You are on page 1of 35

T o p ik

Sistem sistem Tubuh Manusia 1

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem kardiovaskular; 2. Mengenal pasti struktur dan fungsi jantung; 3. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem respiratori; 4. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem saraf; dan 5. Mengenal pasti tentang impuls dan bagaimana penjalarannya di dalam sistem tubuh.

X PENGENALAN
Sistem kardiovaskular adalah sistem yang terdiri daripada jantung dan salur darah. Sistem kardiovaskular berfungsi untuk mengangkut bahan makanan, perkumuhan dan sebagainya. Tiga komponen asas di dalam sistem ini adalah darah, jantung dan salur pembuluh darah. Ketiga-tiga komponen ini harus berfungsi agar sistem kardiovaskular dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Jika salah satu daripada komponen ini rosak, maka sistem ini akan gagal berfungsi.

2.1

SISTEM KARDIOVASKULAR

Sistem kardiovaskular mempunyai fungsi utama iaitu mengangkut oksigen daripada paru-paru dan bahan nutrien yang diserap ke tisu-tisu. Sekarang kita lihat apa yang terdapat di dalam sistem kardiovaskular ini.

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 37

2.1.1

Komposisi Darah, Plasma dan Fungsinya

Darah boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian-bahagian tersebut dikenali sebagai plasma dan sel darah. (a) Plasma Ia merupakan bahagian cecair darah. 55% daripada isi padu darah adalah terdiri daripada plasma. Terdapat beberapa komponen di dalam plasma iaitu: Air - 91.0% Protein - 8.0% Garam galian - 0.9% Lain-lain - 0.1% Lain-lain komponen ini adalah: Zat makanan - Asid amino, vitamin, glukos dan lemak Gas - Oksigen, karbon dioksida Bahan-bahan lain - Urea, hormon , enzim dan antibodi Plasma bertindak sebagai pengantara untuk menyalurkan makanan, lemak, glukosa, mineral dan asid amino ke tisu badan. Selain daripada itu, plasma juga sebagai pembawa bahan buang seperti urea, asid urik dan beberapa karbon dioksida. Selain daripada itu, terdapat pelbagai protein di dalam plasma darah. Antara protein-protein tersebut adalah seperti di dalam Jadual 2.1 di bawah.
Jadual 2.1: Protein di dalam Plasma Darah Protein Albumin Fungsi Menyesuaikan tekanan osmosis darah. Menyediakan protein untuk tisu. Membawa zat khusus dalam kombinasi dengan albumin. Globulin Fibrinogen Heparin Protrombin Penghasilan antibodi dan terhadap pelbagai penyakit. Pembekuan darah. Mencegah pembekuan darah. Pembekuan darah. proses pelalian

38 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

(b)

Sel Darah Terdapat tiga jenis darah di dalam sistem badan manusia: (i) Sel darah merah (Eritrosit) x x x x x Berbentuk piring dwicekung; Terbentuk daripada selaput sel yang mengandungi hemoglobin; Hemoglobin mengandungi protein globin dan zat besi (hematin); Sel darah merah boleh hidup antara 90 hingga 100 hari; Sel-sel darah merah yang tua akan musnah di dalam limpa di mana zat besi daripada proses ini disimpan untuk pembentukan sel-sel yang baru; dan Sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen yang telah bergabung dengan hemoglobin.

Rajah 2.1: Sel darah merah Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

(ii)

Sel darah putih (Lukosit) x x x x x x Sel darah putih tidak berwarna dan mempunyai rupa yang jernih; Ianya adalah lebih besar daripada sel darah merah, namun mempunyai bilangan yang kecil; Sel darah putih terbahagi kepada dua iaitu sel darah putih nukleus aneka bentuk dan sel darah putih limfosit; 75% daripada sel darah putih terdiri daripada nukleus aneka bentuk; Sel-sel ini boleh didapati di dalam tulang leper dan di hujung tulang panjang di mana sel darah merah terhasil; Limfosit pula adalah 25% daripada jumlah sel darah putih;

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 39

x x

Limfosit dihasilkan di tisu limfatika di seluruh tubuh; dan Limfosit berfungsi untuk menahan dan memelihara badan daripada serangan kuman penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi.

Rajah 2.2: Sel darah putih Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

(iii) Sel pembeku (Platlet) x x x x x x Saiz sel ini hanya daripada saiz sel darah merah; Ianya berbentuk cebisan-cebisan sel; Bentuk sel ini tidak menentu dan tidak mempunyai nukleus; Sel pembeku berfungsi untuk membekukan darah di mana ia akan mengeluarkan trombokinas untuk membekukan darah; Pembekuan darah boleh dipercepatkan dan diperlambatkan; Proses pembekuan darah boleh dipercepatkan jika a) terdapat haba yang lebih tinggi daripada suhu badan dan b) sentuhan dengan bahan kasar seperti sel epitelium pembuluh darah yang rosak; dan Pembekuan darah diperlambatkan jika a) kesejukan, b) darah disimpan dalam tabung berlapis lilin dan c) kalium sitrat atau natrium sitrat ditambahkan ke dalam darah.

40 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

Darah mempunyai tugasnya yang tertentu. Antara tugas dan fungsi darah adalah: x x x x x x x x Mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh; Membawa dan memindah bahan kumuh keluar dari tisu tubuh; Mengangkut enzim dan hormon tubuh dari satu bahagian badan kebahagian yang lain; Bertindak melindungi tubuh daripada serangan kuman penyakit darah putih dan penghasilan antibodi; sel

Darah dapat dibekukan dan luka dapat disembuhkan melalui sel pembeku dan fibrinogen; Mengawal suhu badan melalui pengaliran darah; Menjadikan warna kulit tubuh normal. Hempedu, najis dan air kencing diwarnakan melalui pemecahan sel darah merah; dan Mengangkut oksigen ke sel atau tisu dan menyingkirkan sebahagian karbon dioksida daripada sel atau tisu.

2.1.2

Struktur Jantung dan Fungsinya

Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai sebuah pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh. Kedudukan jantung adalah di tengah-tengah bahagian dada di antara dua paruparu. Bahagian pinggir bawahnya terletak di permukaan atas otot diafragma. Jantung biasanya bersaiz genggam penumbuk bagi orang dewasa. Darah berjumlah antara tiga hingga enam liter boleh dimuatkan di dalam jantung pada satu masa. Jantung dibahagi dua oleh septum. Oleh itu, bahagian kanan dan bahagian kiri jantung tidak berhubung secara langsung. Manakala di setiap belah jantung terdapat dua ruang. Ruang sebelah atas dikenali sebagai serambi jantung (atrium kanan dan kiri) dan bertugas menerima darah. Ruang sebelah bawah pula adalah bilik jantung (ventrikel kanan dan kiri) di mana tugasnya adalah menghantar keluar darah daripada jantung. Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ketiga bayi masih dalam peringkat fetus, iaitu ketika organ-organ lain baru mula membentuk. Ia terus-menerus berdenyut tanpa henti sejak janin di dalam kandungan ibu sehinggalah seseorang itu mati. Selama mana pun ia berdenyut, jantung juga masih mempunyai waktu rehat. Ia rehat pada waktu di antara dua denyutan. Ventrikel kiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke tubuh.

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 41

Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung boleh meningkat mahupun menurun bergantung pada aktiviti seseorang. Kadar denyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat dan menurun sewaktu rehat atau tidur. Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil (kapilari) tidak aktif. Ini bermakna jantung tidak perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan denyutan jantung akan menurun. Jantung mendapat bekalan makanannya dari darah, tetapi bukan darah yang melalui empat ruangannya; sebaliknya, dari darah arteri koronari iaitu satu cabang salur darah (kanan dan kiri) aorta. Sekiranya anda mengetahui tekanan darah anda 120/70 mmHg, sebenarnya tekanan ini dihasilkan oleh jantung sewaktu berdenyut. Angka 120 menggambarkan tekanan (dalam mmHg) sewaktu jantung mengepam (tekanan sistolik), manakala 70 mmHg menggambarkan tekanan sewaktu jantung rehat (tekanan diastolik). Angka bawah lebih penting daripada angka atas kerana semakin tinggi angka ini semakin sedikitlah waktu rehatnya. Juga semakin tinggi angka ini, semakin banyak kerja atau beban yang harus dipikul oleh jantung untuk memastikan bekalan darah sampai ke seluruh tubuh. Semakin tua seseorang itu, semakin tinggi tekanan darahnya kerana salur-salur darahnya menjadi semakin keras.

Rajah 2.3: Struktur jantung Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

42 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

Jantung mempunyai beberapa lapisan. Lapisan-lapisan yang ada pada jantung: (a) Selaput Jantung (Perikardium) (i) (ii) Meliputi jantung dan terbahagi dua; Pertama, lapisan berserat di bahagian luar (lapisan parietal); dan

(iii) Kedua, lapisan viseral iaitu lapisan serosa yang terdiri daripada dua lapisan selaput. Selaput ini berfungsi mengeluarkan bendalir jernih yang menghalang geseran apabila jantung berdenyut. (b) Otot Jantung (Miokardium) (i) (ii) Dibina daripada otot bebas; dan Keadaannya tebal di bilik kiri, kurang tebal di bilik kanan dan nipis di serambi jantung.

(c)

Selaput Jantung (Endokardium) (i) (ii) Terbina daripada tisu epitelium skuamosa; dan Lapisan ini berbentuk leper dan licin kerana ia merupakan lanjutan daripada lapisan dalam saluran darah.

Rajah 2.4: Lapisan jantung dan perikardium Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

Fungsi-fungsi jantung adalah: x x Menjana dan mengekalkan tekanan darah. Denyutan jantung akan menjana tekanan darah dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh tubuh; Mengarah peredaran darah. Peredaran darah dapat dilakukan ke beberapa tempat berdasarkan ruangan di dalam jantung; dan

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 43

Membawa bekalan darah ke tisu. Kadar denyutan jantung yang berbeza akan membuatkan jumlah darah yang dialirkan berbeza. Contohnya semasa bersukan dan semasa keadaan rehat. Semasa bersukan, lebih banyak darah dialirkan berbanding dengan keadaan berehat.

AKTIVITI 2.1
Dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem kardiovaskular dengan melayari internet dan bincangkan bersama rakan atau tutor anda.

2.1.3

Peredaran Darah

Peredaran darah adalah penting di dalam tubuh manusia. Jantung merupakan organ yang utama dalam proses pengedaran darah. Jadual 2.2 menunjukan jenis-jenis peredaran darah.
Jadual 2.2: Jenis-jenis Peredaran Darah Peredaran Sistemik x x x x x Darah keluar dari ventrikel kiri jantung melalui aorta. Aorta menjadi cabang kecil dipanggil arteri untuk menghantar darah ke pelbagai bahagian tubuh. Dinding arteri berotot untuk mengawal aliran darah. Kapilari pula akan akan bergabung dan membentuk venul. Venul pula akan bergabung semula dan menjadi vena yang berfungsi untuk menghantar semula darah ke jantung. Vena akan bergabung dan menjadi sepasang vena iaitu vena kava inferior dan vena kava superior. Vena kava inferior mengumpulkan darah dari anggota distal bawah badan. Vena kava superior pula mengumpulkan darah dari anggota distal atas badan. Kedua-dua pembuluh darah ini akan menghantar isinya ke dalam atrium jantung kanan.

x x x x

44 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

Peredaran Pulmonari

x x x x

Darah akan masuk ke dalam ventrikel kanan melalui vena. Ventrikel kanan ini akan mengecut dan mengepam darah ke arteri pulmonari. Darah dihantar ke paru-paru kanan dan kiri melalui arteri yang bercabang dua. Semasa di dalam paru-paru, arteri akan berpecah menjadi arterial dan akhirnya akan menjadi kapilari pulmonari. Kapilari pulmonari akan membawa oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Darah akan dikembalikan kepada jantung apabila kapilari pulmonari bergabung menjadi vena. Terdapat empat vena pulmonari yang bertugas mengembalikan darah ke jantung dan darah tersebut dimasukkan ke atrium kiri. Darah tersebut akan dimasukkan pula ke ventrikel kiri di mana ia akan mengecut dan mengepam darah ini ke aorta untuk memulakan semula peredaran sistemik. Vena portal bertanggungjawab untuk mengumpulkan darah dari usus, perut, pankreas dan limpa. Vena portal akan terbahagi apabila berada di dalam hati. Ianya membelah masuk ke dalam sistem kapilari. Sistem kapilari akan bergabung dengan kapilari arteri hepatik yang akan menghantar darah dari aorta ke hati. Vena heparik pula akan menghantar darahnya ke vena kava inferior dan kemudian ke jantung.

x x x

Peredaran Portal

x x x

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 45

Rajah 2.5 menunjukkan lebih jelas sistem peredaran darah sistemik dan sistem peredaran darah pulmonari.

Rajah 2.5: Sistem peredaran darah sistematik dan sistem peredaran darah pulmonari

46 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

Rajah 2.6 pula menunjukan keratan rentas jantung yang menunjukkan ruangruang dan pembuluh darah besar.

Rajah 2.6: Ruang-ruang jantung dan pembuluh darah besar Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

Dalam proses peredaran darah, terdapat banyak pembuluh darah yang terlibat. Pembuluh darah merupakan medium untuk mengepam darah jantung keluar ke tisu dan mengalirkan kembali darah ke jantung. Mari kita lihat apakah pembuluh-pembuluh darah yang terlibat dan tugasnya secara ringkas dalam tubuh kita. (a) Arteri Darah yang bertekanan tinggi akan dialirkan oleh arteri, selalunya darah bertekanan tinggi ini adalah dari ventrikal. Sehubungan dengan itu, arteri harus mempunyai dinding yang tebal untuk menampung tekanan darah yang tinggi itu. Arteri mempunyai tiga lapisan iaitu seperti yang telah diringkaskan dalam Jadual 2.3.

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 47

Jadual 2.3: Lapisan-lapisan Arteri Arteri Elastik (kenyal) x x x Dinding arteri terbesar, seperti aorta dan trunkus pulmonari. Banyak tisu perantara kenyal. Tisu perantara kenyal akan mengembang apabila menerima isi padu darah yang tiba-tiba tertolak dengan setiap denyutan jantung. Terdiri daripada otot licin. Bercabang ke kawasan tertentu pada tubuh badan. Merupakan arteri yang terkecil. Mempunyai garis pusat 0.5mm atau kurang. Otot licin dalam arteriol membolehkan keadaan pengecutan (vasokonstriksi) dan peregangan (vasodilatasi) pilihan berlaku. Pengecutan dan peregangan terjadi untuk membolehkan darah dihantar ke satu organ dan dibawa dari satu organ yang lain.

Arteri Berotot

x x

Arteriol

x x x

(b)

Kapilari Kapilari merupakan pembuluh-pembuluh darah kecil yang tidak terkira. Ianya adalah cabang daripada arteriol. Kapilari dikenali sebagai pembuluh darah yang paling kecil. Ukuran garis pusatnya hanya besar sedikit sahaja daripada saiz sel darah merah. Lapisan dinding kapilari terbentuk daripada lapisan endotelium. Oleh sebab itu, lapisan dinding kapilari adalah yang paling nipis. Di sinilah bahan-bahan antara darah dan cecair tubuh ditukar. Ketebalan dinding kapilari adalah berdasarkan kepada saiz garis pusatnya. Semakin kecil saiz garis pusat, semakin nipis dinding kapilari. Ada dua hujung pada kapilari. Satu hujung adalah hujung arteri yang bertemu dengan arteriol. Manakala satu hujung lagi adalah hujung vena yang bertemu dengan venul.

48 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

(c)

Venul Cabang-cabang kapilari akan bercantum di penghujung tisu dan membentuk vena kecil yang dikenali sebagai venul. Saiz venul adalah lebih besar daripada kapilari. Venul mempunyai satu lapis tisu perantara dan beberapa sel otot licin. Otot licin ini berkedudukan mengelilingi endotelium. Vena Vena adalah gabungan daripada vena-vena kecil. Gabungan vena ini akan membentuk satu tiub yang semakin membesar dan dikenali sebagai vena kecil, vena sedang dan vena besar. Vena-vena ini bertugas untuk membawa darah vena dari tisu ke atrium jantung. Semakin besar saiz vena maka akan bertambah juga ketebalan dindingnya. Namun begitu dinding vena tidak setebal dinding arteri kerana vena mempunyai kurang tisu kenyal dan otot licin. Vena terbahagi kepada tiga jenis seperti dalam Jadual 2.4.
Jadual 2.4: Jenis-jenis Vena Vena Profondus x x Terletak di dalam otot atau di antara otot, dan kebiasaannya mengiringi arteri. Berfungsi untuk menolak darah di dalamnya ke jantung. Darah akan tertolak ke jantung, apabila berlaku kontraksi otot yang menekan vena profondus. Dikenali sebagai vena komitans di bahagian distal anggota kerana di sini kedudukan vena adalah berpasangan. Terdapat di bawah kulit. Berfungsi untuk mengalirkan darah dari kulit dan tisu subkutaneus. Mempunyai taoak laluan dan cork yang berbeza, oleh itu nama vena superfisial hanya diberi kepada vena utama dan yang tetap. Mempunyai injap yang bertugas untuk mengarahkan aliran darah ke jantung.

(c)

Vena Superfisial

x x x

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 49

Vena Penghubung

x x x

Menghubungkan superfisial

vena

profundus

dengan

vena

Injap pada vena penghubung mengarahkan aliran darah dari vena superfisial ke vena profundus Banyak terdapat di bahagian distal anggota bawah.

AKTIVITI 2.2
1. Kaitkan kecergasan jantung dengan keupayaan sistem kardiovaskular dalam perlakuan aktiviti fizikal sepanjang menjalani latihan fizikal berintensiti tinggi. Bincangkan. 2. Apakah pengaruh kadar denyutan jantung dan isi padu strok terhadap keluaran jantung? 3. Dalam kumpulan bertiga, anda dikehendaki mengenal pasti bahagian utama sistem kardiovaskular dan kaitkan dengan sistem pernafasan.

2.2

SISTEM RESPIRATORI

Untuk menjalankan aktiviti, setiap sel memerlukan oksigen. Hasil akhir daripada aktiviti sel adalah karbon dioksida. Sebelum ini, kita telah belajar mengenai sistem kardiovaskular. Untuk pengetahuan anda, dua sistem yang terlibat dalam proses mengangkut oksigen dan proses mengeluarkan karbon dioksida adalah sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan.

2.2.1

Jenis-jenis Respiratori

Dalam fisiologi pernafasan, terdapat dua jenis pernafasan. Jenis pertama adalah pernafasan melalui paru-paru atau pernafasan eksternal. Jenis yang kedua pula adalah pernafasan tisu atau pernafasan internal (lihat Rajah 2.7).

50 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

Rajah 2.7: Pernafasan eksternal dan internal Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(a)

Pernafasan Eksternal Pertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah berlaku di paru-paru. Semasa bernafas, oksigen akan disalurkan melalui hidung dan mulut. Oksigen ini akan melalui trakea dan tiub bronkial ke alveoli. Proses ini mempunyai kaitan rapat dengan darah dalam kapilari pulmonari. Membran alveolar-kapilari merupakan satu-satunya lapisan yang memisahkan oksigen dari darah. Bagaimanakah membran ini memisahkan oksigen dari darah? Oksigen akan menembusi membran ini dan hemoglobin sel darah merah akan membawa oksigen tersebut ke jantung. Kemudian, darah akan dipam ke seluruh tubuh melalui arteri. Pada keadaan ini, darah yang keluar dari paru-paru mempunyai tekanan oksigen 100mmHg. Pada ketika ini juga, bacaan hemoglobin adalah 95% tepu oksigen.

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 51

Karbon dioksida yang terhasil akan menembusi aveolar-kapilari dari kapilari darah, kemudian melalui tiub bronkial dan trakea seterusnya dihembus keluar melalui hidung dan mulut. Pernafasan eksternal mempunyai empat proses. Proses-proses tersebut adalah: (i) (ii) Ventilasi pulmonari udara luar; menggantikan udara dalam alveoli dengan

Aliran darah melalui paru-paru;

(iii) Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian sehingga jumlah tepat dari setiapnya dapat sampai ke semua bahagian tubuh; dan (iv) Penggabungan gas yang menembusi membran pemisah alveolar kapilari. Karbon dioksida lebih mudah bergabung dengan darah berbanding oksigen. Semasa melakukan aktiviti senaman, darah yang datang ke paru-paru mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Justeru itu, karbon dioksida itu tidak dapat dikumuhkan, maka pengecutan dalam arteri darah bertambah. Hal ini akan merangsang pusat pernafasan dalam otak untuk mempercepat dan memperdalamkan pernafasan. Dengan ini, karbon dioksida dapat dikumuh dan paru-paru dapat mengambil oksigen dengan lebih banyak. (b) Pernafasan Internal Pernafasan internal berlaku pada semua tisu tubuh. Darah yang sampai di kapilari bergerak dengan lambat. Darah tersebut juga hemoglobinnya tepu dengan oksigen. Pengoksigenan akan berlaku apabila sel tisu mengambil oksigen dari hemoglobin dan hasilnya adalah karbon dioksida.

2.2.2

Komponen dan Fungsinya Sistem Respiratori

Sistem pernafasan terjadi dengan adanya organ-organ tertentu. Organ-organ yang terlibat di dalam sistem pernafasan adalah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru.

52 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

Rajah 2.8: Organ-organ yang terlibat dalam sistem pernafasan Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rajah 2.9: Larinks, trakea dan bronkus Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 53

Rajah 2.10: Rangka larinks Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

Jadual 2.5 menerangkan secara terperinci setiap organ dan fungsinya dalam sistem pernafasan. Rajah 2.9 dan 2.10 menunjukkan dengan lebih jelas larinks yang juga memainkan peranan dalam sistem pernafasan.
Jadual 2.5: Organ-organ dalam Sistem Pernafasan dan Fungsinya

Organ
Hidung x Bahagian hidung boleh terbahagi kepada dua iaitu bahagian internal dan bahagian eksternal. Bahagian eksternal terletak pada permukaan muka. Ia terbentuk daripada tulang dan rawan yang berbentuk rangka penyokong. Rangka hidung ini dilitupi oleh kulit di bahagian luar dan membran mukus di lapisan dalamnya. x

Fungsi
Bulu hidung menapis debu dan mikroorganisma dari udara yang masuk. Lapisan mukus pula memerangkap debu dan mikroorganisma. Membran mukus menerima bekalan darah yang banyak dan berfungsi untuk mengawal udara yang masuk menjadi hampir sama dengan suhu badan dan melembapkannya.

54 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

Lubang hidung atau nares eksternal adalah dua bukaan yang terdapat di bawah hidung eksternal. Bahagian internal pula terletak di atas mulut dan di antara dua kaviti orbit. Septum hidung membahagi hidung kepada bahagian kanan dan kiri. Membran mukus yang melapisi kaviti hidung dipenuhi dengan pembuluh darah. Dikenali juga sebagai tekak. Mempunyai kira-kira 12 hingga 13 cm panjang tiub berotot. Merupakan satu salur yang bermula dari dasar tengkorak dan tamat di belakang peti suara di aras vertebra leher keenam. Bahagian paling atas farinks dikenali sebagai nasofarinks. Bahagian tengah pula dikenali sebagai orofarinks dan bahagian paling bawah dikenali sebagai laringofarinks. Juga dikenali sebagai peti suara. Merupakan laluan pendek yang menghubungkan laringofarinks dengan trakea. Terdapat beberapa tulang rawan di larinks. Tiga daripada tulang rawan ini tidak berpasangan dan tiga lagi berpasangan. Rawan yang berpasangan adalah aritenoid, kornikulat dan kuneiform. Manakala rawan yang tidak berpasangan adalah tiroid, epiglotis dan krikoid.

Untuk membau kerana terdapat reseptor bau di bahagian atas hidung. Membantu menghasilkan bunyi dengungan (fonasi).

x x

Farinks

x x x

Menyediakan laluan bagi keluar masuk udara dan juga makanan dan minuman. Menyediakan ruang dengungan (resonasi) untuk bunyi percakapan. Memberi perlindungan daripada mikroorganisma yang masuk bersama udara, makanan dan minuman.

x x

Larinks

x x

x x x

Penghasilan suara. Laluan udara. Menghalang kemasukan bahan asing ke trek pernafasan bawah melalui lipatan-lipatan epiglotis dan vokal.

x x x x

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 55

Trakea

x x x x

Merupakan satu salur berukuran 12cm panjang. Terbentuk daripada rawan-rawan yang berbentuk C. Permukaan belakang salur dilapisi dengan selaput. Otot bebas terdapat di ruang antara rawan-rawan. Trakea akan bercabang dan membentuk bronkus kiri dan kanan. Dilapisi oleh tisu epitelium. Bronkus kanan lebih pendek dan lebar daripada bronkus kiri. Bronkus kiri lebih panjang dan nipis. Terdapat banyak pencabangan pada bronkus dan membentuk seperti batang pokok dan sering dirujuk sebagai pepokok bronkus. Berbentuk kon dan berpasangan. Jantung dan struktur lain memisahkan paru-paru dari pasangannya. Paru-paru kiri mempunyai dua lobus, manakala paru-paru kanan tiga lobus. Dikelilingi oleh dua membran serosa yang dipanggil sebagai pleura.

Menyediakan tempat laluan bagi udara yang masuk dan keluar.

Bronkus

x x x x x

Menyediakan tempat laluan bagi pengagihan keluar dan masuk udara.

Paruparu

x x

Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

SEMAK KENDIRI 2.1


1. Nyatakan fungsi sistem pernafasan. 2. Namakan struktur yang membentuk sistem pernafasan dan huraikan struktur tersebut dengan ringkas.

56 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

2.2.3
(a)

Mekanisme dan Kawalan Pernafasan

Mekanisme Pernafasan Mekanisme pernafasan melibatkan dua proses fizikal, iaitu tarikan nafas (inspirasi) dan hembusan nafas (ekspirasi). Mekanisme pernafasan melibatkan otot-otot interkosta (luar dan dalam) dan otot diafragma. Perubahan yang berlaku semasa mekanisme tarikan dan hembusan nafas ditunjukkan dalam Jadual 2.6.
Jadual 2.6: Perubahan yang Berlaku Semasa Mekanisme Tarikan dan Hembusan Tarikan Nafas (inspirasi) Hembusan Nafas (ekspirasi) Otot interkosta luar mengendur. Otot interkosta dalam mengecut. Sangkar rusuk tertarik ke bawah dan ke dalam. Otot diafragma mengendur. Diafragma melengkung ke atas seperti bentuk kubah. Pergerakan otot-otot di atas menyebabkan isi padu rongga toraks berkurang dan tekanan udara di dalamnya bertambah.

Otot interkosta luar mengecut. Otot interkosta dalam mengendur. Sangkar rusuk tertarik ke atas dan ke luar. Otot diafragma mengecut. Diafragma menjadi kurang melengkung. Pergerakan otot-otot di atas menyebabkan isi padu rongga toraks bertambah dan tekanan udara di dalamnya berkurang. Akibatnya udara dari luar masuk ke dalam peparu.

Akibatnya udara dari peparu ditolak ke luar.

Apabila kita menarik nafas, otot diafragma akan menguncup sekaligus menjadikan ruang toraks lebih luas. Pada masa ini, juga paru-paru akan mengembung dan menjadikan tekanan udara dalam paru-paru berkurangan. Akibat daripada tindakan itu, udara akan disedut masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru. Semasa menghembus nafas, ruang dada menjadi lebih kecil. Ini berlaku kerana otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk ditarik ke bawah oleh otot interkosta dalam. Tekan udara menjadi lebih tinggi di dalam paruparu dan ini menyebabkan udara berasak keluar dari paru-paru.

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 57

Terdapat beberapa gerakan pernafasan yang dianggap istimewa kerana ia berbeza daripada gerakan pernafasan biasa. Ia berlaku pada keadaan berikut: (i) Mengeluh dan menguap Gerakan menarik nafas yang panjang. (ii) Batuk dan bersin Gerakan menghembus nafas yang terpaksa. (iii) Tersedu Gerakan menarik nafas dengan mengejut kerana sentakan otot diafragma. Bunyi tersedu terjadi kerana udara dihirup dengan segera melalui pita suara. (b) Kawalan Pernafasan Dalam sehari kita menarik dan menghembus nafas tanpa henti. Pada setiap satu minit, orang dewasa melakukan gerakan pernafasan sebanyak 16 hingga 18 kali. Ada dua faktor yang mengawal pernafasan iaitu kawalan saraf dan kawalan kimia. (i) Kawalan Saraf Sistem saraf mengawal gerakan pernafasan menjadikannya gerakan otomatik. Namun begitu manusia boleh mengawal gerakan pernafasan dengan kuasa kawalan pada jangka masa yang pendek sahaja. Pusat kawalan pernafasan yang terletak di medula oblongata bertanggungjawab menjadikan gerakan pernafasan menjadi gerakan otomatik. Di pusat inilah utusan saraf mengalir melalui gentiangentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma dan ke lain-lain otot pernafasan. Kawalan Kimia Kepekaan pusat kawalan pernafasan terhadap kehadiran karbon dioksida dalam darah adalah sangat tinggi. Pusat kawalan pernafasan akan terangsang apabila penghasilan karbon dioksida bertambah. Ini akan menyebabkan pengaliran utusan pernafasan ke otot-otot pernafasan untuk mempercepatkan dan memanjangkan gerakan pernafasan untuk menyingkirkan karbon dioksida. Secara amnya boleh dikatakan bahawa pusat kawalan pernafasan mengawal atur jumlah karbon dioksida di dalam darah serta menentukan bilangan dan panjangnya sesuatu pernafasan.

(ii)

2.3

SISTEM SARAF

Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf. Tiga fungsi utama sistem saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi dan motor. Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar. Integrasi pula bertindak untuk mentafsir perubahan dan

58 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

motor memberi respon kepada tafsiran di dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan kelenjar.

2.3.1

Struktur dan Fungsi Sistem Saraf

Menurut segi anatomi, sistem saraf dibahagi kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama dikenali sebagai sistem saraf pusat dan kedua adalah sistem saraf periferi. Organisasi sistem saraf sangat kompleks. Namun begitu, organisasi sistem saraf yang kompleks ini hanya mempunyai dua jenis sel iaitu neuron dan neuroglia. Neuron terbahagi kepada tiga bahagian: badan sel, dendrit dan akson. Badan sel mengandungi nukleus dan neukloleus yang dikelilingi oleh sitoplasma. Badan sel berfungsi melakukan proses sintesis bahan-bahan yang diperlukan oleh sel saraf. Dendrit terbina daripada sitoplasma badan sel yang memanjang dan kelihatan bercabang-cabang. Dendrit bertugas untuk menghantar impuls ke badan sel. Akson adalah satu cuaran yang panjang, nipis dan mengkhusus. Akson bertindak sebagai pembawa impuls dari badan sel ke neuron atau tisu lain. Akson mempunyai panjang yang berbeza mengikut tempat ia berada. Akson boleh sepanjang 1mm di otak hingga ke 1m atau lebih di antara korda spina ke jari kaki. Terdapat akson yang diseliputi oleh mielin. Sarung mielin berfungsi adalah untuk meningkatkan kelajuan perjalanan impuls. Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmiter terhasil di hujung saraf apabila neuron menerima rangsangan fizikal atau kimia. Reseptor akan menerima neurotransmiter yang menyebabkan berlaku perubahan elektrik dan mencetuskan potensial aksi.

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 59

Rajah 2.11: Struktur satu neuron. Anak panah menunjukkan arah penjalaran impuls Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sistem saraf ini terbahagi dua iaitu (lihat Rajah 2.12). (a) Sistem Saraf Pusat Merupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan seluruh sistem ini terdiri daripada otak dan korda spina. Sistem saraf pusat menerima semua kederiaan tubuh melalui reseptor. Apabila sistem saraf pusat menerima maklumat kederiaan, ia akan ditafsir untuk menentukan tindakan yang perlu diambil. Rangsangan otot untuk berkontraksi dan rangsangan kelenjar untuk merembes juga dilakukan oleh sistem saraf pusat. Sistem Saraf Periferi Merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina dengan reseptor, otot dan kelenjar. Ia boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sistem aferen dan sistem eferen. Di dalam sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi untuk membawa maklumat dari reseptor di periferi tubuh ke sistem saraf pusat. Manakala sistem eferen pula mempunyai sel saraf yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar.

(b)

60 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian, iaitu sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyai neuron eferen yang bertugas membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot rangka. Sistem saraf somatik dianggap sebagai bersifat voluntari dan boleh dikawal. Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan kelenjar. Sistem saraf autonomik dianggap tidak voluntari dan di luar kawal. Kemudian, sistem saraf autonomik pula terbahagi kepada dua, iaitu sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.

Rajah 2.12: Fungsi saraf pusat dan saraf periferi Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2.3.2

Organisasi Sistem Saraf

Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan saraf. (a) Otak Otak merupakan satu organ yang paling penting di dalam tubuh manusia. Otak dianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5kg bagi orang dewasa. Otak terletak di dalam rongga kranium dan merupakan sebahagian sistem saraf pusat. Tisu saraf yang berada di otak adalah lembut, berwarna kelabu dan putih dan berada di dalam tengkorak.

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 61

Rajah 2.13: Bahagian-bahagian otak Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu batang otak (medula oblongata, pons dan otak tengah), diensefalon (talamus dan hipotalamus), serebrum dan serebelum. (i) Batang Otak Dipanggil sebagai batang otak kerana bentuknya seperti batang. Batang otak terletak di bahagian bawah kranium. Jadual 2.7 berikut menghuraikan komponen-komponen dalam batang otak.

62 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

Jadual 2.7: Komponen-komponen dalam Batang Otak Medula Oblongata x x x x Berhubung dengan korda spina. Mempunyai panjang kira-kira 3cm dan dipisahkan dari pons oleh alur horizontal. Terbina daripada jirim putih dan pembentukan jaringan jirim kelabu dan putih. Pada bahagian posterior bawahnya terdapat dua nukleus di setiap sisi yang dikenali sebagai nukleus grasilis dan kuneatus. Terletak di atas medula. Pons mengandungi jirim putih dan nukleus. Nukleus saraf kranial ke 5 hingga ke 8 dan nukleus pernafasan berada di pons. Terletak di atas pons dan di bawah diensefalon. Dua unjuran iaitu pedunkel dan terdapat di permukaan ventralnya. serebrum

Pons

x x x

Otak Tengah

x x x x

Unjuran ini berhubung dengan serebrum selepas lencongan ke anterolateral. Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan dua di bawah terletak pada permukaan dorsalnya.

(ii)

Diensefalon Terletak di antara otak tengah dan serebrum. Struktur utamanya adalah talamus dan hipotalamus. Fungsi talamus adalah sebagai stesen pemancar untuk impuls deria, semasa perjalanannya ke korteks serebrum. Talamus merupakan pusat untuk mentafsir impuls deria seperti sakit, suhu, sentuhan dan tekanan. Hipotalamus pula terdiri daripada banyak struktur. Kedudukan hipotalamus adalah di bawah talamus. Hipotalamus berfungsi mengawal suhu tubuh dan aktiviti autonomik organ-organ bahagian dalam. Selain itu, fungsi yang lain adalah mencetuskan reaksi emosi seperti ketakutan dan kemarahan. Di hipotalamus juga terdapat pusat makan, pusat kenyang dan pusat haus.

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 63

(iii) Serebrum Ia merupakan bahagian terbesar otak. Ia terbahagi kepada dua hemisfera yang berwarna kelabu. Kedua-dua hemisfera ini dipercayai mengawal aktiviti bagi sebelah tubuh sahaja. Contoh, deria tubuh sebelah kanan dikawal oleh hemisfera kiri dan begitulah sebaliknya. Fungsi serebrum adalah terlalu banyak dan kompleks. Namun secara umum, korteks serebrum terbahagi kepada tiga kawasan.
Jadual 2.8: Kawasan-kawasan Korteks Serebrum Deria Berfungsi untuk menerima kederiaan dari kulit, otot dan bahagian dalam tubuh. Ia juga menerima impuls dari berbagai-bagai deria seperti deria rasa, lihat, hidu, dengar dan sentuh. Berfungsi mengawal atur pergerakan otot, pertuturan dan sebagainya. Menghubungkan kawasan motor dan deria melalui traktusnya. Memainkan peranan penting dalam ingatan, emosi, taakulan, personaliti dan kecerdikan.

Motor Asosiasi

(iv) Serebelum Ia merupakan bahagian kedua terbesar otak. Memainkan peranan dalam pergerakan separa sedar pada otot rangka. Pergerakan separa sedar penting untuk koordinasi, keseimbangan tubuh dan penetapan kedudukan tubuh. (b) Korda Spina Korda spina mempunyai kepanjangan kira-kira 45cm bagi orang dewasa. Kedudukan korda spina adalah bermula dari dasar tengkorak turun ke bahagian servikal, torasik dan seterusnya ke bahagian lumbar atas. Korda spina adalah terdiri daripada segmen-segmen dan pada setiap segmen terdapat sepasang ganglion. Pasangan ganglion tersebut ialah ganglion akar dorsal dan ganglion akar ventral. Pada akar dorsal terdapat akson neuron deria yang bertugas untuk membawa maklumat dari periferi ke korda spina. Sementara akar ventral mengandungi akson neuron motor visera dan somatik yang mengawal organ efektor.

64 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

Saraf spina pula terbentuk daripada gabungan ganglion akar deria dan akar motor. Saraf ini dikelaskan sebagai saraf campuran kerana mempunyai kedua-dua serat aferen dan eferen.

Rajah 2.14: Korda spina Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(c)

Sistem Saraf Autonomik Ia merupakan sistem saraf di luar kawalan. Ia juga bertanggungjawab terhadap kawalan otot bebas dan kilang di dalam tubuh. Sistem ini terbahagi kepada dua iaitu:

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 65

(i)

Sistem saraf simpatetik (lihat Rajah 2.15) Ia terbina daripada dua rantai ganglion saraf yang terletak di tiap-tiap sisi di hadapan vertebra. Semua komponen yang berada dalam sistem saraf simpatetik berhubung dengan saraf tunjang. Antara rangkaianrangakaian penting yang terhasil daripada ganglion simpatetik adalah: x x x Rangkaian saraf jantung Membekalkan jantung dan paru-paru. Rangkaian saraf siliaka Membekalkan perut usus, organ-organ di dalam abdomen serta kilang adrenal. Rangkaian saraf hipogastrik dalam ruang pelvis. Membekalkan organ-organ di

Rajah 2.15: Skema tapak laluan serat saraf simpatetik Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

66 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

(ii)

Sistem saraf parasimpatetik (lihat Rajah 2.16) Sistem ini terbina daripada dua bahagian seperti berikut: x Bahagian kranium Terdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagian otak serta gentian saraf yang terkandung di dalam urat saraf otak. Bahagian sakrum Terdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagian korda spina. Sistem ini membekalkan sebahagian daripada usus besar serta organ di dalam pelvis iaitu usus hujung, pundi kencing dan organ pembiakan.

Rajah 2.16: Skema sistem saraf parasimpatetik Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

2.3.3

Impuls dan Penjalarannya

Tindakan pantulan atau impuls adalah suatu tindak balas automatik yang berlaku dengan cepat tanpa difikirkan terlebih dahulu. Tindakan impuls adalah tindak balas motor terhadap rangsangan deria.

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 67

Terdapat beberapa struktur yang membawa kepada tindakan impuls membentuk lengkok impuls yang terbina daripada bahagian-bahagian berikut: (a) (b) Organ deria, contohnya kulit tubuh ataupun hujung gentian saraf yang didapati di tendon, otot atau lain-lain binaan. Saraf deria atau saraf penghantar yang membawa rangsang deria tersebut melalui bahagian saraf deria yang terkandung di dalam saraf pinggir kepada saraf tunjang. Saraf tunjang dan neuron gegantinya. Saraf motor atau saraf pengeluar yang membawa utusan motor melalui bahagian saraf motor di dalam saraf pinggir kepada organ motor seperti otot atau kilang. Organ motor seperti otot atau kilang, yang bertindak balas terhadap utusan motor tersebut.

(c) (d)

(e)

Boleh dikatakan di sini bahawa tindakan pantulan atau refleks (impuls) adalah gerakan perlindungan yang membenarkan tindak balas motor berlaku dengan sangat cepat. Jadual 2.9 berikut menunjukkan beberapa contoh impuls.
Jadual 2.9: Beberapa Contoh Impuls Bahagian Sistem Saraf Pusat x Menarik tangan dengan segera x apabila terkena benda tajam atau panas. Sentakan sendi lutut apabila dipukul x dengan alat pemukul sendi di atas tendon tempurung lutut. Tapak kaki yang digarit dengan benda yang tumpul seperti kayu akan menyebabkan ibu jari membengkok ke bawah. Tersedak atau terbatuk terhasil apabila seseorang meminum dalam keadaan gopoh. Bahagian Sistem Saraf Autonomi Air liur akan terhasil dengan lebih banyak jika terhidu atau ternampak makanan yang lazat. Impuls anak mata terhadap cahaya. Anak mata mengecil apabila cahaya terang dan membesar apabila cahaya gelap.

Kadangkala ada juga impuls yang boleh dikawal. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, buang air besar dan buang air kecil merupakan impuls yang tidak boleh dikawal. Namun, bagi orang dewasa, gerakan-gerakan tersebut boleh dikawal. Tetapi jika berlaku kecederaan pada otak, ia akan merosakkan kuasa pengawalan

68 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

pusat tinggi dan menyebabkan seseorang individu tidak dapat lagi mengawal gerakan buang air besar dan buang air kecil. Jalaran impuls atau jalaran saraf motor bermula di pusat motor di frontal serebrum (Rajah 2.17). Akson sel saraf di pusat motor menjalar di dalam jirim putih otak dan di pangkal otak. Pada medula oblongata, jalaran ini melintas ke sebelah yang lain dan turun ke bawah jirim putih sisi luar saraf tunjang sebagai jalaran piramid. Di laras tertentu, serat saraf ini akan keluar dari jalaran piramid dan tamat di keliling saraf di depan jirim kelabu saraf tunjang. Kemudian sel depan saraf tunjang membawa utusan tersebut melalui akar saraf depan iaitu saraf depan otot tertentu. Bahagian neuron motor atas terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motor serebrum serta aksonnya yang turun sehingga ke sel saraf di depan saraf tunjang. Bahagian neuron motor bawah pula terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motor serebrum tunjang serta aksonnya yang membekalkan otot tubuh. Kedudukan fiber motor yang melintas di bahagian medula oblongata menyebabkan pusat motor di sebelah bahagian otak mengawal otot tubuh di sebelah yang lain.

Rajah 2.17: Jalaran saraf motor dan saraf deria dalam jirim putih saraf tunjang Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

TOPIK 2

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

W 69

AKTIVITI 2.3
1. Apakah kaitan epilepsi atau sawan dengan sistem saraf manusia? Bagaimana ia boleh berlaku dan apakah penyebab kepada berlakunya sawan? 2. Apakah kaitan antara mereka yang mempunyai IQ yang rendah dengan mereka yang berkemahiran sukan yang tinggi? Huraikan.

x x x x x x
x x x x x x

Sistem kardiovaskular adalah sistem yang terdiri daripada jantung dan salur darah. Tiga komponen asas di dalam sistem ini adalah darah, jantung dan salur pembuluh darah. Sistem kardiovaskular mempunyai fungsi utama iaitu mengangkut oksigen dari paru-paru dan bahan nutrien yang diserap ke tisu-tisu. Darah boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian-bahagian tersebut dikenali sebagai plasma dan sel darah. Terdapat tiga jenis darah di dalam sistem badan manusia iaitu sel darah merah (eritrosit), sel darah putih (lukosit) dan sel pembeku (trombosit). Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri. Jantung mempunyai tiga lapisan iaitu perikardium, miokardium, dan endokardium. Peredaran darah adalah penting di dalam tubuh manusia dan jantung merupakan organ yang yang utama dalam proses pengedaran darah. Terdapat dua sistem peredaran darah iaitu sistem peredaran darah sistemik dan sistem peredaran darah pulmonari. Pembuluh darah terbahagi kepada empat iaitu arteri, kapilari, venol dan vena. Vena terbahagi kepada tiga iaitu vena profondus, vena superfisial dan vena penghubung.

70 X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

x x x x x x x

Sistem respiratori berfungsi menjalankan proses pernafasan dan ia terbahagi kepada dua iaitu internal dan eksternal. Organ-organ yang terlibat di dalam sistem pernafasan adalah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru. Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf. Tiga fungsi utama sistem saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi dan motor. Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar. Sistem saraf terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan saraf.

Arteri Atrium kanan Atrium kiri Endokardium Kapilari Komposisi darah Korda spina Miokardium Otak Peredaran darah sistemik Perikardium

Plasma darah Saraf Sel darah Sistem kardiovaskular Sistem peredaran darah pulmonari Sistem saraf periferi Sistem saraf pusat Vena Venol Ventrikel kanan Ventrikel kiri

You might also like