1.

0 PENGENALAN Bagi tugasan ini saya perlu memilih sebuah cerpen terbitan Dewan Pustaka dan perlu menganalisis, mengulas dan menghuraikan penggunaan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistam sapaan serta kepentingannya. Cerpen di pilih untuk dianalisis kerana cerpen sesuai digunakan sebagai bahan bacaan untuk pelajar kerana bahasa yang digunakan penuh dengan deangan siratan makna dan alunan rasa imiginatif. Cerpen merupakan karya seni yang lengkap dan sempurna. Dalamnya terangkum aspek kata dan bahasa yang indah, nada dan teknik. Cerpen yang telah saya pilih untuk dianalisis ialah cerpen „Sebiji Kelapa Nan Manis‟ karya Samsiah Mohd Nor seorang penulis yang berjaya. Setelah menganalisis cerpen ini saya dapat mengenalpasti beberapa jenis gaya bahasa seperti simile, personifikasi, metafora, hiperbola, inversi dan repetisi. Melalui analisis ini kepentingan kesantuanan bahasa dan sistem sapan juga dapat diketahui. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam bidang sastera.

Maya Pusara.Pahang. dan Tangisan Bulan Madu 3. Kuantan. Pada tahun 2001 beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Pahang. Pengalaman kerjayanya dalam bidang pendidikan dan bakat yang terserlah dalam penulisan. dan bakat kreatif beliau mengandungkannya melalui cerpen dan novel popular yang menjadi pilihan utamanya. Tangisan Bulan Madu 2.2. Kuala Lumpur. Kemudian beliau menyambung pengajian tingginya pada tahun 1989 di Universti Sains Malaysia dan memperoleh ijazah sarjana muda pada tahun 1989. Beliau mendapat pendidikan menengah pada 1972-1976 di Sekolah Menengah Perempuan Methodist. Riana. Kini bertugas sebagai pegawai pendidikan siswazah. Koqin Karemo. Sebening Langit Senja. Sangkar. Antara novelnya ialah Sindora Berbunga.0 BIODATA PENGARANG SAMSIAH MOHD NOR Dilahirkan pada 21 Setember 1965 di Kuantan. Anggerik Kota. Helang Bebas di Angkasa. Lalang Kemboja Berguguran. Tangisan Bulan Madu. Beliau memperoleh diploma pendidkan pada tahun 1993 daripada Institut Bahasa. . Anom Suraya. Selimut Malam.

doktor pakar jantung. Apabila Misi Saadiah bertannya kepada Rabiah mengenai anak ketujuh Datin Seri. Sejak lahir. Ada yang merupakan menteri. iaitu ibu Rabiah terlantar di hospital.0 SINOPSIS CERPEN SEBIJI KELAPA NAN MANIS Rabiah yang juga digelar sebagai Biah merupakan watak utama dalam cerpen ini. iaitu jururawat yang bertanggungjawab memerhatikan Datin Seri bertanya tentang anak Datin Seri yang ketujuh. Cerpen ini bermula dengan interaksi antara Rabiah dengan neneknya yang bercakap tentang nasihat-nasihat yang disampaikan oleh nenek Rabiah kepadanya. Rabiah yang sentiasa menjaga ibunya. Tetapi akhirnya. Datin Seri akan memberitahu Misi Saadiah tentang anaknya yang ketujuh. Sebahagian besar jalan cerita cerpen ini mengambil tempat di hospital kerana Datin Seri. Apabila beliau memberitahu bahawa Rabiah merupakan anaknya yang ketujuh. Misi Saadiah terkejut dan meminta maaf kerana menganggap Rabiah sebagai pembantu rumah. ketua polis Negara dan sebagainya kecuali Rabiah seorang sahaja yang tidak berpendidikan. Datin Seri sendiri tidak tahu sebabnya. Misi Saadiah juga menganggap bahawa Rabiah merupakan pembantu Indonesia kepada Datin Seri. dia lain daripada yang lain. . Oleh itu. ahli korporat. Apabila Misi Saadiah. Beliau juga bersembahyang tahajud dan sembahyang hajat demi anak-anaknya. Datin Seri juga menyatakan bahawa beliau baru sedar sebab Rabiah tidak seperti adik-beradiknya. beliau hanya mendiamkan diri. Rabiah merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik kepada Datin Seri. siapa yang akan temankan beliau dan menjaga beliau selama dua puluh empat jam di hospital. Jika Tuhan kabulkan permintaan beliau. Rabiah juga tidak mengatakan apaapa malah terus beredar. beliau sentiasa menghantar mereka ke kelas tuisyen dan belajar malam.3. Semua anak-anak Datin Seri berjaya dalam pelajaran dan berjawatan tinggi dalam bidang pekerjaan. Ibu Rabiah sentiasa inginkan semua anaknya menjadi pandai. Beliau bersyukur kepada Tuhan kerana tidak kabulkan doanya untuk Rabiah dahulu.

macam kerikil. metafora dan hiperbola. macam atau perumpamaan secara langsung.” dan “pandangnya berlari-lari antara Datin Seri dengan pembantu Indonesia.” juga merupakan simile kerana menggunakan perkataan „seumpama‟.” juga salah satu contoh simile kerana adanya penggunaan „macam‟ dan „seperti‟. Sebagai contoh. 3. . “Biah tak mahu hati Biah keras macam batu. “Hati Biah pun biar putih macam langit.2 METAFORA Metafora ialah perbandingan yang tidak menggunakan perkataan bak. Contoh gaya bahasa yang sering digunakan ialah simile. laksana.” merupakan salah satu simile kerana perbanding ini menggunakan perkataan „macam‟. Contohnya. seperti dan macam..” juga merupakan contoh personafikasi. “Alangkah indahnya kalau hati seputih salji atau sehalus dan susuci kapas di pokok kapas yang belum jatuh ke tanah. Selain itu. “Mata Misi Saadiah berlari ke tepi katil Datin Seri.1.1. Sebagai contoh dalam cerpen ini. laksana. seperti. macam batu.1.kata kiasan dan perbandingan yang tepat untuk melukiskan sesuatu maksud.” merupakan personafikasi kerana memberikan sifat manusia kepada cermin. bagai. bagai. “Misi Saadiah tekup mulutnya apabila dirasakan dadanya bergoncang melihat muka Rabiah yang seperti disimbah cahaya entah dari mana.”. umpama. umpama. 3. “cermin yang tidak pernah berbohong.3. “atau seumpama kapas yang putih bersih.1 ANALISIS GAYA BAHASA Gaya Bahasa adalah pemakaian kata.3 PERSONAFIKASI Personafikasi adalah memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda atau objek. personifikasi.1 SIMILE Simile adalah perbandingan yang menggunakan perkataan bak.” 3.

1. Dalam cerpen ini pengarang munggunakan teknik ini dalam. Sebagai contoh.6 REPETISI Repetisi adalah gaya bahasa penegasan dengan mengulang sepatah kata berkali-kali.5 INVERSI Inversi adalah ayat songsang. Di samping itu. “Pandangannya jatuh ke muka Rabiah lalu ditelan pula pandanganya itu oleh Misi Saadiah” juga merupakan hiperbola.4 HIPERBOLA Hiperbola adalah teknik yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebihlebihan daripada maksud yang sebenarnya. 3. “Pembantunya. Antara unsur sinkof yang dapat dikesan dalam cerpen ini ialah.7 SINKOF Sinkof merupakan singkatan bagi sesuatu perkataan yang digunakan untuk memudahkan penggunaan sesuatu ayat. Selain itu. macam kerikil. Selain itu. “Misi Saadiah tekup mulutnya apabila dirasakan dadanya bergoncang melihat muka Rabiah yang seperti disimbah cahaya entah dari mana. „Tak‟ digunakan untuk menggantikan perkataan „tidak‟.1.3. 3. Contoh yang dipetik dari cerpen ini ialah. “Ibu.” 3. “Datin Seri sebut pasal anak ketujuhnya tapi tak sempat cerita”. “Di ambang pintu dia tersenyum dengan sebungkus nasi lemak.” Perkataan „ampunkan Rabiah digunakan secara berulang.” Struktur ayat yang sepatutnya ialah “dia tersenyum di ambang pintu dengan sebungkus nasi lemak.” merupakan hiperbola. “Biah tak mahu hati Biah keras macam batu. menunjukkan tekinik inverse digunakan dalam ayat ini.1. macam batu” perkataan „macam‟ juga digunakan berulang kali. Rabiah tertidur. ampunkan Rabiah.1. ampunkan Rabiah. Sinkof juga bertujuan untuk menunjukkan dialog lebih realistik dan tidak terlalu formal. orang .

pangkat. penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan.” Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. apabila seorang yang lebih muda bercakap dengan seorang yang lebih tua. „tuan‟ atau „puan‟. Menggunakan kata sapaan yang betul apabila bertutur dengan seseorang sangatlah penting semasa berkomunikasi khususnya semasa bercakap dengan orang yang lebih tua atau berpangkat. iaitu secara pertuturan. Kesantunan berbahasa merupakan cara terbaik yang digunakan untuk memperlihatkan budi bahasa dan tingkah laku bertatasusila seseorang. Bahasa halus menurut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib. kehalusan budi bahasa seseorang dapat dilihat ketika dia menggunakan bahasa. „Tapi‟ digunakan untuk menggantikan perkataan „tetapi‟. ayat dan ungkapan dalam perbualan manakala perlakuan non-verbal ada hubungan dengan mimik muka. Contohnya. orang yang lebih muda mestilah menggunakan panggilan „pak cik‟. umur. gaya dan gerak anggota badan semasa perbualan.0 KESANTUNAN BAHASA Kesantunan berbahasa merujuk kepada cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab. Kesantunan bahasa bukan sahaja berkaitan dengan perlakuan secara verbal malah secara non. Pertamanya dari segi verbal. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. dan keakraban hubungan.Indonesia tapi Datin Seri sayang sangat”. Tegasnya. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. frasa. Sama ada perbualan antara dua orang individu ataupun semasa memberikan ucapan di hadapan khalayak ramai. „mak cik‟. Kesantunan bahasa juga boleh didefinasi sebagai kehalusan budi bahasa dalam menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. 4. . Perlakuan secara verbal merujuk kepada penggunaan dan pemilihan kata.verbal juga. Contohnya.

Otaknya tak dapat terima.” Melalui ungkapan ini. penulis cuba menunjukkan sifat rendah diri Datin Seri sebagai seorang insan yang lemah dengan berserah diri kepada Tuhan yang lebih berkuasa ketika mengalami masalah. tunjukkan aku jalannya agar anakku itu beroleh kejayaan seperti abang-abang. Contoh yang kedua ialah. Seterusnya ialah dari segi non-verbai iaitu melalui pergerakan tubuh badan. Contohnya. ya Tuhanku bantulah aku. kakak dan adiknya. dia akan menundukkan sedikit badannya. Selain itu. “Ambil darah. “Jangan lupa sarapan. Rabiah memujuk ibunya sambil dibelai sampai tidur. apabila Datin Seri berasa sedih. Di sini menunjukkan kasih sayang seorang anak terhadap nenek dan ibunya. Tak elok untuk kesihatan. Misi Saadiah juga bercakap dengan sopan semasa mengingatkan Datin Seri untuk mengambil sarapannya. apabila seseorang berjalan di hadapan seseorang. Hal ini menunjukkan bahawa seseorang itu hormat kepada orang yang lebih tua.” Penulis menunjukkan perasaan kasih sayang dan mengambil berat Rabiah terhadap ibunya yang sedang terlantar di hospital. Dia tidak dapat belajar. Contohnya. Jelas di sini bahawa . apa salahku? Apakah dosaku sehingga anakku yang ketujuh ini betul-betul Kauujinya. “Ya Allah. Contoh yang boleh di ambil daripada cerpen ini ialah apabila Rabiah sapu air mata neneknya yang mengalir seperti Rabiah sapu air mata ibunya yang tiba-tiba juga berjurai sewaktu Rabiah mencium tangan ibunya. Contoh kedua dapat dilihat apabila Rabiah menasihati ibunya apabila beliau mengatakan bahawa beliau sedih.Penulis telah menerapkan beberapa ungkapan yang menunjukkan kesantunan bahasa di dalam cerpen beliau.” ujarnya lembut sambil menyapu lengan Datin Seri dengan kapas. Datin Seri. ya Datin Seri. kesantunan bahasa juga dapat dilihat apabila Misi Saadiah berkomunikasi dengan Datin Seri. Kesantunan bahasa secara non verbal sangat penting semasa berkomunikasi. Apa dia akan jadi apabila besar kelak? Ya Allah. ya Tuhanku. Sebagai contoh.” Hal ini menunjukkan rasa hormat dan prihatin seorang jurarawat terhadap pesakitnya. “Ibu tak payah sedih.

Datin Seri”. Selain itu. “Ibu ni saya bawa nasi lemak”.” Kata ganti nama „aku´ di dalam dialog tersebut agak kasar. “Misi nampak yang mana?”. “Aku tengah kira anak-anak Datin Seri. Contoh yang seterusnya.penulis ingin menunjukkan kasih sayang dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya yang tersayang. Sistem sapaan menunjukkan adab dan budi bahasa sesuatu masyarakat. rujukan hormat dan penggunaan kata ganti nama. Gelaran ini juga digunakan untuk menunjukkan rasa hormat terhadap orang tua.1 SISTEM SAPAAN Sistem sapaan merupakan salah satu cabang dari kesantunan bahasa. Penulis menggunakan kata ganti nama pertama iaitu „aku‟ pada dialog antara Misi Saadiah dan Misi Aminah. Ini menunjukkan bahawa percakapan itu adalah antara dua orang yang terdiri daripada peringkat umur yang sama seperti kawan. kata ganti nama „ibu´ telah digunakan oleh Rabiah untuk menunjukkan rasa hormat sebagai seorang anak terhadap ibunya. terdapat beberapa laras sistem sapaan yang berbeza. Tujuh orang yang datang. Anaknya lapan. Sistem sapaan adalah penting dalam sesebuah karya penulisan. Nenek kena sayang semua cucu dan jangan pilih-pilih”. Contoh yang lain ialah. . Di dalam cerpen ini. 4. gelaran „misi‟ digunakan untuk memanggil Misi Saadiah bagi menunjukkan statusnya sebagai seorang jururawat dan untuk menunjukkan rasa hormat. cara berkomunikasi yang betul dan adab-adab yang sopan dapat diterapkan secara langsung mahupun tidak langsung. Hal ini kerana. kata ganti nana „nenek‟ digunakan untuk menunjukkan hubungan pertalian darah dalam sesebuah keluarga. „Selamat pagi‟ juga diucapkan oleh Misi Saadiah kepada Datin Seri sebagai tanda hormat. “Selamat pagi. “Tak baik nenek cakap macam tu. gelaran „Datin Seri‟ digunakan dan bukannya „puan‟ untuk menunjukkan status keluarga Datin Seri yang tinggi dan ternama. Sistem sapaan juga melibatkan penggabungan gelaran. Contoh yang lain ialah.

0 KEPENTINGAN GAYA BAHASA. „mari kita kumpulkan tenaga rasaksa´.5. 5. penulis dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa. menunjukkan sifat berhemah Misi Saadiah terhadap Datin Seri. Penulis boleh menggunakan dialog-dialog yang sesuai dalam hasil tulisan mereka. KESANTUNAN BAHASA DAN SISTEM SAPAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.0. „Selamat pagi Datin Seri”. tona. gaya bahasa juga dapat meningkatkan atau memperkaya bahasa seseorang kerana merangkumi tanda baca.2 KESANTUNAN BAHASA Kesantunan bahasa juga boleh digunakan oleh penulis dalam hasil karya mereka. Sebagai contoh. Jelas disini bahawa penulis mampu menerapkan nilai kasih . dan sebagainya yang juga ada kaitan dengan linguistik dan semantik bahasa. Sebagai contoh simile. Pengunaan gaya bahasa mampu memberikan impak yang lebih berkesan kepada para pembaca. rima. rajin seperti semut. Gaya bahasa merupakan salah satu cara untuk penulis bagi menyampaikan buah fikiran dan pandangan mereka terhadap sesuatu perkara dengan lebih berkesan. hal ini akan merangsang pembaca untuk meneruskan pembacaan sesuatu karya. Rabiah sentiasa temankan ibunya untuk suapkan makanan dan memandikan ibunya. Contoh yang boleh saya ambil dalam cerpen diatas. Melalui penggunaan gaya bahasa.0. penulis memberi nasihat supaya bersatu padu. dan bermuafakat seperti aur dengan tebing. Di samping itu. Oleh itu. Selain pada itu penulis juga boleh menerapkan unsur-unsur kebaikan dengan menggunakan simile.1 GAYA BAHASA Gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam karya sastera. Di samping itu. gambaran akhlak-akhlak yang baik juga dapat digambarkan oleh penulis. Sebagai contoh. Rabiah sentiasa berada di sisi ibunya di hospital dan menjaganya sepanjang dua puluh empat jam. baik seperti nabi. dengan menggunakan hiperbola seperti. Gaya bahasa juga mampu mengindahkan karya dan menjadikan bunyinya sedap didengar oleh pembaca. 5.

„pak cik. 5. boleh saya masuk?‟ penggunaan kata ganti nama „pak cik´ menunjukkan rasa hormat terhadap orang tua. setiap kali Misi Saadiah berinteraksi denagan Datin Seri. Sistem sapaan adalah penting dalam sesebuah karya penulisan. Misi Saadiah sentiasa menggunakan bahasa yang sopan dan nada yang lembut. Dapat saya simpulkan di sini bahawa penulis-penulis karya haruslah berusaha keras dalam menghasilkan karyakarya yang mampu membentuk jiwa dan memurnikan akhlak masyarakat zaman sekarang. cara berkomunikasi yang betul dan adab-adab yang sopan dapat diterapkan secara langsung mahupun tidak langsung. Hal ini kerana. Secara tidak langsung ini mendidik pembaca tentang adab-adab berkomunikasi yang betul dengan orang yang lebih tua.sayang dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya dalam cerpen ini. Hal ini menunjukkan nilainilai moral seperti sopan-santun dan hormat-menghormati. Selain itu.3 SISTEM SAPAAN Sistem sapaan menunjukkan adab dan budi bahasa sesuatu masyarakat. .0. Sebagai contoh.

0 FENOMENA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN GENERASI MUDA Kesantunan bahasa merujuk penggunaan bahasa yang halus. Bagi mereka semua adalah sama. Bahasa singkat ini telah banyak mempengaruhi penulisan di dalam esei atau karangan yang mereka tulis disekolah. lemah lembut serta tidak menyinggung perasaan pendengar. frasa dan bahkan ayat dalam suatu wacana yang diujarkan oleh seseorang. Kebanyakan remaja sekarang amat kasar bahasanya. Mereka tidak lagi mengamalkan adat yang tua dihormati yang muda disayangi. . lembut tutur katanya. Orang yang lebih tua tidak lagi dihormati. dan tinggi budi pekertinya kini hanya tinggal sejarah.6. . kebelakangan ini generasi muda didapati lebih menggunakan strategi ketidaksantunan dalam perbualan mereka. Kesantunan dapat dilihat dari berbagai-bagai segi dalam pergaulan seharian. „banyak‟sebagai „byk‟. pada tempat-tempat tertentu. Antara faktor perdana yang mempengaruhi fenomena ini adalah penggunaan „bahasa rojak‟ secara meluas dalam kalangan generasi muda. Namun. beradab sopan. Mereka memendekkan ejaan seperti „aku‟ ditulis sebagai „aq‟. sama ada dalam bentuk kata. Penggunaan bahasa rojak ini berlaku ababila generasi hari ini terlalu terdedah dengan drama-drama Inggeris atau tayangan di televisyen oleh masyarakat barat. „kerana‟ sebagai „krn‟ dan bermacam-macam lagi. Pemendekkan ejaan ini bermula apabila remaja mula menggunakan telefon bimbit sebagai alat untuk mereka berkomunikasi bersama teman-teman mereka. Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk berkomunikasi dengan sahabat serta teman-teman mereka. Bahasa rojak bermaksud percampurbauran unsur-unsur bahasa asing dengan bahasa Melayu secara yang tidak bersistem atau tidak teratur. Remaja melayu yang dahulunya terkenal dengan baik budi bahasanya. Unsur bahasa asing yang lazimnya dicampurbaurkan dengan bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris dan juga bahasa ibunda oleh sesuatu kaum. Ada sesetengahnya mengatakan bahawa mereka terpaksa memendekkan ejaan untuk menjimatkan ruang.

Kadang kala ibu bapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung untuk menggunakan bahasa dan nada yang kurang baik dan ini meninggalkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak. Sahabat-sahabat di sekolah. didikan keluarga yang tidak mementingkan penggunaan bahasa yang baik boleh menyumbang kepada permasalahan ini. bercakap kasar dan bermacam-macam lagi. Akibatnya. setiap rancangan yang disiarkan haruslah ditapis terlebih dahulu. Kesantunan bahasa yang kian runtuh adalah dari pengaruh sekeliling. yang berperangai buruk dan tidak tahu akan kesantunan berbahasa juga dapat merosakkan kesantunan bahasa anak-anak. remaja terbawa-bawa dalam kehidupan seharian mereka. Kita harus tegaskan bahawa kesantunan bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kerana bahasa menunjukan bangsa. Ibu bapa yang tidak berinteraksi secara berlemah lembut dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai apabila bercakap dengan anak-anak mereka boleh mendorong anak-anak mereka menjadi seperti mereka. Melalui media massa juga generasi hari ini belajar menggunakan Bahasa Inggeris. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama. filem dan juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Mereka mengaplikasikan apa yang mereka lihat dan dengar.Media massa juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kesantunan bahasa. Selain itu. Generasi hari ini haruslah di didik menggunakan bahasa yang betul apabila berbicara terutamanya dengan orang tua. Penapisan bahan penyiaran haruslah seiring dengan kehendak kesantunan bahasa dan masyarakat. Media massa seperti televisyen memainkan peranan penting dalam membentuk budaya berbahasa dalam kalangan generasi muda hari ini. Ibu bapa adalah orang yang pertama yang harus bertanggungjawab mendidik anak untuk bersopan santun ketika berbicara. Mereka sepatutnya belajar menguasai bahasa dan menghormati orang tua apabila berbahasa seperti menggunakan panggilan pak cik. ibu bapa juga merupakan salah satu punca berlakunya fenomena kesantunan bahasa dalam kalangan generasi muda. Semasa pembesaran remaja. Oleh itu. bercakap bahasa rojak. . mak cik dan sebagainya.

. Gaya bahasa merujuk kepada pemilihan kata. gaya bahasa juga mampu membuat sesuatu karya itu nampak lebih menarik sekaligus menarik minat para pembaca untuk meneruskan bacaan mereka. rima tona. Gaya bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap karya penulisan samada puisi. Bahasa menjadi alat yang penting untuk pengarang meyampaikan cerita. Selain pada itu.0 KONSEP GAYA BAHASA Kejayaan sesebuah karya banyak bergantung pada kekuatan dan keindahan bahasa yang digunakan oleh pengarang. Gaya bahasa yang digunakan oleh seseorang pengarang merupakan itu sendiri sehingga memebezakannya daripada pengarang yang lain. gaya bahasa mampu memberikan pembaca peluang untuk berimaginasi sebagai contoh penggunaan hiperbola seperti „cintaku kepadanya cinta jutaan bunga-bunga´. Gaya bahasa melibatkan tanda baca. frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang bagi menyampaikan ceritanya. Di samping itu. idea. pengulangan dan sebagainya.7. pemikiran dan sebagainya. Pengunaan gaya bahasa mampu memberikan impak yang lebih berkesan kepada para pembaca. cerpen mahupun novel. Gaya bahasa merupakan salah satu cara untuk penulis bagi menyampaikan buah fikiran dan pandangan mereka terhadap sesuatu perkara dengan lebih berkesan. Gambaran yang ingin disampaikan oleh penulis dapat ditafsir dengan jelas oleh pembaca melaui penggunaan gaya bahasa.

Pada mulanya setelah diberi tahu tentang kehendak soalan. saya perlu menganalisis. minat membaca yang kurang dalam diri murid-murid juga mendorong kepada masalah kesantunan berbahasa dalam diri murid-murid. kesantunan bahasa dan sistem sapaan serta menghuraikan kepentingannya. Dengan bantuan mereka semua. Saya berasa amat susah kerana saya sebagai pelajar pengaajian Bahasa Inggeris sudah lama tidak membuat tugasan seperti ini. Selain itu. Hal ini kerana kebanyakkan pelajar akan menjadikan guru mereka sebagai „role model‟. saya berasa bahawa tugasan ini agak berat kerana tugasan ini memerlukan pengetahuan yang luas dan mendalam dalam bidang bahasa Melayu terutamamya sastera. saya juga perlu menjelaskan fenomena berbahasa dalam kalangan generasi muda dan faktor-faktornya. Pensyarah saya juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat tugasan ini. Selain itu. Tetapi.0 REFLEKSI Tugasan Bahasa Melayu Komunikatif 1 pada semester ini adalah memilih sebuah cerpen terbitan Dewan Pustaka dan Bahasa dan berdasarkan cerpen tersebut.8. Selain itu. Setelah menyiapkan tugasan ini saya sedar saya dapat manambahkan pengetahuan saya tentang cara menganalisis sesuatu karya. Saya dapat mengusai Bahasa Melayu dengan lebih baik setelah membuat tugasan ini. Saya pergi ke perpustakaan dan meminjam beberapa buku yang berkaitan dan boleh membantu saya untuk membuat tugasan ini. saya sebagai seorang bakal guru perlu mengamalkan kesantuan bahasa dalam diri saya. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan dan kami berkongsi pendapat. Guru wajar memberikan . mengulas. Oleh itu amat penting bagi saya untuk menunjukkan kesantunan bahasa kepada murid-murid. saya tidak berputus asa. saya juga meminta bantuan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan saya yang mengambil kursus Bahasa Melayu. dan menghuraikan aspek-aspek seperti penggunaan gaya bahasa. saya dapat menyiapkan tugasan saya dalam tempoh masa yang diberikan. Sekarang saya berasa lebih yakin untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan dan juga percakapan. Dalam konteks pengajaran dan pengajaran pula.

saya sebagai guru perlu menerapkan nilai kesantunan berbahasa dalam kalangan murid-murid bagi melahirkan generasi yang beraklak mulia. Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran merupakan antara langkah yang boleh dilakukan supaya pelajar belajar kesantunan bahasa. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan berkesan. Oleh itu.penekanan kepada aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang terdapat dalam bahan pengajaran yang digunakan untuk mengajar. . Ibu bapa dan guru khususnya terlalu menumpukan kepada cara untuk memastikan pelajar mendapat markah yang tinggi dalam ujian daripada menerapkan kesantunan bahasa itu sendiri dan diaplikasikan dalam kehidupan mereka seharian. dan bukan secara paksaan.Hal ini telah menyebabkan lahirnya pelajar yang hebat dari segi intelektualnya tapi tidak pandai berbudi bahasa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful