Kepada, Yang Di-Pertua Jawatankuasa Pilihan Khas Perpaduan dan Khidmat Negara Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen, Jalan

Parlimen, 50680 Kuala Lumpur. Tuan/Puan Yang Berhormat,

8 September 2005 Dengan Tangan

MEMORANDUM MENGENAI ISU PERPADUAN NASIONAL Pendahuluan Negara kita telah mencapai kemerdekaan hampir setengah abad, namun perpaduan rakyat dan persefahaman antara kaum dan pelbagai lapisan maysarakat masih berada pada tahap yang lemah. Kelemahan dalam Perlemabagaan Negara dan Negeri-Negeri, sistem pentadbiran awam bersifat pseudo-democracy atau demokrasi palsu dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan, agama dan sosiobudaya yang digubal oleh pihak kerajaan Barisan Nasional yang memerintah selama-lama ini sewajarnya bertanggungjawab sepenuhnya kepada masalah ini. Perselisihan faham antara kaum atau segregasi ‘dinding kaca’ (Glass wall segregation) semakin serius sejak kemerdekaan, ini disebabkan layanan yang berbeza diberikan mengikut keturunan, kaum, parti politik, latar belakang sosioekonomi dan agama mengakibatkan timbulnya polarisasi di antara rakyat jelata menurut perbezaan suku kaum dan kelas sosioekonomi disebabkan tidak dapat menikmati hak yang saksama sebaliknya golongan istimewa yang membolotkan hak sosioekonomi sebagai kuasa keistimewaan golongan berkuasa. Ketidakseimbagan kuasa poltik, socioekonomi, budaya, agama dan lain-lain telah menanam krisis tersembunyi yang akan mencetuskan keruntuhan tata masyarakat jika proses mengembalikan kuasa kepada rakyat jelata atau people’s empowerment tidak dilaksanakan dalam semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, agama dan sosiobudaya Punca-punca Masalah dan Penyelesaian 1. Kelemahan Perlembagaan dan Polarisasi Politik 1.1 Usaha menggubalkan Perlembagaan Persekutuan 1957 oleh Suruhanjaya Reid tidak menglibatkan parti-parti politik keseluruhan kecuali UMNO, MCA dan MIC. Oleh yang demikian, Perlembagaan Persekutuan digubalkan menurut konsep ‘kongsi kuasa’ di antara UMNO, MCA dan MIC yang berasaskan kepentingan suku kaum masing-masing. Fenomena ini adalah disifatkan oleh

kebebasan bersuara. Hak-hak asasi manusia terhakis disebabkan Parlimen yang dikuasai oleh Barisan Nasional selama-lama ini telah meminda Perlembagaan lebih daripada 40 kali sejak Kemerdekaan. Meneladani Perlembagaan Afrika Selatan selepas keruntuhan Rejim Apartheid yang mengangdungi ciri-ciri berikut: 1.3 1. bukan Melayu atau bukan Bumiputera menjadi Menteri Besar negeri-negeri berkenaan termasuk Negeri Johor telah meneladani rejim Apartheid yang mendiskriminasikan warga negara sebab asal-usul atau suku kaum mereka. berpendidikan dan kebebasan kehakiman dari kuasa politik dilindungi di bawah Perlembagaan serta dikawal dari hakisan kuasa politik seperti yang berlaku selama ini. Perlembagan Persekutuan salah taksirkan hak-hak asasi termasuk hak sosioekonomi.6 Penyelesaian: Memupuk Semangat Perlembagaan Terbaru 1. Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan yang menyebelahi suku kaum yang dominan dan majoriti dari segi agama dan sosio-budaya sahaja.4 . 1. berpersatuan. berhimpun. agama.2 Perlembagaan Persekutuan kekurangan konsep kongsi kuasa dan kekayan di antara semua kaum dan lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan.1 Menubuhkan Suruhanjaya Reformasi Perlembagaan yang menglibatkan semua parti politik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan supaya memulih semangat demokrasi berperlembagaan dengan memastikan hak-hak asasi seumpamanya kebebasan bersuara.4 1.pengkritik Apartheid sebagai Separate Nationalisms atau Nasionalisme Bertentangan di sebuah negara pelbagai kaum.2 1. pendidikan dan politik sebagai hak istimewa. berpendidikan dan kebebasan kehakiman dari kuasa politik telah lenyap disebabkan Perlembagaan yang tidak memupuk toleransi bersuara dan berbincang berkenaan isu perpaduan negara. berpersatuan. berhimpun. Oleh itu. kaum. Perlembagan Negeri-negeri yang melarang warga bukan Islam.5 1. Mengenal pastikan keperluan mengkaji semula Perlembagan Malaysia yang kuno yang terdapat ciri-ciri yang menyanjungi keagungan dan dominasi mana-mana kaum atau race supremacy and dominance yang disifatkan sebagai neoapartheid. 1. dan asal-usul seseorang warga negara.3 1. Memaktudkan dalam Perlembagan supaya semua parti berasaskan nationalism suku kaum diharam sekaligus supaya mewujudkan Bangsa Malaysia dan tidak ada lain “bangsa-bangsa” dalam Malaysia.

telah menjadi teras kepada segala dasar atau polisi pihak kerajaan dengan peruntukan yang tidak seimbang dan larangan secara langsung atau tidak langsung. Bahasa Mandarin. Dasar Bahasa dan Budaya yang berasaskan dominasi majoriti 2. . satu bahasa dan satu agama’ berasaskan konsep “Ketuanan Melayu”. iaitu dasar ‘satu bangsa. Bahasa Inggeris.1. pihak kerajaan melaksanakan dasar bahasa dan budaya yang didominasi oleh satu kaum. Mewujudkan pemilihan Dewan Negara supaya perwakilan rakyat yang efektif tidak disia-siakan.6 1. Memperkenalkan sistem perwakilan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang berasaskan perwakilan tambahan iaitu campuran perwakilan berkadar menurut peratusan undi dan perwakilan berasaskan kawasan pemilihan untuk menghapuskan dominasi politik berasaskan Gerrymandering dan polarisasi politik berasaskan suku kaum. 1. Mewujudkan masyarakat demokratik yang menegaskan tanggung jawab warga negara yang saksama dan hak-hak asasi yang saksama tanpa kira kaum atau non-racial society. Bahasa Tamil dan lain-lain.1 Hak-hak manusia asasi termaktud dalam perlembagaan supaya tidak dihakis oleh mana-mana kerajaan serta memperbadankan Konvensyen Hak-Hak Manusia Asasi Bangsa-bangsa Bersatu dan Konvensyen Hak-Hak Asasi Manusia Eropah.3 1. Memulihkan pemilihan kerajaan tempatan di mana perkongsian kuasa di antara pelbagai parti mesti dibenarkan.8 2. misalnya Bahasa Kadazan.4. Perlembagaan Afrika Selatan mengiktiraf sebanyak sebelas jenis bahasa rasmi jika berbanding dengan dua bahasa rasmi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Afrikaans semasa Rejim Apartheid. Bahasa Iban.2 1.4. Melihat hakikat masyarakat Malaysia yang semajmuk masyarakat Afrika Selatan. adalah dicadangkan lebih bahasa penduduk tempatan ditaksir sebagai bahasa rasmi selain daripada Bahasa Melayu.5 1. malahan diantara parti-parti pembangkang dan parti pemerintah .1 Sejak kemerdekaan. Memupuk semangat berkongsi kuasa yang sejati bukan sahaja di antara partiparti komponen Barisan Nasional. Untuk menghapuskan dominasi sosio-budaya sesuatu kaum semasa Rejim Apartheid.7 1.4. seumpama Afrikaner Sovereingty dan White Supremacy semasa Rejim Apartheid. Konsep dan prinsip “Ketuanan Melayu”.

“satu bahasa dua bangsa (di Sri Lanka) tetapi dua bahasa satu bangsa”. Misalnya. 3. tetapi peruntukan kerajaan yang saksama seharusnya diberikan kepada perkembangan bahasa dan budaya semua kaum seperti termaktub dalam Perlembagaan Afrika Selatan terbaru.2. Di samping itu. Hak asasi rakyat seperti hak memperolehi pendidikan melalui bahasa ibunda telah dirampas kerajaan melalui perlaksanaan polisi yang tidak adil dan saksama. konsep perpaduan dalam kepelbagaian mesti disanjungi dengan dasardasar yang benar-benar memperlindungi hak-hak bahasa dan budaya semua kalangan. sekolah-sekolah yang tersebut masih menghadapi masalah kekurangan tenaga ajar yang terlatih. Seperti yang dikatakan oleh seorang tokoh politik Sri Lanka pada satu masa dahulu. Ini bermaksud kerajaan tidak memberi layanan yang sama rata kepada mereka yang memerlukan pendidikan melalui bahasa ibunda walaupun permintaan terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan telah meningkat. Demi mengukuhkan perpadaun negera. Kini kekurangan sekolah Jenis Kebangasaan bukan lagi suatu isu yang baru.2 Keadaan ini secara langsung telah membatas perkembangan bahasa dan budaya suku kaum yang lain serta mengakibatkan perselisihan faham antara kaum menjadi semakin meruncing. Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan 48 tahun. Padahal Sekolah Jenis Kebangsaan yang sedia ada tidak diberikan layanan yang samarata oleh pihak kerajaan.4 2. 2.3 2. peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah tersebut juga tidak mencukupi dan jumlah jauh berbeza jika berbanding dengan aliran sekolah yang lain.2.1 2.5 Penyelesaian: Menghapuskan ritorik di mana satu bangsa satu bahasa. Sistem Agihan Ekonomi berdasarkan Bumiputeraisme atau Nativism ke Penswastaan . Kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan yang sedia ada adalah usaha daripada suku kaum yang tertentu pada zaman pemerintahan penjajah British. Bukan sahaja slogan-slogan dilaung-laungkan. Kadar peruntukan pendidikan seperti ini adalah ketaranya meneladani peruntukan sekolah semasa Rejim Apartheid di mana anak orang hitam diberikan peruntukan satu per sepuluh dan anak Coloured satu per lima berbanding dengan anak orang putih. Praktis-praktis agama dominan misalnya Pengislaman atau Islamisation dilaksanakan di kompaun sekolah-sekolah kebangsaan telah mendiskriminasikan kalangan bukan Islam di mana hak mereka menyebar agama mereka di sekolah tidak diberikan kepentingan yang saksama. Ini adalah disifatkan sebagai “Apartheid berdinding kaca” atau Glass wall Apartheid. seseorang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina cuma diberikan peruntukan kerajaan sekadar satu per sepuluh dan murid sekolah Jenis Kebangsaan Tamil satu per empat daripada seseorang murid Sekolah Kebangsaan yang majoriti dihadiri oleh kalangan Bumiputera.

1 Sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970.4 3. malahan prinsip ini lebih setanding dengan falsafah Rejim Apartheid dari Tindakan Afirmatif yang sebenarnya. Keadaan ini tidak dapat mencapai maklamat seperti yang disyorkan semasa DEB atau penswastaan dilaksanakan. tetapi perbezaan di kawasan bandar masih sama. keluarga Melayu juga berpendapatan sekadar 70% berbanding dengan keluarga Tionghua tanpa sebarang dasar yang memberikan keutamaan kepada mereka.3. Menegakkan prinsip pasaran bebas tanpa bersifatkan perkauman. pihak kerajaan bercita-cita tinggi untuk mempertingkat kedudukan ekonomi kaum Melayu dan kalangan “Bumiputera” lain. Ini merupakan prinsip dan pertimbangan utama apabila sesuatu dasar ekonomi digubal. Mengiktiraf kedudukan Orang Asli sebagai ‘pemastautin pertama” di Semenanjung Malaysia. kadar berkenaan telah merosot ke 45% pendapatan keluarga Melayu berbanding dengan keluarga Tionghua.2 3.3 3. Setelah 30 tahun dasar ekonomi berasaskan Bumiputeraisme dilaksanakan. Taburan ekuiti dan saham bukanlah indeks yang tepat untuk menunjukkan prestasi ekonomi mana-mana satu kaum yang tertentu. Melalui DEB dan dasar penswastaan yang digubal pada tahun 1990-an. Ini membuktikan bahawa bukannya dasar-dasar yang mengutamakan kepentingan kalangan “Bumiputera” yang memberi manfaat kepada orang Melayu tetapi dasar urbanisasi dan perindustrian telah membawa perubahan kepada cara hidup dan kedudukan ekonomi orang Melayu.5 Peneyelesaian Kemerosotan Ekonomi • • • • • Memberhentikan istilah yang menghina mana-mana kaum misalnya istilah“bukan bumiputera” sebab ianya bermakna ketidaksetiaan kepada negara. Di Singapura. Pada tahun 1970. 3. kekayaan dan harta awam dikumpulkan dalam tangan kroni-kroni pemimpin parti pemerintah serta menerukkan lagi gejala rasuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Lama-laun keadaan ini menimbulkan permusuhan antara kaum terutama bagi mereka yang berasa tertindas dalam sistem ekonomi yang tidak saksama ini. Penswastaan yang sia-sia diberhentikan khasnya penswastaan keperluan seharian misalnya air. . Keadaan ini bukan sahaja tidak dapat meningkatkan kedudukan ekonomi kaum Melayu secara keseluruhannya malahan telah membesarkan lagi jurang pendapatan rakyat. pendapatan sesuatu keluarga Melayu adalah 50% daripada keluarga Kaum Tionghua tetapi di kawasan bandar kadar berkenaan adalah menetap pada tahap 70%. Indeks Pembangunan Kemanusiaan atau Human Developemnt Indexes adalah lebih tepat untuk membayangkan kemajuan setiap lapisan masyarakat.

Memperkerapkan Interaksi Antara Kaum. Reformasi pentadbiran awam dengan melaksanakan Tindakan Afrimatif yang akan menjamin promosi dan layanan saksama minoriti bukan Melayu di bidang awam. Suasana Politik Yang Tidak Demokratik 4. Akta Hasutan 1948. Keadaan ini tidak dapat menyelesaikan masalah yang terlibat dan hanya disembunyikan di bawah selimut sahaja. Dengan cara demikianlah rakyat dapat memahami perasaan dan perbezaan masing-masing. Cina dan India berasal dari tiga tamadun utama dunia yang masing-masing mempunyai sejarah yang tersendiri dan unik. Akta Mesin Cetak dan Media Cetakan 1984. banyak isu-isu tergolong sebagai isu sensitif dan tidak boleh dibincangkan. mewujudkan suasana politik dan masyarakat yang demokratik adalah penting bagi menghapuskan perselisihan faham antara kaum sekaligus membentuk perpaduan nasional. secara langsung mengurangkan perselisihan faham. interaksi antara pendapat yang berlainan telah disekat dan secara langsung menimbulkan salah faham antara pelbagai suku kaum.2 Penyelesaian: Mewujudkan Masyarakat Madani yang berasaskan Demokrasi sejati • • • • Menghapuskan akta-akta yang menyekat hak asasi dan kebebasan rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Akta Rahsia Rasmi dan lain-lain seumpama undang-undang yang ditinggalkan oleh Penjajah British di Afrika Selatan dan Malaysia demi mengongkong kebebasan bersuara dan berpolitik melalui dominasi mutlak. kaum dan agama bukannya neo-Apartheid di tanah air kita. Oleh yang demikian. Tiga suku kaum utama Malaysia iaitu Melayu. Seperti yang tersebut di atas. Media massa yang dikuasai oleh parti pemerintah atau disekat dengan pelbagai akta-akta telah menyebabkan pendapat yang lain daripada kerajaan dihalang daripada diketahui rakyat. Interaksi antara ketiga-tiga tamadun haruslah dipertingkatkan lagi di mana rakyat daripada pelbagai kaum dapat memahami tamadun yang berlainan di negara ini untuk mewujudkan masyarakat madani. 4. Sebagai kesannya masyarakat kita menjadi semakin konservatif dan tidak dapat bersaing dalam arena antarabangsa. . Rakyat seharusnya diberikan peluang yang sama rata bagi meluahkan pendapat mereka mengenai isu-isu berkenaan. 4.1 Oleh kerana suasana politik negara kita yang bersifat feudalisme dan tidak demokratik.• Melaksanakan Tindakan Afirmatif iaitu memberikan pertolongan kerajaan kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan tanpa menurut keutamaan keturunan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful