Abstrak Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan yang dikategorikan mempunyai keperluan pembelajaran yang

khusus, juga mempunyai kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Oleh yang demikian, kelebihan yang dikurniakan kepada golongan ini perlu dimanfaatkan agar mereka dapat memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan negara. Mereka merupakan salah satu aset negara yang berharga dan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana mereka merupakan individu yang akan menerajui ilmu sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

0

BAHAGIAN A 1. melebihi yang biasa disediakan oleh program sekolah biasa supaya dapat merealisasikan penglibatannya terhadap dirinya sendiri ataupun masyarakat). (Kanak-kanak berbakat adalah mereka yang dikenalpasti oleh ahli profesional sebagai memiliki kemampuan yang menonjol untuk mencapai kemajuan yang tinggi. Stanford Binet (1916) merupakan orang pertama yang telah menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The StanfordBinet Test telah mendefinasikan pintar cerdas sebagai keupayaan individu memahami.1 Definisi Pintar Cerdas Gifted (pintar cerdas) ditakrifkan sebagai memiliki kebolehan yang umum melebihi dari populasi individu tersebut. Murid pintar cerdas. Lewis Terman (1916) memberi definasi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan berfikir secara abstrak.0 Pengenalan Kanak-kanak yang mempunyai bakat dan potensi yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanakpintar cerdas (gifted). membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. These are children who require differentiated educational programs and/or services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society". 1 . Marland (1972) mendefinisikan kanak-kanakberbakat itu sebagai berikut: "Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. Kanakkanak ini memerlukan program pendidikan atau servis yang berbeza. berbakat dan kreatif merupakan individu yang mempunyai potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Kamus Dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai mkanak-kanakala cerdas didefinasikan sebagai sempurna akal. 1.

artistik. Individu yang kreatif adalah mereka yang mampu menjana pemikiran untuk mencipta barang atau perkhidmatan baru atau melakskanak-kanakan idea baru yang masih belum dicuba oleh orang lain. 2 . maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kkanak-kanak-kkanak-kanak. 1. serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. murid atau golongan muda adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual. komitmen tugas yang tinggi (motivasi) dan kreativiti yang tinggi. Menurut Renzulli.Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat. Joseph Renzulli (1986) mengemukakan bahawa berbakat merupakan satu interaksi di antara tiga kelompok dasar sifat manusia iaitu kemampuan umum atau kemampuan spesifik melebihi aras biasa. Kreativiti pula sebagai satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu kebolehan untuk melahirkan idea-idea atau kebolehan untuk melahirkan banyak idea berkaitan dengan penyelesaian atau penyelesaian sesuatu masalah (Guilford). kreativiti. kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan. Kreativiti merupakan teori-teori peribadi dan persekitaran yang relatif dengan amalan pengasuhan kanak-kanak (Gowen 1972).2 Definasi Berbakat Talent (berbakat) adalah kecenderungan atau kebolehan semulajadi yang unggul. kanak-kanakberbakat adalah mereka yang memiliki atau berkemampuan mengembangkan gabungan ketiga kelompok sifat tersebut dan mengaplikasikannya pada bidang kemanusiaan yang bernilai.

Selain itu. 3 .0 Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat Kanak-kanak dikatakan pintar cerdas sekiranya mempamerkan ciri kebolehan intelek umum yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi. tetapi kecerdasan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti budaya. Dari segi gaya belajar. Dari segi personaliti. mereka peramah dan suka bertanya kepada guru tentang sesuatu perkara yang tidak difahami. Beliau cuba memahami kecerdasan dari sudut bagaimana seseorang individu memproses maklumat dan menyelesaikan masalah serta strategi yang digunakan. Menurut Gardner. Teori kecerdasan pelbagai yang telah diasaskan oleh Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut Gardner. kognitif. kecerdasan bukan hanya diwarisi. kanakkanak tersebut kreatif dalam menguasai kemahiran dan mereka dapat mengaplikasikan sesuatu barang atau peralatan secara kreatif. kecerdasan interpersonal. kecerdasan pelbagai mengandungi lapan jenis kecerdasan iaiatu kecerdasan logik-matematik. kecerdasan ruang visual. mempunyai minat yang mendalam dalam sains dan kesusasteraan. kecerdasan verbal-linguistik.2. kreativiti. gaya belajar. gemar belajar secara sistematik serta memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam bilik darjah dan membuat semua tugasan yang diberikan. kecerdasan muzik. mempunyai emosi yang stabil serta peramah dan mesra. Ciri-ciri yang dapat dilihat daripada kanak-kanak pintar cerdas ialah dari segi personaliti. kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis. Kanak-kanak pintar cerdas mudah memahami pelajaran yang diajar dan berupaya menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan serta mempunyai kawalan emosi yang baik. persekitaran. peluang pendidikan makanan. kecerdasan kinestatik badan. emosi dan juga bahasa. suasana pembelajaran dan sebagainya. Kanak-kanak ini didapati sangat suka membaca bahan bacaan yang lebih tinggi dari tahap usianya.

Sosial dan Emosi Kanak-kanak Pintar Cerdas Perkembangan Fizikal Bagi kanak-kanak pintar cerdas. Dari segi kognitif ia berada di peringkat praoperasi.0 3. Perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak boleh dibahagikan berdasar dua peringkat perkembangan iaitu peringkat awal kanak-kanak iaitu dari usia dua hingga tiga tahun. Mereka lebih cepat berjalan dan kebanyakkan mereka juga lebih cepat dalam kemahiran komunikasi. Perkembangan awal fizikal kanak-kanak bermula dari usia dua tahun hingga tujuh tahun. Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi sosial dan psikologi seperti rendah diri. dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. status sosio-ekonomi. Pada peringkat ini kanak-kanak berfikir secara tidak logik tetapi mereka boleh dan berupaya untuk berfikir berdasarkan imej mental. dan penjagaan. kanak-kanak prasekolah dari usia tiga hingga enam tahun dan peringkat pertengahan kanakkanak iaitu dari usia enam hingga 14 tahun. perkembangan fizikal mereka lebih pesat jika dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya mereka yang lain. Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar pertumbuhan bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas bayi berusia satu tahun. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi. perkembangan fizikal dan motor begitu pesat. Menurut Meredith (1978). Pada peringkat ini. kecewa dan sebagainya. 4 . kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segi bentuk badan. Masalah seperti kekurangan nutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mula membuat imaginasi secara aktif.3. Fikiran mereka adalah bersifat egosentrik iaitu tertumpu kepada diri sendiri.1 Perkembangan Fizikal. Selain peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan. berat. dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Kanak-kanak yang berusia enam tahun akan kelihatan lebih dewasa berbanding dengan kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk badannya. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi. Kanak-kanak pintar cerdas kelihatan lebih matang dari segi usia mereka.

kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna. tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Kemahiran motor ini boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. membuka tali kasut dan sebagainya. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi yang baik antara otot dengan mata.2 Perkembangan Sosial Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan memakai baju. Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku kerana proses adaptasi iaitu interaksi antara asimilasi dan akomodasi.Apabila kanak-kanak mencapai usia dua tahun. Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh Erik Erikson yang dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Kanak-kanak terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Konsep ini menjadi lebih luas melalui asimilasi dan diubahsuai melalui akomodasi. mereka bukan hanya boleh berjalan. Menurut Piaget. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. 3. menyusun blok. 5 . Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Sebagai contoh. mereka mempelajari cara mempamerkan emosi yang sesuai dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.

Keupayaan ini merupakan satu daripada proses perkembangan yang tidak perlu diajar atau diperlajari. Secara biasanya. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanakkanak.3 Emosi Kanak-kanak Pintar Cerdas Emosi merupakan sifat dalaman setiap individu. tetapi kanak-kanak pintar cerdas sendiri akan mengesan kanak-kanak lain yang pintar cerdas seperti mereka. Mereka cenderung memilih rakan yang mempunyai minat dan tahap yang sama dan tidak memilih rakan disebabkan usia. Apabila umur kanak-kanak meningkat. takut. 3. 6 . Nada persaan emosi dipercayai timbul pada peringkat awal semasa bayi. Emosi juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya dan seterusnya menentukan corak penyesuaian yang akan diambil. Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui ekspresi wajah seperti suka. mereka tidak berminat atau tidak boleh menjadi popular. Kebolehan untuk menunjukan emosi telah sedia ada pada bayi yang baru dilahirkan. mereka semakin matang dalam cara meluahkan emosinya. marah. Emosi ini diluahkan secara menyeluruh dan belum mempunyai pengelasan emosi yang nyata. Ini mungkin sebab sifat intensiti yang ada pada mereka dan sukarnya mencari yang sejenis dengan mereka. Ketika lahir. Setiap individu mempunyai kawalan emosi yang berbeza antara satu sama lain. Ibu bapa dan guru mungkin sukar mengenalpasti siapakah yang pintar cerdas. Emosi yang ditunjukan oleh bayi yang baru dilahirkan hanya merupakan tindak balas kepada sesuatu keadaan. sedih dan sebagainya. Guru perlu mendapatkan individu yang sama kebolehan dan minat dengan mereka samada orang dewasa ataupun pelajar yang lain. Kebolehan ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh keupayaan menggunakan bahasa untuk menyatakan emosi berbanding penggunaan pergerakan badan.Persahabatan yang sangat rapat antara dua pelajar pintar cerdas adalah biasa. Oleh itu. emosi seorang bayi merupakan kebangkitan yang berhubung dengan perasaan yang menyenangkan dan yang tidak menyenangkan seperti yang digambarkan melalui tindakan menagis apabila berasa lapar. kanak-kanak pintar cerdas menyedari perbezaan mereka semasa kecil lagi. ramai yang salah anggap terhadap kanak-kanak pintar cerdas dan mereka sering dikatakan tidak memiliki kemahiran sosial. bersikap sombong atau tidak peramah.

1992). guru perlu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk 7 . Mereka meniru tingkahlaku emosi yang diperhatikan pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. (Lewis. Pembelajaran berasaskan minda merupakan satu pendekatan yang diasaskan kepada peranan dan fungsi otak manusia. manakala minda perasaan terletak di limbic system (emotional brain). mereka akan merasa bangga dan yakin terhadap kebolehan mereka sendiri.Kanak-kanak pada peringkat prasekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensetif pada pujian dan kritikan orang lain. Sebaliknya sekirannya mereka dimarah kerana salah laku. Alessandri & Sullivan. membuat keputusan dan sebagainya.1995. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah diperlajarinya mengenai penerimaan masyarakat cara yang paling mendatangkan apa yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat. Perkembangan ini juga disokong oleh personaliti dan pengalaman sosial mereka. mensisntesis. membanding. Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. mereka akan merasa bersalah walaupun perkara itu satu kemalangan atau dilakukan secara tidak sengaja. minda perasaan dan minda kemahuan. 5.0 Pembelajaran Berasaskan Minda Minda bukan suatu organ dalam tubuh manusia tetapi minda mempunyai kaitan dengan otak kerana berfungsi melalui otak. Bandura (1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. menghubung kait. Otak boleh memproses maklumat dengan pelbagai cara seperti menganalisis. mensintesis. menilai. Kanakkanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang sedih (Eisenberg & Fabes 1998). menghurai. Oleh itu. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati. membeza. Minda fikir terletak di neocortex (rasional brain). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji. Ahli psikologi membahagikan minda kepada tiga fungsi iaitu minda fikir. Perkembangan empati bergantung pada perkembangan intelektual dan bahasa.

Otak bawah (sistem limbik) terdiri daripada talamus. aktiviti sistem saraf dan juga rembesan hormon. Talamus merupakan pusat kawalan deria yang berfungsi sebagai penyambung maklumat yang diperoleh oleh deria melalui sub-sub bahagian otak bawah ke otak atas (korteks). Amigdala berfungsi untuk merembeskan GABA yang bertindak sebagai pengawal gerak balas emosi dan tingkah laku agresif.000 hubungan dengan sel-sel neuron yang lain.1 Sel Neuron dan Sinaps Neuron adalah struktur asas sistem saraf yang merupakan sel-sel halus yang panjang berfungsi menghantar impuls dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. 8 . Noekorteks pula terdiri daripada empat bahagian iaitu rasional. Pangkal otak (Reptilan Brain) terdiri daripada kerak dalam. Korteks serebrum merupakan bahagian paling besar dan terpenting dalam mengawal sebahagian besar otak seperti kecerdasan. Tindakan luar kawal ialah tindakan yang dilakukan tanpa kita sedari dan gerak balas berlaku tanpa kemahuan kita. Ahli-ahli neurosains menganggarkan terdapat lebih kurang 100 bilion sel neuron dalam otak manusia dan setiap satu boleh membina lebih 10. Hipokampus pula merupakan bahagian otak yang terletak di atas telinga di bahagian tersebut merupakan otak terhubung dengan pembentukkan daya ingatan. ingatan. Hipotalamus pula berfungsi mengawal suhu badan. amigdala dan hipokampus. emosi dan sebagainya. Serebelum pula bertujuan mengawal imbangan badan dan juga sebagai bantuan kepada otot-otot untuk melaraskan kedudukan dan pergerakan.mendorong proses pembelajaran berlaku dengan berkesan mengikut cara pelajar berfikir. medula oblongata dan serebelum. Medula oblongata pula berfungsi untuk mengawal tindakan luar kawal secara automatik. bahagian hubungan dan pertalian. 5. pengalaman. hipotalamus. bahagian visual atau imainatif dan bahagian intituisional. Kerak otak (pons dan sistem retikular) yang mengawal proses hidup. Otak luar yang dikenali juga sebagai korteks serebrum terdiri daripada korteks serebrum dan neokorteks. otak bawah dan juga otak luar. Secara umumnya otak manusia mempunyai tiga bahagian iaitu pangkal otak.

neuron deria dan interneuron. Neuron motor terdiri daripada neuron yang menyalurkan maklumat dari sistem saraf pusat ke organ efektor seperti kelenjar dan otot.Terdapat tiga jenis neuron iaitu neuron motor. Keadaan ini membolehkan maklumat yang diterima daripada deria dipindahkan dari satu sel neuron kepada sel neuron yang lain dan membentuk satu jaringan sinaps yang menyimpan sesuatu maklumat. Komunikasi antara neuron merupakan proses dua hala yang dipanggil pemancaran neuron iaitu pergerakkan impuls atau mesej yang berlaku seperti litar elektrik (Ma’aruf dan Haslinda 2001). Neuron deria pula terdiri daripada neuron periferi yang menyalurkan maklumat dari tubuh badan ke saraf pusat sebagai penerima rangsangan manakala interneuron bertindak menghubungkan antara neuron motor dengan neuron deria. 9 .

saya telah menggunakan beberapa kaedah seperti temubual. senarai semak dan pemerhatian.1 Latar Belakang Responden Nama Tarikh lahir Umur Jantina Bangsa Agama Negeri kelahiran Bilangan adik beradik Hobi dan minat Sekolah : Haziq bin Ahmad (bukan nama sebenar) : 28 September 1995 : 15 tahun : Lelaki : Melayu : Islam : Terengganu : 4 orang (anak ke-2) : Bermain permainan komputer. Senarai semak pula diberikan kepada ibu bapa responden manakala pemerhatian pula saya dapati sepanjang saya mengenali responden.BAHAGIAN B (KAJIAN KES) 6. : Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah (2001 . saya telah merujuk perkembangan fizikal. Untuk mengenalpasti ciri-ciri fizikal. 6.0 Pengenalan Kajian Kes Dalam kajian kes ini. bermain catur. membaca.centraliowachildcare. guru dan rakan-rakan responden. Temubual dijalankan terhadap keluarga. sosial dan emosi yang terdapat pada responden. kemampuan mengawal kemarahan (Ability to Cope with Anger). Saya telah menggunakan senarai semak School-age Social & Emotional Adaptive Skills Checklist yang saya peroleh daripada http://www. kemampuan dalam mengawal pembelajaran (Ability to Engage in Self-Directed Academic Behaviors) dan emosi dan estim diri (Emotional Well-Being and Leval of Self-Esteem). Dalam senarai semak tersebut.2007) 5A . Besut (2008 – sekarang) 10 . terdapat lima bahagian yang perlu ditanda seperti kemahiran sosial (Social Behavioral Skills). sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah (Social and General Problem-Solving Skills).org. sosial dan emosi dan membandingkan ciri-ciri tersebut terhadap responden saya.Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) MRSM Kota Putera.

beliau mendapat tawaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putera. responden tidak mengalami masalah dalam sosial dan emosi yang teruk. MRSM ini hanya memilih murid yang berkemahiran dalam al-Quran. Selain itu. Murid ini pernah mewakili negeri Terengganu untuk menyertai Annual Camp anjuran Petronas Malaysia pada tahun 2007.2 Latar Belakang Akademik dan Kokurikulum Respenden sering mendapat skor 95% dan ke atas dalam setiap ujian atau peperiksaan yang dijalankan di sekolah dan mendapat kedudukan pertama atau kedua dalam kelas. Hanya tiga ciri yang tidak terdapat pada responden iaitu Oleh itu.0 Analisis Data Senarai semak yang digunakan mempunyai 40 soalan terbuka (YES/NO).6. Besut. didapati jumlah jawapan yang ditanda YES lebih banyak daripada NO iaitu: YES 36 NO 4 Jumlah 40 Responden memiliki sebahagian besar ciri-ciri yang terdapat dalam senarai semak yang telah saya gunakan iaitu kira-kira 90% . Terengganu. Selepas PMR. MRSM ini merupakan MRSM Ulul Albab yang pertama di Malaysia yang menjalankan konsep belajar secara penggunaan kemahoran berfikir. hanya murid yang mempunyai bakat dan kemahiran yang tinggi dalam kepimpinan dan agama di samping mempunyai daya kreativiti serta inisiatif yang tinggi akan dipilih ke MRSM ini. Namun. 7. Beliau merupakan murid cemerlang UPSR Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah pada tahun 2007. intervensi perlu dijalankan bagi mengatasi masalah daripada menjadi lebih serius. 11 . Melalui senarai semak.

Student is able to tell others about his troubles. Student is happy most days. Contohnya jika Haziq tidak mendapat tempat pertama dalam ujian di sekolah. dia akan mengurungkan diri dalam bilik dan mengambil masa yang lama. Pelajar gembira setiap hari.Bil. 1. Hasil temubual saya ialah: Soalan Jawapan : Adakah Haziq merupakan seorang yang mempunyai ramai rakan? : Haziq mempunyai ramai rakan di sekolah dan gurunya memberitahu bahawa Haziq disenangi oleh rakan-rakannya. Student is can handle minor frustrations without adult assistance. Jika Haziq tidak suka akan sesuatu perkara. Pelajar berkongsi masalah dengan orang lain. Soalan Jawapan : Adakah Haziq mengalami masalah dalam mengawal emosinya? : Haziq seorang yang jarang mempamerkan emosinya atau perasaanya. Senarai semak Selain menggunakan senarai semak. Student expresses feelings in appropriate ways. Cara / teknik Temubual dan senarai semak Penerangan Responden mengalami kekecewaan jika dia tidak dapat melakukan sesuatu perkara walaupun perkara tersebut tidak penting. Senarai semak 4. Pelajar melahirkan perasaan dengan cara yang sesuai. Di sekolah (sebelum ke MRSM). Responden lebih gemar memendam masalah yang dihadapi sendirian berbanding berkongsi dengan orang lain. saya juga menjalankan temubual bersama ibu bapa responen. Responden merajuk dengan cara mengurungkan diri di dalam bilik dan tidak meluahkan perasaannya. dia lebih cenderung bersendiri. 2. pelajar kadang-kala murung dan tidak gembira di sekolah. Senarai semak 3. 12 . Ciri-ciri Pelajar dapat menangani kekecewaan kecil tanpa bantuan orang dewasa.

Dan apabila mendapat tugasan untuk disiapkan dirumah. Responden juga dapat menyertai kejohanan catur yang diadakan dan dapat bergaul dengan mereka yang mempunyai minat yang sama.8. Tindakan Mendaftarkan responden dalam kelab atau persatuan catur seperti Kelab Catur Terengganu (Terengganu Chess Association). Menghubungi pihak berkaitan untuk mendapatkan butiran yang berkenaan untuk membawa responden melawat ke tempat berkenaan pada cuti persekolahan. Encik Zulkifli Haron adalah fenius dalam rekacipta di Malaysia dan merupakan antara idola kepada responden sejak kecil lagi. 1. namun beliau juga menghadapi masalah seperti murid lain iaitu masalah sosio-emosi. Cadangan Mendaftarkan responden dalam kelab catur peringkat negeri. beliau malas untuk menyiapkannya kerana tidak suka membuat perkara yang sama secara berulang.0 Strategi Walaupun Haziq merupakan seorang kanak-kanak pintar cerdas. semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm 1998). Bil. Responden amat meminati bidang kejuruteraan dan rekacipta. Beliau berpendapat bahawa apa yang dipelajari disekolah kadang kala membosankan kerana beliau telah memahami apa yang diajar. Membuat lawatan ke Zull Design Autotronic. Biasanya. 2. 13 . Rasional Dapat mengetengahkan bakat bermain catur. Keadaan ini hanya akan dapat difahami apabila kita lebih kerap mendampingi mereka. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain.

jika kanak-kanak pintar cerdas tidak diberi pendedahan yang sepatutnya bermakna potensi yang ada pada mereka sukar untuk dikembangkan. beliau dapat berkenalan dan bersosial dengan pelajar lain. Guru-guru mungkin memberi golongan murid ini maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dan tidak memberangsangkan. Melibatkan responden dalam perkhemahan cuti sekolah. Selain dapat mengisi masa terluang selepas peperiksaan. seminar atau kursus yang berkaitan dengan responden supaya responden lebih mengetahui dengan mendalam bidang yang beliau minati sebagai persedian pada masa akan datang. seminar atau bengkel Perkhemahan cuti sekolah dapat memberikan manfaat yang besar kepada responden. Menyertai kursus motivasi pengurusan stress yang dijalankan oleh pakar motivasi terkenal tanah air seperti Dato' Dr. Oleh itu. Haji Mohd Fadzilah Kamsah membeli bahan bacaan motivasi kepada beliau. Mendaftarkan responden dalam bengkel. menghafal fakta yang tidak dapat dikaitkan dengan pengalaman murid. 1994).1 Kaedah Pengajaran yang Sesuai Kebiasaannya sekolah gagal memberi perhatian yang wajar kepada murid pintar cerdas kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang khusus (Gallagher & Gallagher. Oleh itu. beliau memerlukan pengurusan stress yang berkesan. 14 .3. Kebanyakan masalah emosi kanak-kanak pintar cerdas sarna ada dalam bidang akademik mahupun persekolahan adalah disebabkan kegagalan pendekatan pendidikan sedia ada dan juga kurangnya kesedaran guru. 8. Bengkel pengurusan stress Responden mudah rasa tertekan jika mengalamai sesuatu masalah. selain tugasan yang diberi menjadikan golongan murid ini lebih bosan seperti kerja menyalin. 4.

tugasan yang diberi guru tidak sesuai dengan keperluan (motivasi intrinsik) mereka yang sentiasa ingin tahu atau mengkaji sesuatu topik dengan lebih mendalam. proses atau produk dalam menanggapi kesediaan dan minat belajar daripada pelbagai akademik murid. benarnya. cara ini tidak sesuai dilakukan terhadap golongan murid ini kerana mereka memerlukan cabaran kualiti (antaranya. guru menambah jumlah tugasan murid lebih daripada biasa. program ini tidak dapat meningkatkan mutu pencapaian akademik secara automatik. Pengelompokan mesti disusuli dengan muridan yang berkualiti dan aktiviti pengayaan. Antara kaedah pengajaran yang sesuai adalah kaedah pengayaan. Mereka memerlukan beberapa arahan atau pendekatan yang berbeza. Namun begitu. Kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan kefahaman murid pintar cerdas. selain memberi mereka galakan supaya menyiapkan tugasan mereka dengan sebaik mungkin. Kaedah pengayaan merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza oleh guru dalam kelas.2 Kaedah Pengajaran Matematik Kepada Murid Pintar Cerdas Matematik murid pintar cerdas mempunyai keperluan yang berbeza daripada murid lain. Faktor tersebut menjadikan murid pintar cerdas tidak suka kepada sekolah. sesuatu konsep yang lebih mencabar) dan bukannya cabaran kuantiti." 15 .Kadang-kadang. Penekanan bukan sahaja diberikan kepada penguasaan konsep dan pemahaman tetapi juga kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza dalam kelas biasa tanpa bantuan daripada sumber luar. pengelompokan dan pecutan. Tomlinson (1995) menyatakan "konsisten dengan menggunakan pelbagai pendekatan instruksional untuk mengubahsuai kandungan. Dalam soal menyiapkan tugasan. Perubahan dalam sukatan murid dan membolehkan murid pintar cerdas ini menyiapkan program pendidikan biasa dalam masa yang singkat. 8. Kadangkadang. golongan murid ini perlu diberi kebebasan dalam menentukan had masa menyiapkan tugasan. Kaedah pecutan atau dikenali sebagai acceleration merupakan kaedah yang memendekkan masa belajar. Muridan yang berbeza dalam bentuk aktiviti yang menyeronokan mereka. Istilah pengelompokan merujuk kepada penempatan murid-murid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dalam satu kelas yang khusus.

Gunakan banyak soalan peringkat tinggi dalam perbincangan masalah. Membuat penilaian yang membolehkan perbezaan dalam pemahaman. Berikut ini adalah saranan untuk membezakan murid pintar cerdas matematik dengan menggunakan penilaian. ketulenan penafsiran. Dalam nilai-nilai asas. murid berbakat masih perlu untuk mengetahui fakta-fakta asas. fleksibiliti dalam mengendalikan data. Selain itu. guru perlu menggunakan beberapa sumber dalam aktiviti mengajar. dan prestasi. Buku matematik sering mengulang topik dari tahun ke tahun di kelas sebelum algebra kerana sebahagian besar buku teks ditulis untuk peringkat umum tidak selalu sesuai dengan golongan pintar cerdas. Memberikan murid kesempatan untuk menunjukkan apa yang telah mereka pelajari. kelincahan mental kelancaran idea.Murid pintar cerdas berbeza daripada teman-teman sekelas mereka sepert pembentukan spontan masalah. teknik instruksional dan pemprosesan model. Satu jenis bahan mengajar tidak akan memenuhi keperluan mereka untuk belajar. Beri pra-penilaian supaya murid yang telah memahami sesuatu pembelajaran tidak perlu mengulanginya tetapi boleh diberikan dengan arahan dan kegiatan yang bermakna. Guru juga perlu memilih buku yang memberikan lebih pengayaan kepada murid. kemampuan untuk memindahkan idea-idea. 16 . kreativiti. Keperluan kurikulum mereka lebih dalam. kemampuan organisasi data. bahan kurikulum. Meminta murid untuk menerangkan apa yang mereka fahami secara lisan atau bertulis. lebih luas. dan lebih cepat daripada apa yang diberikan kepada murid lain. dan kemampuan untuk membuat kesimpulan. Peluang ini harus dibuat secara meluas untuk setiap murid.

Selain guru. konsep pendidikan pintar cerdas belum mendapat pengiktirafan yang secukupnya. Ibu bapa juga perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan bagi membolehkan mereka mempraktikan cara-cara mendidik anak-anak pintar cerdas. Oleh itu. motivasi adalah sangat penting bagi pelajar pintar cerdas. Pembelajaran yang membosankan akan menyebabkan mereka cepat bosan dan hilang minat untuk belajar. ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam usaha mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas. kepentingan kelompok dan membantu yang lemah. seorang pelajar pintar cerdas yang benci kepada subjek tertentu boleh jadi pakar dalam subjek itu jika pelajar itu bermotivasi dan mendapat makna dalam mempelajari subjek itu. 17 . Pengajaran guru di sekolah yang tidak bersesuaian menyebabkan potensi mereka tidak dapat dicungkil dan lambat berkembang. Walaupun terdapat perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan pintar cerdas dalam abad ini. Murid pintar cerdas merupakan satu aset yang amat bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu murid pintar cerdas bagi memeperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian kepada negara.0 Kesimpulan Di negara kita.9. namun di negara kita masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju yang lain. Ramai guru yang sebenarnya prihatin dan komited tidak menyedari bakat dan potensi pelajarnya kerana mereka tidak memahami ciri-ciri pelajar pintar cerdas. Program pintar cerdas di Malaysia sukar mendapat tempat kerana budaya kita yang mementingkan keseragaman.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful