HBMT1103 : Introduction To Mathematics Education

OUMJan2009
IP Perlis,Kangar

Pengenalan
Memahami proses inkuiri-penemuan yang berlaku dalam bilik darjah adalah satu tugas yang kompleks. Inkuiri-penemuan tidak boleh dipandang sebagai satu proses yang mengandungi beberapa langkah yang tetap. Proses pembelajaran secara inkuiri-penemuan adalah satu proses yang dinamik. Menurut Dewey (1958), inkuiri-penemuan adalah hubungan dialectical antara guru dan murid. Selain itu, kebolehan guru membimbing murid untuk mentafsir data dengan betul dan membina teori sendiri juga sangat penting dalam proses pembelajaran secara inkuiri-penemuan. Ia merupakan satu siri aktiviti akan dirancang oleh guru, murid-murid akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan cara memerhati, menyiasat, menganalisa mencuba dan menguji secara sendiri di bawah bimbingan guru dan akhirnya menemui fakta-fakta atau kesimpulan matematik sendiri. Walaupun kaedah penemuan boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu, penemuan kreatif (creative discovery) atau penemuan terpimpin (guided discovery) (Sobel & Maletsky, 1972), kajian ini lebih tumpu perhatian kepada penemuan terpimpin kerana kemahiran-kemahiran yang pada pelajarpelajar sekolah rendah belum dimantapkan membolehkan mereka melakukan penemuan kreatif dengan mudah. Kaedah ini mengandungi lima prosedur yang disusun seperti berikut: · Prosedur pertama : Mengenal pasti masalah · Prosedur kedua : Merancang penyelesaian · Prosedur ketiga : Mengumpul maklumat · Prosedur keempat : Membuat tafsiran · Prosedur kelima : Membuat kesimpulan

-1-

HBMT1103 : Introduction To Mathematics Education

OUMJan2009
IP Perlis,Kangar

(i) Kerja Praktik Kerja Praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Murid-murid menggunakan alat bantu mengajar untuk mempelajari konsep dan teknik-teknik penggunaan alatan metematik. Ia mempunyai ciri-ciri berikut: · Murid-murid menyiasat, mencuba dan menjalankan kerja praktik · Guru-guru hanya membimbing murid-murid menyelesaikan masalah yang timbul Misalan: 1. Membimbing murid melipat dan melorek bahagian kertas untuk mengenali pecahan 2. Membilang benda maujud untuk mendapatkan jawapan melalui operasi-operasi tertentu 3. Melukis petak-petak untuk mempelajari konsep luas atau rumus luas 4. Membuat model geometri untuk mempelajari sifat-sifat dan isipadunya 5. Menggunakan alat pengukur untuk mempelajari konsep panjang, berat, masa dan sebaginya 6. Menggunakan duit syiling dan wang kertas untuk mempelajari nilai-nilai wang 7. Mengagihkan sebilangan biji guli ke dalam beberapa bekas yang disediakan untuk memahami konsep bahagi atua purata. (ii) Kaedah Induksi Satu kaedah logis yang memerlukan murid-murid mengkaji beberapa contoh atau pernyataan yang mengandung sesuatu rumusan yang sama, seterus membolehkan muridmurid mendapatkan rumusan daripadanya.

-2-

HBMT1103 : Introduction To Mathematics Education

OUMJan2009
IP Perlis,Kangar

(iii) Kaedah deduksi Kaedah ini boleh ditakrifkan sebagai pengajaran yang menggunakan peraturan-peraturan atau fakta-fakta yang telah diketahui untuk mendapat kesimpulan atau generalisasi baru.

(iv) Kaedah Eksposisi Kaedah eksposisi ialah cara penyampaian isi pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Murid-murid akan mendengar dan merekod maklumat penting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kaedah ini juga sering ditakrifkan sebagai ‘systematic teaching’, explicit instruction’, ‘explicit teaching’, and ‘active teaching’ (Husen & Postlethwaite, 1970). Penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan: Penerangan dan penghuraian idea dan konsep matematik yang akan dipelajari sama ada dengan atau tanpa alat bantu mengajar.

Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran matematik, Cikgu Liza ingin mengunakan pendekatan kaedah inkuiri penemuan untuk mengajar murid-muirdnya dalam mencari isipadu kubus dan kuboid.Beliau membimbing muridnya mengunakan kaedah ini bagi memperkenalkan konsep mencari isipadu kubus dan kubiod kepada murid-muridnya. Berikut adalah langkah-langkah yang telah ditunjukan oleh beliau dengan mengunakan kaedah eksposisi kepada murid-murid dalam pengajarannya.

-3-

HBMT1103 : Introduction To Mathematics Education

OUMJan2009
IP Perlis,Kangar

Langkah 1 Guru menunjukkan kotak hadiah berbentuk kubus dan kuboid. Memilih beberapa orang murid untuk memberi jawapan tentang bentuk-bentuk yang ditunjukkan oleh guru. Murid aktif menjawab soalan yang dikemukakannya. Memberi peneguhan untuk jawapanjawapan yang diberikan oleh murid. Soalan guru: A. Siapakah yang pernah mendapat hadiah? B. Pernahkah awak menerima hadiah berbentuk seperti ini? C. Tahukah awak, apakah nama bentuk-bentuk yang cikgu tunjukkan ini?

Langkah 2 Menyatakan kepada murid bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh dikira isipadunya.

Langkah 3 Mempamerkan satu bekas kaca lutsinar berbentuk kubus yang kosong yang boleh dilihat oleh semua murid dari bahagian luar dan dalamnya .

-4-

HBMT1103 : Introduction To Mathematics Education

OUMJan2009
IP Perlis,Kangar

Langkah 4 Menunjukkan lagi beberapa kubus kecil berukuran 1cm³ dan memasukkannya kedalam kubus yang besar sambil diperhatikan oleh semua murid.

-5-

HBMT1103 : Introduction To Mathematics Education

OUMJan2009
IP Perlis,Kangar

Langkah 5 Guru memasukkan kubus-kubus kecil serta menyusunnya dengan teratur hingga memenuhi permukaan kubus yang besar itu.

Langkah 6 Berdasarkan permerhatian murid-muridnya itu, guru menyoal secara rawak kepada salah seorang murid untuk mencerna idea mereka bagi mendapatkan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Cikgu Liza : Berapakah bilangan kubus kecil yang diperlukan untuk memenuhkan kubus besar ini. ? Murid : 27 kubus kecil cikgu

Selepas itu guru merumuskan bahawa isipadu bagi kubus besar itu adalah 27 cm³,iaitu bersamaan dengan jumlah kubus-kubus kecil yang bersaiz 1 cm³.

-6-

HBMT1103 : Introduction To Mathematics Education

OUMJan2009
IP Perlis,Kangar

Langkah 7 Guru mengulangi langkah 3 hingga langkah ke 6 untuk mempekenalkan pula isipadu kuboid kepada murid-muridnya.

Langkah 8 Guru membimbing dan menjana idea murid-muridnya untuk membuat banding beza diantara isipadu kubus dan kuboid berdasarkan bilangan kubus kecil yang memenuhi rungan kubus dan kuboid itu.

-7-

HBMT1103 : Introduction To Mathematics Education

OUMJan2009
IP Perlis,Kangar

Langkah 9 Memperkenalkan kepada murid nama bahagian sisi kubus dan kuboid itu iaitu panjang,lebar dan tinggi.

tinggi

Lebar

panjang

Langkah 10 Mengedarkan jadual untuk diisi oleh murid-murid bagi mendapatkan isipadu dalam bentuk pengiraan dengan kaedah mendarab bilangan kubus kecil bagi panjang,lebar dan tinggi Bentuk Kubus Kuboid Bil kubus kecil 27 24 Panjang 3 cm 4cm Lebar 3cm 2cm Tinggi 3cm 3cm Hasil 3cm x 3cm x 3cm = 27 cm padu 4cm x 2cm x 3cm = 24 cm padu

Langkah 11

-8-

HBMT1103 : Introduction To Mathematics Education

OUMJan2009
IP Perlis,Kangar

Merumuskan bahawa,dengan mendarab bilangan kubus kecil bagi panjang,bilangan kubus kecil bagi lebar dan bilangan kubus kecil bagi tinggi akan menghasilkan isipadu kubus dan kuboid tersebut iaitu jumlah kesemua kubus-kubus kecil itu dalam bentuk kubus dan kuboid tersebut. Isipadu = Panjang x Lebar x Tinggi Langkah 12 Mengedarkan lembaran kerja bagi mengukuhkan pemahaman murid berdasarkan kemahiran yang telah diajar. Setiap satu kubus kecil berukuran 1 cm dengan 1 cm dengan 1 cm. Catatkan bilangan kubus kecil bagi kubus dan kuboid dibawah.

Panjang Panjang Lebar
Panjang
Panjang

Lebar
Panjang

Panjang

Tinggi

Tinggi

Bentuk Kubus Kuboid

Panjang

Lebar

Tinggi

Hasil

-9-

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful