You are on page 1of 37

T o p ik

Sistem sistem Tubuh Manusia 2

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem endokrin; 2. Membincangkan tentang sistem endokrin utama yang terdapat di dalam tubuh manusia; 3. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem pencernaan; dan 4. Menjelaskan dengan lebih lanjut tentang sistem perkumuhan.

X PENGENALAN
Di dalam tubuh kita terdapat beberapa kelenjar yang membawa hormon ke dalam sistem peredaran atau tisu-tisu perantara. Sistem ini dikenali sebagai sistem endokrin. Kita makan dan minum sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh harus dihadamkan dan dibuang keluar. Apa yang telah kita makan, harus dikeluarkan untuk digantikan dengan yang baru. Oleh itu, mari kita lihat bagaimana sistem endokrin, sistem penghadaman dan perkumuhan di dalam sistem tubuh badan berhubung kait dan berfungsi.

72 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

3.1

SISTEM ENDOKRIN

Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai hormon. Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh.

3.1.1

Fungsi dan Ciri-ciri Hormon

Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak dan berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon: (a) (b) Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan; Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau; Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh; dan Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir.

(c) (d)

Hormon-hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel-sel sasaran di merata tubuh. Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahan tetapi berpanjangan dan lebih merata. Sel-sel sistem endokrin bertugas dengan mensintesis dan merembeskan hormon. Kelenjar endokrin terbina apabila sel-sel endokrin berkumpul. Hasil yang didapati dari kelenjar endokrin akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara. Kelenjar-kelenjar endokrin yang terdapat di dalam sistem tubuh terdiri daripada kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus. Terdapat juga sel endokrin yang berkumpul di dalam organ tubuh badan seperti pankreas, ovari, testis, ginjal, hepar, trek gastrousus, plasenta dan otot jantung. Rajah 3.1 menunjukan sistem endokrin.

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 73

Rajah 3.1: Sistem endokrin Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

3.1.2

Kelenjar Endokrin Utama

Kelenjar-kelenjar utama pada sistem endokrin adalah kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus.

74 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

(a)

Kelenjar Pituitari (lihat Rajah 3.2)

Rajah 3.2: Skema kelenjar pituitari dan lobus-lobusnya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) (ii)

Digelar sebagai kelenjar induk kerana dapat menghasilkan banyak hormon dan mengawal aktiviti tubuh; Bergaris pusat hanya 1.3cm sahaja dan berbentuk bulat;

(iii) Dibahagikan kepada dua lobus: lobus anterior dan lobus posterior (rujuk Jadual 3.1); (iv) Lobus anterior mewakili 75% daripada berat kelenjar pituitari; dan (v) Kedua-dua lobus ini mengeluarkan beberapa hormon di dalam tubuh.
Jadual 3.1: Lobus Anterior dan Lobus Posterior Lobus Anterior x x Hormon pertumbuhan Mengawal tumbesaran tubuh. Hormon tirotropik Mengawal aktiviti kelenjar tiroid dalam menghasilkan tiroksin. Hormon adrenokortikotropik Mengawal aktiviti suprarenal dalam menghasilkan kortisol daripada korteks kelenjar suprarenal. x Lobus Posterior Hormon antidiuretik Mengatur jumlah air yang dikumuhkan melalui ginjal. Hormon oksitosik Meransang pengecutan uterus sewaktu melahirkan bayi dan pengeluaran air susu sewaktu menyusukan bayi.

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 75

Hormon gonadotrofik: (a) Hormon perangsang folikel Merangsang perkembangan folikel Graafian dalam ovari dan pembentukan spermatozoa dalam testis. Hormon luteinising Mengawal rembesan estrogen dan progesteron dalam ovari dan testosteron dalam testis. Hormon prolaktin Mengawal rembesan air susu dan mengekalkan bekalan korpus luteum semasa kehamilan.

(b)

(c)

(b)

Kelenjar Tiroid (lihat Rajah 3.3)

Rajah 3.3: Anterior kelenjar tiroid Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) (ii)

Terletak di bahagian depan leher, anterior dan lateral terhadap larinks dan trakea; Kelenjar tiroid kaya dengan bekalan darah;

76 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

(iii) Sel kelenjar tiroid merembeskan koloid tiroid yang mengandungi sebatian iodin; (iv) (v) (vi) Kelenjar tiroid berfungsi dalam mengatur susunan kimia tisu dan sebagai perangsang proses pengoksidaan; Secara tidak langsung kelenjar tiroid mengatur pengeluaran karbon dioksida; dan Terdapat dua keadaan dalam kelenjar tiroid, iaitu hiperembesan dan hiporembesan (rujuk Jadual 3.3).
Jadual 3.2: Hiporembesan dan Hiperembesan Hiporembesan x Berlakunya kretinisme iaitu kekurangan rembesan pada waktu bayi mengakibatkan pertumbuhan mental dan fizikal terencat. Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan miksedema di mana proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk menjadi gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan kering, rambut gugur dan menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut nadi perlahan. Hiperembesan x Kadar metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan lebih tinggi daripada normal. x Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat badan, gelisah dan mudah marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung bertambah dan mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan kegagalan jantung.

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 77

(c)

Kelenjar Paratiroid (lihat Rajah 3.4)

Rajah 3.4: Empat kelenjar paratiroid Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

(i) (ii)

(iii)

Terbina daripada tisu yang kecil dan bulat dan dilapisi oleh fasia pratrakea berserta dengan kelenjar tiroid; Hormon paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisma kalsium dan mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan tulang; dan Dua keadaan pada kelenjar paratiroid adalah dihuraikan dalam Jadual 3.3.
Jadual 3.3: Hipoparatiroidisme dan Hiperparatiroidisme Hipoparatiroidisme Hiperparatiroidisme x Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan dengan pembesaran (tumor) kelenjar. x Pengagihan kalsium terganggu di mana kalsium dikeluarkan semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah. x Ini akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang menjadi nipis. x Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam ginjal.

x x

Kekurangan kalsium dalam kandungan darah. Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti tetanus iaitu gejala kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki yang dikenali sebagai karpopedal spasma. Gejala di atas dapat diredakan dengan memberikan kalsium dalam kadar segera.

78 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

(d)

Kelenjar Timus (lihat Rajah 3.5)

Rajah 3.5: Kedudukan kelenjar timus Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

(i) (ii)

Terletak dalam toraks; Berwarna kemerah-merahan dan terdiri daripada dua lobus;

(iii) Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10 gram bagi bayi yang baru lahir; (iv) (v) Beratnya bertambah kepada 30 hingga 40 gram pada waktu remaja dan kemudian ia mengecut semula; dan Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan antibodi.

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 79

(e)

Kelenjar Adrenal (lihat Rajah 3.6)

Rajah 3.6: Kelenjar suprarenal kanan dan kiri Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) (ii)

Terletak di bahagian atas setiap ginjal; Mengandungi darah yang banyak dan dilapisi dengan kapsul berserat;

(iii) Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol dan bahagian medula menghasilkan adrenalin dan nondrenalin; (iv) (v) (vi) Rembesan akan menjadi banyak apabila berada dalam keadaan marah atau takut, asfiksia dan kelaparan; dan Keadaan ini menyebabkan tekanan darah naik dalam usaha melawan kejutan yang disebabkan oleh situasi ini. Komponen utama kelenjar adrenal ialah medula adrenal yang dikelilingi oleh korteks adrenal (rujuk Jadual 3.4).

80 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

Jadual 3.4: Korteks Adrenal dan Medula Adrenal Korteks Adrenal x Terbahagi kepada tiga zon. x Zon pertama adalah glomerulosa menghasilkan rembesan mineralo-kortikoid. Medula Adrenal x Mempunyai sel-sel kromafin yang menghasilkan hormon. x Rembesan hormon dikawal oleh sistem saraf autonomik. x 80% daripada rembesan medula adalah adrenalin dan ianya bersifat lebih poten daripada noradrenalin.

Zon tengah pula dikenali sebagai zon fasikulata dan merembeskan hormon glukokortikoid. x Zon dalam dipanggil zon retikularis dan merembeskan hormon androgen.

(f)

Kelenjar Pineal (i) (ii) Terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarna merah (Rajah 3.7); Dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater;

(iii) Menghasilkan hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin; dan (iv) Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan cara merencatkan hormon gonadotropik. Sementara adrenoglomerulotropin pula merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikoid.

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 81

Rajah 3.7: Kedudukan kelenjar pineal pada otak Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

SEMAK KENDIRI 3.1


Berikan definisi sistem endokrin dan jelaskan fungsi sistem ini dalam membantu metabolisme fisiologi dalam tubuh.

3.1.3

Tindakan Hormon

Tindakan hormon ada dua jenis iaitu tindakan positif dan tindakan negatif seperti yang diterangkan dalam Jadual 3.5.

82 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

Jadual 3.5: Tindakan Positif dan Negatif Hormon Tindakan Positif x Terdapat hormon yang terhasil dengan mengaktifkan kelenjar yang menghasilkan hormon tersebut. x Hasilnya adalah berlawanan dengan tindakan negatif. x Dalam tindakan positif, peningkatan sel hormon akan menghasilkan lebih banyak hormon. x Contoh peningkatan hormon boleh dilihat pada kontraksi semasa ingin melahir bayi. x Tindakan Negatif Kekurang hormon akan menyebabkan kelenjar merembes dengan lebih banyak dan tekanan darah akan meningkat. Tindakan negatif berlaku di mana pembuluh-pembuluh akan tertarik semasa rembesan hormon yang banyak dikeluarkan. Boleh dikatakan seperti mengawal kelajuan pada kereta, apabila speedometer menunjukkan kelajuan melampau, kita akan mengurangkan kelajuan. Apabila kita sedar kelajuan semakin berkurangan, kita akan menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan. Kebanyakan kelenjar mempunyai kepekaan sebegitu untuk memberitahu tentang kelajuan endokrin. Oleh itu, kelenjar-kelenjar ini akan mengeluarkan rembesan yang sesuai untuk menyeimbangkan kandungan hormon dalam darah.

AKTIVITI 3.1
Dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem endokrin dengan melayari internet dan bincangkannya bersama rakan atau tutor.

3.2

SISTEM PENCERNAAN

Sistem pencernaan (Rajah 3.8) mengandungi organ-organ yang bertanggungjawab menjalankan tugas penting iaitu menyediakan bahan-bahan makanan untuk diserap supaya boleh digunakan oleh sel-sel tubuh. Makanan merupakan komponen penting yang membekalkan tenaga untuk tubuh badan. Namun, makanan yang diambil tidak

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 83

berada di dalam bentuk yang sesuai untuk digunakan sebagai tenaga oleh sel. Oleh itu, makanan tersebut perlu dicernakan agar ia sesuai digunakan oleh sel-sel tubuh.

Rajah 3.8: Sistem pencernaan Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

3.2.1

Struktur dan Fungsi Sistem Pencernaan

Sistem pencernaan adalah terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Bahagian-bahagian yang terlibat untuk membina sistem pencernaan terdiri daripada struktur-struktur berikut: (a) Mulut (i) (ii) Dikenali juga sebagai kaviti oral. Ruang mulut kita boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu: x Ruang umum iaitu ruang tengah yang mengandungi lidah.

84 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

Ruang vestibul iaitu ruang di antara gigi dan permukaan dalam pipi.

(iii) Ruang mulut (Rajah 3.9) terdiri daripada atap, lantai, dinding, lateral dan dua pembukaan, anterior dan posterior. (iv) Atap mulut adalah lelangit yang membahagikan mulut daripada kaviti hidung. (v) Lelangit keras yang terdiri daripada tulang memenuhi dua pertiga daripada anterior lelangit.

(vi) Bahagian yang terdiri daripada otot adalah satu pertiga daripada posteriornya. Bahagian ini lembut dan digelar sebagai lelangit lunak. (vii) Lantai mulut mulut pula dikenali sebagai diafragma mulut dan terdiri daripada otot. (viii) Bagi dinding lateral mulut dan pipi, ianya adalah otot yang dilapisi oleh membran mukus di bahagian dalam dan dilapisi kulit di bahagian luar. (ix) (x) (xi) Vestibul mulut adalah ruang yang terdapat di antara pipi dan gigi. Pembukaan anterior mulut mempunyai dua bibir iaitu bibir atas dan bibir bawah. Bahagian luar bibir dilitupi oleh kulit dan bahagian dalamnya dilitupi oleh membran mukus.

(xii) Kaviti mulut berhubung dengan bahagian tengah farinks membentuk pembukaan posterior.

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 85

Rajah 3.9: Ruang mulut Sumber: Pegawai-Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia disunting oleh Masood bin Abdul Rashid, dan Mohd Ariffin bin Siri. (1997). Anatomi dan fisiologi Untuk jururawat dan lain-lain pelajar para-perubatan. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

(b)

Lidah (i) (ii) Merupakan organ penting di dalam mulut dalam sistem pencernaan. Lidah terdiri daripada otot rangka di mana bahagian anteriornya bebas dan bahagian posteriornya melekat pada lantai mulut.

(iii) Terdapat dua kumpulan otot lidah iaitu ekstrinsik dan intrinsik. Otot ekstrinsik adalah untuk pergerakan lidah, manakala otot intrinsik terlibat dalam perubahan bentuk lidah. (iv) Membran mukus melapisi lidah dan membentuk tonjolan-tonjolan kecil yang dipanggil papila. (v) Papila terbahagi kepada tiga jenis iaitu filiform, fungiform dan sirkumvalat.

(vi) Tunas rasa terletak pada fungiform dan sirkumvalat. (vii) Lidah mempunyai beberapa tugas, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.6.

86 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

Jadual 3.6: Tugas Lidah Tugas Lidah (a) Deria rasa x Lidah dapat mengenal pelbagai jenis rasa seperti manis, masin, masam dan pahit dan ini membantu sesorang menikmati makanan atau minumannya. Lidah adalah penting untuk pertuturan. Lidah membantu tindakan kunyahan dan telanan.

(b) Pertuturan (c) Kunyahan dan telanan

x x

(d) Sentuhan

Merupakan salah satu organ deria sentuhan.

Rajah 3.10 menunjukkan reseptor rasa yang terdapat pada lidah.

Rajah 3.10: Lidah Reseptor rasa Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 87

(c)

Gigi (i) (ii) Merupakan struktur tambahan di dalam sistem pencernaan. Jumlah gigi bagi orang dewasa adalah sebanyak 32 batang, terdiri daripada lapan gigi kacip, empat gigi taring, lapan gigi geraham kecil dan 12 gigi geraham besar. Gigi membantu memecahkan makanan pejal dan membantu menambah rasa lazat pada makanan tersebut. Jadual 3.7 menunjukkan jenis gigi dan fungsinya.
Jadual 3.7: Jenis Gigi dan Fungsinya Jenis Gigi x Gigi kacip x Fungsi Untuk menggigit dan memotong. Mempunyai pinggir yang rata dan tajam. Untuk mengoyak dan menikam. Mempunyai kepala yang tirus. Untuk mengoyak dan mengisar. Mempunyai dua gerigi di permukaannya. Untuk mengisar dan melumatkan makanan. Mempunyai muka yang lebar dan tidak rata.

(iii) (iv)

Gigi taring

x x x

Geraham kecil

x Geraham besar x

Rajah 3.11 yang berikut menunjukan keratan rentas gigi, pembentukan dan masa pertumbuhannya.

88 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

Rajah 3.11: Keratan rentas gigi, pembentukan gigi dan masa pertumbuhannya Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(d)

Kelenjar Air Liur (i) (ii) Bertanggungjawab merembeskan air liur secara berterusan. Kelenjar-kelenjar air liur terdapat di dalam mulut atau berhampiran mulut (lihat Rajah 3.12).

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 89

(iii) Rembesan air liur akan bertambah banyak jika kita memakan sesuatu. Ini terjadi supaya proses pelinciran, pelarutan dan permulaan pemecahan secara kimia dapat dilakukan. (iv) Terdapat banyak kelenjar air liur, tetapi terdapat tiga kelenjar air liur yang mengeluarkan air liur dengan banyak. Kelenjar-kelenjar tersebut adalah kelenjar parotid, submandibular dan sublingual (lihat Jadual 3.8). (v) Sebanyak kira-kira 1.0 hingga 1.5 liter air liur terhasil dalam satu hari.

(vi) Kandungan air liur adalah 99.5% air dan 0.5% bahan-bahan tertentu seperti garam klorida, bikarbonat dan fosfat, gas terlarut, urea dan asid urik, albumin, globulin, musin dan lisozim.
Jadual 3.8: Kelenjar Air Liur Kelenjar parotid x x x Terletak di hadapan dan di bawah telinga. Merupakan kelenjar air liur yang terbesar. Merembeskan air liur melalui duktus parotid yang membuka pada bahagian atas vestibul mulut. Terletak pada rahang bawah di kedu-dua sisi. Duktusnya membuka ke bahagian depan lantai mulut di bawah lidah. Terletak di atas lantai mulut dan di bawah setiap sisi lidah. Duktusnya membuka ke dalam mulut di bawah lidah.

Kelenjar submandibular

x x

Kelenjar sublingual

x x

SEMAK KENDIRI 3.2


Huraikan ciri-ciri dan fungsi kaviti mulut, lidah dan kelenjar-kelenjar air liur dengan ringkas.

90 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

Rajah 3.12: Kelenjar air liur Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

(e)

Farinks (Tekak) (i) (ii) Terletak di belakang hidung, mulut dan larinks. Ia terdiri daripada membran berotot dan dilapisi oleh selaput mukus. Ianya berukuran lebih kurang 12.5cm panjang. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: x Nasofarinks terletak di belakang hidung dan terdapat lubang tiub eustachio pada dindingnya. Kelenjar yang terdapat pada nasofarinks adalah adenoid. Farinks oral terletak di belakang mulut. Pada dinding lateralnya terdapat tonsil. Farinks larinks larinks. bahagian terendah yang terletak di belakang

x x

(f)

Esofagus (i) (ii) Merupakan tiub berotot dan terletak di belakang trakea. Mempunyai 23 hingga 25cm panjang. Satu per tiga daripada bahagian atas esofagus adalah otot rangka yang bersifat voluntari. Manakala satu per tiga daripada bahagian bawahnya terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari.

(iii) Satu per tiga daripada bahagian tengahnya pula adalah gabungan antara otot licin dengan otot rangka.

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 91

(iv) Berfungsi untuk menghantar makanan dan minuman dari farinks ke gaster. (g) Gaster (Perut) (i) (ii) Adalah kawasan penyimpanan makanan makanan tersebut dicerna oleh usus. sementara sebelum

Isi padu ruang gaster adalah 2.5 liter bagi orang dewasa. Gaster akan mengempis apabila kosong dan mengembang apabila berisi makanan kerana ianya bersifat kenyal.

(iii) Rongga gaster terbahagi kepada empat bahagian iaitu kardia, fundus, badan dan pilorus. (iv) Terdapat kira-kira 40 juta sel kelenjar gaster pada perut. Jus gaster mempunyai enzim pepsin, renin, mukus dan asid hidroklorik. (v) Pepsin menguraikan protein kepada pepton dan polipeptida; manakala renin mengentalkan susu dengan menggumpalkan protein susu yang larut, kaseinogen kepada kasein yang tidak larut.

(vi) Mukus adalah bendalir yang likat berfungsi melindungi perut dari asid hidroklorik. (vii) Fungsi asid hidroklorik pula adalah: x x x Meneutralkan alkali pada air liur bagi menghentikan tindakan enzim ptialin (amilase air liur); Menyediakan medium berasid untuk membolehkan enzim pepsin dan renin bertindak; dan Mensterilkan makanan daripada bakteria.

92 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

Rajah 3.13: Permukaan dalam gaster dan duodenum Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

(h)

Usus Kecil (i) (ii) Merupakan saluran makanan yang paling sempit. Berfungsi untuk pencernaan dan penyerapan hasil pencernaan. x x x Duodenum menghubungkan gaster dengan jejunum;

(iii) Tiga bahagian pada usus kecil adalah: Mempunyai panjang kira-kira 25cm dan berbentuk C. Kedudukan duodenum adalah mengelilingi kepala pankreas; dan Jejunum dan ileum jejunum mempunyai 2.4m panjang dan ileum pula 3.6m panjang. Menyelesaikan semua proses penghadaman; Menyerap bahan-bahan makanan yang telah terhadam, asid amino dan glukosa ke dalam darah dan lemak hadam ke dalam salur limfatika; dan Menghasilkan beberapa hormon yang mengawal penghasilan bendalir pankreas, hempedu dan bendalirnya sendiri.

(iv) Tugas usus kecil adalah: x x

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 93

(i)

Usus Besar (Kolon) (i) (ii) Usus besar bermula dari ileum hingga ke anus dan berukuran 1.5m panjang. Bentuknya adalah lebih besar daripada usus kecil dan bahagian pada usus besar adalah: x x x Sekum mempunyai apendiks, namun apendiks tidak mengambil bahagian dalam proses pencernaan. Kolon naik ke atas di sebelah kanan rongga abdomen, kolon melintang dan kolon bawah. Bersambung dengan rektum. Rektum saluran berotot yang pendek.

(iii) Kanal anus adalah bahagian paling akhir pada usus besar berukuran 4 cm. (iv) Pembukaan kanal anus dikenali sebagai anus dan dikawal oleh otot licin yang tebal dikenali sebagai sfinkter internal (tak voluntari) dan di luar oleh otot rangka yang disebut sfinkter eksternal (voluntari). (v) Fungsi usus besar adalah sebagai: x x x x Penyerap air, garam dan glukosa; Merembeskan musin oleh kelenjar pada lapisan dalam; Menyediakan selulosa dalam bentuk tumbuhan, buahan dan sayuran hijau; dan karbohidrat dalam

Menyediakan sisa protein yang belum dicerna oleh tindakan bakteria untuk kumuhan.

94 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

Rajah 3.14: Usus besar dan bahagian-bahagiannya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

Secara kasarnya, proses kimia dalam pencernaan melibatkan mulut, perut, duodenum dan usus kecil (lihat Jadual 3.9).
Jadual 3.9: Ringkasan Proses Kimia dalam Pencernaan Bahagian salur pencernaan Mulut Perut

Kelenjar Kelenjar air liur Kelenjar gaster

Rembesan Air liur Jus gaster

pH 6.5 6.8 1.5

Enzim Amilase air liur (ptialin) HCI (bukan enzim) Pepsin

Perubahan Kanji maltosa Pepsinogen pepsin Protein pepton + polipeptida Kaseinogen kasein (kasein kemudiannya dicernakan oleh pepsin)

Renin

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 95

Bahagian salur pencernaan Duodenum

Kelenjar Pankreas

Rembesan Jus pankreas

pH 7.8 8.5

Enzim Amilase pankreas Tripsin

Perubahan Kanji maltosa Protein pepton (polipeptida) Lemak asid lemak dan gliserol Lemak titisan lemak (hempedu meneutralkan asid) Tripsinogen tripsin Pepton polipeptida asid amino Maltosa glukosa Sukrosa glukosa + fruktosa Laktosa glukosa + galaktosa Lemak asid lemak + gliserol

Lipase

Hati

Hempedu

Beralkali

Garam hempedu (bukan enzim)

Usus kecil (jejunum dan ileum)

Kelenjar Brunner (kelenjar usus)

Jus usus (sukus enterikus)

Beralkali (7.6)

Enterokinase Erepsin

Maltase Sukrase

Laktase

Lipase

Sumber : Bantuan Studi Lengkap Biologi Tingkatan 4, Mah Chee Wai

96 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

SEMAK KENDIRI 3.3


1. Di manakah kedudukan kelenjar paratiroid? 2. Huraikan ciri-ciri dan fungsi gaster, usus kecil dan usus besar secara ringkas.

3.2.2

Mekanisme dan Kawalan Pencernaan

Kedua-dua aspek ini dihuraikan seperti berikut. (a) Mekanisme Pencernaan Pencernaan berlaku terhadap makanan dan minuman yang kita ambil. Empat peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita. (i) Kunyahan dan telanan x x x x x (ii) Makanan akan dihancurkan oleh mulut, gigi dan lidah apabila masuk ke dalam mulut. Tindakan ini dikenali sebagai tindakan mengunyah. Makanan yang dikunyah tadi akan bercampur dengan air liur dan menjadi lumat. Kemudian makanan yang telah lumat ditelan melalui farinks dan esofagus ke perut. Otot pencerut pada dinding farinks bertanggungjawab kepada tindakan menelan ini. Penghadaman bermula dari dalam mulut hinggalah ke dalam perut dan usus kecil. Usus kecil merupakan tempat di mana kebanyakan proses penghadaman berlaku. Dalam proses penghadaman bahan makanan diubah dari segi fizikal dan kimianya agar lebih mudah diserap. Selalunya bahan makanan akan diserap di bahagian usus kecil. Namun, penyerapan boleh juga berlaku di bahagian-bahagian lain dalam sistem penghadaman.

Penghadaman x x x

(iii) Penyerapan x x

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 97

(iv) Pembuangan bahan makanan yang tidak hadam x x Bahan buangan iaitu najis adalah hasil bahan-bahan yang tidak hadam. Pembuangan bahan makanan tidak hadam dilakukan oleh usus besar.

(b)

Kawalan Pencernaan Pencernaan dapat dilakukan dengan adanya enzim-enzim di dalam sistem pencernaan. Enzim adalah mangkin organik (protein) yang berkebolehan mempercepatkan kadar tindak balas biokimia dalan organisma hidup. Enzim bertindak mengubah kimia bahan makanan yang kompleks menjadi bahan larut yang mudah diserap. Enzim tidak berubah hingga ke akhir proses penghadaman, walaupun ia sendiri mengubah kimia dalam bahan makanan. Di dalam bendalir penghadaman, terdapat beberapa enzim penting dan setiap satunya hanya bertindak untuk satu tindak balas sahaja. Anda boleh rujuk Jadual 3.9 untuk nama dan tindakan enzim terbabit.

3.3

SISTEM PEKUMUHAN

Seperti yang telah kita ketahui pada sistem pencernaan, makanan akan dicernakan oleh enzim di dalam trek gastrousus. Makan yang dicerna akan diserap dan sampai ke sel-sel tertentu di dalam badan. Makanan yang tidak serap akan menjadi feses (najis) dan dikeluarkan melalui anus. Bahan buangan atau hasil akhir di bawa keluar bersama dengan air dan karbon dioksida. Karbon dioksida akan dibawa semula ke paru-paru oleh darah dan dikeluarkan melalui proses ekspirasi oleh sistem pernafasan. Sebahagian hasil akhir akan larut di dalam air; dari situlah terjadinya peluh yang kemudiannya dikeluarkan melalui kulit pada sistem integumen. Sistem perkumuhan terdiri daripada empat organ iaitu sistem urinari, kulit tubuh, paru-paru dan kolon. Walau bagaimanapun, sistem urinari adalah laluan bagi sebahagian besar bahan buangan yang mengandungi toksik dan bahan asas. Bahan-bahan buangan ini adalah bercampur dengan air dan dikeluarkan sebagai urin (air kencing). Di dalam bahagian ini akan diterangkan tentang sistem urinari dan kulit tubuh sahaja. Bagi paru-paru, sila rujuk sistem pernafasan; manakala bagi kolon sila rujuk sistem pencernaan.

98 X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

3.3.1

Struktur dan Fungsi Sistem Perkumuhan

Sistem perkumuhan terdiri daripada sistem urinari dan kulit tubuh. (a) Sistem Urinari Tugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan mengekalkan hemeostasis. Hemeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan homestasis dengan mengeluarkan atau menyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih. Organ-organ di dalam sistem urinari adalah dua ginjal, dua ureter, satu pundi kencing dan satu uretra (lihat Rajah 3.15).

Rajah 3.15: Ginjal dan sistem urinari yang berkaitan Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Ginjal x x Terletak di setiap sisi kolum vertebra, berwarna kemerahan dan berbentuk seperti biji kacang hijau. Berukuran 10-12cm panjang, 5-7cm lebar dan 2.5cm tebal dan seberat kira-kira 140gm bagi orang dewasa.

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 99

x x x x

Sempadan luarnya berbentuk cembung dan mempunyai pembukaan di tengahnya yang disebut sebagai hilum. Hilum merupakan pintu masuk dan keluar pembuluh-pembuluh ginjal. Ginjal kanan adalah lebih pendek dan lebih tebal daripada ginjal kiri. Ginjal diselaputi oleh tiga lapisan tisu (lihat Rajah 3.16).    Pertama, lapisan dalam adalah kapsul renal atau kapsul sebenar yang terdiri daripada membran berserat nipis; Kedua, lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau kapsul palsu terdiri daripada tisu perantara padat; dan Ketiga, lapisan berlemak yang terletak di antara lapisan dalam dan lapisan luar yang dikenali sebagai lemak perirenal.

Rajah 3.16: Struktur di luar dan struktur di dalam ginjal kanan Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

(ii)

Ureter x x x Juga dipanggil sebagai salur ginjal. Ureter merupakan tiub yang keluar dari setiap ginjal. Tugas ureter adalah membawa urin ke pundi kencing. Terdiri daripada tiub berotot dan mempunyai panjang kira-kira 25cm panjang.

100

X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

Dua bahagian ureter:   Pertama, corong atau pelvis ginjal. Bahagian atas yang kembang berbentuk seperti mangkuk dan dinamakan kaliks. Kedua, salur buah pinggang. Mempunyai panjang lebih kurang 25.4cm. Ia bermula dari hadapan otot belakang abdomen terus ke ruang pelvis benar dan berakhir di permukaan belakang pundi kencing. Tisu berserat lapisan bahagian luar; Tisu otot bebas lapisan tengah, gerakan peraltasis bertanggungjawab mengalirkan urin dari ginjal ke pundi kencing; dan Tisu epitelium peralihan lapisan dalam ureter berfungsi untuk melindunginya daripada asid urik.

Tisu-tisu yang terdapat pada ureter adalah:  

(iii) Pundi Kencing (Rajah 3.17) x x x Adalah organ yang berotot dan berongga. Berfungsi untuk menakung air kencing. Ianya berbentuk bulat apabila penuh dan berbentuk leper berlipat-lipat apabila kosong. Pundi kencing mempunyai apeks, dasar dan tiga dinding. Ruang dalam pundi kencing berbentuk segi tiga dan disebut sebagai trigon. Dasar segi tiga menghala ke atas, manakala bahagian puncaknya menghala ke bawah. Trigon mempunyai banyak hujung saraf deria dan sangat peka terhadap perubahan isi padu urin dalam pundi kencing. Otot pundi kencing terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari. Lapisan dalamnya adalah kalis air di mana terbina daripada membran mukus jenis epitelium peralihan. Urin akan disimpan untuk sementara waktu sahaja sehingga ia dikeluarkan melalui uretra. Sebanyak satu liter urin boleh ditakung oleh pundi kencing. Namun, dalam keadaan luar biasa ia boleh menakung sebanyak tiga liter urin. Pada keadaan normal, apabila pundi kencing menakung 6 10 liter urin, perasaan hendak kencing akan timbul.

x x x x x x

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 101

Rajah 3.17: Pandangan kiri pundi kencing Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

(iv) Uretra x x x Uretra berfungsi untuk membawa keluar urin dari pundi kencing pada waktu yang sesuai. Ukuran panjang uretra wanita adalah 4cm panjang. Uretra wanita tidak mempunyai prostat dan bahagian spongiosa. Panjang uretra lelaki pula berukuran 20cm panjang. Terdapat tiga bahagian pada uretra lelaki:    Bahagian prostat terletak di sini; mengeliling uretra, otot pencerut uretra juga uretra yang berlanjutan daripada

Bahagian membranus prostat; dan

Bahagian spongiosa bahagian yang terdapat di dalam zakar.

SEMAK KENDIRI 3.4


1. 2. (b) Apakah ginjal? Huraikan fungsinya. Nyatakan fungsi sistem urinari.

Kulit Tubuh (Rajah 3.18) Ia juga dikenali sebagai kutis. Salah satu fungsi tubuh adalah sebagai pembuangan. Peluh adalah bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit. Kulit mempunyai dua lapisan iaitu epidermis dan dermis.

102

X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

(i)

Epidermis Epidermis adalah kulit luar. Ianya terdiri daripada tisu epitelium yang terbahagi kepada dua lapisan: x Lapisan bersisik (Lapisan Horny) Lapisan paling luar. Sel-sel di bahagian ini leper dan tertekan. Kebanyakan sel-sel ini telah mati dan digantikan oleh sel baru dari janasel. Lapisan janasel Sel di sini berbentuk bulat dan mempunyai nukleus. Sel di sini sentiasa membiak, membentuk sel baru untuk menggantikan sel yang terdapat pada lapisan bersisik. Ketebalan epidermis berbeza mengikut bahagian tubuh. Tapak kaki merupakan kulit yang paling tebal. Warna kulit manusia pula ditentukan oleh kandungan melanin dalam pigmen.

(i)

Dermis x x Dermis adalah kulit dalam. Mempunyai ketebalan kira-kira 0.25 ke 2.5mm. Ketebalan dermis juga berbeza mengikut kawasan tubuh, di mana ia sangat tebal di tapak tangan dan kaki, manakala sangat nipis di kelopak mata, penis dan skrotum. Antara struktur yang terdapat pada dermis adalah kelenjar peluh. Saiz kilang peluh adalah lebih besar di tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak berbanding di kawasan lain. Salur kilang peluh naik ke atas dan menembusi kulit di mana ia disebut sebagai liang roma atau liang peluh. Peluh sentiasa terhasil, namun ia akan menyejat dengan cepat pada masa rehat dan peluh menjadi tidak begitu nyata. Manakala, apabila peluh terhasil dengan banyak, seperti semasa melakukan aktiviti, penyejatan akan terganggu dan peluh menjadi nyata dan disebut sebagai perpeluhan nyata. Terdapat dua kelenjar peluh iaitu: - Kelenjar peluh ekrin (Merokrin) Jumlah kelenjar peluh ekrin adalah banyak. Ia boleh didapati di seluruh kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Ia berfungsi sepanjang hidup dan menghasilkan rembesan yang lebih berair.

x x x

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 103

Kelenjar peluh apokrin Kelenjar apokrin terletak di ketiak, bahagian pubik dan kawasan berpigmen buah dada (areola). Apabila manusia mencapai akil baligh, maka kelenjar ini akan berfungsi dengan mengeluarkan rembesan yang tidak berbau. Namun, rembesan akan terurai oleh mikrob permukaan kulit dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Rajah 3.18: Skema kulit dan struktur di dalamnya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

SEMAK KENDIRI 3.5


Bandingkan struktur epidermis dan dermis.

104

X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

3.3.2

Mekanisme dan Kawalan Perkumuhan

Ginjal bertugas memproses urin sepanjang masa. Kandungan di dalam urin adalah urea, garam mineral dan air. Jumlah air yang kita minum dan jumlah peluh yang keluar mempengaruhi jumlah urin yang kita keluarkan. Ginjal akan menghasilkan lebih banyak urin apabila kita minum dengan banyak. Ini berlaku kerana ginjal bertanggungjawab untuk mengimbangi air di dalam salur darah. Oleh itu, sistem urinari harus dijaga dengan baik agar masalah seperti penyakit ginjal, batu karang dan gout boleh dielakkan. Meminum sekurang-kurangnya enam gelas sehari dapat memastikan sistem ini berjalan dengan baik. Melalui senaman pula kita dapat membantu membuang bahan buangan dalam badan. Ia dapat dilakukan melalui perpeluhan, di mana air dan garam mineral dikeluarkan. Perpeluhan pula berlaku kerana adanya kelenjar peluh. Kelenjar peluh terangsang untuk mengeluarkan peluh dengan banyak apabila keadaan panas. Peluh akan tersejat daripada kulit dengan menyerap haba daripada badan. Tindakan ini akan menjadikan badan menjadi sejuk. Dalam keadaan yang sejuk, perpeluhan tidak akan berlaku. AKTIVITI 3.2 Kekurangan hormon kalsitonin boleh menyumbang kepada penyakit osteoporosis. Berdasarkan kenyataan ini, anda dikehendaki mencari maklumat mengenai hormon tersebut. Kelenjar apakah yang mengeluarkan hormon tersebut?

x x x

Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai hormon. Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh. Empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon ialah:  Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan.

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 105

Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau. Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh. Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir.

 

Kelenjar-kelenjar utama pada sistem endokrin adalah kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus. x Sistem pencernaan mengandungi organ-organ yang bertanggungjawab menjalankan tugas penting iaitu menyediakan bahan-bahan makanan untuk diserap supaya boleh digunakan oleh sel-sel tubuh. Sistem pencernaan adalah terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Bahagian-bahagian yang terlibat untuk membina sistem pencernaan terdiri daripada struktur-struktur berikut:          x Mulut Lidah Gigi Kelenjar air liur Farinks (tekak) Esofagus Gaster (perut) Usus kecil Usus besar (kolon)

x x

Empat peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita iaitu peringkat kunyahan dan telanan, penghadaman, penyerapan dan pembuangan bahan makanan yang tidak hadam. Sistem perkumuhan terdiri daripada empat organ iaitu sistem urinari, kulit tubuh, paru-paru dan kolon. Walau bagaimanapun, sistem urinari adalah laluan bagi sebahagian besar bahan buangan yang mengandungi toksik dan bahan asas.

x x

106

X TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2

x x x x x x x x x x x

Bahan-bahan buangan ini adalah bercampur dengan air dan dikeluarkan sebagai urin (air kencing). Tugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan mengekalkan hemeostasis. Hemeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan homestasis dengan mengeluarkan menyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih. atau

Organ-organ di dalam sistem urinari adalah dua ginjal, dua ureter, satu pundi kencing dan satu uretra. Kulit juga dikenali sebagai kutis dan salah satu fungsi tubuh sebagai agen pembuangan. Peluh adalah bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit. Kulit mempunyai dua lapisan iaitu epidermis dan dermis. Ginjal bertugas memproses urin sepanjang masa. Kandungan di dalam urin adalah urea, garam mineral dan air. Jumlah air yang kita minum dan jumlah peluh yang keluar mempengaruhi jumlah urin yang kita keluarkan.

TOPIK 3 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 2 W 107

Dermis Epidermis Esofagus Farinks Gaster Ginjal Hiperembesan Hiperparatiroidisma Hipoparatiroidisma Hiporembesan Hormon Kaviti oral Kawalan pencernaan Kelenjar adrenal Kelenjar air liur Kelenjar paratiroid Kelenjar pineal

Kelenjar pituitari Kelenjar timus Kelenjar tiroid Korteks adrenal Lobus anterior Lobus posterior Medula adrenal Mekanisme pencernaan Pundi kencing Sietem perkumuhan Sistem endokrin Sistem penghadaman Sistem urinari Ureter Uretra Usus besar (kolon) Usus kecil