Forum Remaja 2005

9

10
Seminar Pemikiran SN Keris Mas

ERSIDANGAN Penter jemahan Antarabangsa kesepuluh dengan Tema “Penterjemahan dan Pengglobalan Ilmu Pengetahuan” telah berlangsung di Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu, Sabah dari 2 hingga 4 Ogos lalu. Persidangan ini dianjurkan bersama oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB). Ketua Menteri Sabah, dalam teks ucapan perasmiannya yang disampaikan oleh wakilnya, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan menyatakan, “Dalam era globalisasi ini, penterjemahan ilmu daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu adalah perlu, kerana bahasa Melayu bukan sahaja merupakan bahasa lingua franca dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Asia Tenggara, tetapi juga sebagai bahasa pembangunan negara bangsa Malaysia, umumnya dan rakyat Sabah, khususnya.” Oleh itu, “Pengetahuan dalam era globalisasi ini tidak seharusnya dinikmati oleh golongan elit dan pertengahan sahaja, tetapi juga harus sampai kepada seluruh masyarakat Malaysia melalui bahasa kebangsaan. Di sinilah terletaknya peranan penterjemahan sebagai alat penyebar maklumat yang paling relevan”. Beliau menegaskan, “Dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui sistem persekolahan, harus disedari, bahawa sesetengah masyarakat di luar bandar mempunyai pendedahan yang terhad terhadap penguasaan bahasa Inggeris. Masalah kemiskinan yang masih berlaku di luar bandar menyebabkan usaha untuk menguasai bahasa dunia ini, bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, bukan sahaja buku-buku daripada pelbagai disiplin harus diterjemahkan daripada bahasa-bahasa lain kepada bahasa Melayu, tetapi perpustakaan juga harus me-

2

Oleh Mashitah Taharin

Peranan Terjemahan dalam Pembangunan Negara Bangsa

Buku DBP Menang Anugerah

11

BUKU BAHARU DALAM PASARAN

Bahasa Antara

UKU ini membincangkan pemerolehan bahasa, iaitu bahasa pertama (bahasa asli) dan bahasa kedua (bahasa asing) yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Bahasa Antara wujud antara keadaan kedua-dua bahasa tersebut. Buku ini sesuai untuk guru yang mengajar bahasa kedua dan seterusnya.

Pengarang : Puteri Roslina Wahid ISBN : 983-62-8100-2 Harga : RM 44.00

*

RASMI: Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan memukul gong, disaksikan oleh Pengerusi Persidangan, Prof. Dr. Ahmat Adam (kiri) dan Naib Canselor UMS, Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.

mainkan peranan aktif dalam memperoleh buku-buku terjemahan.” Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Abdullah selaku Pengerusi Bersama Persidangan dalam pembentangan Kertas Dasar I menyatakan, “Perhatian harus ditumpukan juga kepada usaha menterjemahkan karya-karya klasik Melayu dan karya-karya utama semasa ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain supaya dunia luar dapat mengetahui tamadun, hati budi dan kreativiti bangsa kita. Misalnya, dalam buku Sejarah Melayu yang memperkatakan Perjanjian Bukit Seguntang antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba merupakan satu bentuk budaya Politik Melayu yang mengatur hubungan raja dengan rakyat. Ternyata dalam karya agung Melayu tersirat falsafah ‘kepimpinan’ dan ‘kepengikutan’ yang menjadi satu ramuan penting untuk mewujudkan kestabilan. Inilah mutiara dalam budaya

Melayu yang patut diketengahkan kepada dunia luar.” Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia, Prof. Dr. Abdullah Hassan pula menekankan betapa perlunya “pengglobalan ilmu pengetahuan, khususnya sains dan matematik melalui penterjemahan, dan bukan dengan mengajarkan subjek-subjek tersebut dalam bahasa Inggeris, kerana pelajar-pelajar di luar bandar, khususnya pelajar Melayu yang lemah dalam bahasa Inggeris kini gagal dalam tiga mata pelajaran, iaitu bahasa Inggeris, sains dan matematik. Di sinilah peranan penterjemahan dalam pembangunan negara bangsa agar pengglobalan ilmu itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat pelbagai lapisan masyarakat.” Beliau mahu kita mencontohi Jerman yang berjaya menguasai Perancis dalam bidang perindustrian apabila Jerman melaksanakan perantaraan bahasa Jerman dalam sistem pendidikannya.

Pengetahuan dalam era globalisasi ini tidak seharusnya dinikmati oleh golongan elit dan pertengahan sahaja, tetapi juga harus sampai kepada seluruh masyarakat Malaysia melalui bahasa kebangsaan“.

UKU ini menelusuri perjalanan hidup lima puluh tahun Abdullah Hussain yang dipenuhi pergolakan mental dan fizikal kesan daripada dua peperangan dunia. Turut dimuatkan pengalaman pengarang sebagai editor, aktivis sastera, penterjemah, penulis skrip filem, cerpen dan novel.

*

Pengarang: Abdullah Hussain ISBN: 983-62-8341-2 Harga : RM65.00

Sebuah Perjalanan edisi kedua

PEMBERITAHUAN

Kedai Buku Koperasi DBP

Waktu urus niaga l Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang l Sabtu, Ahad dan kelepasan am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan 03-2143 3504/3505 atau faksimile 03-2148 7887 atau sila layari laman web www.dbp.kop.gov.my

dalam teks ucapan perasmiannya yang disampaikan oleh wakilnya, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan

Ketua Menteri Sabah

Diskaun istimewa diberikan kepada semua pengunjung.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful