REFLEKSI BIG SEMESTER 5 PENANDA ARAS MOHD AMIR HASBUDIN BIN MOHD SAYUTI

Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat yang menjadi tonggak pembinaan sesebuah Negara bangsa. Program bina insan guru kali ini seperti yang dinyatakan didalam proforma kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah mengadakan satu lawatan penanda aras selama sehari, dalam tempoh yang diperuntukkan iaitu sepuluh jam ke sebuah sekolah pilihan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah kemudian hari. Melalui perbincangan yang telah dijalankan bersama rakan-rakan sekelas dan tutor kami iaitu Puan Faizah, kami telah bersepakat untuk memilih sekolah kebangsaan Tanah Rata yang terletak di Cameron Highland sebagai tempat untuk kami melaksanakan program bina insan guru pada semester ini. Pada mulanya saya tidaklah sangat bersetuju kerana saya ingin mengadakan program ini di sekolah berdekatan sahaja. Namun setelah saya mengetahui kelebihan yang terdapat di sekolah itu, saya bersetuju untuk mengadakan program ini di situ. Program bina insan guru yang kami laksanakan pada kali ini disertakan sekali dengan program lawatan pemulihan khas yang juga kami adakan di sekolah kebangsaan Tanah Rata.

Melalui lawatan penanda aras seperti ini. kaedah dan teknik pengajaran yang telah dijalankan oleh guru di sini amat baik dan sesuai untuk semua murid memandangkan di sekolah ini terdapat murid dari kaum orang asli. kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan saya ditugaskan untuk melaksanakan tugas untuk memantau dan melihat proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru bahasa melayu dan matematik. pendedahan pada program Bina Insan Guru kali ke-5 ini banyak memberikan maklumat yang berguna dan akan saya jadikan panduan apabila mengajar di sekolah kelak. saya juga dapat menikmati pemandangan dan cuaca yang sejuk di Cameron Highland. Kesimpulannya.T.Saya berasa seronok untuk mengikuti program ini kerana disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.W. Pada pandangan saya. Berdasarkan pemerhatian yang saya jalankan. para guru pelatih akan mendapat peluang untuk menimba ilmu terutamanya dari aspek pengurusan dan pentadbiran oleh pihak sekolah. Pada mulanya saya tidak biasa dengan cuaca sejuk di sana namun setelah sehari berada di sana saya telah biasa dengan cuaca ini dan dapat mengikuti program ini dengan baik dan sempurna. saya dapati guru telah menggunakan pelbagai teknik pengajaran yang sesuai dan menarik yang mampu menarik minat murid dan dapat memberikan kefahaman dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. . Bagi melaksanakan program lawatan penanda aras ini.Di harapkan segala usaha dan pengalaman yang kami lalui disepanjang lawatan ini dirahmati oleh Allah S.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer: Get 4 months of Scribd and The New York Times for just $1.87 per week!

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times