PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SINOPSIS Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanakkanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta 550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/ prasekolah ke tahun 1. This course covers the introduction to early childhood education, growth and child development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars of childhood education, Act 308 and Act 550, Children’s Right, also the transition process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to Year 1 of Primary School

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:

RINGKASAN UNIT 1.0 Pengenalan Pendidikan Awal KanakKanak 2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak 3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak 4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak 5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989. 6.0 Akta 308 dan Akta 550 7.0 Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanakkanak 2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan awal kanakkanak 3. Menjelaskan matlamat dan falsafah pelbagai program pendidikan awal kanakkanak 4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak-kanak didalam pelaksanaan pembelajaran

1

Rangka Isi Pelajaran

Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

Sejarah Pendidikan Awal Kanakkanak

PRA 3101 ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak

Akta 308 dan Akta 550

2

Apa yang anda fahami tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun:  Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di luar negara

Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”.Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz. Boston. Seterusnya pada tahun 1860, Penubuhan prasekolah di Elizabert Peabody membuka tadika di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. 3

c) Pemakanan Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara sendiri. intelek.Program Headstart telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanakkanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. b) Kesihatan Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan. perancangan program dan pengurusan prasekolah. d) Pendidikan Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial. Ciri-ciri Program Headstart a) Penglibatan Ibu bapa Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. pergigian. Mereka ditempat kan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran. fizikal dan emosi. 4 untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi . kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.

Aktiviti 1. g) Kesihatan Mental Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak. f) Ketidakupayaan Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanakkanak kurang upaya atau keperluan khas.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.  Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an. Di ASEAN. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan. Manakala di Malaysia. prasekolah mula ditubuhkan di Filipina. Pada tahun 1900an. mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas. Singapura dan Thailand. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.e) Perkhidmatan Sosial Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Tadika dan Tabika? 5 .

experience. Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan. Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun (Lefrancois. the orderly. Konsep Perkembangan Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. tinggi dan pertambahan saiz badan.” Jelas. durable change in a learner resulting from a combination of learning. 1990). 2002). Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of development. 6 . Sebelum anda mula membaca. and maturation. Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali. Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan. 1980). 1978). 2000). nyatakan apa yang anda fahami dengan konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan awal kanakkanak ? Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak Konsep Pertumbuhan: Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long. pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali.Unit 2.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak Aktiviti 2. Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa.

Pertumbuhan berlaku hingga berterusan hingga akhir hayat. adaptation. 2000). Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal. Bina satu pengurusan grafik untuk membuat satu perbandingan antara konsep pertumbuhan dengan konsep perkembangan. 2. Ringkasnya menurut Slavin. and change over the course of a lifetime. 2001) satu tahap.” (Ramlan Jantan & Mahani Razali. perkembangan ialah “ Orderly and lasting growth. social dan moral seseorang individu (Berk. 3. perceptual. Aktiviti 3.Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar. Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat tertentu. 8. intelektual. 2000). emosi dan sosial. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani. Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus. Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan 1. emosi. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain. 4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu. tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. 7. menyesuai diri kepada persekitaran dan bagaimana berubah melalui peredaran masa. 6. 5. bahasa. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak 9. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. (Mok Soon Sang. tetapi perkembangan berlaku secara 7 .

Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini.195) Aktiviti 5: Jelaskan apa yang dimaksudkan “Nature” vs” Nurture” 8 . sekolah. Namun begitu ketinggian juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan. hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang lain. kualiti persekitaran. persekitaran sangat penting. Pada satu pihak banyak ciri-ciri manusia dipengaruhi oleh keturunan.Aktiviti 4. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan manusia seperti diri kita pada hari ini (Morrison. Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak termasuk pemakanan. Keluarga. Kenapa guru perlu memahami konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak ? Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture) Faktor semula jadi atau faktor pemupukan. manakah faktor yang paling mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan ini telah menjadi perdebatan yang tiada kesudahannya. rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran. Ciri-ciri yang lain seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat dipengaruhi oleh perwarisan. Pemupukan (persekitaran) di mana seseorang individu itu membesar dan berkembang adalah memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku seseorang individu itu. Alasannya ialah bergantung kepada beberapa. kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi ileh keturunan berbandingan dengan faktor persekitaran. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun. 2001) menyatakan faktor semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal.m. masyarakat dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison . Dengan itu.s:193. Contohnya warna mata anda dipengaruhi oleh keturunan (lebih kurang 90 peratus).

Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Setiap abad tertentu telah memperlihatkan kepentingan hak kanak-kanak dan kemajuan dalam pendidikan mereka. Singapura dan Thailand sahaja.Unit 3. Amerika dan Asia.0: Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara. Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Bermula dari zaman Rome. Eropah Eropah secara tidak langsung telah merintis sistem pembelajaran kanak-kanak. pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Sistem pendidikan di luar negara boleh dijadikan panduan untuk kita memahami kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. 9 . Greek dan negara-negara di sekitar Eropah pada abad-abad berikutnya setelah kejatuhan kerajaan Rome dan Greek. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”. perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an. Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan seterusnya pada tahun 1860. Pada tahun 1900an. Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Di Amerika Syarikat. Di ASEAN. prasekolah mula ditubuhkan di Filipina. Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Perkembangan pendidikan kanakkanak di luar negara dilihat saling mempengaruhi di antara benua seperti Eropah. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi. Manakala di Malaysia. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal.

Institusi bukan kerajaan telah mengambil inisiatif mendidik kanakkanak. Selepas kejatuhan kerajaan Rome  Pendidikan kanak-kanak terletak dibawah tanggungjawab ibu bapa  Kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang sempurna disebabkan ibu bapa bekerja.  Kanak-kanak perlu membantu kerja-kerja yang dijalankan oleh orang dewasa  Pada waktu yang sama anak-anak golongan istana mendapat keistimewaan untuk bersekolah  Mereka diajar membaca. Abad ke 15 Pada abad ke 15 institusi kerajaan tidak memainkan peranan dalam pendidikan kanak-kanak. mengira dan buku simpankira. Kanak-kanak daripada kelas golongan atasan disediakan peluang pendidikan belajar menerusi tutor atau sekolah di rumah keluarga yang ternama Kanak-kanak daripada kelas golongan pertengahan mendapat latihan pendidikan vokasional Kanak-kanak daripada kelas gplongan bawahan dan miskin bekerja membantu ibu bapa. Tanggapan mereka terhadap kanak-kanak      Kanak-kanak yang berumur lapan tahun di anggap dewasa Pendidikan perlu bermula dari rumah Apabila kanak-kanak sudah mula bercakap hendaklah diberi pendidikan Mereka mengamalkan penggunaan ganjaran dalam pendidikan Deraan dianggap tidak berkesan dalam pendidikan Pandangan Plato dan Aristotle  Menekankan keperluan pendidikan kanak-kanak di peringkat awal lagi  Mengasaskan sekolah dengan menggunakan model bimbingan kumpulan kecil  Mengajar kanak-kanak lelaki daripada golongan bangsawan kemahiran berfikir. 10 . Beberapa pandangan dan pendapat mereka diguna pakai sebagai asas pendidikan awal kanak-kanak. Kedudukan kanak-kanak     Tidak memndapat tempat dan pengiktirafkan hak perlindungan yang khusus sehingga penghujung abad ke 15. menulis.Zaman Rom dan Greek Kebanyakan sistem pendidikan Eropah hari ini merujuk kepada sistem pendidikan Greek dan Rome. mentadbir. strategi ketenteraan dan pengurusan perniagaan.

System pengendalikan kelas diperkenalkan dengan nisbah seorang guru untuk sepuluh orang kanak-kanak John Comenius    Menulis buku bertajuk “The school of Infancy” Menulis buku bergambar yang pertama untuk kanak-klanak bertajuk “Orbis Pictus” Mempercayai bahawa perancangan pengalaman yang teliti adalah diperlukan untuk mencetus minda yang terbendung dan kanak-kanak belajar menerusi perlaku pada objek. Perubahan kerajaan dan penentangan tokoh-tokoh membantu perkembangan pendidikan kanak-kanak. kesusasteraan dan saintifik mempengaruhi penentuan corak pendidikan kanak-kanak. Di Belanda 11 .Perubahan di Zaman Pembaharuan  Pendidikan kanak mula diberi perhatian   Pendidikan tidak lagi diberi keutamaan kepada golongan bangsawan sahaja Member peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak termasuk daripada kelas golongan bawahan dan miskin. Marin Luther    Menentang fahaman Gereja Kahtolik Mendapat sokongan golongan bawahan menubuhkan Gereja Protestant Mengubah struktur social dan pendidikan masyarakat umum Di German    Berlaku penyerahan perkhidmatan pendidikan kepada golongan biasa Sekolah yang dahulunya dikuasai gereja diserahkan kepada golongan biasa. Abad ke 16   Pada abad ini kemajuan dalam bidang kesenian.

Rajah 1. Robert Owen Menubuhkan “nursery school” di New Lanark Cotton Mills. Mempercayai sekolah dapat membendung pengaruh negative yang terdapat di rumah. Johann Pestalozi    Menulis “How Gertrude Teachers Her Children” Memberi penekanan pendidikan di rumah Menekankan pembelajaran secara penemuan Abad ke 18 Pada abad ke 18 memperlihatkan penekanan sistem pendidikan kanak-kanak. Britain. Berlaku pengenalan terhadap pendidikan awal kanak-kanak pada zaman ini. Orbis Pictus Abad ke 17 Pada abad ke 17 penulisan tentang keperluan perlindungan kanak-kanak telah membawa perubahan di kalangan masyarakat. Freidreich Froebel 12 . Sebelum ini kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibezakan cara pendidikannya dengan kanak-kanak yang lebih tua umurnya.

Itali. Mempercayai kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk memilih akativiti yang diminati. Rajah 2 : Urutan Peristiwa di Eropah Amerika 13 . Abad ke 19 Pada abad ke 19 perkembangan pendidikan awal kanak-kanak menjadi keperluan masyarakat untuk mendidik kanak-kanak dengan lebih sempurna. Lori Malaguzzi Berjaya mengamalkan satu konsep pendekatan konstruktivisme dalam pendidikan awal kanakkanak yang diberi nama Reggio Emilia sempena nama sebuah Bandar di Utara Itali. Beberapa tokoh pendidik telah mengasaskan pendekatan pendidikan awal kanak-kanak.Menubuhkan Kindergarten “childs garden” yang pertama di Blandenburgh. Jerman. Maria Montessori Membuat pembaharuan dalam pendidikan kepada kanak-kanak miskin yang tinggal di kawasan stinggan sekitar Bandar Rome.

Latihan perguruan yang bersistematik hingga ke peringkat tinggi diberi keutamaan dengan tujuan menghasilkan pengajaran yang berkesan. kepercayaan. Abad 18 Pada peringkat awal penghijrahan pendatang awal dari Eropah ke Amerika. Ramai tokoh-tokoh agama dan pemikir telah memberi sumbangan terhadap bimbingan kanak-kanak. Jadual 3 : Urutan Peristiwa di Amerika Syarikat Asia Perkembangan pendidikan kanak-kanak di Asia bermula di negara-negara Asia Barat dan Timur Tengah. Pendidikan yang diterima oleh orang-orang di Asia kebanyakkannya dipengaruhi unsur-unsur keagamaan. Kemajuan perkembangannya selari dengan Eropah. 14 . Banyak kajian dijalankan di peringkat universiti bertujuan untuk memantapkan pelaksanaan yang memberi kesan positif kepada kanak-kanak. Mereka lebih mementingkan penerokaan dan mencari tempat tinggal di negara baru. falsafah dan budaya.Amerika merupakan sebuah negara yang pada peringkat awalnya mengambil idea dan konsep pendidikan awal kanak-kanak dari Eropah. Mereka memperkembangkan dan mengubahsuaikan idea dan konsep mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat setempat.

Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar. bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Kg. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas. Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA. 15 .Di Timur Tengah Pendidikan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada agama Islam dan aianya mengambilkira beberapa pandangan tokoh-tokoh agama seperti Imam Al-Ghazali. Cina dan India. Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972. Pada tahun 1970. KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar . Manggis dan Kg. Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan PekerjaPekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Sharikat. KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady. Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia  Zaman Sebelum Merdeka Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Sentosa. Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu.  Zaman Selepas Merdeka Pada tahun 1969.

 Langkah seterunya Kementerian Pendidikan menjalankan satu percubaan di beberapa buah sekolah rendah yang dipilih untuk tujuan melakasanakan program prasekolah yang berkesan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. persendirian dan sukarela. 16 . maka Akta Pendidikan 1996. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah. Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah. Setiap agensi memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak dan dapat menjamin perlindungan kanak-kanak Agensi Kerajaan Agensi kerajaan telah memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. bilangan peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari setahun ke setahun. Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada 18 Disember 1991. Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun. Kesan daripada mesyuarat di atas.Tahun 1981. swasta. Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. maka pada 6 Jun 2001. Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional. Status Masa kini Program pendidikan awal kanak-kanak pada masa ini telah diusahakan oleh pelbagai badan agensi sama ada kerajaan. telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pelajaran  Kepentingan pendidikan prasekolah mula diambil perhatian yang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan bertujuan untuk menyeragamkan kurikulum dengan menyediakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah.

  Guru prasekolah dibantu oleh pembantu guru untuk mengendalikan kelas prasekolah Selepas penggubalan Akta Pendidikan 1996 Kementerian Pelajaran meneruskan dan membuat pengunjuran supaya semua sekolah rendah bantuan kerajaan mengadakan kelas prasekolah.  Memandangkan tidak semua kanak-kanak menghadiri kelas tadika.  Pada tahun 2002 perluasan kelas prasekolah Kementerian Pelajaran sebanyak 100 buah kelas.  Pada tahun 2005 perluasan sebanyak 700 buah prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.  Pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan diwajibkan kepada semua tadika sama kerajaan mahupun bukan kerajaan.  Program rintis itu dikenali sebagai ‘Prasekolah Annex’. Program Sekolah Annex ini melibatkan sebanyak 1105 kelas di sekolah rendah dan 26 buah kelas di Maktab Perguruan Malaysia  Guru besar sekolah rendah merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pentabiran sekolah dan prasekolah.  Perluasan pada tahun 2003 meningkat sebanyak 1500 buah kelas prasekolah Kementerian Pelajaran.  Pada tahun 2006 perluasan sebanyak 493 buah prasekolah Kementerian Pelajaran 17 .  Pada tahun 2004 perluasan sebanyak 400 buah kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. pihak Pusat Perkembangan Kurikulum Menyediakan program transisi bagi kanak-kanak yang memasuki darjah satu yang dimulakan pada tahun 2000.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional  Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun  Kelas tadika biasanya terletak di kawasan Bandar yang dihadiri oleh kanak-kanak berbagai kaum. Jabatan Kemajuan Masyarakat  Jabatan ini menyediakan perkhidmatan taska dan tabika untuk kanak-kanak di luar Bandar  Matlamat tabika adalah untuk menyediakan pendidikan awal sebelum mendapat pendidikan formal di sekolah rendah. Tadika di jabatan ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) Pertambahan kelas tadika meningkatkan berdasarkan keperluan.Malaysia. 18 .  Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah menawarkan mata pelajaran yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak mulai tahun 1987 di sekolah menengah vokasional dan tahun 2004 di sekolah menengah akademik untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5.    Matlamatnya untuk memupuk perpaduan nasional di peringkat kanak-kanak.  Mengikut prancangan Kementerian Pelajaran pada akhir Rancangan Malaysia ke 9 (2010) semua sekolah rendah bantuan kerajaan mempunyai kelas prasekolah.  Jumlah keseluruhan prasekolah sehingga Januari 2006 iaitu 4424 buah prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

  Manakala taska bertujuan untuk membantu pengasuhan anak-anak semasa ibu bekerja. Jadual Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia Tahun 1969 Malaysia Masa Kini Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur melatih 10 orang guru untuk projek rintis kelas tadika Jabatan Perpaduan Negara melatih guru tadika 1987 Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokesional Kementerian Pelajaran Malaysia-menawarkan mata pelajaran Asuhan Kanak-kanak dan mengasuh dan membimbing kanak-kanak taingkatan 4 & 5 2004 Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia – Pusat Perkembangan Kurikulum menawarkan mata pelajaran Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak untuk Tingkatan 4 & 5 2006 Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia – Pemurnian mata pelajaran Perkhidmatan Awal Kanak-kanak dan Pengajian Perkembangan Awal Kanak-kanak.  Penubuhan taska di tempat kerja adalah di bawah pengawasan jabatan ini.  Jabatan ini menyediakan garis panduan latihan pengasuh taska. Jabatan Kebajikan Masyarakat  Jabatan ini mengawal pengusaha taman asuhan kanak-kanak dari penubuhann dan pemantauan kepatuhan Akta 308. Tabika/ Tadika dijabatan ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Agensi Swasta 19 . Pertambahan bilangan taska dan tadika meningkat mengikut keperluan.

Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah. 2. kanakkanak istimewa rumah kebajikan kanak-kanak. bank dan pengusaha persendirian.  Matlamat penubuhan ini adalah untuk berkongsi kepakaran kepada masyarakat melalui kerja-kerja amal.  Manakala pengusaha persendirian menawarkan perkhidmatan kepada komuniti di persekitaran kawasan perumahan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu. Berbagai agensi swasta yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan Kanak-kanak terdiri daripada badan korporat (contohnya Telekom. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia secara umum. Aktiviti 6: 1. Petronas) perkilangan. Unit 4.0: Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-Kanak 20 .  Penubuhan taska dan tadika di tempat kerja bertujuan untuk memberi kemudahan penjagaan anak kepada kakitangan yang bekerja.  Semua tadika anjuran agensi swasta diwajibkan menggunakan kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) Badan Sukarela  Persatuan wanita banyak member sumbangan kea rah pendidikan kanak-kanak contohnya PERTIWI  Sumbangan badan sukarela meliputi pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja.Agensi swasta turut memberi perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak.

Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. adab makan minum. Imam Al-Ghazali 2. Friedrich Froebel 6. Johann Heinrich Pestalozzi 5. Ibnu Khaldun 3. Maria Montessori 4. adab sopan. Pandangan / Idea-idea beliau    Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. 1. mencuci badan.1 IMAM Al-GHAZALI Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. tidak berbohong. merendah diri. beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. 21 . Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin . adakah pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal? Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada. berwuduk dan bersembahyang.Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama. Pada tahun 489 hijrah. bersederhana dalam perlakuan. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia. Pada pandangan anda. Jean Jacques Rousseau 4.

   

Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka. Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat: Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka. Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar. Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka. Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

Nasihat beliau kepada guru supaya: -

4.2

IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik. Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.

Pendapat beliau pada peringkat permulaan:   Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara: Berperingkat-peringkat Mengadakan latih tubi

22

Menggunakan benda-benda maujud Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar

Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka: Tidak mahu belajar Mencerca pengajaran yang diberi

 

Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contohcontoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.

 

Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.

  

Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna. Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.

4.3 JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1772-1778)

23

Beliau merupakan seorang ahli falsafah, penulis dan pembina teori sosial. Biodata Belaiu telah dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 28hb. Jun 1712 dan meninggal dunia di Paris, Perancis pada tahun 2hb Julai 1778. . Sifat Peribadi     Ketika kanak-kanakyang cerdik, penting kepada diri sendiri, tidak berdisiplin dan neurotik. Sikap buruknya kesan daripada kematian ibunya selepas beliau dilahirkan.. Zaman kanak-kanaknaya amat menyedihkan kerana berada dibawah jagaan ibu tiri dan bapa sehingga berumur 10 tahun Mengabaikan 5 orang anaknya dengan meletakannya di rumah kebajikan.

Pandangan Terhadap Pendidikan      Menggap kanak-kanak dilahirkan baik tetapi manusia yang mempengaruhi kebaikan tersebut. Pendidikan akan terhasil dan berkembang jika seseorang itu diberikan kebebasan belajar secara langsung dengan al;am sekitar. Berkonsep pada naturalisme dimana kanak-kanak perlu dibiarkan membesar mengikut kebolehan semula jadi mereka. Kanak-kanak perlu diberi pendidikan yang baik supaya dapat menyuburkan minat mereka melalui aktiviti yang dapat menggembirakan mereka. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar sebelum dia bersedia.

24

mengukur. Pendangannya berdasarkan persepsi deria yang diteruskan oleh Pestalozzi. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Memastikan bahan pengajaran yang konkrit pada kanak-kanak. Peranan guru menasihat dan memerhati perkembangan kanak-kanak ketika mengajar. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak. merasa dan menyentuh. (multiage grouping). Kanak-kanak adalah unik dan perlu dihargai. Oleh itu. Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya. pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang. pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. 25 . Froebel dan Montessori. Idea-idea beliau mengenai pendidikan  Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya.   Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. 4.4 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827) Beliau dilahirkan di Zurich. Swizerland.     Kanak-kanak dengan sendiri suka mencari ilmu.    Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek.

Pada tahun 1837. mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. fizikal dan sosial kanak-kanak. beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Menurut beliau. ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. saiz dan warna. 7. dipenuhi dengan taman-taman. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. 8. 9.5 FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852) Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. 26 . 5. 3. Ia perlu diberi kebebasan. 2.4. 6. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan. 4. bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main” Antara idea-idea Froebel ialah: 1. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”. kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang. binatang dan gambargambar. Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. kemahiran hidup. sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. 11. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi. Minda yang mudah menyerap Menurut Montessori. pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Menurut beliau. sosial. pendidikan adalah untuk menolong kanakkanak membentuk serta membantu perkembangan intelek. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. persekitaran yang terancang. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. 4.10. disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Pada tahun 1899. B. Persekitaran yang tersedia 27 . emosi dan rohani. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan. beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka. 12. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Antaranya adalah konsep berikut.6 MARIA MONTESSORI (1870 – 1952) Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. a. fizikal. Oleh itu.

Menurut falsafah Montessori. matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi. pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti. Didikan diri Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai. d. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. pemahaman berkenaan alam semulajadi. Mengikut Montessori. C. kemahiran menulis dan membaca. kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal. pengalaman dan pemahaman berkenaan sains social. e. 28 . Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. kemahiran bahasa. keseimbangan pergerakan. kemahiran mmerhati dan meneliti.Tempoh sensitif Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. Bahan pembelajaran Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. kesedaran berkenaan susunan dan peraturan. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru tidak perlu mengajar kanakkanak secara formal. apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. konsep matematik. 1. kebiasaan dengan seni kreatif. penumpuan perhatian.

Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri. 4. 29 . Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. Bagi mencapai matlamat ini. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. 3. bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka. 8. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.2. 5. terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri. Antaranya ialah: Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. Pentingnya disiplin diri Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”. 9. 6. dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. 10. 7. Konsep kebebasan Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.

Unit 5. Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam iaitu Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal kanak-kanak. menandakan kemuncak kerja advokasi selama lebih enam dekad beberapa kumpulan orang tertentu dan konsensus kerajaan-kerajaan dunia.Aktiviti 7: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “Taman Kanak-kanak” yang dinyatakan oleh Friedrich Froebel? 3. Pengharapan 30 . Konvensyen ini adalah dokumen paling komprehensif yang menetapkan prinsip-prinsip etika dan norma-norma tingkah laku antarabangsa terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak adalah lahir dengan hak asasi semua manusia.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 Hak Asasi Kanak-Kanak Konvensyen ini telah diterima pada tahun 1989. 2. Jelaskan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanakkanak oleh Maria Montessori.

DEFINISI Siapa dia kanak-kanak? Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun. Mereka mempunyai hak untuk didengar dan diambil peduli secara serius. 31 .Setiap generasi baru memberi harapan kepada umat manusia. Ikut serta Kanak-kanak hendaklah dibolehkan ikut serta secara aktif dalam segala hal yang melibatkan kehidupan mereka dan bebas untuk memberi pendapat. psiko-sosial. nelainkan jika undang-undang menyatakan usia dewasa kurang daripada 18 tahun. sosial dan kebudayaan. jika kanak-kanak dilindungi daripada bahaya dan exploitasi dan mereka berkemampuan ikut serta mengambil keputusan dalam segala hal yang mengaitkan mereka. Kepentingan terbaik kanak-kanak Pertimbangan utama dalam segala hal ialah kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak. Jika kelangsungan hidup dan perkembangan kanak-kanak dapat dipastikan. termasuk aspek jasmani. emosi. asal negara. kelahiran atau tarafnya atau ibu bapa/penjaganya. PRINSIP-PRINSIP YANG DIGARISKAN Tidak ada diskriminasi Semua hak dikenakan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa. agama. kognitif. warna. pendapat politik. etnik atau masyarakat. Hak untuk hidup dan berkembang Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka. ketidakupayaan. harta. bahasa. tertubuhlah asas bagi satu masyarakat yang adil yang kita kehendaki dan yang patut diterima oleh kanak-kanak. jantina.

perdagangan dan penculikan. yang menggalakkan rasa hormat kepada keluarga. Hak kepada perlindungan khusus    Hak untuk dilindungi dalam keadaan darurat seperti pertempuran bersenjata Apabila kanak-kanak dalam keadaan berkonflik dengan undang-undang. eksploitasi atau penderaan seksual. penjualan. Pembelajaraan yang dapat menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi kehidupan sebagai seorang dewasa yang lengkap dan aktif. pendapat.KATEGORI HAK Hak kepada kesihatan dan kebajikan asas    Hidup dan berkembang Taraf kehidupan yang memadai Taraf kesihatan yang paling tinggi yang dapat dicapai dan perkhidmatan kesihatan yang berkesan Hak kepada pembelajaran. kebolehan bakat. 32  . Hak untuk bergabung dan berkumpul secara aman (dengan menghormati hak-hak dan reputasi orang-orang lain atau bagi perlindungan keamanan kebangsaan atau ketenteraman awam atau kesihatan awam atau moral). identiti kebudayaan dan bahasa. suara hati dan agama (dengan menghormati hak-hak dan tanggungjawab ibu bapa dan penjaga). penyalahgunaan dadah. Dalam situasi kanak-kanak dieksploitasi seperti dijadikan buruh. Hak untuk dilindungi dari diskriminasi dalam apa jua bentuk  Hak sivil dan kebebasan   Hak untuk memilki nama dan kewarganegaraan Kebebasan memberi pandangan. aktiviti masa lapang dan kebudayaan Pembelajaran yang dapat mengembangkan sahsiah. mental dan fizikal ke tahap yang paling tinggi.

keagamaan dan moral dan kesihatan jasmani dan mental kanak-kanak. penjagaan dan pembelajaraan yang khusus untuk memastikan maruah diri. Hak kepada permakanan yang cukup. Hak untuk memiliki nama dan kewarganegaraan. Hak untuk diberi perlindungan terhadap penganiayaan. bertulis atau bercetak) terutamanya yang bermaksud untuk menggalakkan kesejahteraan sosial. mengikut kemampuan dan keupayaan mereka). eksploitasi. Hak untuk melahirkan pandangan dan diberikan pertimbangan sewajarnya menurut umur dan kedewasaan. keganasan dan bahaya.    Hak kanak-kanak yang kehilangan upaya kepada perubatan. menggalakkan kepercayaan diri dan memudahkan kanak-kanak ikut serta secara aktif dalam masyarakat. 33 . Hak untuk dijaga (ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu. pengabaian.   Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang utama dalam mengasuh kanak-kanak tetapi pihak Kerajaan hendaklah memberikan bantuan yang bersesuaian dalam hal pelaksanaan tanggungjawab ini dan memastikan perkembangan institusi-institusi yang bersesuaian. Hak menerima maklumat (lisan. Perlindungan daripada penyeksaan atau perlakuan atau hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan RINGKASAN HAK UTAMA     Hak untuk hidup. badan yang sihat dan aktif.  Hak untuk tidak dipisahkan daripada ibu bapa (melainkan difikirkan mustahak demi kesejahteraan kanak-kanak itu).

Perkara 18. PERKARA 6 1. Perkara 28 dan Perkara 29. 2. Merupakan satu peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanakkanak. Perkara 27. Kewujudan dan perkembangan Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak. Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak? Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh keluarga. PERKARA 18 34 . Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. dan Negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.Kanak-kanak mudah dipengaruhi. kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak.

2. Ibu bapa atau. dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. mengikut mana-mana yang berkenaan. penjaga di sisi undang-undang. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal. PERKARA 27 1. mental. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi.1. mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak. Negara hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak. kemoralan dan pembangunan sosial. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh 35 . kerohanian. Taraf hidup Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. kemoralan dan sosial kanakkanak itu. Tanggungjawab ibu bapa Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak. kerohanian. Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas. mental. 3.

Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin. 2. pakaian dan perumahan. jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu. dan mengambil langkah yang sewajarnya 36 . Negara-Negara Pihak. termasuk pendidikan am dan vokasional. Secara khususnya. keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanakkanak itu. mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka. mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak. terutamanya berhubungan dengan pemakanan. dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka. serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya. jika diperlukan.dilaksanakan. PERKARA 28 1. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu. 4. memperuntukkan bantuan material dan program sokongan. mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka. Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk. secara khususnya: (a) (b) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua. 3. baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan. hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah. Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian sedemikian. mereka hendaklah.

Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak. 3. 37 . Dalam hal ini. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan. bakat. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini. Pendidikan Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan. khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden.seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan. perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun. PERKARA 29 1. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. 2. Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan kepada: Perkembangan personaliti. dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib. (c) (d) (e) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiaptiap cara yang sewajarnya. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.

kesamaan jantina. dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. bahasa dan nilainya sendiri. dalam semangat persefahaman. institusi adalah tertakluk kepada akta Akta diwujudkan bertujuan untuk menjamin kualiti perkhidmatan kanak-kanak. toleransi. dan persahabatan di kalangan semua orang. Berikut dijelaskan beberapa seksyen yang secara umum perlu diketahui 38 . dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri.0: Akta 308 Akta 308 dan Akta 550 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Akta 308) merupakan satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran. Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak. bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu.      Akta Taman Asuhan kanak-kanak adalah termaktub di dalam undang-undang Malaysia Akta ini merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi sama ada untuk pendaftaran. Sekiranya tidak mematuhi akta dan peraturan yang telah ditetapkan boleh akan didawka di mahkamah. pengawalan dan pemantauan. Unit 6. Semua taman asuhan kanak-kanak sama ada di tempat kerja. keamanan. negara yang daripadanya dia berasal.Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi. Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang bebas. identiti kebudayaan. kumpulan etnik. pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanakkanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. persendirian. kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk asli.

tadika dan rumah kanakkanak yang dikendalikan oleh kerajaan Semua taman asuhan kanak-kanak mesti didaftarkan di bawah Kebajikan Masyarakat Terdapat dua kategori taman asuhan kanak-kanak: (a) Taman asuhan kanakkanak di rumah jumlah kanak-kanak kurang daripada 10 orang. . Kesalahan bagi kali kedua dan sterusnya dikenakan denda tidak melebihi RM2000. dan pemilik taska yang melibatkan keburukan akhlak Pegawai yang diberi kuasa berhak memeriksa taska dari segi kesihatan. Penerangan peraturan secara umum adalah seperti berikut: Peraturan 1 Peraturan 5(1): : Peraturan taman asuhan kanak-kanak 1985 mula berkuatkuasa mengikut tarikh akta Rujuk jadual nisbah kanak-kanak dan pengasuh seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. tidak memaklumkan perubahan terkini. peralatan. Peraturan Taman asuhan kanak-kanak di Institusi (1985) merupakan lanjutan daripada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.Seksyen 2 Taman asuhan kanak-kanak’ sekurang-kurang terdapat 4 orang kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dan orang yang menjaga kanakkanak dibayar upah Akta ini dikecualikan untuk hospital. (b) Taman asuhan kanak-kanak di institusi bilangan 10 orang atau lebih.00. Pendaftaran taska boleh dibatalkan jika tidak mematuhi peraturan.00. Tiap-tiap perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen ini adalah sah selama dua belas bulan kalendar. Denda kali pertama tidak melebihi RM1000. persekitaran dan kecemasan : Pihak berkuasa boleh memberi arahan secara bertulis untuk menutup sementara taman asuhan jika didapati membahayakan kanak-kanak Permohonan boleh dibuat untuk menerima kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa Seksyen 3 Seksyen 4 Seksyen 5 Seksyen 6 (2) Seksyen 11 (3) Seksyen 12 Seksyen 14 Seksyen 15 dan 16 Seksyen 24: . Bilangan kanak-kanak Bagi tiap-tiap lima orang kanakKumpulan umur Di bawah tiga tahun Bilangan penjaga kanak-kanak Seorang 39 . pengurusan.

kesihatan diri. Bayaran pemeriksaan daftar dikenakan sebanyak tiga ringgit. pemakanan dan kelakuan kanak-kanak Jika melanggar peraturan dan bersabit kesalahan akan dikenakan denda sebanyak satu ribu ringgit atau penjara selama enam bulan atau keduaduanya Bayaran perakuan pendaftaran dikenakan sebanyak lima puluh ringgit.kanak atau kurang Bagi tiap-tiap sepuluh orang kanak-kanak atau kurang Bagi tiap-tiap empat orang kanak-kanak tak upaya atau kurang Peraturan 6(1) Peraturan 7(1) Peraturan 8 Peraturan 12 Peraturan 13 Peraturan 14 Peraturan 19: Peraturan 23 Peraturan 24: Peraturan 25 Peraturan 26 Peraturan 28 Peraturan 29 (3): Peraturan 30(1): Peraturan 31 Peraturan 33 (2): Peraturan 35(1) Peraturan 36 Peraturan 39 Peraturan 40(1): Peraturan 40(2): . Taska hendaklah menyediakan peralatan permainan yang mencukupi dan sesuai Merokok dan meludah adalah dilarang di taska Jika terdapat kes penyakit berjangkit laporkan segera kepada pegawai perubatan. Mereka hendaklah mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak Rekod peribadi kanak-kanak perlu dikemaskini contohnya rekod kesihatan. Menyediakan kotak pertolongan cemas yang diletakkan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak Mendapatkan persefahaman dan kerjasama dari ibubapa berhubung dengan pengurusan. Pemerhatian ke atas rupa. Kemudahan Di antara tiga dengan empat tahun Di bawah empat tahun Seorang Seorang Umur dan kelayakan penjaga kanak-kanak (pengasuh) ialah 18 tahun ke atas. masalah kulit dan apa-apa keadaan yang luar biasa hendaklah dikesan setiap kali datang di waktu pagi.suhu. ketahanan api bertujuan untuk kesihatan dan keselamatan kanak-kanak Setiap taska hendaklah menjalankan latihan kebakaran serta memastikan pintu keluar masuk bangunan bebas daripada halangan pada setiap masa. kemajuan. kesihatan. kebersihan. 40 . Menegaskan perlu ada program aktiviti harian di taska. Kemudahan tandas perlu disediakan dengan nisbah 1 tandas untuk 10 orang kanak-kanak Bekalan air yang mencukupi dan bersih. Keluasan ruang lantai bagi setiap kanak-kanak ialah 3. kedatangan dan kecemasan. pembinaan. Keadaan bangunan taska hendaklah mematuhi syarat rekabentuk. Menyediakan makanan yang sempurna berkhasiat dan seimbang. Dilarang mendera kanak-kanak. Tiap-tiap taska hendaklah mempamerkan nama taska dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan Perakuan pendaftaran hendaklah ditunjukkan di tempat yang jelas.5 meter persegi.

Peralatan didalam bilik yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya. jadual waktu. 2. • Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan.00. boleh didenda tidak melebihi RM2. kebersihan dan keselamatan. 3. buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna.000. • Sebagai Pegawai Berkuasa. Struktur. Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1. Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat • Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan. kesihatan dan kebersihan hendaklah diselengarakan dengan baik. 4. Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan. Buku daftar. 5. Pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya". rekod. Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Latar Belakang Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) didefinasikan sebagai premis di mana empat atau lebih kanak-kanak di bawah 4 tahun diterima masuk untuk dijaga dengan 41 .• Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya. boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa: 1. Kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan. menu.000. • Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak dibawah usia 4 tahun. • Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. • Dalam masa yang sama.k/p.Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannya 4. Senarai kakitangan (nama. Senarai aktiviti bersama ibubapa 7. Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan 8. senarai aktiviti bersama ibubapa. sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang disediakan. pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan Borang Permohonan (Jadual 2). • Pemohon mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal di atas bagi mendapatkan kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap. Jadual 2 yang telah dilengkapi 2. Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan) 3 . Majlis Berkuasa Tempatan. Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan. Senarai aktiviti harian 5.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). menggariskan kehendak-kehandak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Buku ini secara amnya. 42 . Senarai menu 6.upah Permohonan • Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan ProsedurMemproses Permohonan Penubuhan TASKA berharga RM10. no. senarai aktiviti harian. pemohon menyediakan senarai menu. • Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan atau Pertubuhan. pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih mahir mengenai kehendak 3 agensi teknikal setempat. • Setelah membaca buku itu. • Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu: 1.

pemohon diminta membeli satu set Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4. pemohon akan diminta oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau mengemukakan maklumat tambahan.00 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan itu beserta dokumendokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan. CARTA ALIR PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA (BARU/PENDAFTARAN SEMULA) Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10. • Bagi permohonan yang lengkap. • Bagi permohonan pendaftaran semula.Wang pos/cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Nota: senarai menu dan aktiviti disediakan mengikut peringkat umur iaitu bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun dan 2-4 tahun • Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap. • Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah permohonannya lengkap.jawatan dan sijil) 8.00 dari PKMD/JKMN/JKMM 43 .00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4. • Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri sebelum dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat) • Permohonan akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan TASKA. seliaan oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan.

00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD Permohonan dikemukakan ke JKMN Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat) Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan Kelulusannya Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan Akta 550 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan. mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia? 44 . Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996. Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.

: Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan ) Dan Bahawasanya dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. teknologi dan maklumat. Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu. moral dan etika. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitannya. ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu. Dan Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia. Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat bangsa. kesan daripada perkembangan pesat sains. demokratik. liberal dan dinamik. keadilan sosial. Keb. : Penilaian Dan Peperiksaan : Pendidikan Tinggi : Institusi Pendidikan Swasta : Pendaftaran Institusi Pendidikan : Pendaftaran Guru : Jemaah Nazir Sekolah : Kewangan : Rayuan : Peraturan-Peraturan : Kesalahan dan Penalti : Pelbagai : Peralihan Dan Pemansuhan Bahagian II: Pentadbiran 45 . dan kekuatan rohani. Terdapat 16 Bahagian: Bahagian 1 Bahagian 11 Bahagian 111 Bahagian 1V Bahagian V Bahagian VI Bahagian VII Bahagian VIII Bahagian IX Bahagian X Bahagian XI Bahagian XII Bahagian XIII Bahagian XIV Bahagian XV Bahagian XVI : Permulaan : Pentadbiran : Majlis Penasihat Pend. Dan Bahawasanya pendidikan mempuyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi. kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saingn tinggi serta bersifat global.“Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.

Pend. Larangan terhadap penubuhan. 4. 2. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Pengantar utama kecuali sekolah jenis kebangsaan maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai bahasa kebangsaan 4. 4.1. tapi Bahasa Kebangsaan wajib sebagai satu matapelajaran. Bab 2.Sistem Pendidikan Kebangsaan 1. pengendalian atau pengurusan tadika Kuasa Menteri untuk tubuhkan tadika Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika Bahasa Pengantar di tadika (bahasa lain boleh digunakan. Kategori Institusi Penddidikan  Institusi Pendidikan Kerajaan  Institusi Pendidikan Bantuan kerajaan  Institusi swasta 3. 5. 3. 5. Jenis Sistem Pendidikan Kebangsaan:  Pendidikan Prasekolah  Pendidikan Rendah  Pendidikan Menengah  Pendidikan Lepas menengah dan  Pendidikan Tinggi Tidak termasuk sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa 2. Perlantikan dan Kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain Ketua Pendaftar dan Guru Ketua Nazir Sekolah Dan Nazir Sekolah. Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan. Prasekolah 1. Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak 46 . 3. 2. 5. 6. Pengarah Peperiksaan Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas Bahagian III : Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan Fungsi dan Kuasa Majlis Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan Bab 1.

Bab 7. Lain. politeknik dan inst. yang tidak ditubuhkan olehnya. Jenis Kebangsaan.Pendidikan Menengah Bab 5 – Pendidikan Lepas Menengah  Menteri boleh mengadakannya di sek. Pend. Keb dan institusi pend.Mengadakan Pendidikan Rendah. Teknik & Vokasional  Tertakluk kpd kelulusan Menteri  Tertakluk kpd terma dan syarat Menteri. 2. Men.  Kuasa menteri  Menyediakan kemahiran 2. Tempoh Pendidikan Sekolah Rendah (enam tahun) Pendidikan Sekolah rendah wajib Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah Boleh mengadakan Kelas Peralihan Bab 4.Bab 3. lain dan organisasi perindustrian dlm pend. sekolah khas. 3. 5.  Menteri boleh beri sumbangan bantuan kpd. Lain Bab 6. latihan  Menjalankan pengukuran atu penilaian atau mengendalikan peperiksaan  Penganugerahan sijil/dip 47 . Teknik di sek men. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dgn ijazah yg diberikan oleh universiti. Teknik & Politeknik 1. boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri Kerjasama dgn inst. Politek. Pend. Kuasa utk membuat peraturan berhubung dengan politeknik  Penubuhan lembaga atau badan untuk mengawasi dabn mengubahsuai kurikulum dan prog.Pendidikan Rendah 1. Penubuhan & Penyenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Sek. 4. 1. yang lain. Pend. Keb atau maktab atau inst.Pend. Pend.Institusi Pendidikan Lain  Menteri boleh menubuhkan & menyenggarakan inst. Spt maktab. 3. 2. 4. Menteri . Inst.

2.Pendidikan Guru 1. menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh & kur. latihan yang diluluskan oleh Menteri Bahagian IX: Pendaftaran Guru Bab 1 – Pendaftaran Guru 1. penyusunan. badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum Bab 8 – Pendidikan Khas 1. K. pend. 4.P boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kpd yg bukan guru berdaftar:  Memohon didaftarkan sbg guru dan permohonannya belum diputuskan lagi 48 . 2. 2. Khas di sek khas/mana-mana sek ren/men yang difikirkan sesuai & manfaat. 3. Disiplin murid  Penubuhan. Menteri hendaklah mengadakan pend. Semua maktab –didaftarkan Maktab – anugerah sijil dan apa-apa kelayakan lain Maktab hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian & prog. pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis.P boleh enggan daftarkan guru :  Umur < 18 tahun  Tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar  Membuat pernyataan palsu  Kecacatan jasmani/mental/penyakit  Telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah Bab 2 – Permit Mengajar 1. Bab 9.P ) mesti simpan suatu Daftar Guru Permohonan – borang & prosedur tetap. Tiada seorangpun boleh menubuhkan maktab pend.G ): Ketua Pendaftar ( K. 3.P K. guru melainkan dgn kelulusan Menteri. Larangan mengajar: tidak boleh mengajar tanpa didaftarkan Daftar Guru( D. 4.kpd K.khas  Mematuhi kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabahnya praktik. pengurusan.

Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996 memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menubuhkan dan menyenggara tadika. sukatan pelajaran. membatalkan suatu permit mengajar dgn memberikan notis bertulis Bahagian XIV 132. bahan. Seseorang yg diperlukan sebagai guru sementara 2.(c) bertindak sebagai guru di suatu institusi yang tidak berdaftar (didenda tidak melebihi lima ribu ringgit. Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa & ikut budi bicaranya. 134 Kesalahan dan penalti berhubung dengan nazir (a) (b) (c) menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah dalam menjalankan tugas. rekod. Pernyataan di atas dapat direalisasikan dengan cara (A) semua tadika akan diambilalih oleh kementerian 49 . Kesalahan dan penalti (1) …pernyataan palsu atau mengelirukan dalam promosi institusi pendidikan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atu dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. 133 Kesalahan dan penalti berhubunga dengan pendaftaran guru. Seksyen ini membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah. dokumen …. buku. …. Memberi maklumat palsu Didenda tiga puluh ribu ringgit atau penjara dua tahun dan keduaduanya. Enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu.

menubuhkan dan menyenggarakan tadika. (3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah. tertakluk kepada peruntukan akta ini. (2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing. dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini. Menteri boleh. 50 . FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.(B) (C) (D) semua tadika akan menggunakan sukatan pelajaran yang sama semua tadika akan mempunyai kemudahan infrastruktur dan sukatan pelajaran yang sama semua guru tadika akan menjalani kursus perguruan yang sama dengan menggunakan kurikulum yang sama FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada. Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan. FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH SEMUA TADIKA (1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. (a) (b) (c) (d) (e) Pendidikan prasekolah Pendidikan rendah Pendidikan menengah Pendidikan lepas menengah Pendidikan tinggi Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa. PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN TADIKA (1) (2) Tiada tadika boleh ditubuhkan. FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN.

apabila disabitkan. 2. memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian. ia itu. FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini. FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA Walau apa pun subseksyen 17 (1). 2. Apakah yang terkandung dalam fasa 20. bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib. Unit 7. Aktiviti 8: 1. Kebanyakkan taska di tempat kerja menerima bayi yang berusia dua bulan. Transisi dari rumah ke Taska Salah satu pilihan perkhidmatan penjagaan anak bagi ibu dan bapa yang bekerja ialah institusi taska. tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan. Institusi taska menawarkan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun. iaitu larangan terhadap penubuhan. bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia secara umum. didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya. setelah ibunya tamat tempoh cuti bersalin.Tadika / Prasekolah dan ke Tahun Satu.0: Transisi dari Rumah ke Taska. pengendalian atau pengurusan tadika? Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan? Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah. Ibu bapa menghantar anak ke taska sebelum pergi 51 . (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh.

(c) Rutin harian dapat dilaksanakan secara bertolak ansur. (iv) Perbezaan personaliti. (iii) Berbagai latarbelakang. kerusi sendiri. (f) Menu disediakan mengikut perancangan awal.ke pejabat dan akan menjemput anak semula selepas waktu bekerja. (d) Hidangan makanan disediakan ikut cita rasa dan pilihan sendiri. bapa. meja. 52 . (ii) Terdiri dari pelbagai peringkat umur sama ada sebaya atau lebih muda atau tua. (ii) Ibu bapa dapat menangani masalah kesihatan. persekitaran dan situasi di institusi taska pula adalah seperti berikut: (a) Kanak-kanak di taska: (i) Bilangannya ramai. Manakala. Di rumah: (a) Terdapat ahli keluarga seperti ibu. (d) Bilangan alat permainan terhad. (e) Rasa selamat kerana: (i) Ibu bapa sudah memahami kerenah tingkahlaku mereka. kakak dan adik sahaja. Persekitaran dan keadaan di rumah berbeza dari taska. (e) Aktiviti dilaksanakan mengikut jadual yang telah disediakan. Apakah cabaran dan dugaan yang dilalui oleh ibu bapa? Pernahkah anda terfikir tekanan yang dirasai oleh anak? Rumah merupakan tempat tinggal yang disediakan oleh ibu bapa. (c) Menggunakan kemudahan dan alat permainan yang sama. (iii) Mendapat belaian kasih sayang dengan sepenuhnya. (iv) Masa bermain dan aktiviti lain tanpa mengikut jadual yang ditetapkan. (ii) Peralatan seperti katil. Situasi menghantar dan menjemput anak berlaku setiap hari bekerja. (b) Rasa lebih selesa kerana mempunyai: (i) Ruang atau bilik sendiri. abang. (b) Terdapat hiasan yang menarik di luar dan di dalam bangunan. dan (iii) Bahan bacaan dan alat permainan seperti basikal kepunyaan sendiri.

(m) Mengamalkan bacaan doa yang dipelajari di taska ke rumah.(g) Bilangan pengasuh yang bekerja di taska: (i) Ramai (ii) Berbeza latarbelakang (iii) Berbeza pengalaman (iv) Kerap bertukar (h) Keperluan individu mendapat layanan minima. Daya ingin tahu dan mempelajari sesuatu yang baru ketika usia ini sungguh mengkagumkan. Kanak-kanak berada di taska sepanjang hari. (c) Menyesuaikan diri dengan rutin harian. (d) Mengenali orang dewasa dan pengasuh yang menjaganya. (i) Menerima hidangan makanan yang diberi (j) Mencuba makanan baru yang disediakan. Oleh itu. (k) Mudah dijangkiti penyakit. maka kanakkanak terpaksa melalui satu proses penyesuaian. (e) Memahami cara gaya bimbingan pengasuh. antara perkara yang perlu dilakukan dan difahami oleh kanak-kanak apabila berada di taska adalah: (a) Memahami ibu dan bapa akan datang mengambil selepas bekerja. (h) Bertolak ansur. (l) Mempelajari daya saing dan pertahankan diri tanpa bantuan dari ibu bapa. Mereka berada di taska pada siang hari dan ketika itu mereka sungguh aktif. Kanak-kanak Memandangkan persekitaran dan situasi di rumah dan di taska sangat berbeza. (f) Bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai perbezaan: (i) Latarbelakang sosio-ekonomi (ii) Umur (iii) Jantina (iv) Agama (v) Budaya (g) Berkongsi peralatan dan bahan pembelajaran. (n) Melakukan amalan dari rumah ke taska. bekerjasama dan menunggu giliran ketika menjalankan aktiviti. 53 . (o) Menerima bahawa perhatian dan tumpuan terhadap keperluan individu adalah minima. (b) Mematuhi peraturan yang diadakan di taska.

(iii) Permainan yang diminati. (ii) Pelukan. (iv) Tingkahlaku dan peribadi kanak-kanak. Kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan gembira apabila kedatangan mereka disambut dengan: (i) Senyuman. 54 . (c) Bersifat mesra dan pandai ambil hati. Kanak-kanak berdampingan bersama pengasuh sepanjang hari siang. (iii) Meningkatkan keyakinan mereka bahawa berada di dalam keadaan yang selamat. (ii) Makanan kegemaran. (iii) Bersemangat.Guru/Pengasuh Orang dewasa yang bertanggungjawab di taska dipanggil pengasuh. Pengasuh merupakan orang dewasa yang memainkan peranan ibu kepada kanak-kanak di taska. (vi) Bersopan santun. Di antara peranan pengasuh adalah seperti berikut: (a) Mendapatkan maklumat dari ibu bapa dan mengambil berat perkara yang diberikan. (ii) Mewujudkan suasana yang selesa semasa berada di taska. (ii) Ayat yang ringkas dan jelas. Pada peringkat permulaan perkenalan kanak-kanak perlu menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran dan keadaan yang baru. Pengasuh yang mesra dan pandai mengambil hati kanak-kanak dapat: (i) Memikat hati kanak-kanak dengan cepat. (b) Menyambut kedatangan kanak-kanak ke taska. Semasa bercakap dengan kanak-kanak pengasuh menggunakan: (i) Bahasa yang mudah. (v) Status kesihatan dan alahan jika ada. (iii) Suara yang jelas (tidak menjerit). (iv) Mesra. (iv) Intonasi yang dapat menarik perhatian. (v) Kata-kata yang menggalakkan. iaitu ketika mereka aktif. Pengasuh perlu mengetahui: (i) Latar belakang kanak-kanak seperti nama sebenar dan nama timangan. (d) Berkomunikasi dengan kanak-kanak secara efektif.

(ii) Menunjukkan hasil kerja kanak-kanak sebagai bahan bukti. Pengusaha institusi taska dapat menjayakan program untuk kanak-kanak ini dengan menggunakan pentadbiran dan pengurusan yang sistematik. • Menyediakan ruang peribadi bagi sesetiap kanak-kanak. Berikut adalah perkara yang diberi perhatian untuk mewujudkan kesinambungan yang selesa kepada kanak-kanak: • Menyediakan persekitaran yang banyak mempunyai persamaan seperti di rumah. Pengasuh berkongsi maklumat dengan: (i) Ibu bapa segala perubahan pada perkembangan anak mereka. Kanak-kanak perlukan masa untuk menerima dan menyesuaikan diri mereka kepada persekitaran yang baru. • Bercakap dengan penuh semangat mengenai apa yang terdapat di taska. 55 . Ibu bapa boleh membantu kanak-kanak dari aspek berikut: • Melawat ke taska baru. Ibu Bapa Ibu bapa perlu bantu kanak-kanak menangani situasi baru ketika masuk ke taska. pengasuh baru. • Bercakap mengenai rutin-rutin dan jadual baru yang akan dihadapi oleh kanak-kanak. rakan-rakan baru dan rutin dan jadual baru.(v) Nada yang baik ketika mendisiplin. (e) Maklumkan perkembangan anak. (iii) Menyerahkan laporan bertulis yang dicatat dari masa kesemasa. (iv) Membincang aktiviti yang dilaksanakan di taska dan boleh dilakukan bersama anak dirumah. • Berkonsepkan mesra kanak-kanak. • Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dari masa ke semasa. swasta dan persendirian. • Bercerita mengenai kawan baru. Institusi Institusi taska yang menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk kanak-kanak dikendalikan oleh berbagai agensi seperti pihak kerajaan. • Bercerita mengenai aktiviti-aktiviti yang menggembirakan yang dilakukan semasa di taska.

• Meluangkan masa bersama anak pada hari pertama. ibu bapa hendaklah menghantar mereka ke institusi tadika pula. • Menikmati makanan yang dihidangkan. DARI TASKA KE TADIKA Setelah kanak-kanak menyambut hari jadi yang ke empat. kasut di tempat yang disediakan. • Menikmati hidangan tengah hari dan minum petang bersama rakan-rakan. • Menyimpan alat peribadi seperti beg. 56 . • Berkongsi alat permainan. Kanak-kanak tadika dipanggil murid. Pengalaman yang diterima ketika berada di taska memudahkan proses penyesuaian. • Menggunakan gelaran guru bagi orang dewasa yang mendidik di tadika. • Terdapat pembantu guru yang membantu guru. Antara pengalaman yang dilalui dan boleh diaplikasikan ketika berada di tadika ialah: • Mematuhi pada rutin harian. Kanak-kanak ini sudah bersedia diberikan unsur pendidikan dalam pembelajaran mereka. • Tidur selepas makan tengah hari. Keadaan di taska: • Berada di taska selama ibu dan bapa bekerja iaitu dari pagi hingga petang. • Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru. • Mandi dan menukar pakaian. Di antaranya ialah. • Mengamalkan bacaan doa. Bagi mereka yang telah lama berada ditaska menunjukkan kesediaan untuk melalui perubahan. • Bertolak ansur dan bekerjasama. • Menggunakan jadual persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia. • Bergaul dengan rakan sebaya dari pelbagai latar belakang. Keadaan di tadika: • Aktiviti yang dijalankan mengguna Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kanak-Kanak / Murid Kanak-kanak sebenarnya tidak sabar untuk melangkah ke alam tadika. Terdapat sedikit perbezaan pengalaman dan rutin harian di taska dengan tadika. • Tempoh pengajian ialah sekurangnya 3 jam sehari.

Istilah murid digunakan untuk kanak-kanak yang menghadiri tadika. (iii) Nilai murni. Institusi Perkhidmatan yang disediakan oleh institusi tadika adalah untuk kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun. Berikut adalah beberapa perkara yang wajar dipertimbangkan untuk mewujudkan kesinambungan yang selesa kepada kanak-kanak: • Menyediakan persekitaran yang mempunyai persamaan seperti di taska. Guru tadika membimbing kanak-kanak sekurang-kurangnya 3 jam sahaja dalam satu hari. (iv) Laporan perkembangan fizikal dan kesihatan.Guru Orang dewasa yang membimbing dan mendidik kanak-kanak di tadika dipanggil guru. (iii) Potensi dan minat anak. (d) Mengamalkan: (i) Sifat mesra dan profesional. (ii) Latarbelakang keluarga. guru tadika perlu memberi perhatian kepada perkara berikut: (a) Mengetahui program dan kaedah pengajaran yang dijalankan di taska. (b) Mendapat beberapa maklumat dari ibu dan bapa seperti: (i) Status pencapaian dan perkembangan yang terkini. (c) Mendapatkan maklumat kanak-kanak dari pengasuh di taska: (i) Tingkah laku dan peribadi. swasta dan persendirian. (ii) Kesopanan dan berbudi bahasa. Pentadbiran tadika perlu beri perhatian pada pengalaman kanak-kanak yang telah menghadiri taska. bagi meneruskan pembelajaran yang bermakna berlaku. (ii) Pergaulan dengan rakan. 57 . (iv) Agama dan budaya keluarga. Oleh itu. Institusi tadika ini dikendalikan oleh berbagai pihak agensi seperti agensi kerajaan. (iii) Rekod kemajuan dan tindakan susulan. • Mempelbagaikan alat permainan yang lebih mencabar dan sesuai dengan peringkat umur. Kanakkanak taska telah banyak mendapat pengalaman dan pembelajaran ketika berada di taska.

• Bersedia memberi bimbingan pembelajaran kepada anak. emosi. Peranan guru prasekolah 58 . Oleh itu ibu bapa perlu memberi perhatian aspek seperti berikut: • Melawat ke tadika baru • Berkenalan dengan guru tadika. • Memaklumkan perkembangan dan kemajuan anak kepada guru. • Memahami kehendak dan keperluan anak mengikut umur. Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2: * Transisi rumah ke prasekolah * Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu) Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau prasekolah. • Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dari masa ke semasa.  Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa banyak masalah. guru-guru dan kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu. TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif.• Meneruskan konsep mesra kanak-kanak. Ibu Bapa Kesungguhan dan kesediaan anak yang telah mencecah umur 4 tahun mahukan pengalaman baru ke tadika. Tujuan program Transisi:   Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. • Menyediakan ruang peribadi bagi sesetiap kanak-kanak. kerohanian dan jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu.

Margosian. Understanding Child Development (6th ed.. Aktiviti 9: 1. kanak-kanak merasa suasana di prasekolah seperti di rumah mereka. O. J. c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan persekitaran yang baru di prasekolah. R.K.Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada kanak-kanak. 2..A. F. e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan yang berlaku di rumah mereka. R.H: Merill. d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai. b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan.M. Columbus. rehat dan bermain. NY: Thomson Delmar Learning 59 . Peranan pembantu prasekolah a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak berada di tempat yang asing.a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas. (1995).). Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah dan menggunakan pendapat anda jelaskan mengapakah program transisi perlu di adakan. & Olson.A (1976) Enhancement of growth and for young children. Ibu bapa akan merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah. Charlesworth.Dengan ini.pembimbing dan pengasuh kanak-kanak . d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah. NY: Allyn & Bacon. Introduction to early childhood education. J. b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik. 1. (2004). Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan program transisi dari rumah ke prasekolah RUJUKAN Bergstrom. Pub. Brewer.

(Pendidikan Prasekolah) 60 . David Whitebread. E.S.com/cs/preschools/a/readiness. Prentice Hall.Y. Kuala Lumpur.). Theories of development psychology. Child Development (6th Ed. J.gov.M. MDC Publishers Sdn Bhd. (2003) Teaching and learning in the early years.. NY: Thomson Delmar Learning Berk. K.Inc. E. A. An Introduction. Introduction to Early Childhood Education. Routledge-Falmer. N. (2003).H.Ed. W. & Malic. Beginnings Beyond:Foundations in Early Childhood Education. & Barbour. Pendidikan prasekolah. C. N.MA: Allyn & Bacon.htm http://www. Rohaty Mohd.about. http://childcare. G.NY: Thomson Delmar Learning. Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) Kurikulum pendidikan prasekolah Malaysia. (1989). Undang-undang Malaysia (2004) Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan.Essa. (2002). (1990) Early childhood education. Kuala Lumpur: Utusan & Distributors Sdn.my/survelans/Guidelines%202007/BUKU%20PANDUAN%20%20TASKA% 20PRASEKOLAH%202007. L.Taylor & Francis Group Pub. Chesla.pdf PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN PRASEKOLAH) NAMA HJ ZULKIPLY BIN YAAKOB KELAYAKAN Kelulusan: M. Yahya (1996). Petaling jaya: Fajar Bakti.B (2004). Early Childhood Education Teacher.Y : Thomson Delmar Learning Morrison. (2002). Colombus: Merill Publishing. L. PPK. Gordon. (1995). Majzub & abu Bakar Nordin. Rohaya Hj. Kaedah Montessori. & Williams. (6 th ed). Early childhood education today. Patricia H Miller (1996). E. 4th ed.dph. Freeman and Company N. Seefeldt.

com PN NORMASURA HJ JANI Pensyarah.my zulky54@gmail. 70400 Seremban.edu.Ed. zulkiplyyaakob@iptho.NAMA Pensyarah.Ed.(PBMP). Johor.75 Jalan Kluang 83000 Batu Pahat. mad46trs@yahoo. Negeri Sembilan. Prasekolah Pensyarah Prasekolah IPTHO (11 tahun) Pensyarah Prasekolah MPTAA (10 tahun) Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Guru Sekolah Rendah (7 tahun) EN. (Muzik) Sijil Guru Khas (Muzik) Sijil Guru (PPAK) Pengalaman: Jurulatih Utama Pend. Jalan Sigamat. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Km 7.(18 tahun) Guru Sekolah Menengah (4 tahun) Guru Sekolah Rendah (7 tahun) Kelulusan: M.com KELAYAKAN B. Jabatan Prasekolah. IPRM Pengalaman: Pensyarah Prasekolah IPGM. Hons. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu 75400 Durian Daun Melaka njippm@yahoo.UPM Sijil Perguruan Asas (PAKK).(Pendidikan Prasekolah) Bacelor Sastera (Bahasa Dan Linguistik Melayu) Sijil Guru (PPAK) Pengalaman: Pensyarah Prasekolah (15 tahun) Guru Sekolah Rendah (3 tahun) SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS 61 .my Kelulusan: B. MUHAMMAD BIN SULAIMAN Ketua Unit Pendidikan Prasekolah IPGM Kampus Raja Melewar.Ed.com.(20 tahun) Ketua Unit Pendidikan Prasekolah.

Penerangan ini boleh dinyatakan melalui pengurusan grafik (c) Terangkan kemudahan fizikal yang sepatutnya ada didalam bangunan taska serta nyatakan ciri-ciri keselamatan yang perlu ada. Anda perlulah memberi penjelasan kepada ahli PIBG di sekolah anda tentang perkara berikut : (a) Jelaskan maksud Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308) dengan memberikan penerangan yang tepat dan bersesuaian. kelayakan dan jumlah bilangan penjaga yang diperlukan mengikut kumpulan umur kanak-kanak. (b) Nyatakan syarat.Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah anda ingin menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk anak-anak kakitangan sekolah anda dengan menubuhkan sebuah taska. (d) cadangkan program aktiviti harian di taska (e) Berikan cadangan anda supaya perkhidmatan taska yang diberikan itu berkualiti dan dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak. Anda diminta membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti ini bagi menjamin keselamatan. hak dan keperluan kanak-kanak dengan sebaiknya. [100 markah] 62 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful