Ulasan Jurnal APPROACHES TO ENVIRONMENT ETHICS RECONSIDERED oleh Chung-Ying Cheng, professor, Department of Philosophy, University of Hawaii

. Ulasan oleh Mohd Borhan bin Ashaari. Pengenalan dan Konsep Jurnal yang bertajuk Approaches to Environment Ethics Reconsidered ini ditulis oleh Chung-Ying Cheng. Penulis membincangkan tentang kesedaran alam sekitar berasaskan falsafah klasik China iaitu Dao atau Tao, Buddhalisme, dan Confucian dengan memberi penekanan tentang hubungannya dengan berkaitan tentang isu alam sekitar dan aplikasinya pada zaman sekarang secara tidak langsung mahupun lansung dalam kehidupan manusia terutamanya. Menurut penulis untuk merujuk Tao secara menyeluruh dan pada hakikat sebenar perlu ada pengalaman untuk memahami pandangan Taolisme iaitu keseimbangan yang kekal dan harmoni. Konsep Tao yang cuba dipertengahkan oleh penulis ialah etika yang berfokus kepada sesuatu yang boleh dipertimbangkan oleh pengalaman dalam menilai kesan sesuatu pembangunan, kelakuan diri sendiri atau sebahagian manusia lain dalam persekitaran. Dalam falsafah klasik China iaitu Tao ini penulis telah memberi pelbagai pendekatan iaitu pendekatan Yanzhu dan pendekatan Mozi. Pendekatan Yanzhu ialah jalan penyelesaian memelihara alam sekitar dan keamanan dunia semua orang bagi kepunyaan sendiri, manakala pendekatan Mozi pula ialah jalan penyelesaian untuk keamanan dunia dengan merendahkan pensaingan alam sekitar dengan baik. Penulis menyatakan kalau pendekatan Tao diamalkan dalam kehidupan manusia, manusia akan menjadi conservation dan preservationist. Hal ini kerana pendekatan Laozi lebih kepada conservation berbanding preservationist manakala Zhuangzi lebih preservationist berbanding conservation. Penulis menegaskan bahawa dalam pendekatan Tao yang terbuka kedua-duanya iaitu Laozi dan Zhuangzi boleh digunakan pada masa yang berlainan, tujuan yang berbeza dan proses kenyataan secara menyeluruh .

Terdapat juga penulis menyentuh mengenai pandangan Buddhalisme iaitu seseorang yang memgambil keputusan terakhir untuk mengikut pandangan ini memungkin seseorang akan banyak menyelamatkan nyawa berbanding dalam hal lain. Keadaan ini berlaku kerana penulis menyatakan bahawa dalam pandangan anthropocentric wujud bersama dengan pandangan non-anthropocentric dan begitu juga dengan adanya conservationism telah wujud bersama preservationist. Bagi pandangan Confucian pula penulis menyatakan bahawa manusia yang menerima ajaran atau prinsip pada peringkat kecintaan hubungannya dengan alam sekitar iaitu manusia yang mengambil berat niat untuk bertindak dalam hidupnya terhadap alam sekitar. Keadaan ini bermaksud seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya membunuh atau menyeksa binatang. Oleh itu, manusia harus menghargai keindahan kehidupannya, binatang, dan cuba sedaya upaya mengekalkannya seboleh yang mungkin. Selain itu, penulis menambah bahawa manusia juga perlu melihat cara pandangan non-anthropocentric untuk maksud anthropocentric kerana penulis berpendapat tidak semua anthropocentric dapat melindungi semua kehidupan tidak kira besar mahupun kecil atau sedar mahupun yang tidak sedar. Pengkaji menyatakan dalam sistem Demokrasi, pandangan anthropocentric diletakan di bawah polisi awam namun begitu kecenderungan sesorang lebih kepada non-anthropocentric. Keadaan yang sama berlaku dalam pembinaan awam yang lebih kepada preservantionist berbanding conservationist walaubaaimanapun asas pertimbangan conservationist lebih baik untuk orang ramai..

Permasalah Kajian. Menurut penulis, melalui pengiraan pakar, manusia akan menghabiskan minyak di muka bumi ini dalam masa 200 tahun lagi. Pengkaji cuba membangkitkan isu pengunaan gas dan minyak kerana sumber gas dan minyak merupakan keperluan penting pada zaman sekarang. Keadaan ini disebabkan gas dan minyak merupakan keperluan industri moden dan manusia untuk pengunaan harian. Bagi mengatasi masalah sumber tenaga yang terhad iaitu gas dan petro pengkaji menyarankan supaya menghasilkan tenaga alternatif untuk mengatasi masalah ini tetapi pengkaji juga memberi amaran bahawa setiap tenaga alternatif yang dihasilkan akan memberi kesan yang bahaya kepada alam sekitar. Selain itu, pengkaji menyarankan manusia mengubah cara hidup yang lama supaya pengunaan minyak dapat dijimatkan misalnya manusia terpaksa berhenti mengunakan kereta sendiri dan terpaksa mengunakan bas ataupun kereta api. Penulis juga mengambil pandangan ahli pengetahuan alam iaitu jika manusia tidak berganjak mengunakan gas dan minyak akan timbul pelbagai persoalan apa yang akan terjadi kemudiannya. Penulis berpendapat bahawa ekologi yang seimbang merupakan memulihan alam sekitar sepenuhnya. Biar pun alam sekitar adakalanya membawa kemusnahan tetapi alam sekitar jauh lebih baik dalam kitaran kehidupan daripada pemikiran manusia. Menurut penulis manusia perlu ada pengiraan berapa banyak kemusnahan yang kita lakukan seperti kemusnahan hutan untuk pertanian. Keadaan ini menunjukkan manusia secara semula jadi membuat persekitaran sendiri untuk kepentingan manusia sehingga persekitaran tersebut membahayakan diri sendiri kerana kemusnahan hutan untuk pertanian telah membuat bumi menjadi panas seterusnya mengakibatkan hujan asid yang membahayakan pertanian dan manusia.. Penulis juga menambah mengenai kehendak manusia yang sebenar. Namun, timbul persoalan yang dikemukakan oleh penulis iaitu sejauhmana kehendak manusia itu dapat dipenuhi dan berapa harga yang perlu dibayar untuk memcapai kehendak manusia itu. Selain itu, penulis menyatakan bahawa mampukah proses kemajuan dan evolusi boleh menjadikan alam sekitar menjadi sempurna dan disamping itu dapat memenuhi kehendak manusia atau sebaliknya dalam sudut pandangan manusia.

Objektif Kajian. Objektif yang pertama yang ditimbulkan oleh penulis juga ialah ketegangan melihat sesuatu masalah dari segi asas keperluan manusia terhadap sifat manusia dan asas kecintaan manusia terhadap sudut pandangan Tao. Selain itu, penulis terus menimbulkan objektif yang kedua iaitu sama ada sudut pandangan non- anthropocentric lebih bermakna dan berguna pada masa yang sama dalam melindungi alam sekitar seperti anthropo-centric dan melihat sejauhmanakah sudut pandangan anthropocentric tidak boleh dibuang tetapi digunakan pada peringkat kedua dalam semua keadaan yang baik untuk non-anthropocentric ataupun ant- anthropocentric. Bagi objektif ketiga penulis sejauhmanakah kedudukan moral dalam melihat penjagaan dan memulihan alam sekitar ini alam sekitar.hal ini kerana terdapat sesetengah manusia yang bersifat individualisme, yang menimbulkan bertanya yang mana berhak dalam pertimbangan moral mengikut pandangan tertentu dalam memelihara alam sekitar. Manakala objektif keempat pula penulis ialah untuk melihat sejauhmanakah justifikasi tndakan dan kebudayaan manusia dalam alam sekitar dari sudut pandangan nonathropocentric. Objektif ini adalah untuk melihat sama adad manusia perlu menghormati, mengakui dan mencintai kehidupan dengan tindakan harmoni dalam mengimbangi alam sekitar tidak kira yang berada di permukaan bumi mahupun yang berada di atas langit.

Dapatan Kajian. Kalau mengikut sejarah Taolisme, manusia membiarkan kehidupan dan tinggal dalam alam semula jadi dengan menjadi primitif, tanpa menganggu, dan tunduk kepada keseimbangan alam semula jadi iaitu dengan hidup secara sederhana. Dalam hal ini penulis menyatakan bahawa manusia hidup secara berkumpulan bukannya bersendirian untuk mencapai pemikiran, dan kuasa dalam mengeimbangi alam sekitar. Dengan ini sejarah Tao dalam ajarnya tidak relevan lagi digunakan dan perlu mengubahnya mengikut peredaran zaman kerana jika hanya segelintir yang mengamalkan pandangan Tao ini tidak memberi apa-apa kesan terhadap keseimbangan alam. Dari dapatan ini penulis menyatakan bahawa manusia mempunyai sains dan teknologi yang lengkap dari masa ke masa dalam membuat perubahan atau peranannya mengikut peredaran zaman namun pengunaan sains dan teknologi ini telah menimbulkan atau menjadikan manusia lebih merosakan alam sekitar. Hal ini kerana manusia telah memanipulasikan sains dan teknologi sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut dan bertambah banyak kemusnahan yang dilakukan terhadap alam semula jadi. Bagi mengatasi masalah keseimbangan alam semula jadi ini penulis menyarankan manusia perlu peka dalam setiap tindakan dengan memastikan tiap tindakan yang patut dilakukan dan sebaliknya dalam mengimbangi alam semula jadi. Misalnya manusia perlu bertindak seperti mana yang mereka mahu dalam kehidupan ini dan tinggalkan sesuatu tindakan yang mereka tidak mahu. Oleh itu, penulis menyatakan bahawa manusia perlu mempunyai rancangan yang menyeluruh dalam kehidupan untuk keimbangan umun dan peribadi atau individu berdasarkan jalan pemikiran anthropocentric dan non-anthropocentric tanpa memisahkan jalan pemikiran ini dalam perancangan kehidupan. Hal ini penting kerana manusia perlu berfikir secara kritikal dalam kehidupan supaya setiap pengalaman dapat disesuaikan dengan kehidupan realiti.

Selain itu, penulis berpendapat bahawa tiga pendekatan iaitu pragmatik, postmodenisme dan pluralisme lebih mengambarkan earthly (duniawi) atau pendekatan

realistik sahaja. Bagi penulis tiga pendekatan iaitu pragmatik, postmodenisme dan pluralisme tidak sesuai dalam membuat perancangan dalam kehidupan kerana manusia perlu ada pendekatan heavenly (syurgawi) supaya lebih mengambarkan alam sekitar dengan sikap manusia yang mungkin lebih kepada pragmatik dan lebih kepada aesthetic. Oleh itu, manusia perlu ada perancangan bagi setiap projek supaya dapat mencegah bencana alam dan memastikan manfaat yang besar kerana wujud keperluan kolektif manusia dalam pembaikan alam sekitar. Keadaan ini telah menjadikan manusia lebih rasional dan lebih naturalist (pakar dalam tumbuh-tumbuhan) pada masa yang sama bukanya hanya mengejar kemodenan atau pembangunan sahaja. Hal ini menyebabkan manusia mungkin lebih menjamin setiap tindakan dengan adil dan bertanggungjawab sepanjang masa dan tempat. Penulis juga menyatakan bahawa manusia perlu menerima atau terpaksa menerima integratively dan pluralistically bukan hanya pluralistically sahaja kerana manusia perlu berkongsi supaya dapat menghasilkan secara sistensis tentang pengertian dalam menyelesaikan masalah secara sepakat dan tersendiri supaya menjadi lebih baik. Hal ini menyebabkan manusia perlu ada satu pendekatan yang menyeluruh dan sepenuhnya dalam pertimbangan semula tentang konsep alam sekitar dan konsep etika.

Kelemahan dan Cadangan.

Dari segi kelemahan yang paling ketara dalam jurnal ini ialah perbandingan yang tidak tepat kerana menurut Fug Yu lan menyatakan bahawa fahaman Taoisme dan Confucianisme adalah berbeza, kerana ia adalah ungkapan rasionalisasi atau teoritikal dari aspek yang berbeza dalam kehidupan para petani.1 Para golongan petani hidup dengan sederhana dalam kehidupan mereka dan baik dalam fikiran mereka. Melihat perkara-perkara menurut dalam pandangan mereka, pengikut Taois menyesuaikan kesederhanaan dalam masyarakat primitif dan mengutuk tamadun. Mereka juga menyesuaikan kanak-kanak yang tidak bersalah dan memandang rendah terhadap pengetahuan. Lao-Tzu (Lao-tsu) mencari ‘negara yang kecil dengan pendudukan yang kurang’ dan mendorong untuk kembali kepada keadaan yang tidak berpelajaran, dengan bentuk kesenangan seperti mereka tidak akan pergi ke negerinegeri jiran. Selain itu, kelemahan dari segi kefahaman iaitu fahaman Taoisme boleh mencai matlamat seperti ini kerana fahaman mistisisme mereka yang hanya difahami oleh orang tertentu. Melalui kebaikan dari fahaman animismenya dan pergabungan dengan fahaman mistik Wuisme, ia adalah bertentangan pada perhatian golongan Confucian dari aturan negeri dan sikap manusia yang sempurna, di dalam struktur yang lebih awal dari keharmonian langit dan bumi. Fahaman Taoisme, sama seperti fahaman Buddhisme mencuba matlamatnya dalam keadaan yang kendur dan disangkal dan sebagai akibat cuba untuk mencari struktur awal seperti yang diterjemahkan oleh Confucius.2 Manakala kelemahan penulis yang lain ialah dari segi perbandingan iaitu penulis tidak melakukan berbandingan dengan agama lain yang mana penulis hanya melihat pandangan dari segi falsafah klasik Cina sahaja dalam jurnal. Namun masih terdapat beberapa pendekatan barat yang digunakan dalam memperbaiki dan menyokong penulisan yang dilakukan oleh penulis dalam jurnal yang diberikan. Penulis juga tidak menerangkan secara terpenrinci pendekatan-pendekatan yang diambil. Oleh itu, jurnal ini hanya dilihat hanya dari satu pandangan sahaja tanpa perbandingan yang dilakukan oleh penulis. Untuk cadangan yang perlu dilakukan oleh penulis ialah melihat pandangan agama Islam tentang etika alam sekitar kerana umat Islam mempunyai kitab Al-Quran yang
1

Fug Yu lan, (1948). A Short History of Chinese Philosophy, disunting oleh derk Bodde. New York :Macmillan 2 Mohd Fauzi bin Haji Awang (1971). Ugama-Ugama Dunia. Kelantan ; Pustaka Aman Press hlm102-117.

menjadi asas kepada pembentukan insan dalam diri. Bukan itu sahaja malahan kitab Alquran ini lengkap dalam memperkatakan alam sekitar. Oleh itu, penulis disarankan supaya falsafah klasik cina ini adalah lebih baik jika digabungkan dengan konsep-konsep Islam supaya timbul pertembungan intelektual antara falsafah cina dan konsep-konsep agama Islam. Hal ini dapat di lihat bahawa agama Islam telah memperkenalkan pula dua konsep yang menyokong sesuatu perbuatan manusia iaitu konsep halal dan haram. Jika alam digunakan untuk memberi menafaat kepada manusia maka itu halal jadinya dan pahala balasannya. Sebagai contoh manusia meneroka hutan bagi tujuan pertanian dan mengseimbangkan putaran ekologinya, maka dalam Islam ini adalah halal. Tetapi jika manusia membakar hutan sewenangnya tanpa kawalan hingga menyebabkan kerosakan kepada struktur hutan dan mengakibatkan kesan sampingan seperti jerebu,maka,perbuatan ini dikira haram,walaupun pada asalnya niat nya baik. 3 Bagi cadangan seterusnya penulis tidak perlu kembali dengan cara hidup lama dengan tidak mengunakan kereta semata-mata untuk menjimatkan tenaga minyak tetapi penulis perlulah memikirkan sesuatu tenaga alternatif dalam mengatasi kekurangan sumber tenaga. Di Malaysia suatu sumber tenaga alternatif telah dicadangankan iaitu bahan yang boleh diperbaharui (renewable resources) seperti bahan sisa hutan, biojisim kelapa sawit, tenaga suria, tenaga hidro dan barang buangan ( Berita Harian ; 01/01/05). Oleh itu, penulis tidaklah perlu mengikuti sesuatu falsafah yang boleh memundurkan manusia kebelangkang tetapi perlulah berpikir untuk terus maju tanpa mengabaikan nilai-nilai murni yang ada dalam falsafah cina itu supaya manusia boleh membuat pertimbangan yang bijak dalam membuat perancangan tanpa menganggu keseimbangan alam semula jadi yang amat ditekankan dalam ajaran nilai taolisme kepada manusia kerana jika manusia menganggu keseimbangan ini maka manusia perlulah menangung kesan yang dilakukan itu sendiri.

Kesimpulan. Dapatlah disimpulkan bahawa jurnal ini merupakan asas penerangan falsafah klasik cina terhadap alam sekitar. Dengan ini kajian yang dilakukan penulis merupakan satu tinjauan
3

Sadar Ziaudin, ,(1984)."Yhe Touch of Midas:Science,Values and the Enviornment in Islam and the West,". Mancester ; University of Mancester Press

awal yang perlu disusuli dengan kajian yang lebih besar saiznya demi memperolehi ketepatan dapatan kajian. Bukan itu sahaja kajian yang akan dilakukan perlulah bersifat menyeluruh di mana bukan sahaja melihat dari falsafah klasik cina ini tetapi perlu dilihat dari sudut pandangan agama lain supaya perbandingan konsep antara agama atau ajaran atau pandangan dapat mencetuskan satu pendekatan yang menyeluruh bukan sahaja dapat memperbaiki tetapi dapat melihat bahawa setiap pandangan mempunyai nilai-nilai yang tersendiri terhadap Etika alam sekitar ini. Oleh itu, penulis telah mengemukakan reka bentuk asas yang boleh diperkembangkan disamping kriteria-kriteria yang boleh dipertimbangkan untuk menilai sejauhmanakah tahap falsafah klasik cina ini mempergaruhi Etika alam sekitar kepada manusia.

BIBLIOGRAFI Sadar Ziaudin, ,(1984)."Yhe Touch of Midas:Science,Values and the Enviornment in Islam and the West,". Mancester ; University of Mancester Press.

Mohd Fauzi bin Haji Awang (1971). Ugama-Ugama Dunia. Kelantan ; Pustaka Aman Press. Fug Yu lan, (1948). A Short History of Chinese Philosophy, disunting oleh Derk Bodde. New York :Macmillan. Mamat Salleh. 2005. Penggunaan biofuel wajar diperundangkan di Malaysia. Berita Harian, 1 Jan : 3

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.