UNIT 4

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA

Sinopsis

Unit ini direka bentuk khusus untuk membantu pelajar menguasai ilmu dan kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, dari aspek kemahiran lisan dan bacaan. Semasa meneroka unit ini, pelajar akan dapat mengetahui konsep, jenis dan peringkat kemahiran lisan dan bacaan tersebut. Untuk membolehkan kemahiran lisan dan bacaan ini dikuasai dengan berkesan, pelajar akan mengetahui strategi terutamanya aktiviti-aktiviti pengajaran dan Seterusnya, pelajar juga akan mengenal pasti cara memilih dan

pembelajaran yang sesuai.

menghasilkan bahan untuk mengajar kemahiran tersebut. Akhirnya, pelajar akan dapat membina jenis dan bentuk penilaian bagi aktiviti kemahiran lisan dan bacaan.

Hasil pembelajaran

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. 2. 3. 4.

menjelaskan konsep kemahiran lisan dan bacaan ; mengenal pasti jenis-jenis kemahiran lisan dan bacaan; menyatakan peringkat-peringkat penguasaan kemahiran lisandan bacaan; menerang dan mengaplikasikan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan dan bacaan;

5.

membina dan menggunakan

bahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran

kemahiran lisan dan bacaan ; dan 6. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran lisan dan bacaan.

1

Tajuk 4.1

KEMAHIRAN LISAN

Pengenalan Apabila kita menyebut lisan kita akan tergambar dua orang atau lebih sedang bertutur, berinteraksi mahupun berkomunikasi. Walau apapun perkataan atau istilah yang digunakan namun perlakuan yang terlibat ialah mereka menerima mesej dan menghasilkan maklumat berdasarkan mesej yang diterima itu tadi. Dengan itu, kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang sama penting iaitu

kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau

maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya itu dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik itu pula dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan lancar, pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi komunikasi yang dialaminya ketika itu.

2

4.1.1

Kemahiran Mendengar

i.

Pengenalan Dalam proses pemerolehan bahasa kita terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai

bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Dengan itu kita menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialami daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita, dan kemudian kita cuba meniru serta menuturkannya berulang kali. kepada kita. Persekitaran inilah yang menjadi model

Jika model itu merupakan model yang baik iaitu mereka yang menggunakan Jika

bahasa yang baik (yang standard), maka keadaan ini akan menguntungkan kita. sebaliknya, kita akan rugi kerana memperoleh contoh dan meniru model yang salah.

Pegang kucing itu baik-baik, ya !

Situasi 1

Pegang atau pelukkah, mak?

situasi 2

Situasi 1 dan situasi 2 di atas menunjukkan proses mendengar berdasarkan dua model. Dalam situasi 1 si ibu telah menggunakan perkataan pegang untuk memberi maksud perlakuan

anaknya. Manakala dalam situasi 2 anak bertanya semula kepastian perlakuannya sama ada bermaksud pegang atau peluk. Jika mengikut kedua-dua gambar di atas, perkataan peluk adalah lebih tepat. Inilah yang dimaksudkan model baik dan model kurang baik. pastinyalah model baik adalah penting dalam proses mendengar dan meniru ini. Sudah

ii.

Jenis Kemahiran Mendengar
3

apakah yang berlaku dalam proses mendengar ini? Inilah yang dinamakan mendengar pasif.Penyataan di atas menyatakan bahawa kemahiran bertutur itu terhasil daripada proses mendengar. Eh. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Pelajar-pelajarnya berdiam diri menunjukkan bahawa mereka tidak faham apa yang dikatakan oleh gurunya. Mendengar Pasif Situasi 1 menunjukkan guru menerangkan nama sejenis pokok dengan menggunakan istilah saintifiknya. Murid mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima. menghurai dan menilai apa yang didengar sebelum sesuatu tindakbalas yang sewajarnya perlu dibuat. Dengan itu dapat kita simpulkan bahawa proses mendengar itu melibatkan proses memaham. dia akan menghubungkaitkan bunyi itu dengan makna. Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan kemahiran mendengar aktif. dan berasaskan pengetahuan serta pengalamannya. Ha? ! Situasi 1 a. kenapa senyap saja ni! !!!! ???? . Pokok ini bernama „Vanda Diana‟. Jadi. 4 . Bunyi yang bermakna itu kemudiannya akan menjadi asas bagi seseorang itu membuat tindakan. Apakah yang terjadi dalam proses mendengar itu? Ketika mendengar seseorang itu akan menangkap gabungan bunyi-bunyi bahasa.

5 . Peringkat Kemahiran Mendengar dan Memahami Apabila kita berkata tentang proses. Mendengar Aktif Mengapa pelajar-pelajar di dalam situasi 2 di atas menjawab penyataan gurunya? Sebab pelajar-pelajar itu faham apa yang dikatakan oleh gurunya itu. Bunga orkid ada warna biru. iii. jingga .Ini pokok orkid atau anggerik. Inilah yang dikatakan Maksudnya. mendengar aktif melibatkan komunikasi dua hala. kita tidak dapat lari daripada sesuatu keadaan yang berlaku secara berperingkat dan mengikut aras-aras tertentu. putih dan lain-lain. lagi Pokok orkid? Ibu saya suka tanam pokok orkid. Oleh itu. Terdapat dua peringkat kemahiran mendengar yang mempunyai aras rendah dan aras tinggi. Situasi 2 b. Saya tahu. hijau. pelajar memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar. mendengar aktif. Begitulah juga dengan proses kemahiran mendengar ini.

6 . Kemudian cuba huraikan perbezaan kemahiran mendengar mengikut aras-aras tersebut.      Aras Rendah Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci Mengenal maklumat khusus Mengesan urutan Mengenal sebab dan akibat Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap   Aras Tinggi      Mengenal isi-isi penting Mengenal peranan dan perhubungan yang bercakap Mentafsirkan maksud orang yang bercakap Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu Latihan 1 Sila baca dan fahami kemahiran mendengar mengikut peringkat aras rendah dan aras tinggi.

 Perbualan melalui telefon.  Mendengar serta lakonan sikap atau penutur drama daripada yang Mengenal dan mengecam diperdengarkan. bagaimanakah anda dapat mengajar pelajar-pelajar anda menguasai kemahiran mendengar secara berkesan? Sudah tentulah dengan menggunakan sesuatu cara. Aktiviti Kemahiran Mendengar Anda telah mengetahui jenis dan peringkat kemahiran mendengar. intonasi. pembelajaran. cerita dan berita. gaya pengucapan perbualan.  Mengecam pelbagai jenis nada. Membuat inferens sebab-sebab Misalnya. rakaman perbualan.  Mengenal pasti erti kata-kata. 7 .  Menerangkan perkara. Sekarang bagaimanakah pula anda dapat menguasai kemahiran mendengar itu? Ataupun.  Mengecam sebutan baku dan tidak baku dan bunyi kata. wawancara. kejadian sesuatu jelaskan sebab-sebab terjadinya tanah runtuh? Menganalisis maklumat  Mencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan merujuk kamus. cara itu dimaksudkan sebagai aktiviti.iv. Membuat rumusan  Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berdasarkan maklumat yang telah dianalisis. Membuat penilaian  Memberi sesuatu pandangan perkara atau yang pendapat didengar tentang atau dibincangkan. Apakah aktiviti yang dapat membantu pelajar menguasai kemahiran mendengar itu? Dalam konteks pengajaran dan Antara aktiviti-aktivitinya adalah seperti yang terkandung di dalam jadual di bawah: Kemahiran Cadangan Aktiviti  Mengenal dan mengecam jenis-jenis bunyi.

Pembinaan dan Penggunaan Bahan untuk Kemahiran Mendengar Kita sedia maklum bahawa untuk menarik penumpuan dan minat pelajar-pelajar untuk mendengar. menggunakan dan menilai. v. seseorang guru yang masuk ke bilik darjah dengan hanya menggunakan kata-kata. memilih. pandangan. sikap dan nilai antara pelajar dengan guru. pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan bahan. Kenapa tidaknya? Sebab. membina. bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting. mengolah. guru hendaklah memproses bahan-bahan Beberapa langkah boleh digunakan. Dengan itu. 8 Memilih . Di samping pengajaran guru. sebaiknya. Ini bermaksud. Rujukan & Latihan 2 Sila buat rujukan lanjut tentang aktiviti-aktiviti kemahiran mendengar yang sesuai berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. papan tulis dan papan kapur sahaja. guru bahasa perlu menggunakan alat dan bahan yang sesuai. isyarat (gestures). Ini tidak memungkinkan berlakunya perkongsian maklumat. pelajar hanya mendengar dan mempelajari sesuatu itu secara abstrak. Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai. pilihlah 3 daripada aktiviti itu dan catatkan langkah-langkah menjalankan aktiviti itu bagi mengajar kemahiran mendengar tersebut. jauh dan kabur. suara. umpamanya proses tersebut sebelum ia digunakan. khususnya dalam kemahiran mendengar ini. idea. Kemudian. Mana mungkin pelajar hanya mendengar sahaja sedangkan kemahiran bahasa perlu dikuasai dengan yakin melalui visual dan pengalaman. situasi pembelajaran itu mestilah menarik juga. tidak akan dapat mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. menarik dan mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu agar semua deria pelajar dilatih untuk menerima pembelajaran yang berkesan..

pengolahan. sila buat catatan tentang prinsip pemilihan.Menilai Objektif Pengajaran Dan pembelajaran Mengolah Mengguna Membina Rajah 1: Proses pembinaan bahan Rujukan Anda telah melihat rajah 1 iaitu proses pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dengan terperinci lagi. Oleh itu. a) Klasifikasi Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu 9 .

Komputer 8. Visual 4. dll. Namun. filem lajur. lut sinar dan OHP. nada. Bahan bercetak 3. graf. senikata nyanyian. kata filem. ayat kunci. Di atas tadi telah ditunjukkan klasifikasi alat dan bahan mengajar bahasa Melayu. ( Pandang dan Dengar) 6. pantun. 10 . Benda sebenar. Manusia dan Alam Sekeliling 7. penjelasan konsep. ayat. Objek Fizikal 5. Audio Jenis alat Radio. situasi sesuatu tempat Disket dan hasil cetakan komputer Kedua-dua bahan dan alat (i) dan (ii) Perbincangan dialog. suasana. berita.Bahan 1. sedutan teks. pita rakaman video adalah lebih berkesan. dan nyanyian. 5. Rakaman yang dimainkan semula kepada pelajar-pelajar itu dapat didengar tanpa apa-apa perubahan terhadap sebutan. Seperti (ii) dan (iii) Seperti (i) dan (ii) Jadual 1 : Klasifikasi alat dan bahan pengajaran b. Daripada senarai bahan-bahan tersebut kita boleh ambil beberapa bahan dan alat yang sesuai untuk pengajaran kemahiran mendengar. pita rakaman (audio). novel. Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Mendengar Setelah anda faham tentang prinsip pemilihan. Slaid. model Kosa kata. Seperti (i) dan (iii) filem Kumpulan rakan sebaya. intonasi dan gaya pengucapan. sekarang mari kita tumpukan khas kepada bahan bantu mengajar untuk kemahiran mendengar sahaja. petikan cerita. Audia dan Visual 7. penggunaan dan penilaian bahan pengajaran bahasa Melayu. carta. Ilustrasi. Kad.cerpen. pengolahan.V dan rakaman video.. piring hitam 2. T. pembinaan. dan sedutan rencana. kit Sedutan sajak. gambar kunci/ penunjuk. Bahan bantu mengajar yang paling kerap digunakan bagi melatih kemahiran mendengar ialah pita rakaman. peta. perbincangan teks. Pita rakaman amat berkesan dalam latihan kemahiran mendengar kerana guru dapat memainkan semula bahagian-bahagian tertentu pada sesuatu rakaman sekiranya didapati perlu. Audio dan Bahan Bercetak Bentuk bahan Petikan bunyi haiwan.

ilustrasi.Melalui pita rakaman video ini. 11 . bahan ini boleh menjadi alat yang dapat menggerakkan pelajar untuk sedia mendengar bahan rakaman. Dia tidak dapat mengawal kereta………. rajah. pelajar bukan sahaja dapat mendengar sebutan. Di samping itu.. Latihan 3 Anda telah mengetahui beberapa jenis bahan bantu mengajar kemahiran mendengar. nada intonasi dan gaya pengucapan tetapi mereka juga dapat melihat gerak-geri mimik muka orang yang bertutur. Tangannya menggeletar. Oleh itu. poster. Unsur-unsur bahasa dan unsur-unsur paralinguistik yang didengar dan unsur-unsur bukan linguistik yang dapat dilihat melalui pita rakaman video akan memudahkan pendengaran dan pemahaman pelajar. terangkan dan huraikan cara penggunaan bahan itu dalam aktiviti pengajaran kemahiran mendengar.pemandu itu menjadi panik. bahan bantu mengajar seperti gambar. Begitu juga. ……. carta dan kad-kad imbasan dapat digunakan juga untuk membantu pelajar-pelajar memahami bahan yang diperdengar.

dan mengenal pasti morfofonem tertentu yang hadir hasil daripada berlakunya proses pengimbuhan. Kedua. mengasingkan perkataan mengikut golongan. 12 Tuan suruh awak teruskan projek ini…tapi…. ialah penilaian terhadap keupayaan mendengar dan mendiskriminasikan komponen-komponen linguistik. Penilaian terhadap kemahiran mendengar dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Teratak buruk???? Jemputlah datang ke teratak buruk saya…. Walaupun aktiviti lisan itu dilakukan serentak dengan kemahiran bertutur tetapi fokusnya adalah penilaian terhadap kemahiran mendengarnya. mengenal pasti jenis-jenis ayat berdasarkan intonasi yang berlainan. sebenarnya .vi. Ini bermaksud guru menguji kemampuan pelajar menguasai kemahiran mendengar dan memahami serta menginterpretasi sesuatu wacana yang diperdengarkan kepada mereka.. Pengujian terhadap kemahiran mendengar ini memerlukan pelajar mengenal pasti makna-makna perkataan mengikut konteks. b) Bilakah penilaian kemahiran mendengar perlu dilakukan? Penilaian kemahiran mendengar seringkali dilakukan secara tidak formal ketika pelajarpelajar melakukan aktiviti-aktiviti lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. ialah penilaian terhadap kemahiran mendengar bagi tujuan-tujuan komunikasi. Penilaian Kemahiran Mendengar a) Kenapakah kita perlu menilai kemahiran mendengar? Sebabnya adalah untuk mengetahui adakah pelajar-pelajar kita sudah menguasai atau belum kemahiran mendengar yang kita ajarkan. Pertama.

tak fahamkah aku tak nak bagi dia projek ni… Kita dapat rumuskan penyataan dia atas ke dalam empat teknik menguji kemahiran mendengar iaitu. 13 .Iyakah? Terima kasih awak bagi kepercayaan kepada saya….     ujian mendengar petikan ujian mendengar perenggan ujian imlak Ujian mendengar menggunakan gambar c) Apakah instrumen yang kita gunakan untuk menilai kemahiran mendengar? Sebenarnya ada pelbagai instrumen yang boleh kita gunakan untuk menguji atau menilai kemahiran mendengar pelajar kita. antaranya ialah pemerhatian dan latihan amali. Apalah dia ni….

membaca dan menulis. Rumusan. satu daripada komponen kemahiran lisan. Sudahkah anda faham tentang kemahiran mendengar? Mari kita ingat semula penyataan penting tentang kemahiran mendengar ini. kemahiran mendengar itu merupakan komponen kemahiran lisan yang tidak boleh diabaikan oleh guruguru bahasa.Latihan 4 Sila huraikan cara-cara melaksanakan empat teknik menguji kemahiran mendengar dan aplikasikannya dalam pengajaran anda di dalam bilik darjah. 2. menguji kemampuan dan kecekapan mendengar. 4. mempunyai proses yang melibatkan dua aras penting. tetapi individu 14 . Kemahiran mendengar adalah: 1. dan 6. Seperti kata Juriah Long ( Perkedahan Pengajaran Bahasa Malaysia: 1990). Mendengar merupakan proses yang kompleks kerana dalam proses mendengar. seseorang individu itu bukan sahaja menggunakan alat pendengarannya. pengajaran yang melalui dua peringkat yang berdasarkan kesukaran tugasan atau fungsi mendengar itu. diajar secara serentak dengan kemahiran bertutur. 5. 3. merupakan kemahiran asas untuk menguasai kemahiran selanjutnya iaitu kemahiran bertutur.

sila layari laman web untuk mendapat maklumat tambahan. Oleh itu. Oleh itu. Penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan juga dapat membantu guru dalam latihan-latihan mendengar tersebut Rujukan Penerangan di atas boleh dikembang dan diperincikan lagi.2 Kemahiran Bertutur i. 4. katanya lagi.tersebut juga perlu menggunakan otaknya untuk mentafsirkan perkataan-perkataan atau ayatayat bahasa yang didengarinya dan kemudian memberi gerak balas terhadap sebutan bahasa tersebut. pelajar-pelajar perlu dilatih melalui beberapa aktiviti pembelajaran yang berkesan supaya mereka dapat mendengar dengan baik. Pengenalan 15 .1.

serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. 16 .Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat. Maksudnya. Doktor tersebut memberi ceramah tanpa menerima respons yang spontan daripada pihak pendengar. intonasi dan tekanan) yang betul. dalam gaya (nada. tuan-tuan dan puanpuan. dan juga berdasarkan konteks yang sesuai. Inilah yang dinamakan pertuturan sehala. Rajah 2 ini menerangkan dengan lebih terperinci tentang definisi. Gambar ini menerangkan seorang doktor sedang memberi ceramah kepada golongan ibu dan bapa tentang penjagaan bayi yang betul. lancar dan fasih mengikut situasi dan keperluan. Sekarang cuba anda lihat pula rajah 2 di bawah. Kesimpulannya. pendapat. Selamat pagi. situasi ceramah itu memerlukan hadirin mendengar sahaja apa yang disyarahkan oleh doktor tersebut. Pertuturan Sehala Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pertuturan sehala? Pertuturan sehala bolehlah ditakrifkan sebagai penyampaian mesej yang tidak menerima sebarang maklum balas secara spontan. Jenis Pertuturan a. pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur membolehkan pelajar menguasai kemahiran bercakap dengan tenang. ii. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul. ciri-ciri dan jenis-jenis aktiviti pertuturan sehala. perasaan. Hari ini saya akan memberi ceramah tentang cara penjagaan bayi yang betul.

Definisi: Pengirim menyampaikan mesej manakala penerima tidak memberi sebarang maklum balas secara spontan Sehala Ciri-ciri: -Penyampai aktif -Penerima pasif -Tiada maklum balas spontan -Bahasa jelas dan sesuai -Keberkesanan komunikasi bergantung kepada penyampai Jenis-jenis Aktiviti Taklimat Pengumuman Pengucapan Awam Memberi arahan/panduan Pengacaraan Majlis -Khalayak besar Rajah 2: Pertuturan Sehala b. Pertuturan Dua Hala Pertuturan dua hala pula boleh berlaku dalam pelbagai situasi. Komunikasi ini berlaku secara spontan dalam satu masa dan di tempat yang serupa. Apa yang terjadi ialah satu pihak menyampaikan maklumat dan satu pihak lagi menerima dan memberi respons kepada pihak penyampai tadi. 17 .

Ciri-ciri itu itu akan dapat dilihat dalam contoh-contoh aktiviti yang diberikan. Inilah yang di namakan komunikasi dua hala. di tempat yang serupa dan dalam suasana yang sama. Perhatikan pula rajah 3 bawah ini. Rajah 3 ini menjelaskan lagi definisi pertuturan dua hala dengan ciri-cirinya.Ini huruf apa? Huruf „t‟ Apakah yang anda faham dengan gambar di atas? Gambar di atas menerangkan bahawa dua orang sedang berdialog tentang tajuk yang sama. Definisi: Ciri-ciri: 18 .

Pengirim dan penerima berinteraksi. iii. Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan di sekolah dan dalam masyarakat. Ada maklum balas spontan. Jenis-jenis Aktiviti Dialog Forum Wawancara/temu bual Perbincangan Perbahasan Mesyuarat Rajah 3: Pertuturan Dua Hala Latihan 5 Laksanakan satu daripada contoh aktiviti bertutur dua hala ini dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur kepada pelajar anda. Dua Hala Penyampai dan penerima saling biasanya bersemuka. Catatkan kelebihan dan kelemahan bertutur yang dilakukan oleh pelajar anda dan berikan sebab-sebab berlaku demikian. maka sudah tentulah 19 .

Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh direalisasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran.  Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat.  Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu  Memberi respons peribadi tentang karya sastera Peringkat Tinggi Latihan 6 Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat . mari kita lihat peringkat-peringkat kemahiran bertutur iaitu peringkat pertuturan rendah dan peringkat pertuturan tinggi. terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan 20 . ramalan. Dengan itu.  Mengemukakan pendapat/cadangan yang bernas dalam perbincangan. Peringkat Rendah Pertuturan untuk membuat analisis atau inferens.  Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan. dan justifikasi seperti. sila fikir dan senaraikan faktorfaktor yang boleh mempengaruhi penguasaan kemahiran bertutur itu. Dengan itu. iv.kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat.peringkat. pandangan. Sepertimana teknik.

Perbualan ini menunjukkan dua cara yang berlainan mengikut intonasi dan kata sapaan kata ganti nama diri yang digunakan oleh orang yang berbual. pelajar boleh melanjutkan pandangannya seperti memberikan akibat. Memberi Pendapat Aktiviti memberi pendapat membolehkan pelajar mencetuskan. boleh saya pergi bermain bola di padang? Boleh. ayat dan intonasi yang sesuai dengan konteks dan latar orang yang dilawan bertutur itu. orang yang bertutur mestilah tahu menggunakan kata-kata. apabila memperkatakan tentang kesan perisa yang digunakan dalam makanan terhadap kesihatan. 21 Betul. Azam: Azmi : Adik. tujuan atau sebabmusabab. Azam: Emak : Emak. ayat dan ungkapan yang sesuai dan betul semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan hariannya. Rasanya tidak sedap dan . a. Jadi kita jangan guna perisa tiruan air limau. menghuraikan dan mengemukakan idea yang bernas dalam perbincangan. Nanti adik ambil. Perbualan Aktiviti perbualan dijalankan untuk melatih pelajar berbicara dengan menggunakan kata. Selain daripada itu pertuturan itu juga boleh menyampaikan maksud yang tersurat atau tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan kepadanya. Modul ini hanya menerangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Contoh: Kek yang emak buat ini sungguh sedap. b. Sudah tentu emak masukkan air perahan buah limau Sunkist. intonasi dan nada. Pelajar boleh mengaitkan pengalaman dan pemerhatian sendiri untuk menyokong pandangan. untuk memastikan perbualan itu menggunakan pertuturan yang baik. Misalnya. Dengan itu. Azam sudah habiskan kerja rumahkah? Dua situasi perbualan di atas menunjukkan tatacara berbual yang baik dan santun. Tapi. tolong ambilkan abang buku cerita itu! Baik abang.semasa mengajar kemahiran bertutur ini.

22 . Para pelajar perlu membayangkan keadaan tersebut terlebih dahulu sebelum melakonkannya dalam situasi tiruan berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan. Simulasi Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan keadaan atau situasi sosial yang sebenar. Langkah-langkah     Pelajar diberikan kad peranan berdasarkan situasi tertentu Pelajar melakonkan peranan secara individu ataupun secara kumpulan berdasarkan arahan dalam kad peranan Guru dan pelajar membuat rumusan tentang peranan yang telah dimainkan Guru memberi aktiviti susulan Contoh Di Kaunter Pejabat Pos KAD A Anda sebagai kerani pos sedang melayan pelanggan di kaunter dengan mesra.c.

Dengan menggunakan teknik main peranan.KAD B Anda sebagai pelajar ingin membeli setem kenang-kenangan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke -42. Langkah-langkah     Sediakan satu situasi sebenar untuk aktiviti main peranan yang dicadangkan. Perbincangan Sewaktu perbincangan Perbincangan ialah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan. dijalankan. Guru dan pelajar membuat rumusan. Tentukan watak-watak yang terlibat di kalangan pelajar. Main Peranan Main Peranan ialah teknik pengajaran bahasa yang melibatkan gambaran pelajar terhadap situasi dan melakonkan peranan yang diberi berdasarkan situasi tertentu tanpa bantuan skrip. Anda dikehendaki menyatakan butiran yang diperlukan kepada pelajar itu. pelajar-pelajar dikehendaki mengambil bahagian aktif untuk menyatakan pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu topik. Langkah-langkah 23 . lakonkan situasi tersebut. e. d. Teknik ini mementingkan interaksi pelajar secara individu atau kumpulan. anda meminta bantuan daripada seorang pelajar untuk melengkapkan borang tersebut. Anda ingin mendapat kepastian sama ada setem itu masih ada lagi atau sudah kehabisan stok. di samping itu anda diminta membantu seorang tua untuk mengisi borang kiriman wang. Pelajar diminta melakonkan peranan yang diberi. Contoh: Dua orang rakan anda telah ditahan oleh guru disiplin di pintu masuk ke sekolah anda. KAD C Sebagai seorang tua yang menghadapi masalah untuk mengisi borang kiriman wang.

Kemudian. Sila buat rujukan tentang aktiviti-aktiviti kemahiran bertutur yang lain.      Guru memilih tajuk yang sesuai untuk dibincangkan Bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perlu disediakan Guru menerangkan prosedur perbincangan Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan memilih ketua serta pencatat bagi setiap kumpulan Pelajar menjalankan perbincangan dan membentangkan hasil perbincangan kumpulan Guru memberi aktiviti dan membuat rumusan Latihan 7 1. tidak perlulah lagi kita mengulang memperkatakan proses pemilihan bahan ini. keberkesanan dan kelemahan atau kekangan menggunakan aktiviti tersebut dalam pengajaran pembelajaran kemahiran bertutur yang telah anda laksanakan. Anda diminta menulis laporan tentang pelaksanaan. 24 . Pilih satu aktiviti pengajaran pembelajaran kemahiran bertutur. proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. v. 2. Sebenarnya. Oleh itu. Pembinaan dan Penggunaan Bahan Sumber Anda telahpun membaca tentang pemilihan dan penghasilan bahan untuk kemahiran mendengar. Baik kita teruskan perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu mengikut aktiviti kemahiran itu sendiri. laksanakanlah aktiviti berkenaan dalam pengajaran pembelajaran bahasa Melayu dalam bilik darjah dengan menggunakan bahan pengajaran yang sesuai. 3.

a. filem dan slaid. Aktiviti Perbualan Untuk melatih murid-murid supaya dapat berbual dan berbicara dengan menggunakan kata. c. Aktiviti Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik yang membolehkan menyampaikan Bercerita murid-murid menggunakan daya imaginasi yang tinggi serta kreatif semasa cerita melalui kemahiran pertuturan. sajak. petikan rencana/isu semasa daripada akhbar/majalah dan petikan peristiwa dalam cerpen/novel. Oleh itu guru perlulah menyediakan bahan –bahan yang boleh menimbulkan rangsangan kepada murid. intonasi. carta. 25 . Contohnya adalah seperti dialog. b. Contohnya.nada. alat-alat yang boleh digunakan ialah pita rakaman. kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar. seni kata lagu. Aktiviti Memberi Pendapat Bahan-bahan untuk aktiviti memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. gambar sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri. pantun. potret ataupun grafik kartun.struktur ayat dan ungkapan yang betul. gambar-gambar bersiri.

kebakaran. Oleh itu. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik. aktiviti dan alat bantu mengajar yang 26 . bacaan sajak. Sesungguhnya. Kesimpulannya. berita bencana alam (banjir. ataupun Contohnya. Contoh penggunaan alat bantu mengajar yang telah dibincangkan tadi merupakan panduan sahaja. perlu diingat bahawa bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur sebaik-baiknya terdiri daripada bahan–bahan yang autentik bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Oleh itu.forum. Berdasarkan gambar ini guru boleh meminta murid mereka bercerita dengan hingga menjadi sebuah cerpen yang menarik. media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. bagaimana anda dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang menyediakan peluang untuk mereka menggunakan bahasa secara berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur serta memberikan pendapat dengan kreatif dan kritis. angin puting beliung dan sebagainya). rencana kesihatan. pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan. keberkesanan alat bantu mengajar bergantung pada sejauh mana deria seseorang itu dilibatkan. petikan cerpen. pantun dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. syair.Ini ialah gambar tunggal pemandangan sebuah rumah yang terletak di tebing sebuah sungai. menggunakan imaginasi sendiri Seperkara lagi. Latihan 8 Anda telah membaca beberapa jenis aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid. tanah runtuh. anda bolehlah mengubahsuaikannya mengikut keperluan dan Apa yang penting ialah keadaan yang sesuai dengan peringkat pembelajaran pelajar.

leksikal. kenyaringan dan kelantangan suara harus juga dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Maknanya murid tersebut mestilah boleh menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai.sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. konteks dan aspekaspek bahasa yang lain. Contohnya. frasa atau ayat yang diminta oleh gurunya atau ayat yang dibina sendiri. Aspek leksikal juga tidak kurang pentingnya untuk dinilai oleh seseorang guru bahasa untuk memastikan sama ada nama-nama objek yang dituturkan itu betul atau tidak. Apabila hendak membuat penilaian dalam aspek fonologi kita hendaklah melihat pelajar tersebut boleh menyebut dengan betul dan tepat tentang sesuatu perkataan. Nada. 27 . Kepantasan bertutur juga perlu wujud dengan gerak anggota seperti mimik muka. Penilaian Kemahiran Bertutur a. vi. salah satu penilaian yang boleh dilaksanakan ialah dari segi transformasi ayat. tatabahasa. Aspek Penilaian Kemahiran Bertutur Banyak aspek yang perlu diberi pertimbangan semasa hendak membuat penilaian kemahiran bertutur. Pada aspek tatabahasa pula. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan. tangan dan sebagainya. penilaian pada kecekapan pelajar menuturkan ayat cakap ajuk atau ayat cakap pindah semasa menceritakan atau menyatakan sesuatu perkara dalam aktiviti di dalam kelas. Antaranya ialah aspek fonologi. Sebutan yang dimaksudkan itu ialah dari segi nada dan intonasi serta jeda dan tekanan. gerak mata.

tapaknya telah haus. Dengan itu. „halimau‟ . dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul. iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Adakah pelajarnya akan menyebut „harimau‟ . Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza juga. Maksud aku bukan haus hendak minum air tetapi kasut aku ini. „ghimau‟ atau „haghimau‟ ? Di sini guru boleh membuat penilaian aspek leksikal pelajarnya dan mungkin boleh membuat aktiviti susulan untuk membetulkan kesilapan sebutan pelajarnya. Contoh: Sekumpulan pengembara telah membuat satu ekspedisi di Hutan Lipur Bukit Hijau.contohnya. Seseorang yang dianggap petah berkata-kata pula ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata. B: Oh ! Aku ingatkan kau dahaga. memilih dan menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat yang hendak diberitahunya itu dengan jelas dan tepat. A: B: A: Eh! Eh! Hauslah. Setelah berjalan beberapa kilometer mereka berhenti untuk melepaskan penat. guru menunjukkan sekeping gambar kepada pelajar dan meminta pelajar menyebut nama objek yang terdapat di dalam gambar tersebut. Di sini berlaku dialog antara dua orang pengembara. Kalau haus minumlah. 28 .

Perbualan di atas menunjukkan makna perkataan haus bagi Si A merujuk kepada tapak kasutnya yang menipis manakala makna perkataan haus bagi Si B pula ialah dahaga. meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Teknik Menilai Kemahiran Bertutur Teknik menilai kemahiran bertutur ini boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut aspek yang hendak diuji. Kemahiran Menyebut Kemahiran Bertutur 29 . Boleh pinjamkan saya buku itu. marilah main dengan Angah. Seseorang itu akan menggunakan leksikon (perbendaharaan kata) tertentu dan berbeza-beza apabila berkomunikasi dengan orang lain berdasarkan situasi tertentu. c. Oleh yang demikian. Silalah masuk. Inilah yang disebut makna perkataan mengikut konteks. Jemputlah makan. b. penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini. Tegasnya. b. Contoh ayat-ayat di atas merujuk kepada ujaran-ujaran hormat seseorang kepada orang yang dilawan bercakap. bahasa Melayu mempunyai ujaranujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah. pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. Contohnya. mempersilakan makan. Demikian juga. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi. Contoh: a. Abang Long. d. Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur.

penutur bahasa pertama juga menghadapi masalah yang sama disebabkan oleh pengaruh daripada pelbagai dialek daerah. Mengajuk atau meniru sebutan yang didengar  Menyebut perkataan yang terdiri daripada pasangan minimal  Membaca kuat        Bertutur mengikut arahan Bertutur berdasarkan gambar Membaca kuat Menceritakan semula cerita/ petikan Membuat penjelasan tentang sesuatu Main peranan Temubual atau temuduga Rujukan dan Latihan 9 Anda telah diterangkan tentang teknik-teknik untuk menilai kemahiran bertutur. Lantas. Sudah tentu dalam proses berkomunikasi itu terdapat banyak halangan dan Contohnhya. Rumusannya? Pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan melibatkan proses penyampaian dan penerimaan mesej. guru memainkan peranan untuk mengetahui dan memahami konsep kemahiran lisan ini dan mengajar kemahiran itu kepada 30 . Ini memerlukan komunikasi yang jelas antara orang yang mendengar dan bertutur itu. pembelajaran lisan untuk penutur pertama dan kedua. Mereka belajar bahasa yang asing daripada bahasa ibunda mereka. pengaruh tertentu mengikut latar penutur. Sila buat rujukan tentang cara mengendalikan teknik –teknik itu. Kemudian berikan cara memberi markah bagi penilaian kemahiran bertutur tersebut. mereka mempunyai segala masalah daripada penggunaan alat artikulasi untuk menyebut dan juga pemahaman untuk mentafsir makna ujaran yang dipertuturkan. Namun. Kita sedia maklum masalah bagi penutur kedua. Walau apapun masalah yang timbul. konteks dan judul pertuturan.

31 . fasih dan bermakna mengikut konteks dan wacana. dan bahan yang sesuai. Oleh itu. mari kita baca dan fahami definisi-definisi ini.2 KEMAHIRAN MEMBACA 4. kreatif serta menarik. pelajar akan dapat menguasai kemahiran lisan yang terangkum di dalamnya kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik .2. Adalah diharap dengan menggunakan strategi pengajaran yang kreatif.1 Pengenalan Apakah bacaan? Kebanyakan pengertian yang telah diberi. Tajuk 4. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pula boleh dipastikan dengan mengaplikasikan pelbagai cara dan bentuk penilaian dan pengujian.pelajar melalui aktiviti. Pengertian ini tidak mampu memberi gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang apa yang terjadi apabila seseorang itu membaca. bahan yang menarik dan penilaian yang berkesan. menyatakan bacaan menekankan aspek-aspek yang khusus seperti kognitif atau pengamatan dan peringkatperingkat bacaan iaitu mod yang berupa bacaan secara nyaring atau secara senyap.

Akan tetapi. iii. Kita boleh rumuskan bahawa. ii. membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. 32 . sudah tentu ini tidak semudah kita fikirkan kerana kita terpaksa meneroka bagaimana kita memperoleh maksud melalui pembacaan dan bagaimana pembaca serta penulis teks akan memberi sumbangan kepada proses membaca itu sendiri. Sekarang mari kita kenal pasti inti pati definisi-definisi di atas. terdapat dua komponen dalam perlakuan mambaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan-perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Dengan itu. berasaskan pengalaman lalu. Dengan itu. iii. memahami dan mengintegrasikan maksudnya. jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu kepada apa yang dibacanya. Kenedy (1981:5) mentafsir proses membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan). i. Haris dan Sipay (1980:8) menyifatkan proses membaca sebagai satu proses mendapatkan interpretasi yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. maklumat. berlaku pertukaran idea-idea di antara penulis dan pembaca. dan iv. Smith dan Johnson (1980:4) menganggap proses membaca sebagai satu proses komunikasi kerana dalam sesebuah perlakuan membaca. aspek yang ditekan dalam proses membaca ialah aspek kepentingan berfikir. proses membaca adalah untuk memahami isi. penerangan atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis. menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya.i. merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. seseorang itu tidak dikatakan membaca sekiranya dia tidak berjaya mendapatkan mesej atau apa yang hendak disampaikan oleh penulis di dalam penulisannya. ii. pelajar) akan membawa tujuan. seseorang pembaca (contohnya.

Sehubungan itu. tulisan atau penggunaan lambang-lambang tertentu. guru sendiri selalu bertanya kepada pelajarnya setelah mereka selesai membaca sesebuah teks. bacaan adalah kefahaman." Jadi.Untuk menjawab soalan itu kita perlu mengenal pasti perkara yang perlu dilakukan semasa kita membaca." " Kamu sudah baca teks itu. kita pasti menyentuh kefahaman. Maksudnya. tanpa kefahaman tentang apa yang dibaca. apakah kefahaman itu? Kafahaman ialah keupayaan menubuh. Sekarang bagi tahu cikgu cerita keseluruhan teks itu. " Adakah kamu faham apa yang telah kamu baca tadi?" " Cuba kamu beritahu apa yang kamu faham daripada teks yang kamu baca itu. Malah perkataan kefahaman ini adalah sinonim dengan perkataan bacaan. Proses kefahaman ini juga merangkumi proses mental yang kompleks seperti mengecam perkataan. dalam perlakuan membaca itu. kebolehan untuk mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek tersebut di atas adalah penting bagi menghasilkan sebuah pembacaan dengan kefahaman. tugas-tugas berikut perlu dilakukan oleh pembaca. menghubungkaitkan ideaidea dengan perkataan dan pengalaman yang sedia ada. penyusunan idea-idea. sesebuah perlakuan membaca itu tidak lengkap. Oleh itu. apabila kita memperkatakan tentang bacaan. iv. penubuhan generalisasi dan juga penilaian. memilih makna yang sesuai. tidak boleh tidak. Cuba menghuraikan atau menjelaskan idea-idea yang didapati kepada diri sendiri. rakan atau guru. mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca. Demikian juga. Ini merupakan satu proses mendapatkan makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan. Mengesan atau mengenal lambang-lambang atau perkataan-perkataan yang dilihat. i. Mengaitkan lambang-lambang atau perkataan-perkataan itu dengan lambang atau makna. matlamat guru mengajar kemahiran membaca dan memahami ialah supaya 33 . Dalam sebuah proses membaca. Tegasnya. iii. ii. Tegasnya. Menterjemah makna perkataan itu dengan mengaitkannya kepada apa yang telah sedia ada di dalam minda. Kita telah menyentuh perkataan kefahaman.

 Guru berbincang dan bersoaljawab pelajar dengan isi tentang 34 . 4.murid dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Sekarang mari kita fahamkan tentang jenis bacaan itu pula.  Membaca dengan gaya dan intonasi yang betul. mereka akan dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis. Latihan 10 Anda telah mengetahui konsep bacaan dan kefahaman. Murid membaca dan guru memantau bacaan murid. bunyi bahasa bacaan yang betul. Daripada kemahiran ini. Bacaan terbahagi kepada dua jenis iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan mentalis atau senyap.2 Jenis Bacaan Sebentar tadi. Cuba and baca dan fahami penyataan di bawah ini.   Tunjuk cara contoh Bacaan Mekanis/ kuat / nyaring (bersuara)  Bacaan bersuara yang dengan sebutan jelas dan tepat mengikut sistem Melayu. kita telah memperkatakan tentang konsep dan pengertian bacaan dan kefahaman atau membaca dan memahami.2. Oleh itu. sila jelaskan dengan lebih terperinci lagi tujuan –tujuan khusus bagi seseorang itu membaca. Jenis Bacaan Keterangan Cadangan pengajaran dan pembelajaran   Beri petikan teks yang sesuai Buat latih tubi baca perkataan/ rangkai kata yang sukar.

Lantas. i. dia mesti mampu dan cekap mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. berdasarkan penerangan di atas kita sudah faham bahawa sebab-sebab pelajar tidak dapat membaca dengan lancar.  Membaca memahami untuk maklumat/ pelajar bacaan   senyap untuk mengesan maksud.    Bacaan Mentalis/ akaliah (senyap / kefahaman) Bacaan dalam hati Baca petikan secara tanpa suara. Bacaan Mekanis/ Bacaan Kuat Daripada keterangan bacaan mekanis di atas dapat kita simpulkan bahawa membaca mekanis itu adalah satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi. Bacaan senyap ini juga lebih bertepatan dengan membaca secara perseorangan (personalized 35 . Aktiviti pengukuhan- menceritakan semua isi petikan yang dibaca. Ini bermaksud. Bacaan Mentalis/ Bacaan Senyap Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati yang merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan ingatan (visual memory). Bersoal jawab tentang isi petikan. Oleh yang demikian. idea/ buah fikiran. mereka tidak dapat membunyi dan menggayakan kata-kata atau ungkapan yang dibaca itu dengan nada dan intonasi yang betul mengikut konteks dan wacana teks yang dibacanya itu. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. ii. dan memahami kata-kata dengan cepat dan betul. Jadi. fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Begitu juga. Dijalankan sebelum atau selepas menguasai bersuara. tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang salah yang akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerana mereka tidak cekap menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang dibacanya. dia terlebih dahulu harus menguasai keterampilan persepsi yang menglibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya mengenal. orang yang membaca itu harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca.bacaan bagi menguji pemahaman pelajar.

3 Teknik Bacaan i. kelajuan membaca itu disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca ketika itu. sila senaraikan tujuan guru mengajar pelajarnya membaca secara mekanis dan mentalis ini. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca pula. Oleh itu. 4. Ini menyatakan bahawa seseorang itu lebih selesa membaca bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing.2. Jadi. suara. Ini adalah disebabkan bacaan senyap tidak perlu memberi pertimbangan seperti nada. bacaan senyap ini ialah bacaan yang disuarakan di dalam hati. bacaan senyap ini boleh dilakukan lebih laju daripada bacaan bersuara atau mekanis. Pembaca menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Bacaan pantas Membaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuaannya menjimatkan masa. Dengan itu. dan maju sendiri. sebutan. pengajaran kedua-kedua jenis bacaan ini juga sudah tentu mempunyai tujuannya masing-masing. Membaca pantas ini melibatkan pergerakan mata. memilih. Begitu juga.dan intonasi yang jelas seperti mana yang diperlukan dalam bacaan bersuara. Berdasarkan pengertian dan kepentingan bacaan mekanis dan mentalis ini. iaitu yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar mencari. Walaubagaimanapun. Bacaan mekanis dan bacaan mentalis ternyata mempunyai ciri-ciri dan cara pengendalian yang berbeza . mengapakah anda mengajar jenis-jenis kemahiran membaca ini kepada pelajar anda? Latihan 11 Anda telah tahu bagaimana pelajar membaca secara mekanis dan mentalis.reading). Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan. program membaca senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi yang amat menarik. Mata bergerak berperingkat-peringkat mengikut urutan 36 .

baris-baris yang bercetak. Bagi pembaca yang lemah, mata mereka akan berhenti membaca pada tahap-tahap tertentu untuk menyerap perkataan atau berundur ke belakang kepada perkataan yang sebelumnya. Namun, pembaca yang baik akan melakukan perkara yang sama terutama apabila teks itu sangat sukar difahami. Oleh itu pergerakan mata penting dalam

hubungan dengan kelajuan membaca. Dalam keadaan membaca pantas, pergerakan mata boleh mempengaruhi kandungan yang dibaca. Oleh yang demikian, kadar kelajuan membaca itu menentukan maklumat visual yang dapat diperoleh para pelajar dan ini memperlihatkan tahap keupayaan membaca para pelajar.

Membaca pantas hanya berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam hati. Berbanding dengan bacaan kuat atau bersuara, pelajar sebenarnya menurunkan keupayaan membaca pada kadar kelajuan bercakap. Ini adalah kerana sewaktu membaca kuat, pembaca melibatkan pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia. Oleh itu, bacaan pantas adalah

bacaan senyap yang melibatkan mental, manakala bacaan kuat pula adalah sebagailatihan bercakap.

Membaca pantas ini terbahagi kepda dua jenis iaitu skimming dan scanning.

Jenis

Keterangan  Membaca secara sekilas pandang.  Mata bergerak dengan cepat, melihat bahan bertulis untuk mendapatkan maklumat denagn semerta.  Tujuan untuk mendapatkan kesan umum daripada sesebuah teks yang dibaca.  Mencari hal-hal yang melibatkan fakta dan informasi tertentu.  Kebaikannya, seseorang itu akan mendapat banyak

Cara pelaksanaan  Pembaca meneliti halaman judul, kata pengantar, daftar isi, gambar dan diagram, indeks dan sebagainya.  Pembaca mendapatkan pandangan yang baik tentang organisasi teks tersebut.

Skimming

37

maklumat dan fakta dalam satu jangka masa yang singkat.

Scanning

 Membaca secara sepintas lalu.  Disebut juga sebagai bacaan tinjauan.  Tujuan untuk mendapatkan maklumat awal dan gambaran keselruhan tentang teks sebelum menjadi pilihan untuk dibaca.

 

pembaca meneliti bahagiabahagian buku. Pembaca meneliti indeks, daftar kata, judul, bab, rangka kasar buku, bibliografi., kandunga prakata, pendahuluan, sinopsis, abstrak dan sebagainya.

Penerangan di atas tidak menunjukkan perbezaan secara jelas antara skimming dan scanning. Walau bagaimanapun, kita dapat menyimpulkan bahawa skimming adalah membaca secara pantas sesuatu bahan dengan tujuan memahami ide utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam kata lain, membaca bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu bahan yang dibaca. Manakala, scanning pula adalah pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus dan bukan untk mendapat gambaran keseluhan sesuatu bahan bacaan itu. Pembacaan ini boleh melangkau bahagian-bahagian yang kurang penting. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini lebih pantas daripada skimming.

38

Latihan 12 Dengan menggunakan pengurusan grafik, sila buat banding beza antara membaca pantas secara skimming dan scanning. Sila bina satu Rancangan Mengajar yang menggunakan skimming dan scanning dalam pengajaran membaca.

ii.

Bacaan Intensif

Definisi  Bacaan yang dilakukan secara teliti.  Melibatkan telaah isi dan bahasa.  Telaah isi melibatkan membaca untuk memahami, membaca kritis dan membaca idea.  Telaah bahasa menumpukan kepada aspek yang menyangkut tentang bahasa.

Tujuan  Untuk membolehkan pelajar dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda bacaan denagn baik.  Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.  Menilai atau mengulas isiisi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca.  Mengesan dan menikmati unsur estetik dalam bahasa.  Mengenal pasti pelbagai laras bahasa  Membuat kesimpulan apa yang dibaca Cara pelaksanaan   

BACAAN INTENSIF

Konsep  Membaca dengan pimpinan guru.  memberi penerangan tentang struktur perkataan yang sukar dan memperkembangan perbendaharaan kata.  Mengkaji ciri-ciri tatabahasa, seperti susunan kata dalam ayat,dan pengertian menurut kamus.  Men gembangkan lagi pengawalan penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.  Gerak laju dan kelinan latihan adalah dianggap penting.

Pelajar membincangkan bahan bacaan bersama rakan. 39 Pelajar boleh juga merujuk kamus atau buku teks tatabahasa. Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Contohnya, aktiviti mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, latihan mengkaji makna perkataan mengikut

jantina.  Mengembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa berbentuk puisi dan prosa. seronok dan terhibur.  Membaca dangkal untuk mendapatkan pemahaman luaran dan dilakukan secara santai.  Untuk memperkayakan bahasa iaitu perbendaharaan kata. ayat dan lain-lain.  Membaca sekilas untuk mendapatkan maklumat umum.  Membina daya berfikir secara kreatif dan kritis.  Perlakuan membaca ini di lakukan di luar kelas secara bersendiri tanpa bimbingan guru. BACAAN EKSTENSIF Konsep  Dilakukan oleh pelajar secara sendiri di lauar kelas dan tanpa bimbingan guru. Tujuan  Membolehkan pelajar membaca secara sendiri.  Memdapat pengetahuan di samping dapat menghiburkan hati. Bacaan Ekstensif Definisi  Membaca secara luas.  Bahan bacaan harus daripada bahan yang berbeza. daftar kata. Cara pelaksanaan  Pelajar diberi galakkan membaca seberapa banyak bahan yang diminati. kandungan dsb.  Untuk memahami isi yang penting secara cepat.  Pelajar membaca sebanyak mana bahan yang termampu dengan perasaan puas. sikap serta cita-cita pelajar itu.  Menambah minat membaca dan membuat rujukan.  Memberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan bacaan.  Melibatkan membaca tinjauan meneliti indeks. judul.  Bahan bacaan adalah luas sesuai dari segi perbendaharaan kata dan minat.  Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca. umur.  Membaca sebanyak teks dalam wakgtu yang singkat. pengalaman.iii. bab. menemukan hal-hal tertentu dan menemukan bahan daripada perpustakaan. 40  Pelajar membuat catatan mengenai bahan-bahan yang dibacanya seperti isi-isi penting dan isi keseluruhan  Lebih baik jika pelajar merekod bahan yang dibacanya beserta .  Membolehkan pelajar membaca dengan fasih.

menambah kepantasan membaca. Manakala.2. menambahkan kemahiran memahami dan menaakul isi bahan bacaan. Antaranya ialah: Nama 1. 4. pembentukan dan penggunaan perkataan.4 Aras Kefahaman Terdapat banyak model taksonomi kefahaman bacaan yang menganalisis peringkat kefahaman yang terkandung dalam teks atau bahan yang dibaca. termasuklah mengkaji tatabahasa. bacaan ekstensif pula ialah bacaan yang menekankan pengukuhan asas bacaan. literal 41 . memahami isi serta kesesuaian bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. kebolehan memetik isi-isi penting dan membina minat membaca. memahami dan mentafsir bahan bacaan dengan tepat. Kemudian aplikasikan aktiviti tersebut dalam pengajaran kemahiran membaca di dalam kelas. sebaliknya bacaan ekstensif adalah dilakukan bersendirian oleh pelajar. Latihan 13 Sila bina satu aktiviti pembelajaran membaca yang menggunakan teknik membaca intensif dan ekstensif. Perlu dingat juga bahawa bacaan intensif memerlukan bimbingan guru. Buat dan catat refleksi anda mengenai pengajaran kemahiran membaca itu. Sebagai rumusannya dapatlah kita simpulkan bahawa bacaan intensif ialah untuk membaca untuk memperkembangkan kebolehan pelajar meneliti.Anda telah membaca dan memahami persamaan dan perbezaan di antara bacaan intensif dan bacaan ekstensif. Frank Peringkat Kefahaman 1.

Kritis/ Kreatif : Kebolehan menilai sesuatu maklumat. 2. di manakah. Penyoalan biasanya bermula dengan perkataan seperti apakah. apakah kesimpulan. bagaimanakah. bandingkan atau bezakan. dan lain-lain. Teknik SQ3R 42 . siapakah. jelaskan atau terangkan. ceritakan. Lamberg & Lamb (1980) 1. Penyoalan biasanya bermula dengan perkataan seperti mengapakah.2. pada pendapat anda dan lain-lain. pandangan. Barrett (1972) 3. 2. nilaikan. idea.Smith (1969) 2. 4.5 Kefahaman Peringkat Teks Setelah mengetahui peringkat kefahaman bacaan yang perlu dilalui oleh pembaca. seseorang guru boleh memilih mana-mana model taksonomi kefahaman bacaan yang difikirkan paling sesuai . pentafsiran 3. dan menghasilkan idea atau pandangan baru tentang sesuatu yang telah dibaca dan difahami. Tafsiran : Kebolehan membuat interpretasi. mari kita baca dan fahami pula kefahaman pada peringkat teks. Penyolan bermula dengan perkataan seperti bahaskan. 5. penilaian kreativiti 1. literal penyimpulan pentafsiran penilaian penikmatan 2. bilakah. 4. 3. Kefahaman peringkat teks diperoleh melalui pelbagai teknik membaca. Ketiga-tiga contoh model di atas adalah berasaskan teori ahli-ahli tentang bacaan dan kefahaman yang sudah tentunya mempunyai kekuatan masing-masing. Akan tetapi. tepat dan praktis bagi pengajaran dan pengujian kemahiran membaca dan memaham di bilik darjah. penilaian kritis 4. Literal : Kebolehan memahami maksud yang tersurat. Antaranya ialah: i. dan apakah kemungkinan. 3.

Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir .Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar. Pengukuhan maklumat dibuat dengan melafaz dan menyemak semula. Apakah SQ3R itu? S SURVEY MENINJAU Q QUESTION PENYOALAN SQ3R READ Membaca 3R RECITE Memberi penerangan REVIEW Menyemak 43 . Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan dan mendapat maklumat melalui penyoalan.

where (di mana?). Meninjau semula Setelah pelajar berjaya menjalani langkah-langkah sebelum ini. c. a. jaringan semantik dan bentuk ilustrasi lain yang boleh memudahkan lagi proses pemahaman dan ingatan. Apakah tujuan SQ3R ini?  Membolehkan pelajar membaca secara kritis. apendiks. Pelajar juga akan mengenal pasti frasa atau ayat yang tidak difahami. Kad nota ini boleh diberi judul dan disusun secara sistematik. Akhir sekali.Apakah yang berlaku pada setiap peringkat bacaan? 1. Membaca Pelajar kemudiannya akan membaca dengan teliti. Bahagian ini menunjukkan arah kepada pelajar untuk merujuk bab-bab yang diperlukan. 4. d. bahagian tengah. Membaca pendahuluan. pelajar akan menandakan idea utama dan idea sokongan dalam setiap perenggan. Pelajar juga boleh menggunakan pemetaan minda. Membaca indeks. b. dan pengetahuan atau pengalaman yang diperlukan untuk meningkatkan kefahaman. Pelajar boleh meninjau semula semua isi yang telah ditandakan sama ada isi penting atau isi sokongan berserta komen dan pandangan mengenai setiap nota yang telah ditulis itu. Survey Pada peringkat ini pelajar memeriksa teks secara keseluruhan. Dengan pertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dibina. e. Meneliti susunan jadual. kata pengantar dan sinopsis. pelajar akan mengingat kembali soalan-soalan yang dibina dan memastikan semua soalan itu sudah terjawab. dan bahagian akhir teks untuk melihat struktur ayat sama ada mudah atau terlalu abstrak. 44 . gambar rajah dan petunjuk. Semasa membaca. pelajar bolehlah melakukan langkah terakhir iaitu meninjau semula. topik-topik. why (mengapa?). Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu what (apa?). Menyemak glosori. Dari sini pelajar dapat mengetahui tujuan pengarang menulis. Pelajar membaca beberapa halaman pada bab pertama. 5. who (siapa?) dan how (bagaimana?). Memilih halaman. Menyatakan kembali Pelajar menyatakan kembali apa yang telah dibaca dengan menggunakan perkataan sendiri di atas kad nota. Aspek ini perlu diteliti kerana ini boleh memberikan gambaran yang lebih jelas yang dapat membantu pelajar untuk memahami teks. when (bila?). 2. 3. pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan. ilustrasi. Soalan Pada peringkat ini. Pelajar membaca indeks untuk mengenal pasti istilah-istilah yang sukar.

Kemudian dapatkan maklumat mengenai SQ4R 3. Dengan menggunakan borang pengurusan grafik. L What I learned Apa yang saya telah pelajari. Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui. apakah kelebihan teknik SQ4R berbanding dengan teknik SQ3R. yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. ii. Rujukan dan Latihan 14 1. 45 .   Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar. Pada pendapat anda. H How much I want to know Apa lagi yang saya hendak tahu. 4. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis. KWLH Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui. sila buat banding beza antara dua teknik ini. 2. W What I want to learn Apa yang saya hendak belajar. Sila buat rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber mengenai teknik SQ3R ini dengan terperinci lagi. Apakah KWLH itu? K What I know Apa yang saya tahu tentang perkara yang dibaca. Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahu lagi. Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.

Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi ruangan „H‟ ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Catatn Nota dan Latihan 15 1. 46 . Sediakan satu bahan pengajaran pembelajaran ( teks bacaan). Guru meminta pelajar mengisi ruangan „W‟ ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi. Sediakan jadual pengurusan grafik KWLH. b. Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanagan „K‟ ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk. 3. Rujukan. 2. 4. Sila buat rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber mengenai teknik KWLH ini dengan terperinci lagi. Sila jalankan pengajaran di dalam bilik darjah menggunakan teks bacaan dan jadual pengurusan grafik KWLH yang telah disediakan. Anda dikehendaki menulis satu refleksi dan laporan tentang keberkesanan teknik KWLH tersebut.Bagimanakah caranya?      Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar. c. Kemudian sila jawab soalan-soalan ini: a. Berikan lima tujuan penting teknik KWLH kepada pelajar. Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan „L‟ ( apa yang saya telah pelajari).

pembaca akan mencari maklumat untuk menjawab hipotesis itu dalam proses pembacaannya.iii. d. teknik ini bertujuan untuk membina kebolehan pelajar menjadi pembaca yang kreatif dan analitis. Akhir sekali pembaca mampu untuk membuat resolusi atau keputusan tentang hipotesis tersebut berdasarkan bahan yang dibacanya. c. novel. Maksudnya. Membina motivasi dan pengetahuan serta pengalaman sedia ada Memberi panduan pembacaan petikan atau cerita Membaca secara senyap dan nyaring (jika perlu) Membincangkan petikan Memberi atau menjalankan kegiatan lanjutan. Ini adalah kerana membaca merupakan satu proses berfikir yang melibatkan pengalaman pembaca sendiri untuk membuat tanggapan terhadap idea pengarang. KMT sangat sesuai digunakan untuk pengajaran bacaan secara keseluruhan kelas atau kumpulan kecil. b. Ianya dibentuk khas untuk membantu pelajar membaca bahanbahan pada peringkat yang lebih tinggi daripada tahap bacaan bebas. Di antara yang berikut adalah langkah-langkah yang terkandung dalam rancangan pengajaran KMT. KMT mengandungi lima langkah. 47 . a. e. Selanjutnya. Tanggapan semula oleh pembaca itu dimulai dengan membuat satu hipotesis yang boleh diuji kebenarannya. Kegiatan Membaca Terarah (KMT)/ Aktiviti Membaca.Berfikir Terarah (AM-BT) Directed Reading Thinking Approach (DRTA) Kegiatan membaca terarah (KMT) adalah sebuah teknik pengajaran bacaan yang digunakan untuk memandu pelajar dalam pembacaan petikan. buku dan makalah.

Guru menanyangkan sebuah klip video yang memperlihatkan pemandangan di sebuah kebun sayur. Langkah 2 Guru menetapkan tujuan membaca iaitu membaca untuk mengenali jenis-jenis dan sifat sayur –sayuran yang terdapat di Malaysia dan tujuan-tujuan pekebun menanamnya.  Perhatian bentuk dan sifat sayur yang tumbuh menjalar. b. Guru boleh juga melukiskan gambarajah untuk menyimpul perbezaannya.    Apakah yang kamu faham atau peroleh daripada melihat klip video tadi? Sebutkan nama-nama sayur yang terdapat dalam klip video itu. Kemudian guru mengalihkan pandangan pelajar kepada jenisjenis sayur yang tumbuh menjalar.Contoh: Tajuk : Sayur-sayuran Langkah Pelaksanaan Langkah 1 a. Guru mencatatnya di papan hitam. Jelaskan sifat-sifat sayur tersebut. 48 . Adakah sayur ini berbeza dengan sayur yang tumbuh menggunakan para/ pancang? c. Pelajar dikehendaki menyebutkan sifat-sifat sayur yang tumbuh menjalar dan yang tumbuh dengan menggunakan pancang atau para.

Sila buat rujukan lanjut di perpustakaan atau di pusat sumber tentang teknik membaca DRTA . Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Berdasarkan langkah-langkah pelaksanaan yang telah dinyatakan di atas. Langkah 5 Pelajar diminta menjawab soalan-soalan kefahaman yang terdapat pada akhir petikan berdasarkan pengetahuan atau kefahaman mereka. Pelajar disuruh menerangkan maknanya dengan merujuk kepada petikan. Rujukan. Selanjutnya. Selepas itu. Catatan Nota dan Latihan 16 1. d. Guru akan membimbing pelajar melakukan aktiviti perbincangan ini. Guru menyuruh pelajar membuat senarai sayur-sayuran tempatan dan sayur yang dibawa dari luar negara untuk perbincangan di kelas esoknya. Bacaan senyap Langkah 4 a. b. 2. guru akan menyeneraikan beberapa perkataan sukar atau baru di papan hitam. buatlah catatan nota secara terperinci dan huraikan 49 . perbincangan keseluruhan kelas dijalankan ke atas kefahaman pelajar tentang perenggan-perenggan yang dibaca. Mereka boleh merujuk kepada petikan.Tiaptiap kumpulan akan meneliti dan membincangkan satu perenggan.Langkah 3 Guru menyuruh pelajar membaca petikan secara senyap untuk membolehkan mereka memahami petikan tersebut dan mendapatkan gambaran tentang perkara yang dibincangkan sebelum ini. Kemudian mereka dikehendaki membuat ayat sendiri menggunakan perkataan tersebut.

sediakan satu Rancangan Pengajaran kemahiran membaca yang menggunakan teknik membaca DRTA . Berpandukan contoh pengajaran dan pembelajaran yang telah diberikan. Untuk memperoleh kefahaman itu pula. Dengan kata lain. guru menyoal dengan tujuan untuk memandu dan merangsangkan mutu pemikiran pelajar. Apakah jenis-jenis soalan itu? Soalan Bertumpu Soalan Bercapah Jenis-jenis soalan Soalan Kritis Soalan Kreatif 50 . guru menyoal untuk memastikan pelajar dapat mengingat dan memahami apa yang dibaca. apabila mengajar bacaan dan kefahaman. Bagaimanakah seseorang guru dapat mengajar pelajar memikirkan apa yang dibacanya? Di sinilah letaknya peranan soalan dan penyoalan. Umpamanya dia perlu memikirkan isi-isi penting. konsep mahupun rangkai kata yang didapati daripada petikan. seseorang itu perlu berupaya memikirkan apa yang dibaca. Membaca tanpa memahami apa yang dibaca tidak dianggap sebagai sebuah perlakuan membaca. Begitu juga.langkah-langkah pelaksanaan teknik membaca DRTA itu. 3. Justeru itu. iv. bacaan adalah kefahaman. idea. persoalan dan juga maksud perkataan. adalah penting bagi guru mengetahui jenis-jenis soalan yang dapat digunakan iaitu yang berkaitan dengan tujuan soalan-soalan itu dikemukakan kepada pelajarnya. Tegasnya. seseorang guru itu tidak dapat lari daripada mengemukakan soalan yang bersabit dengan petikan kepada pelajarpelajarnya. Soalan dan Jawapan Sepertimana yang telah diperkatakan sebelum ini.

Sebenarnya. Soalan yang hanya memerlukan jawapan yang tepat. maka jawapan itu adalah salah. ramalan dan penilaian terhadap sesuatu perkara atau isu. Kesemuanya mempunyai kelebihan masing-masing untuk mencapai aspek-aspek kemahiran membaca dalam bacaan kuat mahupun bacaan senyap. Sekiranya jawapan yang diterima berbeza daripada apa yang tercatat dalam teks secara langsung. banyak lagi teknik bacaan yang boleh guru gunakan dalam pengajaran membaca kepada pelajarnya. Soalan Kritis Soalan jenis bercapah yang memerlukan seseorang menganalisis. komen. menyelesaikan masalah dan mencipta. Tatacerita. Antaranya ialah QAR. Soalan jenis ini tidak menuju kepada suatu jawapan yang tepat. menyusul periksa dan membuat kesimpulan. Dengan itu. dan begitu juga dengan hasil pembelajaran aspek kemahiran membaca yang ingin dicapai. Bimbingan Menjangka ( Anticipation Guide) dan Teater Pembaca. guru bolehlah memilih teknik yang sesuai dengan tujuan dia mengajar. Soalan Kreatif Soalan jenis bercapah yang memerlukan seseorang menilai. Jenis-jenis Soalan Soalan Bercapah Soalan ini memerlukan seseorang menyatakan pandangan. 51 .Bagaimanakah jawapan yang diperlukan? Soalan Bertumpu. perasaan.

ramalan. iii. buatlah catatan nota secara terperinci dan huraikan langkah-langkah pelaksanaan teknik membaca tersebut. tempat dan nada sesuatu yang dibaca Mengenal perhubungan sebab dan akibat 52 . Dalam proses membuat tafsiran makna ini juga memerlukan murid berupaya untuk mengaitkan apa yang dibaca dengan pengetahuan dan pengalamannya yang lalu. Kemahiran untuk mentafsirkan makna memerlukan murid memperolehi kebolehan membuat inferen-inferen. Berpandukan contoh pengajaran dan pembelajaran yang telah diberikan. v.6 1. Kemahiran Mengesan Penyampaian Maklumat Pentafsiran makna Dalam proses memahami sesuatu bacaan yang dilakukan. penekanan juga perlu diberikan dalam memberikan makna atau maksud yang tersirat – sesuatu idea. Memberikan idea pokok atau tema yang tidak dinyatakan Membuat inferen-inferen terhadap masa. vi. e. Catatan Nota dan Latihan 17 1. Berdasarkan langkah-langkah pelaksanaan yang telah dinyatakan di atas.2. f. Di antara kemahiran pentafsiran adalah seperti yang berikut: i. Menubuhkan dan memahami makna perkataan mengikut penggunaan konteks yang berlainan ii. 4. Sila buat rujukan lanjut di perpustakaan atau di pusat sumber tentang teknik membaca yang tidak terdapat dalam huraian. isi atau mesej yang tidak dinyatakan secara langsung. Membuat jangkaan ke atas sikap dan tujuan penulis terhadap penulisannya Membuat jangkaan ke atas peristiwa yang akan berlaku berdasarkan peristiwaperistiwa yang lepas iv.Rujukan. sediakan satu Rancangan Pengajaran kemahiran membaca yang menggunakan teknik Teater Pembaca . dedjuksi dan memahami tuuan penulisan bahan yang dibaca.

pendapat dan tarikh atau masa. Strategi mencari butiran. Membaca secara sepintas lalu untuk mencari dan mendapatkan makna perkataan-perkataan susah yang terdapat dalam petikan. menilai petikan berdasarkan isi-isi dan cara penyampaian. analisis dan pertimbangan ke atas pembacaan mereka. Maklumat-maklumat seperti nama tempat. ii. orang. peristiwa-peristiwa. Penilaian makna Kefahaman bacaan pada peringkat ini. Oleh itu. membuat pertimbangan ke atas penggunaan bahasa dan persoalan-persoalan yang diberi v. berupaya menubuhkan standard dan kriteria-kriteria tertentu sebagai asas penilaian membezakan di antara fakta dan pendapat mengenalpasti sama ada petikan itu mempunyai propaganda atau bentuk-bentuk emosi yang lain seperti prasangka iv. pemikiran yang kritis adalah penting. Membaca setiap ayat dengan teliti untuk mendapatkan butiran-butiran yang penting. 2. 53 . fakta-fakta atau isi-isi tertentu yang terdapat dalam petikan atau bahan bacaan. Mengenalpasti jenis petikan atau cerita yang dibaca berdasarkan isi-isi dan jalan cerita. Antara yang berikut merupakan kemahiran-kemahiran yang perlu didedahkan dan diajarkan untuk membolehkan murid membuat penilaian: i. dalam proses kefahaman bacaan pada peringkat penilaian.vii. memerlukan seseorang murid itu membuat keputusan tentang apa yang dibaca. Langkah-langkah:    membentuk tujuan pembacaan selaras dengan kehendak soalan atau arahan. Mencara butiran Kebolehan untuk mencari maklumat. Murid perlu dapat membuat perbezaan dan persamaan. iii.

isi-isi. Langkah-langkah:   Membaca petikan secara sepintas lalu bagi mencari dan mendapatkan maksud keseluruhan petikan dan makna perkataan-perkataan yang susah. Membuat pertimbangan ke atas idea pokok yang mempunyai butiran-butiran yang hampir sama. Membentuk gambaran bagi setiap kejadian yang digambarkan oleh ayat-ayat atau perenggan. Memilih butiran-butiran yang dikehendaki bagi menjawab soalan atau mengikut arahan. bentuk sebuah idea pokok yang utama. 54 . Menentukan urutan cerita. Strategi menentukan urutan cerita. Stragtegi menentukan idea pokok. Menentukan idea pokok Kebolehan untuk menentukan idea. Berdasarkan idea-idea pokok yang didapati daripada perenggan-perenggan. Kebolehan untuk mengingat dan menentukan maklumat-maklumat. Langkah-langkah:  Membaca petikan secara sepintas lalu bagi mendapatkan gambartan ringkas tentang isi petikan. Membentuk idea pokok bagi setiap perenggan yang dibaca. Membaca keseluruahan petikan dengan teliti serta memberi perhatian kepada ayat utama dan ayat yang menyimpul untuk mendapatkan gambaran yang ringkas tentang idea pokok petikan. isi atau mesej utama yang terdapat dalam sesebuah petikan atau perenggan. fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam petikan mengikut urutan atau susunan yang tertentu.   Membaca perenggan demi perenggan dengan memberi penumpuan kepada perkembangan isi atau jalan certia petikan yang terkandung.     Membaca perenggan demi perenggan untuk mendapatkan butiran-butiran.

Langkah-langkah:     Membaca sepintas lalu untuk mendapatkan makna perkataan sukar dan gambaran am tentang isi petikan. Membuat penilaian dan pertimbangan ke atas fakta dan pendapat untuk membuat perbezaan. Strategi membuat kesimpulan. Membuat penilaian ke atas maklumat-maklumat penting yang dicatatkan bagi perenggan-perenggan. Membuat inferen berdasarkan penilaian dan pertimbangan yang dibuat ke atas fakta dan pendapat. Membuat kesimpulan berdasarkan maklumat-maklumat penting yang didapati daripada perenggan-perenggan. perenggan demi perenggan untuk mencari dan mencatatkan maklumat atau isi penting. Membuat inferen Kebolehan untuk menyatakan idea-idea atau membuat telahan atau tekaan yang tidak terdapat di dalam petikan berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan oleh petikan dan pengalaman-pengalaman yang lalu. Strategi membuat inferen. Ia mestilah didasarkan kepada maklumat-maklumat yang terdapat dalam petikan dan yang tidak diterangkan dengan jelas. Langkah-langkah:     Membaca dan memahami petikan untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang isi petikan. Membuat kesimpulan Kebolehan untuk memberi pendapat atau membuat pentafsiran terhadap apa yang dibaca. Membaca petikan semula. Membaca isi petikan semula untuk menentukan fakta dan pendapat. Menyusun isi-isi atau peristiwa-peristiwa dalam satu urutan yang sesuai dengan idea keseluruhan petikan. 55 .

bertindak balas dan menilai idea.7 Perancangan Aktiviti Pengajaran Membaca Kita telah akui bahawa perlakuan membaca melibatkan pemikiran tentang perkara yang tersurat. Dengan itu membaca merupakan proses berterusan yang memperlihatkan interaksi antara pembaca dan penulis serta idea-idea 56 . idea-idea atau bukti-bukti yang berkait supaya dapat membantu dalam membuat penilaian. tersirat. menyoal. Berdasarkan daripada langkah di atas. Langkah-langkah:     Membaca petikan secara sepintas lalu untuk mendapat makna perkataan susah dan gambaran umum tentang isi petikan. Strategi membuat penilaian.2.Membuat penilaian Kebolehan untuk membuat penilaian dan mengenalpasti fakta-fakta atau isi-isi yang selaras dengan kriteria-kriteria yang ditubuhkan dan seterusnya membuat penilian berdasarkan butibukti dan keputusan yang diambil. dan juga mengaplikasi maklumat baru ke dalam situasi baru. Menubuhkan kriteria-kriteria objektif atau subjektif untuk digunakan bagi membuat pilihan. penilaian dapat ditubuhkan. Mendapatkan isi-isi.   Kegiatan ini dapat dilakukan dengan meneliti isi-isi petikan dan juga menggunakan pengetahuan sedia ada. Membaca semula petikan untuk menyesuaikan maklumat dengan kriteria-kriteria penilaian yang ditubuhkan. 4. Kriteria-kriteria yang ditubuhkan boleh didapati dalam dua bentuk iaitu kriteria-kriteria objektif dan subjektif. menghubungkan idea-idea. Membaca sekali lagi untuk menentukan isi-isi atau aspek-aspek yang hendak dibuat pilihan.

penulis. rencana atau antologi.      memilih perkara yang hendak dibaca yang sesuai dengan tujuan membaca. menggunakan teknik membaca yang ringkas dan menjimatkan masa membaca. terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan sebelum. Bagaimanakah perancangan itu dilaksanakan? Perancangan aktiviti pengajaran membaca ini dirancang mengikut beberapa fasa seperti. petikan. Teknik-teknik ini akan membolehkan seseorang membaca dengan cekap. Sudah tentu beberapa fungsi pemikiran (kognitif) terlibat dalam masa seseorang itu membaca. penjelasan konsep dan idea baru. kewibawaan dan bukti yang disampaikan oleh penulis melalui kenyataannya. Apakah tujuan mengadakan perancangan aktiviti pengajaran bacaan ini? Perancangan aktiviti pengajaran membaca ini dapat membantu pelajar untuk. Walau bagaimanapun dalam membaca sesuatu teks itu sebenarnya kita tidak perlu membaca semua yang tertulis kerana tidak semua yang tertulis itu penting. pelajar perlulah menerima. Sebelum Membaca Sebelum sesuatu tugasan membaca teks. dan membantu pelajar menyoal dan menilai sumber. i.    penerangan secara keseluruhan tentang tugasan tersebut. semasa dan selepas membaca. 57 . menambah kelajuan membaca dengan memperbaiki teknik pemahaman membaca dan mengingati apa yang dibaca. tujuan bacaan itu dijalankan. Oleh itu . mengenal pasti isi-isi penting dan isi-isi sampingan .

mencatat maklumat baru.      menjawab soalan pemahaman. 4. menentukan bagaimanakah idea-idea penting dibina. dia memerlukan tindak ikut yang tersusun dan bermakna seperti.          mengenal pasti isi-isi penting.8 Pembinaan Bahan Kemahiran Membaca Setelah membaca dan memahami konsep kemahiran membaca. kita dapat simpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran membaca boleh dilakukan dengan dua cara. dia perlu. Semasa Membaca Semasa seseorang pelajar itu membaca jika sekiranya dia ingin mengingati apa yang dibacanya.2. mengenal pasti pola pemikiran penulis. membina soalan daripada teks. dan menilai sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh penulis. Pertama. Selepas membaca Selepas pelajar selesai membaca. memastikan isi-isi penting. dan struktur penyusunan tugasan hasil pembacaan bahan yang diberikan. Adalah diharap aktiviti sebelum membaca ini akan dapat menolong pelajar memahami sesuatu teks yang dibaca dengan lebih jelas dan berkesan. meramal apa yang akan berlaku. menyoal soalan-soalan kritis. ii. menulis semula teks bacaan.  makna perkataan baru. mencatat tindak balas kendiri. menghubungkan idea-idea. iii. dan menghubungkan idea-idea penulis dengan apa yang telah diketahui. pelajar boleh dilatih membaca bersuara dan keduanya mereka boleh dilatih membaca secara 58 .

Ini sering berlaku dalam situasi yang formal seperti. gaya. Bagi latihan membaca secara bersuara perhatian adalah pada unsur-unsur bunyi yang menekankan kepada sebutan. Dalam bacaan secara lisan atau secara nyaring itu.9 Penilaian Kemahiran Membaca i.  seseorang itu berucap dengan mebacakan teks ucapan yang telah disediakan secara bertulis dalam majlis rasmi. tumpuan guru adalah kepada kepantasan dan kefahaman membaca itu sendiri. Bacaan Lisan Bacaan lisan (oral reading) adalah satu jenis ucapan. nada dan irama dan sebagainya yang bersifat mekanis. Untuk latihan secara senyap pula. 59 . fungsi dari komunikasi bahasanya pula adalah untuk menghantar atau menyampaikan mesej atau maklumat kepada sekumpulan pendengar atau penonton. bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran membaca ini juga mestilah yang sesuai dengan jenis latihan yang ingin guru ajarkan iaitu sama ada membaca bersuara atau membaca senyap. intonasi. Dengan itu. Bacaan Bersuara  pita rakaman  rakaman video  kad perkataan  kad ayat  kad cantuman  gambar  bahan bacaan lisan Bahan Kemahiran Membaca Bacaan Senyap  buku teks  akhbar  majalah  rencana  bahan auntentik yang lain 4.senyap. di samping proses membaca akan berlaku.2.

Adakah pelajar membaca dengan kadar kelajuan yang sesuai dan cara yang selesa? c. Yang berikut ialah satu senarai semakan yang boleh digunakna oleh guru sebagai garis panduan memberi markah apabila mendengar seseorang murid membaca secara nyaring.    pemberita di radio atau televisyen membacakan berita daripada teks berita yang telah disediakan secara bertulis./ . 60 .. simpati.  Adakah pelajar membaca mengikut maksud teks atau menyampaikan maksud penulis ? Misalnya menyampaikan maklumat (kenyataan. takut dan seumpamanya) dengan betul./ ?/ !/ “ /”/ dan seumpamanya). seseorang itu melafazkan puisi seperti sajak atau syair . fakta dan seumpamanya) dengan jelas. berita. a. suka. seseorang peserta menyampaikan kertas kerja dalam seminar. . Aspek Kelancaran     Adakah pelajar membaca dengan lancar tanpa tersekat-sekat? Adakah pelajar membaca mengikut jeda atau frasa yang sesuai dan mengikut unit makna / pemikiran yang betul? Adakah pelajar membaca mengikut tanda bacaan dengan betul? (Misalnya. dan/atau menyampaikan perasaan penulis (marah. seseorang setiausaha atau pengerusi mesyuarat melaporkan (membacakan) minit mesyuarat yang telah lalu. hairan. Aspek Kefahaman  Adakah pelajar membaca dengan yakin dan bermakna? (menunjukkan yang dia faham apa yang dibacanya). sedih. Aspek Suara dan Penyebutan      Pada keseluruhannya adakah bacaan murid didengar dengan jelas? Adakah sebutan perkataan betul menurut Bahasa Melayu standard? Adakah murid membaca mengikut nada yang sesuai dan intonasi yang betul? Adakah kualiti suaranya menarik? Adakah murid membaca dengan berani tanpa takut atau gentar? b.

 Adakah pelajar membaca dengan antonasi. 61 . guru perlu merumuskan keseluruhan tanggapannya terhadap bacaan pelajar secara keseluruhannya. jeda dan unit-unit makna yang betul dan sesuai menurut isi/tema teks yang dibaca?  Adakah pelajar menggunakan tanda bacaan dengan betul dan berkesan? Senarai semakan yang diutarakan seperti di atas merupakan ciri yang terperinci yang boleh membantu guru dalam usaha mendengar dan memberi markah bacaan pelajar. Walau bagaimanapun. Pada tahap ini. permarkahan boleh dilakukan dengan menggunakan skala ukuran global 5 – mata seperti yang berikut. selepas seseorang pelajar membaca. tekanan.

Tidak menunjukkan kefahaman terhadap apa-apa yang dibaca. Pada peringkat ini pembaca tidak perlu menggunakan keupayaan kognitifnya pada peringkat yang lebih tinggi. tetapi dengan suara yang mendatar dan agak membosankan. terdapat beberapa kesalahan sebutan. 2(D) Lemah Bacaan yang kurang jelas. Sangat mengecewakan kedua-dua pihak (pelajar dan penguji). intonasi dan jeda. Tidak ada kesalahan sebutan dan intonasi. terhenti-henti atau tergagapgagap. Sedikit kesilapan. 1(E) Sangat Lemah Bacaan yang tidak jelas. lancar dan berkesan. Dia hanya perlu mengenal pasti 62 . Susah hendak difahami oleh penguji. Penilaian Kemahiran Membaca dan Memaham Pada umumnya kemahiran membaca untuk tujuan memaham dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat. Penuh keyakinan dan 4(B) Baik Bacaan yang hampir tepat dari segi segala aspek penting. Banyak kesalahan sebutan. Menunjukkan kurang kefahaman terhadap apa-apa yang dibaca. misalnya dia tidak perlu menganalisis atau menilai sesuatu maklumat yang diperolehnya daripada pembacaan. Peringkat yang paling rendah ialah peringkat kefahaman “literal”. intonasi dan jeda. ii. 3(C) Sederhana Bacaan yang masih jelas. iaitu peringkat mendapatkan maklumat dan mengingat kembali akan isi-isi yang tersurat di dalam bahan yang dibaca. jelas.5(A) Cemerlang Bacaan yang tepat. selesa.

memberi takrif atau mengubah maklumat kepada bentuk lain dan sebagainya. soalan-soalan yang berkaitan dengan tugas memberi penjelasan. maka si pembaca seharusnya berkemampuan mencipta sebuah wau berdasarkan kaedah-kaedah yang telah dijelaskan oleh penulis dalam petikan tersebut. kalau seseorang itu. maka ia seharusnya dapat. melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan dan mengkategorikannya mengikut kriteria-kriteria tertentu. Peringkat kemahiran bacaan dan kefahaman yang selanjutnya ialah peringkat aplikasi. soalan-soalan yang menghendaki pembaca mengubah suatu bahan yang dibaca atau diteliti kepada satu bentuk yang lain. Untuk mengubah kandungan atau maklumat dalam petikan prosa kepada bentuk gambar rajah. Satu contoh teknik penilaian yang boleh digunakan untuk mengesan kemahiran ini di kalangan pelajar. Peringkat yang seterusnya ialah peringkat analisis. menggunakan perkataan di dalam konteks ayat yang lain. seseorang itu mestilah benar-benar 63 . melalui pembacaaannya. Peringkat yang kedua ialah peringkat terjemahan. ialah dengan menyuruh mereka menggambarajahkan maklumat-maklumat yang ada di dalam bahan bacaan yang telah mereka baca. kalau bahan yang dibacanya itu menerangkan tentang caracara membuat wau. iaitu satu peringkat di mana seseorang pembaca itu berkeupayaan menganalisis maklumat-maklumat yang dibacanya. Peringkat ini memerlukan seseorang pembaca itu menjelaskan. menghuraikan. Begitu juga. dapat memahami akan maksud sesuatu perkataan yang baru diketahuinya. Sebagai contoh. Peringkat ini merupakan peringkat kefahaman yang lebih tinggi. carta dan graf boeh diajukan. Peringkat ini memerlukan daya pemikiran dan daya kefahaman yang lebih tinggi. misalnya menganalisis untuk melihat hubungan di antara satu unsur dengan unsur yang lainnya. misalnya daripada bentuk petikan kepada bentuk jadual. huraian atau interpretasi haruslah dikemukakan. yang memerlukan pembaca memahami dengan mendalam akan segala maklumat yang terdapat di dalam bahan yang dibacanya dan seterusnya memerlukan kecekapan menggunakan maklumat yang diperolehnya itu dalam konteks yang lain ataupun mencipta sesuatu yang baru berdasarkan keterangan atau maklumat itu tadi.makna-makna perkataan mengikut konteks dan memahami penyataan-penyataan yang terdapat di dalam bahan yang dibacanya itu dan kemudian menyatakan semula maklumat tersebut dengan tepat untuk membuktikan kefahamannya. menginterpretasi. bukan setakat memahami secara “literal” akan apa yang dibaca atau setakat mengingat semula isi atau kandungan bahan bacaan. Untuk menilai kemahiran memaham pada peringkat ini. Begitu juga.

kalau seseorang pembaca itu memberi penilaian yang cemerlang terhadap penulisan yang dibacanya maka dia mestilah dapat menunjukkan bukti-bukti yang mampu memperkuatkan penilaiannya. daripada bahan tersebut.memahami maklumat-maklumat itu dan berupaya menganalisis bahagian-bahagiannya sebelum dia mengelompokkan bahagian-bahagian maklumat itu mengikut ciri-ciri tertentunya. Satu lagi peringkat kefahaman bacaan yang memerlukan keupayaan mental yang lebih tinggi ialah kefahaman “inferensi”. Sebagai contoh. perlu diingat bahawa di antara satu peringkat dengan peringkat yang lainnya. pada prinsipnya boleh berdasarkan peringkat-peringkat yang dinyatakan di atas. 64 . iaitu peringkat di mana seseorang pembaca itu boleh membuat rumusan ataupun kesimpulan terhadap idea-idea yang telah dikemukakan oleh pengarang dalam tulisannya. Satu lagi peringkat kefahaman yang juga memerlukan keupayaan kognitif yang tinggi ialah kefahaman penilaian. sama ada penyataan-penyataan yang tersurat ataupun yang tersirat. kefahaman pada peringkat inferensi memerlukan juga kemahiran-kemahiran kefahaman yang sebelumnya. Ini bermakna seseorang itu mestilah berkeupayaan menginterpretasi dengan tepat dan jelas akan setiap penyataan pengarang. kalau dia menilai bahawa maklumat yang diutarakan oleh penulis adalah tidak tepat. terutamanya kefahaman pada peringkat literal. tidak wujud garis pemisah yang jelas malah sebaliknya wujud pertalian yang kait-mengait. Sebagai contoh. mengesan nada penulisan. Begitu juga. itu. maka dia haruslah dapat membutikan ketidaktepatan maklumat tersebut dengan jelas. mengesan idea pokok dan membuat ringkasan terhadap kandungan petikan yang dibacanya itu. Walau bagaimanapun. Penilaian dan pengujian terhadap kemahiran kefahaman bacaan. Kefahaman ini memerlukan pembaca membuat taakulan yang lojik dan tepat terhadap maklumat-maklumat yang dibacanya. Penilaian yang dibuat itu mestilah berdasarkan kriteriakriteria tertentu sebagai ukuran dan penilaian itu mestilah diperkukuhkan dengan mengemukakan bukti-bukti dalaman. peringkat menterjemah dan menganalisis. Contoh-contoh soalan atau tugasan yang dapat mengesan kefahaman inferensi di kalangan murid ialah soalan yang berkaitan dengan mengesan sikap atau pendirian penulis terhadap isu yang diperkatakannya. iaitu memberi penilaian terhadap maklumat-maklumat atau idea-idea yang dikemukakan oleh pengarang. Kefahaman pada peringkat penilaian pula memerlukan penguasan terhadap semua peringkat kefahaman yang sebelumnya.

menilai watak (jika sesuai). Ujian objektif Kemahiran kefahaman bacaan boleh dinilai melalui ujian objektif. bukan pengetahuan. menentukan bahawa soalan-soalan yang dikemukakan itu adalah semata-mata soalan kefahaman bacaan. Melengkap ayat atau penyataan Selain soalan-soalan objektif. Untuk melengkapkan penyataan atau ayat yang dikemukakan itu pelajar terpaksa memahami bahan yang dibacanya dan perlu mengisi bahagian yang dikosongkan itu dengan menggunakan ayat-ayat mereka sendiri. Di antara aspek-aspek kefahaman yang boleh disoal ialah memberi makna perkataan atau frasa. dan tidak termuat di dalam petikan itu. Beberapa Teknik Menilai Kemahiran Membaca dan Memaham a. mengenal pasti isi-isi penting atau idea utama. sama ada yang berbentuk Betul/Salah. Oleh yang demikian. iii. secara tidak langsung. aneka pilihan ataupun memadankan.Latihan 18 Anda telah membaca secara terperinci mengenai penilaian kemahiran membaca dan memaham. isiisi sampingan. Sila buat catatan anda mengenai penilaian ini dengan menggunakan borang pengurusan grafik. memilih tajuk yang sesuai. memberikan simpulan bahasa atau peribahasa yang sesuai dengan maksud yang terkandung di dalam petikan dan mengesan implikasi daripada perenggan-perenggan tertentu. Petikan-petikan yang sesuai panjangnya diberikan kepada pelajar dan soalan-soalan yang disediakan itu mestilah yang hanya berkaitan dengan kandungan petikan sahaja. b. Guru hendaklah memastikan bahawa soalansoalan yang dikemukakan tidak berkaitan dengan pengetahuan yang Ini untuk sebenarnya. soalan yang berbentuk melengkapkan ayat atau penyataan berkaitan dengan kandungan petikan juga boleh dikemukakan. 65 .

Penjelasan d. boleh dibuat dalam bentuk lisan dan tulisan. c. penilaian kefahaman bacaan juga boleh dibuat dengan hanya meminta mereka menyenaraikan atau menyatakan semula isi-isi penting. seseorang pelajar itu perlu membaca dan memahami dengan mendalam akan maklumat-maklumat yang terkandung di dalam petikan untuk memilih isi-isi penting dan mengasingkannya dengan isi-isi sampingan. Selain menugaskan pelajar membuat ringkasan. Teknik ini bukan sahaja sesuai untuk menguji kefahaman bacaan terhadap petikan tetapi juga penelitian terhadap jadual. 66 . Membuat ringkasan karangan / Merumuskan karangan Membat ringkasan merupakan satu lagi teknik untuk menilai kefahaman bacaan pelajar. peta. mengintergrasikan kemahiran menulis dalam ujian bacaan. Untuk menyediakan ringkasan bagi sesebuah petikan. Sekiranya pelajar benar-benar faham.pengujian mengikut teknik ini. Menjelaskan atau menerangkan semula Di sini. pelajar-pelajar diminta menjelaskan atau menerangkan cerita atau maklumat-maklumat yang diperoleh daripada bahan yang dibacanya dengan menggunakan bahasanya sendiri. mungkin hanya perlu satu perenggan yang mengandung antara 50-70 patah perkataan dan aras kesukarannnya sesuai dengan tahap penguasaan bahasa dan umur pelajar. Petikan yang diberikan itu tidak semestinya panjang. dia akan dapat menerangkan semula apa yang dibacanya itu dengan jelas dan tepat. pelan dan gambar-gambar rajah yang lain.

dengan nada penulisan. Menjawab soalan-soalan kefahaman Soalan kefahaman yang dimaksudkan di sini ialah soalan-soalan kefahaman secara gerak balas terbuka. sikap penulis. mengesan tema petikan. e. menilai watak atau menilai penulisan itu secara keseluruhan. soalan tentang nama tempat. tarikh dan lain-lain yang memang jelas tertera di dalam petikan). Jawapan bagi soalan-soalan seperti ini tidak dapat dikesan Sebagai contoh. Soalan-soalan yang dikemukakan itu boleh bersifat soalan-soalan terhadap kefahaman yang tersurat. Soalan juga boleh berbentuk soalan kefahaman yang tersirat. nama watak. soalan berkaitan dengan mudah daripada petikan. Sebuah petikan cerita yang telah diubah susunan ayat-ayatnya diberikan kepada pelajar-pelajar dan mereka disuruh menyusun semula ayat-ayat tersebut untuk membentuk sebuah 67 . f. iaitu soalan-soalan yang memerlukan pelajar menuliskan jawapan dengan menggunakan ayatayat mereka sendiri.Bagi latihan merumus karangan pula pelajar ditugaskan mengenal pasti isi tersurat dan tersirat yang didapati di dalam petikan. sikap watak-watak dalam cerita. Satu lagi jenis soalan kefahaman yang juga boleh dikemukakan ialah soalan kefahaman yang bersifat penilaian. iaitu yang dengan mudah dapat dikesan atau dicari oleh pelajar di dalam petikan (misalnya. implikasi daripada penyataan pengarang. misalnya menilai pendapat penulis. dengan kadar kepanjangan yang terhad atau bebas. iaitu yang hanya dapat dijawab dengan menggunakan daya kefahaman yang lebih tinggi. Menyusun semula Teknik ini sesuai untuk menguji kefahaman bacaan pelajar terhadap petikan berbentuk cerita. membuat rumusan dan yang seumpamanya. Kemudian pelajar diminta membuat rumusan dan kesimpulan mengenai petikan tersebut.

Sudah hampir setengah hari mereka menunggu tetapi Amir tidak muncul juga. Lama benar mereka tidak berjumpa Amir. seseorang pelajar itu perlu membaca dan memahami ayat-ayat di dalam petikan. Puan Hasnah mengangguk lemah. kemudian perlu pula mengunakan logik fikirannya untuk menyusun semula ayat-ayat tersebut supaya terbentuk sebuah cerita yang lengkap. Semalam Amir telah berjanji untuk bertemu mereka di tepi tasik ini. Hj Ali tidak mampu bersabar lagi. Susunan ayat-ayat dalam cerita sebenarnya ialah:   Lama benar mereka tidak berjumpa Amir. Untuk menyusun semula petikan seperti ini. Contoh: Susun semula ayat-ayat berikut untuk membentuk sebuah petikan cerita yang lengkap.     Kemudian mereka makan bersama.   Semalam Amir telah berjanji untuk bertemu mereka di tepi tasik ini.petikan cerita yang mengikut urutan peristiwa yang logik. 68 .

dan minat terhadap bacaan adalah merupakan ciri-ciri dan keadaan yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kemahiran bacaan tersebut. kerana untuk mengisi tempat-tempat kosong yang disediakan di dalam petikan atau peranggan. Ini demikian. Dengan demikian. Hj Ali tidak mampu bersabar lagi. kita dapat menyimpulkan bahawa ketangkasan mental pelajar. Sudah hampir setengah hari mereka menunggu tetapi Amir tidak muncul juga.    g. Sila rujuk dan berbincang dengan guru pembimbing anda. Kesimpulannya? Anda telahpun membaca penerangan tentang kemahiran membaca ini secara teliti. keupayaan untuk memaham. Setelah mengajar. Sila aplikasikan salah satu daripada teknik tersebut dalam pengajaran di bilik darjah. Sila buat ulasan anda sendiri mengenai kelebihan dan kelemahan teknik pengujian yang dipilih itu serta kekangan untuk menggunakannya dalam pengajaran anda. Anda telah membaca dan memahami beberapa teknik menilai kemahiran membaca. Puan Hasnah mengangguk lemah. mendiskriminasi dengan pendengaran dan penglihatan yang tajam. Sudah tentu penjelasan dan huraian yang cukup terperinci ini memberi kefahaman yang mendalam kepada anda. Kemudian mereka makan bersama. menyedari dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dan membantu mereka 69 . pelajar-pelajar perlu memahami teks sedalam-dalamnya dan harus pula berfikir untuk memilih perkataanperkataan yang sesuai dengan konteks. guru hendaklah memahami. Ujian ini dapat mengasah kemahiran membaca. sila dapatkan pandangan daripada guru pembimbing mengenai pengajaran anda itu. Justeru. memaham dan berffikir. Ujian Kloz Teknik ujian kloz juga sesuai digunakan untuk menguji kefahaman bacaan.

Bhd. Rumusan Modul ini membicarakan dua kemahiran bahasa yang sangat penting iaitu kemahiran lisan yang merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur. Aziz Abd. Seseorang yang telah menguasai kemahiran ini harus dapat mendengar dengan baik. Dalam situasi begini. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. kemahiran lisan dan mendengar adalah kemahiran yang penting sebagai asas penguasaan kemahiran berbahasa sebelum seseorang itu menguasai kemahiran menulis. Kaedah dan Teknik. bahan serta beberapa teknik ujian yang sesuai. seseorang itu perlu berinteraksi dengan bahan bertulis. Demikianlah juga. dia perlu menelah perasaan dan idea pengarang melalui pembacaannya. Bacaan Asas Abdul Aziz Talib (1989). dan kemahiran membaca. dia mampu menjawab dan meneruskan pertuturannya dengan orang yang dilawan bertutur itu dengan lancar. Sememangnya. kita tidak boleh menafikan bahawa kefahaman adalah asas pembelajaran. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas. Dengan kata lain. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Maksudnya. perlakuan membaca ini mestilah disertai dengan kefahaman . dia dapat pula menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi pertuturannnya dengan orang lain. Raminah Hj Sabran dan Sofiah hamid. Pengajaran dan Pengujian Bahasa. sama ada pembelajaran itu diperoleh melalui pendengaran atau pembacaan. 70 . Talib (2000). Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Apabila dia dapat mendengar dengan baik sudah tentu dia dapat membuat tafsiran terhadap pertuturan yang didengar itu dengan tepat .mencapai segala objektif program bacaan dengan menggunakan aktiviti. Dengan itu. pembaca seharusnya memahami bahan yang dibacanya itu. (1990). Abd. Justeru. Bhd. Akan tetapi. Kuala Lumpur: Utusan Oublication & Distributors Sdn. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip. kadang kala. Juriah Long.

Husin dan Siti Hajar Hj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Kumpulan Marohaini Yusoff. Azaman Wan Chik (1986). Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1998). 71 . Siti Hajar Hj Abdul Aziz. Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kemarudin Hj. Bhd. Bhd. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Mengajar Bahasa Malaysia. Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Malaysia.Kamaruddin Hj Husin. Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia. Bhd. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Aziz (1997). Noor (1990). (1989). Arb‟ie Sujud ( 1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Rujukan Abdullah Hassan (1987). Institut Bahasa (1994).Kuala Lumpur: Karya Bistari Raminah Hj Sabran (1991). Penguasaan Kemahiran Membaca Kaedah dan Teknik Membaca. Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa. Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Kamarudin Hj. Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Jilid 1 & 2. Budiman Sdn. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Kamaruddin Hj Husin (2001).

KBSM dan Model-Model Pengajaran Bahasa. Setelah memahaminya. iii. bincangkan perkara-perkara yang berikut. Bhd. Cadangkan cara untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan atau bacaan tersebut. Pilih strategi pengajaran dan pembelajaran untuk kemahiran lisan atau membaca . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. ii.Kamarudin Hj Husin (1991). Tunjukkan prosedur menggunakan strategi tersebut dalam satu rancangan persediaan mengajar. TU TUTORIAL Anda telah mempelajari semua aspek yang berkaitan dengan Kemahiran Mendengar dan Bahasa Kemahiran Bertutur serta Kemahiran Bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran Melayu. iaitu : i. Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. 72 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Aplikasikan rancangan pengajaran anda di dalam kelas dan buat refleksi mengenai kelebihan dan kelemahan pengajaran anda. Koh Boh Boon (1989).

PENGERUSI Pn.“Selamat Berjaya” AHLI PANEL PENULISAN MODUL PEMBELAJARAN Bil Nama Kelayakan 1. M. Khalid. PENASIHAT Munsyi Zainal Abidin b. Rosaini bt. Maktab Perguruan Raja Melewar Jalan Sikamat 70400 Seremban Negeri Sembilan DK.A. B. (UKM) – Linguistik B.A(Hons) UM Linguistik dan Sastera Guru Bahasa Melayu 7 Tahun Pensyarah Pengajian Melayu 19 Tahun 73 .A (Hons) UM Guru Bahasa Melayu 10 Tahun Pensyarah Bahasa Melayu 6 Tahun Munsyi Dewan 7 Tahun 2. Hj Kasim Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru.

AHLI 1 Pn.A (Hons) UM Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Guru Bahasa Melayu 3 tahun 08000 Sungai Petani Pensyarah B. Gunakan bahan-bahan multimedia. Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft copy‟. LAMPIRAN 1 KETERANGAN MAKSUD PENGGUNAAN IKON Gunakan pita rakaman audio atau radio. Rokiyah bt.3. Md. Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran). Melayu 22 tahun Kedah Darul Aman. Zain B. Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan. 74 .

Senarai semak. isu-isu penting dengan membuat ulasan. 75 . Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul. Panduan kepada pengguna. Buatkan ujikaji.Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir. Buatkan catatan atau nota-nota penting. Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. Rujukan surat khabar. Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. Senarai penerangan makna ba gi sesuatu istilah. Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep.

rajah.Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.. Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas. 76 .SELAMAT BERJAYA. jadual. Itu saja yang perlu anda lakukan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran..... Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep. lukisan).. Fikir mengenai soalan yang diberikan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful