You are on page 1of 16

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

PENDAHULUAN Pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza, berbeza sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran. Pelajar belajar dalam berbagai cara dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan menghafal, mengingat dan

menggambarkan. Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan (Hargreaves, 1996). Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk berjaya, individu pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran. Gaya pembelajaran seseorang individu berbeza-beza pendekatan antara satu dengan lain. Terdapat beberapa gaya pembelajaran di antaranya ialah secara visual (visual learners), mendengar (auditory learners) dan secara pergerakan (Tactile/Kinesthetic learners). Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran secara visual biasanya rasa perlu untuk mereka melihat 'body language' dan riak muka guru mereka. Biasanya pelajar-pelajar ini akan duduk di hadapan kelas agar dapat melihat visual keseluruhan guru yang mengajar. Belajar melalui mendengar, pelajar yang belajar gaya ini biasanya berminat dengan kuliah secara lisan, perbincangan, bercakap dan mendengar apa yang dikata orang. Pelajar akan menterjemah maksud perbualan melalui mendengar nada ton suara, pic, kelajuan dan perbezaan suara. Artikel ini membincangkan tentang gaya belajar Pelajar Aliran Vokasional di beberapa buah kolej samada dipengaruhi oleh umur, jantina, etnik atau mata pelajaran yang diambil. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tiga kategori gaya belajar pelajar-pelajar yang berbeza samada melibatkan penglihatan, pendengaran dan pergerakan. Selama beberapa tahun, perkara ini menjadi topik perbincangan yang hangat. Heath (1964) membuat siasatan tentang kesesuaian menganalisa jenis personaliti dan strategi belajar pelajar universiti, manakala Perry (1970) berdasarkan teorinya tentang perkembangan intelektual pelajar. Sperry (1983) menulis

Tugasan 1

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

kajian tentang otak kiri dan kanan manusia di mana otak kanan berfungsi untuk memproses maklumat, manakala otak kiri beroperasi secara analitikal. Satu agensi telah ditubuhkan yang dinamakan Further Education Development Agency (FEDA) adalah sebahagian daripada program yang dirancang. Ia melibatkan 6 kolej daripada Coventry, Warwickshire dan Oxfordshire dalam kajian tindakan di mana bertujuan untuk : Menyiasat dan menginterpretasi gaya belajar Memilih dan mengadaptasi bahan sebagai permulaan Menggunakan bahan permulaan bersama pendidik dan pelajar dari kursus vokasional Mendapatkan penilaian pelajar dan staf terhadap bahan yang digunakan Melibatkan staf untuk mengetahui sama ada gaya mengajar perlu diadaptasi selari dengan gaya belajar pelajar. Bagi melaksanakan kajian ini, soal selidik tentang penilaian kendiri berkaitan dengan gaya hidup pelajar telah dilakukan. Honey and Mumford (1986) menfokus kepada pendekatan sosial kepada pembelajaran yang mana sesuai kepada remaja dan pelajar yang matang. Ia membolehkan pelajar mengetahui kekuatan diri masing-masing. Analisis ini juga dilakukan oleh Reinert (1976), mendorong penulis dan penerbit mengeluarkan sumber bukan sahaja untuk mempromosikan analisis kendiri, pelajar membantu dalam analisis ini dengan memproses maklumat menerusi pendengaran, penglihatan dan pergerakan. Gaya mengajar juga mempengaruhi keperluan setiap pelajar. Jadi, guru haruslah mengambil kira gaya belajar dan gaya guru mengadaptasi pembelajaran kepada pelajar bagi menyesuaikan dan memenuhi setiap keperluan pelajar. Kajian dilakukan terhadap 8500 orang pelajar meliputi 31 kolej oleh Martinez dan Munday (1998) mendapati pelajar tidak berjaya di dalam kursus yang diambil akibat dipengaruhi oleh masalah peribadi pelajar itu sendiri. Terdapat dua faktor kejayaan pelajar adalah jika mereka lebih menitikberatkan proses pembelajaran mereka sendiri dan tindakbalas tenaga pengajar terhadap keperluan setiap pelajar. Penyelidik juga telah membuat kajian di mana terdapat perbezaan pendapat antara pelajar dan tenaga pendidik. Pelajar menunjukkan ketidakpuasan terhadap kualiti pengajaran yang menbuatkan mereka merasa bosan manakala

Tugasan 1

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

tenaga pendidik pula berpendapat kurangnya motivasi dan minat di kalangan para pelajar dan kegagalan pelajar untuk memenuhi keperluan kursus terbabit. Setelah membuat kajian, penyelidik membuat kesimpulan bahawa sistem di kolej dan tenaga pengajar di setiap kelas amatlah penting dalam mempengaruhi kejayaan setiap pelajar. Ini kerana, tenaga pengajar perlu mengambil inisiatif dalam memenuhi keperluan setiap pelajar yang mempunyai gaya belajar yang tersendiri di mana mampu menarik minat serta membolehkan pelajar mudah memahami apa yang diajar sesuai dengan kebolehan masingmasing. Kajian dilakukan terhadap pelajar-pelajar yang berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Ia telah dikategorikan mengikut tiga jenis gaya belajar yang berbeza iaitu penglihatan, pendengaran dan pergerakan. Ketiga-tiga faktor ini mempengaruhi setiap pelajar itu sendiri. Ini kerana minat dan kecenderungan adalah berbeza mengikut jantina. Selain itu, bagi menganalisa jenis gaya belajar mengikut kursus yang diambil pula, terdapat tiga kategori kursus yang diambil oleh pelajar-pelajar aliran vokasional ini. Antaranya ialah kursus kemahiran, kursus campuran dan teknikal. Kursus-kursus yang diambil ini memerlukan proses pembelajaran yang berbeza-beza mengikut kesesuaian isi kandungannya. Jadi, guru seharusnya merancang proses atau aktiviti yang menarik dan menyeronokkan bagi menyesuaikan sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut individu-individu yang mempunyai gaya belajar yang berbeza-beza.

Tugasan 1

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

REFLEKSI KAJIAN Kajian yang dilakukan ini adalah daripada (FEDA Inclusive Learning Project RP M123) dari Till Hill College Coventry. Kajian yang dilakukan keatas pelajar seramai 182 orang daripada 18 kursus vokasiona di 6 buah kolej. Di samping itu, kajian ini bertujuan menguji strategi gaya pembelajaran pelajar itu sendiri dengan menggunakan penglihatan (visual), pendengaran (auditory) dan gerak laku (kinaesthetic). Seterusnya kajian ini dibahagikan kepada 3 kumpulan kursus vokasional iaitu kursus yang melibatkan kerja tangan (hands-on), kursus yang bergantung pada pemahaman (paper-based) dan kursus campuran antara hands-on dan paper-based. Markah di dalam kajian ini dikategorikan kepada tahap tinggi, sederhana dan lemah bagi ketiga-tiga gaya pembelajaran ini. Bagi pelajar yang mengambil Kursus Kerja Tangan terdiri daripada mereka yang berkemahiran seperti pengayaan rambut, perpaipan, memasak, melukis dan menghias.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Till Hill College Coventry mendapati pelajar yang mengambil kursus ini cenderung dan tinggi (Rujuk Lampiran) kearah gaya pembelajaran

penglihatan. Manakala bagi gaya pembelajaran pendengaran, tahap penggunaan gaya pembelajaran ini adalah sederhana (rujuk lampiran) dan gaya pembelajaran gerak laku adalah paling rendah.(rujuk lampiran) Seterusnya, bagi pelajar yang mengambil kursus yang bergantung pada pemahaman terdiri daripada GNVQ Perniagaan Perantaraan, Sijil dalam menggalakan pembelajaran, penjagaan kesihatan dan sosial, National Diploma dalam khidmat pelanggan, BTEC National Sains dan Kesihatan. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Till Hill College Coventry mendapati pelajar yang mengambil kursus ini adalah tinggi dalam menggunakan pembelajaran secaravisual. Dalam penggunaan gaya pembelajaran melalui pendengaran adalah sederhana. Bagi gaya pembelajaran secara gerak laku, tahap penggunaan gaya pembelajaran ini di kalangan para pelajar adalah sama dengan kursus kerja tangan iaitu rendah. Bagi pelajar yang mengambil kursus campuran iaitu antara kerja tangan dan pemahaman terdiri daripada mereka yang berkemahiran sijil dalam pendidikan kanak-kanak, kejuruteraan kejuruteraan tahap atas, dan GNVQ kesenian. Kursus bagi kemahiran ini juga menunjukkan gaya pembelajaran yang tinggi bagi strategi penglihatan sama seperti kedua-dua kursus diatas, tetapi kumpulan kursus ini tidak sama dengan dua kursus diatas kerana mempunyai gaya pembelajaran yang tinggi di kalangan pelajar dalam strategi pendengaran dan

Tugasan 1

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

sama dengan dua kursus diatas iaitu mempunyai gaya pembelajaran yang rendah dalam strategi kinestetik. Secara keseluruhannya daripada analisis graf yang telah dilakukan (Rujuk Lampiran), ketiga-tiga jenis kursus vokasional ini iaitu kursus kerja tangan, kursus dari segi pemahaman dan kursus campuran mempunyai gaya pembelajaran yang sama dalam gaya pembelajaran secara penglihatan. Dimana strategi ini merupakan strategi yang paling tinggi digunakan oleh para pelajar. Manakala gaya pembelajaran yang paling rendah digunakan oleh para pelajar adalah penggunaan strategi secara gerak laku. Berdasarkan artikel yang dipilih, penjelasan di dalam artikel ini dapat disokong oleh Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner. Hal ini jelas dinyatakan oleh Gardner, beliau percaya kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang itu untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja atau menyumbang khidmat yang dianggap berguna dalam

budaya masing-masing. Seperti pelajar-pelajar sekolah vokasional yang dikaji ini. Mereka mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu diselesaikan untuk mencipta sesuatu. Gardner juga percaya bahawa kecerdasan adalah kebolehan menjana masalah baruuntuk diselesaikan. Dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, Gardner telah mengemukakan tujuh jenis kecerdasan iaitu kecerdasan logic-matematik, bahasa atau verbal-linguistik, muzik, ruang/visual, kinestetik badan, interpersonal dan intrapersonal. Selepas itu beliau menemui dua lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis dan kecerdasan eksistential Merujuk kajian yang dikaji, bagi pelajar yang mengambil kursus kerja tangan, pemahaman dan campuran, mereka cenderung kepada kecerdasan visual (penglihatan). Hal ini kerana, kursus yang diambil ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Para pelajar ini biasanya kaya dengan imageri dalaman ( internal imagery) sehingga berkecenderungan dalam aspek imaginative dan kreatif. Selain itu, pelajar yang termasuk dalam golongan cerdas visual ini mampu menggunakan warna secara campuran, membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat. Di samping itu, para pelajar yang cenderung dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang pelajar itu dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran Secara kesimpulannya, para pelajar yang mengambil ketiga-tiga kursus ini cenderung kearah Teori Kecerdasan Pelbagai, kerana mereka berkebolehan berfikir dalam tiga dimensi, kebolehan untuk melihat imej luar dan dalam dengan cara mencipta, menukar atau mengubahsuai sesuatu imej di samping berkebolehan untuk melayari ruang dan menghasilkan maklumat grafik. 5

Tugasan 1

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Seterusnya, para pelajar yang mengambil ketiga-tiga kursus ini mempunyai tahap pencapaian yang rendah dalam gaya pembelajaran secaragerak laku. Hal ini kerana menurut Gardner, orang yang mempunyai kecerdasan ini terdiri dari mereka yang berkebolehan memanipulasi objek dan mencapai kemahiran fizikal yang tinggi. Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk survival melibatkan penggunaan tubuh untuk menyelesaikan, mencipta sesuatu serta menyatakan idea dan perasaan. Bagi pelajar yang mengambil ketiga-tiga kursus ini, mereka tidak banyak menggunakan tubuh badan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan perasaan. Contohnya orang yang mempunyai kecerdasan ini ialah pakar bedah, olahragawan, penari gimnastik dan lain-lain. Di dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, Gardner (1991) berpendapat bahawa setiap insan mewarisi lapan jenis kecerdasan yang berlainan. Di antaranya ialah kecerdasan

linguistik/verbal. Orang yang mempunyai kecerdasan ini berupaya menggunakan bahasa secara berkesan, sama ada secara lisan ataupun tulisan, termasuk kebolehan

memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapannya dengan baik, tepat serta sempurna. Implikasinya ialah penguasaan bahasa adalah penting untuk mempelajari mata pelajaran yang lain. Di peringkat sekolah, tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan logical-matematik dan kecerdasan visual sahaja. Penilaian bukan kognitif seperti penilaian kecerdasan muzik, tubuhkinestetik, interpersonal atau intrapersonal jarang diadakan. Sehubungan ini, kecerdasan pelajar dalam bidang muzik, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal pula harus diberi perhatian untuk perkembangannya. Melalui kajian ini juga, satu hasil bagi analisis pelajar gaya pembelajaran mereka sendiri adalah satu julat data dibandingkan secara individu, subjek atau matapelajaran dan tahap silang tertakluk pada 137 orang pelajar yang dikaji. Walaupun tujuan menggunakan data ini adalah bagi pelajar-pelajar individu dan pensyarah-pensyarah matapelajaran untuk

memperolehi satu asas inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, analisis data ada mendedahkan sesetengah daripada keseluruhan tren-tren dalam respoden kumpulan ini. Untuk tujuan ini, markah pelajar individu dikategorikan sebagai menunjukkan kukuh, sederhana dan lemah dalam penggunaan strategi pembelajaran visual, pendengaran dan kinestetik. Dikalangan 60 pelajar lelaki, terdapat satu taburan yang banyak dan teratur malahan penggunaan yang kukuh, sederhana dan lemah bagi kesemua ketiga-tiga gaya pembelajaran
Tugasan 1

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

daripada 77 orang perempuan. Secara keseluruhan, pelajar perempuan lebih bergantung kepada strategi pembelajaran visual, dan kurang bergantung kepada strategi kinestetik berbanding lelaki (Lihat Figures 1 dan 2). Umur pelajar tidaklah menjejaskan kemungkinan sangat kuat menyatakan mereka menggunakan strategi pembelajaran visual, walaupun pelajarpelajar yang berusia lebih 21 tahun kurang penggunaan strategi pembelajaran kinestetik dan lebih berkemungkinan untuk menggunakan pendengaran berbanding pelajar berumur 16-20 tahun cenderung kepada kinestetik. Hanya lapan pelajar daripada kelompok seluruh itu etnik selain putih, data untuk keetnikan tidak dianalisis. Figure 1 Use of learning styles: females

Figure 2 Use of learning styles: males

Tugasan 1

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Oleh itu, pendidik sedar para pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbezabeza. Sesetengah pelajar belajar dengan baik apabila melihat orang lain melakukannya. Untuk pengetahuan, menurut De Porter dan Hernacki (1992), otak kiri mengawal proses pembelajaran bahasa, matematik, pemikiran logik, analitik, linear dan hafalan. Otak kanan pula mengawal aktiviti kreatif, irama, rima, muzik, visual, warna, gambar serta pemikiran metaforikal yang boleh menggambarkan analogi dan metafora, corak dan pola. Ringkasnya, otak kanan adalah untuk pembelajaran holistik, subjektif, estetik, kreatif dan berbentuk naluri, manakala otak kiri melakukan pembelajaran objektif dan akademik. Sebagai pendidik, perkara ini perlu diberi perhatian kerana ia berkait rapat dengan gaya pembelajaran dan cara pelajar membina pemahaman. Di sini, pelajar perempuan banyak menggunakan otak kanan bagi penggunaan gaya pembelajaran visual berbanding lelaki menggunakan gaya pembelajaran kinestetik. Manakala menurut Aminah Ayob (2007) menyatakan bahawa ada kajian-kajian di barat iaitu kajian neurosains menunjukkan otak wanita adalah 20 peratus lebih besar daripada otak lelaki pada bahagian korpus kolasum (bahagian yang menghubungkan otak kiri dan otak kanan). Oleh itu, wanita mempunyai interaksi penggunaan otak kiri dan kanan lebih baik berbanding lelaki. Misalnya wanita dapat membina penguasaan bahasa lebih cepat berbanding lelaki. Tambahan pula, wanita mempunyai ransangan sensori yang sensitif berbanding lelaki. Oleh itu, wanita didapati lebih baik dari segi mendengar, menghidu, merasa melalui hujung jari dan kulit. Akan tetapi, ini tidak bermakna pelajar perempuan kursus vokational hanya cenderung menggunakan gaya pembelajaran visual dan tidak langsung menggunakan gaya pembelajaran auditori dan kinestetik. Malahan Maccoby dan Jacklin (1974) ada menyatakan bahawa kecerdasan lisan pelajar perempuan lebih baik daripada pelajar lelaki, manakala pelajar lelaki lebih kepada kecerdasan ruang. Namun begitu, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas pendidik untuk mencungkil potensi pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk memgembangkan gaya pembelajaran dalam bidang-bidang tertentu. Maka, ada pelbagai huraian mengenai pelajar jenis visual, auditori dan kinestetik. Menurut buku Teaching for Student Learning, Model VAK dibangunkan oleh Nell Fleming, beliau menyatakan pelajar menerima maklumat baru melalui 3 deria iaitu visual (verbal visual dan visual-ruang), auditori dan kinestetik. VAK adalah akronim yang timbul pada pangkal huruf setiap deria tadi. Berikut ada huraian setiap deria; 1. Visual sesetengah pelajar lebih cenderung kepada visual verbal linguistik dan visual ruang. 8

Tugasan 1

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Visual-ruang. Pelajar visual-ruang merujuk kepada kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mencipta, mewarna dan membina gambaran mental,. Visual verbal linguistik. Dan pelajar visual verbal pula merangkumi kecerdasan membaca dan mengingat maklumat melalui kad imbasan (flash card) contohnya melalui bacaan, menulis dan pemerhatian. Di sekolah pelajar jenis ini suka penyampaian yang disusun dengan rapi dan suka menulis apa yang diberitahu oleh guru. Semasa di dalam kelas mereka biasanya diam sahaja dan jarangjarang terganggu dengan bunyi bising. 2. Auditori. Pelajar visual ini berbeza daripada pelajar auditori, yang biasanya sering tidak mempedulikan apa yang dilakukan oleh guru ataupun menulis nota. Mereka bergantung pada keupayaan mereka mendengar dan mengingatinya semasa kelas berlangsung. Semasa di kelas pula, meraka banyak bercakap, dan mudah terganggu oleh bunyi bising, contohnya melalui persembahan lisan (oral presentation) dan penjelasan yang kuat. 3. Kinestetik. Manakala, pelajar kinestetik terutamanya belajar melalui penglibatan secara langsung dalam aktiviti. Mereka cenderung menjadi impulsif atau mengikut gerak hati dan kurang sabar. Semasa di dalam kelas, mereka resah kecuali apabila meraka boleh berlegar-legar dan membuat sesuatu. Pendekatan mereka kepada pembelajaran mungkin kelihatan tidak teratur dan rawak, contohnya gerak badan, sukan dan permainan. Walaupun hasil angka yang diperolehi dan dicatatkan rendah bagi sesetengah kursus itu, profil dikeluarkan pada tahap kursus kerana ini adalah untuk kegunaan pensyarah subjek tersebut. Walaupun kecil boleh disimpulkan sebagai contoh, pelajar mendandan rambut dan perniagaan sebagai jenis daripada sampel mengalami serendah enam atau tujuh pelajar. Dan pola-pola ini dapat dilihat berkorelasi dengan sebelum persepsi pensyarah subjek terhadap kumpulan dan individu-individu di dalamnya. Sebagai contoh, tujuh orang pelajar (perempuan) daripada kursus mendandan rambut NVQ2 menunjukkan penggunaan lemah strategi pembelajaran kinestetik, sedangkan yang bertentangan telah dijangka berdasarkan pilihan mereka terhadap matapelajaran vokasional.

Tugasan 1

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Pensyarah subjek menyatakan bahawa semasa kursus, pelajar-pelajar menghabiskan banyak masa pembelajaran dengan membuat pemerhatian dan dengan mendengar, dan apabila mereka hendak membuat pemindahan kemahiran hands-on, mereka akan merasa kekok dan janggal, dan mendapati bahawa kemahiran tersebut sukar untuk dipraktikkan dengan apa yang mereka telah belajar. Dia juga turut memerhatikan begitu pada kelompok pelajar kursus lain dalam tahun-tahun yang berlainan dan mendapati perbezaan percampuran pelbagai kemahiran-kemahiran. Enam pelajar perniagaan (bercampur lelaki dan wanita) adalah kuat visual dan mereka membuat penggunaan sepenuhnya dua strategi yang berlainan itu. Pensyarah subjek turut mengulas yang kumpulan ini telah membuktikan satu reaksi positif kukuh terhadap setiap teknik-teknik pengajaran yang banyak dia telah gunakan. Untuk khalayak yang lebih ramai, mengumpulkan data memberi wawasan terbaik kepada kemungkinan tren-tren di antara jenis-jenis pelajar. Dua kelompok terbesar adalah 27 orang pelajar Penjagaan Sosial dan Kesihatan- dalam dua kumpulan berbeza - dan 23 orang pelajar penyaji makanan termasuk di dalam dua kumpulan. Kumpulan penyaji makanan menunjukkan satu pembahagian yang teratur berdasarkan aras tersebut iaitu sangat kukuh ataupun kuat, sederhana dan lemah penggunaan gaya pembelajaran pendengaran, visual dan kinestetik. Tiga orang daripada mereka adalah lelaki, dan profil ini mengumpulkan kumpulan kursus ini dengan teliti dan hampir bersesuaian untuk pelajar lelaki pada keseluruhannya. Manakala bagi pelajar Penjagaan Sosial dan Kesihatan, hanya tiga orang perempuan adalah amat cenderung terhadap kekuatan visual dalam strategi-strategi pembelajaran mereka, dan juga mencatat markah amat kukuh dan sederhana bagi kategori pendengaran, dimana ianya satu profil yang menyerupai bagi semua perempuan. Penggunaan strategi kinestetik mereka kurang berbanding kumpulan pelajar penyaji makanan. Secara rumusan, di dalam jurnal yang dianalisis walaupun kecenderungan pelajar perempuan lebih kepada gaya pembelajaran visual dan lelaki pula menggunakan keseluruhan gaya pembelajaran iaitu visual, auditori dan kinestetik tetapi dapatan kajian tentang hubungan antara gaya pembelajaran dan jantina adalah tidak konsisten. Kajian yang dijalankan oleh Shareena (1995) untuk meninjau gaya pembelajaran pelajar Melayu dalam ESP (English for Special Purpose) menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran responden jantina di antara pelajar perempuan dan lelaki. Kajian oleh Cavanaungh (1981) juga menunjukkan dapatan yang sama di mana aspek jantina tidak mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran responden. Sebaliknya, Sheldon dan Janness (1976) mendapati kumpulan lelaki lebih cenderung kepada gaya pembelajaran visual
Tugasan 1

10

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

berbanding kumpulan perempuan. Menurut Restak (1979) pula, golongan perempuan adalah lebih cenderung kepada gaya pembelajaran auditori dan kinestetik. Di samping itu, kajian tentang gaya pembelajaran dan hubungannya dengan umur responden juga banyak djalankan. Thompson dan OBrien (1991) menggunakan Gregorc Style Delineator (GSD) untuk menentukan gaya pembelajaran 16 orang guru dan 207 orang pelajar. GSD mengkategorikan seseorang individu mengikut gaya pembelajaran Concrete Sequential, Abstract Sequential, Abstract Random. Dapatan kajian menunjukkan kesan yang signifikan antara gaya pembelajaran dan umur. Kajian Bowles (1992) juga telah menunjukkan bahawa faktor umur mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang pelajar. Kajian beliau ada membuat perbandingan antara dua kumpulan sampel iaitu antara 121 orang pelajar berumur lebih 21 tahun dan di bawah 21 tahun. Dapatan kajian menunjukkan pelajar berumur lebih 21 tahun lebih cenderung kepada pengajaran berbentuk kuliah dan ceramah manakala pelajar berumur di bawah 21 tahun berminat kepada perbincangan, pengajaran bersifat permainan dan simulasi. Barbe dan Milone (1981) dalam kajiannya menyebut tentang hubungan umur dan gaya pembelajaran mendapati bahawa terdapat satu anjakan modaliti gaya pembelajaran dengan umur. Mereka mendapati bahawa pelajar sekolah rendah lebih cenderung kepada modaliti auditori tetapi membuat anjakan modaliti kepada visual apabila umur mereka meningkat.

Tugasan 1

11

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

KESIMPULAN Berdasarkan huraian-huraian bagi semua dapatan di dalam kajian yang dijalankan ini, jelas menunjukkan bahawa cara/ gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar seseorang individu (pelajar) yang bertindak balas dengan persekitarannya dengan tujuan memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat, ilmu, pengalaman atau kemahiran yang diingini. Sesungguhnya, gaya pembelajaran ialah hasil gabungan faktor-faktor pengaruh individu sendiri seperti jantina, umur dan personaliti, warisan baka dan persekitaran, etnik termasuk pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan sekolah. Malah, perkaitan di antara kursus yang diambil oleh pelajar itu sendiri juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang pelajar. Kajian ini juga jelas menunjukkan bahawa adalah penting bagi seseorang guru/ tenaga pengajar untuk mengetahui perbezaan bagi setiap individu pelajar bergantung kepada umur, jantina, etnik mahupun kursus yang diambil sebelum menjalankan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, mengikut kajian yang dijalankan ini, analisis mendapati cara pembelajaran melalui pancaindera merupakan salah satu bahan sokongan yang sangat berguna kepada pelajar. Pelajar lebih tertarik untuk belajar tentang diri sendiri dan berminat untuk menggunakan pengetahuan yang diperolehi melalui analisis cara pembelajaran. Melalui cara pembelajaran yang berbeza, ia akan menggalakkan pelajar untuk mempertingkatkan keyakinan diri dalam proses pembelajaran dan seterusnya memberikan kesan positif terhadap rangsangan pelajar. Melalui kajian ini juga, analisis yang dibuat menumpukan gaya pembelajaran pelajar secara visual, mendengar dan kinestetik. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dunn dan Dunn (1982), terdapat unsur-unsur dari lima rangsangan yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Antara lima ransangan tersebut, terdapat satu rangsangan yang terlibat di dalam analisis kajian ini ialah rangsangan fisiologi di mana salah satu unsurnya adalah persepsi. Pelajar biasanya memperoleh maklumat atau pengalaman melalui persepsi visual, auditori ataupun kinestetik. Maka, kajian yang dijalankan ini membantu pengajar untuk mengetahui gaya pembelajaran yang sesuai bagi pelajar di sekolah vokasional. Disamping itu juga, kajian ini menyatakan bahawa adalah penting bagi sesetengah tenaga pengajar untuk mengubah pendirian mereka dari hanya mengajar kursus kepada membenarkan pelajar untuk belajar dan sentiasa meletakkan dalam minda bahawa setiap pelajar mereka mempunyai pelbagai perbezaan.

Tugasan 1

12

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Kajian ini juga turut menyatakan bahawa inisiatif untuk memperkenalkan penggunaan cara pembelajaran ini haruslah berdasarkan bukti bahawa seseorang telah berjaya melakukannya. Dan ternyata ianya berjaya dibuktikan oleh ketua projek kajian berkenaan melalui subjek yang diajar olehnya. Beliau mengatakan bahawa adalah penting bagi seseorang pengajar memberi tindakbalas terhadap cara pembelajaran pelajar kerana ianya lebih praktikal dan mudah untuk dilakukan. Beliau juga menekankan pengajar perlu menggunakan masa kelas dengan efektif dan menumpukan kepada penerimaan pelajar terhadap apa yang dipelajari oleh mereka. Berdasarkan kajian ini juga, ia memberi panduan kepada pengajar untuk menimbangkan cara yang terbaik dalam memenuhi keperluan semua pelajar melalui penyampaian pelajaran yang berkesan. Seorang pengajar juga perlu mengalih pemikiran mereka dari pembelajaran yang berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid kerana guru seharusnya mengambil tahu mengenai apa yang pelajarnya ingin belajar dan cara bagaimana penyampaian isi pembelajaran itu boleh dicapai oleh pelajar. Secara keseluruhannya, melalui kajian dan projek yang dijalankan di dalam artikel ini, didapati bahawa kaedah yang terbaik bagi pembelajaran seseorang pelajar itu adalah pembelajaran yang diaplikasikan secara praktikal. Pembelajaran secara praktikal ini juga perlu rangka kursus yang sesuai untuk tujuan penyampaian walaupun kadangkala sesuatu penyampaian itu akan berlaku secara semulajadi. Analisis cara pembelajaran ini juga memberikan kesan yang positif kerana boleh digunakan oleh pengajar untuk mengesan atau mengetahui seseorang individu itu berdasarkan profil pelajar yang diperolehi. Pengajar juga akan dapat memanfaatkan profil pelajar itu dengan meneliti kaedah yang bersesuaian untuk pengajaran seseorang pelajar. Penyediaan profil pelajar ini juga dapat memberi keyakinan kepada pelajar itu sendiri kerana ianya membantu mereka untuk mengesan strategi yang sesuai dalam proses pembelajaran mereka, malah mereka akan lebih mengetahui cara pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan yang dimiliki oleh mereka. Sebagai kesimpulan, untuk memperoleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang optimum, pengajar harus dapat mengenal pasti gaya pembelajaran pelajarnya dan menggunakan strategi yang bersesuaian seperti mengikut ciri-ciri gaya pembelajaran yang ditonjolkan. Untuk mengenal pasti ciri-ciri gaya pembelajaran pelajar, pengajar harus merujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran. Pengajar harus sedar bahawa setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, tiada satu kaedah mengajar yang bersifat sempurna untuk mengajar semua murid dalam sesuatu bilik darjah. Jadi, strategi pengajaran yang digunakan hendaklah bercorak pelbagai jenis. Pengajar harus
Tugasan 1

13

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

menyesuaikan strategi yang digunakan dengan tahap penerimaan pelajar yang pelbagai. Perbezaan yang wujud di antara pelajar akan memerlukan kaedah/ gaya pengajaran yang berbeza-beza. Sedemikian itu, pengajar perlu mengetahui cara untuk mempelbagaikan gaya pengajaran supaya ia boleh membantu menggalakkan penglibatan yang aktif daripada para pelajar. Sehubungan ini, seseorang pengajar digalakkan untuk mengamalkan strategi

pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar dan bahan. Salah satu strategi yang boleh dilakukan oleh pengajar dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran adalah dengan menggunakan pendekatan pembelajaran masteri. Strategi ini dikatakan strategi yang paling sesuai digunakan untuk mengatasi masalah pelbagai perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Pembelajaran masteri ini menitikberatkan penguasaan pembelajaran melalui secara

perseorangan, berpasangan, kumpulan dan keseluruhan kelas. Pembelajaran masteri ini pula amat mementingkan aspek perbezaan individu serta penggunaan pelbagai alat bantu mengajar. Strategi ini merupakan strategi pedagogi bestari yang paling sesuai untuk pembelajaran secara individual. Ia menggunakan pendekatan individu yang bergantung rapat bukan sahaja pengalaman sedia ada tetapi juga gaya pembelajaran seseorang pelajar. Oleh kerana setiap pelajar mempunyai pengalaman dan gaya pembelajaran yang berbeza, maka adalah dianggap secara idealnya ialah setiap pelajar harus menggunakan strategi pedagogi bestari yang difikir sesuai dengan kebolehan dan gaya pembelajaran yang digemari. Sehubungan itu, pengajar perlu mengenal pasti ciri-ciri kategori pelajar di dalam sesebuah bilik darjah sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya pengajar dapat mengaplikasikan gaya pengajaran yang sesuai dan seterusnya membantu mencapai objektif pengajaran yang disediakan.

Tugasan 1

14

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

BIBLIOGRAFI

Aminah Ayob. 2007. Pembelajaran Berasaskan Minda dan Implikasinya kepada Pendidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Joseph Gomez. 1999/2000. Gaya pembelajaran: Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Tigaenf: Jabatan Ilmu Pendidikan MPSK. Jilid 2: Bil 3. Mel Silberman. 2007. Pembelajaran Aktif: 101 Strategi untuk Mengajar Apa Jua Subjek. Terjemahan Zainab Ahmad. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Ryan, K. Cooper, M.James. and Tauer, S. 2008. Teaching for Student Learning: Becoming A Master Teacher. Boston New York: Houghton Mifflin Company. Mak Soon Sang. 2008. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid Dan Alam Belajar. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd Wong Kung Teck. 2009. Nota Kuliah. 23 Nov. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article97.pdf (akses 22 Dec 2009) Pendidikan

Tugasan 1

15

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Tugasan 1

16

You might also like