You are on page 1of 137

Sha Ibrahim

Prolog
URAYA begitu takut dengan suasana asing yang baru dijejakinya itu memandangkan dia seorang gadis yang kurang gemar bersosial. Dengan bunyi bingit yang menyakitkan telinga, lelaki dan perempuan terloncat-loncat menari kegembiraan dan yang paling tidak menyenangkannya adalah minuman haram diteguk rakus oleh pengunjung-pengunjung di situ. Kalau dia tidak mempunyai hal yang penting, dia tidak akan menjejakkan kaki ke kelab malam tersebut. Dia langsung tidak suka dengan bunyi bising apatah lagi dengan asap rokok yang menyekat pernafasannya. Sejak dia masuk tadi sudah beberapa kali dia terbatuk akibat asap rokok. Tetapi dia perlu mencari seseorang. Seseorang yang cukup membenci dirinya. Hai cik adik, takkan la masuk ke sini pun masih pakai tudung lagi kut? Atau cik adik ni tersalah tempat sebenarnya? tegur seorang lelaki muda yang memandang tajam ke arahnya.

Dia Segalanya

Suraya sedikit gugup dengan teguran tersebut. Dia terus melangkah tanpa mempedulikan teguran lelaki tadi. Baginya itu adalah salah satu dugaan yang harus dia tempuhi setelah dia mengambil keputusan untuk melangkah ke tempat tersebut. Matlamatnya hanya satu, untuk mengembalikan kegembiraan mamanya. Suraya terus melangkah sehinggalah dia terpandang akan orang yang dicarinya. Pasangan yang sedang berbual mesra dipandangnya dengan perasaan yang dia sendiri sukar untuk mentafsirkannya. Dia terus memerhati. Dia mulai hilang keyakinan sama ada tindakannya itu wajar ataupun tidak. Pasangan yang sedang asyik berbual itu langsung tidak menyedari akan kehadirannya. Suraya menarik nafas sepanjang yang mungkin. Dia nekad, dia harus menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh keluarganya. Dia memberanikan diri untuk terus melangkah dan menghampiri pasangan tersebut. Belum sempat dia menghampiri, pasangan tadi sudah menyedari kehadirannya. Lelaki tadi terus sahaja memandang sinis kepadanya manakala pasangannya pula memandang dengan pandangan yang penuh dengan kebencian. Apa yang kau buat kat sini? Takkan la perempuan alim macam kau ni pun datang ke tempat yang macam ni? Soalan yang cukup sinis yang dilemparkan oleh lelaki tersebut. Suraya berusaha menyabarkan hatinya. Di kala ini, dia harus banyak bersabar. Hanya dengan bersabar, segala masalah yang sedang dihadapi akan selesai. Mama suruh balik. Aku tak rasa mama yang suruh kau datang cari aku kat sini, kan? Aku tahu semua orang tak kisah dengan

Sha Ibrahim

kehadiran aku kat rumah tu. Yang penting bagi mama dan papa... kau dan along ada. Dah la, jangan buang masa kau kat sini. Aku tak akan balik. Dengan nada bersahaja lelaki tadi bersuara. Nasib baik muzik mula bertukar kepada rentak perlahan. Dia dapat mendengar dengan jelas apa yang keluar dari mulut lelaki tersebut. Su tahu ni salah Su dan Su minta maaf. Tapi tolong jangan susahkan hati mama dan papa. Su sedar sebenarnya Su yang tak layak berada di rumah tu. Suara Suraya cukup lembut. Dia betul-betul berharap yang lelaki itu akan balik semula ke rumah. Kalau disuruhnya merayu beratus kali pun dia sanggup. Dah la hentikan semua ni. Aku tak akan balik. Kau baliklah. Tempat ni tak elok untuk kau. Aku tak nak kalau ada apa-apa yang terjadi, aku pulak yang akan disalahkan. Kau cakap kat mama tak payah risau pasal aku, tahulah aku jaga diri. Lelaki tersebut bersuara sambil memandang tepat ke arah Suraya. Ada perasaan yang tersembunyi di situ. Perasaan yang selama ini teguh tersimpan di dalam hatinya. Su tahu Su yang jadi punca masalah ni. Kalau disuruh Su merayu, Su sanggup. Su sanggup lakukan apa sahaja agar Joe balik semula ke rumah. Su tak sanggup tengok mama susah hati. Dia sayangkan Joe. Suraya bersuara perlahan. Kepalanya dari tadi sakit. Dia tak tahan dengan bau rokok yang membuatkan dia sukar bernafas. Hei, perempuan! Kau tak faham bahasa ke? Dia kan dah cakap dia tak nak balik! Perempuan yang dari tadi hanya mendiamkan diri tiba-tiba sahaja bersuara dengan nada yang agak kasar.

Dia Segalanya

Suraya hanya mendiamkan diri. Dia takut dia akan turut bersuara dengan bahasa yang kasar. Dah la Reen, jom I hantar you balik. Tak guna bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni. Faizul menarik tangan perempuan tadi dan melangkah pergi. Suraya mula hilang arah. Apa yang harus dia lakukan untuk memastikan lelaki itu pulang semula ke rumah? Joe tolong, Su merayu pada Joe tolonglah pulang. Su sanggup lakukan apa saja yang Joe suruh. Tibatiba Suraya melutut. Dia sudah tidak mempedulikan pandangan orang lain terhadapnya. Faizul terus berhenti melangkah. Dia agak terperanjat dengan tindakan Suraya itu. Dia kembali melangkah ke arah Suraya. Apa ni? Kau tak malu ke? Su tak kisah, tapi Su merayu pada Joe. Baliklah ke rumah mama rindukan Joe. Su sanggup lakukan apa sahaja asalkan Joe pulang ke rumah. Kebanyakan pengunjung mula tertumpu ke arah adegan yang jarang sekali dapat dilihat di kelab malam terutamanya kepada orang yang waras dan tak mabuk macam gadis yang dilihat oleh mereka di kala itu. Okey. Kalau itu yang kau cakap, aku boleh kembali semula ke rumah tu. Tapi dengan satu syarat. Aku nak bila aku balik nanti, aku tak nak tengok muka kau kat rumah tu lagi, boleh? Kalau itu yang membolehkan Joe pulang semula ke rumah, Su setuju. Suraya bersuara sambil menahan air matanya jatuh ke pipi. Faizul agak terperanjat dengan jawapan yang

Sha Ibrahim

diberikan oleh Suraya. Kenapa gadis itu tak pernah berubah? Masih dengan sikapnya yang sentiasa tenang walaupun dalam situasi yang agak tegang. Okey, aku akan pulang ke rumah. Tapi bukan hari ni. Tapi ingat! Aku langsung tak nak tengok muka kau bila aku jejakkan kaki aku kat rumah tu nanti, faham! Lagipun kau memang tak layak berada di rumah tu sebab tu bukan rumah kau, cuma kau yang tak pernah sedar diri selama ni. Kata-kata yang cukup membuatkan hati Suraya terguris dan tidak dapat membendung air matanya dari mengalir membasahi pipi. Dengan perlahan-lahan dia bangun dan memandang tepat ke arah Faizul. Reena yang berada di sisi Faizul tersenyum puas. Ya, Su sedar siapa diri Su dan Su betul-betul minta maaf sebab selama ni Su banyak menyusahkan Joe. Tapi percayalah Su betul-betul bersyukur sebab Su dapat merasa hidup dalam sebuah keluarga yang cukup menyayangi Su. Kalau Joe balik nanti, kirim salam Su pada semua orang kat rumah tu. Su takut, Su tak akan jumpa mereka lagi nanti. Okey la. Su dah tunaikan janji Su pada mama, Su pergi dulu. Su harap Joe akan tunaikan janji Joe. Soal janji Su pulak, Joe jangan bimbang. Insya-Allah Su akan tunaikan. Assalamulaikum. Suraya melangkah keluar dari kelab tersebut sambil menangis. Faizul terkedu dengan apa yang baru dilihat dan didengarinya. Dia tak pasti adakah tindakannya itu betul ataupun tidak. Tetapi sesungguhnya dia tak pernah terniat untuk menghalau gadis itu keluar dari rumah. Dia sekadar ingin menguji sejauh mana keikhlasan Suraya yang mahukan dia pulang ke rumah. Tapi Suraya sering sahaja melakukan perkara yang susah untuk diteka.

Dia Segalanya

Huh, boleh percaya ke? Bercakap macam orang nak mati aje, you percaya apa yang dia cakap tu? Reena bersuara. Dah la, jom I hantar you balik.

FAIZUL mula tidak keruan dengan apa yang berlaku di kelab malam tadi. Hatinya tiba-tiba rasa bimbang, betul ke Suraya akan keluar dari rumah tu? Ataupun Suraya sekadar memberi janji kosong semata-mata mahu melihatnya pulang semula ke rumah. Tetapi sesungguhnya dia berharap sangat Suraya akan memungkiri janjinya. Dia tak sanggup sekiranya satu hari nanti dia tak akan dapat menatap wajah gadis yang paling istimewa dalam hidupnya itu. Man, aku rasa aku nak balik rumah la malam ni jugak. Faizul bersuara sambil memandang rakannya yang sedang khusyuk menonton filem di televisyen. Deraman yang sedang fokus ke arah televisyen menoleh. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar. Kau biar betul Joe. Kalau betul pun kau nak balik, takkan la kau tak boleh tunggu sampai esok pagi? Lagipun sekarang ni dah pukul tiga pagi. Deraman selama ini banyak menolong Faizul dalam segala hal. Dialah orang yang boleh dikatakan mengetahui segala-galanya yang terjadi kepada Faizul. Lelaki itu tidak pernah merahsiakan apa-apa daripadanya termasuklah hal sebenar di antara lelaki itu dengan Suraya. Aku rasa tak sedap hati la Man aku kena balik malam ni jugak, luah Faizul. Deraman yang sedang tersandar di sofa bangun dan

Sha Ibrahim

menghadap Faizul yang sedang berdiri di belakangnya. Dia tersenyum. Kau dah rindu sangat kat dia ke sampai tak boleh nak tunggu hari siang dulu? Dia tu tak akan ke mana la, mungkin kat kelab tadi tu dia saja cakap sebab nak suruh kau balik. Kau pun satu yang kau kasar sangat kat dia di kelab tadi tu apehal? Walaupun Deraman tidak melihat adegan yang berlaku di kelab tadi tetapi Faizul sudah menceritakan segalagalanya pada dia. Dia agak terperanjat dengan apa yang diceritakan oleh kawan karibnya itu. Kalau diikutkan hatinya ingin sahaja dia mengetuk kepala Faizul yang kadang-kadang bertindak seperti lelaki yang tak matang. Aku terpaksa. Lagipun memang aku tak nak balik, sebab dia la aku tak dapat kahwin dengan Reena tau. Aku sendiri pun tak tahu kenapa dia beria-ia benar tak bagi aku kahwin dengan Reena, beritahu Faizul. Habis tu, kau memang betul-betul nak kahwin dengan Reena? Kau takkan dah lupa tujuan sebenar kau bawa balik Reena tu? Come on la kawan, Reena tu kalau buat teman suka-suka boleh la, tapi kalau nak buat bini sorry aku cakap, aku langsung tak setuju. Perempuan tu sosial sangat la beb, bahas Deraman ikhlas. Faizul hanya mendiamkan diri. Waktu itu fikirannya bukan tertumpu kepada Reena. Dia langsung tak terasa dengan apa yang dicakapkan oleh kawan karibnya terhadap Reena dan dia sendiri mengakuinya. Fikirannya di kala itu hanya tertumpu pada Suraya. Dah la. Aku tak ada mood nak cerita pasal Reena sekarang ni. Walau macam mana sekalipun aku kena balik jugak ke rumah malam ni. Aku tak kira. Hati aku tak sedap kau tahu tak, susah aku nak terangkan dengan apa yang aku

Dia Segalanya

rasakan waktu ni. Macam ada sesuatu yang tak kena, macam ada sesuatu yang terjadi kat rumah sekarang ni. Faizul meluahkan rasa bimbangnya. Kau jangan nak takutkan aku la Joe aku pulak yang rasa tak sedap hati sekarang. Deraman bersuara. Dia takut mendengar luahan hati Faizul sebentar tadi. Baginya kata-kata kawannya itu agak ganjil daripada hari-hari biasa. Tiba-tiba sahaja dia teringat kata-kata orang tua, kalau seseorang itu berkelakuan ganjil mungkin ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku pada individu tersebut. Ya Allah, mintalah jauh. Deraman meminta dalam hati. Kenapa pulak? Dah la. Aku nak balik. Faizul melangkah menuju keluar dari apartmen kawannya itu. Tunggu la esok, Joe. Aku bimbang la. Tak apa. Aku nak balik malam ni jugak. Kau jangan la bimbang, bila aku sampai nanti aku telefon kau. Sebaik sahaja bersuara Faizul melangkah keluar, Deraman terus berdoa agar kawan karibnya itu selamat sampai ke rumahnya.

SEBAIK sahaja dia sampai di pekarangan banglo mewah keluarganya, dia disambut hiba oleh mamanya. Mamanya memeluknya sambil menangis. Faizul sedikit terperanjat. Takkanlah mamanya betul-betul rindukan dirinya sampai menangis sebegitu rupa? Tambahan pula mamanya seakanakan dapat mengagak tentang kepulangannya ke rumah. Jam sudah menunjukkan pukul empat setengah pagi. Mamanya tak tidur ke? Detik hatinya. Kemudian terpacul wajah abangnya dengan riak yang kurang menyenangkan hati Faizul. Dia tahu

Sha Ibrahim

abangnya memang marah dengan tindakannya yang telah meninggalkan rumah hampir dua minggu. Apa mimpi kau tiba-tiba balik? Aku nak tanya kau sikit, ada adik datang jumpa kau? Faizal bertanya dengan nada yang sinis. Sebagai seorang abang sulung dia memang geram dengan tindakan adiknya yang seorang ini yang selalu bertindak mengikut perasaan dan pentingkan diri sendiri. Buat apa dia nak datang jumpa aku? Dia yang sebabkan aku nak keluar dari rumah ni tau, jawab Faizul masih dengan sikap egonya. Takkan la dia nak beritahu abangnya itu apa yang berlaku di kelab malam tadi. Habis tu kenapa kau balik? Sudah la tu takkan la dalam keadaan sekarang ni pun masih nak bergaduh lagi? Jom angah, kita masuk. Ada sesuatu yang mama nak tanya, papa pun dalam perjalanan pulang ke rumah. Dah tiga hari papa balik kampung jenguk atuk dan nenek, beritahu mamanya sambil menarik Faizul masuk ke dalam rumah. Faizul semakin keliru. Kenapa papanya balik ke rumah malam ni juga sehinggakan tak boleh tunggu sampai esok pagi? Apa yang penting sangat mamanya nak bertanya kepadanya? Sebaik sahaja dia melangkah masuk, matanya melilau mencari seseorang yang ingin sangat dia jumpa di kala itu. Tetapi dia hampa. Wajah itu langsung tidak kelihatan. Perasaannya semakin tak keruan. Kalau semua orang sudah berada di ruang tamu, mana Suraya? Dua orang pembantu rumahnya pun turut berdiri di suatu sudut ruang tamu. Mesyuarat apa yang mereka buat dekat dengan subuh ni? Bertubi-tubi soalan yang timbul di benak fikirannya. Betul ke adik tak ada datang jumpa kau? tanya Faizal sekali lagi. Kali ini dengan nada yang sedikit lembut.

Dia Segalanya

Betul la kenapa? Kau tak percaya? Bukan tak percaya angah, tapi masalahnya sekarang ni, adik tak ada dalam bilik dia, jawab Datin Rafidah bagi pihak Faizal. Faizul terkedu seketika. Takkan la begitu cepat Suraya menunaikan janjinya? Suraya seakan-akan tahu dia akan pulang malam ni. Alah mama, mungkin dia bermalam dekat rumah kawan. Dia dah besar la ma, tahulah dia jaga diri. Takkanlah dia hilang sekejap pun dah heboh satu rumah, sampai papa pun balik terus ke rumah malam ni. Angah hilang dua minggu pun tak ada orang yang nak datang cari angah. Ni, baru kejap budak tu tak ada kat rumah dah kena berkumpul pagi-pagi buta macam ni, luah Faizul dengan sinis. Dalam masa yang sama, dia berharap agar tanggapannya bahawa Suraya bermalam di rumah kawannya adalah benar belaka. Siapa suruh kau lari dari rumah? Mengalahkan budak-budak. Merajuk sikit keluar dari rumah, umur dah dua puluh tujuh tahun tapi masih tak matang, bebel Faizal. Sebenarnya dia geram dengan tindakan adiknya yang selama ini tak pernah mempedulikan perasaan orang lain. Faizul hanya bertindak mengikut kehendak dia sahaja tanpa mengambil kira tindakannya itu kadang-kadang membuatkan orang lain bimbangkannya. Aku balik ni bukan nak dengar kau membebel la. Kau ni tak habis-habis nak cari kesalahan aku. Sudah la tu mama ada depan kamu semua pun masih nak bertekak lagi. Soalnya sekarang ni, adik kat mana? Hampir semua pakaian dia tak ada dalam almari. Adik tak pernah keluar rumah tak beritahu mama dulu walaupun dia keluar sekejap saja.

10

Sha Ibrahim

Kata-kata mamanya itu semakin membuatkan Faizul dilanda kebimbangan yang teramat sangat. Dan satu lagi yang buatkan kita orang bimbang sangat, ini ubat apa? Kami jumpa benda ni dalam tong sampah kat bilik adik. Dan kami ada terima panggilan daripada seorang doktor yang suruh adik datang hospital untuk ambil ubatnya yang sepatutnya dia ambil seminggu yang lalu. Doktor tu kata dia cuba telefon adik melalui handset dia tapi tak dapat. Bila kami tanya adik sakit apa, doktor tu tak beritahu sebab adik dah pesan agar perkara ni dirahsiakan. Kau selalu baca buku tentang perubatan, kan? Mungkin kau tahu, ni ubat apa? tanya Faizal sambil menunjuk beberapa jenis ubat yang terdapat di atas meja ruang tamu. Sememangnya Faizul banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan perubatan. Di dalam biliknya sendiri penuh dengan buku-buku begitu. Dia sendiri tidak menyedari sejak bila dan kenapa dia berminat dengan buku-buku itu semua. Dia pernah terfikir mungkin Suraya pendorongnya. Sejak dia tahu Suraya mengambil jurusan dalam bidang perubatan dia seakan-akan tak mahu kalah dengan gadis itu. Dia mahu apa yang gadis itu tahu, dia pun tahu juga. Sejak dari kecil perangainya memang begitu. Satu demi satu ubat yang terdapat di dalam botol dan plastik itu dibaca labelnya. Tangannya terketar-ketar. Perasaannya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia tak mampu lagi untuk berdiri lantas terduduk di sofa. Air matanya mula bergenang, hanya menunggu masa untuk jatuh ke pipi. Kenapa angah? Apa yang kau tahu tentang ubat tu? Betul ke kau jumpa ubat ni dalam bilik dia along?

11

Dia Segalanya

tanya Faizul inginkan kepastian. Dia seboleh-bolehnya mahu menafikan apa yang dia tahu tentang ubat tersebut di kala itu. Yalah! Takkan aku nak tipu pulak? Baik kau beritahu aku sekarang, itu ubat apa? Faizal panik melihat adiknya itu seakan-akan mahu merahsiakan sesuatu daripadanya. Mungkin ni ubat orang lain kut, dia kan baru dilantik jadi doktor. Mungkin ubat ni eksperimen dia. Masalahnya sekarang ni, nama dia yang tertera kat label tu. Baik kau beritahu aku sekarang itu ubat apa? Yalah angah. Beritahu kami, itu ubat apa? Kanser!!! Semua ubat-ubat ni ubat kanser!

12

Sha Ibrahim

Bab 1
AU okey ke? Sejak dua tiga hari ni aku tengok kau macam susah hati aje? Fatima, kawan karib Suraya yang entah dari mana datangnya tiba-tiba bertanya. Suraya yang sedang termenung menoleh lantas melemparkan senyuman yang manis untuk rakannya itu. Aku okey aje cuma penat sikit. Kau kan tahu exam dah nak dekat. Aku tak nak nanti aku gagal pulak, jawab Suraya tenang. Fatima tersenyum lantas duduk di sisi Suraya di salah sebuah bangku di bawah pokok di tepi padang kampus. Mata Suraya lebih tertumpu kepada sekumpulan penuntut lelaki sedang bermain ragbi. Pelajar yang rajin macam kau ni takkan la gagal tambahan pula student kesayangan pensyarah kat kampus. Bukan itu sahaja. Kalau kita ada klinikal pun kau akan jadi kesayangan doktor kat hospital terutamanya doktor muda. Laju sahaja Fatima bersuara.

13

Dia Segalanya

Suraya hanya mendengar sambil tersenyum. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Dia sudah lali mendengar ayat yang sebegitu daripada rakan-rakan sekuliahnya. Termasuklah Fatima. Dia tahu Fatima sekadar mahu bergurau dengannya tetapi kalau rakannya yang lain, dia kurang pasti. Dia sering dikatakan mendapat markah yang tinggi dalam setiap ujian semester kerana pandai membodek pensyarah yang mengajar setiap subjek. Namun, dia tidak peduli. Apa yang dia tahu, dia telah berusaha sebaik yang mungkin dan dia sentiasa yakin Allah akan membantu setiap hamba-Nya yang berusaha. Kalaulah apa yang kau cakap tu semuanya betul, tak payahlah aku nak penatkan diri aku belajar siang dan malam sampai kepala pun dah naik pening. Eh, kau tahu tak? Bulan depan along aku nak balik. Suraya mengubah topik perbualannya. Sebenarnya, perkara itulah yang membebankan fikirannya sejak kebelakangan ini. Oh, sekarang baru aku tahu kenapa kau termenung tadi. Kau fikir pasal benda nikan? Kalau along kau nak balik itu maksudnya angah kau pun balik juga, kan? Fatima meneka. Suraya mengangguk. Fatima terlampau rapat dengannya sehinggakan dia sukar untuk menyembunyikan sesuatu daripada gadis itu. Fatima tahu tentang segalagalanya termasuklah satu rahsia yang orang luar langsung tidak tahu mengenainya. Aku sebenarnya happy sangat sebab dah lima tahun aku tak jumpa dengan along aku. Kami sekadar berbual dengan e-mel, sekarang ni Facebook pula. Lepas tu kadang-kadang kalau aku dah rindu sangat nak tatap wajah dia, kami berbual dengan webcam. Cuma angah aku saja yang langsung tak pernah berhubung dengan aku. Malah wajah dia

14

Sha Ibrahim

pun dah bertahun aku tak tengok. Tapi nak buat macam mana? Aku tahu dia memang tak sukakan aku, masih bencikan aku sejak dulu sampailah sekarang. Tambah-tambah bila dia dah tahu kedudukan sebenar aku dalam keluarga. Suraya bersuara sambil mengeluh perlahan. Fatima menggosok lembut belakang kawan karibnya itu. Dia faham situasi Suraya, malah dia kagum dengan Suraya yang mampu menghadapi dugaan yang menimpanya dengan hati yang terbuka. Gadis itu cukup tabah, malah mempunyai semangat dan kekuatan dalaman yang tinggi. Dia sendiri kadang-kadang tak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kapadanya sekiranya dia berada di tempat Suraya. Itu lima tahun dahulu. Mungkin sekarang angah kau dah matang dan sudah lupakan semua tu. Manalah kita tahu, kan? Kau jangan la susah hati sangat pasal ni, nanti kau hilang tumpuan untuk belajar pulak. Kau sendiri cakap tadi, kan exam dah dekat. Fatima memberikan kawannya itu kata-kata semangat. Dia tahu Suraya mampu mengatasinya walaupun tanpa nasihatnya tetapi sebagai seorang sahabat yang tahu segala-gala tentang kisah Suraya, dia rasa bertanggungjawab untuk membuatkan Suraya sentiasa ceria dan gembira. Mungkin tapi kau tak kenal dengan angah aku tu. Dia seorang yang sensitif dan pendendam, perangainya susah sangat nak diduga. Kalau dia nak lakukan sesuatu, dia tak pernah fikirkan baik buruk benda tu. Apa yang dia tahu, asalkan benda yang dia buat tu mampu memuaskan hatinya. Entahlah, aku kalau boleh malas nak fikirkan tentang dia tapi dia pun sebahagian dari hidup aku jugak. Aku tak akan dapat lari dari dia. Suraya meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya. Dia cuba membayangkan wajah angahnya. Sudah

15

Dia Segalanya

lama dia tidak melihat wajah abangnya yang kedua itu. Alangkah bagus sekiranya along dan angahnya dilahirkan sebagai kembar seiras tetapi sudah ditakdirkan Tuhan, along dan angahnya dilahirkan sebagai kembar tidak seiras. Insya-Allah, dia dah berubah. Dah la. Apa kata kalau kita ke cafe? Aku belanja kau minum, nak? ajak Fatima ingin memujuk rakannya dari berterusan memikirkan masalah yang entah bila akan selesai itu. Belanja minum aje? Makan tak nak belanja? usik Suraya. Fatima hanya tersengih sambil menunjukkan isyarat yang duitnya tidak mencukupi. Suraya tersenyum. Dia tahu dalam soal wang dia amat bertuah. Rakan-rakannya termasuklah Fatima terpaksa bergantung kepada duit pinjaman untuk meneruskan kehidupan di kampus tetapi dia ada segala-galanya. Dia hanya perlu memasukkan kad sahaja untuk keluarkan duit dari mesin ATM. Setiap bulan dia pasti akan menerima wang saku daripada papanya yang tak pernah lupa untuk memasukkan duit ke dalam akaunnya. Kadang-kadang dia rasa serba salah, apatah lagi apabila mengetahui status dirinya yang sebenarnya. Apa kata kalau kau belanja aku minum? Lepas tu aku belanja kau makan, nak tak? usul Suraya. Okey, set. Tak nak ajak Iwan sekali ke? Giliran Fatima pula mengusik. Apesal pulak aku nak ajak dia makan? Kau jangan Ima aku tak nak kena serang dengan Si Mila tu. Kau kan tahu yang awek Iwan tu kuat sangat cemburunya, nanti tak pasal-pasal aku kena maki hamun. Aku juga yang naya nanti, ujar Suraya yang teringatkan teman wanita kepada

16

Sha Ibrahim

teman sekuliahnya yang dikatakan meminati dirinya dalam diam itu. Dia sebenarnya bukan takut dengan Mila, tetapi dia tak berminat untuk bercinta ketika masih bergelar seorang pelajar. Lagipun tidak ada seorang pun lelaki yang setakat ini boleh membuatkan dia resah dan dalam masa yang sama boleh membuatkan jantungnya berdegup pantas. Eleh Si Mila tu budget dia tu lawa sangat. Harapkan pakaian aje seksi buat apa? Aku tahu yang Si Iwan tu dah naik menyampah dengan Mila, kuat cemburu dengan ngada-ada yang buat orang semua meluat tengok dia. Aku pun tahu yang Si Iwan tu minat kat kau. Kau kan lawa, cantik, sopan siapa yang tak nak? Lelaki zaman sekarang ni Su, sukakan perempuan yang boleh jadi isteri yang solehah, yang sentiasa ikut perintah suami dan sentiasa menghormati suami. Macam kau yang telah membuatkan separuh lelaki dekat kampus ni terkejarkan kau, tapi kau tu yang memilih sangat. Entah lelaki yang macam mana jadi idaman kau, aku pun tak tahu. Panjang Fatima mengomel. Suraya memandang tepat ke arah Fatima tanpa berkelip. Amboi, sedapnya kau bercakap. Tak baik mengata orang tahu, berdosa! Suraya sempat menegur kelancangan sahabat baiknya dalam berkata-kata. Fatima tersengih, tahu akan keterlanjurannya dalam berkata-kata.

17

Dia Segalanya

Bab 2
AIZAL tersenyum melihat telatah adik kembarnya yang asyik bersiul dari tadi. Sejak dua tiga hari ini dia perasan Faizul yang tiba-tiba sahaja berubah tingkah lakunya. Memang dia akui adiknya itu seorang yang ceria tetapi kali ini cerianya lain sedikit. Adiknya itu sering sahaja tersenyum seorang diri malah yang paling tidak disangkanya adiknya yang tak pernah masuk ke dapur untuk masak, tibatiba sahaja belajar memasak. Kau ni kenapa along? tanya Faizul yang mulai perasan perihal abangnya yang sedang memerhatikan telatahnya sambil tersenyum. Soalan tu sepatutnya aku yang tanya pada kau, angah. Sejak dua tiga hari ni aku tengok kau happy aje, kenapa? Alice nak peluk Islam ek? usik Faizal yang teringatkan salah seorang gadis Inggeris yang rapat dengan adiknya. Dia tahu mustahil gadis liar seperti Alice itu akan memeluk Islam. Gadis itu tak pernah menunjukkan dia meminati Islam walaupun dia pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Faizul.

18

Sha Ibrahim

Aku happy pun salah ke? And one more thing, aku dengan Alice just a friend, tak lebih dari tu, ujar Faizul yang agak terasa hati dengan gurauan abangnya itu. Dia tahu dia rapat dengan Alice, malah ramai teman-teman karibnya menyangka dia bercinta dengan Alice. Kau saja yang anggap dia macam tu. Tapi dia? Dia langsung tak anggap kau berkawan dengan dia. Kau tak ingat hari mama dan papa datang ke mari yang Alice tiba-tiba muncul depan pintu dan beritahu mama dan papa yang dia nak kahwin dengan kau? Faizal mengimbas kembali peristiwa kedatangan mama dan papanya ke England untuk melawat mereka tahun lepas. Sebaik sahaja mama dan papanya masuk ke rumah, loceng pintu apartmen mereka tiba-tiba berbunyi. Apabila Faizal membuka pintu, Alice terus meluru masuk dan memberitahu mama dan papanya yang dia ingin berkahwin dengan Faizul. Apa yang melucukan, Alice berbicara dalam bahasa Melayu. Entah dari mana dia belajar, Faizal pun tak tahu. Rentetan daripada peristiwa itu jugalah dia terpaksa mendengar bebelan mamanya yang memarahi dia kerana dikatakan tidak mengawasi pergaulan Faizul. Itu dulu. Aku nak keluar petang ni, shopping. Kau nak ikut tak? ajak Faizul sekadar berbasa-basi dengan abangnya. Dia tahu abangnya itu pasti menolak. Apa kena dengan kau ni? Tak habis-habis lagi shopping. Kau ingat sebiji kapal terbang tu kita yang punya ke sampai nak beli satu gedung shopping complex buat balik ke Malaysia? Shopping mengalahkan perempuan. Apa yang kau beli? Aku tak pernah tengok pun barang-barang yang kau beli tu? tanya Faizal. Itu lagi satu perangai adiknya sejak kebelakangan ini yang membuatkan dia rasa sangat pelik.

19

Dia Segalanya

Alah, sekali-sekala apa salahnya? Lagipun dah lima tahun kita tak balik Malaysia, kan? Apa salahnya kalau aku nak shopping untuk mama dan papa, jawab Faizul cuba berselindung dari perkara yang sebenar. Barang apa yang dia beli, biar dia saja yang tahu dan dia memang suka berbuat demikian. Kau nak shopping untuk mama dan papa? Biar betul. Untuk adik tak ada ke? tanya Faizal yang cuba menduga adiknya itu. Wajah Faizul serta-merta berubah apabila abangnya menyebut mengenai seseorang yang sudah lima tahun dia tidak ketemu. Kau ni along, kalau tak hilangkan mood aku petang-petang macam ni tak boleh ke? Buat apa aku nak shopping untuk dia? Lagipun apa yang ada kat sini yang sesuai untuk dia? Pakaian? Semua pakaian dekat sini up to date. Apa yang ada untuk sesuaikan dengan stail dia yang out of date tu? Selamba saja Faizul bersuara. Tetapi kata-katanya itu langsung tidak mendatangkan kemarahan Faizal. Faizul sedikit hairan. Biasanya, abang kembarnya itu paling pantang kalau ada sesiapa cuba memperlekehkan adik bongsu kesayangannya itu. Mana kau tahu adik tu still macam dulu? Dah lima tahun kau tak jumpa dengan dia tau. Mama dengan papa datang sini pun dia tak pernah nak ikut. Aku rasa sekali kau pandang dia lepas ni baru kau tahu yang adik kita tu cantik! Cantik sangat-sangat. Nasib baik la aku fikir dia tu adik kita. Kalau tak, mahunya aku pikat dia jadi girlfriend aku. Jangan kau pulak yang terpikat dengan dia lepas ni, sudah. Dia tu adik kita tau. Panjang lebar Faizal bersuara. Puas hati dia dapat membidas kata-kata Faizul yang tak habis-habis anti dengan adik bongsu mereka itu.

20

Sha Ibrahim

Habis tu, kau tahu ke muka dia macam mana sekarang ni? Kau pun tak pernah jumpa dia jugak selama nikan? Memang aku tak pernah jumpa dia face to face, tapi sekarang ni zaman dah canggih bro. Webcam ada, Skype ada, Facebook lagi. Mudah aje aku nak tengok muka adik kita tu macam mana. Kau aje yang yang tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu! Faizal puas mengenakan adiknya itu. Wajah Faizul serta-merta berubah. Malaslah aku nak melayan kau long. Aku nak keluar. Kalau aku tak balik malam ni jangan call aku, aku ada hal sikit. Beritahu Faizul lantas melangkah ke arah pintu dan terus hilang dari pandangan Faizal. Faizal tersenyum melihat telatah adik kembarnya itu. Dia tahu adiknya agak marah dengan apa yang dia beritahu sebentar tadi. Apa tidaknya? Selama ini Faizul tak pernah mengetahui yang dia sering sahaja berhubung dengan adik bongsu mereka melalui kemudahan Internet.

SURAYA berjalan seorang diri menuju ke arah kereta Honda Jazz yang sedang menunggu di petak parkir. Dia baru sahaja selesai membeli beberapa buah buku yang diperlukannya. Belum sempat dia sampai ke tempat letak kereta tersebut, tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil. Dia menoleh. Dia terpandang seseorang yang agak keberatan untuk dia ketemu. Oh, doktor doktor buat apa kat sini? tanya Suraya sebagai pembuka bicara sambil memberikan senyuman yang manis.

21

Dia Segalanya

Assalamualaikum Suraya. Oh, maaf. Waalaikummussalam saya terlupa! Suraya ikhlas mengaku kesalahannya yang berbicara tanpa memberikan salam terlebih dahulu seperti yang selalu dia lakukan selama ini. Ni salah satu sebab kenapa saya suka sangat berkawan dengan Suraya. Suraya tak pernah lupa untuk meminta maaf setiap kali Suraya melakukan kesilapan, ujar doktor muda yang baru sahaja dilantik sebagai doktor sah di salah sebuah hospital kerajaan. Alah doktor ni, apalah sangat kata maaf tu kalau kita betul-betul buat kesalahan. Tak salah kalau kita ucapkannya walaupun kerap kali, kata-kata maaf ni kadangkadang ubat yang paling mujarab untuk kita cepat sedar akan kesalahan yang kita lakukan, bicara Suraya lembut. Saya kalau bercakap dengan Suraya pasti ada saja benda baru yang saya belajar dari Suraya. Doktor ni formal sangat la bila berbual dengan saya. Saya pulak yang rasa tak selesa. Dah berapa kali saya cakap, kalau doktor ni kawan saya, panggil saya Su sahaja. Suraya mengingatkan doktor muda di depannya itu agar memanggil nama panggilannya setiap kali berbicara dengan dirinya. Habis tu Suraya, ops! Su pula dah berapa kali saya kata hilangkan title doktor tu bila kita berbicara selain dari urusan kerja ataupun Su memang susah sangat nak sebut perkataan Shah? Suraya tersengih mendengar kata-kata doktor muda yang bernama Shahrul Fahmi itu. Sekali lagi dia terkena. Shahrul pula terpesona melihat sengihan tersebut. Entah mengapa dia merasakan apa sahaja yang dilakukan

22

Sha Ibrahim

oleh gadis itu elok di matanya. Dia rasa sangat bertuah kerana dapat berkenalan dengan Suraya sewaktu gadis yang tinggi lampai itu membuat klinikal di hospital. Saya dengan doktor lain doktor memang layak untuk dipanggil doktor. Jawatan tu dah sah ada pada doktor. Tambahan pula doktor banyak bantu saya masa saya buat klinikal dekat hospital dan doktor dah boleh dikatakan salah seorang guru saya. Sebagai seorang murid atau pelajar, title tu tak boleh dihilangkan sebab title itulah yang menunjukkan rasa hormat anak murid kepada gurunya, tak begitu doktor? Awak memang tak pernah kalah ek bila time bercakap. Ada saja benda yang dijawabnya dan setiap kali itu jugalah saya kalah dengan Su. Apa-apa sajalah Su. Awak nak panggil saya doktor ke apa ke, asalkan awak tetap sudi berkawan dengan saya sudah, itu pun dah memadai bagi saya, ujar Shahrul. Bercakap dengan Suraya, dia tak pernah rasa jemu. Gadis itu mempunyai banyak ilmu pengetahuan selain daripada ilmu perubatan yang dipelajarinya. Shahrul kagum dengan gadis itu. Kali pertama dia berjumpa dengan gadis itu, hatinya yang selama ini tak pernah terbuka untuk manamana perempuan tiba-tiba sahaja rasa ingin mencintai dan dicintai. Tetapi dia hanya memendam sahaja perasaannya itu. Dia takut gadis itu akan hilang terus dari pandangannya sekiranya dia ditadirkan hanya bertepuk sebelah tangan. Doktor dari mana ni? tanya Suraya sekali lagi dan cuba mengubah tajuk perbualan mereka. Suraya sebenarnya sudah agak lewat untuk pulang ke rumah. Dia sudah berjanji dengan mamanya untuk pulang dan menolong mamanya memasak. Saya baru aje selesai berjumpa dengan kawan saya

23

Dia Segalanya

tadi. Bila saja saya keluar, terjumpa pula Su. Kita memang ada jodoh, kan Su? Shahrul cuba bergurau. Tapi sebenarnya hatinya berharap sangat yang kata-katanya itu akan menjadi kenyataan. Gadis itu cukup membuatkan dia resah. Dia tahu buat masa sekarang Suraya masih belum berpunya dan dia cukup takut sekiranya suatu hari nanti gadis impiannya itu akan menjadi hak orang lain. Doktor ni macam-macam la. Maaflah doktor, terus terang saya katakan saya dah lewat sebenarnya ni, saya dah janji dengan mama saya nak balik makan. Suraya berterus terang. Lebih baik dia bercakap benda yang betul daripada menipu tambahan pula dia tak suka menipu. Kalau dia cuba menipu, pasti riak wajahnya akan berubah dan sekiranya orang yang mahu ditipunya itu rapat dengannya pasti rahsianya akan terbongkar. Oh, ya ke? Tak nak ajak saya makan sekali? Hah? Emmm. Isy! Saya bergurau sajalah, mana boleh saya makan malam dengan ahli keluarga Su, kan? Saya kan orang luar. Kenapa? Su ingat saya serius ke tadi? Shahrul berasa lucu melihat perubahan air muka Suraya yang nampak begitu panik dengan usikannya. Suraya menghembus nafas lega dengan apa yang baru sahaja didengarinya. Dia ingat doktor muda itu serius dengan apa yang dikatakannya. Doktor ni buat saya rasa serba salah saja. Saya bukan tak nak ajak doktor tapi masanya tak sesuai. Tunggulah satu hari nanti saya akan bawa doktor jumpa dengan family saya, bicara Suraya ikhlas. Dia benar-benar memaksudkan dengan apa yang diperkatakannya. Satu hari nanti dia pasti bawa doktor

24

Sha Ibrahim

tersebut berjumpa dengan ahli keluarganya. Dia mahu semua ahli keluarganya tahu yang doktor itu banyak membantunya semasa dia buat klinikal di hospital. Betul ke Su? Tak sabar rasanya saya nak tunggu hari tu. Oh, ya. Saya ni asyik ganggu Su saja, kan? Dahlah, Su baliklah dulu, nanti tertunggu pula mama Su tu. Hai, macam nak menghalau saya pulak doktor ni? Dah tak sudi nak berbual dengan saya ke? Yelah, saya kan tak banyak cakap macam nurse yang selalu bersama doktor tu. Saya ni membosankan. Takpelah kalau macam tu, saya balik dululah. Eh, apa pulak? Tadi Su yang cakap yang Su ada hal, kan? Wajah Shahrul berubah menjadi panik. Namun bertukar menjadi kehairanan apabila melihat Suraya tergelak kecil. Saya gurau sajalah doktor. Doktor boleh bergurau dengan saya tadi, jadi apa salahnya kalau saya pulak yang nak bergurau dengan doktor tak salah, kan? Manis sahaja raut muka Suraya menuturkan bicara tersebut. Shahrul terpegun seketika. Wajah inilah yang sering dirinduinya apabila klinikal Suraya di hospital selesai. Kalau diikutkan hatinya yang sering sahaja dilanda kerinduan itu, ingin sahaja dia meluahkan perasaannya pada Suraya dengan serta-merta. Makin nakal awak sekarang ni ye? bicara Shahrul. Ingin sahaja Shahrul mencubit hidung Suraya yang mancung itu. Sekali-sekala apa salahnya, kan? Tak apalah doktor, saya betul-betul kena pulang sekarang. Nanti bila ada peluang, kita boleh berbual lagi. Saya kena pergi dulu ni. Assalamualaikum.

25

Dia Segalanya

Insya-Allah, waalaikummussalam! Shahrul hanya memandang Suraya yang masuk ke dalam perut kereta dan kemudian kereta tersebut bergerak meninggalkannya. Dia tersenyum seorang diri. Entah bilalah, gadis itu bakal menjadi suri dalam hidupnya. Entah tercapai ataupun tidak. Dia berserah kepada Tuhan. Namun, dalam hatinya tetap berbisik yang dia perlu berusaha untuk mendapatkan gadis kesayangannya itu.

SURAYA tersenyum senang apabila terpandangkan wajah wanita yang cukup disayanginya yang sedang setia menunggunya di depan muka pintu banglo mewah kepunyaan papanya. Sebaik sahaja keretanya memasuki pekarangan banglo mewah tersebut, pintu utama banglo itu terbuka dan terpacul seorang wanita yang cukup dikagumi oleh Suraya sejak dari kecil lagi. Wanita yang penuh dengan sikap penyabar dan sifat kasih sayang. Suraya menutup pintu kereta dan lantas berjalan mendapatkan mama kesayangannya. Wanita yang dalam usia lingkungan lima puluhan itu dipeluk dan diciumnya mesra. Datin Rafidah membalas perbuatan anak bongsunya itu. Sudah seminggu dia tak dapat bertemu dengan anak kesayangannya itu yang terpaksa tinggal di rumah sewa bersama rakannya kerana mahu menyiapkan kertas kerja yang perlu dihantar dengan segera. Mama sihat? Mama sihat, bertambah sihat bila terpandang wajah adik, bicara Datin Rafidah dengan membahasakan Suraya dengan panggilan manjanya sejak dari kecil.

26

Sha Ibrahim

Suraya tersenyum lantas menarik mamanya masuk ke dalam rumah. Dia turut merasa rindu terhadap mamanya. Dia jarang berpisah dengan wanita itu. Assignment dah siap ke? tanya Datin Rafidah. Dah. Tapi adik kena pergi balik rumah Fatima esok pagi, nak ambil pakaian adik. Adik tak sempat nak kemaskan tadi. Bila mama call aje adik terus datang sini, adik ingat nak balik malam ni. Kenapa mama suruh adik balik sekarang, mama dah rindu sangat kat adik ek? bicara Suraya manja sambil menghadiahkan ciuman mesra di pipi mamanya. Yelah, mama dah seminggu tak jumpa dengan anak bongsu kesayangan mama ni, tentulah mama rindu. Datin Rafidah terus mengiakan. Ye ke? Entah-entah mama suka bila adik tak ada kat rumah. Yelah mama tak payahlah nak layan kerenah adik yang selalu ngada-ada nikan? gurau Suraya. Datin Rafidah tak menjawab sebaliknya dia menarik manja hidung mancung Suraya sehinggakan Suraya mengaduh kesakitan. Perasaan gembira pada saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia betul-betul bersyukur kerana telah dikurniakan anak perempuan yang cukup taat padanya. Baginya anak bongsunya itu terlalu sempurna buat dia dan suami sehinggakan kadang-kadang dia lebih menyayangi anak bongsunya itu daripada dua orang anak lelakinya yang masih berada di UK. Hanya menunggu waktu untuk pulang semula ke Malaysia. Mama, tadi mama cakap dalam phone, mama nak suruh adik tolong mama masak. Habis tu yang atas meja ni apa? tanya Suraya yang sudah pun berada di ruang makan tidak berapa jauh dari ruang tamu. Datin Rafidah agak terkejut dengan suara anaknya

27

Dia Segalanya

yang agak kuat dari ruang makan. Rupa-rupanya fikirannya sudah jauh melayang sehinggakan dia langsung tak menyedari yang Suraya sudah tidak berada di depannya lagi. Dia berjalan perlahan ke arah anaknya sambil tersenyum manis. Mama saja aje cakap macam tu. Sengaja nak suruh adik balik cepat, mama dah rindu sangat kat adik. Adik pun rindu jugak, rindu sangat dekat masakan mama. Suraya tak habis-habis lagi menyakat Datin Rafidah. Memang itu perangainya, dia suka melihat mamanya marah. Marah yang dianggapnya marah-marah sayang. Mamanya tak pernah memarahinya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Amboi, rindu dekat masakan mama saja ke? Mama adik langsung tak rindulah ye? Kalau dekat mama, adik bukan sangat rindu tapi rindu yang teramat-amat rindu, adik rindu sangat nak tengok mama merajuk macam sekarang ni. Sekali lagi satu ciuman mesra singgah di pipi Datin Rafidah. Datin Rafidah tersenyum bahagia. Mama tahu adik mesti lapar, kan? Mana papa ni? Kata tadi dalam perjalanan pulang, tapi masih tak sampai lagi, rungut Datin Rafidah sambil matanya galak mengintai ke ruang tamu. Alah mama, sekarang kan waktu pekerja rehat. Mesti jalan tu jammed. Tadi adik sendiri pun terperangkap dalam jammed. Papa on the way la tu. Adik boleh tunggu la ma, perut adik pun bukannya lapar sangat. Kita tunggu aje papa kejap lagi, ujar Suraya ingin menenangkan mamanya yang sememangnya seorang wanita yang mudah panik dan menggelabah. Kemudian, terdengar bunyi enjin kereta memasuki pekarangan banglo.

28

Sha Ibrahim

Datin Rafidah terus sahaja meluru keluar dan diikuti oleh Suraya yang menyusul mamanya dari belakang. Datin Rafidah terus meluru mendapatkan suaminya dan tangan suaminya dicium mesra. Briefcase yang dipegang oleh suaminya diambil. Suraya hanya tersenyum memerhatikan telatah pasangan bahagia tersebut. Dia cukup bertuah kerana dikurniakan keluarga yang sangat bahagia. Amboi anak papa yang sorang ni, tersengih seorang diri kenapa? Ada la tu benda yang nak disakatnya, tegur Datuk Rashid sambil tersenyum memandang anak bongsunya yang cukup disayangi dan dikasihinya. Pantas Suraya melangkah dan mencium tangan papanya. Ni ha mama tunggu papa balik, resahnya mengalahkan pengantin perempuan yang sedang menunggu pengantin lelaki yang tak kunjung tiba. Sekarang muka mama pun mengalahkan pengantin yang sedang bersanding kat pelamin, usik Suraya bersahaja. Terus sahaja Datin Rafidah mencubit mesra lengan Suraya dan Suraya mengaduh sakit lalu tersengih. Dah la bang, kalau dilayan anak bongsu abang ni jawabnya sejuk la lauk yang dah siap dimasak kat dalam tu. Usik Datin Rafidah pula. Suraya hanya tersengih lantas memaut lengan mamanya dan pipi mamanya dicium lagi. Datuk Rashid bahagia melihat telatah dua orang wanita yang cukup disayanginya di dunia ini.

29

Dia Segalanya

JOM adik, minum. Mama dah gorengkan makanan kegemaran adik ni, panggil Datin Rafidah apabila Suraya berdiri di sisinya yang sedang duduk di bangku simen yang dibuat khas untuk berehat pada waktu petang. Suraya terus terpandang ke arah meja simen yang lengkap dengan teh panas dan cempedak goreng kesukaannya. Wow! Ni yang buat adik sayang kat mama ni. Papa tak cemburu ke? tanya Suraya yang mengusik papanya pula. Kenapa pula papa nak cemburu? tanya Datuk Rashid. Dia tahu perangai anak bongsunya itu yang suka sangat menyakat. Tetapi dengan perangai Suraya yang begitulah yang membuatkan dia dan isterinya terlalu menyayangi Suraya dan merindui gadis manis itu setiap kali gadis itu berjauhan dengan mereka walaupun hanya untuk beberapa hari. Ye la, adik baru aje tak balik rumah beberapa hari tapi mama dah masak macam-macam makanan kegemaran adik. Manalah tahu papa tiba-tiba cemburukan adik? Buat apa papa nak cemburu dengan anak kesayangan papa yang sorang ni? Kalau mama asyik masak makanan adik tiap-tiap hari pun papa tak marah, asalkan anak papa ni sering ada depan mata papa, ujar Datuk Rashid ikhlas. Dia terlalu menyayangi anak bongsunya itu. Anak itulah yang sering membuatkan dia dan isterinya tenang. Dengan perangai yang sopan santun, sering mengikut cakap orang tua dan yang paling dia dan isterinya suka dengan perangai anak bongsunya itu adalah sifat manja dan ceria yang ada pada diri anaknya itu sejak kecil lagi. Malah perangai

30

Sha Ibrahim

anak itu tidak sesekali berubah walaupun pelbagai masalah yang menimpa dirinya sejak kecil. Suraya tersengih mendengar pengakuan papanya itu dan jauh di lubuk hatinya dia berasa sangat terharu dengan pengakuan tersebut. Dia sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat menyayanginya. Suraya duduk di sisi mamanya dan lantas mencapai cempedak goreng lantas disuap ke mulut. Tiba-tiba sahaja wajahnya yang ceria bertukar mendung. Datin Rafidah dan Datuk Rashid berpandangan. Tentu ada sesuatu yang difikirkan oleh anak bongsunya itu dan mereka betul-betul berharap apa yang sedang difikirkan oleh anak bongsunya mereka tidak seperti yang ada dalam fikiran mereka waktu itu. Adik, kenapa ni? tanya Datin Rafidah sambil menggosok bahu anaknya. Suraya tersentak. Dia tersenyum dan kembali menunjukkan wajah yang ceria. Rupa-rupanya perubahan wajahnya dapat dikesan oleh kedua orang tuanya. Tak ada apalah mama. Adik okey aje. Mama minggu depan, along dengan angah dah nak balik, kan? Apa kata kalau adik tolong mama kemaskan bilik dia orang. Lagipun adik tak ada kerja sekarang ni. Suraya menawarkan diri dan dalam masa yang sama dia tidak mahu mamanya bertanya soalan yang lebih lanjut. Jadi pasal itulah yang membuatkan adik tiba-tiba murung tadi? Sebab angah nak balik? tanya Datuk Rashid. Datin Rafidah mengangguk bersetuju dengan soalan yang diajukan oleh suaminya itu. Suraya mengeluh. Lain niat di hati, lain pula yang terjadi. Tawarannya tadi semakin membuatkan kedua orang

31

Dia Segalanya

tuanya syak apa yang sebenarnya yang sedang bermain di fikirannya di kala itu. Suraya hanya mendiamkan diri. Kalau dia bersuara, pasti dia berbohong dan dia tak suka berbohong dengan kedua orang tuanya. Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Dengar sini adik papa akan pastikan perkara tu tidak akan diungkit lagi dalam rumah ni atau di mana saja. Kalau ada sesiapa yang berani mengungkitkan perkara ni lagi, tahulah macam mana papa uruskan nanti. Datuk Rashid bersuara tegas. Mama tahu adik paling risaukan angah, kan? Adik takut dia akan ungkit perkara tu lagi bukan? Kalau along mama tak risau, sebab dari kecil along yang paling memahami situasi ni, dia pun sayang sangat dengan adik. Adik janganlah risau, mama dengan papa kan ada. Selagi kami ada, insya-Allah perkara itu tidak akan diungkit lagi. Itu janji mama dan papa. Kami sayangkan adik sangat-sangat. Suara Datin Rafidah mulai bergetar menahan sebak. Suraya pula hanya tertunduk dan air matanya mulai gugur ke bumi. Dia tak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya dia terhadap Allah SWT yang telah mengurniakan kedua ibu bapa yang terlalu menyayangi dirinya. Datin Rafidah mendapatkan anak bongsunya itu lantas dipeluk erat dan penuh kasih sayang. Datuk Rashid yang menyaksikan perkara tersebut berasa sangat terharu dengan kasih sayang isterinya yang terlalu menebal terhadap anak bongsu mereka. Dia pula memanjatkan kesukuran yang tidak terhingga kerana dikurniakan anugerah yang tak terhingga itu.

32

Sha Ibrahim

Bab 3
AIZAL mundar-mandir di ruang tamu apartmennya seorang diri. Dia risau apabila kelibat Faizul masih belum muncul sedangkan waktu itu sepatutnya mereka sudah pun bertolak ke lapangan terbang. Pagi tadi Faizul meminta kebenarannya untuk keluar sebentar kerana ada urusan yang perlu diuruskan. Yang menjadi tanda tanya pada Faizal apabila adiknya membawa sebuah kotak yang cukup besar bersama. Bila ditanya, Faizul sekadar memberitahu bahawa ada barang yang mahu dia tinggalkan kepada kawannya. Sorry along, aku terlewat. Ada hal sikit. Kau dah angkut ke semua luggage aku? Faizul tiba-tiba muncul dalam kekalutan. Ye la! Nak harapkan kau? Jawabnya terlepas flight la kita nanti. Cepatlah, kau pergi tengok balik dalam bilik kau tu takut ada apa-apa yang tertingggal. Aku main angkut aje tadi masukkan dalam van kat bawah. Okey!

33

Dia Segalanya

SURAYA termenung seorang diri di dalam biliknya. Banyak perkara yang sedang menghantui fikirannya. Pagi esok, abang-abangnya akan sampai ke rumah. Dia pula masih lagi serba salah sama ada mahu mengikut ibu bapanya untuk menjemput abang-abangnya di lapangan terbang ataupun tidak. Sekiranya alongnya sahaja yang pulang, sudah pasti perasaannya bukan begini. Tetapi kepulangan angahnya bersama membuatkan perasaannya tidak menentu. Kepulangan lelaki itu pula bukan untuk sehari dua tetapi untuk selama-lamanya. Dia pasti kehadirannya di lapangan terbang esok hari tidak akan disambut mesra oleh abangnya yang kedua itu. Hatinya kuat menyatakan bahawa abang keduanya itu masih membencinya seperti dahulu. Suraya bangun dan berjalan ke balkoni biliknya. Suasana malam yang dingin dan tenang tidak mampu menenangkan hatinya yang diruntun keresahan. Dia menoleh ke balkoni sebelah. Di situlah selepas ini bila-bila masa sahaja dia boleh terserempak dengan abangnya yang kedua itu sekiranya mereka keluar ke balkoni serentak. Bagaimanalah reaksi lelaki itu nanti yang terpaksa menghadap wajah yang dibencinya sejak dari kecil setiap hari? Dia masih lagi tertanya-tanya kenapa abangnya yang seorang itu tidak menunjukkan sifat dan reaksi yang sama dengan abang sulungnya apabila mengetahui status sebenar dirinya lapan tahun dahulu? Abangnya itu menunjukkan reaksi yang mengejutkan ahli keluarga yang lain. Dia tiba-tiba memberontak sehinggakan sanggup lari dari rumah. Sebaliknya, abang sulungnya hanya tersenyum dan langsung tak kisah dengan hakikat yang mengejutkan itu. Malah lelaki itulah yang banyak memujuk dirinya agar menerima hakikat itu dengan hati yang terbuka. Malah

34

Sha Ibrahim

hakikat itu sedikit pun tidak mengubah pendiriannya dan kasih sayangnya terhadap seorang adik. Suraya menangis seorang diri apabila terkenangkan peristiwa itu. Peristiwa yang membuatkan dirinya sedih dan dalam masa yang sama dia cukup bersyukur. Suraya mendongak memandang bintang di langit, peristiwa lapan tahun dahulu mula menerjah kembali ke dalam fikirannya. Mama ni apa? Tiba-tiba sahaja Faizul muncul dan menyoal mamanya yang sedang menonton televisyen bersama seisi keluarga. Datin Rafidah yang terpandang sekeping kertas yang dipegang oleh Faizul terus merampas kertas tersebut dan menyorokkannya di belakang. Kenapa dengan kamu ni angah? Kan ke banyak kali mama dah pesan jangan masuk ke bilik mama. Kenapa degil sangat ni? marah Datin Rafidah. Suraya dan Faizal yang tidak tahu apa-apa hanya terpinga-pinga dengan reaksi mama mereka yang tiba-tiba sahaja meninggikan suara. Datuk Rashid pula masih belum pulang dari kerja. Kenapa? Mama takut? Mama takut rahsia yang mama simpan selama ni akan terbongkar? Memang angah dah agak dia ni memang tak ada kena-mengena dengan keluarga kita. Kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut Faizul membuatkan Suraya terpinga-pinga. Dia kurang jelas dengan apa yang baru diperkatakan oleh abang keduanya itu. Apa yang sedang berlaku ni mama? Kenapa angah cakap adik tak ada kena-mengena dengan keluarga ni? Suraya terus bertanyakan soalan. Hatinya mula jadi tidak

35

Dia Segalanya

menentu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan dirinya. Tak ada apalah dik. Angah mengarut saja tu, jangan dengar cakap dia. Suara mamanya bergetar. Jelas menunjukkan mamanya sedang menyembunyikan sesuatu. Yalah dik, tak ada apa-apa. Angah mengarut saja tu, lagipun apa yang dia cakap tu tak logik langsung. Jom dik, kita naik. Adik cakap tadi nak tanya sesuatu tentang kerja sekolah adik. Faizal pula cuba memujuk dia daripada bertanya dengan lebih lanjut. Nanti dulu, benda ni masih belum lagi selesai! Oh, sekarang semua orang cuba bela orang luar ni, kau dah tahu lama pasal benda nikan long? Tapi kau sembunyikan benda ni. Betul, kan long? Soalan yang diajukan oleh Faizul cukup membuatkan Suraya bertambah resah dan ingin mengetahui perkara yang sebenar. Dia memandang Faizal yang mula kelihatan panik. Apa yang kau merepek ni, ngah? Aku tak tahu apaapa pun. Dahlah dik, jangan dilayan orang gila ni. Dia memang selalu saja nak cari pasal! Faizal menarik tangan Suraya namun dia merentap kasar. Dia mulai hilang sabar. Perkataan dia memang tak ada kena-mengena dengan dengan keluarga ini dan juga orang luar sudah cukup membuktikan bahawa memang ada sesuatu yang belum diketahuinya dan dia akan pastikan dia tahu semuanya pada malam ini juga. Apa ni mama? Apa yang cuba angah katakan sebenarnya? Adik rasa benda ni ada kena-mengena dengan adik, betul kan?

36

Sha Ibrahim

Adik jangan percaya cakap angah ni. Memang ada kena-mengena dengan kau. Memang tak silap pendirian aku yang selama ini tak pernah sukakan kau. Dari dulu lagi aku dapat rasakan yang kau bukannya adik aku, kau faham tak? Kau bukannya anak kandung papa dan mama! Faizul memotong kata-kata mamanya dan mengeluarkan kenyataan yang membuatkan dunia Suraya menjadi gelap-gelita. Matanya berpinar-pinar. Seluruh tubuhnya menggeletar. Air matanya laju sahaja gugur membasahi pipi. Mama, betul ke? tanyanya dengan nafas yang naik turun. Adik, dengar sini memang apa yang angah kata tu betul, tapi itu tak akan mengubah apa-apa pun. Adik tetap anak mama, anak bongsu mama! Datin Rafidah turut sama mengalirkan air mata. Suraya yang baru mendengar kenyataan mamanya itu semakin lembik dan hampir terjatuh namun sempat ditahan oleh Faizal. Kau dengar sendiri, kan? Kau memang tak ada kena-mengena dengan keluarga ni. Aku rasa baik kau keluar saja dari rumah ni! Faizul terus bersuara dengan kasar. Tak ada sesiapa pun yang akan keluar dari rumah ni! Dan tidak ada sesiapa pun yang dapat mengubah hakikat yang adik tetap anak bongsu papa dan mama! Tiba-tiba sahaja suara garau milik Datuk Rashid kedengaran. Dengan wajah yang bengis, Datuk Rashid memandang Faizul. Kemudian Datuk Rashid terus mendapatkan Suraya dan memeluknya erat.

37

Dia Segalanya

Memang angah dah agak! Papa tetap akan sebelahkan orang luar ni. Papa dan mama memang tak adil! Papa dan mama lebih sayangkan dia ni daripada anak sendiri! Apa yang ada pada dia ni? Apa yang ada pada anak pungut ni? Serentak dengan itu kedengaran satu tamparan yang cukup kuat. Datuk Rashid telah menampar Faizul. Semua yang ada terkedu melihat kejadian yang tidak disangka-sangka itu. Dengar sini! Mulai hari ni, papa tak nak dengar sesiapa pun mengungkit tentang siapa diri adik yang sebenarnya. Adik tetap anak bongsu papa dan mama. Dan kalau sekali lagi papa dengar ada sesiapa yang pertikaikan hakikat ini, tahulah macam mana papa uruskan! Semua faham? Suara Datuk Rashid bagaikan halilintar. Papa memang tak adil! Angah benci papa! Faizul bersuara lantang lantas berlari memanjat tangga meninggalkan mereka semua di ruang tamu. Peristiwa itu telah membuatkan Suraya dilanda perasaan rendah diri, serba salah dan malu. Pada malamnya sewaktu dia sedang menangis seorang diri di bilik, abangnya yang sulung datang sambil menguntumkan senyuman kepadanya. Adik nak tahu kenapa along tak kisah langsung dengan benda yang terjadi tadi? Sebab dari kecil lagi, along sangat sayangkan adik. Adik adalah adik kesayangan along. Walau apa pun yang terjadi, adik tetap adik along sampai bilabila. Tapi kenapa along tak beritahu adik? Along tahu perkara ni sejak awal lagi, kan?

38

Sha Ibrahim

Itu semua tak penting. Yang penting adik tetap adik kesayangan along. Biar apa orang lain nak kata, adik tetap anak bongsu keluarga ni. Anak bongsu papa dan mama. Papa sendiri kan dah cakap tadi takde sesiapa yang boleh pertikaikan siapa diri adik. Percayalah dik, kami semua sayangkan adik. Tapi angah? Angah bencikan adik! Pedulikan dia. Adik kan tahu dia tu memang degil! Penuh dengan hasad dengki! Adik jangan pedulikan dia. Yang along tahu, adik tetap adik kesayangan along. Kenyataan Faizal itu membuatkan dirinya sedikit tenang dan terharu lantas dia memeluk erat abangnya yang tidak pernah menunjukkan perasaan benci terhadapnya sejak dari kecil lagi. Esoknya mereka dikejutkan dengan kehilangan Faizul. Semua dilanda kerisauan kecuali papanya yang menunjukkan reaksi yang berbeza. Rupa-rupanya papanya awal-awal lagi telah bersiap sedia dengan kemungkinan yang bakal berlaku. Papanya seakan-akan sudah tahu apa yang bakal dilakukan oleh anaknya itu. Papanya itu juga tahu Faizul pasti pulang ke kampung. Sebab itulah papanya dari awal lagi menelefon datuk dan neneknya di kampung agar bersiap sedia dengan kedatangan Faizul ke kampung dan ternyata telahan papanya tepat. Itulah papanya, seorang lelaki berkerjaya namun langsung tidak meninggalkan tanggungjawab terhadap keluarga. Semua sikap anakanaknya sudah dihafal. Sejak peristiwa itu Suraya dengan Faizul jarang bertegur sapa kecuali ada hal yang memerlukan mereka untuk berbicara. Kali ini setelah lima tahun mereka tidak bersua

39

Dia Segalanya

muka, dia terpaksa menghadap muka angahnya sekali lagi malah mereka akan tinggal sebumbung untuk selamalamanya. Bila memikirkan semua itu, fikirannya kacau dan hatinya cukup resah.

40

Sha Ibrahim

Bab 4
DIK, cepatlah! panggil Datin Rafidah, mengejutkan Suraya yang sedang bersiap di hadapan cermin di dalam biliknya. Dia serba salah, bagaimana reaksi mamanya nanti apabila dia menyatakan hasratnya yang tidak mahu ikut sama untuk menjemput abang-abangnya di KLIA. Suraya menuruni anak tangga dan terus mendapatkan mamanya yang sedang menunggu di ruang tamu. Papanya tidak kelihatan, mungkin sudah menunggu di dalam kereta. Mama, kalau adik tak ikut boleh tak? Adik jumpa dia orang dekat rumah sajalah. Suraya berbicara dengan wajah takut-takut. Datin Rafidah tersenyum. Dia faham dengan situasi anak bongsunya itu. Dia tahu Suraya masih rasa rendah diri untuk berjumpa semula dengan Faizul. Sejak kecil, anak lelakinya yang seorang itu sudah menunjukkan reaksi tidak sukanya terhadap Suraya.

41

Dia Segalanya

Boleh tak ma? tanya Suraya lagi. Habis tu, adik nak ke mana dengan pakaian yang lawa-lawa ni? tanya Datin Rafidah melihat anaknya yang sudah pun bersiap cantik. Oh, adik nak keluar. Ada hal lain, beritahu Suraya. Memang itu niatnya sekiranya mamanya memberikan kebenaran untuk dia tidak mengikut bersama ke lapangan terbang. Mama tak kisah. Tapi apa pula kata abang-abang adik nanti, terutamanya along. Dia selalu cakap dekat mama yang dia tak sabar nak jumpa adik bila dah sampai Malaysia. Along tu, tahulah adik cakap kat dia nanti. Boleh la mama, boleh la! Suraya sudah pun separuh merayu. Datin Rafidah tersenyum. Kesian pula dia melihat anak kesayangannya yang sudah pun separuh merayu itu. Kemudian dia mangangguk. Suraya tersenyum kegirangan lantas pipi Datin Rafidah dikucup mesra tanda terima kasih.

DATIN RAFIDAH tercari-cari kelibat anak-anak lelakinya dari balai ketibaan. Sudah hampir setahun dia tidak melihat anak-anaknya. Kali terakhir dia melihat anak-anaknya itu sewaktu hari konvokesyen pada tahun lepas. Kemudian dia dan suaminya pulang semula ke Malaysia apabila kedua-dua anak terunanya itu membuat keputusan untuk terus berada di UK buat sementara waktu. Kata mereka, mahu berjalan-jalan dahulu sebelum pulang ke tanah air. Mana mereka ni bang? Dari tadi kita tunggu, tak nampak batang hidung pun. Entahentah mereka tak jadi pulang kut?

42

Sha Ibrahim

Hesy, awak ni. Ke situ pulak. Kan ke semalam along dah telefon, cakap mereka akan sampai pagi ni. Awak tu kut ya pun sabar la sikit! Datin Rafidah hanya mengikut arahan suaminya. Namun dalam hatinya, dia betul-betul tidak sabar untuk melihat kedua-dua anak terunanya yang cukup dirinduinya itu. Dia betul-betul berharap kepulangan mereka kali ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan keluarganya. Namun bila diingatkan kembali perangai anaknya yang tengah itu, hatinya tiba-tiba diruntun bimbang. Anaknya yang kedua itu agak susah untuk diramal perangainya. Selalu membuat perkara yang membuatkan dia dan suaminya risau. Sikap panas barannya pula kadang-kadang tak boleh diramal langsung. Ada sahaja benda yang membuatkan anaknya yang kedua itu rasa tidak puas hati, lantas memberontak. Namun kali ini dia betul-betul berharap agar perangai anaknya itu akan berubah sekembalinya dari UK. Itu pun mereka. Tengok mereka tu tak berubah langsung, sihat macam kita lihat mereka waktu majlis konvokesyen tahun lepas. Awak yang bimbang tentang benda yang bukan-bukan. Datuk Rashid sempat membebel kepada isterinya yang terlebih bimbangkan perihal anak-anak lelakinya. Datin Rafidah hanya tersenyum melihat kelibat anak kembarnya yang tak seiras itu. Bebelan suaminya langsung tidak dipedulikan. Dalam hati Datin Rafidah, dia sangat berbangga dan bersyukur kerana dikurniakan anakanak teruna yang mempunyai rupa paras yang elok dan menarik. Memang dia akui sejak zaman sekolah dahulu anakanaknya itu sering menjadi perhatian anak-anak gadis. Malahan anak keduanya itu sendiri mempunyai beberapa teman wanita yang sering menelefon ke rumah dan yang

43

Dia Segalanya

paling memeningkan Datin Rafidah apabila ada sesetengah daripada mereka sanggup datang ke rumah. Namun, lain pula yang berlaku kepada anaknya yang sulung. Walaupun ramai gadis meminati anak sulungnya itu namun semuanya tidak dipedulikan. Anaknya yang sulung itu sering sahaja berkepit dengan adik bongsunya, Suraya. Anaknya yang seorang itu jarang sangat bercerita tentang perempuan lain selain adiknya sendiri. Tetapi, baru-baru ini Suraya ada memberitahunya bahawa anak sulungnya itu telah pun mempunyai teman wanita yang menetap di Malaysia. Bila ditanya bagaimana mereka boleh berjumpa, Suraya menjawab mereka berkenalan apabila gadis tersebut mengikuti rombongan universiti ke UK. Berita tersebut sedikit sebanyak menggembirakan perasaan Datin Rafidah. Dia tidak kisah gadis yang menjadi pilihan anaknya itu datang daripada keluarga yang macam mana asalkan gadis itu mempunyai perwatakan yang sopan dan sedap mata memandang. Assalamualaikum mama, papa! Faizal memberi salam sebaik sahaja mendapatkan mama dan papanya dan diikuti oleh adiknya, Faizul. Faizal memandang ke kiri dan ke kanan, orang yang ingin sangat dijumpainya langsung tidak kelihatan. Datin Rafidah yang menyedari perlakuan anak sulungnya terus sahaja bersuara. Adik tak ikut sekali, dia kata ada hal. Tapi along jangan la bimbang, lepas ni kita jumpalah dia kat rumah. Angah pula tengah cari siapa? Dah janji dengan seseorang nak jemput angah kat sini ke? Datin Rafidah beralih kepada anaknya yang kedua itu yang dari tadi pun seakan-akan mencari seseorang. Dia faham sangat dengan perangai anaknya yang seorang itu.

44

Sha Ibrahim

Walaupun berada di luar negara tetapi hubungannya dengan rakan-rakan di Malaysia tak pernah putus terutamanya dengan rakan-rakan dari kalangan wanita. Huh! Takdelah. Angah tak tunggu sesiapa pun, jawab Faizul cepat-cepat. Dia tidak menyangka pula perbuatannya diperhatikan oleh mamanya. Dia pun tengah cari adik jugak ma. Dia pun rindu jugak kat adik, tapi tak nak mengaku! Selamba sahaja Faizal mengusik. Datuk Rashid dan Datin Rafidah serentak ketawa. Faizul hanya mencebik dan menjeling tajam ke arah Faizal. Dia tahu wajahnya merona kemerahan menahan malu. Sememangnya tekaan alongnya itu tepat. Dia inginkan kepastian, adakah betul apa yang diperkatakan oleh alongnya bahawa adik bongsu kesayangan alongnya itu semakin cantik? Dia akui Suraya memang mempunyai wajah yang lembut dan manja tetapi sewaktu dia meninggalkan Suraya untuk menyambung belajar ke UK, Suraya merupakan seorang gadis yang tidak mementingkan gaya. Pakaian gadis itu agak selekeh jika dibandingkan dengan pakaian rakan-rakan perempuannya yang lain yang sering bergaya mengikut peredaran zaman. Dah la. Jom kita ke kereta. Kalau rindu sangat kat adik, kita jumpa dia kat rumah, kata Datuk Rashid. Mereka hanya mengangguk. Mama dan papa pergi dulu. Along nak ke toilet sekejap, beritahu Faizal yang sedari tadi tak senang duduk. Dia seakan-akan mendengar namanya dipanggil. Bila dia menoleh, tiada sesiapa pun yang kelihatan. Datuk Rashid hanya mengangguk lantas dia mendapatkan troli yang membawa bagasi anak sulungnya itu.

45

Dia Segalanya

Selepas semua orang berjalan ke kereta, Faizal sekali lagi mendengar namanya dipanggil. Dia cuba mencari, akhirnya dia terpandang seorang gadis yang cukup dirinduinya, tersenyum dengan girang memandangnya. Dengan pantas Faizal mendapatkan gadis tersebut. Sebaik sahaja dia mendapatkan gadis itu, tangannya dicium dengan mesra. Along ingat adik dah tak sudi nak datang jemput along kat sini. Along rindu sangat kat adik tau. Kenapa adik tak join papa dan mama? Saja, jawab Suraya pendek dan ringkas namun Faizal dapat mengagak kenapa adiknya itu tidak mahu turut serta dengan mama dan papanya tetapi dia hanya mendiamkan diri. Dia tak mahu merosakkan suasana apabila adiknya yang kelihatan gembira waktu itu. Along, jom kita jalan-jalan ajak Suraya manja. Faizal hanya tersenyum melihat telatah adiknya itu. Adiknya itu tidak pernah berubah, sentiasa manja apabila berbicara dengannya. Macam manalah dia tidak rindukan adiknya itu apabila mereka berjauhan. Apa kata kalau kita jalan-jalan esok aje. Along penat la dik hari ni. Lagipun mama dan papa dah tunggu kat kereta, nanti mereka tercari-cari along pulak, balas Faizal sambil memandang tepat ke arah Suraya, menunggu reaksi adiknya itu. Ala bolehlah. Kejap aje. Along telefon la mama, beritahu dia. Mama tentu bagi punya. Nah! Suraya menghulurkan telefon bimbitnya kepada Faizal. Faizal tersenyum dan menyambut telefon tersebut. Dia tahu, waktu itu dia tidak akan menang. Di sebalik kemanjaan dan kelembutan adiknya itu sebenarnya tersembunyi sifat degil yang jarang sangat ditunjukkan.

46

Sha Ibrahim

Faizal mengikut arahan adiknya. Butang call ditekan apabila sudah terdapat nombor telefon mamanya di skrin. Dia terus memberitahu mamanya perkara yang sebenar dan adiknya yang berdiri di hadapannya hanya tersenyum dan mendengar. Terima kasih long, sayang along! Suraya bersuara sebaik sahaja panggilan dimatikan. Faizal tersenyum lantas hidung mancung adiknya ditarik mesra. Dia tahu kadang-kadang dia terlalu manjakan Suraya. Tapi itulah yang paling dia sukai. Dia terlalu menyayangi adiknya itu. Sejak kecil Surayalah yang banyak menghiburkannya. Tetapi dia hairan kenapa Faizul tidak boleh menyayangi Suraya seperti dia menyayangi adik bongsunya itu. Waktu kecil dahulu, dia tidak hairan sangat kenapa Faizul membenci Suraya, mungkin dia cemburu kerana Suraya sering diberi perhatian yang lebih kerana sewaktu kecil Suraya bukanlah seorang kanak-kanak yang cergas. Adik kesayangannya itu sentiasa sahaja jatuh sakit. Tetapi mujurlah, apabila Suraya semakin membesar dia bertambah sihat. Tetapi semakin mereka meningkat dewasa, dia semakin hairan kenapa Faizul semakin membenci Suraya. Kadang-kadang layanan buruk Faizul terhadap Suraya agak melampau lantas menimbulkan rasa marah dalam dirinya. Dia sentiasa sahaja bergaduh dengan kembarnya itu sematamata mahu membela adik bongsu kesayangannya. Dia betulbetul berharap agar suatu hari nanti Faizul akan berubah sikap.

47

Dia Segalanya

FAIZUL termenung seorang diri di balkoni biliknya. Dia memandang jauh ke arah hutan yang menghijau di bukit berhampiran dengan banglo mewah papanya. Suasana pagi itu agak sejuk memandangkan rumah mereka berada di kawasan bukit. Kadang-kadang dia mengalih pandangan ke balkoni sebelah dan kadang-kadang matanya memandang ke arah pintu pagar utama banglo yang dapat dilihat dengan jelas sekiranya dia berdiri di balkoni biliknya itu. Perasaannya di kala itu bercampur baur dan kadang-kadang dia agak keliru dengan perasaannya sendiri. Hatinya tiba-tiba panas sewaktu mamanya memberitahu bahawa abang kembarnya tidak dapat pulang bersama sewaktu di KLIA disebabkan Suraya tiba-tiba datang dan meminta abangnya itu menemaninya ke suatu tempat. Faizul kadang-kadang cemburu dengan abangnya yang sering sahaja mesra dengan Suraya. Dia cemburu kenapa dia masih tidak boleh menganggap Suraya sebagai adik kandungnya sendiri seperti yang dilakukan oleh abangnya. Agak susah untuk dia tafsirkan perasaannya itu. Biar dia sahaja yang menanggung apa yang dia rasakan selama ini. Sebenarnya dia sendiri tidak memahami kenapa dirinya terlalu membenci Suraya sedangkan sebelum peristiwa lapan tahun dahulu, dia tidak pernah mengetahui bahawa Suraya itu bukan adik kandungnya. Sedari kecil dia sentiasa marah-marah terhadap gadis itu malah dia sering merungut dengan menyatakan bahawa Suraya seakan-akan bukan adiknya. Faizul tersentak apabila telefon bimbit yang dipegangnya tiba-tiba berbunyi. Dia melihat nombor yang tertera di skrin. Nombor yang tak pernah dilihatnya. Yang paling membuatkan dia hairan itu nombor telefon mudah alih di Malaysia. Helo!

48

Sha Ibrahim

Hi baby. Faizul mengerutkan dahinya. Suara manja di corong telefon membuatkan dia tersenyum sendirian. Macam mana gadis itu dapat mengetahui nombor telefonnya yang baru sahaja dia aktifkan seminggu sebelum pulang ke Malaysia? Hai, macam mana you boleh tahu nombor baru I ni? Tapi dia tidak hairan sebenarnya. Dia tahu sangat perangai gadis yang dia kenali sewaktu di UK bila gadis itu berkunjung ke sana untuk makan angin. Gadis yang agak sosial itu adalah salah seorang gadis yang amat memahami kehendak dan perangainya. Adalah nak harapkan you bagi kat I? Jawabnya sampai bila-bila pun I takkan tahu. Sampai hati you tak beritahu pun I yang you dah balik ke Malaysia. Sekali lagi Faizul tersenyum. Gadis ini memang betul-betul tergilakannya. Kalau tidak masakan gadis itu dapat mengetahui kepulangannya ke Malaysia. Sedangkan setahu dia, dia tidak pernah memberitahu rakan-rakannya di Malaysia mengenai kepulangannya hari ini. Dia sengaja mahu membuat kejutan, tetapi gadis ini terlebih dahulu mengejutkannya. Macam mana you boleh tahu ni, ataupun you main agak-agak saja? Faizul menduga. Alah I tahulah bila I boleh jumpa you? I rindu sangat kat you tau, Joe. Jomlah kita jumpa. Suara di telefon tersebut mulai merengek. Faizul tersenyum lagi. Kebanyakan gadis yang mendekati dirinya akan bersikap manja walaupun mereka semua tahu dia memang tidak suka melayan gadis yang mengada-ada.

49

Dia Segalanya

Tengoklah macam mana nanti. Lagipun I baru aje sampai, penat I pun tak hilang lagi. Jangan bimbang I lama kat Malaysia. Actually I memang akan menetap kat sini pun, kerja kat sini, banyak masa lagi untuk kita jumpa, jawab Faizul yang sememangnya tidak terlalu manjakan gadis yang mendekatinya. Entahlah perasaannya terhadap mana-mana gadis tidak pernah serius. Dia sekadar mahu hilangkan rasa bosannya. Gadis-gadis yang dikenalinya pula sanggup menyerahkan segala-galanya untuk dirinya. Malahan dia sendiri pun sudah banyak menyimpang dari ajaran agama. Dia sedar itu semua tetapi dia masih belum bersedia untuk berubah. Sudah jenuh abangnya menasihatinya agar berubah dan mengingatkannya bahawa apa yang dia lakukan itu adalah salah di sisi agama, namun dia sekadar mendengar namun tak pernah mengikutinya. Joe! Are you still there? Suara yang agak kuat itu memeranjatkan Faizul yang sudah jauh mengelamun. Belum sempat dia menjawab pertanyaan gadis yang sedang berbual dengannya melalui telefon dia terpandang sebuah kereta Honda Jazz memasuki pekarangan banglo. Can you call me later? I have to go. Faizul terus mematikan taliannya. Dia memandang tepat ke arah kereta yang memasuki pekarangan banglo. Kelihatan abangnya yang keluar dari kereta tersebut. Tetapi bukan abangnya yang ingin dilihatnya, tetapi seseorang yang sudah lima tahun tidak bersua muka dengannya. Kemudian Faizul terpandang seorang gadis yang cukup ayu dengan tudung di kepala dan berbaju kurung hijau berbunga halus. Kelihatannya gadis itu sedikit tinggi jika dibandingkan kali terakhir dia melihat Suraya lima tahun

50

Sha Ibrahim

dahulu.Walaupun dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah gadis tersebut namun dia tahu gadis itulah yang sudah lama dia tidak temui. Tiba-tiba sahaja perasaan marahnya kembali menerjah apabila dia melihat gadis itu cukup mesra dengan abangnya. Suraya yang baru sahaja keluar dari perut kereta dapat merasakan seperti ada seseorang yang sedang memerhatikannya dari atas. Dia mendongak ke balkoni biliknya lalu terpandang seseorang yang sudah banyak berubah dari segi wajah serta penampilannya di balkoni di sebelah biliknya. Pemuda yang sedang berdiri di balkoni tersebut langsung tidak mengubah pandangannya walaupun mengetahui kehadirannya di situ sudah disedari oleh Suraya. Adik, apa tunggu lagi tu? Jom kita masuk. Along dah penat la, along lapar! Suraya terperanjat dengan panggilan abangnya dari pintu utama banglo. Suraya tersenyum lantas mendapatkan abangnya. Jiwanya mula rasa tidak selesa, berbeza dengan perasaannya semasa berjalan-jalan dengan abangnya yang sulung tadi. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, lelaki yang berdiri di balkoni tadi sudah berdiri di tangga dan memandang tepat ke arahnya. Suraya tidak selesa dengan pandangan tersebut lantas dia mengalih pandangan ke arah alongnya yang sudah pun menyandar penat di kerusi di ruang tamu. Apa yang kau pandang tu angah? Takkan adik sendiri pun tak kenal? Rupa-rupanya Faizal memerhatikan kelakuan kembarnya itu. Faizul tersentak lantas mengalih pandangan ke arah alongnya dan menuju ke ruang tamu lantas berselisih

51

Dia Segalanya

dengan Suraya yang masih kaku berdiri. Bukannya aku tak kenal, cuma Cuma kau terpegun dengan kecantikannya? Faizal meneka walaupun dia ketahui tekaannya adalah tepat. Mengarut! Mana ada! Faizul menafikan. Kadangkadang dia hairan dengan alongnya. Walaupun mereka dilahirkan bukan kembar seiras tetapi alongnya tahu apa yang sedang dia fikirkan. Sukar untuk menipu abang kembarnya itu. Orang lain bolehlah kau tipu, tapi aku jangan. Kau ingat aku tak tahu, kau adik aku angah. Aku yang sering jaga kau, walaupun umur kita sama tapi aku yang lahir sepuluh minit awal dari kau. Kau jangan lupa tu. Faizal tersenyum melihat perubahan wajah adiknya itu. Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia suka sangat mengenakan adiknya yang seorang itu. Sebenarnya sejak dari dahulu lagi dia merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan adik kembarnya itu, tetapi dia tidak suka membuat sebarang tekaan lantas dia mengambil keputusan untuk melupakan saja perkara tersebut. Tetapi hari ini perkara tersebut menerjah kembali ke fikirannya. Kalau ya kenapa? Faizul menguji abangnya. Tak ada apa! Apa yang nak dihairankan? Memang adik kita tu cantik, lebih cantik daripada lima tahun yang lepas. Tapi yang lebih penting adik kita tu lebih cantik daripada semua teman wanita kau. Faizal bangun dan menuju ke tangga. Dia terlalu penat. Dia perlu mandi dan berehat. And one more thing bro, shes our sister, our youngest sister. Remember that! Faizal terus memanjat tangga. Dia tersenyum, sekali lagi dia dapat mengenakan saudara kembarnya itu.

52

Sha Ibrahim

Faizul yang mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh abangnya itu merengus. Dia menyandar di kerusi dan menarik nafas panjang lalu dihembus kuat. Matanya tiba-tiba terasa berat. Sebenarnya selepas mandi tadi niatnya hanya untuk merehatkan diri dengan tidur tetapi niatnya tiba-tiba terpesong gara-gara mahu menunggu orang yang sudah lama dia tidak temui.

FAIZUL terperanjat apabila ada suara yang memanggilnya. Matanya masih lagi kabur. Rupa-rupanya dia tertidur di sofa dan tiada sesiapa pun yang mengejutkannya. Angah, pergi naik atas. Basuh muka, sembahyang maghrib lepas ni turun makan. Datuk Rashid mengejutkan anaknya itu. Dari tadi lagi dia menyedari yang Faizul tertidur di situ, namun dia tak sampai hati mengejutkan anaknya itu memandangkan anaknya itu kelihatan nyenyak sekali. Ngantuk la pa rengek Faizul seakan-akan anak kecil. Isy, budak ni! Tak elok tidur waktu maghrib begini. Naik atas basuh muka, sembahyang. Lebih elok mandi, segar sikit badan tu! Dengan malas Faizul melangkah ke arah tangga. Belum sempat dia memanjat tangga dia terserempak dengan Suraya. Dia memandang tepat ke arah gadis itu dan menyebabkan gadis itu rasa tidak selesa. Kemudian Faizul teringat kata-kata abangnya petang tadi lantas dia mengalih pandangan dan memanjat tangga naik ke atas. Suraya yang baru sahaja selesai menunaikan solat terus berjalan menuju ke dapur. Dia harus menolong

53

Dia Segalanya

mamanya menyediakan makan malam. Walaupun sejak petang tadi dia menolong mamanya namun sedikit pun dia tidak terasa penat. Tambahan pula dia begitu gembira kerana alongnya sudah berada di rumah bersama dengannya. Selepas ini mungkin dia tidak lagi akan berasa bosan. Namun, dalam masa yang sama dia cukup risau dengan renungan angahnya terhadap dirinya. Renungan itu seakan-akan menunjukkan bahawa Faizul masih lagi tidak menyukai dirinya. Mungkin abangnya yang seorang itu masih lagi berdendam dengan dirinya yang menyebabkan dia ditampar buat pertama kalinya oleh papanya lapan tahun yang dulu. Selepas mandi, Faizul terus menyarungkan pakaian yang sentiasa dipakainya apabila berada di rumah. Seluar pendek paras lutut dan T-shirt ketat yang menunjukkan susuk tubuhnya yang sasa. Lantas dia melemparkan tubuhnya ke atas katil. Dia memandang sekeliling biliknya. Dulu, sewaktu dia meninggalkan biliknya itu, hiasan di dalam biliknya itu bukan sebegitu. Tetapi sekarang hiasan dalaman biliknya cukup berbeza. Takkanlah orang di dalam rumah ini sudah lupa yang dia tidak suka sekiranya ada sesiapa yang berani mengubah kedudukan barang-barang di dalam biliknya tanpa kebenarannya terlebih dahulu. Namun perasaan marahnya tiba-tiba hilang sebaik sahaja dia memerhatikan keseluruhan bilik tersebut. Cantik. Orang yang mengubah hiasan di dalam biliknya itu seakanakan tahu dengan cita rasanya. Siapa yang mengubahnya? Mama? Orang gaji? Ataupun Suraya? Faizul tertanya-tanya. Namun tekaannya terhadap Suraya ditolak ke tepi. Suraya tak pernah rapat dengan dirinya. Takkanlah Suraya tahu dengan cita rasanya? Suraya! Gadis itu cukup membuatkan dirinya

54

Sha Ibrahim

sentiasa dihurung keresahan. Perasaannya terhadap gadis itu tak pernah hilang walaupun sudah lima tahun dia tidak pernah bersua mahupun berbicara dengan gadis tersebut. Dia ingatkan perasaannya itu sikit demi sedikit akan hilang sekiranya dia tidak pulang langsung ke Malaysia namun tanggapannya silap. Gadis itu sentiasa berada di benak fikirannya. Malahan gadis itu sekarang sudah banyak berubah. Gadis itu cukup ayu bertudung walaupun dia sebenarnya tidak menyukai gadis yang bertudung. Bertudung tidak menjanjikan bahawa seorang gadis itu baik dan taat pada agama. Di UK sendiri dia dapat menyaksikan itu semua, gadis yang bertudung pada mulanya kelihatan baik dan pemalu tetapi tidak sampai sebulan, tudung hilang entah ke mana. Dan yang paling mengejutkannya gadis-gadis yang sebegini tidak malu dan segan berpelukan dengan lelaki dan bercumbu di depan orang ramai. Adakah Suraya juga gadis yang sebegitu? Dia tak pasti lagi. Tadi pun sewaktu dia terserempak dengan Suraya untuk naik ke atas, Suraya masih bertudung walaupun dia berada di dalam rumah. Takkanlah Suraya tidak pernah menanggalkan tudungnya? Namun, dia dapat mengagak kenapa Suraya berkeadaan sebegitu walaupun berada di rumah sendiri. Itu pun sekiranya Suraya merupakan seorang gadis yang betul-betul tinggi ilmu agamanya. Tapi benarkah? Woi angah, kuatnya kau berangan. Aku panggil pun tak dengar! Faizal tiba-tiba muncul di muka pintu bilik Faizul. Faizul tersentak lantas bangun dari katil. Kau ni along, tak boleh tengok aku senang sikit la. Apa? Mama suruh turun makan! Yang kau termenung mengalahkan orang rindu kat bini tu apehal? tanya Faizal. Kakinya sudah mula melangkah masuk ke dalam bilik

55

Dia Segalanya

adiknya itu. Dia memerhati sekeliling kemudian tersenyum sendirian. Suka hati akulah! Yang kau tiba-tiba saja senyum tengok bilik aku apehal? Kau jealous sebab bilik aku cantik? Orang yang jealous, dia senyum ke bila tengok sesuatu yang dia tak puas hati? Kau ni betul ke tak? Kau tahu tak siapa yang hias bilik kau ni? soal Faizal yang inginkan kepastian. Siapa?! Beria-ia Faizul bertanya kembali. Namun abangnya hanya mendiamkan diri dan tersenyum kemudian melangkah menuju ke pintu. Siapa? Cakaplah! Kau cari jawapan sendiri. Cepatlah, orang semua dah tunggu kau dekat bawah! arah Faizal. Faizul hanya mengikut abangnya turun dengan perasaan marah. Kalau tak nak cakap tak payahlah beria-ia tanya, rungutnya dalam hati. Sebaik sahaja sampai di meja makan Faizul tersenyum seorang diri memandang ke arah juadah yang tersedia di atas meja. Tiba-tiba sahaja perutnya terasa lapar. Sudah lama dia menginginkan makanan yang sebegitu. Walaupun dia sudah lama berada di UK namun seleranya masih lagi selera Malaysia. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah abangnya. Kemudian terpandang Suraya yang baru sahaja keluar dari dapur membawa minuman. Dia cuba untuk merenung gadis itu tetapi terpaksa membatalkan niatnya memandangkan abangnya yang berada di sebelahnya. Suraya ingin menuang air ke dalam gelas yang terdapat dia atas meja namun ditahan oleh mamanya. Mamanya sendiri yang ingin melakukan semua itu. Suraya akur lantas dia duduk di sebelah mamanya dan dalam masa yang sama dia duduk berhadapan dengan Faizul. Dia hanya

56

Sha Ibrahim

tertunduk dan kadang-kadang dia memandang ke arah alongnya dan tersenyum. Selepas mamanya selesai menuang air, papanya memberi arahan agar menadah tangan untuk dia bacakan doa makan. Selepas selesai baca doa makan, masing-masing makan tanpa banyak bercakap. Sebenarnya itu bukan rutin harian mereka sekeluarga sekiranya mereka menjamu selera tetapi hari ini lain macam pula jadinya. Datuk Rashid memandang isterinya dan isterinya hanya menjongket bahu. Ni kenapa dengan semua orang ni? Tiba-tiba aje senyap macam lepas serangan garuda? tanya Datuk Rashid. Suraya yang tak pernah diam bila waktu makan terus sahaja tergelak. Entah apa yang lucu sebenarnya dia sendiri tak pasti. Entahlah pa, mungkin dah bertahun-tahun along dengan angah tak makan makanan Malaysia sampaikan tak boleh bersuara bila dapat makan makanan Malaysia kut, betul tak long? tanya Suraya tersengih memandang alongnya. Faizal menjegilkan matanya ke arah Suraya yang membalas dengan cebikan. Faizul yang memerhati telatah Suraya terpegun seketika. Kenapa gadis itu semakin terserlah keayuannya? Dan ini pertama kalinya dia melihat gelak Suraya bukan dibuat-buat. Mungkin dia orang dah biasa makan burger tak dik? Yalah, burger kan diperbuat daripada daging. Daging tukan liat. Entah-entah along dan angah ni dah pakai gigi palsu! Kenyataan Datin Rafidah yang ingin membuat

57

Dia Segalanya

humor mendapat sambutan hangat apabila semua ahli keluarganya ketawa. Faizul yang sedang minum air hampir tersembur lantas turut tergelak. Ni sejak bila pulak mama pandai buat lawak ni? tanya Faizal sebaik sahaja dia berhenti ketawa. Mama ni sebenarnya nak join venture Senario along, tapi tak dapat memandangkan Senario nak kekalkan ahlinya yang hanya terdiri daripada lelaki. Faizul pula bersuara. Makin riuh gelak ketawa ahli keluarganya. Nilah anak-anak papa yang papa kenali sebelum ni. Papa dah naik takut tadi, manalah tahu masing-masing dah lupa macam mana nak ketawa! ujar Datuk Rashid sambil menyambung suapannya yang terhenti seketika apabila semuanya tergelak besar. Along, dah lima tahun along tak balik Malaysia. Takkanlah satu hadiah pun along tak bawa balik untuk adik? tanya Suraya manja. Alah, along lupalah dik. Along tak ingat nak beli! Alah along ni sampai hati along! Yalah siapalah adik nikan. Kalau untuk buah hati pengarang jantung along, tentu along tak pernah lupa. Tak apa. Suraya membuat mimik muka sedih. Faizal tergelak. Takkanlah along lupa nak beli hadiah untuk adik kesayangan along ni. Ada kat atas. Lepas ni along bagi ek. Adik tahu! Adik acah aje tadi, saja nak tahu along boleh bertahan tak kalau adik merajuk. Rupa-rupanya tak, sama macam dulu sayang along! jawab Suraya dengan nada yang betul-betul manja.

58

Sha Ibrahim

Faizul memerhatikan telatah Suraya. Gadis itu tidak banyak berubah. Sifat manjanya sejak kecil masih lagi kekal. Dia akui sejak dari kecil dia tidak pernah mesra dengan Suraya. Suraya pula waktu kecil-kecil dahulu cuba bermanja dengannya tetapi dia sering sahaja memarahi Suraya. Sehinggakan kadang-kadang dia perasan Suraya agak takut dengan dirinya. Dia bukan seperti alongnya yang sentiasa sabar dengan kerenah Suraya. Dia seorang yang pemarah dan panas baran. Dan yang paling banyak menerima kesan daripada sifat barannya itu adalah Suraya. Mama, kenapa sambal udang mama ni rasa lain macam saja? Tiba-tiba Faizul bertanya. Sambal udang adalah salah satu daripada makanan kegemarannya yang paling dia rindui untuk merasainya apabila dia pulang ke Malaysia. Kenapa, tak sedap ke? tanya Datin Rafidah. Sedap tu memang la sedap, tapi rasanya lain macam sikit. Mama masukkan asam jawa ek? tanya Faizul. Itu adalah salah satu kelebihannya. Dia dapat mengetahui bahan yang dimasukkan ke dalam masakan kegemarannya dengan hanya merasa sekali saja. Itu mama tak tahu, kena tanya adik. Adik yang masak lauk tu tadi, jawab Datin Rafidah. Faizul terus memandang tepat ke arah Suraya dan Suraya mulai tak senang duduk. Maaflah angah, kalau adik masak tak sedap. Lain kali adik tak buat lagi. Suraya bersuara dalam ketakutan. Siapa cakap tak sedap? Aku tanya aje! Faizul terus menyambung suapannya dengan wajah yang bersahaja. Faizal tersenyum. Nasib baik kali ini Faizul tak buat hal seperti selalu terutamanya perkara yang melibatkan Suraya.

59

Dia Segalanya

Bab 5
URAYA tergesa-gesa keluar dari bilik. Hari ini dia agak terlewat bangun tidur. Kerana terlalu banyak berfikir, dia langsung tidak dapat melelapkan matanya semalaman. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk melakukan solat istikharah. Itulah saja jalan terbaik yang boleh dia lakukan. Moga-moga Allah memberikan dia petunjuk. Ternyata selepas bersembahyang hatinya berasa begitu tenang dan akhirnya dia nekad membuat keputusan. Keputusan untuk kebaikan semua. Belum sempat dia menuruni anak tangga, dia terserempak dengan Faizul yang kebetulan sedang menuju ke tangga. Suraya tersenyum. Keputusannya malam tadi harus dipraktikkan dengan segera. Assalamualaikum ngah, awal angah bangun? tegur Suraya bersahaja. Sempat juga dia menghadiahkan lelaki itu dengan segaris senyuman manis. Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya. Semoga hubungannya dengan Faizul akan bertambah baik.

60

Sha Ibrahim

Hah? Waalaikummussalam! Aku dahaga, nak turun minum! Hanya itu yang dijawab oleh Faizul dalam keadaan terperanjat. Lain benar gadis itu dengannya pagi ini. Semalam Suraya bukan main takut lagi dengannya sehinggakan untuk memandang wajahnya pun gadis itu tidak berani. Oh, ya ngah. Kalau angah tak suka dengan hiasan bilik angah tu, angah ubahlah sendiri ek. Adik buat sekadar yang mampu aje. Adik pergi dulu, bicara Suraya sambil meneruskan langkahnya menuruni anak tangga. Belum sempat Faizul mengeluarkan kata-katanya Suraya sudah hilang dari pandangan. Dia termenung sendirian di tangga. Apa kena dengan Suraya pagi ni? Detik hatinya. Namun hatinya tiba-tiba berasa tenang mengingatkan senyuman manis yang dilemparkan oleh Suraya sebelum dia melangkah pergi. Faizul tersenyum sendirian. Faizul berjalan menuju ke dapur. Kelihatan mamanya sedang menyiapkan sarapan di dapur. Nampaknya papanya masih belum ke pejabat. Sebenarnya dia sendiri tidak pasti pukul berapa waktu itu. Dia tersedar dari lena lantas masuk ke dalam bilik air, mandi dan menukar pakaian. Jam meja yang terdapat di tepi katilnya langsung tidak dipedulikan. Dia sebenarnya tidak dapat melelapkan matanya semalam. Mungkin masih belum biasa dengan masa di Malaysia. Papa tak pergi kerja lagi ke ma? tanya Faizul. Sekarang baru pukul tujuh pagi. Kejap lagi papa pergilah kerja. Yang angah pagi-pagi lagi dah bangun kenapa? Biasanya kalau bab-bab bangun pagi angahlah yang paling susah nak bangun! tanya Datin Rafidah kembali.

61

Dia Segalanya

Faizul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sendiri pun lupa apa tujuannya turun ke dapur pagi-pagi begitu. Dia memang tidak menafikan bahawa dia memang liat untuk bangun tidur. Kalau baru pukul tujuh pagi, kenapa Suraya tergesa-gesa tadi? Dia ada kelas ke pagi ni? tanya Faizul tanpa menjawab pertanyaan mamanya. Dia ada exam pagi ni, kalau tak silap mama pukul lapan. Dia kena pergi awal sebab kawan dia nak tumpang. Motor rosak, jawab Datin Rafidah. Oh, ingatkan kampus dia tu jauh sebab setahu angah UM taklah jauh sangat dari sini. Kawan dia tu lelaki ke perempuan? Tiba-tiba sahaja terpacul soalan tersebut dari mulut Faizul. Datin Rafidah hanya tersenyum dan membawa kopi panas ke ruang makan. Faizul mengikut mamanya dari belakang. Dia tidak puas hati selagi pertanyaannya tidak terjawab. Adik, nak tumpangkan kereta dia dengan lelaki yang tak ada hubungan kekeluargaan dengan dia? Jangan harap! Tentulah kawan dia tu perempuan. Jawapan Datin Rafidah sedikit sebanyak melegakan hati Faizul. Manalah tahu dia tumpangkan boyfriend dia ke? duga Faizul lagi. Dalam masa yang sama mahu mengorek rahsia. Adik? Adik ada teman lelaki? Kalau angah nak tahu sampai sekarang adik tak pernah ada teman lelaki tau. Mama ada tanya jugak dekat adik tu, kenapa dia tak ada teman lelaki? Angah nak tahu apa jawapan dia? Sepanjang dia belajar

62

Sha Ibrahim

dari zaman sekolah dulu sampailah ke universiti sekarang ni, tak ada seorang pun lelaki yang membuatkan jantung dia berdegup kencang dan dalam masa yang sama membuatkan dia resah. Mula-mula mama ingatkan dia bergurau tetapi rupa-rupanya tidak. Entah lelaki macam mana yang boleh buatkan jantung dia berdegup kencang mama pun tak tahu, mungkin macam Tom Cruise kut. Panjang lebar Datin Rafidah menjawab pertanyaan anaknya itu malahan sempat membuat lawak. Faizul tersenyum. Jawapan yang diberikan oleh mamanya sudah cukup membuatkan hatinya bersorak girang walaupun wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. La, tu nak ke mana pula? Alang-alang dah turun jomlah bersarapan dulu! panggil Datin Rafidah yang menyedari Faizul tiba-tiba sahaja menuju ke tangga. Tak apalah ma, angah mengantuk lagi ni. Nak tidur. Jawab Faizul terus memanjat tangga dengan senyuman yang memekar di hati. Keresahan hatinya malam tadi sedikit demi sedikit berkurangan.

SURAYA melangkah masuk ke dalam bilik kuliah dengan senang hati. Perkara yang dibimbangkannya selama ini semakin berkurangan walaupun tidaklah sepenuhnya. Apa yang dibimbanginya sekarang ini, bagaimana pula dengan reaksi angahnya nanti. Walaupun sedikit sebanyak dia sudah melupakan peristiwa yang berlaku lapan tahun yang lepas tetapi bagaimana pula dengan abangnya yang kedua itu? Angahnya itu jenis lelaki yang berdendam. Sejak dari kecil lagi dia menyedari akan hakikat perangai angahnya itu.

63

Dia Segalanya

Assalamualaikum Su, tegur Fatima yang entah dari mana tiba-tiba sahaja muncul. Suraya menjawab salam tersebut dan tersenyum girang. Fatima lantas mengambil tempat duduk berhadapan dengan Suraya. Kau pergi mana tadi? Kan aku dah cakap lepas exam terus jumpa aku kat cafe? tanya Suraya. Sebaik sahaja peperiksaan selesai Fatima terus sahaja menghilangkan diri. Jadi, Suraya mengambil keputusan untuk terus menuju ke cafe kerana waktu itu dia cukup dahaga dan lapar. Pagi tadi dia tidak sempat bersarapan semata-mata mahu cepat. Sorry, aku tak tahan la. Aku pergi toilet, sakit perut! Jawapan Fatima diterima oleh Suraya dengan anggukan. Suraya meneguk teh panas yang baru sahaja dia beli tadi. Kuih yang dibelinya pula hanya separuh sahaja dia sentuh. Kau dah makan ke? tanya Suraya. Pagi tadi aku dah makan dah. Malas la nak makan lagi, aku nak minum aje. Kau tunggu sini kejap ek, aku nak beli air, pinta Fatima. Suraya mengangguk sambil memerhatikan gelagat kawannya yang kadangkala kalut tak kira tempat itu. Hai Su. Suraya agak terperanjat apabila ada seseorang menegurnya dari belakang. Dia menoleh lantas terpandang Izwan ataupun panggilan ringkasnya Iwan. Suraya tersenyum dan membalas sapaan kawannya itu. Memanglah Izwan

64

Sha Ibrahim

kawannya tetapi dia kurang gemar berborak ataupun keluar dengan jejaka tersebut. Bukannya apa jejaka yang menjadi rebutan di kampus itu, dengan rupa parasnya yang berdarah campuran Belanda-Melayu, sesiapa sahaja pasti tertawan. Pertama kali dia berjumpa dengan Izwan, dia memuji ketampanan yang ada pada lelaki itu. Tetapi sekadar memuji. Kau dari mana? tanya Suraya. Panggilan kau dan aku lebih membuatkan dia selesa walaupun lelaki itu sering kali membahasakan awak dan saya setiap kali berbicara dengannya. Saya dari library tadi, nak rujuk balik soalan yang kita jawab tadi. Tak puas hati la, susah! jawab Izwan sambil terus duduk berhadapan dengan Suraya. Suraya tersenyum nipis. Pelik. Lelaki ini berbicara dengannya seolah-olah lelaki budiman tetapi nak duduk bersamanya di satu meja langsung tidak meminta kebenaran. Susah ke? Kau tak study kut? Isy, mana ada. Saya study tau. Mungkin waktu tu otak saya blank sekejap. Awak tak apa la awak pandai, balas Izwan sambil tersenyum. Dia cukup kagum dengan gadis yang duduk di hadapannya itu. Gadis secantik Suraya langsung tidak mempunyai teman lelaki walaupun hampir empat tahun lebih dia berada di kampus tersebut. Tinggal enam bulan lagi mereka akan berada di semester akhir. Pertama kali dia terpandang Suraya adalah hari pendaftaran sewaktu mulamula belajar di kampus ini, dia sudah meminati Suraya dalam diam. Tetapi satu sahaja yang membuatkan dia hanya memendamkan perasaannya kerana dia sudah mempunyai teman wanita yang sama-sama belajar dengannya di Universiti

65

Dia Segalanya

Malaya tetapi mengambil jurusan kejuruteraan. Tahun ini teman wanitanya itu sudah pun berada di semester akhir. Teman wanitanya itu pula seakan-akan dapat menghidu tentang perasaan terpendamnya terhadap Suraya. Setiap kali dia cuba mendekati Suraya pasti ada sahaja halangan daripada teman wanitanya itu. Masalahnya di sini bukan soal siapa yang pandai tetapi siapa yang kuat belajar. Soalan tadi pun bukan ke kita dah berbincang dalam kelas-kelas yang lepas? ujar Suraya bersahaja. Bukan dia riak dan taasub kerana dia dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tadi, tetapi dia bercakap perkara yang benar. Saya tahu la saya ni tak kuat belajar macam Su. Tiba-tiba sahaja nada percakapan Izwan berubah. Suraya terdiam seketika. Takkanlah mamat ni merajuk dengan kata-kata aku kut? Bisik hatinya. Maaflah kalau aku buat kau terasa. Aku tak ada niat pun, aku beritahu perkara yang betul aje, beritahu Suraya. Dia memandang tepat ke arah Izwan yang hanya tertunduk. Tiba-tiba sahaja dia rasa bersalah. Dia tahu kadang-kadang dia bercakap tanpa fikirkan perasaan orang lain, itu adalah salah satu kelemahannya yang tidak dapat dia ubah sejak dulu. Izwan mendongak memandang Suraya dan tersenyum. Entah kenapa dia terasa dengan kata-kata Suraya sebentar tadi. Suraya seakan-akan memerlinya yang sentiasa berkepit dengan teman wanitanya sekiranya terdapat kelapangan. Boleh dikatakan separuh dari kampus mengetahui tentang hubungannya dengan teman wanitanya. Mereka sering digelar belangkas oleh sesetengah penuntut

66

Sha Ibrahim

di situ. Saya tak terasa pun. Mungkin betul apa yang awak cakap tu. Saya kurang study, saya akui itu semua. Entahlah, saya pun tak tahu bila saya akan berubah. Mungkin saya perlukan teman wanita seperti Su kut. Suraya ketawa kecil. Lucu dengan telatah Izwan. Tadi bukan main monyok hingga dia rasa bersalah tetapi sekarang ni, sempat lagi dia bergurau. Suraya memandang Izwan yang sedang tersengih ke arahnya bagaikan kerang busuk. Kau jangan Iwan, nanti tak pasal-pasal mengamuk Mila. Aku tak tahu, jangan libatkan aku. Alah, saya gurau aje. Takkan la tak boleh kut? Su kan suka bergurau. Bukan saya tak tahu, Su kalau dengan Ima bila berjumpa ada saja lawak yang Su timbulkan. Kadang-kadang saya rasa iri hati lihat Su gembira sangat bila dengan Ima. Tapi bila dengan saya, Su tiba-tiba aje jadi pendiam, kenapa? Su takut Mila marah ke? tanya Izwan inginkan kepastian. Tetapi mungkin tekaannya tepat. Waktu mula-mula dahulu, teman wanitanya itu pernah berjumpa dengan Suraya dan memberikan amaran kepadanya. Nasib baiklah Suraya bukannya gadis yang cepat melenting. Dia hanya mendiamkan diri dengan kata-kata pedas yang dilemparkan oleh teman wanitanya itu. Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut Suraya waktu itu, hanya sekadar tersenyum lantas memberikan salam sebelum melangkah meninggalkan teman wanitanya dalam keadaan yang masih lagi bersisa dengan kemarahan. Apa yang paling mengagumkan Izwan, Suraya langsung tak memarahinya malah mereka berkawan seperti biasa. Dia pernah meminta maaf dengan Suraya di atas tindakan teman wanitanya tetapi Suraya tidak mahu menerima maafnya itu kerana katanya yang perlu meminta

67

Dia Segalanya

maaf adalah Mila, teman wanitanya bukannya dia. Dia kagum dengan gadis itu dan sering berkata dalam hati bahawa sesiapa yang dapat memiliki gadis ini pasti bertuah. Bukan soal takut, tapi aku tak suka kecoh satu kampus semata-mata benda yang remeh. Kau faham, kan? Ya, saya faham. Okeylah, saya pergi dulu. Saya dah lewat ni, nanti tak pasal-pasal kecoh satu kampus dengan benda remeh macam yang awak cakapkan tadi. Ujar Izwan sambil tersenyum penuh makna. Suraya mengangguk sambil tersenyum. Faham dengan perkara yang dimaksudkan oleh Izwan. Izwan berlalu dan berjalan dengan pantas sekali tanpa menoleh ke belakang. Suraya menggelengkan kepalanya melihat telatah Izwan. Dia tidak tahu bagaimana kedudukan sebenar Izwan dengan teman wanitanya itu. Nak kata dia tidak sayangkan Si Mila tu, tapi bukan main kalut lagi melangkah meninggalkan cafe. Suraya pasti sudah tentu lelaki itu ada temu janji dengan teman wanitanya.

FAIZUL terbangun dari tidur. Dia melihat jam di meja tidurnya di sebelah katil. Sudah pun menunjukkan jam dua belas tengah hari. Agak lama juga dia tidur. Dia menggeliat kemudian memandang sekitar sudut biliknya. Dia teringat kembali kata-kata Suraya pagi tadi. Rupa-rupanya gadis itu yang menghias bilik tidurnya yang ditinggalkannya lima tahun dahulu. Dia tersenyum sendirian. Bagaimana gadis yang tidak pernah rapat dengannya selama ini boleh mengetahui cita rasanya dengan tepat sekali? Malah gadis itu seakan-

68

Sha Ibrahim

akan tahu semua warna kegemarannya dan penampilan yang disukainya. Faizul bangun dan melangkah ke bilik air. Tuala yang tersangkut berhampiran dengan bilik airnya dicapai. Dia perlu bersiap secepat mungkin. Dia sebenarnya bercadang untuk ke tempat yang selalu dikunjungi bersama temanteman lamanya sewaktu remaja dahulu. Sebuah pub yang berkelas tinggi tersebut sering sahaja dikujunginya sewaktu remaja dahulu walaupun waktu itu mereka masih lagi di bawah umur. Sebaik sahaja selesai bersiap, Faizul keluar dari bilik dan pantas menuruni anak tangga. Dia terpandang mamanya yang sedang menyiapkan meja makan untuk makan tengah hari. Mama, angah nak keluar la. Boleh pinjam kereta mama tak? Faizul bertanyakan soalan sebaik sahaja Datin Rafidah memandang ke arahnya. Nak ke mana pulak? Mama dah siapkan makan tengah hari dah ni. Lagipun angah kan baru saja balik dari oversea? Angah dah biasa ke jalan kat Malaysia ni? tanya Datin Rafidah yang agak bimbang dengan keselamatan anaknya itu. Betul kata mama tu ngah, kau nak ke mana? Aku bawa kereta adik semalam pun dah rasa tak selesa dengan jalan kat KL ni. Lagipun banyak jalan yang baru dibina. Kalau tak ada adik semalam rasanya aku boleh sesat. Faizal yang tiba-tiba muncul dari dapur bersuara. Alah long, kalau sesat tanyalah orang. Lagipun aku masih ingat lagi jalan ke tempat yang aku nak pergi ni. Boleh la ma? Kejap aje. Sebelum malam angah balik la, rengek Faizul meminta simpati daripada mamanya.

69

Dia Segalanya

Boleh tu boleh, tapi mama risaulah ngah. Kalau apa-apa terjadi kat luar nanti papa bising pulak, beritahu Datin Rafidah yang masih lagi berkira-kira sama ada mahu melepaskan anaknya itu keluar seorang diri. Alah mama, boleh la. Kejap aje! Boleh percaya ke kau ni? Aku bukannya tak kenal dengan kau ngah, kau janji tak pernah nak tepati. Ada aje alasan kau kalau apa yang kau janji tu kau tak buat, sampuk Faizal lagi. Faizul mencebik. Dia memang akui apa yang diberitahu oleh alongnya itu ada benarnya. Memang dia agak sukar untuk menepati janji. Sekiranya berjanji ada sahaja halangan yang mengekangnya dari menepati janji tersebut. Angah janji mama, angah akan pulang awal. Sebelum malam. Faizul mengangkat tangan kanannya seperti orang yang sedang berikrar. Ke mana angah nak pergi sebenarnya ni? soal Datin Rafidah sekali lagi apabila pertanyaannya masih belum terjawab. Faizul jadi serba salah. Kalau dia beritahu perkara yang sebenar sudah tentu permintaannya itu akan ditolak mentah-mentah oleh mamanya. Adalah ma mama please. Angah dah lewat dah ni. Faizul merayu. Boleh, tapi kena ada orang yang hantar. Lagipun angah dah lama tak memandu, kan? Angah boleh bawak kereta lagi ke? Tiba-tiba Datin Rafidah mengingatkan Faizul tentang perkara tersebut. Faizul pula baru teringat. Dia akui dia agak janggal dengan keadaan di jalan raya Malaysia sekarang ini.

70

Sha Ibrahim

Alah, nanti angah biasa la ma rayu Faizul lagi. Masalahnya sekarang kau tak biasa, ngah. Aku semalam pun bawa kereta macam orang yang baru belajar bawa kereta. Nasib baik adik ada, ujar Faizal yang bersetuju dengan pandangan mamanya yang bimbang akan keselamatan Faizul di atas jalan raya sekiranya Faizul memandu keseorangan. Habis tu, takkan la nak suruh driver pula yang hantar? Nanti kawan-kawan angah cakap yang angah berlagak sampai nak ke mana-mana pun driver yang hantar. Bagus la tu. Memang selama ni pun kau berlagak, kan? perli Faizal. Memang adiknya itu seorang yang suka menunjukkan kekayaannya. Selalu sahaja tunjuk yang dia mempunyai wang yang banyak. Sebab itulah ramai yang ingin mendampinginya, semata-mata untuk mendapatkan manfaat. Kau ni, selalu saja nak cari gaduh dengan aku. Ada saja yang kau buat semuanya menyakitkan hati, tau tak! Mama, boleh ke tak ni? Kan mama dah cakap tadi boleh tapi kena ada orang yang hantar. Angah pilih sendiri sama ada nak pergi dengan driver ataupun Adik boleh hantarkan kalau angah tak keberatan. Tiba-tiba sahaja Suraya yang baru muncul memotong katakata mamanya. Faizul memandang tepat ke arah gadis yang sedang tersenyum ke arahnya. Dadanya tiba-tiba berdegup dengan kencang melihat senyuman itu. Senyuman yang bersahaja dan menawan yang dirinduinya selama ini.

71

Dia Segalanya

Ni sejak bila pula adik jadi pengintip ni? soal Faizal tiba-tiba. Suraya tersengih. Dia tahu dia bersalah kerana dari tadi dia mencuri dengar perbualan mamanya dengan dua orang abangnya itu. Maaf, adik tak bermaksud nak curi dengar tapi tak sengaja. Adik tengok macam ada masalah besar aje, jadi adik perhatikan ajelah. Manalah tahu perkara yang dibincangkan sebenarnya tak adalah besar sangat pun. So, can we go now? Im already late! Adik ke? Habis tu, tadi kau jugak yang tawarkan diri, kan? Lebih baik kau yang hantar daripada aku pergi dengan driver. Faizul terus melangkah menuju ke pintu utama. Suraya memandang ke arah mamanya dan Datin Rafidah mengangguk tanda setuju. Adik bawa perlahan-lahan tau, jangan dengar cakap si angah tu kalau dia suruh bawa laju-laju. Along bukannya tak kenal dengan perangai angah semua benda dia nak rush! Insya-Allah! Suraya tersenyum dan berlari anak menuju ke pintu.

SURAYA memberikan fokus yang penuh ke arah jalan raya sepanjang perjalanan. Sejak mereka keluar dari pekarangan banglo, masing-masing hanya mendiamkan diri. Faizul hanya memandang ke luar tingkap dan mengamati keindahan Bandar Raya Kuala Lumpur yang sudah banyak berubah. Sekali-sekala pandangannya beralih tumpuan ke arah Suraya yang tenang mengendalikan kereta yang dipandunya.

72

Sha Ibrahim

So, berapa tahun lagi tinggal sebelum kau tamat belajar kat universiti tu? tanya Faizul memecah kesunyian. Tinggal satu semester lagi. Suraya menjawab pendek. Sebenarnya dia masih agak janggal untuk berbual mesra dengan abangnya yang kedua itu. Faizul mengangguk. Dia sendiri tidak tahu soalan apa yang harus dia tanya untuk berbual dengan Suraya. Sebenarnya banyak benda yang mahu ditanya. Kalau boleh semua perkembangan gadis itu dia mahu tahu tapi setelah berhadapan dengan gadis itu lidahnya jadi kelu. Perasaannya pula tidak dapat digambarkan. Macam-macam yang timbul. Adakah Suraya masih berkecil hati dengan tindakannya lapan tahun yang dulu? Adakah Suraya berdendam dengannya? Adakah Suraya membencinya sebagaimana dia menunjukkan perasaan bencinya terhadap gadis itu selama ini walaupun pada hakikatnya dia tidak pernah membenci gadis itu tetapi dia terpaksa. Kenapa? Biar dia sahaja yang tahu. Angah tak ada girlfriend lagi ke? Tiba-tiba terpacul soalan tersebut dari mulut Suraya Kenapa kau nak tahu? soal Faizul. Saja. Along dah ada buah hati, takkan angah tak ada kut? soal Suraya lagi. Dalam hati dia menyumpah mulutnya yang lancar mengajukan soalan tidak terjangka itu kepada abangnya yang selama ini tidak pernah rapat dengannya itu. Ada, ramai. Ramai sangat sampai tak terkira! Lancar sahaja Faizul menjawab sambil matanya tepat memandang ke arah gadis di sebelahnya. Dia mahu melihat reaksi gadis tersebut. Suraya hanya tersenyum, kemudian mengangguk tanda faham.

73

Dia Segalanya

Faizul yang sedang memerhatikannya terasa sedikit pelik. Takkanlah gadis itu tidak mahu menyoalnya lagi memandangkan jawapan yang diberinya itu agak melampau. Kau tak rasa aku ni playboy ke? soal Faizul kembali memandangkan gadis itu hanya mendiamkan diri dan berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya. Playboy? Apa sebenarnya istilah playboy? Seorang lelaki yang mempunyai ramai teman wanita istimewa tetapi tak pernah serius dengan teman-temannya itu. Tetapi jawapan yang angah berikan tadi terlalu umum. Angah cakap angah ada ramai teman wanita sampai tak terkira, tetapi angah tak cakap pun yang teman wanita angah tu teman yang istimewa. Dan angah juga tak beritahu yang angah serius atau tidak dengan teman wanita angah tu. Jadi, kenapa adik nak cakap yang angah ni playboy, ya tak? Dengan bersahaja Suraya menjawab pertanyaan Faizul dan menyebabkan Faizul tersenyum sendirian namun dia tidak menunjukkan senyumannya itu. Gadis itu tidak pernah berubah. Ada sahaja jawapan yang dia berikan dan membuatkan orang yang bertanyakan soalan sudah tidak mampu lagi untuk menyangkal kata-katanya. Kalau aku cakap yang aku ni serius dengan semua teman wanita aku tu dan aku tipu dia orang dan menyatakan hanya dia orang sahaja dalam hati aku sedangkan itu semua bohong belaka... macam mana? Adakah aku ni dikategorikan sebagai playboy? Faizul tidak berpuas hati. Dia cuba menguji setahap mana kepetahan Suraya menjawab setiap soalan yang diajukan kepadanya. Entah, tiada jawapan untuk itu. Tapi satu sahaja yang adik boleh beritahu. Seorang lelaki yang suka sangat mengecewakan hati ramai gadis, dia sebenarnya masih

74

Sha Ibrahim

mencari. Mencari teman yang dia betul-betul cintai, teman yang boleh membuatkan dia rasa tak senang duduk apabila berhadapan dengan gadis tu, jantungnya akan berdebar, tutur katanya pula tak pernah betul dan ada pula sesetengah daripada mereka hanya suka mendengar gadis yang dia cintai itu berbicara daripada dia sendiri berbicara... dia lebih suka menjadi pendengar yang setia. Angah pernah rasa itu semua ke dengan mana-mana gadis? Kalau ya, bersiap sedialah. Mungkin itulah teman sehidup semati angah. Suraya tersenyum memandang ke arah angahnya. Kemudian dia fokus semula ke arah jalan raya. Faizul yang mendengar kata-kata Suraya tiba-tiba berdeham dengan kuat. Dia membetulkan duduknya. Tibatiba sahaja dia seperti terkena dengan bait bicara gadis itu sebentar tadi. Perasaannya ketika itu pula hanya Tuhan saja yang tahu. Jantungnya berdegup kencang dan dia pasti mukanya di kala itu merah. Nasib baik Suraya tidak memandang tepat ke arahnya dan hanya fokus ke arah jalan raya. Kemudian masing-masing kembali menyepikan diri. Jadi maksudnya, angah ni tak ada teman istimewa lagi la? Suraya kembali bersuara setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri. Faizul tidak memberikan sebarang jawapan. Mengangguk pun tidak, geleng pun tidak. Kau pula, belajar tak habis lagi takkan dah ada teman lelaki kut? Apa kena-mengena teman lelaki dengan belajar pulak? Tak salah ada teman lelaki walaupun masih belajar, asalkan kita pandai membahagikan antara masa bercinta dengan masa belajar. Teman lelaki tak hilang, pelajaran pun

75

Dia Segalanya

okey. Suraya tidak berfikir panjang untuk menjawab pertanyaan Faizul itu. Jadi maksudnya kau dah ada teman lelaki la ni? Faizul resah dengan jawapan yang diberikan oleh Suraya. Jantungnya berdegup kencang menanti jawapan yang akan diberikan oleh gadis itu. Ada adik cakap yang adik ada teman lelaki? Tak ada, kan? Adik belum bersedia untuk itu semua. Cinta kadang-kadang boleh datang sendiri walaupun tanpa berusaha, tapi cita-cita tak akan tercapai sekiranya kita hanya duduk diam tanpa buat apa-apa. Jadi buat apa nak kejar cinta, kalau cita-cita belum tentu ke mana. Jadi, itu juga tak bermaksud adik akan menolak sekiranya satu hari perasaan cinta itu datang dalam diri adik terhadap seorang lelaki walaupun adik masih belajar. Kesimpulannya, biar Tuhan yang tentukan. Kau ni medic student ke ataupun budak sastera? Bercakap mengalahkan orang berkarya... soal Faizul. Jauh di sudut hatinya dia kagum dengan gadis itu. Perasaannya pula sedikit tenang. Suraya memberhentikan keretanya di depan sebuah pub yang agak eksklusif melihatkan pintu masuknya yang mempunyai rekaan yang agak menarik. Dia memandang Faizul di sebelah mahukan kepastian adakah tempat yang dibawanya itu seperti yang dikehendaki oleh abangnya itu. Faizul memandang tepat ke arah pub tersebut kemudian memandang ke arah Suraya semula. Okay, thanks! Aku nak kau... Okey! Apa yang okey? Angah tak mahu orang kat rumah tahu angah ke

76

Sha Ibrahim

mana, kan? Insya-Allah selagi adik mampu rahsiakan, adik rahsiakan. Lagipun ini pub, bukannya night club. Suraya bersuara sambil tersenyum. Faizul pula hanya mengangguk tanpa sebaris senyuman. Suraya merengus dalam hati. Sepanjang Faizul balik dari luar negara semalam, Faizul tak pernah tersenyum kepadanya. Apatah lagi nak bergurau senda macam alongnya. Faizul keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke arah pub tersebut. Tiba-tiba ada orang mencuitnya dari belakang. Joe, woi! Bila kau balik? Tak beritahu aku pun. Blah la kau, balik Malaysia pun tak nak beritahu kawan baik sendiri. Seorang lelaki yang sebaya dengan Faizul bersuara lantang. Aku saja nak buat kejutan kat kau, kau tak kerja ke? Awal dah sampai ke mari? tanya Faizul dengan wajah yang girang. Aku sebenarnya... Angah, balik nanti... Tak apa, aku balik sendiri! Suraya sudah berdiri di luar kereta. Gara-gara inginkan kepastian sama ada lelaki itu mahu dia menjemputnya untuk pulang nanti, Suraya terpaksa melangkah keluar dari perut kereta memandangkan Faizul sudah agak jauh berjalan meninggalkannya. Okey! Jawab Suraya pendek lalu masuk ke dalam perut kereta.

77

Dia Segalanya

FAIZUL beriringan masuk ke dalam pub yang sudah lima tahun dia tinggalkan. Pub itu sudah banyak berubah terutamanya dari segi hiasan dalaman. Bertambah menarik mengikut peredaran masa. Kau datang waktu sekarang, macam mana nak jumpa dengan kawan-kawan kita? Mereka semua kerja. Aku kalau tak hari ni ponteng kerja, kau pun tak dapat nak jumpa aku rasanya, bicara Deraman dan mengajak Faizul duduk di tengah-tengah pub tersebut. Kau kerja dengan siapa yang boleh ponteng sukasuka hati ni ha? soal Faizul sambil menepuk bahu satusatunya sahabat yang paling dia percayai. Dengan pak cik aku. Malas la, hari-hari asyik menghadap akaun syarikat aje. Jadi aku ponteng la satu hari, aku bagilah alasan yang aku ni sakit. Deraman menjawab dengan bersahaja tanpa ada rasa bersalah. Setahu Faizul, Deraman hanya mempunyai seorang bapa saudara. Bapa saudaranya itulah yang menyekolahkannya selepas dia kematian ayahnya akibat kemalangan jalan raya. Ibunya pula hanya suri rumah dan tidak mampu untuk menyekolahkan Deraman. Tak pernah nak berubah, macam zaman sekolah dulu jugak. Asal malas pergi sekolah, kau bagi alasan yang kau ni sakit. Yang tak tahannya, mak kau mati-mati percaya yang kau ni sakit. Sebut pasal mak kau ni, mak kau sihat? tanya Faizul. Alhamdulillah sihat, tapi aku tak tinggal dengan dia la. Aku sewa kondo. Pak cik aku juga yang rekomenkan. Mak aku tinggal dengan adik-adik aku aje la. Isy! Asyik cerita pasal aku aje? Kau pulak? Ejal macam mana? Sihat? Abang aku tu sihat, tetap macam dulu... susah nak

78

Sha Ibrahim

bersosial. Tempat-tempat yang macam ni manalah dia nak datang. Baguslah tu... sekurang-kurangnya abang kau tak jadi setan macam kau! Setan kau! Kau panggil aku setan ek? Kalau aku setan, kau tu bapak setan tau! Deraman mengangkat tangan memanggil pelayan. Tekaknya mula terasa dahaga. Faizul hanya memesan segelas Coke dan Deraman pula hanya jus oren sama seperti dulu. Deraman kurang gemar minum minuman bergas. Hah! Aku baru teringat, gadis yang panggil kau angah tadi tu Suraya, kan? tanya Deraman. Faizul hanya mengangguk. Siot! Deraman bersuara kuat. Faizul sedikit terperanjat. Apesal pulak? Cantik siot! Berubah giler, aku pun boleh terpikat kalau macam tu. Patutlah kau... Stop it! Ill try to forget about it! Lupakan saja apa yang aku beritahu kau lapan tahun dulu, aku tak mahu ingat semua benda tu. Kau pun tahu kenapa aku beria-ia sangat nak ke luar negara, kan? Okey! What ever you say my friend! Faizul mendiamkan diri seketika apabila pesanan mereka sampai. Dia mengeluh dan mencapai minuman yang dipesannya dan dihirup perlahan. Jadi, kau dah berjaya lupakan semua tu? Deraman memandang tepat ke arah Faizul. Faizul merupakan satu-satunya sahabat yang

79

Dia Segalanya

banyak menolongnya ketika dia dalam kesusahan. Sahabat yang tidak pernah mengungkit apa sahaja yang telah dia hulurkan. Hanya dia yang mengenali Faizul sepenuhnya. Kalau orang yang tidak rapat dengan Faizul pasti menganggap Faizul adalah seorang lelaki yang berlagak dengan harta kekayaan bapanya. Tetapi tidak bagi Deraman. Faizul adalah seorang sahabat yang cukup sempurna di matanya. Mungkin Faizul sedikit liar, tetapi dia tidak pernah mempengaruhi orang lain. Dia tidak pernah memaksa sahabatnya untuk mengikut apa yang dia lakukan sekiranya sahabatnya menolak. Kau ni memang sengaja, kan? Ada saja soalan yang kau tanya nak suruh aku ingat balik benda tu, bicara Faizul sambil memandang tajam ke arah satu-satunya sahabat yang tahu banyak rahsia hidupnya dan ahli keluarganya. Dia terlalu percayakan lelaki itu. Setakat ini Deraman masih belum lagi mengkhianati kepercayaan yang diletakkan kepadanya. Sorry! Kalau kau tak nak beritahu pun tak apa, aku tak paksa pun.... Susah aku nak cakap, Man. Makin aku cuba, benda tu makin menghantui aku. Makin aku nak lupakan dia, nama dia makin melekat kat sini, kau tahu tak! Faizul memukul lembut dadanya. Kemudian mengeluh panjang. Deraman mengangguk mengerti. Dia juga tahu mengapa Faizul menyepikan diri setelah berada di luar negara. Malah dengan dia sendiri pun lelaki itu jarang berhubung kecuali pada masa-masa tertentu. Aku rasa kau tak patut nak mengelakkan benda tu. Lagipun apa yang kau rasa tu, bagi aku tak salah, langsung tak salah! bicara Deraman dengan penuh simpati.

80

Sha Ibrahim

Kau cakap senang, tapi aku yang menanggungnya. Sakit, pedih, sampai kadang-kadang aku rasa macam nak mati. Aku cuba mengelak tapi sampai bila? Benda ni takkan selesai, sampai aku jumpa orang lain yang boleh membuatkan aku lupakan dia. Tapi ada ke orang yang mampu buatkan aku lupakan dia? Keluhan demi keluhan dilepaskan oleh Faizul. Deraman pula bersimpati dengan kawan karibnya itu. Baginya benda ini tak akan menjadi rumit sekiranya orang yang dimaksudkan oleh Faizul juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Faizul. Joe! Is that you? I miss you so much! Tiba-tiba perbualan mereka diganggu oleh seorang wanita yang mempunyai pakej yang cukup untuk menjadi seorang model. Dengan tubuhnya yang ramping, pakaiannya yang seksi, mukanya tak usah dicakap... memang cantik! Faizul dan Deraman berpandangan. Deraman memandang Faizul dengan penuh makna manakala Faizul hanya tersenyum sambil menjongket bahu.

SURAYA yang sedang berbual mesra dengan alongnya di taman dikejutkan dengan deruman kereta sport berwarna merah di luar pagar banglo papanya. Mereka serentak menjenguk ke luar. Walaupun mereka hanya dapat melihat keretanya sahaja, tetapi masing-masing sudah dapat mengagak siapa yang bakal keluar dari perut kereta tersebut. Tekaan mereka tepat apabila Faizul yang keluar dari perut kereta itu. Suraya tersenyum, begitu juga dengan Faizal. Awal kau balik, ngah? Pandai pulak kau tepati janji

81

Dia Segalanya

hari ni? sindir Faizal apabila adik kembarnya itu melintasi taman di hadapan banglo mewah papanya. Faizul sebenarnya sedar yang Suraya dan abangnya sedang berbual di taman, tetapi dia pura-pura tidak nampak. Dia malas hendak menegur, tetapi harapannya meleset apabila abangnya itu menyapa dengan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Kau nikan long... aku tepati janji tak boleh, kalau aku tak tepati janji lagilah tak boleh. Ada aje benda yang kau tak puas hati dengan aku, sahutnya. Aku bukannya tak puas hati, aku terkejut aje. Biasanya kau susah nak tepati janji. Tapi hari ni boleh pulak kau balik awal seperti kau janji dengan mama tadi. Baguslah. Jangan hari ni saja kau tepati janji kau, lain kali kau buat lagi. Tu pun nak marah ke? bicara Faizal. Kenapa katakatanya selalu disalah tafsirkan oleh adiknya? Dia sayangkan adik kembarnya itu walaupun sayangnya itu jarang sangat dia tunjukkan. Ah, malaslah aku nak layan kau long. Aku nak naik atas mandi, lagi bagus! ujar Faizul sambil melangkah menuju ke pintu banglo. Yalah, jangan lupa sembahyang asar sekali. Asar dah nak habis dah ni! Faizul hanya meneruskan langkah tanpa menghiraukan kata-kata abang kembarnya itu. Malas dia nak cari gaduh. Dia sendiri tak faham dengan pergaulannya dengan abangnya itu. Kadang-kadamg mereka selalu bertekak. Ada sahaja perkara yang mereka tidak sependapat, tetapi kadang-kadang juga dia boleh melepak dengan abangnya sambil berbual kosong tentang pelbagai topik. Along ni, tak habis-habis nak pancing kemarahan

82

Sha Ibrahim

angah! Suraya bersuara sebaik sahaja Faizul hilang dari pandangannya. Along beritahu benda betul apa! Yalah! Tapi tengok situasi la. Dia baru balik, penat lagi, nanti tak pasal-pasal pulak ada jugak peperangan meletus! Amboi! Ni sejak bila pandai sangat bercakap ni ha? Faizal membalas sambil menarik hidung mancung adiknya. Suraya ketawa riang, diikuti dengan Faizal. Faizul melangkah masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba sahaja dia merasakan angin yang bertiup di balkoni biliknya panas. Dia dapat melihat dengan jelas kemesraan yang terpancar di antara abangnya dengan Suraya dan dia betulbetul benci melihat itu semua.

83

Dia Segalanya

Bab 6
URAYA melangkah turun dari biliknya menuju ke dapur. Begitu pantas masa berlalu. Sudah sebulan abang-abangnya pulang ke tanah air. Seperti yang dijangkakan, dia hanya rapat dengan alongnya sahaja sedangkan angahnya seakan-akan mahu mengelak daripadanya. Hanya sekali-sekala sahaja mereka berbual. Itu pun hanya sekadar bertegur sapa. Dia sebenarnya langsung tidak faham perangai sebenar abangnya yang kedua itu. Kadangkala Faizul menjawab mesra setiap kali dia menegur, tetapi kadangkala Faizul seakan-akan sinis menjawab tegurannya. Seperti ada kesalahan yang dia lakukan yang menyebabkan lelaki itu memarahinya. Suraya melangkah perlahan dalam keadaan yang malap dan hanya bertemankan lampu hiasan yang terlekat di dinding. Tiba-tiba sahaja dia terasa dahaga. Kepalanya pula terasa sakit dan meminta untuk dia mengambil ubat agar sakitnya itu dapat dikurangkan. Suraya terus sahaja menuang air kosong ke dalam gelas yang diambilnya tadi. Air tersebut diteguk perlahan.

84

Sha Ibrahim

Kemudian dia mengambil dua biji Panadol lantas ditelannya. Dia memejamkan matanya untuk menghilangkan rasa sakit kepalanya yang kadang-kadang terasa sangat perit. Kau sakit ke? Tiba-tiba terdengar suara garau menegurnya. Suraya terperanjat. Dia terpandangkan seorang lelaki yang bertubuh sasa sedang berdiri di muka pintu ruang dapur. Lantas Suraya mencapai tuala kecil yang terdapat di bahunya dan terus menutup kepala. Nasib baik dia sentiasa bertemankan tuala tersebut sekiranya dia tidak memakai tudung apabila berada di dalam rumah. Faizul memandang Suraya sambil tersenyum. Kenapa gadis itu cukup mengambil kira soal aurat walaupun berada di dalam rumah sendiri? Tetapi yang sebenarnya sedari tadi dia memerhatikan gerak-geri Suraya. Rambut Suraya yang panjang dan lurus tu sudah pun dilihatnya. Cuma dia malas nak menegur. Dia tahu gadis itu tidak selesa dengannya. Nanti tidak pasal-pasal kalau dia menegur, Suraya terus mematikan niatnya untuk minum di dapur. Jadi dia mengambil keputusan untuk memerhatikan sahaja. Setelah dia lihat Suraya selesai minum dan mengambil ubat barulah dia menegur. Angah buat apa kat dapur malam-malam buta ni? tanya Suraya dalam nada gugup. Rasa terperanjatnya masih belum lagi hilang. Apa tidaknya, tiba-tiba dia ditegur tanpa salam. Siapa yang tidak terkejut? Macam kau jugak, nak minum. Dalam masa yang sama aku lapar, ingatkan nak cari sesuatu yang boleh dimakan kat dapur ni, ujar Faizul. Sememangnya perutnya lapar waktu itu. Malam tadi dia pulang agak lewat, terlepas makan malam. Bila

85

Dia Segalanya

mamanya menyoal sama dia dia sudah makan ataupun belum, dia berbohong dengan menjawab dia sudah makan dengan kawan-kawannya di luar. Apa yang ada, kalau lauk makan malam tadi adalah. Angah nak makan ke? Adik boleh tolong panaskan, pelawa Suraya. Ini sahajalah peluangnya untuk merapatkan kembali hubungannya dengan angahnya itu. Boleh jugak, aku memang lapar sangat ni. Tapi tak susahkan kau ke? Aku tengok kau macam tak sihat aje? Adik sakit kepala sikit aje, mungkin tak cukup tidur. Dah makan ubat dah, sekejap lagi okey la. Lagipun adik tolong panaskan saja, bukannya masak, beritahu Suraya sambil membuka peti sejuk. Semua lauk makan malam yang masih ada dikeluarkan. Yang mana boleh dipanaskan dengan menggunakan microwave, dia terus memasukkan makanan tersebut ke dalam microwave. Cuma gulai lemak cili api ikan masin sahaja yang dipanaskan semula dengan menggunakan dapur gas. Faizul hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Suraya. Dia lebih suka memerhati gadis itu daripada berbual. Suraya sendiri pun seakan-akan sudah selesa untuk berbual dengannya. Dia tahu dia tidak pandai bergurau senda dengan Suraya seperti yang selalu dilakukan oleh alongnya. Alongnya mampu membuatkan Suraya ketawa girang, bertepuk tampar sedangkan dia tidak pernah pun ketawa bersama dengan gadis itu apatah lagi bertepuk tampar. Sentuh tangan Suraya pun dia tidak pernah. Kecuali masa kecil-kecil dahulu jika dia terpaksa memimpin tangan Suraya apabila disuruh oleh mama dan papanya. Jadi tadi, angah bohong dengan mama la yang

86

Sha Ibrahim

angah cakap angah dah makan dengan kawan kat luar? soal Suraya. Sewaktu Faizul pulang malam tadi, dia sedang menonton televisyen dengan ahli keluarganya yang lain di ruang tamu. Aku tak nak susahkan mama, jawab Faizul pendek. Suraya mengangguk faham. Tangan gadis itu pantas sahaja membuat kerja. Satu demi satu lauk yang selesai dipanaskan dihidangkan di atas meja. Cuma nasi sahaja yang baru dipanaskan dan dicedok oleh Suraya ke dalam pinggan dan diletakkan di hadapan Faizul. Melihatkan hidangan yang tersaji di atas meja, Faizul tersenyum. Perutnya yang sedari tadi lapar dirasakan semakin lapar. Lantas dia menuju ke singki dan mencuci tangan. Apabila dia duduk di kerusi di hadapan meja makan di dapur, dia melihat Suraya sedang mengeluarkan air oren dari dalam peti ais. Angah makan la, adik nak naik atas. Adik nak sambung study, beritahu Suraya. Tadi kau cakap, kau sakit kepala. Mungkin sebab tak cukup tidur. Apa kata kalau kau tidur, rehatkan badan. Dalam masa yang sama boleh rehatkan otak. Memang belajar tak salah, tapi jangan melampaui batas. Nanti bertambah serius pulak sakit kau tu. Belajar kuat macam mana pun, kalau badan dengan otak letih, kau tak dapat jawab jugak bila tiba time exam. Panjang lebar Faizul menasihati Suraya. Itu berdasarkan pengalamannya. Dulu, dia hanya belajar empat jam sahaja dalam satu hari. Malah dia tidak pernah belajar pada waktu malam. Dia hanya keluar bersuka ria dengan kawan-kawannya ataupun tidur. Okey! Terima kasih. Hari ni baru adik rasa yang

87

Dia Segalanya

adik ada seorang lagi abang. Selamat malam, angah. Nanti lepas makan, angah tinggalkan ajelah pinggan semua tu dalam singki. Esok pagi Mak Mah boleh cuci. Assalamualaikum, beritahu Suraya sambil melemparkan senyuman ke arah Faizul dan terus melangkah keluar dari dapur. Faizul sekadar menjawab salam Suraya dengan perlahan. Abang? Kau tak tahu betapa peritnya aku untuk menerima hakikat itu. Bicara Faizul sendirian. Kemudian dia memandang nasi dan lauk yang terhidang di hadapannya. Dia kembali tersenyum dan terus mengisi perutnya yang menjerit minta diisi sejak tadi lagi.

88

Sha Ibrahim

Bab 7
AIZUL bangun dari tidur yang lena. Semalam perutnya cukup kenyang diisi sehinggakan sebaik sahaja dia selesai makan tiba-tiba sahaja matanya terasa mengantuk. Dia membuka sliding door biliknya dan berjalan menuju ke balkoni. Matanya terasa silau kerana cahaya matahari sudah pun tegak di kepala. Dia mengagak mungkin waktu itu hampir tengah hari. Kenapa tiada sesiapa pun yang mengetuk biliknya untuk mengejutkan dia? Dia masuk ke dalam biliknya semula. Kemudian dia terus ke bilik air untuk mandi. Dia perlu segera menyiapkan diri kerana selepas makan tengah hari, seseorang akan menjemputnya untuk keluar. Walaupun dia sudah menyesuaikan diri dengan keadaan jalan raya di Malaysia namun dia belum mahir selok-belok jalan raya di Kuala Lumpur yang agak memeningkan. Sebaik sahaja selesai menyiapkan diri, Faizul terus melangkah ke tangga dan turun. Dia menuju ke dapur kerana perutnya terasa lapar kembali dan minta untuk diisi.

89

Dia Segalanya

Kelihatan mamanya bersama orang gaji kesayangan keluarga sedang rancak menyiapkan juadah tengah hari. Kenapa mama tak kejutkan angah? soal Faizul. Datin Rafidah menuju ke arah anaknya itu yang sudah pun duduk di meja makan yang berada di ruang dapur. Tangannya pantas mencapai cawan dan menuangkan teh panas yang tersedia ada di atas meja dan dihulurkan kepada anaknya. Faizul segera menyambutnya. Bukan mama tak nak kejut tapi pagi tadi sebelum adik ke kampus dia cakap angah tidur lewat semalam. Jadi mama tak naklah kejutkan angah, takut nanti kalau mama kejutkan angah awal-awal nanti angah bising, jawab Datin Rafidah dan terus menyambung semula kerjanya. Dia perlu menyiapkan makan tengah hari kerana suaminya telah memaklumkannya untuk pulang dan makan tengah hari di rumah. Faizul mengangguk dan terus melangkah ke arah peti sejuk. Jus oren yang sudah tersedia ada di dalam peti sejuk dikeluarkan. Dia mengambil gelas dan terus dituangkan ke dalam gelas. Kemudian dia kembali duduk di meja makan dan meneguk jus oren tersebut tanpa sepatah kata. Datin Rafidah yang memerhatikan anaknya itu hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Perangai anaknya yang seorang ini tidak pernah berubah. Anaknya itu memang gemarkan air yang sejuk dan dingin. Hanya waktuwaktu tertentu sahaja anaknya itu akan minum minuman panas. Macam manalah tadi dia boleh terlupa dengan kegemaran anaknya yang satu itu. Ma, papa balik makan tengah hari ek? tanya Faizul.

90

Sha Ibrahim

Ya, kenapa? Angah nak keluar lagi ke petang ni? Anak mama ni nak ke mana lagi? Hari-hari keluar, nanti kalau kerap sangat keluar, papa bising. Datin Rafidah seakanakan dapat mengagak dengan pertanyaan anaknya itu. Dia tahu anaknya itu sedikit takutkan suaminya. Sekiranya suaminya berada di rumah pasti anaknya itu susah untuk keluar. Bermacam-macam alasan yang terpaksa diberikan untuk mendapatkan kebenaran papanya. Jalan-jalan aje ma. Lagipun boring la duduk kat rumah, rungut Faizul. Kalau dah boring sangat kenapa tak ikut along ke pejabat tolong papa? tanya Datin Rafidah sambil memandang tepat ke arah anaknya itu. Faizul terkena dengan alasannya sendiri. Abangnya sudah seminggu mula bekerja dengan papanya. Manakala dia menolak dengan alasan dia masih belum puas berehat. Alah, angah tak puas rehat lagi la mama. Lagipun along kan ada. Nanti bila angah dah sedia angah pergilah kerja. Bukannya angah tak nak kerja langsung cuma angah belum bersedia lagi, jawab Faizul. Sememangnya itu adalah kebenarannya. Dia masih belum puas enjoy bersama-sama teman-teman yang ada di Malaysia. Dia tahu sekiranya dia mula bekerja di syarikat papanya sudah pasti jadual hariannya padat. Dia bukan tidak berminat untuk menolong papanya cuma dia masih belum bersedia. Dia dengan alongnya memang minat dengan dunia perniagaan. Mungkin sudah didedahkan dengan dunia tersebut sejak kecil lagi. Sebab itulah setelah tamat sekolah dia dan abang kembarnya bersetuju untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalan bidang perniagaan. Habis tu, sampai bila baru angah puas enjoy?

91

Dia Segalanya

Angah, dah banyak kali kan mama pesan jangan banyak sangat enjoy, nanti angah jadi malas tahu tak. Cuba angah tengok along, dia bukannya tak pernah keluar dengan kawankawan dia tapi ada masa-masa tertentu. Kalau setiap hari asyik nak suka-suka saja, kelak diri angah sendiri jugak yang rugi. Tak ke mana enjoy tu, sekadar nak mengisi masa lapang bolehlah, bicara Datin Rafidah lembut. Dia terpaksa menggunakan nada yang rendah untuk anaknya yang seorang ini. Bukannya dia tidak kenal dengan anaknya itu. Anaknya itu cepat melenting sekiranya tersilap tegur. Silap hari bulan, anaknya itu akan memberontak. Dia tahu anaknya yang kedua ini walaupun sudah berusia dua puluh enam tahun tetapi perangainya masih belum dapat diteka. Kadang-kadang dia bersifat matang tetapi ada kalanya juga anaknya itu seakan-akan masih remaja yang perlukan layanan yang tertentu. Nanti la mama. Kalau angah dah bersedia, angah akan pergi pejabat papa tu. Mama jangan la bimbang. Cuma sekarang ni, angah nak enjoy sikit aje lagi. Nanti kalau angah dah kerja dengan papa, angah mungkin tak ada masa nak lepak dengan kawan-kawan angah lagi. Jawab Faizul bersahaja lantas menghabiskan sisa minumannya dan bangun lalu melangkah ke ruang tamu. Datin Rafidah memerhatikan anaknya sambil menggelengkan kepala. Dia berharap sangat kata-kata anaknya itu akan ditunaikan nanti. Bukan dia tidak tahu, anaknya yang tengah itu akan memberikan bermacammacam alasan untuk mengelak dirinya daripada terus membebel.

92

Sha Ibrahim

FAIZUL termenung sendirian di dalam pub yang sering dikunjunginya. Suasana yang agak sunyi bertemankan muzik yang perlahan membuatkan dirinya teringat kembali peristiwa yang lampau. Gadis yang menemani dirinya sebentar tadi meminta diri ke tandas memberikan dia ruang untuk mengingati memori lama yang sekali-sekala membuatkan dirinya dihantui rasa bersalah yang teramat sangat. Angah, adik pun nak satu layang-layang macam tu. Suraya merengek apabila melihat layang-layang yang baru disiapkannya naik ke udara. Tak boleh. Kalau kau nak, kau buatlah sendiri. Ataupun kau suruh saja along yang buatkan. Aku malas. Suara Faizul kedengaran agak keras. Suraya hanya mendiamkan diri dan memandang ke arah alongnya dengan wajah sedih. terus

Tak apa, kalau angah tak nak buatkan untuk adik, along boleh buatkan. Lagipun bukan angah saja yang pandai buat layang-layang, Along pun pandai. Faizal menjawab sambil memandang tajam ke arah Faizul. Waktu itu Faizul hanya memandang alongnya tanpa ada sekumit pun perasaan bersalah. Dia tidak sukakan Suraya. Suraya terlalu dimanjakan oleh mama dan papanya. Walaupun waktu itu umurnya baru sahaja berusia dua belas tahun, namun perasaan cemburunya terhadap Suraya semakin menjadi-jadi. Tak apalah along. Adik pun bukannya suka sangat main layang-layang tu. Jom along, adik nak balik. Adik penatlah, ajak Suraya. Faizal tanpa banyak soal terus sahaja membawa Suraya pulang. Namun Faizul masih ingat dengan jelas bagaimana

93

Dia Segalanya

Suraya masih sempat mendongak dan memandang layanglayangnya yang masih terbang di udara. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia sangat membenci adiknya itu sedangkan waktu itu dia masih belum mengetahui bahawa Suraya itu bukan adik kandungnya. Maafkan aku Suraya. Aku sendiri langsung tidak mengerti waktu itu kenapa aku harus bersifat kejam pada kau, bicara Faizul sendirian. Air matanya hampir jatuh membasahi pipi namun sempat ditahannya. Dia menarik nafas sedalam mungkin untuk menghilangkan rasa sedihnya sebelum gadis yang datang bersamanya tadi kembali dari tandas. Joe, apa kata minggu depan kita pergi jalan-jalan kat Genting, nak tak? Tiba-tiba gadis yang datang bersamanya tadi bertanyakan soalan sebelum melabuhkan punggung berhadapan dengannya. I dont think so. I kena start kerja dengan papa I minggu depan, jawab Faizul. Bukan dia sengaja berbohong dengan gadis tersebut tetapi itu adalah kebenarannya. Gara-gara mahu keluar berhibur sebentar tadi, satu janji telah termeterai di antara dia dan papanya. Dia terpaksa berjanji memulakan kerja di syarikat ayahnya pada minggu hadapan. Alah... you kan baru saja balik dari oversea. Takkanlah you dah nak kerja kut? Kita enjoylah dulu ek? Joe, bolehlah I nak sangat jalan-jalan dengan you kat sana, rengek gadis itu lagi. Reena, bukannya I tak nak. Tapi I dah janji dengan papa I. Mungkin kita boleh pergi waktu I free, boleh kan? pujuk Faizul sambil menggenggam tangan gadis yang dikenalinya sebagai Reena itu.

94

Sha Ibrahim

Gadis yang ditemuinya semasa di England dulu. Satu-satunya orang luar pertama yang mengetahui kepulangannya ke Malaysia. Kalau kita pergi ke sana esok, nak tak? Esok pun tak boleh. I kena buat persediaan sebelum memulakan kerja. Bukan Faizul sengaja menolak pelawaan gadis itu tetapi dia harus membuat persediaan yang secukupnya sebelum memulakan kerja dengan papanya. Dia tidak pernah memandang remeh dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Mungkin betul dia memang lelaki yang sukakan kebebasan dan keseronokan namun sekiranya dia diberi tugasan sudah pasti dia akan memikul tanggungjawab tersebut dengan penuh dedikasi. Itulah satusatunya sikap yang membuatkan dia sering sahaja dapat menyaingi abangnya sewaktu mereka belajar dahulu. Tak apalah. Tapi promise me, bila you ada masa lapang you temankan I ke sana okey? Okey! I janji!

95

Dia Segalanya

Bab 8
AIZUL sedang bersendirian di dalam bilik bacaan keluarganya. Dia perlu membuat persediaan sebelum memulakan kerja dalam dua hari lagi. Mahu ataupun tidak dia dan abangnya memang ditakdirkan mewarisi perniagaan papanya. Perniagaan yang dibangunkan oleh papanya bermula dari bawah. Memandangkan papanya anak tunggal maka syarikat itu bakal diwarisi oleh mereka. Apatah lagi melihat keadaan papanya yang semakin dimamah usia membuatkan dia mengambil keputusan untuk memulakan kerja dengan kadar yang segera, membantu abangnya yang terlebih dahulu memulakan kerja. Syarikat mereka yang besar dan terkenal di seluruh Malaysia dan sesetengah negara di Asia turut memaksa dia untuk meringankan segala bebanan papa dan abangnya. Boleh aku masuk? Satu suara mengejutkan Faizul yang sedang khusyuk membelek fail syarikat yang tersusun di atas meja. Masuklah. Kenapa? Kau nak guna bilik ni ke?

96

Sha Ibrahim

tanya Faizul terus sahaja menyambung kerjanya. Dia perlu mengkaji sedalam-dalamnya perihal syarikat papanya agar mudah untuk dia memulakan kerja. Sekurang-kurangnya dia tidak memerlukan sesiapa untuk menerangkan kepadanya tentang perjalanan syarikat papanya itu apabila berada di pejabat kelak. Tak, aku tak suka bawa kerja balik rumah. Bagi aku rumah ni tempat untuk kita berehat. Kau dah bersedia ke? Aku tengok dua tiga hari ni kau macam sibuk aje mengkaji tentang perjalanan syarikat. Bagus la tu, sekurang-kurangnya lepas ni kita sama-sama kurangkan beban papa. Bolehlah papa rehat dan menghabiskan masanya dengan mama dengan lebih kerap lagi. Entahlah long, aku pun tak tahu yang aku ni dah bersedia ataupun belum. Kalau ikutkan hati aku, aku malas nak mulakan kerja. Tapi papa dah mendesak, aku nak buat macam mana? Terpaksalah aku ikut, jawab Faizul. Faizal tersenyum. Dia memang sudah dapat mengagak. Pelik, adiknya itu tiba-tiba sahaja mengambil keputusan untuk memulakan kerja dalam masa terdekat. Rupa-rupanya kembarnya itu telah didesak. Percayalah cakap aku, ngah. Aku waktu mula-mula kerja hari tu pun, aku sebenarnya tak berapa yakin yang aku ni mampu lakukan ataupun tak. Yalah kita kan baru saja habis belajar. Pengalaman pun tak ada lagi. Tapi, setelah beberapa hari aku rasa biasa dan kadang-kadang aku rasa seronok. Aku yakin kau pun sama. Pekerja-pekerja dekat situ pun semuanya baik-baik belaka. Faizal menerangkan dengan panjang lebar. Dia mahu adiknya itu bekerja di syarikat papanya bukan kerana terpaksa tetapi kerana seronok bekerja. Kalau

97

Dia Segalanya

penat, itu dia tidak boleh nafikan tetapi lama-kelamaan penat adalah sebahagian daripada hidupnya. Pekerja kat sana muda-muda dan cantik tak long? Faizul bertanya sambil tersengih memandang abangnya itu. Faizal tergelak dan menuju ke arah adiknya sambil menggelengkan kepala. Kau ni memang la ngah, tak ada benda lain ke yang kau nak fikir. Perempuan saja dua puluh empat jam, tak pernah nak serius! Faizul tersengih. Kita hidup ni long, mana boleh lari dari perempuan. Takkan kau tak pernah dengar di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang perempuan. Yalah tu masalahnya tengok dulu perempuan yang macam mana. Kalau perempuan tu macam mama, aku bersetuju la dengan kata-kata kau tu. Tapi kalau perempuan yang bersama dengan kita disebabkan oleh kesenangan yang kita ada, itu bukan pendorong kejayaan. Itu buat kita jatuh bankrupt boleh la. Kau pun takkan tak pernah dengar perempuan ni kadang-kadang ada yang menjadi penawar dan ada juga yang jadi racun. Ada yang berjaya disebabkan perempuan dan ada yang jatuh disebabkan perempuan jugak. Kalau kita pandai memilih, kita akan dapat penawar, tapi kalau kita tersilap pilih nanti tak pasal-pasal kita tertelan racun. Waktu tu kalau nak menyesal pun dah tak guna tau, bicara Faizal sambil menepuk belakang adiknya. Faizul termenung sejenak. Kata-kata abangnya mengingatkan dia dengan seseorang. Kata-kata yang sering dipenuhi dengan maksud yang tersirat. Kenapa kau termenung? tanya Faizal apabila mendapati Faizul tiba-tiba sahaja mendiamkan diri. Kau pun dah macam Suraya, mengalahkan sasterawan negara, jawab Faizul. bercakap

98

Sha Ibrahim

Sebab itulah aku suruh kau rapat dengan adik. Walaupun adik tu ambil jurusan perubatan dan bakal jadi doktor tapi banyak lagi ilmu lain yang dia tahu. Aku pun kagum dengan dia, ujar Faizal. Sekali lagi Faizul terdiam. Dia tidak menafikan itu semua. Sekali-sekala dia berbual dengan Suraya dia sudah tahu gadis itu memang banyak membaca. Kalau tidak, masakan Suraya sentiasa ada jawapan setiap kali terdapat persoalan yang dia utarakan. Long, kau tahu kan aku bukannya tak nak rapat dengan Suraya tu, tapi aku tak boleh. Entahlah, kau senang la cakap sebab kau tak pernah bergaduh dengan dia sejak kecil. Tapi aku, entah-entah Suraya tu masih bencikan aku disebabkan peristiwa lapan tahun dulu, kau pun tahu kan? Ngah, kau dengar sini. Aku kenal adik. Dia bukannya seorang yang pendendam. Setahu aku, bukan adik yang bencikan kau tapi kau yang tak sukakan adik, kan? Kau ingat lagi tak, bila aku suruh kau belikan hadiah untuk adik dari England, kau cakap buat apa kau nak belikan barang untuk adik, lagipun barang yang ada dekat England tak ada satu pun sesuai untuk adik. Kau fikirlah, walau macam mana sekalipun kau cuba nafikan yang Suraya tu adik kita, dia tetap anak yang paling bongsu dalam keluarga ni. Jangan kau lupakan itu semua dan jangan sesekali kau cuba mengubahnya, faham? Maksud kau long? Kau faham maksud aku. Aku ni abang kau, kembar pulak tu. Aku tahu apa yang tersirat dalam hati kau. Walaupun kadang-kadang aku cuba nafikannya tapi entahlah, aku harap apa yang aku fikir ni tak benar. Dahlah, tak payah nak fikirkan benda ni semua. Aku nak masuk tidur, esok aku

99

Dia Segalanya

perlu kerja. Kau pun jangan tidur sampai lewat malam. Ujar Faizal dan sempat menepuk mesra bahu adiknya sebelum melangkah keluar dari bilik bacaan itu. Faizul hanya memandang abangnya dengan perasaan yang bercampur baur. Takkanlah abangnya mengetahui perasaan yang tersimpan jauh di lubuk hatinya selama ini? Tak mungkinlah. Hadiah? Alamak! Macam mana aku boleh lupa ni? Faizul menepuk dahinya dengan kuat.

100

Sha Ibrahim

Bab 9
AIZUL menandatangani borang yang dihulurkan oleh salah seorang pekerja di syarikat penghantaran yang menghantar barang-barang yang diposkan olehnya sewaktu di England dahulu. Pihak kami minta maaf pada encik di atas kelewatan kami menghantar barang-barang encik ni. Pekerja yang menghulurkan borang tersebut bersuara. Its okay, tapi barang-barang saya ni tak ada sebarang kerosakan, kan? tanya Faizul sambil melihat ke arah dua buah kotak besar yang baru sahaja diangkat oleh seorang lagi pekerja syarikat penghantaran tersebut. Insya-Allah encik, tak ada sebarang kerosakan. Sekiranya ada, encik boleh datang ke cawangan syarikat kami yang terdekat dan kami akan membayar ganti rugi sekiranya punca kerosakan barang encik adalah dari syarikat kami. Kalau tak ada apa-apa kami pergi dulu. Okay, thank you. Sebaik sahaja van yang menghantar barang-

101

Dia Segalanya

barangnya tadi berlalu Faizul terus mengangkat kotak tersebut satu demi satu. Terasa berat la pula! Rasanya sewaktu dia menghantar barang-barangnya di syarikat penghantaran yang beroperasi di England dulu tidaklah seberat ini. Mungkin waktu itu dia mahu cepat apatah lagi dia hampir ketinggalan kapal terbang gara-gara menghantar barangbarang itu di syarikat penghantaran. Jadi semua itu tidak terasa. Sebaik sahaja dia selesai mengangkat barangbarang masuk ke dalam rumah dia, berehat seketika di sofa. Barang-barang tersebut diletakkan di tepi tangga. Menyesal pula kerana menolak pelawaan dua orang pekerja syarikat penghantaran tadi yang mahu mengangkat barang-barangnya terus masuk ke dalam rumah. Kotak apa yang besar sangat ni angah? tanya Datin Rafidah yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Hah? Kotak? Oh, tu barang angah yang masa kat England dulu. Angah suruh kawan angah kat sana tolong poskan, jawab Faizul agak gugup dengan pertanyaan mamanya itu. Dia juga berdoa dalam hati agar mamanya tidak bertanya dengan lebih lanjut tentang kotak tersebut. Oh, mama nak keluar sekejap nak jumpa kawan. Angah nak guna kereta ke? Kalau angah nak guna kereta mama suruh driver yang hantarkan mama, ujar Datin Rafidah yang sudah pun bersiap dengan pakaian yang cukup cantik dan anggun. Ditambah pula dengan tudung yang disesuaikan dengan pakaian yang dipakainya. Tak apalah mama, angah tak keluar hari ni. Lagipun angah nak rehatlah, esok angah kan dah nak mulakan kerja, jawab Faizul sambil tersenyum ke arah mamanya.

102

Sha Ibrahim

Okeylah, mama keluar dulu. Kalau ada apa-apa hal telefon mama tau. Ma, umur angah dah nak masuk dua puluh tujuh tahun okey? Okey! Mama pergi dulu, assalamualaikum. Waalaikummussalam! Faizul menjawab salam mamanya dan terus bangun untuk menyambung kembali kerjanya mengangkat kotak yang tersadai di tepi tangga untuk dibawa masuk ke dalam biliknya. Dia tak mahu sekiranya ada orang lain pula yang bertanyakan perihal kotak tersebut, terutama alongnya. Nasib baik hari itu alongnya ke pejabat. Papanya juga berada di pejabat dan Suraya berada di kampus. Sekarang hanya dia sahaja berada di rumah bersama dua orang gajinya yang sentiasa ada di dalam rumah. Senang sikit kerjanya kerana tiada sesiapa pun yang boleh mengacaunya dan tanya benda yang bukan-bukan mengenai kotak sebesar kotak TV 29 inci itu. Sebaik sahaja Faizul meletakkan kedua-dua buah kotak tersebut di dalam biliknya dia terus sahaja mengunci pintu biliknya dan pantas membuka kotak tersebut dan barang-barang yang ada di dalam kotak diperiksa satu-satu. Nasib baik semua barang yang berada di dalam kedua-dua buah kotak tersebut berada dalam keadaan elok. Faizul mengambil sebuah buku yang agak tebal di dalam salah sebuah kotak tersebut dan dibukanya. Dia tersenyum sendirian melihat isi kandungan buku tersebut. Sekiranya ada orang lain yang tahu dan nampak dia membaca buku tersebut tentu orang itu akan terkejut sekiranya diberitahu bahawa dia mengambil jurusan perniagaan sewaktu belajar dahulu. Alongnya sendiri pun terkejut

103

Dia Segalanya

melihat dia sedang membaca buku tersebut sewaktu dia mula-mula membeli buku itu. Nasib baiklah waktu itu dia dapat memberikan alasan yang munasabah kepada alongnya itu. Kemudian dia beralih pandang ke arah sebuah kotak lagi yang dipenuhi dengan bungkusan-bungkusan kecil yang dibalut cantik. Dia mengangkat satu demi satu kotak tersebut dan diletakkan di atas katilnya. Dia mengeluh sendirian setelah semua kotak kecil yang terbalut cantik itu selesai dikeluarkan. Dia sendiri tidak pasti apa yang dia harus lakukan dengan kotak-kotak tersebut. Kemudian dia menyimpan kotak-kotak tersebut ke dalam salah sebuah almari pakaiannya. Manakala buku-buku disusun dengan kemas di atas rak buku yang masih ada banyak ruang kosong untuk menyimpan buku-buku yang paling diminati dan disayanginya itu.

SURAYA berjalan seorang diri menuju ke salah sebuah kedai buku yang paling diminatinya. Di kedai tersebut terdapat pelbagai jenis buku yang menarik perhatiannya terutamanya novel hasil nukilan penulis-penulis yang menjadi pujaannya. Suraya! What are you doing here? Tiba-tiba sahaja Suraya ditegur oleh seorang pemuda yang tidak dikenalinya. Namun dia pasti dia pernah melihat pemuda tersebut tapi dia tidak ingat di mana. Maaf, saya kenal awak ke? tanya Suraya. Dah agak dah, Su mesti tak kenal abang punya. Abang Man, kawan baik abang Su... Faizul. Deraman memperkenalkan dirinya.

104

Sha Ibrahim

Suraya terdiam seketika kemudian dia tersenyum. La Abang Man. Maaflah Su tak cam sebab dah lama tak jumpa, kan? balas Suraya yang teringat kembali satu-satunya kawan angahnya yang melayan dirinya dengan baik sewaktu berada di sekolah menengah dahulu. Deraman selalu membantu Suraya sekiranya dia sering dibuli dengan kawan-kawan angahnya yang terdiri daripada anak-anak orang kaya yang bongkak dan sombong. Its okay. Su tak jawab lagi pertanyaan abang. Su buat apa kat sini? Su nak cari buku kat kedai tu. Abang pulak? tanya Suraya kembali. Abang baru balik dari mesyuarat dekat bangunan tu. Biasalah Su, akauntan macam abang ni sibuk saja memanjang, beritahu Deraman kepada gadis yang sudah lama dia tidak temui itu. Dulu sebelum Faizul ke luar negara dia selalu juga berkunjung ke rumah Faizul dan dalam masa yang sama dapat berbual-bual dengan Suraya. Tetapi setelah Faizul melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia langsung tak berpeluang berjumpa dengan Suraya. Malah apabila bertemu kembali dengan Suraya di depan sebuah pub malam itu, baru dia sedar sudah lima tahun dia tidak berjumpa dengan gadis itu. Dan dia betul-betul terperanjat dengan penampilan Suraya sekarang. Gadis itu cukup cantik, dengan wajahnya yang putih dan berbentuk bujur sirih memang menarik perhatian mana-mana lelaki ditambah pula dengan tubuhnya yang tinggi lampai. Fesyen yang dikenakan pula memang sesuai dengan trend masa kini yang digilai ramai oleh para remaja yang bertudung. Suraya dahulu dengan Suraya kini sangat jauh

105

Dia Segalanya

bezanya. Suraya yang dahulu berpenampilan terlalu ringkas. Suraya yang dahulu juga seorang yang agak pemalu dan tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Tetapi Suraya yang sedang berdiri di hadapannya pada hari ini sudah jauh berbeza. Perkara yang langsung tak berubah ialah sifatnya yang tak pernah bersikap sombong dengan sesiapa. Walaupun Suraya dibesarkan dalam keluarga yang kaya namun dia sentiasa bersifat rendah diri. Sifat itulah yang menyebabkan dia menghulurkan salam persahabatan pada gadis itu sewaktu mula-mula mengenali Suraya semasa mereka berada di bangku sekolah dahulu. Abang dah jadi akauntan? Jadi, cita-cita abang selama ni dah tercapai la ek? sambung Suraya. Deraman agak terperanjat. Nampaknya sudah jauh dia mengelamun memikirkan gadis yang sedang berdiri di depannya di kala itu. Nampaknya macam tu la Su. Hei, Su masih ingat lagi cita-cita abang? Abang ingatkan Su dah lupa yalah kita kan dah lama sangat tak jumpa, bicara Deraman yang kagum dengan daya ingatan Suraya. Tentulah Su ingat, abang kan satu-satunya kawan lelaki Su yang betul-betul ikhlas berkawan dengan Su masa kita kat bangku sekolah dulu. Masa tukan Su langsung tak ada kawan lelaki. Budak-budak lelaki lain pulak tak habishabis nak kenakan Su. Apa yang Su buat sampai mereka marah sangat dengan Su, Su pun tak tahu. Suraya mengungkit semula peristiwa lama yang banyak meninggalkan kesan dalam hidupnya. Abang percaya Su, kalau mereka tengok Su sekarang ni mesti dia orang menyesal sebab tak berbaik dengan Su dulu, ujar Deraman dengan senyuman yang

106

Sha Ibrahim

penuh makna. Patutlah Faizul langsung tidak boleh melupakan gadis ini. Kalau macam nilah, nampaknya sampai bila-bila pun kawan baiknya itu tidak akan mampu melupakan gadis ini. Maksud abang? tanya Suraya yang langsung tidak memahami dengan apa yang dikatakan oleh Deraman. Tak ada apa-apalah. Oh, ya abang dengar Su pun sedang belajar dalam jurusan kedoktoran, kan? Jadi, cita-cita Su selama ni pun akan tercapai jugak, kan? Deraman mengubah tajuk perbualan. Insya-Allah kalau tidak ada sebarang aral. Isy, abang tak boleh lama ni. Abang kena balik ke pejabat. Kalau ada masa boleh abang ajak Su minum ke? Makan ke? Boleh? tanya Deraman. Dia mengajak dengan ikhlas. Sudah bertahun-tahun dia tak berbual-bual dengan gadis itu. Sebenarnya dia suka berbual-bual dengan Suraya. Suraya bukannya seorang gadis yang hipokrit, dia jenis yang jujur dan sentiasa bercakap benar. Sebab itulah dia lebih selesa berbual-bual dengan gadis itu. Boleh, insya-Allah boleh. Abang pun datang la ke rumah. Dah lama sangat abang tak datang. Mama dan papa pun mesti nak sangat jumpa dengan abang, ujar Suraya bercerita perihal mama dan papanya yang dahulu selalu melayan Deraman dengan begitu baik setiap kali lelaki itu berkunjung ke rumah mereka. Okeylah, abang pergi dulu ya. Ya, assalamualaikum. Suraya memberikan salam. Waalaikummussalam! jawab Deraman dan melangkah girang menuju ke tempat parking kereta. Dalam hatinya dia tahu kenapa Faizul enggan melepaskan gadis itu. Gadis itu terlalu istimewa.

107

Dia Segalanya

Suraya terus masuk ke dalam kedai buku. Dia melilau mencari sekiranya terdapat buku-buku baru yang ditulis oleh penulis kegemarannya. Namun dia hampa. Semua buku yang ada sudah pun tersimpan elok dalam koleksinya. Dia kemudian melangkah ke arah rak yang mempamerkan buku tentang sains perubatan. Agak lama dia berada di rak tersebut, membelek dan melihat sekiranya terdapat buku yang boleh membantunya dalam pelajaran. Namun pencariannya turut hampa. Banyak buku yang tidak memenuhi apa yang dikehendakinya. Hi baby, you sihat? I tengah cari buku untuk adik I sekarang ni. Buku apa entah yang dia nak I belikan. Kalau ikutkan hati I, I memang tak nak belikan untuk dia. You tahulah kan, I bencilah nak buat kerja yang remeh macam ni. You tak nak keluar dengan I ke? I rindu tau! Suara perempuan yang sedang berbual melalui telefon menarik perhatian Suraya. Dia tersenyum sendirian. Manja sungguh suara itu. Dia terpandang ke arah perempuan tersebut dan agak terperanjat dengan apa yang dilihatnya. Dia kenal perempuan tersebut. Suraya terus melangkah laju untuk keluar dari kedai buku tersebut. Dia tak mahu terserempak dengan perempuan yang dia cukup meluat dan benci itu. Sesungguhnya dia tidak pernah membenci sesiapa pun selain gadis itu.

108

Sha Ibrahim

Bab 10
URAYA yang sudah turun ke bawah untuk bersarapan pagi terpaksa naik semula kerana tertinggal fail kertas kerjanya. Dia melangkah laju menuju ke tangga. Sebaik sahaja dia sampai di tangga, dia berhenti seketika dan kaku memandang ke arah tangga. Apa yang kau pandang? Ada apa-apa yang tak kena dengan baju aku ke? tanya Faizul yang pelik apabila terpandangkan Suraya yang tiba-tiba memandang tepat ke arahnya tanpa sepatah kata pun. Hello! Are you here? tanya Faizul lagi apabila pertanyaan pertamanya langsung tidak dibalas oleh Suraya. Hah! Tak adalah. Pakaian angah okey. Okey sangat, sesuai sangat, cuma adik terkejut sebab tak pernah tengok angah pakai macam ni, jawab Suraya gugup. Dia terperanjat dengan penampilan baru abangnya itu. Patutlah ramai perempuan yang tergila-gilakan abangnya yang seorang ini. Dia sendiri tidak boleh menafikan bahawa abangnya ini mempunyai personaliti yang cukup menarik.

109

Dia Segalanya

Macam-macamlah kau ni. Kau nak ke mana pulak ni? Dah habis sarapan ke? tanya Faizul lagi. Kalau ikutkan hatinya ingin saja dia ketawa dengan kata-kata Suraya tadi. Apa tidaknya, pada mulanya dia ingatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pakaiannya ataupun dia terlupa untuk zip seluar tapi lain pula yang didengarnya. Hah? Adik tertinggal fail kat atas, adik naik dulu ek. Suraya terus melangkah laju menuju ke atas. Faizul tersenyum sendirian. Apa yang tak kena dengan gadis itu pagi ini dia sendiri pun tak pasti. Suraya terus mencapai fail yang sememangnya sudah tersedia ada di atas meja tulisnya. Perasaan terkejut memandang angahnya masih belum hilang. Tiba-tiba sahaja dia terasa malu yang teramat sangat. Kenapalah dia boleh jadi macam tu sekali pagi ini? Dia sendiri bingung. Sayang, cepatlah turun. Dah jumpa ke belum fail tu? Nanti lewat pulak nak ke kampus, sarapan pun belum lagi. Sayup-sayup terdengar suara mamanya memanggil dari bawah dan Suraya terus saja melangkah turun dan mendapatkan mamanya yang sudah pun berada di meja makan. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah alongnya. Kenapa lama sangat? tanya Faizal. Tak ada apa-apa, saja jawab Suraya. Jawapan yang membuatkan Faizal dan Faizul memandang ke arah Suraya sambil berkerut dahi. Apa kena dengan budak ni? Semua benda yang dia cakap tak seperti biasa? Bisik Faizul dalam hati. Saja? Jawapan apa tu? Saja nak lewatkan masa?

110

Sha Ibrahim

Apa kena dengan anak bongsu papa pagi ni? tanya Datuk Rashid pula. Tak ada apa-apalah papa. Adik okey, jawab Suraya sambil tersengih dan terus sahaja mengunyah roti yang disapu jem yang memang sudah tersedia di pinggannya. Oh, ya angah. Papa nak hari ni angah biasakan diri dulu dengan keadaan pejabat tu dan berkenalan dengan semua staf yang ada. Ingat pesan papa, staf adalah orang yang terpenting dalam syarikat. Tanpa mereka kita tak mampu lakukan sebarang kerja. Jadi, hormati mereka. Jangan sesekali salah gunakan kuasa. Walaupun kita berpangkat lebih tinggi, itu bukan bermaksud kita boleh lakukan apa sahaja terhadap mereka, faham? ujar Datuk Rashid dengan tegas sekali. Faizul mengangguk faham. Dia memang sudah sedia maklum dengan perangai papanya yang sentiasa serius dalam soal kerja. Pa, along dengan angah semua pergi dengan papa ke? Takkan la papa tak nak belikan kereta untuk mereka? Kalau masing-masing ada kereta kan senang? Kan long? Tiba-tiba Suraya bersungut tentang kereta. Dia sendiri tidak tahu macam mana soal kereta boleh terpacul keluar dari mulutnya. Apa yang tak kena dengan dia pagi ni? Ni siapa pulak yang ajar adik suruh mintak kereta dengan papa ni? soal Datuk Rashid sambil tersenyum. Kalau tidak kerana anak bongsunya yang bersungut, dia sendiri terlupa tentang itu semua. Sememangnya sebelum ini dia bercadang untuk membelikan kereta untuk anaknya yang dua orang itu tetapi kerana dia sentiasa sibuk dengan urusan kerja dia terlupa dengan niatnya itu. Tak adalah papa, tak ada sesiapa pun yang suruh.

111

Dia Segalanya

Cuma adik kesiankan along dengan angah aje, jawab Suraya. Datin Rafidah tersenyum. Ada saja anak bongsunya itu lakukan sesuatu untuk abang-abangnya. Betul jugak tu pa. Lagipun dah lama along nak mintak dengan papa, cuma along tengok papa sibuk aje, jadi along diamkan sajalah, beritahu Faizal yang menyokong kata-kata adiknya. Dia tersenyum sambil menyiku adik kesayangannya yang seakan-akan boleh membaca apa yang ada dalam kotak fikirannya di kala itu. Angah pun sokong pa! Faizul turut bersuara. Suraya menarik nafas lega. Nasib baik apa yang diperkatakan olehnya tidak mendatangkan kemarahan papanya. Papa pun pernah terfikir jugak tentang benda ni. Tak apalah, hujung minggu ni kamu berdua pergi pilih kereta yang kamu nak. Tapi ingat, jangan pilih kereta yang bukanbukan. Papa berikan kebenaran ni pun sebab papa nak bagi kemudahan pada along dan angah agar senang ulang-alik ke pejabat. Faham maksud papa, kan? Angah? tanya Datuk Rashid ke arah anak keduanya. Dia faham sangat dengan perangai anaknya yang seorang itu. Terlalu mementingkan penampilan dan gaya. Dia tidak nafikan itu semua juga adalah penting bagi menjalankan sesuatu perniagaan cuma dia tak mahu terlalu melampau. Faham, papa. Jangan bimbang la paling koman pun Ferrari! Angah!!!! Suara Datuk Rashid dan Datin Rafidah serentak berbunyi. He he angah gurau ajelah. Takkan la Ferrari. Jawab Faizul.

112

Sha Ibrahim

Kemudian satu keluarga tergelak melihat telatah satu-satu ahli keluarga itu yang selalu melakukan perkara yang mengejutkan.

FAIZAL dan Faizul beriringan keluar dari bilik mesyuarat setelah selesai sesi suai kenal Faizul dengan kakitangan penting di syarikat. Kau dah bersedia ke nak kerja ni ngah? tanya Faizal sambil meneruskan perjalanan mereka. Datuk Rashid sudah hilang dari pandangan, mungkin sudah pun masuk ke dalam pejabatnya yang terletak di tingkat yang paling atas bangunan yang menjangkau dua puluh tingkat itu. Mereka berdua ditugaskan di tingkat lima belas untuk mengurus pelbagai projek besar yang masih lagi dalam perancangan. Dah, kut. Alah kalau aku tak tahu apa-apa aku tanyalah kau. Buat apa aku ada abang yang hebat macam kau kalau aku tak pandai nak gunakannya, am I right? balas Faizul sambil tersenyum memandang ke arah abangnya di sebelah. Kemudian mereka melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang agak cantik hiasan dalamannya. Ni bilik kau, sebelah ni bilik pengurus bahagian pemasaran. Bilik aku pula kat depan sana. Macam mana? Puas hati tak dengan bilik ni? Papa yang suruh aku sediakan bilik kau, tapi aku tak biasa benda-benda macam nikan so, aku suruhlah salah seorang pekerja perempuan kat sini yang buatkan, beritahu Faizal sambil menunggu reaksi adiknya.

113

Dia Segalanya

Faizul hanya mengangguk dan terus duduk di kerusinya dan menyandar sambil memejamkan mata. Kau tahu tak long, aku sebenarnya tak kisah sangat macam mana dengan keadaan bilik aku. Janji aku rasa selesa nak bekerja dan aku jugak tak kisah apa jawatan aku asalkan apa yang aku belajar dekat UK selama lima tahun boleh dipraktikkan dalam kerja aku, bicara Faizul. Dia tak kisah sama ada abangnya mahu percaya ataupun tidak, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Dia malas nak berebut jawatan dengan abangnya mahupun pekerja lain. Tambahan pula dia percaya dengan papanya. Dia tahu papanya arif apa yang terbaik untuk anak-anaknya. Walaupun dahulu dia seteru dengan papanya terutamanya hal yang berkaitan dengan Suraya, namun kini semuanya sudah hampir dia lupakan. Dia tahu papanya menyayangi mereka semua cuma papanya tidak menunjukkan sangat kasih sayangnya itu sebagaimana yang ditunjukkan terhadap Suraya. Dahulu dia tidak mengerti. Tetapi kini, dia tahu mungkin kerana Suraya adalah anak perempuan sedangkan dia dan abangnya adalah anak lelaki jadi papanya lebih menujukkan sifat ambil beratnya terhadap Suraya sahaja. Baguslah kalau macam tu. Ingat, jawatan yang kau pegang ni bukan calang-calang jawatan jugak tau. Jangan nak main-main! Faizal sempat memberikan peringatan kepada adiknya sebelum dia keluar dari pejabat tersebut. Alah, kau jangan bimbanglah semua tu. Yang aku tahu, walaupun selama ni kau lebih pintar daripada aku tapi bezanya tak adalah jauh sangat. Kalau kau mampu lakukan takkanlah aku tak boleh pulak, bicara Faizul dengan agak riak.

114

Sha Ibrahim

Faizal yang kenal sangat dengan perangai adiknya hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Okey, buktikan. Aku nak keluar sekarang, lepas ni aku suruh secretary kau datang bagi fail projek yang kau akan uruskan dengan perempuan dekat sebelah bilik kau ni. Wait! Maksud kau pengurus bahagian pemasaran dekat sebelah ni perempuan? tanya Faizul yang inginkan kepastian. Yalah, habis tu kau ingat lelaki ke? Tak adalah cantik tak long? tanya Faizul yang mula menunjukkan perangai yang kurang digemari oleh abangnya itu. Cantik ataupun tidak, itu tak penting. Yang penting kau boleh bekerjasama dengan dia. Jawab Faizal. Faizul tersenyum penuh makna. And one more thing bro dia dah berpunya! Faizal terus menghilangkan dirinya di sebalik pintu sebaik sahaja memberitahu adiknya perihal status gadis yang berada di sebelah pejabat adiknya itu.

FAIZUL termenung sendirian di dalam pejabatnya. Dia tak pernah menyangka bahawa dia akan memikul tanggungjawab yang agak besar dalam memajukan syarikat papanya. Dia tahu sedari kecil lagi, papanya sering berkata bahawa dia dan abangnya yang bakal mewarisi syarikat yang dibangunkan oleh papanya sejak papanya muda lagi. Tetapi kadang-kadang dia tidak mempunyai keyakinan seperti yang dimiliki oleh abangnya. Abangnya jenis lelaki yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan lebih memikirkan soal masa depan. Berbeza

115

Dia Segalanya

dengan dirinya yang sentiasa ingin bergembira tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Masuk! arah Faizul apabila terdengar pintunya diketuk. Kelihatan seorang gadis yang kecil molek masuk ke pejabatnya dengan sebaris senyuman yang manis. Faizul membalas senyuman itu. Gadis yang bertudung di depannya itu terus sahaja menghulurkan beberapa buah fail kepadanya. Ini fail berkaitan dengan projek di Sungai Buloh yang bakal syarikat kita uruskan tidak lama lagi. Encik Faizal yang suruh saya serahkan fail ni pada Encik Faizul. Anyway, saya Najihah setiausaha Encik Faizul. Semua pekerja dekat sini panggil saya Jihah. Okay, but kalau I kena panggil you Jihah, apa kata kalau you panggil I, Joe. Faizul tersenyum menunggu reaksi yang bakal ditunjukkan oleh setiausahanya itu. Dia tahu permintaannya itu agak susah untuk dituruti tambahan pula dia adalah orang atasan Najihah dan ditambah lagi dia adalah anak kepada pemilik syarikat. Tapi Encik Faizul Just call me Joe. Tak susah, kan? Biar I terus terang. I tak suka dengan panggilan encik yang you bagi untuk I, I rasa macam I ni dah tua. Lepas tu pulak I rasa susah I nak bekerjasama dengan orang yang anggap I ni bos, because Im not your boss. Bos you papa I, orang yang bagi gaji pada semua staf dekat syarikat ni, faham? Panjang lebar Faizul memberikan penjelasan dengan harapan permintaannya itu dituruti. Nanti kalau Datuk tahu macam mana? Jihah, come on pandai-pandailah, kan? Kalau

116

Sha Ibrahim

ada majlis rasmi, ataupun time meeting, you panggillah I Encik Faizul walaupun I tak sukakan panggilan tu. Baiklah en ops! Joe. Kalau itu permintaan you, okey. Good! Friends? Faizul menghulurkan tangan sambil tersenyum. Hah, tadi you suruh I panggil you Joe, sekarang you nak suruh I jadi kawan you pulak ke? tanya Najihah yang agak panik dengan situasi yang dihadapinya sekarang. Kenapa? Tak boleh ke? Bukan tak boleh tapi Oh, you tak sambut salam dari lelaki yang bukan muhrim ek? Pun bukan. Habis tu? I tak selesa dengan situasi sekarang. You suruh I panggil you Joe pun I masih tak selesa, sekarang I kena jadi kawan you pulak ke? Tak salah, kan kita berkawan? Dan I yakin you sebaya dengan I, dua puluh enam. Betul, kan? Ya, tapi Tak ada tapi-tapi lagi, kita kawan. Come on you tak sudi kawan dengan I? Okeylah Joe, whatever you say. Lagipun I rasa I tak akan menang dan tak akan mampu menolak, jawab Najihah yang masih lagi terkejut dengan perangai anak majikannya yang seorang ini. Berbeza dengan Faizal. Faizal pun jenis majikan yang baik tetapi taklah semesra seperti adiknya yang seorang ini. Dia langsung tak

117

Dia Segalanya

menyangka yang Faizul mempunyai sikap yang sebegini mesra dengan pekerjanya. Dia ingatkan Faizul mempunyai sifat yang hampir sama dengan Faizal memandangkan mereka adalah adik beradik kembar walaupun bukan seiras, tetapi lain pula yang terjadi. Ternyata sifat mereka dua beradik berbeza sama sekali. Tak salah I nak berkawan dengan you, belum apaapa lagi you dah tahu perangai I. I percaya kita akan jadi kawan rapat lepas ni. So. So what? Tak nak bersalam dengan I ke? Dari tadi I hulur tangan I, dah naik letih dah pun. Ops! Sorry. Najihah menyambut salam tersebut dan tersenyum sambil menggelengkan kepala. Kemudian dia meminta diri. Belum sempat dia melangkah namanya dipanggil. Ada apa-apa lagi ke yang you nak suruh I buat? tanya Najihah sambil tersenyum. Dia mulai faham sedikit sebanyak perangai majikan barunya itu. Yup! You pesan dekat kawan-kawan you dan pekerja lain just call me Joe. Tapi, yang jadi kawan I, you seorang saja. I belum bersedia nak berkawan dengan semua staf kat sini, beritahu Faizul sambil mengenyitkan matanya. Nasib baiklah Najihah bukan jenis perempuan yang mudah terpikat dengan mana-mana lelaki. Dia tersenyum dan mengangguk faham. Oh, ya Jihah. Orang kat sebelah bilik I ni? Okey tak? Maksud you? Perangai dia.

118

Sha Ibrahim

Okey, tapi tengok mood dialah. Rasanya kalau you nak berkawan dengan dia macam you nak berkawan dengan I susah sikit kut. Lagipun dia setia gila dekat kekasih dia. I rasa, kan walaupun you ni handsome, susah you nak pikat dia. Kalau you berjaya, memang you ni hebatlah! beritahu Najihah yang mula pandai bergurau. Dia sendiri tak menyangka akan berbicara sedemikian dengan majikannya itu. Berkesan juga cara Faizul yang ingin berkawan dengannya. Sekurang-sekurangnya dia rasa seronok berbual dengan Faizul. See? You memang sesuai jadi kawan I. Cepat saja you dapat tangkap apa yang ada di fikiran I. Yalah tu I keluar dulu. Kalau layan you tak habislah jawabnya. Okay, thanks! Anytime! Faizul tergelak kecil seorang diri. Entah kenapa dia rasa selesa berkawan dengan gadis yang tak sampai sepuluh minit dia kenali itu. Gadis itu seakan-akan faham dengan jiwanya. Dia terus membuka fail yang sedikit sebanyak membuatnya mengerutkan dahi sebaik sahaja dia membaca dua tiga baris ayat yang terdapat di dalam fail tersebut. Nampaknya lepas ni teruklah gadis di sebelah pejabatnya akan dideranya. Aku nak tengok sejauh mana setia kau tu!

SU, aku minta maaf. Aku tak boleh la nak ikut kau keluar jalan-jalan aku kena pergi rumah akak aku la. Dia suruh aku jaga anak dia, malam dia ada function. Fatima

119

Dia Segalanya

tercungap-cungap berlari mendapatkan Suraya yang sedang menunggunya di tepi kereta. Oh ye ke? Tak apalah. So, kau nak suruh kau hantar kau kat rumah kakak kau la ni? Boleh juga. Fatima tersengih lalu melangkah masuk ke dalam kereta Suraya. Su, aku tanya sikit boleh tak? Fatima bersuara setelah melihat gadis yang sedang mengendalikan kereta itu seakan-akan jauh termenung. Biasanya Suraya tidak berhenti-henti berceloteh. Nak tanya apa? Tanyalah. Sejak bila kau perlu minta kebenaran aku dulu bila nak bertanyakan soalan ni? Biasanya kau main redah aje. Suraya menjawab dan tersenyum. Sekilas dia memandang teman yang agak gelisah berada di sisi. Kemudian dia fokus ke arah jalan raya kembali. Aku tengok sejak pagi tadi, asal ada peluang saja kau mesti termenung. Kau ada masalah ke? Kalau ada, beritahulah aku. Manalah tahu aku boleh tolong, ujar Fatima. Perubahan yang dialami oleh sahabat baiknya itu disedari sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Suraya. Biasanya Suraya akan sentiasa fokus apabila ingin melakukan sesuatu lebih-lebih lagi sekiranya mereka mahu menghadapi peperiksaan. Tapi pagi tadi, pantang saja dia mendiamkan diri, gadis itu pasti termenung. Masalah? Mana ada? Aku okey aje. Kau ni aku nak termenung sikit pun tak boleh ke? Suraya menjawab sambil tersenyum. Rupa-rupanya kawan karibnya itu memerhatikannya sedari tadi. Dia sendiri sebenarnya tidak mengerti apa yang membuatkan fikirannya jauh melayang

120

Sha Ibrahim

sekiranya dia bersendirian. Nasib baik sewaktu dia menjawab soalan peperiksaan, dia dapat memfokuskan fikirannya terhadap soalan yang dikemukakan. Betul ke? Kau jangan cuba sembunyikan daripada aku Su. Kau kan tahu aku tak suka orang yang rapat dengan aku berahsia dengan aku. Fatima bersuara yang berbaur ugutan. Suraya ketawa kecil. Lucu rasanya. Dia termenung sahaja sudah pun membuatkan Fatima bimbang sedemikian rupa. Bagaimanalah sekiranya satu hari dia tiba-tiba mendiamkan diri tanpa sepatah bicara dan sentiasa termenung? Pasti gadis itu tak senang duduk. Betul tak ada kalau ada aku dah tentu beritahu kau, kan? Pernah ke selama ni aku berahsia dengan kau? Semua hal tentang aku kau tahu, kan? bicara Suraya lembut. Cuba meyakinkan sahabatnya itu. Sebenarnya dia tahu apa yang sedang mengganggu fikirannya, namun dia takut untuk membuka cerita kepada Fatima walaupun dia yakin sahabatnya itu mampu memahami apa yang dia luahkan. Bagaimana dia mahu luahkan sekiranya dia sendiri takut dengan apa yang sedang berlaku kepada dirinya. Dia sendiri takut untuk mengiakan apa yang sedang mengganggu fikirannya. Sungguh bercelaru! Suraya memandu laju setelah menghantar Fatima ke rumah kakaknya di Putrajaya. Setelah agak lama dia memandu dia melirik melihat jam di keretanya. Dia tersenyum. Pagi tadi dia sudah memberitahu mamanya yang dia tak pulang untuk makan tengah hari. Dia mula terfikirkan sesuatu. Helo, assalamualaikum. Suraya terus memberikan salam apabila panggilannya dijawab.

121

Dia Segalanya

Waalaikummussalam. Hai adik along, apa yang mengigau tengah hari buta telefon along dekat pejabat ni? Suara di telefon kedengaran begitu mesra sekali. Along sibuk ke? Kalau sibuk tak apalah. Suraya cuba menduga. Dia tahu perangai abangnya itu, sesibuk mana pun pasti akan melayan kerenahnya yang kadang-kadang agak manja. Isy, tak adalah. Along tak sibuk sangat hari ni, kenapa? Kalau along tak sibuk, kita keluar makan nak? Adik lapar la. Suraya berbicara manja. Kedengaran Faizal ketawa kecil. Ooo sebab adik laparlah tiba-tiba teringatkan along ni ek? Okey, along pun belum makan tengah hari lagi ni. Adik kat mana sekarang? Biar along suruh driver pergi ambil. Tak apalah long. Adik tengah drive, dah nak sampai kat pejabat along dah pun. Dalam sepuluh minit lagi adik sampai, beritahu Suraya menolak pelawaan alongnya. Dia kebetulan lalu di jalan yang berhampiran dengan syarikat papanya. Sebab itulah tadi dia tiba-tiba teringatkan alongnya dan lantas menelefonnya. Okey. Tapi adik naik dulu dekat pejabat along sebab along kena serahkan satu fail dekat papa. Papa nak gunakan fail ni untuk bincangkan soal business dengan kawan dia waktu lunch ni. Along takut makan masa pulak, so adik naik dulu ek? Tunggu along dalam bilik along. Nanti along pesan dekat setiausaha along. Okey, jumpa along nanti. Assalamualaikum. Waalaikummussalam. Suraya memarkirkan keretanya di kawasan parkir

122

Sha Ibrahim

awam. Dia malas memandu keretanya sehingga ke pintu utama syarikat tersebut. Nanti tidak pasal-pasal guard yang sememangnya ditugaskan di depan pintu utama akan memintanya untuk memarkirkan keretanya di kawasan VIP pula. Dia tidak selesa dilayan sebegitu. Sememangnya dia cukup dikenali oleh beberapa orang guard yang bertugas di depan pintu utama syarikat itu sebab sudah acap kali dia datang ke syarikat itu apabila dipanggil oleh papanya. Biasanya untuk makan tengah hari dengan papanya. Sebaik sahaja dia memanjat beberapa anak tangga, pintu kaca yang sentiasa tertutup rapat dibuka oleh salah seorang guard yang menjaga pintu. Suraya tersenyum ke arah lelaki yang sentiasa peramah apabila melihatnya menjejakkan kaki ke syarikat papanya itu. Assalamualaikum Cik Suraya. Cik Suraya datang nak jumpa Datuk ke? soal pemuda tersebut. Inilah yang paling kurang digemarinya apabila berkunjung ke syarikat papanya itu. Gelaran yang diberikan di awal namanya memang menyesakkan nafasnya. Dia tidak selesa dipanggil begitu. Sudah berapa kali dia pesan supaya tidak menggunakan perkataan cik apabila berbicara dengannya. Namun pesanannya tidak diendahkan dengan alasan mereka mengikut peraturan. Waalaikummussalam. Tak saya datang nak jumpa dengan abang saya, jawab Suraya dan terus melangkah ke arah lif. Sekali lagi dia ditegur oleh penjaga pintu lif. Dia sekadar menjawab pertanyaan yang diajukan dengan ringkas dan senyumannya tidak pernah lekang dari bibirnya yang nipis dan cantik itu. Setelah tiba di tingkat lima belas, Suraya terus

123

Dia Segalanya

menuju ke arah kaunter penyambut tetamu yang sememangnya diletakkan khas di setiap tingkat syarikat tersebut. Sekali lagi dia ditegur dengan mesra. Setelah itu dia didatangi oleh seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang agak menarik dan memperkenalkan diri kepadanya. Saya Tasya, secretary Encik Faizal. Suraya, kan? Sila ikut saya. Bicara gadis itu cukup lembut dan mesra. Bibirnya pula tidak lekang dari senyuman. Suraya membalas senyuman tersebut. Bak kata orang orang berbudi kita berbahasa, bisiknya dalam hati. Suraya mengikut langkah Tasya. Sepanjang perjalanan dia diperhatikan oleh beberapa orang pekerja yang kebetulan masih berada di pejabat. Sesetengah pekerja lain mungkin sudah keluar makan memandangkan waktu itu adalah waktu rehat tengah hari. Dia meneka sendirian. Dia akui dia memang kerap pergi ke syarikat namun sekadar di lobi sahaja menunggu papanya sekiranya dia ada temu janji dengan papanya untuk makan tengah hari bersama. Setelah beberapa langkah berjalan, Suraya masuk ke dalam sebuah bilik yang agak luas dan kemas. Dia diminta oleh Tasya agar menunggu abangnya di situ. Setelah Tasya keluar, Suraya mengambil peluang tersebut untuk menjelajah setiap sudut pejabat alongnya. Sejenak dia berasa kagum dengan abangnya yang sulung itu. Suasana pejabat tersebut cukup kemas dan menarik. Dia terpandang potret papanya yang terlekat di dinding pejabat tersebut. Kemudian dia beralih pandang ke arah meja abangnya yang dilengkapi dengan komputer dan terukir senyumannya apabila terpandangkan gambarnya yang diletakkan di dalam sebuah frame kecil dan diletakkan di atas meja tersebut. Suraya ingat lagi, itulah gambar terbaharu

124

Sha Ibrahim

yang dia hantar kepada abangnya itu melalui Internet sebelum abangnya itu pulang ke Malaysia. Tasya duduk semula di tempatnya setelah menghantar Suraya ke bilik Faizal. Cantik, itulah perkara pertama yang terdetik di hatinya setelah memandang gadis itu sebentar tadi. Dia tahu Datuk Rashid mempunyai seorang anak perempuan bongsu, tetapi dia tidak pernah berjumpa dengan anak perempuannya itu. Tetapi kali ini dia berpeluang untuk berkenalan dengan anak bongsu majikannya. Tasya, siapa tadi tu? tanya Najihah yang agak rapat dengan Tasya walaupun baru sebulan dia bekerja di situ. Tasya pula sudah hampir setahun bekerja di syarikat tersebut. Adik bongsu Encik Faizal. Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Tasya. Najihah mengangguk faham. Anak bongsu Datuk la ni ek? Jadi, dia juga adik Encik Faizul la? sambung Najihah lagi dan menyebabkan Tasya tergelak kecil. Kenapa kau tergelak pulak? tanya Najihah apabila terpandang Tasya yang tergelak sambil menggelengkan kepala. Yalah, dah memang dia orang tu adik beradik, anak Datuk Rashid. Kau tanya soalan bodoh, macam mana aku tak tergelak, beritahu Tasya. Najihah mencebik. Cantik, kan? Tak sia-sia dia jadi anak orang kaya, ujar Najihah yang kemudiannya berjalan ke arah mejanya yang terletak tidak jauh dari meja Tasya.

125

Dia Segalanya

Tasya bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah Najihah apabila tidak berpuas hati dengan kenyataan Najihah. Apa kaitan cantik dengan anak orang kaya pulak? tanya Tasya sambil mengerutkan dahi. Yalah biasanya kan, anak orang kaya ni mesti handsome, cantik. Aku tengok semua ciri-ciri tu ada dekat anak-anak Datuk Rashid. Kau tengoklah Encik Faizal dan Encik Faizul. Sekarang pulak kau tengok adik bongsu mereka, punyalah cantik. Beruntung, kan? Tak semestinya semua kena handsome, cantik. Ada jugak anak orang kaya yang hodoh, gatal, mengada-ada. Yang paling aku tak tahan, bongkak. Sebenarnya kan, dia ikut genetik jugak. Kau tengoklah Datuk Rashid sendiri, tua-tua pun masih handsome tau, puji Tasya. Pertama kali dia berjumpa dengan Datuk Rashid dia tidak pernah terfikir bahawa Datuk Rashid seorang majikan yang mempunyai wajah dan bentuk badan yang menarik. Biasanya bila dikaitkan dengan orang kaya tambahan pula berpangkat Datuk mesti perut akan ke depan dan kepala pula botak. Tetapi Datuk Rashid mempunyai wajah yang tampan, bentuk tubuh yang tinggi dan tegap. Sebenarnya dia cukup kagum dengan majikannya itu yang menjaga badan walaupun sentiasa sibuk dengan urusan pejabat. Tetapi perkara yang paling dia kagum dengan tuan punya syarikat itu, perwatakannya yang tidak sombong dan mudah tersenyum. Kalau macam tu, ini tak boleh jadi. Nampaknya aku kena cari suami yang handsome, barulah anak-anak aku semua handsome dan cantik-cantik belaka, bicara Najihah yang mulai berangan. Kalau bapak dia handsome, mak dia tak cantik pun tak jadi jugak! Terkeluar ayat tersebut dari mulut Tasya.

126

Sha Ibrahim

Satu tamparan kecil hinggap di bahunya dan mereka tertawa girang. Amboi, gembira nampak? Tak keluar lunch ke? Satu suara garau menegur mereka. Tasya dan Najihah terus sahaja terdiam dan tersenyum. Tak, kita orang dah bawa bekal. You tak keluar makan ke? soal Najihah kembali. Tasya yang mendengar agak terperanjat dengan bahasa pengganti diri yang digunakan oleh Najihah kepada bosnya itu. Belum, ingat nak ajak abang I makan sekali. Dia ada kat bilik dia tak? tanya Faizul. Tak ada, dia jumpa Datuk tadi. Tapi adik Encik Faizul ada kat dalam, tengah tunggu Encik Faizal. Tasya menjawab penuh tertib. Adik? Hai Joe, adik you sendiri takkanlah tak kenal pulak? tanya Najihah yang agak pelik dengan pertanyaan yang baru keluar dari mulut bosnya itu. Oh, you mean Suraya? Dia ada kat dalam ek? Okeylah, I jumpa dia kejap, beritahu Faizul yang agak gugup di kala itu. Dia sendiri tidak sedar macam mana dia boleh tanya soalan bodoh. Macam-macamlah you ni Joe, ujar Najihah. Oh, ya Jihah you belum pesan lagi dekat kawankawan you kan apa yang I pesan pagi tadi? tanya Faizul apabila teringatkan panggilan setiausaha abangnya yang masih membahasakan dirinya dengan panggilan encik. Sorry Joe, I betul-betul lupa. Tapi tak apa, I akan buat apa yang you suruh tu, jawab Najihah.

127

Dia Segalanya

Faizul mengangguk faham dan terus melangkah ke pejabat abangnya. Tasya terus memandang Najihah. Nampaknya rakannya itu perlu menjelaskan sesuatu. Najihah yang mengerti terus menceritakan permintaan Faizul supaya staf yang lain-lain menggunakan panggilan Joe sahaja apabila berkomunikasi dengannya. Faizul berdiri agak lama di hadapan pintu pejabat abangnya. Tiba-tiba sahaja dia jadi serba salah untuk masuk. Dia cuba mengetuk pintu pada mulanya namun niatnya itu dimatikan dengan tiba-tiba dan terus menguak pintu bilik pejabat abangnya. Angah! Terpacul perkataan itu dari mulut Suraya apabila terpandangkan Faizul yang sedang berdiri di depan pintu sebelum pintu itu ditutup dan Faizul melangkah masuk. Apa yang kau buat dekat sini? tanya Faizul sambil memandang gadis yang cukup membuatkan dia resah dan gelisah selama bertahun-tahun itu. Adik tunggu along. Kita orang nak keluar makan, jawab Suraya yang agak gugup di kala itu. Jantungnya berdegup pantas di kala itu. Apa kena dengan aku ni? Bisiknya dalam hati. Terus terang dia memang tidak selesa berdua-duaan dengan abangnya itu. Pelik, perasaan itu tidak pernah muncul sekiranya dia berdua-duaan dengan alongnya. Oh, kau dari mana? soal Faizul selanjutnya. Dia sebenarnya sudah kehabisan modal untuk beramah mesra dengan Suraya. Macam mana tadi dia boleh mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Suraya

128

Sha Ibrahim

apabila mengetahui adiknya itu berada di dalam pejabat alongnya. Adik dari Putrajaya, hantar kawan ke rumah akak dia. Kebetulan lalu dekat sini, adik singgah la ajak along makan tengah hari. Suraya berterus terang. Along saja? Aku tak nak ajak sekali ke? tanya Faizul tiba-tiba. Sengaja mahu menduga Suraya yang kelihatan begitu gugup apabila berada dekat dengannya. Dia perasan itu semua. Dia juga begitu, tetapi dia mampu mengawal rasa gugupnya itu. Tetapi gadis yang berada di depannya terlalu lurus dan suci. Macam manalah dia dapat melupakan gadis itu? Gadis yang diimpikan oleh setiap jejaka, yang sentiasa jujur dan tidak pandai berbohong. Hah? Angah pun. Jomlah sekali lagi ramai lagi bagus, kan? Lagipun dah bertahun-tahun kita bertiga tak keluar bersama. Hari ni hari pertama kau kerja, kan? Boleh kita raikan, biar aku yang belanja. Tiba-tiba Faizal menjawab bagi pihak adik kesayangannya. Suraya menarik nafas lega, nasib baik alongnya menjadi penyelamat keadaan. Okey jugak tu. Kau tak kisah aku ikut sekali, kan? Faizul masih belum puas menduga Suraya. Pandangannya tetap tak berubah, terus memandang gadis yang berada di hadapannya dengan tajam. Kenapa pulak adik nak kisah? Kau pun abang dia jugak, sama macam aku. Kan, dik? Jom, along dah lapar. Kita naik kereta adik ek? Along mana ada kereta lagi. Ujar Faizal lantas menarik tangan Suraya. Faizul hanya memandang dengan ekor matanya. Ada sedikit perasaan cemburu di kala itu.

129

Dia Segalanya

Mereka bertiga beriringan keluar dari pejabat Faizal. Suraya memaut mesra lengan alongnya tanpa segan sedikit pun. Faizul hanya menjadi pemerhati. Kalau diikutkan hatinya di kala itu ingin sahaja dia menarik tangan Suraya dan menyuruhnya melakukan perkara yang sama seperti yang sedang dilakukan oleh gadis itu terhadap abangnya. Tetapi dia masih mampu mengawal perasaan cemburunya di kala itu.

SURAYA yang duduk bersebelahan Faizal hanya mendiamkan diri. Kadang-kadang dia menjadi pemerhati dan pendengar setia perbualan kedua-dua abangnya itu. Adik, kenapa ni? Along tengok diam saja? Faizal mulai menyedari perubahan adik kesayangannya itu. Faizul terus sahaja mengalihkan pandangannya ke arah Suraya. Gadis itu direnungnya tajam. Bukan abangnya sahaja yang menyedari perubahan Suraya yang kelihatan agak tidak selesa di kala itu, sebenarnya dia juga menyedari perubahan gadis itu. Kadang-kadang dia merenung ke arah Suraya sehinggakan gadis itu tertunduk, malu ataupun tidak selesa dengan pandangannya itu. Tak ada apa la long, tak ada apa yang nak dibualkan. Along dengan angah asyik berbual soal business aje. Ni baru sehari angah bekerja dengan papa, kalau dah lama agaknya tak berpeluanglah adik menyampuk. Adik bukannya tahu sangat soal business ni. Kalau tanya pasal perubatan tahulah, jawab Suraya bersahaja namun dia tidak berani memandang ke arah Faizul yang seakan-akan mahu menderanya dengan pandangan yang cukup tajam itu. Sorry along tak sedar adik ada sekali, ujar Faizal sambil tersenyum memandang Suraya.

130

Sha Ibrahim

Suraya terus memuncung tanda protes atau lebih tepat lagi - merajuk. Faizal tersenyum. Kemudian pelayan datang dengan hidangan yang dipesan oleh mereka tadi. membawa

Selepas pelayan tersebut menyelesaikan kerjanya, Suraya menyambung rajuknya. Sampai hati along! Adik tak sukalah macam ni adik ni punyalah comel duduk sebelah along, along masih tak perasan. Suraya bersuara manja. Faizal tergelak kecil sambil menarik hidung Suraya. Suraya hanya tersengih. Dia mudah dipujuk terutamanya apabila dipujuk oleh alongnya. Faizul yang berada di hadapan mereka mula rasa tidak selesa. Bermacam-macam perasaan yang timbul di kala itu. Dia sedikit tercuit dengan perangai manja yang ditunjukkan oleh Suraya dan dalam masa yang sama dia berasa sangat cemburu dengan kemesraan yang dipamerkan oleh Suraya dengan abangnya. Dia menjamah sedikit makanan yang dipesannya. Entah mengapa steak bersos lada hitam itu dirasakan cukup liat untuk ditelan. Perasaannya berkecamuk. Kenapa dia tidak boleh semesra begitu dengan Suraya? Ah! Siapa suruh dia bertegas sangat dengan gadis itu selama ini? Dia tidak pernah menunjukkan reaksi mesra terhadap Suraya sejak kecil lagi. Jadi, tidak hairan kenapa Suraya tidak rapat dan mesra dengannya. Faizul menyalahkan dirinya sendiri. Adik along merajuk la ni. Along minta maaf

131

Dia Segalanya

okey. Oh, ya. Along terlupa nak tanya adik, hari ni last paper kan? So, berapa lama adik cuti? tanya Faizal yang mula memberi fokus kepada adiknya. Suraya kembali tersenyum. Dia menghabiskan makanan yang terdapat di dalam mulutnya terlebih dahulu barulah dia menjawab pertanyaan abangnya itu. Lama la jugak, dalam dua bulan lebih. Kenapa? soalnya kembali. Wow, lama tu. So, apa rancangan kau? Takkan nak duduk kat rumah aje? Tiba-tiba Faizul menyampuk. Suraya sedikit terperanjat. Kemudian dia tersenyum. Ada sedikit perasaan lega di kala itu. Sekurangkurangnya abangnya yang kedua itu mahu juga berbual dengannya. Tengoklah kadang-kadang adik kerja part time ke. Tak pun adik ikut kawan-kawan bercuti bergantung pada keadaanlah. Faizul mengangguk perlahan walaupun di kala itu masih banyak lagi soalan yang berlegar-legar di benak fikirannya untuk ditanyakan kepada gadis itu. Part time? Adik tak pernah beritahu along pun sebelum ni yang adik kerja part time, kenapa? Adik tak cukup duit ke? Kenapa tak minta dengan papa? Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Faizal apabila mendengar adik kesayangannya itu bekerja sambilan. Isy, ke situ pulak along ni. Mana ada adik tak cukup duit, lebih adalah. Saja nak mengisi masa lapang. Lagipun kalau asyik jalan-jalan aje, boringlah. Suraya menjelaskan kekeliruan abangnya itu. Faizal tersenyum lega. Dia meneguk minuman yang berada di hadapannya.

132

Sha Ibrahim

Faizul turut mengangguk faham. Jauh di sudut hatinya ada sedikit perasaan kagum terhadap Suraya. Gadis itu sanggup bekerja sambilan sekadar mahu mengisi masa lapang. Sedangkan dia, kalau cuti semester dia akan menghabiskan masanya dengan bersuka ria dengan kawankawan tanpa mempedulikan perkara lain lagi. Janji dia dapat melepaskan rasa tertekannya akibat belajar. Biasanya kau kerja kat mana? tanya Faizul. Suraya memandang sekilas ke arah Faizul. Tengok keadaan. Nak kata kerja tu tak adalah jugak. Biasanya adik akan ikut program yang dianjurkan oleh mana-mana hospital untuk memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Biasanya untuk orang miskin la. Kadang-kadang jugak adik jadi pembantu makmal dekat universiti, tolong pensyarah adik buat penyelidikan dalam makmal. Dia melihat kedua-dua abangnya itu mendengar penerangannya dengan penuh minat. Dia menyuap makanan ke dalam mulut. Perasaan gugupnya akibat duduk berhadapan dengan abangnya yang kedua itu semakin berkurangan. Ha, rupa-rupanya banyak yang adik tak beritahu along pasal adik masa kita berchatting dulu. Along tak sangka pulak adik along ni jenis yang prihatin, puji Faizal. Bukan adik tak nak beritahu, tapi semua tu tak penting, kan? Lagipun kalau adik cakap pun bukannya along nak balik Malaysia tolong adik, kan? jawab Suraya dengan nada yang berbaur gurauan. Faizal tergelak kecil. Hidung Suraya yang kecil dan mancung itu dicuitnya. Suraya pula tergelak dan menumbuk mesra bahu abang kesayangannya itu. Perasaan Faizul di kala itu hanya Tuhan saja yang

133

Dia Segalanya

tahu. Perasaan cemburunya semakin lama semakin kuat. Untuk menghilangkannya, dia terpaksa berpura-pura makan dengan berselera tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Walaupun di kala itu makanan yang ditelan rasanya seakanakan pasir, hampir sahaja dia tercekik. Namun dengan pantas dia mencapai fresh orange dan disedutnya laju. Suraya memandang Faizul dengan hujung mata. Untuk memandang terus ke arah lelaki itu dia takut bercampur segan. Dia perasan dengan perubahan yang dialami oleh lelaki itu. Raut wajah lelaki itu sedikit tegang. Tapi kenapa? Soalan itu hanya berlegar di dalam kepalanya tanpa diluahkan.

134

No. ISBN:- 978-967-5067-97-6 Jumlah muka surat:- 1,128 Harga Runcit:- S/M: RM37, S/S: RM40 Harga Ahli:- S/M: RM33, S/S: RM36 Sinopsis:Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya. Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut

mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya. Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain. Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya. Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut? Kala hati begitu mencintai semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri semakin jauh dia melangkah pergi. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan DIA SEGALANYA di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan

dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196