AHMAD SHABRI BIN MOHD MASYARAKAT DAN TAMADUN

790719115159001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2011

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

790719115159001 0129572404 ahmadks@oum.edu.my

790719-11-5159

PUSAT PEMBELAJARAN

:

PP TERENGGANU

Ritual dan Kehidupan Lainnya 2.4 Budaya Sebagai Mekanisme Stabiliti.2 Budaya Sebagai Wadah Untuk Menyatakan Perasaan.1 Definisi Tamadun 1. 5 6 7 9 11 12 2.6 Budaya Sebagai Alat Kawalan Sosial. 3.5 Budaya Sebagai Identiti 2. KESIMPULAN 4.3 Budaya Sebagai Ukuran Kebesaran / Kepahlawanan / Kasta 2.2 Definisi Budaya 2 2 1. PENGENALAN 1. RUJUKAN 2 12 14 .3 Hubungan Tamadun Dengan Budaya 4 2.1 Budaya Sebagai Suatu Hubungan Pedoman Antara Kelompok Manusia 2.AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 ISI KANDUNGAN Muka surat 1. FUNGSI BUDAYA 2.

baik. 1 Chandra Muzaffar et al (2004). Daripada pandangan umum dan dua perspektif yang berbeza di atas jika digabungkan bolehlah kita takrifkan tamadun sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan. kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi. perkataan ‘tamadun’ selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi selari dengan penonjolannya dalam tamadun (civilization) Barat pada masa kini. tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau Negara bangsa. yang bermaksud budi pekerti atau akal secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Volume 4 (1).AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 1. 1. Pengenalan Ilmu Ketamadunan. PENGENALAN 1. kesenian. berlawanan dengan "perkara semula jadi" yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. pg. pemikiran dan kemajuan (seperti sains dan teknologi. yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi.1 Definisi Tamadun Perkataan tamadun sering digunakan unutk menggambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat.5 3 .2 Definisi Budaya Istilah budaya atau kebudayaan pula adalah berasal daripada perkataan sanskrit buddayah. ia memberi maksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia. Di dalam skop yang lebih lagi luas. Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam Bahasa Arab yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti1. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Dari perspektif semasa pula. halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti.

Colore pula memberi makna menanam atau mengerjakan. kepercayaan.Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif2. dan karya seni3 The American Herritage Dictionary mendefinisikan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan dari pola perilaku yang dikirimkan melalui kehidupan sosial. adat istiadat. abstrak. seniagama. bahasa. 2 Deddy Mulyana dan Jalaluddin Rakhmat. Bandung:Remaja Rosdakarya. ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial. Edward Burnett Tylor pula berpendapat bahawa budaya merujuk kepada suatu keseluruhan yang kompleks yang merangkumi pengetahuan. Koentjaraningrat seorang ahli sosilogi Indonesia sementara itu memberi komentar bahawa budaya adalah keseluruhan sistem gagasan tindakan dan hasil karya manusia dalam rangka kehidupan masyarakat yang dijadikan milikan diri manusia dengan cara belajar Andreas Eppink pula menyatakan bahawa budaya mengandungi keseluruhan pengertian nilai sosial.25 3 Human Communication: Konteks-konteks Komunikasi 4 . agama. juga segala pernyataan intelektual dan kesenian yang menjadi ciri khas suatu masyarakat.AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. seni. dan lain-lain. 2006.hal. Komunikasi Antarbudaya:Panduan Berkomunikasi dengan Orang-Orang Berbeda Budaya. tatasusila. budaya bersifat kompleks. dan luas. perlembagaan dan peraturan. perkakas.norma sosial.Budaya atau kebudayaan juga disebut di dalam Bahasa Inggeris sebagai culture yang diceduk dari bahasa asalnya iaitu bahasa Latin yang berbunyi colore. pakaian. dan semua hasil kerja dan pemikiran manusia dari suatu kelompok manusia. termasuk sistem agama dan politik. bangunan.

FUNGSI BUDAYA 5 . bahasa. dapat diperolehi pengertian budaya itu adalah sesuatu yang akan mempengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem idea atau gagasan yang terdapat dalam fikiran manusia. peralatan hidup. misalnya pola-pola perilaku. seni. Budaya kehidupan sesebuah masyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. sehingga dalam kehidupan seharian dan budaya itu sendiri adalah bersifat abstrak. dan lain-lain. 2. berupa perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata.3 Hubungan Tamadun dengan Budaya Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya mesyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Sedangkan perwujudan kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya.AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 serta sebarang kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat Dari berbagai definisi yang telah disebutkan di atas. 1. yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat. agama. organisasi sosial. Masyarakat yang berbudaya tinggu sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang merupakan cirri-ciri kehidupan bertamadun.

Ini bermakna ahli-ahli dalam satu kelompok atau tatanan masyarakat masing-masing sudah sedia maklum tentang maksud sesuatu benda. OUM 6 . Walaupun praktik ini sekarang sudah pun mungkin menular ke masyarakat lain. Perkara ini difahami oleh masyarakatnya sebagai tanda hormat dan hubungan keakraban. tatakerja. HBEF1503 Masyarakat Dan Tamadun.AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 Setiap benda atau perlakuan samada yang bersifat maujud atau abstrak mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Dan dengan sebab itu juga boleh timbul prejudis seperti mengaitkan perlakuan tersebut dengan hubungan gay atau lesbian. 2. bahkan budaya mempunyai banyak fungsi untuk dibincangkan.1 Budaya Sebagai Suatu Hubungan Pedoman Antara Kelompok Manusia Budaya adalah sesuatu fenomena sosial yang dikongsi oleh sekumpulan ahli masyarakat4 atau kelompok manusia. (2011). Selangor. Tidak cukup dengan itu sambil berpelukan mereka akan juga berlaga pipi. yang mencangkupi ruang lingkup yang menyeluruh. 4 Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail et al. Sebagai sesuatu yang kompleks. Hal ini berbeza dengan masyarakat arab yang sudah sekian lama memahami dan sebati dengan jiwa mereka. Seperti gelas berfungsi untuk minum. baik samada pengetahuan. begitu juga dengan budaya. gagasan atau perlakuan dalam konteks budaya tersebut. dan minum berfungsi untuk memberi tenaga dan mengekalkan air dalam badan supaya sihat. namun ia tidak diamalkan secara menyeluruh kerana mungkin tidak diterima umum sebagai budaya kelompok masyarakat tersebut. bahasa seni dan sebagainya sudah semestinyalah budaya itu mempunyai pelbagai fungsi untuk sama-sama digali cari. Sebagai contoh masyarakat Arab sesama lelaki dan sesama perempuan dari dulu hingga sekarang mengamalkan budaya berpelukan apabila berjumpa sesama mereka yang dikenali. Kita akan berasa selamat jika kita berupaya menjangkakan tindakan anggota-anggota masyarakat yang lain dalam kelompok kita.

mereka mula membendangi sawah. 2. Masyarakat Pantai Timur Semenanjung. Dan setelah musim kemarau semula. untuk mereka kembali ke laut bagi mencari rezeki. Sebagai tanda terima kasih. Ritual dan Kehidupan Lainnya Tidak dapat dinafikan bahawa budaya juga berperanan untuk menyatakan sesuatu perasaan sesuatu kelompok manusia.AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 Jika kita lihat kepada budaya masyarakat Melayu di sini pula sebagai contoh.2 Budaya Sebagai Wadah Untuk Menyatakan Perasaan. 7 . Main pantai diadakan sebagai menyatakan perasaan terima kasih masyarakat ketika itu kepada dewa-dewa laut dan permohonan selamat untuk mencari rezeki kerana punca pendapatan utama masyarakat di situ pada ketika dahulu adalah bergantung kepada laut. mereka mengamalkan adab bersalam ketika berjumpa. Mereka akan mula berpesta tanda gembira kerana padi sudah masak dan laut sudah tidak lagi bergelora. para nelayan dan pelaut tidak dapat kelaut. Begitu pula dengan masyarakat Jepun yang menunduk ketika berjumpa sesama mereka. Pada musim tengkujuh. gembira dan rasa ingin selamat mereka adakan upacara main pantai dengan menyerahkan padi dan beberapa alatan ritual lain kedalam laut. padi sudah tersedia masak. Sudah semestinya dalam konteks masyarakat melayu mereka tidak akan menjangkakan tangan yang dihulur itu bersifat kasar. Perkara ini pula difahami antara orang melayu sebagai tanda penghormatan dan adab sopan. terutama di kawasan pantai Terengganu suatu ketika dahulu menjadikan apa yang dinamakan sebagai ‘main pantai’ sebagai satu budaya. Ini bermakna sesuatu kelompok masyarakat dengan masyarakat yang lain tidak semestinya menyatakan perasaan dengan cara yang sama. Hasil curahan hujan. Semua ini adalah budaya yang telah mereka sedia maklum dan menjadi pedoman dalam hubungan mereka. lalu mereka menanam padi.

Kecamatan Bener Purworejo Indonesia pula. satu perayaan disambut sehari sebelum hari pertama musim bunga. Tradisi dan budaya yang dipanggil ‘Nyadran’ ini diadakan pada hari khamis kedua bulan Syaaban. Selalunya perayaan ini disambut pada 3 atau 4 Februari5. Perayaan ini juga dirayakan di tempat ibadat Shinto. bahawa budaya mesyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. 408. Tamadun Jepun.pg. Masyarakat Dusun Ngipik mengadakan upacara “Nyadran”. kaum dan suku yang sama dengan di kampung atau golongan bangsawan adalah masyarakat yang sama dengan golongan awam. Di Jepun. Contoh yang mudah di ambil ialah budaya kerabat di raja Melayu adalah berlainan dengan masyarakat awam melayu. (2004). Begitu juga golongan bangsawan dikatakan lebih urban. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Orang-orang Jepun membuang sejenis kacang (parched beans) di sekitar rumah mereka untuk membuang sial dan membawa kesejahteraan kepada ahli keluarga mereka. Orang dibandar dikatakan lebih bertamadun daripada orang-orang di kampung-kampung. 5 Azhar Mad Aros. wujud budaya yang berbeza yang berfungsi mengukur kedudukan ahli masyarakat tersebut. 2. Mbah Sodong Joyo dipercayai adalah orang yang mula-mula membuka perkampungan Mayungsari dari keturunan masyarakat Dusun Ngipik beratusratus tahun dahulu. Walaupun masyarakat Jepun dikatakan antara masyarakat termaju di dunia. Volume 4 (1). 8 . membangun dan bertamadun jika dibandingkan dengan golongan rakyat biasa biarpun warga di bandar adalah masyarakat. Ia adalah upacara ritual dan pemujaan di makam Mbah Sodong Joyo untuk menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada beliau.AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 Di perkampungan Mayungsari. namun sehingga sekarang majority masyarakatnya masih mengamalkan budaya tersebut.3 Budaya Sebagai Ukuran Kebesaran / Kepahlawanan / Kasta Sebagaimana yang dimaklumkan diawal tugasan ini. Ini bermakna dalam sesebuah masyarakat sendiri.

mereka berpakaian kuning sebagai lambang kebesaran sistem Raja Berdaulat dan rakyat biasa dengan sendiri akan faham bahawa mereka tidak sepatutnya memakai pakaian berwarna kuning ketika menghadiri majlis-majlis keramaian dan keraian serta majlis-majlis rasmi yang melibatkan Raja atau Sultan. Walaupun tiada undang-undang bertulis yang mengesahkan bahawa Raja-Raja tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan yang orang awam guna. muzik dan tarian Gamelan Melayu hanya dikhaskan untuk tontonan-tontonan golongan-golongan istana sahaja dan bersifat eksklusif.AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 Kerabat di Raja Masyarakat Melayu terutama pada zaman dahulu menggunakan ‘bahasa istana’ iaitulah bahasa. Selain daripada itu. ‘beliau’ dan sebagainya. Diantara rakyat pula boleh dibezakan daripada yang membawa keris dengan yang tidak membawa keris yang bermaksud yang tidak membawa keris adalah golongan yang daif tahap ekonomi dan kedudukannya disisi masyarakat. perkataan. Keris-keris golongan bangsawan dikatakan mempunyai saiz yang agak panjang dan bilangan luk yang lebih banyak serta hulu yang cantik dan nampak mahal. Sebagai contoh kata ganti diri ‘Beta’. ‘baginda’ berlainan dengan masyarakat awam yang menggunakan ‘saya’. contohnya dalam urusan-urusan rasmi RajaRaja Melayu. Makyong di Kelantan dan sebagainya. Dari segi budaya seni juga boleh diperhatikan perbezaan antara golongan istana dan rakyat. tetapi kerana ia telah menjadi adat dan budaya maka itulah bahasa yang digunakan oleh kerabat-kerabat diraja. Sebagai contoh. ungkapan dan istilah yang berlainan dengan masyarakat melayu umum walaupun dari segi erti adalah sama. manakala seni budaya untuk rakyat adalah tarian lain seperti muzik serta tarian dari Rodat dan Rarian Saba di Terengganu. ‘dia’. Begitu juga dalam cara berpakaian. ‘hamba’. membezakan golongan bangsawan dengan rakyat biasa dengan melihat kepada keris yang dibawa. Pada Akhir-akhir ini barulah 9 . masyarakat melayu zaman dahulu kala.

Budaya boleh berfungsi sebagai alat penyatuan ras dan etnik.4 Budaya Sebagai Mekanisme Stabiliti. keempat. akitiviti kesenian yang menarik dan peningkatan ekonomi boleh mempengaruhi budaya setempat yang sedia ada dan dibangunkan untuk kepentingan bersama. hasil pertembungan budaya orang-orang Arya dan penduduk tempatan maka terhasillah satu budaya baru yang melibatkan institusi sosial yang membahagikan kelas yang dipanggil kasta. Kshatriya iaitu kelas pemerintah dan pasukan keselamatan Negara. pengendali upacara kuil. Panchama/Chandala iaitu golongan murtad dan dibuang Varna.6 Di Utara India. Shudra yang berkhidmat kepada ketiga-tiga kelas di atas. Sesudah ditambah dua lagi kelas tersebut ia ditukar kepada konsep Caturvarna. satu kaum dengan kaum yang lain boleh hidup dalam satu masyarakat dan kelompok manusia. golongan terpelajar dan lain-lain. Tamadun India. 2. Penduduk tempatan (orang asal) yang menjalankan aktiviti pertanian digolongkan kepada kelas empat dan orang –orang yang dibuang daerah serta kelompok masyarakat dilabelkan kepada tingkat yang paling bawah . dan kelima. Sivapalan. Volume 4 (1). Kelas Sosial ini dibahagikan kepada lima iaitu kelas pertama Brahmin iaitu golongongan guru-guru agama. Melalui proses asimilasi dan perkongsian budaya. pedanda. Vaishya iaitu kelas perekonomian. Joget Gamelan Terengganu & Pahang. ketiga. pg. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. 6 Hj Ahmad Omar bin Hj Ibrahim. 254 10 . (2004).AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 tarian Gamelan Melayu di pertontonkan kepada umum dan dipelajari oleh orang-orang kebanyakkan setelah lama Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mariam mangkat. Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara. cara berfikir. Kelas dan sistem social ini didapati sudah wujud sekurang-kurangnya sejak Zaman Veda Awal (1500SM-1000SM)7 dan dipelihara Pemerintah India sehingga sekarang. tanpa ada konflik. tambahan kepada tiga sistem kelas sedia ada orang-orang Arya pada ketika itu iaitu Varna. Kuala Lumpur. (2005).Amalan ini menjadi budaya turun temurun di dalam masyarakat India Utara. Kedua. 7 G. Bahkan budaya dominan yang memberi manfaat kepada tatahidup.

Wiman. Melalui Konfusianisme. Bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa Korea semasa era tersebut mempunyai kebudayaan yang sama dengan Provinsi Liaoning dan Shandong. Hal ini adalah kesan daripada kesamaan budaya yang diamalkan diantara kedua-dua buah Negara. 334 11 . Interaksi Budaya Cina Dengan Kawasan Bulatan Budaya. Selain aktiviti perdanganngan terdapat juga orang-orang Cina yang migrasi ke Korea sebagai kerana melarikan diri dari peperangan dan mencari suaka politik. Sebagaimana Konfusianisme. budaya dan politik Cina diterima bulat-bulat oleh semua lapisan masyarakat korea.pg. Pada Zaman Dinasti Shang (kk kurun ke 16SM – ke 11SM) orang Cina telah mengenali Korea sebagai sebuah kawasan dan entiti yang tersendiri8. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. 8 Cheng Gek Nai. Buddhisme juga di sambut baik dan berkembang pesat di Korea. Unsur-unsur kebudayaan Cina telah diserap secara besar-besaran oleh setiap negeri sukuan ini. volume 4 (1). Walau bagaimanapun orang korea adalah orang yang berlaianan ras dan bahasa dengan orang Cina. Proses perkembangan ini mencapai kemuncaknya apabila Korea muncul sebagai sebuah Negara berfahaman Konfusianisme semasa Dinasti Li (1392-1910) yang memerintah seluruh Semenanjung Korea. undang-undang dan institusi social. iaitu seorang pelarian politik Cina dikatakan pernah memerintah sebuah wilayah puak Korea iaitu Chosan pada kurun ke-2 Sebelum Masihi. Paekche dan Silla yang masingmasing telah menyatukan sebilangan puak-puak muncul di antara kurun pertama hingga ke enam Masihi.AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 Sebagai contoh apa yang terjadi kepada Korea semasa Zaman Neolitik (sehingga kurun ke 10 SM) . China. interaksi antara Cina dan Korea tidak terhenti-henti malah sentiasa berkembang. Konfusianisme dan Buddhisme adalah antara unsur-unsur kebudayaan Cina yang amat berpengaruh di Korea. . Tiga buah negeri berbentuk sukuan iaitu Koguryo. (2004). Buddhisme di Korea pula merupakan agama yang telah ditafsir dan diubahsuai mengikut kebudayaan Cina. Dari Dinasti Sui sehingga Dinasti Qing (5811911).

Gamelan – Indonesia-Malaysia. Capoeira – Brazil. 2. Silat Tanah Melayu.AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 2. Tomoi-Siam. piano eropah. yang itu adalah masyarakat Cina. Namun setelah keberadaan manusia menuju abad ke 21 ini. Jubah dari masyarakat Arab. Sosialisasi ialah proses di mana nilai-nilai budaya diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Baju Melayu dan Kurung. Melalui cara berpakaian seseorang anggota masyarakat pula kita dapat mengetahui bahawa pakaian Cheongsam adalah dari masyarakat Cina. gambus masyarakat Arab. Tarian Hula-Hula.Indonesia. orang akan tahu bila melihat Tarian Singa atau Naga. Sari dari India. 12 . Kita boleh mengetahui identiti masyarakat dari cabang budayanya seperti seni.5 Budaya Sebagai Identiti Selain daripada fungsi-fungsi yang telah disebutkan terdahulu. ibu bapa Melayu pada suatu masa dahulu akan merasa sedih dan malu jika anak-anak mereka tidak mahu mengaji Al-Quran dengan guru Al-Quran kampong mereka. Kungfu – Cina.6 Budaya Sebagai Alat Kawalan Sosial. budaya juga berperanan untuk menunjukkan identiti sebuah masyarakat. Destar dan Kebaya. masyarakat melayu. masyarakat Hawaii. Budaya setempat dalam satu kelompok masyarakat mungkin dianggap tidak sopan pada pandangan masyarakat lain. telah menunjukkan bahawa kebanyakan anggota sesebuah masyarakat telah boleh menerima budaya dari masyarakat lain sebagai hormat sesama manusia walaupun budaya itu tidak diamalkan dalam masyarakatnya. Melalui budaya. masyarakat Jawa. Melalui seni muzik dan budaya serta seni pertahanan diri contohnya. Contohnya. Indonesia dan sebagainya. Batik. kita mudah menidentifikasikan masyarakat. cara berpakaian dan sebagainya. Nilai-nilai budaya ini pula akhirnya akan menjadi satu norma yang menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. dan sebagainya.

Maharaja atau Maharani yang menaiki takhta akan bertukar tempat atau memindahkan ibu Negara (pusat kerajaan) dan ini merupakan suatu budaya dan tradisi penting. bermula daripada hubungkait budaya dengan tamadun sehingga kepada definisi yang pelbagai dan akhirnya kepada fungsi-fungsi budaya yang telah diutarakan. KESIMPULAN Setelah di teliti dari semua aspek. Budaya ini terus di amalkan setiapkali Maharaja dan Maharani baru menaiki tahkhta sehinggalah pada tahun 710 Masihi apabila Maharani Gemmyo mula berani mendirikan ibu kota yang tetap di Nara. maka nyatalah kewujudan budaya itu sangat penting dan memberi makna yang besar kepada umat manusia pelbagai ras dan etnik. Apa yang terjadi hasil daripada interaksi budaya sebagaimana contoh interaksi budaya antara orang-orang Cina dan Korea. iaitu pada Zaman Yayoi. Perkara berpindah tempat ini adalah budaya yang membentuk kawalan sosial supaya perbuatan tidak berpindah itu menjadikan anti masyarakat. Ini kerana. Dapat juga disimpulkan di sini bahawa budaya itu dapat dipelajari. 13 . Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini bahawa ketinggian budaya dengan sendirinya akan dapat mewujudkan sebuah persekitaran masyarakat yang harmoni. Dalam adat resam keluarga diraja Jepun sejak empayar Jepun telah diasaskan pada tahun 660 SM. dengan budayalah maka sesebuah masyarakat itu menjurus kepada kehidupan yang bertamadun. 3. anak-anak kecil akan pergi belajar mengaji Al-Quran di surau-surau atau di rumah-rumah guru Al-Quran. atau interaksi antara orang-orang Arya dan penduduk asal India bahkan antara pelbagai ras dan etnik yang mana budaya menjadi penghubung antara kaum untuk pinjam meminjam budaya yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk menjalani dan mendepani hidup supaya lebih baik.AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 Ini kerana budaya dan tradisi kampong melayu..

Oleh itu wajarlah untuk semua umat manusia cuba memahami dan belajar atau sekurang-kurangnya menghormati budaya yang diamalkan sesuatu masyarakat untuk mengelak persengketaan.Norma-norma yang baik ini akan menjadi budaya yang boleh ditiru oleh kelompok yang lain sehingga akhirnya dapat mewujudkan masyarakat yang besar yang boleh kita katakan Tamadun Manusia. cara pemikran dan sebagainya. masyarakat yang sangat pelbagai. maka dengan sendirinya ia menunjukkan sesuatu yang amat penting untuk dipelajari khususnya di dalam masyarkat majmuk seperti Malaysia. dan antara masyarakat-masyarakat lain amnya. bahawa bilamana budaya itu mempunyai sesuatu nilai yang tinggi maka budaya itu akan bertukar menjadi norma dalam masyarakat. Dan perlulah diingat bahawa norma-norma itu adalah satu alat kawalan social yang sangat efektif dalam menjaga hubungan dalam sesuatu kelompok masyarakat samada norma itu asal muasalnya bersilah daripada agama. tetapi kita hanya berkongsi satu bumi yang sama.AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 Bilamana budaya berfungsi sebagai mekanisme perpaduan. Daripada budaya juga kita faham. seni. baik dari komuniti. APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI 14 . Oleh kerana kita.

Volume 4 (1). Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail et al. 334 4. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara. Hj Ahmad Omar bin Hj Ibrahim. Volume 4 (1). 8. 254 7. (2004). (2011). Cultural Antroplogy: Cultural Anthropology: An Applied perspective (6th ed. Belmont: Thomson Wadsworth. pg. Azhar Mad Aros.5 3. Gary. pg. Ferraro.25 5. Interaksi Budaya Cina Dengan Kawasan Bulatan Budaya. Joget Gamelan Terengganu & Pahang. Chandra Muzaffar et al (2004). Pengenalan Ilmu Ketamadunan. (2006). (2004). Tamadun India. G. Volume 4 (1). Selangor: OUM 9. 408 2. Tamadun Jepun. Deddy Mulyana dan Jalaluddin Rakhmat (2006). Cheng Gek Nai. (2004).com 15 . 6.AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 HBEF1503 1. Sivapalan et al. pg. Volume 4 (1). From http://ilmuwanmuda. 28/10/2011.Tamadun Islam dan Tamadun Asia. pg.wordpress. Berbagai Budaya Lokal: Pengaruh Budaya Asing dan Hubungan Antar Budaya. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. pg. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. (2005). HBEF1503 Masyarakat Dan Tamadun. Bandung:Remaja Rosdakarya Komunikasi Antarbudaya:Panduan Berkomunikasi dengan Orang-Orang Berbeda Budaya. Tamadun Islam dan Tamadun Asia.).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful