologi; Hobi dan cita-cita; Kampung, bandar dan tanah air; Waktu makan, masa, hari dan bulan;

6.9.

Aspek Bahasa. Pembelajaran aspek bahasa di dalam pengajaran Bahasa Arab di tahap sekolah rendah diberi penekanan sama dengan pembelajaran kemahiran berbahasa. Tiga aspek bahasa iaitu Sistem Bunyi, Tatabahasa Arab dan Kata-Kata Hikmat & Perumpamaan.
7 SULIT

SULIT

6.9

Sistem Bunyi : Sistem bunyi merupakan elemen yang amat penting dalam pengajaran Bahasa Arab. Ia bertujuan melatih murid menyebut perkataan, membaca ayat dan ungkapan dengan betul serta mampu menguasai dan membezakan sebutan dengan baik. Sistem bunyi di tahun satu peringkat sekolah rendah memberi tumpuan kepada menyebut huruf-huruf hijaiah dengan sebutan yang betul.

6.10 Tatabahasa : Tatabahasa adalah salah satu aspek bahasa yang sangat berkait rapat dengan pembelajaran bahasa Arab. Ia dapat memelihara meningkatkan pertuturan dan penulisan murid dalam murid sewaktu menggunakannya. Pengajaran tatabahasa Arab bertujuan kemampuan menggunakan bahasa Arab sesuai dengan kaedah tatabahasa dan morfologi yang betul. Berikut adalah tajuk-tajuk tatabahasa Arab yang akan diajar di peringkat sekolah rendah. Tajuk-tajuk ini dibahagi kepada dua tahap : Tahap pertama. 6.10. 1 6.10. 2 6.10. 3 6.10. 4 6.10. 5 Kata ganti nama; Kata ganti nama tunjuk; Huruf al-Jar; Kata nama maskulin dan feminin; Kata soal;

Tahap kedua. 6.10. 1 6.10. 2 6.10. 3 6.10. Kata ganti nama; Kata ganti nama tunjuk; Kata ganti nama tempat (zarfun) Kata kerja lampau, kini dan perintah
8 SULIT

SULIT

4 6.10. 5

Kata majmuk maskulin dan feminin;

6.11 Kata-kata hikmat dan perumpamaan : Pemilihan kata-kata hikmat dan perumpamaan mengambil kira tahap murid, sebutan yang mudah dan makna yang mengandungi nilai-nilai yang mulia serta akhlak yang baik. Pengajaran kata-kata hikmat dan perumpamaan di sekolah rendah bermula pada tahap kedua di Sekolah Kebangsaan. Ini kerana pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di tahun satu memberi penekanan kepada pengenalan huruf, perkataan dan ayat yang mudah. 6.12 Perbendaharaan kata : Sebanyak 600 perkataan telah disusun mengikut tahap umur dan kognitif murid tahun satu.serta berkait dengan tajuk-tajuk yang telah dipilih. Bilangan perkataan ini akan bertambah sesuai dengan perkembangan fizikal dan intelektual murid. Langkah ini merupakan satu permulaan bagi murid tahun satu untuk mempelajari ilmu bahasa Arab dan agama serta pengetahuan yang berkaitan pada masa akan datang. 6.13 Pengisian Kurikulum: Untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah, dimasukkan dalam sukatan ini elemen yang perlu diterapkan oleh guru seperti: 6.13.1Ilmu pengetahuan Ilmu pengetahuan yang merangkumi bidang dan ilmu yang pelbagai.Umpamanya,sejarah, geografi, sains dan sebagainya yang memainkan peranan utama dalam memperluaskan ilmu dan kemahiran bahasa. Sebagaimana, ia juga merangkumi isu-isu semasa yang

9

SULIT

SULIT

mesti diberi perhatian khusus oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. 6.13.2 Nilai-nilai murni; Penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab bertujuan melahirkan insan yang salih dan berakhlak mulia serta membentuk generasi muda yang berpegang teguh dengan nilai dan etika yang murni. 6.13.3 Kewarganegaraan nilai patriotik dalam pengajaran dan Penerapan

pembelajaran bahasa Arab dibuat dengan menanamkan rasa cinta di kalangan murid sehingga menzahirkan taat setia kepada negara. 6.13.4 Peraturan sosiobudaya Peraturan bercakap dan bahasa Arab. 6.13.5 Kemahiran yang mempunyai nilai tambah Kemahiran ini bermaksud kemahiran berfikir, kemahiran menggunakan masa teknologi maklumat pelbagai, dan komunikasi kemahiran mempelajari teknik pembalajaran dan kajian depan,kecerdasan pembelajaran konstruktivisme dam pembelajaran kontekstual. 6.14 Penilaian Penilaian dianggap dan sebagai sebahagian daripada proses itu pengajaran pembelajaran. Sehubungan dengan lembut serta katasosiobudaya merangkumi adab penggunaan gaya bahasa yang lemah kata hikmat dan perumpamaan

penilaian yang akan digunakan ialah Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR).

7.0

KEPUTUSAN YANG DIPOHON 10 SULIT

SULIT

Semua peserta Kursus Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu adalah dipohon mengambil maklum mengenai Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR yang akan digunakan mulai tahun 2008 dan seterusnya.

11

SULIT