You are on page 1of 1

Laporan Barnes 1950 - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

http://ms.wikipedia.org/wiki/Laporan_Barnes_1950

Laporan Barnes 1950
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laporan Barnes 1950 penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan 1957. Laporan Barnes diketuai oleh L J Barnes. Tujuannya untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.

Cadangan
Cadangan laporan ini ialah : 1. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. 2. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar. 3. Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. 4. Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di Sekolah Melayu. 5. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. 6. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. [1]

Kontroversi
Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan terbentuklah Laporan Fenn-Wu 1951. Oleh itu Ordinan Pelajaran 1952 dikuatkuasakan selepas kajian terhadap Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951.

Rujukan
1. ↑ Sejarah Pendidikan Negara (http://webcache.googleusercontent.com /search?q=cache:3OuWsT_OHmEJ:gurusejarah.blogspot.com/+laporan+barnes+ptk&cd=1&hl=ms& ct=clnk&gl=my) Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laporan_Barnes_1950&oldid=1355128" Kategori: Pendidikan di Malaysia Malaya British Laman ini diubah buat kali terakhir pada 02:53, 17 Disember 2010. Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

1 of 1

26-Nov-11 7:29 AM